KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
HAK CIPTA TERPELIHARA
Semua bahagian dalam penerbitan ini tidak boleh diterbitkan semula,
disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi atau dipindahkan dalam
sebarang cara sama ada dengan cara elektronik, fotologi, mekanik, rakaman
dan sebagainya sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit.
eISBN e ISBN 978-967-18717-9-9
DITERBIT OLEH :
Kolej Komuniti Temerloh
Kementerian Pengajian Tinggi
By Pass Batu 2, Jalan Temerloh
Kg Chatin Ulu, 28400 Mentakab
Pahang Darul Makmur
Tel : 09-2701550/ 52/ 53
Faks : 09-2701551
Email : [email protected]
e-Prosiding Wacana Transformasi Ilmu e ISBN 978-967-18717-9-9
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1
PERKARA 2
3
Ahli Jawatankuasa 4
Senarai Panel 4
5
Kata Alaun Pengerusi
6-15
Pengenalan 16-29
Objektif
Senarai Kertas Penyelidikan 30-38
Analisa Trend Kemasukan Pelajar Di 39-50
Kolej Komuniti Temerloh
Keberkesanan Trainer Unit Sistem
Penyamanan Udara Kenderaan
(Trainner Kit Pu Kenderaan) Sebagai Alat
Bantu Mengajar (ABM) Bagi Kursus
Penyamanan Udara Kenderaan.
Penggunaan Alat Bantu Mengajar ke
Atas Pensyarah bagi Topik Kerja Kayu
dan Pembuatan Perabot
Finishing Quality Of Varnish On Oil Palm
Medium Density Fibreboard (MDF)
e-Prosiding Wacana Transformasi Ilmu e ISBN 978-967-18717-9-9
AHLI JAWATANKUASA E-PROSIDING WACANA TRANSFORMASI ILMU
‘MERENTASI GEMILANG KKTM’
JAWATANKUASA NAMA
Pengerusi
En. Suhairi Bin Ismail
Pengarah Kolej Komuniti Temerloh
Timbalan Pengerusi Pn Wan Norhayati Binti Wan Saupi
Timbalan Pengarah Akademik
Pn Paliza Binti Deraman
Timbalan Pengarah Pengurusan
Ketua Penerbit Pn Nor Aishah Binti Othman
Ketua Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersial
Penolong Penerbit Pn Norsaritanaini Binti Mahasan
Ketua Editor Pn Azizah Binti Mohamed
Setiausaha Pn. Farahana Nadirah Binti Mahamad Nadzar
Editor Pn Nurul Naim Binti Othman
Pn Mastura Binti Mustaffa
Pengurus Panel dan teknikal Nik Mas Alini Binti Badruldin @ Muhamad
Pengumpulan Bahan Pn. Siti Shuhaili Binti Mohamad Moha
Penulisan dan Nur Jamilah Binti Nawi
Pembentangan
Pn. Nor Hasimah Binti Abd Rahman
Rekabentuk dan Video Pn. Nor Fadzilah Binti Ishak
Montaj Norazuwa Binti Salehudin
1
e-Prosiding Wacana Transformasi Ilmu e ISBN 978-967-18717-9-9
SENARAI PANEL
NAMA JAWATAN
Professor Datin Dr. Felo Utama Bersekutu
Shamshubaridah Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim,
Ramlee Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Prof. Madya Dr. Noor Pengarah
Azuddin Bin Yakob Pusat Pembangunan Keusahawanan dan SME
(UKM-CESMED)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Dr. Fadhilah Mat Yamin Timbalan Pengarah
Institut Penyelidikan Pengurusan & Perniagaan
Universiti Utara Malaysia (UUM)
Dr Juliana bt Osman @ Pensyarah Kanan
Zainal Abidin Fakulti Pengurusan dan Ekonomi,
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Dr. Norsamsinar Binti Pensyarah Kanan
Samsudin Department Of Business Management &
Entrepreneurship,
Faculty Of Business & Economics,
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Dr Sarmila Binti Md Sum Penyarah Kanan
Pusat Kajian Pembangunan Sosial dan
Persekitaran,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
2
e-Prosiding Wacana Transformasi Ilmu e ISBN 978-967-18717-9-9
PRAKATA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya
Kolej Komuniti Temerloh, Pahang dapat menerbitkan e-Prosiding Wacana
Transformasi Ilmu yang bertemakan “Merentasi Gemilang KKTM”.
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada sidang redaksi yang telah
bertungkus-lumus menyiapkan Himpunan Penulisan Penyelidikan ini tanpa
mengenal erti penat dan lelah. Sekalung penghargaan juga diucapkan
kepada seluruh warga KKTM atas segala usaha dan kerjasama yang telah
diberikan.
E-Prosiding Wacana Transformasi Ilmu ini merupakan satu sumber perkongsian
ilmu untuk percambahan minda yang kreatif dan kritis dalam kalangan
Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi khususnya di Kolej Komuniti Temerloh,
Pahang. Budaya menulis dan membuat penyelidikan adalah selaras dengan
objektif untuk membudayakan penyelidikan bagi memartabatkan
pengajaran dan pembelajaran TVET khusunya.
Akhir kata, semoga usaha kita untuk membudayakan penyelidikan dan
memartabatkan pegajaran dan pembelajaran TVET akan mendapat
keberkatan daripada Allah SWT.
Sekian.
SUHAIRI BIN ISMAIL
Pengarah
Kolej Komuniti Temerloh
Kementerian Pengajian Tinggi
3
e-Prosiding Wacana Transformasi Ilmu e ISBN 978-967-18717-9-9
PENGENALAN
WACANA TRANSFORMASI ILMU
Ilmu merupakan salah satu sumber kepada pegangan kehidupan manusia.
Tanpa ilmu manusia akan hidup dalam kegelapan. Bidang ilmu adalah sangat
luas. Justeru, Unit Penyelidkan Inovasi dan Komersial Kolej Komuniti Temerloh
telah mengambil inisiatif untuk mengadakan program perkongsian ilmu yang
bertajuk Wacana Transformasi Ilmu yang bertemakan ‘Merentas Gemilang
KKTM’
Perkongsian ilmu ini adalah berkaitan penyelidikan, inovasi dan ilmiah untuk
dikongsikan bersama pendidik khusunya. Semoga dengan adanya program
ini dapat membantu kita semua menuju ke arah kecemerlangan secara
kreatif dan berinovasi.
OBJEKTIF
Di akhir program ini, semua pihak yang terlibat dijangka dapat:
i. Membudayakan perkongsian ilmu dalam kalangan warga Kolej
Komuniti ke arah kecemerlangan diri dan kerjaya.
ii. Membentangkan dapatan yang diperolehi daripada hasil
penyelidikan, inovasi dan ilmiah.
iii. Memberi peluang dalam menghasilkan penulisan penyelidikan,
inovasi dan ilmiah bagi menyumbang kepada tranformasi Kolej
Komuniti.
iv. Platfrom perkongsian dan pergembangan idea baru bagi
penghasilan penulisan ilmu yang berimpak dan berpotensi untuk
dihebahkan.
v. Membina jaringan antara warga Kolej Komuniti dalam
meningkatkan pengetahuan dan pencambahan idea.
4
e-Prosiding Wacana Transformasi Ilmu e ISBN 978-967-18717-9-9
SENARAI KERTAS PENYELIDIKAN
NAMA PENULIS & INSTITUSI TAJUK
Norarziana Sasudian, Nurul Aisyah Analisa Trend Kemasukan Pelajar Di
Abdul Ghani, Nurul Aini Abdul Ghani Kolej Komuniti Temerloh
Kolej Komuniti Temerloh
Mohd Asraf Shami Abdul Rani Keberkesanan Trainer Unit Sistem
Kolej Komuniti Temerloh Penyamanan Udara Kenderaan
(Trainner Kit Pu Kenderaan) Sebagai
Sh Yaccub Bin Sh Attar Alat Bantu Mengajar (Abm) Bagi
Komuniti Kota Marudu Kursus Penyamanan Udara
Kenderaan.
Nurfarhanna binti Ibrahim
Kolej Komuniti Bagan Datuk
Reimi Asraf bin Rawi, Mohd Zool Fazlee Penggunaan Alat Bantu Mengajar
bin Basir ke Atas Pensyarah bagi Topik Kerja
Kolej Komuniti Temerloh Kayu dan Pembuatan Perabot
Reimi Asraf bin Rawi, Mohd Zool Fazlee Finishing Quality Of Varnish On Oil
bin Basir Palm Medium Density Fibreboard
Kolej Komuniti Temerloh (MDF)
5
e-Prosiding Wacana Transformasi Ilmu e ISBN 978-967-18717-9-9
Analisa Trend Kemasukan Pelajar Di Kolej Komuniti Temerloh
Norarziana Binti Sasudian, Nurul Aisyah Binti Abdul Ghani, Nurul Aini Binti Abdul Ghani
[email protected], [email protected], [email protected]
Abstrak
Kebelakangan ini, trend kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti Temerloh (KKTM) mengalami
penurunan berdasarkan data statistik yang telah dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pendidikan
Politeknik dan Kolej Komuniti (JPKK). Dan tidak terkecuali juga usaha yang dilakukan bagi
menambah bilangan norma ambilan pelajar ke satu tahap yang maksimum dan wajar,
namun realitinya tidak mencapai 100% norma tersebut. Oleh yang demikian, sebuah kajian
dilaksanakan dengan kajian literatur dan juga tinjauan pemerhatian berdasarkan data
statistik kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti Temerloh melalui ambilan perdana yang
berlangsung pada sesi Jun / Julai setiap tahun. Pengesanan kemerosotan dan turun naik data
statistik kemasukan pelajar tersebut telah menjurus kepada penganalisaan faktor-faktor
pendorong kepada trend kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti Temerloh serta
penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan kemasukan pelajar bagi
tahun berikutnya kelak. Kupasan tentang faktor pemangkin kepada trend kemasukan pelajar
turut dibincangkan.
Kata Kunci: trend kemasukan, kemerosotan, faktor pemangkin, ambilan perdana
1.0 Pengenalan
Pada masa kini, terdapat banyak institusi pengajian tinggi samada IPTA, IPTS, ILKA dan ILKS
muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Perkara ini menjadikan persaingan di
antara institusi menjadi sengit dan dalam masa yang sama ia turut memberi impak positif
kepada perkembangan dunia pendidikan yang semakin rancak berkembang di Malaysia.
Selain itu, pelajar mempunyai banyak pilihan untuk menyambung pengajian selepas tamat
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Rahmahtunnisa et al. (2014) menyokong bahawa trend
kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi menyaksikan persaingan di antara satu sama
lain bagi meraih peratusan kemasukan pelajar ke IPT masing-masing termasuklah Kolej
Komuniti di seluruh Malaysia.
Pengambilan kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti untuk Sijil Kolej Komuniti adalah sebanyak
dua kali setahun bermula pada tahun 2019 iaitu pada bulan Jun dan Disember. Penyelarasan
6
e-Prosiding Wacana Transformasi Ilmu e ISBN 978-967-18717-9-9
ini bersamaan dengan pengambilan bagi institusi pengajian tinggi yang lain seperti yang
telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi. Menurut Nurul Anith dan Wei Boon
Quah (2018), statistik peratusan trend kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti tidak terkecuali dari
mengalami pengurangan jumlah pelajar mendaftar daripada norma yang telah ditetapkan
oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komunit (JPPKK) terutamanya pada kemasukan
sesi selain daripada sesi ambilan perdana (sesi Jun). Kolej Komuniti Temerloh tidak terkecuali
dari mengalami cabaran tersebut, malahan norma yang ditetapkan juga turut tidak tercapai
pada sesi ambilan perdana.
Trend kemasukan pelajar ke sesebuah institusi pendidikan di Malaysia penting bagi menilai
tahap pencapaian sesebuah institusi tersebut daripada aspek program yang ditawarkan,
kebolehan dan tahap akademik institusi tersebut. Kolej Komuniti Temerloh merupakan salah
sebuah institusi pengajian tinggi yang tidak terkecuali dari menerima kemasukan pelajar
lepasan SPM yang ingin menyambung pengajian di peringkat Sijil Kolej Komuniti. Pencapaian
akademik pelajar yang semakin cemerlang telah melayakkan lebih ramai pelajar lepasan
SPM untuk melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi
Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) telah membuktikan bahawa tahap kualiti pendidikan di
peringkat sekolah berada dalam keadaan yang sangat baik.
Menurut Liew Chei Siang dan Lam Eileen (2008), masyarakat umum telah menyedari bahawa
pendidikan dapat menjamin masa depan seseorang individu dan faktor ini telah menjadi
salah satu tarikan untuk para pelajar menyambung pengajian di institusi awam serta swasta
samada dalam dan luar negara. Yuzainee et al. (2011) menyatakan bahawa faktor utama
yang mempengaruhi keputusan pelajar dalam membuat pemilihan ke sesebuah institusi
adalah kualiti program yang ditawarkan. Ini kerana terdapat jaminan kebolehpasaran
selepas pelajar menamatkan pengajian kelak. Selain itu, kemudahan fasiliti dan juga reputasi
sesebuah institusi pula menjadi faktor sampingan dalam keputusan pemilihan tersebut.
2.0 Objektif Kajian
Kajin ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor yang mendorong pelajar memilih Kolej Komuniti
Temerloh sebagai pusat pengajian untuk melanjutkan pelajaran dan untuk melihat trend
kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti Temerloh dari tahun 2018 sehingga tahun 2020.
