Buat latihan ini dengan menggunakan panduan di atas
Latihan Graf Bar Piramid Komponen
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
bagi menunjukkan jumlah penghidap penyakit di negeri Selangor dan Johor mengikut jenis
penyakit pada tahun 2015 hingga tahun 2017
Penyakit adalah keadaan yang tidak normal pada badan atau minda yang
menyebabkan ketidakselesaan atau tekanan kepada orang yang terbabit. Antara penyakit yang
boleh mengancam kesihatan manusia ialah denggi, taun dan batuk kering. Faktor utama
peningkatan jumlah penghidap denggi disebabkan jangkitan virus yang merebak melalui
gigitan nyamuk. Pada tahun 2015, penghidap bagi ketiga-tiga jenis penyakit ini adalah
seramai 6058 orang di Selangor manakala di negeri Johor seramai 5476 orang. Seramai 2823
orang penghidap denggi telah berjaya dikesan di negeri Selangor dan di negeri Johor seramai
2511 orang pada tahun yang sama.
Penghidap taun di negeri Selangor melebihi dari negeri Johor bagi kedua-dua tahun.
Pada tahun 2015, jumlah penghidap taun di negeri Selangor adalah seramai 1510 orang dan
jumlah ini merosot sedikit kepada 1495 orang pada tahun berikutnya. Manakala penghidap
taun di negeri Johor pula mencatat jumlah yang tidak konsisten dengan jumlah keseluruhan
4219 orang dari tahun 2015 hingga tahun 2017. Pada tahun 2015, penghidap taun tertinggi
dengan jumlahnya seramai 1415 orang tetapi berkurangan sedikit kepada 1390 orang pada
tahun berikutnya dan baki selebihnya dikesan dalam tahun 2017. Negeri Selangor
mencatatkan seramai 1330 orang penghidap taun pada tahun 2017.
Selangor mencatatkan jumlah penghidap batuk kering seramai 1725 orang pada tahun
2015 dan di negeri Johor seramai 1550 orang . Seramai 1610 orang penghidap penyakit yang
sama dikesan di negeri Selangor dan jumlah ini lebih tinggi berbanding di negeri Johor yang
mencatatkan junlah seramai 1535 orang pada tahun 2016. Pada tahun berikutnya, negeri
Selangor mencatat peningkatan seramai 28 orang manakala di negeri Johor seramai 1435
orang.
Penghidap denggi di negeri Selangor pada tahun 2016 seramai 2785 orang , manakala
di negeri Johor seramai 2830 orang. Akibat kurangnya kesedaran menjaga kebersihan
persekitaran menyebabkan penghidap yang dikesan semakin meningkat. Seramai 2910 orang
penghidap denggi telah direkodkan di negeri Johor pada tahun berikutnya dan penghidap
yang sama direkodkan di negeri Selangor adalah seramai 2825 orang pada tahun yang sama.
(Disesuaikan daripada Laporan Suku Pertama Tahun 2018,
Kementerian Kesihatan Malaysia
98
SKEMA JAWAPAN LATIHAN GRAF BAR PIRAMID KOMPONEN
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai bagi
menunjukkan jumlah penghidap penyakit di negeri Selangor dan Johor mengikut jenis penyakit
pada tahun 2015 hingga tahun 2017
6058 - 168 Penyakit adalah keadaan yang tidak normal pada badan atau minda yang menyebabkan
=5890
ketidakselesaan atau tekanan kepada orang yang terbabit. Antara penyakit yang boleh mengancam
kesihatan manusia ialah denggi, taun dan batuk kering. Faktor utama peningkatan jumlah penghidap
denggi disebabkan jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk. Pada tahun 2015, jumlah
penghidap bagi ketiga-tiga jenis penyakit ini di Selangor adalah seramai 6058 orang dan menurun
sebanyak 168 orang pada tahun berikutnya. Jumlah penghidap bagi ketiga-tiga jenis penyakit ini
terus berkurangan kepada 5793 orang pada tahun 2017. Manakala di negeri Johor seramai 5476
orang menghidap ketiga-tiga jenis penyakit ini pada tahun 2015, jumlah ini terus bertambah
sebanyak 279 orang dan 4 orang pada tahun 2016 dan tahun 2017. Seramai 2823 orang penghidap
denggi telah berjaya dikesan di negeri Selangor dan di negeri Johor seramai 2511 orang pada tahun
2015 5476 + 279 = 5755 5755 + 4 = 5759
Penghidap taun di negeri Selangor melebihi dari negeri Johor bagi kedua-dua tahun. Pada
tahun 2015, jumlah penghidap taun di negeri Selangor adalah seramai 1510 orang dan jumlah ini
merosot sedikit kepada 1495 orang pada tahun berikutnya. Manakala penghidap taun di negeri
Johor pula mencatat jumlah yang tidak konsisten dengan jumlah keseluruhan 4219 orang dari tahun
2015 hingga tahun 2017. Pada tahun 2015, penghidap taun tertinggi dengan jumlahnya seramai
1415 orang tetapi berkurangan sedikit kepada 1390 orang pada tahun berikutnya dan baki
selebihnya dikesan dalam tahun 2017. Negeri Selangor mencatatkan seramai 1330 orang penghidap
taun pada tahun 2017. 4219 - 1415 – 1390 = 1414
Selangor mencatatkan jumlah penghidap batuk kering seramai 1725 orang pada tahun 2015
dan di negeri Johor seramai 1550 orang . Seramai 1610 orang penghidap penyakit yang sama
dikesan di negeri Selangor dan jumlah ini lebih tinggi berbanding di negeri Johor yang mencatatkan
jumlah seramai 1535 orang pada tahun 2016. Pada tahun berikutnya, negeri Selangor mencatat
peningkatan seramai 28 orang manakala di negeri Johor seramai 1435 orang.
1610 + 28 = 1638 Penghidap denggi di negeri Selangor pada tahun 2016 seramai 2785 orang , manakala di
negeri Johor seramai 2830 orang. Akibat kurangnya kesedaran menjaga kebersihan persekitaran
menyebabkan penghidap yang dikesan semakin meningkat. Seramai 2910 orang penghidap denggi
telah direkodkan di negeri Johor pada tahun berikutnya dan penghidap yang sama direkodkan di
negeri Selangor adalah seramai 2825 orang pada tahun yang sama.
(Disesuaikan daripada Laporan Suku Pertama Tahun 2018,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
99
1.Jadual dari petikan PERKARA/ISU
TEMPAT/NEGARA
SELANGOR DAN JOHOR: JUMLAH PENGHIDAP PENYAKIT MENGIKUT JENIS
PENYAKIT PADA TAHUN 2015 HINGGA TAHUN 2017 MASA/TEMPOH
Label Pemboleh ubah berdasarkan Pemboleh ubah berdasarkan soalan Label
soalan (pemboleh ubah 4) (PEMBOLEH UBAH 4) dipaksi
Label di paksi menegak mendatar
Pemboleh ubah berpasangan dan Unit
Label Pemboleh ubah petunjuk (PEMBOLEH UBAH 1 DAN 2)
Tahun Jumlah Penghidap penyakit (orang)
Negeri Selangor Negeri Johor
Jenis 2015 2016 2017 2015 2016 2017
penyakit
Pemboleh Denggi 2823 2785 2825 2511 2830 2910
ubah petunjuk (2.35 cm) (2.32 cm) (2.35 cm) (2.09 cm) (2.35 cm) (2.42 cm)
Taun
(PEMBOLEH 1510 1495 1330 1415 1390 1414
UBAH 3) Batuk (1.25 cm) (1.24 cm) (1.10 cm) (1.17 cm) (1.15 cm) (1.17 cm)
kering
1725 1610 1638 1550 1535 1435
(1.43 cm) (1.34 cm) (1.36 cm) (1.29 cm) (1.27 cm) (1.19 cm)
Jumlah 6058 5890 5793 5476 5755 5759
Sumber(salin sepenuhnya daripa(d5a.0pe4tickamn)) (4.90 cm) (4.82 cm) (4.56 cm) (4.79 cm) (4.80 cm) Data
Dalam
Petikan
(Disesuaikan daripada Laporan Suku Pertama Tahun
2018, Kementarian Kesihatan Malaysia)
2: Tentukan skala yang sesuai.
Kaedah pengiraan skala : Jumlah terbesar dalam data/jadual
------------------------------------------
6
Contoh : 6058
--------------- = 1009
6
1 cm = 1009 orang (skala ini kurang sesuai) maka, sesuikan kepada 1 cm = 1200 orang
3: Hitung ukuran panjang bar dengan menggunakan skala.
Contoh : 5476/1200 = 4.56 cm
100
4: Tentukan jarak antara bar dan lebar bar
4.1. Pastikan bilangan jarak antara bar (bilangan tahun atau bilangan maklumat di paksi
menegak + 1 )
Contoh: ada 4 jarak antara bar ( 3 tahun + 1 )
4.2. Pastikan bilangan bar – bar komponen (bilangan bar bergantungkepada bilangan
tahun atau bilangan maklumat di paksi menegak).
Contoh : ada 3 bar ( ada 3 tahun atau 3 maklumat di paksi menegak)
4.3. Pastikan jumlah petak kecil dipaksi menegak 60 petak kecil yang akan digunakan
untuk jarak dan bar.
NILAI TIDAK TETAP
4.4. Andaikan 6 petak kecil digunakan untuk 1 jarak antara bar. Jika ada 4 jarak antara bar
maka sebanyak 24 petak kecil akan digunakan ( 6 x 4 )
[Jumlah petak kecil yang digunakan(6) x Bilangan jarak antara bar(4)]
4.5. Daripada 60 petak kecil, sebanyak 24 petak kecil digunakan untuk 4 jarak antara bar
dan lebihan sebanyak 36 petak kecil akan digunakan untuk 3 bar.
4.6. 36 petak kecil digunakan untuk 3 bar, maka untuk 1 bar sebanyak 12 petak kecil akan
digunakan.( 36 petak kecil bahagi 3 bar = 12 petak kecil )
4.7. 6 petak kecil digunakan untuk1 jarak antara bar manakala
12 petak kecil digunakan untuk1 bar
* Peringatan penting : pastikan jumlah petak kecil untuk 1 jarak antara bar
kurang daripada jumlah petak kecil untuk 1 bar atau
jumlah petak kecil untuk 1 bar lebih banyak
daripada jumlah petak kecil untuk 1 jarak.
101
5. Lukis Graf Bar Piramid Komponen
102
SKEMA JAWAPAN LATIHAN GRAF BAR PIRAMID KOMPAUN
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan enrolmen pelajar peringkat sarjana dan peringkat doktor falsafah
mengikut universiti awam terpilih pada tahun 2016 dan 2017 di Malaysia.
Dalam usaha kerajaan melahirkan modal insan berkualiti, pelbagai peluang
melanjutkan pelajaran diwujudkan. Sehubungan itu, bilangan penuntut yang menyambung
pelajaran di peringkat doktor falsafah semakin meningkat di Universiti Sains Malaysia
(USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).
Pada tahun 2017, enrolmen pelajar di peringkat ini di tiga universiti terpilih seramai 2038
orang iaitu peningkatan sebanyak 10.34% berbanding tahun sebelumnya.
13.44/100 x 2768 = 372 1534 + 260 = 1794
2768 - 372 = 2396 Seramai 6290 orang mendaftar sebagai pelajar sarjana di tiga universiti berkenaan
pada tahun 2016. Daripada jumlah tersebut, 1534 orang mendaftar di USM dan meningkat
sebanyak 260 orang pada tahun 2017. Namun begitu kemasukan pelajar di UKM merosot
13.44% pada tahun 2017 berbanding tahun 2016 yang mencatat kemasukan sebanyak 2768
orang. Selebihnya adalah pelajar yang mendaftar di UPM pada tahun 2016. Kemasukan
pelajar di UPM pada tahun berikutnya turut mencatat penurunan sebanyak 41 orang. 1988 - 41 = 1947
6290 – 1534 – 2768 = 1988
Pada tahun 2016 pelajar doktor falsafah di USM seramai 492 orang meningkat
kepada 709 orang pada tahun 2017. Peningkatan pelajar turut berlaku di UPM pada tahun
2017 iaitu seramai 769 orang berbanding 722 orang pada tahun sebelumnya. Kemasukan
pelajar di UKM pula pada tahun 2016 adalah sebanyak 633 orang berbanding tahun 2017
yang mengalami penurunan sebanyak 73 orang .
