3. TEKNIK URUTAN BADAN
3.1 Effleurage (stroking movement) – Mengusap
Dilakukan sebagai urutan permulaan untuk memperkenalkan tangan
terapis kepada pelanggan kerana teknik ini membolehkan tisu kulit
menerima urutan yang selanjutnya. Tangan hendaklah sentiasa
relaks dan mengikut bentuk badan pelanggan . Semua tekanan
hendaklah dibuat dengn tekanan mengikut arah saluran darah
menghala ke jantung dan lymph nodes dan ketika berpatah balik ke
bahagian permulaan, tekanan hendaklah sama dan berterusan
menggunakan telapak tangan dan jari.
Rajah 3.1 : Mengusap
(Sumber : Google image)
3.2 Petrissage (Kneading movement) – Memicit atau meramas
Terdiri daripada beberapa pergerakan seperti picking up, kneading,
wringing dan skin rolling. Pergerakan ini lebih kuat dan mendalam
berbanding dengan effeleurage dan dilakukan dengan kedua belah
tangan di kawasan yang besar dan jari di kawasan yang kecil.
Petrissage digunakan untuk memberi tekanan dan pergerakan yang
tertumpu pada otot yang tertentu. Semakin kuat tekanan yang
diberikan semakin perlahan pergerakan dibuat.
45
Rajah 3.2 : Memicit atau meramas
(Sumber : Google image)
3.3 Percussion atau Tapotement – Mengetuk
Tapotement terdiri dari pergerakan hacking, pounding, beating dan
cupping. Pergerakan ini adalah yang paling memberangsangkan.
Rajah 3.3 : Mengetuk
(Sumber : Google image)
46
3.4 Friction – menggosok , menggesek
Urutan ini memerlukan geseran ke atas kulit yang dilakukan
menggunakan jari dalam bentuk bulatan atau selang seli.
Rajah 3.4 : Menggosok dan menggesek
(Sumber : Google image)
3.5 Vibrations (shaking movement) – Menggetar
Ia dilakukan dengan menggunakan
tapak tangan dan jari bergerak atau
bergegar di sekitar tempat yang
dilakukan vibration.
Rajah 3.5 : Menggetar
(Sumber : Google image)
47
4. LANGKAH URUTAN BADAN
4.1 Bahagian Belakang Kaki (7 Minit)
4.1.1 Effleurage seluruh belakang kaki 3x
Rajah 4.1 : Effleurage
(Sumber : Google image)
4.1.2 Thumb pressing atas telapak kaki 1x
Rajah 4.2 : Thumb pressing
(Sumber : Google image)
4.1.3 Circular friction kedua-dua buku lali 3x
Rajah 4.3 : Circular friction
(Sumber : Google image)
48
4.1.4 Effleurage bahagian bawah kaki 3x
Rajah 4.4 : Effleurage bahagian bawah kaki
(Sumber : Google image)
4.1.5 Thumb frictions bahagian bawah kaki 3x di 3 row
Rajah 4.5 : Thumb frictions bahagian bawah kaki
(Sumber : Google image)
4.1.6 Alternate upward palmar kneading di bahagian bawah kaki 3x
Rajah 4.6 : Alternate upward palmar kneading di bahagian bawah kaki
(Sumber : Google image)
49
4.1.7 Thumb frictions di belakang lutut ( popliteal foss ) 8x
Rajah 4.7 : Thumb frictions di belakang lutut ( popliteal foss )
(Sumber : Google image)
4.1.8 Effleurage bahagian atas kaki 3x
Rajah 4.8 : Effleurage bahagian atas kaki
(Sumber : Google image)
4.1.9 Circular frictions bahagian atas kaki 3x di 3 row
Rajah 4.9 : Circular frictions bahagian atas kaki
(Sumber : Google image)
50
4.1.10 Alternate palmar kneading bahagian atas kaki 3x
