The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yusnizanyunan, 2019-11-27 08:13:48

MODUL KBAT & KBKK SEJARAH

CIKGU YUSNIZAN YUNAN

Keywords: SEJARAH SPM

HIMPUNAN SOALAN DAN JAWAPAN KBAT/KBKK SEJARAH SPM

Pn. Yusnizan Binti Yunan, Ketua Panitia Sejarah SMK Lembah Keramat 1

HIMPUNAN SOALAN DAN JAWAPAN KBAT/KBKK SEJARAH SPM

ISU PERPADUAN NASIONAL / PERPADUAN KEBANGSAAN / GAGASAN 1 MALAYSIA

Dasar British telah menyulitkan proses mewujudkan perpaduan nasional selepas
negara mencapai merdeka. Berdasarkan pengetahuan anda, jelaskan usaha
kerajaan bagi menangani masalah tersebut.

 memperkenalkan sistem persekolahan yang sama
 menggunakan bahasa pengantar yang sama
 melaksanakan kurikulum bercorak kebangsaan
 pengenalan Dasar Ekonomi Baru
 menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi
 pengenalan Rukun Negara
 pengenalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
 pengenalan konsep bangsa Malaysia
 pengenalan konsep 1 Malaysia
 pengenalan Wawasan 2020
 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
 Pakatan Murni

Pada pendapat anda, bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan di Malaysia?
 Menghormati adat/budaya/bahasa/agama kaum lain
 Saling bekerjasama/tolong-menolong/bantu-membantu
 Mengamalkan sikap bertolak ansur/bertoleransi
 Kunjung-mengunjungi antara satu sama lain
 Menghadiri majlis rumah terbuka ketika perayaan pelbagai kaum di Malaysia
 Memahami adat/budaya/bahasa/agama kaum lain
 Tidak membangkitkan isu-isu perkauman
 Peluang pendidikan/pekerjaan/perniagaan yang sama dan seimbang
 Konsep 1 Malaysia
 Melalui kempen/ceramah/program berbentuk perpaduan
 Media massa menyiarkan mesej perpaduan
 Program RIMUP di sekolah
 Mengadakan pertandingan/aktiviti melibatkan penyertaan semua kaum
 Menghayati/mengamalkan prinsip Rukun Negara
 Melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan
 Menganjurkan program/aktiviti sukan yang melibatkan penyertaan semua kaum

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah perpaduan boleh dicapai
melalui dasar-dasar pendidikan ?

 Belajar di sekolah yang sama
 Menggunakan bahasa pengantar yang sama
 Menggunakan kurikulum yang sama
 Pelajar daripada kaum berlainan boleh berinteraksi melalui kokurikulum
 Melalui aktiviti sukan dan permainan
 Melalui program RIMUP yang dilaksanakan di sekolah
 Melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan
 Sekolah Wawasan
 Menggunakan sukatan pelajaran yang sama

Pn. Yusnizan Binti Yunan, Ketua Panitia Sejarah SMK Lembah Keramat 2

HIMPUNAN SOALAN DAN JAWAPAN KBAT/KBKK SEJARAH SPM

Pada pendapat anda mengapakah kita perlu bersatu padu?
 Mengelakkan pertelingkahan antara kaum
 Mewujudkan masyarakat yang harmoni / toleransi
 Mewujudkan sebuah negara yang kuat / aman / makmur / stabil
 Dapat memajukan ekonomi negara
 Berupaya menghadapi ancaman musuh

Pada pandangan anda, mengapakah usaha memupuk perpaduan kaum diberi
keutamaan dalam bidang pendidikan?

 Usia pelajar masih pada peringkat awal
 Institusi pendidikan seperti sekolah merupakan tempat pertemuan pelbagai

kaum
 Sekolah merupakan tempat pelajar pelbagai kaum bergaul
 Penerapan semangat perpaduan dapat dilakukan melalui bidang pengajaran

seperti sivik dan kewarganegaraan, moral dan sejarah
 Tempat pelajar melaksanakan aktiviti secara bersama
 Sekolah merupakan institusi yang mesti dilalui oleh semua orang daripada

pelbagai kaum

Masyarakat majmuk yang telah ditinggalkan oleh penjajah menyebabkan Malaysia
menghadapi masalah perkauman. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab,
bagaimanakah masalah perkauman dapat diatasi?

 Saling mengunjungi
 Mengamalkan kebudayaan kebangsaan
 Menghormati adat dan kepercayaan pelbagai kaum
 Mengadakan sambutan rumah terbuka dalam pelbagai perayaan
 Sentiasa mengamalkan sifat bertoleransi
 Menganggap negara ini milik bersama

Pembentukan Konsep 1 Malaysia melahirkan masyarakat yang harmoni. Apakah
peranan anda untuk merealisasikan Konsep 1 Malaysia?

 Memelihara kedaulatan negara
 Menjalinkan hubungan yang erat antara kaum
 Menganggap rakyat Malaysia satu bangsa satu negara
 Menyahut seruan kerajaan agar rakyat Malaysia bersatu padu
 Melahirkan masyarakat yang saling menyayangi
 Menghormati budaya dan cara hidup kaum yang lain
 Menunjukkan semangat kerjasama
 Mengamalkan kehidupan secara bersatu padu

Mengapakah perpaduan penting kepada masyarakat di negara kita?
 Mewujudkan keamanan / keharmonian
 Menghindar perbalahan/pergaduhan kaum
 Mewujudkan kestabilan politik
 Memakmurkan ekonomi
 Menanam semangat patriotisme
 Mempertahankan negara daripada ancaman musuh

Pn. Yusnizan Binti Yunan, Ketua Panitia Sejarah SMK Lembah Keramat 3

HIMPUNAN SOALAN DAN JAWAPAN KBAT/KBKK SEJARAH SPM

Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah semangat perpaduan dapat dipupuk
melalui aktiviti kokurikulum di sekolah?

 Menggunakan bahasa kebangsaan semasa berkomunikasi
 Mengamalkan budaya yang baik
 Menghormati aktiviti kebudayaan bangsa / kaum lain
 Mengadakan aktiviti perkhemahan pelbagai kaum
 Merancang aktiviti yang boleh disertai pelbagai kaum
 Menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah
 Menganjurkan aktiviti sukan yang tidak berteraskan kaum

Pada pendapat anda, mengapakah perpaduan kaum perlu dipelihara dan
diperkasakan dari semasa ke semasa?

 Memastikan keamanan negara berkekalan
 Wujud kehidupan/suasana harmoni dalam kalangan rakyat
 Dapat membangkitkan rasa cinta akan negara
 Mengelak daripada penjajahan kuasa asing
 Memastikan ekonomi negara terus berkembang
 Dapat menarik kedatangan pelabur asing
 Akan dihormati oleh negara luar
 Kemajuan negara akan berterusan/berkembang pesat
 Wujud kerjasama antara rakyat yang berbilang kaum
 Sebarang pertikaian akan dapat diatasi secara rundingan dan tolak ansur kaum

Pada pendapat anda, apakah nilai-nilai hidup masyarakat Madinah yang patut
diamalkan oleh masyarakat Malaysia bagi merealisasikan semangat 1 Malaysia?

 Bersatu padu
 Tolong-menolong
 Mematuhi perlembagaan
 Rela berkorban
 Hidup bersaudara
 Menolak amalan riba
 Mempertahankan keselamatan negara
 Saling menghormati
 Kebebasan beragama
 Mentaati pemimpin

Pada pendapat anda, bagaimanakah hasrat membentuk negara dan bangsa
berteraskan konsep “1 Malaysia” boleh dicapai?

 Pendidikan bercorak kebangsaan
 Dasar Kebudayaan Kebangsaan
 Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
 Semangat bergotong-royong dan bekerjasama
 Ziarah-menziarahi sesama kaum
 Peranan media massa dan elektronik
 Program rumah terbuka
 Meraikan hari perayaan setiap kaum
 Kegiatan sukan

Pn. Yusnizan Binti Yunan, Ketua Panitia Sejarah SMK Lembah Keramat 4

HIMPUNAN SOALAN DAN JAWAPAN KBAT/KBKK SEJARAH SPM

 Kegiatan kokurikulum
 Program PLKN
 Klinik 1 Malaysia

Bagaimanakah langkah-langkah pembangunan sosial mampu mencapai matlamat
perpaduan di Malaysia?

 Menggunakan bahasa yang sama
 Sukatan pelajaran yang sama
 Memupuk identiti kebangsaan semenjak kecil
 Menanam perasaan kekitaan
 Melahirkan sikap tolak ansur
 Mengamalkan budaya yang sama
 Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan dari aspek kemanusiaan dan

kerohanian seimbang dengan pembangunan sosioekonomi
 Kebudayaan rakyat asal rantau Melayu sebagai tunjang
 Unsur kebudayaan lain yang sesuai boleh diterima
 Memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan
 Islam sebagai unsur terpenting
 Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan
 Sebagai alat perpaduan tanpa mengira ideologi
 Menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat
 Aktiviti sukan tidak mengehadkan penyertaan kepada sesuatu kaum
 Di sekolah, sukan merupakan aktiviti kokurikulum yang sangat digalakkan
 Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) diadakan dua tahun sekali dapat mengeratkan

perpaduan antara kaum dan hubungan antara negeri

Semangat kerjasama dan toleransi dalam pakatan murni perlu dihayati dan
diamalkan oleh rakyat Malaysia. Pada pendapat anda, mengapakah semangat
tersebut perlu dihayati dan diamalkan?

 Menjamin kestabilan politik
 Jaminan kemajuan dan pembangunan negara
 Melicinkan pentadbiran
 Mengekalkan keharmonian kaum
 Memastikan keamanan negara berkekalan
 Wujud kehidupan/suasana harmoni dalam kalangan rakyat
 Dapat membangkitkan rasa cinta akan negara
 Kemajuan negara akan berterusan/berkembang pesat
 Wujud kerjasama antara rakyat yang berbilang kaum
 Sebarang pertikaian akan dapat diatasi secara rundingan dan tolak ansur kaum

Cadangkan cara-cara untuk mengekalkan penghayatan dan pengamalan semangat
”1 Malaysia” oleh warga Malaysia.

 Penganjuran majlis melibatkan semua kaum seperti rumah terbuka
 Mengukuhkan semangat kejiranan
 Mengagihkan kekayaan secara adil
 Menghalang sebarang bentuk hasutan
 Melalui sistem persekolahan bercorak kebangsaan

Pn. Yusnizan Binti Yunan, Ketua Panitia Sejarah SMK Lembah Keramat 5

HIMPUNAN SOALAN DAN JAWAPAN KBAT/KBKK SEJARAH SPM

 Merealisasikan pelaksanaan Gagasan 1 Malaysia
 Perpaduan dalam satu komuniti
 Menghormati budaya dan pegangan kaum lain
 Melalui aktiviti sukan, kesenian dan kebudayaan

ISU PENDIDIKAN

Mengapakah pendidikan penting untuk melahirkan bangsa yang maju?
 penguasaan ilmu dapat menentukan kekuatan sesuatu bangsa
 membolehkan bersaing di peringkat antarabangsa
 dapat mengoptimumkan penggunaan sumber negara
 dapat memajukan ekonomi negara
 melahirkan tenaga kerja mahir atau pakar
 menjadi masyarakat yang berdisiplin
 menjadi masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai murni
 menjadi masyarakat yang mematuhi undang-undang
 menjadi masyarakat yang kreatif dan inovatif
 menjadi masyarakat yang berminda kelas pertama
 menjadi masyarakat yang berdikari

Pada pandangan anda mengapakah pendidikan tidak formal diperlukan oleh
masyarakat hari ini?