7
e-Prosiding Wacana Transformasi Ilmu e ISBN 978-967-18717-9-9
3.0 Metodologi Kajian
Kaedah kajian literatur dan tinjauan pemerhatian ini telah dijalankan di Kolej Komuniti
Temerloh (KKTM) berdasarkan peratusan data statistik yang dikeluarkan oleh pihak Bahagian
Ambilan dan Pembangunan Pelajar di Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
(JPPKK) yang bertanggungjawab untuk mengendalikan proses serta rekod kemasukan
pelajar.
4.0 Sorotan Literatur
4.1 Faktor Pemangkin Pemilihan Institusi Pelajar Untuk Menyambung Pengajian di Kolej
Komuniti Temerloh
Terdapat beberapa kajian yang telah dilaksanakan terhadap faktor pemangkin bagi
seseorang pelajar menentukan keputusan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih
tinggi setelah tamat SPM (Norhidayah, Ahmad Mujahideen & Najmuddin, 2017). Berdasarkan
kajian yang dijalankan oleh Awang, Ramli & Ibrahim (2012), antara faktor pemangkin kepada
pemilihan institusi pengajian adalah faktor pusat pengajian, faktor informatif, faktor prospek
masa depan, faktor pengaruh luar dan bentuk publisiti serta hebahan kepada masyarakat
umum.
4.2 Faktor Institusi Pengajian
Faktor pemilihan institusi pengajian yang mempengaruhi pelajar adalah lokasi institusi,
tawaran program, reputasi sesebuah institusi pengajian, kemudahan fasiliti, kos yang perlu
ditanggung oleh pelajar, elaun atau bantuan kewangan, kebolehpasaran pekerjaan selepas
tamat pengajian, hebahan atau promosi, jurucakap atau wakil dari pihak institusi dan juga
lawatan pelajar ke institusi (Sia, 2010). Menurut Awang (2012) selaras dengan penemuan Lay
dan Maguire (1981), Lawley dan Perry (1998), Murphy (1981), Sevier (1986) dan Keling (2006),
Wilkins dan Huisman (2001) yang menyatakan bahawa imej dan reputasi institusi mempunyai
kesan yang besar terhadap pemilihan destinasi pelajar. Lokasi Kolej Komuniti Temerloh
sebagai Titik Tengah Semenanjung Malaysia merupakan lokasi yang strategik bagi sebuah
institusi pendidikan.
4.3 Faktor Informatif
Malahan, informasi yang tepat tentang sesebuah institusi turut menjadi faktor pemangkin
kepada pemilihan para pelajar. Menurut Jusoh (2006) dan kajian yang telah dilakukan oleh
8
e-Prosiding Wacana Transformasi Ilmu e ISBN 978-967-18717-9-9
Davies (2003) mendapati bahawa strategi pemasaran yang berinformasi dan telus
menjadikan reputasi sesebuah institusi lebih dipercayai dan sekaligus pencetus hebahan
percuma di kalangan masyarakat umum di Malaysia. Menurut Naemat et al. (2017) sebaran
maklumat iaitu strategi pemasaran yang dilakukan oleh IPT terutamanya IPTA dan IPTS
menjadi antara faktor penarik pelajar memilih kursus pengajian yang ditawarkan oleh institusi
tersebut.
4.4 Faktor Prospek Masa Depan
Berdasarkan hasil kajian Davis J.S & Van Dusen (1975), pelajar lebih cenderung untuk memilih
institusi pengajian yang menawarkan program yang dapat memenuhi kehendak pasaran
kerja dan laluan yang mudah untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi kelak.
Pertimbangan ini memberikan manfaat kepada para pelajar dan sekaligus memacu kepada
kebolehpasaran kerja yang lebih berpotensi tinggi dan meluas skopnya. Memetik kata-kata
Pengarah Kanan Kompetensi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian
Pendidikan Malaysia, Dr. Mohd Rashahidi Mohamood di Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti
Pahang. Berdasarkan rekod tahun lalu, 95.4% pelajar keluaran Kolej Komuniti menjadi pilihan
pihak industri (Sinar Harian, 2019).
4.5 Faktor Pengaruh Luar
Kecenderungan para pelajar untuk bertanyakan pendapat serta saranan daripada kedua
ibu bapa mereka amatlah tinggi disebabkan mereka masih dibawah jagaan ibu bapa
masing-masing. Menurut Zamani & Rouyan (2016) kecemerlangan seorang anak, samada
dari sudut kejayaan akademik mahupun memiliki budi pekerti tinggi kebiasaannya terletak di
tangan kedua ibu bapa yang memainkan peranan penting mencoraknya. Sedikit sebanyak
ianya mempengaruhi pemilihan institusi di kalangan para pelajar. Ini disokong oleh kajian
yang dilakukan oleh Awang et al. (2012) dan juga Sia (2010). Bukan sahaja ibu bapa yang
menjadi tempat rujukan pelajar ini, malahan tidak terkecuali juga ahli keluarga dan rakan-
rakan sebaya serta guru-guru yang mengajar mereka. Saranan orang yang lebih rapat akan
menjadi lebih dekat di hati para pelajar ini, justeru itu setiap pelajar dan juga kakitangan Kolej
Komuniti Temerloh hendaklah mempunyai info yang tepat dan fakta-fakta yang lebih jelas
sebagai duta bergerak atau wakil jurucakap bagi pihak kolej untuk menyalurkan maklumat
kepada masyarakat dengan lebih menyeluruh sebagai usaha untuk mempromosikan
kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti Temerloh.
9
e-Prosiding Wacana Transformasi Ilmu e ISBN 978-967-18717-9-9
4.6 Bentuk Publisiti dan Hebahan
Selain itu, penyampaian maklumat tentang kemasukan ke Kolej Komuniti Temerloh pada
masa kini semestinya lebih pantas dengan kecanggihan teknologi yang telah tersedia seperti
media cetak (Majalah, Flyers, Keratan Akhbar, Artikel dan lain-lain) dan media massa
(Instagram, Facebook, Twitter, Whatsapp, Telegram dan lain-lain). Geuens, De Pelsmacker,
dan Faseur (2010) telah mengkaji keberkesanan penggunaan media massa sebagai salah
satu medium pengiklanan produk komersil yang terbukti berkesan kerana akses yang lebih
meluas kepada sasaran. Artikel yang ditulis dalam akhbar menjadi salah satu bentuk
hebahan yang meluas. Memetik artikel Meor Ahmad Nasriin (12 Julai 2018) bertajuk ‘Kerjaya
Jurupaip Perlu Kemahiran Tinggi’ menyatakan antara tarikan kerjaya itu berpotensi untuk
dijadikan kerja sambilan bagi mereka yang ingin mencari pendapatan sampingan. Artikel
tersebut membantu mempromosi Program Sijil Penyelenggaraan Bangunan (SPB).
4.7 Analisis Kajian dan Perbincangan
Kolej Komuniti Temerloh menawarkan 4 program peringkat Sijil Kolej Komuniti iaitu – Sijil Fesyen
dan Pakaian (SFP), Sijil Penyelenggaraan Bangunan (SPB), Sijil Reka Bentuk dan Pembuatan
Perabot (SRP) dan juga Sijil Teknologi Maklumat (STM). Jadual 1.0 dan Rajah 1.0 menunjukkan
trend kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti Temerloh mengikut program bagi ambilan
perdana sesi Julai bagi tahun 2017 dan sesi Jun bagi tahun 2018 sehingga tahun 2020:
Program 201 Norma 2018 Norma 2019 Norma 2020 Norma
7
SFP 26 30 60 30 36 60 32 30
SPB 40 60 30 30 32 60 25 30
SRP 8 20 8 20 12 30 4 15
STM 30 60 40 30 26 60 26 30
Jumlah 104 170 138 110 106 210 87 105
Peratusan 61.18% 125.46% 50.48% 82.86%
Kemasukan
Jadual 1.0: Trend kemasukan bagi ambilan perdana (sesi Jun / Julai) pelajar ke Kolej
Komuniti Temerloh mengikut program yang ditawarkan dari tahun 2018 sehingga tahun 2020
Data statistik yang telah dikeluarkan oleh pihak JPPKK menunjukkan penurunan yang drastik
pada tahun yang terkini iaitu sekitar 2019 sehingga 2020 berdasarkan kepada dapatan di
Jadual 1.0. Berdasarkan trend tersebut, dijangkakan bahawa kemerosotan bilangan
kemasukan pelajar pada tahun 2020 ini adalah disebabkan oleh wabak yang sedang
melanda dunia tidak terkecuali Malaysia. Menurut Jawatankuasa Pelaburan Dana Awam
(2020) melalui artikel bertajuk Pendidikan Tinggi di Malaysia Pasca COVID-19: Perubahan
10
e-Prosiding Wacana Transformasi Ilmu e ISBN 978-967-18717-9-9
Dalam Kesinambungan, Pendidikan Tinggi adalah antara sektor yang menerima kesan
signifikan daripada pandemik COVID-19.
Faktor keselamatan dan lokasi turut mempengaruhi trend kemasukan pelajar, di mana ibu
bapa merasakan wajar jika anak mereka berada dalam radius yang berhampiran dengan
lokasi tempat tinggal sahaja supaya mudah untuk melakukan pergerakan di dalam waktu
yang dirasakan kritikal ini. Menurut Ketua Pergerakan Sayap Wanita DTTG Miri Christina Kelit,
ibu bapa perlu mempunyai pendekatan mengetahui kegiatan anak di belakang mereka
termasuk menyiasat sendiri jika ada khabar angin mengatakan anak-anak mereka terlibat
dengan perkara tidak baik (Utusan Borneo Online, 2017).
Tindakan agresif dan aktif dalam mempromosikan imej-imej kolej komuniti kepada umum
melalui platform maya ataupun secara bersemuka telah diambil oleh pihak Bahagian
Ambilan dan Pembangunan Pelajar di Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
(JPPKK) dengan pelbagai hebahan maklumat serta promosi pengambilan melalui media
massa khususnya. Penyaluran maklumat yang pantas dan meluas ini telah membuka mata
dan minda pelajar serta ibu bapa dan masyarakat tentang kewujudan Kolej Komuniti di
Malaysia dan sekaligus menonjolkan bakat para pelajar di paparan akhbar untuk dijadikan
role-model kepada anak muda dan perlu momentum tersebut perlu dikekalkan bagi tahun
berikutnya.
Julai 2017 Jun 2018 Jun 2019 Jun 2020
70
60
50
40
30
20
10
0
SFP SPB SRP STM
Rajah 1.0: Carta graf trend kemasukan per program ke Kolej Komuniti Temerloh dari tahun
2017 sehingga tahun 2020 melalui ambilan perdana
11
e-Prosiding Wacana Transformasi Ilmu e ISBN 978-967-18717-9-9
Gambaran yang jelas pada Rajah 1.0 menunjukkan terdapatnya penurunan trend
kemasukan pelajar ke program Sijil Reka Bentuk dan Pembuatan Perabot berkemungkinan
disebabkan oleh faktor prospek masa depan yang tidak jelas dan dikaburi oleh bidang lain
yang lebih mencuri tumpuan. Malahan, faktor pengaruh luar yang kurang membina kerana
persepsi ibu bapa yang mungkin beranggapan bahawa sebuah program yang tidak
berpotensi dalam bidang pekerjaan masa kini dan memerlukan modal yang besar untuk
menyediakan kelengkapannya sekiranya anak mereka ingin memulakan perniagaan dalam
bidang tersebut.
Rajah 1.0 juga menunjukkan peningkatan yang sangat baik bagi program Sijil Fesyen dan
Pakaian berbanding rekod tahun sebelumnya dan adalah disebabkan oleh faktor pengaruh
luar dimana ibu bapa lebih cenderung untuk anak-anak mereka mempersiapkan diri dengan
kemahiran yang boleh menghasilkan pendapatan dari rumah khususnya. Ini kerana majoriti
pelajar yang menceburi bidang ini adalah dari golongan remaja perempuan.
Jumlah Kemasukan Pelajar ke KKTM
160 138 106 87 Jumlah Kemasukan Pelajar
140 Jun 2018 Jun 2019 Jun 2020
120
100
80 104
60
40
20
0
Julai 2017
Rajah 2.0: Enrolmen kemasukan bagi ambilan perdana (sesi Jun) pelajar ke Kolej Komuniti
Temerloh dari tahun 2018 sehingga tahun 2020
Peningkatan yang drastik berlaku kepada program Sijil Fesyen dan Pakaian pada tahun 2018
dijangkakan atas faktor publisiti dan hebahan yang dilakukan oleh unit tersebut dalam
menangani cabaran kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti Temerloh berdasarkan data dari
Rajah 2.0 di atas. Penglibatan aktif Program Sijil Fesyen Dan Pakaian dengan beberapa stesen
televisyen di Malaysia dalam menyediakan keperluan pakaian atau props bagi siaran
televisyen merupakan salah satu medan publisiti yang sangat luas kerana program-program
tersebut ditayangkan di seluruh Malaysia. Program Sijil Fesyen Dan Pakaian telah menjalankan
kolaborasi dengan rancangan Anugerah Juara Lagu (TV3), Wanita Hari Ini (TV3), Bismillah
Adduha (Astro Oasis), Drop The Beat (TV3) dan Halaqah (TV3).
