The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohdrozaimin, 2021-02-06 01:45:27

ASAS PERTANIAN - JPPKK

ASAS PERTANIAN - JPPKK

BAB 5 Pertanian Bandar

Hidroponik

Hidroponik berasal daripada gabungan dua perkataan grik iaitu hydro
bermaksud air manakala ponic pula bermaksud penanaman. Maka,
hidroponik ialah penanaman tanpa menggunakan tanah.

Konsep hidroponik amat sesuai dengan pertanian bandar. Ini
memandangkan kawasan yang terhad dan kekurangan tanah yang subur
di bandar. Di beberapa negara maju seperti di Jepun dan Ameri, mereka
mula memperkenalkan kaedah hidroponik skala besar sebagai salah satu
cara membekalkan makanan kepada penduduk bandar.

Medium hidroponik

Terdapat banyak medium yang boleh digunakan dalam penanaman
hidroponik. Antaranya adalah:

1. Sabut kelapa hancur (SKH) atau cocopeat
2. Sekam bakar
3. Rockwool
4. Span
5. Vermikulit
6. Perlit
7. Pasir (jarang digunakan lagi)

Tanaman yang sesuai ditanam dengan kaedah hidroponik adalah
kebanyakannya adalah jenis sayur berdaun.

Larutan baja

Hidroponik menggunakan sepenuhnya baja cecair sebagai pembekal
nutrien lengkap kepada tumbuhan.

Baja ini adalah baja jenis bukan organik dan tergolong dalam baja kimia.

Baja ini dibahagikan kepada dua campuran yang lebih dikenali sebagai
baja AB.

ASAS PERTANIAN 96

BAB 5 Pertanian Bandar

Baja AB yang dihasilkan adalah jenis pekat. Jadi baja ini perlu dilarutkan ke
dalam air dengan sukatan yang betul. Sukatan kepekatan baja AB diukur
dengan meter EC.

Meter EC digunakan bagi mengukur kepekatan larutan baja hidroponik.

Setiap fasa pertumbuhan tanaman akan lain nilai EC.

Senarai bahan dalam set baja AB.

Baja A Baja B
1. Kalsium nitrat 1. Kalium nitrat
2. Ferum 2. Magnesium sulfat
3. Mono-kalium fosfat
4. Mangan
5. Boron
6. Kuprum
7. Zink
8. Ammnoium molidat

Hidroponik NFT

ASAS PERTANIAN 97

BAB 5 Pertanian Bandar

Akuaponik
Akuaponik (nama lain: meskiponik) adalah gabungan antara dua kaedah
pertanian iaitu penternakan ikan dan penanaman sayur.
Air daripada ikan disalurkan kepada bekas takungan hidroponik yang
mengandungi sayur. Air yang terkandung sisa buangan ikan diserap oleh
sayur. Setelah itu, air disalurkan kembali ke tangki ikan. Proses ini
berulang.
Secara teorinya, kita dapat dua dalam satu. Kita dapat menuai ikan dan
sayur.

Gambar 39: Akuaponik adalah gabungan penternakan ikan dan penanaman tanpa tanah

ASAS PERTANIAN 98

BAB 5 Pertanian Bandar

Kebun komuniti
Tanah di bandar kurang. Ramai orang tinggal di apartment. Tidak semua
rumah di bandar mempunyai kawasan luas untuk berkebun. Ini munculnya
idea untuk membina kebun komuniti.
Kebun komuniti adalah kebun yang dibangunkan oleh masyarakat
setempat. Mereka membangunkan tanah terbiar di kawasan mereka.
Hal ini membantu mengeratkan silaturahim antara penduduk. Selain itu,
penduduk dapat mengamalkan gaya hidup sihat. Mereka dapat bersenam
dan menikmati hasil tanaman bebas kimia.
Di Malaysia, bandar-bandar besar sudah mula mempraktikkan kebun
komuniti.

