The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SITI SAYYIDAH 'ATIQAH BINTI MOHD SHAMSURI
2022192340022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 799-9-sayyidah, 2023-07-30 00:00:00

E-PORTFOLIO PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) 1

SITI SAYYIDAH 'ATIQAH BINTI MOHD SHAMSURI
2022192340022

7.0 REFLEKSI


7.0 REFLEKSI LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / perkara yang difokuskan Menghadiri kelas Bahasa Melayu murid tahun 1. 2. Analisis Perkara 2.1 Kekuatan • Para murid memberi kerjasama yang baik dalam sepanjang proses PdP berlangsung. • Murid berani bertanya. • Majoriti murid boleh melaksanakan tugas yang diberikan ititu menulis semula ayat dalam buku teks. 2.2 Kelemahan • Terdapat segelintir pelajar yang tidak membawa buku teks dan buku latihan menyebabkan mereka ketinggalan. 3. Cadangan penambahbaikan • Guru menyediakan bahan latihan kepada murid bagi mengelakkan kemungkinan mereka tidak membawa buku teks dan buku latihan.


LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / perkara yang difokuskan Pengurusan Sekolah 2. Analisis Perkara 2.1 Kekuatan • Pihak sekolah menyusun jadual dengan sistematik. • Para guru menjalankan tugas masing-masing dengan baik. • Guru besar sentiasa membuat pemantauan di kawasan sekolah. • Penekanan penggunaan ICT yang dalam atau luar proses PdP. 2.2 Kelemahan • Terdapat segelintir guru yang kurang mahir dalam penggunaan ICT terutamanya guru-guru veteran atau lanjut usia. 3. Cadangan penambahbaikan • Pihak pengurusan mengadakan bengkel PAK21 yang mendedahkan penggunaan ICT kepada guru-guru yang kurang mahir.


LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / perkara yang difokuskan Aktiviti Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Kedawang (merentas desa) 2. Analisis Perkara 2.1 Kekuatan • Pihak sekolah bekerjasama dengan baik dalam menjayakan pertandingan merentas desa peringkat sekolah. • Kehadiran dan penglibatan murid-murid tahun 1 hingga tahun 6 yang sangat memuaskan. • Dapat mencungkil bakat murid-murid dalam aktiviti larian jarak jauh. 2.2 Kelemahan • Tiada upacara penyampaian hadiah. Hadiah iaitu pingat terus diberikan kepada pemenang di garisan penamat. • Murid-murid terutama murid tahap 1 menjadi keliru dengan sendiri dan nombor yang diperoleh. 3. Cadangan penambahbaikan • Guru-guru dan pihak sekolah perlu melekatkan nama di baju murid-murid untuk memudahkan proses merekod mata rumah sukan. • Mengadakan upacara penyampaian hadiah yang ringkas bagi merikan para pemenang dan semua murid-murid.


LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / perkara yang difokuskan Temu bual dan perbincangan dengan Pihak Pentadbiran SK Kedawang. 2. Analisis Perkara 2.1 Kekuatan • Interaksi denga pihak pentadbiran Sekolah kebangsaan Kedawang berjalan dengan lancar. • Menerusi temu bual dan perbincangan bersma pihak pentadbiran sekolah, banyak input dan maklumat baharu telah diperoleh. 2.2 Kelemahan • Terdapat beberapa jawapan yang diberikan tidak menepati soalan yang telah diajukan. 3. Cadangan penambahbaikan • Menerangkan soalan dengan lebih terperinci dan mendalam bersesuaian dengan topik temu bual.


