The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU3062 Tugasan 1 Buku Log BSMM_Sophia Chiu Mee Ting

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sophiacmt0306, 2021-09-09 09:25:02

Buku Log Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)

MPU3062 Tugasan 1 Buku Log BSMM_Sophia Chiu Mee Ting

BUKU LOG
BULAN SABIT
MERAH MALAYSIA

NAMA PENUH : SOPHIA CHIU MEE TING
ANGKA GILIRAN : 2020112350159
NO. KAD PENGENALAN : 000306-13-0634
UNIT : BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
KOD KURSUS : MPU3062
NAMA KURSUS : KOKURIKULUM -UNIT BERUNIFORM
TARIKH HANTAR : 09.09.2021

BIODATA

NAMA : SOPHIA CHIU MEE TING
UNIT
: PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 2
AMBILAN (SJKC)
TARIKH LAHIR
NO. KP : JUN 2020
ANGKA GILIRAN
ALAMAT : 06 MAC 2000

NO. TEL : 000306130634
EMAIL
: 2020112350159

: NO.16 LOT3, LORONG SAKAM, JALAN
SAKAM, 96100 SARIKEI, SARAWAK

: 016-465 1158

: sophiacmt0306@gmail.com

I

ISI KANDUNGAN

Kandungan Muka surat
Biodata I
Isi kandungan II
Jawatankuasa Bulan Sabit Merah Malaysia IPGKTAA 2021 III

Tugasan 1 : Buku Log BSMM 1-35
1.0 Pengenalan, Konsep, Sejarah dan Kepentingan Unit
Beruniform 36-89
2.0 Kemahiran Perkhemahan 90-94
3.0 Laporan mingguan

Rujukan 95-96

Lampiran

II

JAWATANKUASA BULAN SABIT MERAH MALAYSIA IPGKTAA

PENGARAH : HAJI ABDULLAH BIN MOHD YUSOFF, SMP

PENSYARAH : 1. EN. SARUDIN BIN MD. AMIN, AAP
2. EN. CHEW CHEE HORNG
3. PN. RAFIDAH BINTI WAHAB

PENGERUSI : HENG JING ZHE

TIMB. PENGERUSI : DARUSHINY A/P THIYAGARAJAN

SETIAUSAHA : MATHUMITA A/P BALASUBRAMANIAM

TIMB. SETIAUSAHA : MAK KAI WEN

BENDAHARI : MUHAMMAD AIMAN BIN MAHAT

TIMB. BENDAHARI : MUHAMMAD ZAINUR FALLAH BIN JAFRI

AHLI JAWATANKUASA KECIL:
1- MUHAMMAD AIMAN SYAKIRIEN BIN MOHD ZAWAWI
2- NUR EINASAFEZA BINTI MOHD BASERI
3- KHAIRUL HADI BIN MOHD NOR HASRI
4- ELILLARASI A/P BALAKRISHNAN
5- MOHAMAD NOR IRFAN BIN MOHAMMAD NOR EFFENDI

III

1.0 PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT
BERUNIFORM

1.1 PRINSIP-PRINSIP ASAS PALANG MERAH & BSMM

1. KEMANUSIAAN
Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dilahirkan dengan hasrat
untuk memberi pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang cedera
di medan pertempuran dan berusaha untuk mencegah dan meringankan
kesengsaraan di mana jua ianya wujud. Tujuannya adalah untuk melindungi
nyawa dan kesihatan serta hormat-menghormati sesama manusia. Ia
memupuk persefahaman, persahabatan, kerjasama dan kedamaian antara
manusia.

2. KESAKSAMAAN
Memberi bantuan tanpa membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau
perbezaan politik. Tujuan asalnya adalah meringankan kesengsaraan
individu dan memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang serius.

3. BERKECUALI
Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya. Persatuan
tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai
pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama atau ideologi.

4. KEBEBASAN
Walaupun berupa badan tambahan kepada pihak yang berkuasa awam dan
tertakluk kepada undang-undang negara. Persatuan tetap menjaga
kebebasannya dalam segala tindakannya yang berasaskan
perikemanusiaan.

5. KHIDMAT SUKARELA
Satu badan sukarela yang bertindak tanpa memikirkan keuntungan.

1

6. BERSATU
Hanya terdapat satu PBSM atau Palang Merah di dalam sesebuah negara.
Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya
meliputi seluruh negara.
7. KESEJAGATAN
Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi
seluruh dunia, di mana semua Persatuan mempunyai taraf dan
tanggungjawab yang sama serta saling bantu-membantu antara satu
sama lain.

2

1.2 OBJEKTIF PERLEMBAGAAN

Setiap persatuan yang ditubuhkan harus mempunyai perlembagaan atau
undang-undang. Mengikut Akta Pendaftaran Penubuhan, persatuan yang
ditubuhkan di luar institusi pendidikan diwajibkan mendaftar secara rasmi
dengan pendaftar penubuhan parti politik dan persatuan belia. Hanya
beberapa persatuan yang ditubuhkan di bawah akta parlimen seperti
Persekutuan Pengakap Malaysia, Persatuan Pandu Puteri Malaysia,
Persatuan Bulan Sabit Merah dan St. John Ambulans. Antara fungsi
perlembagaan atau undang-undang adalah sebagai panduan menggerakkan
persatuan, melicinkan perjalanan persatuan kerana ia menetapkan bidang
tugas dan hak jawatankuasa dan ahli serta menjadi rujukan apabila timbul
sebarang masalah dalam menjalankan aktiviti persatuan. Pasukan beruniform
telah mempunyai peraturan atau undang-undang tersendiri yang ditetapkan
oleh badan induk.

1.2.1 OBJEKTIF PERLEMBAGAAN BSMM
Dibawah peruntukan Akta Perbadanan, Objektif BSMM:

“Dalam masa aman atau peperangan, memberi bantuan sukarela kepada
orang sakit dan cedera sama ada dari angkatan tentera dan pihak yang tiak
berperang, kepada orang tawanan perang dan orang awam yang menderita
akibat peperangan, mengikut semangat dan waad-waad Konvensyen Geneva
dan menjalankan segala kewajiban ke atas sesuatu Persatuan Kebangsaan
oleh tiap-tiap negara yang telah menjadi suatu pihak kepada Konvensyen
Geneva.”