 Menanamkan nilai-nilai murni
 Mengekalkan kemahiran tradisional
 Menghormati orang tua
 Melahirkan masyarakat yang bermoral
 Membasmi gejala sosial
 Melahirkan masyarakat yang bersopan santun

Pada pendapat anda, bagaimanakah nasib sesuatu bangsa jika masyarakatnya
tidak berpendidikan?

 Negara mundur
 Keadaan politik tidak stabil
 Ekonomi tidak bekembang
 Masyarakatnya mudah dikuasai pemikiran tidak sihat
 Mudah dijajah oleh kuasa lain
 Masyarakat mudah diperkotak-katikkan

Pada pandangan anda, apakah kepentingan bidang pendidikan untuk
kegemilangan negara dan bangsa Malaysia?

 Melahirkan manusia berakhlak mulia
 Melahirkan warganegara yang mematuhi undang-undang
 Mengukuhkan semangat patriotisme rakyat
 Mengukuhkan perpaduan antara kaum

 Meningkatkan taraf hidup penduduk
 Meningkatkan bilangan pekerja mahir

Pn. Yusnizan Binti Yunan, Ketua Panitia Sejarah SMK Lembah Keramat 6

HIMPUNAN SOALAN DAN JAWAPAN KBAT/KBKK SEJARAH SPM

 Memajukan ekonomi negara
 Memajukan teknologi canggih/inovasi
 Menguasai ilmu pengetahuan

Mengapakah sistem pendidikan di negara kita bermatlamat melahirkan
masyarakat yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek?

 Membentuk masyarakat yang kreatif dan inovatif
 Melahirkan masyarakat yang berminda kelas pertama
 Mewujudkan generasi yang utuh dan berpersonaliti
 Masyarakat yang berkemahiran
 Masyarakat yang sihat dan cergas
 Masyarakat penyayang
 Masyarakat yang bersatu-padu
 Masyarakat yang hidup sejahtera
 Masyarakat yang global
 Masyarakat yang berdaya saing

Pada pendapat anda, bagaimanakah Malaysia mampu menjadi hab pendidikan
dunia?

 Tenaga pakar
 Prasarana pembelajaran
 Rangkaian hubungan antara negara dunia erat
 Membudayakan ilmu
 Pendemokrasian pendidikan
 Program berkembar dengan universiti luar terkemuka
 Kualiti kurikulum bertaraf dunia
 Kurikulum memenuhi keperluan dunia pekerjaan

Pada pandangan anda, mengapakah pendidikan formal penting dalam kehidupan
manusia sepanjang zaman? SPM 2011

 Membentuk masyarakat yang berilmu
 Membentuk insan yang produktif
 Membina akhlak insan
 Melahirkan masyarakat yang berkemahiran
 Melahirkan rakyat yang setia kepada negara
 Melahirkan pemimpin berwibawa
 Membentuk masyarakat yang kreatif dan inovatif

Apakah kesan terhadap negara sekiranya rakyat tidak mendapat pendidikan yang
sempurna? SPM 2011

 Bilangan buta huruf sangat tinggi
 Rakyat mempunyai taraf hidup yang rendah
 Kadar kemisikinan tinggi dalam kalangan rakyat
 Pemikiran rakyat tidak berkembang
 Negara mundur
 Kekayaan negara diekploitasi oleh kuasa luar
 Kedaulatan negara sentiasa terancam

Pn. Yusnizan Binti Yunan, Ketua Panitia Sejarah SMK Lembah Keramat 7

HIMPUNAN SOALAN DAN JAWAPAN KBAT/KBKK SEJARAH SPM

ISU SEMANGAT PATRIOTISME / CINTA AKAN NEGARA / NASIONALISME /
KESEDARAN KEBANGSAAN

Pada pendapat anda, apakah iktibar atau pengajaran yang boleh dipelajari
daripada gerakan nasionalisme di Filipina?

 Perlunya semangat yang kental
 Perlunya keberanian rakyat
 Pengorbanan yang tinggi
 Perpaduan rakyat/kerjasama rakyat
 Kebijaksanaan pemimpin
 Pentingnya ilmu pengetahuan
 Semangat setia negara
 Pertubuhan yang kukuh
 Penggunaan pelbagai strategi
 Pemimpin berwibawa
 Pemimpin dan rakyat bersatu
 Perlukan kekuatan senjata
 Elakkan daripada bergantung kepada kuasa luar
 Keberanian yang tinggi
 Perlunya pengetahuan yang tinggi
 Strategi yang baik
 Pertubuhan politik yang mantap

Sebagai seorang warganegara yang setia kepada negara , apakah tindakan yang
perlu diambil terhadap mereka yang menghina bendera negara?

 Melucutkan taraf kewarganegaraan
 Menjalani sesi kaunseling
 Mengenakan hukuman khidmat masyarakat
 Hukuman penjara
 Denda
 Buang daerah / negeri
 Dibicarakan di mahkamah atas tuduhan menghina negara
 Ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas tuduhan

mencetuskan huru-hara

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah akhbar amat berkesan
dalam meniupkan semangat kebangsaan?

 Dikeluarkan setiap hari
 Harga murah
 Mengunakan medium tulisan jawi
 Isu-isu berkaitan dengan masyarakat
 Mudah didapati
 Penulis/pengarang terdiri daripada orang Melayu
 Tiada sekatan daripada pihak penjajah

Pn. Yusnizan Binti Yunan, Ketua Panitia Sejarah SMK Lembah Keramat 8

HIMPUNAN SOALAN DAN JAWAPAN KBAT/KBKK SEJARAH SPM

Sebagai rakyat Malaysia bagaimana anda memertabatkan Bahasa Kebangsaan?
 Digunakan semasa berkomunikasi
 Menggunakan dengan sebutan yang betul /baku
 Mempelajari dengan lebih mendalam
 Banyak membaca buku dalam bahasa Melayu
 Merujuk kamus untuk menambah perbendaharaan kata
 Menyertai pertandingan menulis, bercerita dan sebagainya

Pada pendapat anda, mengapakah perjuangan tokoh-tokoh tempatan terhadap
penjajah Barat harus kita contohi?

 Menunjukkan semangat setia negara yang tinggi
 Sanggup berkorban untuk bangsa
 Sifat bekerjasama
 Tolong menolong antara pemimpin dan pengikut
 Sikap berdisiplin
 Gigih berusaha

Pada pandangan anda, bagaimanakah semangat patriotisme dapat dipupuk
dalam kalangan remaja masa kini?

 Menghargai perjuangan tokoh-tokoh tempatan
 Melalui mata pelajaran Sejarah/Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan/Pengajian Am
 Mematuhi perlembagaan negara
 Setia kepada raja dan negara
 Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan
 Menghayati prinsip-prinsip Rukunegara
 Mematuhi undang-undang negara

Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk meningkatkan semangat
patriotisme dalam kalangan warganegara Malaysia?

 Mengibarkan Jalur Gemilang semasa sambutan Hari Kebangsaan.
 Menghargai / menghayati perjuangan tokoh-tokoh negara.
 Mempelajari sejarah negara dan bangsa.
 Mengadakan sambutan Hari Kebangsaan.
 Menerbitkan filem-filem / teater berunsur patriotisme.
 Mengadakan pertandingan lagu / drama patriotisme.
 Menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

Pada pandangan anda, apakah kepentingan lambang-lambang negara kepada
negara kita?

 Rakyat dapat menunjukkan ketaatan dan kesetiaan terhadap tanah air
 Rakyat sanggup berkorban terhadap tanah air
 Taat kepada pemerintah
 Rakyat sentiasa bersemangat
 Simbol perpaduan
 Lambang kemegahan penduduk
 Membezakan Malaysia dengan negara lain

Pn. Yusnizan Binti Yunan, Ketua Panitia Sejarah SMK Lembah Keramat 9

HIMPUNAN SOALAN DAN JAWAPAN KBAT/KBKK SEJARAH SPM

 Melambangkan kedaulatan sesebuah negara
 Memupuk semangat bersyukur
 Menyemarakkan semangat patriotisme
 Memupuk kesetiaan kepada raja
 Lambang jati diri bangsa dan negara
 Lambang identiti negara
 Menimbulkan perasaan bangga terhadap negara
 Simbol kedaulatan negara
 Melahirkan perasaan kecintaan terhadap tanah air

Mengapakah gerakan nasionalisme di Indonesia berjaya mencapai matlamat kemerdekaan
pada tahun 1945?

 Mempunyai pemimpin yang berwibawa
 Semangat nasionalisme rakyat yang kuat
 Rakyat bersatu padu
 Sikap rakyat yang sanggup berkorban
 Keberanian rakyat tinggi
 Keberkesanan peranan media massa meniup semangat kebangsaan
 Mempunyai pertubuhan/parti yang kuat

Mengapakah kesatuan dan persatuan dianggap berkesan dalam menggalakkan kesedaran
kebangsaan?

 Badan penyatuan / perpaduan
 Menggabungkan tenaga intelektual Melayu
 Menjaga kepentingan dan kebajikan ahli
 Menghadapi masalah bersama
 Mengatasi perasaan kenegerian
 Simbol kekuatan dan perpaduan

Mengapakah semangat perjuangan menentang British di negeri-negeri Melayu wajar
dicontohi oleh generasi muda masa kini? SPM 2010

 Sanggup berkorban demi mempertahankan maruah bangsa
 Mempunyai semangat patriotik yang berkobar-kobar dalam menentang penjajahan
 Mempertahankan hak politik yang terhakis oleh penjajah
 Perjuangan mereka menaikkan semangat rakyat menentang penjajahan
 Mereka mempertahankan budaya tradisi bangsa
 Perjuangan mereka menunjukkan semangat kerjasama antara pemimpin dengan rakyat
 Mereka tidak berputus asa / tabah dalam menghadapi kuasa penjajah yang lebih kuat

Sebagai warganegara Malaysia, bagaimanakah anda berusaha untuk melaksanakan mesej
yang terkandung dalam lirik lagu kebangsaan (Negaraku)? SPM 2011

 Mematuhi undang-undang negara
 Mengeratkan perpaduan antara kaum
 Kesetiaan kepada raja dan negara
 Meningkatkan kemahiran teknologi/ICT
 Mementingkan keharmonian masyarakat pelbagai kaum
 Belajar bersungguh-sungguh untuk menambah pelbagai ilmu pengetahuan

Pn. Yusnizan Binti Yunan, Ketua Panitia Sejarah SMK Lembah Keramat 10

HIMPUNAN SOALAN DAN JAWAPAN KBAT/KBKK SEJARAH SPM

ISU KEMERDEKAAN / KEDAULATAN / KEAMANAN / KEHARMONIAN NEGARA

Sebagai warganegara Malaysia, apakah yang boleh anda lakukan untuk
mempertahankan kedaulatan negara kita?

 menjadi rakyat yang berjiwa patriotik
 menjadi rakyat berilmu pengetahuan dan berkemahiran
 memajukan negara

 taat setia kepada negara
 mengamalkan hidup bersatu padu/bekerjasama/bermuafakat

 menjaga keamanan/keharmonian/kesejahteraan negara
 menjadi warganegara yang mempunyai semangat juang yang tinggi

 sanggup berkorban untuk kedaulatan negara

 mematuhi undang-undang
 menjadikan Rukun Negara sebagai panduan hidup
 merealisasikan Wawasan 2020

Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk mengelakkan peperangan

daripada berlaku ?

