The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KERTAS KERJA PENUBUHAN TADIKA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 0375 Raja Amalin, 2023-12-05 04:18:07

TADIKA CERIA PINTAR

KERTAS KERJA PENUBUHAN TADIKA

Buangkan tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah secepat mungkin Kuarantin di rumah/ elakkan pergi ke pusat jagaan supaya tidak berjangkit kepada kanak-kanak lain. 47


16.0 PENGURUSAN KELOLAAN STAFF 16.1 BILANGAN STAFF Di Tadika Ceria Pintar, kami mempunyai 8 orang staf termasuk dengan pengurus yang terdiri sebagai pengetua tadika itu sendiri yang akan menguruskan tadika dan seorang penyelia tadika. Terdapat dua orang guru yang akan mengajar murid-murid untuk kelas yang berumur 5 dan 6 tahun yang dibantu oleh dua orang pembantu guru dan dua orang tukang masak yang akan menguruskan penyediaan makanan untuk kanak-kanak dan seorang pengawal keselamatan untuk menjaga keselamatan kanak-kanak serta menjaga kawasan luar dan dalam tadika. 16.2 CARTA ORGANISASI STAFF 48


16.3 KELULUSAN PENDIDIKAN STAFF Semua staff di tadika kami mempunyai kelulusan dalam bidang masing-masing. Pengetua tadika mempunyai lulusan Ijazah Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Psikologi kanak-kanak. Selain itu, dua orang guru di tadika kami juga adalah lepasan daripada UPSI dan mempunyai lulusan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak manakala dua pembantu guru mempunyai lulusan Diploma dan dua tukang masak juga telah diberi kelulusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan telah disuntik vaksin pada setiap bulan dan seorang pengawal keselamat juga sudah dilatih tentang kebersihan dalam penjagaan kanak-kanak dalam dan luar kawasan tadika. 16.4 PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL STAFF Tadika kami juga akan menghantar staff dan guru pada setiap bulan untuk mengikuti kursus pengurusan yang telah ditetapkan dalam bidang masing-masing yang diselia oleh Jabatan Pendidikan Negara. Selain itu, kami juga akan sentiasa mengikuti latihan dan praktikal yang dianjurkan untuk menaikkan lagi prestasi pengurusan di tadika kami. 49


17.0 PENGURUSAN KEWANGAN 17.1 PEMASARAN SASARAN PASARAN Tadika Ceria pintar ditubuhkan berdekatan dengan taman perumahan yang mana ia merupakan satu kemudahan untuk ibu bapa yang mana jika mereka terlambat menghantar anak-anak mereka ataupun disebabkan mereka sibuk dengan pekerjaan atau sebagainya. Seperti yang sedia maklum, sasaran ini terbuka kepada kanak-kanak yang berumur 5 hingga 6 tahun. Ianya juga terbuka untuk kanak-kanak yang tinggal berdekatan dengan tempat Tadika Ceria Pintar ini dibina. SAIZ PASARAN Sebelum membuka tadika Ceria Pintar, tadika ini telah membuat satu kajian pasaran untuk mengetahui tentang ekonomi sesebuah keluarga yang tinggal di kawasan tersebut. Berdasarkan hasil kajian yang kami perolehi, sebanyak 78 orang telah memberi maklum balas terhadap borang soal selidik yang kami sediakan. Oleh yang demikian, hasil yang kami dapat adalah sebanyak 19% daripada lelaki, manakala 81% daripada wanita yang banyak memberi maklum balas terhadap borang yang kami jalankan. Seterusnya, sebanyak 29% ibu bapa yang berumur 21-26 tahun yang ramai tinggal berdekatan di Kawasan tersebut dan manakala yang paling rendah tinggal berdekatan di Kawasan tersebut adalah 10% daripada ibu bapa yang berumur 20 tahun ke bawah yang berada di Kawasan itu. Selain itu, pendapatan bulanan ibu bapa yang paling maximum adalah sebanyak 25% yang bergaji rm 1500 hingga rm 2000 dan manakala gaji yang paling minimum adalah 8% yang bergaji rm 3000 ke atas. 50


STRATEGI Pemasaran dan pengiklanan merupakan salah satu aspek penting yang akan diberi penekanan dalam operasi syarikat terutama sekali di peringkat awal penubuhan syarikat. Tujuan pemasaran pada peringkat awal adalah untuk menyedarkan penduduk Taman Sri Mulong dan sekitarnya tentang kewujudan tadika dan juga dapat menarik perhatian mereka. Tadika kami ini merupakan tadika yang baru sahaja ditubuhkan. Oleh itu, beberapa strategi perlulah dirancang bagi memastikan tadika ini boleh berjalan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. ANTARA STRATEGI PEMASARAN YANG DIGUNAKAN: KAIN RENTANG/BANNER Kaedah pemasaran yang akan kami guna adalah dengan menggunakan kain rentang dan ianya akan diletakkan di beberapa kawasan yang strategik serta kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai. Bukan itu sahaja,kami juga melakukan kaedah pengedaran poster dari rumah ke rumah,masjid-masjid dan juga surau yang berdekatan. PAPAN TANDA Menggantungkan papan tanda pada bahagian hadapan tadika untuk memudahkan para ibu bapa atau orang yang lalu dapat melihat ada pembukaan tadika baharu di kawasan tersebut. 51


