The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by chungpkb2011, 2023-03-07 03:44:58

eBOOK INVENTOR 2023 (eISBN)

eBOOK INVENTOR 2023 (eISBN)

LUKISAN TERBANTU KOMPUTER MENGGUNAKAN INVENTOR PROFESSIONAL 2023 ISHAMZURI BIN ABDULLAH IZAIMAN BIN IBRAHIM AHMAD AMIN BIN ABDUL RAHMAN JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL POLITEKNIK KOTA BHARU


Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Kota Bharu, KM. 24, Kok Lanas, 16450 Ketereh, Kelantan. LUKISAN TERBANTU KOMPUTER MENGGUNAKAN INVENTOR PROFESSIONAL 2023 Cetakan Pertama 2023 © 2023 Ishamzuri bin Abdullah/Izaiman bin Ibrahim/Ahmad Amin bin Abdul Rahman Hak cipta terpelihara. Tidak ada bahagian dalam penerbitan ini yang dapat diterbitkan semula, disimpan dalam bentuk apa pun atau dengan apa cara pun, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya tanpa izin bertulis terlebih dahulu dari pemegang hak cipta. LUKISAN TERBANTU KOMPUTER MENGGUNAKAN INVENTOR PROFESSIONAL 2023/Ishamzuri bin Abdullah/Izaiman bin Ibrahim/Ahmad Amin bin Abdul Rahman


PENGHARGAAN الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على رسول هلل وعلى آله وصحبه اجمعين Syukur kehadrat Ilahi di atas limpah kurniaNya dan inayahNya, buku ini berjaya dikeluarkan. Tiadalah satu penghargaan yang sepatutnya diucapkan melainkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya, Baginda telah berpesan, ْو آَية ” غُوا َع نِّى َولَ ِّ “ َب ل “ Sampaikan dariku walaupun sepotong ayat ” (Riwayat Bukhari : 3461) Antara pesanan penting yang telah disampaikan oleh Baginda adalah berkenaan sunnah yang telah ditinggalkan kepada umatnya. Dari I’rbadh bin Sariyah, “Rasulullah SAW telah memberi satu nasihat yang membuatkan air mata kami mengalir dan hati kami menjadi gementar. Maka kami berkata, ‘Ya Rasulullah, sesungguhnya nasihat ini adalah seperti perpisahan kepada kami. Maka apakah wasiat yang ingin engkau tinggalkan kepada kami ?’ Baginda bersabda, ‘Aku telah tinggalkan kepada kamu petunjuk yang terang seakan malam menjadi siang. Sesiapa yang meninggalkan petunjuk tersebut setelah kewafatanku pasti akan menjadi binasa. Sesiapa daripada kamu yang berumur panjang bakal melihat banyaknya perselisihan yang akan timbul. Maka berpegang teguhlah dengan apa yang kamu tahu berkenaan sunnahku dan sunnah Khulafa` Rasyidin yang dipandu oleh petunjuk Allah. Gigitlah dengan gigi geraham sunnah-sunnah tersebut. Taatlah walaupun kepada seorang budak Habasyi. Maka sesungguhnya orang mukmin itu seperti seekor unta jinak yang akan mengikut sahaja di mana ianya akan diikat. ” (Riwayat Ibn Majah : 43)


Marilah bersama-sama kita menguatkan tekad untuk membetulkan aqidah yang selari dengan sunnah junjungan besar kita SAW. Tiadalah kejayaan yang paling bermakna dalam hidup di dunia ini melainkan kekal abadi di Syurga. Ishamzuri bin Abdullah/Izaiman bin Ibrahim/Ahmad Amin bin Abdul Rahman Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Kota Bharu KM 24 Kok Lanas 16450 Ketereh, Kelantan


SINOPSIS BUKU ini merujuk kepada penggunaan perisian Autodesk Inventor Professional versi 2023 dalam kursus Lukisan Terbantu Komputer di Politeknik. Kursus Lukisan Terbantu Komputer ditawarkan kepada pelajar yang mengikuti program dalam Jabatan Kejuruteraan Mekanikal pada semester ketiga dengan kod DJJ 30122. Buku ini disusun mengikut tempoh pembelajaran di Politeknik iaitu merangkumi 14 minggu termasuk minggu penilaian. Susunan tersebut dirangka mengikut kurikulum yang disediakan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.


BIODATA PENULIS ISHAMZURI BIN ABDULLAH dilahirkan pada 25 Jun 1972 di Tanah Merah Kelantan, Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda kejuruteraan Mekanikal UTM. Mula bekerja pada Tahun 2001 di Politeknik Kota Kuala Terengganu. Bertukar ke Politeknik Dungun pada 2003. Berkhidmat di Politeknik Kota Bharu pada 2007 sehingga kini. Email : [email protected] IZAIMAN BIN IBRAHIM dilahirkan pada tahun 1977 di Tumpat, Kelantan. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Demit, Kota Bharu dan melanjutkan pengajian menengah di Ma’ahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu. Seterusnya menyambung pengajian menengah di MRSM Beseri, Perlis. Beliau berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Memulakan perkhidmatan pada tahun 2001 di Politeknik Kota Bharu sehingga kini. AHMAD AMIN BIN ABDUL RAHMAN ialah seorang Pensyarah dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Kota Bharu. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pendek, Kota Bharu dan melanjutkan pengajian menengah di Sekolah Menengah Ismail Petra, Kota Bharu. Seterusnya menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dan Sarjana Pendidkan Teknik dan Vokasional di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Memulakan perkhidmatan di Politeknik Sultan Haji Ahmad Syah, Kuantan pada tahun 2009 dan berpindah ke Politeknik Kota Bharu pada tahun 2019 sehingga kini.


ISI KANDUNGAN 1 PENGENALAN KEPADA LUKISAN TERBANTU KOMPUTER 1.1 Pengenalan 1 1.2 Paparan Utama 2 1.3 Memulakan Sketch 3 1.4 Tab Sketch 4 1.5 Lukisan Latihan: Sketch 5 2 2.1 Constraint 6 2.2 Lukisan Latihan: Gasket, Gear & Key 7 3 3.1 View 8 3.2 Lukisan Latihan: Blok 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7 & 8 9 4 LUKISAN PART 4.1 Menu Arahan 13 4.2 Panel Create 14 4.3 Lukisan Latihan: Bongkah 1, 2, 3 & 4 17 5 5.1 Panel Modify 19 5.2 Lukisan Latihan: Revolve 1 & 2 21 6 6.1 Panel Work Features 22 6.2 Panel Pattern 23 6.3 Lukisan Latihan: Modify 1, 2, Decal & Emboss 24 7 7.1 Lukisan Latihan: Coil, Sweep, Loft 1 & 2 26 8 8.1 Project File 28 8.2 Lukisan Latihan: Komponen Roller & Door Roller 29


9 LUKISAN ASSEMBLY 9.1 Menu Arahan 31 9.2 Lukisan Latihan: Assembly Roller 33 10 10.1 Tab Design 34 10.2 Lukisan Latihan: Assembly – Fasten 35 11 LUKISAN 2D 11.1 Title Block 36 11.2 Menu Arahan 37 11.3 Lukisan Latihan: Ortografik & Isometrik 39 12 12.1 Bill of Materials 40 12.2 Lukisan Latihan: Bill of Materials 41 13 LUKISAN PRESENTATION 13.1 Menu Arahan 42 13.2 Lukisan Latihan: Pandangan Leraian 43 RUJUKAN 44