 Mengamalkan akhlak yang mulia

 Saling bertolak ansur

 Kepimpinan melalui teladan

 Menghormati hak asasi

 Mengelakkan isu-isu sensitif dipersoalkan seperti agama, bahasa, institusi

pemerintahan

 Menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara

serantau/antarabangsa

 Menghormati pendirian negara jiran

Sebagai pemimpin, apakah yang akan anda lakukan untuk mempertahankan
kedaulatan negara?

 Melahirkan generasi yang berilmu dan berkemahiran
 Menyemai sikap patriotik kepada rakyat
 Mengeratkan perpaduan rakyat
 Mengelakkan pergantungan kepada kuasa luar
 Keberanian yang tinggi
 Memantapkan ekonomi negara
 Mewujudkan kestabilan politik

Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk mengelakkan berlakunya
peperangan?

 Mematuhi dan mengamalkan undang-undang
 Menghormati dan tidak mencabar hak orang lain
 Menanam kesedaran pentingnya keamanan
 Mengutamakan keharmonian kaum
 Berbaik-baik dengan semua negara
 Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara luar
 Mematuhi matlamat Piagam PBB

Pn. Yusnizan Binti Yunan, Ketua Panitia Sejarah SMK Lembah Keramat 11

HIMPUNAN SOALAN DAN JAWAPAN KBAT/KBKK SEJARAH SPM

 Berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi
 Kerjasama di peringkat antarabangsa
 Bersama-sama menentang keganasan
 Meningkatkan taraf hidup rakyat

Sebagai warganegara Malaysia, apakah peranan anda untuk mengelakkan negara
Malaysia dijajah semula?

 Meningkatkan ilmu pengetahuan
 Menyokong semua dasar kerajaan
 Semangat 1Malaysia
 Semangat perpaduan kaum
 Beli barangan buatan Malaysia
 Tidak terlibat dalam kegiatan subversif
 Tidak mudah terpengaruh dengan anasir luar/provokasi negatif

Memelihara kedaulatan negara adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat.
Apakah yang patut anda lakukan untuk mengekalkan kedaulatan negara?
- Mengukuhkan sistem pentadbiran negara.
- Setia kepada pemimpin dan negara
- Memajukan ekonomi negara
- Memilih pemimpin yang berwibawa/berkaliber
- Menjadikan Rukun Negara sebagai panduan
- Sanggup berkorban untuk negara
- Merealisasikan Wawasan 2020
- Mempertahankan/mengukuhkan sistem perundangan negara.
- Mempertahankan negara daripada dicerobohi.
- Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara lain.

Apakah peranan anda sebagai rakyat Malaysia untuk memelihara kemerdekaan
negara?

 Menjadi rakyat yang berjiwa patriotik
 Memajukan negara
 Mengamalkan hidup bersatu padu
 Menjadi rakyat yang berilmu pengetahuan
 Menjadi warganegara yang kreatif
 Mematuhi undang-undang

Seandainya anda dilantik sebagai pemimpin negara, jelaskan peranan anda untuk

menjamin keharmonian.

 Memerintah dengan adil
 Melindungi negara daripada serangan musuh luar
 Mengembangkan ekonomi negara
 Menaikkan taraf hidup rakyat
 Memajukan pendidikan
 Membina infrastruktur /kemudahan asas untuk rakyat
 Mempraktikkan undang-undang Islam
 Menyatupadukan rakyat
 Mengukuhkan pertahanan negara

Pn. Yusnizan Binti Yunan, Ketua Panitia Sejarah SMK Lembah Keramat 12

HIMPUNAN SOALAN DAN JAWAPAN KBAT/KBKK SEJARAH SPM

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah cara untuk memelihara
kedaulatan negara?

 Mengamalkan prinsip Rukun Negara
 Menghargai jasa pemimpin negara
 Menyemai semangat patriotik
 Mematuhi undang-undang
 Mengukuhkan perpaduan
 Melalui kerjasama berpasukan
 Aktiviti permainan/sukan
 Gotong-royong
 Merealisasikan wawasan 2020
 Mengamalkan konsep 1 Malaysia

Pada pendapat anda, mengapakah kita mesti menghargai kemerdekaan yang telah
kita capai selama ini?

 Negara kita bebas daripada belenggu penjajahan
 Mewujudkan keamanan dan kestabilan negara
 Membentuk masyarakat yang bersatu-padu
 Menegakkan maruah bangsa dan kedaulatan negara
 Mewujudkan kestabilan politik,ekonomi dan sosial
 Berusaha melahirkan warganegara yang patriotik
 Menjadi negara berdaulat

Pada pandangan anda, apakah iktibar yang boleh diambil daripada Perang Dunia
Pertama untuk memupuk keamanan dunia?

 Elakkan daripada peperangan
 Hubungan yang baik dengan semua negara/diplomatik
 Perpaduan dalam kalangan rakyatnya
 Menghormati kedaulatan negara lain
 Perlumbaan senjata harus dielakkan
 Kerjasama antara negara dalam pelbagai bidang
 Menyelesaikan masalah melalui rundingan
 Menyertai pertubuhan serantau/antarabangsa
 Tidak menjalankan dasar penjajahan

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, terangkan sebab negara kita dijajah oleh
penjajah Barat. 2011

 Kesultanan Melayu Melaka pernah muncul sebagai pusat pengumpulan hasil
dagangan

 Rempah ratus banyak terdapat di Kepulauan Melayu
 Hasil-hasil hutan/damar mendapat permintaan tinggi
 Kedudukan yang strategik
 Terletak di laluan perdagangan Timur-Barat/China-India
 Terletak di Selat Melaka
 Kekayaan bahan mentah seperti bijih timah dan emas
 Perkembangan Revolusi Perindustrian di Eropah
 Keperluan terhadap bekalan bahan mentah secara konsisten

Pn. Yusnizan Binti Yunan, Ketua Panitia Sejarah SMK Lembah Keramat 13

HIMPUNAN SOALAN DAN JAWAPAN KBAT/KBKK SEJARAH SPM

 Keperluan terhadap kawasan pasaran baru
 Persaingan antara kuasa Barat dalam merebut tanah jajahan
 Perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan
 Penciptaan kapal berkuasa wap
 Keadaan huru-hara di Tanah Melayu
 Perebutan takhta kerajaan
 Pergaduhan kongsi gelap Cina
 Campur tangan daripada kuasa luar
 Kesuburan tanah untuk sektor pertanian
 Sesuai untuk tanaman dagangan seperti getah
 Tipu helah daripada penjajah
 Perjanjian untuk mendapatkan kawasan jajahan

Pada pandangan anda, mengapakah kita perlu mempertahankan negara kita
daripada dijajah? SPM 2011

 Mengekalkan kedaulatan negara sebagai sebuah negara yang merdeka
 Mengekalkan pemerintahan sendiri
 Bebas menentukan hala tuju negara mengikut acuan sendiri
 Mempertahankan hak dan maruah bangsa
 Mengekalkan kebebasan tanpa dikawal kuasa luar
 Melindungi budaya bangsa negara
 Menjamin kesejahteraan hidup tanpa ditindas
 Mengekalkan perpaduan antara kaum
 Mengelakkan sistem politik, ekonomi dan sosial dikuasai oleh penjajah
 Mempercepat kemajuan dan pembangunan negara

Sebagai warganegara Malaysia yang cinta akan negara, jelaskan persiapan yang
mesti anda lakukan untuk mempertahankan negara kita daripada sebarang bentuk
penjajahan pada masa hadapan. SPM 2011

 Rakyat sanggup berkorban untuk mempertahankan negara daripada penjajahan
 Rakyat taat setia kepada raja dan negara
 Memperkukuh keharmonian dan perpaduan antara kaum
 Meningkatkan penguasaan pelbagai kemahiran teknologi
 Meningkatkan penguasaan pelbagai kemahiran teknologi
 Menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan
 Pemimpin negara berpandangan jauh/berwawasan
 Pemimpin dan semua lapisan masyarakat amanah dalam menjalankan tugas
 Rakyat mengamalkan gaya hidup sihat
 Mengukuhkan keamanan dan kedamaian yang sedia ada
 Menjauhi diri daripada segala gejala berunsurkan negatif

Anda adalah sebahagian daripada generasi muda warga dunia yang cinta akan
keamanan dan kesejahteraan. Nyatakan harapan anda kepada pemimpin dunia
supaya keamanan dan kesejahteraan dunia berkekalan. SPM 2011

 Mengelakkan peperangan melalui rundingan
 Menamatkan peperangan
 Sedia membantu negara miskin

Pn. Yusnizan Binti Yunan, Ketua Panitia Sejarah SMK Lembah Keramat 14

HIMPUNAN SOALAN DAN JAWAPAN KBAT/KBKK SEJARAH SPM

 Menghapuskan segala diskriminasi dan penindasan
 Meningkatkan hubungan diplomatik dengan semua negara dunia
 Menghormati kedaulatan negara lain
 Menekankan prinsip keadilan terhadap semua negara
 Bekerjasama memerangi gejala penyalahgunaan dadah/gejala sosial
 Berusaha mengawal/mengatasi masalah pencemaran dunia
 Memelihara keamanan dunia dengan menghapuskan perlumbaan senjata/senjata

nuklear
 Memelihara keindahan dan kebersihan alam sekitar

ISU KEPEMIMPINAN / PERUNDANGAN / PENTADBIRAN / AMALAN DEMOKRASI /
PERLEMBAGAAN

Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. yang
boleh dicontohi oleh pemimpin-pemimpin sekarang?

 Mempunyai akhlak yang terpuji / mulia / menunjukkan teladan yang baik
 Sentiasa berkata benar / tidak pernah berbohong
 Amanah / dipercayai
 Berdiplomasi / berfikiran terbuka / toleransi

 Bijaksana

 Adil dan saksama
 pengasih / penyayang / bertimbang rasa

 sentiasa merendah diri

 bersifat pemaaf
 tidak menerima rasuah

Pada pendapat anda, mengapakah undang-undang begitu penting dalam sesebuah
negara?

 Menjadi panduan dalam pentadbiran kerajaan
 Menjamin keamanan/kemakmuran/kesejahteraan/keharmonian
 Mengelakkan wujudnya permasalahan dalam kalangan masyarakat
 Mewujudkan perpaduan
 Mengukuhkan sistem organisasi dalam masyarakat
 Mengawal tingkah laku masyarakat
 Menjamin kedaulatan sesebuah negara
 Mengurangkan kadar kes jenayah
 Memantapkan sistem pentadbiran negara

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah pemerintahan sistem
demokrasi diamalkan di negara kita?

 Kerajaan ditadbir oleh wakil yang dipilih oleh rakyat
 Rakyat menjadi wakil dalam pentadbiran
 Pemerintah dipilih melalui undian / pilihan raya
 Rakyat bebas untuk memilih pemimpin dan kerajaan
 Rakyat terlibat dalam membentuk kerajaan
 Wakil rakyat menganggotai Dewan Rakyat /parlimen

Pn. Yusnizan Binti Yunan, Ketua Panitia Sejarah SMK Lembah Keramat 15

HIMPUNAN SOALAN DAN JAWAPAN KBAT/KBKK SEJARAH SPM

Pada pandangan anda, apakah kepentingan mendaulatkan undang-undang di
negara kita?