Rajah 4.10 : Alternate palmar kneading
: Google image)
4.1.11 Effleurage seluruh kaki 1x
Rajah 4.11 : Effleurage seluruh kaki
: Google image)
4.1.12 Wringing seluruh kaki 3x
Rajah 4.12 : Wringing seluruh kaki
: Google image)
51
4.1.13 Alternate palmar pulling bahagian dalam peha 3x
Rajah 4.13 : Alternate palmar pulling bahagian dalam peha
: Google image)
4.1.14 Alternate palmar pushing bahagian luar peha 3x
Rajah 4.14 : Alternate palmar pushing bahagian luar peha
: Google image)
4.1.15 Effleurage seluruh kaki 3x
Rajah 4.15 : Effleurage seluruh kaki
: Google image)
52
4.1.16 Tutup seluruh kaki
Rajah 4.16 : Tutup seluruh kaki
: Google image)
4.1.17 Percussion (ulangi seluruh steps di kaki sebelah lagi)
Rajah 4.17 : Percussion
Google image)
4.1.18 Stretching (kaki dan pinggang)
Rajah 4.18 : Stretching
Google image)
53
4.2 Bahagian Belakang Badan (15 Minit)
4.2.1 Effleurage seluruh belakang 3x
Rajah 4.19 : Effleurage seluruh belakang
Google image)
4.2.2 Palmar kneading bahagian pinggang, pergerakan rama –
rama 3x
Rajah 4.20 : Palmar kneading bahagian pinggang,
pergerakan rama – rama
Google image)
54
4.2.3 Palmar kneading bahagian gluteus medialis 3x
Rajah 4.21 : Palmar kneading bahagian pinggang, pergerakan
rama – rama
(Google image)
4.2.4 Effleurage 1x
4.2.5 Rajah 4.22 : Effleurage
(Google image)
Thumb kneading di otot erector spinae 3x
Rajah 4.23 : Thumb kneading di otot erector spinae
(Google image)
55
4.2.6 Effleurage
Rajah 4.24: Effleurage
(Google image)
4.2.7 Alternate palmar kneading seluruh bahagian tepi belakang 3x
Rajah 4.25: Alternate palmar kneading seluruh bahagian tepi
belakang
(Google image)
4.2.8 Effleurage 1x
Rajah 4.26: Effleurage
(Google image)
56
4.2.9 Naikkan scapula & thumb friction di bawah scapula 3x
Rajah 4.27: Naikkan Scapula & thumb friction
(Sumber: Google image)
4.2.10 Berdiri di bahagian Kepala
a. Effleurage 3x
b. Thumb kneading on trapz 3x
c. Effleurage 1x
d. Palmar kneading di tengkuk 3x
e. Pressure point di dasar tengkorak menggunakan jari
dan tarik
tengkuk 1x
f. Buang tenaga negative
g. Effleurage 1x
h. Wringing melintang seluruh belakang 3x
i. Tutup belakang
j. Percussions
k. Stretching bahu dan pinggang
57
4.3 Bahagian Depan Kaki (7 minit)
4.3.1. Effleurage seluruh kaki 3x
4.3.2. Thumb frictions bahagian atas kaki – tarsal & metatarsals
4.3.3. Drain web space
4.3.4. Frictions jari kaki
4.3.5. Circular frictions kedua dua buku lali 3x
4.3.6. Effleurage bahagian bawah kaki 3x
4.3.7. Thumb kneading bahagian bawah kaki, luar 3x, dalam 3x
4.3.8. Alternate palmar kneading bahagian bawah kaki 3x
4.3.9. Effleurage 1x
4.3.10. Wringing seluruh kaki 3x
4.3.11. Alternate palmar pulling di bahagian dalam peha 3x
4.3.12. Alternate palmar pushing di bahagian luar peha 3x
4.3.13. Effleurage seluruh kaki 3x
4.3.14. Tutup kaki
4.3.15. Percussion
4.4 Tangan (5 minit)
4.4.1 Effleurage seluruh tangan, luar 3x, dalam 3x, (tumpuan di
biceps & triceps).
