SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu
juga menasihati Marina dan datang melawatnya di hospital semasa dia ditahan di hospital Kuala Belait
kerana cuba membunuh diri.
NILAI MURNI
Nilai baik hati dan keprihatinan
Contohnya, Siti Nur banyak membantu Zul dan Marina dari segi kewangan dan sokongan moral kerana
baginya itu adalah tanggungjawab yang perlu dilaksanakannya sebagai seorang kakak.
Nilai cintakan agama
Contohnya, Siti Nur menolong untuk menyempurnakan majlis perkahwinan adiknya Zul dan Marina agar
terjaga nama keluarga dan agama.
Nilai berhemah dan bijaksana
Contohnya, Siti Nur menunjukkan sikap tidak menyalahkan adiknya Zul dan melihatkan keluarganya
bahawa itu adalah permaslaahan yang harus dipikul bersama dalam keluarga.
LATAR TEMPAT
Rumah sakit Kuala Belait
Marina berfikir bahawa sudah seminggu dia di tahan dirumah sakit itu. Dia menghitungnya dengan
jarinya yang lancip itu bahkan jarinya yang cantuk itu yang mengikut Zul adalah salah satu kualiti Marina
yang mempersonakan dirinya.
Wad lima, Rumah Sakit Kuala Belait
Marina teringat pada mulanya dia telah dimasukkan ke wad lima iaitu wad untuk merawat ibu-ibu yang
keguguran kandungannya.
Bilik Bedah, Rumah Sakit Kuala Belait
Dia berada di sana untuk menjalani pencucian rahim di bilik bedah dan dia berada di sana selama tiga
malam. Tiga malam itulah mencemaskan lagi bagi ayah dan ibunya.
Wad sepuluh Rumah Sakit Kuala Belait
Marina dipindahkan lagi ke wad sepuluh iaitu wad untuk pesakit-pesakit perempuan. Doktor ada
memberitahu bahawa dia tidak dibenarkan keluar terlebih dahulu kerana doktor ingin mengawasi
perkembangan kesihatannya. Doktor juga mahu dia betul-betul tenteram dahulu. Tapi bagi Marina,
bagaimana dia mahu berehat sedangkan sejak tiga malam kebelakangan itu dia tidak dapat tidur dengan
baik disebabkan beberapa gangguan iaitu gangguan oleh nyamuk-nyamuk yang berterbangan disana-
sini menghisap darahnya dan pesakit-pesakit yang banyak kekurangan darah itu. Dia juga sering
dikacau oleh teriakan seorang pesakit tua yang tidak berupaya bangun dengan sendirinya untuk pergi
ke tandas ingin buang air kecil, dia pun berteriak memekik memanggil jururawat yang selalu tidak tahu
di mana keberadaannya. Teriakannya juga sering membuat pesakit-pesakit lain terbangun terutamanya
51
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu
perempuan Iban yang berdepanan dengan katilnya itu yang selalu bersungut serta menyumpah. Sedang
Marina berbaring di katil yang dipisahkan dari pesakit-pesakit lain oleh kain tabir hijau yang berjalur-
jalur, dia mula teringat waktu perbuatan terkutuknya dengan Zul. Setelah itu, dia telah kehilangan
segala-galanya iaitu kegadisannya, cita-citanya, Zul, malah keseluruhan hidupnya juga. Di saat seperti
itu, Marina memerlukan kehadiran seorang uztaz untuk memberi petunjuk-petunjuk tentang agama. kini
ayah dan ibunya tidak lagi khuatir untuk meninggalkannya bersendirian. Kemudian Marina juga
didatangi oleh Siti Nur untuk melawat dan membawa beberapa buah tangan dan buku-buku novel untuk
mengisi waktunya. Ketika itu mereka berdua berbual-bual dan Siti Nur sempat memberi beberapa
dorongan untuk tidak memikirkan hal-hal lalu dan teruskan kehidupan. Setelah tidak berapa lama, ibu
Marina pun datang untuk melawat anaknya. Siti Nur pun mengundurkan diri dan ingin pulang ke rumah
orang tuanya sebelum maghrib. Pada petang itu Siti Nur berpendapat perbicaraannya dengan Marina
adalah sesuatu yang tidak dapat dia elakkan.
Dalam Kamar Marina, Rumah Orang tuanya
Dia sudah tidak berharap lagi untuk hidup. Untunglah ubat-ubat panadol yang telah dimakannya secara
berlebihan itu sempat dikeluarkan daripada perutnya sebelum kesan ubat itu memudaratkan organ di
badannya. Nasib baik ayahnya menjumpai botol ubat panadol yang sudah kosong itu dimeja kecil
berdekatan katilnya. Nasib baik juga ibunya terasa ringan hati untuk masuk ke dalam bilik anaknya itu
pada petang sabtu dan mendapati bahawa anaknya berada dalam keadaan tidak sedar dan darah
membasahi kain sarung yang dipakainya.
SOALAN KEFAHAMAN BAB 1 BAHAGIAN 8
1) Mengapakah Marina ingin membunuh diri? (4 markah)
Marina ingin mahu membunuh diri kerana Zul tidak mahu bertanggungjawab terhadap dirinya [1m], agar
Zul menyesal [1m]atas perbuatannya yang dilakukannya terhadap Marina, mungkin Zul akan rasa
bersalah atau berdosa [1m] kerana membiarkan Marina dan mahu Zul rasa berdosa sehingga
menghantui diri Zul [1m].
2) Berikan 2 pengajaran yang boleh kita jadikan iktibar melalui kisah Marina tersebut. (4 markah)
Janganlah kita sesekali cuba untuk membunuh diri kerana ia perbuatan yang ditegah dalam agama.
[1m]contohnya Marina ingin membunuh diri kerana beranggapan Zul tidak mahu bertanggung jawab
terhadap dirinya kerana dia telah menyerahkan dirinya demi cinta terhadap Zul [1m].
Elakkanlah diri kita dari zina kerana zina merupakan perbuatan yang keji dan hina serta dilarang oleh
agama Islam [1m]contohnya Zul dan Marina telah melakukan zina sehingga Marina mengandungkan
anak luar nikah dan Zul mesti bertanggung jawab atas perbuatannya [1m].
3) Bagi pendapat kamu, mengapakah Marina menangis apabila dia dikunjungi/ dilawat oleh Siti
Nur? (KBAT)(4 markah)
Marina menangis di hadapan Siti Nur kerana dia rasa bersalah atas perbuatannya [1m]yang
dilakukannya bersama Zul dan dia malu [1m]kerana dulu dia pernah berjanji kepada Siti Nur untuk
belajar bersungguh-sungguh hingga sampai ke peingkat universiti[1m]dan menjadi manusia yang
berguna.[1m]
52
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu
4) Apakah perkara yang dinasihati oleh ustaz terhadap Marina berkaitan tentang membunuh diri?
Jelaskan. (4 markah)
Golongan membunuh diri merupakan golongan yang tidak diredhai Tuhan.[1m]
Kehidupan ini merupakan amanah dari Tuhan.[1m]
Manusia tidak berhak memusnahkan sesuatu yang bukan miliknya (nyawa).[1m]
Menjauhi dari menjadi orang yang dimurkai Tuhan.[1m]
53
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu
NOVEL PENGABDIAN BAB 1: BAHAGIAN 9
SINOPSIS
Pada malam itu, Hannah hendak pergi ke pesta malam bersama kawan. Hannah tahu ayah dan ibunya
memanjakannya walaupun ibunya pada saat tertentu bersikap keras kepadanya berbanding ayahnya tidak
pernah memarahinya hingga umurnya hampir 17 tahun. Siti Nur melarangnya pergi kecuali Hannah
mengerjakan sembahyang fardhu Maghrib terlebih dahulu. Pada mulanya, Hannah tidak mahu mengerjakan
sembahyang dan beralasan akan mengerjakannya apabila balik dari pesta. Namun sikap Siti Nur yang
tegas dan berkeras sehingga menyebabkan Hannah terpaksa akur dengan perintah kakaknya itu. Setelah
selesai mengerjakan sembahyang, Hannah membatalkan hasratnya untuk pergi ke pesta malam. Mereka
sekeluarga berkumpul dan makan malam bersama-sama. Sebelum tidur, Siti Nur dan Hannah berbual
panjang dan berbincang tentang peranan wanita dalam Islam. Antaranya, tentang kewajipan wanita
menutup aurat dan keistimewaan wanita sebagai ibu.
PERISTIWA – PERISTIWA PENTING
1. Hannah bersiap-siap untuk pergi ke pesta tetapi disuruh oleh Siti Nur untuk mengerjakan sembahyang
terlebih dahulu.
2. Pada mulanya, Hannah memberi alasan dan meminta belas ihsan kakaknya untuk mengerjakan solat
setelah pulang dari pesta tetapi tidak diendahkan oleh Siti Nur.
3. Wardi menelefon Hannah memberitahu bahawa dia tidak jadi pergi ke pesta disebabkan ada urusan
keluarga dan Hannah mencabar Wardi untuk tetap pergi ke pesta tanpa Wardi.
4. Setelah selesai sembahyang Maghrib, Hannah membatalkan hasratnya untuk pergi ke pesta.
5. Mereka sekeluarga berkumpul dan makan malam bersama.
6. Ibu Hannah, Fatimah tidak suka jika Hannah selalu keluar rumah bersama Wardi atau selalu
berpeleseran.
7. Hannah seorang pelajar yang cerdas dan aktif dalam bidang ko-kurikulum.
8. Ke empat-empat anak lelaki Fatimah dan Marof menuntut di England. Zul mengambil kursus teknikal,
Zain mengambil jurusan kejuruteraan, Hadi mengambil bahagian undang-undang, Zamri pula mengikuti
ijazah perubatan.
9. Sebelum tidur, Siti Nur dan Hannah berbual mengenai cita-cita dan pelajaran Hannah, tentang saudara-
saudar lelaki mereka yang belajar di United Kingdom, tentang Zul dan Marina.
10. Siti Nur sengaja membincangkan mengenai peranan wanita dalam Islam, kewajipan wanita menutup
aurat dan keistimewaan wanita sebagai ibu dengan Hannah.
54
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu
WATAK DAN PERWATAKAN
HANNAH
Perwatakan Luaran:
Hannah ialah anak bongsu kepada Fatimah dan Marof
Usianya 16 tahun dan hampir menjelang 17 tahun, masih menuntut dan tinggal bersama keluarganya
di Pekan Seria.
Dia mempunyai kakak iaitu Siti Nur manakala, abang-abangnya ialah Zul, Zain, Hadi dan Zamri.
Hannah seorang gadis yang cantik. Kecantikannya telah menjadi tumpuan semenjak ia kecil lagi ketika
ibunya membawanya bersiar-siar. Ramai juga yang telah terpesona dengan kecantikan wajahnya yang
halus dan putih melepak itu sehingga seingatnya, ia sering dicium-cium yang menjadikannya begitu
gusar. Apabila dewasa, kecantikannya semakin terserlah lebih-lebih lagi pertumbuhan fizikalnya yang
subur, berisi di tempat-tempat yang tepat.
Dia mempunyai badannya tinggi langsing dan sesuai mengenakan apa sahaja jenis pakaian. Ramai
pemuda yang memujanya dan sanggup melakukan apa sahaja untuknya kerana melihat kecantikan
wajahnya. Namun, Hannah hanya menerima Wardi di dalam hidupnya.
Dia juga selalu mengenakan pakaian yang kurang sopan, seksi dan mendedahkan aurat sehingga
menyebabkan ibunya Fatimah merungut. Hannah suka berdandan dan memakai pakaian-pakaian
moden.
Badannya yang tinggi langsing dan kulitnya yang putih halus, berambut pendek hitam lurus
menampakkan tengkuk dan kedua cuping telinganya serta ada sedikit rambut yang tinggal panjang di
tengkuk ditocang halus.
Hannah berwajah bujur sirih, matanya yang hitam bundar, hidungnya mancung dan bibirnya kecil molek
dan keningnya sudah dialis, bulu mata yang lebat dan lentik, serta pipinya montok.
Menemui Wardi pada satu pesta setahun lalu.
Hannah bercita-cita ingin menjadi seorang doktor.
Kegemaran Hannah ialah ikan goreng rumahan.
Perwatakan:
Hannah merupakan seorang gadis yang cantik. Contohnya, kecantikannya telah menjadi
tumpuan semenjak dia kecil lagi ketika ibunya membawanya bersiar-siar. Ramai juga yang telah
terpesona dengan kecantikan wajahnya yang halus dan putih melepak itu sehingga seingatnya, ia
sering dicium-cium yang menjadikannya begitu gusar. Apabila dewasa, kecantikannya semakin
terserlah lebih-lebih lagi pertumbuhan fizikalnya yang subur, berisi di tempat-tempat yang tepat.
Hannah suka bergaya dan menjaga penampilannya. Contohnya, dia mempunyai badan yang
tinggi langsing dan sesuai mengenakan apa sahaja jenis pakaian. Ramai pemuda yang memujanya
dan sanggup melakukan apa sahaja untuknya kerana melihat kecantikan wajahnya. Namun,
Hannah hanya menerima Wardi di dalam hidupnya.
Hannah seorang gadis yang sosial. Contohnya, dia selalu keluar malam bersama Wardi dan
rakan-rakannya sehingga menyebabkan ibunya Fatimah berasa risau. Baginya, hiburan dan joli itu
penting kerana dia mahu merasakan keindahan hidup masa remaja, lebih-lebih lagi zaman remaja
itu hanya sekali dalam hidup. Selain itu, dia juga selalu mengenakan pakaian yang kurang sopan,
seksi dan mendedahkan aurat sehingga menyebabkan ibunya Fatimah merungut.
55
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu
Dia juga seorang adik yang patuh kepada perintah kakaknya Siti Nur. Buktinya, walaupun dia
hendak pergi ke parti pada malam itu, namun, dia tetap patuh dengan kehendak kakaknya agar dia
mengerjakan sembahyang fardhu Maghrib terlebih dahulu. Hal ini menyebabkan ibunya merasa
gembira kerana memang Siti Nurlah satu-satunya anaknya yang diharapakan dapat memberi
nasihat kepada Hannah.
Dia seorang yang aktif dalam bidang ko-kurikulum selain cerdas dalam bidang pelajaran.
Contohnya, Hannah berbakat dalam bidang seni suara, tarian, drama dan syrahan serta aktif dalam
kegiatan sukan.
Dia juga seorang anak yang manja. Sebagai anak bongsu dalam keluarga, Hannah tahu ayah
dan ibunya memanjakannya walaupun ada saat-saatnya ibunya mahu bersikap keras kepadanya,
contohnya, ibunya pernah mengugut untuk membakar pakaian-pakaiannya yang seksi, namun,
ugutan ibunya hanya tinggal ugutan. Belum pernah ibunya membuktikan apa yang dikatakannya
itu. Ayahnya juga tidak pernah memarahinya dan bersikap kasar seumur hidupnya ini walaupun
usianya hampir 17 tahun.
Dia juga merupakan seorang gadis yang suka hidup berdikari/mandiri. Buktinya, ketika dia
hendak pergi ke pesta malam, dia sudah berjanji akan pergi bersama Wardi. Namun, Wardi tiba-
tiba tidak jadi pergi kerana ada urusan keluarga. Namun, Hannah tetap dengan keputusannya untuk
pergi ke pesta malam kerana baginya, tanpa Wardi, dia boleh hidup berdikari. Bagi Hannah, dia
tidak mahu bergantung harap kepada lelaki semata-mata.
Hannah merupakan gadis yang menjadi rebutan ramai pemuda-pemuda kerana
keistimewaannya. Contohnya, Hannah menjadi pujaan pemuda-pemuda kerana bagi mereka
Hannah bukan sahaja cantik dan bergaya malahan tingkah lakunya juga sehingga Hannah
menerima banyak surat mabuk asmara yang sanggup membuat apa saja untuknya.
Hannah merupakan seorang gadis yang terlalu cerewet dalam memilih kekasih. Contohnya,
dalam ramai pemuda yang menyintainya, Hannah telah memilih Wardi seorang anak hartawan,
bangsawan, kacak, tampan dan terpelajar sebagai kekasihnya kerana Hannah merasakan hanya
Wardi yang sesuai dan sepadan dengan dirinya.
Hannah merupakan seorang kekasih yang tidak penyemburu. Contohnya, walaupun Hannah
mendengar desas-desus yang mengatakan Wardi mempunyai ramai teman wanita di tanah
seberang, Hannah tidak berasa hairan kerana Hannah tahu Wardi menjadi buruan para gadis dan
Hannah sering menerima pandangan iri hati yang dilemparkan kepadanya apabila berjalan di
samping Wardi.
Hannah merupakan seorang remaja yang pandai menjaga harga diri. Contohnya, walaupun
Hannah berfikiran moden dan sering keluar malam, dia tidak akan menghancurkan hidupnya jika
suatu hari Wardi berpaling tadah kerana dia masih tahu batas-batas pergaulan dan tahu masa
depannya cerah.
Hannah merupakan seorang anak yang berpengetahuan tentang agama Islam. Contohnya,
Hannah tidak melalaikan hal-hal keagamaan seperti dia sembahyang lima waktu, berpuasa di bulan
ramadan dan mengganti puasa di bulan lain jika musim bendera merah, mengaji al-Quran dan ada
buku agama berjudul ‘Doa-doa di dalam sembahyang’.
