JASON CHOY MIN SHENG
MOHAMAD AZRI BIN MOHAMMAD
MOHD RIDHWAN BIN CHE'AMAT
Penulis
Jason Choy Min Sheng
Mohamad Azri bin Mohammad
Mohd Ridhwan bin Che'Amat
Pereka Kulit Buku dan Grafik
Suriawati binti Mohd Fadzil
Penerbit
Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Kementerian Pendidikan Malaysia
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Cetakan Pertama 2018
© Hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada buku ini yang
boleh disiar-terbitkan semula dalam sebarang bentuk dan dengan apa cara
sekalipun, termasuklah elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan
sebagainya, tanpa mendapat izin bertulis daripada penerbit dan pemilik hak
cipta.
Perpustakaan Negara Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
7 PANDUAN MUDAH TERNAKAN IKAN PATIN
ISBN 978-967-0823-79-9
ISI KANDUNGAN 1
2
PANDUAN 1 : BIOLOGI IKAN PATIN 3
1.1. BIOLOGI 4
1.2. PENGENALPASTIAN JANTINA INDUK YANG MATANG 5
1.3. TAKSONOMI 6
1.4. MORFOLOGI IKAN PATIN 6
1.5. HABITAT
1.6. TABIAT PEMAKANAN 7
8
PANDUAN 2 : PENYEDIAAN AIR DAN TERNAKAN 9
2.1. SISTEM TERNAKAN 11
2.2. RUMUS LUAS DAN ISIPADU 12
2.3. KEPENTINGAN
2.4. KAEDAH PENYEDIAAN 20
20
PANDUAN 3 : PENGURUSAN INDUK IKAN PATIN 22
3.1. LANGKAH-LANGKAH PENGUMPULAN INDUK 22
3.2. PEMILIHAN INDUK 23
3.3. CIRI-CIRI INDUK PATIN YANG MATANG
3.4. RUTIN PENGURUSAN INDUK IKAN 24
24
PANDUAN 4 : PENGURUSAN MAKANAN IKAN
4.1. MAKANAN HIDUP 25
28
4.1.1. FITOPLANKTON
4.1.2. ZOOPLANKTON 35
38
4.2. MAKANAN RUMUSAN 43
4.3. ANGGARAN PENGELUARAN IKAN
4.4. AKTIVITI PERSAMPELAN 51
51
PANDUAN 5 : PEMBENIHAN IKAN PATIN 51
5.1. PENYEDIAAN BAHAN DAN PERALATAN 52
5.2. JENIS-JENIS HORMON 52
5.3. KAEDAH SUNTIKAN 53
5.4. DOS HORMON (OVAPRIM) 54
5.5. CARTA ALIR PEMBENIHAN IKAN PATIN
5.6. MANUAL PEMBENIHAN IKAN PATIN 57
58
PANDUAN 6 : PEMERIKSAAN KUALITI AIR IKAN PATIN 61
6.1. OKSIGEN TERLARUT 62
6.2. SUHU 64
6.3. PH 67
6.4. AMMONIA
6.5. KEKERUHAN
6.6. SALINITI 69
6.7. PEMANTAUAN KUALITI AIR 71
PANDUAN 7 : ASUHAN DAN TUMBESARAN IKAN PATIN 74
7.1. KUALITI AIR 74
7.2. PEMBERIAN MAKANAN 75
7.3. SISTEM TERNAKAN 75
7.4. RUTIN HARIAN 76
RUJUKAN 77
PANDUAN 1 : BIOLOGI IKAN PATIN
Terdapat beberapa spesis ikan patin yang telah dicatatkan namun
spesis yang banyak diternak untuk tujuan Pengkomersialan dan
makanan di Malaysia adalah dari spesis Pangasius hypophthalmus.
Pangasius hypophthalmus (Sauvage, 1878) yang terdahulunya digelar
Pangasius sutchi (Roberts and Vidthayanon, 1991) ialah salah satu
spesis yang penting dan banyak diternak di rantau Asia Tenggara.
Pangasius hypophthalmus berasal dari kawasan perairan sungai
Mekong (Vietnam) hingga ke Sungai Chao Phraya (Thailand) dan kini
tersebar ke negara-negara seperti Malaysia, Indonesia dan China
(Robert and Vidthayanon, 1991). Ikan patin dari spesis ini telah diternak
secara komersial dan meluas di kebanyakan negara Asia termasuk
Bangladesh, Vietnam, Malaysia, Laos, Indonesia, Kemboja dan China
(Roberts and Vidthayanon, 1991; Rohul Amin et al.,2005; Chheng et al.,
2004; Ali et al., 2005).
