The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KAJIAN KESELURUHAN BAB NOVEL PENGABDIAN [B1-B2]

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CG SUZILAH HMO, 2022-06-02 21:32:08

KAJIAN KESELURUHAN BAB NOVEL PENGABDIAN [B1-B2]

KAJIAN KESELURUHAN BAB NOVEL PENGABDIAN [B1-B2]

SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]

Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu

SOALAN KEFAHAMAN BAB 2 BAHAGIAN 3

1) Huraikan apakah perubahan-perubahan yang berlaku ke atas Hannah semenjak kemalangan
menimpanya?

 Hannah lebih senang mengenakan baju kurung dan tudung jika ingin keluar rumah. [1m]
 Dia tidak lagi keluar berpelesiran seperti dulu. [1m]
 Selesai sekolah pula akan duduk di rumah membantu Fatimah menguruskan kerja-kerja rumah. [1m]
 Hannah tidak pernah meninggalkan sembahyang dan setiap malam rajin membaca Quran bersama

datuknya. [1m]

2) Jawab soalan-soalan berikut:
i. Siapakah teman-teman Hannah yang bersama-samanya pergi ke pesta dan bagaimanakah
nasib yang menimpa ke atas mereka sewaktu kemalangan?
 Teman-teman Hannah yang bersama-samanya pergi ke pesta ialah Irwan, Junaidi, Rahimah,
Zainab, Sofiah dan Rafeah. [1m]
 Rahimah dikatakan hilang penglihatan[1m]manakala Junaidi telah meninggal dunia serta
merta[1m] dan yang lainnya juga berkemungkinan meninggal dunia [1m] (tidak dinyatakan di
dalam bab ini tetapi dalam bab 2 bahagian 2) berdasarkan kemalangan yang berlaku ketika itu
Junaidi memandu dengan laju di sebatang selekoh dan bertembung menghadap kenderaan
mereka.

ii. Apakah punca-punca kemalangan yang menimpa ke atas Hannah dan teman-temannya?
 Di antara punca-punca kemalangan yang menimpa kepada Hannah dan teman-temannya ialah
memandu dalam keadaan laju (lebih kurang 60 batu sejam)[1m] dengan muatan penumpang
yang berlebihan seramai 7 orang. [1m]
 Mereka juga asyik bergurau senda [1m] dan perjalanan Hannah juga tidak direstui oleh orang tua
(Fatimah). [1m]

3) Pada pandangan kamu apakah hikmah di sebalik kejadian kemalangan dan koma yang menimpa
kepada Hannah (KBAT)?

 Di sebalik kejadian kemalangan dan koma yang menimpa Hannah[1m], tersembunyi pelbagai hikmah
di antaranya mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala jika berlaku suatu musibah dengan memohon doa,
berbuat amal kebajikan seperti sedekah akan dapat ganjaran pertolongan daripada Allah Ta’ala seperti
yang berlaku ke atas Hannah. [1m]

 Hikmah yang kedua pula ialah manusia tidak dapat mengatasi takdir Allah Ta’ala dalam sesuatu
kejadian yang dianggap mustahil[1m]. Sepertimana ramalan Doktor Douglas akan kecacatan Hannah
jika sedar, walhal kehidupannya kembali normal bahkan berubah semenjak kejadian tersebut. [1m]

101

SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]

Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu

NOVEL PENGABDIAN BAB 2 : BAHAGIAN 4

SINOPSIS

Mengisahkan Hannah yang sudah pulih sepenuhnya setelah sebulan berlakunya peristiwa kemalangan
yang dilaluinya. Selepas peristiwa kemalangan tersebut, Hannah telah berubah menjadi anak yang baik dan
keluarganya bersyukur dengan perubahan itu. Siti Nur yang benar-benar gembira dengan perubahan
adiknya itu dan dia langsung tidak mengendahkan perubahan kesihatannya walaupun sejak kebelakangan
ini dia sering sakit sengal-sengal dan bisa-bisa tulang. Sewaktu mahu pulang dari bertugas, secara tiba-tiba
sakitnya menyerang lagi sehingga Siti Nur terduduk di Wad Empat. Kebetulan jururawat Dayang ada di situ
dan dia terus memanggil Doktor Faisal.

Dr. Faisal mengarahkan jururawat membawa sebuah kerusi roda lalu membawa Siti Nur ke wad kelas satu
di kamar VIP. Orang ramai yang berdiri dilorong rumah sakit tercenggang melihat Siti Nur berada di kerusi
roda tersebut. Doktor Douglas membuat pemeriksaan dan melalui X-Ray mendapati ada sejenis
ketumbuhan di sebelah kanan ovari Siti Nur yang terpaksa dibedah pada esoknya. Siti Nur memilih Doktor
Faisal melakukan pembedahan keatasnya kerana dia percaya kepada kepakaran ahli bedah tempatan
seperti Doktor Faisal. Doktor Faisal bersetuju untuk melakukan pembedahan keatas Siti Nur.Sewaktu dalam
perjalan pulang, Doktor Faisal menerima panggilan dari pagernya. Dia diminta pulang ke Kuala Belait malam
itu juga kerana kedua-dua orang tuannya telah terlibat dalam satu kemalangan.

PERISTIWA – PERISTIWA PENTING

1. Hannah telah pulih dan mula berubah sikap bukan sahaja dari sikapnya malah cara berpakaian juga
menampakan keinsafan (berbaju kurung dan bertudung) dan tidak pernah lagi keluar malam seperti
dahulu.

2. Dr Siti Nur mula mengidap sakit sengal-sengal dan bisa-bisa tulang, sakitnya ini telah menyebabakan
Dr Siti Nur terduduk di wad empat.

3. Siti Nur kemudiannya dirawat dan setelah dibuat pemeriksaan x-ray, Dr. Douglas menyarankan agar Siti
Nur dibedah kerana ada sejenis ketumbuhan di ovari kanannya.

4. Dr Siti Nur telah memilih Dr Faisal sebagai pakar bedah untuk menjalankan pembedahan ke atasnya
kerana ia mempunyai keyakinan tentang kepakaran ahli bedah tempatan.

5. Dr Faisal terpaksa pulang ke Kuala Belait pada malam itu kerana kemalangan yang telah menimpa
orang tuanya.

102

SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]

Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu

WATAK DAN PERWATAKAN

HANNAH
Perwatakan Luaran:
 Hannah telah terlibat dengan kemalangan jalan raya dan setelah koma setelah sedar, dia berubah

penampilan.
 Hannah senang memakai baju kurung dan mengenakan tudung.
 Berubah dan tidak lagi keluar malam serta selalu membaca al-Quran bersama datuknya.

Perwatakan Dalaman:
 Hannah telah menginsafi kesilapannya sebelum ini dan telah berubah. Hannah tidak lagi keluar malam,

dia sering menolong ibunya setelah pulang sekolah. Dia sudah tidak lagi memakai pakaian yang
mendedahkan auratnya, dia senang memakai baju kurung dan kain tudung tidak pernah lekang dari
kepala. Solat tidak lagi tinggal dan setiap malam mengaji bersama datuknya.

DOKTOR SITI NUR
Perwatakan Luaran:
 Siti Nur Sering merasa sakit-sakit iaitu sengal-sengal dan bisa tulang yang datang sekejap-sekejap.
 Siti Nur merawat pesakit-pesakitnya di wad empat sebelum sakitnya menyerang lagi.
 Didapati ada sejenis ketumbuhan di ovari kanannya yang terpaksa dibedah.
 Wajah Siti Nur mudah berubah kemerah-merahan bila merasa malu.

Perwatakan Dalaman:
 Dia seorang yang bersifat gigih dalam menjalankan tugasnya. Contohnya, dia sering mengambil tahu

tentang kesihatan semua pesakitnya yang dirawat sehinggakan kesihatannya sendiri terabai.

