The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SITI SAYYIDAH 'ATIQAH BINTI MOHD SHAMSURI
2022192340022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 799-9-sayyidah, 2023-07-30 00:00:00

E-PORTFOLIO PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) 1

SITI SAYYIDAH 'ATIQAH BINTI MOHD SHAMSURI
2022192340022

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN ( AMBILAN JUN 2022 SEMESTER 3 ) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS 1) (PRKA3151) DISEDIAKAN OLEH: NAMA SITI SAYYIDAH ‘ATIQAH BINTI MOHD SHAMSURI ANGKA GILIRAN 2022192340022 NO. KAD PENGENALAN 031203020872 KUMPULAN A1 PISMP 2022 KOD/ NAMA KURSUS PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH I (PBS I) (PRKA3151) NAMA PENSYARAH AKADEMIK PUAN MIMMA SAYUTI BINTI MAT KHALID TAJUK TUGASAN E-PORTFOLIO TARIKH HANTAR 2 JULAI 2023


LAMPIRAN I I N S T I T U T P E N D I D I K A N G U R U K A M P U S _________BAHASA MELAYU__________ BORANG SEMAKAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) TAHAP PENCAPAIAN: Item Aspek Lengkap Tidak Lengkap Catatan 1. Kehadiran 2. Laporan Perkembangan Pelajar 3. Portfolio individu 4. Kerja Kursus PBS KEPUTUSAN: LENGKAP Dengan ini diperakui bahawa pelajar telah Melengkapkan/Tidak Melengkapkan keperluan PBS Tandatangan: Nama: Tarikh: **Tanda jika berkenaan Nama Pelajar No. KP Program Kumpulan Ambilan Bidang Teras Elektif Teras Fasa PBS 1 2 3 Tempoh PBS Nama Sekolah TIDAK LENGKAP 271 SITI SAYYIDAH ‘ATIQAH BINTI MOHD SHAMSURI 031203-02-0872 PISMP A1 JUN 2022 BAHASA MELAYU MATEMATIK / 11 JUN 2023 HINGGA 22 JUN 2023 SEKOLAH KEBANGSAAN KEDAWANG


LAMPIRAN 2-10 KANDUNGAN PORTFOLIO PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Diisi oleh Penilai) Bil Tajuk Item Tandakan 1 Maklumat Penempatan 1.1 Surat Pengenalan Diri 2 Biodata 2.1 Nama IPGK 2.2 Gambar 2.3 Nama Pelajar 2.4 No. Kad Pengenalan 2.5 Alamat tetap 2.6 No. Telefon dan E-mel 2.7 Ambilan dan Pengkhususan 2.8 Tahun dan Semester : Tahun___ Semester____ 2.9 Tarikh PBS: 3 Pernyataan Profesional / Kontrak Aktiviti 3.1 Pernyataan sebelum PBS 3.2 Laporan pelaksanaan aktiviti yang difokus 4 Instrumen Pengumpulan Data Berhubung Tugasan (pilih yang sesuai) 4.1 Pemerhatian 4.2 Senarai semak 4.3 Temu bual 4.4 Soal selidik 5 Kolaboratif 5.1 Perbincangan dengan pengurus sekolah 5.2 Perbincangan dengan guru-guru lain 5.3 Perbincangan dengan kakitangan sekolah 5.4 Interaksi dengan murid 5.4 Perbincangan dengan komuniti sekolah 6 Ilmu / Pengetahuan Baru Melalui 6.1 Pemerhatian 6.2 Senarai semak 6.3 Temu bual 7 Refleksi 7.1 Aktiviti 7.2 Perbincangan/Interaksi 8 Laporan Akhir Ulasan Penilai: ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ Tandatangan : ________________________ Tarikh: _________________ Nama : ________________________


NAMA PELAJAR SITI SAYYIDAH ‘ATIQAH BITNI MOHD SHAMSURI NO. KAD PENGENALAN 031203-02-0872 ALAMAT TETAP KAMPUNG BOHOR TEMPOYAK, MUKIM KEDAWANG, 07000 LANGKAWI, KEDAH DARUL AMAN. NO. TELEFON 013-844 3372 E-MEL [email protected] PROGRAM PISMP AMBILAN JUN 2022 PENGKHUSUSAN BAHASA MELAYU TAHUN 1 SEMESTER 3 TARIKH PBS 11 JUN 2023 HINGGA 22 JUN 2023 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN ( AMBILAN JUN 2022 SEMESTER 3 ) E-PORTFOLIO PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) 1