Rajah 4.28: Effleurage
(Sumber: Google image)
58
4.4.2 Angkat lengan
4.4.3 Kneading lengan bawah, dalam 3x, luar 3x
Rajah 4.29: Kneading lengan
(Sumber: Google image)
4.4.4 Circular frictions di carpal & metacarpals
4.4.5 Rajah 4.30: Circular frictions di carpal & metacarpals
(Sumber: Google image)
Drain web space
Rajah 4.31: Drain web space
(Sumber: Google image)
59
4.4.6 Friction jari
4.4.7 Rajah 4.31: Friction jari
(Sumber: Google image)
Pusing tangan, knead telapak tangan
Rajah 4.32: Pusing tangan, knead telapak tangan
(Sumber: Google image)
4.4.8 Regangan jari
Rajah 4.33: Regangan jari
(Sumber: Google image)
60
4.4.9 Goyang tangan
Rajah 4.34: Goyang tangan
(Sumber: Google image)
4.4.10 Kneading lengan bawah, dalam 3x, luar 3x
Rajah 4.35: Kneading lengan bawah
(Sumber: Google image)
61
4.4.11 Letak tangan atas katil
4.4.12 Effleurage seluruh tangan, luar 3x, dalam 3x, (tumpuan di
biceps & triceps)
Rajah 4.36: Effleurage seluruh tangan
(Sumber: Google image)
4.4.13 Tutup tangan
4.4.14 Ulangi tangan sebelah lagi
4.5 Abdomen
4.5.1 Diamond effleurage 1x
Rajah 4.37: Diamond effleurage
(Sumber: Google image)
62
4.5.2 Alternate palmar kneading 3x (arah putaran jam)
4.5.3 Rajah 4.38: Alternate palmar kneading
4.5.4 (Sumber: Google image)
Alternate palmar pulling di kedua belah tepi perut 3x
Wringing melintang perut
4.5.5 Rajah 4.40: Wringing
4.5.6 (Sumber: Google image)
Effleurage 3x
Akhiri dengan palmar contact di solar plexus
63
4.6 Dada (5 minit)
4.6.1 Effleurage 3x
4.6.2 Circular movements di dada 3x
4.6.3 Effleurage 3x
4.6.4 Pusing kepala ke tepi
4.6.5 Palmar kneading di tengkuk 3x
4.6.6 Palmar frictions di tengkuk 3x
4.6.7 Thumb frictions di stenocleidomastoid 3x
4.6.8 Ulangi step dis ebelah lagi
4.6.9 Effleurage 1x
4.6.10 Pressure points di occiput
4.6.11 Tarik dasar tengkorak untuk regangan tengkuk
4.6.12 Buang tenaga negative
4.7 Kepala (5 minit)
4.7.1 Pressure points sepanjang dahi (4 row)
4.7.2 Circular frictions di temple
4.7.3 Nose bridge walking
4.7.4 Picit sepanjang kening
4.7.5 Frictions telinga
4.7.6 Letakkan kedua-dua tangan atas kepala dan urut kepala
4.7.7 menggunakan jari
Pusingkan kepala ke kiri dan kanan untuk urutan di bahagaian
4.7.8
belakang kepala
Akhiri dengan menarik akar rambut
5. Faktor Penting Bagi Urutan Yang Sempurna
5.1 Completeness – lengkapkan urutan
5.2 Rhythms and flow – Irama dan aliran
5.3 Technique – teknik
5.4 Contact – berterusan
5.5 Stances / posture
64
6. Jenis-Jenis Penyakit Kulit Yang Berjangkit
Juruterapis akan berhubungan secara terus dengan kulit pelanggan. Oleh
itu, sangat penting untuk juruterapis mengenal kondisi kulit pelanggan
ataupun mengenal jenis penyakit kulit yang mungkin dihidapi oleh pelanggan
Terdapat dua jenis kategori kulit pelanggan
6.1 Congenital
Kondisi penyakit kulit pelanggan yang wujud sejak lahir atau diwarisi
daripada genetik. Jenis penyakit ini adalah tidak berjangkit.
6.1.1 Eczema
a. Eczema ialah sejenis penyakit atau masalah kulit yang biasa ditemui,
di mana kulit menjadi tersangat gatal dan meruam. Dikatakan eczema
dan kulit alergik adalah penyakit kulit keturunan, dan sesetengah
eczema disertai dengan masalah asthma.
b. Eczema biasanya terdapat di muka, tangan, lengan, lutut, peha, betis
dan kaki serta di beberapa bahagian tubuh yang lain. Pada bayi,
eczema selalu terdapat di muka dan bahagian badan yang lain dalam
bentuk tompok-tompok merah.
c. Kawasan yang terkena eczema kelihatan sangat kering, menebal atau
bersisik. Bagi mereka yang berkulit cerah atau putih, kawasan eczema
ini pada mulanya kelihatan kemerah-merahan dan kemudiannya
bertukar warna menjadi coklat terutamanya apabila ia selalu digaru dan
terdedah kepada infeksi kuman. Oleh itu, cuba elakkan daripada
menggaru dengan kuat sehingga luka atau berdarah.
65
d. Penyebab sebenar eczema tidak diketahui tetapi ia dikaitkan dengan
tindakan overaktif (terlampau) sistem imuniti badan kepada sebarang
benda/keadaan yang menyebabkan eczema atau kulit gatal, seperti
bersentuh dengan kain yang kasar yang menyebabkan kulit
gatal,persekitaran yang terlalu panas atau terlalu sejuk, terdedah
kepada beberapa produk kegunaan di rumah (sesetengah sabun
membasuh kain atau pembersih rumah lain yang mengandungi bahan
kimia yang kuat).