633 - 73 = 560
( Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada Statistik Pendidikan
Tinggi Kementerian Pendidikan Tinggi, 2017 )
103
1. Jadual dari petikan
TEMPAT/NEGARA PERKARA/ISU MASA/TEMPOH
MALAYSIA:ENROLMEN PELAJAR PERINGKAT SARJANA DAN PERINGKAT
DOKTOR FALSAFAH MENGIKUT UNIVERSITI AWAM TERPILIH PADA TAHUN 2016
DAN TAHUN 2017 Pemboleh ubah berdasarkan soalan Label
(PEMBOLEH UBAH 4) dipaksi
Label Pemboleh ubah berdasarkan mendatar
soalan (pemboleh ubah 4) Pemboleh ubah berpasangan dan Unit
Label di paksi menegak (PEMBOLEH UBAH 1 DAN 2)
Label Pemboleh ubah petunjuk
Tahun Enrolmen pelajar (orang )
Peringkat Sarjana
Peringkat Doktor Falsafah
Universiti 2016 2017 2016 2017
Awam
Universiti Sains
Pemboleh Malaysia 1 534 = 3.06 cm 1 794 = 3.58 cm 492 = 0.98 cm 709 = 1.41 cm
ubah petunjuk 2 396 = 4.79 cm 633 = 1.26 cm 560 = 1.12 cm
Universiti 2 768 = 5.53 cm 1 947 = 3.89 cm 722 = 1.44 cm 769 = 1.53 cm Data
(PEMBOLEH Kebangsaan 1 988 = 3.97 cm Dalam
UBAH 3) Malaysia Petikan
Universiri Putra
Malaysia
Sumber(salin sepenuhnya daripada petikan) (Disesuaikan daripada Buletin Perangkaan Sosial
Malaysia 2013, Putrajaya: Jabatan Perangkaan
Malaysia)
2: Tentukan skala yang sesuai. Bilangan terbesar dalam data/jadual
Kaedah pengiraan skala : ------------------------------------------
6
Contoh : 2 768
--------- = 461
6
1 cm = 461 buah (skala ini kurang sesuai) maka, sesuikan kepada 1 cm = 500 orang
3: Hitung ukuran panjang bar dengan menggunakan skala.
Contoh : 1988/500 =3.97 cm
104
4: Tentukan jarak antara bar dan lebar bar
4.1. Pastikan bilangan jarak antara bar (bilangan tahun atau bilangan maklumat di
paksi menegak + 1 )
Contoh: ada 3 jarak antara bar ( 2 tahun + 1 )
4.2. Pastikan bilangan bar – bar kompaun (bilangan petunjuk x bilangan tahun
atau bilangan maklumat di paksi menegak).
Contoh : ada 6 bar ( 3 petunjuk x 2 tahun = 6 bar )
4.3. Pastikan jumlah petak kecil dipaksi menegak 60 petak kecil yang akan
digunakan untuk jarak dan bar.
NILAI TIDAK TETAP
4.4. Andaikan 4 petak kecil digunakan untuk 1 jarak antara bar. Jika ada 3 jarak
antara bar maka sebanyak 12 petak kecil akan digunakan ( 4 x 3 )
[Jumlah petak kecil yang digunakan(4) x Bilangan jarak antara bar(3)]
4.5. Daripada 60 petak kecil, sebanyak 12 petak kecil digunakan untuk 3 jarak
antara bar dan lebihan sebanyak 48 petak kecil akan digunakan untuk 6 bar.
4.6. 48 petak kecil digunakan untuk 6 bar, maka untuk 1 bar sebanyak 8 petak kecil
akan digunakan.( 48 petak kecil bahagi 6 bar = 8 petak kecil )
4.7. 4 petak kecil digunakan untuk1 jarak antara bar manakala
8 petak kecil digunakan untuk1 bar
* Peringatan penting : pastikan jumlah petak kecil untuk 1 jarak antara bar
kurang daripada jumlah petak kecil untuk 1 bar atau
jumlah petak kecil untuk 1 bar lebih banyak
daripada jumlah petak kecil untuk 1 jarak.
105
5. Lukis Graf Bar Piramid Kompaun
106
SKEMA LATIHAN GRAF BAR PIRAMID MUDAH
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
bagi menunjukkan bilangan pendaftar aktif memohon pekerjaan di Malaysia mengikut
kumpulan umur pada tahun 2014 dan tahun 2015
Bilangan penduduk Malaysia yang mendaftar secara aktif untuk memohon pekerjaan
di Jabatan Tenaga Buruh semakin bertambah setiap tahun. Mereka yang memohon pekerjaan
ini terdiri daripada kumpulan yang berumur 15 hingga 19 tahun, 20 hingga 24 tahun, 25
hingga 29 tahun , 30 hingga 34 tahun, 35 hingga 39 tahun dan 40 hingga 44 tahun.
Kebanyakan mereka yang mendaftar telah berjaya mendapat pekerjaan yang sesuai.
296 893 - 162 588 Kumpulan umur 20 hingga 24 tahun mencatat bilangan yang paling tinggi mendaftar
= 134 305
secara aktif di Jabatan Tenaga Buruh untuk memohon pekerjaan bagi tahun 2014 dan tahun
2015 iaitu berjumlah 296 893 orang. Seramai 162 588 orang telah mendaftar pada tahun
2014 dan selebihnya adalah mereka yang mendaftar pada tahun 2015.
52.75/100 x 22 258 Manakala kumpulan umur 40 hingga 44 tahun telah mencatat bilangan pendaftar
= 11 741
aktif yang paling rendah iaitu seramai 22 258 orang. Daripada jumlah tersebut kira-kira
52.75 % telah mendaftar pada tahun 2014 dan 10 517 orang mendaftar pada tahun 2015.
Kumpulan umur 35 hingga 39 tahun pula seramai 24 863 orang pada tahun 2014 dan 22
701 orang pula mendaftar pada tahun berikutnya. 61 394 - 18 359 = 43 035
Pada tahun 2014, kumpulan umur 15 hingga 19 tahun telah mencatat bilangan
pendaftar aktif seramai 61 394 orang. Jumlah ini berkurangan seramai 18 359 orang pada
tahun 2015. Hal ini mungkin disebabkan pada tahun 2015 ramai golongan ini mempunyai
kesedaran memilih untuk belajar di sekolah dan di Institusi Pengajian Tinggi Awam ataupun
Swasta.
Bagi kumpulan umur 25 hingga 29 tahun pula, mereka mencatat bilangan pendaftar
aktif yang kedua tinggi selepas kumpulan umur 20 hingga 24 tahun iaitu seramai 80 117
orang pada tahun 2014 dan seramai 55 681 orang pada tahun tahun 2015. Kebiasaannya
pada peringkat umur begini, mereka tidak terlalu memilih pekerjaan
Kumpulan umur 30 hingga 34 tahun pula mencatat penurunan pendaftar aktif dari
tahun 2014 ke tahun 2015. Seramai 40 494 orang pendaftar aktif dalam kumpulan tersebut
pada tahun 2014. Jumlah ini menurun sebanyak 0.16 % pada tahun 2015.
40 494 - 65 = 40 429 (Disesuaikan daripada Laporan Banci Penduduk
dan Perumahan Malaysia, Buletin Perangkaan
Bulanan, Julai 2015) 0.16/100 x 40 494 = 65
107
1.Jadual dari petikan
TEMPAT/NEGARA PERKARA/ISU MASA/TEMPOH
MALAYSIA: BILANGAN PENDAFTAR AKTIF MEMOHON PEKERJAAN MENGIKUT
KUMPULAN UMUR PADA TAHUN 2014 DAN TAHUN 2015
Label Pemboleh ubah 2 Pemboleh ubah berpasangan
(pemboleh ubah 2)
Pemboleh ubah 1
Label 1 dan Unit
Label 3 Bilangan Pendaftar Aktif Memohon Pekerjaan (orang)
Pemboleh Tahun
ubah
Kumpulan 2014 2015
petunjuk Umur (tahun) 61 394 (2.04 cm) 43 035(1.43 cm)
(pemboleh
15 hingga 19
ubah 3)
20 hingga 24 162 588(5.41 cm) 134 305(4.47 cm)
25 hingga 29 80 117(2.67 cm) 55 681(1.85 cm)
30 hingga 34 40 494(1.34 cm) 40 429(1.34 cm) Data
dalam
35 hingga 39 24 863(0.82 cm) 22 701(0.75 cm) petikan
40 hingga 44 11 741(0.39 cm) 10 517(0.35 cm)
Sumber (salin sepenuhnya dari petikan ) (Disesuaikan daripada Laporan Banci
Penduduk dan Perumahan Malaysia, Buletin Perangkaan
Bulanan, Julai 2015)
2: Tentukan skala yang sesuai.
Kaedah pengiraan skala : Jumlah terbesar dalam data/jadual
------------------------------------------
6
Contoh : 162 588
--------------- = 27098
6
1 cm = 27098 orang (skala ini kurang sesuai) maka, sesuikan kepada 1 cm = 30 000 orang
3: Hitung ukuran panjang bar dengan menggunakan skala.
Contoh : 40 429/30 000 = 1.34 cm
108
4: Tentukan jarak antara bar dan lebar bar
4.1. Pastikan bilangan jarak antara bar (tiada jarak antara bar)
4.2. Pastikan bilangan bar – bar piramid mudah (bilangan bar bergantung kepada
bilangan tahun atau bilangan maklumat di paksi menegak)
: Terdapat 6 bar ( ada 6 kumpulan umur atau 6 maklumat di
paksi menegak)
4.3. Pastikan jumlah petak kecil dipaksi menegak 60 petak kecil yang akan digunakan
untuk bar.
4.4. 60 petak kecil digunakan untuk 6 bar, maka untuk 1 bar sebanyak 10 petak kecil akan
digunakan.( 60 petak kecil bahagi 6 bar = 10 petak kecil )
4.5. 1 bar = 10 petak kecil
109
5. Lukis Graf Bar Piramid Mudah
110
7 LANGKAH MENJAWAB SOALAN
CARTA PAI BANDINGAN
Langkah 1: Mengenal pasti kata kunci
1.1 Kenal pasti kata kunci dalam soalan yang diberi seperti di bawah :
i) Carta pai bandingan - menunjukkan perbezaan/ perbandingan
j) Terdapat 3 pemboleh ubah dalam soalan dan 1 pemboleh ubah yang sama
untuk dibandingkan
Langkah 2: Kenal pasti pemboleh ubah dalam soalan
2.1 Tentukan pemboleh ubah dalam soalan
(pemboleh ubah (pemboleh ubah 2)
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang
sesuai untuk menunjukkan pembahagian guna tenaga mengikut industri terpilih pada tahun
2011 dan tahun 2012.
(pemboleh ubah 3)
Langkah 3 : Bina jadual berpandukan pemboleh ubah
3.1 Jadual yang disediakan perlulah merangkumi sektor/ bidang, nilai, peratus, sudut dan
jumlah keseluruhan. Panduan rangka jadual.
(a) Pastikan jadual ada 7 lajur (columm) dan jumlah baris bergantung kepada
soalan.
(b) Pastikan baris pertama ditulis label dan unit – pembahagian guna tenaga
(orang)
(c) Pastikan baris kedua ditulis pemboleh ubah berbandingan contohnya tahun
2011 dan tahun 2012 (pemboleh ubah 3)
(d) Baris ketiga (column 1,2 dan 3) ditulis jumlah, peratus dan sudut.
(e) Pastikan lajur (column) yang pertama ditulis pemboleh ubah yang akan
digunakan sebagai petunjuk iaitu industri terpilih (pemboleh ubah 2)
(f) Lajur 1,2 dan 3 dimasukkan data, nilai peratus dan sudut
111
3.2 Contoh jadual
TAJUK ditulis seperti dalamsoalan. Perlu ada
TEMPAT, PERKARA dan TEMPOH
Label Pemboleh ubah petunjuk Pemboleh ubah berdasarkan soalan
(pemboleh ubah 1)
Label Pemboleh ubah bandingan Pemboleh ubah bandingan Label dan
(pemboleh ubah 3) Unit
Pemboleh 12 31 2 3
ubah
Data Nilai Nilai
petunjuk dalam peratus sudut
petikan
(pemboleh
ubah 2)
Sumber (salin sepenuhnya dari petikan
3.2 Perkara-perkara penting yang perlu ada dalam jadual:
(a) Tajuk (Tempat, Perkara, Tempoh) mesti ditulis ditengah-tengah jadual
(b) Label dan unit mesti ditulis dengan selengkapnya
(c) Data mesti ada 2 titik perpuluhan
(d ) Sumber (perlu salin seperti dalam petikan)
Langkah 4 : Baca petikan dengan teliti untuk pindahkan data ke dalam jadual
4.1 Data/ nilai yang diperlukan dalam jadual menggunakan formula berikut :
Untuk mencari peratus :
Jumlah setiap angkubah (sektor) X 100
Jumlah keseluruhan
Untuk mencari sudut :
Jumlah setiap angkubah (sektor) X 360ᵒ
Jumlah keseluruhan
112
Untuk mencari nisbah jejari :
(a) Jumlah keseluruhan pai pertama √∑i
(b) Jumlah keseluruhan pai kedua √∑ii
(c)
∑i
∑ii
(d) Jadikan nilai nisbah pai pertama adalah 1
Contoh :
Pai pertama (jumlah 12 284 500 orang) dan Pai kedua (jumlah 12 723 000
orang)
12 723 000
12 284 500
= 1.02
Maka nisbah jejari ialah 1 : 1.02
Untuk mencari jejari:
Darabkan nisbah jejari dengan sebarang nilai yang sesuai seperti 3/4 cm (jika
melukis pada kertas graf menegak) atau 4/5 cm (jika melukis pada kertas
mendatar) untuk dijadikan jejari.
