KAUNSELOR SENARAI TUGAS Anys Rupaida Ahmad Fauzi Nur Fatin Affifah Raymi Sarvinita K.Mugainthan Wan Rafiqa Mawaddah Wan Mohd Rizal Anys Rupaida Ahmad Fauzi Nur Fatin Affifah Raymi Sarvinita K.Mugainthan Wan Rafiqa Mawaddah Wan Mohd Rizal Jun, 2024 MANUAL
01 Sinopsis Buku Senarai Tugas Guru Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa Senarai Tugas Kaunselor Pelatih Internship Jumlah Jam Internship Kaunselor Pelatih Rujukan Tambahan (Untuk Kegunaan Kaunselor) Bidang Tugas dan Tanggungjawab Guru Bimbingan & Kaunseling Tanggungjawab Kaunselor Pelatih Internship 06 02 03 04 05 07 KANDUNGAN ISI
01 Sinopsis Buku Berdasarkan pengalaman menjalani latihan praktikum dan internship kaunseling, para penulis mendapati bahawa sesetengah pihak sekolah terutamanya pihak pentadbir sekolah dan guru mata pelajaran beranggapan tidak mempunyai pengetahuan yang luas tentang tugas Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) dan Kaunselor Pelatih (KP). Hal ini mungkin disebabkan oleh; kebanyakan tugas yang dilaksanakan oleh GBK dan KP perlu dilakukan dalam ruangan yang tertutup untuk menjamin kerahsiaan dan keselamatan maklumat/data-data murid. Kadang kala, GBK dan KP juga diperlukan untuk bertugas di luar sekolah sebagaimana yang diarahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Oleh sebab GBK dan KP jarang dilihat di mana-mana tempat di sekolah seperti bilik guru dan bilik darjah, warga sekolah cenderung untuk beranggapan bahawa GBK dan KP tidak mempunyai bebas tugas yang banyak sebagaimana guru-guru subjek yang. Hal ini kemudiannya menyebabkan sesetengah GBK dan KP diberi tugas-tugas lain yang tidak berkaitan dengan tanggungjawab hakiki mereka. Akhirnya, hal ini menyebabkan GBK dan KP terbeban dengan banyak tugas yang berganda di sekolah. Maka, buku ini dihasilkan untuk memberi kesedaran kepada pihak sekolah dan juga orang awam mengenai senarai tugas dan tanggungjawab GBK dan KP. Usaha ini dilakukan untuk menghapuskan tanggapan negatif sesetengah pihak bahawa GBK dan KP tidak memiliki banyak tugas yang tersendiri. Buku ini mengandungi senarai tugas serta bidang tugas dan tanggungjawab Guru Bimbingan dan Kaunseling, senarai tugas dan tanggungjawab Kaunselor Pelatih serta jam yang wajib dipenuhi oleh Kaunselor Pelatih semasa internship.