6.1.2 Psoriasis
a. Psoriasis kelihatan seperti penyakit kulit tetapi ia sebenarnya
adalah penyakit kronik gangguan autoimun yang dialami oleh
kira-kira satu hingga tiga peratus daripada penduduk secara
umumnya di Malaysia.
b. Ia juga boleh dialami oleh semua orang tidak kira dewasa atau
kanak- kanak. Punca psoriasis tidak diketahui sepenuhnya
tetapi kecenderungan genetik dan faktor alam sekitar turut
memainkan peranan.
c. Penyakit ini dikatakan berkaitan dengan masalah sistem imun yang
berhubung rapat dengan sel badan di mana pertumbuhan sel kulit
berlaku pada kadar abnormal yang luar biasa sehingga
terkumpul dengan pantas di atas kulit.
d. Sel kulit tambahan kemudian akan membentuk sisik berwarna
perak yang tebal dalam tompokan merah yang gatal, kering
dan menyakitkan. Lebih malang apabila dianggarkan sehingga 30
peratus penghidap psoriasis mengalami artritis psoriatik di mana
galami kesakitan, kekakuan dan bengkak pada sendi.
e. Penghidap artritis psoriatik bukan saja dibelenggu masalah
bengkak dan sakit tetapi juga mengalami beban emosi seperti
tekanan dan kebimbangan yang mempengaruhi tahap fungsi
seseorang dalam aktiviti harian dan juga kualiti kehidupan mereka.
f. Biasanya pesakit akan mengalami gatal yang teruk dan kulit cedera
akibat digaru. Ada ketikanya pesakit perlu mengikis kulit mati di
66
badan dan berendam dalam air suam untuk melegakan
kegatalan dan sakit pada kulit. Akhirnya psoriasis dan artritis
psoriatik memberikan kesan yang ketara terhadap kesihatan
fizikal dan emosi pesakit. Ini bukan saja menjejaskan kualiti
kehidupan tetapi juga menjejaskan keyakinan penghidap.
Rajah 6.0: Psoriasis
(Sumber: Google image)
6.2 Virus
Penyakit kulit yang disebabkan oleh virus adalah berjangkit. Antara
penyakit kulit yang disebabkan oleh virus adalah
Rajah 6.1: Herpes zoste Rajah 6.2: Verrucas
(Sumber: Google image) (Sumber: Google image)
67
Rajah 6.3: Campak Rajah 6.4: Cacar
(Sumber: Google image) (Sumber: Google image)
6.3 Bakteria
Penyakit kulit yang disebabkan oleh bakteria adalah berjangkit. Antara
penyakit kulit yang disebabkan oleh bakteria adalah
6.3.1 Impetigo
Impetigo adalah suatu infeksi kulit
yang dapat menyebabkan
terbentuknya lepuhan kecil yang
berisi nanah.
Rajah 6.5: Impetigo Rajah 6.6: Folliculitis
(Sumber: Google image) (Sumber: Google image)
6.3.2 Folliculitis
Folikulitis merupakan suatu
peradangan pada seluruh akar
rambut (folikel). Tanda-tanda
folliculitis adalah muncul ruam,
terasa gatal dan kemerahan di
sekitar folikel rambut.
68
7. Kesan Urutan
7.1 Fisiologi
7.1.1 Membaiki ton warna kulit dengan menyingkirkan sel kulit mati dan
meningkatkan peredaran darah.
7.1.2 Menggalakkan peredaran darah yang lebih baik
7.1.3 Melegakan pernafasan
7.1.4 Melegakan otot yang letih, lenguh dan kelesuan
7.1.5 Melegakan kepenatan dan lenguh sendi
7.1.6 Memberi kesan rehat keseluruhan
7.1.7 Meningkatkan imun badan
7.1.8 Menegangkan otot
7.1.9 Meningkatkan keanjalan kulit
7.2 Psikologi
7.2.1 Merehatkan minda
7.2.2 Memberi ketenangan
7.2.3 Mengurangkan kelesuan
7.2.4 Menambah tenaga
7.2.5 Mencergaskan keseluruhan sistem tubuh
69
8. Standard Keselamatan Di Spa
8.1 Penyelia Spa hendaklah menyediakan Alat Bantuan Kecemasan
(First Aid Kit) yang boleh digunakan sepanjang masa di Spa
tersebut.
