The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azlizanzainuddinabdullah, 2023-12-20 21:54:34

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2024_2025

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2024_2025

Sekolah Kebangsaan Mubok Berawan YBA8202


ISI KANDUNGAN Kata-kata Aluan Guru Besar Visi dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia Falsafah Pendidikan Kebangsaan Ikrar Perkhidmatan Awam Teras Perkhidmatan Awam Budaya Kerja Sekolah Etika Kerja Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (PIPPM) Tatasusila Profesion Perguruan Penggal Persekolahan Jadual Gaji Cuti Perayaan Latar Belakang Sekolah Unit Pentadbiran dan Kurikulum Sekolah Unit Hal Ehwal Murid Sekolah Unit Kokurikulum Sekolah Takwim Tahunan Sekolah Sesi 2024/2025 Lampiran


ENCIK AZLIZAN BIN ZAINUDDIN GURU BESAR SK MUBOK BERAWAN Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI, Salam Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak. Bersyukur kita kehadrat Allah SWT dengan limpah kurnia serta izinNya, julung-julung kalinya Buku Pengurusan Sekolah bagi sesi 2024/2025 dapat dihasilkan. Kandungannya yang disusun rapi akan dapat memberikan panduan kepada guru dan staf sekolah ini untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik dan berkesan. Selama ini usaha gigih yang dijalankan oleh warga sekolah telah berjaya meletakkan sekolah ini sebagai salah sebuah sekolah cemerlang di negeri Sarawak. Tahniah dan syabas kepada semua Penolong Kanan, guru, staf, murid, PIBG dan ibu bapa yang memberikan sumbangan ke arah kecemerlangan sekolah. Selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, warga sekolah perlu berkerja sebagai satu pasukan dan memberikan komitmen terbaik untuk memenuhi matlamat yang ditetapkan agar segala usaha yang membuahkan kejayaan dan kecemerlangan memberi satu kepuasan kerja dalam profesion yang kita ceburi ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada jawatankuasa yang terlibat dalam menghasilkan Buku Pengurusan ini. Marilah kita memohon petunjuk daripada Allah SWT, mudah-mudahan segala usaha murni yang kita lakukan ini diberkati serta mendapat kejayaan dan keredaanNya jua. Akhir kata kepada semua guru dan staf selamat bertugas dan teruskan usaha gigih kita agar sekolah kita terus cemerlang dalam pelbagai bidang serta menjadi kebanggaan kita bersama merealisasikan Sekolah Berkualiti dan kemenjadian murid. Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera. Selamat bertugas, sekian terima kasih. Togetherness for Success Berdisiplin, Berusaha, Berilmu Saya yang menjalankan amanah, “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” ................................................ ( AZLIZAN BIN ZAINUDDIN ) Guru Besar SK MUBOK BERAWAN. KATA-KATA ALUAN GURU BESAR


“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera” “Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara” BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA Mendukung cita-cita hendak Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup yang demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana Kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisitradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:- Kepercayaan Kepada Tuhan Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-Undang Kesopanan dan Kesusilaan VISI KPM MISI KPM IKRAR RUKUN NEGARA VISI DAN MISI KPM


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. WARGANEGARA MALAYSIA YANG BAIK UNSUR JASMANI ❖ Percaya dan patuh kepada Tuhan. ❖ Berilmu pengetahuan ❖ Berakhlak mulia ❖ Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara ❖ Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara ❖ Memiliki sahsiah yang seimbang yang sepadu ❖ Keyakinan terhadap Tuhan ❖ Kepercayaan beragama ❖ Kemantapan jiwa ❖ Penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat ❖ Berbudi pekerti mulia ❖ Berbakti dan berkorban Unsur-unsur rohani dan emosi merangkumi aspek berikut : Unsur intelek ini mengambil kira aspek berikut : Ciri-ciri unsur jasmani ialah : ❖ Kecergasan fizikal dan kesihatan diri ❖ Dapat menggunakan anggota dan tenaga fizikal sendiri untuk berdikari dan hidup bermasyarakat. ❖ Hikmah iaitu ilmu yang boleh membawa kepada kebenaran ❖ Daya pemikiran yang kreatif dan inovatif ❖ Daya pemikiran yang logik dan analisis ❖ Ilmu yang bermanfaat ❖ Masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan memiliki sikap suka membaca serta cintakan ilmu pengetahuan. UNSUR ROHANI DAN EMOSI UNSUR INTELEK FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


KAMI YANG TELAH DILANTIK BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN MALAYSIA, MEMBUAT IKRAR DI SINI, BAHAWA SEMASA DAN SELAGI KAMI BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN MALAYISA, KAMI PATUH DAN MENGAMALKAN TERAS-TERAS PERKHIDMATAN SEMASA MENJALANKAN TUGAS-TUGAS KE ARAH INI, KAMI: BERAZAM MENINGGIKAN MUTU PERKHIDMATAN BEKERJA DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB BERUSAHA MENGIKIS SIKAP MEMENTINGKAN DIRI BERKHIDMAT DENGAN MUHIBBAH DAN KEMESRAAN BEKERJA KE ARAH MEMAJUKAN PEMIKIRAN RAKYAT DAN PENBANGUNAN NEGARA BEKERJASAMA DALAM MEMBANTERAS KELEMAHAN DAN MUSUH-MUSUH NEGARA BERPEGANG TEGUH KEPADA AJARAN AGAMA Kami, Pegawai Awam Malaysia dengan sepenuh rela hati mempertahan dan memperkukuhkan intergrti Perkhidmatan awam dengan mencegah dan membanteras segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan-tindakan berikut : PERTAMA Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah; KEDUA Menutup semua ruang dan peluang yang mendedahkan kepada amalan rasuah; KETIGA Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, peraturan dan etika jabatan; KEEMPAT Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang perlakuan jenayah rasuah; KELIMA Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat integriti dan imej pegawai awam; KEENAM Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni yang berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas. Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam Malaysia IKRAR PERKHIDMATAN AWAM


Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan. Bekerja dengan penuh tanggungjawab. Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri. Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan. Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara. Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara. Berpegang teguh kepada ajaran agama. TERAS PERKHIDMATAN AWAM


Memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah, Matlamat dan Objektif sekolah. Kerja adalah ibadah. Berusaha mempertingkatkan ilmu dan kemahiran. Kepimpinan melalui tauladan. Mengamalkan sikap jujur, ikhlas, amanah serta adil. Mengamalkan kerja sepasukan serta bermesyuarat. Mementingkan mutu dan kesan pendidikan. Memelihara dan mempertingkatkan imej Sekolah, Jabatan dan Kementerian Pendidikan setiap masa. Menentukan objektif bagi setiap tugasan. Sentiasa bekerja dengan bersih, cekap dan amanah. Mengamalkan perkhidmatan penyayang. Sentiasa memimpin dan menilai diri sendiri. BUDAYA KERJA SEKOLAH


Setiap pekerja hendaklah sentiasa berusaha menunaikan tugas mereka masing-masing. Sesebuah organisasi amat bergantung kepada pekerja yang produktif dan cemerlang dalam melaksanakan tugas-tugas yang diberikan. Terdapat etika kerja yang boleh dipraktikkan dalam tugas seharian untuk mendapat keredhaan Tuhan seterusnya meningkatkan kualiti sesebuah organisasi. BEKERJA DENGAN AZAM MENGABDIKAN DIRI KEPADA TUHAN Untuk menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang, semangat bekerja sebagai satu pasukan dalam melaksanakan tugas amat penting. Sikap saling bantu membantu di antara pekerja akan menimbulkan suasana bekerja yang aman dan gembira. Sebagai seorang pekerja, seseorang itu hendaklah menyedari bahawa tugas yang dilaksanakan adalah amanah Tuhan. Sekiranya dia tidak menunaikan tugas tersebut sebaik-baiknya, maka bererti dia tidak menunaikan amanah Tuhan. Bekerja juga adalah seperti ibadat. Maka sewajarnya setiap pekerja menunaikan tugas sebaik-baiknya demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Tuhan itu maha melihat dan mendengar. Setiap gerak seseorang itu tidak lepas daripada pandanganNYA. BEKERJA DENGAN IKHLAS DAN AMANAH Seseorang pekerja itu harus menyedari bahawa jawatan yang dipegang adalah hasil permohonannya sendiri. Oleh yang demikian, wajarnya dia menjalankan tugasnya dengan penuh kerelaan dalam usaha mengabdikan diri kepada Tuhan di samping berusaha untuk menyara diri dan keluarga dengan rezeki yang halal. BEKERJA DENGAN TEKUN DAN CEKAP Ketekunan adalah suatu sifat yang perlu ada dalam setiap individu yang bergelar pekerja. Setiap pekerja akan dapat meningkatkan kecekapan dalam menjalankan tugas masing-masing sekiranya meeka tekun. Rasullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun”. Mutu kecekapan seseorang itu akan meningkat sekiranya pekerja itu sanggup belajar dan menambahkan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan tugasnya sepanjang masa. BEKERJA DENGAN SEMANGAT SATU PASUKAN DAN BERPADU FIKIRAN ETIKA KERJA


Dalam tempoh PIPP, KPM akan membina Negara Bangsa melalui pendidikan dengan memberi tumpuan kepada fokus dan strategi pelaksanaan seperti berikut : 1. Memperkasakan Bahasa Kebangsaan ❑ Menggerakkan gelombang baru Memperkasakan Bahasa Kebangsaan. ❑ Memantapkan pelaksanaan Dasar Buku Negara (DBN) dengan membentuk jawatankuasa induk penggerak DBN dan lima jawatankuasa kerja penggerak DBN. ❑ Mengkoordinasi peranan semua pihak yang terlibat untuk menggiatkan aktiviti kebahasaan, kesusasteraan, pengkaryaan, penterjemahan dan penerbitan. ❑ Mewujudkan Bulan Bahasa dan Sastera Negara. 2. Memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional ❑ Meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman rakyat Malaysia supaya menghormati Perlembagaan Malaysia. ❑ Meningkatkan semangat patriotik melalui Rukun Negara, penyebaran maklumat, Kempen Cintakan Warisan Bangsa Negara dan aktiviti kokurikulum. ❑ Menanamkan sifat hormat-menghormati dan peka terhadap sensitiviti masyarakat pelbagai kaum. ❑ Mempergiatkan aktiviti RIMUP dengan mewujudkan JK RIMUP di semua peringkat pernacangan, pelaksanaan dan pemantauan aktviti RIMUP. 3. Memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa ❑ Membina kurikulum kesenian. ❑ Membina Sekolah Seni. ❑ Meningkatkan kerjasama dengan KeKKWa. ❑ Membudayakan penggunaan tulisan Jawi. 4. Memupuk kefahaman yang jelas terhadap pendekatan Islam Hadhari ❑ Mempelbagai aktiviti untuk membimbing pelaksanaan Islam Hadhari dalam pembentukan pemikiran dan kehidupan. TERAS 1 : MEMBINA NEGARA BANGSA PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA


TERAS 2 : MEMBANGUNKAN MODAL INSAN Dalam tempoh PIPP ini, KPM akan membangunkan modal insan dengan memberi fokus dan strategi pelaksanaan berikut: 1. Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar ❑ Meneruskan kewujudan pelbagai jenis sekolah, aliran, mata pelajaran dan bidang pengkhususan. ❑ Meningkatkan peruntukan belanja mengurus kepada Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan. ❑ Meneruskan pendaftaran SAR dan SAN di seluruh negara. 2. Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan ❑ Mengkaji pelaksanaan KBSR dan KBSM supaya lebih menekankan kemahiran berfikir aras tinggi (higher order thinking skills) ❑ Memupuk budaya cintakan ilmu pengetahuan. ❑ Melaksanakan Program Pembestarian Sekolah. ❑ Menyediakan pusat akses. ❑ Menyediakan infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi ❑ Melaksanakan Program Pengkomputeran Sekolah. ❑ Melaksanakan perisisan yang lengkap dan pelbagai. ❑ Mengadakan latihan dan bimbingan. ❑ Mewujudkan sistem penyelenggaraan yang berterusan. 3. Memupuk pelajar memiliki kemahiran dan keterampilan ❑ Melengkapkan diri pelajar dengan pelbagai jenis kemahiran hard and soft skills. ❑ Memupuk pelajar supaya menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni, budi bahasa dan adab. ❑ Memastikan sekolah memberi penekanan kepada keselamatan dan kebersihan dan kesihatan pelajar. 4. Memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistik ❑ Menyediakan pentaksiran alternatif. ❑ Memantapkan pentaksiran sedia ada dengan unsur-unsur berasaskan kompetensi. ❑ Mengkaji semula sistem pentaksiran dan penilaian untuk menjadikan persekolahan tidak terlalu berorientasikan peperiksaan. PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA


TERAS 2 : MEMBANGUNKAN MODAL INSAN 5. Memantapkan program kokurikulum dan sukan ❑ Penambahbaikan aktiviti sukan dan kokurikulum. ❑ Meningkatkan penyertaan murid. ❑ Meningkat semangat patriotik dengan memastikan Rukun Negara dipelajari dan dihayati sepenuhnya bermula daripada peringkat awal persekolahan. ❑ Memperkasakan sukan di sekolah ke arah sukan untuk semua. ❑ Memantapkan pelaksanaan kokurikulum bagi menggalakkan penglibatan pelajar yang lebih menyeluruh. ❑ Memantapkan program keguruan dalam kokurikulum dan sukan serta kejurulatihan. ❑ Menyediakan infrastruktur dan peralatan yang lebih lengkap di sekolah, pusat kokurikulum, kolej matrikulasi dan IPG. ❑ Meningkatkan kerjasama KPM dengan kementerian dan pihak luar KPM. 6. Memperkukuh disiplin pelajar ❑ Meningkatkan serta memantapkan mekanisme pengurusan dan pemantauan disiplin sekolah. ❑ Meningkatkan kefahaman dan kemahiran pengurusan penguatkuasaan peraturan disiplin pelajar. ❑ Mempelbagaikan saluran aduan terus. 7. Memantapkan kurikulum ❑ Meneruskan pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral, serta Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. ❑ Mempergiatkan pelaksanaan aktiviti kerjasama dengan pelbagai agensi. ❑ Memantapkan kurikulum sains dan matematik. PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA


TERAS 3 : MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN Dalam tempoh PIPP ini, fokus dan strategi pelaksanaan berikut akan diberi tumpuan bagi memperkasakan SK : 1. Peluasan Program Prasekolah ❑ Menambahkan bilangan kelas prasekolah KPM. ❑ Menggunakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. ❑ Memastikan murid berkeperluan khas mendapat program prasekolah. ❑ Memastikan guru dan pembantu guru prasekolah mencukupi dan terlatih. 2. Pemantapan Kepimpinan Pengetua/Guru Besar dan Kualiti Guru ❑ Memantapkan kepimpinan Pengetua/Guru Besar. ❑ Meningkatkan kualiti guru. 3. Pengukuhan Budaya Sekolah ❑ Mewujudkan SK yang berbudaya cemerlang, iklim dan budaya sekolah yang sihat. 4. Pemantapan Kurikulum ❑ Memastikan semua murid Tahap 1 menguasai 3M. ❑ Memperluas j-QAF. ❑ Memperkenalkan Bahasa Cina dan Tamil. ❑ Memperkenalkan program bagi pelajar berkeperluan khas. ❑ Meningkatkan akses dan pilihan program di peringkat menengah. 5. Pemantapan Aktiviti Kokurikulum dan Sukan ❑ Menambah baik aktiviti kokurikulum dan sukan. ❑ Meningkatkan penyertaan murid. 6. Penambahbaikan Sistem Sokongan ❑ Menambahbaik sistem sokongan. ❑ Menambah bilangan jawatan pembantu guru. 7. Peningkatan Prestasi Akademik ❑ Memastikan semua pelajar mendapat peluang bersekolah. ❑ Memantapkan program intervensi. 8. Menyediakan Infrastruktur Dan Kemudahan Asas Mencukupi Dan Berkualiti ❑ Meningkatkan kualiti prasarana SK. ❑ Meningkatkan kualiti infrastruktur dan kemudahan pendidikan. ❑ Menambah bilangan sekolah rendah satu sesi. ❑ Pembestarikan sekolah. PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA


TERAS 4 : MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN Dalam tempoh PIPP ini, KPM akan merapatkan jurang pendidikan dengan memberi tumpuan kepada fokus dan strategi pelaksanaan seperti berikut: 1. Membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar ❑ Menambahbaik Program Pembangunan Pendidikan Luar Bandar dan pedalaman. ❑ Menambah baik Sekolah Kurang Murid (SKM). ❑ Merapatkan jurang digital. 2. Meningkatkan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran ❑ Penguasaan 3M. ❑ Pengurangan kadar keciciran. ❑ Pemantapan program pendidikan bagi murid orang kurang upaya. ❑ Membuka kelas khas bagi murid autisme dan ADHD serta yang mempunyai dua kecacatan. ❑ Memantapkan program pendidikan khas inklusif. ❑ Menghasilkan kaedah penilaian yang diiktiraf. ❑ Menyediakan perkhidmatan pendidikan khas kepada kanak-kanak dari umur satu hari di pusat perkhidmatan. ❑ Meminda Peraturan- Peraturan Pendidikan Khas 1997 untuk menerima pelajar dua kecacatan. ❑ Memantapkan instrumen saringan untuk kenal pasti murid berkeperluan khas. ❑ Menyediakan kemudahan pengangkutan untuk murid pendidikan khas. ❑ Mengeratkan kerjasama antara KPM, Kem. Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kem. Kesihatan, KPT dan Kem. Sumber Manusia. 3. Meningkatkan bilangan guru terlatih dan mengikut opsyen di kawasan pedalaman ❑ Peningkatan bilangan guru terlatih dan mengikut opsyen di kawasan pedalaman. ❑ Mewajibkan guru baru berkhidmat di kawasan pedalaman. ❑ Menambah baik insentif khusus kepada guru yang berkhidmat di pedalaman. ❑ Menyediakan asurans kepada guru-guru yang berkhidmat di luar bandar. ❑ Menyediakan rumah guru dan kemudahan asas yang sempurna. 4. Menambah baik sistem pengagihan bantuan kepada pelajar miskin, berkeperluan khas dan kumpulan minoriti ❑ Pemantapan sistem pengagihan bantuan. ❑ Memantapkan Sistem Maklumat Murid (SMM). ❑ Memantau pelaksanaan program bantuan secara berterusan. ❑ Menilai impak program secara berkala. ❑ Mewujudkan Majlis Tindakan Pendidikan Daerah (MTPD). ❑ Mengukuhkan kerjasama antara sekolah, sektor awam dan swasta. PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA


TERAS 5 : MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN Dalam tempoh PIPP ini, KPM akan memartabatkan profesion keguruan dengan memberi tumpuan kepada fokus dan strategi pelaksanaan berikut: 1. Menambah baik sistem pemilihan calon guru ❑ Memperketat syarat dan kriteria pengambilan calon guru. ❑ Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teachers Selection Test - MTeST), temuduga individu dan berkumpulan serta ujian bertulis Bahasa Inggeris. ❑ Syarat tambahan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) yang bersesuaian dengan keperluan opsyen. ❑ Pemilihan Guru Siswazah Sandaran Terlatih melalui iklan dan tapisan rapi. ❑ Pemantapan proses perlantikan dan pengesahan PPPS oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi memastikan setiap guru mencapai standard minimum. 2. Memantapkan latihan perguruan ❑ Menaik taraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG). ❑ Mereka bentuk dan menggubal Kurikulum IPG secara berpusat dan mendapat kelulusan Majlis Kurikulum Pendidikan Guru. ❑ Memberi penekanan kepada elemen baru dalam kurikulum pendidikan guru. ❑ Membangunkan infostruktur yang meliputi Pusat Maklumat Latihan Keguruan, Sistem Penyaluran, Rangkaian ICT, Portal Pendidikan Guru dan Total Campus Management System. ❑ Memantapkan profesionalisme keguruan dengan memberi latihan dalam aspek pedagogi, kokurikulum, ICT, penyelidikan dan pastoral care. ❑ Memperkasakan peranan IAB untuk kursus dalam perkhidmatan bagi membina sumber tenaga pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang terbaik ke arah meningkatkan profesionalisme guru. ❑ Meningkatkan kelayakan tenaga pengajar IPG dengan mengadakan Program Peningkatan Akademik PPP yang dijalankan secara sepenuh masa, Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) serta gabungan PJJ dan sepenuh masa. ❑ Meningkatkan, pemantapan dan peluasan kursus dan latihan. ❑ Memperkasakan peranan Institut Aminudin Baki. 3. Memantapkan kerjaya guru ❑ Penambahan perjawatan dan peluasan naik pangkat untuk PPPS di KPM/JPN/PPD/G. PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA


TERAS 5 : MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN 4. Menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru ❑ Menyediakan persekitaran kerja yang kondusif. ❑ Menyediakan kemudahan tempat tinggal yang mencukupi di kawasan pedalaman, luar bandar dan bandar melalui pembinaan rumah guru baru dan membaik pulih rumah guru sedia ada. ❑ Memperkasa peranan Yayasan Guru Malaysia untuk meningkatkan inisiatif menjaga dan memelihara kepentingan dan kebajikan guru. ❑ Mensifarkan GSTT. ❑ Memantapkan pelaksanaan Guru Simpanan. ❑ Mewujudkan tambahan jawatan kumpulan sokongan bagi mengurangkan beban tugas dan tanggungjawab guru dalam kerja-kerja pentadbiran. ❑ Mengkaji keperluan kemudahan asurans bagi guru-guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman. ❑ Menyediakan kemudahan bilik guru dan bilik darjah yang kondusif untuk meningkatkan kualiti kerja dan p&p melalui projek naik taraf, bangunan tambahan dan pembinaan baru. ❑ Menempatkan guru mengikut opsyen dan keperluan. ❑ Menyediakan perancangan bagi mengatasi masalah kekurangan guru mengikut opsyen. ❑ Menyediakan data dan unjuran bilangan guru yang tidak mencukupi mengikut opsyen dan lokasi. 5. Memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia ❑ Penyediaan mekanisme bekalan guru. ❑ Mewujudkan kerjasama dengan IPT tentang latihan guru. ❑ Menambahbaik sistem maklumat guru. ❑ Mewajibkan guru baru berkhidmat di kawasan pedalaman. PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA


TERAS 6 : MELONJAKKAN KECEMERLANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN Sebanyak 300 institusi pendidikan yang menyerlah dan cemerlang dalam kluster institusi pendidikan tertentu akan dikenal pasti dan dipilih mengikut elemen utama dan elemen sokongan. Bagi sekolah-sekolah yang terpilih, fokus akan diberikan terhadap perkara-perkara berikut : 1. Memastikan kepemimpinan teguh dan berkesan ❑ Pemantapan latihan kepemimpinan guru besar dan pengetua. ❑ Mengenalpasti memilih pengetua, guru besar dan guru penolong kanan. ❑ Menentukan KPI yang perlu dicapai oleh pengetua, guru besar dan guru penolong kanan. 2. Pemilihan guru dan jurulatih berkebolehan dan berkemahiran tinggi ❑ Memilih guru dan jurulatih melalui iklan, permohonan dan temu duga. ❑ Pengetua, guru besar dan guru bersama-sama akan menentukan KPI yang perlu dicapai oleh guru dan jurulatih. ❑ Prestasi guru dan jurulatih akan menentukan sama ada jawatan dikekalkan. 3. Memilih kelompok sekolah cemerlang ❑ Perlantikan sekolah. ❑ Menigkatkan keupayaan dengan memberi autonomi kepada sekolah. 4. Mewujudkan akauntabiliti ❑ Menyediakan pelbagai prosedur untuk memudahkan pelaksanaan program. ❑ Melaksanakan penilaian sekolah kluster. ❑ Melaksanakan penarafan kendiri. ❑ Memperkukuh mekanisme pemastian kualiti kolej matrikulasi. ❑ Memastikan semua program dan ijazah keluaran IPG diiktiraf di dalam dan luar negara. 5. Mewujudkan piawaian dan penandaarasan ❑ Menyediakan pengurusan perubahan dan mengenal pasti amalan terbaik. ❑ Melaksanakan penarafan kendiri. PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA


TERAS 6 : MELONJAKKAN KECEMERLANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN 6. Menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan ❑ Meningkatkan jalinan antara sekolah-sekolah cemerlang dalam dan luar negara. ❑ Meningkatkan jalinan antara IPG dengan universiti luar negara. ❑ Meningkatkan jalinan Bestari (Smart partnership) antara universiti luar negara. ❑ Mempakejkan dan memasarkan IPG secara berkesan agar negara dapat dikenali sebagai pusat pendidikan guru. ❑ Mempakejkan dan memasarkan sekolah swasta dan antarabangsa untuk menarik minat pelajar. ❑ Meminda dasar sekolah antarabangsa supaya dapat meningkatkan daya saing negara dalam bidang pendidikan di rantau Asia. ❑ Melibatkan pelajar, guru dan sekolah dalam pertandingan kokurikulum pada peringkat antarabangsa. ❑ Meningkatkan jalinan kerjasama antara sekolah-sekolah cemerlang di dalam dan luar negara. ❑ Penglibatan dalam badan-badan pendidikan dunia seperti UNESCO, OECD dan IEA. ❑ Menyertai lebih banyak kajian pada peringkat antarabangsa. ❑ Memperkasa kolej matrikulasi. 7. Merintis perubahan dan pembaharuan ❑ Melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah. ❑ Mengadakan P&P berasaskan Model Hasil Pembelajaran (outcome based learning). ❑ Memperkenalkan program alternatif untuk kemasukan ke IPT seperti International Baccalaureate dan peperiksaan Standard Admission Test (SAT) Rujukan : 1) RMK-9: Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, Edisi Pelancaran. BPPDP, 2006. Kad Laporan keempat seperti Disember 2008. PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA


1 TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya demokrasi, kebebasan perseorangan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara. 1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain. 2. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik ekonomi, sosial, keturunan atau agama. 3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. 4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di dalam bilik darjah tanpa sebarang bayaran. 5. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar. 6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya. 2 TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA 1. Menghormati tenggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. 2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga. 3. Mengganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. 4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. 5. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. 6. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjelaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka. TATASUSILA PROFESION PERGURUAN


4 3 TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA 1. Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, atau pun yang bertentangan dengan Rukun Negara. 2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan ugama. 3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. 4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. 5. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat. 6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik. 1. Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama bagi seorang guru. 2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru. 3. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. 4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan. 5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. 6. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN Guru yang dimaksudkan dalam konteks Tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi, (termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan). CATATAN TATASUSILA PROFESION PERGURUAN


Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan. Melahirkan rakyat yang menghayati nilai. Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan. Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian kementerian. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit. Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara langsung. ANJAKAN PPPM


PENGGAL PERSEKOLAHAN KUMPULAN B


OKTOBER 24 KHAMIS MAC 25 ISNIN JANUARI 24 Srabu FEBRUARI 23 JUMAAT APRIL 25 KHAMIS MEI 24 JUMAAT JUN 13 KHAMIS JULAI 19 JUMAAT OGOS 23 JUMAAT SEPTEMBER 25 RABU NOVEMBER 25 ISNIN DISEMBER 19 KHAMIS JADUAL GAJI PENJAWAT AWAM 2024


CUTI PERAYAAN


KANDUNGAN Logo Sekolah 1 Bendera Sekolah 2 Visi dan Misi Sekolah 3 Ikrar Murid 4 Lagu Sekolah 5 Piagam Pelanggan 6 Sejarah Sekolah 7 Pelan Sekolah 8 PERKARA BILANGAN


LOGO MAKSUD LOGO SEKOLAH Kuning Masa depan yang cerah Merah Keberanian Menerima Perubahan Hijau Keindahan Persekitaran Sekolah Obor Sinar harapan Buku Gedung Ilmu Tangkai Padi Disini bermula kejayaan Motto Berdisiplin, Berusaha, Berilmu LOGO SEKOLAH


SEKOLAH UNGGUL GENERASI CEMERLANG VISI SEKOLAH MELESTARIKAN KUALITI SEKOLAH DAN KEMENJADIAN MURID KE ARAH KECEMERLANGAN MISI SEKOLAH VISI DAN MISI SEKOLAH TAGLINE SEKOLAH MEREALISASIKAN KUALITI SEKOLAH & KEMENJADIAN MURID KE ARAH KECEMERLANGAN MOTTO SEKOLAH TOGETHERNESS FOR SUCCESS BERDISIPLIN,BERUSAHA, BERILMU


IKRAR GURU Bahawasanya Kami Guru-Guru Negara Malaysia Dengan Ini Berikrar : Mendukung Teras Cita-Cita Kami Dalam Menyatakan Keyakinan Kami Pada Cita-Cita Murni Pekerjaan Kami Kami Akan Berbakti Kepada Masyarakat Dan Negara Kami Kami Akan Menjunjung Perlembagaan Negara Kami Mengamalkan Prinsip-Prinsip Rukun Negara Pada Setiap Masa IKRAR GURU


SK Mubok Berawan nama sekolah kami, Mendidik Putera Puteri Bangsa, Cantik dan menghijau persekitarannya, Namamu kami julang sanjung tinggi, Bertahun kami di sekolah ini, Tekun Belajar menimba ilmu, Kerja sekolah gerko juga pelajaran, Dibuat dengan tabah tanpa jemu, Guru mengajar kami, Dengan hati ikhlas dan suci, Membimbing kami ke arah cemerlang, Itulah panduan hidup kami, Itulah panduan hidup kami. LAGU SEKOLAH


PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH Kami warga , Sekolah Kebangsaan Mubok Berawan, Berikrar Dan Berjanji memberikan Perkhidmatan Budaya Cemerlang Untuk 1. Memberikan didikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu cemerlang untuk memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara. 2. Memastikan setiap murid mendapatkan pendidikan di sekolah ini cemerlang dari semua aspek dan akhlak. 3. Melayan murid dengan penuh kasih sayang mesra bagi melahirkan masyarakat penyanyang. 4. Menyediakan persekitaran dan infrastruktur sekolah yang sempurna bagi meransang pembelajaran muridmurid. 5. Menjadi staf yang berdedikasi, komited, berdisiplin,bertanggungjawab, produktif, inovatif dan berintegriti. 6. Mengamal dan membudayakan sistem pentadbiran yang cekap, amanah dan bersih. 7. Mengurus segala urusan dengan segera,tepat dan dalam masa yang ditetapkan. DASAR SEKOLAH • Komited berkhidmat, membuat yang terbaik dalam semua urusan dan pencapaian diutamakan. • Memastikan semua murid dapat menguasai 4M sebelum melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah. NILAI BERSAMA 1. Menetapi masa, mengutamakan mutu kerja dan pencapaian murid (menyemak buku kerja latihan murid sekurang-kurangnya tiga hari sekali hari bersekolah) 2. Berintegriti ,jujur, amanah dan telus dalam menjalankan tugas. 3. Bekerja secara sepasukan untuk mencapai VISI dan MISI sekolah.