Hannah seorang adik yang tekun mendengar nasihat kakaknya. Contohnya, Hannah bertukar-
tukar pendapat dan berbincang bersama kakaknya, Siti Nur mengenai pelajaran, cita-cita Hannah,
soal agama dan peranan wanita dalam Islam.
56
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu
WARDI
Keterangan Watak:
Wardi ialah teman lelaki Hannah.
Seorang anak hartawan dan bangsawan.
Dia seorang yang terpelajar dan menuntut di England.
Dia berwajah tampan dan kacak, mempunyai lesung pipit dan kalau tersenyum kelihatan begitu
manis sekali.
Dia berkulit putih kuning dan berbadan segak.
Dia suka bergaya. Dia selalu memakai pakaian yang berharga seperti Lanvin, tali pinggang kulit
buatan Dior, kasut buatan Gucci dan Bally yang dibeli dari butik ternama. Jam tangannya pula
buatan Rolex bertatahkan belian yang berharga hampir $20,000.
Menelefon Hannah memberitahu dia tidak jadi ke parti bersama Hannah kerana urusan keluarga
Wardi berjaya menawan hati Hannah
Kecewa apabila Hannah memberitahu mahu pergi ke pesta itu tanpanya.
Menemui Hannah pada suatu pesta setahun yang lalu.
Perwatakan:
Wardi merupakan seorang remaja yang hidup mewah kerana anak orang bangsawan dan hartawan.
Contohnya, ketika cuti musim sejuk di England, dia akan balik ke Brunei dan sering berjumpa
dengan teman wanitanya Hannah. Mereka sering keluar malam dan balik lewat malam.
Wardi dikatakan remaja lelaki yang sosial. Contohnya, semasa dia balik bercuti di Brunei dia sering
berjumpa teman wanitanya, Hannah dan mereka sering keluar ke bandar dan balik lewat malam.
Hubungan mereka ini tidak disenangi oleh ibu Hannah (Fatimah) kerana ditakuti berlakunya
perkara-perkara yang tidak diingini. Menurut Fatimah, lelaki kacak dan kaya seperti Wardi itu
selalunya tidak boleh diharap. Tahunya cuma mempermainkan perempuan sahaja.
Wardi seorang yang suka bergaya dan menjaga penampilan diri. Buktinya,dia selalu memakai
pakaian yang berharga seperti Lanvin, tali pinggang kulit buatan Dior, kasut buatan Gucci dan Bally
yang dibeli dari butik ternama. Jam tangannya pula buatan Rolex bertatahkan belian yang berharga
hampir $20,000. Jam yang digunakan sehari-hari pun tidak kurang mahalnya.
Wardi seorang lelaki yang bertuah kerana dipilih oleh Hannah sebagai teman lelakinya. Contohnya,
dalam ramai pemuda yang menyintainya, Hannah telah memilih Wardi seorang anak hartawan,
bangsawan, kacak, tampan dan terpelajar sebagai kekasihnya kerana Hannah merasakan hanya
Wardi yang sesuai dan sepadan dengan dirinya.
Wardi merupakan seorang pemuda yang menjadi buruan para gadis. Contohnya, Hannah sering
mendengar desas-desus yang mengatakan Wardi mempunyai ramai teman wanita di tanah
seberang, Hannah tidak berasa hairan kerana Hannah tahu Wardi menjadi buruan para gadis dan
Hannah sering menerima pandangan iri hati yang dilemparkan kepadanya apabila berjalan di
samping Wardi.
Wardi seorang yang mengutamakan keluarga daripada hal lain. Contohnya, Wardi menelefon
Hannah memberitahu bahawa dia tidak dapat datang pesta disebabkan urusan keluarga dan
menyuruh Hannah pergi bersama Rahimah.
57
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu
FATIMAH
Keterangan Watak
Solat berjemaah bersama Marof dan ayah mertuanya.
Sering menegur cara pemakaian Hannah
Terkejut melihat Hannah sedang mengerjakan sembahyang fardhu Maghrib.
Memasakkan makan malam dengan hidangan seperti ikan tenggiri masak lemak, lamiding ditumis
dengan udang, ikan goreng rumahan dan sambal belacan diulam dengan daun penggaga.
Perwatakan
Seorang ibu yang sering menasihati anaknya, Hannah. Contohnya, Fatimah sering menegur cara
pakaian Hannah yang tidak sopan dan pernah mengugut untuk membakar baju-baju Hannah.
Seorang ibu yang terlalu memanjakan dan tidak bersikap tegas terhadap Hannah. Contohnya, dia
tidak pernah membakar baju-baju Hannah walaupun pernah mengugutnya. Selain itu, dia juga
sering mendoakan Hannah supaya ditutupi hatinya pada perkara-perkara yang tidak senonoh dan
dibukakan hatinya hal-hal kebajikan.
Seorang ibu yang berjaya mendidik dan membesarkan anak-anaknya dengan menyekolahkan
kesemua anaknya sehingga ke peringkat yang lebih tinggi (universiti) di luar negara. Buktinya, Siti
Nur berjaya dalam bidang kedoktoran, Zul dalam bidang teknikal, Zain dalam bidang kejuruteraan,
Hadi dalam bidang undang-undang, Zamri dalam bidang perubatan manakala Hannah masih
bersekolah menengah .
Seorang ibu yang sangat menyayangi anak-anaknya. Contohnya, Fatimah gembira Siti Nur balik
menjenguk mereka di Seria dengan memasakkan makan malam dengan hidangan yang istimewa
ikan tenggiri masak lemak, lamiding ditumis dengan udang, ikan goreng rumahan dan sambal
belacan diulam dengan daun penggaga berbanding hari-hari biasa dengan satu ikan dan satu sayur
sahaja.
MAROF
Keterangan Watak
Baru pulang dari bermain tenis pada waktu Maghrib.
Solat berjemah fardhu Maghrib bersama Fatimah dan ayahnya.
Makan malam bersama Siti Nur, Fatimah, Hannah dan ayahnya.
Bertanya Hannah tidak jadi ke parti
Perwatakan
Marof terlalu memanjakan dan tidak pernah menegur sikap anak bongsunya, Hannah. Contohnya,
Marof tidak memarahi dan berkasar terhadap Hannah. Dia juga bertanya kepada Hannah sebab
tidak jadi ke parti.
58
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu
SITI NUR
Keterangan Watak
Siti Nur ialah anak sulung kepada Fatimah dan Marof
Balik ke rumah tumpangan orang tuanya, di Seria
Terbeliak biji matanya melihat penampilan Hannah.
Tidur sebilik dengan Hannah
Perwatakan
Siti Nur seorang kakak yang menyayangi adiknya, Hannah. Contohnya, Siti Nur membelikan seekor
anak patung beruang berwarna hitam bertompok-tompok warna putih di muka, telinga dan tapak
kaki beruang sempena hadiah hari jadi Hannah yang ke-12 tahun sewaktu di England.
Siti Nur seorang yang taat dalam mengerajkan perintah Allah. Contohnya, Siti Nur sembahyang
fardhu Maghrib terlebih dahulu sebelum menasihati adinya Hannah.
Siti Nur seorang kakak yang tegas. Contohnya, Siti Nur menyuruh Hannah terlebih dahulu
mengerjakan sembahyang fardhu Maghrib barulah dibenarkan Hannah pergi ke pesta, jika tidak
Hannah tidak dibenarkan keluar ke pesta. Akhirnya, Hannah akur dan mengerjakan solat fardhu
Maghrib.
Siti Nur seorang kakak yang menepati janji. Contohnya, Siti Nur mengingatkan janjinya terhadap
Hannah dengan membenarkan Hannah pergi ke parti selesai mengerjakan sembahyang akan tetapi
Hannah malas untuk pergi dengan alasan tidak ada mood dan terpaksa memakai mekap dan
mengemaskan rambut.
Siti Nur merupakan seorang anak yang baik. Contohnya, dia selalu mencadangkan agar orang
tuanya berpindah dan tinggal bersama di Bandar Seri Begawan akan tetapi Fatimah tidak bersetuju
kerana sudah sebati tinggal di Pekan Seria dan tidak tahan dengan suasana bandar yang sibuk.
Siti Nur seorang kakak yang penuh diplomasi dalam menasihati dan membimbing adiknya, Hannah.
Contohnya, Siti Nur sengaja membincangkan mengenai hukum-hukum Islam seperti cara
berpakaian, mendedahkan aurat, peranan seorang wanita dalam Islam bersama Hannah kerana
ingin membimbing Hannah ke jalan agama dan keimanan yang lebih teguh.
DATUK
Keterangan Watak
Ayah kepada Marof dan ayah mertua kepada Fatimah.
Tinggal di Seria bersama anak menantu dan cucu-cucunya, Siti Nur, Zul, Zain, Zamri, Hadi, Zain
dan Hannah.
Gemar membaca wirid dengan suara yang lantang.
Berusia lebih 90 tahun tetapi belum lali.
Solat berjemaah fardhu Maghrib bersama Fatimah dan Marof.
Makan malam bersama-sama Siti Nur, Marof, Fatimah dan Hannah
Perwatakan
Dia seorang yang taat perintah Allah. Contohnya, dia menjadi imam dan menunggu di tikar
sembahyang untuk sembahyang berjemaah fardhu Maghrib bersama-sama anak menantunya dan
gemar membaca wirid dengan suara yang lantang dan rajin membaca al-Quran bersama cucunya,
Hannah.
59
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu
Seorang datuk yang baik dan menasihati cucunya. Contohnya, datuk menasihati Hannah untuk
tidak pergi ke parti kerana itu perbuatan maksiat dan menyuruh Hannah duduk saja di rumah
bersamanya, ibu bapa dan kakaknya.
PENGAJARAN
Kita hendaklah mengerjakan sembahyang dahulu, sebelum berjalan dari rumah.
Contohnya, Hannah mengerjakan solat sebelum ia pergi ke pesta bersama kawan-kawannya setelah
didesak oleh kakaknya, Siti Nur. Siti Nur tidak mahu Hannah melambatkan sembahyang atau melalaikan
sembahnyang fardhu.
Kita mestilah menjaga batas dan hubungan antara lelaki dan perempuan kerana itu merupakan
ajaran agama Islam.
Contohnya, Fatimah tidak suka anaknya, Hannah berpeleseran/ sering keluar rumah bersama kawan-
kawannya apalagi bersama Wardi yang merupakan kekasih Hannah.
Kita haruslah memberi menasihati sesiapa saja terutama ahli keluarga kita ke arah suatu
kebaikan atau perkara yang diperintahkan dalam ajaran agama Islam.
Contohnya,Siti Nur sebagai kakak bertanggungjawab menasihati Hannah supaya tidak melakukan
perkara-perkara yang ditegah dalam ajaran agama Islam seperti memakai pakaian yang mendedahkan
aurat dan berdua-duaan dengan yang bukan muhrim,
Sebagai anak, kita janganlah mengambil kesempatan atas kebaikan kedua orang tua kita yang
selama ini mereka berikan kepada kita.
Contohnya,Hannah tahu bahawa orang tuanya memanjakannya dan Hannah sering saja tidak menuruti/
mendengar cakap ibunya contohnya ibunya menyuruh Hannah memakai pakaian yang sopan ketika
keluar rumah tetapi Hannah enggan mendengarnya malah memakai pakaian yang membuka aurat.
Sebagai seorang Islam, kita mestilah sentiasa menutup aurat dan tidak mendedahkannya kepada
orang yang bukan muhrim.
Contohnya,Hannah memakai pakaian yang tidak menutup aurat ketika keluar rumah/ keluar bersama
kawan-kawannya sehingga ditegur oleh ibu dan kakaknya.
NILAI MURNI
Nilai Nasihat – Menasihati
Contohnya, Siti Nur memberi nasihat kepada adiknya hannah dengan tegas dan mengkehedaki Hannah
supaya mengerjakan sembahyang fardhu Maghrib terlebih dahulu sebelum pergi ke majlis parti demi
tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim. Walaupun pada mulanya Hannah enggan, namun
akhirnya Hannah akur dengan perintah Siti Nur.
60
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu
Nilai Bertanggungjawab
Contohnya, Siti Nur juga bertangungjawab memberi nasihat kepada adiknya Hannah agar mengerjakan
sembahyang terlebih dahulu sebelum pergi ke majlis parti dan berpakaian menutup aurat ketika hendak
ke luar rumah demi kebaikan adiknya jua.
Nilai Hormat
Contohnya, Hannah seorang yang hormat kepada ibu bapanya walaupun dia sering tidak mendengar
nasihat ibunya dan dia tahu ibu bapanya selalu memanjakannya.
LATAR TEMPAT
Rumah Marof di Seria
Di rumah ini, Siti terserempak dengan Hannah yang hendak ke majlis parti. Dia sempat mengarahkan
Hannah mengerjakan sembahyang terlebih dahulu sebelum ke majlis parti. Walaupun pada mulanya
Hannah enggan berbuat demikian, tetapi akhirnya Hannah akur. Hannah kemudiannya tidak jadi ke
majlis pesta kerana malas mengenakan “make-up”. Mereka lalu makan malam bersama-sama.
Sebelum tidur, Siti Nur dan Hannah bercerita panjang tentang peranan wanita dalam Islam dan
keistimewaan wanita.
SOALAN KEFAHAMAN BAB 1 BAHAGIAN 9
1) Kenapa Hannah berkeras untuk pergi ke pesta walapun Wardi pada saat akhir membatalkan
untuk ikut serta? (4 markah)
Hannah ingin mencabar Wardi [1m]
Hannah taksub dengan aktiviti sosial sehingga berkeinginan untuk pergi pesta adalah sangat tinggi
[1m]
Sudah berjanji dengan rakannya, Rahimah [1m]
Bagi Hannah, tanpa Wardi ia boleh hidup berdikari [1m]
2) Jelaskan kejadian peristiwa penting sehingga Siti Nur berada di rumah ibu bapa nya? (4
markah)
Siti Nur singgah di rumah ibu bapanya kerana ingin melawat Marina [1m]
Siti Nur melawat Marina kerana telah ditahan di rumah Sakit Kuala Belait[1m]
Akibat percubaannya membunuh diri sehingga kandungannya itu gugur[1m]
Marina terlanjur dengan Zul sehingga mengandungkan anak luar nikah [1m]
3) Beri pandangan kamu, mengapakah Hannah mendengar nasihat Siti Nur untuk mengerjakan
solat sebelum keluar berjalan ke parti? (KBAT) (4 markah)
Siti Nur berkeras dan tegas menyuruh Hannah untuk melakukan sembahyang terlebih dahulu.[1m]
Siti Nur mengertak tidak akan membenarkan Hannah pergi ke parti jika Hannah tidak
sembahyang.[1m]
Siti Nur bersedia menolong untuk membersihkan mekap di wajah Hannah. [1m]
Sikap manja Hannah tidak melemahkan ketegasan sikap Siti Nur yang akhirnya Hannah patuh dengan
arahan kakaknya walaupun mempunyai sifat keras hati.[1m]
61
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu
NOVEL PENGABDIAN BAB 1: BAHAGIAN 10
SINOPSIS
Malam itu sewaktu Siti Nur menonton televisyen sambil mengenangkan kenangan silamnya, lampu
rumahnya terpadam. Keadaan jadi gelap gelita. Dengan pertolongan cahaya dari api tambak gas, Hindon
dapat mencari tiga batang ‘dian’ lalu dinyalakannya. Mereka pun makan dengan berlampukan dua batang
dian. Pada masa itulah Hindon teringat tentang pemberontakan pada masa umurnya 30 tahun lalu dan
menceritakannya kepada Siti Nur. Siti Nur juga masih ingat ketika peristiwa itu berlaku iaitu ayahnya telah
tertangkap oleh pihak berkuasa kerana dituduh terlibat dengan pemberontakan. Dia berusaha membantu
ibunya sepanjang ketiadaan ayahnya.
Hindon meneruskan ceritanya berkenaan pemberontak yang datang dan berlindung di rumah mereka
sekeluarga di Lumapas dan dia telah jatuh hati dengan salah seorang daripada pemberontak tersebut yang
bernama Harun. Harun mahu menyerah kepada pihak berkuasa kerana ingin berkahwin dengan Hindon
tetapi dihalang oleh teman-temannya kerana janjinya pada mereka. Dia pun terpaksa meneruskan
perjuangannya kemudian mati terbunuh di sempadan dua bulan setelah pemergiannya. Sebab itulah Hindon
tidak mahu kahwin. Hindon menasihati Siti Nur supaya berkahwin cepat jika ada jodoh.
Siti Nur terkenang Auntie Faridah dan Azmil yang telah ditinggalkan oleh Usu Khalidnya yang kini meringkuk
di penjara. Usu Khalidnya yang terkenal dengan kedegilannya tidak mahu Faridah membawa Siti Nur
melawatnya di penjara kerana Siti Nur selalu menasihatinya. Walaupun demikian Siti Nur tetap mengutus
surat-surat yang berbaur dengan nada yang penuh diplomasi kepada Usu Khalidnya walaupun dia tidak
tahu sama ada surat-surat itu dibaca ataupun tidak. Siti Nur mengeluh dengan sikap usunya itu. Hindon
memang tahu akan masalah Siti Nur berkenaan Khalid sebab itu dia tidak tergamak meninggalkan Siti Nur
sendirian walaupun kakaknya pernah memintanya menjaga anak-anak tetapi ditolaknya. Dia tetap setia
dengan Siti Nur yang lemah lembut dan tidak sombong walaupun berkedudukan tinggi. Akhirnya lampu
kembali terang benderang.
