The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kohhuixin2014, 2024-03-26 03:21:33

KOH HUI XIN-MPU3441a-T1

KOH HUI XIN-MPU3441a-T1

Pandu Puteri berjabat tangan menggunakan: i. tangan kanan dengan ahli berpakaian seragam yang lain; dan ii. Tangan kiri juga digunakan apabila berjabat tangan dengan orang kenamaan. Cara berjabat tangan dengan tangan kiri ini berkaitan dengan perlakuanyang serupa dilakukan oleh puak Zulu di Afrika. Lord Powell yang banyak berhubung dengan puak ini semasa di Kenya telah memerhatikan bahawa mereka sering memegang senjata pada tangan kanan, manakala tangan kiri memegang perisai. Sebagai tanda persahabatan, mereka melepaskan perisai dan berjabat tangan dengan tangan kiri. pENGENALAN berjabat tangan Berjabat tangan adalah tanda persahabatan bagi Pandu Puteri. Berjabat tangan juga menjadi amalan tradisi Pandu Puteri dunia. Kebiasaanya, berjabat tangan dilakukan dengan orang kenamaan dan orang yang tidak berpakaian seragam, bersesuaian dengan budaya kita. Pandu Puteri berjabat tangan menggunakan tangan kiri berpakaian seragam yang lain. Semua Pandu Puteri di negara ini yang berpakaian seragam berjabat tangan menggunakan tangan kiri. 46


khidmat pandu puteri contoh khidmat pandu puteri Catatkan khidmat yang diberi kepada orang lain selama 2 minggu: Format mengikut kreativiti masingmasing (contohnya buku kecil, peta minda dan lain-lain) Mesti ada tarikh, khidmat yang diberi dan tandatangan orang berkenaan. Menolong ibu mencuci pinggan selepas makan malam. Menolong ayah membersihkan akuarium. Menolong jiran yang tua memotong rumput. Menolong guru mengankat rumput. 47


ISYARAT WISEL SERTA ISYARAT TANGAN 48


isyarat wisel Kepentingan Isyarat Wisel Digunakan sebagai satu arahan. Isyarat wisel sesuai digunakan bagi pasukan yang memiliki ahli yang ramai Semasa mengadakan perkhemahan, isyarat wisel akan digunakan bagi memberikan arahan-arahan tertentu tanpa perlu menjerit. Jenis Tiupan Tiupan Pendek Tiupan Panjang 49


isyarat tangan Lari (Tangan digenggam dan dihayunkan ke atas dan kebawah) atau (Tangan digenggam dan dihayunkan seperti berlari) Pergi ke sana (Jari telunjuk menunjukkan arah) Mari Masuk/ Mari Sini (Tangan diangkat lurus ke atas sambil dihayun tinggi ke kiri dan ke kanan) 50


Berhenti/ Diam/ Perhatian (Tangan diangkat lurus ke atas tinggi dengan jari diluruskan dan dirpatkan) Duduk/ Sembunyi (Tapak tangan ke bawah sambil digerakkan ke bawah) Tidak Mengapa/ Kembali asal (Tapak tangan terbuka dan tangan dihayunkan ke hadapan muka) 51


Berdiri Dalam Barisan, Ketua Dihadapan Saya (Kedua-dua tangan diangat ke paras siku dan genggam tangan menghala ke hadapan) Teruskan/ Pergi Jauh (Tangan dihayunkan dan dikuak dari belakang ke hadapan) Buat Dua Barisan Menghadap Satu Sama Lain (Tangan diangkat ke hadapan pada paras siku dan tapak tangan menghadap satu sama lain) 52


Buat Dua Barisan (Tangan lurus ke hadapan dan tapak tangan menghadap satu sama lain) Luruskan Barisan (Tangan dan jari luruskan ke hadapan, tapak tangan telangkup ke bawah) Bentuk Separuh Bulatan - Cara 1 (Tangan lurus di sisi dan dihayunkan untuk membentuk separuh bulatan) 53


Bentuk Separuh Bulatan - Cara 2 (Tangan diluruskan di paras bahu dan dihayun untuk membentuk separuh bulatan) Bentuk Bulatan Mengelilingi Saya (Tangan lurus di sisi dan dihayunkan untuk membentuk bulatan) Bentuk Satu Barisan Menghadap Saya (Tangan mendepa dengan lurus di sisi) Bersurai (Kedua-dua tangan terbuka bertemu di dada dan siku mengepak) 54