Gambar 40: Kebun Komuniti di Shah Alam

ASAS PERTANIAN 99

Bab 6
Tanaman Industri

BAB 6 Tanaman Industri

Tanaman Industri
Tanaman industri adalah tanaman yang ditanam untuk menghasilkan produk yang akan
digunakan dalam sektor industri dan tidak digunakan untuk bekalan makanan. Contoh
hasil tanaman industri ialah getah, minyak sawit, gentian, kapas dan pewarna. Biasanya,
hasil ini perlu melalui pemprosesan sebelum ia dipasarkan.
Hasil produk daripada getah misalnya boleh ditambah nilai untuk menghasilkan produk-
produk lain seperti tayar, sarung tangan dan bahan-bahan industri yang lain. Minyak
sawit pula diproses untuk menghasilkan minyak makan, marjerin, sabun dan kosmetik.
Tanaman industri memainkan peranan penting dalam ekonomi sesebuah negara.
Kelapa Sawit

Gambar 41: Kelapa sawit

Nama biasa: Kelapa sawit
Nama Inggeris: Oil palm
Nama botani: Elaeis guineensis
Keluarga: Arecaceae
Kelapa sawit adalah tumbuhan sekeluarga dengan kelapa yang telah menjadi tanaman
penting di Malaysia dan beberapa negera lain di dunia. Kelapa sawit boleh dibahagikan
kepada dua spesies iaitu jenis Arecaceae atau famili palma yang digunakan untuk

ASAS PERTANIAN 101

BAB 6 Tanaman Industri

pertanian komersil dalam pengeluaran minyak kelapa sawit. Manakala spesis kelapa
sawit jenis Amerika (Elaeis oleifera) yang berasal dari Amerika Tengah dan Amerika
Selatan kurang dikomersilkan.

Keluasan tanaman kelapa sawit di Malaysia mencecah 1.52 juta hektar dengan
pengeluaran hasil sebanyak 18.9 juta metrik tan setahun. Pengeluaran minyak sawit
meningkat dari cuma 431,069 metrik tan pada 1970 (tempat ke empat) kepada
sebanyak 17,734,441 metrik tan pada tahun 2009. Ini menjadikan ia komoditi terbanyak
dihasilkan dari sektor pertanian Malaysia.

Tanaman kelapa sawit di Malaysia menggunakan benih tanaman TENERA iaitu
kacukan antara Dura dan Pisifera yang berhasil tinggi setelah menjalani beberapa
proses biakbaka. Penanaman kelapa sawit dijalankan oleh estet swasta (Guthrie
Plantation, Kulim Berhad, Sime Darby, IOI, KL-Kepong, Pamol dan banyak lagi) dan
juga organisasi kerajaan (FELDA, FELCRA, UPEN, Kerajaan Negeri dan sebagainya)
serta pekebun-pekebun kecil. Keluasan tanaman getah dan dusun berkurang setiap
tahun dan ditukar kepada tanaman kelapa sawit.

Botani

Pokok Kelapa Sawit yang matang mempunyai satu batang pokok yang tunggal dan
tumbuh sehingga 20 meter tingginya.

Daunnya merupakan daun majmuk yang anak-anak daunnya tersusun lurus pada
kedua-dua belah tulang daun utama seolah-olah bulu dan mencapai 3 hingga 5 meter
panjangnya. Pokok yang muda menghasilkan lebih kurang 30 daun setiap tahun,
dengan pokok yang matang yang melebihi 10 tahun menghasilkan lebih kurang 20
daun.

Bunganya berbentuk rumpun yang padat. Setiap bunganya kecil sahaja, dengan tiga
sepal dan tiga kelopak.

Buahnya memakan 5 hingga 6 bulan untuk masak dari masa pendebungaan. Ia terdiri
daripada lapisan luar yang berisi dan berminyak (perikarp), dengan biji tunggal (isirung)

ASAS PERTANIAN 102

BAB 6 Tanaman Industri

yang juga kaya dengan minyak. Berbanding dengan saudaranya, kelapa, kelapa sawit
tidak menghasilkan tunas susur. Pembiakannya hanya melalui penyemaian biji-biji.

