BAB 3 Asas Sains Tanah
Horizon A
Lapisan bahagian tanah atas.
Ketebalan antara 20-35 cm dari permukaan.
Kaya dengan bahan organik yang bercampur dengan bahan mineral.
Tempat tinggal pelbagai hidupan tanah
Horizon B
Mengandungi bahan terkumpul melalui larut resap.
Lebih padat dan warna lebih terang berbanding tanah atas.
Lapisan keras, bahan organik yang kurang serta sedikit organisma
hidup.
Horizon C
Terdiri daripada lapisan batuan induk
Masih mengalami proses luluhawa
Sifat Tanah
Apabila melibatkan tanah, dua perkara perlu dilihat iaitu sifat fizikal dan
sifat kimia.
Setiap sifat ini penting untuk kita tahu dalam merangka aktiviti pertanian.
ASAS PERTANIAN 46
BAB 3 Asas Sains Tanah
WARNA
SIFAT FIZIKAL TEKSTUR
SIFAT TANAH STRUKTUR
SIFAT KIMIA pH
KPK
Sifat Fizikal Tanah
Manusia dilihat dari rupa seperti warna kulit, hidung, mata dan rambut.
Begitu jugalah tanah. Kita melihat tanah untuk mengenal sifat fizikal tanah
itu.
1. Warna
Warna tanah menerangkan keadaan fizikal tanah dan kandungannya:
Kandungan bahan organik
Saliran tanah
Aktiviti mikroorganisma
Kesuburan tanah
Tanah yang berwarna gelap lebih subur.
Tanah yang pudar paling tidak subur.
ASAS PERTANIAN 47
BAB 3 Asas Sains Tanah
Carta Warna Tanah Munsell boleh digunakan untuk membandingkan
warna tanah.
Carta warna tanah Munsell
Untuk mengetahui warna tanah, kita boleh menggunakan Carta Warna
Tanah Munsell (CWTM). Carta ini dapat membantu kita mendapat
gambaran awal ciri-ciri sesuatu tanah itu. Setiap warna tanah juga boleh
memberi gambaran umur sesuatu tanah itu. Semuanya ada ditulis di dalam
CTWM.
Gambar 29: Buku Carta Warna Tanah Munsell.
Gambar 30: Cara membaca Carta Warna Tanah Munsell.
ASAS PERTANIAN 48
BAB 3 Asas Sains Tanah Ciri-ciri
Warna Tanah Oksida ferum yang berpadu dengan air
KUNING Saliran yang baik
Lebih lembab berbanding tanah merah
MERAH Kandungan oksida ferum
Saliran dan pengudaraan baik
Terdapat di lereng bukit
Sesuai tanaman getah dan kelapa sawit
PERANG Kandungan oksida ferum dan bahan
organik
Saliran baik
Subur untuk kebanyakkan jenis tanaman
KEHITAM-HITAMAN Kandungan mangan oksida atau bahan
KELABU organik yang tinggi
Menakung air dan pH rendah
Bahan organik lambat reput kerana
kurang oksigen
Tidak mampu memberi sokongan pada
tumbuhan yang besar
Oksida ferum dan oksigen kurang
Saliran kurang baik dan menakung air
Pengudaraan yang kurang baik
Kurang beroksida
Tidak sesuai untuk kebanyakkan
tanaman kecuali padi
ASAS PERTANIAN 49
BAB 3 Asas Sains Tanah
PUTIH Banyak kandungan liat dikenali sebagai
koalinit
Tidak memiliki unsur nutrien, sehingga
tanah jenis ini tidak subur
Sangat mudah untuk dilalui air
Mengandung kalsium dan magnesium
yang tinggi
Tidak sesuai untuk aktiviti pertanian
Gambar 31: Warna dan ciri-ciri tanah
2. Tekstur tanah
Bahan bukan organik dalam tanah digelar sebagai bahan mineral. Seperti
yang kita ketahui, tanah terbentuk melalui proses luluhawa batuan. Proses
ini memecahkan batuan kepada zarah-zarah mineral kecil. Zarah mineral
ini terbahagi kepada beberapa saiz. Saintis mengelompokkan setiap saiz
zarah mineral ini dan melabelkannya sebagai pasir, kelodak dan liat.
Tekstur tanah ialah peratus perbandingan antara pasir, kelodak dan liat
tanah.
Terdapat dua cara untuk mengesan tesktur tanah iaitu melalui merasa
dengan tangan atau kaedah mendapan.
Tesktur tanah mewakili nisbah kandungan zarah di dalam tanah iaitu pasir
kasar (2.0 – 0.2 mm), pasir halus (0.2 – 0.02 mm), kelodak (0.02 – 0.002
mm), dan liat (<0.002 mm) serta sejumlah bahan organik. Bahan organik
ASAS PERTANIAN 50
BAB 3 Asas Sains Tanah
bertindak sebagai agen pengikat antara zarah tanah, seterusnya dapat
membentuk struktur tanah yang baik.
Pasir halus
(2.0–0.2mm)
Kelodak
(0.2–0.02mm)
Liat
0.02–0.002mm)
Perbandingan kasar zarah mineral tanah berdasarkan saiz.
Pasir Zarah mineral paling besar
Kelodak Membentuk ruang liang besar yang meningkatkan
pengudaraan
Air mengalir laju pada ruang liang
Tanah yang tinggi peratus kandungan pasir adalah
tanah yang mepunyai saliran baik
Kelemahan tanah berpasir adalah tidak mudah
memegang nutrien dan tidak subur
Zarah mineral sederhana
ASAS PERTANIAN 51
BAB 3 Asas Sains Tanah
Mempunyai keupayaan memegang air bagus
Antara ciri tanah subur
Rasa seperti tepung apabila kering dan licin seperti
baldu apabila basah
Liat Zarah mineral paling kecil
Mempunyai keupayaan memegang air dan nutrien
dengan baik yang boleh digunakan oleh tumbuhan
Membentuk ruang liang sangat halus yang
mengakibatkan pengudaraan dan saliran yang teruk
Apabila dalam keadaan kering, membentuk ketulan
keras dan melekit apabila basah.
Dengan mengetahui tekstur tanah, kita dapat menentukan senis tanah
boleh dengan melihat kandungan peratus pasir, kelodak dan liat di dalam
tanah itu.
Tanah pasir mengandungi 90% pasir lebih. Apabila ada sejumlah kelodak
atau liat wujud, ia menjadi tanah pasir lom atau lom berpasir. Ini
bergantung pada nisbah kelodak dan liat.
Tanah yang mengandungi 50% liat atau lebih, dipanggil tanah liat.
Jumlah pasir atau kelodak yang lebih tinggi dalam tanah liat
menjadikannya sebagai tanah liat berpasir, liat berkelodak, liat berlom atau
liat lom berkelodak.
ASAS PERTANIAN 52
BAB 3 Asas Sains Tanah
Kepentingan Tekstur Tanah
Tekstur sesuatu tanah penting kerana ia menentukan karakteristik tanah
yang akan memberi kesan pada pembesaran tumbuhan. Tiga karateristik
ini adalah keupayaan memegang air, ketelapan, dan kebolehkerjaan tanah.
Keupayaan memegang air Keupayaan tanah untuk memegang
Ketelapan air. Kebanyakan tumbuhan
Kebolehkerjaan tanah memerlukan bekalan air yang
berterusan dan ini diperolehi dari
tanah.
Penembusan air dan udara dengan
mudahnya melalui tanah. Walaupun
tumbuhan memerlukan air, ia juga
memerlukan udara di zon akar.
Pembajakan dan masa dikerjakan
dengan mudahnya oleh tanah.