 Dia seorang yang tidak cerewet. Contohnya, dia terus sahaja menerima hakikat tentang sakit yang
dialaminya dan telah bersetuju untuk dibedah.

 Dia seorang yang prihatin terhadap keluarganya. Buktinya, dia tidak mahu ibunya untuk datang
menjenguknya kerana takut keluarganya di Seria tidak terurus.

 Dia memendam perasaan sayang terhadap Faisal. Contohnya, dia semakin mesra dengan Faisal
semenjak Faisal memeluk agama Islam.

 Dia juga mempunyai perasaan cemburu. Contohnya, selain itu dia juga cemburu dengan hubungan
Faisal dengan Joanna yang pada pendapatnya adalah pasangan kekasih.

DOKTOR FAISAL / SAMUEL
Perwatakan Luaran:
 Diabertugas sebagai seorang doktor perubatan dan pakar bedah berbangsa Tiong Hua dan bertugas di

Hospital Kerajaan Bandar Seri Begawan.
 Dia pernah dikaitkan dengan Joana, seorang Ketua Jururawat tetapi sebenarnya, ia tidak menyintai

Joanna seperti yang disangkakan.

103

SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]

Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu

 Sebelum memeluk agama Islam, dia dikenali sebagai Samuel dan menukar namanya kepada Mohd.
Faisal bin Abdullah setelah memeluk agama Islam.

 Dia bertekad hendak menjadi pelindung kepada Siti Nur.

Perwatakan Dalaman:
 Dia seorang yang bersifat tanggungjawab dan cekap. Contohnya, Faisal cepat bertindak merawat Siti

Nur yang jatuh sakit, dengan mengarahkan supaya dibawa sebuah kerusi sorong dan membawa Doktor
Siti Nur untuk dirawat di Kamar wad Satu. Dia sangat serius dalam mengurus kesihatan Siti Nur dan
juga khuatir akan tindakan Siti Nur yang memilihnya untuk membedah Siti Nur.

 Dia seorang kawan yang mengambil berat dan menyayangi Siti Nur.Contohnya, Faisal mengambil berat
tentang Siti Nur dengan memberitahu keadaan Siti Nur kepada keluarganya di Seria. Faisal juga
menolong Siti Nur mengambilkan kain telekung di rumahnya. Dia merasa sangat bahagia bila Siti Nur
mulai mesra dengannya kembali semenjak dia memeluk agama Islam. Malah dia bertekad hendak
menjadi pelindung Siti Nur jika hati Siti Nur terbuka untuk menerimanya.

 Dia seorang anak yang sangat menyayangi orang tuanya.Contohnya, Faisal mendapat berita bahawa
orang tuanya ditimpa kemalangan dan dia bergegas untuk pulang ke Kuala Belait untuk mengetahui
keadaan orang tuanya.

DOKTOR DOUGLAS
Perwatakan Luaran:
 Seorang Doktor yang juga bertugas di Rumah sakit Besar Kerajaan Bandar Seri Begawan dan teman

sejawat kepada Doktor Siti Nur dan Doktor Faisal.
 Dia telah menghantar Doktor Siti Nur untuk mendapatkan rawatan X-ray supaya dapat mengetahui lebih

lanjut tentang masalah kesakitan yang dialami oleh Doktor Siti Nur.
 Dia telah memberitahu bahawa Doktor Siti Nur perlu dibedah dengan segera kerana terdapat

ketumbuhan di ovari kanannya.

Perwatakan Dalaman:
 Dia seorang yang mesra dengan rakan sekerjanya. Dia senang bergurau dengan Dr. Faisal dan Dr. Siti

Nur sewaktu merawat Dr. Siti Nur. Dia malah faham akan maksud Siti Nur apabila dia sedia faham yang
Siti Nur memilih Dr. Faisal untuk membedahnya hanya dengan melihat reaksi Siti Nur memandang Dr.
Faisal setelah dia menyatakan Siti Nur boleh memilih siapa saja doktor untuk membedahnya.

PENGAJARAN

 Janganlah memberikan tumpuan kepada satu perkara sahaja sehingga menyebabkan perkara
penting yang lain terabai dan memberikan kerugian.
Contohnya, Doktor Siti Nur adalah seorang doktor yang penuh dedikasi ke atas tanggungjawap kerjanya
namun ia telah pun mengabaikan kesihatannya sendiri kerana sering menumpukan perhatian lebih pada
tugasnya. Sepatutnya Doktor Siti Nur perlu memberikan tumpuan yang sama pada kesihatannya sendiri.

104

SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]

Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu

NILAI MURNI

 Nilai tolong menolong
Contohnya,Doktor Faisal telah membantu dengan membawa Doktor Siti Nur ke bilik khas untuk
mendapatkan rawatan sewaktu Doktor Siti Nur mengalami kesakitan yang kuat sehingg di tidak mampu
untuk berdiri sendiri.

LATAR TEMPAT

WAD EMPAT, RUMAH SAKIT BESAR KERAJAAN BANDAR SERI BEGAWAN
 Tempat ini merupakan tempat pasien-pasien Doktor Siti Nur dirawat. Sewaktu membuat rawatan Doktor

Siti Nur telah mengalami kesakitan yang sangat kuat dibahagian perutnya sebelah kanan sehingga
menyebabkan ia terduduk dan tidak mampu untuk berdiri. Doktor Faisal membantu Doktor Siti Nur untuk
dibawa ke bilik rawatan khas.

WAD VIP, RUMAH SAKIT BESAR KERAJAAN BANDAR SERI BEGAWAN
 Tempat Siti Nur dirawat setelah dia terduduk di wad empat. Di sini, Siti Nur dirawat oleh Dr. Douglas,

dia memilih Dr. Faisal untuk membedahnya setelah Dr. Douglas memberitahu tentang keputusan x-ray
yang didapati ada ketumbuhan di ovari sebelah kanannya. Siti Nur sempat dilawat oleh Dr. Faisal yang
membawakannya telekung untuknya mendirikan solat.

SOALAN KEFAHAMAN BAB 2 BAHAGIAN 4

1) Huraikan apakah yang terjadi pada sebelum dan waktu Doktor Siti Nur merawat pasien-
pasiennya di Wad Empat?

 Dia telah mengalami sengal-sengal dan bias-bisa tulang [1m]. Dia juga mengalami sakit yang tajam dan
bisa dibahagian bawah sebelah kanan perutnya [1m]. Sakit yang dialaminya tidak hilang sepanjang hari
dan ia berasa agak menganggu tugasnya [1m]. Doktor Siti Nur diserang sakit yang sama tetapi kali ini
sakit itu sangat teruk dan membuatkan dia terduduk sewaktu sedang membuat rawatan ke atas pasien-
pasiennya di Wad Empat [1m].

2) Apakah peristiwa yang berlaku pada Doktor Siti Nur setelah ia mengalami sakit yang teruk
dibahagian bawah sebalah kanan perutnya?

 Dia telah dibawa untuk menerima pemeriksaan dibilik VIP oleh Doktor Fasial [1m]. Doktor Douglas telah
menghantar Doktor Siti Nur untuk pengambaran X-ray [1m]. Jika betul jangkaan Doktor Douglas Dokotr
Siti Nur perlu segera dibedah [1m]. Terdapat ketumbuhan pada bahagian ovari kanan Doktor Siti Nur
dan terpaksa dibedah untuk pemeriksaan lanjut [1m]. Doktor Siti Nur memilih Doktor Faisal untuk
membedahnya [1m].

105

SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]

Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu

3) Pada pendapat kamu wajarkah sikap Hannah berubah setelah dia pulih dari koma akibat
kemalangan yang telah menimpa dirinya [KBAT]?