12
e-Prosiding Wacana Transformasi Ilmu e ISBN 978-967-18717-9-9
Program 2017 2018 2019 2020
Sijil Fesyen dan Pakaian (SFP) 86.67% 100% 60% 106.67%
Sijil Penyelenggaraan Bangunan (SPB) 66.67% 50% 53.33% 83.33%
Sijil Reka Bentuk dan Pembuatan Perabot 40% 26.67% 40% 26.67%
(SRP) 50% 66.67% 43.33% 86.67%
Sijil Teknologi Maklumat (STM)
Jadual 2.0: Peratusan trend kemasukan per program ke Kolej Komuniti Temerloh dari tahun
2017 sehingga tahun 2020 melalui ambilan perdana
Trend kemasukan pelajar ke program Sijil Teknologi Maklumat mendadak naik berdasarkan
Jadual 2.0, dan ini berkemungkinan oleh faktor prospek masa hadapan yang lebih menyerlah
dan seiring dengan kepesatan pembangunan teknologi masa kini. Selain itu, trend
kemasukan pelajar ini turut berlaku disebabkan oleh ianya diiktiraf oleh Agensi Kelayakan
Malaysia (MQA), pensyarah yang berkelayakan serta berkualiti, kemudahan dan isfrastruktur
yang baik serta menepati kehendak pasaran kerja di industri. Publisiti yang telah dilakukan
oleh para pensyarah dari program tersebut juga menjadikan program ini sebagai salah satu
program rebutan di kalangan para pelajar dan generasi anak muda masa kini.
Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa beberapa faktor mampu menjadi pendorong kepada
peningkatan trend kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti Temerloh iaitu:
i. Promosi yang memberi impak berterusan oleh Bahagian Ambilan dan
Pembangunan Pelajar di Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).
ii. Kemudahan infrastruktur yang intensif dan terkini,
iii. Yuran yang sangat berpatutan berbanding institusi pengajian lain dalam tempoh
penyebaran pandemik ini menjadikan ianya sebagai salah satu penyelesaian
yang terbaik kepada golongan isi rumah majoriti dari kategori B40 ini.
iv. Program yang memenuhi pasaran dan menepati ‘niche’ serta berimpak tinggi
dalam kebolehpasaran graduan.
v. Para pensyarah yang berkelayakan, berkualiti dan komited dengan tugasan yang
digalas.
13
e-Prosiding Wacana Transformasi Ilmu e ISBN 978-967-18717-9-9
5.0 Kesimpulan
Kajian yang lebih menyeluruh akan dijalankan di Kolej Komuniti Temerloh (KKTM) untuk
membantu meningkatkan trend kemasukan pelajar kelak. Sasaran populasi kajian seterusnya
akan mengambil kira bagi ambilan sesi Disember setiap tahun pula untuk melihat polar dari
dimensi yang lebih terbuka. Kajian susulan juga akan mengambil kira faktor-faktor serta
promosi yang mempengaruhi perubahan trend kemasukan pelajar khususnya, Kajian
seumpama ini sedikit sebanyak diharapkan dapat membantu pihak Unit Pengambilan KKTM
khususnya untuk mendepani cabaran trend kemasukan pelajar di masa akan datang dan
mengaplikasikan teknik atau medium yang bersesuaian mengikut peredaran waktu.
Sehubungan dengan itu, semua pihak malah para pelajar juga wajar dan tidak terkecuali
untuk sama-sama berganding bahu untuk mempromosikan bagi meningkatkan trend
kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti Temerloh selain dari kualiti program yang menjadi
tonggak utama dalam pemilihan kemasukan pelajar.
6.0 Rujukan
Davis J.S & Van Dusen (1975). A Survey of Student Values and Choices: A Pilot Studies of
Relationships of Student Values, Perceptions and Choices of Institutions. New York College
Entrance Examination Board.
Norhayati Othman & Intan Junizah Abu Samah (2014). Pengaruh Pemilihan Pengajian ke Kolej
Komuniti dan Cadangan Promosi. Kolej Komuniti Selayang.
Norhidayah, M. H., Ahmad Mujahideen, H. Y., & Najmuddin, W. S. W. A. (2017). Faktor-faktor
Pendorong Pemilihan Kursus di Institusi Pengajian Tinggi – Satu Ulasan. Journal of Humanities,
Language, Culture and Business (HLCB).
Sia, J. K. M. (2010). Institutional Factors Influencing Students’ College Choice Decision in
Malaysia: A Conceptual Framework. International Journal of Business and Social Science.
Nurul Anith Abu Bakar & Wei Boon Quah (2018). Faktor Pendorong dan Strategi Promosi Untuk
Pengambilan Pelajar di Kolej Komuniti Sandakan (KKSK). Conference: National Conference on
The Sciences and Social Sciences 2018 (NACOSS ‘18)
Awang, H. A., Ramli, Z. Z., & Ibrahim, I. (2012). Faktor Tarikan Pelajar Siswazah Antarabangsa ke
Universiti Penyelidikan di Malaysia. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space.
Davies, R. (2003). Dropping Out: A Study of Early Leaves from Higher Education. Research
Report RR386, Warwick. Ac. Research 1 Dept. for Education & Skills.
Geuens, M., De Pelsmcker, P., & Feseur, T. (2010). Emotional Advertising: Revisiting The Role of
Product Category. Journal of Business Research.
Jusoh, N. (2006). Kajian Mengenai Faktor-Faktor Pemilihan Pelajar Matrikulasi Ke University
Tempatan (IPTA) Dan Kursus Pendidikan (Projek Sarjana Muda). Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknolgi Malaysia.
Yuzaini, M. Y., Fadhilah, A. R., & Faridah, B. (2011). Faktor Yang Mempengaruhi Pelajar Dalam
Memilih University: Kajian Kes. Proceeding 1st International Symposium On Conducive Learning
Environment for Smart School.
14
e-Prosiding Wacana Transformasi Ilmu e ISBN 978-967-18717-9-9
Abdul Hadi A., Nor ‘Adha A. H., Mohd Farok M. N., Norziah O., Nurkaliza K., Rahmatunnisah S.
(2014). Analisa Tren Kemasukan Pelajar: Kajian Kes di Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Selangor (KUIS). International Research Management and Innovation Conference 2014
(IRMIS2014).
Liew Chei Siang, Lam Eileen (2008). Analisis Pengaruh Pemilikan Jenis Institusi Pengajian Tinggi
Di Kalangan Pelajar IPTA Dan IPTS. Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke III
2008. Daya Tahan Ekonomi Negara: Dasar Dan Strategi Pengukuhan.
Meor Ahmad Nasriin Rizal Ishak (12 Julai 2018). Kerjaya Jurupaip Perlu Kemahiran Tinggi. Berita
Harian, Ruangan Varsiti, pp.1
Mohd Ridzuan N., Mohd Nor K., Mohd Radzuan H., Azhar A. & Lokhman Hakim O. (2017). Faktor
Pendorong yang Mempengaruhi Keputusan Melanjutkan Pengajian ke Institusi Pengajian
Tinggi (IPT) di kalangan Staf Kerajaan dan Swasta. Jurnal Personalia Pelajar 20 (2017)
Sinar Harian. (2019, Ogos 20). Kolej Komuniti Pahang Lahir Graduan Kebolehpasaran Tinggi.
Sinar Harian Online.
Mardhiyyah Zamani & Nurazan Mohmad Rouyan (2016). Pengaruh Serta Peranan Ibu Bapa
dalam Pembentukan Personaliti dan Keperibadian Syed Qutb: Analisis Autobiografi “Kisah
Seorang Anak Kampung”. International Journal of Humanities Technology and Civilization
(IJHTC).
Jawatankuasa Pelaburan Dana Awam (2020, Julai 9). Pendidikan Tinggi di Malaysia Pasca
COVID-19: Perubahan Dalam Kesinambungan. jkpda.gov.my
Utusan Borneo Online. (2017, September 25). Ibu Bapa Perlu Pantau Kegiatan Anak.
15
e-Prosiding Wacana Transformasi Ilmu e ISBN 978-967-18717-9-9
Keberkesanan Trainer Unit Sistem Penyamanan Udara Kenderaan (Trainner Kit Pu Kenderaan)
Sebagai Alat Bantu Mengajar (Abm) Bagi Kursus Penyamanan Udara Kenderaan.
Mohd Asraf Shami bin Abdul rani 1, [email protected], Kolej Komuniti Temerloh
Sh Yaccub Bin Sh Attar 2, [email protected] ,Kolej Komuniti Kota Marudu
Nurfarhanna binti Ibrahim 3 [email protected], Kolej Komuniti Bagan Datuk
ABSTRAK
Kajian ini mengkaji tahap keberkesanan pemahaman pelajar terhadap Tranner Kit
penyamanan udara kenderaan kepada pelajar semester 2 bagi subjek penyamanan udara
kenderaan. Bagi pengajaran modul Penyamanan Udara Kenderaan, pensyarah akan
menggunakan model kenderaan yang sebenar untuk mengajar teori dan amali. Keadaan
menjadi sukar bagi pelajar kerana pelajar tidak dapat melihat dengan jelas sistem yang
terdapat dalam kenderaan seperti pemampat, pemeluwap, penyejat, filter fryer dan lain-lain
kompenen kerana kedudukannya yang terhalang di ruang yang sempit. Oleh itu
penggunaan Trainner Kit Sistem Penyamanan Udara (Trainner Kit PU Kenderaan) sebagai alat
bantu mengajar bagi model penyaman udara kenderaan didapati dapat membantu pelajar
untuk memahami sistem dengan lebih baik. Ia adalah kit yang dibangunkan untuk
memberikan pendedahan kepada pelajar berkaitan sistem kawalan dan kitaran penyaman
udara kenderaan yang setara dan praktikal. Kajian secara kuantitatif telah dijalankan untuk
menilai ciri-ciri serta keberkesanan sistem tersebut. Satu set soal selidik diedarkan kepada
pelajar bagi menilai persepsi mereka mengenai penggunaan Trainner Kit PU Kenderaan dan
data dianalisa menggunakan perisian SPSS. Secara keseluruhannya, dapatan kajian
menunjukkan aspek tahap minat dapat diinterpretasikan pada tahap yang tinggi di mana
jumlah skor min keseluruhan mencatat nilai 4.50 iaitu melebihi tahap 3.81 (tinggi). Dari segi
interaktif dapatan menunjukkan tafsiran skor min mencatat nilai 4.52 iaitu dapat diinterpretasi
pada tahap yang tinggi. Bagi item kesesuaian pula, dapatan menunjukkan keseluruhan skor
min adalah pada nilai 4.51 iaitu pada tahap tinggi. Secara keseluruhannya, dapatan kajian
menunjukkan aspek kesan penggunaan dapat diinterpretasikan pada tahap yang tinggi di
mana jumlah skor min keseluruhan mencatat nilai 4.43.
Kata kunci: Alat Bantu Mengajar, Pemudahcara, Trainner Kit PU Kenderaan
16
e-Prosiding Wacana Transformasi Ilmu e ISBN 978-967-18717-9-9
1.0 PENGENALAN
Keberkesanan pelbagai kaedah pengajaran adalah penting bagi menyampaikan isi
pelajaran supaya ia nampak lebih menarik kepada pelajar. Alat bantu mengajaryang mana
juga dikenali sebahagian daripada media pengajaran yang ditakrifkan sebagai audio visual
dan bahan-bahan yang berkaitan dengannya yang berfungsi dalam perlaksanaan sesuatu
pengajaran (Heinich et.al 2002). Berdasarkan definisi di atas, jelas menekankan alat bantu
mengajar sebagai satu elemen yang amat penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Proses PdP dijalankan perlu mengambil kira dari segi persepsi pelajar. Kaedah
pengajaran yang kurang menarik sudah pasti tidak dapat memenuhi kepuasan pelajar
dalam proses PdP. Kita selalu beranggapan, penggunaan perkataan di dalam kelas sudah
memadai untuk menyampaikan mesej dalam sesuatu pengajaran. Seringkali ramai
pensyarah yang berpegang kepada kepercayaan tersebut, ini menyebabkan timbulnya
masalah komunikasi pensyarah dengan pelajar.
Justeru itu, penggunaan berkesan jika pengajaran berdasarkan perkataan bersama-sama
dengan gambar atau simbol yang lebih konkrit maknanya kepada pemahaman para pelajar.
Penggunaan alat dan bahan sumber pelajaran secara terancang dan teratur akan
menjadikan pendidikan lebih bermakna dan mendatangkan kesan yang positif di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, dalam penyampaian sesuatu pengajaran,
penggunaan alat bantuan mengajar yang sesuai sangat penting terutamanya mata
pelajaran teknikal. Sebagai contoh, mata pelajaran teknikal seperti penyejukan dan
penyamanan udara, pembelajaran secara praktikal, penggunaan simulasi, latihan kerja
(Hands-On), projek, kaedah penyelesaian masalah dan contoh penyelesaian yang banyak
adalah penting untuk meningkatkan pemahaman dan pengalaman pelajar
Konsep dan kaedah PdP yang menjurus kepada penggunaan ABM semakin mendapat
perhatian terutamanya daripada institusi-institusi pendidikan di Malaysia.Perlaksanaan
pengajaran menggunakan kit atau simulasi dalam PdP membantu proses menyelesaikan
masalah pelajar-pelajar dalam mata pelajaran tertentu. Pelajar lebih minat terhadap
pembelajaran menggunakan kit atau simulasi berbanding tradisional. Hal ini menunjukkan
pendekatan melalui penyampaian secara syarahan dan penerangan sepenuhnya oleh
pendidik tidak releven di masa sekarang (Faridah, 2017). Trainner Kit PU Kenderaan boleh
digunakan sama ada dalam aplikasi pembelajaran, latihan, permainan dan sebagainya. Kit
ini menjadikan proses PdP lebih mudah bagi melengkapi modul penyaman udara kenderaan.