Senarai Tugas Guru Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa Senarai Tugas Guru Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa MENYEDIAKAN RANCANGAN TAHUNAN PROGRAM DAN AKTIVITI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu menyediakan perancangan tahunan ataupun takwim tahunan yang mengandungi programprogram dan aktiviti-aktiviti yang bakal dianjurkan sepanjang tahun oleh unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah. MENGENALPASTI KEPERLUAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan murid, guru dan pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas murid sekolah berkenaan. MERANCANG, MENGAWAL SELIA DAN MENGEMASKINI REKOD DAN INVENTORI MURID Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu merancang, mengawal selia serta mengemaskini rekod dan inventori murid dari semasa ke semasa. Guru akan mengendalikan fail perkembangan pelajar untuk setiap murid di sekolah dan akan mengemaskini maklumat mengenai pencapaian, kemajuan dan prestasi pembelajaran murid serta rekod skor inventori/ujian psikologi murid. Guru Bimbingan dan Kaunseling juga akan mengumpul dan merekodkan butiran-butiran berkait dengan inventori/ujian psikologi dalam SePKM. Selain itu, Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu mengawasi perangkaan dan corak kehadiran murid yang dirujuk serta mengawasi pencapaian, kemajuan dan prestasi pembelajaran murid yang bermasalah untuk tujuan pemulihan. 02
Senarai Tugas Guru Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa Senarai Tugas Guru Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa MENGUMPUL, MENYEDIA, MENYEBAR MAKLUMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING KEPADA SEMUA MURID MELALUI MEDIA Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu mengumpul, menyedia dan menyebarkan maklumat mengenai Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai seperti poster perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang dilekatkan pada papan kenyataan umum sekolah untuk mempromosikan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Selain itu, Guru Bimbingan dan Kaunseling juga perlu mengumpul, menyediakan serta menyebarkan maklumat mengenai perkembangan sahsiah diri, peningkatan disiplin diri, pendidikan kerjaya dan kesejahteraan psikososial murid melalui media yang boleh diakses oleh semua pihak sekolah bagi tujuan psikopendidikan. MENGELOLA DAN MELAKSANA AKTIVITI BIMBINGAN KELOMPOK YANG MERANGSANG PERKEMBANGAN MURID Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan kelompok dan tunjuk ajar (instructional) bagi merangsang perkembangan pelajar secara optimum. Aktiviti bimbingan kelompok ini lazimnya dilaksanakan semasa waktu relief dan kandungan aktiviti selalunya berkaitan dengan empat fokus bidang kaunseling. MERANCANG, MELAKSANA DAN MENGAWAL SELIA PERKHIDMATAN KAUNSELING INDIVIDU DAN KELOMPOK Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu merancang, melaksana dan mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu secara profesional dan beretika berlandaskan Akta Kaunselor 1998, Kod Etika Kaunselor Lembaga Kaunselor Malaysia dan Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling KPM. 02
Senarai Tugas Guru Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa Senarai Tugas Guru Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa MERANCANG, MELAKSANA DAN MENGAWAL SELIA AKTIVITI KEMAHIRAN BELAJAR UNTUK SEMUA MURID Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu merancang, melaksana dan mengawal selia aktiviti kemahiran belajar untuk semua murid. Guru Bimbingan dan Kaunseling boleh mentadbir Inventori Gaya Belajar kepada semua murid bagi mengenalpasti jenis gaya belajar setiap satu murid, sebelum mencadangkan tips kemahiran belajar yang efektif mengikut gaya belajar. Guru Bimbingan dan Kaunseling boleh memantau prestasi pembelajaran murid dahulu, kemudian boleh menganjurkan program yang boleh memantapkan lagi kemahiran belajar semua murid di sekolah tersebut. MERANCANG, MELAKSANA DAN MENGAWAL SELIA SERTA MENILAI PROGRAM PEMILIHAN MATAPELAJARAN ELEKTIF Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemilihan matapelajaran elektif untuk peperiksaan seperti SPM, SPVM dan STPM. Guru Bimbingan dan Kaunseling boleh mentadbir Inventori Tret Personaliti dan Inventori Minat Kerjaya bagi meramalkan mata pelajaran elektif yang sesuai diambil oleh setiap murid. Kemudian, Guru Bimbingan dan Kaunseling juga perlu memberi kesedaran umum kepada murid mengenai kerjaya yang boleh diceburi dengan elektif tersebut. 02
Senarai Tugas Guru Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa Senarai Tugas Guru Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa MERANCANG, MENYEDIAKAN DAN MENDEDAHKAN MURID KEPADA PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN DI IPT Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu merancang, menyediakan dan mendedahkan murid kepada maklumat peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam negara sama ada milik awam atau swasta dan juga institusi pengajian tinggi luar negara. Hal ini juga memupuk minat dalam diri murid untuk melanjutkan pengajian tinggi. MERANCANG, MELAKSANA, MENGAWALSELIA DAN MENILAI KONSULTASI DAN RUJUKAN Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan, berkaitan Bimbingan dan Kaunseling, kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah. Guru Bimbingan dan Kaunseling juga bertanggungjawab untuk membantu bekas murid berkait soal peribadi, kerjaya dan pengajian tinggi apabila diminta. Guru Bimbingan dan Kaunseling juga bertanggungjawab untuk mengadakan prosedur-prosedur yang tertentu dalam merujuk kes-kes seperti kes penagihan dadah dan kes kesihatan mental kepada agensi-agensi atau pakar-pakar seperti doktor, pakar kanak-kanak, pakar kesihatan mental, pegawai kebajikan dan sebagainya. 02 MERANCANG, MELAKSANA, MENGAWALSELIA DAN MENILAI PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN BAHAN. Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol seperti Program PPDa yang dilaksanakan di sekolah. Program ini boleh meningkatkan kesedaran murid mengenai bahaya dadah, inhalan, rokok dan alkohol.