LAGU PANDU PUTERI 55


lagu dunia Arah kita jelas ke depan, Bendera berkiba; Tidak berlipat di dunia harapan Abadi; Bersatu untuk kebenaran, Persahabatan kukuh; Selagi dunia masih ada, Akan nyanyi lagu ini. Our way is clear as we march on, And see our flag on high; ‘Its never furled throughout the world, For hope shall never die; We must unite for what is right, In friendship true and strong; Until the earth in its rebirth, Shall sing our song, Shall sing our song. lagu pandu puteri tunas lagu ahli baru lagu loceng pandu puteri tunas Puteri Tunas Bertujuan Menolong dan Berkawan Ahli Baru Suka Hati Menjadi Puteri Tunas Oh, Tuhanku, Seruan hambamu, Beri kami nikmat, Sepanjang hayat, Selamat tinggal (3X) 56


lagu kumpulan SIANTAN Siantan datang berkawan Berani macam pahlawan CEMPAKA Cempaka bersuka ria Menolong orang duka TERATAI Teratai nama kami Bekerja setiap hari MELUR Melur taat dan setia Berusaha setiap masa KENANGA Kami bernama Kenanga Berjasa dan bertenaga KESIDANG Kami Kesidang datang Menolong pagi petang taps (Siang) Kami puji nikmat diberi, Matahari,bintang-bintang, langit biru; Mana pergi, hidup kami Tuhan saksi. Thanks and Praise, for our days, Neath the sun, Neath the stars, Neath the sky As we go, this we know, God is nigh. taps (petang) Malam datang, siang hilang, Dari laut, dari gunung, dari langit, Semua selamat, sihat rehat, Berkat Tuhan. Day’s done, gone the sun, From the sea, from the hills, from the sky, All is well, safely rest, God is nigh. 57


bENDERA MALAYSIA, BENDERA PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA (PPPM) DAN BENDERA DUNIA 58


bendera malaysia Sejarah Bendera Malaysia Pada 29 November 1949, Majlis RajaRaja dengan kerjasama Majlis Perundangan Persekutuan telah mengadakan pertandingan untuk memilih reka bentuk bendera bagi kerajaan yang bakal dibentuk pada Mei 1948 dan seramai 373 karyawan telah mengambil bahagian. Pada 15 November 1949 hanya tiga reka bentuk yang berjaya dipilih ke peringkat akhir dan ciptaan Encik Mohamed bin Hamzah (arkitek Jabatan Kerja Raya Negeri Johor) telah dipilih sebagai pemenang. 59


Penciptaan Bendera mengalami beberapa fasa perubahan reka bentuk: Reka bentuk bendera tersebut telah dibuat beberapa pindaan iaitu bulan sabit dan bintang yang pada asalnya berwarna putih digantikan dengan warna kuning bagi melambangkan warna diraja. Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950. Pada 26 Mei 1950, buat pertama kalinya Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan pegawai-pegawai King George VI. Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang sebelum ini berjumlah 11 jalur melintang berwarna merah dan putih telah bertambah jalurnya kepada 14 jalur sebaik sahaja kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura dalam Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Setelah berkibar megah sejak tahun 1950, pada malam 31 Ogos 1997 sempena sambutan 40 tahun kemerdekaan negara, Tun Dr. Mahathir Mohammad yang merupakan Perdana Menteri Malaysia ketika itu telah mengukir sejarah dengan mengumumkan nama baharu bagi bendera Malaysia iaitu sebagai Jalur Gemilang. 60


61


bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) atar keseluruhan bendera ini berwarna biru dan logo rasmi Persatuan Pandu Puteri Malaysia berada di tengah-tengahnya. Bendera ini dikibarkan pada setiap perhimpunan Pandu Puteri peringkat kebnagsaan, cawangan, daerah ataupun sekolah. 62


bendera dunia Bendera ini ialah bendera rasmi Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS). Penggunaannya diluluskan pada tahun 1930 di Persidangan Dunia keenam yang diadakan pada tahun tersebut. Pada bulan Mac 1991, di mesyuarat kali ke-80, selepas upacara perasmian Pax Lodge, jawatankuasa Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia telah menerima bahawa Pergerakan Pandu Puteri ialah satu organisasi yang dinamis dan mencerminkan keperluan zaman moden. Tiga blok atau petak kuning menyerong sederet di bahagian kanan bawah melambangkan tiga bahagian Persetiaan. Bahagian putih di penjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri terhadap keamanan. 63