Perkembangan dari segi jumlah hasil ternakan telah meningkat sejak
beberapa tahun ini adalah disebabkan spesis ini mempunyai kadar
tumbesaran yang cepat, permintaan tinggi dalam pasaran semasa dan
tabiat pemakanan spesis ini yang bersifat omnivor (Chheng et al., 2004;
Ali et al., 2005; Rohul Amin et al., 2005). Dalam ternakan secara
in-captivity, spesis ini tidak membiak secara semulajadi dan pada tahun
1966, ikan patin ini berjaya menjalani pembenihan secara aruhan buat
pertama kalinya di Thailand menggunakan kelenjar hormon pituatari dari
Ikan keli (Potaros and Sitasit, 1976). Pada tahun 1972, spesis ini telah
diperkenalkan kepada Indonesia daripada Thailand di mana
pembenihan secara aruhan dilaporkan buat pertama kalinya dilakukan di
Indonesia pada tahun 1981 (Hardjamulia et al., 1981)
1|Page
Rajah 1: Kawasan berwarna menunjukkan negara pengeluar utama
spesis Pangasius hypophthalmus (FAO Fishery Statistics, 2006).
Ikan patin (Pangasius hypophthalmus) bermigrasi ke hulu sungai
Mekong dari kawasan yang tidak diketahui untuk tujuan mengawan dari
bulan Mei hingga Julai dan kembali semula ke kawasan perairan utama
bagi mencari habitat baru pada September hingga December (Hill et al.,
1994). Pada kebiasaannya, di selatan air terjun Khone, migrasi berlaku
pada Oktober hingga Februari dengan waktu kemuncak pada November
hingga December. Perkara ini berlaku disebabkan faktor penyurutan air
sungai akibat pembawaan air pada akhir banjir melanda. Sebaliknya,
migrasi ke kawasan hiliran sungai berlaku dari bulan Mei hingga Ogos
dari kawasan Stung Treng ke Kandal di Kemboja dan seterusnya ke
Delta Mekong di Vietnam.
2|Page
Penemuan telur sepanjang bulan Mac hingga Ogos dari Stung treng ke
kandal menunjukkan bahawa ikan ini melakukan migrasi ke kawasan
hiliran sungai bertujuan untuk mengawan dan mencari sumber makanan
selepas dibawa arus ke kawasan banjir di Kemboja dan Vietnam ketika
musim banjir (Kheng et al., 1999). Ikan patin ini mampu mencapai berat
sebanyak 15 kg dan mencapai umur matang apabila mencapai berat 3
kg. Penternakan ikan patin dari spesis ini sedang berkembang
memandangkan cara penternakannya yang mudah, keadaan cuaca
yang sesuai dan permintaan yang tinggi dalam pasaran (Phuong and
Oanh, 2010).
SIFAT INDUK JANTAN INDUK BETINA
LUARAN
Membonjol kemerah- Membonjol kemerah-
Organ merahan merahan
pembiakan
Tidak mengembang Mengembang,elastik dan
Abdomen lembut apabila dipicit
Saiz Panjang dan ramping Lebih besar dan lebar
warna
Anus Cerah dan berkilat Warna lebih gelap
Merah jambu Berwarna merah jambu
(ketika musim pembiakan)
3|Page
Rajah 2: Gambar kiri (Induk betina),Gambar kanan (Induk Jantan)
Kelas : Actinopterygii
Order : Siluriformes
Family : Pangasiidae
Genus : Pangasius
Species : Pangasius hypophthalmus (Sauvage, 1878)
Nama English : Shark Catfishes
Nama Tempatan : Patin
4|Page
Sirip Dorsal
Sirip Pektoral Sirip Adipose
Sirip Kaudal
Sirip Pelvik Sirip Anal
Rajah 2: Bahagian morfologi luaran ikan patin
Pangasius hypophthalmus mempunyai sirip yang berwarna hitam atau
hitam kekelabuan dengan 6 cabang tulang lembut pada sirip dorsal.
Bagi kedua-dua ikan kecil dan dewasa, terdapat unjuran tulang kecil
yang berawan pada insang berfungsi untuk memerangkap pemangsa
atau organisma yang seni. Bagi ikan yang kecil, terdapat jalur hitam
sepanjang garis deria (lateral line) dan jalur hitam kedua terpanjang di
bawah garis deria. Bagi ikan dewasa, warna kehitaman pada peringkat
juvenile menjadi semakin pudar apabila semakin dewasa;berwarna
kelabu keputihan tanpa jalur pada badan (Rainboth, 1996). Jalur
berwarna hitam gelap terdapat pada kawasan tengah sirip anal; Jalur
5|Page
hitam di setiap bahagian sirip kaudal. Bentuk badan ikan patin adalah
memanjang.
Ikan Patin (Pangasius hypophthalmus) boleh dijumpai dan menetap di
kawasan perairan air tawar semulajadi seperti di sungai, tasik dan
kolam.
Ikan patin dari spesis ini bersifat omnivoros. Makanan bagi ikan patin di
kawasan perairan semula jadi termasuklah ikan-ikan yang lain (INCO-
DC, 2000), benthic alga, rumpai (Roberts, 1993), sisa-sisa sayuran,
Tumbuhan periphyton, krustasia (Rainboth, 1996), tumbuhan/detritus
dan serangga (Lim et al., 1999).
