WAN RAFIQA MAWADDAH BINTI WAN MOHD RIZAL
  • 3
  • 0
MANUAL SENARAI TUGAS KAUNSELOR
Berdasarkan pengalaman menjalani latihan praktikum dan internship kaunseling, para penulis mendapati bahawa sesetengah pihak sekolah terutamanya pihak pentadbir sekolah dan guru mata pelajaran beranggapan tidak mempunyai pengetahuan yang luas tentang tugas Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) dan Kaunselor Pelatih (KP). Hal ini mungkin disebabkan oleh; kebanyakan tugas yang dilaksanakan oleh GBK dan KP perlu dilakukan dalam ruangan yang tertutup untuk menjamin kerahsiaan dan keselamatan maklumat/data-data murid. Kadang kala, GBK dan KP juga diperlukan untuk bertugas di luar sekolah sebagaimana yang diarahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Oleh sebab GBK dan KP jarang dilihat di mana-mana tempat di sekolah seperti bilik guru dan bilik darjah, warga sekolah cenderung untuk beranggapan bahawa GBK dan KP tidak mempunyai bebas tugas yang banyak sebagaimana guru-guru subjek yang. Hal ini kemudiannya menyebabkan sesetengah GBK dan KP diberi tugas-tugas lain yang tidak berkaitan dengan tanggungjawab hakiki mereka. Akhirnya, hal ini menyebabkan GBK dan KP terbeban dengan banyak tugas yang berganda di sekolah.
View Text Version Category : 0
  • Follow
  • 0
  • Embed
  • Share
  • Upload
Related publications