The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KERTAS KERJA PENUBUHAN TADIKA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 0375 Raja Amalin, 2023-12-05 04:18:07

TADIKA CERIA PINTAR

KERTAS KERJA PENUBUHAN TADIKA

PEMARKAHAN TAJUK KERTAS KERJA PENUBUHAN TADIKA CERIA PINTAR KURSUS NAMA KURSUS KOD KURSUS SEM PENGURUSAN PUSAT PAKK KPK 2213-18 6 DISEDIAKAN OLEH NAMA NO MATRIK 1) RAJA AMALIN AISYAH BINTI RAJA MOHD ZAIDI 2) NUR LAILY SYAMIMI BINTI MUHAMAD SHUKRI 3) FATIMAH AZZAHRAA’ BINTI BHARUDIN 21140375 21140377 21140365 PENSYARAH: PUAN MAIZATUL AKHMAR BINTI MAT YUSOFF


ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN…………………………………………………….. 1-2 2.0 LATAR BELAKANG TADIKA…………………………………… 3 3.0 RASIONAL (NAMA, VISI, MISI, MOTO, LOGO)……………….. 4-5 4.0 OBJEKTIF…………………………………………………………... 6-7 5.0 LOKASI TAPAK…………………………………………………… 7-8 6.0 TARIKH MULA PELAKSANAAN………………………………... 9 7.0 PELAN LANTAI & PEMBANGUNAN………………………….... 10-11 8.0 KRITERIA PENGAMBILAN……………………………………..... 12 9.0 PAKAIAN SERAGAM TADIKA…………………………………. 13-14 9.1 PAKAIAN SUKAN TADIKA………………………………….. 15-16 10.0 KURIKULUM……………………………………………………… 17 10.1 KANDUNGAN DALAM KSPK YANG AKAN DIGUNAKAN OLEH TADIKA CERIA PINTAR………………………………………………………… 17 10.2 KANDUNGAN KURIKULUM TAMBAHAN………………. 18 10.3 SESI BELAJAR……………………………………………….. 19 10.4 JADUAL WAKTU TADIKA CERIA PINTAR…………......... 19 10.5 YURAN………………………………………………………... 20 10.6 CUTI………………………………………………………........ 20 10.7 PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR…………........ 21 11.0 KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN………………………........ 22 12.0 CADANGAN INVENTORI………………………………………... 23


13.0 ASPEK PEMAKANAN…………………………………………………. 24 13.1 KEPENTINGAN PERATURAN DAN GARIS PANDUAN DALAM PENYEDIAAN MAKANAN KANAK-KANAK……………………………. 24 13.2 PERUNTUKAN DAN BELANJAWAN…………………………… 25 13.3 PENYEDIAAN DAN PENGENDALIAN PEMBERIAN MAKANAN……………………………………………………….... 26 13.4 CARA PENYEDIAAN MAKANAN DAN AGIHANNYA……….. 27 13.4.1 CARA MENYEDIAKAN MAKANAN BAGI MENGEKALKAN KHASIATNYA………………………………………………………………. 27 13.4.2 PENJAGAAN KEBERSIHAN DAN SUASANA SEMASA MAKAN ………………………………………………….. ... 28 13.4.3 PANDUAN PEMILIHAN PEMAKANAN SEIMBANG…… 28-29 13.5 JADUAL PEMAKANAN UNTUK SEMINGGU…………………. 30 14.0 ASPEK KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN……………………... 31 14.1 ASPEK KEBERSIHAN…………………………………………….. 31-33 14.2 ASPEK KESELAMATAN………………………………………..... 34-39 15.0 ASPEK KESIHATAN………………………………………………….. 40 15.1 ASPEK KESIHATAN TERBAHAGI……………………………... 40 15.2 PENJAGAAN KESIHATAN DIRI KANAK-KANAK……………. 41 15.3 FAKTOR PENTING DALAM PENJAGAAN KESIHATAN…….. 42 15.4 JENIS PENYAKIT KANAK-KANAK…………………………….. 42-47


16.0 PENGURUSAN KELOLAAN STAFF…………………………………. 48 16.1 BILANGAN STAFF………………………………………………... 48 16.2 CARTA ORGANISASI STAFF……………………………………. 48 16.3 KELULUSAN PENDIDIKAN STAFF…………………………….. 49 16.4 PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL STAFF……….... 49 17.0 PENGURUSAN KEWANGAN………………………………………… 50 17.1 PEMASARAN……………………………………………………… 50-52 17.2 YURAN BULANAN……………………………………………….. 53 17.3 SEWA BULANAN…………………………………………………. 53 17.4 UTILITI (BIL AIR, BIL ELEKTRIK DAN BIL TELEFON)……… 54 17.5 AKTIVITI TAHUNAN……………………………………………... 54 17.6 GAJI GURU/ PEMBANTU GURU DAN STAFF…………………. 55 18.0 PENUTUP……………………………………………………………….. 56 19.0 LAMPIRAN


1.0 PENGENALAN Pendidikan awal kanak-kanak adalah pendidikan terawal yang diterima oleh kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Perkembangan kanak-kanak pada masa ini berada pada tahap kritikal dan membangun dengan pesat sekali meliputi aspek perkembangan fizikal, intelek, emosi, rohani dan sosial. Daripada perspektif Islam, akal kanak-kanak mula bercahaya semasa berumur lima tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak mempunyai keupayaan menerima sebarang pengetahuan yang diajar dan dapat menggunakan serba sedikit logik akal apabila menyelesaikan masalah. Justeru, premis yang akan saya bina ialah sebuah tadika. Ia berada di kawasan perumahan Taman Sri Mulong. Tadika ini berada di bahagian tengah perumahan Taman Sri Mulong dan ia berhampiran dengan hospital, balai polis, taman permainan, surau dan kemudahan kawasan lapang. Selain itu, tadika kami menyediakan perkhidmatan didikan dan bimbingan kepada kanak-kanak dalam merealisasikan matlamat tadika iaitu melahirkan kanak-kanak yang pintar dan cerdas serta memenuhi tujuan ibu bapa menghantar anak mereka ke tadika ini. Justeru, antara faktor yang membawa kepada penubuhan tadika ini ialah kanak-kanak merupakan sebahagian daripada masyarakat yang amat penting, yang menjadi aset negara dan penyambung nadi pembangunan negara pada masa hadapan. Tambahan lagi, bagi memenuhi permintaan Negara terhadap kanak- kanak yang akan menjadi sebagai ‘role model’ yang berkualiti pada generasi akan datang. Di samping itu, bagi membantu penduduk di kawasan perumahan ini yang menghadapi kesukaran untuk menghantar anak-anak mereka ke tadika. Hal ini kerana faktor jarak, kekangan masa dan kesibukan jalan raya. Oleh itu, penubuhan tadika ini merupakan kemudahan untuk ibu bapa menghantar anak mereka dengan cepat dan selamat. Oleh demikian, penubuhan Tadika Ceria Pintar bertujuan memberi pengalaman awal yang penting dalam dunia persekolahan kepada kanak-kanak. Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menggembirakan dapat mengekalkan mereka dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat. 1