6|Page
PANDUAN 2 : PENYEDIAAN AIR DAN TERNAKAN
Dalam penternakan ikan, persediaan air dan tempat ternakan antara
elemen utama dalam menentukan kejayaan ternakan. Terdapat 4
perkara yang perlu dikenalpasti iaitu sistem ternakan yang sesuai untuk
ikan patin, rumus luas dan isipadu tangki ternakan, kepentingan serta
kaedah penyediaan air dan tangki ternakan.
Sistem Rumus Luas
Ternakan & Isipadu
Kepentingan Kaedah
Penyediaan Penyediaan
Air & Tangki Air & Tangki
ternakan ternakan
4 PENYEDIAAN AIR & TERNAKAN
7|Page
Untuk ikan patin, terdapat 4 jenis sistem ternakan yang sesuai
digunakan iaitu tangki simen, tangki fiber, kolam tanah dan akuarium.
Untuk Kolej Komuniti, ikan patin diternak dalam tangki fiber untuk
menyesuaikan dengan kemudahan kampus rumah kedai.
8|Page
Luas Tangki = Panjang X Lebar
Isipadu Tangki = Panjang X Lebar X
Tinggi
Isipadu Air = Panjang X Lebar X Tinggi
Air
PETUNJUK
L PANJANG
X LEBAR
Y TINGGI
H TINGGI AIR
9|Page
Luas Tangki = π X j2 (Jejari)
Isipadu Tangki = π X j2 X Tinggi
Isipadu Air = π X j2 X Tinggi
PETUNJUK
A Tinggi Tangki
B Tinggi Air
C Jejari
D Diameter
10 | P a g e
Adalah menjadi keperluan bagi setiap penternak untuk memastikan
tangki dan air ternakan bersih dan bebas dari kotoran. Ini kerana air
ternakan memainkan peranan penting dalam kejayaan sesebuah
ternakan. Air perlu dirawat sebelum digunakan. Selain itu langkah
penyediaan yang rapi dapat mengelakkan sistem ternakan daripada
terkena wabak penyakit. Proses kerja dalam ternakan yang kemas dan
teratur dapat meningkatkan produktiviti ternakan. Kawasan ternakan
lebih terurus dan selamat untuk bekerja.
Ini selaras dengan kehendak SOP atau Standard Operation Prosedur
dalam MyGAP. MyGAP adalah skim pensijilan yang komprehensif untuk
sektor tanaman, akuakultur dan ternakan. MyGAP dilaksanakan
berdasarkan piawaian Malaysian Standard (MS) 1998:2007 Good
Aquaculture Practice (GaqP) – Aquaculture Farm –untuk modul sektor
akuakultur.
11 | P a g e
CARTA ALIR PENYEDIAAN TANGKI TERNAKAN
Keluarkan atau keringkan air daripada tangki
Rawat dengan garam atau klorin jika tangki berpenyakit
Basuh dan bilas sehingga bersih
Jemur sehingga kering
Selenggara sistem perpaipan dan pengudaraan
Masukkan air bersih
12 | P a g e
CARTA ALIR PENYEDIAAN TANGKI
TERNAKAN
1. Keluarkan atau keringkan air daripada tangki
2. Rawat dengan garam atau klorin jika tangki berpenyakit
13 | P a g e
CARTA ALIR PENYEDIAAN TANGKI
TERNAKAN
3. Basuh dan bilas sehingga bersih
4. Jemur sehingga kering
14 | P a g e
CARTA ALIR PENYEDIAAN TANGKI
TERNAKAN
5. Selenggara sistem pempaipan dan pengudaraan
6. Masukkan air bersih
15 | P a g e
CARTA ALIR PENYEDIAAN AIR TERNAKAN
Kenal pasti sumber air
Masukkan air ke dalam tangki ternakan
Letak anti-klorin ke dalam tangki ternakan
Masukkan alat pengudaraan ke dalam tangki
Biarkan selama 24 jam sebelum ikan
dimasukkan ke dalam tangki
16 | P a g e
CARTA ALIR PENYEDIAAN AIR TERNAKAN
1. Kenal pasti sumber air
2. Masukkan air ke dalam tangki ternakan
17 | P a g e
CARTA ALIR PENYEDIAAN AIR TERNAKAN
3. Letakkan anti-klorin ke dalam tangki ternakan
4. Masukkan alat pengudaraan ke dalam tangki
18 | P a g e
CARTA ALIR PENYEDIAAN AIR TERNAKAN
5. Biarkan selama 24 jam sebelum ikan dimasukkan ke
dalam tangki
19 | P a g e
PANDUAN 3 : PENGURUSAN INDUK IKAN PATIN
Menjaga induk dengan baik adalah proses yang sangat penting
terutamanya untuk pembenihan ikan secara aruhan. Tujuan pengurusan
induk yang baik adalah untuk mendapatkan telur dan sperma yang
berkualiti. Tahap kesuburan ikan akan menjadi cepat, boleh menjadi
matang dalam kurungan dan dapat melepaskan telur yang berkualiti
selepas disuntik hormon sekiranya induk ikan dijaga dengan baik.