Contoh :
Jejari pai pertama (1 X 3cm = 3cm)
Jejari pai kedua (1.02 X 3cm = 3.06cm)
113
Langkah 5 : Teknik Membina Carta Pai Bandingan
5.1 Carta pai berbanding dilukis berpandukan empat angkubah utama iaitu peratus, sudut
jumlah keseluruhan dan jejari.
TAJUK Sebelah atas, huruf
besar, di tengah-
tengah media
LABEL Berdasarkan LABEL
maklumat dalam
Nilai peratus
ditulis petikan, wajib
ditulis
di dalam
kecuali sudut Nilai peratus
ditulis dalam
yang kecil
2 titik
perpuluhan
JUMLAH: NILAI & UNIT JUMLAH: NILAI & UNIT
Perkataan ‘Jumlah’ mesti tulis
NISBAH JEJARI Mesti tulis
PETUNJUK
Salin daripada teks
SUMBER
Mesti ditulis
114
Contoh Soalan :
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang
sesuai untuk menunjukkan pembahagian guna tenaga mengikut industri terpilih pada
tahun 2011 dan tahun 2012.
Bilangan guna tenaga di Malaysia semakin meningkat pada setiap tahun selaras
dengan pertambahan penduduk dan perkembangan ekonomi Negara. Sesebuah negara yang
mahu meningkat maju perlu memperbanyak peluang pekerjaan. Peningkatan guna tenaga
pada tahun 2011 dan tahun 2012 ini meliputi semua industri terpilih.
Guna tenaga dalam industri terpilih ini menunjukkan peningkatan sebanyak 438 500
orang pada tahun 2012 berbanding dengan 12 284 500 orang pada tahun 2011. Selain
pertambahan penduduk dan perkembangan ekonomi negara, pertambahan ini juga berlaku
kerana kemasukan pekerja dari negara asing. Industri yang paling banyak memerlukan guna
tenaga ialah industri perkhidmatan, iaitu menggunakan guna tenaga seramai 7 442 600
orang pada tahun 2011. Keperluan dalam sektor perhotelan, restoran, dan pengangkutan
menyebabkan industri perkhidmatan ini memerlukan guna tenaga yang lebih ramai pada
tahun 2012, iaitu seramai 7 649 200 orang.
Dalam industri perkilangan, bilangan guna tenaga yang diperlukan adalah ramai
selaras dengan kemajuan Negara. Pada tahun 2011, bilangan guna tenaga seramai 2 222 300
orang diperlukan dan bilangan ini meningkat sebanyak 5600 orang pada tahun berikutnya.
Kawasan perindustrian yang dibina di setiap negeri meningkatkan bilangan ini dan pelbagai
kilang didirikan di kawasan berkenaan.
Dalam industri pertanian, perhutanan, penternakan dan perikanan, guna tenaga
tetap tinggi walaupun tidak mencecah satu perempat guna tenaga keseluruhan. Pada tahun
2011, bilangan guna tenaga sebanyak 1 410 000 orang dan meningkat sedikit menjadi 1 601
700 orang pada tahun 2012. Penggunaan teknologi moden mungkin mengurangkan
penggunaan tenaga manusia dalam industri ini berbanding dengan industri lain.
Industri pembinaan merupakan industri ketiga tertinggi penggunaan guna tenaga.
Walaupun tumpuan industri ini banyak di kawasan Bandar dan pinggir Bandar. Pada tahun
2011, jumlah guna tenaga ialah 1 133 600 orang. Jumlah ini meningkat kepada 1 163 700
115
orang pada tahun 2012. Industri perlombongan dan kuari mencatatkan bilangan guna tenaga
paling rendah dalam kalangan industri terpilih. Bilangan lombong dan kuari yang semakin
sedikit di negara ini, telah menyebabkan guna tenaga yang ramai tidak diperlukan dalam
industri ini berbanding dengan industri lain. Walaupun begitu, ada peningkatan bilangan
guna tenaga pada tahun 2012 berbanding dengan tahun 2011. Pada tahun 2011, bilangan
guna tenaga ialah sebanyak 76 000 orang. Jumlah ini meningkat sebanyak 4500 orang pada
tahun 2012.
Guna tenaga yang semakin meningkat ini menunjukkan perkembangan dalam
pembangunan negara. Bilangan guna tenaga yang cukup besar dalam industri perkhidmatan
dan perkilangan menunjukkan Malaysia sedang menuju ke arah sebuah negara maju dan
berpendapatan tinggi.
(Disesuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2013, Putrajaya :
Jabatan Perangkaan Malaysia)
Contoh Jadual :
MALAYSIA : PEMBAHAGIAN GUNA TENAGA MENGIKUT INDUSTRI TERPILIH
PADA TAHUN 2011 DAN TAHUN 2012
Industri Tahun Pembahagian Guna Tenaga (orang)
Terpilih
Jumlah Tahun 2011 Tahun 2012 Sudut (ᵒ)
7 442 600 Peratus (%) Sudut (ᵒ) Jumlah Peratus (%) 216.44
Perkhidmatan 60.59 218.11 7 649 200 60.12
Perkilangan 2 222 300 18.09 65.12 2 227 900 17.51 63.03
Pertanian, perhutanan,
ternakan dan perikanan 1 410 000 11.48 41.32 1 601 700 12.59 45.32
Pembinaan
1 133 600 9.23 33.22 1 163 700 9.15 32.93
Perlombongan dan kuari 76 000 0.62 2.23 80 500 0.63 2.28
Jumlah 100 360 100 360
12 284 500 12 723 000
(Disesuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2013,
Putrajaya : Jabatan Perangkaan Malaysia)
Nota : Jumlah yang di ‘italic’ dan dihitamkan dalam
jadual adalah data yang perlu dikira
116
Contoh Carta Pai Bandingan :
MALAYSIA : PEMBAHAGIAN GUNA TENAGA MENGIKUT INDUSTRI TERPILIH
PADA TAHUN 2011 DAN TAHUN 2012
Tahun 2011 Tahun 2012
Jumlah : 12 284 500 orang Jumlah : 12 723 000 orang
Nisbah Jejari : 1:1.02
Petunjuk
Perkhidmatan (Disesuaikan daripada Buku
Pembinaan Tahunan Perangkaan Malaysia 2013
Pertanian, Perhutanan, Penternakan dan Perikanan Putrajaya : Jabatan Perangkaan
Malaysia)
Perkilangan
Perlombngan dan Kuari
117
8 LANGKAH MENJAWAB SOALAN
CARTA PAI BERTINGKAT
LANGKAH MENJAWAB SOALAN CARTA PAI BERTINGKAT
Langkah 1: Mengenal pasti kata kunci
1.1 Kenal pasti kata kunci dalam soalan.
k) Carta pai bandingan - menunjukkan dua set pemboleh ubah yang
berlainan tetapi berkaitan dan jumlah kedua-duanya adalah sama.
l) Carta pai bertingkat berbentuk silinder dengan bahagian permukaannya seperti
carta pai mudah dan bahagian bawah berbentuk silinder.
m) Bahagian permukaan carta pai mewakili pemboleh ubah yang berlainan
dengan set pemboleh ubah pada bahagian tingkat/ silinder.
n) Pemboleh ubah di atas dilukis berdasarkan bukaan sudut 360ᵒ, manakala
pemboleh ubah di bawah berdasarkan prinsip 1cm=10%.
Langkah 2:Kenal pasti pemboleh ubah dalam soalan
2.1 Kenal pasti pemboleh ubah dalam soalan
(pembolehubah 1) (pembolehubah 2)
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang
sesuai untuk menunjukkan bilangan pendatang asing tanpa izin (PATI) mengikut negara
asal dan mengikut program penyelesaian menyeluruh pada 16 Disember 2011.
(pembolehubah 3)
Langkah 3 : Bina jadual berdasarkan petikan
3.1 Panduan rangka jadual.
(a) Membentuk jadual berdasarkan pemboleh ubah, nilai atau data yang
diperlukan.
(b) Perkara-perkara penting dalam jadual tajuk, label, data dan sumber.
118
TAJUK ditulis seperti dalam soalan. Perlu ada
TEMPAT, PERKARA dan TEMPOH
Label Pemboleh ubah 2 Pemboleh ubah berdasarkan soalan Label dan
(pemboleh ubah 1) Unit
Pemboleh 1 2 3
ubah
petunjuk Data Nilai Nilai
dalam peratus sudut
(pemboleh petikan
ubah 2)
Label Pemboleh ubah 3 1 2 3
Pemboleh Data Nilai Keting
ubah dalam peratus gian
petunjuk petikan
(pemboleh
ubah 3)
Sumber (salin sepenuhnya dari petikan)
3.2 Perkara-perkara penting yang perlu ada dalam jadual:
(a) Tajuk (Tempat, Perkara, Tempoh) - mesti ditulis di tengah-tengah jadual
(b) Label dan unit mesti ditulis dengan selengkapnya
(c) Data mesti ada 2 titik perpuluhan
(d ) Sumber (perlu salin seperti dalam petikan)
Langkah 4 : Baca petikan dengan teliti dan pindahkan data ke dalam jadual
4.1 Data/ nilai yang diperlukan dalam jadual 1 bagi carta pai (tingkat atas):
Untuk mencari peratus :
Jumlah setiap angkubah (sektor) X 100
Jumlah keseluruhan
Untuk mencari sudut :
Jumlah setiap angkubah (sektor) X 360ᵒ
Jumlah keseluruhan
119
4.2 Data/ nilai yang diperlukan dalam jadual 2 bagi tingkat bawah / silinder :
Untuk mencari peratus :
Jumlah setiap angkubah (sektor) X 100
Untuk mencariJukmetlianhggkieasnel:uruhan
Jumlah setiap angkubah (sektor) X 10cm
Jumlah keseluruhan
Langkah 5 : Teknik Membina Carta Pai Bertingkat
5.1 Lukiskan carta pai berbentuk elips di tingkat atas dan ketinggian/ silinder bagi tingkat
bawah dalam 10cm.
Pai mewakili pemboleh TAJUK Jejari antara 3-4 cm
ubah kedua - perlu
ditulis nilai peratus 42.60% Warnakan setiap
dalam dua titik sudut bagi pai
perpuluhan
dengan warna yang
berbeza
Tingkat mewakili Indonesia Ketinggian silinder
pemboleh ubah 66. 57% 10cm. Warnakan
ketiga – perlu ditulis bahagian silinder
perkara dan nilai dengan satu warna
peratus dalam dua
titik perpuluhan sahaja
SKALA : 1cm : 10% JUMLAH : NILAI & UNIT Perkataan ‘Jumlah’ mesti tulis
PETUNJUK Wajib tulis SUMBER
Semua 120 Seperti dalam
petunjuk petikan
bagi pai
Contoh Soalan :
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang
sesuai untuk menunjukkan bilangan pendatang asing tanpa izin (PATI) mengikut negara asal
dan mengikut program penyelesaian menyeluruh pada 16 Disember 2011.
Dalam usaha untuk mengawal kamasukan pekerja asing, terdapat program
penyelesaian menyeluruh yang antaranya ialah peringkat pemutihan dan pengampunan ke
atas pendatang asing tanpa izin (PATI). Pada 16 Disemberr 2011, jumlah pekerja asing
mengikut tujuh negara terpilih yang mengalami pemutihan dan pengampunan berjumlah
116 690 orang dan daripada jumlah tersebut seramai 66 978 orang ialah pekerja asing yang
mengalami proses pemutihan dan selebihnya di bawah proses pengampunan.
PATI dari negara Indonesia adalah yang paling ramai yang mengalami peringkat
pemutihan dan pengampunan. Pekerja asing dari Indonesia yang mengalami peringkat
pemutihan berjumlah 42 544 orang, iaitu berlebih sebanyak 7402 orang berbanding dengan
mereka yang terlibat dengan peringkat pengampunan.
