The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by chungpkb2011, 2023-03-07 03:44:58

eBOOK INVENTOR 2023 (eISBN)

eBOOK INVENTOR 2023 (eISBN)

[13.1 : ASSEMBLY DESIGN] Exploded Drawing (lukisan leraian) adalah salah satu dari jenis lukisan yang penting dalam bidang Kejuruteraan mekanikal. Lukisan ini akan menunjukkan bagaimana komponen pada satu produk dihubungkan. Gambar di sebelah menunjukkan komponen penyerap hentak dihubungkan. Dalam lukisan leraian, setiap komponen akan dipecahkan supaya dapat dilihat setiap komponen itu sebagai satu entiti dalam lukisan penyambungan. Setiap komponen tersebut akan disambungan menggunakan satu garis (trail) yang menjadi rujukan setiap penyambungan tersebut. Lukisan ini menggunakan pilihan jenis presentation yang menggunakan extension .ipn. Dalam paparan presentation, Inventor telah menambah dua bahagian baru pada paparan. Gambar di atas menunjukkan paparan untuk lukisan presentation dimana satu tambahan panel pada sebelah kanan iaitu Snapshot Views yang merujuk kepada gambar pandangan yang ingin disimpan. Satu lagi tambahan pada bahagian bawah iaitu Storyboard. Ianya adalah pilihan tetapan ketika menghasilkan video leraian nanti. Berikut adalah arahan yang terdapat dalam menu Tab Presentation. TWEAK COMPONENTS Ianya adalah arahan untuk meleraikan komponen objek dalam lukisan assembly. Dua gerakan objek boleh dilakukan iaitu bergerak (Move) dan berputar (Rotate). Selain dari gerakan komponen, di sini juga ada tetapan untuk garisan rujukan (trail) samada untuk dibuka atau ditutup. Trail amat penting untuk menunjukkan kedudukan sebenar komponen sebelum dileraikan. Satu lagi tetapan penting ialah tetapan masa gerakan. Masa gerakan komponen boleh diubah mengikut video yang akan dihasilkan nanti. STORYBOARD Dibawah storyboard, terdapat timeline yang menunjukkan leraian-leraian yang telah dibuat. Setiap gerakan tersebut boleh diubah masa dan turutannya. Untuk komponen yang bergerak sambil berputar, kotak gerakan tersebut boleh diletakkan secara bertindih pada satu masa. •Mengubah kedudukan kamera pandangan dalam timeline pada setiap storyboard. •Menghasilkan lukisan 2D merujuk kepada pandangan lukisan presentation. •Menghasilkan video leraian komponen. •Menghasilkan gambar leraian dalam format yang boleh dibaca oleh perisian lain (i.e jpg) ARAHAN FUNGSI •Memasukkan lukisan asembly yang hendak dileraikan (setiap permulaan bukaan fail). •Menyediakan garis masa (timeline) untuk menghasilkan video leraian yang baru. •Mengambil gambar pandangan yang berbeza untuk digunakan dalam lukisan 2D. •Meleraikan komponen objek lukisan penyambungan (assembly). •Mengubah kejelasan penampakan (transparency) komponen.


[13.2 : DRAWING LERAIAN] 43


[RUJUKAN] 44 Banach D.T, Jones T. & Lockhart S. (2022). Autodesk Inventor 2023 Essentials Plus. USA : SDC Publications. Waguespack C. (2014). Mastering Autodesk Inventor 2015 and Autodesk Inventor LT 2015. Indiana : John Wiley & Sons, Inc.


POLITEKNIK KOTA BHARU KM 24, KOK LANAS 16450 KETEREH KELANTAN TEL: 09-7889126 FAX: 09-7888739


Click to View FlipBook Version