Induk ikan akan ditangkap selepas 1 hingga 2 minggu selepas proses
penjagaan dan pengurusan. Pengumpulan ikan dilakukan untuk
pemeriksaan tahap kematangan ikan sebelum proses pembenihan ikan
dilakukan. Induk-induk ikan ini dikumpul bagi mengenalpasti ciri-ciri
induk yang baik dan berkualiti mengikut kaedah seperti berikut:
Langkah 1: Tangkap induk ikan
Langkah 2: Kuarantin induk ikan
Langkah 3: Pilih induk yang baik
Langkah 4: Tentukan tahap kematangan
Langkah 5: Asingkan induk jantan dan betina
20 | P a g e
Biasanya induk ikan akan ditangkap
menggunakan jaring atau tangguk
dengan perlahan-lahan bagi
mengelakkan sebarang kecederaan.
Ubat penenang digunakan bagi
memudahkan pengendalian semasa
Langkah 1: Tangkap induk menangkap induk.
Langkah 2: Kuarantin induk ikan
Induk yang didapati luka atau tidak sihat
akan dikuarantin di dalam tangki yang
lain bagi proses rawatan. Antara kaedah
rawatan yang boleh digunakan adalah
menggunakan rawatan garam atau
metilena biru atau formalin.
Ciri-ciri induk yang baik adalah bebas
daripada sebarang penyakit, tiada
kecacatan dan kelihatan aktif.
Langkah 3: Pilih induk yang baik Ciri-ciri induk betina yang baik adalah
Langkah 4: Tentu kematangan mempunyai perut yang lembut dan
buncit serta genital papila yang bulat.
Manakala induk jantan pula mempunyai
badan dan genital papila yang panjang.
Induk jantan dan betina yang telah dipilih
perlu diasingkan di dalam tangki yang
berlainan bagi meningkatkan tahap
kesuburan.
Langkah 5: Asingkan induk
21 | P a g e
Pemilihan induk perlu dilakukan bagi mendapatkan ikan yang baik dan
berkualiti bagi proses pembenihan secara semulajadi atau aruhan. Ciri-
ciri induk ini boleh dikenalpasti melalui:
1. Umur
2. Keadaan alat pembiakan
3. Berat badan
Jantan Betina
2 tahun dan ke 1. Umur 2 tahun dan ke
atas atas
2. Keadaan alat
Kemerahan dan pembiakan Kemerahan dan
keluar sperma
apabila abdomen 3. Berat keluar telur
diurut perlahan- badan
lahan apabila abdomen
1.5 hingga 2.0 kg dipicit
1.5 hingga 2.0 kg
22 | P a g e
LANGKAH 1: TUKAR AIR
Biasanya air ternakan akan dibuang lebih
kurang 25% dan diganti dengan air baru setiap
hari. Air ternakan akan ditukar 100% jika
didapati air ternakan terlalu kotor dan tidak
sesuai untuk induk ikan.
LANGKAH 2: BERI MAKAN
Induk perlu diberi makan 2 kali sehari dengan
pellet. Seminggu sekali boleh diberi sumber
protein tambahan seperti ikan baja atau sotong
dan sebagainya.
LANGKAH 3: PANTAU KUALITI AIR
Kualiti air akan dipantau setiap hari bagi
memastikan semua parameter air berada
dalam keadaan optimum. Boleh menggunakan
test kits atau probe.
LANGKAH 4: PANTAU KESIHATAN
Kesihatan induk akan dipantau melalui cara ia
makan, berenang dan juga keadaan fizikal ikan.
23 | P a g e
PANDUAN 4 : PENGURUSAN MAKANAN IKAN
Sumber makanan adalah faktor yang sangat penting dalam sesuatu
operasi penternakan. Kos makanan merangkumi sekitar 60% daripada
jumlah kos sesuatu operasi dan akan menentukan kejayaan sesuatu
projek penternakan. Oleh itu, penggunaan mana-mana jenis makanan
mestilah memuaskan keperluan kemandirian sesuatu organism supaya
dapat menyumbang kepada pertumbuhan organisma yang cepat.
Pengunaan makanan yang tidak tepat samada dari segi komposisi
nutrient atau kadar pemberian akan menyumbang kepada pertumbuhan
ikan yang lambat, terbantut dan juga menggalakkan karnibalisma yang
mana akan merugikan penternak. Tambahan lagi, makanan yang tidak
dimakan akan merosakkan kualiti air dan menyumbang kepada
peningkatan ammonia lantas menurunkan kadar hidup.