3.0 PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI


3.0 PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI 3.1 Pernyataan Sebelum PBS Saya Siti Sayyidah ‘Atiqah Binti Mohd Shamsuri, pelajar PISMP Ambilan Jun 2022, major Bahasa Melayu, telah diberikan tugasan untuk menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah I (PBS I) selama dua minggu bermula pada 11 Jun 2023 sehingga 22 Jun 2023. Bagi menjalankan tugasan ini, saya telah memilih sekolah jenis luar bandar iaitu Sekolah Kebangsaan Kedawang yang beralamat di Mukim Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah Darul Aman. Pemilihan sekolah tersebut adalah disebabkan jaraknya yang berdekatan dengan rumah saya dan mengambil masa hanya 10 minit sahaja. Pada tanggal 6 Jun 2023, taklimat pelaksanaan PBS telah dilaksanakan di Dewan Zaba, IPG Kampus Bahasa Melayu oleh En. Mohd Saifudin bin Mat Piah selaku Ketua Unit Praktikum. Taklimat tersebut dijalankan dengan tujuan untuk memberi pencerahan tentang pelaksanaan PBS kepada para siswa Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu yang terlibat. Antara isi taklimat yang diberikan merangkumi perkara yang perlu dilakukan semasa menjalankan PBS supaya para guru pelatih dapat menyelesaikan tugasan dengan lancar, baik dan sistematik. Selain itu, bahanbahan yang berkaitan dengan pelaksanaan PBS juga telah dikongsikan di platform Google Classroom. Sebelum melaksanakan PBS, saya telah menyenaraikan perkara-perkara yang ingin diketahui berkenaan sekolah supaya saya lebih bersedia untuk mengumpul maklumat sewaktu melaksanakan PBS. Hal ini adalah kerana persediaan awal adalah sangat penting supaya saya tidak keliru semasa melaksanakan PBS. Menerusi pelaksanaan PBS ini, saya sebagai guru pelatih akan memperoleh pelbagai input berkenaan sekolah melalui empat cara atau kaedah iaitu pemerhatian, temu bual, senarai semak dan soal selidik. Antara fokus utama pelaksanaan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) adalah untuk memberikan serta meningkatkan kefahaman guru-guru pelatih tentang budaya dan suasana sekolah yang selaras dengan pembelajaran masa kini. Selain itu pelaksanaan PBS ini turut bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada guru-guru pelatih tentang pengurusan proses Pengajaran dan pebelejaran (PdP) di sekolah sekali gus dapat meningkatkan kemahiran komunikasi melalui interaksi


dengan pentadbir, guru-guru, murid-murid serta kakitangan sekolah. Akhir sekali, melalui pelaksanaan PBS, guru pelatih juga akan dapat mengasah kemahiran mengumpul pelbagai maklumat seperti pelaksanaan PdP mata pelajaran Bahasa Melayu dalam bilik darjah serta pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).


3.2 Laporan Pelaksanaan Aktiviti yang Difokus Bil. Tarikh Perkara 1. 11 Jun 2023 (Ahad) • Melapor diri kepada Guru Besar di pejabat sekolah. • Mendengar taklimat ringkas daripada guru besar berkenaan sekolah. • Sesi bergambar bersama guru besar untuk dimasukkan dalam laporan bulanan sekolah. • Hadir ke perhimpunan mingguan sekolah untuk memperkenalkan diri kepada guru-guru dan murid-murid. • Mengumpul maklumat sekolah. - Carta organisasi - Pengurusan sekolah • Melibatkan diri dalam mesyuarat atau taklimat pelaksanaan pertandingan merentas desa peringkat sekolah bersama Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan guru-guru. 2. 12 Jun 2023 (Isnin) • Menghadirkan diri ke sekolah. • Melibatkan diri dalam pengurusan pertandingan merentas desa peringkat sekolah. • Bertugas pada bahagian hadiah dan cenderamata. • Melaksanakan temu bual guru Bahasa Melayu tentang strategi atau teknik pengajaran Bahasa Melayu pendidikan masa kini. 3. 13 Jun 2023 (Selasa) • Menghadirkan diri ke sekolah. • Menemu bual Guru Besar berkaitan hal-hal pentadbiran sekolah. • Membuat rakaman suara temu bual. • Membuat rondaan, pemerhatian dan menangkap gambar kawasan sekolah. - Bilik-bilik khas - Kemudahan - Sudut-sudut maklumat


• Menemu bual Ketua Panitia Bahasa Melayu yang merupakan guru pembimbing atau mentor saya. 4. 14 Jun 2023 (Rabu) • Menghadirkan diri ke sekolah. • Melaksanakan temu bual bersama Guru Penolong Kanan HEM berkaitan peranan serta kebajikan murid. • Membuat rakaman suara temu bual. • Melibatkan diri dalam perjumpaan kokurikulum mingguan sekolah. 5. 15 Jun 2023 (Khamis) • Menghadirkan diri ke sekolah. • Menemu bual Guru Kaunseling merangkap Setiausaha HEM berkaitan disiplin kebajikan murid. • Menemu bual tukang cuci kontrak. • Mengikuti dan membuat pemerhatian di kelas prasekolah. 6. 18 Jun 2023 (Ahad) • Cuti Umum Hari Keputeraan Sultan Kedah. 7. 19 Jun 2023 (Isnin) • Menghadirkan diri ke sekolah pada minggu kedua PBS. • Menemu bual Guru Perpustakaan Media berkaitan pengurusan pusat sumber sekolah. • Menemu bual Guru Penolong Kanan Pentadbiran. • Menemu bual dan mengikuti kelas pemulihan Bahasa Melayu. 8. 20 Jun 2023 (Selasa) • Menghadirkan diri ke sekolah. • Menemu bual merangkap penyelaras Program TS25 sekolah. • Mengikuti kelas Bahasa Melayu tahun 6 Cemerlang. • Memberi borang soal selidik kepada tiga orang murid berkaitan kemudahan pusat sumber dan corak pembelajaran murid. 9. 21 Jun 2023 (Rabu) • Menghadirkan diri ke sekolah.


