Menjanakan transfromasi pendidikan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan VISI UNIT KURIKULUM Memantapkan pengajaran dan pembelajaran berkualiti, mengoptimumkan sumber manusia dan kepakarannya untuk melahirkan insan yang cemerlang, inovatif berakhlak mulia dan berdaya saing MISI UNIT KURIKULUM VISI DAN MISI UNIT KURIKULUM
OBJEKTIF UNIT KURIKULUM Memastikan pengajaran dan pembelajaran berkualiti dan bermakna, mengoptimumkan sumber manusia dan kepakaran guru berkualiti untuk melahirkan insan yang cemerlang, inovatif berakhlak mulia dan berdaya saing MATLAMAT UNIT KURIKULUM Untuk melahirkan kumpulan murid yang ‘Tangkas, Cerdas, Ceria’ Mahir dalam kemahiran asas Berpengetahuan tinggi Menguasai serta menyumbang dalam kemajuan sains dan teknologi Berdisiplin serta berakhlak mulia Cekal, sentiasa berusaha untuk meraih kecemerlangan Berpegang teguh kepada “Rukun Negara”. OBJEKTIF DAN MATLAMAT UNIT KURIKULUM
TAHAP 1 MENINGKATKAN PENGUASAAN (3M) (KEMAHIRAN ASAS) MENGURANGKAN BUTA HURUF TAHAP 2 MENINGKATKAN PENCAPAIAN KUALITI & MENGURANGKAN TP1/TP2 PBD BERUSAHA UNTUK MENGHASILKAN 90% MURID MENCAPAI MTM DALAM MP TERAS BM,BI, MAT, SNS DAN SEJARAH Catatan Dijangka pada akhir pertengahan tahun persekolahan, kelemahan pelajar sudah dapat dikenalpasti oleh guruguru darjah/mata pelajaran serta menyediakan pelan tindakan susulan yang harus diambil sebelum murid ini melangkah masuk ke Tahap 2 dan ke Tahun 6. SASARAN AKADEMIK UNIT KURIKULUM
PANDUAN AM STAF SEKOLAH PANDUAN AM 1. Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan 2. Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan. 3. Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata. 4. Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang. 5. Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara. 6. Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas. 7. Bertanggunjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid dan harta benda sekolah ketika berada di sekolah. 8. Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas. KEDATANGAN 1. Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah. 2. Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu belajar dan menandatangani Buku Kehadiran SEMASA sampai dan sewaktu balik sekolah. 3. Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberikan kenyataan dan sebab-sebab yang wajar. Guru mesti memberitahu pihak sekolah secepat mungkin supaya jadual waktu ganti dapat disediakan. 4. Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan. 5. Guru diwajibkan datang untuk menjayakan aktiviti kokurikulum, bengkel, mesyuarat dan pelbagai program akademik di luar masa yang ditetapkan.
PANDUAN AM STAF SEKOLAH 1. Guru tidak dibenar meninggalkan kawasan sekolah atau bilik darjah dalam masa waktu mengajar kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan Jabatan Pelajaran Negeri/Gabungan/Daerah dengan syarat mendapat kebenaran daripada Guru Besar/Penolong Kanan. 2. Guru dikehendaki mengisi dan menulis di dalam Buku Rekod Pergerakan Guru. Dapatkan kebenaran Guru Besar/Penolong Kanan sebelum keluar. 3. Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk pelajar melalui Penolong Kanan. KELUAR WAKTU MENGAJAR CUTI 1. Cuti Rehat / Cuti Penggal – mengikut surat Pekeliling Kementerian Pendidikan KP(PP) 0046.SJ/(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. TETAPI guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas seharian daripada tugas mengajar. 2. Cuti Sakit – Sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan. 3. Cuti Tanpa Gaji – boleh dipohon di atas sebab-sebab persendirian yang mustahak. Kelayakan cuti tanpa gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan dan tidak melebihi 180 hari. 4. Kelulusan cuti tanpa gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun diluluskan oleh Pengarah Pelajaran Negeri. Cuti melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. 5. Cuti Rehat Khas – cuti ini boleh diluluskan oleh Guru Besar hanya atas sebab-sebab kecemasan dan upacara agama bagi tempoh tujuh hari dalam setahun. PEMAKAIAN GURU 1. Semua guru hendaklah berpakaian kemas (bertali leher bagi guru lelaki),Baju Batik pada hari Khamis dan Baju Kebangsaan pada hari Jumaat (Guru Islam) sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur seperti di dalam surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1995. 2. Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan. 3. Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan dan panjang rambut yang sesuai. 4. Guru yang mengajar pendidikan jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai.
PANDUAN AM STAF SEKOLAH MENGAJAR DALAM BILIK DARJAH 1. Guru-guru dinasihatkan supaya tidak duduk semasa mengajar di dalam kelas. 1. Seluruh waktu mengajar itu mestilah digunakan sepenuhnya untuk menyampaikan bahan pelajaran dan membimbing murid dalam proses pembelajaran. 2. Memeriksa buku rampaian dan kertas jawapan murid tidak harus dilakukan dalam bilik darjah ketika mengajar melainkan untuk memberI bimbingan dan perhatian individu murid. 3. Tugas guru bukan sahaja menyampaikan bahan pelajaran tetapi juga mengawal kelas supaya tidak bising, memberi contoh teladan dan bimbingan kepada murid supaya menjadi warganegara yang berdisiplin dan berilmu.Kembangkan potensi dan modal insan di kalangan murid. 4. Kerja bertulis dan kerja rumah mestilah diberi secukupnya bagi semua matapelajaran dalam satu-satu minggu . Jumlah kerja bertulis, latihan, ujian atau kerja rumah akan ditentukan dalam mesyuarat panitian mata pelajaran. 5. Semua kerja murid mestilah disemak dan diperiksa dengan SEGERA dan NOTA yang diberi perlu disemak dan diperiksa . Tandatangan guru dan tarikh membuat semakan hendaklah dicatat dalam buku rampaian murid bagi setiap kerja semakan atau pemeriksaan yang dibuat. 6. Guru yang menjalankan tugas/kerja ganti (relief) diminta mengajar matapelajaran yang terdapat pada jadual waktu atau mengajar mana tajuk yang berfaedah kepada pelajar . Sengaja duduk dalam kelas adalah TIDAK digalakkan . 7. Jangan benarkan pelajar meninggalkan kelas pada masa belajar tanpa sebab yang munasabah . Guru yang membenarkan murid-murid keluar kelas MESTILAH memberi KAD PAS atau TANDA NAMA guru berkenaan sebagai tanda mendapat kebenaran dari guru berkenaan untuk keluar kelas. 8. Setiap orang guru mestilah menentukan bahawa bilangan murid dalam kelasnya adalah sama dengan bilangan yang tercatat di dalam Buku Kawalan Kelas. 9. Pengajaran dan pembelajaran hendaklah menarik dan berkesan. Guru hendaklah memastikan persediaan yang cukup telah dibuat dengan segala BBM yang sesuai serta strategi P & P yang berkesan.
PANDUAN AM STAF SEKOLAH KETEPATAN MASA 1. Ketepatan masa guru adalah penting untuk menentukan disiplin dan dihormati oleh pelajar-pelajar. 2. Guru-guru hendaklah masuk kelas dan meninggalkan kelas mengikut waktu . Guru adalah bertanggungjawab pada waktu guru itu sepatutnya berada di kelas; P & P hendaklah diberi keutamaan . Unsur-unsur lain bolehlah dibuat pada masa yang lain. 3. Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas ketika waktu mengajar . Kalau terpaksa meninggalkan kelas kerana kecemasan atau sebab yang penting, guru berkenaan dinasihatkan supaya memberi kerja secukupnya dan menentukan disiplin murid sekolah terkawal sebelum meninggalkan kelas.Sila maklumkan kepada rakan guru di kelas sebelah atau yang terhampir. 4. Ketua kelas patut dinasihatkan supaya mencari guru yang masih belum masuk kelas 5 minit selepas sesuatu waktu pembelajaran bermula belajar . Jika guru masih tidak dapat dicari, Penolong Kanan atau guru kanan mestilah diberitahu. 5. Guru-guru mestilah menjadi CONTOH teladan dalam semua kegiatan sekolah termasuk ucapan-ucapan sekolah. Jika sesuatu mesyuarat itu bermula jam 3.00 petang misalnya, maka guru yang sepatutnya bertugas mestilah berada 10 minit sebelum jam 3.00 petang. 6. Semua urusan berkaitan dengan PPD, JPN serta Kementerian Pelajaran hendaklah diselesaikan dan di hantar kepada pihak yang berkenaan pada atau sebelum masa yang ditetapkan. DISIPLIN 1. Jangan sekali-kali mengorbankan disiplin untuk menjadi popular dalam kalangan pelajar. Guru seumpama ini akan menjadi masalah besar kepada sekolah khasnya dalam usaha mendisiplinkan pelajar. Disiplin pelajar di sekolah adalah tanggungjawab bersama setiap guru . Sebarang masalah yang berkaitan dengan disiplin pelajar mestilah diselesaikan bersama oleh guru-guru . Jangan bebankan masalah disiplin semata-mata kepada guru disiplin sahaja. 2. Kementerian Pelajaran melarang sama sekali guru-guru menjalankan sebarang HUKUMAN atau DERA kepada murid kecuali diturunkan kuasa oleh Guru Besar . 3. Hanya Guru Besar dan guru-guru yang dibenarkan menjalankan hukuman atau dera kepada murid yang melanggar peraturan sekolah atau yang menimbulkan masalah disiplin. 4. Semua kesalahan mestilah direkodkan ke dalam buku “DISIPLIN” yang disimpan di pejabat. Rekod ini akan dirujuk ketika menyediakan sijil berhenti dan surat akuan pelajar.