Sejarah Perladangan Kelapa Sawit

Sejarah penanaman kelapa sawit di Malaysia dan Indonesia bermula apabila empat
anak benih dari Afrika ditanam di Taman Botani Bogor, Indonesia pada tahun 1848.
Benih sawit dari Bogor ini mula tersebar ke Tanah Melayu apabila mula ditanam di
Rantau Panjang, Kuala Selangor pada tahun 1911-1912 sebagai pokok hiasan.

Perladangan kelapa sawit di Malaysia bermula pada tahun 1917 apabila Ladang
Tenmaran di Kuala Selangor ditanam dengan benih dura Deli dari Rantau Panjang.

Kelapa Sawit boleh diklasifikasikan kepada tiga jenis bentuk buah berdasarkan
ketebalan tempurung, iaitu dura (tempurung tebal), tenera (tempurung nipis) dan
pisifera (tiada tempurung).

Buah tenera menghasilkan minyak yang lebih banyak berbanding buah dura kerana
perbezaan ketebalan tempurung. Pisifera adalah buah betina mandul, iaitu bunga
betina yang sepatutnya berkembang untuk menjadi buah tetapi tandan akan gugur
sebelum matang. Keadaan ini menyebabkan pisifera tidak mengeluarkan tandan,
sebaliknya banyak mengeluarkan bunga jantan sahaja.

Namun, didapati ada juga segelintir pisifera yang subur.

Pembiakbakaan Benih Sawit

Program pembiakan dan pemilihan baka sawit di Malaysia dimulakan oleh Jabatan
Pertanian Malaysia pada tahun 1912. Ini seterusnya diambil alih oleh Institut
Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) mulai tahun 1969, Institut
Penyelidikan Minyak Sawit Malaysia (PORIM) pada tahun 1979 dan Lembaga Minyak
Sawit Malaysia (MPOB) pada tahun 2000.

Program pembiakbakaan sawit adalah berdasarkan kepada objektif-objektif seperti
meningkatkan hasil minyak, meningkatkan kualiti minyak, mengurangkan kadar
ketinggian pokok dan rintang kepada perosak dan penyakit.

ASAS PERTANIAN 103

BAB 6 Tanaman Industri

Program pembiakan di Malaysia dan Indonesia sejak dekad 1920-an terhadap baka
dari Deli untuk tujuan komersil telah menjadikannya seragam dan bermutu tinggi.
Bahan ini kemudiannya dikenali sebagai dura Deli.

Apabila pewarisan bentuk buah difahami, penanaman komersil beralih daripada bahan
dura kepada kacukan Dura x Pisifera (D x P). Pokok dari keluarga Arecacea ini adalah
jenis kacukan D x P menghasilkan buah tenera. Penanaman ladang yang
menggunakan bahan D x P berlaku secara mendadak pada awal dekad 1960-an
apabila Felda membuka tanah rancangan secara besar-besaran.

Lazimnya pokok induk untuk pengeluaran biji benih D x P dipilih berdasarkan hasil
tandan dan komponen kualiti tandan dari pokok yang diketahui salasilahnya. Data
ukuran vegetatif sering diambil kira ketika pemilihan. Rekod hasil dikumpul bagi tempoh
tidak kurang empat tahun berturut-turut. Komponen kualiti tandan seperti peratusan
perahan minyak dan hasil isirung ditentukan melalui kaedah 'analisis tandan', dengan 3
- 5 tandan dianalisis bagi setiap pokok. Semua data yang dikumpul berdasarkan pokok
individu

Isu Berkaitan Kelapa Sawit

Pada tahun 1980an Kesatuan Kacang Soya Amerika (KKSA) mendakwa kononnya
minyak sawit tidak sesuai dimakan manusia kerana menyebabkan penyakit kanser.

Apabila diselidik, rupanya minyak sawit mengatasi minyak saingannya kerana
pengeluarannya bebas daripada organisma yang dipinda secara genetik (GMO),
sementara lemak yang dihasilkan adalah bebas trans. Ini menjadikan minyak sawit
pilihan yang lebih sihat bagi pengguna.