 Hormati undang-undang
 Tidak melakukan kesalahan
 Wujud keamanan
 Tidak dicabar mana-mana pihak
 Negara tidak dijajah
 Menjamin kedudukan raja-raja
 Wujud perpaduan
 Lahir semangat cintai tanah air
 Lahir semangat jihad

Pada pandangan anda, apakah kepentingan pilihan raya di Malaysia ?

 Menepati ciri penting sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen
 Diadakan untuk memilih wakil rakyat

 Menentukan bentuk kerajaan dan corak pemerintahan demokrasi melalui pilihan
raya

 Tanggungjawab warganegara mengambil tahu perkembangan politik semasa

 Menjamin kerajaan yang cekap

 Melibatkan rakyat dalam proses memilih pemimpin

Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri pemimpin yang perlu ada dalam sesebuah
negara yang maju?

 Berwawasan untuk maju kehadapan
 Berwibawa
 Cekap dalam pentadbiran
 Bijak menjalinkan hubungan luar
 Kreatif
 Berilmu pengetahuan
 Inovatif

Pada pendapat anda apakah kesan kepada masyarakat sekiranya perlembagaan
tidak dipatuhi?

 Perlanggaran undang-undang
 Monopoli sesuatu kaum
 Pentadbiran berpusat kepada kaum keluarga
 Kerakyatan diperoleh tanpa syarat
 Agama Islam diabaikan / agama dipersendakan
 Hak peribumi dinafikan
 Rakyat bebas berbuat sesuka hati
 Keamanan negara dan kesejahteraan rakyat akan tergugat
 Kebebasan bersuara diaplikasikan sewenang-wenangnya tanpa batasan
 Hak asasi manusia dicabuli

Pada pandangan anda, apakah iktibar yang dapat diperoleh daripada pengenalan
sistem birokrasi Barat di Asia Tenggara?

 Pentadbiran lebih sistematik//licin/lancar/tersusun
 Pengagihan tugas melalui biro/jabatan

Pn. Yusnizan Binti Yunan, Ketua Panitia Sejarah SMK Lembah Keramat 16

HIMPUNAN SOALAN DAN JAWAPAN KBAT/KBKK SEJARAH SPM

 Memberi peluang kepada rakyat memilih pemimpin
 Rakyat terlibat dalam pentadbiran
 Ekonomi bertambah maju
 Pengenalan sistem raja berperlembagaan

Pada pendapat anda, mengapakah hubungan baik antara kerajaan persekutuan
dengan kerajaan negeri perlu dipelihara?

 Mewujudkan kerajaan pusat yang stabil dan berwibawa
 Mengurangkan perbalahan antara etnik
 Menjamin keadilan dan kesaksamaan
 Mengamalkan toleransi
 Menjamin keharmonian
 Memudahkan pembangunan negara

Seandainya anda dilantik sebagai pemimpin negara, jelaskan peranan anda untuk
menjamin keharmonian.

 Memerintah dengan adil
 Melindungi negara daripada serangan musuh luar
 Mengembangkan ekonomi negara
 Menaikkan taraf hidup rakyat
 Memajukan pendidikan
 Membina infrastruktur /kemudahan asas untuk rakyat
 Mempraktikkan undang-undang Islam
 Menyatupadukan rakyat
 Mengukuhkan pertahanan negara

Pada pendapat anda, mengapakah kuasa Barat memperkenalkan perubahan-
perubahan pentadbiran di negara-negara yang dijajah?

 untuk menguasai ekonomi tanah jajahan
 menguasai pentadbiran tanah-tanah jajahan
 memudahkan mereka meluaskan pengaruh
 mengekalkan kuasa /pengaruh politik di tanah jajahan
 mendapatkan cukai / pendapatan / keuntungan
 memperoleh buruh yang murah melalui kerahan tenaga
 menyebarkan agama kristian
 meluaskan kawasan takluk / tanah jajahan
 menyebarkan budaya Barat
 menguasai jabatan-jabatan kerajaan
 menghapuskan kuasa raja dan pembesar
 memudahkan mereka menjalankan pentadbiran / melicinkan pentadbiran

Pada pendapat anda, mengapakah Islam menekankan konsep syura dalam
pemilihan pemimpin?

 Menjamin bakal pentadbir yang tepat
 Memilih pemimpin yang benar-benar layak
 Memastikan pemimpin yang berhemah
 Pemimpin yang sentiasa berusaha memajukan umat

Pn. Yusnizan Binti Yunan, Ketua Panitia Sejarah SMK Lembah Keramat 17

HIMPUNAN SOALAN DAN JAWAPAN KBAT/KBKK SEJARAH SPM

 Pemimpin yang sentiasa berusaha memajukan negara
 Memilih pemimpin yang cemerlang dalam pentadbiran
 Memastikan kelancaran pentadbiran
 Pemimpin yang mampu membawa kebahagian dunia akhirat

Buktikan amalan demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia lebih baik
daripada yang diamalkan di negara-negara lain.

 Berasaskan kedaulatan rakyat
 Rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan
 Raja Melayu/ketua negara menjadi lambang taat setia rakyat
 Rakyat berpeluang membentuk kerajaan
 Adanya pilihanraya
 Kewujudan parti-parti politik
 Semua rakyat lelaki/perempuan bebas memilih wakil melalui pilihanraya
 Rakyat berhak menyokong /mengekal/menukar kerajaan
 Sistem ini berjaya mengekalkan kerajaan yang adil/sejahtera
 Perlembagaan menjadi garis panduan
 Kebebasan asasi
 Wujud sistem Raja Berperlembagaan
 Terdapat Dewan Rakyat dan Dewan Negara

Pada pendapat anda, apakah pendekatan dakwah Rasulullah SAW yang boleh
dicontohi?

 Secara lemah lembut
 Secara berhikmah/bijaksana
 Tidak memaksa
 Memujuk mereka menggunakan akal
 Membandingkan nilai akhlak Islam dengan nilai akhlak jahiliah
 Membaca ayat al-Quran untuk menjawab pertanyaan sahabat
 Memberikan penerangan
 Menunjukkan teladan yang baik
 Menanamkan keimanan yang kuat
 Kesabaran yang tinggi

Pada pandangan anda, apakah nilai yang dapat dicontohi daripada sistem
pemerintahan Adat Perpatih?

 Kepatuhan
 Kerjasama
 Hormat menghormati
 Bertanggungjawab
 Tolak ansur
 Kesederhanaan
 Berkongsi
 Berunding
 Pengagihan kuasa
 Berperaturan

Pn. Yusnizan Binti Yunan, Ketua Panitia Sejarah SMK Lembah Keramat 18

HIMPUNAN SOALAN DAN JAWAPAN KBAT/KBKK SEJARAH SPM

Bagaimanakah pengamalan sifat keperibadian Nabi Muhammad SAW dapat
membantu pembentukan masyarakat Malaysia yang gemilang? SPM 2010

 Bersifat amanah dalam menjalankan tugas
 Sentiasa sabar dan tabah dalam menyelesaikan masalah
 Bijaksana dalam membuat keputusan demi kepentingan bangsa dan negara
 Bertanggungjawab terhadap mandat yang diberikan
 Berusaha menguruskan pentadbiran negara dengan cekap
 Sentiasa jujur dan telus dalam tindakan
 Memupuk sifat penyayang dalam masyarakat
 Mengamalkan semangat hormat-menghormati antara semua kaum
 Mengambil berat masalah yang dihadapi oleh rakyat jelata

ISU IKTIBAR KEJAYAAN DAN KEGEMILANGAN TAMADUN / KERAJAAN

Pada pandangan anda, bagaimanakah kita dapat menjadikan Malaysia terkenal di
arena antarabangsa?

 kemajuan dalam bidang sains dan teknologi
 kemajuan dalam bidang sukan
 kemajuan pendidikan
 kemajuan ekonomi
 kemajuan sektor pelancongan
 kemajuan dalam bidang seni
 kemajuan dalam bidang seni bina
 kemajuan dalam bidang perubatan
 keamanan negara
 menjadi tuan rumah persidangan antarbangsa

Pada pandangan anda, mengapakah negara kita perlu memajukan bidang sains
dan teknologi?

 ke arah mencapai Wawasan 2020
 menjadi masyarakat yang berasaskan sains dan teknologi
 menjadi masyarakat yang berdaya saing dan berpandangan jauh
 melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif
 menjadi penyumbang kemajuan peradaban sains dan teknologi masa hadapan
 membentuk ekonomi yang cekap teknologinya
 memajukan bidang aeroangkasa
 mempercepat perindustrian
 menguasai teknologi pembinaan
 menguasai ilmu matematik
 menguasai ilmu fizik

Pada pendapat anda, bagaimanakah konsep hijrah dapat diamalkan dalam
kehidupan untuk mencapai kecemerlangan diri?

 Malas kepada rajin
 Nakal kepada baik
 berfikiran negatif kepada berfikiran positif

Pn. Yusnizan Binti Yunan, Ketua Panitia Sejarah SMK Lembah Keramat 19

HIMPUNAN SOALAN DAN JAWAPAN KBAT/KBKK SEJARAH SPM

 naif kepada berilmu
 lewat kepada menepati masa
 tiada hala tuju kepada berwawasan
 pasif kepada proaktif
 bertangguh kepada menguruskan masa dengan berkesan

Pada pendapat anda, apakah faktor yang menyebabkan kerajaan yang dipimpin
oleh Khalifah Islam mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang?

 Khalifah berwibawa
 Perancangan rapi
 Sedia melaksana pembaharuan
 Berwawasan
 Musyawarah
 Mengikut hukum Islam
 Kemajuan ilmu
 Kemajuan ekonomi
 Kemajuan sosial
 Kekuatan tentera
 Perkembangan pendidikan

Bagaimanakah amalan sikap keterbukaan tamadun Indus dapat dicontohi dalam
negara kita?

 Perlu cinta akan ilmu pengetahuan
 Semangat gigih dan rajin
 Perlu pertukaran teknologi
 Bersikap kreatif dan inovatif
 Mengadakan hubungan diplomatik
 Sedia menerima pengaruh luar dan menyesuaikan dengan tempatan
 Menjalinkan hubungan perdagangan
 Membentuk masyarakat yang bersatu-padu
 Melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif
 Menerima pandangan dan bertukar pendapat dengan pihak lain
 Menjamin keamanan dan keselamatan
 Memajukan ekonomi

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah sifat dan semangat positif yang
dipamerkan oleh peneroka dan penjelajah masa lampau yang boleh dimanfaatkan
oleh ahli masyarakat kini?