 Perubahan pada sikap Hannah adalah wajar[1m]. kerana dia bernasib baik berbanding dengan kawan-
kawan yang juga ditimpa kemalangan sama [1m]. Hannah tidak mengalami sebarang kecacatan
ataupun kerosakan anggota dalaman akibat kemalangan tersebut [1m]. Hannah perlu menghargai
peluang yang telah diberikan dan tidak akan melakukan kesilapan yang sama di masa akan datang
[1m].

106

SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]

Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu

NOVEL PENGABDIAN BAB 2 : BAHAGIAN 5

SINOPSIS

Mengisahkan tentang Peter dan Nyonya Peter pulang dari menghadiri makan malam di rumah Tauke Lim.
Setibanya di rumah, mereka terkejut mendapati rumah mereka dalam keadaan gelap gelita manakala
jendela rumah mereka pula terbuka luas. Semenjak anak mereka samuel memeluk agama Islam, Peter telah
berubah menjadi pemboros kerana baginya dia sudah tidak mempunyai anak lagi. Dia menghabiskan
duitnya dengan bercuti keluar negeri dan membelikan barang-barang berharga untuk memujuk isterinya.

Secara tiba-tiba dalam kegelapan itu mereka diserang oleh dua orang pencuri. Pencuri tersebut berjaya
mengambil wang berjumlah dua puluh ribu ringgit dan barang-barang kemas Nyonya Peter. Peter sempat
bergelut dengan salah seorang daripada pencuri tersebut, malangnya dalam pergelutan itu Peter tercedera
akibat tertikam pisau. Dalam keadaan cemas itu, Nyonya Peter sempat menghubungi ambulan dan anaknya,
Faisal untuk memberitahu hal tersebut.

Faisal yang kebetulan berada di rumah sakit, terpaksa pulang pada malam itu juga ke Kuala Belait. Dia
diberitahu bahawa ayahnya memerlukan beberapa pain darah jenis O. Faisal berjaya menghubungi Marof
dan Zul yang kebetulan mempunyai darah jenis O dan mereka bersedia mendermakan darah. Sementara
itu kawan-kawan Peter pula tidak seorang pun yang bersedia memberikan bantuan. Dr. Faisal berasa hampa
kerana tidak dapat menunaikan hajat Siti Nur untuk membedahnya keesokkan harinya. Faisal hanya mampu
mendoakan agar Siti Nur selamat menjalani pembedahannya dan akhirnya dengan bantuan doktor pakar
yang lain Siti Nur selamat menjalani pembedahannya.

PERISTIWA – PERISTIWA PENTING

1. Rumah Peter dan Nyonya Peter dimasuki pencuri.
2. Sikap Peter telah berubah semenjak Samuel memeluk agama Islam.
3. Peter cedera parah setelah bergelut dengan salah seorang pencuri.
4. Nyonya Peter menghubungi ambulan, polis dan anaknya Samuel / Faisal.
5. Faisal terpaksa pulang ke Kuala Belait serta merta setelah dihubungi.
6. Peter memerlukan beberapa pain darah jenis O.
7. Marof dan Zul bersedia mendermakan darah mereka.
8. Tidak ada seorang pun teman-teman peter yang bersedia memberi bantuan darah yang diperlukannya.
9. Faisal terpaksa mengambil cuti kecemasan untuk menjaga ayahnya.
10. Faisal berasa hampa kerana tidak dapat melakukan pembedahan keatas Siti Nur keesokkan harinya.

107

SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]

Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu

WATAK DAN PERWATAKAN

PETER
Perwatakan Luaran:
 Peter ialah suami kepada Nyonya Peter dan ayah kepada Samuel.
 Dia berketurunan Tiong Hua dan bekerja sebagai teknisyen x-ray di rumah sakit Kuala Belait.
 Peter seorang yang kaya, mempunyai lebih 20 buah rumah sewa dan kereta Mercedes 450SLE.
 Dia bercita-cita mahu mengaji seorang penjaga rumah untuk membuka dan menutup pintu pagar

rumahnya.
 Peter telah berhenti dari perkhidmatan kerajaan dan mengendalikan urusniaga sendiri.
 Peter tercedera tertikam di dada kirinya setelah setelah bergelut dengan perompak yang merompak

rumahnya.

Perwatakan Dalaman:
 Peter yang tidak dapat menerima kenyataan tentang pengislaman anaknya Samuel. Contohnya, apabila

sahaja Samuel memeluk agama Islam, ternyata Peter adalah orang yang paling kecewa. Dia berasa
amat sedih, kecewa dan marah dengan tindakan Samuel memeluk agama Islam tanpa restu dan
kebenarannya sehingga menganggap bahawa Samuel bukan anaknya lagi.

 Peter juga seorang yangpemboros. Contohnya, Peter tidak lagi mahu mengumpul harta kekayaan
kerana baginya semua itu sudah tiada maknanya lagi setelah Samuel memeluk Islam. Dia menganggap
Samuel bukan anaknya lagi tidak tidak perlu mengumpul harta kekayaan kerana tidak ada siapa yang
perlu diwariskannya dan harta yang ada perlu dinikmatinya sepuas-puasnya.

 Peter juga seorang yang prihatin. Contohnya, untuk merawat kehampaan dan kesunyian isterinya yang
sering mengenaang anak mereka, dia sering membawa isterinya keluar rumah dan makan malam di
restoran-restoran yang banyak terdapat di pekan Belait. Peter juga sering membawa isterinya makan
angin hinggakan dalam tempoh enam bulan sudah 3 kali mereka keluar negeri sedangan sebelum ini
lima tahun sekali pun susah mereka pergi keluar negeri.

NYONYA PETER
Perwatakan Luaran:
 Nyonya Peter merasakan kekosangan dalam hidupnya dan jemu duduk dirumah tanpa berbuat apa-

apa.
 Dia sudah menjadi nyonya tauke besar dan semua kerja rumah dibereskan oleh orang gaji.
 Tidak mahu terjebak bermain mahjung
 Dia tidak berminat untuk mengikuti pergerakan-pergerakan berkebajikan dan sosial setempat
 Dia berperangai pendiam
 Dia sering keluar makan malam di restoran-restoran di Pekan Belait

Perwatakan Dalaman:
 Dia seorang yang tidak mudah terikut-ikut dan terpengaruh dengan gaya hidup orang-orang kaya.

Contohnya, Nyonya Peter tidak akan terjebak bermain mahjung walaupun sering diundang oleh isteri-
isteri rakan suaminya kerana dia masih berfikiran waras.

108

SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]

Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu

 Dia seorang yangtidakmementingkan harta benda. Contohnya, menyarankan Peter mengikut sahaja
kehendak perompak yang mahukan barang kemas dan wang tunai yang ada di peti safe rumah mereka
agar Peter tidak diapa-apakan perompak.

 Seorang yang tidak cepat panik dan bertindak pantas. Contohnya, dia tidak panik apabila mendapati
suaminya cedera ditikam perompak malah dia besifat tenang dengan menghubungi ambulan, polis dan
kemudian anaknya Faisal.

FAISAL
Perwatakan Luaran:
 Faisal anak kepada Peter dan Nyonya Peter
 Bernama Samuel sebelum memeluk agam Islam
 Dia dihubungi dan diberitahu tentang kemalangan yang menimpa orang tuanya.

Perwatakan Dalaman:
 Faisal seorang anak yang prihatin dan mengambil berat terhadap orang tuannya.Contohnya, sebaik

sahaja menerima berita yang menimpa orang tuannya, dia bergegas ke kuala Belait dan setibanya
disana terus menemui ibunya di wad 10.

 Faisal seorang yang berfikiran kritis dan panjang akal. Contohnya, apabila Faisal mengetahui keadaan
ayahnya yang memerlukan darah jenis O, dia tidak mati akal apabila kawan-kawan ayahnya tidak
seorang pun mahu menderma darah lalu dia meminta bantuan Marof dan Zul yang kebetulan
mempunyai darah dalam kumpulan yang sama.