Di bawah ini merupaka carta organisasi untuk tadika ini: 2 PENGETUA PENYELIA GURU GURU PEMBANTU GURU TUKANG MASAK MURID


2.0 LATAR BELAKANG TADIKA Tadika ini akan ditubuhkan pada 1 Mac 2024 dimana terdiri daripada saya yang juga merupakan pengusaha tadika ini. Justeru, tadika ini terletak di perumahan Taman Sri Mulong beralamat Taman Sri Mulong, PT430, Kampung Binjai Kedai Mulong, 16010 Kota Bharu, Kelantan dimana kedudukan tadika ini yang berada di kawasan deretan perumahan Taman Sri Mulong yang akan menjadikan tadika. Selain itu, tadika ini merupakan hak milik persendirian oleh saya sendiri. Terdapat dua orang guru yang menjadi tenaga pengajar di tadika ini dan dibantu oleh dua orang pembantu guru serta dua orang tukang masak. Kesemua guru di tadika ini sekurang-kurangnya mempunyai Diploma dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Tadika ini beroperasi bermula pukul 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari untuk waktu belajar. Tadika ini merupakan tadika yang mengamalkan sistem pendidikan yang terkini bagi kanakkanak yang berumur 5 dan 6 tahun. Tadika ini berkonsepkan penerapan nilai-nilai murni mengikut berpandukan kurikulum prasekolah iaitu belajar sambil bermain yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang, kreatif dan berakhlak. Sesungguhnya anak yang seimbang melahirkan generasi yang cemerlang. Justeru, penubuhan tadika berasaskan konsep Kindergarten adalah atas dasar ingin melahirkan generasi anak-anak yang mempunyai pendidikan yang cemerlang dari segi akademik, sahsiah, akhlak dan agama, di samping tidak mengabaikan dari sudut rohani dan jasmani mereka. Justeru, pelbagai aktiviti yang diterapkan tidak kira sama ada berbentuk ilmiah, kesenian, kecerdasan dan sebagainya atas tujuan melahirkan jiwa-jiwa yang kental dan bersemangat serta berpengetahuan luas. Sejajar dengan itu, harapan agar anak-anak yang terdidik di Tadika Ceria Pintar ini berjaya menjadi manusia yang cemerlang serta mampu menjadi anak yang bermanfaat kepada dirinya sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan juga negara. 3


3.0 RASIONAL (NAMA, VISI, MISI, MOTO, LOGO) NAMA Tadika Ceria Pintar LOGO Logo Rasmi Tadika Ceria Pintar Tadika ini dinamakan Tadika Ceria Pintar kerana tadika ini akan dicat dengan warna rasmi tadika iaitu merah jambu dan dikombinasi dengan warna hijau dan kuning. Warna-warna tersebut mempunyai maksud yang tertentu antaranya ialah: I. Warna merah jambu iaitu melambangkan kelembutan, ketenangan dan kasih sayang. Tambahan lagi, dapat memberi keceriaan dan keselesaan suasana di luar dan dalam Tadika. II. Warna kuning iaitu melambangkan kekayaan dengan ilmu pengetahuan III. Warna hijau iaitu melambangkan kedamaian tadika IV. Simbol kanak-kanak iaitu melambangkan anak-anak kecil yang perlu diberi didikan, kasih sayang yang sempurna. V. Simbol permainan iaitu melambangkan "Belajar Melalui Bermain" (learning through play) dalam usaha mengembangkan kemahiran asas dan potensi kanak-kanak dalam segala aspek perkembangannya 4


VISI Tadika Ceria Menjana Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik Dan Negara Sejahtera MISI Tadika Ceria Pintar akan berusaha melahirkan pemimpin bangsa yang cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah yang akan unggul demi masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang, MOTO (TADIKA CERIA PINTAR) “We love, We care” 5


4.0 OBJEKTIF Memberikan pendidikan asas pra-sekolah dengan pendekatan pemupukan potensi intelektual dan kreativiti dengan menggabungkan pendekatan moden dan islamik yang mempunyai gandingan ciri-ciri tertentu. Memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur lima hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selasa dan selamat serta aktiviti yang menyeronokkan serta kreatif dan inovatif. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menghadapi cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak. Objektif penubuhan Tadika Ceria Pintar adalah seperti berikut: 1. Melaksanakan program pendidikan prasekolah bagi kanak-kanak yang berumur 5 hingga 6 tahun dengan mengguna pakai Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). 2. Menyediakan suasana pembelajaran yang berorientasikan "Belajar Melalui Bermain" (learning through play) dalam usaha mengembangkan kemahiran asas dan potensi kanak-kanak dalam segala aspek perkembangannya sebagai persediaannya untuk memasuki alam persekolahan yang sebenar (formal). 3. Memupuk dan melengkapkan sifat peribadi (sahsiah), perwatakan dan konsep diri yang positif serta mengamalkan nilai-nilai murni di kalangan kanak-kanak. 4. Melahirkan generasi ulul albab yang cemerlang dan mempunyai sahsiah mulia di masa hadapan selaras dengan pembentukan modal insan yang berkualiti. 5. Memberi latihan kemahiran yang berkualiti dan diiktiraf bagi mengupayakan ekonomi keluarga luar Bandar 6. Memperkasa sosio ekonomi masyarakat luar bandar yang harmoni, berjaya dan sejahtera. 7. Mengasuh potensi pelajar dari segi intelektual, rohani, emosi dan jasmani sesuai dengan perkembangan pelajar dengan berteraskan syiar Islam. 6


8. Melahirkan generasi pelajar yang menghayati nilai Islam ke arah mewujudkan sebuah masyarakat yang berdaya maju, harmonis, inovatif dan progresif. 9. Mengasuh kemahiran komunikasi, sosial dan teknologi ICT. 7


5.0 LOKASI TAPAK Lokasi tapak untuk penubuhan tadika ini ialah di kawasan perumahan yang beralamat Taman Sri Mulong, PT430, Kampung Binjai Kedai Mulong, 16010 Kota Bharu, Kelantan. Setelah membuat kajian, didapati lokasi ini selamat daripada risiko kemalangan dan kecederaan dan terjamin keselamatannya. Selain itu, lokasi ini tidak ada risiko pencemaran udara kerana jauh daripada kawasan kilang. Selain itu, premis kami juga mendapat kebenaran bertulis daripada jiran sebelah kiri kanan.belakang dan hadapan premis. 8


6.0 TARIKH MULA PELAKSANAAN Tarikh tadika dilaksanakan ini dianggarkan bermula dari tarikh kertas kerja ini dibuat iaitu pada 20 MEI 2023 dan dijangka ia akan mengambil masa selama 6 bulan untuk disiapkan, Selain itu, Tadika Ceria Pintar beroperasi pada 4 MAC 2024. Justeru, proses untuk menyiapkan kertas kerja mengambil masa yang cukup lama. Di samping itu, kami promosi tadika kami di laman web instagram iaitu “tadika_ceriapintarkb” serta kami mengedarkan pamphlet kepada penduduk Taman Sri Mulong serta penduduk di sekitar Kota Bharu. 9