MEDIA SOSIAL Menggunakan media sosial seperti aplikasi Facebook, Instagram untuk mempromosi tadika ini melalui posting yang di muat naik ke dalam aplikasi yang digunakan. GOOGLE Mencipta laman web tadika sendiri dan menambah lokasi tadika untuk memudahkan ibu bapa mencari lokasi tersebut. 52


17.2 YURAN BULANAN Pihak kami telah menetapkan yuran bulanan untuk tadika Ceria Pintar adalah sebanyak RM 50.00 ringgit ke atas seorang kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Semua kos yuran tersebut merupakan kos termasuk perawatan ubat ubatan,kos makan dan minum,kos peralatan pembelajaran serta duit tabungan bagi kanak-kanak. 17.3 SEWA BULANAN Pihak tadika kami juga telah berbincang dengan pihak pemaju dan pemilik perumahan yang kami ingin menubuhkan tadika Ceria Pintar di perumahan tersebut. Setelah dirunding dengan baik, mereka telah menetapkan sewa bulanan untuk tadika ini adalah sebanyak RM 800.00 sebulan. 53


17.4 UTILITI (BIL AIR, BIL ELEKTRIK DAN BIL TELEFON) Bagi kos atau utiliti dalam tempoh sebulan,pihak tadika kami hanya membelanjakan sebanyak RM 1,100.00 ringgit untuk kos bil air,dan termasuk dengan bil eletrik. Selain itu,kos bil air dibelanjakan sebanyak RM 300 ringgit manakala kos eletrik seperti periuk nasi,pembakar roti,penghawa dingin,Televisyen, peti ais adalah sebanyak RM 600 ringgit. Di samping itu kos bil telefon pula adalah sebanyak RM 200 ringgit sebulan. 17.5 AKTIVITI TAHUNAN Pihak kami telah menetapkan kos sebanyak RM 50.00 ringgit sahaja untuk aktiviti tahunan yang akan diadakan di tadika ini pada setiap tahun. Selain itu, antara aktiviti program yang penting adalah seperti berikut: i) Jamuan akhir tahun/awal tahun ii) Hari sukan iii) Sambutan maulidur rasul iv) Sambutan hari raya v) Sambutan hari guru vi) Lawatan ke zoo dan taman negara vii) Aktiviti program keceriaan kelas 54


17.6 GAJI GURU/PEMBANTU GURU DAN STAFF Pihak kami telah pun bersetuju untuk menetapkan gaji kepada seorang guru adalah sebanyak RM 1,200 sebulan dan ianya juga telah termasuk dengan potongan kwsp dan perkeso. Seterusnya, yuran bulan bagi staf tukang masak, pengawal keselamatan adalah sebanyak RM 700 ringgit dan dengan perkeso dan kwsp. Pihak kami juga akan memberikan bonus kepada setiap perkerja ataupun staf di tadika kami dengan berdasarkan prestasi, etika dan komitmen yang ditunjukkan oleh mereka. 55


18. 0 PENUTUP Sambutan terhadap penubuhan tadika pada masa ini amat menggalakkan dan disambut baik oleh penduduk setempat dan sekitarnya. Dimana, masyarakat pada hari ini juga sudah mula menyedari betapa pentingnya merryediakan pendidikan awal kepada anak- anak mereka dimana kebanyakan ibu bapa mula menghantar anak-anak mereka seawal umur 4 tahun lagi. Diharap Tadika Ceria Pintar ini dapat menyediakan pendidikan yang baik dan sempurna kepada kanak-kanak sebelum memasuki alam persekolahan yang sebenar. Kami juga berharap kertas kerja ini mendapat maklum balas yang positif dan mendapat kelulusan daripada pihak yang berkenaan kerana sokongan dan kerjasama dapat melahirkan kanak-kanak yang cemerlang melalui tadika yang berkualiti selaras dengan kehendak kerajaan Selain itu, Alhamdulillah segala pujian kepada ALLAH SWT kerana telah memberikan kemudahan untuk kami dalam menyiapkan kertas kerja garis panduan penubuhan tadika ini. Terima kasih juga pada pensyarah iaitu Puan Maizatul Akhmar binti Mat Yusoff yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan dorongan dalam menyiapkan kertas kerja ini. Tidak lupa juga kepada kami bertiga yang bertungkus lumus untuk menyiapkan kertas kerja ini serta dorongan ibu bapa kami. Apabila membuat kertas kerja ini kami dapat melihat prosedur dan langkahlangkah untuk menubuhkan tadika, di mana memerlukan perancangan yang teliti. Justeru, garis panduan penubuhan tadika ini sangat penting untuk diketahui oleh semua yang ingin menubuhkan tadika di mana perlu dipatuhi dengan teliti dan perlu dirancang secara sistematik dan berkesan. Dengan adanya garis panduan ini akan memudahkan lagi kerja seorang guru untuk menubuhkan tadika. 56


19.0 LAMPIRAN BORANG


Click to View FlipBook Version