Senarai Tugas Guru Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa Senarai Tugas Guru Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa MEMBUAT PENILAIAN AKTIVITI, MODUL, MODEL, INSTRUMEN, PENDEKATAN DAN SEBAGAINYA SECARA MENYELURUH Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu membuat penilaian aktiviti, modul, model, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah. MERANCANG, MENYELARAS DAN MENILAI SUMBER DAN BAHAN RESOS PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Selain daripada Pusat Sumber Sekolah, Bilik Bimbingan dan Kaunseling dianggap sebagai tempat untuk mendapatkan maklumat kerjaya dan hala tuju selepas SPM dan juga untuk mendapatkan kesedaran psikopendidikan mengenai perkembangan sahsiah diri, peningkatan disiplin diri dan kesejahteraan psikososial. Oleh itu, Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu sentiasa mengemaskini bahan resos bimbingan dan kaunseling supaya pihak sekolah menerima maklumat resos yang terbaru. 02 MERANCANG, MELAKSANA, MENGAWALSELIA DAN MENILAI PROGRAM KONFERENS DENGAN IBU BAPA, GURU, STAF & AGENSI Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, dan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan murid.
Senarai Tugas Guru Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa Senarai Tugas Guru Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa 02 MENJADI PENGGERAK UTAMA DALAM PROGRAM LATIHAN DALAMAN Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. MEMBERI KHIDMAT KAUNSELING KRISIS KEPADA MURID, GURU, KAKITANGAN DAN ORANG YANG MEMERLUKANNYA. Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu memberi khidmat kaunseling krisis kepada murid, guru, kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukannya. Contoh kes krisis seperti mangsa jenayah rogol, cubaan untuk membunuh diri perlu diambil tindakan segera dengan kerjasama pihak pentadbir dan dan ibu bapa atau penjaga murid sebelum isu krisis mendatangkan kemalangan besar yang tidak dapat dijangkakan. MENJADI URUSETIA KEPADA JAWATANKUASA PENYELARAS PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING Sebagai urusetia kepada jawatankuasa penyelaras aktiviti bimbingan dan kaunseling, seorang guru bimbingan dan kaunseling juga hendaklah menjalankan kerja-kerja pentadbiran di bilik bimbingan dan kaunseling, mengadakan sistem fail, menyimpan rekod, perhubungan awam, surat menyurat, pengelolaan unit bimbingan, pengendalian bahan bercetak, penyediaan laporan aktiviti dan tugas lain yang diarah oleh jawatankuasa Penyelaras Aktiviti, Pengetua, Pegawai Pendidikan Daerah, Negeri dan Kementerian.