7.0 PELAN LANTAI & PEMBANGUNAN 10 RUANG KREATIVITI RUANG SAINS & MATEMATIKK RUANG KERROHANIAN RUANG ESTETIKA KOLAM KEBUN TAMAN PERMAINAN RUANG MAKAN RAK KASUT RUANG BACAAN TANDAS (P) TANDAS (L)


PETUNJUK 11


8.0 KRITERIA PENGAMBILAN I. Kanak-kanak yang mempunyai Waganegara Malaysia sahaja diberi keutamaan seperti berikut: BIL MURID BAPA IBU 1 Warganegara Warganegara Warganegara 2 Warganegara Warganegara Penduduk Tetap 3 Warganegara Penduduk Tetap Warganegara 4 Warganegara Penduduk Tetap Penduduk Tetap II. Terbuka kepada kanak-kanak yang berumur 5 hingga 6 tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa. III. Beragama islam IV. Anggaran pendapatan ibu bapa/penjaga di bawah pendapatan kemiskinan, pendapatan rendah dan pendapatan tinggi seperti berikut: BIL GAJI 1 Kurang daripada RM1,000.00 2 RM 1,000.00 hingga RM1,500.00 3 RM1,501.00 hingga RM2,000.00 4 RM2, 001.00 hingga RM3,000.00 5 RM3,001.00 hingga RM4,000.00 6 RM4,001.00 hingga RM 5,000.00 7 RM5,001.00 hingga ke atas V. Tanggungan ibu bapa/ penjaga (tanggungan anak ramai belajar) VI. Status ibu bapa/ penjaga 12


9.0 PAKAIAN SERAGAM TADIKA Warna merah jambu melambangkan kasih sayang antara murid dan guru. Warna kuning melambangkan kesan positif yang bermaksud keceriaan dan kreativiti. Warna merah melambangkan kebangkitan tenaga dan motivasi yang tinggi.


9.1 PAKAIAN SUKAN TADIKA Warna hijau melambangkan keunggulan dan keindahan. Hijau adalah kekuatan yang menjadikan diri lebih kuat dan berkeyakinan dalam apa jua cabaran


10.0 KURIKULUM Tadika Ceria Pintar akan menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dan disamping itu akan menyediakan kurikulum tambahan sebagai kurikulum sampingan. 10.1 KANDUNGAN DALAM KSPK YANG AKAN DIGUNAKAN OLEH TADIKA CERIA PINTAR: 1. Tunjang Komunikasi Kanak-kanak akan diajar cara bagaimana untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan sebaya atau orang sekeliling menggunakan akhlak & tatatertib. 2. Tunjang kerohanian,sikap & nilai Kanak-kanak akan diajar untuk mengenal, menyebut huruf-huruf jawi dan asas-asas tentang agama islam serta sikap & nilai-nilai murni dalam norma masyarakat. 3. Tunjang keterampilan diri Kanak-kanak akan diajar cara untuk mengawal emosi dan memahami serta menghormati perasaan orang lain. 4. Tunjang perkembangan fizikal dan estetika Kanak-kanak akan diajar bagaimana cara untuk mengasah motor kasar & halus serta mengasah kreativiti mereka. 5. Tunjang sains dan teknologi Mengajar anak-anak mengenal,menyebut,mengira nombor dan mengajar tentang pendidikan awal sains mEngenal pokok dan haiwan 6. Tunjang kemanusiaan Mengajar kanak-kanak tentang sifat kemanusiaan dan semangat cinta atau sayang akan Negara. 17


10.2 KANDUNGAN KURIKULUM TAMBAHAN 1) BAHASA MALAYSIA Mengeja Membaca Menulis Tatabahasa 2) BAHASA INGGERIS Mengeja (Spelling) Tatabahasa (Grammar) Menyebut (Pronounciation) 3) PENDIDIKAN ISLAM Membaca & menulis huruf jawi Bacaan doa Solat Menulis jawi 18


10.3 SESI BELAJAR Sesi Pengajaran dan Pembelajaran bagi Tadika Ceria Pintar akan bermula pada pukul 7.30 pagi sehingga 11.30 pagi. 10.4 JADUAL WAKTU TADIKA CERIA PINTAR 19


10.5 YURAN UMUR NO PERKARA 5 TAHUN 6 TAHUN 1 Yuran pendaftaran RM 100.00 RM 100.00 2 Buku-buku latihan dan bacaan RM 200.00 RM 200.00 3 Insuran (setahun) RM 20.00 RM 20.00 4 Kertas peperiksaan (penilaian mingguan) RM 50.00 RM 50.00 5 Pakaian seragam sekolah (1 pasang) RM 30.00 RM 30.00 6 Pakaian sukan sekolah (1 pasang) RM 20.00 RM 20.00 7 Tag nama pelajar (sulam) - 1 pcs RM 5.00 RM 5.00 8 Yuran sukan tahunan RM 20.00 RM 20.00 9 Yuran yang termasuk (iqra/solat & fardhu ain) RM 100.00 RM 100.00 10 Makan dan minum RM 50.00 RM 50.00 11 Lawatan sekolah RM 50.00 RM 50.00 JUMLAH RM 645.00 RM 645.00 10.6 CUTI Cuti yang akan berlaku bagi tadika ini adalah pada hujung minggu iaitu hari Jumaat dan Sabtu dan cuti-cuti umum seperti cuti sekolah, cuti untuk setiap perayaan, dan cuti-cuti umum yang lain. 20


10.7 PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR Tadika ini akan menyediakan banyak buku-buku cerita yang mengandungi moral-moral yang baik dan kisah-kisah teladan para nabi. Akan menggunakan buku-buku khas seperti Anak-anakku & Bacalah sayang. Menggunakan alat bantu mengajar untuk memudahkan proses PdP seperti slide, video, flash card dan puzzle nombor atau huruf serta yang lain-lain lagi. Tadika akan menyediakan set buku khas yang berbentuk gambar rajah kepada murid 5 tahun dan 6 tahun yang memerlukannya. Hal ini kerana, sesetengah daripada mereka masih belum dapat menulis dan membaca. 21