17
e-Prosiding Wacana Transformasi Ilmu e ISBN 978-967-18717-9-9
2.0 PENYATAAN MASALAH DAN KAJIAN LITERASI
2.1 Penyataan Masalah
Pengajaran merupakan proses untuk menyampai dan menyumbang idea-idea serta
memudahcara pembinaan ilmu, menentukan standard dan menggalakkan kreativiti,
membantu seseorang pelajar untuk belajar dan mencabar pelajar ke arah pencapaian
potensi optimum. Pengajaran boleh dihuraikan sebagai satu cara untuk menyediakan pelajar
dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik. Faktor
terpenting dalam pengajaran ialah pensyarah perlu menilai keperluan– keperluan
pembelajaran yang spesifik dan mengaplikasi strategi-strategi serta aktivitiaktiviti yang sesuai
untuk pelajar. Penguasaan terhadap teori penyejukan dan penyamanan udara oleh pelajar-
pelajar kolej komuniti agak kurang memuaskan. Namun begitu, pelajar sukar memahami
sistem penyejukan dan penyamanan udara dengan baik kerana pelajar tidak mengetahui
fungsi-fungsi setiap satu komponen yang menyebabkan system berfungsi termasuklah
pemampat, pemelwap, penyejat, peranti pemeteran dan komponen tambahan lain.
Trainner Kit PU Kenderaan dapat membantu pelajar memberi tumpuan serta pemahaman
yang lebih mendalam semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Justeru,
pembangunan Trainner Kit PU Kenderaan dalam pengajaran yang dapat memudahkan
pemahaman pelajar terhadap penyaman udara kenderaan dan konsep asas kitaran
penyejukan adalah wajar dibina bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran bagi
modul penyejukan udara kenderaan.
Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran amali bagi penyamanan kenderaan
memerlukan pelajar memahami simbol, komponen, pemasangan dan pendawaian,
pengujian serta kefungsian. Produk Trainner Kit PU Kenderaan ini akan dapat membantu
pensyarah mengajar dengan lebih bersistematik dan berkesan. Pensyarah dapat melakukan
demontrasi kitaran penyejukan dan sistem kawalan dengan menunjukkan keadaan sebenar
di dalam bengkel. Dengan terhasilnya Trainner Kit PU Kenderaan, pelajar berpeluang
melaksanakan amali sistem penyejukan di dalam makmal. Justeru, pelajar dapat
membiasakan diri dan akan lebih bersedia apabila melangkah ke alam pekerjaan. Oleh itu,
penilaian secara kualitatif telah dijalankan bagi melihat keberkesanan kit dari segi minat
pelajar terhadap pengajaran, adakah system ini interaktif serta sesuai untuk pelajar dan
apakah kesan penggunaan kit ini terhadap pelajar.
18
e-Prosiding Wacana Transformasi Ilmu e ISBN 978-967-18717-9-9
2.2 Kajian Literasi
Menurut Ikhsan dan Norila (2005) telah melakukan kajian tentang tahap keberkesanan P&P
menggunakan pancaindera. Daripada hasil kajiannya didapati 75% penerimaan daripada
pancaindera penglihatan, 13% penerimaan daripada pancaindera pendengaran, 6%
penerimaan daripada pancaindera sentuhan, 3% penerimaan daripada pancaindera rasa
dan 3% penerimaan daripada pancaindera hidu. Hasil kajian ini telah menunjukkan
kepentingan pensyarah untuk mengaplikasikan alat bantu mengajar di dalam pengajaran
dan pembelajaran untuk memastikan pelajar dapat memahami dan mengingati apa yang
diajar. Hal ini adalah kerana penggunaan ABM dapat memberi pelajar menggunakan lebih
banyak deria untuk belajar. Contohnya, pengunaan video animasi, gambar rajah dan alatan
sebenar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran menyebabkan pelajar berpeluang
belajar lebih mudah kerana mereka dapat melihat apa yang berlaku tanpa perlu
berimaginasi. Menurut Atan Long (1982), bahan-bahan pengajaran dan bahan bantu
mengajar terdapat pelbagai jenis antaranya dalam bentuk buku, carta atau slaid yang
dipancarkan pada layar. Bahan-bahan yang menyokong penyampaian pembelajaran diberi
nama “alat bantu mengajar”. Bagi Noraziah Abdul Hamid (1981) pula, bahan bantu itu
mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses pembelajaran. Ia
bertujuan menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya,
murid sesama murid serta membantu mempercepatkan proses pemahaman mereka. Bahan
pengajaran adalah perkara yang berkait rapat dengan pengajaran seseorang guru. Selain
pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan dalam sesuatu pengajaran, bahan
pengajaran mempunyai peranan yang besar dalam menentukan kelicinan keberkesanan
pengajaran (Leela Mohd Ali dan Graham Thurgood, 1991).
Musa Sulaiman (2005) pula, BBM adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru dan
murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Manakala
pembelajaran ialah merupakan perubahantingkah laku atau kebolehan untuk menunjukkan
perlakuan yang dikehendaki hasil daripada latihan ataupun pelbagai bentuk pengalaman
(Evans & Brueckner, 1990; Gagne, 1985). Salah satu cara yang amat penting adalah melalui
penggunaan ABBM.ABBM boleh menimbulkan rangsangan dan keinginan pelajar untuk
mengetahui lebih mendalam tentang sesuatu pengajaran oleh menjadikan proses
pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Penggunaan alat, dan bahan sumber pelajaran
secara terancang dan teratur akan menjadikan pendidikan lebih bermakna dan
mendatangkan kesan yang positif di dalam proses PnP. Oleh itu, dalam penyampaian sesuatu
pengajaran, penggunaan alat bantuan mengajar yang sesuai sangat penting terutamanya
bagi mata pelajaran teknikal.
19
e-Prosiding Wacana Transformasi Ilmu e ISBN 978-967-18717-9-9
Selain itu, menurut Hasan (1993), dalam sebuah bilik darjah, setiap individu mempunyai
psikologi dan kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama lain. Lantaran itu pengajaran
yang dirancang perlu sesuai, disusun (mengikut tahap pelajar) dan disokong (dengan alat
bantu mengajar) bagi meransang perkembangan potensi individu ke tahap yang maksimum.
ABM adalah penting dalam pengajaran dan pendidikan keranya ianya dapat meransang
minat yang tinggi kepada pelajar untuk berlajar. Disamping itu, menurut Wan (2007), semakin
banyak pancaindera yang digunakan semakin berkesan sesuatu pembelajaran. Ini kerana
pancaindera yang berlainan menghasilkan respon yang berlainan. Setiap pancaindera
melengkapi kekurangan dan mengukuhkan penanggapan pancaindera yang lain.
Oleh itu, pengajaran yang menggunakan pelbagai ABM dapat mengerakkan pelbagai
pancaindera dan dapat melahirkan kesan yang berbeza melalui pembelajaran dengan
pengalaman langsung. Walau apapun takrifan yang diberikan oleh sarjana ABM, semua
definisi di atas jelas menekankan bahawa alat bantu mengajar (ABM) merupakan alat atau
bahan yang digunakan bagi memudahkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
Oleh itu, bolehlah disimpulkan bahawa ABM adalah satu alat sokongan pensyarah yang
amat penting dalam membantu mereka menyampaikan pengajaran dan pembelajaran
dengan lebih berkesan.
3.0 OBJEKTIF, PERSOALAN KAJIAN, SKOR DAN BATASAN KAJIAN
3.1 Objektif Kajian
Antara perkara yang menjadi objektif dalam perbincangan di dalam kajian ini ialah:
1. Mengenalpasti tahap minat pelajar terhadap penggunaan Trainner Kit PU Kenderaan
dalam pengajaran.
2. Mengenalpasti pandangan pelajar tentang Trainner Kit PU Kenderaan dari segi
kesesuaian dalam membantu pengajaran
3. Mengetahui kesan penggunaan Trainner Kit PU Kenderaan terhadap kefahaman
pelajar dalam modul penyamanan udara kenderaan
.
3.2 Persoalan Kajian
1. Bagaimanakah tahap minat pelajar terhadap penggunaan Trainner Kit PU Kenderaan
dalam pengajaran.
2. Bagaimanakah pandangan pelajar tentang Trainner Kit PU Kenderaan dari segi
interakti dan kesesuaian dalam membantu pengajaran
3. Apakah kesan penggunaan Trainner Kit PU Kenderaan terhadap kefahaman pelajar
dalam modul penyamanan udara kenderaan
20
e-Prosiding Wacana Transformasi Ilmu e ISBN 978-967-18717-9-9
3.3 Skop Kajian Dan Batasan Kajian
Skop kajian ini hanya menjurus kepada penggunaan Trainner Kit PU Kenderaan bagi modul
penyamanan udara kenderaan dari empat aspek utama iaitu minat, interaktif, kesesuaian
dan kefahaman aplikasi. Kajian ini tidak mengambil kira faktor-faktor luar yang
mempengaruhi pelajar seperti factor peralatan, keselesaan bengkel, pengetahuan asas
pelajar dan pengaruh rakan sebaya. Manakala responden adalah terdiri daripada hanya
pelajar Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara semester 2 dan semester 3 sahaja
memandangkan hanya mereka yang biasa menggunakan trainer kit ini.
4.0 METODOLOGI
Populasi kajian ini adalah keseluruhan pelajar semester 3 dan 4 Program Sijil Teknologi
Penyejukan dan Penyamanan Udara Kolej Komuniti Kota Marudu, Sabah. Seramai 21 orang
terdiri daripada 5 orang pelajar semester tiga (3) dan 16 seorang pelajar semester empat (4).
Penyelidik menjadikan pelajar semester tiga (3) dan semester empat (4) sebagai responden
kerana mereka pernah mengambil modul Penyamanan Udara Kenderaan.
4.1 Instrumen Kajian
Dalam kajian ini, instrument kajian yang digunakan ialah berbentuk soal selidik yang
diadaptasi daripada kajian Saridah Hussien (2010). Namun, penyelidik membuat
penambahbaikkan dan menyesuaikannya mengikut tajuk kajian. Hal ini bagi memastikan
objektif kajian yang dijalankan tercapai. Borang soal selidik ini terdiri daripada tiga bahagian
iaitu Bahagian A, B, C dan D.
Jadual 1: Taburan Kandungan Soal Selidik
Item No. Item Jumlah
A. Minat 1 – 11 11
B. Interaktif 12 – 15 4
C. Kesesuaian 16 – 21 6
D. Kefahaman Apliksai 22 - 26 5
Skor Jadual 2: Skala Pemeringkatan Likert
1 Pilihan Jawapan
2 Sangat Tidak Setuju
3 Tidak Setuju
Tidak Pasti
21
e-Prosiding Wacana Transformasi Ilmu e ISBN 978-967-18717-9-9
4 Setuju
5 Sangat Setuju
Sumber: Mohamad Najib (1999)
4.2 Kaedah Analisis Data
Analisis data dilakukan bertujuan bagi mendapatkan hasil dan keputusan kajian untuk
dijadikan maklumat yang berguna dan bermakna. Data-data yang telah diperolehi dan
dikumpul daripada kajian ini adalah bebentuk kuantitatif. Dalam kajian ini, kaedah
penganalisaan data digunakan termasuklah peratusan dan min iaitu analisis statistik deskriptif.
Menurut Wiersma (1995), soal selidik yang menggunakan markah lima mata dalam skala likert
perlu diubah kepada tiga mata untuk memudahkan proses analisis data seperti Jadual 3:
Jadual 3: Pengelasan Maklum Balas Responden Berdasarkan Skor Min
Skala Tahap
1.00 – 2.40 Rendah
2.41 – 3.80 Sederhana
3.81 – 5.00 Tinggi
Sumber: Wiersma (1995)
5.0 ANALISA DAN KEPUTUSAN
5.1 Analisis Deskriptif Demografi Responden
Jadual 4: Ciri-ciri Demografi Responden
CIRI-CIRI DEMOGRAFI FREKUENSI PERATUS (%)
Umur
18 – 25Tahun 40 100
Semester
Semester 2 SPU2 13 32.5
Semester 3 SPU3 27 67.5
5.2 Analisis Deskriptif
22
e-Prosiding Wacana Transformasi Ilmu e ISBN 978-967-18717-9-9
Persoalan Kajian 1
Bagaimanakah tahap minat pelajar terhadap penggunaan Trainner Kit PU Kenderaan dalam
pengajaran?
Jadual 5: Tahap minat pelajar terhadap penggunaan Trainner Kit PU Kenderaan
No Soalan STS TS TP S SS Min
% % % %%
1 2 3 45
1 Saya suka menghadiri kelas yang 40 60 4.6
diajar dengan menggunakan (16) (24)
Trainner Kit PU Kenderaan
2 Saya menumpukan perhatian di 2.5 47.5( 50 4.48
dalam kelas yang diajar (1) 19) (20)
menggunakan Trainner Kit PU
Kenderaan
3 Saya tidak mudah berasa bosan 5 47.5 50 4.55
semasa proses pengajaran & (2) (19) (19)
pembelajaran (PdP) berlangsung.