[1.1 : INTRODUCTION TO CAD] 1 AUTODESK INVENTOR merupakan satu perisian yang dikeluarkan oleh syarikat dari Amerika Syarikat iaitu Autodesk Inc. Autodesk Inc. adalah satu syarikat yang tidak asing lagi di seantero dunia dengan penghasilan perisian berasaskan kejuruteraan termasuk perisiannya yang popular iaitu AutoCAD. Perisian ini tercetus dengan perkembangan inovasi penciptaan berasaskan komputer. Bermula dengan versi pertama yang dikeluarkan pada tahun 1999, kini Inventor sudah masuk ke edisi ke-27 iaitu menggunakan nama INVENTOR 2023 yang dilancarkan pada 28 Mac 2022. Perisian Inventor merupakan satu perisian lukisan berasaskan komputer (CAD) di dalam merekabentuk Prototaip Digital bagi alatan mekanikal. Prototaip yang dihasilkan adalah dalam paparan 3D dan boleh juga dihasilkan video simulasi. Dunia hari ini telah mencatatkan kenaikan di dalam kuantiti penghasilan video simulasi 3D. Kaedah penggunaan Inventor untuk menghasilkan Lukisan Prototaip 3D boleh dipecahkan kepada dua bahagian iaitu penghasilan Lukisan Bahagian (Part File) dan Lukisan Penyambungan (Assembly File). Setiap lukisan yang dihasilkan dalam part file akan menggunakan nama sambungan .ipt manakala penyambungan lukisan akan menggunakan nama sambungan .iam. Keistimewaan utama Inventor ini ialah ukuran bukan lagi menjadi kriteria penting ketika merekabentuk, tetapi ianya menjadi kriteria terakhir dalam proses tersebut. Selain daripada lukisan prototaip 3D, Inventor juga boleh digunakan untuk menghasilkan lukisan kejuruteraan 2D samada lukisan ortografik mahupun lukisan keratan. Nama sambungan untuk fail lukisan 2D ini ialah .idw. Nama sambungan .dwg seperti fail AutoCAD juga telah dihubungkan dengan perisian Inventor ini. Perisian Inventor juga boleh digunakan sebagai asas kepada perisian animasi lain seperti 3DMAX. Antara animasi yang dihasilkan dengan menggunakan 3DMAX ialah Avatar. Modelmodel untuk perisian animasi ini boleh diambil daripada prototaip digital Inventor dengan menggunakan sedikit modifikasi pada lukisan asal Inventor. Hasil kejuruteraan mekanikal di dalam Inventor ini tidak dapat disangkal lagi. Analisis bahan seperti finite element juga boleh dilakukan di dalam Inventor. Oleh itu, perisian ini boleh dikatakan agak lengkap untuk seorang perekabentuk mekanikal menghasilkan rekabentuk berbantu komputer pada masa kini.


[1.2 : INTRODUCTION TO CAD] 2 Display atau paparan utama dalam setiap perisian komputer sentiasa berbeza walaupun dikeluarkan oleh syarikat yang sama. Begitu juga Inventor jika dibandingkan dengan AutoCAD. Di bawah ini adalah paparan utama untuk Inventor 2023. Paparan ini dikenali dengan nama App Home iaitu permulaan bila membuka perisian Inventor 2023 ini. Ianya dipecahkan kepada 2 bahagian utama. Bahagian pertama di kiri adalah bahagian pilihan memulakan lukisan atau memilih lukisan daripada storan. Manakala bahagian di kanan iaitu Recent merujuk kepada lukisanlukisan yang telah dihasilkan di dalam perisian sebelum ini. Terdapat juga beberapa link di bawah seperti What’s New dan lain-lain lagi untuk bantuan rujukan pengguna. Perkataan Inventor di sebelah kiri adalah merujuk kepada versi semasa perisian ini. Di bawahnya terdapat perkataan Default yang merujuk kepada Project File yang ditetapkan. Tetapan Project File boleh diubah pada ellipsis di sebelah kanan dengan memilih Settings. Terdapat 4 jenis lukisan yang disediakan dalam Inventor pada New. Pertama adalah Part yang menggunakan extension fail .ipt. Fail ini merujuk kepada komponen-komponen yang akan dihasilkan bagi setiap produk. Kedua adalah Assembly yang menggunakan extension fail .iam. Fungsi utama fail ini adalah untuk menggabungkan fail komponen tadi. Jenis fail ketiga adalah Drawing yang menggunakan extension fail .dwg. Fail ini merujuk kepada fail 2D yang akan dicetak dalam Title Block. Manakala yang keempat adalah fail Presentation yang menggunakan extension fail .ipn. Fungsi utamanya adalah menghasilkan pecahan @ leraian pada gambar produk. Selain itu, ianya juga boleh menghasilkan video ringkas pemasangan produk. Sekiranya lukisan dimulakan dengan pilihan-pilihan ini, tetapan ukuran yang digunakan adalah inci dan piawaian rujukan yang digunakan adalah ANSI. Klik Application Options yang terdapat pada menu ribbon untuk mengubah tetapan ukuran tersebut. Pilih File dan di bawahnya klik Configure Default Template. Di sini, unit boleh ditetapkan kepada milimeter iaitu unit SI yang dirujuk. Ada 7 pilihan piawaian rujukan yang disediakan dalam Inventor iaitu : 1. ANSI – American National Standards Institute 2. BSI – British Standards Institution 3. DIN – Deutsches Institut für Normung 4. GB – GuoBiao 5. GOST – GOsudarstvennyy Standart 6. ISO – International Organization for Standardization 7. JIS – Japanese Industrial Standards Piawaian rujukan yang biasa digunakan di politeknik adalah ISO. Setiap jenis pilihan lukisan mempunyai kumpulan menu ribbon yang berbeza. Di bawah ini adalah contoh menu ribbon untuk lukisan Part. Pada bahagian kiri Inventor, terdapat satu ruangan yang penting untuk sentiasa dirujuk dalam setiap lukisan. Ia dinamakan ruangan Model Browser. Di ruangan ini akan dicatatkan setiap aktiviti lukisan. Pada setiap aktiviti (yang diwakili oleh nama tertentu) ada beberapa pilihan arahan yang boleh dibuat di atasnya seperti edit, delete dan lain-lain lagi. Ada satu item penting dalam browser yang akan menjadi rujukan utama iaitu Origin. Dalam ini terdapat rujukan satah (plane), rujukan paksi (axis) dan titik tengah (center point). Kita perlu menekan tanda tambah () untuk memilih satah yang akan dirujuk. Selain daripada Origin, satu lagi rujukan ialah View yang merujuk kepada pandangan objek yang boleh disimpan.


[1.3 : SKETCHING TECHNIQUES] 3 Langkah pertama ketika merekabentuk lukisan produk ialah melukis beberapa komponen utama dalam produk tersebut. Biasanya komponen tersebut dilukis dalam ukuran sebenar, sekiranya ukuran tersebut diketahui. Setiap komponen dilukis dalam lukisan part dan biasanya dimulakan dengan Sketch. Selain daripada sketch, kita juga boleh menggunakan menu Create Freeform seperti Box, Cylinder, Sphere dan lain-lain. Terdapat beberapa kaedah untuk memulakan arahan sketch. Kaedah UTAMA adalah dengan menekan menu Start 2D Sketch pada bahagian atas sebelah kiri. Setelah itu, Inventor akan minta memilih mana-mana satah (plane) yang ingin dirujuk ataupun mana-mana bahagian pada permukaan objek (sekiranya sudah ada objek yang pertama). Gambar di sebelah menunjukkan tiga satah utama yang boleh dirujuk dalam display iaitu satah xy, y-z dan x-z. Tidak wajib untuk memilih satah x-y sebagai rujukan utama, kerana objek yang dilukis boleh dipusingkan nanti sekiranya perlu. Di bawah menu ini ada satu lagi pilihan iaitu Start 3D Sketch, tetapi ianya tidak digunakan di sini. Kaedah KEDUA adalah dengan merujuk kepada ruangan Browser. Apabila ditekan butang tambah () pada Origin, maka 3 satah utama akan kelihatan. Klik kanan mouse (right click) pada mana-mana satah yang hendak dirujuk dan pilih New Sketch. Oleh itu ruangan sketch akan terus dirujuk pada mana-mana satah yang dipilih. Selain daripada satah utama, ada juga tiga paksi utama iaitu paksi x, y dan z. Satu lagi item di bawah origin ini ialah titik tengah (center point) yang merujuk kepada titik tengah ketiga-tiga paksi tersebut. Kaedah KETIGA pula dengan menekan kanan mouse (right click) pada mana-mana bahagian display utama. Beberapa menu akan keluar seperti di sebelah apabila menekan kanan tersebut. Pilih New Sketch untuk memulakan sketch. Sama seperti kaedah utama, inventor akan memaparkan tiga satah untuk dipilih. Kaedah KEEMPAT ialah memperlihatkan dulu satah yang hendak dirujuk. Pilih Visibility pada satah dalam ruangan Browser. Kemudian klik pada mouse pada penjuru satah tersebut seperti rajah sebelah. Satu icon akan keluar ( ). Klik icon tersebut untuk memulakan sketch pada satah tersebut. Setelah itu, barulah masuk ke bahagian sketch. Default pada Inventor akan mengubah display mengikut satah yang dipilih. Satu Tab bernama Sketch akan dihighlight untuk digunakan.