1.2.2 KANDUNGAN PERLEMBAGAAN BSMM
Subperaturan 5(1) (a) dalam persatuan-persatuan pendidikan (Persatuan
sekolah) 1998. Akta pendidikan 1996 seperti dalam warta Kerajaan Malaysia
jilid 42, No. 11 Tambahan No. 41, Perundangan (A):P.U.(A) 196 bertarikh
1998 berikut merupakan peraturan-peraturan (perlembagaan) Persatuan
Bulan Sabit Merah Malaysia:

3

Peraturan 1 : Nama dan alamat
Peraturan 2 : Matlamat
Peraturan 3 : Objektif
Peraturan 4 : Keahlian
Peraturan 5 : Guru Penasihat
Peraturan 6 : Ahli jawatankuasa
Peraturan 7 : Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa
Peraturan 8 : Kewangan
Peraturan 9 : Penyertaan
Peraturan 10 : Aktiviti
Peraturan 11 : Peraturan-peraturan
Peraturan 12 : Pindaan perlembagaan
Peraturan 13 : Perbubaran persatuan
Peraturan 14 : Tindakan disiplin
Peraturan 15 : Hal-hal lain

* Perkara-perkara lain yang ditambah ke dalam perlembagaan ialah :
i) Lencana / logo persatuan
ii) Cogan kata / moto
iii) Tugas persatuan di peringkat intitusi pendidikan, cawangan, daerah,
negeri dan cawangan
iv) Pendaftaran persatuan
v) Jawatankuasa kecil

4

1.3 LAMBANG & BENDERA PALANG MERAH DAN BSMM
1.3.1 LAMBANG PALANG MEREH
Lambang perkhidmatan perubatan dalam perang dan dimasukkan dalam
peraturan peperangan. Dipakai pada bendera yang digunakan di hospital,
ambulans dan pasukan keselamatan serta dipakai pada lengan orang yang
menandakan berada di pihak yang neutral. Bangunan, kenderaan atau orang
yang ada lambang ini tidak boleh diserang dan perlu diberi perlindungan dan
pertolongan oleh mana-mana pihak.

Rajah 1: Lambang Palang Merah

1.3.2 LAMBANG BSMM
Bulan Sabit Merah – Berasal dari lambang palang merah yang telah diiktiraf
oleh Persidangan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1929. Lambang
ini digunakan oleh pasukan penyelamat dan kakitangan perubatan untuk
mengelakkan mereka daripada diserang ketika peperangan.

Rajah 2: Lambang Bulan Sabit Merah

5

Berikut adalah panduan dan ukuran piawai bagi lambang Bulan Sabit Merah
seperti mana dikeluarkan oleh pihak International Federation of Red Cross
dan Red Crescent pada Jun 2008. Sesiapa yang mempunyai lambang
tersebut dikenali mempunyai pertalian dengan pergerakan Palang Merah
atau Bulan Sabit Merah, tetapi tidak semestinya dilindungi oleh Konvensyen
Geneva.

Rajah 3: Ukuran Piawai Lambang

Lambang ini tidak boleh dilukis atau diubah sesuka hati. Sebarang pengecilan
atau pembesaran bagi lambang hendaklah mengikut nisbah ukuran piawai
dan tiada sebarang elemen lain pada latar belakangnya yang berwarna putih
itu.

Di bawah ini pula adalah ukuran piawai bagi bendera Bulan Sabit
Merah. Contoh yang diberikan adalah berdasarkan kepada saiz bendera
berukuran 150cm panjang dan 100 cm lebar. Sebarang pengecilan atau
pembesaran bagi bendera yang mempunyai lambang hendaklah juga
mengikut nisbah ukuran piawai yang telah ditetapkan.

6

Rajah 4: Ukuran Piawai Bendera Rajah 5: Bendera BSMM

1.3.3 LAMBANG PERSATUAN ANTARABANGSA PERSATUAN-
PERSATUAN PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH (IFRC)

IRCS dan IFRC berhak menggunakan lambang Palang Merah/ Bulan Sabit
Merah/ Kristal Merah pada setiap masa iaitu sewaktu konflik atau aman.
Peranan lambang ini adalah untuk mengenal pasti seseorang atau objek
sebagai tidak boleh diserang dan adalah di bawah perlindungan undang-
undang kemanusiaan (tanda perlindungan). Lambang IFRC mempunyai segi
empat bergaris merah di latar belakang.

Rajah 6: Lambang Persatuan Kebangsaan

7

1.4 COGAN KATA
“Cergas pada masa aman dan perang”

1.5 PERSETIAAN / IKRAR DAN UNDANG-UNDANG PERTUBUHAN
BSMM

“Bahawa kami ahli Bulan Sabit Merah Malaysia berikrar,
taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia,

Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Pemerintah-pemerintah
di negeri kami,

berdasarkan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara.

Bahawa kami berikrar,
akan sentiasa patuh kepada Perlembagaan dan Undang-undang Persatuan Bulan

Sabit Merah Malaysia dan Undang-undang yang lain
dan arahan walaupun di mana jua kami berada.

Bahawa kami berikrar,
akan sentiasa memberikan khidmat sukarela kami,
kepada mereka yang sakit dan menderita di waktu aman dan bencana
berdasarkan kepada prinsip Bulan Sabit Merah Malaysia seperti

KEMANUSIAAN
KESAKSAMAAN

BERKECUALI
KEBEBASAN
KHIDMAT SUKARELA
KETUNGGALAN
KESEJAGATAN

8

1.6 LAGU BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Lagu “Bulan Sabit Merah” untuk pertama kalinya telah dimainkan pada tahun
1975 dalam satu majlis sempena penukaran nama persatuan dari
Pertubuhan Palang Merah Malaysia (Malaysian Red Cross Society) kepada
Persatuan Bulan Sabit Merah (Malaysian Red Crescent Society. Kini,
berdasarkan keputusan Mesyuarat Majlis Bulan Sabit Merah Malaysia
(BSMM) kali ke-116 pada 25 Mac 2007, persatuan ini lagi sekali melalui
penjenamaan semula dan dinamakan sebagai Bulan Sabit Merah Malaysia
(Malaysian Red Crescent) atau secara ringkasnya disebut BSMM.