11.0 KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN Di Tadika Ceria Pintar terdapat banyak kemudahan yang kami sediakan antaranya ialah kemudahan stor untuk menyimpan barang-barang yang berlebihan atau yang tidak digunapakai, kemudahan tandas untuk guru dan murid serta kemudahan bilik rawatan untuk pelajar berehat sekiranya mereka menghadapi atau mempunyai masalah kesihatan. Selain itu,tadika ini juga menyediakan banyak ruang kepada kanak-kanak antaranya ialah ruang sains atau matematik untuk kanak-kanak meneroka nombor dan mengenali sains awal, ruang rehat untuk guru-guru atau murid-murid berehat secara bersantai ,ruang menunggu untuk muridmurid menunggu ibu bapa mereka,ruang kreativiti untuk murid-murid mengasah bakat & kreativiti mereka, ruang kerohanian untuk kanak-kanak belajar iqra dan menunaikan solat dhuha& ruang main untuk kanak-kanak bermain dalam dunia imaginasi mereka. Tadika ini juga mempunyai taman permainan, kebun bunga atau sayur untuk melatih minat dan hobi kanak-kanak serta mengasah motor kasar & motor halus mereka melalui aktiviti bermain dan berkebun. Kami juga ada menyediakan ruang menunggu untuk pelajar menunggu ibu bapa menjemput mereka dari sekolah. 22


12.0 CADANGAN INVENTORI BIL PERALATAN KUANTITI HARGA PER KUANTITI JUMLAH(RM) 1 KERUSI 80 RM 20.00 RM 1600.00 2 MEJA 20 RM 50.00 RM 1000.00 3 PAPAN PUTIH 4 RM 50.00 RM 200.00 4 PINGGAN 60 RM 2.40 RM 144.00 5 CAWAN 60 RM 2.00 RM 120.00 6 MARKER PAPAN 15 RM 5.00 RM 75.00 7 BUKU TEKS 60 RM 4.00 RM 240.00 8 TIKAR 15 RM 25.00 RM 375.00 9 LANGSIR 15 SET RM 150.00 RM 2250.00 10 RAK BUKU 3 RM 170.00 RM 510.00 11 RAK KASUT 2 RM 60.00 RM 120.00 12 KOMPUTER 3 RM 2000.00 RM 6000.00 13 BANTAL 3 RM 5.00 RM 15.00 14 PERIUK NASI 2 RM 50.00 RM 100.00 15 PEMANAS AIR 2 RM 25.00 RM 50.00 16 SELIMUT 3 RM 10.00 RM 30.00 17 PERKAKAS AMALI 5 RM 100.00 RM 500.00 18 PERALATAN SUKAN 5 RM 100.00 RM 500.00 19 KIPAS 10 RM 150.00 RM 1500.00 20 TELEVISYEN 1 RM 2500.00 RM 2500.00 JUMLAH RM17,829.00 23


13.0 ASPEK PEMAKANAN 13.1 KEPENTINGAN PERATURAN DAN GARIS PANDUAN DALAM PENYEDIAAN MAKANAN KANAK-KANAK 1) Memastikan pemberian makanan yang bersih, berzat dan seimbang kepada kanakkanak tadika. Ianya bagi menjamin tumbesaran yang sempurna kanak-kanak dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta mengelakkan penyakit. 2) Meningkatkan amalan pemakanan berkhasiat dan seimbang di kalangan kanak-kanak. 3) Menyelaras dan menyelenggara pendidikan kesihatan dan pemakanan secara langsung dan tidak langsung. 4) Mengendalikan dan mengamalkan tabiat sopan santun, disiplin, timbang rasa serta amalan- amalan murni yang berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan makanan dan kebersihan alam sekitar. 24


13.2 PERUNTUKAN DAN BELANJAWAN Antara perkara-perkara yang diambil kira adalah seperti berikut: 1) Peruntukan yang diberikan bagi pemberian makanan seimbang adalah sebanyak RM 5.00 seorang kanak-kanak bagi setiap hari persekolahan.Sehubungan itu jumlah peruntukan berkenaan hendaklah digunakan oleh guru dan tukang masak bagi pembelian makanan harian utama, di samping pembelian makanan berkhasiat tambahan yang diperlukan bagi pertumbuhan serta perkembangan fizikal dan mental kanakkanak. 2) Bagi mengelakkan sebarang pembaziran berlaku, pihak Negeri atau Daerah atau Bahagian dinasihatkan menguruskan pembelian makanan berkhasiat tambahan seperti susu, bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan segar yang disukai dan diperlukan kanakkanak berdasarkan permohonan dan keperluan Guru atau Tukang masak di tadika. 3) Dalam pengurusan pembelian makanan kanak-kanak, perkara-perkara di bawah ini akan diambil perhatian: Kadar tidak melebihi RM 5.00 seorang kanak-kanak sehari diperuntukkan untuk menyediakan makanan kanak-kanak sebanyak 2 kali sehari iaitu semasa sarapan pagi dan makan tengahari. Pemberian makanan adalah pada pukul 9.10 - 9.40 pagi dan pada pukul 11.30 - 12.00 tengahari. Menu bersesuaian dengan piramid pemakanan seimbang seperti yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Guru dan tukang masak berhak menentukan jenis makanan tambahan yang bersesuaian seperti kismis, pop bijirin, koko krunch, konflakes, quaker oat, nestum dan sebagainya bergantung kepada peruntukan. Mematuhi segala prosedur dan peraturan kewangan yang sedia ada dalam pengurusan perbelanjaan makanan. Tuntutan makanan bagi setiap bulan hendaklah dikumpulkan dan dihantar kepada Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri untuk bayaran pada tiap-tiap akhir bulan. 25


13.3 PENYEDIAAN DAN PENGENDALIAN PEMBERIAN MAKANAN 1) Tukang masak hendaklah menyediakan dan memasak makanan dan menghidangkan kepada murid-murid. 2) Tukang masak tadika bertanggungjawab dalam memastikan kebersihan dalam proses penyediaan dan pengendalian pemberian makanan kepada kanak-kanak, mementingkan kebersihan makanan dan mengawasi segala peraturan kebersihan terutama sekali semasa menyediakan dan menghidangkan makanan kepada kanak-kanak untuk mengelakkan keracunan makanan dan penyakit-penyakit berjangkit. 3) Aspek-aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam penyediaan dan pengendalian pemberian makanan adalah seperti berikut: Memberikan pelbagai jenis makanan yang sihat dan berkhasiat melalui kobinasi yang bersesuaian berdasarkan piramid makanan. Menggalakkan pengambilan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran untuk membekalkan vitamin dan mineral. Memberikan ikan, daging tanpa lemak, ayam, telur, kekacang dan berasaskan kekacang untuk protein. Memberikan susu, produk tenusu dan lain-lain makanan yang kaya dengan kalsium setiap hari. Berikan daging tanpa lemak, ayam, ikan, sayur-sayuran dan makanan lain yang kaya dengan zat besi setiap hari untuk mencegah kekurangan zat besi. Lemak adalah penting tetapi pemberian secara berlebihan patut dielakkan. Jika snek diperlukan, pilih makanan yang berkhasiat dalam jumlah yang kecil dan berikan pada masa yang sesuai. Hadkan gula-gula, makanan manis dan minuman bergula dan kurangkan pengambilan garam. Kanak-kanak perlu digalakkan supaya tidak gemar kepada makanan yang masin. Contoh cara penggunaan garam ialah: I. Gunakan sedikit sahaja garam di dalam masakan. II. Elakkan penggunaan MSG (Monosodium Glutamat) 26