[1.4 : SKETCHING TECHNIQUES] Tab Sketch akan automatik keluar setelah dimasuki arahan sketch. Ada empat kumpulan menu ribbon yang boleh digunakan ketika menghasilkan lukisan dalam sketch iaitu Create, Modify, Pattern dan Constrain. Dua lagi ribbon menu iaitu Insert dan Format merupakan bantuan di dalam menghasilkan sketch ini. Fungsi setiap menu ribbon dalam TAB sketch tersebut adalah seperti berikut : MENU CREATE Arahan yang terdapat dalam kumpulan ini sudah biasa ditemui pada mana-mana perisian lukisan terbantu komputer termasuk AutoCAD. Arahan seperti Line, Circle, Arc dan lain-lain lagi sudah difahami fungsi kegunaan setiap arahan tersebut. Satu arahan tambahan dalam kumpulan ini ialah PROJECT GEOMETRY. Fungsi utama project geometry adalah ‘menyurih’ (tekap) objek yang sudah dibuat untuk menjadikan rujukan dalam sketch tersebut. Gambar di sebelah menunjukkan objek yang telah disurih ke ruangan sketch. Di bawah icon project geometry terdapat 4 lagi pilihan iaitu Project Cut Edges, Project Flat Pattern, Project to 3D Sketch dan Project DWG Geometry. Project cut edges berfungsi dengan menyurih objek yang memotong ruangan sketch. Project flat pattern pula akan membentangkan setiap permukaan yang dibengkokkan ketika menghasilkan lukisan menggunakan sheet metal. Project to 3D sketch digunakan untuk menyurih lukisan dari sketch terus ke objek yang sudah dibuat. Satu lagi, iaitu Project DWG Geometry pula boleh digunakan untuk menyurih lukisan 2D dalam lukisan tersebut. MENU MODIFY Ada sembilan pilihan ubahsuai (modify) disediakan dalam menghasilkan sketch yang baik. Move berfungsi untuk memindahkan objek lukisan ke kedudukan lain. Copy boleh digunakan untuk membuat salinan objek. Rotate digunakan untuk memutarkan objek. Trim dan Extend mempunyai fungsi yang berlawanan. Trim digunakan untuk memotong objek manakala extend digunakan untuk menyambung objek. Split berfungsi untuk memecahkan objek kepada dua bahagian. Scale untuk mengubah saiz objek. Stretch pula untuk menarik penjuru objek tertutup sama ada untuk dipanjangkan atau memendekkan. Offset boleh digunakan untuk menyalin objek dalam secara selari dengan objek asal. MENU PATTERN Tiga jenis corak (pattern) yang disediakan iaitu Rectangular, Circular dan Mirror. Rectangular digunakan untuk buat salinan secara baris dan lajur manakala Circular digunakan untuk buat salinan secara membulat. Mirror pula untuk menghasilkan salinan secara berlawanan seperti sifat cermin. MENU FORMAT Arahan yang terdapat dalam menu ini boleh digunakan untuk mengubah sifat objek yang dilukis. Arahan Construction akan mengubah garis objek kepada garis putus-putus yang dimaksudkan garis bantuan lukisan. Driven Dimension mengubah dimensi driven (dipandu) kepada dimensi utama (pemandu). Centerline akan ubah garis menjadi garis center (tengah). Center Point menjadikan titik tengah bulatan @ lengkungan menjadi titik rujukan menghasilkan arahan hole (lubang). Show Format boleh digunakan untuk memperlihatkan ataupun tidak (hidden) sesuatu objek yang dilukis. Selain itu, ada 3 lagi pilihan yang biasa digunakan dalam AutoCAD iaitu Line Type, Line Color dan Line Weight. Ianya boleh digunakan untuk mengubah jenis, warna dan juga ketebalan garisan. MENU FUNGSI CREATE •Kumpulan icon untuk melukis seperti garisan, bulatan dan lainlain lagi. •Termasuk dalamnya adalah icon Project Geometry MODIFY •Kumpulan icon untuk baiki lukisan yang telah dilukis. PATTERN •Kumpulan bantuan untuk membuat bentuk spesifik. CONSTRAIN •Kumpulan icon yang penting ketika membuat penetapan objek. •Termasuk dalamnya adalah icon Dimension INSERT •Memasukkan objek dari luar seperti gambar ataupun dari AutoCAD. FORMAT •Beberapa format untuk bantuan dalam sketch. EXIT •Keluar dari menu sketch.


[1.5 : DRAWING SKETCH] 5


[2.1 : SKETCHING TECHNIQUES] Constraint merupakan bantuan utama dalam menetapkan kedudukan objek dalam satu lukisan sketch. Menu ribbon untuk constraint adalah seperti di bawah. Penerangan berkenaan arahan dalam menu constraint adalah seperti di bawah. ICON NAMA FUNGSI PERPENDICULAR CONSTRAINT •Jadikan dua garisan bersudut tepat. HORIZONTAL CONSTRAINT •Ubah garisan@sisi objek selari dengan paksi-x. •Fungsi ke-2 : mengubah titik tengah garisan menegak berkedudukan sama dengan titik tengah crosshair sketch. VERTICAL CONSTRAINT •Ubah garisan@sisi objek selari dengan paksi-y. •Fungsi ke-2 : mengubah titik tengah garisan mendatar berkedudukan sama dengan titik tengah crosshair sketch. TANGENT CONSTRAINT •Jadikan garisan berada di tangent bulatan@lengkung. SMOOTH CONSTRAINT •KHAS UNTUK SPLINE : Ubah spline menjadi sekata dengan garisan yang bersambung. SYMMETRIC •Ubah objek menjadi simetri merujuk kepada titik rujukan (konsep mirror). EQUAL •Ubah ukuran objek menjadi sama dengan yang satu lagi. ICON NAMA FUNGSI GENERAL DIMENSION •Tentukan ukuran objek dan kedudukannya. •Klik objek 2 kali untuk dapatkan dimensi Aligned. AUTOMATIC DIMENSIONS AND CONSTRAINTS •Hasilkan ukuran secara automatik. SHOW CONSTRAINTS •Perlihatkan constraint yang telah digunakan. CONSTRAINTS SETTINGS •Tetapan yang disediakan yang berkaitan dengan constraint. COINCIDENT CONSTRAINT •Ubah objek kepada kedudukan yang dirujuk. COLLINEAR CONSTRAINT •Ubah garisan menjadi linear (segarisan). CONCENTRIC CONSTRAINT •Ubah titik tengah 2 bulatan@lengkung ke kedudukan yang sama. FIX •Matikan kedudukan dua objek. Apabila salah satu diubah kedudukan, maka kedudukan satu lagi juga akan berubah. PARALLEL CONSTRAINT •Jadikan dua garisan selari.


[2.2 : DRAWING GASKET, GEAR & KEY] 7


[3.1 : INTRODUCTION TO CAD] View adalah bantuan dalam mengubah paparan pada display autodesk inventor. Dua bantuan utama yang telah diletakkan pada penjuru kanan display ialah ViewCube dan Navigation Bar. Kedua-dua bantuan ini adalah default setiap kali dibuka lukisan part dan assembly. ViewCube (gambar kotak bertulis FRONT) boleh digunakan untuk mengubah pandangan objek@part kepada pandangan yang dikehendaki. Ianya boleh diubah kepada pandangan 3D sekiranya dilihat pada mana-mana penjuru kota viewcube tersebut. Terdapat satu icon rumah yang dinamakan Home di atas viewcube tersebut. Home ini menjadi paparan 3D utama dalam melihat objek dalam inventor ini. Ianya boleh dilaraskan kepada mana-mana pandangan yang dikehendaki oleh pengguna. Dalam navigation bar pula, terdapat beberapa lagi bantuan untuk mengubah pandangan pada paparan. Bantuan di dalam navigation bar ini boleh ditambah atau dikurangkan mengikut keperluan pengguna. Ianya diringkaskan kepada jadual di bawah : Walaupun kedua-dua bantuan view ini adalah default, ianya masih boleh dibuka atau ditutup (hilang dari pandangan). Pilihan itu terdapat pada ribbon menu view. Tetapan boleh diubah pada User Interface yang ada dalam kumpulan Windows. Selain ViewCube dan Navigation Bar, User Interface juga boleh membuka atau tutup (hilang dari pandangan) beberapa item lagi. Antaranya : 1) Browser – ianya adalah ruangan petak sebelah kiri display utama inventor. Ruangan ini menyenaraikan langkah kerja yang telah dibuat pada setiap lukisan. Selain itu, dalam ruangan ini juga terdapat View : Master mewakili pandangan produk yang hendak ditetapkan. Satu lagi, di dalamnya terdapat Origin yang merupakan pilihan untuk memilih satah asal dan paksi asal sketch untuk setiap lukisan. 2) Status Bar – ruangan panjang paling bawah yang menunjukkan apa yang dihendaki oleh setiap arahan inventor. 3) Document Tabs – tab yang terdapat di bawah display utama. Ianya menunjukkan lukisan-lukisan yang telah dibuka pada satu masa. ICON NAMA FUNGSI FULL NAVIGATION WHEEL •Kumpulan bantuan view seperti zoom, orbit dan lain-lain. •Anak panah memberikan pilihan beberapa jenis wheel lagi. PAN •Menarik pandangan ke kiri, kanan, atas atau bawah. ZOOM •Mengubah saiz pandangan kepada yang kehendaki. •Anak panah memberikan pilihan All, Window dan Selected. FREE ORBIT •Memutarkan pandangan. Ianya adalah bantuan UTAMA dalam view. •Terdapat shortcut key untuk free orbit ini iaitu tekan SHIFT + ROLLER MOUSE. •Anak panah memberikan pilihan Constrained Orbit. LOOK AT •Mengubah pandangan kepada sisi objek yang dipilih.