KKSA tidak lagi dapat membuat tuduhan bertentangan dengan kegunaan kelapa sawit
yang pelbagai.

Walaupun begitu, KKSA terus menggasak. Mereka membuat tuduhan baharu kononnya
pembukaan ladang kelapa sawit telah menyebabkan penebangan hutan berleluasa. Ini
telah mencabul hak asasi serta memusnahkan habitat orang utan.

ASAS PERTANIAN 104

BAB 6 Tanaman Industri

Namun, cubaan mereka gagal bagi menyekat pengimportan minyak sawit dari Malaysia
dan Indonesia.
Amerika Syarikat telah cuba meletakkan ‘food safety standards and traceability’ ke atas
minyak sawit yang diimport dari negara Malaysia dan Indonesia. Tetapi tetap gagal
membendung pengaruh minyak sawit kepada pengguna.
Keperluan Asas Kelapa Sawit
Kelapa sawit boleh hidup di kawasan beriklim tropika dan sub-tropika. Ia boleh hidup
dengan pelbagai jenis tanah dari tanah gambut sehinggalah tanah mineral dengan pH
antara 4.0-7.5.
Anak kelapa sawit selalunya dibeli dari nurseri yang mendapat lesen oleh Jabatan
Pertanian. Hal ini kerana ingin menjamin kualiti anak pokok semasa penanaman.
Untuk 3 tahun pertama penanaman, air adalah penting bagi pokok kelapa sawit.
Keperluan baja bagi kelapa sawit ialah 120 kg N, 100 kg P2O5, 300 kg K2O dan 50 kg
MgO per ha/tahun.
Harapan
Dari segi produktiviti, industri sawit masih tidak menunjukkan peningkatan yang
diharapkan. Tahun 2003, purata penghasilan minyak hanya 3.75 tan/hektar/tahun.
Pengeluaran buah tandan segar (BTS) dan kadar perahan minyak (KPM) di tahap
masing-masing 18.99 tan/hektar/tahun dan 19.75 peratus juga masih jauh rendah dari
sasaran 35 tan/hektar/tahun dan 25 peratus.
MPOB dilaporkan telah berjaya membangunkan satu proses pensterilan tandan sawit
secara berterusan di kilang.

ASAS PERTANIAN 105

BAB 6 Tanaman Industri
Getah

Gambar 42: Pokok getah

Nama biasa: Pokok Getah
Nama Inggeris: Rubber tree
Nama botani: Hevea brazilliensis
Keluarga: Euphobiaceae
Pokok getah adalah satu tanaman industri perladangan yang menghasilkan getah asli.
Susu getah yang diperolehi dari pokok getah digunakan secara meluas di dunia untuk
bahan industri berasaskan getah dan bersaing dengan getah tiruan.
Pada tahun 2010 pengeluaran getah tiruan dunia adalah lebih banyak iaitu 23,247,000
metrik tan (58%) berbanding dengan pengeluaran getah asli sebanyak 2,360,000 metrik
tan (42%) daripada jumlah pengeluaran getah dunia. Penggunaan getah tiruan juga
lebih banyak berbanding dengan penggunaan getah asli.
Pokok getah berasal dari kawasan hutan Amazon yang tumbuh liar sebelum di bawa ke
kawasan lain di dunia untuk dijadikan komoditi perladangan utama seperti di Malaysia,

ASAS PERTANIAN 106

BAB 6 Tanaman Industri

Indonesia, Thailand, India dan Sri Lanka. Pengeluar getah asli dunia hampir 90%
adalah di kawasan Asia Tenggara.

Sejarah Penanaman Getah

Menurut sejarah, pada tahun 1876 penjajah Inggeris iaitu H.A. Wickham telah
membawa 70,000 biji benih getah keluar dari Brazi. Biji ini ditanam di Royal Botanic
Garden di England sebelum ditanam di Sri Lanka, Jawa dan Singapore Botanic Garden.