Senarai Tugas Guru Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa Senarai Tugas Guru Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa MENJADI AHLI JAWATANKUASA EX-OFICIO DALAM JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah. Guru Bimbingan dan Kaunseling dimana Guru Bimbingan dan Kaunseling bertanggungjawab untuk merancang bersama dengan guru-guru mata pelajaran tentang cara yang paling berkesan sekali untuk mengawasi Merancang bersama dengan guru-guru tentang cara yang paling berkesan sekali untuk mengawasi kemajuan murid dalam prestasi kurikulum serta berunding dan berbincang dengan guru-guru tentang cara-cara untuk meningkatkan prestasi kurikulum. MENJADI AHLI JAWATANKUASA DALAM MAJLIS PERANCANG SEKOLAH Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah dimana Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu mengetahui semua program atau majlis yang dianjurkan oleh setiap unit. Guru Bimbingan dan Kaunseling akan berkongsi pendapat berkenaan program-program tersebut dengan memfokuskan kemajuan perkembangan murid dari segi akademik, kokurikulum dan sahsiah diri. 02 MENJADI PERSONEL PERHUBUNGAN/SERANTA SEKOLAH DENGAN AGENSI-AGENSI LUAR YANG BERKAITAN Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu menjadi personel perhubungan/seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan. Sekiranya, Guru Bimbingan dan Kaunseling diperlukan untuk mengadakan program yang memerlukan kerjasama agensiagensi luar seperti LPPKN, PDRM, JKM dan sebagainya, Guru Bimbingan dan Kaunseling yang perlu menghubungi agensi-agensi berkenaan.
Senarai Tugas Guru Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa Senarai Tugas Guru Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa 02 MENJADI PENYELARAS DALAM PROGRAM-PROGRAM PERKEMBANGAN PELAJAR Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu menjadi penyelaras dalam program-program perkembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan sebagainya. MENJADI PENYELARAS DALAM PROGRAM MENTOR-MENTEE SEKOLAH Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu menjadi penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah. Program Mentor-Mentee dilaksanakan bagi tujuan membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada mentee supaya menjadi pelajar yang bermotivasi tinggi, berakhlak mulia dan berbudi pekerti yang tinggi serta mengurangkan dan sekiranya mampu menghapuskan masalah murid termasuk masalah keluarga, peribadi dan pelajaran.
03 Bidang Tugas & Tanggungjawab Guru Bimbingan & Kaunseling Bidang Tugas & Tanggungjawab Guru Bimbingan & Kaunseling Bagi memastikan matlamat dan objektif perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling tercapai, pemilihan kaedah penyampaian perkhidmatan yang sesuai kepada kumpulan sasaran adalah amat penting. Keberkesanan perkhidmatan akan dapat melahirkan murid yang seimbang, berjiwa besar dan waja, berwawasan tinggi dan berkerampilan. Usaha-usaha untuk membina insan yang terus maju ke arah hidup yang bermakna bagi kesejahteraan diri dan bermasyarakat perlu dilaksanakan dengan seimbang dalam bidang seperti berikut:- Bil. Bidang Input Kaedah 1. Akademik 1. 1Mengenal peranan persijilan terbuka. 2. Kemahiran Belajar. a. Membaca. b. Mencatat/mengambil nota. c. Mendengar. d. Mengingat. e. Mengulang kaji. f. Menjawab soalan peperiksaan. g. Kemahiran berfikir. 3. Kemahiran kngurusan masa. 4. Kemahiran pengurusan diri. 5. Strategi menghadapi peperiksaan. 6. Pengumpulan/penyampaian maklumat. hala tuju pelajar lepasan SPM, SPM (V) dan STPM berhubung peluang melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi dan pembiayaan pendidikan. Bimbingan Kelompok Bimbingan Individu Kaunseling Kelompok Kaunseling Individu Bbiblio Kaunseling Kursus/Bengkel/Semi nar Kem/Perkhemahan Tayangan Video Taklimat Kolokium Tutor Sebaya Mentor-mentee Pembimbing Rakan Sebaya Lawatan Terancang Bank maklumat manual Bank maklumat berkomputer 2. Kerjaya 1.Pendidikan kerjaya. Mengenali personaliti, minat dan nilai berhubung dengan pemilihan kerjaya. 2. Pameran Pertandingan Aktiviti Pendidikan & Kerjaya