4 Saya memahami sepenuhnya apa 5 45 50 4.45
yang diajar oleh pensyarah apabila (2) (18) (20)
Trainner Kit PU Kenderaan
digunakan
5 Saya berkeyakinan semasa 2.5 50 47.5 4.45
menjawab soalan yang diberikan (1) (20) (19)
selepas pengajaran menggunakan
Trainner Kit PU Kenderaan
6 Saya mendapati penggunaan 7.5 17 20 4.43
Trainner Kit PU Kenderaan telah (3) (17) (20)
meningkatkan minat saya
terhadap pengajaran oleh
pensyarah berbanding kaedah
pengajaran biasa
7 Saya menghayati segala contoh , 2.5 37.5( 60 4.58
simulasi yang digunakan oleh (1) 15) (24)
23
e-Prosiding Wacana Transformasi Ilmu e ISBN 978-967-18717-9-9
pensyarah apabila menggunakan 12.5 25 62.5 4.50
Trainner Kit PU Kenderaan (5) (10) (25)
12.5 37.5 50.0( 4.38
8 Saya seronok menggunakan (5) (15) 20)
Trainner Kit PU Kenderaan
7.5 37.5( 55 4.48
9 Trainner Kit PU Kenderaan ini (3) 15) (22)
memberikan semangat kepada
saya untuk mendalami bidang 7.5 25 67.5 4.6
penyamanan Udara (3) (10) (27)
10 Proses pembelajaran dan 4.50
pengajaran menggunakan Trainner
Kit PU Kenderaan ini menarik minat
saya
11 Trainner Kit PU Kenderaan ini
memberi peluang kepada saya
untuk mencuba sendiri bagaimana
melaksanakan proses kawalan
dalam penyamana udara
kenderaan
Keseluruhan
Persoalan Kajian 2
Bagaimanakah pandangan pelajar tentang Trainner Kit PU Kenderaan dari segi interaktif dan
kesesuaian dalam membantu pengajaran?
Jadual 6: Pandangan pelajar terhadap penggunaan Kit Sistem Penyamanan Udara
Kenderaan dari segi interaktif
No Soalan STS TS TP S SS Min
%%%%%
12345
12 Trainner Kit PU Kenderaan sentiasa 10.0 45.1 45 4.35
berfungsi dengan baik (4) (18) (18)
24
e-Prosiding Wacana Transformasi Ilmu e ISBN 978-967-18717-9-9
13 Apabila dihidupkan ia cepat 2.5 47.5( 52.5 4.6
beroperasi dan dapat berfungsi (1) 19) (21)
seperti yang diharapkan.
47.5 52.5 4.53
14 Ia mudah dibersihkan dan disimpan (19) (21)
2.5 35 62.5 4.60
15 Komponen asasnya yang ringkas (1) (14) (25)
memudahkan pengendalian dan
tidak mudah rosak 4.52
Keseluruhan
Jadual 7: Pandangan pelajar terhadap penggunaan Kit Sistem Penyamanan Udara
Kenderaan dari segi kesesuaian dalam membantu pengajaran
No Soalan STS TS TP S SS Min
% % % %%
1 2 3 45
16 Saya tahu menggunakan Kit Sistem 5.0 45.0 50.1 4.45
Penyamanan Udara Kenderaan (2) (18) (20)
17 Saya tertarik dengan bentuk 55 45 4.45
Trainner Kit PU Kenderaan (22) (18)
18 Saya berminat dengan Trainner Kit 42.5 57.5( 4.58
PU Kenderaan kerana ianya kreatif (17) 23)
dan memudahkan saya untuk
mempelajari modul ini 45 55 4.55
(18) (22)
19 Kedudukan suis berada pada
tempat yang sesuai dan mudah 45 55 4.55
dicapai (18) (22)
20 Rekabentuk keseluruhan Trainner Kit
PU Kenderaan dapat
mengambarkan proses kitaran
penyamanan udara kenderaan
yang sebenar
21 Tidak terdapat 2.5 45 52.5( 4.50
bahagian/komponen dalam (1) (18) 21)
Trainner Kit PU Kenderaan ini yang
25
e-Prosiding Wacana Transformasi Ilmu e ISBN 978-967-18717-9-9
boleh 4.51
membahayakan/mencederakan
pengguna
Keseluruhan
Persoalan Kajian 3
Apakah kesan penggunaan Trainner Kit PU Kenderaan terhadap kefahaman pelajar dalam
modul penyamanan udara kenderaan?
Jadual 8: Pandangan pelajar terhadap kesan penggunaan Trainner Kit PU Kenderaan
terhadap kefahaman pelajar dalam modul penyamanan udara kenderaan
No Soalan STS TS TP S SS Min
% % % %%
1 2 3 45
22 Proses kitaran yang terlibat dapat 5.0 55.0( 40.0 4.35
dilihat dan diterangkan dengan (2) 22) (16)
terperinci.
23 Trainner Kit PU Kenderaan ini 2.5 50.0( 47.5 4.45
memberikan peluang kepada saya (1) 20) (19)
melihat aplikasi proses kitaran
dengan jelas
24 Trainner Kit PU Kenderaan ini dapat 2.5 40.0 57.5 4.55
melatih pelajar membuat (1) (16) (23)
pendawaian dan perpaipan
kuprum dengan lebih baik
25 Trainner Kit PU Kenderaan ini dapat 5.0 50.0( 45 4.40
merangsang perkembangan idea (2) 20) (18)
dalam aplikasi sistem penyaman
udara
26 Saya merasakan penggunaan Kit 2.5 7.5 42.5 50 4.40
Sistem Penyamanan Udara (1) (3) (17) (20)
Kenderaan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran
26
e-Prosiding Wacana Transformasi Ilmu e ISBN 978-967-18717-9-9
(P&P) Modul Penyamanan Udara 4.43
Kenderan amat sesuai
Keseluruhan
6.0 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
6.1 Analisa Demografi
Dapatan kajian menunjukkan bahawa, daripada 40 borang soal selidik yang diedarkan,
seramai 13 orang (32.5%) daripada responden adalah dari semester 2 sementara 27 orang
(67.5%) adalah dari semester 3. Pemilihan responden adalah kerana mereka pernah
mempelajari Modul Penyamanan Udara Kenderaan semasa semester 2. Dari segi umur pula
kesemua pelajar adalah berumur dalam lingkungan 18-25 tahun.
6.2 Aspek Tahap Minat
Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan aspek tahap minat dapat
diinterpretasikan pada tahap yang tinggi di mana jumlah skor min keseluruhan mencatat nilai
4.50 iaitu melebihi aras 4.81 (Tahap Tinggi). Analisis ke atas kesemua sebelas item mempunyai
nilai skor min antara 4.38 (tinggi) hingga 4.60(tinggi). Ini menunjukkan tahap minat pelajar
terhadap Trainner Kit Sistem PU Kenderaan oleh pelajar adalah tinggi. Malah hampir kesemua
mereka suka menghadiri kelas yang diajar dengan menggunakan Trainner Kit Sistem
Penyamanan Udara Kenderaan.
6.3 Aspek Interaktif dan Kesesuaian
Bagi empat item interaktif yang dinilai, dapatan menunjukkan tafsiran skor min mencatat nilai
keseluruhan 4.52 iaitu dapat diinterpretasi pada tahap yang tinggi. Analisis ke atas ke semua
item yang dikaji mempunyai nilai skor min antara 4.35 (tinggi) hingga 4.6 (tinggi). Secara
keseluruhannya, dapatan kajian membuktikan bahawa Trainner Kit PU Kenderaan dapat
berfungsi dengan baik seperti yang diharapkan, mudah dibersihkan dan disimpan serta
kompenen yang ringkas memudahkan pengendalian.
Bagi tujuh item kesesuaian pula, dapatan menunjukkan keseluruhan skor min adalah pada
nilai 4.51 iaitu pada tahap tinggi. Analisa keatas semua item mencatatkan nilai min sekitar
4.45(tinggi) hingga 4.58 (tinggi). Ini menunjukkan pelajar menyatakan bahawa rekabentuk
keseluruhan Trainner Kit PU Kenderaan dapat mengambarkan proses kitaran penyamanan
udara kenderaan yang sebenar dimana mereka mengetahui cara menggunakan kit ini dan
ianya adalah kreatif dan memudahkan pelajar mempelajari modul tersebut
27
e-Prosiding Wacana Transformasi Ilmu e ISBN 978-967-18717-9-9
6.4 Aspek Kesan Penggunaan
Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan aspek kesan penggunaan dapat
diinterpretasikan pada tahap yang tinggi di mana jumlah skor min keseluruhan mencatat nilai
4.43. Analisis ke atas kesemua item mempunyai nilai skor min antara 4.35 (tinggi) hingga 4.55
(tinggi). Ini menunjukkan Trainner Kit PU Kenderaan dapat melatih pelajar membuat
pendawaian dan perpaipan kuprum dengan lebih baik, memberikan peluang kepada
pelajar melihat aplikasi proses kitaran dengan jelas dan dapat merangsang perkembangan
idea dalam aplikasi sistem penyaman udara
7.0 RUMUSAN
Hasil kajian mendapati bahawa bahan pengajaran Trainner Kit PU Kenderaan adalah
berguna untuk menyampai dan menyumbang idea-idea serta memudahcara pembinaan
ilmu, menggalakkan kreativiti, membantu seseorang pelajar untuk belajar dan mencabar
pelajar ke arah pencapaian potensi optimum. Penggunaan kit ini boleh dilaksanakan dalam
modul Penyamanan Udara Kenderaan sebagai medium pembelajaran era baru sejajar
dengan perkembangan teknologi. Melalui penggunaan pembelajaran berkonsepkan
mudah alih yang lebih fleksibel ini, boleh dijadikan penambahbaikan dan nilai tambah
kepada proses pengajaran dan pembelajaran konvensional sedia ada kini. Trainner Kit PU
Kenderaan adalah suatu kit mesra pengguna, mudah dibangunkan, mudah digunakan serta
boleh diaplikasikan untuk semua modul penyejukan dan penyamanan udara. Seterusnya,
kajian keberkesanan pengunaan perlu dilaksanakan untuk melihat impak ke atas
penggunaan kit ini sebelum di aplikasikan secara menyeluruh bagi semua modul
penyamanan udara yang ditawarkan. Ini selaras dengan matlamat untuk menjadikan
pengajarann amali bengkel sebagai medium pembelajaran era baru seiring dengan
perkembangan teknologi semasa. Cabaran atau pemahaman itu dapat diatasi dengan
penggunaan alat bantu mengajar kerana kemampuannya dalam memberikan pengalaman
dan persepsi yang sama serta tepat tentang sesuatu konsep atau prinsip kepada semua
pelajar. Selain itu, pencapaian para pelajar akan menjadi lebih berkesan melalui
penggunaan alat bantu mengajar. Ini kerana murid dapat memahami dan menguasai
tentang sesuatu konsep dan secara tidak langsung dapat memperbaiki keputusan penilaian
di dalam kelas. Pensyarah juga dapat memenuhi pencapaian objektif pembelajaran yang
diharapkan dalam sesuatu isi kandungan pada akhir proses pengajaran dan
pembelajaran.Cabaran-cabaran dalam melaksanakan aplikasi ini perlu diberi tumpuan
utama dalam usaha untuk menjadikan Trainner Kit PU Kenderaan ini satu medium
28
e-Prosiding Wacana Transformasi Ilmu e ISBN 978-967-18717-9-9
pembelajaran yang lebih berkesan. Komitmen semua pihak termasuk pihak pengurusan
organisasi, pensyarah mahupun pelajar amat diperlukan bagi merealisasikannya.
8.0 RUJUKAN
Kamarudin Hj. Husin (1990). Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa. Kuala Lumpur :
Saujana.
Azizi Yahaya et. al. (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Mohd Majid Konting (2000). Kaedah penyelidikan Pendidikan . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka
Baharuddin Aris & Shariff Omar (1995). Amalan Menggunakan Alat Dan Bahan Bantu
Mengajar Di Kalangan Guru Sekolah Menengah : Kajian Awal. UTM: Kertas Universiti Teknologi
Malaysia : Tesis Sarjana Muda.Kerja Yang Dibentangkan Pada Kongres Sains Dan Teknologi
Malaysia.
Abdul Rahim Abdul Rashid, Abdul Aziz Abdul Talib, Abdul Ghafar Md Din Mohamad Harun.
Panduan Latihan Mengajar : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992
Manisah Mohd. Ali & Norizza Sahal (2016). Intervensi Meningkatkan Tumpuan dalam
Pembelajaran Murid Bermasalah Pembelajaran: Jurnal Pendidikan Malaysia 41(1)(2016): 1-6
Zainab Abdul Jamil (1995). Kekerapan Penggunaan Alat Bantu Mengajar Di Kalangan
GuruGuru Kemahiran Hidup Bersepadu Di Daerah Kerian, Perak. Universiti Teknologi Malaysia
: Tesis Sarjana Muda.
Zakiul Human Bin Mahamud, Syarafina Binti Shahril, Nurr Hidayah Binti Abdus Salam.
Kajian Keberkesanan Alat Bantu Mengajar (Abm) Bacadol 2018
Nurhanim Saadah Abdullah, Ramlan Zainal Abidin dan Suhaimi Mohamad,”Kesan
Penggunaan
Kit Pengajaran Bersepadu Magnetik-PLC terhadap kefahaman konsep asas kawalan magnet
dan PLC,” 2002
29
e-Prosiding Wacana Transformasi Ilmu e ISBN 978-967-18717-9-9
Penggunaan Alat Bantu Mengajar ke Atas Pensyarah bagi Topik Kerja Kayu dan Pembuatan
Perabot
Reimi Asraf bin Rawi, Mohd Zool Fazlee bin Basir
Kolej Komuniti Temerloh
Abstrak
Seorang pensyarah yang berkualiti boleh menguasai serta merealisasikan segala kemahiran,
pengetahuan dan kepakaran yang ada pada diri sendiri serta alat untuk meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bengkel. Kajian ini dijalankan untuk
melihat penggunaan alat bantu mengajar dalam kalangan pensyarah Reka Bentuk dan
Pembuatan Perabot bagi topik kerja kayu dan pembuatan perabot. Instrumen kajian yang
dijalankan adalah kaedah kualitatif melalui pemerhatian yang berbentuk borang
pemantauan. Sampel kajian yang digunakan melibatkan 4 kumpulan pensyarah dan setiap
kumpulan mewakili 5-6 orang. Data yang diperolehi melalui borang pemantauan akan
digunakan untuk melihat tahap penggunaan ABM serta keberkesanannya dalam proses PdP.