• Melaksanakan temu bual bersama kakitangan atau kerani sekolah iaitu Ketua Pembantu Tadbir. • Menemu bual Setiausaha Kokurikulum berkaitan aktiviti kokurikulum di sekolah. • Mengikuti kelas Bahasa Melayu tahun 1 Pintar. • Mengikuti perjumpaan kokurikulum mingguan sekolah. 10. 22 Jun 2023 (Khamis) • Menghadirkan diri ke sekolah pada hari terakhir pelaksanaan PBS. • Menemu bual AJK PIBG. • Menemu bual seorang murid tahun 6 iaitu pengawas sekolah. • Mengikuti kelas Bahasa Melayu tahun 6 Pintar. • Terlibat dengan majlis menyampaian cenderamata dan sijil kepada guru-guru pelatih yang melaksanakan PBS di SK Kedawang bersama barisan pentadbir sekolah. • Menyerahkan borang kehadiran dan borang penilaian perkembangan pelajar untuk ditandatangani oleh Guru Besar. • Bersalaman dengan para guru. • Pelaksanaan PBS fasa 1 tamat.


4.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN


4.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN 4.1 Pemerhatian a) Suasana Sekolah Gambar 1 Bangunan Sekolah Gambar 2 Nama Sekolah Gambar 4 Pintu Pagar Belakang Gambar 3 Pagar Utama Sekolah Gambar 5 Pandangan Atas Sekolah


b) Bilik-bilik Khas Sekolah Gambar 6 Bilik Sains Gambar 7 Dewan Penghulu Talib @ Bilik Mesyuarat Gambar 8 Bilik RBT Gambar 9 Bilik Bimbingan dan Kaunseling Gambar 10 Bilik Akses Gambar 11 Bilik Muzik


Gambar 12 Surau Gambar 13 Bilik Operasi Kokurikulum Gambar 14 Stor Sukan Gambar 15 Bilik BOSS (SPBT) Gambar 16 Makmal Komputer Gambar 17 Bilik PPda


Gambar 18 Pejabat Gambar 19 Bilik Guru


c) Kemudahan dan Infrastruktur Sekolah Gambar 20 Tempat Letak Kereta Gambar 21 Tempat Letak Motorsikal Gambar 22 Kantin Sekolah Gambar 23 Padang Sekolah Gambar 24 Tempat Rehat Murid Gambar 25 Tempat Menunggu (Bus Stop)


Gambar 26 Koperasi sekolah Gambar 27 Pondok Pengawal Gambar 28 Punched Card Gambar 29 Pemadam Api Gambar 30 Tandas Gambar 31 Alatan Muzik


d) Sudut-sudut Khas Sekolah Sudut PPda Sudut Sains


Sudut Maklumat Sekolah


e) Proses Pengajaran dan Pembelajaran dalam Bilik Darjah


f) Laman Geopark Gambar 32 Papan Tanda Laman Geopark Gambar 33 Ilustrasi Cable Car Langkawi Gambar 34 Geopark Route Gambar 35 Lagenda Langkawi


4.2 Senarai Semak SENARAI SEMAK BAGI PENGUMPULAN DATA DI SK KEDAWANG SENARAI SEMAK KEMUDAHAN KELAS BIL PERKARA ADA TIADA CATATAN 1. Papan notis • Visi dan misi sekolah / • Peraturan kelas / • Jadual waktu / 2. Keceriaan kelas / 3. Kelengkapan kemudahan • Kerusi dan meja / • Tong sampah / • Penyapu / • Lampu dan kipas / • Jam dinding / • Papan putih / • Sudut pembacaan / SENARAI SEMAK PERWATAKAN GURU-GURU DI SEKOLAH BIL PERKARA YA TIDAK CATATAN 1. Peramah / 2. Keterampilan yang kemas / 3. Prihatin / 4. Berkomunikasi dengan baik dan berkesan / 5. Mengamalkan budaya ilmu / 6. Bertanggungjawab /


SENARAI SEMAK DISIPLIN MURID BIL PERKARA YA TIDAK CATATAN 1. Berpakaian kemas / 2. Menghormati guru / 3. Mendengar arahan / 4. Menepati masa / / Segelintir murid hadir lewat ke sekolah. SENARAI SEMAK BILIK-BILIK KHAS BIL PERKARA ADA TIADA CATATAN 1, Pejabat / 2, Bilik Guru / 3. Bilik Guru Besar / 4. Bilik GPK / 5. Makmal Komputer / 6. Bilik Sains / 7. Bilik Boss / SPBT / 8. Bilik Bimbingan dan Kaunseling / 9. Bilik Pemulihan / 10. Bilik Akses / 11. Surau / 12. Pusat Sumber / 13. Bilik J-Qaf / 14. Bilik Muzik / 15. Stor Sukan / 16. Bilik PPda / 17. Bilik BBM / 18. Bilik Pendidikan Khas /


4.3 Temu Bual Kaedah temu bual juga telah digunakan dalam proses pengumpulan data dan maklumat sekolah. Saya telah melaksanakan beberapa temu bual yang melibatkan barisan pentadbir, guru-guru, murid, kakitangan serta komuniti sekolah. Saya telah mengemukakan beberapa soalan berkaitan dengan maklumat yang ingin diperoleh. Respon dan kerjasama yang diberikan oleh mereka sangat baik dan memuaskan. Saya telah menjalankan temu bual bersama pihak pentadbir seperti Guru Besar, Guru Penolong Kanan HEM dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran berkenaan pengurusan sekolah, hal ehwal pelajar serta perkara yang berkaitan dengan pembelajaran murid masa kini. Selain itu, saya juga telah menemu bual guru-guru lain seperti guru Bahasa Melayu dan Ketua Panitia Bahasa Melayu,untuk mencari maklumat atau input yang berkaitan dengan teknik pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu selaras dasar pendidikan masa kini. Seterusnya, pelaksanaan temu bual bersama Penyelaras Program TS25 juga dijalankan bagi mengumpul maklumat berkaitan transformasi-transformasi yang dijalankan di sekolah yang melibatkan prasarana dan kemenjadian murid. Akhir sekali komuniti sekolah seperti AJK PIBG juga turut ditem bual bagi mandapatkan maklumat berkenaan pelaksanaan PIBG di sekolah.