03 Bidang Tugas & Tanggungjawab Guru Bimbingan & Kaunseling Bidang Tugas & Tanggungjawab Guru Bimbingan & Kaunseling Bil. Bidang Input Kaedah 3. Penyampaian maklumat pakej oooipersijilan terbuka berkaitan dengan oooimatapelajaran elektif di sekolah oooimenengah, kursus-kursus dan oooikerjaya lepasan SPM/SPM (V). 4. Institusi/agensi yang menyediakan oooikursus/latihan kemahiran oooiSPM/SPM (V). Menjawab inventori minat, personaliti, nilai dan lain-lain untuk mengenal pasti hala tuju diri pelajar. Mengumpul dan menyebarkan maklumat pendidikan kerjaya. Bimbingan kelompok Bimbingan individu 3. Psiko-sosial dan kesejahteraan mental Ujian/inventori/senarai semak berkaitan dengan psikososial. 1. 2.Merujuk kad maklumat diri. 3.Kemahiran komunikasi. 4.Kemahiran asertif/tegas diri. 5.Penyaringan maklumat. 6.Pengurusan tekanan. 7.Kemahiran rohani. 8.Kemahiran membuat keputusan. 9.Kemahiran pengawalan diri. 10.Kemahiran aplikasi. 11.Kemahiran sintesis. 12.Kemahiran analisis kritikal. Pengekalan penghargaan. kendiri/’self esteem’. 13. 14.Perkembangan keremajaan. 15.Konsep kendiri. 16. Pengendalian kendiri. 17.Program orientasi. Kaunseling kelompok Kaunseling individu Biblio kaunseling Forum, kursus, bengkel Seminar, kolokium Lawatan terancang Kem bina insan/diri Tayangan video Latihan dalam kumpulan Perkhemahan Ceramah Kaunseling keluarga Pembimbing rakan sebaya Pameran
03 Bidang Tugas & Tanggungjawab Guru Bimbingan & Kaunseling Bidang Tugas & Tanggungjawab Guru Bimbingan & Kaunseling Bil. Bidang Input Kaedah 4. Keibubapaan 1.Komunikasi. 2. Perkembangan individu. 3. Isu-isu kekeluargaan a. Kepimpinan. b. Perkembangan remaja masa ooooooikini dan akan datang. c. Kerukunan dan kesejahteraan ooooooikeluarga. Perkhemahan keluarga/hari keluarga Lawatan ke rumah Kaunseling keluarga Khidmat konsultasi Kursus kemahiran keibubapaan Buletin keluarga 5. Pembangunan Diri Pelajar 1. Kemahiran komunikasi. 2. Kemahiran penyelesaian masalah. 3. Kepimpinan. 4. Kemahiran tegas diri. 5. Pembimbing rakan sebaya. 6. Kemahiran sosial. Kemahiran pemilihan aktiviti mengikut keutamaan. 7. Latihan Pembimbing Rakan Sebaya Latihan kepimpinan ketua kelab dan pengerusi kelab/persatuan Latihan kepimpinan bagi pelajar biasa Praktikum Pembimbing Rakan Sebaya Ceramah Seminar Bengkel Lawatan 6. Pendidikan Pencegahan Dadah 1. Komunikasi 2. Perkembangan individu 3. Pendidikan kekeluargaan 4. Kemahiran asertif/tegas diri 5. Kaunseling kekeluargaan 6. Kemahiran sosial 7.Pendidikan perkembangan seksual Kemahiran menghindari jangkitan HIV/AIDS 8. Ujian Urin Ujian HIV Rujukan kepada Kementerian Kesihatan Kaunseling susulan Kaunseling sokongan Kajian tinjauan
03 Bidang Tugas & Tanggungjawab Guru Bimbingan & Kaunseling Bidang Tugas & Tanggungjawab Guru Bimbingan & Kaunseling Bil. Bidang Input Kaedah 7. Kaunseling HIV/AIDS 1. Komunikasi 2. Perkembangan individu 3. Pendidikan kekeluargaan 4. Kemahiran asertif/tegas diri 5. Kaunseling kekeluargaan 6. Kemahiran sosial 7. Pendidikan perkembangan seksual Kemahiran menghindari jangkitan HIV/AIDS 8. Buletin Majalah Reach Out Kem Kelab prostar Tayangan video