PANDUAN AM STAF SEKOLAH DISIPLIN 1. Guru-guru kelas serta guru-guru mata pelajaran hendaklah merekod semua kesalahan murid dalam buku persediaan mengajar di ruangan catatan. Rekod ini adalah penting dalam hal disiplin. 1. Sebagai panduan, aspek-aspek disiplin yang patut dikawal oleh semua guru adalah seperti berikut : a. Kurang sopan, melawan guru / mencabar guru b. Mencuri, menipu atau bercakap bohong c. Mengugut, melawan atau memukul pengawas atau murid lain d. Memeras ugut murid lain melibatkan wang atau harta benda bernilai dan lain-lain seumpamanya e. Menipu tandatangan dan yang seumpamanya f. Menganggotai kumpulan haram atau kongsi gelap g. Meniru dalam perperiksaan (kecurangan akademik) h. Keluar dari bilik kelas di waktu belajar dan merayau-rayau dalam kawasan sekolah tanpa tujuan i. Kelakuan tidak sopan semasa perhimpunan j. Pergerakan murid dari kelas ke makmal, padang permainan, bilik sumber dan lain-Lain. k. Tabiat kebersihan diri, kebersihan sekolah dan kelas l. Merosakkan harta benda sekolah m. Membuat bising dalam kelas dan mengganggu pembelajaran kelas lain n. Bergaduh dan bertumbuk o. Berambut panjang p. Pakaian yang tidak kemas q. Berjudi r. Terlibat dengan dadah s. Menghisap rokok t. Ponteng dan lewat datang sekolah u. Membuat kenyataan akhbar dan sebagainya tanpa kebenaran v. Sila rujuk buku peraturan sekolah 2. Bagi mewujudkan disiplin sekolah yang baik supaya proses pengajaran dan pembelajaran dan proses sosialisasi dapat berjalan dengan lancar dan berkesan serta tidak terkeluar dari garis panduan yang telah ada, sila rujuk peraturan atau Pekeliling-pekeliling yang berikut :- a. School (General) Regulations 1951 b. Assited School Institution (Management) Rules 1969 c. Education Institution (Exemption Orders) 1959 d. School (Course of Studies) Regulations 1959 e. School Curriculum 1969 f. Education (School Decipline) Regulations 1959 g. School (Tour) Regulations 1958 h. School (Magazines) Regulations 1968 i. School (Societies) Regulations 1968 j. Education Institutions (Instruments of Managements Government) Rule 1963 k. Parent – Teacher Associations Rules 1973
PANDUAN AM STAF SEKOLAH 1. Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan professional yang baik dan sihat sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata serta mewujudkan perasaan kekitaan. 2. Guru TIDAK dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan, fahaman, pendapat, kepercayaan kepada guru, pelajar atau staf sokongan sekolah yang lain. 3. Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial, ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah. 1. Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggunjawab SEMUA guru. Ini termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru. 2. Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap sebagai ‘non teaching period’ dan bukannya ‘free period’. Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja. 3. Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggunjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak. SENARAI TUGAS GURU 1. Semua guru yang mengajar akan diberikan dan disediakan Senarai Tugas sebagai panduan untuk mempertingkatkan prestasi pengajaran guru dan pembelajaran murid. Seterusnya menyediakan khidmat Bantu secukupnya supaya matlamat Dasar Pendidikan Negara tercapai. PERHUBUNGAN SESAMA GURU BILIK GURU 1. Jikalau guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka boleh berurusan dengan Pembantu Tadbir atau Guru Besar. 2. Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan Guru Panitia, Penolong Kanan, atau Guru Besar. PERJAWATAN DAN PENGAJARAN
PANDUAN AM STAF SEKOLAH BUKU REKOD MENGAJAR 1. Sila rujuk Pekeliling Kementerian Pelajaran 256 yang terdapat di dalam buku rekod mengajar. 1. Buku ini mestilah dikemaskinikan dan sentiasa berada dengan guru ketika mengajar. Guru hendaklah mengikuti perancangan yang telah dibuat bagi waktu yang tertentu. 2. Buku rekod mengajar ini akan diperiksa pada bila-bila masa oleh Guru Besar, Nazir Sekolah, Pegawai-pegawai dari Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pegawai Pelajaran Daerah. 3. Buku Rekod Mengajar hendaklah ditulis Rancangan harian/ mingguan tiap-tiap minggu dan rekod pengajaran harian pada tiap-tiap hari. 4. Perkara-perkara berikut mestilah disempurnakan dengan baik di dalam Buku Rekod Mengajar: a. Takwim Sekolah b. Senarai Buku Teks c. Daftar barang-barang atau perabot kelas d. Jadual waktu kelas dan persendirian guru e. Sukatan pelajaran f. Rancangan Pelajaran g. Rekod Kerja Mingguan h. Rekod markah kemajuan murid bagi Ujiaan-ujian Topikal dan PKSR 1 & 2I i. Semua markah kerja kursus, ujian dan peperiksaan hendaklah direkodkan j. Butir-butir mengenai diri murid dan ibu bapa/penjaga murid k. Butir-butir mengenai kutipan wang l. Soalan-soalan latihan, ujian dan peperiksaan 5. Buku Rekod Mengajar dihantar ke pejabat Guru Besar pada tiap-tiap hari Jumaat atau selewat-lewatnya pada hari pagi Isnin tiap-tiap minggu untuk disemak atau diperiksa. 6. Cara menulis Rekod Mengajar adalah seperti berikut : a. Rekod harian bagi satu-satu matapelajaran yang diajar hendaklah mencatat kelas, waktu dan subjek, tajuk pelajaran dan muka surat buku teks yang digunakan, objektif, kemahiran, aktiviti dan nilai murni. b. Penerangan lanjutan mengenai Buku Rekod Mengajar akan diberikan dalam Mesyuarat AJK Kurikulum Sekolah dan mesyuarat-mesyuarat panitia matapelajaran. 7. Buku Persediaan Mengajar ini hendaklah diberikan pada mana-mana pegawai yang hendak menyelia dan mencerap sebelum P&P bermula. Buku Persediaan Mengajar merupakan satu dokumen rasmi yang penting. Buku ini akan dirujuk semasa penilaian prestasi guru dibuat.
PANDUAN AM STAF SEKOLAH 1. Semua guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum, pentadbiran dan tugas-tugas khas dan penglibatan dalam pelbagai AJK sekolah. Mereka mesti melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab. 2. Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas atau arahan, misalnya menghadiri mesyuarat, pergi ke pejabat pelajaran atau ke sekolah lain, guru hendaklah mengambil tindakan sendiri. Guru yang diamanahkan / ditugaskan TIDAK boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa kebenaran dan pengetahuan Guru Besar. 3. Tugas/Kerja ganti (relief work) hendaklah dibuat bagi guru-guru yang tidak hadir kerana sebab-sebab kesihatan. 4. Tugas/Kerja ganti rasmi dibuat bagi guru-guru yang perlu menghadiri mesyuarat-mesyuarat/kursus bagi pihak sekolah atau menjalankan tugas-tugas rasmi yang diarahkan atau yang mendapat kebenaran dari Jabatan Pelajaran Selangor atau Kementerian Pelajaran Malaysia seperti yang diwajibkan dalam PERINTAH AM dan Pekeliling-Pekeliling Perkhidmatan. 5. Tugas/Kerja guru ganti adalah RASMI, guru yang diarahkan untuk jalankan tugas ganti adalah WAJIB dilaksanakan. 1. Guru Kelas hendaklah menyediakan SATU salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas sendiri. 2. Guru TIDAK dibenarkan mengubah atau meminda jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran Guru Besar dan Penolong Kanan. TUGAS-TUGAS JADUAL WAKTU KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH 1. Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak hendaklah dibawa ke pengetahuan pihak sekolah. 2. Ketua Panitia/Guru Kanan hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan mengenai penggunaan alat-alat dan bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel, pusat sumber atau perpustakaan.