 Meneroka ilmu pengetahuan
 Semangat inkuiri/ ingin tahu
 Usaha yang gigih
 Keberanian meneroka lautan/ daratan
 Sanggup menghadapi risiko
 Bangga dengan bangsa
 Mengguna pakai kemajuan sains dan teknologi
 Berikhtiar mencari altenatif / jalan penyelesaian
 Optimistik

Pn. Yusnizan Binti Yunan, Ketua Panitia Sejarah SMK Lembah Keramat 20

HIMPUNAN SOALAN DAN JAWAPAN KBAT/KBKK SEJARAH SPM

 Sanggup menyahut cabaran

Pada pandangan anda, bagaimanakah sesebuah negara boleh mencapai kejayaan
yang cemerlang?

 kebijaksanaan pemerintah
 perancangan dan pelaksanaan pembaharuan yang dilakukan
 pemimpin yang berpandangan jauh
 kesungguhan
 semangat yang tinggi/jitu
 berilmu pengetahuan

Bagaimanakah anda menyahut cabaran keenam Wawasan 2020, iaitu masyarakat
yang maju dan bersaintifik?

 Penguasaan ilmu pengetahuan
 Budaya ilmu menjana produktiviti
 Amalan kreatif
 Budaya inovatif
 Menggunakan teknologi terkini
 Menguasai kemahiran ICT

Bagaimanakah anda dapat mengambil iktibar daripada peningkatan tamadun
China untuk mencapai kecemerlangan diri?

 Bersikap kreatif dan inovatif
 Sentiasa berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan diri
 Meningkatkan ilmu pengetahuan
 Meneroka bidang baharu
 Berdaya saing
 Bersifat gigih, dinamik dan sabar
 Kebolehan mengeksploitasi alam sekitar secara berhikmah/bijaksana
 Bersifat saintifik
 Mempunyai kreativiti dan berfikiran futuristik
 Berfikiran jauh dan terbuka
 Bersemangat patriotik dan cinta akan negara
 Hidup bersatu-padu dan bekerjasama
 Berkepimpinan wibawa
 Berani menanggung risiko

Pada pendapat anda, mengapakah perkongsian kegemilangan tamadun antara
negara di dunia patut diwujudkan?

 Menikmati kekayaan
 Perkongsian teknologi
 Perkongsian ilmu
 Meningkatkan taraf hidup
 Menjamin keamanan sejagat
 Memupuk kerjasama dunia
 Menjamin keselamatan sejagat
 Mewarisi kegemilangan dunia

Pn. Yusnizan Binti Yunan, Ketua Panitia Sejarah SMK Lembah Keramat 21

HIMPUNAN SOALAN DAN JAWAPAN KBAT/KBKK SEJARAH SPM

 Meningkatkan kemajuan negara
 Mengamalkan inovasi
 Meningkatkan kemahiran

Pada pandangan anda, apakah iktibar yang boleh diperoleh daripada Zaman
Renaissance untuk kemajuan negara dan bangsa Malaysia? SPM 2009

 Perlu bersifat berani untuk mencuba sesuatu yang baharu
 Berpandangan jauh
 Pemikiran positif
 Bersikap terbuka
 Menerima perubahan untuk kebaikan
 Bersifat saintifik
 Mempunyai sifat ingin tahu

ISU PEMBANGUNAN EKONOMI / INSTITUSI KEWANGAN / PERCUKAIAN
/GLOBALISASI

Pada pendapat anda, apakah yang boleh dilakukan oleh pemimpin untuk
membangunkan ekonomi negara?

 Menggalakkan rakyat meneroka bidang ekonomi baru
 Memberi pelbagai insentif/bantuan kepada petani kecil
 Mengadakan perkongsian ilmu dan teknologi dengan negara serantau
 Mentransformasikan bidang pertanian/penternakan/perikanan
 Menggalakkan pembukaan industri/perusahaan baru
 Menggalakkan industri kecil sederhana (IKS) dan industri asas tani (IAT)
 Menggalakkan pelaburan asing/kerjasama syarikat swasta
 Memanfaatkan sumber asli negara
 Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pertanian
 Memberikan bimbingan/latihan/kursus kepada pengusaha

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kesan pengenalan institusi
kewangan di Tanah Melayu?

 Menjana pertumbuhan ekonomi negara
 Menyediakan pinjaman kepada pelabur
 Memajukan industri negara
 Pengenalan sistem kewangan moden yang berorientasikan kadar faedah yang

tinggi.
 Mempercepat kemasukan dana asing
 Menggalakkan pelaburan asing
 Mempercepat bayaran kepada pengimport dan pengeksport.
 Melicinkan urusan perdagangan antarabangsa.
 Meningkatkan keinginan untuk menabung.

Pn. Yusnizan Binti Yunan, Ketua Panitia Sejarah SMK Lembah Keramat 22

HIMPUNAN SOALAN DAN JAWAPAN KBAT/KBKK SEJARAH SPM

Pada pendapat anda, apakah faedah daripada perkembangan ekonomi di negara
kita?

 Penerokaan ke angkasawan
 Peluang pekerjaan
 Pelaburan meningkat
 Peningkatan ilmu pengetahuan
 Masyarakat yang kreatif dan inovatif
 Berfikiran terbuka
 Bersifat daya saing
 Bersifat gigih dan dinamik
 Berani menanggung risiko
 Peluang pekerjaan meningkat

Berdasarkan pengetahuan anda, apakah usaha-usaha kerajaan untuk
menerapkan nilai-nilai Islam dalam ekonomi negara?

 Mencadangkan penggunaan Dinar Emas dalam perdagangan
 Memperkenalkan sistem pajak gadai Islam
 Bank-bank di Malaysia melaksanakan sistem perbankan Islam
 Menggalakkan perkembangan industri halal
 Penubuhan panel penasihat syariah oleh pihak bank/syarikat swasta
 Menubuhkan bank Islam
 Peranan yang dimainkan oleh PPIM dan JAKIM
 Melaksanakan skim insuran berlandaskan Islam
 Pensijilan halal daripada JAKIM

Pada pandangan anda, apakah kepentingan sektor pertanian kepada sesebuah
negara?

 Membekalkan keperluan makanan
 Membekalkan bahan mentah untuk pengeluaran kilang

 Menyediakan peluang pekerjaan
 Sumber pendapatan kepada negara
 Melalui sektor pertanian, kawasan luar bandar dapat dibangunkan

 Dapat mengembangkan program penyelidikan dan pembangunan dalam bidang
pertanian

 Merancakkan pembangunan ekonomi negara

Pada pendapat anda, apakah kesan pelaksanaan sistem cukai terhadap kemajuan
perdagangan di Malaysia?

 Peluang pekerjaan
 Meningkatkan taraf hidup rakyat
 Mengurangkan masalah sosial
 Menarik pelaburan luar
 Mengukuhkan kestabilan politik, ekonomi dan social
 Meningkatkan industri pelancongan
 Membangunkan infrastruktur negara
 digunakan untuk kebajikan rakyat

Pn. Yusnizan Binti Yunan, Ketua Panitia Sejarah SMK Lembah Keramat 23

HIMPUNAN SOALAN DAN JAWAPAN KBAT/KBKK SEJARAH SPM

Berdasarkan tamadun India, bagaimanakah anda boleh meningkatkan perkemban
gan ekonomi negara dengan pesat?

 Bersikap inovatif

 Berusaha membaiki & meningkatkan kehidupan sedia ada
 Mewujudkan sebuah negara aman

 Mewujudkan sistem pemerintahan yang kuat/adil
 Mempunyai corak sistem pemerintahan yang sistematik
 Menjadi pemerintah yang berwibawa

 Meneliti dan menghayati perubahan/kemajuan yang telah berlaku dalam masyar
akat lampau

Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kepentingan cukai kepada sesebuah
negara?

 Sumber pendapatan kerajaan
 Untuk pembangunan negara
 Membantu golongan masyarakat yang memerlukan
 Membangunkan infrastruktur

Pada pendapat anda, apakah peranan generasi muda Malaysia untuk
mengekalkan kemakmuran ekonomi negara ?

 Memajukan kemahiran diri
 Meningkatkan ilmu pengetahuan
 Menguasai teknologi/ICT
 Meluaskan peluang pasaran baru
 Meningkatkan kecekapan pengurusan
 Menjalinkan hubungan baik dengan negara luar
 Menjamin kestabilan politik
 Mengamalkan nilai-nilai murni
 Mengukuhkan perpaduan
 Menghargai usaha kerajaan memajukan negara
 Menjaga keamanan dan kedaulatan negara

Pada pandangan anda, bagaimanakah aktiviti perdagangan di negara kita dapat
dimajukan?

 Memperluas kawasan pasaran
 Meningkatkan produktiviti
 Meningkatkan hubungan antarabangsa
 Menggalakkan kemasukan pelabur asing
 Menjamin keselamatan perairan Negara bebas daripada ancaman lanun
 Mempelbagaikan kemudahan di pelabuhan
 Menjadikan pelabuhan bebas cukai

Sebagai warganegara Malaysia yang patriotik, apakah peranan anda untuk
menjamin pembangunan negara kita supaya berterusan? SPM 2010

 Sentiasa berusaha memperkaya diri dengan ilmu pengetahuan
 Memahirkan diri dengan teknologi moden
 Mementingkan penyelidikan dan pembangunan
 Memupuk keharmonian antara kaum

Pn. Yusnizan Binti Yunan, Ketua Panitia Sejarah SMK Lembah Keramat 24

HIMPUNAN SOALAN DAN JAWAPAN KBAT/KBKK SEJARAH SPM

 Mengutamakan inovasi dalam meningkatkan daya saing
 Melengkapkan diri dalam aktiviti pembangunan minda dan keterampilan diri
 Menghargai usaha kerajaan dalam memajukan negara
 Menjadi belia yang kreatif dan inovatif
 Mengaplikasikan kemahiran dalam bidang sains, teknologi dan ICT
 Memahirkan diri dalam pengurusan kewangan
 Sentiasa mengamalkan sahsiah yang baik

Sebagai seorang murid, bagaimanakah anda dapat menjayakan usaha kerajaan
untuk menghadapi cabaran globalisasi? SPM 2010

 Memperkaya diri dengan pengetahuan
 Menguasai kemahiran ICT
 Mengamalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat
 Memperluas pembelajaran melalui e-pendidikan
 Melibatkan diri dalam program ICT anjuran Kementerian Pelajaran/JPN
 Menyahut cabaran era globalisasi
 Melibatkan diri dalam program penyelidikan dan pembangunan
 Berinovasi dan kreatif
 Mempergiat penggunaan internet untuk memperoleh maklumat
 Mengekalkan perpaduan antara kaum
 Tidak terlibat dengan gejala negatif dalam kehidupan
 Meningkatkan kemahiran dalam teknologi terkini

ISU MALAYAN UNION / PERSEKUTUAN TANAH MELAYU / PAKATAN MURNI /
PEMBENTUKAN MALAYSIA

Pada pengetahuan sejarah anda , apakah manfaat yang diperoleh daripada
pembentukan Malaysia?

 Mempercepat kemerdekaan negeri tersebut.
 Mewujudkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.
 Menghalang penyebaran pengaruh komunis di wilayah Borneo
 Mewujudkan pasaran yang lebih luas bagi menggalakkan perkembangan industri

pertanian
 Dapat memanfaatkan sumber yang ada di negeri-negeri itu.
 Mengimbangkan jumlah kaum di kalangan negeri anggota.
 Menggalakkan pelaburan
 Menggalakkan perkembangan industri pertanian
 Mewujudkan kerjasama serantau dalam bidang ekonomi
 Memajukan negeri-negeri yang belum membangun
 Kesepakatan memajukan negeri masing-masing demi kepentingan bersama

Pada pendapat anda, apakah iktibar yang dapat dipelajari daripada kejayaan
pembentukan Malaysia?