Tekstur tanah mempengaruhi keupayaan memegang air sesuatu tanah itu
untuk digunakan oleh tumbuhan dan ketelapan tanah dalam membenarkan
air dan udara masuk. Selain itu:
Penyaliran - tanah bertekstur kasar mempunyai saliran yang baik.
Pengudaraan - Tanah bertekstur kasar mempunyai liang lebih besar
yang dapat memudahkan pertukaran gas.
Penyerapan nutrien - Tanah bertekstur halus yang mempunyai cas
negatif dan dapat memegang nutrien yang bercas positif.
ASAS PERTANIAN 53
BAB 3 Asas Sains Tanah
Dengan memahami tekstur tanah, kita akan dapat tahu apakah tanaman
yang sesuai untuk kita tanam pada sesuatu tanah. Contohnya, tanaman
berakar, seperti lobak merah dan bawang, hidup subur pada tanah berpasir
kerana longgar dan memudahkan tumbuhan itu mengembang. Walaupun
begitu, ada juga tanaman yang mungkin terbantut di tanah berpasir kerana
tanah berpasir tidak memegang air dan nutrien.
Ciri-ciri Tekstur Tanah
Ciri Pasir Kelodak Lempung
Saiz kumin Paling besar Lebih kecil Paling kecil
berbanding
pasir
Bentuk kumin Bulat atau tiada Tiada bentuk Kepingan nipis
bentuk tetap tetap
Kandungan Kebanyakannya Kuarza Silika
kumin kuarza (oksida (mengandungi
silika) silika,
aluminium, dan
magnesium)
Cas Tiada Tiada Bercas
Rasa Gerisik Licin seperti Berasa sedikit
tepung lembab, keras
dan padat
apabila kering
Daya Rendah Sederhana Tinggi
penyimpanan air
Saliran Baik Sederhana Rendah
Penyimpanan air Kurang baik Sederhana Kurang
dan nutrien ketelapan air
Pengudaraan Baik Sederhana Kurang baik
ASAS PERTANIAN 54
BAB 3 Asas Sains Tanah
Ujian Balang Tanah
Ujian balang tanah sesuai digunakan bagi mengetahui peratus kandungan
pasir, kelodak dan liat di dalam tanah.
Alat: Bahan:
1. Sudip tangan 1. Balang kaca 500 mL
2. Pembaris 2. Air 500 mL
3. Bekas 3. Sampel tanah
4. Pen marker
Cara:
1. Isikan sampel tanah sehingga separuh balang kaca.
2. Isi separuh lagi dengan air dan biarkan 5 cm kosong dari penutup.
3. Tutup dengan penutup dan goncang sehingga semua tanah larut.
4. Selepas itu, letak balang dan biarkan semalaman (24 jam).
Setelah 24 jam kandungan balang akan terbahagi kepada tiga lapisan
berlainan.
Keputusan ujian balang tanah
ASAS PERTANIAN 55
BAB 3 Asas Sains Tanah
Setiap lapisan diukur panjangnya. Kemudian ditukarkan pada peratus. Nilai
peratus itu akhir sekali dipadankan pada segitiga tekstur tanah untuk
mengetahui jenis tanah pada sampel yang diambil.
Pasir Segitiga tesktur tanah.
Pasir berlempung
Kelas Tekstur Tanah
Lempung berpasir
Kering – butir tunggal dan longgar; rasa kasar
Lembab – mudah dibentuk bebola rapuh
Pasir: 85-100%, Kelodak: 0-15%, Liat: 0-10%
Kering – Kelodak dan liat mungkin menyelaputi pasir; rasa
longgar, kasar
Lembab: Rasa kasar; mudah dibentuk bebola rapuh; kotoran
sedikit pada jari
Pasir: 70-90%, Kelodak: 0-30%, Liat: 0-15%
Kering: Gumpalan mudah dipecahkan; boleh nampak dan lihat
pasir
Lembab: Kasar sederhana; membentuk bola yang boleh
ASAS PERTANIAN 56
BAB 3 Asas Sains Tanah
Lempung dikendalikan dengan teliti; kotoran jelas pada jari
Pasir: 43-85%, Kelodak: 0-50%, Liat: 0-20%
Lempung berkelodak Kering – Gumpalan sederhana untuk dipecahkan; agak kasar
Lembab – Bukan sangat kasar atau sangat licin; membentuk
Lempung berliat
bola; kotoran pada jari
Lempung liat berkelodak Pasir: 23-52%, Kelodak: 28-50%, Liat: 7-27%
Lempung liat berpasir Kering – Gumpalan sukar untuk dipecahkan; apabila
Liat
digemburkan, rasa licin, lembut dan berdebu dan kelihatan cap
jari
Lembab – Rasa licin, seakan mentega; kotoran pada jari
Pasir: 0-50%, Kelodak: 50-88%, Liat: 7-27%
Kering – Gumpalan sukar dipecahkan dengan jari
Lembab – Rasa sedikit kasar; kotoran pada jari; mudah bentuk
riben
Pasir: 20-45%, Kelodak: 15-53%, Liat: 27-40%
Sama seperti di atas tetapi sangat licin
Pasir: 0-20%, Kelodak: 40-73%, Liat: 27-40%
Sama seperti Lempung Liat
Pasir: 40-80%, Kelodak: 0-28%, Liat: 20-35%
Kering – Gumpalan tidak boleh dipecahkan dengan jari tanpa
tekanan kuat
Lembab: Terlebih plastik dan biasanya melekit apabila basah;
kotoran pada jari. (liat berkelodak terasa licin; liat berpasir
terasa kasar)
Pasir: 0-45%, Kelodak: 0-40%, Liat: 40-100%
3. Struktur Tanah
Struktur tanah ialah susunan kumin-kumin tanah (pasir, kelodak dan liat)
dalam bentuk tertentu dengan diikat oleh bahan organik. Tanah pasir tidak
berstruktur. Manakala struktur butir rapuh adalah terbaik kerana berongga.
Struktur tanah memberi kesan pada pertumbuhan tanaman dengan
mempengaruhi akar untuk tumbuh menyelerak dan kebolehannya untuk
menyerap air dan nutrien.
ASAS PERTANIAN 57
BAB 3 Asas Sains Tanah
Kepentingan struktur tanah
Pengudaraan tanah – rongga antara agregat membenarkan udara
dan air meresap dengan baik. Air tidak bertakung dan akar mendapat
oksigen cukup.
Daya tahan tanah – kumin-kumin tanah bergabung menjadi binaan
yang lebih besar dan dapat mengelakkan tanah dari hakisan.
Mengurangkan kesan ketoksikan CO2 – struktur yang baik dapat
mengurangkan kesan ketoksikan CO2 kerana gas ini mudah
meresap ke udara.
Untuk pengetahuan, tanah pasir tiada struktur. Struktur tanah yang
paling baik ialah butir rapuh.
Terdapat enam jenis utama struktur tanah iaitu granular, berblok, prismatik,
kolumnar, berlapis, dan butir tunggal. Granular adalah struktur yang paling
menjadi idaman kerana ia mempunyai perkadaran ruang yang luas antara
setiap agregat.
Agregat – gabungan zarah-zarah tanah (pasir, kelodak, liat dan bahan
organik) membentuk gumpalan zarah besar pelbagai bentuk dan saiz.
Jenis-jenis struktur tanah
ASAS PERTANIAN 58
BAB 3 Asas Sains Tanah
Sifat Kimia Tanah
Sifat kimia tanah membantu kita melihat tahap kesuburan tanah. Antara
perkara yang dilihat adalah seperti pH dan kapasiti pertukaran kation
(KPK).