PANDUAN AM STAF SEKOLAH KEHADIRAN MURID 1. Jika seorang murid tidak hadir ke sekolah selama 3 hari berturut-turut atau 3 hari dalam satu minggu atau selalu tidak hadir, guru kelas hendaklah memberitahu ibubapa atau penjaga dengan kadar segera. Surat/Borang untuk perkara tersebut boleh didapati dari pejabat sekolah. 2. Jika tidak ada jawapan daripada ibubapa,/penjaga, guru kelas dikehendaki mengemukakan satu peringatan. Jika masih tidak ada jawapan, tindakan untuk memberhentikan murid dari sekolah hendaklah diambil. Ibubapa / Penjaga boleh diberi 14 hari berjumpa dengan Guru Besar. BUKU KEDATANGAN MURID 1. Sila lihat arahan dan peraturan yang terdapat pada Buku Kedatangan murid yang dibekalkan. 1. Buku Pendaftaran mestilah dikemaskinikan. Segala butir yang diperlukan hendaklah ditulis rapi, jelas, bersih dan boleh dibaca. Sila gunakan dakwat biru. 1. Penyata bulanan bagi setiap kelas hendaklah diisi pada akhir setiap bulan, borang penyata bulanan dihantar pada Pembantu Tadbir Sekolah sebelum 2hb berikut. 2. Buku Kedatangan ini adalah dokumen rasmi yang perlu disimpan di pejabat sekolah. Buku ini tidak boleh dibawa balik atau dibawa keluar dari kawasan sekolah. 1. Buku Kedatangan murid hanya boleh diambil oleh guru kelas pada waktu pertama dan mestilah dipulangkan balik ke pejabat sekolah sebelum jam 9.00 pagi. 2. Buku Kehadiran murid akan diperiksa oleh guru yang ditugaskan atau guru besar pada minggu pertama setiap bulan atau pada bila-bila masa yang difikirkan perlu.
PANDUAN AM STAF SEKOLAH MENGISI DAN MENANDA BUKU KEDATANGAN 1. Semua ruangan di dalam Buku Kedatangan mestilah dipenuhkan dengan cermat dan betul. Tulisan mestilah kemas, jelas, boleh dibaca dan menggunakan dakwat. 2. Bilangan sekolah (murid) mestilah diisi pada tiap-tiap bulan. Butir-butir ini boleh didapati dari buku pendaftaran besar sekolah. 3. Nama penuh murid mestilah ditulis mengikut abjad. Murid yang masuk tanpa kebenaran atau surat pengesahan dari pejabat Guru Besar tidak boleh dimasukkan ke dalam buku pendaftaran tersebut. 4. Tandakan dengan (L) untuk lelaki dan (P) untuk perempuan dalam ruangan jantina setiap bulan. 5. Kedatangan hendaklah ditanda pada setiap hari persekolahan dan mestilah ditutup satu jam selepas sekolah bermula. Buku kedatangan mestilah dihantar ke pejabat sebelum jam 9.00 pagi bagi sesi pagi dan jam 3.00 petang bagi sesi petang. 6. Murid yang hadir ditanda dengan garis ( I ): tidak hadir ditanda (O) . Jika ada murid yang datang lambat ditulis huruf (L) di dalam (O) dan dikira sebagai hadir. 7. Bagi pelajar yang tidak hadir catatkan (P) untuk ponteng dan (S) untuk sakit (K) untuk tidak hadir dengan kebenaran dalam (O). 8. Hari kelepasan untuk cuti umum hendaklah ditanda dengan perkataan melintangi ruang hari yang berkenaan. Contohnya “Cuti Hari Kebangsaan” dan sebagainya. 9. Tandakan Buku kedatangan dengan dakwat hitam. Jangan sekali-kali gunakan pensil kemudian diikuti dengan dakwat di atasnya. 10. Jika berlaku sebarang kesalahan atau kesilapan ketika menulis, jangan padamkan sebarang getah pemadam atau liquid paper . Tetapi hendaklah dipotong kesalahan itu dan ditulis dengan yang betul disebelahnya dan turunkan tandatangan ringkas guru. 11. Jika terdapat sebarang masalah mengenai Buku Kedatangan sila rujuk ke pejabat untuk mendapatkan penjelasan. 12. Tidak dibenarkan menggunakan „Liquid Paper‟ di dalam Buku Kedatangan. 13. Setiap surat yang dihantar kepada ibubapa hendaklah dicatatkan tarikhnya. Salinan surat tersebut diserahkan untuk fail pejabat.
PANDUAN AM STAF SEKOLAH 1. Setiap guru kelas diberi sebuah buku kedatangan pelajar. Guru kelas bertanggungjawab memasukkan maklumat-maklumat yang diperlukan tercetak di bahagian dalam kulit hadapan. 2. Jadual kedatangan pelajar hendaklah ditulis secara teratur, kemas dan ditanda pada SETIAP hari oleh guru kelas pada waktu PERTAMA. Sekiranya guru darjah tidak hadir, Guru Pembantu kelas bertanggungjawab menandanya. 3. Pelajar yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau berselang-seli dalam satu minggu, ibu bapa atau penjaga hendaklah dihubungi secara bertulis. 4. Analisis pada jadual kedatangan mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh Penolong Kanan HEM. 1. Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah, Jadual giliran bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru kelas. Alatan membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan dengan selamat. 2. Guru Kanan/Guru Sumber dan guru lain yang mempunyai bilik khas/tempat khas seperti bilik kaunseling, bengkel serta makmal bertanggungjawab untuk menjaga bilik tersebut. 3. Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab SEMUA guru, staf dan pelajar. 1. Semua surat rasmi hendaklah dikirim melalui Guru Besar untuk disampaikan kepada pihak berkenaan. 2. Surat yang diterima oleh sekolah akan diedarkan kepada guru untuk diambil tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan SEGERA terhadap surat-surat tersebut. JADUAL KEDATANGAN PELAJAR KEBERSIHAN SURAT-MENYURAT 1. Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Guru Besar/Penolong Kanan terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Guru Besar atau wakilnya. PELAWAT-PELAWAT
PANDUAN AM STAF SEKOLAH 1. Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur seperti yang telah dirancangkan. 1. Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa dan hari yang ditetapkan. Setiap guru akan diberi giliran untuk menjadi Pengacara Majlis Perhimpunan Harian atau Pehimpunan Rasmi. 2. Guru yang bertugas hendaklah membuat persediaan awal sebelum perhimpunan diadakan pada setiap minggu. 3. Guru akan bersama-sama pelajar menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Ibu Pertiwiku, Lagu Sekolah dan Bacaan Ikrar Rukun Negara. 1. Dari masa ke masa Guru Besar akan memanggil mesyuarat guru, kedatangan semua guru ke mesyuarat adalah diwajibkan. 2. Guru juga diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru Kanan atau Ketua Panitia. 1. Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah atau di luar sekolah. KEGIATAN KOKURIKULUM PERHIMPUNAN SEKOLAH MESYUARAT GURU TANDA NAMA 1. Buku stok / Inventori akan digunakan dan semua guru dikehendaki merekod alat-alat dan inventori yang dibekal atau diberikan untuk kegunaan P&P. 2. Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta mengikut peraturan. 3. Guru hendaklah bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera serta berkeadaan baik. 4. Jika rosak hendaklah dilapor dengan serta merta. 5. Buku ini akan disemak dari masa ke masa oleh Guru Besar / Penolong Kanan. BUKU STOK/INVENTORI
PANDUAN AM STAF SEKOLAH 1. Setiap arahan dan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar hendaklah DIBACA dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya. 2. Sekiranya arahan dan surat pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di dalam fail khas. 3. Pekeliling-pekeliling dari Kementerian, Jabatan atau PPG/PPDK hendaklah dibaca difahami dan ditandatangani. 1. Penggunaan telefon / faks hanyalah untuk urusan rasmi sahaja dan buku penggunaan telefon disediakan untuk mencatat nombor panggilan telefon dan tujuan telefon. 1. Semua guru secara automatik menjadi ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah. 2. Jumlah sumbangan (jika ada) adalah tertakluk kepada keputusan mesyuarat dan perlu dibayar oleh guru. 3. Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah. ARAHAN DAN PEKELILING TELEFON/FAKS PIBG DAN MAJLIS SEKOLAH LARANGAN MEROKOK 1. Kawasan sekolah telah diwartakan sebagai ‘Kawasan Larangan Merokok’. 2. Semua guru, staf, ibu bapa dan pelawat hendaklah mematuhi arahan tersebut pada setiap masa semasa berada di kawasan sekolah. GURU PENGGANTI (SIT-IN) 1. Jika terdapat guru tidak hadir kerana sakit, berkursus, pemeriksaan skrip UPSR atau sebab-sebab lain yang tidak dapat dielakkan maka Jadual Guru Pengganti akan diatur oleh Penolong Kanan 1/JK Jadual Waktu. 2. Guru yang tidak mengajar (non teaching period) akan diminta untuk melaksanakan tugas sebagai guru pengganti. 3. Guru pengganti diminta untuk mengajar dan membimbing murid-murid di dalam kelas tersebut.