Pekerja dari Bangladesh berjumlah 15 946 orang. Pekerja-pekerja ini memenuhi
keperluan dalam sektor-sektor tertentu, terutamanya sektor perladangan dan perkilangan.
Pada tempoh yang sama, warga Myanmar yang terlibat dalam peringkat pemutihan
berjumlah 6527 orang dan disahkan sebagai pekerja asing di negara ini, manakala yang
terlibat dalam peringkat pengampunan seramai 2467 orang dan dibenarkan pulang ke negara
asal mereka.
Seterusnya, wujud perbezaan yang besar bagi PATI yang datang dari negara India.
Mereka yang terlibat dalam peringkat pengampunan berjumlah 4039 orang. Mereka
dibenarkan pulang ke negara asal mereka. Jumlah ini jauh lebih besar berbanding dengan
hanya 903 orang yang disahkan sebagai pekerja asing di negara ini. Pekerja asing dari negara
Nepal yang berjumlah 4873 orang telah diberikan pemutihan dan pengampunan.
Sejumlah 612 orang pekerja asing dari Vietnam yang mengalami peringkat
pemutihan dan diterima bekerja di negara Malaysia. Namun begitu, seramai 1289 orang
diberikan pengampunan dan dibenarkan pulang ke negara asal mereka. PATI dari negara
Kemboja yang diberikan pemutihan dan pengampunan ialah seramai 2348 orang.
Program penyelesaian menyeluruh merupakan suatu usaha untuk menangani lambakan
pekerja asing yang boleh menggugat peluang pekerjaan rakyat tempatan.
(Disesuaikan daripada Portal Rasmi Kementerian Dalam Negeri, Malaysia, 2012)
121
Contoh Jadual :
MALAYSIA : BILANGAN PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI) MENGIKUT
NEGARA ASAL DAN MENGIKUT PROGRAM PENYELESAIAN MENYELURUH
PADA 16 DISEMBER 2019.
Program Penyelesaian Menyeluruh Bilangan Pendatang Asing Tanpa Izin (orang)
Pemutihan Jumlah Peratus (%) Sudut (ᵒ)
Pengampunan
66 978 57.40 206.63
49 712 42.60 153.37
Bilangan Pendatang Asing Tanpa Izin (orang)
Negara Asal Jumlah Peratus (%) Ketinggian
(cm)
Indonesia
Bangladesh 77 686 66.57 6.7
Myammar
India 15 946 13.67 1.4
Nepal
Vietnam 8 994 7.71 0.8
Kemboja
Jumlah 4 942 4.24 0.4
4 873 4.18 0.4
1 901 1.63 0.2
2 348 2.01 0.2
116 690 100 10
(Disesuaikan daripada Portal Rasmi
Kementerian Dalam Negeri, Malaysia, 2012)
Nota : Jumlah yang di ‘italic’ dan dihitamkan adalah
data yang perlu dikira
122
Contoh Carta Pai Bertingkat :
123
9 SOALAN-SOALAN LATIHAN PRAKTIS
MENGIKUT JENIS
1. LATIHAN GRAF GARIS KOMPAUN
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang
sesuai untuk menunjukkan aliran pertukaran ringgit Malaysia bagi seunit mata wang asing
terpilih dari 2013 hingga 2016.
Keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu mempengaruhi ekonomi Malaysia
khususnya dalam pertukaran mata wang. Ringgit Malaysia agak tidak stabil dalam beberapa
tahun kebelakangan ini. Keadaan ini agak merisaukan kerana trend yang ada menunjukkan
nilai mata wang Malaysia terus merosot.
Pertukaran dengan dolar Amerika menunjukkan penurunan yang ketara setiap tahun.
Pada 2013, satu dolar Amerika yang bersamaan dengan RM3.15 menurun kepada RM3.27
pada 2014. Nilai ini menurun lagi sebanyak RM0.63 pada tahun berikutnya. Oleh sebab dolar
Amerika menjadi sandaran kepada banyak mata wang negara di dunia, penurunan mata wang
Malaysia memberikan kesan kepada perdagangan Malaysia. Pada 2016, nilai mata wang
turun lagi menjadi RM4.08.
Pertukaran dengan paun sterling menunjukkan penurunan dan peningkatan dalam tempoh
2013 hingga 2016. Nilai pertukaran dengan paun sterling paling tinggi perbezaannya. Nilai
satu paun sterling bersamaan dengan RM4.93 pada 2013 menurun kepada RM5.39 pada
2014. Nilai tersebut menurun lagi pada 2015 sebanyak RM0.58. Pada 2016, berlaku sedikit
peningkatan dalam nilai mata wang Malaysia menjadi RM5.70. Penarikan keluar Britain
daripada Kesatuan Eropah didakwa memberikan impak kepada nilai mata wang negara
berkenaan.
Nilai dolar Australia menampakkan trend turun naik dengan mata wang Malaysia.
Rakyat Malaysia yang berkunjung ke negara berkenaan sedikit sebanyak terkesan dengan
perubahan ini. Pada 2013, nilai pertukaran ialah sebanyak RM3.04, meningkat kepada
RM2.95 pada 2014, dan terus meningkat sedikit pada 2015 menjadi RM2.93. Pada 2016, nilai
mata wang Malaysia menurun menjadi RM3.03. hubungan dagang dengan negara Singapura
terus kukuh walaupun nilai ringgit Malaysia terus menurun berbanding dolar Singapura yang
sentiasa meningkat. Pada 2013, nilai ringgit Malaysia sebanyak RM2.51 menurun RM0.07
pada 2014, dan menurun lagi sebanyak RM0.25 pada 2015. Sebagai rakan dagang utama
dalam kalangan negara ASEAN, nilai eksport Malaysia turut mempengaruhi nilai mata wang.
Pada 2016, nilai ringgit menurun menjadi RM2.98.
Pertukaran ringgit Malaysia dengan mata wang Euro menunjukkan penurunan berterusan
dalam tempoh berkenaan, kecuali pada 2015 yang menunjukkan peningkatan kepada
RM4.33. Pada 2013, nilainya bersamaan dengan RM4.18, kemudian menurun kepada
RM4.35. Manakala pada 2016, kadar pertukarannya ialah RM4.56.
Trend penurunan berterusan nilai ringgit Malaysia berbanding banyak negara ini
memberikan kesan kepada harga produk import dari negara berkenaan. Rakyat Malaysia
seharusnya bersedia menghadapi keadaan yang tidak menentu ini.
(Dipetik dan diubah suai daripada Buku Maklumat
Perangkaan Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia, 2016)
124
2. LATIHAN GRAF GARIS KOMPONEN
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai
bagi menunjukkan aliran jumlah kenderaan bermotor yang berdaftar di Malaysia dari 2013
hingga 2015.
Kenderaan bermotor yang berdaftar di Malaysia meningkat setiap tahun selaras dengan
pertambahan bilangan penduduk dan kemampuan kewangan penduduk. Jumlah kenderaan
bermotor pada 2013 ialah 23, 819,256 buah. Daripada jumlah itu, bilangan motorkar
sebanyak 10,535,575 buah manakala motorsikal yang merupakan bilangan kenderaan
terbanyak pada tahun berkenaan berjumlah 11,087, 878 buah.
Bilangan kenderaan berdaftar paling sedikit pada 2013 ialah kenderaan awam yang
berjumlah 216,659 buah. Bilangan kenderaan perdagangan berdaftar lebih banyak berbanding
kenderaan awam, iaitu melebihi sebanyak 899,508 buah, sementara kenderaan berdaftar
selebihnya ialah kenderaan lain.
Pada 2014, semua jenis kenderaan berdaftar meningkat berbading tahun sebelumnya.
Motorkar yang merupakan keperluan asas meningkat kepada 11,199,910 buah manakala
motorsikal yang merupakan kenderaan berdaftar yang paling banyak meningkat kepada
541,387 buah. Kenderaan awam juga meningkat kepada 229,678 buah. Kenderaan
perdagangan yang mewakili hampir lima peratus daripada jumlah kenderaan keseluruhan
hanya berjumlah 1,159,872 buah. Sementara itu,kenderaan lain berjumlah 882,467 buah pada
2014. Peningkatan bilangan kenderaan berdaftar ini menunjukkan bahawa pertambahan kuasa
beli penduduk di negara ini semakin meningkat.
Trend yang berbeza dapat dilihat dalam pemilikan motorkar pada 2015, iaitu bilangan
kenderaan ini melebihi bilangan motorsikal. Bilangan motorkar sebanyak 12,094,790 buah
manakala bilangan motorsikal sebanyak 11,871,696 buah. Bilangan kenderaan paling sedikit
berdaftar pada tahun ini ialah kenderaan awam yang berjumlah 239,033 buah. Bilangan
kenderaan perdagangan turut meningkat pada tahun ini yang membuktikan perdagangan
domestik yang turut berkembang dengan pengangkutan barat. Jumlah kenderaan untuk
kenderaaan perdagangan berjumlah 1,197,987 buah manakala bakinya ialah kenderaan lain
dari jumlah keseluruhan kenderaan pada tahun ini, iaitu 26, 301,952 buah.
Antara petunjuk negara maju dan sejahtera ialah kemajuan ekonomi dan perkembangan
dari segi prasarana. Pertambahan bilangan kenderaan setiap tahun membuktikan bahawa
eklonomi negara ini semakin berkembang.
Sumber dipetik dan diubah suai daripada
Buku Maklumat Perangkaan Malaysia 2016,
Jabatan Perangkaan Malaysia
125
3. LATIHAN GRAF GARIS IMBANGAN
Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai
untuk menunujukkan kadar pertumbuhan sektor-sektor terpilih di Malaysia dari tahun 2012
hingga jangkaan tahun 2016.
Prestasi pertumbuhan ekonomi sektor terpilih menunjukkan rekod memberangsangkan
meskipun dijangka mengalami kesukaran pada tahun 2015 dan tahun 2016. Pada tahun 2012,
pertumbuhan dalam sektor pemnbuatan, perhotelan dan perdagangan masing-masing ialah
5.6 peratus, 3.4 peratus dan 3.8 peratus. Dua sektor lain juga mencatatkan pertumbuhan
positif dengan masing-masing sektor kewangan mencatat 5.6 peratus dan sektor pertanian
mencatat 3.1 peratus.
Pada tahun 2013, pertumbuhan semua sektor mengalami penyusutan dengan penyusutan
paling ketara dalam sektor kewangan dan perhotelan. Sektor kewangan menyusut 3.2 peratus
dan sektor perhotelan menyusut 2.1 peratus. Sektor pembuatan hanya menyusut 2.0 peratus,
sektor perdagangan menunjukkan penyusutan 1.1 peratus. Sektor pertanian pula sebaliknya
menunjukkan pertumbuhan yang lebih bagus kepada 3.3 peratus.
Pada tahun 2014, sektor pembuatan mengalami kejutan kerana pelabur menarik diri
daripada pasaran tempatan sehingga menjejaskan pertumbuhan menjadi negatif 1.2 peratus
dan dijangka mengalami penyusutan lagi pada tahun 2015 kesan kejatuhan nilai ringgit
dengan anggaran negatif 2.0 peratus. Sektor perhotelan dan kewangan turut terkesan pada
tahun 2014 kerana mencatat pertumbuhan negatif menjadi negatif 0.8 peratus dan negatif 0.5
peratus. Pada tahun 2015, ia dijangka sealiran dengan pertumbuhan ekonomi dalaman dan
antarabangsa dan dijangka menjadi negatif 1.3 peratus dan negatif 2.5 peratus masing-
masing.
Sektor perdagangan masih mengekalkan pertumbuhan positifnya pada tahun 2014, sama
seperti tahun sebelumnya namun pada tahun 2015 sektor ini dijangka mencatat pertumbuhan
hanya 2.0 peratus. Untuk sektor pertanian pertumbuhan masih positif disebabkan permintaan
terhadap sektor ini masih tinggi sama ada untuk pasaran tempatan mahupun permintaan
antarabangsa. Ia mencatat pertumbuhan 2.5 peratus berbanding tahun sebelumnya 2.8
peratus.
Pada tahun 2016, sektor kewangan dan perhotelan dijangka masih negatif. Pertumbuhan
sektor kewangan dijangka negatif 1.6 peratus dan sektor perhotelan dijangka negatif 1.0
peratus. Pertumbuhan di sektor perdagangan, pembuatan dan pertanian pula sebaliknya
dijangka menunjukkan pertumbuhan positif dengan jangkaan masing-masing mencatat
pertumbuhan kepada 2.0 peratus, 3.4 peratus dan 1.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.