 Dia seorang anak yang bertanggungjawab kepada orang tuannya. Contohnya, Faisal berasa hampa
kerana tidak dapat menunaikan permintaan Siti Nur yang mahukannya melakukan pembedahan
keatasnya kerana terpaksa mengambil cuti kecemasan untuk menjaga ayahnya yang mengalami kes
teruk.

TIGA ORANG PEROMPAK
Perwatakan Luaran:
 Mereka memakai topeng muka dan berpakaian hitam.
 Mereka berjaya memasuki rumah Peter melalui tingkap bilik tamu
 Mengacukan sesuatu yang tajam dileher Peter dan sebelah tangannya di pegang kuat dan

dibengkokkan ke belakang.
 Seorang perompak lagi mendapatkan Nyonya Peter dan menutup mulut Nyonya Peter dan mengacukan

sebilah pisau
 Mereka boleh berbahasa Inggeris dengan fasih.
 Mengetahui Peter menyimpan wang tunai dan barang-barang kemas di rumah
 Memasukkan segala barang berharga dan wang tunai di dalam sebuah karung.
 Salah seorang perompak yang menawan Nyonya Peter telah menikam dada kiri Peter setelah Peter

menangkap kakinya.
 3 orang perompak ini akhirnya berjaya melarikan diri.

109

SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]

Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu

MAROF DAN ZUL
Perwatakan Luaran:
 Marof dan Zul secara kebetulan mempunyai darah jenis O.

Perwatakan Dalaman:
 Marof merupakan seorang yang suka membantu orang yang dalam kesusahan. Contohnya, Marof dan

anaknya Zul bersedia mendermakan darah mereka kepada ayah Faisal, Peter yang memerlukan darah
jenis O dan Marof telah berusaha mencarikan penderma darha jenis O yang lain daripada kawan-
kawannya.

KAWAN-KAWAN PETER
Perwatakan Dalaman:
 Mereka merupakan rakan-rakan yang mementingkan diri sendiri. Contohnya, apabila Faisal menguji

kesetiaan mereka terhadap ayahnya, Peter semua rakan-rakan Peter membuat alasan kurang sihat dan
tidak dapat menderma darah dan yang tidak mempunyai jenis darah yang sama berasa lega kerana
dapat memberi alasan yang munasabah.

PENGAJARAN

 Hendaklah kita mengamalkan sikap tolong menolong kerana ia adalah perbuatan berkebajikan
dan boleh menyelamatkan seseorang.
Contohnya, Marof dan Zul sanggup menderma darah mereka kepada Peter yang berada dalam keadaan
kritikal kerana cedera ditikam dan banyak kehilangan darah. Hakikatnya walaupun berlainan bangsa
dan anutan agama namun dengan pertolongan mereka nyawa Peter dapat diselamatkan

NILAI MURNI

 Nilai menjaga hubungan kekeluargaan.
Contohnya, walaupun Faisal sudah memeluk Islam namun dia tetap bersikap pemadulian terhadap
kedua ibu bapanya walaupun ayahnya menganggap Samuel bukan lagi sebagai anaknya. Apabila
menerima berita ayahnya cedera dia terus ke kuala belait dan mengambil cuti kecemasan untuk
menjaga ayahnya.

LATAR TEMPAT
Rumah Peter terletak di belakang Rumah Sakit di Kuala Belait.
 Merupakan sebuah rumah batu 2 tingkat. Letaknya berhampiran dengan rumah sakit Kuala Belait (di

belakang rumah sakit Kuala Belait).
 Rumah ini dilengkapi pagar namun telah berjaya juga di masuki perompak ketika Peter dan Isterinya

menghadiri jemputan makan malam di rumah Tauke Lim.
 Di rumah ini mempunyai peti safe yang terletak di lantai kamar tidur yang dialas dengan permaidani bulu

yang tebal untuk menyimpan barang kemas nyonya peter dan wang tunai 20 ribu ringgit.
 Di rumah ini Peter cedera tertikam di dada sebelah kiri oleh perompak sewaktu bergelut dengannya.

110

SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]

Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu

Rumah Sakit Kuala Belait.
 Rumah Sakit Kuala Belait ini terletak berhampiran dengan rumah Peter.
 Peter dikejarkan ke rumah sakit ini untuk mendapat rawatan apabila cedera tertikam di dada kirinya

setelah bergelut dengan perompak.
 Peter baru saja keluar dari bilik pembedahan dan ditempatkan di Wad 10 merupakan tempat Faisal

menemui ibunya sebaik saja tiba di Rumah Sakit Kuala Belait. Peter berrada di wad tersebut di katil
nombor 1 yang dikhaskan untuk kes kritikal.
 Peter menerima rawatan dan penambahan beberapa pain darah jenis O di rumah sakit ini.
 Marof, Zul dan beberapa rakan-rakan Marof bersedia menderma darah kepada Peter.

SOALAN KEFAHAMAN BAB 2 BAHAGIAN 5

1) Huraikan apakah perubahan yang terjadi kepada Peter semenjak Samuel memeluk agama Islam?
[4m]

 Perkara yang terjadi kepada Peter semenjak Samuel memeluk agama Islam ialah:Peter tidak lagi
bersikap kedekut malah menjadi pemboros [1m]. Dia amat sedih dan putus asa sehingga berasa dia
tidak mempunyai anak lagi [1m].

 Peter merasa tiada gunanya menyimpan segala kekayaan[1m] dan berpendapat lebih baik
digunakannya untuk merasa kemewahan hidup [1m]

2) Jawab semua soalan-soalan berikut:
i. Apakah peristiwa yang terjadi kepada Peter sehingga dia terpaksa dikejarkan ke hospital
Kuala Belait?
 Peristiwa yang terjadi kepada Peter sehingga dia terpaksa dikejarkan ke hospital Kuala Belait
ialah dia telah bergelut dengan pencuri yang memasuki rumahnya [1m] dan dalam pergelutan
itu dia ditikam di dada sebelah kirinya yang menyebabkannya kehilangan banyak darah [1m]

ii. Jelaskan siapakah dua orang yang sudi menderma darah Kepada Peter tersebut?
 Dua orang yang sudi menderma darah Kepada Peter tersebut ialah Marof dan Zul [1m], kerana
kebetulan kedua mereka mempunyai kumpulan darah yang sama dengan Peter iaitu jenis O
[1m]

3) Pada pendapat kamu wajarkah sikap Peter menilai dan memandang rendah bahawa bangsa
Melayu serta memandang tinggi bangsanya sendiri [KBAT]?

 Sikap Peter menilai dan memandang rendah bahawa bangsa Melayu serta memandang tinggi
bangsanya sendiritidak wajar kerana sewaktu dia dalam keadaan kritikal memerlukan darah [1m]tidak
seorang pun rakan-rakan sebangsanya yang mahu menderma darah [1m]untuknya sedangkan bangsa
Melayu yang diwakili oleh Marof dan Zul [1m] sanggup mendermakan darah mereka tanpa mengira
bangsa dan agama [1m]

111

SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]

Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu

NOVEL PENGABDIAN BAB 2 : BAHAGIAN 6

SINOPSIS

Siti Nur sedar tetapi tidak sepenuhnya apabila mendengar suara ibunya dan dia mendapati Hindon juga
melawatnya. Ibunya memberitahunya tentang kemalangan yang menimpa keluarga Peter yang sudah
diketahui oleh Siti Nur melalui pesanan Dr.Faisal dan juga melalui jururawat-jururawat sebelum
pembedahan. Siti Nur menerima jambangan bunga serta kad dari Faisal yang menyatakan
kemaafan.Kemudian Doktor Douglas dan pakar bedah Tuan Ali melawatnya dan mengarahkan supaya Siti
Nur berehat dan tidak dibenarkan ada pelawat. Mereka juga memberitahu Siti Nur bahawa keputusan
pembedahan akan diketahui selewat-lewatnya pada petang esoknya.