[3.2 : DRAWING BLOK 1 & 2] 9


[3.2 : DRAWING BLOK 3 & 4] 10


[3.2 : DRAWING BLOK 5 & 6] 11


[3.2 : DRAWING BLOK 7 & 8] 12


[4.1 : PART FEATURES] 13 Langkah mengubah lukisan sketch menjadi satu lukisan produk yang sebenar akan menjadi lebih menarik kerana hasil yang akan dilihat nanti akan terus dipaparkan dalam pandangan 3D. Menu ribbon di bawah menunjukkan beberapa arahan yang akan membantu menghasilkan lukisan produk tersebut. Kumpulan menu Create merujuk kepada arahan-arahan mengubah lukisan sketch menjadi produk. Manakala, kumpulan menu Modify pula merupakan kumpulan arahan suntingan produk. Ianya hanya boleh digunakan setelah terbentuknya produk. Kedua-dua kumpulan menu ini menjadi tunjang dalam penghasilan lukisan produk. Hasil lukisan produk yang baik banyak bergantung kepada kedua-dua menu ini. Seterusnya, kumpulan menu bantuan iaitu Work Features dan Pattern. Work Features merupakan sokongan kepada dua menu tadi. Gambar di sebelah menunjukkan satu silinder yang dihasilkan pada satu satah yang baru dihasilkan. Satah tersebut telah dihasilkan menggunakan menu dalam kumpulan Work Features. Menu Pattern pula merupakan bantuan untuk membuat salinan objek yang telah dihasilkan dalm beberapa bentuk yang tertentu. Kemahiran menggunakan browser akan banyak membantu ketika menghasilkan lukisan produk. Beberapa menu suntingan boleh didapati di sini. Edit Feature merupakan pilihan utama untuk melakukan suntingan. Ianya digunakan untuk mengubah pilihan tetapan yang tersilap ketika menggunakan menu Create, Modify dan Pattern. Edit Sketch merujuk kepada suntingan yang ingin dilakukan ke atas lukisan sketch yang asal. Pilihan edit sketch hanya terdapat dalam kumpulan menu create sahaja. Pilihan Suppress Features pula akan menjadikan bahagian yang telah dihasilkan itu akan disekat daripada ditonjolkan pada lukisan. Ianya akan mengakibatkan bahagian tersebut menjadi hilang dalam pandangan lukisan produk. Dalam pilihan menu sketch pula, terdapat satu pilihan arahan iaitu Share Sketch. Arahan ini boleh digunakan untuk menyalin sketch yang telah digunakan dalam penghasilan bahagian sebelum ini. Ianya akan membantu dalam menghasilkan bahagian yang seterusnya. Selain daripada pilihan pada browser, menu juga boleh terus diambil pada objek yang telah dihasilkan. Pilihan menu yang disediakan lebih kepada menu yang biasa digunakan dalam menghasilkan setiap lukisan produk.


[4.2 : PART FEATURES] 14 Ribbon Create adalah menu yang utama dalam menghasilkan objek 3D. Senarai menu dan fungsi arahan dalam menu Create adalah seperti di bawah. EXTRUDE Ianya adalah arahan utama dalam menghasilkan sesuatu objek 3D daripada sketch. Oleh itu, paparan utama bagi arahan extrude ini amat penting untuk difahami. Sebaris dengan nama arahan Extrusion, terdapat pilihan berbentuk kotak yang merujuk sebagai solid di sebelah kanan. Ianya boleh ditukar untuk menghasilkan surface (permukaan). Arahan Input Geometry merujuk kepada sketch yang akan dipilih. Profiles merupakan bilangan close area yang dipilih dalam sketch manakala From pula adalah sketch yang dipilih tersebut. Di bawah Behavior, Direction merujuk kepada arah tarikan objek yang hendak dihasilkan. Ianya boleh pada satu arah atau pada kedua-dua arah. Ukuran objek tersebut diisi pada ruangan Distance A. Di hujung kanan Distance A, terdapat pilihan To sekiranya ukuran ingin dirujuk kepada mana-mana permukaan. Pada Advanced Properties, terdapat pilihan Taper A yang merujuk kepada hasil objek yang ditarik secara bersudut. Lukisan di sebelah adalah contoh objek yang menggunakan Taper A. Di bawahnya terdapat pilihan iMate yang boleh digunakan untuk menggabungkan dengan objek lain di dalam lukisan assembly. Di bawah sekali, terdapat pilihan simbol + yang akan terus menyambung arahan extrude ini dengan menggunakan sketch yang sama. Sekiranya menggunakan arahan extrude untuk kali kedua dan seterusnya, arahan tambahan akan muncul iaitu Output. Ianya merujuk kepada Boolean iaitu beberapa pilihan terdiri daripada Join (cantum objek), Cut (buang objek), Intersect(gunakan bahagian yang berselisih antara objek) ataupun New Solid (objek baru). ICON NAMA FUNGSI EXTRUDE •Menarik sketch 2D menjadikan satu objek 3D. •Boleh digunakan untuk menghasilkan lubang. REVOLVE •Memutarkan sketch 2D menjadikan objek 3D pada satu paksi putaran. SWEEP •Menghasilkan objek 3D yang merujuk kepada sketch 2D melalui satu aliran@jalan. •Contoh : paip dan wayar. LOFT •Menghasilkan objek 3D yang merujuk kepada beberapa siri sketch 2D. • Contoh : penyandar kerusi. COIL • Menghasilkan gelungan objek 3D seperti spring. EMBOSS • Menjadikan bentuk@tulisan timbul atau tenggelam pada permukaan objek. DERIVED COMPONENT • Menjadikan part@assembly lain sebagai komponen asas dalam lukisan RIB •Menghasilkan tetulang pada penjuru objek 3D. DECAL •Menampal gambar pada permukaan objek 3D IMPORT • Memasukkan fail lukisan daripada perisian lain UNWRAP • Membuka bentangan lukisan objek yang tidak boleh dilakukan dalam Sheet Metal


[4.2 : PART FEATURES] 15 REVOLVE Arahan kedua yang terdapat dalam kumpulan create. Ianya berfungsi untuk menghasilkan objek dalam bentuk putaran. Arahan yang terdapat pada revolve adalah hampir sama jika dibandingkan dengan extrude. Antara yang membezakan kedua-dua arahan ini ialah terdapat pilihan paksi putaran (Axis) untuk revolve. Ianya adalah pilihan penting dalam penghasilan objek revolve. Setiap kali objek revolve mahu dihasilkan, satu garisan mewakili axis ini perlu dilukis dalam sketch yang telah dibuat. Selain itu, ukuran yang dirujuk dalam revolve juga berbeza iaitu ianya menggunakan ukuran sudut putaran (Angle A) di mana satu putaran lengkap adalah sama dengan 3600. SWEEP Satu arahan yang penting untuk menghasilkan objek berbentuk panjang seperti paip air atau wayar. Ianya memerlukan dua sketch di mana sketch kedua merujuk kepada jalan tarikan objek (Path). Pada bahagian Behavior, beberapa jenis Orientation disediakan iaitu Follow Path, Fixed atau Guide. Selain itu, arahan Taper akan menghasilkan tarikan bersudut seperti Taper A dalam Extrude. Manakala Twist pula boleh menghasilkan tarikan objek yang berputar. Dihujung kanan Profiles, terdapat pilihan untuk menukarkan kepada Toolbody. Ianya adalah tetapan untuk menghasilkan objek daripada solid. Ini bermaksud sweep juga boleh menggunakan objek solid sebagai rujukan. Gambar sebelah menunjukkan sweep yang menggunakan toolbody. LOFT Ianya termasuk dalam kategori advance modelling. Pelbagai bentuk-bentuk yang lebih ‘lembut’ boleh dihasilkan dengan menggunakan arahan loft ini. Rekabentuk yang terkini banyak menggunakan teknik ini. Ianya memerlukan beberapa siri sketch untuk mendapatkan hasil yang cantik. Dua bahagian penting dalam menu loft ialah Sections dan Rails. Sections mewakili bentuk-bentuk pada setiap segmen sketch tersebut. Semakin banyak sections, ianya akan menjadikan objek semakin kompleks. Rails pula menjadi penghubung antara sketch tersebut. Walaubagaimanapun, ianya tidak wajib ada dalam setiap siri objek loft. profile axis (paksi putaran) Objek yang terhasil