SEJARAH PERKEMBANGAN DAN STRUKTUR ORGANISASI 64


SEJARAH PERKEMBANGAN - RIWAYAT HIDUP PENGASAS 65


lord baden-powell Lord Baden-Powell ialah seorang askar Inggeris yang berpangkat Leftenan Jeneral pada tahun 1907. Beliau dilahirkan pada 22 Februari 1857 di sebuah rumah yang berhampiran dengan Hyde Park, London. Nama penuh beliau ialah Loard Robert Stephenson Smyth Baden Powell. Lord Baden-Powell menubuhkan Pandu Puteri sebagai versi kepada pengakap. Wanita dan diselenggarakan oleh saudara perempuannya Agnes Baden-Powell. Sementara Agnes memainkan peranan utama sehingga kematiannya, Lady Olave BadenPowell, isteri. Lord Baden Powell menjadi Ketua Pandu Chief Guide England pada tahun 1918, dan ketua Pandu Sedunia pada tahun 1930. Lady Baden Powell merupakan orang yang bertanggungjawab dalam mengembangkan Pandu Puteri ini. Nama sebenarnya ialah Olave St. Clair Soames yang dilahirkan pada 22 Februari 1889. Beliau adalah isteri kepada Robert Stephenson Smyth Baden-Powell telah mengetahui pertubuhan “Girl Guides” dengan bantuan adiknya, Agnes Baden Powell pada tahun 1910 yang sebelumnya dikenali sebagai “Girl Scouts”. Pada tahun 1916, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Pandu Puteri atau “Girl Guides”. Kemudian pada tahun 1918, beliau telah dilantik menjadi Ketua Pandu Puteri atau “Chief Guide”. Beliau telah diberi gelaran “World Chief Guide” pada tahun 1930. lady baden powell 66


SEJARAH PERKEMBANGAN - WORLD ASSOCIATION GIRL GUIDES AND GIRL SCOUTS (WAGGGS) 67


visi misi Kami adalah satu pergerakan sedunia - suara remaja wanita dan wanita muda yang mempengaruhi isu yang diambil berat oleh mereka serta membina dunia yang lebih baik. Membolehkan remaja wanita dan wanita muda mengembangkan potensi diri yang sepenuhnya sebagai warga dunia yang bertanggungjawab. Pengenalan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) menawarkan satu keluarga antarabangsa kepada remaja wanita dan wanita muda melalui Pandu Puteri dan Pengakap Puteri. Remaja wanita dan wanita muda di seluruh dunia dihubungkan melalui persefahaman, persahabatan, Persetiaan dan Undang-Undang Pandu Puteri dan Pengakap Puteri, serta aspirasi untuk menjadikan dunia ini satu tempat yang lebih baik. WAGGGS ialah organisasi payung kepada pertubuhan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri di dunia. Terdapat 145 Organisasi Ahli dalam WAGGGS yang ditadbir melalui lima rantau iaitu Afrika, Arab, Asia Pasifik, Eropah dan Hemisfera Barat. Melalui Organisasi Ahlinya, WAGGGS membekalkan program pendidikan bukan formal yang berkualiti tinggi serta menawarkan latihan yang dinamik, fleksibel dan berasaskan nilai dalam bidang seperti kemahiran hidup, kepimpinan dan membuat keputusan. WAGGGS menawarkan projek dan program di peringkat antarabangsa yang membolehkan ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri menjadi warga dunia yang bertanggung jawab melalui semangat berpasukan, khidmat masyarakat dan bertindak terhadap isu yang memberi kesan kepada mereka. WAGGGS mempunyai lebih 10 juta ahli. Dengan itu, organisasi ini dapat berfungsi sebagai satu tapak perbincangan dan membuat keputusan untuk isu yang memberi kesan kepada remaja wanita dan wanita muda. Melalui WAGGGS, wanita muda berpeluang berjumpa dengan rakan sebaya di seluruh dunia dan melibatkan diri dalam projek antarabangsa dengan rakan kongsi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pertubuhan bukan kerajaan yang lain. 68