Fatimah dan Hindon pun pulang ke rumah tumpangan Siti Nur sementara Siti Nur tidur untuk berehat kerana
baru merasa kesakitan akibat pembedahan. Siti Nur tidur dengan nyenyak sehingga dia tidak sedar ketika
dikunjungi oleh ibunya dan ketika Faisal menelefonnya untuk beberapa kali.Siti Nur terjaga esok paginya
lalu tertidur lagi. Dia merasa muak dengan tidur apabila terjaga pada waktu tengah hari. Dia belum dapat
bergerak banyak.
Dr.Douglas memberitahu Siti Nur bahawa penyakitnya sudah ke tahap serius. Sebagai doktor, Siti Nur tahu
yang hidupnya hanya akan bertahan tidak lebih dari setahun. Dr.Douglas cuba memberi harapan pada Siti
Nur kemungkinan ada keajaiban seperti yang berlaku terhadap Hannah. Tetapi Siti Nur tetap tenang dan
tidak berputus harapan. Dr.Douglas kagum dengan Siti Nur tidak seperti rakan sejawatnya, Bob yang telah
mati kerana kanser paru-paru. Bob tidak bersedia untuk memberikan apa saja pertolongan yang dimahukan
oleh Siti Nur. Siti Nur terharu atas perhatian Dr.Douglas.

Siti Nur sedang terfikir untuk mengisi masanya menulis sebuah buku mengenai penyakit kanak-kanak
sewaktu Dr Faisal menjenguknya. Dr Faisal membawa sejambak bunga mawar merah lebih sedozen untuk
Siti Nur. Siti Nur menyatakan simpatinya terhadap apa yang berlaku pada keluarga Faisal. Sementara Faisal
bersimpati dan berdukacita dengan keputusan pembedahan Siti Nur melalui Dr.Douglas. Apabila ditanya,
Siti Nur menyatakan impiannya untuk meneruskan tugasnya, menunaikan Fardhu Haji ke Mekah bersama
keluarga dan menulis sebuah buku tentang penyakit dan kanak-kanak. Dikesempatan itu Dr.Faisal melamar
Siti Nur atas dasar cintanya selama ini.Siti Nur akhirnya menerima dengan gembira setelah yakin Dr Faisal
benar-benar ingin melamarnya.

Siti Nur memberitahu Syukri tentang keputusannya bernikah dengan Faisal apabila Syukri menjenguknya
pada hari itu.Syukri yang kecewa tetap memberikan ucapan tahniah dan dia turut bergembira untuk Siti Nur.
Faisal yang merasa ketegangan dengan kehadirannya meminta izin untuk keluar. Siti Nur meminta maaf
atas keterlanjuran kata-katanya kerana tidak berniat untuk menyinggung perasaan Syukri. Marof dan
Hannah lantas datang menjenguk Siti Nur. Sebelum Syukri pergi, Siti Nur sempat berpesan supaya Syukri
datang ke majlisnya nanti. Selain ayah dan adiknya, Faridah dan Azmil juga datang. Faridah memberitahu
berita gembira bahawa Khalid akan dibebaskan tidak lama lagi. Petang itu Siti Nur tidak putus-putus
menerima lawatan dari orang ramai membuatkan dia lupa akan kedudukan penyakitnya.

112

SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]

Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu

Setelah habis waktu melawat Faisal datang menjenguk Siti Nur dan menyuruhnya berehat. Setelah Faisal
pergi, Siti Nur mengulang semula perkara suka duka yang berlaku kepadanya pada hari itu.Tiga hari
kemudian, Siti Nur dibenarkan pulang ke rumah. Faisal dan Siti Nur memberitahu keluarga mereka tentang
kedudukan penyakit Siti Nur dan niat mereka untuk berumah-tangga. Mereka sekeluarga bersedih dengan
penyakit Siti Nur dan setuju dengan pernikahan mereka yang akan dibuat seminggu dari tarikh hari itu.

PERISTIWA - PERISTIWA PENTING

1. Siti Nur keluar dari pembedahan setelah menerima lawatan daripada ibunya dan juga Hindon.
2. Siti Nur menerima keputusan penyakitnya yang sudah di tahap serius dengan tenang walaupun

hidupnya tidak lama
3. Siti Nur menerima lamaran Dr Faisal yang sudah mengetahui tentang keputusan penyakitnya itu dengan

gembira
4. Siti Nur tidak putus-putus menerima lawatan dari orang ramai termasuk Syukri, Marof, Hannah, Faridah

dan Azmil.
5. Faridah memberitahu bahawa Khalid dikatakan akan dibebaskan tidak lama lagi.
6. Tiga hari kemudian, Siti Nur dibenarkan keluar hospital
7. Siti Nur dan Faisal memberitahu keluarga kedudukan penyakitnya dan juga niat mereka untuk berkahwin
8. Keluarga Siti Nur bersedih menerima berita tersebut tetapi mereka bersetuju akan pernikahan Siti Nur

yang akan dibuat seminggu dari tarikh tersebut.

WATAK DAN PERWATAKAN

DOKTOR SITI NUR
Perwatakan Luaran:
 Anak sulung kepada Marof dengan Fatimah.
 Siti Nur salah seorang doktor yang berkhidmat di Rumah Sakit Besar kerajaan, Bandar seri Begawan.
 Disahkan tumor itu malignan dan sudah sampai ke peringkat mengganas ke nodus limpa, hidupnya

tidak akan bertahan lebih dari setahun.
 Dia rakan sekerja dengan Dr. Faisal, Dr. Douglas, Tuan Ali.
 Siti Nur mahu masanya dengan menulis buku penyakit kanak-kanak.
 Siti Nur mempunyai impiannya untuk meneruskan tugasnya, menunaikan fardhu haji ke Mekah bersama

keluarga serta menulis sebuah buku tentang penyakit dan kanak-kanak.

Perwatakan Dalaman:
 Siti Nur merupakan seorang yang tabah dan sabar. Contohnya, apabila Siti Nur disahkan menghidap

penyakit kanser ovari, dia memberi pengakuan dengan tenang dan tabah bahawa dia tidak akan
berputus asa dan menerima semua itu dengan tabah dan sabar tanpa menitiskan air mata.

 Siti Nur merupakan seorang doktor yang berwawasan tinggi. Contohnya, dalam keadaan sakit Siti Nur
masih ingin menulis sebuah buku mengenai pengalaman-pengalamannya bersama pesakit kanak-
kanak di rumah sakit itu sebelum dia menemui ajal.

113

SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]

Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu

 Siti Nur merupakan seorang yang tidak membuang masa. Contohnya, Siti Nur mempunyai 3 impian
yang perlu dilakukannya sebelum meninggal dunia, iaitu 1) meneruskan menjalankan tugas selagi
tenaganya terdaya, 2) ingin meneruskan hajatnya menunaikan fardhu haji ke Mekah bersama
keluarganya dan 3) ingin menulis sebuah buku tentang kanak-kanak dan penyakit.

 Siti Nur sebagai hamba Allah yang pasrah dan redha. Contohnya, Dia seorang yang tidak gentar
menghadapi kematiannya kerana baginya mati itu adalah tunangan hidup. Dia tidak mahu mensia-
siakan hidupnya dan menggunakannya dengan sebaik mungkin.

DR. DOUGLAS
Perwatakan Luaran:
 Seorang pakar bedah yang bertugas di rumah sakit besar kerajaan bersama dengan tempat Siti Nur,

Tuan Ali dan Doktor Faisal bertugas.
 Sudah bertugas sebagai seorang ekspatriat di Brunei lebih kurang dua puluh tahun.
 Berusia hampir sebaya dengan Marof
 Doktor berkulit putih dan janggut nipis di dagu yang baik hati dan berpengalaman.
 Pakar bedah yang mengantikan Dr.Faisal bagi menjalankan pembedahan terhadap Siti Nur.
 Dr.Douglas cuba memberikan harapan kepada Siti Nur mungkin ada keajaiban seperti apa yang berlaku

kepada Hannah.