1. pH
Pada asasnya pH dapat ditakrifkan sebagai perbandingan relatif jumlah ion
hidrogen (H+) atau ion hidroksida (OH-). pH digunakan bagi menyukat
kadar keasidan dan kealkalian tanah.
Peningkatan jumlah ion H+ dalam larutan tanah menjadikan tanah lebih
berasid.
Tanah tropika bersifat asid kerana menerima banyak hujan menyebabkan
larutan resap yang tinggi.
pH tanah dapat ditentukan dengan kaedah:
Kaedah Kuhn (penunjuk universal)
Meter pH
Mengukur pH tanah dengan kaedah larutan penunjuk universal
(Kaedah Kuhn)
Alat: Bahan:
1. Tabung uji 1. Sampel tanah – 2.5 g
2. Penyumbat getah 2. Barium sulfat – 2.5 g
3. Carta warna pH
3. Penunjuk universal
4. Air suling – 100 mL
ASAS PERTANIAN 59
BAB 3 Asas Sains Tanah
Kaedah:
1. Isikan tabung uji dengan barium sulfat dan sampel tanah.
2. Tuangkan air suling sehingga memenuhi ¾ tabung uji.
3. Tambah 2-3 titis larutan penunjuk universal ke dalam tabung uji.
4. Tutup tabung uji dengan penyumbat getah dan goncangkan larutan.
5. Biarkan selama 5 minit sehingga tanah mendap.
6. Perhatikan warna larutan.
7. Padankan warna itu dengan cara warna pH dan tentukan nilai pH
tanah tersebut.
8. Ulang eksperimen menggunakan dua sampel tanah yang lain.
Mengukur pH dengan meter pH Bahan:
1. Sampel tanah – 50 g
Alat: 2. Air suling – 50 mL
1. Meter pH
2. Bikar 250 mL
Kaedah:
1. Campurkan sampel tanah dan air suling ke dalam bikar.
2. Gaul selama 20 saat.
3. Biar larutan reda selama 15 minit
4. Ambil bacaan pH dengan meter pH
ASAS PERTANIAN 60
BAB 3 Asas Sains Tanah
Kesan pH tanah terhadap nutrien
1. Ketersediaan nutrien
Secara asasnya nutrien mudah larut pada pH tertentu.
Apabila pH rendah - ion ferum dan aluminium terbebas.
Manakala, apabila pH tinggi – ion kalsium dan magnesium terbebas.
Keempat-empat ion itu bertindak balas dengan fosfat membentuk fosfat
tidak larut.
Ini seterusnya menjadikan fosfat kurang tersedia jika pH terlalu tinggi atau
rendah.
2. Aktiviti mikrob terjejas
Kebanyakkan mikroorganisma bermanfaat hidup dalam julat pH 5.5 hingga
7.8.
Didapati apabila pH tanah rendah (bawah 4.0), telah merencatkan aktiviti
cacing tanah.
3. Tumbuhan mudah mendapat penyakit
Apabila tumbuhan kurang mendapat nutrien yang diperlukan, ini
menyebabkan ia mudah diserang penyakit.
Faktor Keasidan Tanah
1. Larut lesap oleh hujan
Hujan memerangkap gas karbon dioksida yang larut didalamnya dan
membentuk asid karbonik yang lemah. Asid lemah ini melarut resapkan
kalsium daripada tanah dan merendahkan pH tanah
ASAS PERTANIAN 61
BAB 3 Asas Sains Tanah
2. Penggunaan baja yang berasid
Baja ammonium sulfat dan ammonium nitrat boleh menambahkan
keasidan tanah.
3. Pereputan bahan organik
Pereputan bahan organik boleh menghasilkan asid organik dan asid bukan
organik seperti asid nitrik. Bahan asid ini meningkatkan keasidan tanah
4. Kandungan bahan induk
Kandungan bahan induk seperti batu granit boleh meningkatkan keasidan
tanah.
5. Respirasi organisma tanah dan akar tumbuhan
Hasil daripada respirasi ialah gas karbon dioksida. Karbon dioksida yang
terlarut dalam air tanah akan membentuk asid karbonik.
Menilai Keputusan Ujian pH Tanah
Ujian pH mengukur keasidan dan kealkalian tanah. Nilai pH 7.0 dianggap
neutral. Tanah berasid mengandungi pH bawah 7.0 manakala pH atas 7.0
adalah tanah beralkali.
pH 3.0 - 5.0
Tanah sangat berasid
Kebanyakan nutrien tumbuhan terutamanya kalsium, kalium,
magnesium dan kuprum, menjadi terlarut dalam keadaan sangat
berasid. Ini menyebabkan unsur ini mudah larut resap.
ASAS PERTANIAN 62
BAB 3 Asas Sains Tanah
Kebanyakan fosfat dikunci dan tidak tersedia untuk tumbuhan serap
apabila bawah pH 5.1. Walaupun begitu ada sesetengah tumbuhan
tahan asid yang boleh serap aluminium fosfat.
Tanah asid berpasir biasanya kekurangan unsur surih
Bakteria tidak dapat mengurai bahan organik di bawah pH 4.7
mengakibatkan ketersediaan nutrien sedikit untuk tumbuhan
Tindakan: Tambah kapur pertanian untuk naikkan pH 5.0 ke atas.
Penambahan ini juga membantu memecahkan tanah liat berasid.
pH 5.1 - 6.0
Tanah berasid
Sesuai untuk kebanyakan tumbuhan tropika
pH 5.5 adalah nilai yang terbaik untuk iklim tropika
Tindakan: Memadai menambah sedikit kapur pertanian
pH 6.1 - 7.0
Tanah sedikit berasid
Kebanyakan unsur yang diperlukan tumbuhan tersedia ada
Aktiviti mikroorganisma seperti bakteria dan cacing aktif
Tindakan: Tidak perlu tambah kapur pertanian
pH 7.1 - 8.0
Tanah beralkali
Ketersediaan fosforus mula berkurangan
Ferum dan mangan semakin berkurangan mengakibatkan klorosis
pada tumbuhan
ASAS PERTANIAN 63
BAB 3 Asas Sains Tanah
Tetapi kelebihan tahap pH ini adalah penyakit akar tongkol keluarga
kubis (brassica) berkurangan akibat nematod tidak aktif pada pH
tinggi ini.
Tanah tropika jarang mencapai pH setinggi ini
Tindakan: Sulfur, ferum sulfat dan mana-mana agen pengasidan
boleh digunakan bagi mengurangkan pH.
Gambar 32: Pengaruh pH pada ketersediaan nutrien dalam tanah.
Kapasiti Pertukaran Kation (KPK)
Kapasiti Pertukaran Kation (KPK) adalah jumlah kemampuan tanah untuk
memegang kation boleh tukar.
ASAS PERTANIAN 64
BAB 3 Asas Sains Tanah
KPK adalah ciri tanah yang tersedia wujud dalam tanah itu dan sukar untuk
diubah.
Ia mempengaruhi kebolehan tanah untuk memegang nutrien penting dan
bertindak sebagai penimbal terhadap pengasidan tanah.
Tanah yang tinggi liat cenderung untuk mempunyai kadar KPK yang tinggi.
Bahan organik juga mempunyai kadar KPK yang tinggi.
Tanah pasir bergantung sepenuhnya pada KPK bahan organik untuk
mengekalkan nutrien di dalam tanah atas.
Tanah dengan KPK tinggi mampu mengikat dan menyediakan unsur
nutrien lebih baik daripada tanah dengan KPK rendah.