PANDUAN AM STAF SEKOLAH 1. Semua guru harus mengambil sikap dan tindakan berhati-hati apabila menghukum atau mendenda murid supaya tidak bertentangan dengan etika profesion perguruan. 2. Menghukum/mendenda murid dalam bentuk fizikal atau mental seperti merotan atau memukul dengan benda keras, menghantuk kepala murid, menarik atau mencubit cuping telinga, melontar dengan penggosok, mencubit sehingga lebam, biru atau berdarah, berdiri di bawah panas matahari, berlari keliling padang dan perbuatan lain yang boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikal murid adalah DILARANG. 3. Guru harus mengelak, perbuatan memaki hamun, mengejek, memperkecil keupayaan dan kebolehan murid semasa proses P&P dijalankan. 1. Semua guru digalakkan untuk memperlengkapkan diri dengan ilmu demi kelangsungan pendidikan berkualiti. Namun demikian peranan sebagai pembentuk insan dan penjana ilmu di sekolah WAJIB diutamakan. 2. Segala tugasan, aktiviti dan mentelaah nota-nota yang berkaitan dengan PJJ TIDAK DIBENARKAN berlangsung di sekolah atau di dalam kelas semasa proses P&P. MENGHUKUM/ MENDENDA MURID PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ) HAL-HAL LAIN 1. Semua guru digalakkan untuk membantu melaksana segala aktiviti dan projek pengurusan sekolah dari semasa ke semasa demi kebaikan bersama. 2. Sentiasa memberi khidmat professional yang bermutu terhadap objektif dan matlamat pendidikan. Sumber Rujukan: Buku Panduan Tugas Staf Sekolah Rendah.
SURAT AKUAN PENERIMAAN AKUAN PENERIMAAN MAKLUMAT DAN ARAHAN Saya __________________________________ /Pen Kanan / Guru Akademik Biasa / Staf Sekolah Kebangsaan Mubok Berawan, Serian mengaku bahawa saya telah menerima maklumat dan Arahan tentang pentadbiran dan pengurusan sekolah daripada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Mubok Berawan pada 17 Mac 2023 ( Jumaat ) dan memahami segala maklumat yang disampaikan dan dinyatakan di dalam Buku Panduan Pengurusan Sekolah SK Mubok Berawan 2023/2024 serta akan mematuhi segala arahan yang diberikan. Saya juga berjanji akan berusaha dengn sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab saya dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial serta sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profession perguruan. Tandatangan : ……………………….…………. Jawatan : …………………………………. Tarikh : …………………………………... Disahkan oleh : ………………………………………. (Tandatangan) Nama Dengan HURUF BESAR : …………………………………………. Jawatan : …………………………………………. Tarikh : …………………………………………. Cop Sekolah (Sila potong yang tidak berkenaan)
SENARAI NAMA STAF SEKOLAH BIL NAMA JAWATAN GRED TARIKH MULA BERKHIDMAT 1. AZLIZAN BIN ZAINUDDIN GURU BESAR DG44 02.01.2009 2. CAROLINE AK JOSEPH JULIAN PK PENTADBIRAN DG44 01.11.1998 3. NOORHAYATIE BINTI YAHYA PK HEM DG44 02.01.2014 4. JACKRY ANAK MORNI PK KOKURIKULUM DG42 28.12.2003 5. POISIN BIN SPO GAB DG44 01.01.1990 6. NICHOLAS ANAK JONATHAN GAB DG44 01.01.1995 7. SENORINA ANAK SUBIA GURU PRASEKOLAH DG44 02.01.2008 8. JEREMY ANAK CHON GAB DG44 01.08.2008 9. FRANCIS ANAK NGADAN GAB DG44 16.08.2010 10. NOR AZIAH BINTI KASSIM GURU PEMULIHAN DG44 01.07.2013 11. LISIA ANAK GRAN GAB DG41 04.03.2016 12. NUR NAZIHAH BINTI AB RAHIM GURU PENDIDIKAN ISLAM DG41 01.03.2022 STAF AKADEMIK
BIDANG TUGAS STAF SOKONGAN SEKOLAH PEGAWAI EKSEKUTIF GRED N26/KETUA PEMBANTU TADBIR N22 BERTANGGUNGJAWAB KEPADA : GURU BESAR BIDANG TUGAS : ❑ Membantu Guru Besar mengurus Hal Ehwal Kewangan / Akaun Sekolah. ❑ Membantu Guru Besar mengurus hal-hal Perkhidmatan Perjawatan. ❑ Membantu Guru Besar mengurus hal Pentadbiran Sekolah. ❑ Menyelia semua staf sokongan sekolah termasuk Pembantu Pengurusan Murid (PPM) kecuali sekolah yang ada Pembantu Makmal Gred C22 dan Penyelia Asrama N22). ❑ Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa. PEMBANTU TADBIR N17 (BAHAGIAN KEWANGAN) BIDANG TUGAS Menyediakan : ❑ Tuntutan gaji dan elaun ❑ Biasiswa dan bantuan kerajaan ❑ Tuntutan elaun lebih masa pekerja. ❑ Tuntutan bantuan perkapita. ❑ Pembayaran bil-bil. Mengemaskini : ❑ Buku Tunai - Akaun Kerajaan ❑ Akaun SUWA ❑ Akaun Asrama (jika terlibat) Mengurus : Cek-cek. ❑ Bayaran Tambahan dan Kira-kira yuran khas pelajar serta menyimpan slip bank. ❑ Pesanan barang-barang keperluan pejabat. ❑ Stok pejabat. ❑ Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar/Penolong Kanan dari semasa ke semasa.
BIDANG TUGAS STAF SOKONGAN SEKOLAH PEMBANTU TADBIR N17 (BAHAGIAN PENTADBIRAN PERKHIDMATAN) SENARAI TUGAS Mengurus : ❑ Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP), Bantuan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain. ❑ Pertukaran murid. ❑ Pertukaran guru dan staf sokongan ❑ Pengesahan jawatan, pencen, peperiksaan am kerajaan dan kursus induksi. ❑ Surat-surat dan rekod cuti guru/staf sokongan. ❑ Buku Biru/Permit mengajar guru. ❑ Data murid, guru dan staf sokongan. ❑ Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dan Penolong Kanan dari masa ke masa. PEMBANTU TADBIR RENDAH N14/11 (JURUTAIP) SENARAI TUGAS ❑ Menaip surat-surat yang berkaitan dengan urusan sekolah atau yang diarahkan oleh Guru Besar dan PenolongPenolong Kanan dari semasa ke semasa. ❑ Membantu pegawai Ketua Pembantu Tadbir sekolah dalam menyediakan perkara di atas. ❑ Menjaga serta menjamin keselamatan penggunaan perkakasan computer dan mesin taip serta lain-lain alatan pejabat dalam keadaan baik dan selamat. ❑ Menjaga stok dan mengemaskinikan stok, alat-alat taip seperti stensil, kertas taip dan sebagainya serta mengamalkan jimat cermat. ❑ Menaip Borang Perubahan Gaji. ❑ Menaip Baucer. ❑ Menaip Penyata Bulanan. ❑ Menaip minit-minit mesyuarat hal-hal pengurusan guru. ❑ Menaip Surat Berhenti Sekolah dan Surat Akuan. ❑ Menaip tuntutan perjalanan. ❑ Menjalankan semua kerja yang diarahkan oleh Guru Besar atau wakilnya dari semasa ke semasa.