[4.2 : PART FEATURES] 16 COIL Arahan untuk menghasilkan objek gelungan, contohnya spring. Ianya boleh merujuk kepada Profiles dan Axis dalam sketch yang sama ataupun sketch berbeza.. Di bawah Behavior, ada 3 kaedah (Method) untuk menghasilkan gelungan spring, sama ada merujuk kepada jarak pic (Pitch), jumlah pusingan gelung (Revolution) atau ketinggian gelung spring (Height). Manakala Spiral pula merujuk kepada spring jenis lingkaran seperti gambar di sebelah. Di bawah arahan Rotation, ada pilihan Close Start dan Close End yang merujuk kepada penghujung gelungan. Sekiranya mengaktifkan salah satu atau kedua-duanya, nilai Flat Angle dan Transition Angle boleh ditetapkan untuk menghasilkan penghujung gelung menjadi semakin mendatar. Nilai Flat Angle boleh ditetapkan sehingga 3600 manakala Transition Angle sehingga 900. Gambar di bawah menerangkan tentang jarak pic dan ketinggian spring. EMBOSS Ianya boleh digunakan untuk menghasilkan kesan objek timbul (emboss) atau tenggelam (engrave). Biasa digunakan untuk meletakkan jenama produk pada bahan yang dihasilkan dengan menggunakan kaedah die sinking atau injection moulding. Kesan timbul @ tenggelam tersebut perlu diletakkan pada sketch yang lain sebelum menggunakan arahan emboss ini. Gambar di bawah menunjukkan satu tandaan ABC di dalam bulatan pada satu kotak yang dihasilkan dengan kaedah emboss. Height Pitch


[4.3 : DRAWING BONGKAH 1 & 2] 17


[4.3 : DRAWING BONGKAH 3 & 4] 18


[5.1 : PART FEATURES] 19 Modify merupakan arahan bantuan yang penting ketika menghasilkan lukisan produk. Senarai menu dan fungsi setiap arahan dalam kumpulan modify adalah seperti di bawah. HOLE Ianya adalah arahan untuk menghasilkan lubang pada sesuatu objek. Gambar di sebelah merupakan menu untuk arahan hole. Arahan Input Geometry merujuk kepada peletakan lubang. Ianya dimulakan dengan menanda permukaan objek yang hendak dilukiskan lubang. Selepas itu, kedudukan lubang boleh ditetapkan merujuk kepada titik tengah bulatan atau sisi objek. Selain itu, kaedah menetapkan kedudukan lubang menggunakan Point pada Sketch baru juga boleh digunakan. Arahan Type merujuk kepada jenis lubang. Terdapat empat pilihan bentuk lubang iaitu Simple Hole (lubang biasa), Clearance Hole (ukuran lubang termasuk kelegaan), Tapped Hole (lubang berulir) dan Taper Tapped Hole (lubang berulir bersudut). Di bawahnya, terdapat 4 pilihan jenis kepala lubang yang boleh dipilih iaitu None, Counterbore, Spotface dan Countersink. Seterusnya, arahan Behavior merujuk kepada sifat lubang. Dalam Termination, ada 3 pilihan menamatkan lubang yang merujuk kepada Distance (jarak), Through All (tembus) dan To (ke permukaan yang dipilih). Sekiranya menggunakan Distance, arahan Drill Point (mata penebuk) akan keluar. Arahan Direction pula boleh digunakan untuk mengalihkan arah lubang. Gambar lubang di bawah Direction merujuk kepada dimensi lubang. Sekiranya memilih bentuk lubang berulir (Tapped Hole), satu set arahan baru akan keluar iaitu Threads yang merujuk kepada ciri ulir pada lubang tersebut. Type adalah jenis standard yang dirujuk, Size adalah diameter lubang dan Designation merujuk kepada jarak pic. Direction adalah arah putaran ulir lubang dan Full Depth menghasilkan ulir di sepanjang lubang. ICON NAMA FUNGSI HOLE • Menghasilkan lubang pada objek FILLET • Mengubah penjuru objek menjadi lengkung CHAMFER • Mengubah penjuru objek menjadi bucu bersudut SHELL • Menjadikan objek nipis seperti cengkerang FACE DRAFT • Mengubah penjuru objek menjadi satu bentuk baru THREAD • Melukis ulir (thread) pada objek COMBINE • Menggabung @ membuang dua objek yang bersentuh THICKEN/ OFFSET • Menambah @ mengurangkan ketebalan permukaan objek SPLIT • Memisahkan objek kepada dua bahagian DIRECT EDIT • Mengubah parameter objek secara terus DELETE FACE • Membuang permukaan objek MOVE BODIES • Mengubah kedudukan objek • Memutarkan objek BEND PART • Melenturkan objek COPY OBJECT • Membuat salinan permukaan (surface) menjadi komposit.


[5.1 : PART FEATURES] 20 FILLET Arahan Fillet dalam kumpulan modify ini merujuk kepada penghasilan lengkung pada bucu objek. Lebih banyak pilihan dalam menu fillet ini jika dibandingkan dengan menu dalam sketch. Pada lajur sebelah kiri, terdapat tiga pilihan untuk menghasilkan fillet iaitu Edge Fillet, Face Fillet dan Full Round Fillet. Pada bahagian atas, ada tiga tab yang boleh dipilih iaitu Constant merujuk kepada jejari fillet yang sama pada keseluruhan lengkung. Variable merujuk kepada jejari yang berubah dari awal ke akhir lengkung. Manakala Setbacks merujuk kepada perubahan yang ingin dilakukan pada satu pertembungan bucu. Penetapan yang penting di sini adalah nilai jejari lengkung iaitu pada ruangan Radius. Setelah itu, klik sahaja bucu objek yang dikehendaki untuk menghasilkannya. SHELL Arahan shell akan menjadikan sesuatu objek padu itu menjadi nipis seperti cengkerang. Fungsi utamanya adalah untuk menghasilkan produk nipis seperti penutup enjin, tin susu dan sebagainya. Arahan pada lajur sebelah kiri merujuk kepada arah cengkerang yang yang akan dibuat. Ada tiga pilihan iaitu Inside, Outside dan Both Sides. Arahan Remove Faces merujuk kepada pilihan muka utama yang akan dijadikan bahagian nipis. Sekiranya pada satu permukaan terdapat banyak item yang nak dijadikan rujukan, maka perlu menggunakan pilihan Automatic Face Chain. Pilihan Solids hanya boleh digunakan sekiranya terdapat lebih dari satu objek dalam lukisan. Thickness merujuk kepada ketebalan cengkerang yang akan ditinggalkan pada objek. THREAD Fungsinya untuk melukiskan ulir di sekeliling sebatang aci (shaft). Boleh juga digunakan untuk melukis ulir di bahagian dalam lubang. Arahan dalam menu Thread terbahagi dua bahagian iaitu Location dan Specification. Pada bahagian Specification, terdapat pilihan untuk jenis ulir yang akan digunakan. Dalam Location, pilihan Face mewakili permukaan yang akan dilukis ulir. Offset mewakili senggang jarak dari permulaan, manakala Length merujuk kepada panjang ulir yang akan dihasilkan.