04 Senarai Tugas Kaunselor Pelatih Internship Senarai Tugas Kaunselor Pelatih Internship Semua kaunselor pelatih diingatkan untuk melaksanakan tugastugas berikut sepanjang menjalani internship kaunseling. Kaunselor pelatih perlu mendalami budaya dan persekitaran sekolah pada minggu pertama internship kaunseling. Kaunselor pelatih perlu menyerahkan buku manual penilaian penyelia kepada kaunselor pembimbing untuk diselia dari semasa ke semasa. Kaunselor pelatih perlu berkenalan dengan pihak pentadbir sekolah dan unit Bimbingan dan Kaunseling terutamanya dengan kaunselor pembimbing pada minggu pertama internship kaunseling. Kaunselor pelatih perlu melengkapkan laporan sesi kaunseling, program, inventori dan kerja pentadbiran yang sewajarnya serta melengkapkan 562 jam internship dengan sepenuhnya. Kaunselor pelatih dikehendaki sentiasa menyediakan, mengisi dan mengemaskini maklumat dalam buku log dan fail rekod, pengurusan dan pentadbiran perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kaunselor pelatih dikehendaki menyerahkah perancangan 16 minggu internship, jadual waktu perkhidmatan, jadual program dan aktiviti dan takwim sekolah kepada pensyarah penyelia.
04 Senarai Tugas Kaunselor Pelatih Internship Senarai Tugas Kaunselor Pelatih Internship Kaunselor pelatih perlu bersedia sebelum sesi penyeliaan oleh kaunselor pembimbing dan pensyarah penyelia dari segi kelengkapan buku log dan fail serta pengendalian sesi. Kaunselor Pelatih perlu menjalankan program, mentadbir ujian psikometrik, menjalankan program konsultasi dan mengendalikan kes rujukan sepanjang tempoh internship. Kaunselor pelatih juga perlu menghadiri kursus atau program perkembangan profesional bagi memantapkan lagi nilai profesionalisme kaunselor dalam diri. Kaunselor pelatih perlu melaksanakan sesi bimbingan individu dan sesi bimbingan kelompok bersama murid sekolah. Kaunselor pelatih perlu membuat penilaian terhadap perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling supaya dapat meningkatkan mutu perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kaunselor pelatih perlu sentiasa mempamerkan identiti profesional seperti minat, profesionalisme, kompetensi, penglibatan, pengetahuan, advokasi dan sahsiah yang baik. Kaunselor pelatih perlu melaksanakan sesi kaunseling individu dan sesi kaunseling kelompok bersama murid sekolah secara profesional dan beretika.
Tanggungjawab Kaunselor Pelatih Internship Tanggungjawab Kaunselor Pelatih Internship 05 Semua kaunselor pelatih diingatkan supaya melaksanakan tanggungjawab profesional, tanggungjawab kendiri dan tanggungjawab komuniti. Tanggungjawab tersebut adalah seperti berikut:- Kehadiran ke sekolah adalah mengikut waktu persekolahan iaitu hadir pada jam 7 pagi dan pulang pada jam 2.30 etang jika tiada tugas yang perlu dilaksanakan atau tiada arahan pihak sekolah untuk berada di sekolah selepas waktu tersebut. Kaunselor pelatih wajib berada di sekolah sepanjang waktu persekolahan kecuali diarahkan oleh pihak sekolah untuk melakukan tugasan di luar kawasan sekolah. Kehadiran ke sekolah mestilah 100%. Jika cuti kerana sakit, mohon maklumkan kepada pihak sekolah seawal yang boleh serta dapatkan sijil sakit daripada pihak klinik atau hospital bagi memudahkan pihak sekolah mengatur keberadaan guru-guru. Kaunselor pelatih adalah terikat sepenuhnya dengan peraturan sekolah. Kaunselor pelatih wajib berpakaian rasmi sepanjang berada di sekolah kecuali atas arahan pihak sekolah untuk memakai pakaian lain seperti T-Shirt.