BIDANG TUGAS STAF SOKONGAN SEKOLAH PEMBANTU AM RENDAH (PEJABAT) SENARAI TUGAS ❑ Mengurus pengambilan surat-surat di PPD dan surat yang berkaitan dengan urusan sekolah atau yang diarahkan oleh Guru Besar dan Penolong-penolong Kanan. ❑ Mengurus Kad Perakam Waktu Kehadiran Guru/Staf Sokongan. ❑ Mencetak soalan-soalan peperiksaan dan siaran-siaran pejabat. ❑ Membantu Pembantu Tadbir dalam urusan bank seperti membayar bil dan lain-lain. ❑ Mengambil dan meminitkan surat. ❑ Memasukkan surat-surat ke dalam fail dan mengedarkannya kepada guru/staf sokongan yang berkenaan. ❑ Mengepos dan mengambil surat. ❑ Merekod dan mengawal semua stok masuk dan keluar peralatan pejabat. ❑ Mengemaskini sistem fail. ❑ Mengemas bilik Guru Besar dan bilik cetak. ❑ Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa. PEKERJA RENDAH AM SENARAI TUGAS ❑ Membersihkan kawasan sekolah : ❑ Membersihkan rumput yang dipotong dan membuangnya di tempat buangan sampah. ❑ Menyapu sampah di kaki lima bangunan dan kawasan yang tidak berumput. ❑ Membersihkan tandas, longkang dan stor. ❑ Menjaga dan menyelenggara peralatan-peralatan kerja seperti cangkul, penyodok dan sebagainya. ❑ Memastikan stok peralatan PRA sentiasa lengkap dan cukup. ❑ Menanam dan menjaga pokok-pokok bunga/pokok serta membuang rumput dipasu. ❑ Membantu menyediakan tempat persiapan bagi program-program upacara rasmi sekolah. ❑ Membaikpulih peralatan sekolah/perabot sekolah yang rosak. ❑ Memastikan peralatan sekolah, perabot tidak terbiar di merata tempat. ❑ Melaporkan kepada Guru Besar tentang kerosakan tandas, paip dan lain-lain untuk tindakan. ❑ Menggantikan tugas jaga sewaktu jaga bercuti. ❑ Memadam segala grafiti/conteng pada dinding bangunan sekolah. ❑ Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar atau Penolong Kanan.
BIDANG TUGAS STAF SOKONGAN SEKOLAH JAGA SEKOLAH SENARAI TUGAS ❑ Melaporkan diri ke sekolah sekurang-kurangnya sepuluh minit sebelum waktu bertugas seperti dijadualkan dan sentiasa berada di kawasan sekolah semasa bertugas. ❑ Menandatangani buku kedatangan sebaik sahaja sampai di sekolah dan sebelum pulang serta meminta pengesahan daripada seorang lain. ❑ Membuat rondaan di dalam kawasan sekolah dari masa ke masa dan mengunci jam jaga jika ada. ❑ Membuat laporan mengenai keadaan sekolah seperti diperlukan dan menghubungi Guru Besar/polis dengan segera jika berlaku kecurian atau kecemasan. ❑ Memastikan semua bilik darjah dan bilk-bilik lain dikunci selepas waktu sekolah dan dibuka pada hari sekolah sebelum meninggalkan kawasan sekolah setelah bertugas. ❑ Memastikan semua pintu dikunci selepas waktu sekolah dan pada masa cuti am/cuti sekolah. ❑ Membuka pintu pagar sebelum pulang pada hari sekolah. ❑ Memastikan semua kunci sekolah disimpan dengan kemas dan selamat. Kehilangan kunci hendaklah dilaporkan kepada Guru Besar. ❑ Memadam semua lampu sebelum meninggalkan kawasan sekolah selepas bertugas. ❑ Memastikan tiada orang luar dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah kecuali dengan kebenaran khas dan Guru Besar. ❑ Mengawas muri/murid jemputaan yang mengadakan aktiviti-aktiviti ku-kurikulum di luar waktu persekolahan. ❑ Melaporkan dengan segera segala kes kecemasan seperti kebakaran, kecurian dan kemalangan kepada Bomba/Polis/Hospital dan melaporkan kepada Guru Besar. ❑ Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar/wakilnya dari semasa ke semasa.
SENARAI NAMA STAF SOKONGAN SEKOLAH BIL NAMA JAWATAN GRED TARIKH MULA BERKHIDMAT 1. PELLA ANAK GAWUN PEM TADBIR N22 22.04.2009 2. KAMAL BIN JUMALAI PEM OPERASI N11 14.01.2000 3. ROSALINA LAHONG UDAU PEM PENGURUSAN MURID N19 10.03.2011 SENARAI NAMA
JAWATANKUASA INDUK UNIT KURIKULUM Pengerusi Cikgu Azlizan bin Zainuddin Guru Besar Timbalan Pengerusi Cikgu Caroline ak Joseph Julian Penolong Kanan Kurikulum Naib Pengerusi 1 Cikgu Noorhayatie bt Yahya Penolong Kanan HEM Naib Pengerusi 2 Cikgu Jackry ak Morni Penolong Kanan Kokurikulum Setiausaha Kurikulum Cikgu Lisia ak Gran Ketua Panitia Bahasa Melayu Cikgu Poisin bin Spo Ketua Panitia Bahasa Inggeris Cikgu Nicholas ak Jonathan Ketua Panitia Sains Cikgu Jeremy ak Chon Penyelaras HIP Cikgu Lisia ak Gran Ketua Panitia Pendidikan Islam Ustazah Nur Nazihah bt Ab Rahim Penyelaras Kajian Tindakan Cikgu Jeremy ak Chon Ketua Panitia Sejarah Cikgu Noorhayatie bt Yahya Penyelaras DLP Cikgu Jeremy ak Chon Ketua Panitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan Cikgu Jackry ak Morni Ketua Panitia Matematik Cikgu Caroline ak Joseph Ketua Panitia RBT dan TMK Cikgu Francis ak Ngadan Penyelaras Jadual Waktu & MMI Cikgu Caroline ak Joseph Ketua Panitia Kesenian & Muzik Cikgu Nor Aziah bt Kassim Guru Penyelaras Pusat Sumber Cikgu Nor Aziah bt Kassim Guru Penyelaras PAK 21 & KBAT Cikgu Caroline ak Joseph Penyelaras PASS Cikgu Jeremy ak Chon Guru Prasekolah Cikgu Senorina ak Subia Guru Penyelaras ICT Cikgu Jeremy ak Chon Guru Pemulihan Khas Cikgu Nor Aziah binti Kassim Penyelaras NILAM Cikgu Poisin bin Spo Guru Penyelaras PLaN Cikgu Francis ak Ngadan Guru Penyelaras PLC Cikgu Lisia ak Gran Guru Penyelaras PBS Cikgu Francis ak Ngadan Ketua Panitia Bahasa Iban Cikgu Nur Nazihah bt Ab Rahim Setiausaha Pentaksiran Cikgu Francis ak Ngadan
JAWATANKUASA SEKOLAH
JAWATANKUASA PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI SEKOLAH RENDAH (PLaN) Penasihat En Azlizan bin Zainuddin Guru Besar Pengerusi Pn Caroline ak Joseph Penolong Kanan Pentadbiran Penyelaras En. Francis ak Ngadan Ketua Panitia Bahasa Melayu En Poisin bin Spo Guru BM Tahun 2 Cik Nur Nazihah bt Ab Rahim Guru BM Tahun 3 En Poisin b Spo Ketua Panitia Bahasa Inggeris En Nicholas ak Jonathan Guru BI Tahun 2 Pn Lisia ak Gran Guru BI Tahun 3 Pn Lisia ak Gran Ketua Panitia Matematik Pn Caroline ak Joseph Guru Matematik Tahun 2 En Jackry ak Morni Guru Matematik Tahun 3 Pn Caroline ak Joseph
JAWATANKUASA KBAT GURU YANG DICERAP PENYELARAS PDPC & KOKURIKULUM PENGERUSI / PEMANTAU EN. AZLIZAN B ZAINUDDIN GURU BESAR PN CAROLINE AK JOSEPH JULIAN PENOLONG KANAN KURIKULUM 1. PN CAROLINE AK JOSEPH - MATHEMATICS YEAR 3 (DLP) 2. PN NOORHAYATIE BT YAHYA - BM TAHUN 6 3. EN JACKRY AK MORNI - MATHEMATICS YR 4 DLP 4. EN FRANCIS NGADAN - SCIENCE DLP YEAR 4 5. PN LISIA AK GRAN - BI YEAR3 6. EN NICHOLAS AK JONATHAN -ENGLISH YEAR 6 8. EN POISIN BIN SPO - BM TAHUN 3 9. CIK NUR NAZIHAH BT AB RAHIM- PEND ISLAM THN 1 10. EN JEREMUY AK CHON-SAINS T5 11. NOR AZIAH BT KASSIM - BM PEMULIHAN THN 2 12 PN SENORINA AK SUBIA- BM PRASEKOLAH EN. JACKRY AK MORNI PENOLONG KANAN KOKURIKULUM 1. KELAB KEBUDAYAAN (PN NOORHAYATIE,PN NOR AZIAH, PN CAROLINE, CIK NUR NAZIHAH) 2. KELAB HOKI (EN JACKRY, EN NICHOLAS) 3. PERSATUAN BULAN SABIT MERAH (EN JEREMY, EN FRANCIS)
JAWATANKUASA KBAT