8.2 Penyelia Spa hendaklah menyediakan tanda amaran (Warning
Signs) kepada pelanggan Spa supaya mereka lebih berhati-hati
terutama di kawasan yang berisiko.
8.3 Sekiranya Spa tersebut menyediakan perkhidmatan sauna, steam,
whirlpool (kolam air panas) atau perkhidmatan lain yang boleh
membahayakan kepada pelanggan Spa, Penyelia Spa hendaklah
mengatur agar pekerja yang berpengetahuan dan kepakaran
sahaja mengendalikan peralatan tersebut
8.4 Penyelia Spa hendaklah mempunyai cara untuk membuat saringan
kepada mereka yang berisiko sebelum mereka menerima
perkhidmatan Spa. Ini termasuk ibu mengandung, mereka yang
menghidapi penyakit kronik, mungkin akibat dari kesan ubat atau
kesan dari amalan perubatan yang diamalkan.
8.5 Penyelia Spa hendaklah memastikan bahawa setiap Juruterapis Spa
mempunyai tahap kesihatan yang optimum, bebas daripada sebarang
penyakit berjangkit serta melakukan pemeriksaan kesihatan setiap
tahun.Pemeriksaan kesihatan tersebut termasuklah ujian
saringan penyakit berjangkit.
8.6 Penyelia Spa hendaklah memelihara dan mengekalkan kualiti
peralatan dan produk supaya ianya selamat untuk digunakan
oleh pelanggan Spa.
8.7 Pakaian dan semua peralatan hendaklah dibersihkan selepas
digunakan. Sekiranya ada risiko yang boleh menyebabkan
penyakit berjangkit, contohnya alat yang digunakan untuk scrub
kaki, hendaklah dibersihkan sekurang- kurangnya sama seperti
sterilization selepas digunakan.
70
9. Profesionalisme Juruterapi Spa
9.1 Menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan Spa berdasarkan
pengetahuan dan kemahiran mereka.
9.2 Tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau bahaya kepada
pelanggan Spa.
9.3 Menyimpan rahsia atau maklumat sulit pelanggan Spa dan tidak
menyebarkan maklumat yang boleh memberi gambaran buruk atau
kerosakan kepada pelanggan Spa atau orang lain.
9.4 Tidak menjalankan aktiviti yang tidak bermoral.
9.5 Menyediakan perkhidmatan secara profesional dan bersopan.
9.6 Tidak mengambil minuman beralkohol atau dadah semasa memberi
perkhidmatan Spa.
9.7 Bersikap jujur dan tidak mengambil harta benda pelanggan Spa.
9.8 Berada dalam keadaan sihat dan tidak menyebarkan sebarang
penyakit kepada pelanggan Spa dan rakan sekerja.
9.9 Tidak memakai sebarang perhiasan yang boleh menjadi penghalang
semasa memberi perkhidmatan Spa.
9.10 Berpakaian yang tidak menjolok mata atau memakai pakaian
seragam yang disediakan.
71
10. Memantau Prosedur Urutan Badan
10.1 Reaksi Dan Tindak Balas Badan
a. Tekanan.
i. Setiap tekanan urutan haruslah tidak terlalu kuat atau
tidak terlalu perlahan.
ii. Sentiasa bertanyakan kepada pelanggan anda samada
beliau rasa terlalu kuat atau tidak.
b. Lisan dan bukan lisan
i. Lihat dari segi mimik muka pelanggan anda. Andai raut
wajah beliau kelihatan tenang bermakna rawatan yang
diberikan tidak mempunyai masalah. Tapi andai
sebaliknya bertanya pada beliau.
c. Tidak selesa
i. Elakkan menghembus nafas pada muka pelanggan
kerana ini akan menggangu pelanggan . Sentiasa
memantau keadaan pelanggan , jika pelanggan tidak
selesa dengan keadaan,terapis harus bertanyakan
kepada pelanggan .
d. Santai/Tenang.
i. Pastikan pelanggan berasa selesa dan kelihatan
tenang sepanjang tempoh rawatan dijalankan.
72
11. Keutamaan Pelanggan Spa
SUHU BILIK
- Suhu bilik jangan terlalu sejuk dan jangan terlalu panas.
- Suhu bilik membantu menenangkan perasaan pelanggan
SENTUHAN
- Sentuh pelanggan dengan penuh rasa sayang dan kelembutan.
- Menyentuh pelanggan secara fizikal dan emosi.
AROMA
- Haruman bilik harus berunsurkan dari minyak aromaterapi dan
aroma
herba.