(Sumber : Disesuaikan daripada Laporan
Unjuran Pertumbuhan Ekonomi Dunia, 2015)
126
4. LATIHAN BAR KOMPAUN
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan bilangan calon tapisan keutuhan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) dari tahun 2012 hingga tahun 2014.
Tapisan keutuhan oleh SPRM melibatkan lima jenis tapisan, iaitu kenaikan pangkat,
bersara pilihan, tapisan am, pengurniaan pingat persekutuan, dan pengurniaan pingat negeri.
Tapisan tersebut perlu dilakukan bagi memastikan calon yang dipilih mempunyai rekod
perkhidmatan yang bersih, sahsiah yang baik, integriti yang tinggi, dan bebas daripada
jenayah rasuah.
Sepanjang tahun 2012, sebanyak 193 149 calon terlibat dalam proses tapisan berkenaan.
Tapisan keutuhan bagi kenaikan pangkat mencatatkan calon yang paling ramai, iaitu
sebanyak 165 317 orang, manakala seramai 3579 calon melalui proses tapisan keutuhan
kerana memilih untuk bersara pilihan. Bilangan calon jenis tapisan am pula mengatasi calon
bersara pilihan sebanyak 4888 orang. Bagi memastikan kredibiliti penerima pingat tidak
dipertikaikan, sebanyak 1706 calon bagi pengurniaan pingat persekutuan telah melalui
saringan tapisan keutuhan SPRM, dan selebihnya terdiri daripada calon tapisan bagi
pengurniaan pingat negeri.
Tapisan keutuhan bagi kenaikan pangkat telah merosot sebanyak 17.03% kepada 137 162
orang setahun kemudian. Tapisan bagi pengurniaan pingat negeri masih melibatkan calon
yang kedua ramai pada tahun 2013, walaupun bilangannya berkurang kepada 12 657 orang.
Bilangan calon tapisan keutuhan bagi pengurniaan pingat persekutuan pula meningkat
sebanyak 20.11% pada tahun 2013 berbanding dengan tahun 2012. Tapisan bagi calon
bersara pilihan dan tapisan am masing-masing berjumlah 4791 orang dan 8033 orang pada
tahun 2013.
Pada tahun 2014, seramai 142 129 calon bagi kenaikan pangkat telah melalui proses
tapisan keutuhan SPRM. Tapisan bagi calon bersara pilihan pula membabitkan seramai 5720
orang. Peningkatan yang besar pada tahun 2014 ditunjukkan oleh calon tapisan am, iaitu
meningkat sebanyak 128.43% berbanding dengan tahun 2013. Peningkatan ini juga
melibatkan calon bagi pengurniaan pingat persekutuan, iaitu bertambah kepada 2989 orang,
tetapi calon bagi pengurniaan pingat negeri berkurang kepada 10 417 orang berbanding
dengan tahun sebelumnya.
(Disesuaikan daripada Berita Harian, 7 Mac 2015)
127
5. LATIHAN GRAF BAR KOMPONEN
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang
sesuai untuk menunjukkan jumlah penduduk Malaysia mengikut kumpulan umur dari tahun
2005 hingga tahun 2009.
Jumlah penduduk Malaysia dari tahun 2005 hingga tahun 2009 menunjukkan peningkatan.
Pada tahun 2005, jumlah penduduknya ialah 26 127 700 orang dan pada tahun 2009 jumlah
ini bertambah kepada 28 307 000 orang, iaitu peningkatan sekitar lapan peratus.
Peningkatan ini merupakan petanda baik untuk masa depan negara bagi memastikan agar
bekalan tenaga kerja mencukupi menjelang tahun 2020.
Daripada jumlah tersebut, kumpulan umur 15-64 tahun merupakan kumpulan terbesar,
iaitu melebihi 50 peratus jumlah penduduk Malaysia.Jumlah kumpulan ini pada tahun 2005
ialah 16 483 000 orang dan bertambah kepada 16 859 000 orang pada tahun 2006.Jumlah
kumpulan umur 0-14 tahun pada tahun 2005 pula ialah sebanyak 8 525 300 orang dan
jumlah ini bertambah kepada 8 632 000 orang pada tahun 2006.Jumlah penduduk dalam
kumpulan umur 65 tahun dan lebih pada tahun 2005 ialah 1 119 400 orang dan bertambah
kepada 1 149
600 orang pada tahun 2006.
Kemajuan sains dan teknologi menyebabkan dunia perubatan berkembang dan pada
masa yang sama telah menghasilkan ubat-ubatan dan makanan tambahan untuk
memanjangkan usia penduduk Malaysia. Ini menyebabkan jumlah penduduk dalam
kumpulan umur 65 tahun dan lebih meningkat untuk tiga tahun seterusnya. Pada tahun
2007, jumlah kumpulan ini ialah sebanyak 1 187 000 orang dan bertambah kepada 1 232
300 orang pada tahun 2008 dan terus
meningkat sebanyak 54 000 orang pada tahun 2009.
Kumpulan umur 15-64 tahun merupakan kumpulan umur yang produktif dan menjadi
tulang belakang kepada perkembangan ekonomi negara. Pada tahun 2007, jumlah kumpulan
ini ialah sebanyak 63.4 peratus atau 17 237 000 orang manakala kumpulan umur 0-14 tahun
pula ialah 8 748 600 orang.
Kumpulan umur 0-14 tahun pada tahun 2008 ialah sebanyak 8 876 200 orang, iaitu 32
peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk pada tahun berkenaan.Jumlah kumpulan
umur 15-64 tahun pula ialah melebihi 8 743 800 orang daripada kumpulan umur 0-14
tahun. Pada tahun 2009 pula, jumlah kumpulan umur 15-64 tahun ialah sebanyak 18 006
000 orang, iaitu melebihi 8 991 300 orang daripada kumpulan umur 0-14 tahun.
Suasana Malaysia yang aman dan ekonomi yang berkembang seiring dengan
perkembangan dunia menyebabkan keperluan tenaga kerja amat mendesak. Hal ini
demikian supaya segala pembangunan yang akan dilaksanakan mempunyai tenaga kerja
yang kompeten.
(Disesuaikan daripada Buku Maklumat Perangkaan
Malaysia 2009,Jabatan Perangkaan Malaysia)
128
6. LATIHAN GRAF BAR MEMESONG
Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan peratus perubahan kuantiti buangan terjadual yang diuruskan mengikut
negeri terpilih antara tahun 2011 dengan tahun 2012 dan antara tahun 2012 dengan tahun
2013 di Malaysia.
Buangan terjadual merupakan istilah perundangan bagi bahan atau barang buangan yang
mengandungi bahan kimia atau campuran bahan kimia dengan kepekatan atau melebihi
kuantiti yang dibenarkan. Segala aktiviti pengumpulan, pengendalian, dan penyimpanan
buangan terjadual ini perlu mematuhi peraturan Environmental Quality bagi menjamin
keselamatan manusia dan kesejahteraan alam sekitar.
Terengganu merekodkan kuantiti tertinggi bagi buangan terjadual yang diuruskan pada
tahun 2011, iaitu sebanyak 302 641 tan metrik. Pulau Pinang pula hanya mencatatkan
sebanyak 194 279 tan metrik kuantiti buangan terjadual yang diuruskan, iaitu kurang
sebanyak 17 968 tan metrik berbanding dengan Selangor. Bagi Sabah dan Perlis, kuantiti
buangan terjadual yang diuruskan oleh negeri masing-masing berjumlah 7054 tan metrik dan
1932 tan metrik. Kuantiti buangan terjadual yang diuruskan oleh Kelantan pada tahun 2011
ialah sebanyak 1877 tan metrik.
Pada tahun 2012, Terengganu masih mendahului negeri-negeri lain dengan peningkatan
sebanyak 54 453 tan metrik kuantiti buangan terjadual yang diuruskan berbanding dengan
tahun sebelumnya. Trend peningkatan juga ditunjukkan oleh Selangor, Perlis, dan Kelantan.
Peningkatan kuantiti buangan terjadual di Selangor ialah sebanyak 7734 tan metrik, diikuti
oleh Perlis yang meningkat kepada 2503 tan metrik dan Kelantan pula meningkat kepada
2013 tan metrik berbanding dengan tahun 2011. Kuantiti buangan terjadual yang diuruskan
oleh Pulau Pinang dan Sabah masing-masing berkurang kepada 146 637 tan metrik dan 5380
tan metrik.
Statistik kuantiti buangan terjadual yang diuruskan oleh Terengganu dan Selangor pada
tahun 2013 masing-masing masih terus meningkat kepada 413 273 tan metrik dan 231 562
tan metrik berbanding dengan tahun 2012. Keadaan ini berbeza dengan Pulau Pinang kerana
kuantiti buangan terjadual yang diuruskan merosot untuk tahun ketiga, iaitu menyusut
sebanyak 7947 tan metrik berbanding dengan tahun 2012. Kuantiti buangan terjadual yang
diuruskan oleh Sabah pada tahun 2013 bertambah kepada 8315 tan metrik. Perlis
mencatatkan kuantiti buangan terjadual yang diuruskan sebanyak 1433 tan metrik, iaitu
kurang sebanyak 477 tan metrik berbanding dengan kuantiti buangan terjadual yang
diuruskan oleh Kelantan pada tahun 2013.
(Disesuaikan daripada Kompendium Perangkaan Alam Sekitar 2014,
Perangkaan Malaysia, Disember 2014)
129
7. LATIHAN GRAF BAR GABUNGAN ( Bar Kompaun + Satu Garis )
Berdasarkan petikan di bawah, lukis graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan tenaga
buruh, buruh bekerja, buruh menganggur dan kadar pengangguran di Malaysia bagi
tempoh 2013 hingga 2016.
Malaysia dalam mencapai status negara maju pada tahun 2020 mengalami
pertambahan pesat dalam struktur guna tenaga sejak kebelakangan ini. Namun berlaku sedikit
ketidakseimbangan antara jumlah tenaga kerja dengan peluang pekerjaan.
Pada tahun 2013, jumlah tenaga buruh ialah 19,616.1 ribu orang meningkat sebanyak
276 ribu orang pada tahun 2014. Golongan yang bekerja agak rendah dan ini mewujudkan
pengangguran. Pada tahun-tahun berkenaan bilangan yang bekerja hanyalah 19321.7 ribu
orang dan 19535.0 ribu orang. Walaupun ada peningkatan , namun bilangan masih tinggi.
Bilangan yang menganggur pada tahun 2014 ialah 357.1 ribu orang dan data ini menunjukkan
tahun 2014 lebih tinggi berbanding tahun 2013.
Pada tahun 2015, jumlah tenaga buruh terus meningkat kepada 19886.2 ribu orang,
tetapi bilangan yang menganggur menurun kepada 343.5 ribu orang. Hal ini membuktikan
bilangan yang bekerja bertambah ekoran perkembangan ekonomi negara. Pada tahun ini
kadar pengangguran juga menurun kepada 3.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Pada tahun 2016, ekonomi semakin pulih daripada kegawatan, jumlah tenaga buruh
telah meningkat kepada 19,985 ribu orang, manakala golongan yang bekerja turut meningkat
19,650 ribu orang. Hal ini bermakna golongan yang menganggur semakin mengecil
bilangannya.
Kadar pengangguran berlaku peningkatan dan penurunan dalam tempoh berkenaan.
Pada tahun 2013, nilainya ialah 3.1 peratus meningkat sebanyak 0.5 peratus pada tahun
2014. Pada tahun 2016, kadar pengangguran menurun kepada 3.4 peratus.
Sumber : Dipetik dan diubahsuai daripada
Jabatan Perangkaan Malaysia 2017.
130
8. LATIHAN GRAF BAR GABUNGAN ( Bar Kompaun + Banyak Garis )
Berdasarkan maklumat yang diberi dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan kuantiti pengeluaran komoditi perikanan mengikut jenis dan aliran hasil
pengeluaran komoditi perikanan di Malaysia bagi tempoh sepanjang tahun 2013 hingga tahun
2016.
Sektor perikanan memainkan peranan penting dalam menyumbang sumber makanan
kepada penduduk negara ini. Komoditi perikanan juga menjadi sumber pendapatan penduduk
dan negara. Sektor perikanan dikategori kepada tangkapan ikan marin dan pengeluaran
akuakultur.
Dalam tempoh 2013 hingga 2016, pengeluaran ikan marin berlaku perubahan yang
tidak konsisten. Pada tahun 2013 kuantiti pengeluarannya sebanyak 1,382,424 tan metrik
meningkat pada tahun berikutnya menjadi 1,395,531 tan metrik. Namun pada tahun 2015
menurun sebanyak 1,305 tan metrik. Manakala pada tahun 2016, berlaku peningkatan yang
agak ketara iaitu meningkat kepada 1,429,881 tan metrik. Permintaan yang semakin
meningkat antara punca pengeluaran ikan marin semakin bertambah.