H.H. Ridley kemudian mengembangkan tanaman getah di Tanah Melayu sebagai
tanaman perladangan dengan memperkenalkan kaedah kutipan susu getah
menggunakan kaedah 'menoreh' yang lebih produktif berbanding dengan
mencederakan pokok seperti di tempat asal.

Botani

Pokok getah merupakan pokok saka yang berbatang kayu keras dan mampu hidup
sehingga ketinggian 25 meter dengan kulit kayu setebal 6-15 mm berwarna kelabu
cerah. Pokok getah mempunyai banyak cabang dan dahan, akar tunjang, bunga dan
berbuah. Pokok getah meluruhkan daun setiap 1-2 tahun sekali dan digantikan dengan
daun baru. Biji getah berzaiz bulat dalam 3 biji setangkai yang terbentuk dan apabila
cukup matang akan meletup dan mengugurkan bijinya.

Susu getah dihasilkan daripada menoreh atau memotong bahagian kulit batang getah.
Saluran floem akan mengeluarkan susu getah. Lebih rapat torehan getah ke kambium,
akan lebih banyak susu yang keluar.

Namun begitu, jika torehan terkena bahagian kayu keras getah ini akan merosakkan
batang pokok. Penoreh getah memerlukan kemahiran khusus dalam penorehan.
Torehan mempunyai sudut 30o bagi mempastikan susu getah mengalir terus ke dalam
cawan tadahan susu getah.

Terdapat 2 jenis pisau torehan iaitu 'Pisau Torehan Tolak' dan 'Pisau Torehan Tarek'.

ASAS PERTANIAN 107

BAB 6 Tanaman Industri
Koko

Gambar 43: Koko

Nama biasa: Koko
Nama Inggeris: Cocoa
Nama botani: Theobroma cacao L.
Keluarga: Malvaceae
Koko adalah sejenis tanaman industri yang menghasilkan buah dan bijii koko yang
dijadikan produk berasaskan coklat. Pengeluaran biji koko dunia adalah sekitar 3.5 juta
metrik tan setahun dengan Ivory Coast merupakan pengeluar utama biji koko sebanyak
1.238 juta mt setahun atau 34.5% dari jumlah dalam pengeluaran dunia. Negara kedua
pengeluar biji koko adalah Ghana diikuti dengan Indonesia, Cameroon, Nigeria, Brazil,
Ecuador dan Malaysia menyumbang sebanyak 32,000 mt setahun atau 0.9% dari
pengeluaran biji koko dunia.
Tanaman koko di Malaysia adalah tanaman komoditi ketiga terpenting selepas kelapa
sawit dan getah. Pada tahun 2009, komoditi ini menyumbang RM3.23 billion kepada
pendapatan negara. Statistik jumlah keluasan tanaman koko di Malaysia adalah 20,561
hektar di mana pekebun kecil mewakili 87% daripada keseluruhan kawasan

ASAS PERTANIAN 108

BAB 6 Tanaman Industri

penanaman. Sarawak mempunyai kawasan penanaman koko paling luas iaitu 5,551 ha
(40.4%) diikuti dengan Sabah seluas 5,050 (36.8%) dan Semenanjung Malaysia seluas
3,127 hektar (22.8%).

Koko mula di bawa masuk ke Tanah Melayu oleh penjajah Sepanyol pada tahun 1778
di Melaka dengan percubaan awal penanaman di Pusat Pertanian Serdang dan di
Silam, Sabah.

Pengeluaran biji koko kering pada tahun yang sama adalah 18,152 tan dengan purata
pengeluaran nasional 1.3 tan sehektar. Jumlah pengeluaran ini hanya mampu
menampung 6.5% keperluan industri pengisaran semasa iaitu 279,000 tan pada 2009.

Sektor pengisaran koko terus berkembang pesat dengan kapasiti pengisaran semasa
adalah 360,000 tan biji koko kering setahun. Malaysia kini menduduki tangga kelima di
antara negara pengisar koko utama dunia dan terbesar di kalangan negara Asia-
Oceania.