Proses pertukaran kation berlaku di dalam tanah
ASAS PERTANIAN 65
BAB 3 Asas Sains Tanah
Jenis Tanah
1. Tanah lom
Tanah lom merupakan tanah yang mempunyai jumlah pasir, kelodak dan
liat yang sama banyak. Tapak tanah lom sangat sesuai untuk penanaman
sayuran. Tanah lom mempunyai ruang liang yang mencukupi. Ruang liang
memudahkan penembusan dan pertumbuhan akar di samping
menyediakan ruang pengudaraan yang baik. Tanah lom adalah peroi dan
biasanya berwarna gelap dengan bahan organik serta mempunyai banyak
cacing tanah dan organisma bermanfaat.
Kelas tekstur yang lain seperti tanah liat lom berpasir, liat berlom, liat
kelodak berlom dan lom berpasir juga sesuai untuk penanaman sayuran.
Gambar 33: Tanah loam sesuai untuk aktiviti pertanian.
ASAS PERTANIAN 66
BAB 3 Asas Sains Tanah
2. Tanah berpasir
Tanah pasir bekas lombong (sisa aktiviti perlombongan bijih timah) dan
tanah BRIS (tanah berpasir yang terdapat di sepanjang pantai timur
Semenanjung Malaysia) ialah tanah berpasir tandus dengan kandungan
pasir melebihi 90%.
Sifat fizikal dan sifat kimia tanah berpasir sangat tidak sesuai untuk
penanaman sayur. Kandungan tanah liat dan bahan organik juga rendah.
Gambar 34:Tanah berpasir memerlukan banyak bahan organik untuk subur.
3. Tanah liat
Tanah liat menjadi keras apabila ia kering dan melekit apabila basah.
Tanah liat bersifat padat kerana saiz partikel tanahnya yang halus akan
mengakibatkan ruang liang tanah yang kecil. Ini menyumbang kepada
ASAS PERTANIAN 67
BAB 3 Asas Sains Tanah
struktur tanah yang kurang baik. Tanah liat yang padat menghalang
penembusan air, membawa kepada liaran air permukaan yang cepat dan
juga banjir jika tiada kemudahan saliran. Kepadatan tanah liat juga akan
menyebabkan perkembangan akar terbantut.
Gambar 35: Tanah liat mudah menyimpan air dan melekit ketika basah.
4. Tanah gambut
Tanah gambut ialah tanah yang mengandungi lebih 65% bahan organik
yang belum reput sepenuhnya. Terdapat kira-kira 2.4 juta hektar tanah
gambut di Malaysia. Tanah gambut mempunyai ciri aras air yang tinggi,
kewujudan bahan organik separuh reput, pH rendah (<4.0) dan pada
umumnya kesuburan tanah yang rendah.
ASAS PERTANIAN 68
BAB 3 Asas Sains Tanah
Gambar 36: Tanah gambut sesuai untuk penanaman sayur.
5. Tanah asid sulfat
Tanah asid sulfat adalah tanah asid disebabkan Gambar 37: Tanah asid sulfat
oleh penyaliran tanah yang mengandungi bermasalah.
banyak sebatian sulfur. Tanah asid sulfat
terbentuk daripada enapan sedimen laut atau
paya yang mengandungi campuran sulfur
(jarosit) yang tinggi. Proses pengoksidaan
berlaku apabila tanah tersalir dan apabila sulfur
teroksida menghasilkan asid sulfurik yang
mempunyai pH yang sangat rendah (<3.5).
ASAS PERTANIAN 69
BAB 3 Asas Sains Tanah
Sifat beberapa jenis tanah
Sifat tanah Pasir BRIS Liat Asid sulfat Gambut
lombong
Pasir (%) 90.8 98.2 9.7 --
Kelodak 4.5 1.3 35.0 --
(%)
Liat (%) 4.7 2.0 47.5 - -
Nitrogen 0.01 0.002 0.14 0.13 1.4
(%)
pH 4.9 5.0 5.0 3.5 3.5
KPK 0.4 0.3 8.52 - 145
Siri Tanah
Di Malaysia, unit asas yang digunakan bagi pemetaan tanah ialah siri
tanah. Sistem klasifikasi tanah yang digunakan di Semenanjung Malaysia
adalah berasaskan sistem “USDA Soil Taxanomy, 1992” yang telah
diubahsuai mengikut keadaan tempatan.
Sehingga kini, sebanyak 240 siri tanah telah dikenalpasti dan
diklasifikasikan. Daripada 240 siri ini, Jabatan Pertanian telah menyusun ke
dalam 11 kumpulan berasaskan bahan induk, ciri-ciri tanah utama,
landskap dan cara pembentukan tanah. Setiap kumpulan ini mempunyai
siri-siri yang tersendiri.
1. Tanah yang terbentuk dari batuan igneus dan batuan metamorfik
bergred tinggi.
2. Tanah yang terbentuk dari batuan endapan dan batuan
metamorfik bergred rendah.
ASAS PERTANIAN 70
BAB 3 Asas Sains Tanah
3. Tanah yang terbentuk dari aluvium lama
4. Tanah laterit
5. Tanah yang terbentuk dari aluvium sungai terbaru
6. Tanah yang terbentuk dari aluvium sungai hampir tua
7. Tanah BRIS (Beach Ridges Interspersed with Swales)
8. Tanah asid sulfat dan potensi asid sulfat
9. Tanah lempung laut tidak berasid sulfat
10. Tanah organan (gambut) cetek
11. Tanah organan (gambut) yang sederhana dalam dan dalam
ASAS PERTANIAN 71
Bab 4
Pengenalan Kepada
Hortikultur
BAB 4 Pengenalan Kepada Hortikultur
Pengenalan Kepada Hortikultur
“Tidaklah seorang muslim menanam tanaman lalu tanaman itu dimakan
manusia, binatang ataupun burung melainkan tanaman itu menjadi
sedekah baginya sampai hari kiamat.”
-- Hadis Riwayat Muslim
Hortikultur adalah sains dan seni penanaman sayur, buah, bunga dan
lanskap.
Istilah hortikultur bukanlah perkataan asal bahasa Melayu. Istilah ini dicipta
dengan gabungan dua perkataan Grik iaitu ‘hortus’ bermaksud kebun dan
‘cultura’ bermaksud penanaman.
Secara amnya, hortikultur tergolong adalah salah satu bidang daripada
pertanian. Hortikutlur pula terbahagi kepada beberapa pecahan
berdasarkan maksudnya iaitu kategori sayur, buah, bunga dan
lanskap.Mari kita lihat satu per satu sub-bidang dalam hortikultur.
Penanaman Sayuran (Olerikutlur)
Olerikultur adalah sebahagian daripada bidang hortikultur. Olerikultur
berkaitan dengan penanaman sayur-sayuran.
Sebelum kita lebih lanjut mengenali penanaman sayuran, lebih baik kita
kenali definasi sayur.
Sayur merupakan bahagian tumbuh-tumbuhan seperti daun, pucuk dan
buah dijadikan sebagai makanan sama ada ditanam atau tumbuh. Sayur
dimakan dalam bentuk mentah atau dimasak.
Kepentingan
Sayur memainkan peranan penting dalam pemakanan manusia seperti
membekalkan zat makanan.
Di samping itu, sayur penting dalam peneutralan bahan-bahan berasid
yang dikeluarkan ketika penghadaman daging, keju dan beberapa
makanan yang lain. Sayur juga pelawas yang menggalakkan
ASAS PERTANIAN 73
BAB 4 Pengenalan Kepada Hortikultur
penghadaman dan mengurangkan sembelit. Sayur dan buah menjadi
sumber utama vitamin A.
mineral (zat galian) vitamin
Sayur kaya
dengan:
karbohidrat protein
Jenis-jenis sayur-sayuran
Sayur boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu jenis daun, buah
dan ubi/bebawang. Pembahagian kumpulan sayur ini berdasarkan
bahagian sayur itu dimakan.Contohnya sawi yang tergolong dalam
kumpulan sayur daun. Manakala tomato tergolong dalam sayur buah.