4.4 Soal Selidik Saya telah mengedarkan borang soal selidik berkaitan pusat sumber sekolah dan pembelajaran murid sekolah kebangsaan kedawang kepada 2 orang murid tahun 6. Berikut borang yang telah diedarka;


5.0 KOLABORATIF


5.1 Perbincangan Dengan Pengurus Sekolah LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh: 13 JUN 2023 Masa : 8 .00 PAGI Tajuk / Perkara : PENGURUSAN SEKOLAH KEBANGSAAN KEDAWANG Isi Perbincangan Cadangan Tindakan • Berpengalaman selama 31 tahun sebagai seorang guru dan 2 tahun sebagai Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kedawang. • Bertanggungjawab mengurus sekolah yang merangkumi semua bidang iaitu kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum, kewangan, aset dan modal, sumber manusia dan komuniti. • Pelaksanaan pendidikan SK Kedawang selaras dengan dasar pendidikan terkini dengan adanya pelaksanaan program seperti TS25. • Guru Besar menganalisis isu dengan melaksanakan Plan Strategik Sekolah (PSS) yang meliputi empat kluster iaitu kemenjadian murid, kualiti guru, kepimpinan berkualiti dan sokongan komuniti. • Isu-isu merangkumi prestasi murid dalam sukan bola jaring, kecekapan guru dalam bidang IT dan audit kewangan tidak mencapai target. • Melaksanakan pendekatan untuk menyelesaikan isu-isu yang berlaku. • Melantik jurulatih bagi sukan bola jaring. • Guru-guru saling membantu dalam pengurusan IT. • Guru besar perlu turun padang bersamasama menyelesaikan maslaah dan tidak menormalisasikan konsep “Big Boss” yang hanya memberi arahan.


LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh: 14 JUN 2023 Masa : 10 .00 PAGI Tajuk / Perkara : PENGURUSAN HAL EHWAL MURID Isi Perbincangan Cadangan Tindakan • Peranan Penolong Kanan HEM meliputi kebajikan murid, disiplin dan prasarana sekolah. • GPK HEM menyatakan bahawa masalah disiplin murid yang paling kerap berlaku ialah masalah kehadiran murid ke sekolah iaitu ponteng. • Dalam aspek kebajikan, pihak sekolah menyediakan bantuan seperti RMT, zakat, Susu 1 Malaysia dan sebagainya kepada murid yang terpilih berdasarkan pendapatan isi rumah. • Dalam aspek pengurusan, pihak sekolah telah menubuhkan jawatankuasa berdasarkan aspek 3K iaitu kebersihan, kesihatan dan keselamatan. • Menjalankan intervensi seperti ziarah cakna, sesi kaunseling individu atau kelompok dan sesi runding bicara bersama ibu bapa untuk mengetahui punca ketidakhadiran pelajar • Melaksanakan program guru penyayang. • Memberikan anugerah kehadiran terbaik serta membuat sambutan hari lahir murid untuk menarik minat murid ke sekolah • Bagi memastikan aspek 3K terjaga, pihak sekolah menjalankan beberapa program seperti latihan kebakaran, anugeraah kelas bersih, pemeriksaan gigi, suntikan kepada murid tahun 1 dan masih mengekalkan SOP Covid sekiranya terdapat kes.


LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh: 19 JUN 2023 Masa : 8 .30 PAGI Tajuk / Perkara : PERANAN GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN DAN USAHA MENINGKATKAN PRESTASI MURID Isi Perbincangan Cadangan Tindakan • Tugas atau peranan GPK Pentadbiran sekolah ialah perlu mengambil alih tugas Guru Besar dalam hal-hal pengurusan sekolah semasa ketiadaannya di sekolah. • membantu Guru Besar menyelia dan menilai proses pengajaran, mengendali jadual waktu kelas, guru dan waktu gantian. • Antara usaha atau program yang telah dilaksanakan bagi meningkatkan prestasi murid-murid termasuklah Program Mari Membaca yang diadakan selama 15 minit pada awal pagi sebelum kelas bermula. • Kesannya,murid lebih mahir membaca dan lebih berkeyakinan untuk mencuba bahan bacaan yang baharu


5.2 Perbincangan Dengan Guru-guru Lain LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh: 13 JUN 2023 Masa : 11 .45 PAGI Tajuk / Perkara : PENGURUSAN PANITIA BAHASA MELAYU DALAM PELAKSANAAN PENTASIRAN BILIK DARJAH (PBD) Isi Perbincangan Cadangan Tindakan • Dalam bidang kurikulum, setiap ketua panitia perlu mendapatkan sukatan pelajaran yang terkini, menerapkan kepelbagaian teknik pengajaran. Guru perlu meningkatkan prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu. • Tiada penilaian telus dan spesifik selepas UPSR dimansuhkan telah menyebabkan prestasi murid tidak dapat dinilai dengan lebih dalam. Oleh itu, terdapat murid yang tercicir. Misalya, terdapat murid tahap 2 yang msaih belum mahir membaca dan menulis • Prestasi murid bergantung kepada TP iaitu tahap penguasaan mereka. • Mesyuarat bulanan panitia Bahasa Melayu dilaksanakan untuk membuat perbincangan berkenaan prestasi atau tahap penguasaan murid dalam subjek Bahasa Melayu. • Cabaran PBD di SK Kedawang ialah dari segi tenaga pengajar. • Melaksanakan program-program khas seperti pengayaan dan pemulihan kepada murid-murid yang tercicir. • Melaksanakan pembelajaran yang lebih menarik atau memberi penekanan kepada teknik didik hibur. • Melantik ‘guru kecil’ bagi membantu rakan mereka yang kurang mahir dalam sesuatu topik. • Memberi anugerah. • Guru bahasa Melayu saling bekerjasama.


LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh: 15 JUN 2023 Masa : 9 .00 PAGI Tajuk / Perkara : BANTUAN KEBAJIKAN MURID Isi Perbincangan Cadangan Tindakan • Bantuan yang diberikan untuk membantu kebajikan murid termasuklah bantuan RMT, pinjaman buku teks, bantuan susu sekolah dan zakat. • Peruntukan untuk program RMT adalah RM3 seorang. • Murid yang menerima bantuan RMT juga akan mendapat bantuan susu sekolah. • Bantuan zakat diberikan kepada murid yang mempunyai latar belakang keluarga yang kurang senang. • Meringankan beban murid. • Mewajibkan setiap murid yang mendapat bantuan RMT untuk mengambil makanan setiap hari bagi mengelakkan pembaziran.


LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh: 21 JUN 2023 Masa : 10 .00 PAGI Tajuk / Perkara : KOKURIKULUM SEKOLAH KEBANGSAAN KEDAWANG Isi Perbincangan Cadangan Tindakan • Kokurikulum sekolah merangkumi sukan dan permainan, unit beruniform, kelab dan persatuan dan ko-akademik. • Setiausaha Kokurikulum menyatakan bahawa penglibatan murid sangat memuaskan, tiada masalah kehadiran yang teruk dalam kalangan murid. • Pencapaian tertinggi kokurikulum sekolah ialah merentas desa di mana SK Kedawang telah memegang gelaran juara peringkat daerah selama 7 tahun berturut-turut sehingga tahun 2022. • Terdapat kekangan cuaca sebelum ini. Oleh itu keterlibatan murid dalam 1M1S masih kurang memuaskan. • Kemudahan atau fasiliti untuk menjalankan aktiviti kurang memuaskan. Peralatan sukan lama dan terpaksa meminjam di sekolah atau tempat lain. • Menggalakkan penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum. • Mengadakan latihan sukan secara berkala. • Pihak sekolah perlu sentiasa memastikan kemudahan atau perlatan sukan mencukupi. Tandatangan : Nama : WAN ILLINA BINTI WAN ISHAK Jawatan : SETIAUSAHA KOKURIKULUM


LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh: 20 JUN 2023 Masa : 8 .00 PAGI Tajuk / Perkara : TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) Isi Perbincangan Cadangan Tindakan • Transformasi Sekolah 2025 (TS25) lebih kepada perubahan yang dilakukan dari segi kemenjadian murid dan pengurusan sekolah. • SK Kedawang merupakan Kohort 3 sejak tahun 2018. • Antara contoh transformasi SK Kedawang ialah Laman Geopark dan pencapaian dalam merentas desa. • TS25 memberi penumpuan kepada murid tahun 3 2023 yang masih belum menguasai kemahiran membaca. • Peratus murid mahir membaca AlQuran belum mencapai sasaran. Hanya 85% murid pandai membaca AlQuran. • Pasukan bola jaring sekolah tidak menguasai kemahiran asas bola jaring. Pihak sekolah menetapkan target untuk menjadi juara kumpulan pada tahun 2025. • Melaksanakan program mari membaca pada setiap pagi selama 20 minit sebelum kelas bermula. • Guru panitia Pendidikan islam membuat pemantauan dan pemerhatian terhadap rekod pencapaian program J-Qaf. • Malantik jurulatih bola jaring daripada kalangan waris yang berkelapangan. Membuat latihan berkala dan perlawanan persahabatan. Jawatan : PENYELARAS TS25


LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh: 20 JUN 2023 Masa : 8 .00 PAGI Tajuk / Perkara : TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) Isi Perbincangan Cadangan Tindakan • TS25 menumpukan kompetensi guru mengajar yang masih belum mencapai 95%. Bilangan guru yang mahir ICT tidak mencapai sasaran. • Mewujudkan seorang guru cemerlang. • Penglibatan ibu bapa dan waris yang kurang dalam program sekolah. Misalnya waris yang mahir bola jaring turun padang melatih murid-murid. • Melaksanakan bengkel PAK21, bengkel pengkatan PdPc oleh guru pakar. • Guru besar memilih dan membimbing calon guru cemerlang. Jawatan : PENYELARAS TS25


LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh: 12 JUN 2023 Masa : 11 .00 PAGI Tajuk / Perkara : TEKNIK PENGAJARAN BAHASA MELAYU Isi Perbincangan Cadangan Tindakan • Berkhidmat selama 5 tahun di Sekolah Kebangsaan Kedawang. Merupakan guru Bahasa Melayu tahun 2, 3 dan tahun 6. • Menggunakan teknik berfokus seperti latih tubi dan pengulangan. Misalnya, dalam penulisan karangan, murid perlu mengulang penulisan jika terdapat kesalahan. Hal ini secraa tidak langsung membolehkan murid untuk meningkatkan kualiti penulisan mereka sehingga tiada kesalahan. Puan Siti juga turut menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam proses PdP. • Puan Siti banyak menggunakan video atau bahan maujud yang berkaitan dengan topik untuk memudahkan murid-murid faham tentang isi pengajaran. • Guru perlu mahir mengatasi masalah yang melibat murid. • Guru boleh berhubung dengan ibu bapa atau waris jika terdapat apa-apa masalah yang berkaitan dengan murid.


LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh: 19 JUN 2023 Masa : 11 .00 PAGI Tajuk / Perkara : PELAKSANAAN KELAS PEMULIHAN BAHASA MELAYU Isi Perbincangan Cadangan Tindakan • Terdapat seorang sahaja guru pemulihan. • Terdapat 32 orang pelajar yang terlibat dalam kelas pemulihan Bahasa Melayu yang melibatkan murid-murid tahun 2 hingga tahun 6. • Puan Norhayati menyatakan bahawa murid-murid yang terlibat dengan kelas pemulihan akan masuk ke kelas pemulihan Bahasa Melayu pada masa Bahasa Melayu pada jadual kelas mereka. • Penggunaan BBM sangat penting bagi memudahkan murid-murid faham topik pengajaran. • Murid-murid yang terlibat dalam kelas pemulihan adalah atas kebenaran ibu bapa waris. • Kebanyakan ibu bapa tidak bersetuju anak mereka dimasukkan ke kelas pemulihan. • Guru membuat runding bicara bersama ibu bapa tentang tahap prestasi anakanak mereka.


LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh: 19 JUN 2023 Masa : 11 .00 PAGI Tajuk / Perkara : PELAKSANAAN KELAS PEMULIHAN BAHASA MELAYU Isi Perbincangan Cadangan Tindakan • Penerimaan murid-murid kurang memuaskan. Sebagai contohnya, kebanyakan murid tahun 6 yang dimasukkan ke dalam kelas pemulihan beras malu kerana dianggap bodoh. • Puan Norhayati berkata bahawa buku aktiviti Bahasa Melayu murid-murid menggunakan aras tinggi. Oleh itu, murid-murid pemulihan selalu tercicir sewaktu berada di dalam kelas perdana. • Kelas Pemulihan Bahasa Melayu adalah di bawah panitia Bahasa Melayu. • Guru memberi kata-kata semangat kepada murid tersebut. • Guru mendedahkan manfaat kelas pemulihan kepada murid. • Guru memberi latihan yang bersesuaian dengan tahap murid.


5.3 Perbincangan Dengan kakitangan Sekolah LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh: 21 JUN 2023 Masa : 8 .45 PAGI Tajuk / Perkara : PENGURUSAN PEJABAT Isi Perbincangan Cadangan Tindakan • Ketua Pembantu Tadbir (KPT 1) menjalankan tugas penyeliaan, perkhidmatan, pengurusan gaji, pengeshan jawatan guru, perlantikan, pengurusan pencen serta menyelia tugas-tugas kewangan yang dilakukan oleh PT. • Banyak berinteraksi dengan guru-guru. Keseluruhannya, hubungan kerani sekolah dan guru baik. • Melaksanakan aktiviti bagi lebih mengeratkan hubungan antara warga sekolah.


5.4 Perbincangan Dengan Murid LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh: 22 JUN 2023 Masa : 10.45 PAGI Tajuk / Perkara : SUASANA PEMBELAJARAN Isi Perbincangan Cadangan Tindakan • Adib menyatakan bahawa kebanyakan guru di sekolah sangat berketerampilan serta mempunyai sahsiah yang terpuji. • Proses pengajaran dan pembelajaran yang disukai ialah proses PdP yang lebih memfokuskan aktiviti seperti ‘Didik Hibur’ berbanding bacaan fakta. • Adib turut berkata guru-guru sering menarik minatnya untuk menjawab soalah dengan menawarkan ganjaran seperti alat tulis. • Suasana pembelajaran ketika mengulang kaji pelajaran juga perlu selesa dan tidak terlalu bising. • Adib menyatakan bahawa dia lebih suka menyiapkan tugasan secara berkumpulan berbanding individu kerana dapat berkongsi maklumat dengan rakan-rakan. • Berdasaran respon murid, guru perlu memperbanyakkan aktiviti berkumpulan di dalam bilik darjah. • Setiap sekolah perlu menyediakan kawasan belajar yang selesa kepada murid-murid. • Guru-guru boleh menarik minat murid untuk aktif di dalam kelas dengan melaksanakan aktiviti serta menawarkan ganjaran kepada mereka.


5.5 Perbincangan Dengan Komuniti Sekolah LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh: 22 JUN 2023 Masa : 10 .00 PAGI Tajuk / Perkara : PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN KEDAWANG Isi Perbincangan Cadangan Tindakan • PIBG merupakan perantara guru dan ibu bapa dalam mengurus segala hal yang berkaitan dengan sekolah dan murid. • PIBG dapat mengurangkan salah faham ibu bapa atau waris terhadap guru dan sekolah melalui perbincangan seperti Mesyuarat Tahunan PIBG. • PIBG menyediakan tabung pendidikan kepada semua murid di sekolah. Tabung tersebut terhasil melalui sumbangan serta kumpulan dana yang dapat digunakan untuk kebajikan murid-murid. Dana PIBG juga dapat membantu meningkatkan prasaranan sekolah. • Bendahari PIBG bertanggungjawab untuk mencatat aliran keluar masuk dana PIBG. • PIBG sebagai pemantau penilai prestasi sekolah. • Memaksimumkan penglibatan ibu bapa atau waris dalam PIBG. • Dana yang dikumpul hendaklah digunakan dengan sebaiknya.


LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh: 15 JUN 2023 Masa : 11 .00 PAGI Tajuk / Perkara : KEBERSIHAN SEKOLAH KEBANGSAAN KEDAWANG Isi Perbincangan Cadangan Tindakan • Puan Aziyan sudah berkhidmat sebagai tukang cuci di SK Kedawang selama 3 tahun. Oleh itu Puan Aziyan banyak melihat perubahan dari segi kemudahan dan suasana sekolah. Salah satu contoh ialah perubahan dan penambahbaikan Laman Geopark. • Menurut Puan Aziyan, terdapat segelintir murid yang suka membuang sampah merata-rata namun semua murid sangat menghormati mereka. Sebagai contohnya, apabila muridmurid berselisih dengan mereka sewaktu membersih kawasan sekolah, murid-murid sering memberi salam dan laluan kepada mereka. • Peralatan pembersihan tidak disediakan oleh sekolah tetapi disediakan oleh syarikat kontrak mereka. • Kerja-kerja pembersihan dibahagi kepada lima orang tukang cuci. Oleh itu, kerja pembersihan dilakukan dengan pantas dan tidak terlalu penat. • Guru-guru perlu sentiasa mengingatkan murid untuk untuk sentiasa menjaga kebersihan sekolah. • Pihak sekolah bleh melaksanakan program sayangi alam sekitar untuk tujuan perkongsian ilmu dan pendedahan tentang penjagaan kebersihan alam sekitar.


6.0 ILMU / PENGETAHUAN BAHARU


6.0 ILMU / PENGETAHUAN BAHARU Semasa melaksanakan PBS di Sekolah Kebangsaan Kedawang, saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat atau pengetahuan baharu dengan lebih berkesan. Antara kaedah yang digunakan ialah kaedah pemerhatian, senarai semak dan temu bual. Kaedah-kaedah tersebut banyak membantu saya untuk memperoleh ilmu pengetahuan baharu sepanjang menjalani PBS di SK Kedawang. 6.1 Pemerhatian Bagi mendapatkan dan mengumpul data serta maklumat baharu, saya telah menggunakan kaedah pemerhatian. Melalui kaedah tersebut, saya dapat membuat pemerhatian terhadap suasana dan budaya di sekolah yang merangkumi kesediaan bilik-bilik khas, kemudahan dan infrastruktur sekolah, sudut-sudut khas serta pemerhatian terhadap poses PdP yang dijalankan di dalam bilik darjah. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, Sekolah Kedawang mempunyai empat blok bangunan dan menyediakan bilik-bilik khas yang bertujuan untuk memudahkan murid dan guru untuk menjalani PdP dengan berkesan. Misalnya Bilik RBT, Bilik Sains, Bilik Muzik, Bilik Pemulihan dan sebagainya. Sudut-sudut khas seperti sudut PPda dan sudut sains juga turut disediakan bagi menambah ilmu pengetahuan murid serta dapat menimbulkan rasa minat murid untuk membaca sewaktu berada di luar bilik darjah. Pelbagai kemudahan juga turut tersedia seperti alatan muzik, padang, tempat letak kenderaan dan sebagainya. Selain itu, pemerhatian juga turut dijalankan terhadap proses PdP di dalam kelas. Antara input atau pengetahuan baharu yang telah diperoleh ialah berkenaan teknik pengajaran dan kawalan kelas yang berkesan. Guru-guru juga menunjukkan sahsiah yang baik sewaktu berinteraksi dengan murid. Perkara tersebut telah membuatkan murid-murid teruja untuk hadir ke sekolah. Berdasarkan pemerhatian, murid-murid lebih aktif apabila aktiviti dijalankan dalam proses PdP terutamanya aktiviti yang melibatkan kumpulan. Murid-murid juga mendengar arahan guru dengan baik. Akhir sekali, berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan, sekolah ini turut mempunyai Laman Geopark dan telah dinobatkan sebagai juara Gepark di Pulau Langkawi. Terdapat pelbagai sudut dan kawasan yang dihias dengan cantik dan menarik seperti pondok-pondok dan sebagainya. Pada Laman Geopark tersebut, telah disertakan maklumat-maklumat yang menarik berkaitan Geopark dan Pulau Langkawi.


Perkara ini secara tidak langsung telah mempromosikan Pulau langkawi kepada pelawat yang datang ke sekolah ini, 6.2 Senarai Semak Senarai semak merupakan salah satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul maklumat serta memastikan tiada maklumat atau data yang tercicir Berdasarkan senarai semak yang dibuat, saya dapat mengumpul pelbagai data dan maklumat baharu yang merangkumi kemudahan dalam bilik darjah, disiplin murid dan perwatakan guru. Saya juga turutmenggunakan kaedah senarai semak untuk mengenalpasti bilik-bilik khas yang terdapat di Sekolah Kebangsaan Kedawang dengan lebiih terperinci. Berdasarkan senarai semak kemudahan bilik darjah, setiap kelas di Sekolah kebangsaan Kedawang mempunyai kemudahan yang mencukup serta dapat berfungsi dengan baik. Antara kemudahan yang terdapat dalam bilik darjah SK Kedawang termasuklah lampu, kipas, tong sampah, penyapu, kerusi, meja dan sebagainya. Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah di sekolah juga menepati ciriciri dan keperluan pembelajaran masa kini. Dengan adanya kemudahan-kemudahan ini, murid-murid dapat menjalani proses PdP dengan lancar dan selesa. Seterusnya, senarai semak berkaitan disiplin murid juga disediakan bagi mengenalpasti tingkah laku mereka di sekolah. Secara rumusannya, majoriti murid di Sekolah kebangsaan kedawang mempunyai disiplin yang baik dimana mereka sering menghormati guru-guru, Misalnya, murid-murid akan memberi salam apabila berselisih dengan guru-guru atau kakitangan sekolah. Murid-murid di sekolah juga sentiasa mendengar arahan guru dengan baik. Sebagai contohnya, murid-murid mendengar arahan guru sewaktu berada di dalam kelas dengan menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Murid-murid juga mengenakan pakaian yang kemas dan bertepatan dengan peraturan sekolah. Dalam aspek masa, rata-rata murid hadir ke sekolah pada masa yang ditetapkan. Namun, terdapat segelintir murid yang hadir lewat ke sekolah atas sebab-sebab tertentu. Selain itu, senarai semak perwatakan guru juga digunakan bagi membuat kesimpulan yang ringkas tentang perwatakan guru di sekolah. Berdasarkan dapatan, guru-guru di sekolah mempunyai kemahiran komunikasi atau interaksi yang sangat baik sama ada dengan murid-murid, kakitangan sekolah, mahupun guru-guru pelatih yang menjalani PBS di sekolah tersebut. Guru-guru juga menunjukkan contoh dan