JAWATANKUASA PENERAJU TS25 2024/2025 EN AZLIZAN BIN ZAINUDDIN GURU BESAR PN CAROLINE AK JOSEPH GPK PENTADBIRAN PN NOORHAYATIE BT YAHYA GPK HEM EN JACKRY AK MORNI GPK KOKURIKULUM EN POISIN B SPO GAB EN NICHOLAS AK JONATHAN GAB EN FRANCIS AK NGADAN GAB EN JEREMY AK CHON GAB PN SENORINA AK SUBIA GPRASEKOLAH PN NOR AZIAH BT KASSIM GPEMULIHAN PN LISIA AK GRAN GAB CIK NUR NAZIHAH PEND ISLAM CIK PELLA AK GAWUN PT PN ROSALINA LAHONG UDAU PPM PRA EN KAMAL B JUMALAI PO STAF SOKONGAN


1. Memperkembangkan potensi murid dari semua segi secara menyeluruh dan bersepadu. 2. Melahirkan murid yang berilmu dan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan masyarakat. 3. Melahirkan murid yang dapat menyumbangkan kepada kemajuan dan kesejahteraan diri supaya mereka dapat pula berfungsi secara berkesan dan produktif dalam proses keharmonian dan pembangunan negara. OBJEKTIF SEKOLAH OBJEKTIF SEKOLAH


MATLAMAT SEKOLAH MATLAMAT SEKOLAH 1. SK Mubok Berawan akan berusaha dengan segala kemampuan untuk merealisasikan matlamat dan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. 2. Untuk meletakkan SK Mubok Berawan ke tahap kebanggaan dan kepercayaan di kalangan masyarakat setempat menerusi kejayaan-kejayaan cemerlang di dalam: a. Pencapaian akademik yang cemerlang dari segi kualiti dan kuantiti b. Pencapaian cemerlang dalam kegiatan-kegiatan kokurikulum c. Amalan disiplin diri yang baik d. Pembentukan moral.akhlak yang terpuji melalui kepercayaan beragama e. Perkembangan dan pertimbangan intelek, rohani, emosi dan jasmani f. Kepimpinan murid yang baik 3. Mengamalkan semangat taat setia, cinta dan sayang kepada sekolah. 4. Menerapkan nilai-nilai murni untuk melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab mencari kesejahteraan. 5. Mewujudkan suasana persekitaran sekolah selaras dengan konsep sekolahku SEJAHTERA yang kondusif, tenteram, aman, bersih, cantik dan selesa untuk perkembangan keperibadian yang baik. 6. Menggalakkan perkembangan kepimpinan murid melalui program dan aktiviti kurikulum dan kokurikulum 7. Mewujudkan suasana kekeluargaan dan semangat kekitaan di kalangan murid, guru, staf sokongan dan keluarga SKMB. 8. Melahirkan murid yang berbudaya ilmu dengan minat membaca yang tinggi dan dapat melahirkan buah fikiran secara lisan dan tulisan dengan teratur, lancar, tepat dan berkesan. 9. Menggunakan secara optima segala kemudahan yang ada ( di sekolah dan luar sekolah ) untuk memperkukuhkan lagi dasar / matlamat sekolah 10. Mengamalkan budaya kerja cemerlang, efisien, bertanggungjawab, dedikasi, bersih, cekap dan amanah.


SEJARAH SEKOLAH Ditubuhkan pada 08 Oktober 1987. Dikenali sebagai SRB St. John Mantung B dan dianggap sebagai sebuah sekolah cawangan SRB St. John Mantung Merau. Dirasmikan oleh YB Dr Patau Rubis , Menteri Muda Infrastruktur Negeri Sarawak pada 13 November 1987. Keluasan kawasan seluas 12.996 ekar ( 5.24 Hektar ) Terletak di Jalan batang Kedup, sejauh 32km dari Bandar Serian. Sebelum penubuhannya, anak-anak penduduk dari tiga buah kampung ( Mantung Mubok, Mantung Birawan dan Mantung Baing) bersekolah di SRB St. John Mantung Merau. Masalah kesulitran perhubungan jalan hutan yang menyusuri tebing sungai Batang Kedup, ketiadaan tempat tinggal atau asrama telah menyebabkan masalah ponteng dalam kalangan murid. Tapak sekolah ini telah diderma oleh 7 orang tuan punya tanah iaitu tiga orang dari Mantung Birawan, dua orang dari Mantung Mubuk dan seorang dari Mantung Merau.Tapak sekolah ini juga telah dibuat geran tanahnya oleh Jabatan Tanah dan Survei negeri Sarawak. Sejak ianya ditubuhkan pada tahun 1987 sekolah telah ditakbir oleh 6 enam orang guru besar hingga sekarang.