8.0 LAPORAN AKHIR


8.0 LAPORAN AKHIR Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan untuk memberi peluang kepada guru pelatih untuk merasai suasana persekolahan dengan lebih efektif. Oleh itu, saya telah menjalankan PBS fasa pertama pada 11 Jun 2023 hingga 22 Jun 2023 si Sekolah kebangsaan Kedawang yang terletak di Pulau Langkawi. SK Kedawang merupakan sebuah sekolah TS25 yang menempatkan seramai 794 orang murid serta 55 orang guru yang terdiri daripada 13 orang guru lelaki dan 42 orang guru perempuan. Sepanjang pelaksanaan PBS di SK Kedawang, terdapat pelbagai maklumat, ilmu pengetahuan serta input baharu yang telah diperoleh melalui penggunaan kaedah pemerhatian, temu bual, soal selidik dan senarai semak. Antara maklumat yang diperoleh ialah berkaitan dengan pengurusan sekolah. Pengurusan sekolah yang merangkumi kurikulum, kokurikulum, sumber manusia dan audit kewangan diketuai oleh Guru besar dan dibantu oleh guru-guru kanan. Terdapat juga jawatankuasa-jawatankuasa yang terdiri daripada guru-guru yang ditubuhkan untuk membantu pihak pentadbir dalam pengurusan sekolah. Sekolah kebangsaan Kedawang juga merupakan sekolah Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort 3. Hal ini menunjukkan bahawa pengurusan sekolah ini adalah selaras dengan dasar pendidikan terkini. Terdapat pelbagai pendekatan yang dijalankan untuk mencapai target menjelang tahun 2025. Antaranya ialah berkaitan kemenjadian murid di mana pihak sekolah sedang berusaha untuk memastikan semua murid tahun 3 2023 pandai membaca menjelang tahun 2025. Isu-isu lain yang sedang diusahakan dlam program TS25 di SK Kedawang termasuklah isu yang melibatkan kemenjadian murid, kualiti guru, kepimpinan berkualiti dan sokongan komuniti. Seterusnya, berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat, terdapat banyak kemudahan infrastruktur serta bilik-bilik khas yang telah disediakan untuk memastikan keselesaan guruguru dan murid-murid terjamin sewaktu melaksanakan proses PdP. Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung akan menjadi lebih efektif. Anatar bilik-bilik khas dan kemudahan yang disediakan termasuklah makmal Sains, Bilik Muzik, Bilik RBT, Pusat Sumber, Bilik pemulihan, padang dan sebagainya. Selain itu, prestasi Sekolah Kebangsaan Kedawang juga sangat memberansangkan. Hal ini dikatakan demikian kerana SK Kedawang telah dinobatkan sebagai juara Pertandingan Geopark peringkat Langkawi. Terdapat pelbagai sudut yang menarik di Laman Geopark yang terdapat di SK Kedawang. Antaranya ialah sudut Lagenda Langkawi, sudut Ilustrasi Cable Car Langkawi, Maskot Obit dan sebagainya. Hiasan-hiasan yang ada di Laman Geopark telah menarik minat ramai pelawat yang hadir ke sekolah tersebut.


Guru-guru di SK Kedawang juga mengamalkan pengajaran yang berteraskan pendidikan masa kin yang lebih menumpukan penggunaan ICT dalam PdP. Guru-guru juga sering menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dlam proses PdP. Menurut ketua panitia Bahasa Melayu, guru-guru di SK Keadawang menghadapi cabaran selepas UPSR dimansuhkan dan prestasi murid dinilai menggunakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Berdasarkan temu bual yang dijalankan, Sekolah Kebangsan Kedawang mempunyai rekod yang sangat baik dalam aspek kokurikulum. Hal ini kerana SK Kedawang telah memegang gelaran juara merentas desa peringkat daerah selama tujuh tahun berturut-turut sehingga tahun 2022. Selain itu, penglibatan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum yang merangkumi unit beruniform, sukan permainan dan kelab persatuan juga sangat baik. Akhir sekali, murid-murid di sekolah ini menunjukkan tingkah laku yang sangat baik. Mereka sentiasa memberi salam apabila berselisih dengan guru-guru atau kakitangan sekolah. Guru-guru juga turut menunjukkan sahsiah yang baik serta boleh menjadi contoh kepada murid-murid dengan berpakaian kemas serta menjaga pertuturan ketika berkomunkasi dengan orang lain. Tuntasnya, pengalaman yang diperoleh sepanjang saya melaksanakan PBS merupakan pengalaman yang sangat bermakna dan menyeronokkan. Hal ini dikatakan demikian kerana pelaksanaan PBS ini telah memberi gambaran kepada saya tentang situasi yang dihadapi sewaktu saya bergelar seorang guru nanti. Pelaksanaan PBS ini juga sedikit sebanyak telah memberi impak yang positf kepada diri aya dimana saya menjadi lebih berkeyakinan untuk berinteraksi dengan orang sekeliling. Saya juga dapat mengetahui kelemahan saya sebagai bakal guru. Oleh itu, saya dapat memperbaikinya supaya dapat menjadi seorang guru yang berdedikasi.