Varieti Koko

Terdapat 5 varieti koko yang disyorkan oleh Lembaga Koko Malaysia (LKM) untuk
ditanam di Malaysia. Pada masa ini 5 varieti atau juga dipanggil sebagai klon koko yang
sesuai untuk ditanam adalah KKM 22, MCBC1, PBC 123, QH 1003 dan MCBC 8.

Petani digalakkan menanam 3 hingga 6 jenis klon koko yang disyorkan bagi
mengurangkan risiko serangan serangga perosak dan penyakit. Ini kerana setiap klon
koko mempunyai aspek pengeluaran, produktiviti, kualiti biji, dan ketahanan terhadap
serangan yang sama. Sebaiknya klon perlulah dipilih jenis tahan dari serangan Mati
Rosot Jejalur Vaskular (VSD) dan Buah Hitam (BP) selain kualiti biji dan hasil tinggi.

Penanaman koko begitu popular sekitar awal tahun 1980-an sehingga pertengahan
1980-an. Ketika itu, Jabatan Pertanian banyak menjalankan program penanaman koko
melalui intensifikasi tanaman koko di dalam kawasan kelapa dan buah-buahan. Ramai
petani diberikan latihan dan bantuan subsidi anak benih, input baja dan teknologi lepas
tuai hasil koko. Pusat pemprosesan dan pembelian biji koko diwujudkan di banyak
tempat dan harga koko disiarkan melalui suratkhabar dan media elektronik setiap hari.

ASAS PERTANIAN 109

BAB 6 Tanaman Industri
Tetapi selepas serangan ulat UPBK dan program pemusnahan tanaman koko
dilancarkan, prestasi dan penanaman koko terus merudum sehingga kini.

ASAS PERTANIAN 110

RUJUKAN

1. Anonim b, 2009. Mengenal Ilmu Taksonomi dalam Biologi, diakses
pada http://www.forumsains.com

2. TRANSLOKASI TUMBUHAN diakses pada https://www.slideshare.net/pangsheueling/

3. FISIOLOGI TUMBUHAN diakses pada http://myagri.com.my

4. E-BOOK MODUL PEMBELAJARAN TEKNIKAL TAHAP 3 SAINS PERTANIAN

5. RANSANGAN DAN GERAK BALAS TUMBUHAN diakses pada
https://vdocuments.mx/rangsangan-dan-gerak-balas-pada-tumbuhan.html

6. FISIOLOGI TUMBUHAN diakses pada
http://cmagriculturalscience.blogspot.com/2016/11/menerangkan-proses-utama-
dalam.html

7. E-BOOK PANDUAN PRAKTIKUM MORFOLOGI TUMBUHAN

8. Radford, A.E. 1986. Fundamental of Plant Systematics, Harper & Row Publisher, Inc. New
York.

9. Anon. 2000. Panduan Pengeluaran Sayur-Sayuran. Institut Penyelidikan dan Kemajuan
Pertanian Malaysia (MARDI): Serdang.

10. Ismail Saidin. 2000. Sayuran Tradisional Ulam dan Penyedap Rasa. Universiti Kebangsaan
Malaysia: Bangi.

11. Anon. 2008. Panduan Mengenali Siri-siri Tanah Utama di Semenanjung Malaysia. Jabatan
Pertanian Malaysia.

12. Yati Supriati, Yuyu Yulia, Ida Nurlaela. 2010. Taman Sayur-Sayuran dan 19 Rekabentuk
Menarik. SynergyMedia: Kuala Lumpur.

13. Anon. 2013. Daya Maju Pelaburan Buah-Buahan Terpilih di Malaysia. Institut Penyelidikan
dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI): Serdang.

14. Paul Simon, Charlie Nardozzi. 2013. Urban Gardening For Dummies. John Wiley & Sons, Inc.,
Hoboken, New Jersey.

15. MD. Nasir, Norzeha, Nawawi. 2015. Pengeluaran Tanaman: Tingkatan 4 dan 5. Dewan
Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

16. Wan Abdullah Wan Yusoff, Illani Zuraihah Ibrahim. 2015. Pertanian Sayuran Secara Organik
di Malaysia. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI): Serdang.