Seterusnya ubi keledek tergolong dalam sayur ubi.
Sayur daun Asparagus
Bayam
Cekur manis
Kailan
Kangkung
Kubis
Kubis bunga putih
Kubis bunga hijau
Kubis cina
ASAS PERTANIAN 74
BAB 4 Pengenalan Kepada Hortikultur
Sayur buah Kucai
Sayur ubi/bebawang Remayung
Salad
Sawi
Bendi
Cili
Kacang botor
Kacang buncis
Kacang manis
Kacang panjang
Kacang parang
Kundur
Labu
Peria
Petola
Terung
Timun
Tomato
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Keledek
Kentang
Kunyit
Lobak merah
Lobak putih
Lebih kurang 20 jenis sayur yang penting dan banyak ditanam oleh petani
di Malaysia.
Sayuran tanah rendah dan tanah tinggi
Kebanyakan sayur yang dijual secara komersial di pasaran Malaysia
adalah sayur bukan asal Malaysia. Contohnya kubis, pak choi, asparagus,
dan tomato.
ASAS PERTANIAN 75
BAB 4 Pengenalan Kepada Hortikultur
Sayur ini di negara asalnya hidup subur dalam cuaca sejuk. Oleh sebab itu
kebanyakan sayur import ini hidup subur dan memberi hasil lebih tinggi di
tanah tinggi seperti di Cameron Highland, Bukit Tinggi, dan Kundasang
berbanding di tanah rendah.
Walaupun begitu, kini terdapat varieti yang boleh ditanam di tanah rendah.
Herba dan ulam
Herba adalah tumbuh-tumbuhan yang mempunyai nilai dari segi perubatan,
khasiat makanan dan baunya. Herba digunakan secara meluas dalam
masakan, perubatan dan kecantikan.
Khasiat herba
Di Malaysia, masyarakat Melayu terutamanya menggunakan pelbagai
spesies tumbuh-tumbuhan ubatan untuk merawat penyakit secara
tradisional. Tongkat ali, kacip fatimah dan pegaga adalah antara herba
yang sering digunakan dalam perubatan tradisional Melayu.
Nama biasa Nama Saintifik Kajian Saintifik
Tongkat ali Eurycoma longifolia Kesan ekstrak sebagai agen
stimulasi/perangsang seks.
Pegaga Centella asiatica Kesan ketoksikan ekstrak
klorofom
Mambu/neem Azadirachta indica Efikasi untuk mengurangkan
kolestrol
Kantan Etlingera elatior Kajian dalam melawan sel-
Manjakani Quercus infectoria sel kanser payu dara
Hempedu Thottea grandiflora Aktiviti biologi dalam kantan
beruang Kesan buah manjakani terhadap
Terung pipit Solanum torvum pencerahan kulit dan sifat
Sirih Piper betle antioksida
Temu lawak Cucurma xanthorrhiza Kesan antiradang
Kesan antiradang
Kesan antiradang
Kandungan kimia dan nilai
perubatannya
ASAS PERTANIAN 76
BAB 4 Pengenalan Kepada Hortikultur
Limau purut Citrus hystrix Sifat pemeruapan aroma di dalam
minyak pati
Jarum tujuh Pereskia sacharosa Aktiviti antikosidan dan antikanser
bilah Penapisan aktiviti antioksidan
Kandungan kimia di dalam bijian
Patawali Tinospora crispa
Jarak Bixa orellana
belanda
Penanaman Buahan (pomologi)
Pomologi adalah salah satu cabang bidang botani yang mengkaji
penanaman buah-buahan secara saintifik, termasuk kajian tentang teknik
budidaya dan fisiologi.
Buahan klimakterik
Klimakterik adalah saat akhir proses kemasakan buah dan permulaan
proses penuaan. Peringkat puncak proses kemasakan buah ini berkait
rapat dengan pengeluaran etilena dan peningkatan kadar respirasi yang
mendadak. Selepas klimakterik, kadar respirasi akan turun kepada kadar
biasa.
Etilena
Gas etilena berfungsi sebagai:
Mempercepat proses pematangan buah. Pengaruh gas etilena
terhadap pematangan buah iaitu memecahkan klorofil pada buah
muda. Hal ini akan membuat buah tersebut hanya memiliki karoten
dan xantofil sehingga warna buah bertukar kepada merah dan jingga.
Mencetus pengguguran bunga dan daun.
Membuat batang tumbuh menjadi tebal.
Membantu memekarkan bunga.
Membantu dalam membentuk akar adventif.
Gas etilena juga boleh bertindakbalas ketika bertemu hormon tumbuhan
lain, contohnya:
Membantu pengaturan jumlah pembentukan bunga betina dan jantan
ketika berinteraksi dengan hormon giberelin.
ASAS PERTANIAN 77
BAB 4 Pengenalan Kepada Hortikultur
Mempercepat pembungaan jika berinteraksi dengan hormon auksin.
Contoh: pohon mangga dan nanas.
Klimakterik juga akan menyebabkan perubahan lain kepada buah seperti
perubahan pigmen yang menukarkan warna buah dan peningkatan
kandungan gula.
Peringkat klimakterik adalah peringkat buah dalam keadaan paling baik
untuk dimakan dari segi rasa dan tekstur buah itu. Buah-buahan klmakterik
seperti pisang, mangga dan jambu boleh dipetik semasa masih hijau
kerana proses klimakterik tetap berjalan walaupun telah dipetik.
Sebaliknya, buah tak klimakterik seperti buah naga, oren dan limau dipetik
di pokok semasa sedang masak. Jika dipetik awal, buah hanya akan
membusuk tanpa bertukar ke fasa ranum.
Dengan mengetahui jenis buah ini, kita dapat membuat keputusan awal
untuk menjalankan aktviti memeram atau tidak sesuatu buah itu. Hal ini
dapat menjimatkan proses penuaian selepas itu.
Senarai buah klimakterik dan bukan klimakterik
Buah klimakterik Nama saintifik
Pisang Musa spp.
Kiwi Actinidia deliciosa
Durian Durio zibentinus
Mangga Mangifera indica
Betik Carica papaya
Avakado Persea americana
Jambu Psidium guajava
Pisang kaki (persimmon) Diospyros virginiana
Beri biru Vaccinium corymbosum
Rockmelon Cucumis melo
Tomato Solanum lycopersicum
Epal Malus pumila
Pear Prunus prisica
Durian belanda Annona muricata
ASAS PERTANIAN 78
BAB 4 Pengenalan Kepada Hortikultur
Nangka Artocarpus heterophyllus
Cempedak Artocarpus integer
Fig / tin Ficus carica
Manggis Garcinia mangostana
Langsat Lansium domesticum
Duku Lansium parasiticum
Mulberi Morus indica
Buah bukan klimakterik Nama saintifik
Tembikai Citrullus lanatus
Laici Litchi chinensis
Anggur Vitis vinifera
Belimbing Averrhoa carambola
Strawberi Fragaria × ananassa
Rambutan Nephelium lappaceum
Delima Punica granatum
Limau Citrus × aurantiifolia
Jagus Anacardium occidentale
Nanas Ananas comosus
Longan, mata kucing Dimocarpus longan
Salak Salacca edulis
Jambu bol Syzygium malaccense
Asam jawa Tamarindus indica
*sesetengah varieti buah tidak menampakkan ciri khusus sama ada ia
klimakterik atau bukan kilmakterik.