LAMPIRAN 2-14 MAKLUMAT UMUM SEKOLAH 1. ARAHAN: Lengkapkan maklumat yang disenaraikan dalam borang berikut: Bil Perkara Catatan / data 1 Nama dan Alamat Sekolah SEKOLAH KEBANGSAAN KEDAWANG, MUKIM KEDAWANG, 07000 LAGNKAWI, KEDAH DARUL AMAN. 2 No. Telefon Sekolah 04-955 4787 3 Alamat e-mel / Web Sekolah [email protected] 4 Lokasi (Bandar / Luar Bandar) LUAR BANDAR 5 Nama Pengurus Sekolah MOHD RAZALI BIN SAAD 6 Nama PK Pentadbiran RIZAZUL BIN ISMAIL 7 Nama PK HEM MOHD MUSLIM BIN OTHMAN 8 Nama PK Kokurikulum MOUHAMMAD SHUKERI BIN ROKHANI 9 Nama Penyelia Petang - 10 Gred/Tahap Sekolah A 11 Bilangan Guru Lelaki: 13 orang Perempuan: 42 orang 12 Bilangan Guru Mengikut Kelayakan Akademik Siswazah: 50 orang Bukan Siswazah: 5 orang 13 Bilangan Kelas 24 14 Purata Saiz Kelas __33__orang 15 Jumlah Murid Melayu Cina India Lain-lain Lelaki 417 - - - Perempuan 376 - - 1 794


16 Maklumat-maklumat lain yang menarik perhatian anda tentang sekolah ini Dasar Pendidikan Terkini yang dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Kedawang: 1. Transformasi Sekolah 2025 (TS25) TS25 merupakan antara dasar pendidikan terkini yang telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsan Kedawang. SK Kedawang merupakan sekolah TS25 sejak tahun 2018 dan berada di kohort 3. Program-program yang dilaksanakan di bahawah TS25 adalah bertumpukan kemenjadian murid dan pengurusan sekolah. 2. Pendtasiran Bilik Darjah (PBD) SK Kedawang turut melaksanakan PBD untuk mengukur prestasi murid serta tahap pencapaian mereka di dalam bilik darjah. Prestasi murid diukur menggunakan TP 1-6 (Tahap Penguasaan). Pencapaian Sekolah: 1. Johan Geopark peringkat Langkawi 2. Menyandang gelaran juara pertandingan merentas desa peringkat daerah selama tujuh tahun berturut-turut sejak tahun 2018.


LAMPIRAN GAMBAR Bergambar bersama Guru Besar Bergambar bersama GPK Pentadbiran Bergambar bersama Ketua Panitia Bahasa Melayu Bergambar bersama Penyelaras TS25


Bergambar bersama Guru Kaunseling @ Setiausaha HEM Bergambar bersama Kerani sekolah @ Ketua Pembantu Tadbir Bergambar bersama Tukang Cuci Sekolah Bergambar bersama Murid tahun 6 @ Pengawas


Bergambar bersama Guru Pemulihan Bergambar bersama Guru Bahasa Melayu Bergambar bersama Guru AJK PIBG Bergambar bersama Setiausaha Kokurikulum


PERJumpaan Kokurikulum Mingguan Pertandingan Merentas Desa


Perjumpaan Bersama Barisan Pentadbir Cenderamata kepada pihak sekolah Penyampaian sijil kepada guru pelatih


Click to View FlipBook Version