 Mengamalkan diplomasi dalam mengatasi masalah.
 Membuktikan kepemimpinan tokoh tempatan.

Pn. Yusnizan Binti Yunan, Ketua Panitia Sejarah SMK Lembah Keramat 25

HIMPUNAN SOALAN DAN JAWAPAN KBAT/KBKK SEJARAH SPM

 Pemimpin sanggup bekerjasama / bertolak ansur demi mencapai kesejahteraan
bersama

 Kerjasama daripada rakyat penting untuk kejayaan.
 Kerjasama serantau/kerjasama antarabangsa penting untuk menjayakan

pembentukan Malaysia

Sebagai seorang pemimpin nyatakan ikhtibar yang boleh diambil kesan daripada
penubuhan Malaysia?

 Kesungguhan pemimpin dalam melaksanakan tugas
 Sentiasa berdikari dalam menyelesaikan masalah
 Pemimpin berfikiran jauh untuk lebih maju
 Mempunyai sikap berdaya saing
 Sentiasa menunjukkan kewibawaan
 Bertindak tegas dalam membuat keputusan
 Perlu mengutamakan kepentingan rakyat

Apakah iktibar daripada penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union?
 Menyatukan orang Melayu untuk mempertahankan status quo mereka
 Kepentingan penubuhan organisasi kebangsaan bagi menyatukan orang Melayu
seperti UMNO
 Perlu sikap tegas orang Melayu dalam membuat penentangan
 Kepentingan golongan pemimpin berwibawa seperti Dato’ Onn Jaafar
 Mengamalkan sikap sederhana dalam sesuatu perjuangan
 Mengadakan rundingan dalam menyelesaikan sesuatu masalah
 Pentingnya perpaduan untuk menghadapi segala rintangan

Sebagai warganegara Malaysia, apakah usaha anda untuk mengekalkan kejayaan
penubuhan Malaysia?

 Membanteras ancaman komunis
 Bersikap positif
 Semangat setiakawan
 Perpaduan
 Menjana ekonomi negara yang pelbagai
 Melaksanakan pendidikan tahap tinggi

Nyatakan pengajaran yang boleh diambil daripada usaha penubuhan Malaysia.
 Bermuafakat
 Bekerjasama
 Bertolak ansur
 Hormat menghormati
 Berlaku adil

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kesannya jika Malayan Union
berjaya dilaksanakan di negara kita oleh penjajah British?

 Institusi Raja terhapus
 Negeri Melayu hapus
 Adat istiadat Melayu hilang
 Agama Islam bukan agama rasmi

Pn. Yusnizan Binti Yunan, Ketua Panitia Sejarah SMK Lembah Keramat 26

HIMPUNAN SOALAN DAN JAWAPAN KBAT/KBKK SEJARAH SPM

 Bahasa Melayu terpinggir
 Ekonomi Melayu mundur
 Imigran menguasai ekonomi
 Kerakyatan longgar

Apakah nilai-nilai baik yang boleh dijadikan iktibar dalam Pembentukan Malaysia?
 Bertolak ansur
 Saling menghormati
 Menggambarkan ciri-ciri kepimpinan tokoh
 perkongsian kuasa
 Perpaduan
 Pandangan rakyat dimasukkan kedalam akta
 Rakyat Sabah dan Sarawak mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di
Tanah Melayu
 Keadilan
 Sumber ekonomi dapat dimanfaatkan
 Pembangunan ekonomi dinikmati bersama-sama

Berdasarkan pengetahuan anda, apakah faedah yang diperoleh daripada
pembentukan Malaysia kepada rakyat pada hari ini?

 Keluasan negara bertambah
 Bilangan penduduk bertambah
 Pertahanan negara kukuh
 Komunis dapat diatasi
 Penjajahan asing ditamatkan
 Memperkayakan budaya negara
 Meluaskan pasaran negara
 Negeri kurang maju dapat dibangunkan

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kepentingan Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu 1957 sehingga hari ini?

 Pakatan murni dicapai
 Kerajaan Demokrasi ditubuhkan
 Membentuk kerajaan berkonsep raja berpelembagaan
 Pemimpin pelbagai kaum menyokong PTM
 Wujud perpaduan yang jitu antara kaum
 Keharmonian kaum dapat dicapai
 Mengelak pertumpahan darah
 Memberi hak mutlak kepada penduduk tempatan mentadbir PTM sebagai

negara yang berdaulat
 Negara merdeka mengikut acuan sendiri
 Setiap kaum berusaha melahirkan identiti masyarakat yang merdeka
 Mengenepikan perbezaan warna kulit, agama, bahasa dan bangsa
 Kini rakyat menikmati keamaanan dan pembangunan
 Mendapat taraf bangsa yang merdeka sama dengan bangsa lain di dunia.

Pn. Yusnizan Binti Yunan, Ketua Panitia Sejarah SMK Lembah Keramat 27

HIMPUNAN SOALAN DAN JAWAPAN KBAT/KBKK SEJARAH SPM

Mengapakah generasi hari ini patut memahami usaha pakatan murni?
 Mengukuhkan perpaduan
 Mengelakkan perbalahan kaum
 Menghormati kontrak sosial antara kaum
 Memantapkan sikap tolak ansur
 Menghayati peristiwa sejarah
 Mengurangkan semangat perkauman
 Bersyukur dengan kejayaan pakatan murni
 Menghargai kebijaksanaan dan kewibawaan tokoh masa lalu

Apakah kebaikan penubuhan Malaysia kepada rakyat hari ini?
 Keluasan negara bertambah
 Bilangan penduduk bertambah
 Pertahanan negara lebih kukuh
 Komunis dapat dibanteras
 Penjajahan asing ditamatkan
 Merapatkan hubungan antara kaum
 Meluaskan pasaran dalam negara
 Sumber hasil diperkaya
 Negeri-negeri yang kurang maju dibangunkan

Apakah faedah-faedah yang diperolehi sekiranya Sarawak, Sabah dan Brunei
menganggotai Malaysia ?

 Mempercepatkan kemerdekaan negeri tersebut.
 Mewujudkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.
 Menghalang penyebaran pengaruh komunis di wilayah Borneo.
 Mewujudkan pasaran yang lebih luas bagi menggalakkan perkembangan industri

pertanian.
 Dapat memanfaatkan sumber yang ada di negeri-negeri itu.
 Mengimbangkan jumlah kaum dalam kalangan negeri anggota

ISU HUBUNGAN DAN KERJASAMA ANTARBANGSA

Pada pendapat anda mengapakah Malaysia perlu menyertai pertubuhan-
pertubuhan antarabangsa?

 Berbaik-baik dengan semua negara
 Menjamin keselamatan rakyat dan negara
 Memelihara kepentingan nasional
 Mengekalkan kedaulatan negara
 Menggalakkan pembangunan ekonomi
 Mewujudkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa
 Menjadi warga global yang bertanggungjawab
 Memupuk kesejahteraan dunia

Pn. Yusnizan Binti Yunan, Ketua Panitia Sejarah SMK Lembah Keramat 28

HIMPUNAN SOALAN DAN JAWAPAN KBAT/KBKK SEJARAH SPM

Berikan cadangan anda untuk meningkatkan keberkesanan hubungan sesebuah
negara dengan negara yang lain.
F1 Anggota perlu bersatu dalam menjaga kepentingan bersama
F2 Saling membantu apabila diserang musuh/diceroboh
F3 Sering mengadakan pertemuan/mesyuarat
F4 Kerjasama dalam ekonomi.
F5 Kerjasama dalam bidang pertahanan.
F6 Kerjasama politik.
F7 Bertindak satu suara.
F8 Kerjasama dalam bidang ilmu pengetahuan
F9 Pertukaran teknologi
F10 Menghormati kedaulatan negara lain.
F11 Mengadakan hubungan dua hala.
F12 Pertukaran budaya

Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Malaysia telah
mengisytiharkanDeklarasi Langkawi yang memberi penekanan kepada mengawal
dan mengatasi masalah pencemaran. Pada pandangan anda, mengapakah
masalah pencemaran perlu diberi perhatian?

 Mengatasi masalah pemanasan global.
 Masalah penerokaan hutan yang tidak terkawal.
 Bencana alam sering melanda dunia / berlaku tanah runtuh.
 Masalah penularan pelbagai jenis penyakit / virus
 Masalah sumber makanan semakin kurang akibat pencemaran.
 Pencemaran laut menyebabkan sumber perikanan kurang.
 Perlumbaan senjata nuklear.

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kebaikan yang diperoleh oleh
Malaysia dalam menjalinkan hubungan antarabangsa?

 Mewujudkan hubungan diplomatik
 Menjamin hak asasi manusia
 Mengelakkan pertelingkahan
 Membangunkan ekonomi negara
 Pasaran ekonomi meluas
 Meningkatkan nilai ringgit Malaysia
 Membangunkan prasarana pendidikan
 Pertukaran kepakaran / teknologi
 Mengadakan rundingan/perbincangan
 Pertukaran ilmu
 Pertukaran pelajar

Berikan cadangan anda untuk meningkatkan keberkesanan hubungan sesebuah
negara dengan negara yang lain.

 Anggota perlu bersatu dalam menjaga kepentingan bersama
 Saling membantu apabila diserang musuh/diceroboh
 Sering mengadakan pertemuan/mesyuarat
 Kerjasama dalam ekonomi.
 Kerjasama dalam bidang pertahanan.

Pn. Yusnizan Binti Yunan, Ketua Panitia Sejarah SMK Lembah Keramat 29

HIMPUNAN SOALAN DAN JAWAPAN KBAT/KBKK SEJARAH SPM

 Kerjasama politik.
 Bertindak satu suara.
 Kerjasama dalam bidang ilmu pengetahuan
 Pertukaran teknologi
 Menghormati kedaulatan negara lain.
 Mengadakan hubungan dua hala.
 Pertukaran budaya

Berikan cadangan anda untuk meningkatkan keberkesanan OIC.
 Anggota perlu bersatu dalam menjaga kepentingan negara Islam
 Kepemimpinan yang mantap
 Sumber kewangan yang teguh
 Bertindak dalam satu suara
 Tegas menghadapi masalah
 Kerjasama kukuh dalam kalangan pemimpin
 Meniup semangat jihad bagi mempertahankan agama

Pada pendapat anda, mengapakah hubungan dan kerjasama antarbangsa amat
penting dalam memelihara kemanan dan kesejahteraan dunia?

 Mengelakkan campur tangan asing dalam hal ehwal sesebuah negara
 Menghormati kedaulatan sesebuah negara
 Menyelesaikan pertelingkahan antara negara melalui perundingan dan

persefahaman
 Menghormati hak asasi manusia
 Mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong mana-mana blok
 Menjadi badan pendamai
 Mengimbangi kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat
 Membentuk kerjasama politik, ekonomi dan sosial
 Bagi menyemarakkan isu-isu antarabangsa
 Membantu menyelesaikan konflik antarabangsa
 Merupakan pertemuan ketua-ketua kerajaan untuk membincangkan kepentingan

bersama
 Memberi bantuan dalam bentuk kewangan, teknikal, pertahanan dan sebagainya
 Membincangkan isu-isu berkaitan hal ehwal keselamatan negara, masalah

pencemaran, hak asasi manusia, konflik antarabangsa
 Bekerjasama dalam bidang sains dan teknologi

ISU AGAMA/KEPERCAYAAN/PEGANGAN/FALSAFAH HIDUP

Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah anda mengamalkan sikap hormat-
menghormati terhadap agama kaum lain di negara kita?