PERISTIWA – PERISTIWA PENTING
1. Bekalan elektrik di rumah Siti Nur terputus.
2. Sewaktu makan malam, Siti Nur tekenangkan kisahnya sewaktu pemberontakan.
3. Hindon menceritakan kisah percintaannya dengan Harun, seorang pemberontak.
4. Dalam perjuangannya, Harun telah terbunuh di sempadan.
5. Hindon menasihati Siti Nur supaya berkahwin cepat jika ada jodoh.
6. Siti Nur terkenangkan keluarga Usu Khalidnya.
7. Hindon tahu masalah Siti Nur dengan Usu Khalidnya.
8. Hindon tidak mahu meninggalkan Siti Nur bersendirian.
9. Akhirnya lampu kembali terang benderang.
62
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu
WATAK DAN PERWATAKAN
SITI NUR
Perwatakan Dalaman:
Siti Nur seorang yang suka menonton rancangan televisyen bercorak berita dan rencana. Contohnya,
rancangan rancangan ‘Trapper John M.D’.
Di rumah, Siti Nur merupakan seorang majikan yang baik dan mengambil berat tentang pembantu
rumahnya Hindon. Contohnya, Hindon disuruhnya makan terlebih dahulu kerana Siti Nur takut timbul
gastriknya.
Siti Nur seorang yang boleh mengawal emosi. Contohnya, Siti Nur marah terhadap sikap Usu Khalidnya
yang tidak mementingkan keluarga tetapi Siti Nur dapat mengawal perasaan dan emosinya agar lebih
diplomasi berhadapan dengan Khalid.
Siti Nur seorang majikan yang sentiasa bersedia diajak berbual dari hati ke hati.
Siti Nur seorang yang prihatin dan mengambil berat mengenai Khalid dan Azmil. Iaitu mengenai Khalid
di penjara dan juga kesihatan Azmil.
Siti Nur seorang yang bersifat matang walaupun berusia muda. Hasil beberapa peristiwa yang telah
dilaluinya. Contohnya, pernah hidup di zaman pemberontakan, ayahnya ditahan di Panggung Roxana
di Lorong Tujuh, bersusah payah membantu ibunya membuat kuih-muih untuk dihantar kepada ayahnya
dan hidup dalam tragedi banjir menyebabkan dia tidak pergi ke sekolah untuk beberapa lama.
Siti Nur bersifat menunjukkan minat dan ingin tahu tentang kisah silam Hindon yang tidak pernah
diceritakannya sebelum ini (lebih kurang 20 tahun). Contohnya, sewaktu Hindon tinggal di Lumapas
bersama kakaknya, mereka mendapat tahu dari radio ada kekacauan di Bandar Brunei.
Siti Nur orang yang sentiasa berinisiatif dan tidak putus asa untuk membebaskan dan menginsafkan
usunya Khalid. Contohnya, Siti Nur tidak putus asa tetep mengutus surat-surat untuk usunya setelah
dia tidak dibenarkan melawatnya lagi. Siti Nur juga berdoa agar usunya dilembutkan hati agar berubah
dan insaf atas kesalahan yang dilakukannya.
Siti Nur seorang yang suka menolong selagi orang meminta pertolongannya contohnya dia akan
sentiasa menolong Faridah untuk menginsafkan/ mengubah pendirian Usu Khalidnya.
HINDON
Perwatakan Luaran:
Hindon pembantu rumah Siti Nur yang setia dan menyayangi Siti Nur. Contohnya, dia menolak
permintaan kakaknya untuk menjagakan cucu-cucunya yang ramai kerana menantu dan anak-anak
perempuannya bekerja di luar rumah dan dia tidak tergamak meninggalkan Siti Nur.
Semasa pemberontakan Hindon baru berumur 30 tahun.
Dia pernah tinggal di Lumapas bersama kakaknya yang tua.
63
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu
Perwatakan Dalaman:
Hindon kadang-kadang mempunyai sikap melatah. Contohnya,sikap ini dapat dilihat dalam peristiwa
yang berlaku semasa bekalan elektrik tiba-tiba terpadam.
Hindon sayang dan setia akan Siti Nur yang lemah lembut dan tidak pernah pun berlaku kasar
terhadapnya.
Hindon seorang yang tidak mengambil kesempatan dan tahu batasnya sebagai pembantu rumah
walaupun diberi kebebasan dalam serba-serbi oleh Siti Nur. Contohnya,dia mengemas terlebih dahulu
dan menyuruh Siti Nur sembahyang dulu.
Hindon jatuh hati dengan Harun iaitu salah seorang pemberontak yang meminta perlindungan di rumah
kakaknya di Lumapas.
KHALID
Perwatakan Luaran:
Khalid merupakan bapa saudara pangkat sepupu dua kali kepada Siti Nur.
Khalid meringkuk dalam tahanan untuk menegakkan prinsip perjuangannya yang sia-sia.
Khalid adalah guru yang pernah mengajar Siti Nur subjek Bahasa Melayu sewaktu di sekolah
menengah.
Khalid pernah menceritakan pada Siti Nur mengenai pertemuannya dengan Azahari, ketua Partai
Rakyat Brunei pada masa itu menyebabkannya mendambakan dirinya pada perjuangan Azahari mulai
saat itu.
Khalid telah ditangkap atas undang-undang darurat kerana telah didapati menyebarkan risalah-risalah
anti-kerajaan.
Khalid pernah cuba untuk mempengaruhi Siti Nur untuk jadi ‘orang perjuangan’ tetapi Siti Nur
menjauhkan diri.
Perwatakan Dalaman:
Sebagai orang perjuangan, Khalid gemar menulis sajak-sajak yang berbaur politik.
Khalid tidak pernah bimbang dengan perjuangnnya pada masa itu kerana dia bujang, kedua-dua orang
tuanya sudah tiada dan adik-adiknya tidak bergantung harap kepadanya.
Dulu Khalid dan Siti Nur aktif mengendalikan persatuan kebudayaan sekolah ketika Siti Nur menuntut
di Tingkatan Empat.
Khalid seorang yangteguh dengan prinsipnya pada hal prisipnya itu menyalahi undang-undang negara
sebab itulah dia dipenjarakan.
HARUN
Perwatakan Luaran:
Bekas kekasih Hindon pembantu Siti Nur yang terlibat dengan pemberontakan.
Pernah berlindung di rumah kakak Hindon di Lumapas selama sebulan dan mereka jatuh cinta.
Pernah berjanji untuk mengahwini Hindon tetapi kawan-kawannya mengingatkan tentang sumpah
perjuangan mereka dan memaksa Harun untuk ikut meneruskan perjalanan mereka ke Kalimantan.
64
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu
Selepas dua bulan Hindon mendengar khabar Harun telah terbunuh dalam serangan hendap di
sempadan.
AZAHARI
Perwatakan Luaran:
Ketua Partai Rakyat Brunei.
Perwatakan Dalaman:
Seorang yang berpengaruh kuat. Contohnya, walaupun dia pernah berjumpa dengan Khalid secara
kebetulan dan ini telah menyebabkan Khalid mendambakan dalam perjuangan tersebut.
FARIDAH
Perwatakan Luaran:
Isteri kepada Khalid.
Dia berusaha menginsafkan supaya suaminya diberi keampunan dan kebebasan lebih awal.
Faridah rasa terharu dan berterima kasih kepada Siti Nur kerana terlalu mengambil berat mengenainya
dan Azmil.
Perwatakan Dalaman:
Seorang isteri yang setia kepada Khalid walaupun suaminya telah dipenjara.
MAROF
Perwatakan Luaran:
Marof telah ditangkap kerana telah kedapatan menguburkan senjata di belakang rumah sewa kediaman
mereka dan diperintahkan mengangkat tangan, berjalan ke balai polis yang tidak jauh dari situ.
Marof ditahan di Panggung Rozana di Lorong Tujuh.
SENARAI WATAK-WATAK SAMPINGAN:
1. Azmil
2. Kakak Makcik
3. Ayahnya (Marof)
4. Zul
5. Pasukan keselamatan (polis-polis dari Tanah Semenanjung)
6. Pegawai-pegawai polis dan konstable-konstable
7. Tentera British
8. Beberapa pemuda
65
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu
PENGAJARAN
Janganlah kita melibatkan diri dalam aktviti-aktiviti negatif apatah lagi aktiviti-aktiviti yang
melanggar undang-undang kerajaan dan negara.
Contohnya, Usu Khalid telah melibatkan diri di dalam pemberontakan. Dia telah ditangkap atas undang-
undang darurat kerana telah didapati menyebarkan risalah-risalah anti-kerajaan.
Bantulah meringankan beban orang tua jika diperlukan dan dalam keadaan memaksa.
Contohnya, Siti Nur terpaksa membantu ibunya di rumah membuat kuih muih untuk dihantar kepada
ayahnya yang ditahan di Panggung Roxana di Lorong Tujuh.
Janganlah putus asa demi sesuatu kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain.
Contohnya, Siti Nur membantu sebaik mungkin memujuk Usu Khalid untuk menerima saranannya
supaya sedar dan insaf tentang hal perjuangannya yang sia-sia itu. Siti Nur pasti akan meneruskan
usahanya menolong Azmil meskipun mereka tiada hubungan apa-apa.
Kita seharusnya menyalurkan sebarang usaha yang baik agar sama-sama menikmati kebaikan
tersebut di masa akan datang.
Contohnya, Siti Nur terfikir tentang semangat perjuangan yang ada pada Usu Khalidnya itu sepatutnya
disalurkan untuk kepentingan negara pada masa berkenaan.
Kita mestilah berserah dan percaya dengan sesuatu yang dipanjatkan kepada Allah SWT.
Contohnya, Siti Nur berdoa dalam sembahyangnya agar Usu Khalidnya lembut hati dan yakin bahawa
doanya akan dimakbulkan.
NILAI MURNI
Nilai timbang rasa, keprihatinan dan berkasih sayang.
Contohnya, Siti Nur meminta Hindon agar makan terlebih dahulu pada malam itu kerana Siti Nur takut
timbul dugal Hindon tetapi Hindon menolak. Oleh kerana timbangrasa dan perasaan keprihatinan dan
kasih sayang yang ditunjukkan oleh Siti Nur inilah Hindon tidak mahu menjaga anak-anak kakaknya di
Lumapas dan menolak pelawaan kakaknya itu.
Nilai nasihat menasihati dan ingat mengingati antara satu dengan lain.
Contohnya, Siti Nur sentiasa berusaha untuk menasihati Usu Khalidnya agar berubah fikiran dan insaf
di atas perjuangannya yang sia-sia tersebut sehinggakan dia tidak dibenarkan lagi oleh Usu Khalidnya
melawat di masa lawatan-lawatan yang akan datang. Akan tetapi Siti Nur tetap tidak berputus asa dan
mengirimkan surat melalui isterinya, Faridah untuk Usu Khalid.
66
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu
Nilai percaya dan berserah kepada Allah SWT.
Contohnya, apabila elektrik sudah hidup semula, Hindon meminta Siti Nur untuk bersembahyang
terlebih dahulu dan Siti Nur percaya dan berharap doanya akan dimakbulkan oleh Allah agar Usu
Khalidnya lembut hati dan berubah fikiran.
LATAR TEMPAT
Flat Siti Nur / rumah tumpangan Siti Nur
Tempat ini merupakan tempat tinggal Siti Nur di Bandar Seri Begawan. Tempat tinggal yang selesa
lengkap dengan dan bilik yang cukup. Siti Nur tinggal bersama dengan pembantu rumahnya Hindon.
Waktu ini, Hindon sedang menyediakan makan malam dan bekalan elektrik tiba-tiba terputus dan
keadaan menjadi gelap. Hindon menyalakan dian dan mengimbas kenangan lampau.
Seria
Tempat tinggal keluarga Siti Nur (Marof dan Fatimah). Tinggal di sana sejak Siti Nur kecil lagi. Terjadi
pemberontakan pada bulan Disember, ketika Siti Nur berumur 10 tahun.
Malam sebelum lapan Disember, Marof dan Zul sedang menyaksikan persembahan pertunjukan pentas
sekolah menandakan akhir penggal persekolahan.
Marof telah ditangkap dan ditahan di Panggung Roxana di Lorong Tujuh kerana kedapatan
menguburkan senjata di belakang rumah sewa kediaman mereka.
Ibu Siti Nur, Fatimah pernah melarikan diri bersama orang tuanya ke Ulu Belait semasa Perang Dunia
Kedua.
Siti Nur menolong ibunya membuat kuih-muih untuk dihantar kepada ayahnya yang di dalam tahanan.
Semasa tragedi banjir melanda seluruh negeri, Siti Nur tidak dapat bersekolah untuk beberapa lama.
Lumapas
Rumah kakak Hindon terletak di Lumapas.
Hindon tinggal di Lumapas semasa pemberontakan.
Beberapa orang pemuda yang tegap dan kulit mereka yang hitam berkilat meminta perlindungan dan
persembunyian di rumah ini. Mereka ini ada pemberontak-pemberontak yang sedang dalam buruan.
Salah seorang daripada pemberontak itu iaitu Harun telah jatuh cinta dengan Hindon. Dia berjanji
hendak kahwin dengan Hindon. Harun telah memutuskan untuk menyerah saja kepada pihak yang
berkuasa, tetapi dihalang oleh kawan-kawannya dan mengecam keputusannya itu. Mereka telah
mengingatkannya akan sumpah mereka. Mereka telah memaksa dia meneruskan perjalanan mereka
ke Kalimantan. Selepas dua bulan Hindon mendengar khabar dia telah terkorban dalam serang hendap
di sempadan.
67
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu
SOALAN KEFAHAMAN BAB 1 BAHAGIAN 10
1) Apakah yang terjadi kepada Marof ketika zaman pemberontakan berlaku? [4m]
Marof telah ditangkap dan diperintahkan mengangkat tangan, berjalan ke balai polis [1m]. Dia telah
kedapatan oleh pihak yang berkuasa [1m] kerana menguburkan senjata di belakang rumah sewa
kediaman mereka pada masa itu [1m]. Marof ditahan di Panggung Roxana di Lorong Tujuh [1m].
2) Seandainya kamu dalam situasi Hindon yang mempunyai kekasih yang terlibat dengan kegiatan
yang bertentangan dengan undang-undang kerajaan. Apakah tindakan yang bakal kamu lakukan
sama ada kamu meneruskan percintaan tersebut atau sebaliknya. [4m]
Tidak. [1m]Perlu memikirkan beberapa kali sebab tidak mahu dikatakan bersubahat dan terlibat dalam
kegiatan yang memang melanggar undang-undang negara [1m].Sepatutnya membuat laporan polis
supaya mereka tertangkap. Jika demikian mungkin hanya akan di penjara dan tidak terbunuh seperti
Harun [1m]. Mungkin akan sampai kahwin jika sudah keluar dari penjara, cinta mereka mungkin bersatu
[1m].
3) Dalam bahagian ini, pengarang telah menggunakan teknik imbas kembali untuk menyampaikan
plot dengan menarik. Jelaskan. [4m]
Teknik imbas kembali.
Hindon menceritakan semula kepada Siti Nur zaman lampaunya iaitu semasa zaman pemberontakan
[1m]. Hindon tinggal di rumah kakaknya terletak di Lumapas. Beberapa orang pemuda yang tegap dan
kulit mereka yang hitam berkilat meminta perlindungan dan persembunyian di rumah ini. Mereka ini ada
pemberontak-pemberontak yang sedang dalam buruan [1m].Siti Nur juga ingat malam sebelum 8
Disember ayahnya dan Zul sedang menonton pertunjukan pentas sekolah yang menandakan akhir
penggal persekolahan [1m]. Di tengah pertunjukan itu tiba-tiba pengumuman agar pasukan keselamatan
polis-polis dari Tanah Semenanjung ketika itu agar dapat ke Balai Polis Seria dengan seberapa segera.
Orang ramai yang sedang seronok menonton persembahan pada malam itu tidak menduga juga
pemgumuman itu tadi adalah titik permulaan sejarah pahit itu [1m
68
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu
NOVEL PENGABDIAN BAB 1: BAHAGIAN 11
SINOPSIS
Dalam bab ini mengisahkan tentang Syukri. Dia cuba menghubungi Siti Nur untuk menyampaikan satu berita
gembira, iaitu atas usahanya Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan supaya komiti yang
ditugaskan menelaah masalah pengampunan tahanan-tahanan politik diadakan semula setelah dibubarkan
untuk beberapa ketika. Pengampunan akan diberi kepada mereka yang bersumpah akan taat setia kepada
raja dan negara. Usaha syukri menghubungi Siti Nur di tempat kerjanya gagal kerana Siti Nur sedang bercuti.