Perwatakan Dalaman:
 Seorang doktor yang mempunyai rasa kagum dengan ketabahan Siti Nur. Contohnya, Doktor Douglas

berasa kagum dengan ketenangan Siti Nur menerima keadaan penyakitnya berbanding dengan rakan
sejawatnya Bob yang gementar dan berteriak apabila mengetahui tentang penyakitnya kanser paru-
paru.

 Seorang doktor yang memahami keadaan pesakit-pesakitnya. Contohnya, Doktor Douglas berasa serba
salah untuk memberitahu tentang penyakit Siti Nur dan berasa lega kerana berjaya menyampaikan
berita yang berat itu kepada Siti Nur.

DOKTOR FAISAL
Perwatakan Luaran:
 Dia merupakan rakan sekerja Siti Nur, Doktor Douglas dan Tuan Ali.
 Dia merupakan rakan baik Siti Nur sejak dari Sekolah Rendah lagi .
 Pernah menjadi teman lelaki Siti Nur semasa berada di luar negara.
 Di merupakan salah seorang doktor pakar bedah di hospital tempatnya bertugas.
 Dia melamar Siti Nur semasa di wad dan lamarannya itu diterima oleh Siti Nur setelah Siti Nur yakin

dengan kesungguhan Faisal.

Perwatakan Dalaman:
 Dia seorang anak yang bertanggungjawab. Contohnya, Faisal akan membawa ibu bapanya tinggal

bersamanya apabila ayahnya keluar dari rumah sakit nanti sehinggalah ayahnya pulih.

 Dia seorang kekasih yang setia. Contohnya, Faisal seorang yang setia kerana akhirnya dia
memberanikan diri melamar Siti Nur untuk dijadikan isterinya kerana dia tidak mahu membuang masa
lagi kerana keadaan penyakit Siti Nur yang semakin serius.

114

SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]

Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu

SYUKRI
Perwatakan Luaran:
 Dia merupakan kenalan dan rakan Siti Nur yang dikenalinya ketika belajar di luar negara.
 Syukri orang pertama yang diberitahu oleh Siti Nur tentang Faisal yang telah melamarnya dan mereka

merancang hendak berkahwin.

Perwatakan Dalaman:
 Seorang kawan yang memahami. Contohnya, Syukri mengucapkan tahniah kepada Siti Nur dan Faisal

setelah Siti Nur memberitahu bahawa dia akan bernikah dengan Faisal.
 Seorang kawan yang dapat mengawal perasaan cemburu. Contohnya, Syukri dapat mengawal dirinya

apabila melihat kehadiran Faisal bersama Siti Nur dan Syukri mengunjukkan tangan kanannya kepada
Faisal mengucapkan tahniah.
 Seorang kawan yang sanggup berkorban demi kebahagiaan orang yang dicintai. Contohnya, Syukri
berasa gembira apabila mengetahui Siti Nur dan Faisal akan menikah walaupun hatinya kecewa kerana
dia masih sayang kepada Siti Nur.

FATIMAH
Perwatakan Luaran:
 Ibu kepada Siti Nur, Hannah dan Zul serta isteri kepada Marof.

Perwatakan Dalaman:
 Seorang ibu yang mempunyai perasaan sedih dan sebak sehingga tidak dapat digambarkan apa yang

dirasakannya setelah mengetahui hayat Siti Nur semakin singkat. Fatimah menangis dan tidak berkata-
kata.

 Seorang ibu yang mengambil berat dan menyayangi anak-anaknya. Contohnya, Fatimah datang
melawat Siti Nur yang menjalani pembedahan dan sanggup menjaga Siti Nur di wad kerana berasa
risau tentang keadaan Siti Nur.

 Seorang menantu yang baik dan prihatin. Contohnya, Fatimah bergegas pulang ke Seria apabila
menerima panggilan telefon daripada Hannah mengenai bapa mertuanya yang pening dan terjatuh di
bilik mandi. Fatimah juga terpaksa menjaga ayah mertuannya itu sehingga tidak dapat datang melawat
Siti Nur.

 Seorang ibu yang kuat semangat dan sanggup melakukan apa saja demi anak-anaknya. Contohnya,
Fatimah berasa duka nestapa dan merintih dalam hati setelah mendengar keadaan Siti Nur yang tidak
hidup lama. Fatimah sanggup menggantikan Siti Nur jika takdir boleh ditukar ganti.

 Seorang yang tabah dan reda. Contohnya,Fatimah tabah dan redha dengan keadaan Siti Nur, Fatimah
juga mendoakan agar roh Siti Nur nanti akan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

MAROF
Perwatakan Luaran:
 Marof merupakan ayah kepada Siti Nur, Zul dan Hannah dan suami kepada Fatimah.
 Rasa besyukur mendapat berita Khalid akan dibebaskan.

115

SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]

Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu

Perwatakan Dalaman:
 Seorang ayah yang memahami dan merestui keputusan anaknya. Contohnya, Marof merestui upacara

pernikahan Siti Nur dan Faisal yang akan diadakan secepat mungkin kerana keadaan hayat Siti Nur
yang makin singkat.

 Dia seorang yang baik hati dan prihatin. Contohnya, di sanggup datang ke Rumah Sakit Kuala Belait
untuk menderma darah jenis O kepada Peter pada jam 11.30 malam.

 Dia mempunyai perasaan sedih. Contohnya, Marof tunduk memandang lantai dikuasai kesedihan yang
tidak terkata apabila mengetahui hayat Siti Nur yang singkat akibat penyakitnya sudah ditahap kritikal.

HANNAH
Perwatakan Luaran:
 Anak bongsu kepada Fatimah dan Marof dan adik kepada Siti Nur.

Perwatakan Dalaman:
 Seorang adik yang manja dan mendesak ingin tahu. Contohnya, Hannah mendesak kakaknya untuk

memberitahu majlis apa yang akan diadakan setelah mendengar kakaknya menjemput Syukri untuk
datang.

FARIDAH
Perwatakan Luaran:
 Ibu saudara kepada Siti Nur dan ibu angkat kepada Azmil

Perwatakan Dalaman:
 Seorang ibu saudara yang mengambil berat. Contohnya, Faridah datang melawat Siti Nur dan bertanya

tentang kesihatan Siti Nur yang banyak berbudi kepadanya.

DATUK
Perwatakan Luaran:
 Ayah kepada Marof dan ayah mertua kepada Fatimah dan datuk kepada Siti Nur dan Hannah.
 Pening dan terjatuh di bilik mandi sehingga luka sedikit di dahi dan dijaga oleh menantunya, Fatimah.

Perwatakan Dalaman:
 Seorang datuk yang mempunyai perasaan sedih. Contohnya, dia berasa sedih yang tidak terkata

apabila mengetahui keadaan cucunya Siti Nur.

PENGAJARAN

 Kita hendaklah selalu berfikiran positif dalam menghadapi masalah.
Contohnya, Siti Nur yang menerima berita dari Dr.Douglas tentang penyakitnya yang sudah berada di
tahap serius tetap berfikiran positif dan redho menerima ketentuan Allah. Siti Nur juga tidak memikirkan
tentang penyakitnya sebaliknya meneruskan segala tugasannya apabila keluar nanti serta merancang
hendak menulis buku tentang kanak-kanak dan penyakit.

116

SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]

Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu

 Kita hendaklah redha dan berlapang dada menerima keputusan yang tidak berpihak kepada
kehendak kita.
Contohnya, Syukri yang menerima berita dari Siti Nur bahawa Siti Nur telah menerima lamaran Dr.Faisal
dan mereka akan melangsungkan perkahwinan. Syukri tetap akur dan mengucapkan tahniah kepada
Siti Nur walaupun dia rasa sedih dengan keputusan Siti Nur itu.