- Pasang burner
MUZIK
- Muzik yang menyenangkan seperti relaxing spa music, bali spa
music, dan soothing spa music.
- Elakkan muzik yang kuat dan mempunyai lirik.
PENCAHAYAAN
- Pastikan lampu bilik mempunyai light dimmer switch.
- Terangkan apabila hendak mengemas tempat rawatan.
- Malapkan lampu apabila melakukan urutan badan.
73
12. Memantau Tempoh Masa Bagi Urutan Badan
Tempoh masa urutan untuk pelanggan adalah seperti berikut
BIL JENIS URUTAN MASA
1. Swedish Massage 1 Jam
2. Post Natal Massage 1 Jam 30 Minit
74
Perkhidmatan Urutan
1. Menilai Perkhidmatan Urutan Badan
1.1 Penghargaan Daripada Pelanggan
1.1.1 Maklumbalas Pelanggan
Pusat Spa yang berjaya adalah yang mampu menarik pelanggannya
agar kembali ke pusat terapi tersebut. Ini dapat dilakukan dengan cara
memahami pelanggan dan memberi mereka perkhidmatan yang
diperlukan. Cara yang paling mudah sekali ialah menerusi maklum
balas daripada pelanggan.
Pelbagai cara yang digunakan untuk mendapatkan maklum balas
pelanggan, serta cara menggunapakai segala maklum balas yang
diterima untuk kebaikan pusat spa antaranya ialah borang
maklumbalas.
Bagi Pusat Spa, borang maklumbalas dapat membantu juruterapis
mengetahui pengalaman yang dirasai oleh pelanggan melalui
perkhidmatan yang diberikan. Selain itu, ia juga membantu
meningkatkan prestasi dan kemahiran juruterapis.
Rajah 1.0 : Feedback
(Sumber: Google image)
76
Rajah 10 : Borang maklumbalas pelanggan
Sumber: Google image
77
1.2 Mengendalikan Aduan Pelanggan
1.2.1 Mendengar dengan teliti apa yang pelanggan akan katakan,
1.2.2 dan membiarkan mereka selesai. Mengulangi kembali apa
1.2.3 yang didengari untuk menunjukkan bahawa anda telah
1.2.4 mendengar.
1.2.5 Tanya soalan dengan cara yang penyayang dan prihatin.
Semakin banyak maklumat yang anda boleh dapatkan
daripada pelanggan,anda akan lebih memahami perspektif
mereka.
Letakkan diri anda dalam situasi mereka. Matlamat anda
adalah untuk menyelesaikan masalah, bukan berhujah.
Pelanggan perlu berasa seperti anda berada di sebelah beliau
dan bahawa anda menjiwai keadaan.
Memohon maaf tanpa menyalahkan. Apabila pelanggan
mengesan bahawa anda ikhlas maaf, ia biasanya
meresap keadaan. Jangan salahkan orang atau jabatan lain.
Hanya berkata, "Saya minta maaf tentang itu."
Mencadangkan satu atau lebih penyelesaian.
2. Menerangkan Konsultasi Selepas Urutan Badan
2.1 Nasihat Jagaan Lanjutan Selepas Urutan
2.1.1 Elakkan terus bangun dari katil kerana boleh menyebabkan
pitam atau pengsan serta pening kepala
2.1.2 Elakkan tempat yang terlalu sejuk bagi mengelakkan
kekejangan otot
2.1.3 Minum air buah – buahan
2.1.4 Makan mengikut diet yang betul dan sihat
2.1.5 Dinasihatkan agar tidak memandu terus selepas rawatan tetapi
jika masih memandu pastikan sentiasa berjaga – jaga dan
pastikan tingkat kereta dibuka
78
2.1.6 Nikmati masa rehat yang menyenangkan dan mengelakkan diri
2.1.7 dari kerja yang terlalu berat atau lasak
Elakkan menghadiri kelas aerobik atau senaman yang
berterusan dalam masa 2-3 jam selepas rawatan
2.2 Nasihat Penjagaan Di Rumah
2.2.1 Minum Air Kosong
a. Minum air 8 gelas atau lebih untuk sehari. Setiap orang
memerlukan 2.5 liter air sehari bagi mengelakkan hidrasi
tubuh badan.
b. Tidak mengambil alcohol, kopi atau teh dalam tempoh
kurang dari 24 jam untuk menghalang pembentukan
toksin.