13.4 CARA PENYEDIAAN MAKANAN DAN AGIHANNYA Semasa hendak menyediakan makanan, pastikan: 1) Tangan dibasuh terlebih dahulu. 2) Gunakan apron semasa memasak dan menyediakan makanan. 3) Peralatan yang digunakan berada dalam keadaan bersih. 4) Sayuran dan buah-buahan hendaklah dibasuh sebelum dipotong. 5) Selepas memasak, tempatkan makanan di tempat yang bersih dan tertutup. 6) Bersihkan ruang memasak. 7) Sisa makanan hendaklah dibuang dengan cara yang bersih dan selamat. 8) Semasa memasak, pastikan anda berada dalam keadaan bersih. 13.4.1 CARA MENYEDIAKAN MAKANAN BAGI MENGEKALKAN KHASIATNYA: 1) Jangan potong terlalu kecil. 2) Mesti dipotong sejurus sebelum dimasak. 3) Ayam dan daging dipotong sederhana besar. 4) Makanan yang hendak disimpan di peti sejuk hendaklah diasingkan mengikut rasanya. 5) Tutup periuk atau kuali semasa memasak. 6) Gunakan air yang sedikit ketika merebus makanan. 27


13.4.2 PENJAGAAN KEBERSIHAN DAN SUASANA SEMASA MAKAN 1) Pastikan kanak-kanak membasuh tangan sebelum dan selepas makan. 2) Peralatan yang digunakan hendaklah bersih. 3) Pastikan kanak-kanak tidak berkongsi peralatan dan makanan. 4) Ruang makanan hendaklah kemas dan bersih. 5) Galakkan kanak-kanak membantu semasa menyedia dan menghidangkan makanan sebelum dan selepas makan. 6) Semasa makan, guru hendaklah sentiasa bersama kanak-kanak. 7) Berbual dengan kanak-kanak tentang jenis dan khasiat makanan yang dimakannya. 8) Selepas makan, galakkan kanak-kanak menggosok gigi. 13.4.3 PANDUAN PEMILIHAN PEMAKANAN SEIMBANG 1) Makanan berkhasiat yang dipilih perlu berasaskan pemilihan makanan pelbagai berasaskan piramid makanan iaitu daripada 5 kumpulan utama makanan: 28


Bijirin Sayur-sayuran dan buah-buahan Daging Susu atau hasil tenusu Lemak dan gula 2) Nutrien adalah penting bagi proses dalam badan seperti berikut: Metabolisme tenaga Pertumbuhan otot Pembentukan darah Pembentukan tulang Perkembangan otak 29


13.5 JADUAL PEMAKANAN UNTUK SEMINGGU 30 HARI WAKTU MENU AHAD SARAPAN PAGI MILO SUAM DAN BISKUT TIGER REHAT NASI PUTIH, AYAM KICAP BERSAYUR, AIR OREN, DAN BUAH TEMBIKAI ISNIN SARAPAN PAGI AIR SUSU DAN HONEY STAR REHAT BUBUR NASI TAMBAH AYAM DAN SAYUR, SIR SIRAP DAN BUAH EPAL SELASA SARAPAN PAGI AIR HORLICK DAN ROTI COKLAT REHAT BIHUN SUP AYAM TAMBAH LOBAH MERAH/KENTANG, AIR JAGUNG DAN BUAH MANGGA RABU SARAPAN PAGI AIR MILO DAN KUIH MUIH REHAT NASI PUTIH, TOMYAM AYAM DAN SAYUR, AIR BANDUNG, DAN BUAH PISANG. KHAMIS SARAPAN PAGI AIR SUSU DAN BISKUT COKLAT REHAT NASI PUTIH, SUP AYAM, SAYUR GORENG, AIR RIBENA DAN BUAH PIR.


14.0 ASPEK KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN 14.1 ASPEK KEBERSIHAN Tadika Ceria Pintar akan mengajar dan melatih kanak-kanak untuk menjaga kebersihan diri agar sentiasa kelihatan kemas dan menarik, kerana dengan kebersihan mereka dapat mewujudkan penampilan, perwatakan dan sahsiah yang menarik, serta berdisiplin dan tidak sukakan kepada kekotoran. Biasanya perkara yang tidak bersih dan kotor akan menggambarkan peribadi seseorang dengan tepat. Untuk menjaga kebersihan diri kanak-kanak ia boleh dilakukan seperti langkah-langkah di bawah: Mengajar kanak-kanak untuk mencuci tangan dengan sabun secara berkala, terutamanya sebelum makan dan selepas. Kanak-kanak akan dibiasakan mencuci badan mereka apabila kotor bagi membentuk kelaziman. Menanamkan kesedaran dalam menjaga kebersihan rambut dan kuku. Menggalakkan kanak-kanak pemakaian pakaian yang bersih dan kemas setiap hari. Membiasakan kanak-kanak menggosok gigi pada setiap pagi dan sebelum tidur. Membiasakan latihan buang sampah seperti mendidik anak-anak untuk membuang sampah pada tempatnya dan menyadari bahaya kekotoran dan cara menjaga kebersihan persekitarannya. Memberikan pujian dan ganjaran apabila mereka mengamalkan kebersihan diri dengan baik untuk memberi dorongan yang positif. Menyediakan ruang untuk kanak-kanak membersihkan diri selepas melakukan aktiviti lasak atau kotor. 31


Selain itu, kami juga akan menetapkan panduan kebersihan untuk memelihara kebersihan tadika ini seperti: Menyediakan bakul sampah pada setiap ruang sudut dan di dalam kelas. Pastikan ruang kelas sentiasa bersih dengan membersihkan lantai dan meja setiap hari. Di dapur pula, akan disediakan dua buah tong sampah besar untuk kegunaan pembantu. Pihak kami juga telah membuat soal selidik tentang jadual lori sampah yang mengutip sampah di kawasan perumahan ini. Hal ini, akan memudahkan lagi pihak kami untuk mengumpul sampah dan membiarkan pemungut sampah mengutip sampah kami. Berdasarkan aspek kebersihan juga, tadika kami membuat keputusan untuk menggunakan pekerja yang ada sahaja. Selalu menyediakan bekalan tisu dan pembalut untuk menjaga kebersihan kanak-kanak. Pihak kami akan memastikan semua peralatan dan mainan dibersihkan secara berkala sebelum digunakan oleh kanak-kanak. Memastikan kebersihan tandas sentiasa bersih dan tersedia dengan alat pembersih seperti sabun dan tisu Pihak kami juga menyediakan seorang pembantu iaitu staf untuk kerja-kerja pembersihan di tadika dan seorang tukang masak untuk penyediaan makanan kepada kanak-kanak. Hal ini adalah untuk kesihatan kanak-kanak,di mana tukang masak untuk memasak makanan sahaja dan staf hanyalah sebagai pembersih tadika Kami tidak akan membiarkan mereka mencampuri sesuatu pekerjaan seperti kebanyakan tadika yang hanya menggunakan seorang staf untuk memasak dan membersihkan sampah Pihak kami akan memastikan tukang masak dan staf memahami kepentingan amalan kebersihan dan melatih mereka mengenai protocol kebersihan dan prosedur keamanan makanan. Memastikan ruang dapur dan ruang makan dalam keadaan bersih Selain itu, kami akan bersama-sama menyelenggara dan membersihkan tadika dan kawasan sekitarnya. 32