 Memahami adat/budaya kaum lain
 Mengamalkan prinsip Rukun Negara
 Tidak mempersoalkan ajaran/amalan agama kaum lain
 Menghadiri majlis/sambutan rumah terbuka
 Menerusi aktiviti RIMUP di sekolah

Pn. Yusnizan Binti Yunan, Ketua Panitia Sejarah SMK Lembah Keramat 30

HIMPUNAN SOALAN DAN JAWAPAN KBAT/KBKK SEJARAH SPM

 Menerusi sukatan pelajaran di sekolah
 Tidak mengganggu rumah ibadat kaum lain
 Tidak membangkitkan isu-isu sensitif yang menyentuh aspek keagamaan
 Kebebasan dalam mengamalkan ajaran agama masing-masing
 Kunjung-mengunjungi semasa musim perayaan
 Bersikap terbuka dan bertolak ansur

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah Islam boleh tersebar
dengan mudah di Asia Tenggara?

 Nilai-nilai Islam yang baik
 Islam menganjurkan konsep persamaan taraf sesama manusia
 Islam menganjurkan konsep persaudaraan
 Dilakukan dengan bijaksana
 Sikap terbuka para pendakwah
 Pendakwah tidak prajudis
 Islam bersifat sarjawajagat

Pada pendapat anda, mengapakah agama penting dalam kehidupan masyarakat?
 Menjadi panduan hidup
 Mengawal tingkah laku manusia
 Menjadikan manusia lebih berdisiplin dan mematuhi peraturan
 Sebagai alat menyatukan pelbagai bangsa
 Keperluan utama dalam pembentukan masyarakat
 Merupakan pedoman untuk membimbing manusia ke arah kehidupan yang
sempurna

Mengapakah anda perlu mempunyai falsafah hidup?
 Panduan untuk mencapai matlamat
 Mendisiplinkan diri
 Ciri-ciri hidup yang berprinsip
 Menjadi pegangan hidup
 Menunjukkan kematangan berfikir
 Tidak mudah dipengaruhi oleh orang lain

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kesan kepada masyarakat
sekiranya kita berpegang teguh kepada ajaran agama?

 Kesatuan pendapat dapat diwujudkan
 Akan mewujudkan sifat toleransi antara penganut pelbagai agama
 Tidak akan berlaku penyelewengan/ kepincangan
 Tidak ada orang lain yang akan mempersoalkan tindakan yang dibuat
 Penyebaran fahaman agama akan semakin meluas
 Kewibawaan institusi agama tidak akan tergugat
 Kehidupan yang murni dapat dibina
 Tamadun dapat berkembang dengan sempurna
 Kuasa institusi agama tidak akan dicabar secara terbuka
 Tidak akan berlaku perpecahan
 Hubungan persaudaraan/ silaturrahim akan terjalin

Pn. Yusnizan Binti Yunan, Ketua Panitia Sejarah SMK Lembah Keramat 31

HIMPUNAN SOALAN DAN JAWAPAN KBAT/KBKK SEJARAH SPM

 Akan mewujudkan masyarakat yang berdisiplin
 Akan mewujudkan sebuah masyarakat yang aman/ harmoni
 Hidup masyarakat akan menjadi tenang
 Kedudukan rumah ibadat akan dipandang mulia oleh semua

ISU WARISAN/KEBUDAYAAN/KESENIAN/KESUSASTERAAN/LAMBANG NEGARA

Pada pendapat anda, mengapakah monumen yang terdapat di Asia Tenggara perlu
dipelihara?

 untuk diwarisi oleh generasi akan datang
 untuk dilihat oleh generasi akan datang
 menghargai keindahan warisan orang dahulu
 perlu mempertahankan warisan yang ditinggalkan
 dapat menjana ekonomi negara melalui sektor pelancongan
 membuat kajian dan penyelidikan
 kebanggaan warisan dan sejarah negara

Sebagai rakyat Malaysia bagaimana anda memertabatkan Bahasa Kebangsaan?
 Digunakan semasa berkomunikasi
 Menggunakan dengan sebutan yang betul /baku
 Mempelajari dengan lebih mendalam
 Banyak membaca buku dalam bahasa Melayu
 Merujuk kamus untuk menambah perbendaharaan kata
 Menyertai pertandingan menulis, bercerita dan sebagainya

Apakah kesan kepada masyarakat daripada pengekalan warisan Kesultanan
Melayu Melaka?

 Sultan kekal dipandang mulia
 Institusi diraja masih terpelihara
 Takhta raja kekal diwarisi oleh kerabat
 Adat istiadat masih diamalkan sehingga kini
 Agama Islam kekal menjadi agama rasmi
 Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar

Pada pendapat anda, mengapakah hasil kesusasteraan dianggap penting dalam
sesebuah masyarakat?

 Mendidik masyarakat
 Menyampaikan kritikan secara tidak langsung
 Memperkenalkan identiti bangsa
 Menjadi sumber maklumat
 Memberikan pengajaran kepada generasi muda
 Melahirkan rasa bangga/yakin diri

Pada pendapat anda, bagaimanakah generasi muda kini dapat mempertahankan
kebudayaan kebangsaan daripada pengaruh budaya luar?

 Memahami budaya sendiri / negara

Pn. Yusnizan Binti Yunan, Ketua Panitia Sejarah SMK Lembah Keramat 32

HIMPUNAN SOALAN DAN JAWAPAN KBAT/KBKK SEJARAH SPM

 Mempelajari segala aspek budaya tempatan
 Mengamalkan budaya tersebut dalam kehidupan seharian
 Tidak terikut-ikut dengan budaya luar
 Mengadakan kempen kesedaran tentang pentingnya mempertahankan budaya

bangsa
 Memastikan rancangan-rancangan di televisyen memaparkan banyak budaya

tempatan
 Media massa juga tidak digalakkan mempamerkan /mengagung agungkan budaya

luar / menapis budaya luar yang tidak sesuai

Sekiranya anda memiliki tanah pusaka, bagaimanakah anda dapat
mengekalkan hak milik tersebut?

 Tidak menjual tanah tersebut
 Memajukan tanah yang dimiliki
 Mengusahakannya dengan aktiviti yang menguntungkan
 Memberikan pendidikan/ilmu tentang kepentingan tanah
 Memberikan kesedaran pentingnya tanah pusaka untuk kelangsungan hidup
 Menguatkuasakan undang-undang melarang tanah pusaka daripada dijual kepada orang asing
 Menubuhkan syarikat mengurus hartanah pusaka

Pada pandangan anda, apakah kepentingan lambang-lambang negara kepada
negara kita?

 Rakyat dapat menunjukkan ketaatan dan kesetiaan terhadap tanah air
 Rakyat sanggup berkorban terhadap tanah air
 Taat kepada pemerintah
 Rakyat sentiasa bersemangat
 Simbol perpaduan
 Lambang kemegahan penduduk
 Membezakan Malaysia dengan negara lain
 Melambangkan kedaulatan sesebuah negara
 Memupuk semangat bersyukur
 Menyemarakkan semangat patriotisme
 Memupuk kesetiaan kepada raja
 Lambang jati diri bangsa dan negara
 Lambang identiti negara
 Menimbulkan perasaan bangga terhadap negara
 Simbol kedaulatan negara
 Melahirkan perasaan kecintaan terhadap tanah air

Pn. Yusnizan Binti Yunan, Ketua Panitia Sejarah SMK Lembah Keramat 33

HIMPUNAN SOALAN DAN JAWAPAN KBAT/KBKK SEJARAH SPM

ISU INSTITUSI RAJA/RAJA BERPERLEMBAGAAN

Pada pendapat anda, mengapakah institusi Yang di-Pertuan Agong dianggap sebagai
tonggak keagungan kerajaan Malaysia?
F1 Memantapkan kewibawaan institusi beraja
F2 Memberikan keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat
F3 Simbol / identiti negara
F4 Ketua negara
F5 Simbol keutuhan kerajaan Melayu
F6 Simbol perpaduan

Sebagai seorang rakyat Malaysia, mengapakah kita perlu mempertahankan sistem
beraja di negara kita?

 Raja merupakan Ketua negara
 Raja lambang kedaulatan negara
 Warisan turun temurun sejak Kesultanan Melayu Melaka
 Lambang keamanan / keharmonian rakyat
 Lambang perpaduan/ penyatuan masyarakat pelbilang kaum
 Pelindung bagi semua rakyat Malaysia
 Pelindung orang-orang Melayu / bumiputera
 Menjaga hak dan keistimewaan penduduk Melayu/ Sabah / Sarawak
 Memastikan keadilan dilaksanakan
 Melicinkan pentadbiran

ISU PENGGUNAAN TENAGA BURUH LUAR/KEMASUKAN BURUH ASING

Peningkatan jumlah kedatangan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu telah
meninggalkan kesan sosial. Jelaskan pernyataan di atas berdasarkan pengetahuan
sejarah anda.

 Pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu
 Wujud petempatan yang berbeza-beza mengikut kaum
 Jenis pekerjaan yang berbeza mengikut kaum
 Penggunaan bahasa yang berbeza dalam pertuturan
 Tidak terdapat interaksi antara kaum
 Tidak ada perpaduan antara kaum
 Wujud sistem pendidikan vernakular
 taraf kesihatan yang rendah / penyakit berjangkit
 pembangunan tidak seimbang antara wilayah
 perbezaan taraf hidup antara orang tempatan dengan imigran

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, jelaskan kesan kemasukan buruh asing
ke atas Tanah Melayu.
F1 Pembentukan masyarakat majmuk.
F2 Menyukarkan proses perpaduan kaum.
F3 Peluang pekerjaan rakyat tempatan terjejas.
F4 Membantu meningkatkan daya pengeluaran negara.
F5 Peningkatan kadar jenayah.

Pn. Yusnizan Binti Yunan, Ketua Panitia Sejarah SMK Lembah Keramat 34

HIMPUNAN SOALAN DAN JAWAPAN KBAT/KBKK SEJARAH SPM

F6 Meningkatnya gejala sosial.
F7 Pengaliran wang tunai ke luar negara.
F8 Ekonomi dikuasai oleh orang asing.
F9 Menggugat kestabilan politik.

Pada pendapat anda, apakah kesan kehadiran buruh asing ke Tanah Melayu pada
ketika itu?

 pembentukan masyarakat pelbagai kaum
 penempatan yang berbeza
 orang Melayu tinggal di kampung / di luar bandar
 orang India di estet / ladang
 orang Cina di lombong / bandar
 pekerjaan yang berbeza mengikut fungsi ekonomi
 orang Melayu bertani / miskin
 orang India menjadi buruh
 orang Cina menjadi peniaga / bekerja di lombong
 bahasa pertuturan yang berbeza
 tidak terdapat kesepaduan di kalangan penduduk
 interaksi/ hubungan sosial yang tidak meluas
 menyulitkan proses perpaduan nasional
 sistem pendidikan yang berbeza / sistem vernakular
 Meningkatkan/ mengembangkan ekonomi
 wujud perbezaan / jurang sosial
 memajukan sektor perladangan/ perlombongan
 pertambahan penduduk

Pada pendapat anda, apakah kesan kemasukan buruh asing yang tidak terkawal ke
negara kita?