1.6.1 LIRIK LAGU BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Bulan Sabit Merah Di Malaysia
Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum Dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya

Di Mana Jua Adanya Sengsara
Di Sana Ada Kita

Di Darat Dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Diancam Bahaya

Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia
Membantu Semua Yang Menderita

Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah Dan Bersemangat

Lirik: Tan Sri Dato’ Dol Ramli
Lagu: Dato’ Johari Salleh

9

1.6.2 LIRIK LAGU TEMA BSMM: HULURKAN TANGAN
Di malam sepi
Risaunya hati

Saudara tak beerti lagi
Tenangkan fikiran
Hulurkan tanganmu

Kan tercapai dunia damai milikmu
Milikku

Kerana ………. Kedamaian
Hasil jiwa murni
Rela, tabah hati

Sedia memaafkan
Kau kan tahu

Kita bersaudara
Renungkanlah
Biar kau dan aku
Terangi dunia
Mara ke hadapan
Hulurkanlah ………
Tanganmu untuk dunia damai

10

1.7 SEJARAH UNIT BERUNIFORM BSMM
1.7.1 PENGASAS PERGERAKAN PALANG MERAH

Rajah 7: Jean Henry Dunant (1828-1910)
Dia ialah seorang ahli perniagaan bernama Henry Dunant (1828-1910)
yang sedih melihat mangsa perang antara Perancis dan Itali dengan tentera
Austria di Solferino, Itali Utara pada 24 Jun 1959. Lebih 40,000 tentera dan
orang awal cedera dan terkorban. Henry Dunant dalam perjalanan ke Algeria,
Afrika, telah membantu mangsa yang merintih dan nyawa-nyawa ikan ke
sebuah gereja berdekatan. Selain itu, sebuah buku kenangan dan
pengalamannya “A Memory Of Solferino” telah dicetak dan dihadiahkan
kepada semua ketua negara di Eropah. Oleh sebab bahasa dan
penceritaannya yang baik, buku itu telah menyedarkan ketua-ketua kerajaan
di Eropah. Dalam buku tersebut mencadangkan bahawa membentuk
organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu tentera dan orang
awam yang cedera dan menderita semasa peperangan serta mengadakan
perjanjian antarabangsa agar tentera yang cedera dari mana-mana pasukan
hendaklah dibantu. Hasilnya, pada 1864 Jawatankuasa Palang Merah
Antarabangsa (ICRC) dibentuk tanpa kehadiran beliau sendiri.

11

1.7.2 SEJARAH PENGASAS

Jean Henry Dunant lahir pada 8 Mei 1828. Beliau terkenal dengan
gelaran bapa palang merah. Ayahnya seorang peniaga terkenal dan berharta
manakala ibunya seorang penyayang dan patuh pada arahan agama. Beliau
aktif dalam pelbagai kegiatan amal dan agama aktif dalam menyatukan orang
kristian dan yahudi menjadi ahli LEAGUE OF ALMS di Geneva ( objektif :
membantu penduduk miskin dan sakit melawat penjara untuk memulihkan
banduan ). Pada usia 30 tahun minatnya adalah kepada sekumpulan
organisasi di Switzerland, France, dan Belgium yang terkenal dengan nama
Young Mens Christian Union dan di England dikenali sebagai Young Mens
Christian Assosiation.

Pada 1853, satu pergerakan untuk menyatukan beberapa kumpulan
di Eropah dimulakan. Beliau menentang dan mencadangkan satu gagasan
sedunia termasuk YMCA di England patut diwujudkan dan tidak terhad di
Eropah sahaja. Hasil desakan Dunant, satu persidangan YMCA sedunia telah
diadakan di Paris pada tahun 1855.

Pada 1849, Dunant berkerja sebagai perantis dalam sebuah syarikat
bank di Geneva untuk mempelajari perniagaan bank. Disebabkan
ketekunannya itu dia telah diberi tugas sementara sebagai pengurus besar di
sebuah cawangan di Algeria yang dikenali sebagai Colonies Suieses de Setif.
Beliau berhenti berkerja dan bekerja sendiri. Beliau akhirnya berjaya dalam
perniagaan.

Pada Jun 1859 dalam perjalanan untuk menguruskan perniagaan di
Itali apabila sampai di Castiglione della Piere ketika pertempuran di Solferino
mula meletus. didapatinya banyak mangsa perperangan yang mati dan sakit.
Beliau cuba membantu orang yang sakit dengan sedaya upaya. Pengalaman
ini telah menyebabkan beliau meninggalkan hal perniagaan. Beliau cuba
menumpukan pemikirannya tentang bagaimana penderitaan dan peperangan
dapat diringankan. “Kenangan di Solfarino “buku yang ditulis olehnya adalah
permulaan bagi kerjayanya. menyarankan agar pasukan yang mempunyai
sukarelawan terlatih patut ditubuhkan untuk menolong anggota yang
tercedera di semua negara ianya telah mendapat sambutan yang luar biasa.
Konsep, trinity antarabangsa di antara negara untuk menentukan penjagaan
orang sakit telah menarik minat ramai.

12

Pada 1863 dan 1864, kejayaannya meningkat dan selepas itu
menurun ini adalah kerana orang ramai memberi sokongan kepada beliau
setelah itu jawatankuasa Palang Merah ditubuh setelah itu pula persidangan
diadakan dalam tranformasi itu ,beliau menyepikan diridan tempatnya itu
digantikan oleh orang lebih praktikal 1865 & 1866 pernyataannya semakin
merosot ini kerana perasaan malu dan kurang keyakinan terhadap diri sendiri.

Pada tahun 1867 merupakan tahun yang amat malang bagi Dunant
urusan perniagaan yang diabaikannya juga turut merosot beliau terpaksa
meggunakan hartanya untuk membayar hutang- piutang - ekoran daripada itu
beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Geneva (pada usia 39
tahun).

20 tahun kemudian, Dunant menghadapi hidup yang paling malang ,
beliau terpaksa hidup dengan ehsan sahabat dan sedikit elaun keluarganya.
Kadang kala beliau muncul di khalayak ramai di Perancis, Jerman, Itali dan
England untuk diberi penghormatan atas sumbangan tertubuhnya Palang
Merah dan projek-projek lain walau bagaimanapun beliau terpaksa hidup
keseorangan.