Aktiviti akuakultur merangkumi pengeluaran ikan, kerang-kerangan, tiram, rumpai
laut dan lain-lain di laut, tasik kolam dan sungai. Pengeluaran komoditi perikanan ikut jenis
akuakultur meningkat dalam tempoh 2013 hingga 2016. Peratus peningkatan yang lebih besar
berbanding peningkatan dalam kategori ikan marin. Pada tahun 2013, pengeluaran sebanyak
269,514 tan metrik meningkat kepada 355,428 tan metrik pada tahun berikutnya. Pengeluaran
paling tinggi pada tahun 2016 iaitu sebanyak 582,048 tan metrik bertambah sebanyak
108,742 tan metrik.
Hasil pengeluaran komoditi perikanan bagi jenis ikan marin menunjukkan
peningkatan setiap tahun. Hal ini menunjukkan perkembangan positif dalam sektor ini. Pada
tahun 2013 hasil sebanyak RM5,139 juta meningkat sebanyak RM581 juta. Manakala pada
tahun 2015, hasil sebanyak RM2421 juta meningkat kepada RM6,751 juta. Peningkatan
kuantiti pengeluaran dan harga pasaran meningkatkan hasil pengeluaran ini.
Kuantiti pengeluaran komoditi akuakultur turut meningkatkan hasil pengeluaran
komoditi akuakultur dalam tempoh berkenaan. Hasil paling tinggi pada tahun 2016 iaitu
sebanyak RM2873 juta meningkat sebanyak RM1,380 juta dari tahun 2013. Manakala pada
tahun 2014 dan 2015 hasil pengeluarannya masing-masing sebanyak RM1840 juta dan
RM2,421 juta.
(Disesuaikan daripada Jabatan Perikanan Malaysia 2017)
131
9. LATIHAN GRAF BAR GABUNGAN ( Bar Komponen + satu Garis )
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan jumlah pengeluaran dan jumlah perolehan eksport tiga komoditi utama
bagi tahun 2002 hingga tahun 2005.
Eksport barangan utama Malaysia semakin meningkat setiap tahun dan ini
meningkatkan perolehan eksport. Namun ada barangan tertentu walaupun kuantiti eksport
meningkat, tetapi peroehan eksport menurun.
Eksport barangan utama iaitu minyak sawit, getah dan gas asli cecair mengalami trend
yang tidak sama. Pengeluaran minyak sawit pada tahun 2002 adalah sebanyak 11,909 ribu tan
metrik meningkat menjadi 13,355 ribu tan metrik pada tahun 2003. Manakala pada tahun
2004 meningkat sebanyak 621 ribu tan metrik dari tahun sebelumnya dan pengeluaran pada
tahun 2005 dianggarkan sebanyak 15,300 ribu tan metrik.
Pengeluaran getah juga didapati meningkat sepanjang tempoh tersebut. Pada tahun
2012, pengeluaran sebanyak 890 ribu tan metrik meningkat kepada 986 ribu tan metrik pada
tahun 2003 dan meningkat lagi sebanyak 182 ribu tan metrik pada tahun 2004. Pada tahun
2005 dianggarkan menurun sedikit menjadi 1,145 ribu tan metrik. Penerokaan ladang getah
dijadikan kawasan industri memungkinkan hal ini berlaku.
Pada tahun 2002, pengeluaran gas asli cecair sebanyak 15,007 ribu tan metrik didapati
meningkat sepanjang empat tahun berkenaan. Pengeluaran pada tahun 2003 sebanyak 17,311
ribu tan metrik meningkat kepada 20,729 ribu tan metrik pada tahun 2004 dan dianggarkan
meningkat lagi pada tahun 2005 menjadi 20,936 ribu tan metrik. Penemuan kawasan carigali
yang baru meningkatkan kuantiti pengeluaran sumber barangan ini.
Perolehan eksport tiga barangan utama berkenaan didapati turun naik dalam tempoh
berkenaan. Minyak sawit didapati turun naik iaitu pada tahun 2002 sebanyak RM14,838 juta
meningkat kepada RM 20,411 juta pada tahun 2003. Namun pada tahun 2004 menurun
sebanyak RM364 juta. Pada tahun 2005 perolehan dianggarkan bernilai RM20,550 juta.
Peningkatan dan penurunan ini boleh dipengaruhi oleh harga pasaran minyak sawit dunia.
Pengeluaran getah yang tidak konsistan juga mempengaruhi perolehan getah dengan
keadaan yang tidak stabil. Pada tahun 2002, perolehan sebanyak RM2,492 juta meningkat
sepanjang dua tahun iaitu 2003 dan 2004 dengan masing-masing mencecah RM3,582 juta
dan RM5,197 juta. Namun pada tahun 2005, dianggarkan menurun sedikit sebanyak RM197
juta.
Barangan yang perolehannya meningkat sepanjang tempoh empat tahun berkenaan
ialah gas cecair asli iatu sebanyak RM9,888 juta pada tahun 2002, meningkat kepada
RM13,358 juta pada tahun 2003 dan bertambah sebanyak RM 3,721 juta pada tahun 2004.
Seterusnya pada tahun 2005, perolehannya dijangka sebanyak RM18,675 juta.
(Sumber: Disesuaikan daripada Kementerian
Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi
2005/2006, Kuala Lumpur)
132
10. LATIHAN CARTA PAI BANDINGAN
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang
sesuai untuk menunjukkan bilangan penduduk Malaysia mengikut kaum termasuk bukan
warganegara bagi tahun 2000 dan tahun 2010.
Dalam tempoh 10 tahun penduduk Malaysia telah meningkat lebih daripada 20
peratus. Pertambahan ini bukan sahaja melibatkan warganegara Malaysia, malah bukan
warganegara juga.
Pada tahun 2020, penduduk Malaysia berjumlah 23 274 690 orang termasuk bukan
warganegara dan telah meningkat kepada 28 334 135 orang pada tahun 2010. Peningkatan
taraf pendidikan dan kesihatan menjadikan kadar kematian semakin berkurang. Kaum
bumiputera merupakan kumpulan tertinggi dengan jumlah 14 248 179 orang meningkat
kepada 17 523 508 orang pada tahun 2010.
Kaum Cina pada tahun 2000 berjumlah 5 691 908 orang meningkat sebanyak 700 728
orang pada tahun 2010. Manakala kaum India meningkat sebanyak 227 695 orang
menjadikan bilangan pada tahun 2010 seramai 1 907 827 orang.
Untuk kaum-kaum lain, bilangan semakin berkurang dalam tempoh berkenaan, iaitu
seramai 269 697 orang pada tahun 2000 menjadi 189 385 orang pada tahun 2010.
Pengurangan ini berlaku kemungkinan kerana penghijrahan keluar golongan ini ke Negara
lain.
Manakala penduduk bukan warganegara juga mempunyai bilangan yang ramai, iaitu
1 384 774 orang mewakili 5.9 peratus penduduk Malaysia pada tahun 2000. Keperluan
tenaga kerja dalam pelbagai sektor menyebabkan bilangan mereka bertambah lagi sebanyak
936 005 orang pada tahun 2010. Kehadiran warga asing di negara ini mendatangkan pelbagai
kesan positif dan negatif yang perlu ditangani dengan bijaksana.
(Sumber: Diesuaikan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia,
Buku Maklumat Perangkaan Malaysia 2011, halaman 4)
133
11. LATIHAN CARTA PAI BERTINGKAT
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang
sesuai untuk menunjukkan keluasan hutan mengikut jenis hutan simpan kekal dan negeri-
negeri terpilih yang masih memiliki hutan simpan kekal di Semenanjung Malaysia pada
tahun 2017.
Malaysia amat bertuah dianugerahi sumber hutan asli bernilai tinggi serta
menyumbang secara signifikan kepada pembangunan sosio-ekonomi negara. Adalah
menjadi aspirasi kerajaan Malaysia untuk memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus
daripada keluasan tanah negara kekal sebagai kawasan berhutan.
Hutan darat merangkumi jenis hutan yang paling luas iaitu 5.120 juta hektar
daripada jumlah keseluruhannya iaitu 10.672 juta hektar yang masih ada pada tahun 2017.
Hutan yang luas ini menjadi habitat hidupan liar yang sangat sesuai. Jumlah ini melebihi
sebanyak 2.61 juta hektar daripada keluasan hutan paya gambut yang ada.
Kesedaran masyarakat terhadap kelestarian hutan telah berjaya mengekalkan hutan
paya laut sebanyak 13.68 peratus daripada jumlah keseluruhan hutan yang ada. Hutan ini
telah menjadi lubuk mencari rezeki bagi golongan nelayan dengan hasil tangkapan seperti
siput laut dan sebagainya. Manakala hutan simpan kekal selebihnya ialah hutan ladang
Hutan ladang ini diusahakan untuk mengurangkan tekanan ke atas hutan asli sebagai bahan
mentah untuk industri kayu negara.
Negeri Selangor masih berupaya mengekalkan hutan simpan kekal iaitu sebanyak
20.35 peratus daripada jumlah keseluruhannya. Keadaan ini telah berjaya mengimbangi
alam sekitar di negeri tersebut yang terkenal dengan industrinya. Negeri Perak pula berjaya
sebagai negeri yang paling banyak hutan simpan kekal iaitu sebanyak 3.443 juta hektar.
Jumlah ini melebihi sebanyak 1.675 juta hektar yang dicatat oleh Negeri Johor pada tahun
tersebut.
Selain itu negeri Pahang juga mencatat jumlah keluasan hutan yang agak banyak.
Dengan kelebihan sebanyak 0.819 juta hektar berbanding negeri Johor, negeri Pahang
mencatat negeri ke 2 tertinggi keluasan hutan simpan kekal pada tahun tersebut. Manakala
Negeri Sembilan merupakan negeri yang paling sedikit hutan simpan kekalnya iaitu 6.58
peratus daripada keseluruhannya.
Pelbagai usaha secara konsisten dan sistematik harus dilakukan oleh pihak
berkenaan untuk mengekalkan keluasan hutan agar kelestarian alam dapat dinikmati oleh
semua makhluk di dunia ini.
(Dipetik dan diubahsuai daripada Jabatan Perhutanan
Semenanjung Malaysia, 2018)
134
12. LATIHAN PIRAMID KOMPAUN
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan bilangan kes yang didaftarkan di bawah Akta Pemajuan Perumahan
mengikut kategori Tuntutan Teknikal dan Tuntutan Bukan Teknikal bagi bulan Januari
hingga Mei tahun 2013 dan tempoh yang sama tahun 2014 di Semenanjung Malaysia.
Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah hanya mempunyai bidang kuasa untuk mendengar
kes-kes di Semenanjung Malaysia sahaja. Terdapat dua kategori tuntutan yang boleh
difailkan iaitu Tuntutan Teknikal dan Tuntutan Bukan Teknikal. Tuntutan Teknikal ialah
tuntutan yang disebabkan oleh kecacatan mutu kerja atau bahan-bahan, rumah tidak dibina
mengikut pelan dan butiran seperti yang dinyatakan dalam perjanjian jual-beli.
Tuntutan Bukan Teknikal pula adalah melibatkan kes-kes tuntutan bagi kelewatan
penyerahan milikan. Bagi kes Tuntutan Teknikal pada bulan Januari tahun 2013 adalah
sebanyak 44 kes manakala pada bulan yang sama tahun 2014 pula meningkat sebanyak 33
kes menjadi 77 kes. Bagi kes-kes Tuntutan Bukan Teknikal pada bulan Januari tahun 2013
adalah sebanyak 179 kes dan meningkat kepada 231 kes pada bulan yang sama tahun 2014.
Berdasarkan statistik didapati kes-kes Tuntutan Bukan Teknikal menunjukkan bilangan yang
lebih tinggi berbanding dengan kes-kes Tuntutan Teknikal. Pada bulan Februari tahun 2014
bilangan kes bagi kategori ini adalah sebayak 181 kes berbanding 98 kes pada bulan Februari
tahun 2013. Kes-kes Tuntutan Teknikal pula hanya berjumlah 34 kes pada bulan Februari
tahun 2013 tetapi meningkat sebanyak 25 kes pada bulan yang sama tahun berikutnya. Pada
bulan Mac tahun 2013, kategori Tuntutan Teknikal mencatatkan sejumlah 41 kes manakala
bagi bulan yang sama tahun berikutnya, ia menurun sebanyak 7 kes. Keadaan yang serupa
bagi kes Tuntutan Bukan Teknikal pada bulan Mac tahun 2013 yang berjumlah 184 kes tetapi
menurun sebanyak 62 kes pada tempoh yang sama tahun 2014.