2.2.2 Regangan
a. Regangan sangat penting selepas melakukan rawatan
urutan badan bagi yang melibatkan urutan tisu dalaman.
Ini dapat membantu mengeluarkan toksik dalam badan
akibat urutan yang dijalankkan serta membantu
memulihkan urat serta tisu badan.
2.2.3 Hydrotherapy
a. Terapi ini lebih kepada minum air yang secukupnya dan
juga melakukan regangan. Hydroteraphy ini adalah
proses merehatkan badan serta minda seperti tidur
secukupnya selama 8 jam.
79
2.2.4 Ice or Frozen Gel Pack
a. Jika selepas rawatan di dapati terdapat kesan lebam atau
merah yang tidak serius, pelanggan dinasihati
menggunakan ais atau Gel beku bagi mengurangkan
serta meredakan kesan tersebut. Jika didapati kesan
masih berlarutan pelanggan disarankan untuk berjumpa
dengan doktor.
80
2.3 Cadangan Produk Spa
BIL JENIS PRODUK KETERANGAN PRODUK
1
Campuran minyak ini yang
Ginger Blend Massage Oil
2 bertujuan untuk melegakan otot
Basil Massage Oil dan kekejangan perut,
mengurangkan keradangan, dan
membantu mengurangkan
keletihan serta membantu
memulihkan saraf yang berkaitan
dengan tekanan.
Minyak Ginger bersifat panas di
mana secara tidak langsung dapat
melegakan sakit artritis atau sakit
otot, senggugut, dan sakit kepala.
Minyak Ginger juga dapat
merangsang selera dan
peredaran darah yang lemah
serta melegakan loya.
Minyak urut Basil adalah tonik
yang baik untuk rawatan saraf dan
sakit kepala yang disebabkan
tekanan, migrain dan alahan.
Minyak ini dapat merangsang,
menaikkan semangat dan
menyegarkan sekaligus
membantu dalam meningkatkan
daya ingatan, kreativiti dan
penumpuan.
Ia juga membantu untuk
mengurangkan kekeliruan,
kebimbangan, kemurungan,
ketakutan, tekanan mental,
keletihan, sakit kepala dan loya. Ia
mempunyai tindakan yang baik
terhadap saluran pernafasan di
mana ia boleh digunakan untuk
yang berpenyakit asma, bronkitis
dan jangkitan sinus.
81
Basil juga berkesan dalam
merawat sembelit, loya, muntah-
muntah dan kekejangan, dan juga
bagi masalah haid. Ia membantu
mengurangkan asid urik dalam
darah dan sekali gus melegakan
gout
3 Minyak urut khas ini direbus
dengan herba yang mengandungi
anti-bakteria, pemanasan,
merangsang darah, anti-radang,
astringen, antibiotik semula jadi,
dan antiseptik, antispasmodic,
antikulat.
Herbal Massage Oil Minyak urut herbal juga baik untuk
digunakan ketika bersukan.
Kesan pemanasan semulajadi
dari herba menembusi kulit untuk
merehatkan otot yang tertekan.
Asas minyak urut herbal ini
mengandungi minyak sawit yang
kaya dengan vitamin E dan A.
Penggunaan yang kerap
membantu mengekalkan tona kulit
licin dan lembut.
*Elakkan penggunaan semasa
mengandung
4 Ekstrak kopi hijau berasal dari
benih dan daun buah kopi hijau
yang masak. Disemai dengan
ekstrak kopi hijau dan minyak pati
detoksifikasi, minyak urut ini
menyediakan rawatan tambahan
yang sempurna untuk urut di
bahagian selulit. Bahan campuran
kopi hijau (Coffea Arabica) sangat
menyegarkan dan kaya dengan
antioksidan.
Green Coffee Detox Massage Oil
82
Oleh kerana ia terdapat
kandungan kafein, ekstrak kopi
hijau dapat merangsang sifat,
menyegarkan dan
memperbaharui kulit.
Minyak urut kopi hijau ini
membantu memperbaiki tekstur
kulit dan membantu
menghapuskan sisa toksik dari
badan kita. Secara semula jadi
yang dirumus dengan ekstrak
gred cemerlang, minyak pati dan
minyak asas tumbuhan, minyak
urut ini berkesan untuk merawat
kulit yang lebih kukuh dan lebih
sekata bertekstur.
5
Losyen/krim digunakan dapat
memudahkan kerja mengurut di
bahagian kulit dan otot. Jika
juruterapis suka terhadap
penyerapan yang lebih bersih
tetapi dalam masa yang sama
kebolehkerjaan untuk urut dalam
keadaan yang santai, produk ini
adalah penyelesaiannya.