NILAI MURNI

 Nilai kasih sayang
Contohnya, Dr.Douglas yang menunjukkan rasa simpatinya terhadap Siti Nur yang menghidap kanser
ovari tahap serius. Manakala Dr.Faisal pula sanggup mengahwini Siti Nur yang memang sudah
diketahui tidak akan dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri sepenuhnya. Dr.Faisal
berbuat dmikian kerana cinta dan kasihnya kepada Siti Nur dan dia juga mengatakan yang Siti Nur juga
berhak untuk bahagia.

 Nilai menepati janji
Contohnya, Siti Nur membawa keluarganya menunaikan fardhu haji ke Mekah kerana telah berjanji
kepada ayahnya (Marof) sebelumnya jika Marof tidak meninggalkan solat 5 waktu, dia akan membawa
ayahnya menunaikan fardhu haji.Dr.Faisal juga menepati janjinya untuk menjaga dan membahagiakan
Siti Nur hingga ke akhir hayat Siti Nur bilamana dia selalu berada di sisi Siti Nur serta membantu Siti
Nur di hospital ketika ada masa lapang. Dr.Faisal juga menyokong dan mendorong isterinya dalam
penulisan buku “Kanak-kanak dan penyakit”. Setelah kepergian isterinya, Dr.Faisal telah menerbitkan
buku tulisan isterinya serta mendirikan sebuah yayasan bagi mereka-mereka yang memerlukan.
Yayasan tersebut dinamakannya yayasan Siti Nur.

LATAR TEMPAT

Rumah Sakit Besar Kerajaan, Bandar Seri Begawan.
 Siti Nur, Faisal, Dr.Douglas merupakan antara doktor yang bertugas di hospital ini dalam bidang

kepakaran masing-masing. Siti Nur beertugas sebagai doktor Psikiatrik (pesakit kanak-kanak).
Pembedahan ovari Siti Nur juga dilangsungkan di hospital ini setelah dia mengalami sakit yang teruk.
Hasil pembedahan Siti Nur menunjukkan bahawa penyakitnya sudah berada di tahap serius. Dr.Faisal
melamar Siti Nur ketika berada di wad hospital. Setelah lamaran Dr.Faisal diterima, mereka merancang
hendak melangsungkan perkahwinan secepat mungkin setelah Siti Nur keluar dari hospital. Hannah
juga pernah dirawat di hospital ini setelah terlibat dalam kemalangan dan koma selama beberapa hari.

Rumah tumpangan Siti Nur.
 Siti Nur tinggal di rumah ini bersama pembantu rumahnya yang bernama Hindon. Hindon dianggap

sebagai keluarganya sendiri. Fatimah dan keluarganya yang lain juga menumpang di rumah ini
sepanjang Siti Nur berada di wad hospital. Siti Nur juga tinggal di rumah ini selepas melangsungkan
perkahwinan dengan Dr.Faisal. Siti Nur tinggal di rumah ini hingga akhir hayatnya iaitu pada malam hari
kemerdekaan.

117

SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]

Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu

SOALAN KEFAHAMAN BAB 2 BAHAGIAN 6

1) Mengapakah Faisal tidak jadi membedah Siti Nur dan Siapakah yang melakukan pembedahan
terhadap Siti Nur?

 Faisal yang pada awalnya akan melakukan pembedahan tersebut terpaksa membatalkan di saat akhir
[1M] kerana terpaksa pulang ke Kuala Belait disebabkan orang tuanya ditimpa kemalangan [1M].
Pembedahan terhadap Siti Nur berjaya dilakukan oleh Dr.Douglas[1M] dan Tuan Ali [1M]

2) Apakah yang dikatakan oleh Dr.Douglas kepada Siti Nur mengenai penyakitnya dan apakah
reaksi Siti Nur?

 Dr.Douglas memaklumkan kepada Siti Nur tentang penyakitnya ialahtumor malignan [1M] yang sudah
sampai ke peringkat mengganas ke nodus limpa [1M] dalam badannya dan sudah tidak dapat dikawal
lagi. Siti Nur redha, tabah dan sabar dengan perkhabaran itu [1M] dan dia tahu bahawa hayatnya tidak
akan sampai satu tahun lagi[1M]

3) Apakah perancangan Siti Nur selepas keluar dari wad?
 Siti Nur merancang beberapa perkara selepas sahaja dia keluar dari hospital. Perkara pertama yang

difikirkannya ialah dia hendak menulis sebuah buku yang berkaitan dengan penyakit dan kanak-kanak
[1M] yang akan dapat dijadikan rujukan para pengamal perubatan pada masa akan datang[1M].Selain
itu, Siti Nur juga bercadang hendak menunaikan fardhu haji ke Mekah bersama ahli keluarganya. Dia
ingat yang dia pernah berjanji kepada ayahnya jika ayahnya itu tidak mengabaikan solat, dia akan
membawa ayahnya menunaikan fardhu haji[1M]. Siti Nur juga akan meneruskan tugasnya sebagai
doktor di hospital kerajaan selagi dia mampu dan berdaya. Ini kerana dia berpendapat yang
tanggungjawabnya kepada kerajaan masih dituntut[1M].

4) Siapakah ahli keluarga Siti Nur yang datang melawatnya di wad dan siapa kawannya yang
jugamelawatnya?

 Ahli keluarga Siti Nur yang melawatnya di hospital adalah dalam kalangan keluarganya yang terdekat
iaitu Fatimah (ibunya), Marof (ayahnya), Hannah (adiknya)[1M] dan Faridah (Ibu saudaranya)[1M].
Selain itu ramai juga rakan-rakan dan kenalannya yang datang melawat hingga Siti Nur sibuk melayan
mereka dan dia terlupa tentang kesakitan yang dialaminya. Syukri [1M] dan Faisal [1M] juga tidak
ketinggalan untuk dating melawatnya di wad. [4M]

5) Jika kamu menjadi salah seorang dari keluarga rapat kepada Siti Nur, apakah yang akan kamu
katakan atau lakukan kepada Siti Nur?

 (Cadangan Jawapan) Jika saya menjadi salah seorang dari keluarga rapat Siti Nur, saya akan terus
memberikan sokongan dan semangat kepadanya[1M] dalam menghadapi hari-hari terakhirnya. Saya
akan berusaha sedaya mengisi dan menemani Siti Nur dalam kesehariannya agar dia tidak terlalu
memikirkan sakit yang dihidapnya. [1M]Selain itu, saya juga akan terus menyokong segala perancangan
dan tindakannya terutama sekali dalam penulisan buku yang sedang diusahakannya[1M]. Di saat dia
menghabiskan sisa-sisa hidupnya yang berbaki kurang dari setahun, dia berhak untuk bahagia [1M]

118

SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]

Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu

NOVEL PENGABDIAN BAB 2 : BAHAGIAN 7

SINOPSIS

Mengisahkan upacara penikahan Faisal dan Siti Nur berjalan dengan lancar. Siti Nur memohon kemaafan
kepada Faisal kerana dia tidak dapat memenuhi tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Siti Nur juga
menyatakan keinginannya supaya Faisal berkahwin lain setelah ketiadaannya nanti. Siti Nur melalui
kehidupannya seperti biasa malahan bertambah gigih di dalam membuat kerja-kerjanya. Faisal juga ada
membantunya merawat kanak-kanak. Di waktu lapang, Siti Nur banyak menghabiskan masanya dengan
menulis bukunya sehingga Faisal rasa terharu dengan kegigihan isterinya yang begitu dedikasi dalam
menghadapi perjuangannya walaupun adakalanya sakitnya menyerang tetapi tidak diluahkannya. Ibu bapa
Siti Nur sering menjenguk Siti Nur manakala ibu bapa Faisal semakin sayangkan Siti Nur. Pada bulan
Zulhijjah tahun itu juga Peter dan isterinya memeluk agama Islam, iaitu sebelum keberangkatan Siti Nur dan
suami serta keluarganya menunaikan Fardhu Haji ke Mekah. Mereka menggunakan nama Ismail dan Aisah.
Ibu Faisal menguruskan rumah Faisal semasa ketiadaan mereka manakala Zul membuat kerja-kerja rumah
dan menjenguk kebun bapanya di tanah T.O.L. Marina berasa sungguh gembira dengan perubahan Zul dan
dia senang menemani suaminya menguruskan sedekah ke masjid setiap malam Jumaat.