Pada Julai 1887 dalam usia 59 tahun beliau kelihatan sangat tua
akibat kekecewaan yang dialami selama 20 tahun namun penduduk di
bandar kecil Heidden, Switzerland mengenalinya di tempat tinggalnya itu
ramai orang yang menghormatinya pada suatu waktu beliau menaruh minat
dalam pergerakan yang beliau pelopori beliau juga turut dihubungi oleh rakan
lama beliau 1892, kerana gangguan kesihatan beliau telah dimasukkan ke
hospital dan hidup di sana selama 18 tahun.

Pada tahun 1895, seorang wartawan muda dalam pengembaraannya
telah mendapat tahu mengenai Dunant dan memohon untuk mewawancara
Dunant ekoran wawancara itu seluruh dunia mengetahui bahawa Dunant
masih hidup walaupun dalam keadaan daif berbagai pihak mahu membantu
beliau sebagai pengiktirafan terhadap khidmatnya sampai melalui surat oleh
pihak atasan dan bawahan dari jauh dan dekat.

Pada tahun 1901 Henry Dunant telah dianugerahi dengan Hadiah
Keamanan (Peace Prize) yang pertama. Tanggal 30 Oktober 1910, beliau
telah meninggal dunia di Heidden, iaitu sebuah kawasan pergunungan.

13

1.8 SEJARAH PENUBUHAN

1.8.1 SEJARAH BULAN SABIT MERAH DI MALAYSIA

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ialah satu pertubuhan
sukarela yang ditubuhkan pada tahun 1948. Persatuan ini diiktiraf oleh
kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan Persatuan Palang Merah
Antarabangsa pada tahun 1963. Sejarah Permulaan Bulan Sabit Merah
Malaysia (PBSM) ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan Persatuan
Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950an, lebih
banyak cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang
pada tahun 1950 dan kemudian di negeri-negeri lain. Ketika kemerdekaan
pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai
Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu.

Persatuan mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah
Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu
pada 24 Ogos 1963. Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu,
Sabah dan Sarawak serta penubuhan Persekutuan Malaysia pada
September 16, 1963, suatu penggubalan akta baru yang dikenali sebagai
Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan). Akta 1965 telah
bertindak menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan
cawangannya Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak dibawah
nama baru iaitu Persatuan Palang Merah Malaysia. Ia dibentangkan di
Parlimen dan digazetkan pada 1 Julai 1965. Pada 5 September 1975,
Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama kepada Persatuan
Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran penukaran nama
Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan Sabit
Merah Malaysia Akta1975 oleh Parlimen Malaysia.

14

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH DI MALAYSIA
Tahun 1948

Persatuan Palang Merah ditubuhkan di Tanah Melayu sebagai satu
Cawangan Palang Merah British

Tahun 1950
Ditubuhan di Pulau Pinang

Tahun 1951
Ditubuhan di Perak, Terengganu dan Selangor

Tahun 1952
Ditubuhan di Melaka, Johor dan Pahang

Tahun 1961
Pada 1 Mei 1961, Rang Undang-undang Persatuan Palang Merah
Persekutuan Tanah Melayu (perbadanan) telah dibaca di parlimen.

Tahun 1962
16 April 1962, Akta Persekutuan Palang Merah Malaysia Persekutuan

Tanah Melayu (perbadanan) AKTA 1961 (No. 4 tahun 1962) telah
berkuatkuasa.

c

Tahun 1963
Pada 4 Julai 1963, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC)
menerima pengiktirafan dengan rasmi sebagai satu Persekutuan Palang

Merah.

c

Tahun 1965
Apabila Malaysia ditubuhkan, parlimen telah meluluskan akta Persatuan

Palang Merah Malaysia (Akta No. 47 tahun 1965)

c

Tahun 1975
21 Ogos 1975 di atas persetujuan Diraja, nama Palang Merah ditukarkan
kepada Bulan Sabit Merah dan diwartakan pada 4 September 1975 (Akta

162- Membenarkan pertukaran nama dan lambing)

15

1.8.2 TUJUAN PENUBUHAN
 Tujuan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia adalah untuk

menyediakan perkhidmatan, keselesaan dan membantu jika
diperlukan, pertama di negara kita Malaysia dan kedua kepada
negara-negara jiran.
 Meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar tentang bagaimana untuk
menjadi ahli sukarelawan yang berilmu dan berdisiplin.

1.8.3 ISTIADAT-ISTIADAT RASMI PERTUBUHAN

i. Istiadat Perhimpunan
 Ketua pasukan melaporkan keahlian kepada komander

a. Bacaan doa oleh ahli bertugas
b. Nyanyian tiga buah lagu, iaitu lagu sekolah, lagu negeri dan lagu

‘Negaraku’
c. Laporan dari komander kepada guru penasihat
d. Arahan komander supaya membuka barisan
e. Pemeriksaan barisan oleh guru besar diiringi oleh guru

penasihat dan komander
f. Guru penasihat menjemput guru besar memberikan ucapan
g. Arahan komander supaya menutup barisan
 Keluar baris

ii. Istiadat Meningkat Naik

a. Ketua pasukan dan ketua kumpulan berdiri dalam bentuk bulatan
b. Guru penasihat memberi arahan dan menerangkan dengan ringkas

tujuan istiadat ini diadakan
c. Ahli BSMM yang akan meniingkat naik dipanggil ke hadapan guru

penasihat yang akan mengucapkan terima kasih semasa berada di
dalam keahlian.
d. Berjabat tangan dengan kawan-kawan
e. Ahli lain memberi satu sorakan
f. Guru penasihat memberikan arahan menutup bulatan dan bersurai

16

iii. Istiadat Melantik

 Apabila seorang pelajar telah bersedia menjadi ahli BSMM, dia patut
disahkan menjadi seorang ahli melalui sati istiadat

 Istiadat itu amat bermakna kepada ahli baharu yang akan menjadi
kenangan seumur hidup mereka dan kepada ahli kumpulan akan
mendapat seorang ahli baharu.

 Istiadat diadakan secara perkataan dan upacara ringkas dan mudah
dengan ikhlas, khusyuk dan syahdu.