Kelahiran wagggs Oleh sebab Pergerakan ini terus berkembang, satu badan rasmi diperlukan untuk menyatukan semua ahli dan pada tahun 1919, Olave Baden-Powell membentuk Majlis Antarabangsa (International Council), perintis kepada WAGGGS. Sementara itu, pasangan Baden-Powell meneruskan usaha mereka dalam mempromosikan Pengakap dan Pandu Puteri / Pengakap Puteri di seluruh dunia. Pada tahun 1919, Robert Baden-Powell dilantik sebagai Ketua Pengakap Sedunia manakala pada tahun 1930, Olave Baden-Powell dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri Sedunia. Persidangan ini merupakan satu peristiwa yang bersejarah dan memberi peluang kepada dunia Pandu Puteri dan Pengakap Puteri untuk berjumpa dan bertukar fikiran dan pengalaman. Buat kali pertamanya, kumpulan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri mula merancang lawatan ke luar negara. Pada tahun 1924, Perkhemahan Sedunia yang pertama diadakan dan pada tahun berikutnya, Buletin Dunia dikeluarkan, Buletin ini kini dikenali sebagai "Our World News". Majlis ini sangat berjaya, dan setahun kemudian, Persidangan Antarabangsa yang pertama telah diadakan. 69


Kelahiran wagggs Selepas Persidangan Antarabangsa Keempat yang diadakan di Amerika Syarikat pada tahun 1926, wakil dari beberapa negara berjumpa dengan Baden-Powell untuk bertanya tentang pembentukan satu persatuan. Selepas itu, keputusan diambil untuk pemilihan satu Jawatan kuasa Dunia. Lord dan Lady Baden-Powell serta Pengarah Biro Dunia akan menjadi ahli ex-officio kepada Jawatan kuasa ini. Satu draf perlembagaan telah disetujui dan Pandu Puteri menjadi satu persatuan yang berpusat. Sebelum Persidangan Antarabangsa Kelima di Hungary pada tahun 1928, Baden-Powell mendapatkan pendapat semua pertubuhan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri yang terkenal dan meminta mereka mempertimbangkan perkara ini secara serius. Akhirnya, perwakilan persidangan dari 26 negara membuat keputusan untuk membentuk Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Biro Dunia (World Bureau) Persatuan ini akan bertempat di London dan berfungsi sebagai urusetia. 70


SEJARAH PERKEMBANGAN - ASIA PASIFIK 71


NEGARA AHLI DI RANTAU ASIA PASIFIK Australia Bangladesh Brunei Darussalam Cambodia Cook Islands Eiji Hong Kong India Japan Kiribati Korea Malaysia New Zealand Pakistan Papua New Guinea Philippines Singapore Solomon Islands Sri Lanka Taiwan Thailand Tonga Maldives Mongolia Nepal Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) merupakan pertubuhan rasmi yang menggabungkan persatuanpersatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri di seluruh dunia. Terdapat 145 Organisasi Ahli yang bergabung dengan WAGGGS dan mereka ditadbir mengikut lima rantau - Afrika, Arab, Asia Pasifik, Eropah dan Hemisfera Barat. WAGGGS mempunyai 10 juta orang ahli individu. Melalui Organisasi Ahlinya, WAGGGS menyediakan program pendidikan bukan formal yang berkualiti untuk remaja dan wanita muda mengembangkan kepimpinan dan kemahiran hidup melalui perkembangan kendiri, cabaran dan adventure. Pandu Puteri dan Pengakap Puteri belajar melalui pengalaman. 72


SEJARAH PERKEMBANGAN - PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA 73


Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) bermula dengan penubuhan pasukan Pandu Puteri pertama di Sekolah Perempuan Methodist, Kuala Lumpur pada tahun 1916. Pada tahun 1917, PPPM telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India. Pusat Pentadbitan PPPM telah terpindah dari Singapura ke Wisma Pandu Puteri, Kuala Lumpur pada tahun 1957 dan PPPM telah ditubuhkan di bawah Akta Parlimen dalam tahun 1958. Setelah 100 tahun berada di Malaysia, PPPM telah menyumbang ke arah melahirkan pemimpin wanita yang hebat, cemerlang serta berwibawa di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Sehingga kini, PPPM mempunyai 18 cawangan di seluruh negara dengan bilangan ahli melebihi 130,000 orang. PPPM adalah sebuah persatuan yang bebas, tidak terlibat dengan parti politik atau mana-mana badan kerajaan, tidak berasaskan keuntungan, malah bercorak memberikan Pendidikan tidak formal untuk anak gadis dan wanita remaja. Pada tahun 1957 , PPPM dengan rasminya menjadi Ahli Bersekutu Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia ataupun World Association of Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) dan diterima sebagai ahli Tenderfoot dalam tahun 1960. Pada tahun 1966, PPPM diterima sebagai Ahli Penuh WAGGGS (Full Member). PPPM mempunyai komitmen dalam melahirkan golongan wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan negara dan bangsa melalui visi PPPM “Menerajui perkembangan potensi gadis dan wanita untuk membawa perubahan.” 74