 Peluang pekerjaan rakyat tempatan terjejas
 Gejala sosial meningkat
 Peningkatan kadar jenayah
 Menjejaskan identiti negara
 Masalah setinggan
 Pengaliran wang tunai ke luar negara
 Menggugat kestabilan politik

Pada pandangan anda, mengapakah selepas merdeka sehingga kini, negara kita
masih lagi menjadi tumpuan buruh warga asing?

 Kestabilan politik negara Malaysia
 Kemajuan ekonomi yang pesat
 Perkembangan pesat pelbagai sektor perindustrian
 Kekurangan tenaga buruh sektor perladangan/sektor perindustrian/sektor

pembinaan
 Peluang pekerjaan yang luas
 Keadaan aman dan damai
 Bebas daripada bencana alam

Pn. Yusnizan Binti Yunan, Ketua Panitia Sejarah SMK Lembah Keramat 35

HIMPUNAN SOALAN DAN JAWAPAN KBAT/KBKK SEJARAH SPM

Apakah kesan baik dan kesan buruk kedatangan warga asing ke negara kita seperti
yang anda lihat sejak belakangan ini?
Kesan baik:

 Ekonomi negara bertambah maju
 Menampung keperluan tenaga buruh pelbagai sektor ekonomi
 Perkembangan sektor perindustrian/sektor perniagaan
 Peningkatan pendapatan rakyat tempatan
 Membekalkan tenaga buruh sebagai pembantu rumah
 Meningkatkan imej negara di peringkat antarabangsa
 Meningkatkan pasaran hartanah
Kesan buruk:
 Peningkatan kadar jenayah
 Kedatangan buruh luar tidak terkawal
 Rakyat tempatan terpaksa bersaing dengan buruh luar dalam pasaran kerja
 Gejala sosial/maksiat semakin bertambah
 Penyakit berjangkit merebak
 Kemasukan buruh luar yang ramai mengancam keselamatan sosial
 Kebersihan alam persekitaran terjejas

ISU PERSATUAN/PERTUBUHAN/AKTIVITI

Pada pendapat anda, apakah kepentingan penglibatan para pelajar dalam aktiviti
kelab dan persatuan sekolah?

 Memupuk perpaduan kaum

 Menerap semangat kepimpinan
 Melahirkan keyakinan diri
 Memupuk sifat inovatif dan kreatif

 Berpandangan maju kehadapan
 Melahirkan semangat jati diri

Pada pendapat anda, mengapakah orang Melayu pada masa itu digalakkan
menubuhkan persatuan?

 Menggalakkan kesedaran untuk bersatu padu

 Membela kepentingan orang Melayu dalam semua
bidang/politik/ekonomi/sosial

 Perpaduan untuk menghadapi masalah bersama

 Orang Melayu akan menjadi bertambah kuat

 Suara orang Melayu akan didengari oleh British

 Semangat kenegerian akan diatasi

 Orang Melayu tidak mudah ditindas

 Mengukuhkan kuasa politik orang Melayu

 Kebajikan orang Melayu akan terbela

 Memupuk semangat kebangsaan

 Usaha awal ke arah kemerdekaan

Pn. Yusnizan Binti Yunan, Ketua Panitia Sejarah SMK Lembah Keramat 36

HIMPUNAN SOALAN DAN JAWAPAN KBAT/KBKK SEJARAH SPM

Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah semangat perpaduan dapat dipupuk
melalui aktiviti kokurikulum di sekolah?

 Menggunakan bahasa kebangsaan semasa berkomunikasi
 Mengamalkan budaya yang baik
 Menghormati aktiviti kebudayaan bangsa / kaum lain
 Mengadakan aktiviti perkhemahan pelbagai kaum
 Merancang aktiviti yang boleh disertai pelbagai kaum
 Menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah
 Menganjurkan aktiviti sukan yang tidak berteraskan kaum

Jika anda menjadi pengasas sebuah pertubuhan politik, apakah usaha anda untuk
menjadikannya sebuah pertubuhan politik yang kuat?

 Mendapatkan ramai ahli
 Menyatukan ahli
 Mengukuhkan kewangan
 Menentukan matlamat/visi
 Bekerja keras dalam mencapai visi
 Bersifat patriotik
 Menjaga kebajikan ahli
 Mempertahankan kedaulatan agama dan bangsa
 Menolak kerjasama kuasa asing

ISU UMUM

Mengapakah anda berbangga menjadi warganegara Malaysia?
 Politik stabil
 Rakyat bersatu
 Kehidupan rakyat harmoni
 Pencapaian sukan bertaraf dunia
 Kebebasan beragama
 Bangunan mercu tanda bertaraf dunia
 Kebebasan bersuara
 Mempunyai kereta nasional
 Kebebasan mengumpul harta
 Sistem pengangkutan yang maju
 Negara aman
 Sistem pendidikan bertaraf dunia
 Berhak memilih pemimpin/kerajaan
 Mampu menghantar angkasawan

Apakah keistimewaan cara kemerdekaan Tanah Melayu dicapai?
 Diusahakan oleh para pemimpin yang berwibawa
 Dicapai tanpa pertumpahan darah
 Sikap kerjasama antara kaum
 Mengutamakan perundingan sebagai pendekatan masyarakat berbilang kaum
 Musyawarah sebagai pendekatan mengatasi kemelut politik negara dan bangsa

Pn. Yusnizan Binti Yunan, Ketua Panitia Sejarah SMK Lembah Keramat 37

HIMPUNAN SOALAN DAN JAWAPAN KBAT/KBKK SEJARAH SPM

 Melalui pakatan murni
 Melalui pilihan raya
 Mengamalkan tolak ansur politik
 Menyatupadukan kaum
 Melalui perjanjian dengan British

Mengapakah pemerintahan Malaysia memilih untuk membentuk negara
Persekutuan?

 Menyatukan wilayah yang berasingan
 Membentuk kerajaan yang stabil dan berwibawa
 Mengurangkan perbalahan etnik
 Menjamin keharmonian
 Mewujudkan kecekapan pentadbiran
 Mengukuhkan pertahanan
 Memajukan ekonomi
 Keluasan negara bertambah
 Bilangan penduduk bertambah
 Melemahkan pengaruh komunis
 Meluaskan pasaran dalam negara
 Menambahkan sumber tenaga manusia
 Sumber hasil disatukan dan bertambah
 Merapatkan hubungan antara kaum
 Memperkaya budaya

Apakah tanggungjawab pelajar dalam merealisasikan Wawasan 2020?
 Merealisasikan Wawasan 2020
 Menyahut sembilan cabaran
 Terlibat dalam pengisian wawasan
 Meneruskan kesinambungan perjuangan pemimpin-pemimpin negara terdahulu
 Mengekalkan kemajuan negara Malaysia
 Meningkatkan ilmu sains dan teknologi
 Menguasai kemahiran ICT
 Berinovasi dan kreatif
 Mengawal sifat disiplin
 Bertoleransi
 Berkeyakinan
 Mengamalkan nilai-nilai murni
 Bersifat penyayang
 Mengamalkan dan menghargai warisan bangsa

Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri warganegara yang diperlukan untuk mencapai
cabaran dalam Wawasan 2020?

 Bersatu padu / Berjiwa bebas dan tenteram
 Keunggulan institusi kekeluargaan
 Bersikap terbuka / kreatif / inovatif / patriotik
 Berkeyakinan diri / Berilmu pengetahuan / maju dan saintifik
 Bangga dengan apa yang dicapai

Pn. Yusnizan Binti Yunan, Ketua Panitia Sejarah SMK Lembah Keramat 38

HIMPUNAN SOALAN DAN JAWAPAN KBAT/KBKK SEJARAH SPM

 Gagah menghadapi pelbagai masalah
 Mengangkat martabat bangsa dan negara di persada dunia
 Bermoral dan beretika / setia kepada raja dan negara
 Berbudaya unggul / penyayang
 Kepatuhan kepada agama
 Pengamalan budaya dan tradisi yang cemerlang

KBAT MENGANALISIS:
Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat mengekalkan nilai-nilai murni dan
tradisi yang diamalkan di kampung-kampung di samping memajukan sesebuah
kampung menjadi bandar?

Pada pendapat saya, setiap kampung harus dimajukan menjadi bandar yang lengkap
dengan segala kemudahan seperti sekolah, hospital, jalan raya, bekalan air dan elektrik,
sistem pengangkutan dan perparitan yang sempurna serta sistem komunikasi yang baik.
Kehidupan bandar yang selesa wajar diperkenalkan di kampung tanpa mengubah struktur
seni bina rumah-rumah kampung bagi mengekalkan tradisi dan warisan kita. Selain itu,
cara hidup di kampung harus dikekalkan melalui Rukun Tetangga yang aktif, tradisi gotong-
royong, ziarah-menziarahi malah penduduk bersatu dan bersama-sama menjaga
kesejahteraan kampung.

KBAT MENJANA IDEA:
Anda telah mewarisi sebidang tanah yang luas. Bagaimanakah anda dapat
memastikan tanah tersebut kekal menjadi milik anda di samping menjana
keuntungan maksimum?

Tanah yang dimiliki mesti diusahakan dengan pelbagai cara. Sekiranya saya mempunyai
modal, saya akan mengusahakannya menjadi ladang kelapa sawit atau ladang getah
bergantung kepada jenis tanih dan kesesuaian tanah. Saya juga akan mempertimbangkan
penglibatan rakan kongsi untuk melabur dalam perusahaan saya. Selain itu, saya juga
mungkin akan mengusahakan tanah tersebut dengan projek penternakan ikan air tawar
atau projek penternakan lain seperti penternakan kambing, lembu atau ayam. Saya juga
mungkin akan menyewakan tanah saya kepada syarikat yang berminat untuk
mengusahakan tanah tersebut. Saya tidak akan sesekali menjual tanah milik saya atau
membiarkannya tanpa diusahakan.

KBAT MENILAI:
Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat menghapuskan perasaan prejudis
terhadap kaum lain?

Pada pendapat saya, prasangka atau prejudis wujud apabila kita tidak tahu dan
kenal budaya dan agama yang berbeza dengan sesuatu yang kita amalkan. Salah satu cara
untuk mengenali budaya dan agama lain adalah melalui mata pelajaran Pendidikan Moral,
Pendidikan Sivik dan Kenegaraan, serta Sejarah. Selain itu, kelab dan persatuan yang
terdapat di sekolah boleh menjadi medium pergaulan melalui penglibatan pelajar pelbagai
kaum supaya para pelajar dapat bergaul dan saling mengenali. Aktiviti sukan dan

Pn. Yusnizan Binti Yunan, Ketua Panitia Sejarah SMK Lembah Keramat 39

HIMPUNAN SOALAN DAN JAWAPAN KBAT/KBKK SEJARAH SPM

kokurikulum yang disertai pelajar pelbagai kaum pasti akan lebih mengeratkan hubungan.
Hubungan yang terjalin di sekolah pasti akan diteruskan di luar sekolah. Justeru,
penglibatan pelajar dalam aktiviti di sekolah adalah langkah terbaik untuk melenyapkan
perasaan prejudis terhadap kaum yang berbeza.

Pn. Yusnizan Binti Yunan, Ketua Panitia Sejarah SMK Lembah Keramat 40


Click to View FlipBook Version