Pada bulan April dan Mei 2013, kes-kes Tuntutan Teknikal masing-masing berjumlah 67
kes dan 46 kes namun menurun sebanyak 2 kes pada kedua-dua bulan tersebut untuk tahun
2014. Sementara itu Tuntutan Bukan Teknikal telah mencatatkan penurunan daripada 239 kes
pada bulan April 2013 kepada 121 kes pada bulan Mei tahun yang sama. Kes Tuntutan Bukan
Teknikal ini adalah berjumlah 149 kes dan 172 kes masing-masing, pada bulan April dan Mei
tahun 2014.
Kewujudan tribunal Tuntutan Pembeli Rumah yang ditubuhkan di bawah Kementerian
Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini telah banyak memberi
pembelaan kepada para pembeli rumah yang menghadapi masalah dengan pemaju
perumahan. Bagaimanapun sehingga kini tribunal ini hanya mempunyai bidang kuasa untuk
mendengar kes-kes di Semenanjung Malaysia sahaja
( Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada Buku Perangkaan KPKT 2014)
135
13. LATIHAN PIRAMID KOMPAUN
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, lukiskan graf yang sesuai
untuk menunjukkan bilangan murid sekolah rendah dan sekolah menengah di sekolah
bantuan kerajaan mengikut negeri pada tahun 2010, 2013 dan 2015.
Seramai 152.1 ribu murid telah mendaftar di sekolah rendah bantuan kerajaan di
Pahang pada tahun 2010 berbanding dengan 128.3 ribu murid sekolah menengah. Bilangan
sekolah rendah yang lebih banyak dan kadar pertumbuhan penduduk yang tinggi di Perak
telah menyebabkan bilangan muridnya lebih ramai. Daripada 429.9 ribu murid, 49.1% ialah
murid sekolah menengah manakala yang selebihnya ialah murid sekolah rendah. Bilangan
penduduk negeri Melaka yang sedikit berbanding negeri-negeri lain mempengaruhi bilangan
murid di negeri tersebut. Pada tahun 2010, bilangan murid yang berdaftar di sekolah rendah
kerajaan hanya seramai 69.1 ribu murid daripada keseluruhan 123.1 ribu murid yang
berdaftar di sekolah bantuan kerajaan di negeri itu, manakala selebihnya ialah murid sekolah
menengah. Kepadatan penduduk yang tinggi di Pulau Pinang telah mempengaruhi bilangan
murid yang berdaftar di sekolah bantuan kerajaan di negeri itu. Daripada 254.8 ribu murid
yang berdaftar, 60.75% ialah murid sekolah rendah manakala yang selebihnya ialah murid
sekolah menengah.
Pada tahun 2013, di negeri Pahang bilangan murid sekolah rendah telah bertambah
sebanyak 4.73% berbanding dengan tahun 2010. Murid di sekolah menengah pula turut
menokok sebanyak 2.7 ribu murid berbanding tahun 2010. Dua tahun berikutnya, bilangan
murid sekolah rendah di negeri ini telah bertambah kepada 171.0 ribu murid. Namun
demikian, bilangan murid sekolah menengah berkurangan sebanyak 400 orang berbanding
tahun 2013.
Di Perak pula, bilangan murid turut bertambah menjadi 487.8 ribu murid pada tahun
2003. Daripada jumlah tersebut, 54.92% ialah murid sekolah rendah dan selebihnya ialah
murid sekolah menengah. Bilangan murid sekolah rendah pada tahun 2015 telah meningkat
sebanyak 7.4 ribu murid sementara murid sekolah menengah pula menurun kepada hanya
218.1 ribu murid.
Di Melaka pula, pada tahun 2013 bilangan murid sekolah rendah telah bertambah
kepada 79.8 ribu murid sedangkan murid sekolah menengah telah berkurangan sebanyak 4.07
% berbanding tahun 2010. Pada tahun 2015, bilangan murid telah bertambah menjadi 154.7
ribu murid. 43.05% daripada jumlah tersebut ialah murid sekolah menengah manakala
selebihnya ialah murid sekolah rendah.
Pada tahun 2015, jumlah murid di Pulau Pinang telah bertambah sebanyak 8,200
murid kepada 264.2 ribu murid berbanding tahun 2013. Daripada jumlah tersebut, 152.9 ribu
orang ialah murid sekolah rendah manakala selebihnya ialah murid sekolah menengah. Pada
tahun 2013 pula, 40.58% murid sekolah menengah dan selebihnya ialah murid sekolah
rendah.
(Dipetik dan diubah suai daripada Buletin Perangkaan Sosial, 2015)
136
14. LATIHAN PIRAMID KOMPONEN
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, lukiskan graf yang sesuai
untuk menunjukkan jumlah kemalangan jalan raya yang berlaku di Malaysia mengikut
jantina dan jenis kecederaan pada tahun 2017, 2018 dan 2019.
Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah intervensi bagi mengurangkan kadar
kemalangan jalan raya di negara ini. Hasil daripada inisiatif yang diambil kemalangan jalan
raya yang mengakibatkan kematian telah menurun dari 7 152 orang pada tahun 2017 kepada
6 740 orang pada tahun 2018. Daripada jumlah tersebut, bilangan lelaki yang mati pada tahun
2017 adalah seramai 4 831 orang sementara selebihnya adalah perempuan. Statistik telah
menunjukkan bilangan perempuan yang mati adalah lebih ramai iaitu 4 129 orang pada tahun
2018. Pada tahun 2019 pula bilangan lelaki yang mati adalah seramai 3 921 orang sementara
bilangan perempuan yang mati adalah seramai 2 360 orang.
Selain kematian, kemalangan jalan raya telah menyebabkan kecederaan parah kepada
pengguna jalan raya. Pada tahun 2017, jumlah pengguna jalan raya yang mengalami
kecederaan parah adalah seramai 4 506 orang iaitu 3 428 orang lelaki dan 1 078 orang
perempuan. Namun demikian, bilangan lelaki yang cedera parah menurun sebanyak 2 219
orang tetapi bilangan perempuan yang cedera parah telah meningkat kepada 2 101 orang pada
tahun 2018. Jumlah pengguna jalan raya yang mengalami cedera parah pada tahun 2019 ialah
4 895 orang. Daripada jumlah tersebut, 2 317 orang adalah perempuan.
Jumlah pengguna jalan raya yang mengalami cedera ringan semakin menurun bagi
tempoh masa tersebut. Bilangan pengguna jalan raya lelaki yang cedera ringan pada tahun
2018 adalah 3 229 orang iaitu berkurang sebanyak 678 orang berbanding tahun sebelumnya.
Bilangan tersebut terus menurun kepada 2 427 orang pada tahun 2019. Sementara bilangan
pengguna jalan raya perempuan juga turun menurun iaitu dari 3 508 orang kepada 3 310
orang dan 1 019 orang masing-masing pada tahun 2018 dan 2019.
(Dipetik dan diubah suai daripada Buku Statistik Keselamatan
Jalan Raya : JKJR 2019)
137
BAHAGIAN C : LATIHAN PRAKTIS KARANGAN
Pengenalan
1. Calon diminta menjawab satu daripada dua karangan yang dikemukakan.
2. Calon perlu menguasai beberapa kemahiran seperti kemahiran memahami kehendak
soalan, kemahiran mengetahui maksud kata kunci soalan, kemahiran mengetahui skop
jawapan dan kemahiran mengetahui kombinasi jawapan.
3. Berikut merupakan format karangan yang perlu dipatuhi:
Pelajar wajib menyediakan 7 perenggan (1+5+1 ) iaitu:
Perenggan pendahuluan / intro - 1 perenggan
Perenggan idea dan huraian - 5 perenggan
Perenggan kesimpulan - 1 perenggan
4. Panjang karangan antara 300 hingga 350 patah perkataan. Pelajar sebenarnya dibenarkan
menulis sehingga 400 patah perkataan.
5. Markah karangan ialah 25 markah
5.1 markah karangan akan berasaskan kepada perkara-perkara berikut:
Item Markah
Isi dan idea (i) 10 markah
Hujah (h) 10 markah
Kemahiran kebahasaan (b) 4 markah
Format (f) 1 markah
Jumlah 25 markah
Catatan: Penilaian markah
Perkara / Penilai Isi dan idea Huraian Kemahiran Format
kebahasaan 1
Baik 8-10 8-10
Sederhana 5-7 5-7 4
Lemah 1-4 1-4 2-3
1
Nota: Pemarkahan bagi format (f) :
Memenuhi format : 1 markah
(karangan yang mengandungi pengenalan, isi (idea dan huraian) dan
penutup)
Tidak memenuhi format penulisan : 0 markah
6. Tumpuan topik esei dalam semester 2 ialah tentang isu-isu semasa yang berkaitan aspek:
6.1 ideologi, wawasan dan dasar pembangunan negara
6.2cabaran dan penyelesaian kepada isu ekonomi, politik, sosial dan budaya,
prasarana, ekologi, sains danteknologi, agama dan kepercayaan serta integrasi
dan perpaduan.
138
7. Berikut ialah panduan teknik penulisan karangan:
Perenggan Huraian
Pendahuluan Mesti tulis pendahuluan yang memberi gambaran umum berkaitan isu
Idea/isi yang dikemukakan dalam soalan.
Tulis 2-3 ayat sebagai pendahuluan (25-30pp).
Kesimpulan Kegagalan menulis pendahuluan akan menjejaskan format esei.
Masa : 2-3 minit
Tafsir kehendak soalan untuk menentukan idea yang relevan.
Setiap soalan mempunyai fokus yang mesti difahami pelajar
Memahami fokus memudahkan pelajar untuk menentukan idea yang
perlu diberi dalam esei
Setiap idea ditulis dalam satu perenggan (65-70pp)
Kesimpulan adalah rumusan berkaitan dengan isu dalam soalan. Pelajar
tidak perlu menulis semula idea yang telah ditulis.
Kesimpulan biasanya ditulis dalam 2-3 ayat sahaja (25-30pp)
Masa yang dicadangkan : 2-3 minit.
8. Berikut adalah kemahiran menulis idea:
Perkara Huraian
Kehendak
soalan (ks) Idea utama (isu) dalam setiap soalan
Kata kunci
Terletak di bahagian akhir soalan contoh: ….. bincangkan.
(kk)
Pelajar perlu:
Skop Mengambil kira pernyataan yang hadir sebelum soalan
jawapan (sj) Kemungkinan mempunyai satu atau lebih pernyataan
Kesemua pernyataan memberi makna yang penting kepada sj
Kombinasi Terletak di bahagian tengah soalan:
jawapan (kj)
Contoh:... Huraikan manfaat yang diperoleh masyarakat dan negara
hasil daripada perkembangan industri ini.
Pelajar perlu:
Mengambil kira pernyataan yang hadir selepas soalan
Kemungkinan mempunyai satu atau lebih pernyataan
Kesemua pernyataan memberi makna yang penting kepada sj
Bergantung sepenuhnya kepada ks
Memainkan peranan yang besar untuk pemarkahan
Berkait rapat dengan kk dan pernyataan dalam soalan
Pelajar perlu jelas dan kuasai sepenuhnya.
Biasanya wujud dalam 5 perkara:
Sebab/ faktor /punca
Kesan / implikasi / efek
Langkah / strategi/ kaedah / cara
Kepentingan / faedah/ kebaikan
Gabungan idea mengikut jenis soalan
Sama ada 5+0 atau 1+4 atau 3+2 atau 2+3
139
9. Calon juga perlu menguasai kemahiran pemilihan soalan, memahami kehendak soalan, dan
mengenali bentuk soalan. Calon perlu:
9.1 membaca soalan secara skimming iaitu membaca sepintas lalu kedua-dua soalan dan
membuat pilihan. Seterusnya membaca secara scanning untuk mengkaji aspek-aspek penting
dalam soalan yang dipilih iaitu penyataan soalan dan kehendak soalan.
9.2 menganalisis kehendak soalan iaitu dengan mengenalpasti kehendak soalan atau
tajuk. Hal ini penting agar isi-isi dan pendekatan yang dikemukakan nanti tidak
menyeleweng daripada tajuk karangan yang diberi.
9.3 ramai calon yang gagal untuk mendapatkan gred yang baik kerana tidak mematuhi
kehendak soalan.
