KARANGAN PENDEK PT3 Selamat Membaca
KERTAS 2 BAHAGIAN A FORMAT KARANGAN ● KARANGAN PENDEK [WAJIB JAWAB] ● 10 MARKAH ● 15 MINIT ● 50-80 PATAH KATA
Karangan Pendek 1. Calon akan diberikan satu tema dalam bentuk peta i-think, gambar tunggal, gambar bersiri atau bahan grafik. 2. Arahan – Tulis karangan berdasarkan tema yang diberikan. 3. Panjang karangan hendaklah antara 50-80 patah kata [ jangan melebihi 80 patah perkataan]
Penting!!! ● Anda boleh menulis pendahuluan dan penutup yang ringkas. ● Pemerenggan – tidak wajib [ tulis satu perenggan sahaja – agar anda tidak menulis karangan yang terlalu panjang ] ● Ungkapan menarik – tidak wajib dimasukkan ● Gunakan semua isi yang diberikan
Kriteria Penskoran / Pemarkahan ● Cemerlang [ 6 isi ] - 8-10 markah ● Baik [ 3-5 isi ] 6-7 markah ● Penguasaan Minimum 3-5 markah [ 1-2 isi ] ● Tidak mencapai tahap memuaskan 0-2 markah
CONTOH KARANGAN PENDEK
Berdasarkan maklumat di bawah, tuliskan sebuah karangan pendek yang panjangnya 50 hingga 80 patah perkataan. Kepentingan Semangat Patriotik Membentuk semangat juang Menaikkan imej negara Menjadi contoh kepada generasi muda Memupuk semangat cinta akan negara Pemangkin kemajuan negara Mewujudkan perpaduan kaum
JAWAPAN CONTOH Semangat patriotisme sangat penting dalam kalangan masyarakat kita. Kita akan dapat memupuk semangat cinta akan negara dengan membentuk semangat juang yang tinggi dalam diri generasi muda. Selain itu, semangat patriotisme mampu menjadi pemangkin kepada kemajuan perpaduan negara. Kita akan dapat menjadi contoh kepada generasi muda dan kita akan dapat menaikkan imej negara di persada dunia.