 Prosedur:
- Diadakan di tempat lapang
- Diadakan di peringkat awal tahun
- Semua ahli yang terlibat harus dalam peranan masing-masing
- Guru penassihat dan ketua pasukan hendaklah menghebahkan
istiadat ini pada perhimpunan sebelumnya
- Semua keperluan disediakan

 Upacara perlantikan ahli baharu BSMM
- Ahli yang mengambil bahagian perlu membuat satu bulatan
besar
- Ketua pasukan berada dalam bulatan
- Guru penasihat berdiri di tengah bulatan
- Ketua pasukan dalam keadaan sedia
- Ahli baharu yang berada di luar bulatan dipanggil masuk ke
dalam bulatan
- Wakil ahli membawa ahli baharu berdiri di depan guru penasihat
- Selepas itu, wakil ahli balik ke tempatnya
- Penolong guru penasihat masuk ke dalam bulatan dan berdiri di
sebelah guru penasihat dengan membawa lencana, tanda negeri
dan lambang di lengan
- Guru penasihat melafazkan ikrar diikuti oleh ahli baharu
- Guru penasihat menyematkan kencana keahlian, tanda negeri
dan lambang di lengan ahli baharu.
- Ahli baharu memberi hormat kepada guru penasihat dan
berpusing
- Wakil ahli memperkenalkan kepada ahli-ahli yang lain.

17

1.9 STRUKTUR DAN ORGANISSI PERTUBUHAN
1.9.1 STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT ANTARBANGSA
Bulan Sabit Merah Antarabangsa terdiri daripada 3 badan yang berasingan
iaitu:
- Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC)
- Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit

Merah (IFRC)
- Persatuan-persatuan Palang Merah/ Bulan Sabit Merah Kebangsaan

18

1.9.2 STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT KEBANGSAAN/
NEGERI/ DAERAH/ IPG

19

STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT KEBANGSAAN
SENATOR

MAJLIS KEBANGSAAN
JAWATANKUASA EKSEKUTIF KEBANGSAAN

JAWATANKUASA CAWANGAN
JAWATANKUASA CABANG
UNIT

UNIT UNIT-UNIT PASUKAN
SUKARELA LAIN KEBAJIKAN

PASUKAN
BANTUAN
SUKARELA

BELIA KANAK-KANAK

20

STRUKTUR DAN ORGANISASI CAWANGAN

21

STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT IPG

22

1.9.2 STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT SEKOLAH DAN
KUMPULAN

STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT SEKOLAH

1.9.3 FUNGSI MAJLIS TADBIR
 Memperkasa dan memartabat profesionalisme ahli di bidang masing-
masing.
 Menjadi salah satu institusi yang menggerak, mengeratkan dan
mengukuhkan hubungan sesama ahli.
 Menjalin hubungan dan kerjasama dengan badan dan pertubuhan lain
yang mempunyai matlamat dan kepentingan yang serupa.
 Menjadi saluran rasmi kepada ahli untuk bertemu dan berbincang
dengan pihak pengurusan yang berkaitan bagi tujuan memartabatkan
kepentingan kedua-dua pihak.

23

1.10 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

1.10.1 PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN
 Keahlian persatuan terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa,
agama, jantina dan politik
 Ahli dan sukarelawan datang daripada pelbagai golongan, memberi
sumbangan perkhidmatan bagi mewujudkan hasrat dan prinsip
persatuan.
 Pendaftaran ahli BSMM disimpan dalam sistem database di ibu pejabat
kebangsaan.
 Setiap Cabang, Cawangan dan Unit akan menyimpan rekod keahlian
masing-masing.
 Bagi Cawangan yang tiada Unit di bawah pentadbiran, rekod boleh
disimpan oleh Jawatankuasa Eksekutif Cawangan.

Jawatankuasa Eksekutif Catatan

Keahlian biasa - Yuran tahunan sekurang-kurangnya RM2

setahun

- Bayaran dibuat kepada Setiausaha Cawangan

atau Cabang.

Ahli seumur Hidup - Permohonan di atas budi bicara dan kelulusan

Cawangan

- Yuran: tidak kurang daripada RM1000

Ahli Kehormat Seumur - Dilantik oleh Jawatankuasa Anugerah

Hidup Kebangsaan

- Tidak melebihi 4 orang setiap tahun

Pasukan Bantuan Sukarela - Yuran: RM2 setahun tetapi digalakkan bayar

yuran sekaligus untuk 5 tahun.

Ahli Belia - Permohonan diluluskan oleh Jawatankuasa

Cawangan

- Tidak melebihi 12 tahun dan berdaftar di

bahaian unit sebagai Bulan Sabit Kanak-kanak

(Link)

- Tidak melebihi 18 tahun dan berdaftar di unit

Bulan Sabit Muda (Junior)

- Tidak melebihi 25 tahun dan berdaftar di Unit

24

Pasukan Sukarela (Vountary Aid Detachment-
VAD)

Pendaftaran Kumpulan
 Pasukan kanak-kanak
 Pasukan Belia
 Pasukan Belia Terbuka
 Pasukan Bantuan Sukarela Berpakaian Seragam
 Pasukan Bantuan Sukarela Tidak Berpakaian Seragam
 Pasukan Bantuan Sukarela di IPT

1.10.2 KUASA PENGANJUR

Mengesahkan c Meluluskan c Menyelia dan
sebarang permohonan untuk mengawal
aktiviti luaran (seperti
persuratan rasmi rombongan, kembara, kemajuan unit
yang berkaitan perkehemahan dan BSMM di
sebagainya) untuk ahli sekolahnya
dengan unit
BSMM di mana

perlu

25

1.10.3 STRUKTUR UNIT
Struktur unit terdiri daripada:

 Kanak-kanak (Link)
 Belia (Youth) - Pasukan Bantuan Sukarela
 Ahli Belia (Youth) dan Kanak-kanak (Link) membentuk sekurang-

kurangnya 80% ahli Bulan Sabit Merah Malaysia.
 Setiap unit mempunyai pengawai masing-masing.
 Bagi Unit kanak-kanak pula, Pengawai Belianya adalah guru penasihat

BSMM yang dilantik oleh pengetua.
 Setiap unit berdaftar mempunyai nombor unit yang khas yang

menunjukkan unit itu dari Sabang mana dan dari bahagian apa
 Contoh: Unit PK (Y) 118 menunjukkan unit ini dari Cabang Perak

(ditunjukkan oleh huruf (‘PK’) merupakan unit Youth atau Belia dan
nombor 118 menunjukkan ia unit ke 118 didaftarkan.