Tanggungjawab Kaunselor Pelatih Internship Tanggungjawab Kaunselor Pelatih Internship 05 Kaunselor pelatih mesti menjaga keharmonian di tempat tinggal yang disewa sepanjang tempoh internship. Kaunselor pelatih wajib mempamerkan sahsiah dan personaliti yang disenangi sepanjang masa. Kaunselor pelatih perlu sentiasa berinteraksi dengan warga sekolah terutamanya murid dan guru-guru. Kaunselor pelatih wajib menghantar buku log perkhidmatan kepada pengurusan sekolah pada setiap minggu untuk ditandatangani oleh pihak pentadbir. Kaunselor pelatih adalah dilarang sama sekali menimbulkan suasana yang tidak harmoni dengan pihak sekolah terutamanya dengan unit Bimbingan dan Kaunseling. Kaunselor pelatih perlu merujuk kepada unit Bimbingan dan Kaunseling setiap kali ingin merancang dan melaksanakan sebarang aktiviti atau program. Kaunselor pelatih wajib menunjukkan buku log perkhidmatan kepada kaunselor pembimbing pada setiap hari untuk ditandatangani.
Tanggungjawab Kaunselor Pelatih Internship Tanggungjawab Kaunselor Pelatih Internship 05 Kaunselor pelatih perlu memastikan kehadiran atau penyewaan di satu-satu kawasan tidak menimbulkan ketidakselesaan kepada warga setempat. Kaunselor pelatih perlu bersedia menghulurkan khidmat bakti apabila diperlukan oleh mana-mana pihak. Kaunselor pelatih adalah dilarang dengan tegas daripada melakukan malpraktis semasa menjalani internship kaunseling. Kaunselor pelatih perlu memastikan semua dokumen berkaitan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling diurus dan dijaga dengan sempurna agar tidak berlaku sebarang kebocoran malumat murid.
06 Jumlah Jam Internship Kaunselor Pelatih Jumlah Jam Internship Kaunselor Pelatih ASPEK PENYELIAAN JAM Pengurusan dan Pentadbiran 250 Jam Kemahiran Kaunseling Sesi Kaunseling Individu Sesi Kaunseling Kelompok 132 Jam 60 Jam Aktiviti Sokongan Perancangan dan Pelaksanaan Program Ujian Psikologi Konsultasi dan Rujukan Perkembangan Profesional Kaunselor Pelatih 60 Jam 20 Jam 20 Jam 20 Jam JUMLAH 562 Jam ***Sekiranya kaunselor pelatih tidak dapat melengkapkan jam internship ini, kaunselor pelatih tersebut akan digagalkan bagi kursus Intership Kaunseling dan perlu mengulang semula kursus yang sama pada semester yang akan datang***
07 Manual ini dihasilkan untuk membantu kaunselor pelatih menguruskan perasaan, pemikiran dan tingkah laku dengan baik sepanjang tempoh internship di sekolah. Manual ini mengandungi templat perancangan internship, bahan-bahan dan maklumat-maklumat yang dapat digunakan bagi melaksanakan sesi kaunseling dan aktiviti-aktiviti sokongan, aktiviti-aktiviti terapi diri dan lain-lain lagi. Secara ringkasnya, kandungan manual ini dipercayai akan dapat membantu kaunselor pelatih untuk membuat perancangan internship dengan sistematik serta menjaga kesejahteraan mental dan emosi dengan baik semasa menguruskan tugas dan beban kerja di sekolah. Manual Pengurusan Kaunselor Pelatih: "Things Will Work Out" (TW2O) Rujukan Tambahan (Untuk Kegunaan Kaunselor Pelatih) Rujukan Tambahan (Untuk Kegunaan Kaunselor Pelatih)