Siti Nur juga tidak ada dirumahnya kerana pergi ke lapangan terbang untuk menyambut kepulangan adiknya,
Zul dari England. Syukri terkenangkan Siti Nur yang dijangkakannya akan gembira apabila mendengar berita
yang akan disampaikannya kerana selama ini Siti Nur mengambil berat terhadap Usu Khalidnya. Syukri juga
terkenangkan kisah silamnya semasa bersiar-siar dengan Situ Nur di kota London. Syukri selalu digesa oleh
ibunya agar cepat berkahwin tetapi bermacam-macam alasan diberikan oleh Syukri untuk mengelak
permintaan ibunya itu. Masalahnya Siti Nur belum mahu menerimanya dan Syukri bertekad untuk
menunggunya sampai Siti Nur berubah fikiran. Syukri juga mengetahui hubungan Siti Nur dengan Sam tetapi
Syukri tetap tidak mahu berputus asa. Seterusnya, Syukri juga terkenangkan kamariah yang selama ini
menaruh hati terhadapnya dan kawan-kawan setugas selalu mengusik dan mengaitkan mereka berdua.
PERISTIWA – PERISTIWA PENTING
1. Syukri cuba menghubungi Siti Nur untuk menyampaikan satu berita gembira, iaitu mengenai
pengampunan tahanan-tahanan politik tetapi gagal.
2. Siti Nur bercuti kerana mahu mengambil adiknya, Zul di lapangan terbang yang baru pulang dari
England.
3. Syukri membayangkan kegembiraan Siti Nur mendengar berita yang akan disampaikannya.
4. Syukri selalu digesa oleh ibunya agar cepat berkahwin kerana semua adiknya sudah berkahwin dan
beranak-pinak.
5. Syukri tidak tahu bagaimana hendak memberitahu dan menerangkan kepada ibunya bahawa dia telah
jatuh cinta kepada Siti Nur.
6. Syukri terkenangkan Siti Nur pernah memasakkan makanan kegemarannya ikan rebus dengan asam
gelugur ketika di kota London.
7. Siti Nur menolak cinta Syukri secara baik tetapi Syukri bertekad akan menunggu sehingga Siti Nur
berubah fikiran.
8. Kamariah menaruh hati terhadap Syukri dan mereka berdua selalu diusik oleh rakan-rakan setugas
yang lain.
69
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu
WATAK DAN PERWATAKAN
SYUKRI
Perwatakan Luaran:
Nama penuh Supt Syukri Abdul Karim bekerja sebagai Penguasa Polis Kanan dan akan dinaikkan
pangkat jawatan Penolong Persuruhjaya Polis.
Dia merupakan anak sulung yang berusia 38 tahun dan masih bujang. Dia digambarkan berbadan 5
kaki 4 inci, dahi berkerut dan berwajah serius.
Makanan kegemarannya ikan rebus asam gelugur.
Dia mempunyai seorang ibu yang berusia lebih 70 tahun dan sering sakit-sakit dan semua adik-
beradiknya sudah berkahwin dan beranak-pinak.
Dia pernah mengikuti satu kursus yang berkaitan dengan tugasnya sebagai seorang Timbalan
Penguasa Polis di Hendon.
Dia pernah putus kasih ketika berusia 20 tahun dan terus membujang tetapi ketika usianya 30 tahun dia
tidak menduga akan jatuh hati pada pandangan pertama terhadap Siti Nur ketika berada di Nottingham.
Dia berjaya mengadakan semula komiti menelaah masalah pengampunan tahanan-tahanan politik
setelah diperkenankan oleh Kerajaan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam yang pernah dibubarkan untuk beberapa ketika.
Dia mempunyai seorang kerani sulit cawangan khas yang bernama Kamariah dan seorang rakan
sejawatnya bernama Osman.
Dia pernah mengutus surat kepada Siti Nur apabila dia pulang ke Brunei agar tidak mahu putus
hubungan dengan Siti Nur yang berada di England.
Perwatakan Dalaman:
Syukri seorang yang gigih berusaha untuk mencapai impiannya. Contohnya, dia telah berusaha
sehingga dapat menubuhkan semula komiti menelaah masalah pengampunan tahanan-tahanan politik
setelah diperkenankan oleh Kerajaan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam yang pernah dibubarkan untuk beberapa ketika.
Syukri seorang yang setia dan tidak mudah berputus asa. Contohnya, apabila Siti Nur telah
memberitahu Syukri secara lembut bahawa hatinya tidak ada lagi untuk diberikan kepada sesiapa,
Syukri tidak berputus asa dan berharap Siti Nur akan mengerti dan menerima kesetiaan dan cintanya
terhadap Siti Nur.
Syukri juga menunaikan janjinya terhadap Siti Nur. Contohnya, Syukri telah berjanji untuk menolong Siti
Nur mengenai masalah Usu Khalidnya dan akhirnya Komiti menelaah masalah pengampunan tahanan-
tahanan politik telah diadakan semula.
Syukri seorang yang pemalu dan perahsia orangnya. Contohnya, walaupun sering didesak oleh ibunya
untuk cepat berkahwin, Syukri tidak memberitahu ibunya bahawa hatinya telah sudah terikat dengan
kemanisan budi seorang gadis bernama Siti Nur.
Syukri seorang yangmenghormati ibunya. Contohnya, walaupun ibunya sering mendesak Syukri untuk
berkahwin cepat, dia tidak marah malahan tetap memujuk ibunya dengan alasan jodoh dan maut
ditangan Tuhan.
70
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu
Syukri seorang yang bersikap berterus-terang. Contohnya, Syukri berani menyuarakan isi hatinya
kepada Siti Nur dan ingin menghantar rombangan melamar Siti Nur tetapi ditolak dengan baik oleh Siti
Nur.
SITI NUR
Perwatakan Luaran:
Siti Nur kawan kepada Syukri yang bekerja di Rumah Sakit Besar.
Dia berusia 30 tahun (tua lima tahun daripada Kamariah), seorang gadis yang manis budi, kehalusan
budi bicara, tingkah laku seorang gadis Melayu yang terikat oleh unsur-unsur keagamaan.
Dia kali pertama berjumpa Syukri 6 tahun yang lalu semasa di Nottingham.
Dia merupakan gadis yang baik hati, belum berpunya dan menaruh hati terhadap Syukri.
Perwatakan Dalaman:
Siti Nur seorang kawan yang baik hati. Contohnya, dia telah sempat memasakkan Syukri ikan rebus
dengan asam gelugur walaupun sibuk dalam pengajian akhirnya.
Siti Nur seorang anak saudara yang mengambil berat terhadap bapa saudaranya. Contohnya, dia
mengambil berat tentang Usu Khalidnya dan pernah bertanya tentang kemungkinan komiti menelaah
masalah pengampunan tahanan-tahanan politik.
KAMARIAH
Perwatakan Luaran:
Dia bekerja sebagai seorang kerani, iaitu Kerani Sulit Cawangan Khas kepada Supt. Syukri Abdul
Karim.
Dia berusia 25 tahun (muda lima tahun daripada Siti Nur) dan bersuara lunak merdu.
Dia merupakan gadis yang baik hati, belum berpunya dan menaruh hati terhadap Syukri.
Perwatakan Dalaman:
Kamariah seorang kerani yang hormat kepada ketua. Contohnya, dia telah diarahkan oleh Syukri untuk
menyambungkan talian telefon ke Rumah Sakit Besar dan ke rumah Siti Nur tanpa membantah.
Kamariah juga seorang yang pemalu. Contohnya, apabila rakan-rakan sejawat Syukri mengusik dan
mengaitkan Kamariah dengan Syukri digambarkan dia tersipu-sipu malu.
IBU SYUKRI
Perwatakan Luaran:
Ibu kepada Syukri dan beberapa orang anak.
Dia berusia lebih 70 tahun dan sering sakit-sakit.
Dia sering mendesak supaya Syukri berkahwin cepat kerana Syukri sudah berusia, berjawatan tetap
dan semua adik-adiknya sudah berumah tangga dan beranak-pinak.
71
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu
Perwatakan Dalaman:
Seorang ibu yang prihatin dan mengambil berat terhadap anak-anaknya. Contohnya, dia mahu
mencarikan seorang gadis yang cantik, pandai mengurus rumah tangga dan pandai mengambil hati
untuk dijadikan isteri kepada Syukri yang belum berkahwin.
Seorang ibu yang mempunyai sifat mendesak. Contohnya, dia mendesak agar Syukri cepat berkahwin
kerana ingin melihat Syukri selamat bersanding sebelum dia meninggal dunia.
HINDON
Perwatakan Luaran:
Dia menjawab panggilan Syukri dan memberitahu Syukri bahawa Siti Nur telah pergi ke Lapangan
terbang menyambut ketibaan adiknya Zul.
JURURAWAT
Perwatakan Luaran:
Dia menjawab telefon di bilik Siti Nur dan memberitahu Syukri bahawa Siti Nur sedang bercuti kerana
kepulangan saudara lelakinya dari England. Dia juga menyarankan Syukri menelefon rumah Siti Nur
jika ada hal mustahak.
OSMAN
Perwatakan Luaran:
Dia merupakan rakan sejawat dengan Syukri di bangunan ibu pejabat polis.
Dia yang mengejutkan Syukri yang berangan-angan untuk pulang makan tengah hari.
Perwatakan Dalaman:
Dia seorang rakan yang suka mengusik. Contohnya, Osman suka mengusik dan mengaitkan Syukri
dengan Kamariah dengan menyuruh Syukri menghantar Kamariah pulang makan tengah hari semasa
Kamariah menunggu orang menjemputnya.
PENGAJARAN
Kita hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita.
Contohnya, Syukri berasa gembira kerana atas usahanya selama ini, kini Kerajaan Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah
berkenan supaya komiti yang ditugaskan menelaah masalah pengampunan tahanan-tahanan politik itu
diadakan semula setelah dibubarkan untuk beberapa ketika.
UNSUR NILAI
Nilai tolong menolong.
Contohnya, Syukri mempunyai sifat mulia kerana menolong Siti Nur dan Usu Khalid apabila Komiti
Menelaah masalah pengampunan tahanan-tahanan politik diadakan semula dan pengampunan akan
diberikan kepada mereka yang bersumpah memberikan taat setia kepada raja dan negara.
72
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu
LATAR TEMPAT
BILIK PERSIDANGAN, BANGUNAN IBU PEJABAT POLIS
Diceritakan Syukri keluar dari bilik persidangan. Persidangan itu bermula jam 8 pagi dan berakhir
sebelum 12 tengah hari. Perkara penting yang dibincangkan ekoran daripada persidangan sebulan yang
lalu. Kini Kerajaan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam berkenan supaya komiti yang ditugaskan menelaah masalah pengampunan tahanan-
tahanan politik diadakan semula setelah dibubarkan untuk beberapa ketika.
OPIS KETUA OPERASI CAWANGAN KHAS, BANGUNAN IBU PEJABAT POLIS
Tempat pejabat Syukri yang bertugas sebagai ketua Operasi Cawangan Khas. Dia telah mengarahkan
Kamariah untuk menyambungkan talian telefon ke Rumah Sakit Besar dan ke rumah Siti Nur. Dalam
bilik ini juga, Syukri teringat mengenai persidangan yang dibincangkan mengenai komiti menelaah
masalah pengampunan tahanan-tahanan politik menjelang kemerdekaan. Selain itu, Syukri juga teringat
kisah pertemuannya bersama Siti Nur di Kota London dan desakan ibunya yang menyuruh agar cepat
berkahwin.
BILIK KERANI SULIT CAWANGAN KHAS, BANGUNAN IBU PEJABAT
Tempat Kamariah bertugas sebagai kerani sulit cawangan khas kepada Syukri. Dia telah diarahkan oleh
Syukri untuk menyambungkan talian telefon ke Rumah Sakit Besar dan ke rumah Siti Nur.
KOTA LONDON
Tempat Syukri dan Siti Nur bersiar-siar dengan melihat dua keadaan manusia, iaitu mereka yang kaya
memandu Rolls Royce manakala mereka yang gelandangan menjadi penghuni lorong.
HENDON
Tempat Syukri mengikuti kursus sebagai Timbalan Penguasa Polis.
NOTTINGHAM
Semasa Syukri melawat kawannya di Nottingham, Syukri telah bertemu dengan Siti Nur. Dalam
pertemuan itu Syukri telah jatuh cinta pandang pertama terhadap Siti Nur. Syukri telah terpikat dengan
kehalusan budi biacra Siti Nur, tambahan tingkah laku seorang gadis Melayu yang diikat dengan unsur-
unsur keagamaan. Siti Nur juga memasakkan makanan kegemarannya, iaitu ikan rebus dengan asam
gelugur.
73
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu
SOALAN KEFAHAMAN BAB 1 BAHAGIAN 11
1) Huraikan apakah berita gembira yang hendak disampaikan oleh Syukri kepada Siti Nur? [4m]
Komiti menelaah masalah pengampunan tahanan-tahanan politik diadakan semula [1m]. Komiti ini
akan mempertimbangkan nasib para tahanan politik sebelum menjelang kemerdekaan [1m].
Pengampunan akan dapat diberikan kepada mereka[1m] yang bersumpah memberikan taat setia
kepada raja dan negara [1m]
2) Jawab semua soalan-soalan berikut:
i. Apakah yang ditunggu oleh Syukri sehingga dia belum berkahwin lagi?
Syukri sedang menunggu Siti Nur menerimanya menjadi teman hidupnya [1m] dan selagi Siti
Nur belum berkahwin selagi itu dia menggantungkan harapannya [1m]
ii. Mengapakah ibu Syukri mendesak agar Syukri cepat berkahwin?
Ibu syukri ingin melihat Syukri bersanding [1m], sebelum dia meninggal dunia [1m]
3) Pada pendapat kamu, bagaimanakah caranya memberikan taat setia kepada raja, agama dan
negara? [KBAT]
Menjunjung dan mendaulatkan perintah raja [1m]
Menderma darah jika diperlukan [1m]
Ikut serta dalam aktiviti kenegaraan seperti sambutan Hari Kebangsaan, Perarakan Maulud Nabi dan
sebagainya [1m]
Mendukung dan menyokong hasrat negara menuju wawasan 2035 [1m]
74
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu
NOVEL PENGABDIAN BAB 1: BAHAGIAN 12
SINOPSIS
Siti Nur terlambat menjemput Zul di lapangan terbang kerana Sam telah memeranjatkannya dengan berita
gembira yang meminta Siti Nur sekeluarga menguruskan pengislamannya. Setelah tiba di dalam bangunan
lapangan terbang ada juga yang menegurnya kerana dia sudah dikenali ramai kerana sering hadir di kaca
tv dan juga kerana kecantikan dan keramahannya melayan pesakit. Siti Nur menemui adiknya Zul dengan
pakaian yang menyakitkan hati Siti Nur. Siti Nur tahu adiknya itu sensitif jadi dia mahu menegur cara
berpakaian Zul dengan cara berdiplomasi.
Dalam perjalanan pulang Siti Nur sempat menghantar mak cik Hindon ke rumah kakaknya di Lambak
kemudian meneruskan perjalanannya ke Seria. Sepanjang perjalanan itu, Siti Nur mengambil kesempatan
menegur cara Zul berpakaian. Di samping itu, Siti Nur juga menasihati Zul tentang sembahyang dan
menanyakan tentang perkhabaran adik-beradik mereka lain yang masih berada di United Kingdom. Zul
memutuskan untuk pulang semula ke UK setelah berkahwin untuk menghabiskan kuliahnya selama 6 bulan.
Siti Nur tahu bahawa Zul tidak menghadiri kuliah dan gagal dalam peperiksaannya melalui Hadi. Pada tahun
lepasnya Zul juga gagal memasuki tahun kedua di politeknik di London dan kegagalannya sudah
dijangkakan pada tahun ini juga. Tetapi Siti Nur mahu Zul sendiri yang akan memberitahunya nanti.
Apabila ditanya oleh Siti Nur, Zul lebih setuju jika Marina tinggal di Brunei sahaja kerana kesempitan wang
sementara dia meneruskan pelajarannya di UK. Zul meminta kebenaran untuk merokok di dalam kereta
kakaknya tetapi ditegah. Seperti yang dijanjikan, Siti Nur memberhentikan keretanya sebentar di pekan
Tutong untuk memberi peluang Zul merokok di kaki lima kedai. Siti Nur hairan kenapa orang suka merokok
walaupun tahu akan bahayanya. Apabila Zul bertanya mengenai Samuel, Siti Nur memberitahu bahawa
Sam akan memeluk agama Islam serentak upacara pernikahan Zul nanti.
Kepulangan Zul disambut oleh Fatimah dan Hannah dengan gembira. Tetapi pada petangnya Fatimah
meradang apabila menyedari rambut dan anting-anting Zul. Fatimah juga tidak puas hati dengan Marof yang
tidak menegur Zul sebaliknya membiarkannya sahaja. Dalam seminggu itu mereka sibuk dengan majlis
perkahwinan Zul dan Marina yang hendak dibuat sempurna seperti yang dikehendaki oleh keluarga pihak
perempuan. Dekat hari persandingan barulah saudara mara datang tidak seperti perkahwinan pada zaman
tahun enam puluhan, sanak saudara sudah sibuk berhimpun sebulan sebelum perkahwinan. Siti Nur juga
ingat hari perkahwinan Usu Khalidnya, orang ramai bergotong royong tidak seperti sekarang.