SEJARAH PERKEMBANGAN - HARI PERINGATAN SEDUNIA 75


Hari Peringatan Pandu Puteri Sedunia jatuh pada 22 Februari pada setiap tahun dan tibalah masa untuk keluarga kepanduan menyambut hari peringatan ini. Hari peringatan disambut untuk mengingati jasa Pengasas Pandu Puteri iaitu isteri kepada Lord Baden-Powell, pengasas pasukan Pengakap. Sejarah sambutan Hari Peringatan ini bermula sejak tahun 1932 di Poland. Dan pada setiap tahun kita menyambut dan meraikan hari ini mengikut tema yang telah ditetapkan oleh WAGGGS (World Association of Girl Guides and Girl Scouts) iatu PersatuanPandu Puteri Pengakap Puteri Sedunia. 2007 - "Kenali Potensi Anda dengan mengambil peluang memimpin,mengembangkan persahabatan dan berani bersuara" 2008 - "Fikirkan Tentang Air". 2009 - “ Kita boleh mencegah AIDS, malaria dan penyakit lain daripada berleluasa”. 2010 - “Bersama kita membasmi Kemiskinan dan Kelaparan." 2011 - "Meningkatkan Kesaksamaan Gender dan Memperkasakan Wanita" 76


STRUKTUR ORGANISASI - PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA 77


PENAUNG DIRAJA YANG DIPERTUA TIMBALAN YANG DIPERTUA KETUA PESURUHJAYA YANG DIPERTUA CAWANGAN PESURUHJAYAPESURUHJAYA BAHAGIAN KEBANGSAAN PESURUHJAYAPESURUHJAYA PERKEMBANGAN KEBANGSAAN AHLI-AHLI EX OFFICIO 78


TIMBALAN YANG DI PERTUA KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Mutawakkil’ Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, D,K; D,K. (Johor); S.P.M.J. KETUA PESURUHJAYA YBhg Datin Seri Hajah Zalillah Bte Mohd Taib PESURUHJAYA IBU PEJABAT BAHAGIAN ANTARABANGSA Cik Jeyadhevi Subramaniam PESURUHJAYA IBU PEJABAT BAHAGIAN PANDU PUTERI TUNAS Cik Noorlina bt Mohd Yusof PESURUHJAYA BAHAGIAN PANDU PUTERI REMAJA Cik Margaret Lim Pei Tee PESURUHJAYA IBU PEJABAT BAHAGIAN PANDU PUTERI RENJER Puan Hajah Habibah bt. Abdul Rahman 79


PESURUHJAYA KADET Puan Samsiah Bte Hassan PESURUHJAYA PANDU PUTERI SISWI DAN DEWASA Puan Nurulain bt Hj. Ngah PESURUHJAYA GUILD KEBANGSAAN YBhg Datin Salbiah bt Abdul Aziz PESURUHJAYA PROGRAM DAN LATIHAN Puan Tek bt Mohd Noor PESURUHJAYA KEWANGAN & DANA Puan Annie Chiew Yen Moi PESURUHJAYA KEAHLIAN Puan Sofiah bt Dato’ Abu Bakar 80


STRUKTUR ORGANISASI - PERSATUAN PANDU PUTERI CAWANGAN 81


PENAUNG CAWANGAN YANG DIPERTUA CAWANGAN TIMBALAN YANG DIPERTUA CAWANGAN KETUA PESURUHJAYA CAWANGAN YANG DIPERTUAYANG DIPERTUA DAERAH PESURUHJAYA BAHAGIAN CAWANGAN PJ PP Kelip-kelip PJ PP Tunas PJ PP Remaja PJ PP Renjer PJ Klover PJ Guild PESURUHJAYA PERKEMBANGAN CAWANGAN PJ Antarabangsa PJ Program PJ Struktur & Pengurusan PJ Keahlian PJ Perhubungan Dengan Masyarakat PJ Latihan AHLI EX- OFFICIO Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat Penasihat Undang-undang 82