PELAN SEKOLAH PADANG TANDAS PEREMPUAN TANDAS LELAKI BILIK PEMULIHAN TAHUN 6 TAHUN 2 TAHUN 4 TAHUN 3 TAHUN 1 BILIK GURU PEJABAT AM BILIK GPK BILIK AKSES TS25 BILIK GURU BESAR TAHUN 5 PUSAT SUMBER & BILIK SPBT STOR SUKAN BILIK AGAMA PRASEKOLAH PAM AIR DEWAN RMT TEMPAT LETAK KERETA JALAN BATANG KEDUP SEBIRO C2 SEBIRO C1 SEBIRO B2 SEBIRO B1 SEBIRO A2 SEBIRO A1 PONDOK PIBG PONDOK JAGA STOR SEKOLAH PADANG Keluasan sekolah: 12.96 Ekar (5.24 Hektar) Tarikh tubuh sekolah : 08.10.1987 PONDOK ILMU


JAWATANKUASA PENERAJU SEKOLAH


JAWATANKUASA SKPM KUALITI@SEKOLAH


JAWATANKUASA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP)


TANGGUNGJAWAB. TUGAS & SUMBER DI BAWAH KAWALAN STAF SKMB 2024/2025


TANGGUNGJAWAB. TUGAS & SUMBER DI BAWAH KAWALAN STAF SKMB 2024/2025


TANGGUNGJAWAB. TUGAS & SUMBER DI BAWAH KAWALAN STAF SKMB 2024/2025


TANGGUNGJAWAB. TUGAS & SUMBER DI BAWAH KAWALAN STAF SKMB 2024/2025


TANGGUNGJAWAB. TUGAS & SUMBER DI BAWAH KAWALAN STAF SKMB 2024/2025


TANGGUNGJAWAB. TUGAS & SUMBER DI BAWAH KAWALAN STAF SKMB 2024/2025


TANGGUNGJAWAB. TUGAS & SUMBER DI BAWAH KAWALAN STAF SKMB 2024/2025


TANGGUNGJAWAB. TUGAS & SUMBER DI BAWAH KAWALAN STAF SKMB 2024/2025 BIL NAMA STAF TUGAS & TANGGUNGJAWAB SUMBER KAWALAN 13 Pella anak Gawun P.44229 • Urusan Pejabat • Setiausaha Kewangan • Pengurusan Gaji Staf • Sistem Fail & Rekod • Peruntukan Pelbagai • Bekalan Am Pejabat • Pengurusan Stok Sekolah (Pegawai Stor) • Pengurusan Data (HRMIS, APDM (Pendaftaran T1), ESPKWS (Kewangan) • Pegawai Stor • Pembantu Guru Kelas Tahun 5 • Pembantu Pegawai Aset • Timbalan Setiausaha PIBKS • Kewangan • Fail-fail Pengurusan & Pentadbiran • Rekod Kehadiran Staf


TANGGUNGJAWAB. TUGAS & SUMBER DI BAWAH KAWALAN STAF SKMB 2024/2025


KANDUNGAN Kata-kata Aluan Penolong Kanan Kurikulum 1 Pengenalan Unit Kurikulum 2 Visi dan Misi Unit Kurikulum 3 Objektif dan Matlamat Unit Kurikulum 4 Piagam Pelanggan Unit Kurikulum 5 Panduan Am Staf Sekolah 6 Jawatankuasa Induk Unit Kurikulum 7 Jawatankuasa-jawatankuasa Unit Kurikulum 8 Bidang Tugas Unit Kurikulum 9 PERKARA BILANGAN


Salam sejahtera, salam menjulang pendidikan negeri Sarawak. Salam Malaysia Madani guru-guru, dan keluarga SK Mubok Berawan. Bersyukur ke hadrat Tuhan kerana dengan limpah kurniaNya Buku Pengurusan Sekolah sesi 2023/2024 telah dapat dihasilkan dengan membawa harapan buku pengurusan ini dapat membantu dan menjadi panduan semua warga SK Mubok Berawan. Adalah diharapkan dengan terhasilnya Buku Pengurusan Sekolah Sesi 2024/2025 ini akan memacu SK Mubok Berawan ke arah kecemerlangan. Hasrat murni ini akan menjadi realiti apabila semua panduan yang disediakan ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan. Selain itu, kepimpinan peringkat sekolah perlulah efektif dan efisien, mempunyai barisan guru yang berkualiti, berilmu pengetahuan, berkemahiran dan memiliki sikap serta sahsiah yang unggul. Adalah diharapkan pengemblengan tenaga semua pihak dapat melahirkan generasi murid yang cemerlang. Buatlah sesuatu yang terbaik pada anak-anak didik kita berdasarkan kerelaan dan keikhlasan yang sejati. Tahun 2023/2024 sudah bermula. Justeru, persiapan yang rapi semaksimum mungkin perlu kita persiapkan bagi menghadapi cabaran pendidikan masa kini. Seluruh warga sekolah wajar membuat tranformasi ke arah peningkatan minda, nilai kualiti kerja serta pembentukan sahsiah terpuji agar sekolah ini dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi di arena Pendidikan Negara. Selamat bertugas, sekian terima kasih. Saya yang menjalankan amanah, ..............................................……… ( CAROLINE AK JOSEPH JULIAN ) Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum SK Mubok Berawan. KATA-KATA ALUAN GURU PEN. KANAN KURIKULUM PUAN CAROLINE ANAK JOSEPH JULIAN GURU PENOLONG KANAN KURIKULUM SK MUBOK BERAWAN


Click to View FlipBook Version