Dalam kesibukan itu juga, Siti Nur telah menjahitkan Sam baju khas untuk majlis pengislamannya. Majlis
berbedak Zul pada malam Khamis itu serentak dengan upacara pengislaman Dr. Samuel yang dikenali
dengan nama Islamnya Muhammad Faisal bin Abdullah. Hanya Nyonya Peter yang datang pada hari itu.
Peter tidak hadir kerana dia tidak setuju dengan pengislaman Sam. Esoknya, persandingan Zul dan Marina
diadakan selepas sembahyang Jumaat Fatimah merungut kerana Zul berkeras tidak mahu memotong
rambutnya yang kelihatan seperti lanun pada pendapatnya. Selesai majlis tersebut, Siti Nur sibuk
mengemas manakala Sam atau Faisal turut menolong kaum lelaki yang meroboh kem. Jiran-jiran memuji
75
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu
kerajinan Sam atau Faisal yang disangka bakal menantu Marof. Sam atau Faisal memang terfikir akan hal
itu tetapi dia mahu membuktikan keikhlasannya memeluk agama Islam sebelum menyuarakannya kepada
Siti Nur kerana takut Siti Nur salah terima. Malam berambil-ambilan di rumah pengantin perempuan
diadakan dengan meriah tetapi Siti Nur tidak hadir kerana menemani ibunya bekerja di rumah. Hanya Sam
atau Faisal dan Hannah sahaja yang hadir manakala Marof tidak betah pergi.
Pada malam itu juga Sam atau Faisal pulang ke Bandar Seri Begawan kerana dia bekerja pada esoknya
dan mahu dikenali dengan nama barunya. Dia dapat menduga reaksi Joanna yang sudah diketahui ramai
cuba memikatnya. Dia hanya mahu Siti Nur tidak salah faham tentang hubungannya dengan Joanna.
Sementara di rumah orang tuanya, Siti Nur merenungkan hubungannya dengan Sam atau Faisal yang tidak
diketahuinya.
PERISTIWA – PERISTIWA PENTING
1. Ketibaan Zul dari England di lapangan terbang disambut oleh Siti Nur. Siti Nur terperanjat apabila
melihat keadaan dan pakaian Zul yang tidak senonoh.
2. Dalam perjalanan menuju ke Seria, mereka berdua bercerita tentang banyak perkara. Antaranya tentang
majlis persandingan Zul dan Marina yang akan dilangsungkan tidak lama lagi, tentang hubungan Siti
Nur dengan Samuel dan sebagainya.
3. Setiba di rumah, mereka disambut oleh Fatimah dan Hannah.
4. Fatimah geram dengan perangai Zul yang suka berambut panjang.
5. Marof pula hanya mendiamkan diri.
6. Sepanjang minggu itu, mereka sibuk mengadakan persiapan bagi majlis persandingan Zul dan Marina.
7. Siti Nur juga sibuk menyudahkan jahitan baju teluk belanga untuk dipakai oleh Samuel sewaktu majlis
pengislaman Samuel nanti.
8. Seperti yang dirancang, Zul dan Marina selamat diijabkabulkan dalam suasana yang meriah.
9. Begitu juga dengan majlis pengislaman Samuel yang diadakan pada masa dan tempat yang sama.
10. Samuel menukar namanya kepada Muhammad Faisal bin Abdullah setelah memeluk agama Islam.
76
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu
WATAK DAN PERWATAKAN
Siti Nur
Perwatakan Luaran:
Nama penuhnya ialah Doktor Siti Nur binti Marof.
Siti Nur dikenali kerana kerap menghiasi kaca televisyen dalam rancangan ‘Doktor Kita’ dan sering jadi
buah mulut orang ramai tentang kecantikan dan keramahannya melayan pesakit-pesakit.
Dia anak sulung dari 6 orang adik-beradik. Adik-adiknya ialah Zul, Zain, Hadi, Zamri dan Hannah.
Ibunya bernama Fatimah dan ayahnya bernama Marof
Dia juga mempunyai seorang pembantu rumah bernama Hindon.
Dia tinggal di rumah tumpangan (flat) di Bandar Seri Begawan dan berasal dari Pekan Seria.
Perwatakan Dalaman:
Siti Nur seorang kakak yang memahami perangai adik-beradiknya. Contohnya, Siti Nur memahami Zul
mudah terasa orangnya oleh itu untuk menegur Zul perlu berdiplomasi.
Siti Nur seorang majikan yang bertanggungjawab. Contohnya, Siti Nur menghantar pembantu
rumahnya, Mak Cik Hidon ke rumah kakaknya di Lambak kerana Siti Nur bercuti selama dua minggu
dan pulang ke Seria.
Siti Nur seorang yang tegas. Contohnya, Siti Nur melarang Zul merokok di dalam keretanya kerana
pantang bagi Siti Nur orang merokok di dalam keretanya walapun adiknya sendiri.
Siti Nur seorang yang menepati janji. Contohnya, Siti Nur berhenti di kedai Pekan Tutong semata-mata
untuk memenuhi ketagihan Zul untuk merokok.
Siti Nur seorang anak yangsuka membantu ibunya. Contohnya, Siti Nur ingin sekali untuk pergi majlis
berambil-ambilan di rumah pengantin perempuan akan tetapi tidak jadi kerana tidak tergamak
membiarkan ibunya bekerja seorang diri.
Samuel
Perwatakan Luaran:
Samuel ialah anak tunggal kepada Peter dan Nyonya Peter.
Dia berbangsa Tiong Hua dan beragama Katolik.
Dia juga merupakan teman sejawat kepada Doktor Siti Nur.
Dia mahu Siti Nur dan keluarga Siti Nur menguruskan majlis pengislamannya.
Samuel mengetahui Joana, seorang Ketua Jururawat cuba memikatnya tetapi tidak diendahkannya.
Setelah memeluk agama Islam, dia menukar namanya kepada Muhammad Faisal bin Abdullah.
Samuel mengucapkan dua kalimah syahadat dengan tegas dan lancar.
Samuel kacak dalam pakaian baju Melayu dan bersongkok.
Pendirian Samuel tentang agama akhirnya berubah apabila ia memilih untuk memeluk agama Islam
dengan namanya Muhammad Faisal bin Abdullah.
77
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu
Perwatakan Dalaman:
Samuel seorang yang ikhlas memeluk agama Islam. Contohnya, Samuel ingin membuktikan kepada Siti
Nur bahawa dia mahu menjadi seorang Islam yang baik dan tulen demi agama itu bukan kerana mahu
memikat hati seorang gadis Islam.
Samuel seorang yang tidak terburu-buru. Contohnya, walaupun terlintas di kepalanya ingin menjadi
menantu Marof akan tetapi Samuel tidak akan menyuarakannya kepada Siti Nur kerana takut Siti Nur
akan salah terima dan berusaha memenangi hati Siti Nur.
Zul
Perwatakan Luaran:
Zul ialah anak kedua kepada Marof dan Fatimah. Adik kepada Doktor Siti Nur
Berumur 25 tahun dan sedang mengikuti pengajian di London dalam bidang teknikal atas biasiswa
kerajaan.
Dia bertubuh kurus tinggi, bersuara parau, berambut ikal hingga ke bahu, memakai subang di cuping
telinga kirinya.
Balik ke Brunei kerana melangsungkan perkahwinan dengan Marina.
Perwatakan Dalaman:
Dia seorang yang mudah terasa orangnya dan ketagihan rokok.
Zul seorang yang sosial atau bebas pergaulannya. Contohnya, dari segi cara Zul berpakaian. Zul
memakai anting-anting dicuping telinga kirinya, berambut panjang hingga ke bahu dan berpakaian tidak
senonoh ketika kepulangannya dari London.
Zul seorang yang pemalas. Contohnya, ketika belajar di luar negeri, Zul tidak menghadiri kuliah. Dia
telah tidak menduduki peperiksaannya. Tahun lepas Zul telah gagal untuk memasuki tahun kedua di
politeknik.
Zul seorang yang mudah terikut-ikut dengan kawan-kawan daripada anak orang besar-besar.
Contohnya, tidak hadir kuliah dan cara berpakaian yang tidak senonoh.
Zul juga merupakan seorang yang tidak mengendahkan nasihat orang lain. Sewaktu ia balik dari
England, ibunya Fatimah mengarahkan ia mengguntingkan rambutnya yang panjang. Namun, Zul tidak
mengendahkannya dan tetap berambut panjang ketika berlangsungnya majlis perkahwinannya dengan
Marina.
Zul juga merupakan seorang yang tidak pandai hidup berdikari. Contohnya, selepas berkahwin dengan
Marina, Zul masih duduk di rumah ibu bapanya di Seria dan segala perbelanjaannya masih ditanggung
oleh ibu bapanya dan isterinya Marina. Sedangkan, dia hanya tahu duduk di rumah dan keluar berfoya-
foya.
Di akhir cerita, Zul dikatakan sebagai seorang yang suka membantu. Contohnya, dia pernah membantu
Peter dengan mendermakan darah kepada Peter sewaktu Peter mengalami kekurangan darah yang
banyak.
78
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu
Fatimah
Perwatakan Luaran:
Fatimah ialah isteri kepada Marof.
Seorang suri rumah dan berusia sekitar 50 tahun.
Dia mempunyai enam orang anak iaitu Siti Nur, Zul, Zain, Hadi, Zamri dan Hannah.
Dia tinggal di Seria bersama suami, mertua dan anaknya Hannah.
Dia berbadan rendah dan nampak lebih muda dari jauh. Tetapi, apabila dilihat dari dekat kelihatan kedut-
kedut pada dahi dan beberapa helai rambut putih kelihatan di sebalik rambut hitam yang tidak lebat.
Perwatakan Dalaman:
Fatimah seorang yang penyabar dengan perangai Zul yang tidak pernah berubah-ubah semenjak dari
bujang hingga kahwin iaitu malas bekerja, berpakaian tidak senonoh dan suka merokok. Selain itu, dia
juga terpaksa bersabar dengan sikap anak menantunya Marina yang pernah memarahinya dan
mengatakan yang dia tidak pandai menjaga anak apabila Marina dan anaknya Zul sering bergaduh.
Fatimah juga merupakan seorang ibu yang mengambil berat tentang hal ehwal keluarga. Ketika Marina
diberitahu mengandung oleh ibu bapanya akibat perbuatan sumbangnya dengan Zul dia berusaha
berunding dengan Siti Nur untuk mencari jalan penyelesaian.
Marof
Perwatakan Luaran:
Marof ialah suami kepada Fatimah.
Dia juga ialah bapa kepada Siti Nur.
Dia mempunyai 6 orang anak hasil perkongsian hidupnya dengan Fatimah iaitu Siti Nur, Zul, Zain, Hadi,
Zamri dan Hannah.
Dia masih mempunyai seorang bapa (datuk Siti Nur) yang berusia 90 tahun.
Dia tinggal di Seria bersama isteri, bapanya dan Hannah.
Perwatakan Dalaman:
Marof berjaya menyekolahkan kesemua anak-anaknya hingga ke peringkat yang lebih tinggi (universiti)
di luar negara. Contohnya, Siti Nur dalam bidang kedoktoran, Zul bidang teknikal, Zain kejuruteraan,
Hadi dalam bidang undang-undang dan Zamri dalam bidang perubatan. Hanya Hannah sahaja yang
belum melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana masih menuntut di Sekolah Menengah.
Marof seorang ayah yang kurang bertanggunjawab. Contohnya, diatidak pernah menegur dan memberi
nasihat kepada Zul walaupun Zul sering berpakaian tidak senonoh seperti berbaju T dan jeans lusuh,
beranting-anting dan berambut panjang.
PENGAJARAN
Jangan mempersia-siakan kesempatan menuntut di luar negeri dengan terpengaruh budaya
kuning (barat) kerana ia akan membawa kemusnahan hidup dan masa depan.
Contohnya, Zul mempersia-siakan kesempatan menuntut di luar negeri dengan bersosial, dan berpoya-
poya sehingga dia gagal dalam kursusnya. Setelah kembali ke tanah air dia menganggur kerana tiada
pekerjaan yang sesuai dengan kelulusannya yang tidak tinggi.
79
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu
UNSUR NILAI
Nilai kasih-sayang
Contohnya,Kasih-sayang seorang kakak kepada adiknya iaitu antara Siti Nur dan Zul. Siti Nur menegur
penampilan Zul yang tidak senonoh semasa di dalam kereta dalam perjalanan balik ke Seria setelah
Siti Nur menjemput Zul dari Lapangan Terbang. Zul ketika itu memakai seluar jeans yang sudah lusuh
warnanya dan memakai baju T hitam serta berambut panjang dan memakai subang di telinga kirinya.
Walau bagaimanapun, Zul mengatakan penampilannya itu adalah fesyen terkini.
Niai menitikberatkan Kesihatan
Contohnya, Siti Nur menitikberatkan soal kesihatan. Ini dapat dilihat apabila Siti Nur telah meletakkan
pelekat amaran di keretanya ‘NO SMOKING’. Zul ketika itu ingin merokok di dalam kereta tetapi dihalang
oleh Siti Nur dan dia mengambil keputusan untuk singgah di Pekan Tutong bagi memberi ruang kepada
Zul untuk merokok di kaki lima kedai.
Nilai bergotong-royong
Contohnya,Keluarga Siti Nur bergotong-royong bagi majlis perkahwinan Zul dan Marina. Ini jelas
digambarkan selepas selesai majlis persandingan, mereka sekeluarga sibuk mengemas barang-barang
seperti menyuci pinggan mangkuk dan mengira jumlahnya untuk dikembalikan kepada yang empunya.
Permaidani perlu dibersihkan dan digulung. Kaum lelaki pula sibuk meroboh khemah.
LATAR TEMPAT
Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei
Siti Nur menjemput Zul di lapangan terbang yang baru balik dari United Kingdom. Zul balik ke Brunei
bagi mengadakan majlis perkahwinannya dengan Marina. Semasa Siti Nur menjemput Zul, Siti Nur
melihat penampilan Zul yang tidak senonoh kerana memakai baju T hitam dan seluar jeans yang lusuh
warnanya serta berambut panjang hinga ke bahu serta memakai anting-anting di telinga kirinya. Siti Nur
merasakan ketika itu mereka menjadi perhatian orang-orang yang ada di sana kerana penampilan
mereka berdua yang sangat berbeza. Penampilan Siti Nur seperti seorang ustazah, manakala Zul pula
macam hiffi.
Di dalam kereta Siti Nur
Siti Nur dan Zul dalam perjalanan ke Seria iaitu menuju ke rumah ibu bapa mereka. Dalam perjalanan
ini Siti Nur menegur penampilan Zul yang tidak senonoh dan tidak sesuai dengan budaya orang Brunei.
Selain itu, Zul juga ingin merokok di dalam kereta tetapi dihalang oleh Siti Nur. Siti Nur juga
menyampaikan berita gembira kepada Zul bahawa Samuel akan memeluk agama Islam dan majlisnya
akan diadakan semasa majlis pernikahan Zul dan Marina nanti.
Kaki lima kedai Pekan Tutong
Seperti dijanjikan Siti Nur berhenti di kedai Pekan Tutong dan Zul keluar dari kereta dan menghisap dua
batang rokok dengan rakusnya di kaki lima kedai sebelum mereka meneruskan perjalanan.
80
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu
Rumah Marof di Seria
Fatimah menegur dan marah setelah melihat penampilan Zul yang berambut panjang dan memakai
anting-anting di cuping telinga kirinya. Zul berjanji akan menanggalkan anting-anting itu semasa majlis
perkahwinannya nanti. Majlis Malam Berbedak Zul dan Majlis Pengislaman Samuel diadakan di rumah
bapa Siti Nur di Seria. Nama Samuel kini dikenali sebagai Muhammad Faisal bin Abdullah. Namun di
majlis pengislamannya itu bapanya tidak hadir.
SOALAN KEFAHAMAN BAB 1 BHG 12
1) Siapakah Zul dan huraikan perwatakannya? (4 markah)
Zul ialah anak kedua kepada Marof dan Fatimah (1m). Zul seorang yang sosial atau bebas
pergaulannya.Contohnya, dia telah melakukan perbuatan sumbang dengan Marina yang masih
bersekolah sehingga Marina terpaksa menggugurkan kandungannya. Akibat perbuatannya ini, Zul
terpaksa dinikahkan dengan Marina dan disuruh pulang dari luar negeri untuk bertanggungjawab di atas
perbuatannya (1m). Contoh lain, dari segi cara Zul berpakaian. Zul suka memakai anting-anting,
berambut panjang dan berpakaian tidak senonoh (jeans yang koyak rabak) ketika kepulangannya dari
England (1m).Zul seorang yang pemalas. Contohnya, ketika berada di luar negeri, Zul malas
menghadiri kuliah. Akibat kemalasannya, dia tidak dibenarkan menduduki peperiksaan sehingga
menyebabkan pengajiannya tergendala (1m).
2) Semasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Siti Nur merasakan mata orang ramai
tertumpu kepadanya dan Zul. Cuba jelaskan mengapakah perkara ini berlaku. (4 markah)
Siti Nur merasakan sedemikian disebabkan penampilan Zul yang tidak mengikut budaya orang Brunei
(1m). Zul memakai baju T hitam dan seluar jeans yang warnanya sudah lusuh (1m) serta berambut
panjang dan beranting-anting di cuping telinga kirinya (1m). Penampilan Zul ini jauh berbeza dengan
Siti Nur yang penampilannya seperti seorang ustazah dan Zul pula seperti hiffi (1m).