Makanan ikan terbahagi kepada 2 jenis iaitu makanan rumusan dan
makanan hidup. Makanan hidup biasanya diberi kepada anak ikan atau
fry yang berumur kurang daripada 2 minggu. Makan hidup dibahagi
kepada 2 kategori besar iaitu fitoplankton dan zooplankton. Fitoplankton
adalah tumbuhan hijau yang biasa disebut sebagai air hijau dan
zooplankton adalah organism halus yang terapung di dalam air. Contoh
bagi spesis air hijau bagi air tawar biasanya terdiri daripada Chlorella sp.
manakala untuk zooplankton adalah Artemia sp., Moina spp., Daphnia
sp. dan Copepode sp..
24 | P a g e
Fitoplankton adalah tumbuhan hidup bersaiz micro yang terapung di
dalam air. Ia menggunakan sumber Nitrogen dalam air untuk
berkembang biak. Terdapat beberapa jenis tumbuhan air seperti
spirulina spp., chlorella spp dan lain lain. Penternakan ikan di dalam air
hijau mempunyai kelebihan berbanding air jernih kerana mampu
menghasilkan oksigen tambahan kepada ikan disamping mengawal
kadar pencemaran ammonia hasil daripada pembuangan ikan atau
makanan berlebihan.
Penghasilan Air hijau
Air hijau terhasil apabila 2 kriteria utama dipenuhi iaitu sumber cahaya
dan baja. Secara umunya, terdapat 2 cara untuk menghasilkan air hijau ;
1. menggunakan tilapia.
2. menggunakan baja.
Langkah 1: Bersihkan tangki dan Langkah 2: Pilih beberapa ikan tilapia yang
sediakan air seperti biasa. bersaiz lebih kurang 5 inci dan sihat
25 | P a g e
Langkah 3: Beri makanan seperti Langkah 4: Tunggu seminggu dan air
pellet selama seminggu dan tunggu akan mula menjadi hijau. Pastikan
hasilnya. terdapat cahaya matahari.
Langkah-langkah untuk mengkultur air hijau menggunakan tilapia
26 | P a g e
Langkah 1: Bersihkan tangki dan Langkah 2: Masukkan 50g baja
sediakan air seperti biasa. urea ke dalam tangka dengan
pengudaraan
Langkah 3: Masukkan sebaldi air Langkah 4: Tunggu seminggu dan
hijau ke dalam tangki sebagai air akan mula menjadi hijau.
permulaan air hijau Pastikan terdapat cahaya matahari.
Langkah-langkah untuk mengkultur air hijau menggunakan baja
27 | P a g e
Zooplankton yang akan dirangkumi adalah Artemia sp., Moina spp.,
Daphnia sp. dan Copepode sp.. Pemilihan zooplankton adalah
berdasarkan kepada bukaan saiz mulut benih. Zooplankton biasa
digunakan sebagai makanan pertama untuk benih ikan yang baru lahir
kerana mempunyai pergerakkan yang yang aktif, warna yang menarik
dan mempunyai sumber nutrisi yang sangat baik untuk perkembangan
fry.
Penetasan Artemia
Artemia ditetaskan daripada sista yang boleh dibeli dalam bentuk tin.
Artemia yang baru tetas bersaiz 1-50µm. Ia berasal daripada laut mati
yang berkemasinan tinggi mencecah 300 ppt. Ia sesuai digunakan
sebagai makanan pertama untuk semua jenis ikan. Air garam
berkemasinan 30 ppt perlu disediakan terlebih dahulu untuk menetaskan
artemia. Oleh sebab itu, artemia yang ditetas perlu dibilas dengan air
tawar yang banyak jika ingin diberi kepada ikan air tawar. Sifir
mudahnya adalah dengan melarutkan 30g garam kasar ke dalam 1 liter
air untuk menetas artemia. Artemia sesuai digunakan sebagai makanan
permulaan untuk fry kerana pengurusan artemia adalah senang.
Gambar 1: Contoh jenis artemia yang digunakan.
28 | P a g e
Langkah 1: Timbang 30g garam Langkah 2: 1kg air ditimbang
kasar untuk dilarutkan dengan garam
Langkah 3: Air digaul sehingga Langkah 4: Sampel air diambil dan
semua terlarut diperiksa dengan refractometer untuk
memastikan kemasinan pada tahap
30ppt.
Langkah 5: Jumlah Kuantiti Arteimia Langkah 6: Campurkan artemia
ditimbang mengikut jumlah yang dengan air garam yang disediakan
hendak digunakan. tadi dan pasang pengudaraan
dengan kuat untuk 24 jam.
Langkah-langkah untuk menetaskan artemia
29 | P a g e
Langkah 1: Rendamkan artemia
selama 30 min dalam air pili yang
biasa.
Langkah 2: Tambahkan cecair
peluntur ke dalam baldi dalam
nisbah 1:1 selama 10 min.
Langkah 3: Artemia akan menjadi Langkah 4: Bilas dengan air yang
warna oren. banyak dengan menggunakan
micro net bersaiz 125µm
Langkah 5: Masukkan sista telur
ke dalam air masin 30ppt yang
telah disediakan siap dengan
pengudaraan yang kuat selama 24
jam.