1.10.4 PENGURUSAN BUKU LOG/ FOLIO/ LAPORAN AKTIVITI
 Satu cara pelaksanaan komunikasi atau penyampaian dari sesuatu pihak

ke pihak yang lain.
 Mengandungi catatan rekod yang boleh dijadikan panduan atau laporan

dan mengesahkan sesuatu perkara atau sesuatu aktiviti serta
penglibatan seseorang.
 Rakaman suatu peristiwa yang berlaku dan catatan mingguan atau
harian sesuatu aktiviti.
 Buku log yang baik mempunyai sekitar 200 hingga 300 helaian muka
surat. Saiz buku log (21cm x 32cm).
 Kulit luar dibalut dengan pembalut plastik agar tidak mudah rosak.

1.10.5 TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN

Jawatan Tugas
Pengerusi
- Menjadi pengerusi persatuan
- Menjalankan tugas yang diberikan oleh guru dan

menggerakkan persatuan
- Menyertai setiap aktiviti yang dijalankan

26

Timbalan - Menjalankan tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan
Pengerusi pengerusi sekiranya tidak hadir
Setiausaha
- Menulis minit mesyuarat
Bendahari - Menulis laporan aktiviti mingguan

AJK Kecil - Menerima wang bagi pihak persatuan
- Menyimpan buku kira-kira

- Sebagai wakil untuk memberitahu ahli-ahli persatuan
mengenai aktiviti-aktiviti atau mesyuarat yang akan
diadakan

1.10.6 PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN

27

Pakaian Seragam Lelaki (Pengawai)

Pakaian seragam No.2 bagi pengawai lelaki
Penerangan potongan baju No.2 pengawai lelaki

28

Pakaian seragam No.3 bagi pengawai lelaki

Penerangan potongan baju No.3 pengawai lelaki

29

Pakaian Seragam Perempuan

Pakaian seragam No.2 bagi pengawai perempuan
Penerangan potongan baju No.2 pengawai perempuan

30

Pakaian Seragam Perempuan (ahli biasa)

31

Kelengkapan Pakaian:

1. Baju BSMM lelaki 2. Baju BSMM 3. Seluar pendek

Perempuan

4. T-shirt BSMM putih 5. T-shirt BSMM putih 6. T-shirt BSMM
lengan pendek lengan panjang merah lengan
pendek

7. T-shirt BSMM putih 8. Beret hitam 9. Lencana beret
lengan panajng BSMM

10. lencana bahu negeri 11. Lencana bahu logo 12. Lencana kolar

BSMM BSMM

32

13. Lencana poket BSMM 14. Lanyard hitam 15. Tali pinggang
single

16. Butang 17. Topi 18. Pangkat bagi
pelajar

19. Kasut potong hitam 20. Kain anduh

Berikut adalah pakaian dan kategori pangkat bagi pemimpin BSMM:

1. Bush jaket pengawai 2. Bush jaket 3. Vest pengawai

lelaki pengawai wanita

33

4. Baju korporat pengawai 5. Baju korporat 6. Lanyard hitam double

lelaki pengawai wanita

7. Pangkat bagi pengawai 8. lencana pangkat Penolong ketua
belia – lencana seksyen
kain
Ketua utama

tiada peruntukkan

seksyen
ketua seksyen

34

1.10.7 TAKWIN DAN RANCANGAN AKTIVITI
Contoh Takwin dan rancangan aktiviti:

35

2.0 KEMAHIRAN PERKHEMAHAN

2.1 KRAF PERKHEMAHAN
Kraf perkhemahan merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk
menghadapi cabaran alam semula jadi dalam kegiatan luar. Pengetahuan
dalam kraf perkhemahan penting dan digunakan apabila individu melakukan
aktiviti perkhemahan atau pengembaraan. Kemahiran kraf perkhemahan
melatih diri untuk menjadi lebih mahir dan berkeyakinan dalam menghadapi
cabaran alam semula jadi dan habitatnya.

Matlamat kemahiran kraf tangan adalah seperti berikut:
 Menggalakkan daya pemikiran kreatif dengan bahan yang terhad.
 Menguji keupayaan dan kebolehan seseorang menghasilkan kraf yang
berkualiti.
 Menanamkan semangat kerjasama dalam kumpulan.
 Menimbulkan keseronokan dan minat terhadap aktiviti luar.
 Menimbulkan kesedaran tentang penjagaan alam sekitar dan
pemuliharaan alam sekitar.
 Mengajar peserta supaya tidak membazirkan masa.
 Mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan peserta
perkhemahan.
 Meningkatkan daya kreativiti seseorang.
 Melatih diri untuk menjadi lebih mahir dan berkeyakinan dalam
menghadapi cabaran alam semula jadi dan habitatnya.
 Memupuk perasaan cinta terhadap terhadap alam semula jadi dan
mensyukuri ciptaanNya.

2.1.1 PENGURUSAN DAN PENJAGAAN KHEMAH
Perkhemahan merupakan salah satu aktiviti yang boleh memenuhi masa
lapang dan sering dianjurkan oleh sekolah-sekolah. Perkhemahan melibatkan
melibatkan beberapa aspek iaitu perancangan, pengurusan dan penjagaan
khemah. Tempat perkhemahan dan kemudahan prasarana yang disediakan
perlu dikenal pasti dahulu sebelum memulakan aktiviti perkhemahan dan
memastikan kesihatan fizikal dan mental berada di tahap optima sebelum
melakukan aktiviti perkhemahan.

36

Pengurusan Khemah Penjagaan Khemah
 Sentiasa melindungi  Jangan menyimpan makanan di

pancang khemah dan dalam khemah untuk mengelakkan
memastikan pancang/ tiang binatang mencari dan merosakkan

khemah berada dalam khemah anda.
keadaan baik.  Sentiasa membersihkan khemah

 Letakkan sedikit pelincir setiap kali selepas trip dan
untuk memudahkan memeriksa setiap kotoran dan sisa
memasukkan dan
sampah yang tertinggal.
mengeluarkan pancang/  Pastikan khemah berada dalam
tiang.
keadaan kering.
 Letakkan pelincir pada zip  Sekiranya khemah berada dalam
untuk mengelakkan zip
daripada jem dan keadaan basah, elakkan daripada
menekan, menarik atau apa cara
menyebabkan susah untuk
dibuka. sekalipun untuk mengelakkan
daripada terkoyak.