3) Siapakah nama Islam Samuel setelah dia memeluk agama Islam dan mengapakah ayahnya, Peter
tidak hadir di majlis pengislamannya? (4m) [KBAT]
Setelah Samuel memeluk agama Islam dia mahu dikenali dengan nama Islamnya, iaitu Muhammad
Faisal bin Abdullah (1m). Ayahnya Peter tidak hadir di majlis pengislamannya kerana ayahnya tidak
bersetuju Samuel memeluk agama Islam (1m) dan masih marah kepada Samuel kerana Samuel adalah
satu-satunya harapan dan anak tunggal Peter dan Nyonya Peter (1m). Hanya nyonya Peter
sahaja yang hadir di majlis tersebut. (1m)
81
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu
82
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu
NOVEL PENGABDIAN BAB 2 : BAHAGIAN 1
SINOPSIS
Bab ini mengisahkan tentang Faridah dan Azmil datang melawat Khalid di Penjara Jerudong. Sudah enam
tahun Khalid di penjara kerana perjuangannya sehingga membuatkan Azmil sangat rindu terhadap ayahnya.
Faridah sangat berharap agar Khalid membaca surat yag diberikan oleh Siti Nur itu.
Sebelum membaca suratnya, Khalid terkenang akan pertemuannya dengan Faridah. Faridah adalah
seorang guru dari negara jiran bertugas di maktab yang sama dengan Khalid. Dia seorang gadis yang
pendiam, mempunyai suara yang lunak dan manja dan juga memahami. Faridah tidak dapat melahirkan
anak kerana masalah keabnormalan di peranakannya. Khlaid begitu senang apabila mengetahui mereka
tidak dapat memperolehi anak kerana dia tidak mahu dibebankan dengan anak-anak. Namun apabila
Faridah selalu menangis dan bersedih lalu Khalid mengizinkan Faridah mengambil anak angkat, iaitu Azmil
bagi menggembirakan Faridah.
Khalid juga terkenang peristiwa pemberontakan pada lapan Disember. Mereka menyangka mendapat
kemenangan dengan mudah tetapi telah dapat ditumpaskan dengan mudah oleh tentera-tentera British dan
Gurkha. Ramai di antara mereka yang terbunuh termasuk teman akrab seperjuangannya, iaitu Borhan. Hal
ini membuatkan dia berjanji untuk membela kematian Borhan.
Setelah membaca surat dari Siti Nur, Khalid telah berfikir panjang tentang isi surat untuknya. Dalam surat
tersebut, Siti Nur menyatakan kekagumannya terhadap perjuangan Khalid selama ini sehingga sanggup
meringkuk di dalam penjara. Menurut Siti Nur, perjuangan Khalid sia-sia sahaja memandangkan negara
sudah aman dan makmur dan tidak lama lagi akan mencapai kemerdekaan.. Dalam hal ini, Siti Nur cuba
menyedarkan Khalid dengan mempersoalkan sejauhmanakah matlamat perjuangan Khalid, sedangkan
keluarganya telah diabaikan. Siti Nur juga ada menyentuh tentang kesihatan Azmil. Azmil perlu dibedah
dan memerlukan Khalid di sisinya.
Setelah selesai membaca surat Siti Nur, Khalid seakan-akan mempersoalan tentang perjuangannya yang
tidak direstui dan tidak akan wujud. Dia juga terbayangkan wajah Azmil, Faridah dan Siti Nur dan akhirnya
tidak dapat tidur.
PERISITWA – PERISTIWA PENTING
1. Khalid menerima lawatan daripada Faridah dan Azmil.
2. Faridah memberikan surat yang dikirimkan oleh Siti Nur.
3. Khalid terkenangkan tentang perjumpaannya dengan Faridah.
4. Akhirnya Khalid membaca surat Siti Nur.
5. Khalid ingat tentang peristiwa pemberontakannya pada 8 Disember.
6. Khalid terfikir akan kata-kata Siti Nur tentang perjuangannya yang dikatakan sia-sia.
7. Khalid terbayangkan Faridah, Azmil dan Siti Nur menyebabkan dia tidak dapat tidur.
83
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu
WATAK DAN PERWATAKAN
KHALID
Perwatakan Luaran:
Khalid ialah suami kepada Faridah dan ayah kepada Azmil.
Dia telah dipenjarakan selama 6 tahun kerana telah menyebarkan risalah-risalah anti kerajaan.
Khalid dulunya ialah seorang guru Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Inggeris.
Badannya dulu tegap tetapi kini berlipat di sana sini.
Khalid seorang yang pendiam dan lebih senang mengurung dirinya di dalam bilik tahanan.
Khalid tidak pernah mahu ikut aktiviti-aktiviti dalam penjara.
Rambutnya makin berkurangan dan menipis terutama di bahagian ubun-ubun.
Perwatakan Dalaman:
Seorang lelaki yang terkenal dengan keras hati dan tidak pernah menangis serta tidak mahu berkahwin
namun apabila berjumpa dengan Faridah dia bertukar fikiran dan akhirnya menikahi Faridah.
Khalid juga seorang yang tidak mahu mempunyai komitmen terhadap anak. Hal ini dapat dilihat apabila
Faridah mendapat keputusan daripada doktor bahawa dia tidak dapat mempunyai anak, Khalid terus
berasa senang hati.
Dia juga seorang yang mahu bertolak ansur apabila isterinya membawa dia untuk menjalani
pemeriksaan doktor untuk menentukan dia mandul atau tidak. Walaupun dia berasa terhina dan
terpaksa namun dia tetap pergi juga.
Khalid juga seorang yang pentingkan diri sendiri. Dia sanggup menringkuk di penjara semata-mata
kerana perjuangannya sehingga dia mengabaikan keluarganya.
Khalid juga seorang yang pendendam kerana apabila kawan akrabnya, Borhan mati dibunuh dia berjanji
untuk menuntut bela atas kematian tersebut.
Khalid seorang yang suka menyendiri dan mengasingkan dirinya daripada dunia luar. Ini terbukti apabila
Khalid lebih suka mengurung dirinya dalam bilik penjara daripada melakukan aktiviti-aktiviti dan
mengikut perkembangan media massa.
FARIDAH
Perwatakan Luaran:
Faridah ialah isteri kepada Khalid dan ibu angkat kepada Azmil.
Dia dulunya dikenali sebagai Elvina Abraham dan kemudiannya memeluk agama Islam serta
menukarkan namanya kepada Faridah.
Dia adalah seorang guru dari negara jiran.
Pada zaman gadisnya, Faridah adalah seorang yang pendiam, mempunyai suara yang lunak dan manja
serta sangat understanding sehingga Khalid jatuh cinta kepadanya.
Dia tidak dapat hamil kerana mempunyai satu keabnormalan di peranakannya dan oleh sebab itu dia
dan suaminya mengambil seorang anak angkat lelaki yang bernama Azmil.
84
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu
Perwatakan Dalaman:
Faridah adalah seorang isteri yang sabar dan tabah dengan sikap suaminya yang pentingkan diri sendiri
iaitu sanggup mempertahankan perjuangannya tanpa memikirkan keluarga. Faridah juga terpaksa
menjaga anaknya seorang diri.
Faridah juga seorang yang setia. Dia sanggup menunggu suaminya yang meringkuk di penjara dan
melawatnya pada waktu yang tertentu.
AZMIL
Perwatakan Luaran:
Azmil adalah anak kepada Khalid dan Faridah.
Dia menghidap penyakit jantung berlubang yang perlu dibedah secepatnya.
Dia berbadan kurus disebabkan penyakit yang dihidapinya.
Perwatakan Dalaman:
Azmil seorang anak yang menyayangi ayahnya. Ini terbukti, sebelum Azmil keluar dari penjara, dia
menoleh kepada Khalid beberapa kali disertai dengan lambaian dan kucupan.
SITI NUR
Perwatakan Luaran:
Siti Nur adalah anak saudara pangkat pupu dua kali dengan Khalid.
Seorang yang begitu manja dan mesra dengan Khalid sejak kecil lagi.
Siti Nur juga adalah bekas murid kepada Khalid dalam subjek Bahasa Melayu di Sekolah Menengah
Inggeris.
Dia aktif dalam Persatuan Kebudayaan di sekolahnya.
Perwatakan Dalaman:
Seorang yang begitu manja dan mesra dengan Khalid sejak kecil lagi.
Siti Nur adalah seorang yang tetap pendirian dan tidak mudah dipengaruhi walaupun Khalid telah cuba
mempengaruhinya untuk menjadi orang perjuangann sepertinya.
Siti Nur adalah seorang yang bertanggungjawab. Dia risau dengan keadaan Azmil yang perlu dibedah
secepat mungkin. Oleh sebab itu, Siti Nur cuba menulis surat kepada Khalid untuk memjuk Khalid agar
meminta pengampunan.
Dia juga seorang yang berani demi menegakkan kebenaran. Dalam surat yang ditulisnya kepada Khalid,
Siti Nur seakan mencabar perjuangan Khalid dan mempersoalkan kesetiaan Khalid terhadap
perjuangannya.
Siti Nur juga tidak mudah berputus asa. Walaupun dia tahu suratnya tidak dibaca oleh Khalid tetapi dia
tetap juga menulis surat kepadanya untuk memujuk Khalid yang begitu keras hatinya.
85
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu
BORHAN
Perwatakan Luaran:
Borhan adalah teman akrab seperjuangan Khalid dalam Partai Rakyat Brunei.
Dia telah mati terbunuh ketika zaman pemberontakan di Lapangan kapal terbang Anduki.
PENGAJARAN
Janganlah kita memperjuangkan sesuatu yang sia-sia kerana ia tidak akan membawa faedah
kepada diri kita atau pun orang lain.
Contohnya, Khalid yang telah dipenjarakan kerana mempertahankan perjuangan politiknya yang
menentang kerajaan. Perbuatannya ini hanya sia-sia malah menyusahkan dirinya sendiri. Dia tidak
mahu memohon keampunan pada pihak kerajaan walaupun telah dipujuk oleh isteri dan anak
saudaranya. Tetapi akhirnya Khalid sedar akan perjuangannya yang sia-sia itu kerana negara sudah
pun merdeka dan telah memberikan kemudahan dan kesenangan hidup untuk rakyatnya.
NILAI MURNI
Nilai nasihat-menasihati
Contoh ini dapat dilihat pada watak Dr Siti Nur yang tidak jemu-jemu menasihati Usu Khalidnya agar
dia sedar bahawa perjuangan yang dipertahankannya itu tidak membawa faedah malah menyusahkan
dirinya sendiri dannjuga keluarganya, terutama anaknya Azmil yang merinduinya. Dr Siti Nur tidak
jemu untuk mengutus surat kepada Khalid walaupun dia tahu tidak akan dibaca. Namun akhirnya
Khalid membaca surat itu dan sedar akan kesilapannya.
LATAR TEMPAT
Penjara Jerudong
Tempat di mana Khalid telah dipenjarakan akibat memperjuangkan gerakan politik yang menentang
kerajaan.
Lapangan Kapal Terbang Anduki
Sebuah kapal terbang berwarna merah putih mendarat dengan diiringi peluru-peluru berterbangan
sehingga ramai di antara pemberontak Partai Rakyat Brunei telah terbunuh kerana menyangkakan
bantuan telah datang untuk mengembalikan kekuatan mereka untuk merebut kuasa akan tetapi yang
sebenarnya ketibaan tentera British.
SOALAN KEFAHAMAN BAB 2 BAHAGIAN 1
1) Mengapakah Khalid berasa pilu apabila melihat lambaian anaknya, Azmil?
86
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu
Khalid berasa pilu dengan keadaan anaknya Azmil yang menghidap penyakit jantung berlubang[1m]di
tahap serius[1m]. dan perlu dibedah secepat mungkin [1m]. Dia juga bersa sedih dengan keadaan
fizikal Azmil yang semakin kurus.[1m].
2) Apakah sebab Faridah menekankan lagi agar Khalid membaca surat yang diberikan oleh Siti
Nur?
Faridah menekankan lagi agar Khalid membaca surat daripada Siti Nur itu supaya Khalid akan
mengubah pendiriannya [1m] demi kesihatan anaknya, Azmil [1m]. Faridah sangat risau dengan
keadaan Azmil yang hanya mahu dibedah[1m] jika ayahnya ada di sisinya [1m].
3) Apakah nasib surat-surat yang telah diberikan oleh Siti Nur kepada Khalid?
Pada kebiasaannya, surat-surat Siti Nur tidak akan dibuka[1m] dan tidak dibaca [1m]. Malahan surat-
surat tersebut dibuang ke dalam tong sampah [1m]. dan akhirnya dibawa ke tempat pembakaran[1m].
4) Apakah hubungan Khalid dengan Siti Nur?
Siti Nur adalah anak saudara pangkat sepupu dua kali kepada Khalid [1m] dan juga bekas anak
muridnya dalam subjek Bahasa Melayu [1m].
5) Siapakah nama asal Faridah sebelum dia memeluk agama Islam? Dan bagaimana Khalid
bertemu dengan Faridah?
Nama asal Faridah sebelum memeluk agama Islam ialah Elvina Abraham [1m]. Mereka bertemu di
Maktab tempat mereka bertugas. [1m].
6) Apakah sifat Faridah yang disukai oleh Khalid sehingga Khalid mengahwininya?
Sifat Faridah yang disukai oleh Khalid ialah dia seorang yang pendiam[1m]., mempunyai suara yang
lunak [1m]dan manja [1m]dan ‘understanding’ [1m].
7) Apakah sebab Faridah tidak dapat mengandung? Dan apakah perasaan Khalid bila dia tahu
mereka tidak ada tanda untuk memperolehi anak?
Faridah tidak dapat mengandung kerana terdapat keabnormalan pada peranakannya [1m]. Perasaan
Khalid pada masa itu lega [1m]. tidak dapat mempunyai anak [1m]. kerana baginya dia tidak ingin
dibebankan oleh anak-anak [1m].
8) Bilakah zaman pemeberontakan itu berlaku? Dan apakah yang terjadi kepada pemberontak-
pemberontak tersebut?
Zaman pemberontakan itu berlaku pada 8hb Disember [1m]. Para pemberontak tersebut telah kalah
[1m]. ditumpaskan oleh tentera-tentera British dan Gurkha. [1m].
9) Apakah perasaan Khalid setelah membaca surat daripada Siti Nur?
Setelah membaca surat daripada Siti Nur, Khalid berasa gugup [1m]. sehingga dirinya dibasahi oleh
peluh[1m]. Khalid sentiasa terfikir akan kata-kata Siti Nur [1m]. sehingga merasa lemah [1m].
87
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu
NOVEL PENGABDIAN BAB 2 : BAHAGIAN 2
SINOPSIS
Seperti biasa, Fatimah sibuk menguruskan rumah tangganya bermula selepas menunaikan sembahyang
subuh, iaitu 4.30 subuh sehinggalah pada waktu malam. Siti Nur pernah menyuarakan kepada ibunya untuk
mengaji seorang pembantu rumah bagi menolong ibunya, tetapi Fatimah tidak mahu membebankan Siti Nur.
Selain itu, Fatimah juga tidak mahu Hannah dan Zul bermaharajalela dengan adanya pembantu rumah nanti.
Hannah tidak ada di rumah kerana pergi menghadiri pesta sejak pukul 6 petang lagi. Mulanya, Fatimah tidak
mengizinkan tetapi Hannah berkeras hendak pergi dan akhirnya Fatimah terpaksa membenarkannya.
Fatimah berasa rindu kepada tiga anak lelakinya yang berada di luar negeri. Dia juga teringat bahawa
perwatakan mereka itu tidaklah seperti Zul. Fatimah sering terdengar pertengkaran antara Zul dan Marina,
sehinggakan pernah suatu ketika Marina menuduhnya tidak pandai menegur anak. Hal ini membuat Fatimah
berasa sedih dan timbul rasa tidak berkenan dengan kehadiran menantunya itu. Fatimah juga sering
menasihati Zul mengenai masalah rumahtangganya dan menegur tentang sikap Zul yang terlalu memilih
pekerjaan.
Pertengkaran Zul dengan isterinya, Marina adalah disebabkan isterinya selalu mengungkit kisah-kisah lama
mereka. Marina juga cemburu dan tersalah anggap tentang kawan Zul, iaitu Sandra, yang selalu mengutus
surat kepada suaminya. Zul berasa tenang jika berjauhan dengan Marina hinggakan dia berkeinginan untuk
bekerja dengan syarikat perkapalan kerana dengan pekerjaan ini nanti dia akan jarang bertemu dengan
Marina. Fatimah terkejut dengan panggilan telefon yang menyatakan Hannah mendapat kemalangan. Dia
segera menyuruh Zul menghubungi ayahnya, Marof, untuk pergi ke hospital melawat Hannah. Zul cuba
menenangkan ibunya, dia juga begitu risau tentang keadaan Hannah kerana Hannah dikatakan belum lagi
sedar, manakala kawannya yang memandu kereta tersebut telah meninggal dunia di tempat kejadian.
Akhirnya, setelah satu jam perjalanan, Fatimah sekeluarga tiba di Rumah Sakit Besar.