[5.2 : DRAWING REVOLVE 1 & 2] 21


[6.1 : PART FEATURES] 22 Work Features ialah geometri yang dibina untuk membantu ketika menghasilkan lukisan. Mungkin geometri yang sedia ada tidak dapat menampung kehendak lukisan. Gambar di bawah menunjukkan menu ribbon Work Features. PLANE Satah yang baru boleh dihasilkan dengan arahan plane ini. Banyak pilihan plane telah disediakan di bawahnya sebagai bantuan lukisan. Namun, pada dasarnya ada 2 kaedah utama untuk menghasilkan satah yang baru iaitu dengan memasukkan nilai pada jarak satah. Gambar di bawah menunjukkan satah yang dihasilkan menggunakan nilai tertentu. Nilai jarak satah yang akan dihasilkan dibandingkan dengan satah rujukan asal dapat dilihat dengan jelas. Kaedah kedua ialah dengan merujuk kepada bucu objek yang sedia ada. Gambar di bawah menunjukkan satah yang dihasilkan di tengah kotak segiempat tepat atas. AXIS Arahan yang akan menghasilkan paksi yang baru dalam lukisan. Ianya dilukiskan dengan garis berwarna kuning. Gambar di bawah menunjukkan beberapa paksi yang dihasilkan pada sebuah kotak segiempat tepat. POINT Fungsi utama point adalah untuk menandakan titik tertentu objek sebagai rujukan bagi lukisan yang seterusnya. Gambar di bawah menunjukkan beberapa point yang telah dilukis pada sebuah kotak segiempat tepat. UCS Kaedah utama untuk menghasilkan objek 3D dalam AutoCAD. Sekarang ini ianya hampir tidak digunakan lagi kecuali dalam bahagian animasi. Gambar di bawah menunjukkan satu UCS yang dihasilkan pada satu penjuru kotak segiempat tepat.


[6.2 : PART FEATURES] 23 Pattern juga antara bantuan lukisan yang banyak digunakan dalam menghasilkan lukisan produk. Ianya mempercepatkan lukisan yang akan dihasilkan. Gambar di bawah merujuk kepada arahan dalam kumpulan Pattern. RECTANGULAR Arahan ini digunakan untuk menghasilkan salinan dalam bentuk jujukan baris dan lajur. Dua pilihan pertama dalam menu ini ialah Pattern individual features merujuk kepada pilihan features pada objek sahaja dan kedua, Pattern a solid merujuk kepada keseluruhan objek yang dipilih. Direction 1 dan Direction 2 merujuk kepada arah salinan yang akan dibuat nanti. Column dan Row Count mewakili bilangan salinan pada setiap arah, manakala Column dan Row Spacing merujuk kepada jarak antara setiap salinan. Selain pilihan Spacing (jarak antara setiap salinan), ada dua lagi pilihan iaitu Distance (jarak dari permulaan ke hujung salinan) dan Curve Length (jarak di sepanjang lengkungan yang dirujuk pada mana-mana Direction). CIRCULAR Arahan ini digunakan untuk menghasilkan salinan dalam bentuk membulat. Penetapan titik tengah bentuk membulat tersebut adalah antara yang penting dalam arahan Circular ini. Ianya ditetapkan pada Rotation Axis. Occurrence Count merujuk kepada bilangan salinan objek dan Occurrence Angle pula adalah sudut cakupan salinan tersebut. Kaedah salinan (Orientation) juga boleh diubah sama ada Rotational (salinan yang merujuk kepada titik tengah) ataupun Fixed (salinan akan mengikut bentuk asal). Sekiranya memilih Fixed, jarak salinan titik rujukan (Base Point) boleh diubah kepada jarak yang baru. MIRROR Arahan ini digunakan untuk menghasilkan salinan seperti sebuah cermin. Pilihan yang penting dalam arahan mirror ialah Mirror Plane yang bermaksud satah pantulan. Selain menggunakan satah baru (Mirror Plane), satah asal YZ, XZ atau XY Plane juga boleh dirujuk. Gambar di sebelah menunjukkan contoh objek yang dihasilkan menggunakan arahan mirror. SKETCH DRIVEN Salinan yang merujuk kepada sketch yang dihasilkan terlebih dulu. Di dalam sketch tersebut, ditandakan titik rujukan salinan dengan menggunakan Point. Kebiasaanya, Point tersebut akan menjadi titik tengah objek, kecuali ianya ditukarkan menggunakan titik rujukan baru (Base Point).


[6.3 : DRAWING MODIFY 1 & 2] 24


[6.3 : DRAWING DECAL & EMBOSS] 25


[7.1 : DRAWING COIL & SWEEP] 26


[7.1 : DRAWING LOFT 1 & 2] 27


[8.1 : INTRODUCTION TO CAD] 28 Project file adalah satu kaedah yang digunakan oleh Inventor untuk menghubungkan fail-fail komponen dalam fail assembly. Ia menggunakan kaedah ini supaya saiz fail assembly tidak menjadi besar kerana komponen yang banyak. Selain itu, ianya juga menguruskan fail-fail yang digunakan supaya tidak menjadi konflik antara satu sama lain sekiranya dibuat perubahan. Ada 2 jenis Project yang boleh dihasilkan dalam Inventor iaitu Single User Project dan Vault Project. Single user project adalah jenis yang biasa digunakan dalam penggunaan Inventor. Setiap perubahan yang dilakukan dalam Project jenis ini perlu dilakukan dengan berhatihati kerana perubahan tersebut akan terus dibuat pada fail asal. Manakala vault project pula akan mewujudkan salinan fail baru untuk setiap kumpulan yang diwujudkan. Oleh itu, dengan menggunakan vault ianya lebih merumitkan lukisan yang dihasilkan. Tetapi, ianya disediakan oleh Inventor untuk membantu satu projek yang besar. Project boleh ditetapkan pada App Home iaitu sebelum memulakan lukisan. Pilih Settings pada pilihan ellipsis di sebelah nama fail project semasa untuk membuka menu Project seperti di bawah. Ruang bahagian atas merujuk kepada senarai project yang pernah dirujuk dalam komputer. Manakala ruang bawah adalah tetapan setiap project yang dihasilkan. Untuk menghasilkan satu project yang baru, perkara yang penting adalah menetapkan kedudukan fail project tersebut di dalam folder yang terdapat komponen assembly. Ini merupakan syarat utama yang perlu diikuti ketika menghasilkan fail project. Fail project juga boleh diletakkan pada folder yang mengandungi subfolder komponen assembly. Gambar folder di bawah menunjukkan fail project bernama Project Satu.ipj telah dibuat dalam folder project satu sedangkan komponen berada dalam folder komponen assembly. Perlu dipastikan folder komponen tersebut merupakan subfolder kepada folder yang mengandungi fail project.ipj tersebut, dan bukannya folder yang tidak berkaitan. Sekiranya digunakan bantuan Design dalam inventor dalam menghasilkan fail assembly seperti menggunakan bantuan Bolted Connection, satu lagi tetapan yang perlu diubah iaitu Content Center Files. Folder Content Center Files merupakan tempat di mana inventor menyimpan fail bagi bantuan Design. Folder ini tidak boleh berada di dalam folder rujukan project.ipj tadi. Oleh itu, kedudukan folder content center perlu jelas bersama dengan folder rujukan tersebut. Ketetapan Project file ini wajib diikuti supaya lukisan assembly, drawing dan presentation tidak mengalami kecelaruan ketika membukanya semula.


[8.2 : DRAWING KOMPONEN ROLLER] 29


[8.2 : DRAWING KOMPONEN DOOR ROLLER] 30


[9.1 : ASSEMBLY DESIGN] 31 Lukisan penyambungan (Assembly) merupakan satu set gabungan beberapa lukisan part. Lukisan ini menggunakan extension jenis .iam. Apabila kita menghasilkan satu lukisan assembly dengan menggunakan Standard(mm).iam, kumpulan menu pada skrin akan berbeza dengan pandangan di dalam lukisan part (.ipt). Beberapa item penting yang akan digunakan dalam penghasilan lukisan assembly adalah seperti di bawah : CONSTRAINT Setelah komponen dimasukkan ke dalam lukisan assembly ini, ianya perlu dicantumkan dengan menggunakan arahan constraint. Fungsi utama jenis constraint adalah seperti di bawah : Selain daripada jenis constraint, nilai jarak antara komponen juga boleh diubah pada bahagian Offset. Bahagian Selections merujuk kepada permukaan komponen yang dirujuk. Manakala Solution adalah pilihan constraint yang boleh dibuat. Ianya merujuk kepada jenis constraint yang telah dipilih. NAMA FUNGSI PLACE •Memasukkan komponen-komponen produk yang telah dihasilkan ke dalam lukisan assembly. CREATE •Menghasilkan komponen terus di dalam lukisan assembly. •Perlu pastikan jenis extension yang digunakan adalah sama dengan komponen lain. POSITION •Free Move : untuk mengalih kedudukan objek. •Free Rotate : untuk memutar objek. JOINT •Menghubungkan komponen dengan mengawal kedudukan dan pergerakan. •Automatic adalah pilihan cepat dalam arahan Joint. CONSTRAINT •Menghubungkan komponen. •Ianya juga boleh digunakan untuk menghasilkan pergerakan dalam animation. DESIGN •Antara TAB yang penting dalam assembly. •Di bawah TAB ini terdapat menu untuk hasilkan Fasten, Frame, Transmission dan Spring. ICON NAMA FUNGSI MATE •Menemukan permukaan (face) antara dua komponen •Ianya boleh digunakan juga untuk menyamakan paksi objek dengan menukar pada solution kepada flush. ANGLE •Menetapkan kedudukan objek pada satu sudut antara dua permukaan. TANGENT •Menemukan komponen pada permukaan lengkung. INSERT •Memasukkan komponen ke dalam lubang. SYMMETRY •Menemukan objek menjadi bentuk simetri.