Gotong-royong akan turut dianjurkan secara berkala untuk membersihkan kawasan tadika dan menyediakan bahan bantu mengajar untuk aktiviti pengajaran & pembelajaran. Aktiviti gotong-royong bersama ibu bapa juga akan dilakukan sebulan sekali bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kakitangan tadika dan para ibu bapa Yang paling penting, kami akan sentiasa mengamalkan amalan SS iaitu sapu,susun,sisih,seragam dan sentiasa amal. Amalan ini akan dipraktikkan kepada kanak-kanak dan kakitangan tadika 33


14.2 ASPEK KESELAMATAN Tadika kami akan mementingkan aspek keselamatan kanak-kanak semasa mereka berada di tadika. Oleh itu, kami telah menyediakan senarai langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil perhatian oleh semua kakitangan tadika ini ialah: (1) Pastikan kelas dan kawasan sekeliling selamat bagi kanak-kanak untuk mereka bermain secara bebas: Memastikan akses keluar masuk tadika terkawal bagi mengelakkan individu yang tidak berkenaan masuk ke kawasan tadika. Longkang akan diletakkan penghadang besi supaya kanak-kanak tidak terjatuh atau tercedera di dalam longkang. Pastikan semasa aktiviti luar berlansung dikawal dengan baik dan, kanak-kanak sentiasa berada dalam pengawasan. Rumput dan lalang akan dipotong bagi mengelakkan haiwan-haiwan yang buas dan berbisa. Sentiasa menyediakan peralatan kecemasan yang cukup seperti pemadam kebakaran,bilik kecemasan,dan kit pertolongan cemas. Lapkan lantai dengan segera sekiranya terdapat kesan air bagi mengelakkan mereka daripada tergelincir Selain itu, tikar atau permaidani yang telah dilipat perlu disimpan di tempatnya dan barang-barang tidak dibiarkan bersepah di atas lantai. Melakukan pemeriksaan berkala mengenai keadaan fasiliti dan peralatan untuk memastikan kanak-kanak menggunakan dengan selamat. Memastikan barangan berbahaya dan tajam seperti pisau dan gunting diletakkan di tempat yang tidak boleh dicapai kanak-kanak. Penyediaan sistem pengawasan CCTV di kawasan strategik untuk meningkatkan keselamatan tadika. Kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan pihak berkepentingan lain untuk meningkatkan lagi keselamatan tadika. 34


(2) Jauhkan kanak-kanak dari dapur panas,air panas dan semua jenis peralatan elektrik: Mancis dan pemetik api perlu disimpan di dalam rak atau tempat selamat. Kedudukan dapur dan soket pada dinding perlu di dalam keadaan yang baik dan elakkan daripada air supaya tidak terjadi litar pintas atau renjatan elektrik. Pastikan semua peralatan elektrik dimatikan selepas menggunakannya. (3) Bahan beracun dan ubat-ubatan harus dijauhi dari dicapai oleh kanak-kanak: UBAT-UBATAN: Simpan semua ubat-ubatan di tempat yang terkunci dan tidak dapat dijangkau oleh kanak-kanak. Pastikan setiap ubat memiliki label yang jelas supaya mencegah kesalahan dalam memberi ubat. Memastikan ubat yang telah tamat tempoh dilupuskan dan tidak disimpan bersama ubat yang baru. BAHAN PENCUCI/MINYAK TANAH: Bahan pencuci dan minyak tanah boleh mendatangkan kesan yang tidak baik jika diminum oleh kanak-kanak. Ia perlu disimpan di tempat yang selamat. Pastikan untuk memisahkan bahan pencuci dan minyak tanah dari barang lain terutama makanan atau mainan kanak-kanak. Jika terkena pada kulit atau mata,segera bilaskan dengan air yang banyak. 35


RACUN MAKHLUK PEROSAK: Elakkan menyimpan racun di dalam botol minuman atau menggunakan bekas racun yang kosong untuk memasak atau menyimpan makanan. Jangan diletakkan berdekatan atau bersama makanan. Jika terkena pakaian,rendamkan pakaian itu di dalam air,cuci kulit dan kuku dengan sabun. Tempatkan bahan-bahan tersebut di tempat yang tidak mudah disentuh oleh kanakkanak. (4) Jangan biarkan kanak-kanak memasukkan benda-benda ke dalam mulut,hidung atau telinga: Benda-benda yang kecil seperti kekacang,butang baju, gula-gula,manik,butang syiling atau bahagian- bahagian tertentu permainan penggunaannya perlu diawasi. Jika memberikan makanan yang berbiji kepada kanak-kanak perlulah dalam pengawasan. (5) Kanak-kanak tidak boleh dibiarkan bermain di sudut air bersendirian: Elakkan Kanak-kanak bermain di takungan air atau kolam,longkang besar supaya mencegah kanak-kanak tergelincir,jatuh dan lemas. Kanak-kanak,terutama yang masih belajar berenang dapat memiliki risiko tenggelam jika bermain di sudut air tanpa pengawasan. Air yang tergenang atau yang terdapat di sudut air dapat menjadi tempat bakteria dan kuman membiak dan boleh meningkatkan risiko penyakit 36


(6) Awasi kanak-kanak semasa bermain di sudut permainan luar: Semua peralatan itu perlu diselenggara dengan baik supaya berada di dalam keadaan selamat. Memastikan kanak-kanak semasa bermain memakai selipar atau kasut Memeriksa secara berkala fasiliti atau peralatan untuk memastikan tidak ada kerosakan atau bahaya yang mungkin timbul. Terapkan peraturan bermain yang jelas kepada kanak-kanak.Contohnya, larangan berlari di sekitar kolam atau permainan tertentu yang berpotensi menyebabkan kecederaan. (7) Awasi kanak-kanak semasa di jalan raya: Pastikan adanya pengawasan aktif oleh staf atau pengajar ketika kanak-kanak berada di sekitar atau melintasi jalan raya. Mengajar kanak-kanak melintasi jalan raya dengan menggunakan penjalan kaki,atau jambatan yang telah disediakan. Menjelaskan peraturan keselamatan jalan kepada kanak-kanak seperti menunggu lampu lalu lintas,melihat ke kiri dan kanan sebelum menyeberang. Jangan sesekali membiarkan kanak-kanak bermain di jalan raya kerana boleh menyebabkan kemalangan dan kecederaan yang tidak diingini dan juga jalan raya bukanlah tempat untuk kanak-kanak bermain. (8) Peti pertolongan cemas: Menyediakan peti pertolongan cemas yang telah lengkap dengan peralatan dan boleh digunakan semasa berlaku kecemasan. Memastikan semua staf di tadika mengetahui lokasi peti pertolongan cemas dan tahu menggunakannya. Melakukan pemeriksaan terhadap isi peti pertolongan cemas seperti tarikh luput ubatubatan dan memastikan peralatan tersebut dalam keadaan yang baik. 37