PERISTIWA-PERISTIWA PENTING
1. Selepas solat Subuh, Fatimah sibuk menguruskan rumah tangganya seperti menyediakan pelbagai jenis
makanan untuk sarapan pagi untuk keluarganya. Pekerjaannya itu dilakukan dari pagi hingga pada
waktu malam.
2. Zul dan Marina bergaduh lagi kerana Marina membangkit-bangkitkan tentang Zul yang tidak bekerja
dan sering kali keluar rumah bersama kawan-kawannya. Selain itu, Marina juga menuduh Zul
mempunyai perempuan simpanan di England bernama Sandra. Disebabkan terlalu marah, Marina lari
ke rumah orang tuanya.
3. Zul yang terlalu memilih pekerjaan tidak mahu menerima cadangan kakaknya, Siti Nur untuk membuka
perniagaan dan mengusahakan tanah TOL keluarga mereka yang telah lama terbiar.
4. Marina menelefon Zul untuk meminta Zul mengambilnya di rumah orang tuanya. Zul bosan dengan
perangai isterinya itu dan menganggap perbuatan isterinya kurang siuman.
88
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu
5. Fatimah menerima panggilan dari Rumah Sakit Besar yang mengatakan Hannah terlibat dengan
kemalangan jalan raya. Fatimah bimbang dan berdoa semoga anaknya terselamat.
WATAK DAN PERWATAKAN
FATIMAH
Perwatakan Luaran:
Fatimah adalah isteri kepada Marof. Sudah berkahwin selama tiga puluh dua tahun.
Ibu kepada enam orang anak, Siti Nur, Zul, Zain, Zamri, Hadi dan Hannah.
Seorang suri rumahtangga sepenuh masa dan sentiasa sibuk menguruskan kerja rumah dari pagi
hingga waktu malam. Masanya untuk berehat hanyalah waktu tidur sahaja.
Perwatakan Dalaman:
Dia seorang yangtaat suruhan agama dengan tidak pernah meninggalkan solat. Contohnya, dia akan
solat Subuh terlebih dahulu sebelum memulakan kerjanya di waktu pagi. Dalam kesibukannya itu dia
tetap mengerjakan solat fardu lima waktu.
Dia seorang yang memahami dan mengikut kehendak atau ragam ahli keluarganya. Contohnya, dia
akan menyediakan pelbagai jenis sarapan pagi mengikut selera ahli keluarganya seperti kopi Brunei
untuk ayah mentuanya, nescafe untuk suaminya, milo untuk Hannah, dan teh untuk Zul dan Marina.
Dia seorang menantu yang begitu menghormatikehendak ayah mentuanya. Contohnya, dia akan ke
pasar untuk membeli ikan yang segar untuk ayah mentuanya kerana ayah mentuanya sangat cerewet.
Ayah mentuanya gemar makan ikan-ikan yang masih licin berkilat sisiknya, sayur-sayur yang masih
hijau dan segar bugar baru dipetik dan ayam hidup yang disembelih sendiri.
Dia sorang yang menaruh harapan terhadap anak-anaknya agar nanti dapat membantu meringankan
tugasnya apabila anak-anaknya sudah besar namun keadaan tidak seperti yang diharapkanya kerana
dia merasakan tugas rumahnya masih seperti biasa.
Dia seorang ibu yang sentiasa menghargai jasa anaknya. Contohnya, dia juga menolak tawaran Siti
Nur yang hendak menyediakan seorang pembantu rumah untuknya. Baginya, Siti Nur telah banyak
berjasa kepadanya dan tidak pernah menyusahkannya lagi.
Dia berasa dirinya tidak dihargai oleh anak-anaknya dan menantunya. Contohnya, dia melarang
Hannah keluar pada waktu malam, Hannah pula mengatakan ibunya itu ingin mengurungnya saja di
rumah. Dia juga berusik hati apabila Marina, menantunya, menuduhnya tidak pandai menegur anak.
Dia selalu menegur dan menasihati anak-anaknya. Contohnya, dia menegur Hannah yang selalu keluar
pada waktu malam walaupun Hannah tidak mengendahkannya. Dia juga menasihati Zul supaya
mencari pekerjaan dan membantu isterinya membuat kerja rumah.
Dia seorang yang cemas dan bimbang akan keselamatan anaknya. Contohnya, dia berasa terkejut
mendengarkan berita Hannah mengalami kemalangan jalan raya. Dia begitu cemas sehingga dia tidak
sedar apa yang dilakukannya, baju kurung yang dipakainya itu depan jadi ke belakang, kain sarung
yang dipakainya pula bunganya tunggang terbalik pun dia sudah tidak kisah.
89
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu
ZUL
Perwatakan Luaran:
Zul ialah anak kedua kepada Marof dan Fatimah.
Berkahwin dengan Marina, baru dalam masa dua bulan.
Pernah belajar di England tetapi tidak mendapat sijil kelulusan.
Perwatakan Dalaman:
Dia seorang anak yang degil dan tidak mahu mendengar nasihat. Contohnya, dia tidak mahu mendengar
cakap ibunya apabila ibunya menasihatinya untuk membantu Marina menguruskan kerja di rumah dari
merayau-rayau bersama-sama kawannya. Baginya, itu adalah kerja seorang isteri.
Dia seorang yang memilih pekerjaan. Contohnya, sudah dua bulan dia kembali dari England tetapi
masih menganggur. Baginya dia adalah seorang pelajar yang pernah belajar di England, oleh itu dia
menginginkan pekerjaan yang sesuai walaupun dia tidak mempunyai sebarang ijazah / kelulusan.
Dia seorang yang kuat / ketagih merokok. Contohnya, dia boleh menghabiskan tiga kotak rokok dalam
sehari.
Dia seorang yang tidak pernah menepati janjinya. Contohnya, dia berjanji kepada ibunya untuk
menolong ayahnya dan datuknya untuk mengusahakan tanah TOL ayahnya. Namun, menurut Fatimah,
Zul sudah banyak kali berjanji untuk membantu ayahnya tetapi tidak pernah ditunaikannya malah tidak
pernah menjenguk tanah TOL tersebut.
Dia seorang suami yang tidak bertanggungjawab. Contohnya, dia belum bekerja dan lebih suka berjalan
dengan kawan-kawannya sedangkan isterinya, Marina, pula yang bekerja mencari rezeki. Perkara inilah
yang selalu menyebabkan pertengkaran mereka suami isteri.
Dia seorang yang tidak suka / pandai memujuk isterinya. Contohnya, pertengkaran antara dia dan
isterinya semakin hari semakin tegang, bukan sahaja sekadar bertengkar mulut malah Marina pernah
menggigit dan membaling barang (buku dan penggantung baju) kepada Zul.
PENGAJARAN
Anak-anak sama ada lelaki atau perempuan hendaklah membantu meringankan tugasan ibu di
rumah
Contohnya, semasa Siti Nur masih kecil dia sudah membantu ibunya membuat kerja di rumah . Siti Nur
membangkit baju dari jemuran setelah dia pulang dari sekolah. Siti Nur membantu ibunya mengemas
dapur, membersihkan rumah dan halaman, melipat dan mensterika pakaian. Selain itu juga, Siti Nur
mendobi pakaian orang untuk mendapatkan wang saku. Siti Nur sentiasa berasa senang membantu
Fatimah. Namun, menurut Fatimah, adik-adik Siti Nur tidak banyak membantunya membuat kerja
rumah.
90
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu
NILAI MURNI
Nilai tanggungjawab.
Contohnya, Fatimah bertanggungjawab membuat semua kerja di rumah. Mulai dari jam 4.30, selepas
solat Subuh, Fatimah mengerjakan rutin hariannya, iaitu menyediakan hidangan sarapan pagi untuk ahli
keluarganya, membasuh dan menjemur pakaian, mengemas dan membersihkan dalam ruangan rumah
dan sebagainya. Dia hanya berehat pada waktu tidur sahaja.
LATAR TEMPAT
Rumah keluarga Marof di Seria
Fatimah memulakan rutinnya setiap hari iaitu membuat kerja di rumah. Pekerjaannya itu akan bermula
mulai selepas solat Subuh (4.30 pagi) hingga waktu malam (waktu tidur). Pada malam itu, hanya dia
dan Zul sahaja di rumah. Marof dan ayahnya pergi ke rumah Haji Osman di Lorong Tiga kerana ada
majlis dikir. Manakala, Hannah pula pergi ke parti. Zul dan Marina bertengkar lagi. Marina yang
cemburu mengungkit tentang hubungan Zul dan Sandra serta Zul suka keluar bersama kawan-
kawannya. Pertengkaran mereka semakin ganas sehinggakan Marina menggigit bahu Zul dan
melemparkan barang kepada Zul. Marina pun merajuk dan pergi ke rumah kedua ibu bapanya. Zul
menerima panggilan daripada Marina, Marina minta jemput di rumah ibu bapanya. Tidak lama selepas
itu, Fatimah menjawab panggilan dari rumah sakit. Hannah telah terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Rumah Haji Osman di Lorong Tiga, Seria
Marof dan ayahnya telah menghadiri majlis dikir di rumah Hj Osman. Zul menelefon Marof di rumah ini
untuk memberitahu bahawa Hannah terlibat dalam kemalangan jalan raya.
SOALAN KEFAHAMAN BAB 2 BAHAGIAN 2
1) Jelaskan keadaan rumahtangga Zul dan Marina? [4m]
Perkahwinan mereka baru berusia dua bulan. Seminggu selepas Zul pulang dari England, bermulalah
pertengkaran yang pertama [1m].
Apabila mereka bertengkar, seisi rumah itu tidak akan ditegur oleh Marina [1m]. Pertengkaran mereka
semakin hari semakin tegang /ganas [1m]. Mereka bukan sahaja bertengkar mulut malah juga Marina
pernah menumbuk belakang Zul, menerkam dan menggigit bahu Zul serta melemparkan buku dan besi
penggantungan baju kepada Zul. Akhirnya Marina merajuk dan pulang ke rumah ibu bapanya [1m].
2) Nyatakan punca pertengkaran Zul dan Marina.
Marina cemburu apabila Zul menerima surat dari Sandra [1m], sahabat Zul dari England. Surat tersebut
dikoyakkan oleh Marina. Dia menuduh Sandra adalah kekasih / perempuan simpanan Zul dan pernah
menidurinya [1m].
91
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu
Marina membangkitkan pula Zul tidak bekerja dan selalu merayau bersama kawan-kawannya [1m]
manakala Marina pula yang mencari rezeki. Zul juga tidak membantu Marina untuk membuat kerja di
rumah, contohnya membasuh pakaian mereka [1m].
3) Mengapakah Zul belum beroleh pekerjaan?
Zul terlalu memilih pekerjaan [1m].
Ibunya mengatakan bahawa tidak usah memilih pekerjaan kerana dia tidak mempunyai kelulusan [1m]
Namun Zul tidak mahu membuat pekerjaan sembarangan[1m]. kerana walaupun dia tidak lulus dari
England tetapi dia pernah belajar di England [1m].
4) Pada pendapat kamu bagaimanakah mengatasi masalah rumahtangga Zul dan Marina [KBAT]?
Saling bertolak ansur[1m], contoh Zul hendaklah membantu isterinya membuat kerja di rumah.
Pandai mengambil hati isteri [1m],contohnya Zul sepatutnya tidak melayan atau menerima surat
daripada Sandra.
Menghormati suami [1m], contohnya Marina sepatutnya bercakap dengan lemah lembut dengan
suaminya dan tidak meninggikan suara dan menghina suaminya.
92
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu
NOVEL PENGABDIAN BAB 2 : BAHAGIAN 3
SINOPSIS
Bab 2 bahagian 3 mengisahkan Hannah pergi ke Bandar seri Begawan bersama Rahimah, Zainab, Sofiah,
Rafeah, Junaidi dan Irwan. Mereka berhimpit-himpit dalam kereta untuk pergi ke suatu pesta. Dalam
perjalanan, kawan-kawan Hannah dalam keadaan riuh rendah sedangkan Hannah hanya mendiamkan diri
sahaja. Dia teringat tentang ibunya yang menegahnya pergi ke pesta. Sebenarnya, Hannah tidak berminat
untuk pergi ke pesta itu tetapi dia terpaksa juga pergi kerana dia tidak mahu menyusahkan kawan-kawannya
berpatah balik untuk menghantarnya pulang. Dalam diam Irwan dan Junaidi menaruh minat terhadap
Hannah kerana kelebihannya, jika dibandingkan dengan kawan-kawannya yang lain. Dalam perjalanan itu,
Hannah mengingatkan Junaidi supaya tidak memandu dengan laju. Tidak lama kemudian, secara tiba-tiba
sebuah kereta meluru ke arah mereka dan selepas itu Hannah tidak lagi ingat apa-apa kerana
pandangannya menjadi gelap.
Sudah seminggu Fatimah tidak pulang ke Seria kerana menunggu Hannah yang belum sedar dari koma.
Setiap kali sembahyang Fatimah tidak henti-henti berdoa agar Hannah cepat sembuh. Siti Nur juga sering
melawat Hannah dan Fatimah jika dia tidak ada pasien. Siti Nur berasa ngeri dengan penjelasan serta
ramalan Doktor Douglas yang menyatakan kemungkinan otak Hannah cacat jika dia sedar. Secara tiba-tiba
Hannah sedar dan ini membuatkan Fatimah menjerit terharu dengan rasa penuh kesyukuran. Siti Nur segera
diberitahu mengenai berita gembira itu. Fatimah juga sempat menghubungi dan memberitahu Marof tentang
berita tersebut dan memintanya bersedekah di masjid sebagai tanda kesyukuran. Marof bercadang akan
bersembahyang sunat sebanyak-banyaknya sebagai tanda kesyukurannya.
Selesai bertugas Siti Nur tergesa-gesa ke bilik rawatan Hannah. Dia bersyukur kerana Hannah tidak cacat
seperti Rahimah yang kehilangan penglihatannya. Siti Nur gembira kerana Hannah cuba bersuara walaupun
tidak berapa jelas kedenganran. Doktor Faisal juga turut hadir dan tumpang gembira dengan keadaan
Hannah yang sudah sedar itu. Berita tentang Hannah yang sudah sedar itu menjadi buah mulut orang di
rumah sakit. Doktor Douglas sendiri merasakan bahawa kejadian itu suatu keajaiban dan juga telah
menguatkan lagi kepercayaan Faisal tentang kebesaran Tuhan manakala bagi Siti Nur pula ia adalah tanda
kebesaran Tuhan. Hannah hanya mampu menangis dan dia merasakan semacam baru sedar dari bermimpi
ngeri. Hannah teringat dalam mimpi dia dipandu oleh seorang lelaki tua yang berjubah putih dan berjanggut
panjang melalui satu jalan yang panjang. Mereka telah melintasi satu jambatan dari sehelai rambut di
bawahnya api membulak-bulak. Hannah diberitahu azab siksa bagi orang-orang yang melakukan dosa
semasa hayat mereka. Dia mahu menyatakan rasa keinsafannya dan memohon kemaafan daripada ibunya
tetapi masih belum terdaya.
93
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu
PERISTIWA – PERISTIWA PENTING
1. Hannah bersama kawan-kawan dalam perjalanan menuju ke pesta yang terletak di Batu Satu Jalan
Tutong.
2. Hannah mendapat kemalangan yang teruk yang menyebabkannya dalam keadaan koma selama satu
minggu, sementara Rahimah hilang penglihatan, Junaidi pula meninggal di tempat kejadian.
3. Fatimah menjaga Hannah sepanjang minggu dan berdoa agar Hannah sedarkan diri.
4. Malam sebelum bulan Ramadhan, Hannah sedarkan diri dalam keadaan yang di luar dugaan Dr
Douglas.
5. Berita tentang Hannah yang sudah sedar dari koma menjadi buah mulut orang di Rumah Sakit Besar
itu.
6. Hannah teringat sepanjang komanya, dia bermimpi ngeri bertemu dengan seorang tua yang
memperlihatkannya azab bagi mereka yang berbuat kemungkaran sepanjang hidup.
7. Hannah berasa insaf atas perbuatan dan juga kelalaian yang telah dilakukannya kepada Tuhan.
WATAK DAN PERWATAKAN
HANNAH
Perwatakan Luaran:
Dia merupakan anak yang paling bongsu dalam keluarga Marof. Adik kepada Siti Nur yang berusia 16
tahun (menjelang 17 tahun).
Seorang gadis remaja yang periang dan banyak keistimewaannya menurut Irwan dan Junaidi.
Sepertimana Irwan dan Junaidi serta ramai lagi pemuda-pemuda lain, kebanyakannya turut menyimpan
hati terhadap Hannah disebabkan oleh kecantikan, gayanya berpakaian dan tingkahlakunya.
Teman lelakinya bernama Wardi, yang tidak dapat pulang bercuti ke Brunei kerana menemani kedua
orang tuanya melawat negeri-negeri Eropah.
Digambarkan memiliki wajah yang comel, dengan bulu matanya yang hitam lebat, panjang dan lentik.
Terselamat dari kemalangan yang ngeri, namun mengalami koma selama seminggu dan dikatakan
bakal mendapat kecacatan otak jika sedar menurut Doktor Douglas.
Dia mengalami mimpi-mimpi ngeri dipandu oleh seorang lelaki tua berjubah putih dan berjanggut
panjang yang memperlihatkannya gambaran siksaan api neraka.