[9.1 : ASSEMBLY DESIGN] 32 JOINT Selain menggunakan Constraint untuk menghubungkan komponen, Joint juga merupakan satu lagi arahan untuk menghubungkan komponen. Gambar di bawah menunjukkan menu untuk arahan joint. Pilihan dalam arahan joint lebih banyak jika dibandingkan dengan constraint memandangkan ianya arahan yang lebih baru. Di bawah penetapan jenis, terdapat tetapan Gap yang merujuk kepada renggangan atau jarak antara komponen yang dihubungkan. Nama untuk setiap joint yang digunakan juga boleh ditetapkan. Di sebelah kanan, ada pilihan Connect yang merujuk kepada komponen yang hendak dihubungkan. Manakala, Align pula adalah paksi yang dirujuk. Perbezaan besar antara joint dan constraint adalah Animate. Ianya boleh digunakan untuk mendapatkan gambaran awal pergerakan yang boleh dihasilkan antara komponen. Animasi yang ingin dihasilkan dalam Inventor akan lebih mudah dihasilkan apabila penghubung objek adalah tepat. Walaubagaimanapun, constraint juga mempunyai kelebihannya jika dibandingkan dengan joint. Ia boleh menghubungkan komponen merujuk kepada plane komponen tersebut, sedangkan joint hanya boleh merujuk kepada komponen sahaja seperti endpoint atau midpoint objek. NAMA FUNGSI AUTOMATIC •Ianya akan memilih sendiri penghubung yang sesuai antara komponen. RIGID •Komponen akan berada tetap antara satu sama lain. Sesuai untuk welding atau pengikat yang lain. ROTATIONAL •Komponen boleh berputar merujuk kepada paksi. Digunakan untuk engsel atau tuil yang boleh berputar. SLIDER •Komponen boleh bergelongsor seperti bongkah objek di atas landasan. CYLINDRICAL •Komponen boleh berputar merujuk kepada titik tengah. Digunakan untuk aci dalam lubang. PLANAR •Komponen ditemukan merujuk kepada satah permukaan. Ianya boleh menghasilkan pergerakan gelongsor dan putaran pada permukaan. BALL •Komponen ditemukan merujuk kepada penyambungan objek seperti ball joint. Ianya boleh menghasilkan pergerakan putaran pada penyambungan.


[9.2 : DRAWING ASSEMBLY ROLLER] 33


[10.1 : ASSEMBLY DESIGN] Design Tab merupakan satu tab yang menyediakan rujukan kepada Autodesk Inventor Content Libraries ketika menghasilkan lukisan assembly. Ada 4 bahagian panel yang terletak di bawah tab ini. Panel tersebut adalah seperti di bawah : BOLTED CONNECTION Arahan bolted connection boleh menghasilkan pengikat mengikut piawaian yang dihasilkan oleh pengilang. Pengikat itu dari jenis bolt, skru, allen key ataupun torx (seperti di bawah) dan menggunakan pengikat nut di hujung. Apabila menggunakan arahan Bolted Connection ini, satu menu arahan baru akan keluar seperti rajah di sebelah. Ada 2 pilihan untuk menghasilkan pengikat iaitu samada pilihan Through All atau Blind Connection. Through All menggunakan nut sebagai pengikat hujung manakala Blind Connection adalah jenis pengikat yang mati di dalam produk. Placement merujuk kepada kedudukan lubang yang hendak diletakkan pengikat. Manakala Thread merujuk kepada saiz pengikat. Seterusnya pilih Click to add a fastener untuk memilih pengikat, washer dan nut. CONTENT CENTER Bantuan Autodesk Inventor Content Libraries juga boleh digunakan dengan memilih arahan masukan dari Content Center yang terdapat di bawah Tab Assemble iaitu pada panel Component. Dengan menggunakan bantuan Place from Content Center tersebut, kemasan lukisan assembly akan dihasilkan dengan lebih tepat. NOTA : 1) Setiap lukisan assembly perlu berada di dalam satu folder dengan semua komponen assembly tersebut. Sekiranya perlu dipindahkan fail, ianya perlu dipindahkan secara keseluruhan folder. 2) Penetapan folder Content Center dalam File Project adalah amat penting sekiranya menggunakan Autodesk Inventor Content Libraries ini. Inventor akan menyimpan lukisan part yang dihasilkan di dalam folder tersebut. NAMA FUNGSI FASTEN •Menghasilkan pengikat seperti bolt, skru ataupun pin kekunci. FRAME •Menghasilkan kerangka sesuatu rekabentuk. •Di sini juga terdapat pilihan untuk melakukan analisis frame. POWER TRANSMISSION •Menghasilkan penghantaran kuasa seperti gear, belt ataupun bearing. SPRING •Menghasilkan pegas @ spring


[10.2 : DRAWING ASSEMBLY - FASTEN] 35


[11.1 : DIMENSION AND ANNOTATIONS IN DRAWING] 36 Keistimewaan perisian Autodesk Inventor dibandingkan dengan AutoCAD ialah penjimatan masa ketika menghasilkan lukisan ortografik. Sekiranya template bagi Title Block sudah ada, maka masa yang diperlukan untuk menghasilkan lukisan ortografik daripada lukisan produk adalah tidak sampai 5 minit. Lukisan ortografik dalam Inventor boleh dimulakan dengan memilih fail dengan extension .idw. Ianya adalah extension khusus untuk Inventor. Namun, Autodesk telah memilih untuk menetapkan fail tersebut kepada extension .dwg, iaitu jenis fail yang sama dengan AutoCAD. TITLE BLOCK Apabila memilih fail lukisan yang baru (New Drawing) Inventor akan menghasilkan sehelai kertas dengan title block seperti dibawah. Title block yang dihasilkan adalah merujuk kepada Standard yang telah ditetapkan. Contoh di bawah menunjukkan title block dengan standard ISO. Title block ini boleh diubah dengan merujuk kepada browser di sebelah kiri. Lukisan 1.idw merujuk kepada nama fail dan Drawing Resources merujuk kepada template title block yang ada. Pada bahagian Sheet : 1 ada arahan Edit Sheet yang merujuk kepada saiz kertas dan lokasi ruangan title block. Default Border adalah kotak besar (bernombor & anak panah). ISO merujuk kepada template title block yang digunakan manakala Field Text merujuk kepada item yang diisi dalam ruangan. Bilangan kertas dalam set lukisan ini boleh ditambah pada nama fail (Lukisan 1.idw) dengan memilih New Sheet. Apabila memilih Edit Sheet, satu menu baru akan keluar. Di sinilah saiz kertas ditetapkan. Contoh di sebelah menunjukkan penetapan saiz kertas A4 untuk keluaran. Default yang digunakan oleh Autodesk adalah kertas bersaiz A3. Selain itu, kedudukan kotak title block juga boleh diubah mengikut citarasa perekabentuk. Orientasi kertas juga boleh diubah sama ada mahukan kedudukan menegak (portrait) atau melintang (landscape). Anak panah yang berada di sekeliling kotak besar (border) menunjukkan titik tengah bahagian kotak tersebut. Manakala, huruf dan nombor menunjukkan segmen yang dibahagikan oleh inventor. Untuk menghilangkan tandaan-tandaan ini, pengubahsuaian perlu dibuat pada border. Delete dahulu Default Border yang asal. Kemudian tetapkan ciri sempadan baru pada Define New Zone Border. Gambar di sebelah menunjukkan menu yang sudah ditetapkan tiada segmen di luar border. Kotak title block dan kandungannya juga boleh diubah. Delete dahulu iso yang mewakili kotak title block yang digunakan. Kemudian tetapkan bentuk dan kandungan yang dikehendaki menggunakan arahan Define New Title Block. Kandungan yang hendak dimasukkan boleh dibuat penetapan secara mudah menggunakan Field Text. Dengan field text, setiap data kandungan adalah lebih mudah diubah setiap kali menghasilkan lukisan yang baru.