JAWATANKUASA KBAT GURU YANG DICERAP PEMANTAU PENGERUSI EN AZLIZAN BIN ZAINUDDIN GURU BESAR EN AZLIZAN B ZAINUDDIN GURU BESAR PN CAROLINE AK JOSEPH - MT YR1 EN FRANCIS NGADAN -SC YR4 DLP PN LISIA AK GRAN -BI YR3 EN JEREMY AK CHONSC THN 5 PN CAROLINE AK JOSEPH PKENTADBIRAN EN JACKRY - MATHS YR4 DLP EN NICHOLAS - BI YR6 PN NOORHAYATIE - BM THN 6 PN NOORHAYATIE BT YAHYA PKHEM EN POISIN B SPO - BM THN 3 CIK NUR NAZIHAH - PEND ISLAM THN 1 NOR AZIAH BT KASSIM - PEMULIHAN BM T.2 JAWATANKUASA PENARAFAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDPC)
JAWATANKUASA PROFESSIONAL LEARNING COMUNITIES (PLC)
JAWATANKUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) Jawatankuasa KerjaPSS Pengerusi En. Azlizan bin Zainuddin Guru Besar Naib Pengerusi Pn. Caroline anak Joseph Penolong Kanan Pentadbiran Setiausaha Guru Perpustakaan Media Pn. Nor Aziah bt Kassim Semua Ketua Panitia Mata Pelajaran Semua Guru Ketua Lembaga Pengawas Sekolah Pengawas PSS 2.1 JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH ( PSS) Pengerusi En Azlizan bin Zainuddin Guru Besar Naib Pengerusi Pn. Caroline anak Joseph Penolong Kanan Pentadbiran Setiausaha Guru Perpustakaan Media Pn. Nor Aziah bt Kassim Semua Ketua Panitia Mata Pelajaran Semua Guru
JAWATANKUASA DUAL LANGUAGE PROGRAM (DLP) 2.1 JAWATANKUASA DUAL LANGGUAGE PROGRAM (DLP) Pengerusi En Azlizan bin Zainuddin Guru Besar Naib Pengerusi Pn. Caroline anak Joseph Penolong Kanan Pentadbiran Setiausaha & Penyelaras DLP En. Jeremy ak Chon Semua Ketua Panitia Matematik Dan Science Semua Guru DLP
JAWATANKUASA PENGURUSAN DATA SEKOLAH 2.1 JAWATANKUASA PENGURUSAN DATA SEKOLAH Pengerusi: Guru Besar Naib Pengerusi: Penolong Kanan Pentadbiran Penyelaras: Guru Data Sekolah (En. Jeremy anak Chon) Bil. Bidang Ahli Jawatankuasa / Admin 1. HCSR PK1 2. eOperasi PK1 3. HRMIS PT(P/O) 4. EMIS, ePortfolio Encik Jeremy anak Chon 5. APDM PK HEM, Guru Kelas, PT(P/O) 6. PBPPP GB, PK 7. SPLKPM Pn. Noorhayatie bt. Yahya 8. Penarafan Tandas Sekolah / IKEPS PK HEM 9. PAJSK PK KK 10. i-keps PK KK 11. Susu Sekolah PK HEM 12. PBS/PBD Semua guru Mata Pelajaran 13. ESPKWS (Kewangan) PT(P/O) 14. SPATA PT(P/O) 15. NILAM En. Poisin bin Spo 16. SKPMg2 GB, PK, Semua guru 17. SSQS Pn. 18. SSDM PK HEM 19. ePerlu GB 20. egTukar GB 21. ePangkat GB 22. IPPK Pra Sekolah Guru Pra Sekolah 23 SAPS Setiausaha Peperiksaan 24. eSPBT Pn. Lisia Gran 25. SMPK Guru Pra Sekolah 26. HCM PT(P/O)
JAWATANKUASA PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
JAWATANKUASA PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
JAWATANKUASA LATIHAN GURU (e SPLKPM) 2.1 JAWATANKUASA SISTEM LATIHAN GURU (ESPLG) Pengerusi En Azlizan bin Zainuddin Guru Besar Naib Pengerusi Pn. Caroline anak Joseph Penolong Kanan Pentadbiran Setiausaha Pn. Noorhayatie bt. Yahya Semua Guru Semua Kumpulan Pelaksana & Semua Khidmat Sokongan
JAWATANKUASA PENGURUSAN STAF DAN BENCANA SKMB
JAWATANKUASA PANITIA MATA PELAJARAN
TANGGUNGJAWAB PANITIA Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2 Tahun 2023 ❑ Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama disesebuah sekolah (Sekolah-sekolah kecil yang bilangan gurunya sedikit adalah difikirkan tidak perlu menubuhkan pelbagai panitia mata pelajaran). ❑ Badan ini hendaklah dipimpin dan dikendalikan oleh seorang guru kanan yang dilantik sebagai ketua panitia oleh Guru Besar sekolah. ❑ Semua Ketua Panitia Matapelajaran adalah secara otomis menjadi Ahli-ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah . Mereka ini mewakili panitia mata pelajaran masing-masing di dalam jawatankuasa tersebut dan menjadi penghubung diantara ahli panitia dengan Guru Besar. ❑ Keputusan-keputusan yang diambil oleh tiap-tiap panitia di dalam perjumpaan-perjumpaannya dengan isu-isu dan masalah-masalah kurikulum dan pengajaran perlu dibawa oleh ketua panitia kepada Guru Besar atau penolong kanan, samaada untuk mencapai penyelesaian atau untuk makluman. ❑ Di sekolah-sekolah dimana Jawatankuasa Kurikulum Sekolah belum ditubuhkan, ketua panitia masih memainkan peranan penting untuk berhubung dengan Guru Besar bagi membentangkan masalah-masalah atau isu-isu yang sedang dihadapi dan berhubung dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran. ❑ Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. ❑ Berikhtiar dan berusaha utnuk mendapatkan strategi-strategi pengajaran yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan murid terhadap pembelajaran. ❑ Memperbaiki prestasi murid-murid dalam peperiksaan (berasaskan sekolag dan awam) dalam matapelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan kepada prestasi / target yang ditujukan dalam rancangan akademik sekolah. ❑ Mewujudkan semangat bekerjasama diantara panitia matapelajaran dengan persatuan atau kelab akademik. STRUKTUR ORGANISASI TUJUAN PANITIA MATA PELAJARAN
KETUA-KETUA PANITIA PERANAN PANITIA ❑ Menyediakan rancangan mengajar kedua penggal dalam tahun persekolahan. Rancangan mengajar ini diadakan di antara guru dalam sesuatu tingkatan/darjah dan juga di antara tingkatan/darjah di mana ada kaitan. ❑ Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku teks untuk digunakan oleh pelajar-pelajar berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dari segi kehendak sukatan pelajaran dan tahap kebolehan mereka. ❑ Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran dan tahap kebolehan para murid dan kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah. ❑ Menyelaraskan soalan-soalan ujian peperiksaan (berasaskan sekolah) yang disediakan bagi tiap-tiap tingkatan atau darjah dan jika perlu menubuhkan bank soalan. ❑ Mengkaji dan menganalisakan keputusan peperiksaan murid-murid dalam tiap-tiap peperiksaan berasaskan sekolah (khususnya peperiksaan pertengahan tahun danakhir tahun) dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan pengajaran dan pembelajaran. ❑ Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala sekurang-kurangnya sekali sepenggal dan mengadakan perjumpaan –perjumpaan secara ad-hoc bila dan jika perlu. ❑ Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara formal atau tidak formal) untuk memikir atan membincangkan masalah-masalah yang berhubung dengan kaedah mengajar serta mencadangkan penyelesaian kepada masalah-masalah atau isu tersebut. ❑ Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi setelah mengikuti kursus atau seminar dengan ahli-ahli. ❑ Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran. ❑ Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau kawasan. ❑ Bekerjasama dengan lain-lain panitia dan membantu dalam usaha kearah memajukan murid-murid yang lemah dan matapelajaran-matapelajaran tertentu. ❑ Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyediakan minit mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia mesyuarat surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan. ❑ Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod berkaitan.