Dapatan kajian telah menunjukkan tahap penggunaan ABM tradisional dan elektronik seperti
papan putih, komputer dan sofware telah digunapakai oleh pensyarah. Kebanyakkan
pensyarah masih menggunakan bahan bercetak seperti helaian tugasan dan helaian amali
semasa proses penilaian. Walau bagaimanapun, penggunaan ABM berunsur elektronik
seperti audio visual, komputer dan software diberi perhatian khusus memandangkan
penggunaan ini lebih menarik pelajar apatah lagi dalam pengajaran kerja kayu dan
pembuatan perabot yang telah disignifikan dengan kerja amali melibatkan kemahiran
berunsurkan audio visual.
1.0 PENGENALAN
Sejarah telah mengatakan bahawa pendidikan teknikal dan vokasional secara formal
telah bermula di negara ini seawal tahun 1906 apabila sekolah teknik yang pertama
ditubuhkan. Pelbagai akta dan ordinan telah diluluskan untuk memartabatkan sistem
pendidikan teknikal dan vokasional sebelum dan selepas negara merdeka. Seterusnya,
penubuhan Maktab Perguruan Teknik pada tahun 1962 dan politeknik yang pertama iaitu
Politeknik Ungku Omar pada tahun 1969 serta penubuhan awal 10 buah Kolej Komuniti pada
pertengahan Jun 2001. Dengan penubuhan institusi-institusi pendidikan teknikal ini, latihan
pensyarah teknikal dan vokasional mula berkembang dengan pesat untuk memenuhi
permintaan sektor pekerjaan dan guna tenaga manusia. Tidak dapat dinafikan, pensyarah
teknikal memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)
terutama yang bersifat amali dan hands-on. Dalam menyahut cabaran Malaysia yang ingin
menjadi negara maju, pensyarah teknikal perlu kreatif dalam mendidik serta menyampaikan
ilmu bagi menjamin pelajarnya menguasai apa yang diajar. Antaranya, penggunaan alat
bantu mengajar (ABM) dalam proses PdP yang sesuai supaya pelajar dapat menguasai dan
memahami dengan baik apa yang disampaikan oleh pensyarah. Dengan adanya ABM yang
relevan, ia dapat membantu pensyarah menerangkan sesuatu konsep dengan lebih jelas
berbanding dengan penerangan secara lisan. Menurut Kulop Saad dan Ahamad (2000),
dalam sebuah bilik darjah, setiap individu mempunyai psikologi dan kebolehan intelek yang
berbeza antara satu sama lain. Lantaran itu, pengajaran yang dirancang perlu sesuai, disusun
mengikut tahap pelajar dan disokong dengan alat bantu mengajar bagi meransang
perkembangan potensi individu ke tahap yang maksimum. Jadi, setiap pensyarah teknikal
perlu bijak serta kreatif dalam pengajarannya dengan memperbanyakkan penggunaan ABM
30
e-Prosiding Wacana Transformasi Ilmu e ISBN 978-967-18717-9-9
dalam pengajaran mereka. ABM adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran
kerana ia dapat meransang minat pelajar untuk belajar. Alat bantu mengajar sama ada
dalam bentuk elektronik atau bukan elektronik adalah alat sokongan yang penting dalam
meningkatkan kefahaman pelajar di samping mengekalkan minat belajar. Selain itu, alat
bantu mengajar juga dapat menjelaskan mesej yang ingin disampaikan. Dale (1969)
menyatakan bahawa pengajaran dapat ditingkatkan dengan berkesan apabila dibantu
dengan media yang membolehkan pengalaman dalam ingatan. Penglibatan melalui
pengalaman merupakan cara yang paling berkesan dalam pembelajaran. Justeru itu,
pensyarah khususnya dalam kursus kerja kayu dan pembuatan perabot hendaklah sentiasa
peka dan proaktif terhadap perkembangan kaedah pengajaran terkini serta kesannya ke
atas proses pembelajaran pelajar. Hamdan dan Mohd Yasin (2010) menyatakan bahawa
pembelajaran yang berpusatkan guru sahaja dalam bentuk sehala di mana guru
menyampaikan isi pelajaran dan pelajar hanya mendengar telah menjadikan pelajar yang
pasif atau ‘passive learner’. Hal ini akan menyebabkan pelajar akan mudah berasa bosan
dan sedikit sebanyak telah melunturkan minat pelajar untuk belajar. Manakala menurut Ting
(2007), guru pendidikan teknikal menghadapi masalah kebimbangan terhadap teknologi dan
menjadi antara faktor menghalang penggunaan teknologi dalam pengajaran. Bahkan, hasil
dapatan kajian berkenaan tahap penggunaan ABM di kalangan guru-guru teknikal adalah
masih di tahap sederhana (Hamdan dan Mohd Yasin, 2010). Oleh itu, strategi tradisional ini
perlu diperbaiki agar dapat mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang aktif di mana
pelajar turut berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Teori konstruktivisma yang
mendasari pembelajaran berpusatkan pelajar menggalakkan pengunaan media dan ABM
yang dapat meningkatkan daya fikir pelajar. Oleh itu, penggunaan alat bantu mengajar
seiring dengan perkembangan teknologi harus dapat melahirkan suasana pembelajaran
yang aktif antara pelajar dan pensyarah. Dalam kajian ini, objektif utama adalah untuk
mengkaji tahap penggunaan alat bantu mengajar yang digunakan oleh pensyarah kursus
kerja kayu dan pembuatan perabot dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Secara
khususnya, objektif kajian ini adalah untuk menguji keberkesanan kepenggunaan alat bantu
mengajar dalam kalangan pensyarah bagi subjek kerja kayu dan pembuatan perabot.
2.0 SOROTAN LITERATUR
Gustafson dan Branch (2002) mengajukan model pembelajaran yang bentuk “cone of
experience” di mana proses pembelajaran bermula dengan proses aspek semi-abstrak
hingga kepada yang lebih abstrak. Hal ini bertujuan untuk menambahkan kelancaran
perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu
atau mempercepatkan proses pemahaman mereka. Atan Long (1981) menyatakan bahawa
bahan pengajaran dan alat bantu mengajar haruslah pelbagai iaitu bahan itu mungkin
dalam bentuk buku, carta dan slaid. Segala alat yang menyokong pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah dipanggil alat bantu mengajar. Menurut Yusof (1997),
penggunaan teknologi maklumat bukanlah bertujuan untuk mengambil alih peranan guru
sebagai pendidik, sebaliknya ia hanya sebagai alat untuk memudahkan pengajaran dan
pembelajaran. Gani et al. (2006) pula menyatakan bahawa inovasi teknologi di dalam bilik
darjah diharapkan akan dapat membawa perubahan yang positif dalam pencapaian
akademik pelajar. Contohnya, penggunaan alat bantu mengajar berbantukan komputer
didapati meningkatkan pencapaian pelajar dalam subjek-subjek tertentu.
Menurut Ishak et al. (2009), pengajaran secara tradisional melibatkan penggunaan buku teks
dan kaedah pengkuliahan sahaja. Stinson & Claus (2000) pula menyatakan bahawa
peralatan dalam kelas tradisional dilengkapi dengan barisan kerusi dan meja berserta
31
e-Prosiding Wacana Transformasi Ilmu e ISBN 978-967-18717-9-9
dengan papan tulis. Menurut Dawi (2002), bidang pendidikan tidak dapat lari daripada
menggunakannya ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Teknologi yang
digunakan dalam pendidikan berubah daripada yang tradisional kepada apa yang ada
pada hari ini. Teknologi yang digunakan pada awal abad ini telah dianggap tradisional pada
masa kini. Antara alatan yang dianggap tradisional ialah penggunaan kapur dan papan
hitam. Pada hari ini, teknologi yang digunakan dalam bidang pendidikan seperti komputer,
‘visualizer’, cakera padat, ’imager’, alat tayang, internet dan sebagainya. Shya (2004) pula
menyatakan penggunaan ABM tidak dapat dielakkan dalam pengajaran guru kerana
penggunaan alat-alat ini dapat membantu pelajar menajamkan deria mereka bagi
membantu mereka mencapai pembelajaran yang berkesan. Pelajar yang membaca sambil
melihat gambar boleh ingat dengan baik daripada hanya membaca teks sahaja. Abdul
Rahman & Mohd Hashim (2011) berpendapat bahawa kaedah pembelajaran menggunakan
peranti tanpa wayar membolehkan pembelajaran berlaku pada bila-bila masa sahaja
khususnya dalam pendidikan teknikal dan vokasional. Antaranya ialah penggunaan peranti
tanpa wayar dan mudah alih seperti PDA, telefon mudah alih, permainan konsol dan
sebagainya. Menurut Wan Nur Azyyati (2007), semakin banyak pancaindera yang digunakan
semakin berkesan sesuatu pembelajaran. Ini kerana pancaindera yang berlainan
menghasilkan respon yang berlainan. Setiap pancaindera melengkapi kekurangan dan
mengukuhkan penanggapan pancaindera yang lain. Oleh sebab itu, pengajaran yang
menggunakan pelbagai ABM mungkin dapat menggerakkan pelbagai pancaindera dan
dapat melahirkan kesan yang berbeza. Blue dan Tirotta (2011) berhujah bahawa
perkembangan teknologi pada abad ke-21 telah mengubah strategi penggunaan alat dari
papan hitam atau papan putih dan layar papar kepada smartboard dalam menyokong
proses PdP. Smartboard ini dapat disentuh dan digunakan secara maksima dalam
mengaplikasikan teknologi terkini. Nawi et al. (2014) pula mengaitkan pembelajaran dengan
penggunaan M-pembelajaran dengan menerapkan pembelajaran jarak jauh seperti internet
dan jalur tanpa wayar.
Md Salleh & Tasir (2007) menyatakan pengaplikasikan pendekatan simulasi berasaskan web
dapat memberi pengalaman yang lebih lebih bermakna kepada pelajar. Laman web
interaktif dengan elemen multimedia sebagai sokongan penyampaian berdasarkan teori
konstruktivisme adalah penting dalam pembelajaran moden. Ia berpotensi meningkatkan
pengalaman pembelajaran individu terutamanya pada era teknologi maklumat yang
semakin pesat dan maju. Pelajar lebih berminat dengan pendekatan pengajaran yang
bersifat konstruktif. Jadual 1 menunjukkan perkembangan penggunaan ABM dalam
pendidikan sejak tahun 1969. Perkembangan ABM telah menunjukkan perubahan yang
signifikan selaras dengan kepakaran manusia mencipta pelbagai alat baharu.
Bil Tahun Penerangan ABM
Bahan
1 1969 (Dale) ABM melibatkan pancaindera murid dalam maujud
pembelajaran terutamanya menggunakan bahan Transperansi
Projektor
maujud
Permainan
2 1981 Cara pembelajaran melalui pelbagai bentuk - buku,
Teknologi
(Atan carta, slaid dan lain-lain. maklumat
Long)
3 1995 Berinisiatif mengeksploitasikan teknik pengajaran yang
(Hartman) berkonsepkan permainan sebagai bahan bantu
mengajar untuk menyampaikan pengajaran.
4 1997 Alat bantu mengajar melalui penggunaan teknologi
(Hashim) pendidikan sebagai media utama.
32
e-Prosiding Wacana Transformasi Ilmu e ISBN 978-967-18717-9-9
5 2000 (Kulop Proses pengajaran tidak hanya tertumpu kepada Komputer
Saad dan penggunaan buku teks, kapur tulis dan papan hitam (media
Ahamad) sahaja, malah lebih dari itu termasuklah penggunaan interaktif)
komputer yang menyediakan pembelajaran secara
interaktif bagi menarik minat murid
6 2002 (Dawi) Pengunaan alat bantu mengajar seperti komputer, ABM
cakera liut dan cakera padat, ’imager’, alat tayang, berelektronik
internet dalam pembelajaran.
7 2004 (Shya) Penggunaan ABM tidak dapat dielakkan dalam Pancaindera
pengajaran guru kerana penggunaan alat-alat ini
dapat membantu pelajar menajamkan deria mereka
bagi membantu mereka mencapai pembelajaran
yang berkesan
8 2006 Adaptasi teknologi komputer dalam pengajaran boleh Komputer
(Gani et mengoptimumkan proses dan kefahaman pengajaran.
al.)
9 2007 Penggunaan pancaindera dalam pembelajaran iaitu Pancaindera.
(Wan Nur ABM yang mengggunakan warna dan bentuk yang
Azyyati) pelbagai akan lebih menarik perhatian
10 2007 Pendekatan simulasi berasakan web memberi Multimedia
(Tasir et al.) pengalaman pelajar untuk belajar dalam keadaan (Web)
sebenar.
11 2009 Pengajaran secara tradisional melibatkan Buku teks
(Ishak et penggunaan buku teks dan kaedah pengkuliahan
al.) sahaja
12 2011 Kaedah pembelajaran adalah dengan penggunaan PDA, telefon
(Abd peranti tanpa wayar bagi membolehkan mudah alih,
Rahman pembelajaran berlaku pada bila-bila masa sahaja permainan
dan Mohd khususnya dalam pendidikan teknikal dan vokasional konsol
Hashim)
13 2011 Penggunaan smartboard dapat menarik minat pelajar Smartboard
(Blue and untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran.