Langkah-langkah untuk menetaskan artemia secara dekapsulasi
30 | P a g e
Langkah 1:
Tutup
pengudaraan
dan biarkan
selama 10
minit
Langkah 2: Buang bahagian bawah
dan atas. Ambil bahagian tengah
sahaja yang mengandungi artemia
hidup.
Langkah 3: Artemia hidup Langkah 4: Bilas artemia di bawah
berwarna oren. air tawar dengan banyak dengan
menggunakan jaring 200µm
Langkah 5: Terlangkupkan jarring Contoh artemia hidup di bawah
ke tangki asuahan mikroskop cahaya 4x.
Langkah-langkah untuk menuai artemia
31 | P a g e
Penghasilan Microworm
Microworm adalah sejenis cacing halus yang biasanya juga disebut
sebagai cacing roti. Ia dan bersaiz 1mm dan sesuai untuk fry ikan yang
jenis besar atau fry yang lebih besar. Ia banyak digunakan dalam
industri ikan hiasan sebagai makanan permulaan untuk ikan laga dan
guppy. Cara pengendalikan microworm adalah senang tetapi perlu
penjagaan yang rapi untuk mengelakkan daripada tercemar.
Langkah 1: Sediakan bekas yang Langkah 2: Masukkan
bersih serta siap ditebuk roti/nasi/gandum dan yis yang
telah diaktifkan dengan air panas
dalam bekas
Langkah 3: Masukkan beberapa Langkah 4: microworm akan mula
induk microworm ke dalam bekas memanjat ke tepi bekas
dan biarkan selama beberapa hari
pada suhu bilik
32 | P a g e
Langkah 5: Calitkan jari atau sudu
di tepi bekas dan diberi makan
kepada ikan
Langkah-langkah untuk menghasilkan microworm
Penghasilan Moina
Moina adalah sejenis kutu air yang banyak dijumpai di loji kumbahan. Ia
bersaiz 500-1000µm dan sangat sesuai untuk fry kerana mempunyai
pergerakan yang unik.
Gambar moina di bawah microskop cahaya dengan kadar 4x
33 | P a g e
Langkah 1: Cuci tangki dengan air Langkah 2: Masukkan kulit
biasa buah/yis/cebisan bangkai ikan
untuk menaikan infusoria dan
biarkan selama 3 hari.
Langkah 3: masukkan beberapa Langkah 2: Moina akan membiak
induk moina ke dalam tangka dan dan sauk dengan micro net dan
biarkan selama 3 hari bilas di bawah air sebelum diberi
makan kepada anak ikan
Langkah-langkah untuk menghasilkan moina
34 | P a g e
Makanan rumusan yang dibentuk menjadi kecilan kecil disebut sebagai
pellet terdiri daripada campuran bahan-bahan daripada sumber
tumbuhan dan haiwan lalu dibentuk untuk mendapatkan komposisi
nutrient yang seimbang bagi memuaskan keperluan tumbesaran ikan.
Pellet terdiri daripada beberapa saiz daripada serbuk, micropellet yang
bersaiz 0.01mm, crumble, starter dan grower. Selain itu, terdapat juga
pellet yang jenis tenggelam, tenggelam perlahan dan terapung
bergantung kepada jenis organisma yang ingin diternak.
Makanan rumusan (powder feed, micropellet)
Pellet starter
Makanan formulasi
Pelet grower - TP1
Pelet grower - TP2
Pelet Finisher - TP3
35 | P a g e
Kriteria pemilihan makanan formulasi
1. Saiz. Saiz pellet yang diberikan kepada ikan haruslah sesuai
dengan saiz mulut ikan atau peringkat perkembangan ikan
2. Kandungan protein. Kandungan protein haruslah lebih daripada
30% dan lebih tinggi lagi untuk anak benih.
3. Berkualiti. Pellet biasanya mempunyai jangka hayat 6 bulan sahaja
daripada tarikh dikilang. Jika berubah warna menjadi keputihan
atau tumbuh kulat, ia tidak boleh digunakan lagi.
Konsep asas penyediaan makanan
Menggunakan sumber yang ada di sekitar yang boleh didapati pada
harga yang murah dan konsisten. Kriteria yang wajib dipatuhi adalah
jumlah protein 40%, lemak 10%, kelembapan kurang daripada 10%.
Bahan mentah dikeringkan, dikisar dan digaul sehingga sebati sebelum
diproses.
a) Sumber protein boleh didapati daripada bangkai ikan, organ
dalaman ayam, bangkai ayam, hampas soya dan sebagainya.
b) Sumber karbohydrat boleh diambil daripada daripada kilang mee
hoon, mee kuning, roti yang sudah tamat tempoh. Hampas padi
dan tepung padi daripada kilang pemprosesan beras.
c) Sumber lemak boleh didapati daripada minyak ikan, minyak sawit,
minyak jagung dan sebagainya.
d) Vitamin dan mineral
Penyediaan makanan sendiri tidak sesuai untuk mengganti sepenuh
penggunaan pellet. Ia tidak boleh menganti makanan formulasi yang
telah dirumus khas dan hanya boleh diberikan seminggu sekali sahaja.