Body Massage Cream/Lotion Losyen/krim digunakan khas
untuk memberi kelembutan pada
kulit dan memudahkan urutan
kerana ia menembusi kulit dan
tidak berminyak.
83
6
Bedak ini digunakan bagi
pelanggan yang mempunyai
masalah kulit atau tidak selesa
dengan menggunakan krim atau
minyak. Bedak ini di buat
menggunakan bahan organic,
herba seperty Thyme dan
Lavendar Organik.
Talcum Free Natural Body Bedak talcum untuk mengurut
Powder digunakan pada kulit berminyak
serta pelanggan yang mempunyai
rambut atau bulu yang banyak.
Selain itu Ia baik untuk kulit yang
sensitive. Bedak natural ini dapat
melembutkan kulit dan
memberikan kulit yang gebu serta
segar. Ia juga dapat dijadikan
pewangi badan dan selesa
digunakan sepanjang hari.
84
3. Merekod Perkhidmatan Yang Diberikan
3.1 Kerahsiaan Pelanggan
3.1.1 Segala maklumat pelanggan haruslah dirahsiakan di dalam.
Contoh seperti alamat rumah, no telefon, dan masalah
pelanggan.
3.2 Merekodkan rawatan yang diberi dan produk yang digunakan
seperti berikut:-
3.2.1 Borang konsultasi
3.2.2 Fail pelanggan
3.2.3 Semak semula rekod setiap perincian maklumat tentang
pelanggan untuk mengetahui perubahan kepada pelanggan
3.3 Mengemaskini Fail Pelanggan
3.3.1 Membantu Pusat Spa mengemaskini fail pelanggan dengan
lebih terperinci.
3.3.2 Membantu juruterapis lebih memahami kehendak pelanggan
3.3.3 Membantu Pusat Spa untuk lebih berdaya saing dan mengikuti
aliran semasa terkini dalam menawarkan perkhidmatan Spa
3.3.4 Meningkatkan prestasi juruterapis serta Pusat Spa dalam
menawarkan perkhidmatan yang lebih bermutu
3.3.5 Menyimpan maklumat pelanggan bagi menwarkan pakej terkini
dan juga menjejak pelanggan untuk datang semula ke pusat Spa
3.3.6 Menawarkan keahlian dan diskaun perkhidmatan kepada
pelanggan yang kerap kali mengunjungi Pusat Spa
85
4. Merekod Inventori Dan Simpanan Barangan
Inventori merujuk kepada semua peralatan dan bahan yang terdapat dalam
stok. Oleh kerana barang dan bahan ini selalunya dalam kuantiti yang besar
dan digunakan berterusan, maka ianya perlu direkodkan.Terdapat pelbagai
kaedah untuk merekod inventori. Ada yang menggunakan kaedah manual dan
ada juga secara berkomputer.
4.1 Kaedah Manual
4.1.1 Kaedah ini selalunya menggunakan beberapa jenis barang.
4.1.2 Tidak ada format khusus untuk borang inventori dan bergantung
kepada keperluan organisasi.
4.2 Kaedah Berkomputer
4.2.1 Kaedah ini selalunya menggunakan sistem yang telah
4.2.2 dibangunkan.
Ada sebahagian organisasi menggunakan borang yang
kemudian direkod ke dalam sistem oleh individu yang
diberi tanggungjawab.
86
5. Prosedur Kebersihan Serta Kekemasan Kawasan Kerja Dan Tempat
Rawatan
5.1 Bersihkan alat-alat dan perkakas urutan badan
5.2 Simpan alat-alat dan perkakas urutan pada tempat asal dengan
kemas dan teratur.
5.3 Tambahkan/isikan produk jika perlu.
5.4 Buangkan segala sampah sarap. Letakkan dan ikat ke dalam
plastik sampah.
87
SUMBER RUJUKAN
BUKU
1) Garis Panduan Perkhidmatan Spa bahagian Perubatan Tradisional &
Komplementari, Kemeterian Kesihatan Malaysia.
2) Panduan Pengurusan Perhubungan Pelanggan, Lampiran Pekeliling Kemajuan
Pentadbiran Awam, Bilangan 1, Tahun 2008.
GAMBAR
1) d’Ru Spa Langkawi Tourism Academy @Kolej Komuniti Langkawi
2) Pusat Kecantikan Dan Spa, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Johor
3) Google Image
4) Pinterest Image