GURU KELAS 2023/2024 BIL NAMA GURU KELAS KELAS PEMBANTU 1. Cikgu Lisia ak Gran Tahun 1 Cikgu Azlizan Zainuddin 2. Cikgu Nur Nazihah bt Ab Rahim Tahun 2 Cikgu Caroline ak Joseph 3. Cikgu Francis ak Ngadan Tahun 3 Cikgu Noorhayatie bt Yahya 4. Cikgu Poisin bin Spo Tahun 4 Cikgu Jackry ak Morni 5. Cikgu Jeremy ak Chon Tahun 5 Cik Pella ak Gawun 6. Cikgu Nicholas ak Jonathan Tahun 6 Cikgu Nor Aziah bt Kassim
BIDANG TUGAS KURIKULUM 1. Membantu GB/PK1 menyelaras kerja-kerja akademik guru-guru mata pelajaran dan mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun 2. Membantu dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku teks atau buku kerja tambahan untuk diguna oleh murid-murid berdasarkan kesesuaian dan kehendak sukatan pelajaran. 3. Membantu menyelaraskan soalan-soalan dan permarkahan bagi semua jenis penilaian, ujian dan peperiksaan serta membantu menubuhkan bank-bank soalan bagi semua tahap. 4. Mengkaji dan menganalisis keputusan-keputusan penilaian khususnya PKBS dan UPSR serta memberi rumusan cara-cara mengatasi kelemahan pengajaran dan pembelajaran. 5. Bekerjasama dengan lain-lain panitia dalam usaha ke arah memajukan murid yang lemah. 6. Menyelenggarakan fail-fail panitia yang berkenaan dengan semua minit mesyuarat, laporan, suranmenyurat dan rekod-rekod yang berkaitan. 7. Mengkaji dan menyelaras segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Jabatan atau Kementerian Pendidikan. 8. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa. SENARAI TUGAS GURU JAWATAN GURU MATA PELAJARAN JAWATAN GURU KELAS JAWATAN GURU BERTUGAS MINGGUAN JAWATAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
BIDANG TUGAS KURIKULUM SENARAI TUGAS GURU JAWATAN GURU MATA PELAJARAN 1. Memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran yang berkenaan. 2. Memahami dan mematuhi Pekeliling-pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir penggal persekolahan. 3. Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar yang kemaskini dan menyerahkan kepada Guru Besar pada masa yang ditetapkan. 4. Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun/sepenggal/seminggu/harian dan melaksanakan pengajarannya mengikut Rancangan Pelajaran yang disediakan. 5. Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan pelajar dan memulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan/menunjukkan buku latihan murid kepada Guru Besar wakilnya pada masa yang dikehendaki. 6. Menjalankan Ujian Progresif dan Penggal kepada pelajar. Merekodkan soalan-soalan dan keputusan ujian dalam Buku Rekod Mengajar. 7. Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan/bimbingan. 8. Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran, menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan keputusan mesyuarat Panitia. 9. Guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran / Jabatan Pelajaran. 10. Memastikan keselamatan pelajar di makmal/Bilik Khas/Bilik PPSMI/Bilik KH serta mengawasi penggunaan peralatan. 11. Menghadiri mesyuarat/taklimat mengenai mata pelajaran yang berkenaan sama ada yang dikelolakan oleh Kementerian Pelajaran/Jabatan Pelajaran. Menyampaikan semula maklumat kepada guru lain yang mengajar mata pelajaran yang sama. 12. Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi mata pelajaran berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran. 13. Melaporkan kepada Ketua Panitia tentang masalah pengajaran dan pembelajaran untuk tindakan selanjutnya. 14. Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang digunakan, memastikan bahawa alatalat bantuan mengajar digunakan secara meluas. Bertanggungjawab dalam menambahkan alat bantuan mengajar bagi memperkayakan Pusat Sumber Sekolah. 15. Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar. 16. Membantu menguruskan Bank Soalan. 17. Menjalankan tugas seorang kaunselor dan seorang guru disiplin. 18. Menjalankan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
BIDANG TUGAS KURIKULUM SENARAI TUGAS GURU JAWATAN GURU KELAS Pengurusan dan Organisasi Kelas Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah. AJK Kebersihan dan AJK Keceriaan, memastikan AJK Kebersihan mengagihkan pelajar untuk membersihkan papan hitam, menyapu lantai, mengelap tingkap, mengemaskini papan kenyataan dan papan maklumat dari semasa ke semasa, menyediakan langsir dan bunga (jika perlu) untuk kelas. Menentukan perkara-perkara berikut DISEDIAKAN:- I. Jadual Waktu Kelas II. Jadual Tugas Harian III. Perabot seperti kerusi, meja, almari dan papan hitam diinventorikan IV. Moto Kelas atau Cogan Kata Kelas V. Alatan pembersihan seperti penyapu, bakul sampah dan pengaut sampah. VI. Menentukan kawat elektrik, kipas angin dan lampu baik dan selamat digunakan. VII. Melaporkan perabot dan peralatan elektrik VIII. Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas. Jadual Kedatangan dan Buku Kerja Rumah 1. Menandakan jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir dan menyimpan buku daftar kedatangan pelajar di pejabat. 2. Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam buku daftar kedatangan pelajar ditulis. 3. Memastikan Buku Kerja Rumah dilengkapi setiap kali memberi kerja rumah. 4. Buku diambil dan dihantar di tempat yang ditetapkan. 5. Menjamin keselamatan buku-buku tersebut. Laporan Pelajaran, Sijil berhenti, Sijil Penghargaan dan Kad 001 1. Memastikan setiap pelajar mempunyai Buku Kemajuan dan Kad Ujian Progresif. 2. Mengisi markah dan membuat laporan kemajuan akademik dan kokurikulum dalam kad kemajuan pelajar bagi setiap penggal. 3. Menyampaikan kad kemajuan pelajar kepada ibu bapa mengikut tarikh yang ditetapkan. 4. Mengemaskini kad 001 dari Penyelaras / Penolong Kanan HEM. 5. Menyedia dan mengisi: 6. “Mark Sheet” bagi setiap peperiksaan ,dikemaskini dan disimpan. 7. Sijil Berhenti dan sijil penghargaan dikeluarkan kepada para pelajar yang mewakili sekolah dalam pelbagai aktiviti dan kegiatan. Masalah Pembelajaran, Kesihatan dan Disiplin Pelajar 1. Memberikan galakan, motivasi dan merangsangkan minat pelajar terhadap akademik. 2. Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik dan memberikan hadiah 3. Sentiasa prihatin terhadap semua masalah pelajar. 4. Melaporkan kepada Guru Bimbingan & Kaunseling jika terdapat kemerosotan pelajaran di kalangan pelajar. 5. Melaporkan kepada Guru Bertugas jika terdapat pelajar yang menghadapi masalah kesihatan. 6. Melaporkan kepada Guru Disiplin jika terdapat pelajar yang melanggar disiplin sekolah yang SERIUS. 7. Melaporkan kes ponteng, pergaduhan atau kemalangan mengikut prosedur dengan; 8. Mendapatkan dan mengisi borang “Laporan Kes & Salah Laku Murid” yang dapat diperoleh dari pejabat. 9. Menghantar satu salinan borang tersebut kepada ibu bapa