Pellet yang dijual di pasaran telah dirumus khas oleh penyelidik syarikat
36 | P a g e
yang telah merangka gizi yang seimbang dan sesuai untuk pertumbuhan
ikan.
Jenis-jenis makanan
1. Makanan basah berbentuk seperti bubur
2. Makanan kering dikeringkan dan disejukbekukan. Ia boleh tahan
lebih lama berbanding makanan basah.
Sediakan bahan dalam
bentuk serbuk
Bagi kepada ikan Gaulkan sekali
sehingga sebati dan
tambah minyak
Tambah air suam dan
gaul sehingga menjadi
seperti bubur
Langkah-langkah untuk menghasilkan makanan jenis basah
37 | P a g e
Sediakan bahan dalam
bentuk serbuk
Pecahkan dan bagi kepada Gaulkan sekali sehingga
ikan sebati dan tambah minyak
Keringkan di bawah Tambah air suam dan gaul
matahari atau owen sehingga menjadi seperti
dough
Masukkan ke dalam
mesin pengisar
Langkah-langkah untuk menghasilkan makanan jenis kering
Anggaran pengeluaran ikan
Dikira berdasarkan saiz ikan akhir yang dikehendaki. Kadar kepadatan
ikan juga berbeza bergantung kepada pelbagai factor seperti
a) Sistem. Penternakan dijalankan dalam skala traditional atau
separa intensif atau intensif? Adakah terdapat pertukaran air
sepanjang masa atau setiap hari atau tiada langsung? Kolam,
sangkar atau RAS yang mempunyai system penapisan? Adakah
mempunyai system pembasmian kuman seperti UV filter?
b) Pengudaraan. Adakah memasang pengudaraan seperti kincir
angin atau menggunakan pengudaraan mekanikal?
c) Jenis ikan. Ikan seperti tilapia memerlukan kandungan oksigen
yang lebih berbanding dengan ikan seperti patin dan keli. Oleh
sebab itu, kadar kepadatan ikan tilapia juga adalah lebih rendah.
38 | P a g e
d) Makanan. Adakah menggunakan pellet sepenuh atau ditambah
dengan makanan buatan sendiri
e) Target pengeluaran. Adakah target pengeluaran adalah daripada
saiz benih 3 inci sehingga saiz pasaran 700g atau hanya 500g?
Ataupun akan dituai secara berperingkat?
f) Pembajaan. Adakah aktiviti pembajaan atau pengapuran serta
penambahan pro dan prebiotic digunakan.
Jenis ikan Kadar stok
Ikan keli 50 ekor /m2
Ikan Tilapia 5 ekor /m2
Ikan Patin 5 ekor /m2
Ikan Puyu 50 ekor /m2
Jadual 1: Rujukan kadar stok yang sesuai untuk sesuatu kolam yang
tradisional.
*ikan dimasukkan daripada saiz 3 inci dan dibesarkan sehingga saiz
pasaran.
KIRA ANGGARAN PENGELUARAN IKAN
Contoh 1: Kolam Ali bersaiz 20 x 60 m. Berapa banyak ikan tilapia yang
boleh dimasukkan ke dalam kolam?
Keluasan kolam = 20 x 60 m
39 | P a g e
= 1200 m2
Kadar kepadatan adalah 5 ekor /m2
Kepadatan maksimum bagi kolam ali adalah 1200m2 x 5 ekor= 6000
ekor
Contoh 2: Kolam Ah Seng bersaiz 500 x 800 kaki. Berapa banyak ikan
patin yang boleh dimasukkan ke dalam kolam?
Keluasan kolam = 152.4 m x 243.84 m
= 37161.22 m2
Kadar kepadatan adalah 5 ekor /m2
Kepadatan maksimum bagi kolam ali adalah 37161.22m2 x 5 ekor=
185,806 ekor
Kadar hidup.
Kadar hidup adalah berbeza pada setiap peringkat umur ikan. Kadar
hidup yang lebih tinggi akan lebih menguntungkan penternak.
Kadar hidup daripada telur ke 1inci mungkin dalam 10-30%
Kadar hidup daripada 1 inci ke 3inci mungkin dalam 70-80%
Dan kadar hidup daripada 3 inci ke saiz pasaran adalah dalam 60-70%.
ℎ (%) = ℎ ℎ × 100
40 | P a g e
Hasil kasar
Jumlah berat ikan darab dengan harga jualan.