 Jangan menggunakan bahan api atau
membuat pembakaran terbuka
berdekatan dengan khemah.

 Menggunakan peralatan yang
berkuasa bateri di dalam khemah
untuk mengelakkan mudarat yang
berlaku.

2.1.2 JENIS-JENIS KHEMAH Keterangan
Jenis-jenis Khemah
Ridge Tent Mempunyai tiang yang melintang di
sepanjang bumbung. Ia diperbuat
daripada bahan nilon (nylon) yang
ringan supaya mudah dibawa dan
dilipat. Sangat sesuai untuk outdoor
yang ramai ataupun sedikit. Kapasiti
bergantung pada saiz.

37

Dome Tent Khemah yang paling glamour. Ia
Frame Tent
berbentuk gelembung dan
Bell Tent
menggunakan bahan yang sesuai

serta fleksibel. Ianya ringan, mudah

dibawa dan sesuai digunakan untuk

perkhemahan seperti di sekolah dan

sebagainya.

Khemah jenis besar ini biasa
digunakan untuk perkhemahan
keluarga. Rangka khemah akan
dipasang terlebih dahulu kemudian
barulah dipasang kanvas. Tidak
sesuai dibawa untuk aktiviti outdoor.
Banyak terdapat waktu kenduri
kahwin dan sebagainya.

Mempunyai satu sahaja tiang tinggi
di puncak khemah. Khemah jenis ini
agak kukuh kerana disokong oleh
tiang di tengah-tengahnya dan
ditambah dengan tali yang tegang di
sekeliling. Khemah jenis ini juga
sudah jarang digunakan dan
digantikan dengan khemah jenis
‘dome’.

38

A-Frame Tent Bingkai berkaki 2 di bahagian luar
Hoop hujung khemah dan membentuk
khemah bersegi tiga. Khemah jenis
Khemah Avian ini telah lama digunakan dan antara
Wedge jenis khemah terawal.

Menggunakan 1 hingga 3 gegelung
dan khemah akan menjadi bentuk
terbular. Dinding khemah berbentuk
melengkung membenarkan isi padu
yang lebih luas dengan permukaan
yang sama. Khemah jenis ini kukuh
dan kuat.

Mempunyai satu atau dua pole tegak.
Flaysheet dibentangkan untuk
menutupi bahagian dalam. Ia selalu
digunakan untuk perlindungan yang
cepat dan hanya untuk keadaan
cuaca yang elok.

Dua gegelung separa bulatan yang
disambungkan di tengah-tengahnya
dan membentuk khemah sama ada
bentuk petak atau bulat. Ia adalah
khemah yang sangat popular kerana
menggabungkan kekukuhan dan
kurang menggunakan material yang
berat.

39

Pyramid Satu poles di tengah-tengah dan
flysheet ditarik dan dibentangkan di
sekeliling tiang membentuk poket
berbentuk pyramid. Ia jarang
digunakan untuk perkhemahan
kerana bentuknya tidak begitu
sesuai.

2.1.3 TUJUAN DAN FAEDAH MEMBUAT GAJET
Menurut Kamus Konprehensif Bahasa Melayu, gajet merujuk kepada alat-alat
atau mesin kecil. Selain itu, gajet juga merupakan binaan yang dibuat
menggunakan bahan-bahan alam sekitar perkhemahan dan dicantum atau
dikukuhkan dengan menggunakan tali atau pengikat bagi menggantikkan
perabot rumah di tapak perkhemahan.

2.1.4 TUJUAN MEMBUAT GAJET
i. Sebagai tempat menyimpan, menyusun dan mempamerkan bahan,
peralatan, pakaian serta maklumat di tapak perkhemahan.
ii. Mengelakkan kemalangan seperti terlanggar peralatan yang tajam.
iii. Melindungi makanan daripada tercemar dengan serangga-serangga
perosak.
iv. Meningkatkan taraf kehidupan di kem perkhemahan seperti keselesaan,
kemudahan serta kebersihan.
v. Memudahkan untuk merujuk atau mendapatkan maklumat.
vi. Memudahkan kerja memasak dan menghidang makanan.
vii. Menjadi mercu tanda perkhemahan seperti pintu gerbang dan tiang
bendera.

40

2.1.5 FAEDAH MEMBUAT GAJET
a. Memupuk perasaan cinta akan alam semulajadi dan mensyukuri

ciptaan Tuhan.
b. Mengetahui cara untuk mencari ikhtiar hidup apabila berada di dalam

hutan.
c. Memahami habitat dan alam semulajadi seperti tahu kegunaan kayu,

ranting serta akar-akar pokok.
d. Mengalakkan masyarakat untuk mengaplikasikan kemahiran dan teknik

kraf perkhemahan dalam kegiatan.
e. Mewujudkan perpaduan dalam kalangan ahli.
f. Menanam semangat kerjasama untuk menyiapkan gajet dalam tempoh

singkat.

2.1.6 PRINSIP MEMBUAT GAJET
Gajet yang dihasilkan dengan baik dapat dijadikan contoh dan panduan
kepada yang lain. Prinsip membuat gajet adalah seperti berikut:

 Jangan gunakan kayu atau dahan yang buruk kerana kemungkinan
boleh patah atau roboh

 Gunakan ikatan yang betul
 Gunakan bahan semulajadi
 Gajet yang dibuat boleh digunakan dan bukan untuk pameran
 Gajet mesti kukuh, dapat digunakan sepanjang masa perkhemahan
 Gajet yang baik ringkas tetapi praktikal
 Mulakan dengan membuat gajet yang ringkas dahulu
 Fikirkan ciri-ciri keselesaan dan keselamatan gajet
 Gajet direka, dibuat dan diletakkan ditempat yang sesuai
 Buat gajet ciptaan atau rekaan sendiri

41

2.1.7 JENIS-JENIS GAJET DAN KEGUNAANNYA

Jenis Gajet Contoh Gajet Kegunaan
Kawasan dapur -Rak pinggan mangkuk
-Rak alatan tajam seperti -Melindungi makanan dari
dan yang pisau, parang, dan kapak
berkaitan -Meja makan tercemar.
-Penyangkut cawan/ gelas
-Rak penyimpan kayu api/ -Memudahkan kerja-kerja
tong gas
-Penyangkut periuk dan memasak dan
cerek untuk masak
-Gajet gerobok (camp larder) menghidangkan makanan.
-Tempat menyimpan bahan-
bahan masakkan -Mengelakkan kemalangan

seperti terlanggar peralatan

yang tajam.