Buah-buah nadir
Buah nadir adalah buah-buahan yang jarang ditemui dan tidak ditanam
secara komersil. Buah nadir biasa diambil dari hutan ataupun ditanam di
sekitar rumah atau dusun sahaja. Perkataan nadir sendiri bermaksud
sedikit atau jarang.
Sesetengah spesis buah nadir hanya boleh ditemui dan dikenal pasti oleh
pakar barulah diketahui bahawa buahnya boleh dimakan atau pun tidak.
ASAS PERTANIAN 79
BAB 4 Pengenalan Kepada Hortikultur
Terdapat juga pokok buah nadir yang hanya boleh ditemui di sesetengah
kawasan atau negeri sahaja. Lagipun buah-buahan ini jarang ditemui dan
dijadikan makanan. Potensi pada buah nadir ada namun, kerisauan muncul
apabila mungkin pupus.
Terdapat lebih 370 spesis buah-buahan di Malaysia. Sebanyak 16 spesis
telah dikelaskan oleh jabatan pertanian sebagai buah-buahan utama dan
selebihnya dikelaskan sebagai buah-buahan nadir. Kebanyakan pokok
buah ini ditanam bercampur dengan pokok buah lain di dusun. Ada juga
dijadikan sebagai pokok teduhan di halaman rumah.
Buah nadir di Malaysia terbahagi kepada 3 kategori mengikut asal buah
tersebut:
Buah nadir tempatan (Semenanjung Malaysia)
Buah nadir Sabah dan Sarawak
Buah nadir yang dibawak masuk dari luar negara (eksotik)
Pengumpulan pokok buah nadir sangat penting terutamanya bagi
memastikan sumber genetik buah-buahan ini sentiasa terpelihara.
Pulau Tekak Besar dan Pulau Sungai Tekak di Tasik Kenyir, Terengganu
telah dijadikan sebagai kawasan pengumpulan buah nadir di Semenanjung
Malaysia.
Senarai buah nadir di Semenanjung Malaysia
Nama tempatan Nama saintifik
Nona Anona kapri
Asam paya Eleiodoxa conferta
Belimbing buluh Averrhoa bilimbi
Buah ajaib Synsepalum dulcificum
Cerapu Garcinia praniana
Kabung Arenga pinnata
Keranji Dialium indum
Redan Nephelium glabrum noronh
Jering Archidendron pauciflorum
Kerdas Archidendron bubalinum
Asam kandis Garcinia xanthochymus
ASAS PERTANIAN 80
BAB 4 Pengenalan Kepada Hortikultur Sandoricum koetjape
Leucaena leucocephala
Sentul Ceri arecola
Petai belalang Anacardium occidentale
Ceri tempatan Pometia pinnata
Gajus Bouea macrophylla
Kasai / Longan Brazil / Matoa Syzygium jambos
Kundang Baccaurea macrocarpa
Jambu mawar Garcinia atroviridis
Tampoi Persea americana
Asam gelugor Garcinia hombroniana
Avokado Ficus racemosa L
Beruas Phyllanthus acidus
Ara Inga edulis
Cermai Spondias dulcis
Kacang aiskrim Fortunella polyandra
Kedondong Cinchona succirubra
Limau pagar Nephelium mutabile
Labu kayu Carissa carandas
Pulasan Baccaurea polyneura
Asam keranda Mangifera caesia
Jentik-jentik Myristica argentea
Binjai Eugenia uniflora Linn
Buah pala Syngium malaccense
Cermai belanda Borassus flabellifera
Jambu bol Tamarindus indica
Kelapa laut Phyllanthus emblica
Asam jawa Lepisanthes alata
Melaka Gnetum gnemon
Ceri Terengganu Diospyros blancoi
Melinjau Cynometra cauliflora
Mentega / Seralat Nypa fruticans
Nam-nam Ardisia elliptica
Nipah Barringtonia spp.
Penar Baccaurea motleyana
Putat Lecythis zabucajo
Rambai Aglaia spp.
Sapukaya Artocarpus altilis
Sekiat
Sukun ASAS PERTANIAN 81
BAB 4 Pengenalan Kepada Hortikultur
Senarai buah nadir di Sabah dan Sarawak
Nama tempatan Nama saintifik
Buah isau Dimocarpus longan malesianus
Buah lemak Pouteria campechiana
Ceri Cerolao verde
Dabai Canarium odontophyllum
Engkalak Litsea garciae
Buah mundu Garcinia dulcis
Asam alui-alui Garcinia nitida Pierre
Kendawong Parkia timoriana
Sapote Mamey sapote
Camu-camu Myrciaria dubia
Belimbing hutan Baccaurea angulata
Bambangan Mangifera pajang
Canistel Pouteria campechiana
Pili nut Canarium ovatum
Petola hutan Parmentieria aculeata
Prainea Prainea limpato
Kabal madu Willughbeia angustifoli
Tarap Artocarpus odoratissimus
Rolinia Rollinia deliciosa
Sapote hitam Diospyros digyna
Buah-buahan bermusim dan tidak bermusim
Tumbuhan mula berbunga berdasarkan faktor cahaya, suhu dan
kelembapan. Di negara beriklim tropika, terdapat perubahan pada jumlah
hujan dan sedikit perubahan cahaya. Ini terserlah dengan adanya dua
musim yang jelas di Malaysia iaitu musim tengkujuh dan musim kemarau.
Musim kemarau bertindak sebagai pencetus untuk pokok buah di iklim
tropika mula mengeluarkan bunga.
ASAS PERTANIAN 82
BAB 4 Pengenalan Kepada Hortikultur
Namun begitu, jika hujan turun berturut-turut tanpa henti, hal ini mampu
mengganggu penghasilan bunga dan pendebungaan. Seterusnya
mengakibatkan bunga gugur.
Durian, rambutan, manggis, dan pulasan adalah antara buah bermusim.
Walaupun begitu, kawasan-kawasan buah bermusim ini berputik berbeza.
Oleh itu, petani dapat membekalkan buah bermusim ini sepanjang tahun
dengan mengimport dari negara jiran seperti Thailand, Vietnam, Indonesia
dan Filipina.
Ada juga cara fizikal bagi mengawal musim buah. Contohnya pokok
rambutan dipangkas bagi mengawal musim berbuah.
Buah-buahan tidak bermusim seperti avokado, mangga, pisang, strawberi,
dan mulberi tidak terkesan sangat dengan cuaca sekitar.
Teknologi luar musim terdapat tiga cara iaitu:
1. Secara mekanikal/fizikal
2. Secara kimia/hormon
3. Gabungan mekanikal dan kimia
Buah tarap adalah antara buah nadir di Sabah
ASAS PERTANIAN 83
BAB 4 Pengenalan Kepada Hortikultur
Hortikultur Hiasan
Hortikultur hiasan adalah sub-bidang hortikultur yang melibatkan
penanaman pokok hiasan dan lanskap.
Tumbuhan renek
Tumbuhan renek adalah tumbuhan berbatang keras dan tumbuh tidak lebih
daripada 6 meter. Contohnya, pokok senduduk (Melastoma
malabathricum), siantan (Ixora spp.) atau pokok teh (Camellia sinensis).
Pokok renek biasanya mempunyai banyak cabang yang berdaun lebat.
Rupa bentuk pokok ini mudah dikawal dengan cara pencantasan.
Tumbuhan teduh
Tumbuhan yang di tanam untuk memberikan naungan kepada tanaman
lain yang gemar akan keadaan teduh .