TEMPAT NAMA Johor Y.M Tunku Fatimah Faridah Binti Tunku Osman Kedah YTM Dato’ Seri Di Raja Tunku Soraya Binti KDYMM Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah Kelantan YBhg. Puan Sri Kelana D’Raja Datin (Dr) Hajah Nik Azizah Binti Nik Yahya Melaka YBhg. Datin Wira Hajah zainun Binti Tun Ghafar Negeri Sembilan Y.M. Raja Datin Seri Utama Salbiah Binti Tengku Nujumuddin Pahang KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum DYMM Baginda Slmutawakkil Allallah Sultan Iskandar Perak DYTM Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Raja Nor Mahani binti Raja Haji Shahar Shah DKA, SPCM, PCM Perlis Y.M. Dato’ Tengku Shireen Binti Al-marhum Dato’ Paduka Tengku Suleiman Pulau Pinang YBhg. Puan Seri Datin Seri Dato’ Su Hashim yang dipertua cawangan 83


TEMPAT NAMA Sabah YBhg. Datuk Naomi Chong Set Mui Sarawak YBhg. Datin Sri Hajah Dayang Morliah Binti Datuk Haji Awang Daud Selangor Y.A.M Tengku Puan Indera Setia Selangor. Tunku Irinah Binti Al-Marhum Tuanku Jaafar Terengganu Y.A.M Tengku Datin Seri Ramiah Azizah Binti AlMarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur YBhg. Dato’ Yeoh Soo Keng Wilayah Persekutuan Putrajaya YBhg. Datin Seri Utama Anggraini Binti Sentiyaki Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia YBhg. Dr Noriati Binti A. Rashid Maktab Rendah Sains MARA Yang Berusaha Puan Hanim Binti Abdul Wahab 84


STRUKTUR ORGANISASI - PERSATUAN PANDU PUTERI KADET 85


Yang di Pertua (Pengarah) Naib Yang di Pertua (Timbalan Pengarah) EX-Officio (Setiausaha GERKO) Setiausaha (Pesuruhjaya Kadet Pandu Puteri) Pemimpin-pemimpin (Pensyarah Penasihat) Ketua Pasukan (Ahli Kadet) Penolong Ketua (Semester 1-5) Ketua Patrol (Ahli Kadet Pandu Puteri IPG) Penolong Ketua Petrol (Ahli Kumpulan) Ahli-ahli Kadet 86


Contoh carta ORGANISASI PANDU PUTERI KADET 87


STRUKTUR ORGANISASI - PERSATUAN PANDU PUTERI TUNAS 88


PENASIHAT PK HEM/ GPK KOKU BAHAGIAN PP TUNAS PENGERUSI KAKAK SETIA SETIAUSAHA SITI SETIA I&II KETUA PASUKAN PANDU PUTERI TUNAS KAKAK BERENAM Siantan, Kesidang, Teratai AHLI PANDU PUTERI TUNAS 89


Contoh carta ORGANISASI PANDU PUTERI TUNAS 90


STRUKTUR ORGANISASI - PERSATUAN PANDU PUTERI KELIP-KELIP 91


Jawatankuasa Pandu Puteri Kelip-kelip terdiri daripada: Kakak Setia Siti Setia Ketua Kumpulan Berenam Penolong Ketua Kumpulan Berenam Kakak Setia merangkap sebagai pengerusi dan Siti Setia sebagai penolong pengerusi dalam Pow- Wow. Ketua Pasukan, Ketua Kumpulan Berenam dan Penolong Ketua Kumpulan Berenam dipilih oleh pemimpin. Pada perjumpaan pertama, Kakak Setia membahagikan ahli mengikut kumpulan. Setiap kumpulan dianggotai oleh tidak lebih daripada enam orang ahli termasuk seorang Ketua Kumpulan Berenam dan seorang Penolong Ketua Kumpulan Berenam. Setiap kumpulan dikenali dengan nama yang ditetapkan oleh pemimpin. Setiap kumpulan menyediakan kotak Kumpulan Berenam yang digunakan semasa aktiviti sudut kumpulan. 92


Contoh carta ORGANISASI PANDU PUTERI kelip-kelip 93


ORIENTASI KURIKULUM UNIT bERUNIFORM DI SEKOLAH RENDAH 94


PROGRAM PANDU PUTERI TUNAS (PPT) - PRINSIP ASAS PPT 95


Click to View FlipBook Version