-Peralatan dapur tersusun

rapi dan kemas.

42

Kawasan pintu Terletak di bahagian -Mercu tanda perkhemahan

hadapan sekali: iaitu pintu gerbang dan tiang

-Bahagian pintu hadapan bendera.

-Bahagian pagar -Mencantikkan

-Bahagian pintu belakang pemandangan di kawasan

perkhemahan.

Variasi pintu hadapan: -Penanda kawasan

-Tulis nama patrol dengan sempadan dan kawalan

bahan-bahan semula jadi keselamatan

-Bahagian pintu yang boleh

tertutup sendiri

Bahagian pagar

Menandakan kawasan
sempadan, suasana
perkhemahan kemas dan

teratur serta adanya kawalan
keselamatan.

Kawasan tempat -Rak kasut -Tempat menyimpan,
tinggal -Rak beg
-Rak peralatan menyusun dan
-Meja tulis
memperagakan bahan,

peralatan, pakaian dan

-Kerusi maklumat di tapak
-Papan kenyataan perkhemahan.
-Buaian -Memudahkan kita merujuk

-Penyangkut lampu atau mendapatkan
maklumat. dan
-Penyapu -Kekemasan
-Fitting room dan lain-lain

keselamatan terjamin.

Kawasan tempat -Tempat meletak besen air -Memudahkan penyimpanan
basuhan -Tempat menyimpan alat dan penyusunan
pergigian
-Tempat menyimpan sabun
-Tempat menggantung tuala

mandi
-Kawasan tempat basuhan

43

Kawasan -Ampaian pakaian -Menyidai pakaian
pengeringan -Menjaga kebersihan dan
kekemasan diri di kawasan
perkhemahan.

Lain-lain -Tiang bendera
-Menara pemerhati
-Gendang/ Kantung Kem
-Gajet pembawa barang
(Indian Travois)
-Gajet pondok lalang (tempat
berteduh)

2.2 IKHTIAR HIDUP
Ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus
hidup. Di dalam konteks kegiatan luar, ikhtiar hidup ialah usaha atau ikhtiar
yang harus dilakukan oleh seseorang itu supaya dia terus hidup ketika
menghadapi ancaman.

2.2.1 PRINSIP -PRINSIP ASAS IKHTIAR HIDUP

Prinsip Keterangan
1. Kemahuan Segala daya usaha untuk terus hidup
termasuklah kemahuan mencari sumber
2. Mengatasi ketakutan makanan dan minuman melalui pemasangan
jerat, perangkap dan sebagainya.
Ketakutan datang dari kelemahan diri sendiri.
Antaranya takut kepada ancaman liar, ketiadaan
makanan dan minuman serta takut dengan benda
yang tidak pernah ditemui.

44

3. Peralatan ikhtiar hidup Peralatan yang ringan, kecil serta mudah dibawa.
(pisau, mata pancing, pemetik api, garam)
4. Undang-undang asas  Simpan Tenaga anda. Semasa bergerak
ikhtiar hidup
rehat sepuluh minit setiap sejam perjalanan.
 Elakkan keletihan. Orang kata, Rom tidak

dibina dalam sehari. Jangan cuba berjalan
sepanjang malam dan siang. Jangan
memikul barang yang berat jika boleh
dielakkan.
 Dapatkan tidur yang cukup. Walaupun jika
anda tidak boleh tidur pada mulanya, cuba
baring dan rehat, tenangkan diri dan
lapangkan fikiran.
 Elakkan dari merasa risau. Kerisauan hanya
menolong merendahkan semagat kita
sahaja. Fikirkan apakah masalah anda, cari
jalan yang terbaik yang anda mampu
lakukan, fikirkan langkah keselamatan yang
terbaik dari segala bahaya yang mungkin
dihadapi dan hentikan kerisauan. Tumpukan
tenaga anda kepada perkara-perkara lain.
 Berhenti awal di siang hari untuk membuat
khemah anda. Anda memerlukan masa
untuk memilih tapak perkhemahan yang
selamat.

Situasi Ikhtiar Hidup
 Kehabisan bekalan makanan dan minuman
 Ancaman binatang
 Masalah perlindungan
 Lain-lain

Situasi ikhtiar hidup dapat dicegah daripada berlaku melalui
perancangan dan persiapan dengan teliti dan menyeluruh sama ada dari segi
mental (pengetahuan), fizikal (kecergasan, stamina), teknikal (kemahiran),
dan material (peralatan, pakaian dan bekalan).

45

Punca Situasi Ikhtiar Hidup:
 Kelalaian manusia sendiri sama ada di peringkat perancangan,

persiapan atau peringkat perlaksanaan aktiviti
 Kurang pengetahuan dan kemahiran

Kepentingan Ilmu Ikhtiar Hidup:
 Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup penting kerana
kegiatan luar sentiasa terdedah pelbagai cabaran dan risiko.

Terdapat 5 elemen utama dalam ikhtiar untuk hidup:
 Fire (Api)
 Food & Drink (Makanan & Minuman)
 Shelter (Tempat perlindungan)
 First Aid
 Signaling (Memberi Isyarat)

2.2.2 MASAKAN SOLAR/ RIMBA/ KELOMPOK

Jenis Masakan Keterangan Penyediaan/ Kaedah
Masakan Solar
- Masakan solar amat Penyediaan:

sesuai digunakan di Bahan untuk membuat

negara beriklim panas dapur:

seperti Malaysia. MATERIALS FOR KIT:

- Banyak kebaikan iaitu -1 tin cat sembur yang

menjadikan tenaga solar sesuai untuk

sebagai sumber tenaga permukaan aluminium /

alternatif yang murah, 1 can aerosol paint ( for

mengurangkan alimunium)

penggunaan bahan api dari -panci atau periuk nipis

kayu, tidak mempunyai / thin pot for cooking

ancaman bahaya gam/ glue

kebakaran, keracunan -pelekat kertas /paper

asap dan gas binding tape

- Masakan solar ini sesuai -foil aliminium /

digunakan semasa aliminum foil

membuat aktiviti gerak -kotak besar / big size

46


Click to View FlipBook Version