Tanaman penutup bumi
Tanaman yang digunakan khas untuk melindungi tanah daripada kesan
hujan dan panas yang akan mengakibatkan hakisan tanah dan larut resap
nutrien. Penutup bumi banyak ditanam sebagai tanaman selingan pokok
saka seperti getah dan kelapa sawit. Pokok saka ditanam dalam jarak 6
meter hingga 15 meter antara pokok.
Pada peringkat awal tumbesaran sehingga 5 tahun, kawasan antara pokok
terdedah sehingga kanopi pokok menutupi tanah. Tanaman kekacang
seperti Centro (Centrosema pubescens), Calapo (Calapogonium
mucunoides) dan Puero (Pueraria phaseoloides) ditanam antara baris
pokok dan dalam beberapa bulan akan menutupi tanah.
Tanaman penutup bumi juga akan membantu mengurangkan saingan
rumpai. Jenis kekacang digunakan kerana berupaya mengikat nitrogen dan
dapat meningkatkan kandungan nitrogen dalam tanah.
ASAS PERTANIAN 84
BAB 4 Pengenalan Kepada Hortikultur
Kekacang mukuna (Mucuna bracteata) digunakan sebagai penutup bumi di
kebanyakan ladang kelapa sawit. Pokok kekacang ini mampu
mengembalikan nitrogen pada tanah disamping menjadi green manure.
Disamping itu, mukuna mampu mengurangkan kadar populasi kumbang
badak. Kumbang badak terbang secara take off seperti kapal terbang. Hal
ini kerana kumbang badak tidak mampu terbang di celah rimbunan mukuna.
Tumbuhan indoor
Tumbuhan indoor melibatkan tumbuhan yang boleh ditanam di dalam
rumah atau bangunan. Biasanya tumbuhan indoor ini adalah spesies tebal
daunnya. Antaranya seperti lidah jin (sansievera.,
Walaupun jenis tumbuhan indoor boleh dijaga di dalam bangunan, asas
kepada tumbuhan iaitu cahaya perlu ada. Cahaya lampu di dalam rumah
tidak mampu memberikan cahaya yang cukup seperti cahaya mahatari.
Oleh itu, tumbuhan indoor perlu diubah lokasi sekitar 2 minggu bagi
mengelakkan ia layu mati akibat kekurangan cahaya.
Tumbuhan pagar
Tanaman pagar adalah barisan yang ditanam dengan pokok renek secara
dekat, dilatih dan diselenggara membentuk pagaran atau tanda sempadan
untuk sesuatu kawasan.
Ciri-ciri pokok pagaran:
Sesuai tumbuh di semua keadaan tanah dan cuaca
Senang hidup dan tahan terhadap serangan serangga dan penyakit
Tidak beracun
Pertumbuhan lambat
Tahan kepada pemangkasan
Mudah didapati, murah perbelanjaan
Mempunyai pertumbuhan daun dan ranting yang padat dan lebar
Contoh:
Pokok jenjarum (Ixora spp.)
ASAS PERTANIAN 85
BAB 4 Pengenalan Kepada Hortikultur
Teh tehan
Pokok bunga raya
Tumbuhan menjalar
Tumbuhan yang menutupi kawasan dengan mengeluarkan batang yang
berupaya menjalar dengan cepat. Batang yang menjalar ini dipanggil stolon
dan pada setiap stolon terdapat nod yang akan mengeluarkan akar dan
pucuk.
Kebanyakan tanaman penutup bumi dipilih dari jenis tumbuhan jalar kerana
dapat melitupi kawasan dengan cepat serta mudah memanjat sesuatu
struktur tegak seperti pokok atau pagar. Tumbuhan jalar juga boleh
menjadi rumpai yang berbahaya seperti pokok Mikania cordata yang cepat
menguasai kawasan dan memberi saingan kepada tanaman sekiranya
tidak dikawal.
Penanaman Bungaan (florikultur)
Penanaman bunga adalah salah satu daripada sub-bidang hortikultur.
Industri bunga amat luas. Contohnya Belanda terkenal sebagai negara
penanam bunga tulip terluas di dunia.
Semusim
Tumbuhan semusim ialah tumbuhan yang biasanya mati selepas
melengkapkan kitaran biologinya bermula dengan percambahan dan
diakhiri dengan berbunga atau penghasilan biji benih. Biasanya berlaku
dalam tempoh masa setahun atau semusim.
Tumbuhan semusim boleh hidup lebih dari satu tahun dengan membuang
bunga.
ASAS PERTANIAN 86
BAB 4 Pengenalan Kepada Hortikultur
Sesetengah tumbuhan tidak berbiji juga boleh dianggap semusim
walaupun mereka tidak mengeluarkan bunga jika ia mati dalam tempoh
masa setahun atau semusim.
Dwimusim
Tumbuhan dwimusim ialah tumbuhan yang mengambil masa dua tahun
(iaitu dua musim pertumbuhan) untuk melengkapkan kitar hidupnya. Pada
tahun pertama, ia tumbuh daun, batang, dan akar (struktur tampang).
Seterusnya ia masuk tempoh kedormanan pada musim sejuk. Selalunya
batang kekal pendek dan daun dekat dengan tanah membentuk roset.
Banyak tumbuhan dwimusim memerlukan rawatan sejuk atau pemvernalan
sebelum ia berbunga. Pada tahun seterusnya iaitu pada musim bunga atau
musim panas batang pokok akan mula tumbuh dengan cepat masuk fasa
pembiakan.
Contoh seperti pasli, lobak merah, bunga balung ayam, tulip dan lili.
Saka
Tumbuhan saka ialah tumbuhan yang hidup lebih daripada dua tahun.
Istilah ini digunakan bagi membezakan antara tumbuhan yang hidup
semusim dan dwimusim.
Contoh tumbuhan saka seperti pucuk manis, bunga ros, bunga raya, durian,
manggis, rambutan
Tumbuhan siang panjang
Tumbuhan yang memerlukan lebih daripada 12 jam panjang siang hari
diikuti oleh jangka gelap yang pendek untuk berbunga.
Tumbuhan siang pendek
Tumbuhan yang memerlukan cahaya matahari bawah 12 jam untuk
berbunga.
Tumbuhan siang neutral
ASAS PERTANIAN 87
BAB 4 Pengenalan Kepada Hortikultur
Tumbuhan yang tidak terkesan dengan jumlah jam cahaya matahari
diterima.
Penanaman rumput turf
Rumput turf adalah rumput yang ditanam khas untuk laman ataupun hiasan.
Kebanyakan rumput turf boleh dilihat di padang golf.
Rumput turf boleh dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu rumput turf
musim panas dan rumput turf musim sejuk.
Rumput turf musim panas perlukan suhu optima dari 25 – 35 oC manakala
rumput turf musim sejuk hidup dalam suhu optima dari 15 hingga 25 oC.
Tentunya di Malaysia, kebanyakkan rumput turf ialah dari kumpulan rumput
musim panas, kecuali green di padang golf Awana Genting yang
menggunakan sejenis rumput musim sejuk.
Hampir semua jenis rumput turf yang lazim digunakan adalah jenis saka,
hidup lebih dari setahun.
ASAS PERTANIAN 88
Bab 5
Pertanian Bandar
BAB 5 Pertanian Bandar
Pertanian Bandar
Terdapat lebih daripada 76% populasi penduduk di Malaysia tertumpu di
bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Johor Bharu dan Pulau
Pinang. Menurut laporan statistik oleh Jabatan Statistik Negara, proses
urbanisasi berlaku di Malaysia berlaku pada kadar 2.19% setiap tahun.