Alat pemadam api Menempatkan alat pemadam api di lokasi yang strategik atau mudah diakses oleh staf dan terlihat oleh semua orang. Pastikan juga bahawa alat pemadam api terletak di area yang cenderung memiliki risiko kebakaran. Kesihatan Hendaklah menyediakan sebuah bilik atau sudut khas di setiap tadika untuk menempatkan kanak-kanak yang kurang sihat atau mengalami kecederaan sambil menunggu ibu bapa mereka menjemput mereka. Langkah-langkah keselamatan yang perlu diamalkan di tadika: 1. Memastikan pintu tadika dipasang dengan jeriji besi (Grill) pada setiap pintu depan,belakang,dan juga lantai haruslah sentiasa kering dan tidak basah. 2. Memastikan ruang dan peralatan untuk kanak-kanak selalu dalam keadaan selamat. 3. Memastikan wayar dan peralatan elektrik tidak dapat dicapai oleh kanak-kanak. 4. Awasi kanak-kanak semasa berada di bilik air dan meletakkan tikar anti licin supaya tidak tergelincir. 5. Tutup bekas takungan air atau kolah mandi. 6. Menyimpan mancis dan pemetik api di tempat yang selamat 7. Pembahagian ruang yang seimbang,selesa dan luas kepada kanak-kanak. 8. Memilih kerusi dan meja yang bersesuaian dengan saiz kanak-kanak serta menyusun perabot hendaklah dengan memudahkan pergerakan murid supaya ‘traffic low’ dalam kelas berjalan lancar. 9. Di dalam bilik darjah mendapat pencahayaan dan pengudaraan yang baik. 10. Pastikan bilik darjah sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas. 11. Memastikan bilik darjah mempunyai bilik isolasi atau atau pengasingan bagi menempatkan kanak-kanak yang mempunyai gejala penyakit. 38


12. Membekalkan ubat-ubatan dan peti pertolongan cemas jika berlaku kecederaan atau kes kemalangan. 13. Memastikan semua alat-alat permainan berada dalam keadaan selamat untuk digunakan dan berfungsi dengan baik. Selain itu,permukaan di sekitar dan di bawah alat permainan perlu lembut dan tahan hentakan. 39


15.0 ASPEK KESIHATAN 15.1 Aspek kesihatan terbahagi kepada empat iaitu: 1. Jasmani Kesihatan Jasmani ialah merujuk kepada keadaan fizikal seseorang yang melibatkan penggunaan anggota badan dan tenaga fizikal untuk berdikari dan hidup bermasyarakat. Unsur Jasmani yang paling penting untuk diperkembangkan dan ditingkatkan adalah kesihatan dan kecergasan. 2. Kesihatan sosial Kesihatan sosial merujuk kepada hubungan seseorang individu dengan masyarakat dan persekitaran sosial yang melibatkan faktor-faktor seperti status sosioekonomi, pendidikan, perumahan, pekerjaan, sokongan sosial dan akses kepada sistem kesihatan memainkan peranan penting dalam menentukan kesihatan seseorang. 3. Kesihatan emosi/mental Kesihatan emosi merujuk kepada keadaan emosi dan kejiwaan seseorang. Kesihatan emosi yang baik melibatkan keseimbangan emosi, kemampuan dalam mengurus stress dan keupayaan untuk berinteraksi secara positif dengan orang lain. Isu kesihatan mental dan tekanan emosi dalam kalamgan masyarakat perlu dipandang serius kerana ia akan memberi pelbagai kesan buruk kepada individu dan masyarakat secara keseluruhan. 4. Kesihatan rohani Kesihatan rohani merujuk kepada keadaan kesihatan dalaman seseorang termasuklah keadaan mental, emosi, dan rohani. Kesihatan rohani yang sihat membolehkan seseorang menjalani kehidupan seharian secara memuaskan lagi bermakna.Selain itu, bagi setengah orang, kesihatan rohani memberi maksud mempercayai Yang Maha Kuasa dan kehidupan di hari kemudian. Kesihatan rohani juga mendekatkan seseorang kepada Yang Maha Pencipta dan alam semesta. 40


15.2 Penjagaan kesihatan diri kanak-kanak: Menyediakan makanan yang sihat dan seimbang kepada kanak-kanak. Mencuci tangan sebelum dan selepas makan dan selepas ke tandas. Memberikan tidur yang cukup kepada kanak-kanak kerana ia dapat mengurangkan ketegangan urat saraf. Memastikan pengudaraan yang bersih dan bersih supaya mengelakkan datangnya penyakit. Memberikan nutrisi yang seimbang dan berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buahbuahan. Melakukan pemeriksaan kesehatan secara teratur. Menggalakkan Kanak-kanak bersenam mengikut peraturan. Penjagaan kuku hendaklah sentiasa bersih dan pendek. Penjagaan kulit hendaklah diberi keutamaan seperti menggunakan sabun berantiseptik untuk mengelakkan jangkitan kuman. Kanak-kanak perlu menjaga kebersihan gigi dengan menggosok gigi setiap hari terutama selepas makan dan sebelum tidur malam. Selalu melakukan aktiviti fizikal kerana kanak-kanak perlu melakukan aktiviti fizikal yang mengcukupi untuk memastikan mereka sihat dan aktif. Pastikan kanak-kanak tidak membaca dalam keadaan gelap untuk mata yang lebih sihat atau menggosok mata dengan menggunakan tangan atau bahan yang kotor. Mengelakkan dari sebarang kekotoran yang memungkinkan jangkitan kuman kepada kanak-kanak. 41


15.3 FAKTOR-FAKTOR PENTING DALAM PENJAGAAN KESIHATAN DIRI: 1. Keturunan 2. Budaya 3. Pemakanan 4. Kebersihan diri 15.4 JENIS PENYAKIT KANAK-KANAK: 1) SAKIT PERUT Sembelit: kanak-kanak sembelit disebabkan pemakanan yang tidak sihat atau kekurangan fiber iaitu sayur-sayuran dan buah-buahan. Tanda-tanda: meneran terasa sakit atau berlaku pendarahan semasa dan selepas buang air besar. Cara mengatasi: Menggalakkan Kanak-kanak makan makanan yang penuh dengan sayur-sayuran,buahbuahan serta air yang mengcukupi Banyakkan minum air masak Berikan makanan yang lembut seperti bubur, nasi air dan sebagainya. Cirit-birit: Cirit-birit berlaku apabila termakan atau terminum makanan dan minuman yang telah tercemar. Tanda-tanda: Muntah, cirit birit. Cara mengatasi: Pastikan kanak-kanak mendapatkan rawatan. Basuh tangan sebelum makan dan selepas. Mengelakkan makanan dihinggap lalat atau serangga lain. 42