Perwatakan Dalaman:
Dia seorang yang bersifat degil dan rasa ingin bebas. Contohnya, dia beria-ia meminta keizinan dari
ibunya, Fatimah untuk pergi ke pesta bersama dengan teman-temannya pada petang itu walaupun
mengetahui ibunya tidak pernah merestui kepergiannya untuk pergi ke pesta-pesta.
Dia juga berasa insaf dan sedar dari kesilapannya. Contohnya, selepas tersedar daripada koma,
Hannah berasa insaf dan ingin meminta maaf kepada ibunya atas kesalahannya. Dia juga ingin
meluahkan rasa kesyukurannya ke hadrat Tuhan yang telah memberikannya waktu untuk menebus
kelalaian-kelalaiannya masa lalu.
94
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu
Dia juga seorang yang periang. Contohnya, boleh dilihat dalam perjalanan ke pesta tersebut, kawan-
kawan Hannah heran bila Hannah diam pada hari tersebut. Sedangkan pada pendapat mereka,
kebiasaannya Hannahlah yang paling periang dan bila borak hingga orang sakit perut kerana geli hati.
FATIMAH
Perwatakan Luaran:
Dia merupakan ibu kepada Siti Nur, Zul dan juga Hannah.
Isteri kepada Marof yang baru memasuki usia lima puluh tahun.
Dia mempunyai ayah mertua yang tinggal bersamanya di Seria.
Seorang ibu yang sangat diharapkan dalam keluarga Marof untuk menyelesaikan hal-hal keperluan
keluarga seperti hal masak-memasak, membersihkan rumah, mencuci pakaian dan sebagainya.
Orang pertama yang mengetahui Hannah sedar dari koma apabila melihat jejari dan mata Hannah
bergerak-gerak.
Perwatakan Dalaman:
Dia ialah seorang ibu yang sangat penyayang dan juga prihatin. Contohnya, sewaktu Hannah berada
dalam koma selama seminggu, dalam seminggu itulah juga dia tidak pulang-pulang ke Seria demi
menemani Hannah di bilik rawatan intensif.
Dia juga memiliki sifat tidak mudah berputus asa. Contohnya, Fatimah seringkali mendoakan Hannah
agar kembali sedar dan sembuh setiap kali waktu sembahyang di surau rumah sakit tersebut.
Dia seorang yang kuat pegangan agama. Contohnya, sering berdoa untuk kesembuhan Hannah. Dia
juga berserah kepada Tuhan sewaktu Hannah berada dalam keadaan koma. Sewaktu Hannah sedar,
Fatimah menyuruh Marof untuk membawa sedekah ke masjid sebagai tanda kesyukuran Hannah sedar
dari komanya.
DOKTOR DOUGLAS
Perwatakan Luaran:
Doktor Douglas ialah doktor warga asing yang bertugas sebagai pakar perubatan di rumah sakit besar.
Dia merupakan salah sorang yang ditugaskan dalam merawat kes Hannah yang mendapat kemalangan
jalanraya.
Dia meramalkan Hannah kemungkinan otak Hannah cacat kalau Hannah sedar.
Perwatakan Dalaman:
Dia seorang doktor yang berfikiran agak negatif. Contohnya, dia meramalkan bahawa walaupun Hannah
sedar, kemungkinan otaknya mengalami kecacatan. Namun pandangannya meleset kerana Hannah
sedar tanpa ada kecacatan.
DOKTOR SITI NUR
Perwatakan Luaran:
Anak sulung kepada Fatimah dan Marof dan kakak kepada Hannah dan Zul.
Bekerja sebagai seorang doktor yang bekerja di Rumah Sakit Besar
Siti Nur sering menjenguk Hannah dan ibunya apabila tidak ada pesakit yang perlu dirawat.
95
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu
Perwatakan Dalaman:
Dia seorang doktor yang merawat pesakit dengan penuh perhatian dan komitmen. Contohnya, Doktor
Siti Nur dengan penuh perhatian yang tidak berbelah bagi merawat pesakit yang sudah lemah akibat
serangan cirit-birit walaupun mengetahui Hannah sudah sedar dari koma.
Dia seorang kakak yang sangat pengasih dan penyayang. Ini terbukti, Siti Nur menangis dalam hati
melihat keadaan Hannah dan sentiasa berdoa agar ramalan Doktor Douglasmengenaiotak Hannah
berkemungkinan mengalami kecacatan tidak akan terjadi.
DOKTOR FAISAL
Perwatakan Luaran:
Doktor Faisal ialah doktor yang bertugas sebagai pakar perubatan di rumah sakit besar dan rakan
sejawat Doktor Siti Nur dan Doktor Douglas.
Dia melawat Hannah setelah diberitahu oleh Jururawat.
Faisal tumpang gembira atas kepulihan Hannah yang di luar dari dugaan itu.
Perwatakan Dalaman:
Dia seorang doktor yang berfikiran prihatin. Contohnya, dia menasihati Hannah jangan terlalu ‘excited’
dulu kerana dia memerlukan rehat yang banyak.
Dia seorang mualaf yang semakin kuat kepercayaannya kepada Allah. Ini terbukti, kejadian yang
menimpa Hannah telah menguatkan lagi kepercayaan Faisal akan kuasa Allah.
JUNAIDI
Perwatakan Luaran:
Junaidi seorang pemandu kereta yang membawa kawan-kawannya iaitu Hannah, Rahimah, Irwan,
Sofia, Zainab dan Rafeah.
Baru mengenali Hannah baru sebulan dan sudah begitu mesra dengan Rahimah.
Junaidi seorang penuntut yang sedang bercuti musim panas di Brunei.
Terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengakibatkan dia meninggal dunia serta merta.
Perwatakan Dalaman:
Dia seorang remaja yang sosial. Contohnya, dia sanggup membawa 6 orang kawan-kawannya untuk
pergi menghadiri pesta yang terletak di Batu Satu Jalan Tutong dalam sebuah kereta pada waktu malam.
Dia seorang pemandu tidak cermat dan berhati-hati. Ini terbukti, Junaidi memandu dengan laju ketika
melewati batu tiga dan sampai satu selekoh tiba-tiba sebuah kereta meluru menuju ke hadapan kereta
mereka. Junaidi secepat kilat cuba memusing stering kereta ke kiri tapi kereta dari hadapan itu sudah
menghentam kereta mereka.
Dia seorang lelaki yang menyimpan perasaan terhadap Hannah. Contohnya, Junaidi memberitahu
Hannah bahawa Wardi pergi berjoli ke pesta dengan berdakap-dakap dengan gadis-gadis Mat Salleh
apabila menari supaya Hannah putus hubungan dengan wardi dan beralih kepadanya.
96
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu
RAHIMAH
Perwatakan Luaran:
Rahimah ialah rakan sekolah Hannah.
Pergi ke pesta di Bandar Seri Begawan dengan duduk di tengah-tengah di bahagian hadapan kereta
dan di kanan di kirnya ialah Hannah dan Junaidi.
Baru mengenali Junaidi baru sebulan dan sudah begitu mesra dengan Junaidi.
Terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengakibatkan dia telah kehilangan penglihatan sama
sekali.
Perwatakan Dalaman:
Dia seorang remaja yang sosial. Contohnya, dia menjadi pasangan Junaidi yang baru dikenali baru
sebulan dan sanggup duduk di bahagian depan kereta bersama6 orang kawan-kawannya untuk pergi
menghadiri pesta yang terletak di Batu Satu Jalan Tutong.
Dia seorang rakan yang menjaga perasaan orang lain.Ini terbukti, apabila Junaidi memberitahu Hannah
bahawa Wardi pergi berjoli ke pesta dengan berdakap-dakap dengan gadis-gadis Mat Salleh apabila
menari supaya Hannah tahu perangai teman lelakinya, Wardi dengan cepat Rahimah mencubit lengan
kiri Junaidi.
IRWAN
Perwatakan Luaran:
Irwan seorang penuntut yang sedang bercuti musim panas di Brunei.
Irwan duduk di bahagian belakang kereta berhimpit-himpit dengan Sofia, Zainab dan Rafeah untuk pergi
ke pesta.
Dia berpasangan dengan Rafeah.
Dia menyimpan hati terhadap Hannah.
Terlibat dalam kemalangan jalan raya yang tidak dinyatakan keadannya.
Perwatakan Dalaman:
Dia seorang remaja yang sosial. Contohnya, dia sanggup duduk berhimpit-himpit di belakang kereta
Junaidi untuk pergi menghadiri pesta yang terletak di Batu Satu Jalan Tutong dalam sebuah kereta
pada waktu malam.
Dia seorang kekasih yang tidak setia. Ini terbukti, Irwan sanggup meninggalkan Rafeah dengan mudah
jikalau Hannah sudi menerima dirinya.
Dia juga seorang lelaki yang menyimpan perasaan terhadap Hannah. Contohnya, Irwan menyimpan
hati terhadap Hannah kerana Hannah begitu banyak keistimewaan bukan saja segi kecantikan akan
tetapi tingkah lakunya dan memuji Wardi bertuah memiliki Hannah.
ZAINAB
Perwatakan Luaran:
Zainab ialah rakan sekolah Hannah.
Digambarkan seorang gadis yang buntal dengan tangan yang besar.
Pergi ke pesta di Bandar Seri Begawan dengan duduk di bahagian belakang kereta berhimpit-himpit
dengan Sofiah, Rafeah dan Irwan.
97
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu
Tidak mempunyai pasangan untuk ke pesta.
Terlibat dalam kemalangan jalan raya yang tidak dinyatakan keadaannya.
Perwatakan Dalaman:
Dia seorang remaja yang sosial. Contohnya, dia sanggup duduk berhimpit-himpit di bahagian belakang
kereta bersama 3 orang kawan-kawannya untuk pergi menghadiri pesta yang terletak di Batu Satu Jalan
Tutong dalam sebuah kereta pada waktu malam.
Dia seorang rakan yang terasa apabila dihina. Ini terbukti, apabila Sofiah mengusiknya berbadan gemuk
gedempol dan susah mendapatkan pasangan Zainab terus mencubit lengan Sofiah dan menyatakan
bahawa dia akan mencari ‘patner’ yang buntal sepertinya juga.
SOFIAH
Perwatakan Luaran:
Sofiah ialah rakan sekolah Hannah.
Digambarkan seorang gadis yang tidak ada pasangan untuk ke pesta.
Pergi ke pesta di Bandar Seri Begawan dengan duduk di bahagian belakang kereta berhimpit-himpit
dengan Zainab, Rafeah dan Irwan.
Terlibat dalam kemalangan jalan raya yang tidak dinyatakan keadaannya.
Perwatakan Dalaman:
Dia seorang remaja yang sosial. Contohnya, dia sanggup duduk berhimpit-himpit di bahagian belakang
kereta bersama 3 orang kawan-kawannya untuk pergi menghadiri pesta yang terletak di Batu Satu Jalan
Tutong.
Dia seorang rakan yang suka mengusik.Ini terbukti, apabila Sofiah mengusik Zainab dengan
mengatakan berbadan gemuk gedempol dan susah mendapatkan pasangan. Ini mengakibatkan Zainab
terus mencubit lengannya dan Sofiah mengadu kesakitan.
RAFEAH
Perwatakan Luaran:
Rafeah ialah rakan sekolah Hannah.
Pergi ke pesta di Bandar Seri Begawan dengan duduk di bahagian belakang kereta berhimpit-himpit
dengan Sofiah, Zainab dan Irwan.
Teman wanita Irwan untuk ke pesta.
Terlibat dalam kemalangan jalan raya yang tidak dinyatakan keadaannya.
Perwatakan Dalaman:
Dia seorang remaja yang sosial. Contohnya, dia sanggup duduk berhimpit-himpit di bahagian belakang
kereta bersama 3 orang kawan-kawannya untuk pergi menghadiri pesta yang terletak di Batu Satu Jalan
Tutong.
JURURAWAT
Perwatakan Luaran:
Jururawat yang bertugas di kamar rawatan intensif.
98
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu
Berasa cemas apabila Fatimah menjerit memanggil nama pesakit bernama Hannah dan menyangka
pesakit itu sudah tidak ada lagi.
Orang kedua yang mengetahui Hannah sedar daripada koma.
Dia disuruh oleh Fatimah untuk memberitahu Siti Nur di kasulti dan menelefon ke Seria.
Perwatakan Dalaman:
Dia seorang jururawat yang baik dan sedia membantu. Contohnya, dia terus menelefon Doktor Siti Nur
apabila melihat Hannah membuka mata dan menolong Fatimah untuk menelefon ke Seria.
MAROF
Perwatakan Luaran:
Ayah kepada Siti Nur, Zul dan Hannah dan suami kepada Fatimah.
Berasa gembira apabila mengetahui Hannah sedar dari koma.
Perwatakan Dalaman:
Dia seorang suami yang tidak pernah merungut. Contohnya, Marof makan ala kadar saja selama
Fatimah tidak berada di rumah kerana menjaga Hannah di rumah sakit besar.
Dia seorang ayah yang menyayangi anaknya. Ini terbukti, Marof akan bersembahyang sunat sebanyak-
banyaknya di masjid walaupun tidak pulang ke rumah untuk melahirkan tanda kesyukuran kepada
Tuhan yang telah mengembalikan semua Hannah.
SEORANG LELAKI TUA
Perwatakan Luaran:
Seorang lelaki tua yang berjubah putih dan berjanggut panjang hadir dalam mimpi-mimpi Hannah.
Membawa Hannah melalui satu jalan yang panjang – mereka melintasi satu jambatan dari sehelai
rambut di bawahnya api membulak-bulak.
Perwatakan Dalaman:
Dia seorang yang memberikan keinsafan kepada Hannah. Contohnya, dia telah membawa Hannah
melintasi satu jalan yang panjang dan melihat keadaan orang-orang yang membuat keingkaran di dunia
dan menyuruh Hannah untuk pulang kerana belum sampai untuk Hannah meneruskan perjalanannya.
PENGAJARAN
Kita hendaklah sentiasa menanamkan rasa kesedaran dan mengingati Allah Ta’ala dalam apa jua
musibah yang melanda dalam kehidupan.
Contohnya,musibah yang menimpa kepada Hannah yang mendapat kemalangan dan berada dalam
koma, Fatimah hanya berserah diri kepada Allah Ta’ala. Setiap waktu sembahyang dia akan pergi ke
surau rumah sakit dan dalam sujudnya Fatimah akan berdoa agar Hannah kembali sedar dan sembuh.
Semasa Hannah kemalangan juga dia sempat berteriak (Ya, Allah!) setelah bertembung dengan
kenderaan yang meluru ke arah mereka.
99
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu
NILAI MURNI
Nilai Kekeluargaan dan kasih sayang:
Contohnya, sewaktu Hannah dilanda kemalangan dan mendapat koma, jelas adanya hubungan yang
sangat rapat di dalam keluarga Marof. Fatimah, Marof, ayah mentuanya, Zul serta Siti Nur sangat
prihatin menjaga soal kepentingan Hannah sepanjangnya berada di Rumah Sakit Besar. Ini termasuk
menziarahi, bersembahyang serta berdoa dan bersedekah. Nilai kekeluargaan dan kasih sayang juga
turut dirasakan di kalangan warga rumah sakit seperti Doktor Douglas, Faisal, jururawat dan warga
rumah sakit yang lainnya yang turut merasakan rasa kegembiraan dan kesyukuran setelah kesedaran
Hannah dari koma.
LATAR TEMPAT
Bandar Seri Begawan (Gadong, Jalan Tutong, Batu Satu Jalan Tutong, Batu Tiga).
Tempat ini merupakan laluan kenderaan yang dinaiki oleh Hannah sebelum mendapat kemalangan
jalanraya yang ngeri. Hannah pergi ke pesta bersama teman-temannya yang terdiri dari Irwan, Junaidi,
Rahimah, Zainab, Sofiah dan Rafeah. Kenderaan yang dipandu Junaidi telah bertembung dengan
kereta di hadapan mereka sewaktu mereka melewati batu tiga dan sampai ke satu selekoh yang
menyebabkan mereka kemalangan. Akibatnya Rahimah hilang penglihatan, Junaidi mati serta merta
dan selebihnya berkemungkinan meninggal dunia (tidak dinyatakan).
Rumah Sakit Besar iaitu di bilik rawatan intensif (ketika Hannah sedang dirawat)
Di bilik inilah Hannah sedang dirawat setelah berada dalam keadaan koma akibat kemalangan jalanraya
selama satu minggu. Fatimahlah yang sedang menunggu Hannah siang dan malam hingga Hannah
sedar semula. Di tempat ini juga Siti Nur turut menjenguk adiknya dan hatinya rasa menangis melihat
akan keadaan Hannah ketika itu.
Alam Mimpi (Hannah bertemu dengan lelaki tua berjubah putih).
Alam mimpi memperlihatkan gambaran siksaan api neraka yang diperlihatkan kepada Hannah. Seorang
lelaki tua berjubah putih telah membawanya melalui satu jalan yang panjang. Mereka juga melintasi satu
jambatan dari sehelai rambut di bawahnya api membulak-bulak. Kemudian Hannah juga menyaksikan
beberapa orang anak muda sebayanya jatuh ke gaung. Hannah juga diperlihatkan wanita yang sedang
digantung rambutnya di atas api kerana suka mendedahkan auratnya.
100