Tirotta)
14 2014 Menyarankan pembelajaran dengan menggunakan Internet dan
(Nawi et M-pembelajaran dengan menerapkan pembelajaran telefon
al.) jarak jauh seperti internet dan tanpa wayar mudah alih
Jadual 1: Perbandingan penggunaan alat bantu mengajar
3.0 HUBUNGAN ANTARA KAEDAH PENGAJARAN, GAYA PENGAJARAN DAN
PENDEKATAN PEMBELAJARAN
Penggunaan Alat Bantu Mengajar berkait rapat dengan kaedah pengajaran, gaya
pembelajaran dan pendekatan pembelajaran untuk membantu pembelajaran lebih
berkesan. Menurut Mohamed Nor (1993), pembelajaran berkesan adalah satu usaha yang
teratur dan bersistem dalam mengoptimumkan proses PdP dan memanfaatkan kesemua
komponen pembelajaran secara maksimum. Jika pensyarah hanya menggunakan ABM yang
canggih tetapi kaedah pengajaran yang tidak sesuai akan menyebabkan PdP tidak akan
berkesan untuk mencapai objektif. Kaedah pengajaran yang hanya berpusatkan pensyarah
menjadikan penglibatan pelajar terbatas. Oleh itu, kaedah pengajaran dalam proses PdP
perlu disesuaikan dengan menggunakan ABM berdasarkan topik yang akan diajar. Selain itu,
penggunaan ABM yang menarik dapat mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar. Kaedah
mengumpul dan merekod maklumat menjadi lebih mudah dengan penerimaan pelajar yang
33
e-Prosiding Wacana Transformasi Ilmu e ISBN 978-967-18717-9-9
mendalam terhadap pembelajaran melalui ABM yang digunakan pensyarah semasa PdP
berjalan. Ini menunjukkan bahawa penggunaan alat bantu mengajar dapat membantu
pelajar memahami dengan lebih jelas di samping dapat mengumpul maklumat secara
sistematik. Selain itu, perkaitan antara ABM dengan gaya pembelajaran dapat dilihat apabila
pelajar dapat bertindak balas atau berinteraksi dengan persekitarannya. Contohnya, pelajar
dapat memasang kompenan pergola dengan cepat berdasarkan teori dan alat bantu
mengajar yang digunakan oleh pensyarah dalam pengajaran. Pensyarah yang efektif akan
merancang gerak kerja pembelajaran untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang
memuaskan.
Seterusnya, alat bantu mengajar mempengaruhi kaedah pengajaran yang akan digunakan.
ABM yang digunakan haruslah bersesuaian dengan maklumat atau kemahiran yang
diajarkan. Oleh itu, kaedah-kaedah yang digunakan untuk mencapai objektif mengambil kira
bahan yang sesuai untuk digunakan. Contohnya, kaedah pengajaran secara demonstrasi
memerlukan alat bantu mengajar yang sesuai agar hasil pembelajaran dapat diamati oleh
pelajar dengan jelas. Jika alat bantu mengajar yang tidak sesuai semasa demostarasi
dilakukan bukan sahaja tidak memberi kesan kepada matlamat pembelajaran malah
menyebabkan pelajar bosan untuk belajar dengan kaedah tersebut. Oleh itu, kaedah
pengajaran penting dan perlu disesuaikan dengan topik pembelajaran. Namun, kaedah
pengajaran yang berkesan adalah kaedah yang menggunakan alat bantu mengajar yang
sesuai untuk dilaksanakan
ABM
Kaedah Gaya
Pengajaran Pengajaran
Pendekatan
Pembelajaran
Rajah 1: Hubungan antara ABM dengan kaedah pengajaran, gaya pembelajaran dan
pendekatan pembelajaran.
4.0 METODOLOGI KAJIAN
Kaedah kualitatif digunakan dimana penyelidikan berbentuk deskriptif dibuat iaitu data
dikumpulkan dengan menggunakan kaedah pemerhatian melalui borang pemantauan.
Persampelan kajian dilakukan oleh pensyarah reka bentuk dan pembuatan perabot yang
mengambil kursus kerja kayu dan pembuatan perabot sebagai responden. Pensyarah
dibahagikan kepada 4 kumpulan dan diberi topik kerja kayu dan pembuatan perabot yang
berlainan.
4.1 Pengumpulan Data
Analisis terhadap kajian kes dibuat di mana maklumat kajian kes yang telah dipantau
secara pemerhatian, diselidik dan ditunjukkan dalam bentuk jadual. Maklumat dapatan
kajian kes diambil oleh pelajar yang mengambil kursus kerja kayu dan pembuatan perabot.
34
e-Prosiding Wacana Transformasi Ilmu e ISBN 978-967-18717-9-9
Pelajar dipecahkan dalam 4 kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada 5-6 orang.
Pelajar telah membuat proses PdP selama 60 minit. Daripada pengajaran mereka, data
diambil untuk dianalisis tentang ABM yang digunakan, cara penyampaian ABM, tindakbalas
pelajar penggunaan ABM, kerjasama pelajar dan kefahaman pelajar melalui penyampaian
ABM.
5.0 DAPATAN KAJIAN
Sampel Kumpulan 1:
Hasil daripada pemerhatian, didapati proses PdP aktif tidak membosankan dan sering
melibatkan pergerakan pelajar. Responden menggunakan bahan bantu mengajar yang
berteknologi iaitu mesin laser cutter, komputer serta sofware. Di dapati tindakbalas pelajar
memberansangkan melalui kerjasama yang diberikan.
Sampel Kumpulan 2:
Hasil daripada kajian didapati responden banyak menggunakan slide power point.
Responden mempunyai masalah dalam cara penyampaian iaitu menggunakan interaksi
sehala.
Sampel Kumpulan 3:
Daripada pemerhatian, responden tidak mempelbagaikan penggunaan alat bantu
mengajar iaitu model kabinet dan audio visual. Responden tidak mempunyai masalah dalam
penggunaan ABM. Daripada penilaian, pelajar dapat meningkatkan kefahaman tentang
pembuatan kabinet.
Sampel Kumpulan 4:
Hasil pemerhatian didapati responden menggunakan alat bantu mengajar daripada
komputer iaitu slide power point. Responden menggunakan tayangan video dengan
meminta pelajar menjana idea dalam sesi perbincangan kumpulan. Pelajar memberi
kerjasama yang baik semasa pembentangan.
35
e-Pr
6.0 ANALISIS KAJIAN
Interaksi Gaya Pembe
Topik Kumpulan
Sehala Dua Hala Berpusat B
Pelajar Pe
Ukiran 1 √√
Alatan 2 √
Tangan
Kerja Kayu
Pembuata 3 √
n Kabinet
Mesin Kerja 4 √√
Kayu
Jadual 2: Menunjukkan analisis kajian kes bagi proses pengaja
rosiding Wacana Transformasi Ilmu e ISBN 978-967-18717-9-9
elajaran ABM Pendekatan
Tradisional Elektronik Pembelajaran
Berpusat Kumpulan Individu
ensyarah √
√√
√√ √
√√ √
√√
aran dan pembelajaran kerja kayu dan pembuatan perabot
36
e-Prosiding Wacana Transformasi Ilmu e ISBN 978-967-18717-9-9
7.0 KESIMPULAN
Kajian ini dijalankan untuk melihat peranan alat bantu mengajar dalam kursus reka
bentuk dan pembuatan perabot. Merujuk kepada hasil analisis didapati pelajar tertarik
kepada suasana pembelajaran yang menggunakan alat bantu mengajar. Secara
keseluruhan, pelajar berpendapat alat bantu mengajar ini dapat mewujudkan kesan positif
dalam pembelajaran mereka. Kesesuaian alat bantu mengajar dengan isi pelajaran yang
disampaikan secara sistematik dapat diterima dengan baik oleh pelajar. Melalui penggunaan
alat bantu mengajar, maklumat yang ingin disampaikan oleh pensyarah dapat dijelaskan
kepada pelajar serta memudahkan pelajar membentuk konsep dengan cepat dan tepat
melalui audio visual, komputer dan software yang menarik. Justeru, pensyarah disarankan
agar mengoptimumkan penggunaan ABM dalam bengkel.
8.0 RUJUKAN
A. Ishak., Z. Kasa, M. H. Selamat, B. Abu Samah. (2009). Perbandingan Pengajaran Berasaskan
Multimedia dan Tradisional ke Atas Pencapaian Matematik dan Sikap di Kalangan Berisiko.
Asia Pacific Journal of Information Technology and Multimedia, 6, 79–89.
A. Long. (1981). Pedagogi: Kaedah Am Mengajar. Fajar Bakti, Kuala Lumpur.
A. Nawi, M.I. Hamzah, S. A. A. Sattai. (2014). Potensi Penggunaan Aplikasi Mudah Alih (Mobile
Apps) dalam Bidang Pendidikan Islam. Online Journal of Islamic Education, 2, 26–35.
A. H. Dawi. (2002). Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Quantum Books, Tanjung Malim.
A. W. Gani, K. Siarap, H. Mustafa. (2006). Penggunaan Komputer dalam Pengajaran-
Pembelajaran dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes di Pulau Pinang.
Kajian Malaysia, 24, 203–225.
B. M. Stinson, K. Claus. (2000). The Effects of Electronic Classrooms on Learning English
Composition: A Middle Ground between Traditional Instruction and Computer Based
Instruction. Technological Horizons in Education, 27, 106–107.
E. Blue, R. Tirotta. (2011). The Benefits and Drawbacks of Integrating Cloud Computing and
Interactive Whiteboard in Teacher Preparation. TechTrends, 55, 31–39.
E. Dale. (1969). Audiovisual Methods in Teaching. Third Edition. The Dryden Press, New York.
E. A. Meng. (1989). Pedagogi Satu Pengenalan. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
K. Mohamed Nor. (1993). Kaedah Pembelajaran Berkesan. Cahaya Pantai M Sdn. Bhd. Kuala
Lumpur.
K. S. Ting. (2007). Kajian Mengenai Penggunaan e-Pembelajaran (e-Learning) di Kalangan
Pelajar Jurusan Pendidikan Teknik dan Vokasional di Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) Negeri
Johor. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Falsafah Kedoktoran.
K. L. Gustafson, R.M. Branch. (2002). What is Instructional Design? Trends and Issues in
Instructional Design and Technology. Prentice Hall.
N. Y. Shya. (2004). Penggunaan Alat Bantu Mengajar Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Sekolah
Menengah Teknik, Negeri Kedah. Universiti Teknologi Malaysia:Tesis Sarjana Muda.
R. Abd Rahman, M.H. Mohd Hashim. (2011). M-Pembelajaran dalam Pendidikan Teknikal dan
Vokasional (PTV) di Malaysia. Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi dalam
Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional, Pulau Pinang.
37
e-Prosiding Wacana Transformasi Ilmu e ISBN 978-967-18717-9-9
S. Md Salleh, Z. Tasir, B. Aris. (2007). Simulasi Menerusi Web: Persepsi Pelajar Terhadap
Pembelajaran WWWS. Smart Teaching & Learning: Re-engineering ID, Utilization and
Innovation of Technology, 1, 336–346.
V. F. Hartman. (1995). Teaching and Learning Styles Preference: Transition Through Game.
BCCA Journal, 9, 18–20.
W.N. Azyyati. (2007). Psikologi Kognitif. Universiti Teknologi Malaysia, Johor.
A. A. Kulop Saad, A. Ahamad. (2000). Keberkesanan Bahan Pengajaran Multi Interaktif (BPMI)
dalam Pengajaran. Jurnal BTP, 17–34.
A. R. Hamdan, H. Mohd Yasin. (2010). Amalan Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) di
Kalangan Guru-Guru Teknikal di Sekolah Teknik Daerah Johor Bharu. 1–8
38
e-Prosiding Wacana Transformasi Ilmu e ISBN 978-967-18717-9-9
Finishing Quality Of Varnish On Oil Palm Medium Density Fibreboard (MDF)
Reimi Asraf bin Rawi, Mohd Zool Fazlee bin Basir
Kolej Komuniti Temerloh
Abstract
The MDF were produced from oil palm used in study. The sample of 3 inch x 5 inch were
randomly selected and coated with varnish using three systems of application; 1 layer, 3 layers
and 5 layers. Airless Spray System was used when applied varnish on the MDF surfaces. The
viscosity of varnish is thirteen second. After that, treatment four surface coating tests were
conducted namely a) Gloss b) Impact c) Heat Resistance and d) Household Chemical Test.
The results show that 5 layers were excellent in gloss, heat resistance, impact and household
chemical resistance. Conclusion is 5 layers give best coating for furniture.
INTRODUCTION
1.1 General Problem in Finishing
The two main functions of applying is to protect and for decorative purpose. In particular, it is
intended to observe, to colour, to give particular luster, to fill holes and defects, to adhere to
almost any surface with as little cleaning as possible and to dry out in a convenient time
(S.W.Gibbia.1971). Various problems arise whether before, during or after the application of
finishing. These problems may occur due to the composition of the finishing material, the
preparation of substrate surface or simply carried by applying the wrong technique of finishing
application (James E.1975).
There are many factors that have to be considered in order to produce the best finishing. Some
of the most common problem in finishing is bubbles, orange peel, cracking and many more.
However, the most crucial and important part is after the application when then used by the
consumers. Therefore, it is the intention of this study to conduct research on finishing quality
using varnish on oil palm MDF because the key to a quality finishing is mostly depends on the
finishing material used (James E.1975).