2) PHARYNGITIS/RADANG TEKAK kebiasaanya ia disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus di bahagian tekak Tanda-tanda: sakit tekak atau demam Cara Rawatan: Memerlukan rawatan antibiotik dan rawatan simptomatik 3) INFLUENZA A (H1N1) Sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza A (H1N1). Virus influenza A H1N1) ini adalah sejenis virus yang baru dan terhasil daripada percampuran bahan genetik virus influenza babi, burung dan manusia. Virus ini tersebar apabila pesakit batuk atau bersin. Seseorang boleh dijangkiti sama ada melalui pernafasan, sentuhan dengan tangan pesakit. Gejala: Demam, batuk, sakit tekak, selsema, sakit badan, lesu Cara Mengatasi: Minum air suam untuk melegakan sakit tekak dan batuk. Amalkan makan secara sihat dan tidur/rehat2 secukupnya. Elakkan stres kerana ia boleh melemahkan sistem badan. Sekiranya tanda dan gejala berlarutan, dapatkan rawatan doctor. 4) SAKIT MATA (KONJUNKTIVITIS) Konjunktivitis selalunya berpunca daripada jangkitan kuman seperti bacteria dan virus. Penyebab-penyebab lain termasuklah alahan dan tindak balas mata terhadap sesetengah jenis ubat mata. Gejala: Konjunktivitis yang disebabkan oleh bakteria: mata merah, tahi mata berwarna putih atau kekuningan, kelopak mata melekat selalunya bermula pada satu mata dan berjangkit ke sebelah mata yang lain dan juga selalunya berlarutan selama seminggu. 43


Konjunktivitis yang disebabkan virus: mata merah, air mata yang banyak, boleh berlarutan selama 2 minggu atau lebih. Cara Mengatasi: Basuh tangan dengan sabun dan air sebelum dan selepas menyentuh mata. Elakkan sebarang sentuhan mula dengan orang lain sekiranya mengalami gejala konjunktivitis. Jangan benarkan orang lain menggunakan barangan peribadi seperti tuala, bantal, alat kosmetik. 5) SELSEMA DAN BATUK Berpunca daripada virus yang menjangkiti saluran pernafasan atas di kawasan hiding faring (tekak) dan laring. Mungkin juga mungkin juga disebabkan oleh reaksi alahan yang berpunca daripada habuk, asap, debunga, wangian dan bulu haiwan. Selain itu, faktor cuaca juga menyebabkan badan lebih mudah dijangkiti oleh bacteria atau virus. Gejala: Hidung berair,Hidung tersumbat batuk,sakit kepala,sakit telinga Cara Mengatasi: Makan ubat panadol, ubat penahan batuk. Selalu menjaga kebersihan diri terutama basuh tangan dengan bersih, menutup mulut ketika batuk atau bersin. Jauhi tempat yang sesak dengan orang ramai. Minum air secukupnya sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk kekalkan hidrasi badan. Jika simptom berlarutan digalakkan mendapat rawatan doktor. 44


6) KUTU KEPALA Kutu kepala yang menghisap darah manusia. Semasa menghisap darah, air liur mereka tertumpah pada kulit kepala.Inilah yang menyebabkan rasa gatal. Kutu kepala, tidak hanya memilih persekitaran yang kotor sahaja,mereka juga hidup dalam keadaan rambut yang bersih mahupun kotor. Tanda-tanda: -Rasa yang sangat gatal pada kulit kepala atau di belakang dan leher Dan bintik-bintik putih pada rambut (iaitu telur kutu) yang melekat pada rambut Cara Mengatasi: Gunakan syampu berubat atau losyen kutu kepala. Elakkan daripada berkongsi berus, sikat dan aksesori rambut dan sebagainya. Menasihatkan ibu bapa kanak-kanak yang dijangkiti kutu mendapatkan rawatan dan pastikan agar ianya sembuh sebelum menghantar semula ke TADIKA bagi mengelakkan jangkitan kepada kanak-kanak lain.Gunakan cuka masak yang suam jika tiada syampu (rendam kepala). 7) KURAP Kurap adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh jangkitan sejenis kulat (fungi) yang dipanggil dermatophyte. Selain itu, jangkitan boleh berlaku melalui sentuhan, sama ada dengan manusia atau haiwan yang berkurap atau dengan sebarang objek yang mempunyai kulat di atasnya. Gejala: mempunyai plak kemerah-merahan yang bersisik, Bintik-bintik merah, bisulbisul halus. Cara Mengatasi: Dirawat dengan penggunaan ubat anti kulat. Sapu krim yang mengandungi bahan aktif seperti imidazole, allylamine, tolnaftate dan cicloprox. Elakkan daripada berkongsi tuala, pakaian atau kasut dengan orang dan pastikan kawasan kulit yang terlibat tidak sentiasa lembab. 45


8) ASMA Asma adalah penyakit radang sistem pernafasan yang kronik, di mana salur pernafasan menjadi merah, bengkak, menghasilkan lendir berlebihan. Apabila terdedah kepada ransangan atau faktor pencetus, salur pernafasan menjadi sempit dan ini menyebabkan kesukaran bernafas. Selain itu, penyakit ini juga terjadi sama ada mereka yang mempunyai sejarah ahli keluarga dan penyakit alahan lain. Gejala: batuk, batuk di waktu malam (waktu tidur), rasa ketat di dada, susah bernafas,nafas berbunyi,denyutan jantung cepat Cara Mengatasi: Ubat pencegah: ia dapat mengurangkan bengkak dan pembetukan lendir di sistem pernafasan. Ubat Pelega: berfungsi mengendurkan otot-otot pernafasan dan ini seterusnya akan membuka salur pernafasan yang sempit. Ubat Kawalan: bertindak mengendurkan otot pernafasan dan mengekalkan salur pernafasan dalam keadaan terbuka buat buat masa yang lama. Kenali tanda serangan asma dan dapatkan rawatan awal. 9) PENYAKIT HFMD Berpunca oleh ‘enterovirus’. Selalu berlaku di kalangan kanak-kanak berumur kurang dari 10 tahun.Penyakit ini cepat menular dengan kadar hampir 100% di kalangan kanakkanak kecil. Penyakit ini merebak melalui kontak secara lansung seperti najis, air liur,lelehan hingus,sentuhan dengan peralatan tercemar. Gejala: Demam, lepoh/ruam di tapak tangan dan kaki, ulser di mulut dan lidah, sakit tekak, kurang selera makan, muntah/ cirit birit, lesu. Cara mengatasi: Makan ubat paracetamol untuk kurangkan sakit. Kerapkan basuh tangan dengan sabun dan air. Elakkan berkongsi pakaian, tuala dan mainan kecil. 46


Click to View FlipBook Version