BIDANG TUGAS KURIKULUM SENARAI TUGAS GURU JAWATAN GURU KELAS Buku Teks, Biasiswa dan Bantuan Skim Baucar Tuisyen (SBT) 1. Memastikan skim pinjaman buku teks diagih kepada pelajar yang layak dan memastikan buku-buku tersebut dibalut dan ditulis nama pelajar. 2. Mengemaskinikan fail SPBT dari semasa ke semasa. 3. Memulangkan buku teks pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan nama pelajar yang tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun dan memberikan senarai itu kepada guru SPBT. 4. Mengenalpasti palajar yang layak mengikuti Skim Baucar Tuisyen serta menyimpan rekod pencapaian mereka. Kutipan Bayaran Tambahan Sekolah dan Sumbangan 1. Mengutip bayaran tambahan sekolah pada awal tahun dan menggalakkan pelajar membayar semua bayaran tambahan sekaligus. 2. Mengutip sumbangan tahunan PIBG. 3. Mengutip wang peperiksaan bagi kelas-kelas peperiksaan. 4. Mengeluarkan resit kepada pelajar bagi pembayaran yang dibuat. 5. Menyerahkan wang kutipan sumbangan PIBG kepada Bendahari PIBG. Pendaftaran Pelajar Baru 1. Menerima kemasukan pelajar baru dari PKHEM/Penyelaras Kelas. 2. Mendaftarkan pelajar baru ke dalam buku kemasukan pelajar dan mendapatkan nombor pendaftaran pelajar baru dari buku kemasukan pelajar daripada Penolong Kanan HEM. 3. Menentukan penerimaan borang SPBT (sekiranya layak) dan sekolah yang terdahulu dan memastikan pelajar ini mendapat buku teks. 4. Menyemak jika pelajar ini menerima sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan kepada Penolong Kanan HEM. 5. Menentukan kad kemajuan pelajar dan kad 001 dari sekolah asal disertakan. 6. Menentukan rumah sukan pelajar baru daripada Penolong Kanan KK. 7. Mengambil butir-butir diri yang diperlukan. Murid Keluar / Berpindah 1. Menentukan borang SPBT, Kad Kemajuan Pelajar dan Kad 001 dihantar ke pejabat. 2. Menentukan hal-hal peperiksaan telah disempurnakan bagi pelajar Tahun Enam. 3. Menentukan kelulusan untuk bertukar dan pindah pusat peperiksaan telah diterima. 4. Menentukan buku teks lengkap untuk dibawa ke sekolah baru 5. Menentukan penerimaan biasiswa dilaporkan kepada pejabat. Pendaftaran Sukan, Permainan dan lain-lain 1. Menentukan setiap pelajar mempunyai rumah sukan. 2. Memastikan setiap pelajar menyertai aktiviti kokurikulum dan menyerahkan senarai nama mereka mengikut persatuan, kelab dan badan beruniform yang dipilih kepada Penyelaras Kelab / Persatuan. 3. Menggalakkan pelajar bergiat cergas dalam sukan dan juga aktiviti kokurikulum. Guru Kaunselor dan Guru Disiplin 1. Menjalankan tugas sebagai seorang guru kaunselor. 2. Menjalankan tugas sebagai seorang guru disiplin.
BIDANG TUGAS KURIKULUM SENARAI TUGAS GURU JAWATAN GURU BERTUGAS HARIAN 1. Guru bertugas harian hendaklah datang sekurang-kurangnya 20 minit sebelum persekolahan bermula dan pulang sekurang-kurangnya 20 minit setelah sekolah berakhir. 2. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah-sarap telah dibuang serta lampu dan kipas/tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan. 3. Mengawasi disiplin pelajar di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan, sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan yang segera dan munasahab; jika perlu. 4. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah. 5. Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah. 6. Menguruskan rawatan pelajar yang sakit dan menghantar mereka ke hospital/ke rumah. 7. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama pelajar yang memohon. 8. Mengawasi pelajar menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat dan masa pertukaran guru. 9. Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang. 10. Menentukan keselamatan pelajar di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta benda sekolah. 11. Mencatatkan kegiatan-kegaiatan sekolah seperti sukan, persatuan-persatuan, unit beruniform dan aktivitiaktiviti lain yang dijalankan pada “PAPAN AKTIVITI”. 12. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari/minggu persekolahan ke dalam Buku Laporan Bertugas seperti:- A) kedatangan pelajar, guru dan staf sokongan pelajar ponteng, tidak hadir atau sakit B) lawatan-lawatan/pelawat dimaklumkan kepada Guru Besar C) Ucapan/pengumuman-pengumuman dalam buku perkhimpunan D) Laporan kes ditulis di dalam buku / borang khas yang disediakan oleh sekolah. 1. Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu laporkan terus kepada Guru Besar supaya tindakan segera dapat diambil. 2. Perhimpunan Harian / Perhimpunan Rasmi : PENYELARAS PERHIMPUNAN) A) Memastikan semua guru dan pelajar menghadiri perhimpunan. B) Memastikan bendera-bendera, pembesar suara telah disediakan. C) Memastikan pelajar telah beratur dengan senyap dan memberi perhatian. D) Skrip Doa, Ikrar dan Keset (CD) Lagu Kebangsaan/Kebesaran Negeri disediakan. E) Petugas Perhimpunan (MC) dimaklumkan. 15. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.
BIDANG TUGAS KURIKULUM SENARAI TUGAS GURU JAWATAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING 1. Meneliti, mengkaji dan mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah berasaskan kepada perdekatan Perkembangan, Pencegahan, Pemulihan dan krisis dalam bidang akademik, kerjaya, psikososial & kesejahteraan mental, keibubapaan dan masalah murid. 2. Merancang melaksana dan menyediakan rancangan tahunan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. 3. Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori murid. 4. Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat serta resos Bimbingan dan Kaunseling dalam bidang akademik, kerjaya, psikososial & kesejahteraan mental, keibubapaan dan kemahiran mengatasi masalah kepada murid melalui sebarang media yang sesuai bertujuan untuk meningkatkan potensi murid secara optimum. 5. Memberi perkhidmatan bimbingan/kaunseling individu secara professional dan beretika. 6. Memberi perkhidmatan bimbingan/kaunseling kelompok secara professional dan beretika. 7. Memberi khidmat bimbingan/kaunseling krisis kepada murid dan individu-individu yang berkaitan dengan kes. 8. Merancang, menyedia dan mengurus pendidikan perkembangan kerjaya. 9. Merancang, melaksana dan mengawalselia program dan aktiviti bimbingan murid termasuk program pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok, alkohol, bimbingan/kaunseling HIV/AIDS dan disiplin murid. 10. Merancang, melaksana dan mengawalselia program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan, berhubung bidang-bidang di bawah perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. 11. Merancang, melaksana dan mengawalselia program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan murid. 12. Urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Program Sekolah Selamat, Dasar Pendidikan Wajib, Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris dan Dasar Bahasa Tambahan dan Jawatankuasa Penepatan (Kemasukan) murid di sekolah. 13. Menyediakan laporan tahunan program dan aktiviti Bimbingan Dan Kaunseling di sekolah dan mengemaskini system fail, rekod dan dokumentasi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. 14. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.
GURU PENYELARAS SEKOLAH BIL NAMA PENYELARAS INVENTORI/ HARTA SEKOLAH JAWATAN 1. CIK NUR NAZIHAH BT ABD RAHIM PEGAWAI ASET 3. PN NOR AZIAH BT KASSIM PEGAWAI PEMERIKSA 1 4. EN JEREMY AK CHON PEGAWAI PEMERIKSA 2 5. PN CAROLINE AK JOSEPH PEGAWAI PELUPUS 1 6. EN FRANCIS AK NGADAN PEGAWAI PELUPUS 2 7. PN SENORINA AK SUBIA PEGAWAI JUSTIFIKASI 8. EN POISIN BIN SPO JURU AUDIT DALAMAN 9. CIK PELLA AK GAWUN STOR PEGAWAI STOR CATATAN & PERINGATAN 1. Memastikan bahan-bahan direkod dengan sempurna. 2. Rekod Kew.PA 4 – Kew PA.12 penggunaan dan penerimaan bahan dikemaskini. 3. Menyediakan peraturan penggunaan bahan dan peraturan keselamatan bahan-bahan elektronik. PENYELARAS INVENTORI/ HARTA SEKOLAH
JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET & STOR