1.2 Problem Statement
Too little varnish on the wood
Varnish has ultra violet light absorption particles. After a while these particles break down from
absorbing the light. Once the break down accurs the varnish yellows and developes cracks
allowing moisture to seep into the wood causing varnish to peel.
The quality of violin changes
Violin varnish is a complex and variable material with properties such as gloss, colour,
toughness and adhesion to wood. It is generally known that the quality of violin changes with
time after it has been completed. Variuos parameters may be responsible for this change: the
drying and hardening of varnish over a few years, the change of mechanical properties of
wood and varnish over a long period, and the condition of use of the violin (frequency of use,
humidity and temperature).
39
e-Prosiding Wacana Transformasi Ilmu e ISBN 978-967-18717-9-9
It is slow drying time
It is slow drying time, which can also cause problems with dust getting trapped in the finish
before it dries. The varnish may have dried before reaching the surface. This could be caused
by insufficient thinning (add more solvent), an extremely dry environment (add humidity,
reduse heat, limit air flow) or by exdcessive air flow (reduce air pressure).
1.3 Justification of study
Furniture has been varnished in one way or another for hundreds of years and yet despite all
that time and practise, it appears that there is still no agreement about the best kind to use.
Every year there seems to be newer or better varnish available.
As stated earlier this study was intended to conduct the finishing quality using the varnish on
the oil palm medium density fibreboard. An ideal furniture finish would penetrate deep into
the wood, dry quickly, porvide good abrasion and stain resistance, rub out easily and look
great.
Varnish is a finish applied to wood or other surfaces in order to provide a clear, hard, durable
and protective finish. Varnish finishes are often, although not always, glossy. As opposed to
paint, which contains pigment, and is opaque, varnish has little or no color, and its transparent
and has very good resistance against abrasion, wear, heat, solvents and water vapor.
1.4 Objectives
The objectives of this study were:
To know the characteristic of finishing of varnish on Oil Palm MDF.
To know whether the varnish is suitable or not for MDF.
To select the best layer for varnish.
LITERATURE REVIEW
2.1 Varnish
Varnish is a tough, durable, easy-to-apply finish that lasts for years. It has been used for
centuries as a protective coating for everything from ships to fine works of art and musical
instruments. It works equally well either applied directly to a wood surface or as a top coat
over other compatible finishes. Protect and beautify all our woodwork with a good coat of
varnish (S.W.Gibbia.1971).
The characteristics of the varnish, similar to that, which can be seen on old classical instruments,
are softness of texture,a very high degree of tranparency, and dichroism: depending on the
thickness of the varnish, and the angle at which it is observed, two distinct colours are presesnt:
the so-called “ground yellow”, and various shades of amber and red-brown. Despite its
softness, the varnish is tough and durable, does not chip or crack, and if scratched does not
produce the white marks. It is not affected by either acid or alkali (Anon, 2005).
40
e-Prosiding Wacana Transformasi Ilmu e ISBN 978-967-18717-9-9
Varnish typically is petroleum based or tree sap based clear sealer. Varying degrees of sheens
are found, from matt (flat), to eggshell, satin (pearl), semi gloss and gloss (high gloss). It is
commonly used for furniture, floors, objects, and the ship building industries (Anon.,2005).
2.2 Finishing System
Step 1: Sanding of board
Usually, sanding process will start with 100 grit and work the way up to 220 grit in small steps. It
has been found that starting at 80 grit or 120 grti is usually okay.
Step 2: Sanding Sealing of board
A sanding sealer of some sort is essential to this process. Without a sanding sealer, the finish
won’t be perfectly smooth or put on thicker coats of varnish to obtain a perfectly smooth finish.
Skipping this step and applying a thicker layer of varnish defeats the purpose of this whole
process, this is to end up with thin durable finish.
The goal of the sanding sealing step is to get the work perfectly flat and very smooth. This is
extremely important as this technique depends on putting the finish coats on very thin layer.
The appropriate ways to seal the board are:
Using a good brush (Sable Lite or badger hair) to apply a thin of coat of shellac. This
coat won’t go quite as thin as the shellac used to raise the by using a heaver mix of
shellac.
Let this dry about 1 to 2 hours.
Sanding gently with 320 grit paper using the random orbital sander on its lowest speed.
The goal is to make the surface perfectly flat and smooth.
Blowing off the dust and then wiping a tack rag.
After the wood is sealed, all the small pores are filled, and the work should be perfectly
leveled.
Step 4: The Intermediate Shellac Coat
This is not to seal the wood, but to add more orange shellac color to the work. This kind of coat
is often called a ‘glaze’, which generally means an intermediate coat used to tint the finish. A
thin coat of the shellac is applied, just like the shellac applied as a sanding sealer.
Step 5: The Finish Coats
The varnish is very clear dan very hard, and will not yellow. It makes an excellent top coat. The
Sable Light brushes allow the varnish to go on glass smooth and very thin. By this step, the
surface is completely leveled and smooth, and the varnish will just glides on, even around the
edges and corners.
To apply the finish coats, these steps are taken (Michael.D1992):
a) Make sure there is no dust or steel wool bit on the piece. Use air and a tack cloth,to
remove bits and dust.
b) Brush on a thin coat of varnish with Sable Light brush. Using this brush is very intuitive
and invloves nothing mysterious. One thing to remember is that these brushes are not
intended to be loadedup with finish. Don’t put to much varnish on the brush. Glide the
varnish on smoothly and evenly. This is quite simple to do. We shouldn’t have any
problem using these excellent brushes.
c) Lets this coat dries.
d) Just as with the shellac glaze coat, using the orbital sander here overkill. Just lightly rub
with a 3M pad, then with #000 steel wool (or wet sand with 400 grit wet dry as above)
e) As in the previous steps, remove dust and steel wool bits.
41
e-Prosiding Wacana Transformasi Ilmu e ISBN 978-967-18717-9-9
f) Apply another thin coat of varish just as above.
g) Let these coats dry.
h) De-nib this last coat just as above.
i) Added one or two more coats if desired-two or three coats is generally plenty.
j) Could stop here and end up with a very nice finish. However, there is one more step
that takes the work to the next level. Best of all, its simple and easy.
2.3 Methods of Finishing Application
2.3.1 Airless Spray Gun
This system was chosen to reduce the loss of paint and thinner due to overspray. The best way
to achive an even coating of varnish is through spraying. This is particularly true for surfaces.
Spray application is required for any surface where the paint film is fragile, such as gouache,
and should not be touched by application tools. Spraying is also a useful technique for
creating a matte surface (Anon.,1994).
The size of the surface to be sprayed will determine the best type of spray equipment to use.
These varnishes can be sprayed from an airbrush, airless or air-pressure spray equipment, or
refillable aerosol equipment. In preparation for spraying, all equipment should be free of dirt.
Work in an area free of dust and dirt and keep work (Anon.,1994)
2.4 Testing of Finishing
2.4.1 The Gloss Test
The gloss test may be indicated through shiny or glass-like appearance. The gloss of a finish
suggests a level of gloss from flat to gloss or ‘glossy’. The gloss of a surface is described as a
reflection of light from the surface that is independent of color. Gloss reflectance is measured
when a single beam of light is deflected off the surface, at a prescribe angle, into a receptor.
This receptor gauges the intensity of that light in gloss units. The testing equipment is
standardized by the use of specially produced, polished glass or ceramic tiles. The higher the
number of units, the shinier the surface. ASTM method D 523 outlines the procedures for
performin the test. In this test, the boards that were required by standard was 300 x 100 x 20.
2.4.2 Heat Resistance Test
Heat resistance meter is used to test the board. It is place on the board for one hour, and the
result of the test area is analyzed by using a rating code. Test area was free from dirt.
2.4.3 Impact Test
It is similar to the cupping test, homeness during the ball-impact test, deformation is caused
abruptly. A knwon weight falls from a defined height onto the test surface leaving a
deformation in the test sheet metal. By coordinating the height of fall and the weight off the
ball ram, it is possible to determine exactly the point where the coating will be damaged or to
perform a pass or fail test.
42
e-Prosiding Wacana Transformasi Ilmu e ISBN 978-967-18717-9-9
2.4.4 Household Chemical Test
For household chemical test, sauce, ketchup and cooking oil were used to test the finishing
quality of varnish. It has been used for centuries as a protective coating because it determine
whether its surface not affected by either acid or alkali. Test area is free from
bubbling/blistering, orange peel, or blooming/blushing.
2.5 Medium Density Fibreboard
MDF is widely used in the manufacture of furniture, cabinets, door parts, molding, millwork and
laminate flooring. MDF panels are manufactured in a variety of dimensions and densities,
providing the opportunity to design the end product with the specific MDF needed.
As with other composite wood products, MDF typically consists of cellulose fibres combined
with a synthetic resin or other suitable bonding system, and joined together under heat and
pressure. Additives may be introduced during manufacturing to impart additional
characteristic. The surface of MDF is flat, smooth, uniform, and dense synthetic resin, which are
superior in strength and longevity. Curing oils are less expensive to be used in the
manufacturing process along with a blend of solvents, and metalic dryers like cobalt, and zinc,
which do not cause helath problems such as lead does (Ropandi1978).
Fibre strands of oil palm
Refining
Drying of fibre
Mat forming
Pre-pressing
Hot pressing
Medium density fibreboard
Figure 1: Process flow on the manufacture of medium density fibreboard (MDF) from fibres of
oil palm
Source: (Ropandi M.2005)
43
e-Prosiding Wacana Transformasi Ilmu e ISBN 978-967-18717-9-9
3.0 MATERIALS AND METHODS
3.1 Finishing Material
Varnish and MDF were then raw materials used in this study. The varnish was taken from UiTM
furniture laboratory, and the MDF was obtained from the Malaysia Palm Oil Board (MPOB). The
sizes of board was 5 inch x 3 inch x 10 mm. Airless spray was used in order to make sure all the
finishing material applied on the board. Four test were conducted there were gloss, heat
resistance, impact and household chemical, which were conducted at Forest Research
Institute of Malaysia (FRIM).
3.2 Finishing Method
3.2.1 Airless Spray Gun
In order of the time consuming and the varnish were need a lot of time to dries there are only
one finishing methods were be chosen and the airless spray gun was chosen in order to get
the great finishing compared to brushing and others. This system was being chosen reduce loss
of paint and thinners due to overspray.
3.3 Finishing Tests
The finishing tests below were conducted on the test specimen:
1) Gloss Test
BS 3900:PARTD5:1980/ISO 2813-1978
2) Impact Test
BS 3900:PARTE7:JUNE 1974
3) Heat Resistance Test
BS 3962:PART3:1983
4) Chemical Household Test
ASTM D 1308-79 (Reapproved 1981)
Table 1: Standard for finishing tests (BS/British Standard)
NO. STANDARD NO STANDARD TITLE
1. BS 3900:PARTD5:1980/ISO MEASUREMENT OF SPECULAR GLOSS NON-METALLIC PAINT
2813-1978 FILM AT 20, 60 AND 80
2. BS 3900:PARTE7:JUNE 1974 FINISHES FOR WOODEN FURNITURE;ASSESSMENT OF SURFACE
RESISTANCE TO DRY HEAT
3. BS 3962:PART3:1983 RESISTANCES TO IMPACT (FALLING BALL TEST)
ASTM D 1308-79 (Reapproved STANDARD TEST METHOD FOR EFFECT OF HOUSEHOLD
4. 1981) CHEMICAL ON OF CLEAR AND PIGMENTED ORGANIC
FINISHES.
44
e-Prosiding Wacana Transformasi Ilmu e ISBN 978-967-18717-9-9
3.3.1 Gloss Test
Figure 2:Gloss Meter
The board was cut into size, which was 5 inch x 3 inch x 10 mm. Gloss meter was placed on the
surface of the test sample at top, middle and bottom. Reading were taken at 200, 600 and 850.
According to the British Standard (BS 3900:PARTD5:1980/ISO 2813-1978), the 600 geometry is
used comparing surfaces, and to determine whether the 200 or 85 geometry is warranted. The
200 is used when the sample has a 600 gloss greater the 70, and the 850 is used if the 600 gloss
is less than 30.
3.3.2 Impact Test
Figure 3:Impact Test Figure 4:Steel Ball
A steel ball bearing with a diameter of 19.1 mm (nominal 0.75in) was used. It was dropped on
the test specimen surface from height of 2 meter. The damage to the finish in and around the
indentation was assessed by a number of observations by refering to a descriptive numerical
rating code.
45
e-Prosiding Wacana Transformasi Ilmu e ISBN 978-967-18717-9-9
Table 2:Rating code of impact test
Appearance of Test Area Rating Code
No surface cracking 5
Slight carcking e.g. one or two circular cracks around the edge of the 4
indentation 3
Moderate or severe cracking confined of the area of the indentation 2
Cracking extending outside the area of the indentation and/or slight 1
flaking of the finish
More than 25% of finish removed the area of indentation
3.3.3 Heat Resistance Test
Figure 5:Heat Resistance Meter
Heat resistance meter that has been set up 1000 of celcius was used to test the board. The
heat was applied on the test specimen surface for one hour. The results of heat resistance were
analyzed by using a rating code.
Table 3:Rating code of heat resistance
Appearance of Test Area Rating Code
No mark visible 5
Slight change in luster or few mark isolated marks just visible 4
Almost complete or complete ring or circle or just visible 3
Ring or circle distinctly visible, or region of slight discoloration, or region
of slight disturbance of the test surface 2
Ring or circle heavily mark, or region of distinct discoloration, or region
of distinctc of the surface 1
46