Contoh 1: Jumlah berat keseluruhan jualan ikan patin di dalam sangkar
adalah 800kg. Harga pasaran adalah RM15 per kg. Maka hasil kasar
adalah 800kg x 15 =RM 12,0000
Contoh 2: Jumlah berat purata ikan patin di dalam sangkar adalah 0.75
kg. Jumlah ikan yang ada di dalam sangkar adalah 800 ekor. Harga
pasran adalah RM 15 per kg. Maka hasil kasar adalah 0.75kg x 800ekor
x RM 15 =RM 9000 jika semua ikan dalam sangkar dijual.
Hasil bersih
Hasil setelah ditolak semua kos-kos yang terlibat. Iaitu keuntungan
bersih. Terdapat 2 jenis kos iaitu, kos tetap dan kos berubah. Kos tetap
adalah seperti kos pemulaan pembinaan sangkar atau kolam yang telah
dikeluarkan, Kos berubah adalah seperti kos makanan, kos gaji pekerja,
kos benih, kos pengangkutan, kos elektrik dan air, kos
penyelenggaraan, kos sosial dan minyak dan sebagainya.
Setiap pengusaha lain kosnya tetapi kos makanan biasanya
merangkumi 60% keseluruhan kos.
41 | P a g e
Feed Conversion Ration (FCR)
FCR adalah teknik pengiraan untuk mengetahui keberkesanan ikan
yang diternak untuk menghadam makanan yang diberi. Nilai yang tinggi
adalah tidak baik kerana ia menunjukkan ketidakupayaan ikan untuk
menukar makanan ikan kepada berat badan. Ia juga bermaksud
makanan yang lebih perlu diberikan kepada ikan untuk menaikan berat
badan ikan. Secara mudahnya, ia meningkatkan kos makanan. FCR
yang rendah adalah lebih baik.
= ℎ − ( )
ℎ ℎ
Ikan FCR
Ikan keli 1.5-1.8
Ikan Tilapia 1.1-1.3
Ikan Patin 1.2-1.5
Jadual 2: Anggaran FCR untuk setiap jenis ikan
Pengiraan FCR
Contoh 1: Ah Seng memasukkan sebanyak 1500 ekor ikan patin ke
dalam sangkar yang bersaiz 3 inci seberat 0.010 kg. Setiap hari, jumlah
makanan yang diberi kepada ikan direkod oleh Ah Seng dan mendapati
jumlah makanan yang telah diberikan kepada ikan adalah sebanyak 52
guni makanan TP1. Saiz jualan ikan patin adalah pada purata 700g
seekor. Kadar kematian ikan pula adalah sebanyak 450 ekor iaitu 70%
yang hidup sehingga saiz pasaran. Berapakah FCR ikan patin sangkar
Ah Seng?
Bilangan ikan yang hidup = 1500 x 70%
42 | P a g e
=1050 ekor ikan
Jumlah berat ikan yang dijual = 1050 ekor x 0.8kg
= 840 kg
Jumlah makanan yang telah diberi = 78 guni x 20kg setiap guni
=1560 kg makanan ikan
= 1560kg
(0.8−0.01) 1050
=1.88
Persampelan dilakukan untuk mengganggar bilangan ikan yang ada di
dalam sesuatu tangki. Ini adalah disebabkan bahawa adalah mustahil
untuk mengira jumlah ikan dalam tangki ikan kerana ikan selalu
bergerak laju dalam air dan dalam dalam jumlah kuantiti yang besar.
Mengira satu per satu ikan merugikan masa penternak dan menambah
stress kepada ikan.
Pelajar merekod berat ikan.
43 | P a g e
Terdapat 3 teknik untuk menggangar jumlah benih ikan dalam tangki
1. Anggaran jumlah benih ikan menggunakan bekas
2. Anggaran jumlah benih ikan mengikut berat benih ikan
3. Anggaran jumlah benih ikan dengan kaedah volumetric
Anggaran jumlah benih ikan menggunakan bekas
Anggaran jumlah benih ikan dalam bekas adalah teknik yang paling
senang dan cepat tetapi kurang jitu.
Langkah 1: Sediakan bekas yang Langkah 2: Masukkan benih ikan
berlubang. sehingga mencapai tahap yang
dikehendaki dan kira jumlah benih
pada tahap tersebut. Ulang
sebanyak 3 kali untuk
mendapatkan puratanya.
Langkah 3: Untuk kegunaan masa
hadapan, isikan benih ikan
sehingga mencapai tahap yang
ditanda untuk mencapai jumlah
benih yang dikehendaki
44 | P a g e
Anggaran jumlah benih mengikut berat benih ikan
Teknik ini adalah tepat sekiranya semua ikan adalah dalam satu saiz
yang sama. Ia digunakan secara meluas dalam industri Akuakultur di
Malaysia dalam urusan penjualan benih ikan kerana anak ikan biasanya
dijual dalam saiz yang sekata.
Langkah 1: Timbang 10 ekor ikan Langkah 2: Timbang semua ikan
secara individu dan carikan purata dalam tangki sekaligus dan
berat ikan bahagikan dengan berat purata
untuk mendapatkan jumlah ikan
dalam tangki
( ) = ℎ ( )
( )
45 | P a g e