sahsiah yang baik dalam aspek penampilan, percakapan dan tingkah laku. Guru-guru di sekolah juga turut berkongsi ilmu dan pengalaman yang bermanfaat kepada muridmurid di dalam bilik darjah. Akhir sekali, saya juga telah menggunakan senarai semak untuk mengumpul maklumat tambahan berkaitan bilik-bilik khas. Melalui senarai semak yang dibuat, saya dapat menganal pasti bilik-bilik khas yang ada dan yang tiada di Sekolah kebangsaan Kedawang. Antara bilik khas yang tiada di SK Kedawang ialah Bilik BBM dan Bilik Pendidikan Khas. Namun begitu, secara keseluruhannya, sekolah ini mempunyai kemudahan dan infrastruktur yang mencukupi serta warga sekolah yang baik.


6.3 Temu Bual Selain daripada kaedah pemerhatian dan senarai semak, saya juga dapat mengumpul banya maklumat dan pengetahuan baharu melalui kaedah temu bual. Terdapat banyak ilmu baharu yang telah diperoleh sewaktu temu bual bersama Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan guru Bahasa Melayu dilaksanakan. Temu bual yang berfokuskan bidang tugas dan perkembangan murid-murid di Sekolah Kebangsaan Kedawang berjalan dengan lancar dengan kerjasama yang baik daripada GPK Pentadbiran SK Kedawang. Temu Bual bersama GPK Pentadbiran Nama : Encik Rizazul Bin Ismail Jawatan : Guru Penolong Kanan Pentadbiran Tarikh : 19 Jun 2023 Masa : Soalan-soalan yang telah dikemukakan: 1. Pengenalan ringkas tentang diri sendiri. Respon: Nama saya ialah Rizazul Bin Ismail. Saya telah berkhidmat selama 20 tahun sebagai seorang guru dan saya sudah memegang jawatan sebagai GPK Pentadbiran selama 3 tahun di sekolah ini. 2. Apakah bidang tugas encik sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran di sekolah in? Respon: Terdapat banyak peranan saya sebagai GPK Pentadibiran. Namun secara ringkasnya, tugas atau peranan saya sebagai GPK Pentadbiran sekolah ialah saya perlu mengambil alih tugas Guru Besar dalam hal-hal pengurusan sekolah semasa ketiadaannya di sekolah. Saya juga membantu Guru Besar menyelia dan menilai proses pengajaran, mengendali jadual waktu kelas, guru dan waktu gantian. 3. Apakah usaha atau program yang telah dilaksanakan untuk meningkatkan prestasi murid-murid Sekolah kebangsaan Kedawang? Respon: Antara usaha atau program yang telah dilaksanakan bagi meningkatkan prestasi murid-murid termasuklah Program Mari Membaca yang diadakan selama 15 minit


pada awal pagi sebelum kelas bermula. Kesannya,murid lebih mahir membaca dan lebih berkeyakinan untuk mencuba bahan bacaan yang baharu. Temu Bual bersama Guru bahasa Melayu Nama : Puan Norazah Binti Aziz Jawatan : Guru Bahasa Melayu Tarikh : 12 Jun 2023 Masa : 11:15 pagi Soalan-soalan yang dikemukakan: 1. Pengenalan Ringkas tentang diri sendiri Respon: Nama saya ialah Norazah Binti Aziz. Saya telah berkhidmat di sekolah ini selama 13 tahun sejak tahun 2010. Saya mengajar subjek Bahasa Melayu bagi tahap 2. 2. Apakah teknik atau strategi pengajaran yang puan gunakan dalam proses PdP? Bagi pengajaran penulisan karangan, saya banyak menggunakan teknik pengulangan dan teknik imlak. Kebanyakan pelajar yang saya ajar mempunyai kelemahan dalam membaca, jadi saya akan menekankan proses pembacaan dahulu sebelum memulakan penulisan karangan. 3. Apakah cabaran yang dihadapi dalam menjalani pendidikan masa kini? Respon: Antara cabaran yang saya hadapi ialah dari segi penyampaian pengajaran. Hal ini kerana pendidikan masa kini memansuhkan pengasingan kelas atau ‘streaming’. Oleh itu pengajaran perlulah disampaikan mengikut peringkat kefahaman murid. Jadi, saya tidak boleh memberikan pengajaran secara terus atau pantas. Misalnya, bagi murid yang lemah, saya akan memberikan latihan pemulihan manakala murid yang sudah menguasai topik akan diberikan latihan pengayaan.


Click to View FlipBook Version