17. Mahamud Said et al. 2015. Manual Teknologi Fertigasi Penanaman Cili, Rockmelon dan
Tomato. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI): Serdang.

18. Zulhazmi Sayuti, Hanim Ahmad, Ab Kahar Sandrang. 2016. Inovasi Pertanian Bandar. Institut
Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI): Serdang.

19. https://animhosnan.blogspot.com/2010/10/industri-kelapa-sawit.html

20. https://animhosnan.blogspot.com/2011/01/getah.html

21. http://www.lgm.gov.my/PublicationsNJournals/Penerbitan.aspx

22. http://www.therubbereconomist.com/News/Entries/2010/2/16_Oldest_rubber_tree_in_Mal

aysia.html

23. http://palmoilis.mpob.gov.my/index.php/gs/about-galeri-sawit?id=89

SUMBER RUJUKAN BERGAMBAR

1. http://pertaniankeren93.blogspot.com/2016/06/anatomi-dan-morfologi-tumbuhan.html
2. http://staywithnature.blogspot.com/2011/02/anatomi-dan-morfologi-tumbuhan.html
3. http://studylibid.com/doc/92961/morfologi-tumbuhan---onrizal
4. http://iwansanusai.blogspot.com/2012/06/embrio-monokotil-dan-dikotil.html. Ilustrasi

bayu dan Haryana
5. http://studylibid.com/doc/92961/morfologi-tumbuhan---onrizal
6. Kamus biologi bergambar
7. https://www.slideshare.net/cikgusu80/1-
8. https://dosenbiologi.com/tumbuhan/proses-fotosintesis-pada-tumbuhan
9. http://cmagriculturalscience.blogspot.com/2016/11/menerangkan-proses-utama-

dalam.html
10. http://myagri.com.my/
11. https://en.wikipedia.org/wiki/File:Soil_profile.png
12. https://www.pantone.com/products/munsell/munsell-soil-color-charts
13. https://www.youtube.com/watch?v=JDTL0zUftfE
14. https://imaggeo.egu.eu/view/3385/
15. http://www.geologyin.com/2016/09/relationship-between-soil-color-and.html
16. http://www.limbebz.com/importance-of-calcium-magnesium-in-agriculture
17. https://slideplayer.com/slide/12690917/
18. http://simfonipagi.blogspot.com/2014/02/dalam-perjalanan-pulang-dari.html
19. https://www.dripworks.com/blog/tips-for-gardeners-and-growers-irrigation-tips-for-

clay-soil-sandy-soil-and-loam/
20. http://alamtanimoden.blogspot.com/2015/08/tujuan-pemuliharaan-tanah-

mengurangkan.html
21. http://www.water.wa.gov.au/water-topics/waterways/threats-to-our-waterways/acid-

sulphate-soils
22. https://rumahtanaman.com/produk/bibit-belimbing-dewi/
23. http://hidroponikdasar.blogspot.com/2016/01/akuaponik.html
24. www.mbsa.gov.my/ms-

my/mbsa/galeri/februari%202015/forms/thumbnails.aspx?Paged=TRUE&PagedPrev
=TRUE&p_SortBehavior=0&p_FileLeafRef=IMG_6072%2Ejpg&p_ID=63&RootFolder
=%2Fms-
my%2Fmbsa%2Fgaleri%2Ffebruari%202015%2Fdatuk%20bandar%20turun%20pad

ang%20kebun%20komuniti%20seksyen%208&PageFirstRow=121&&View={4C9E98
F1-51B6-46A5-8836-2292A2AADF19}
25. https://en.wikipedia.org/wiki/File:Elaeis_guineensis_MS_3467.jpg
26. http://world-crops.com/wordpress/wp-content/uploads/Rubber-plantation-01.jpg
27. https://en.wikipedia.org/wiki/File:Matadecacao.jpg


Click to View FlipBook Version