9.4 oleh itu, calon haruslah mengenal pasti kata kunci yang dapat memandu para calon
menggarap isi persoalan dalam sesuatu tajuk karangan
10. Calon juga perlu memahami maksud kata tugas, kata kunci dan maksud perkataan dalam
soalan. Antaranya adalah seperti berikut:
Bil Kata tugas / kata Huraian
kunci /maksud
perkataan Calon perlu calon perlu mengemukakan idea dengan
menjelaskan isu / fakta yang diberi mengikut beberapa
1 Bincangkan pendekatan berikut:
A. Pro / kontra / positif/ negatif
2 Huraikan/ B. Pro dan kontra / positif dan negatif
Jelaskan C. Pro kepada penyataan positif dan negatif
D. Pro dan lain-lain
3 Ulaskan E. Pelbagai aspek spt punca, masalah, kesan, faktor
Calon diminta memberi penjelasan / penerangan tentang sesuatu
4. Risiko perkara yang dikehendaki
Calon diminta menyatakan pandangan, tafsiran dan keterangan
5. Cabaran yang jelas tentang isu yang dikemukakan. Calon juga boleh
6. Rasional mengupas/membuat komentar berdasarkan soalan yang diberi
dan mengemukakan pandangan pro dan kontra jika sesuai
dengan pernyataan soalan
Kemungkinan mendapat akibat/ hasil yang kurang
menyenangkan atau situasi yang mungkin berlaku akibat dari
keputusan / tindakan.
Berlaku apabila ada perbuatan / tindakan …. Contoh:
Penggunaan teknologi nuklear membawa risiko kepada
masyarakat… Jika teknologi nuklear digunakan untuk kebaikan,
maka tidak wujud risiko….. Sebaliknya digunakan untuk tujuan
peperangan, maka ada risiko negatif….
Sesuatu yang menguji kemampuan / sesuatu yang menyukarkan
bagi mencapai apa yang dihajati dan dihasratkan (unsur positif)
Alasan munasabah yang mendasari sesuatu tindakan atau
perbuatan atau pelaksanaan.
Contoh: Rasional perpaduan semakin longgar dalam kalangan
masyarakat
140
7. Kesan/ impak Sesuatu yang timbul dari sesuatu kejadian sama ada baik / positif
/ negatif.
8. Halangan Penggagal dan sesuatu sebab kegagalan (unsur negatif)
9. Peranan Tugas - contoh: Peranan institusi keluarga
10. Sumbangan Bantuan / pertolongan spt bantuan kewangan, bantuan teknikal
11. Infostruktur
Infrastruktur teknikal sokongan sistem maklumat. Reka bentuk
12. Potensi sumber maklumat, seperti tapak web, supaya ia boleh digunakan
dan dilayari dengan cekap.
Kemampuan (mencapai, menghasilkan, melakukan sesuatu)
kebolehan, kekuatan, kesanggupan, keupayaan untuk
berkembang maju.
Contoh menganalisis kandungan soalan
IS - isu
Membina negara malaysia yang bersatu padu telah diletakkan sebagai cabaran pertama dalam
wawasan 2020. Bagi mengukuhkan bangsa malaysia yang bersatu padu, kerajaan telah
memperkenalkan ideologi dan pelbagai dasar lain. Huraikan.
SJ - ideologi dan dasar lain KT - Kata
KJ - 1 + 4 tugas
141
MALAYSIA MAJU DAN SEJAHTERA
Latihan 1: Menganalisis kandungan soalan dan menyatakan idea
Arahan:
Kenalpasti dan highlightkan isu (is), kata tugas (kt), skop jawapan(sj) dan kombinasi jawapan
(kj) bagi soalan-soalan di bawah. Kemudian berikan lima idea utama yang berkaitan soalan
berikut.
Bil Tajuk
1. Membina negara malaysia yang bersatu padu telah diletakkan sebagai cabaran
pertama dalam wawasan 2020. Bagi mengukuhkan bangsa malaysia yang
bersatu padu, kerajaan telah memperkenalkan ideologi negara dan pelbagai dasar
lain. Huraikan.
1 .………………………………………………………………………………..
2. ………………………………………………………………………………..
3. ………………………………………………………………………………..
4. ……………………………………………………………………………….
5. ……………………………………………………………………………….
2. Kemelesetan ekonomi yang melanda dunia turut dirasai oleh malaysia. Oleh itu,
kerajaan dan rakyat perlu memainkan peranan masing-masing untuk
mengurangkan kesan yang mungkin timbul daripada keadaan ini. Huraikan.
1 .………………………………………………………………………………..
2. ………………………………………………………………………………..
3. ………………………………………………………………………………..
4. ……………………………………………………………………………….
5. ……………………………………………………………………………….
3. Cabaran ketujuh dalam wawasan 2020 adalah mewujudkan masyarakat
penyayang dan budaya penyayang. Jelaskan keadaan yang mencetuskan hasrat
kerajaan untuk membentuk masyarakat penyayang dan budaya penyayang.
1 .………………………………………………………………………………..
2. ………………………………………………………………………………..
3. ………………………………………………………………………………..
4. ……………………………………………………………………………….
5. ……………………………………………………………………………….
142
4. Golongan gelandangan yang membanjiri bandar-bandar utama di negara ini
semakin meningkat. Usaha tertentu perlu dilakukan bagi menangani gejala
tersebut. Ulaskan.
1 .………………………………………………………………………………..
2. ………………………………………………………………………………..
3. ………………………………………………………………………………..
4. ……………………………………………………………………………….
5. ……………………………………………………………………………….
5. Penghayatan dan pengamalan prinsip rukun negara adalah penting dalam
kalangan semua warganegara malaysia. Jelaskan.
1 .………………………………………………………………………………..
2. ………………………………………………………………………………..
3. ………………………………………………………………………………..
4. ……………………………………………………………………………….
5. ……………………………………………………………………………….
6. Penguatkuasaan undang-undang bukan merupakan satu-satunya langkah untuk
mencapai matlamat memelihara alam sekitar. Bincangkan.
1 .………………………………………………………………………………..
2. ………………………………………………………………………………..
3. ………………………………………………………………………………..
4. ……………………………………………………………………………….
5. ……………………………………………………………………………….
7. Penguatkuasaan undang-undang bukan merupakan satu-satunya langkah untuk
mencapai matlamat memelihara alam sekitar. Bincangkan.
1 .………………………………………………………………………………..
2. ………………………………………………………………………………..
3. ………………………………………………………………………………..
4. ……………………………………………………………………………….
5. ……………………………………………………………………………….
8. Penggubalan rukun negara adalah untuk melahirkan masyarakat malaysia yang
demokratik, saintifik, progresif, bersatu padu, dan bersikap terbuka terhadap
cara hidup rakyat pelbagai kaum. Namun begitu, terdapat pelbagai masalah yang
143
dihadapi untuk merealisasikan hasrat tersebut. Jelaskan.
1 .………………………………………………………………………………..
2. ………………………………………………………………………………..
3. ………………………………………………………………………………..
4. ……………………………………………………………………………….
5. ……………………………………………………………………………….
9. Kegiatan memberikan pinjaman wang secara haram berlaku dengan berleluasa
kerana kegiatan tersebut mendapat sambutan daripada orang ramai. Namun
demikian, ramai peminjam menghadapi masalah kerana gagal menjelaskan
pinjaman. Bincangkan.
1 .………………………………………………………………………………..
2. ………………………………………………………………………………..
3. ………………………………………………………………………………..
4. ……………………………………………………………………………….
5. ……………………………………………………………………………….
10 Program bandar selamat bukanlah satu-satunya cara bagi kerajaan
mengurangkan jenayah daripada berleluasa di negara ini. Bincangkan.
1 .………………………………………………………………………………..
2. ………………………………………………………………………………..
3. ………………………………………………………………………………..
4. ……………………………………………………………………………….
5. ……………………………………………………………………………….
11. Amalan membawa anak-anak kecil untuk turut sama berniaga sehingga larut
malam merupakan suatu tindakan yang kurang bijak. Bincangkan kesan amalan
ini terhadap anak-anak tersebut.
1 .………………………………………………………………………………..
2. ………………………………………………………………………………..
3. ………………………………………………………………………………..
4. ……………………………………………………………………………….
5. ……………………………………………………………………………….
12. Wawasan 2020 merupakan gagasan kerajaan untuk menjadikan malaysia negara
maju dengan cara tersendiri. Oleh itu, banyak persediaan yang perlu dilakukan
144
oleh rakyat malaysia bagi mencapai tujuan tersebut. Bincangkan.
1 .………………………………………………………………………………..
2. ………………………………………………………………………………..
3. ………………………………………………………………………………..
4. ……………………………………………………………………………….
5. ……………………………………………………………………………….
13. Sistem pengangkutan awam yang moden dan cekap penting dalam
pembangunan sesebuah negara. Namun begitu, terdapat masalah dalam sistem
pengangkutan awam. Hal ini menyebabkan pengangkutan awam menjadi pilihan
terakhir kepada pengguna. Bincangkan.
1 .………………………………………………………………………………..
2. ………………………………………………………………………………..
3. ………………………………………………………………………………..
4. ……………………………………………………………………………….
5. ……………………………………………………………………………….
14 Dalam usaha meningkatkan keupayaan tenaga kerja di negara ini, kelemahan
mereka ini perlu dikenal pasti dan langkah-langkah tertentu perlu diambil untuk
mengatasinya. Huraikan.
1 .………………………………………………………………………………..
2. ………………………………………………………………………………..
3. ………………………………………………………………………………..
4. ……………………………………………………………………………….
5. ……………………………………………………………………………….
15. Salah satu cabaran bagi merealisasikan wawasan 2020 adalah mewujudkan
masyarakat saintifik dan progresif. Oleh itu, pelbagai pihak perlu memainkan
peranan bagi mencapai hasrat tersebut. Huraikan.
1 .………………………………………………………………………………..
2. ………………………………………………………………………………..
3. ………………………………………………………………………………..
4. ……………………………………………………………………………….
5. ……………………………………………………………………………….
145
16. Semangat kejiranan dalam masyarakat kini semakin longgar. Oleh itu, langkah
untuk mengatasi hal ini perlu dilakukan. Jelaskan.
1 .………………………………………………………………………………..
2. ………………………………………………………………………………..
3. ………………………………………………………………………………..
4. ……………………………………………………………………………….
5. ……………………………………………………………………………….
17. Industri penjagaan kesihatan menjadi satu daripada bidang yang diberikan
keutamaan oleh kerajaan di bawah program transformasi ekonomi (pte).
Huraikan manfaat yang diperoleh masyarakat dan negara hasil daripada
perkembangan industri ini.
1 .………………………………………………………………………………..
2. ………………………………………………………………………………..
3. ………………………………………………………………………………..
4. ……………………………………………………………………………….
5. ………………………………………………………………………………
18. Kejadian banjir yang melanda di beberapa kawasan di malaysia menyebabkan
kesukaran kepada penduduk setempat. Jelaskan.
1 .………………………………………………………………………………..
2. ………………………………………………………………………………..
3. ………………………………………………………………………………..
4. ……………………………………………………………………………….
5. ………………………………………………………………………………
19. Masalah bekalan air bersih kepada pengguna domestik dan industri menjadi isu
hangat di negara kita. Isu ini memberikan impak yang ketara kepada pengguna
berkenaan. Huraikan.
1 .………………………………………………………………………………..
2. ………………………………………………………………………………..
3. ………………………………………………………………………………..
4. ……………………………………………………………………………….
5. ………………………………………………………………………………
146
20. Aktiviti sukan dapat menyuburkan semangat perpaduan dalam kalangan
masyarakat malaysia yang berbilang kaum. Huraikan.
1 .………………………………………………………………………………..
2. ………………………………………………………………………………..
3. ………………………………………………………………………………..
4. ……………………………………………………………………………….
5. ………………………………………………………………………………
21. Malaysia telah melakukan pelbagai usaha untuk mewujudkan masyarakat yang
saintifik dan progresif. Jelaskan.
1 .………………………………………………………………………………..
2. ………………………………………………………………………………..
3. ………………………………………………………………………………..
4. ……………………………………………………………………………….
5. ………………………………………………………………………………
22. Malaysia menghadapi pelbagai cabaran untuk mengekalkan kestabilan politik
sejak negara ini mencapai kemerdekaan. Pelbagai kesan negatif mungkin
berlaku sekiranya malaysia gagal untuk mengekalkan kestabilan politiknya.
Huraikan.
1 .………………………………………………………………………………..
2. ………………………………………………………………………………..
3. ………………………………………………………………………………..
4. ……………………………………………………………………………….
5. ………………………………………………………………………………
23. Pernyataan rukun negara merupakan satu perkara penting kepada warganegara
Malaysia. Kegagalan warganegara malaysia menghayatinya akan memberikan
kesan kepada negara. Jelaskan.
1 .………………………………………………………………………………..
2. ………………………………………………………………………………..
3. ………………………………………………………………………………..
4. ……………………………………………………………………………….
5. ………………………………………………………………………………
147