[11.2 : DIMENSION AND ANNOTATIONS IN DRAWING] 37 MASUKAN LUKISAN Kumpulan menu seperti di atas merupakan menu dalam lukisan 2D. Beberapa item penting yang boleh digunakan dalam penghasilan lukisan adalah seperti berikut : Arahan Base merupakan arahan utama untuk memasukkan lukisan. Apabila arahan Base dipilih, satu menu baru akan keluar seperti gambar di bawah. Objek dimasukkan pada bahagian file. Di bawahnya terdapat tetapan Representation yang menunjukkan kepada pandangan yang terdapat dalam fail objek. Di sebelah kanan terdapat beberapa tetapan lain iaitu Style merujuk kepada hasil keluaran pandangan sama ada nampak atau tidak nampak garisan tersembunyi (hidden line) ataupun menghasilkan pandangan 3D berlorek (shaded). Label merupakan nama kepada pandangan manakala Scale merujuk kepada skala pandangan lukisan dibandingkan dengan lukisan asal. Pandangan sebenar objek di dalam kertas boleh diubahubah menggunakan viewcube yang terdapat dalam display. Sekiranya objek yang dimasukkan itu adalah daripada fail presentation, tetapan representation akan ditukarkan kepada tetapan Presentation seperti di atas. Pada tetapan presentation ini, pilihan pandangan (View) akan merujuk kepada Snapshot Views yang telah dihasilkan dalam lukisan presentation. Oleh itu, masukan fail assembly ke dalam lukisan 2D adalah lebih sesuai menggunakan kaedah presentation ini. Setelah pandangan pertama dimasukkan menggunakan Base, pandanganpandangan lain boleh dihasilkan dengan menggunakan Projected. Contoh di sebelah menunjukkan bagaimana pandangan lukisan pada bahagian bawah yang hendak dihasilkan menggunakan arahan Projected. Arahan Projected bukan sahaja untuk menghasilkan lukisan pandangan sisi dan plan, ianya juga boleh digunakan untuk menghasilkan pandangan isometrik. Arahan Section digunakan untuk menghasilkan gambarajah keratan. Gambar di bawah menunjukkan satu gambarajah keratan di bahagian bawah yang telah dihasilkan merujuk kepada keratan A-A di bahagian atas. Arahan Detail pula digunakan untuk menghasilkan pandangan objek yang terperinci dan biasanya digunakan untuk menjelaskan pandangan komponen yang kecil dalam pandangan asal. Pandangan Detail in view Q dalam lukisan atas menunjukkan pandangan Q pada keratan A-A di bawah. Selain arahan penghasilan lukisan, terdapat juga menu ribbon Modify untuk mengubah lukisan pandangan yang telah dihasilkan. Icon Create Sketch merujuk kepada apa sahaja lukisan @ tulisan yang hendak ditambah pada helaian lukisan. Manakala New Sheet merujuk kepada helaian kertas baru yang hendak ditambah. NAMA FUNGSI BASE •Menghasilkan pandangan pertama dalam lukisan. Kebiasaannya, merujuk kepada Pandangan Depan dalam Ortografik. PROJECTED •Menghasilkan pandangan lain yang dirujuk kepada pandangan pertama. •Ianya juga digunakan untuk menghasilkan Pandangan Isometrik. SECTION •Menghasilkan gambarajah keratan pada mana-mana sudut pandangan yang dipilih. DETAIL •Membesarkan pandangan pada bahagian yang dipilih


[11.2 : DIMENSION AND ANNOTATIONS IN DRAWING] 38 DIMENSION Dalam setiap lukisan ortografik, Dimension merupakan salah satu entiti penting pada lukisan. Ianya terdapat pada TAB yang kedua yang bernama Annotate. Di bawah ini adalah gambar untuk Tab tersebut. Penggunaannya adalah hampir sama dengan dimensi pada bahagian sketch, kecuali setiap kali menghasilkan dimensi, menu Edit Dimension seperti di bawah akan automatik keluar. Walaubagaimanapun, tetapan automatik boleh diubah pada pilihan Edit dimension when created. Bahagian Text adalah merujuk pada nilai ukuran yang akan dilihat pada lukisan. Nilainya boleh ditukar kepada ukuran lain dengan memilih Hide Dimension Value. Tab Precision and Tolerance merujuk kepada format dimensi seperti titik perpuluhan pada ukuran dan sisihan pada lukisan. Manakala Tab Inspection Dimension merujuk kepada tandaan untuk sisihan tersebut. Di sebelah kanan, terdapat simbol-simbol kejuruteraan yang mungkin akan digunakan dalam lukisan. Selain daripada dimensi, Inventor juga menyediakan bantuan Feature Notes yang boleh digunakan untuk menandakan beberapa item lain seperti lubang berulir, permukaan chamfer dan tempat lenturan. Text juga boleh dimasukkan di sini. Simbol-simbol khas (Symbols) seperti kekemasan permukaan dan welding juga boleh terus digunakan. Gambar di bawah menunjukkan arahan Hole and Thread yang digunakan pada satu lubang counterbore. Dimensi yang dihasilkan adalah lebih terperinci untuk setiap bahagian pada lubang tersebut. Pada hujung ribbon untuk simbol, ada 4 icon yang boleh membantu dalam lukisan 2D iaitu Centerline dan Centerline Bisector yang berfungsi untuk melukis garisan tengah pada objek dan Center Mark dan Centered Pattern untuk menanda titik tengah bulatan. Di bawah ini menunjukkan gambar dengan arahan Centerline dimana arahan ini telah menghasilkan garisan tengah pada objek. ISOMETRIK Lukisan pandangan isometrik boleh dimasukkan sama ada dengan arahan Base ataupun Projected (sekiranya sudah ada pandangan lain).


[11.3 : DRAWING ORTOGRAFIK & ISOMETRIK] 39


[12.1 : DIMENSION AND ANNOTATIONS IN DRAWING] 40 Selain daripada lukisan ortografik dan isometrik, Inventor juga banyak membantu dalam menghasilkan gambarajah pemasangan (assembly). Keistimewaan utama dalam lukisan pemasangan adalah ketika menghasilkan lukisan B.O.M. lukisan B.O.M yang diambil dari singkatan Bill Of Materials merujuk satu lukisan pemasangan yang lengkap dengan penanda kesemua komponen produk. Terdapat 2 ciri penting dalam lukisan B.O.M ini iaitu Belon Nombor (Ballon) dan senarai komponen (Parts List). Kedua-dua arahan ini boleh didapati dalam menu panel Table di bawah Tab Annotate juga. Bagi arahan belon nombor, Inventor telah menyediakan dua pilihan samada menggunakan kaedah manual ataupun automatik. Dengan automatik, Inventor akan menghasilkan set belon bagi pandangan lukisan yang dipilih. Hasilnya memang cepat, namun penataannya tidak dapat dikawal jika dibandingkan dengan menggunakan kaedah manual. PARTS LIST (Drawing File) Gambar di bawah menunjukkan senarai komponen produk yang standard dihasilkan oleh Inventor. Nombor item yang dirujuk dalam jadual itu mengikut turutan fail komponen yang dimasukkan ke dalam fail assembly. Walaubagaimanapun, jujukan nombor dan senarai kandungan itu boleh diubah dengan menggunakan arahan Edit Parts List. Menu di atas merupakan menu arahan Edit Parts List. Icon pertama adalah Column Chooser yang boleh digunakan untuk menambah atau membuang ruangan yang terdapat dalam parts list tersebut. Icon keempat iaitu Sort, digunakan untuk menyusun jujukan parts list. Icon keenam merujuk kepada penataan senarai komponen tersebut. Ianya bernama Table Layout. Pada icon inilah tajuk senarai komponen boleh ditukar. Icon ketujuh iaitu Renumber Items digunakan untuk menyusun semula nombor pada senarai komponen. PARTS LIST (Assembly File) Senarai komponen juga boleh dihasilkan seawal ketika menghasilkan lukisan Assembly lagi. Pilih icon Bill of Materials yang terdapat dalam panel Manage untuk menghasilkan senarai komponen. Gambar di bawah menunjukkan satu senarai komponen yang dilihat dalam fail Assembly. Setiap maklumat dalam senarai komponen ini boleh diedit di sini sekiranya perlu.


[12.2 : DRAWING BILL OF MATERIALS] 41


Click to View FlipBook Version