Kepadatan penduduk di bandar secara tidak langsung meningkatkan
permintaan terhadap pengeluaran makanan yang banyak. Di sinilah fungsi
pertanian hadir.
Bandar – kawasan yang
Pertanian bandar ialah suatu amalan menanam, mempunyai
jumlah
memproses dan mengagihkan makanan penduduk 10,000 orang
berasaskan pertanian di dalam kawasan atau atau lebih.
sekitar bandar.
Selain itu, pertanian bandar melibatkan konsep menggunakan ruang yang
terhad untuk bercucuk tanam bagi menghasilkan output yang maksimum di
bandar.
Kesan Pertanian Bandar
Ekonomi
Pertanian bandar mengembangkan ekonomi setempat dengan
menggalakkan penghasilan, pemprosesan, pembungkusan dan pemasaran
makanan pertanian. Ini menyebabkan berlaku peningkatan dalam aktiviti
keusahawanan dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan.
Seterusnya pertanian bandar mampu menurunkan kos penghasilan
makanan dan memperbaiki kualiti makanan.
Masyarakat bandar dapat mendapatkan terus bekalan makanan segar
seperti sayur dan ikan daripada tempat pertanian di sekitar bandar. Ini
dapat mengurangkan faktor kebergantungan pada makanan import atau
luar dari kawasan.
ASAS PERTANIAN 90
BAB 5 Pertanian Bandar
Selain itu, pertanian bandar dapat memberi peluang kepada golongan
miskin bandar menambah pendapatan mereka. Ini seterusnya dapat
meringankan beban mereka.
Sosial
Pertanian bandar dapat memberi kesan besar terhadap sosial dan emosi
individu. Apabila aktiviti pertanian berlangsung, penduduk bandar dapat
berinteraksi antara satu sama lain. Kebanyakan tempat yang ada
mengamalkan kebun komuniti, menunjukkan peningkatan interaksi
komunikasi antara penduduk.
Apabila penduduk berkumpul sekitar projek pertanian, aktiviti fizikal seperti
berjumpa dan bertegur sapa meningkat. Selain daripada bersenam, hal ini
menggalakkan kesedaran antara penduduk bandar bahawa pertanian ini
bagus untuk kesihatan.
Kanak-kanak juga dapat mengetahui dari mana makanan mereka terhasil.
Ini memberi kesedaran bahawa setiap makanan haruslah dihargai.
Kecekapan tenaga
Konsep utama pertanian bandar melibatkan penggunaan input yang sedikit
dengan hasil yang maksimum. Contohnya apabila berkebun di tempat yang
kecil, konsep perkebunan menegak dapat menjimatkan ruang dan
seterusnya menghasilkan tanaman yang banyak.
Tambahan lagi akan berlaku penjimatan tenaga terutamanya tenaga buruh.
Jejak karbon
Jejak karbon melibatkan rantaian pengangkutan bermula dari hasil tuaian
diambil dari ladang sehinggalah sampai ke meja pengguna.
Bayangkan jika sayur dari Cameron Highland dihantar terus ke Johor
Bahru. Setiap asap yang keluar dari lori yang membawa sayur ini ada
kaitan dengan jejak karbon.
Apabila pertanian bandar ada, maka berkuranglah jejak karbon. Ini
mengurangkan jarak dari ladang sehinggalah ke meja pengguna.
ASAS PERTANIAN 91
BAB 5 Pertanian Bandar
Dekontaminasi tanah
Kebanyakan tanah kosong atau terbiar di bandar dijadikan tempat
pembuangan sisa-sisa buangan. Hal ini menyebabkan tanah tercemar
dengan pelbagai sisa toksik.
Tumbuhan mampu menyahtoksikkan tanah tersebut.
Pertanian bandar mampu mengisi tempat atau tanah terbiar ini untuk
digunakan sepenuhnya bagi aktiviti pertanian.
Rumah flat contohnya boleh membina kebun komuniti untuk penduduk
setempat mendapat manfaat.
Konsep Pertanian Bandar
Terdapat pelbagai konsep pertanian bandar iaitu:
1. Perkebunan menegak
2. Perkebunan bekas
3. Hidroponik
4. Akuaponik
5. Autopot
6. Kebun komuniti
Perkebunan Menegak
Perkebunan menegak melibatkan penanaman pokok secara menegak. Hal
ini boleh dilaksanakan dengan menanam pokok di dalam pasu. Ideanya,
dengan menanam secara menegak, kita dapat memaksimakan
keseluruhan luas kawasan.
Bayangkan jika kita hanya tanam mendatar pada satu kawasan seluas 10
m2. Tidak banyak pokok dapat kita tanam. Tetapi apabila kita mula
menanam secara menegak, bilangan pokok bertambah. Ini seterusnya
meningkatkan hasil penanaman.
ASAS PERTANIAN 92
BAB 5 Pertanian Bandar
Perkebunan menegak
Perkebunan bekas
Tidak semua kawasan di bandar mempunyai tanah yang subur.
Sesetengah kawasan telah tercemar dengan bahan toksik dan buangan
sampah. Proses memulihkan tanah yang tercemar ini akan memakan kos
dan masa. Kaedah lain untuk menanam di atas tanah ini adalah dengan
menanam dengan bekas.
ASAS PERTANIAN 93
BAB 5 Pertanian Bandar
Bekas boleh merangkumi mana-mana bahan yang mampu menampung
medium tanaman. Bekas ini boleh jadi pasu tanah liat, pasu plastik, bekas
botol mineral, tong drum, dan polibeg.
Konsep perkebunan bekas ini memerlukan beberapa elemen agar terhasil
dengan baik. Elemen tersebut adalah medium tanaman, air dan saiz bekas.
Perbandingan perkebunan bekas dan perkebunan atas tanah
Perkebunan bekas Perkebunan atas tanah
Tidak terikat dengan kesuburan Terikat dengan kesuburan tanah
tanah kawasan penanaman
Perlu disiram selalu Siraman berkala memadai
Perlu dibaja selalu Baja berkala memadai
Akar terhad dalam bekas Akar boleh sendiri mencari air dan
baja
Tanaman boleh diubah lokasi Tanaman kekal di tempat ia ditanam
mengikut kesesuaian
Penanaman terhad pada beberapa Apa-apa tumbuhan boleh ditanam
tumbuhan sahaja
Tabulampot
Pokok buah-buahan juga boleh ditanam di dalam pasu. Kaedah ini banyak
diamalkan di negara jiran seperti Indonesia. Mereka menggunakan
singkatan tabulampot atau nama penuhnya tanam buah di dalam pot.
Jika dilihat senarai apa yang boleh ditanam, hampir semua buah boleh
ditanam hatta pokok durian. Namun begitu, hasil tanaman di dalam pot
masih terikat dengan saiz pot itu sendiri. Lebih besar sesuatu pot, lebih
tinggi hasil yang dikeluarkan oleh tanaman.
ASAS PERTANIAN 94
BAB 5 Pertanian Bandar
Gambar 38: Tabulampot pokok belimbing
Tiada had kreativiti dalam kita menanam menggunakan bekas. Apa yang
penting adalah kita tahu asas-asas penanaman yang berjaya.
Autopot
Autopot adalah penanaman di dalam pasu dengan sistem
pengairan air sendiri.
Pasu di atas diisi dengan medium penanaman. Manakala
bekas di bawah diisi air kosong atau air berisi baja. Akar
akan menyerap air dari bekas bawah.
Seterusnya ini dapat menjimatkan penggunaan air untuk
berkebun. Hanya perlu isi semula air di dalam bekas
takungan itu sahaja agar tidak kosong.
ASAS PERTANIAN 95