Setelah Siti Nur dan keluarganya pulang ke tanah air dari Mekah, ramai saudara mara mereka datang,
termasuklah Usu Khalid, Auntie Faridah dan Azmil. Khalid menyatakan rancangan untuk berniaga dan Faisal
menyarankannya berjumpa ayahnya untuk meminta bantuan. Setelah ramai saudara mara mereka pulang,
Faisal meminta Siti Nur supaya tidak khuatir tentang buku yang ditulisnya kerana dia sedia membantunya.
Faisal tidak dapat tidur malam itu kerana dia berasa sedih mengenangkan masa depannya jika isterinya
sudah tiada.

PERISTIWA - PERISTIWA PENTING

1. Upacara pernikahan Siti Nur dan Faisal berjalan dengan lancar.
2. Siti Nur melalui kehidupannya dengan lebih gigih dan dedikasi.
3. Peter dan isterinya memeluk agama Islam dengan nama Ismail dan Aisah.
4. Siti Nur dan suami serta keluarga menunaikan fardhu Haji ke Mekah.
5. Zul berubah menjadi seorang yang bertanggungjawab.
6. Siti Nur dan keluarga didatangi saudara mara setelah pulang dari mekah termasuk Usu Khalid dan

keluarga.
7. Azmil menjalani pembedahan di Singapura selama sebulan setelah Khalid keluar penjara
8. Faisal menyarankan Usu Khalid menemui ayahnya jika memerlukan bantuan dalam bisnes.
9. Siti Nur berpesan kepada Faisal untuk mengingatkannya meneruskan penulisan buku.

119

SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]

Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu

WATAK DAN PERWATAKAN

DOKTOR SITI NUR
Perwatakan Luaran :
 Doktor Siti Nur nama penuhnya ialah Siti Nur binti Marof, iaitu isteri kepada Faisal.
 Dia anak sulung kepada Fatimah dan Marof dan kakak kepada Hannah dan Zul.
 Dia tinggal di rumah tumpangan (flat) di Bandar seri Begawan.
 Dia berkahwin dengan Faisal yang ikhlas menyintainya dan berjanji akan bersama-sama Siti Nur

hingga ke akhir hayatnya.
 Siti Nur menunaikan fardhu haji ke Mekah bersama suaminya, Faisal, Fatimah, Marof, Hindon dan

Hannah.
 Anak saudara kepada Khalid dan juga bekas murid Khalid.
 Siti Nur cepat keletihan disebabkan penyakitnya, badannya semakin kurus dan rambut yang ikal

mayang semakin menipis.

Perwatakan Dalaman:
 Dia seorang yang gigih dan tekun. Contohnya, Siti Nur dengan gigih merawat pesakit-pesakitnya yang

terdiri daripada kanak-kanak sehingga mereka sangat sayang kepada Siti Nur. Siti Nur juga
menghabiskan hari-hari kelepasan dengan menulis bukunya.

 Dia seorang isteri yang memahami. Contohnya, Siti Nur meminta maaf kepada Faisal kerana tidak dapat
memenuhi tugas seorang isteri lahir dan batin dan menyuruh Faisal untuk berkawin lagi selepas
ketiadannya.

 Dia seorang yang kuat semangat dan tabah mengharungi kesakitannya. Contohnya, Siti Nur tidak
pernah meluahkan kesakitan yang dilaluinya kepada suaminya, hanya wajah yang pucat dan keringat
yang mengalir sebagai tanda kesakitan yang dilaluinya.

 Dia seorang yang berdedikasi terhadap penulisan bukunya. Contohnya, Siti Nur sering berpesan kepada
Faisal supaya mengingatkannya untuk menyiapkan penulisan bukunya.

 Dia seorang yang gigih dan tekun berusaha. Contohnya, dengan kegigihan serta ketekunannya dia telah
dapat menyiapkan buku ilmiahnya yang bertajuk “kanak-kanak dan penyakit” yang mengandungi lebih
300 muka surat pada hari kemerdekaan.

FAISAL
Perwatakan Luaran :
 Faisal adalah anak tunggal kepada Ismail dan Aisah.
 Dia bertugas di Rumah Sakit Besar kerajaan BSB sebagai dokor perubatan dan pakar bedah
 Dia berbangsa Tiong Hua.
 Suami kepada Siti Nur dan dia berkahwin dengan Siti Nur kerana dia ikhlas menyintainya dan berjanji

akan bersama-sama Siti Nur higga ke akhir hayatnya.
 Faisal menunaikan fardhu haji ke Mekah bersama isterinya Siti Nur, Fatimah, Marof, Hindon dan

Hannah.
 Bekas anak murid kepada Khalid.

120

SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]

Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu

Perwatakan Dalaman :
 Faisal seorang yang setia dan sangat mencintai Siti Nur. Contohnya, Faisal memberitahu Siti Nur

bahawa dia sangat mencintai Siti Nur dan akan rela berkorban apa saja demi kesenangan dan
kebahagiaan Siti Nur serta sanggup bertukar ganti menggantikan tempat Siti Nur.

 Faisal seorang suami yang memahami. Contohnya, Faisal sering menemani Siti Nur membuat buku
rujukan buku-buku setiap petang dan hujung minggu serta hari-hari kelepasan awam bagi menghasilkan
buku yang sedang ditulis oleh Siti Nur. Faisal juga telah setia menemani Siti Nur serta keluarganya untuk
menunaikan fardhu Haji ke Mekah pada bulan Zulhijjah bagi menunaikan Hasrat Siti Nur.

 Faisal juga seorang suami yang penyayang. Contohnya, Faisal sentiasa menemani Siti Nur berehat
sambal memicit-micit badan isterinya yang sakit. Ketika Siti Nur tertidur dibelainya rambut isterinyta
yang ikal mayang, didakapnya badan isterinya yang kian kurus sambil hatinya menangis melihat
isterinya yang tercinta.

 Faisal juga merupakan seorang pelajar yang mengenang jasa guru. Contohnya, Faisal menyarankan
agar cikgunya Khalid untuk berjumpa dengan ayahnya jikalau memerlukan bantuan secara peribadi
dalam mendirikan bisnes.

PETER / ISMAIL
Perwatakan Luaran :
 Ayah kepada Faisal dan suami kepada Nyonya Peter
 Dia memeluk agama Islam bersama isterinya pada bulan Zulhijjah dengan nama Islamnya, iaitu Ismail

dan Aisah di rumah Faisal.

Perwatakan Dalaman :
 Peter insaf atas perbuatannya. Contohnya, setelah memeluk agama Islam mengikut isterinya dengan

menukarkan namanya kepada Ismail. Dia merasa insaf setelah berlakunya kejadian rompakan di
rumahnya.

NYONYA PETER / AISAH
Perwatakan Luaran:
 Ibu kepada Faisal dan Isteri kepada Peter
 Dia memeluk agama Islam bersama suaminya pada bulan Zulhijjah dengan nama Islamnya, iaitu

Aisah dan Ismail di rumah Faisal.

Perwatakan Dalaman:
 Dia memeluk Islam dengan ikhlas dan rela hati. Contohnya, Nyonya Peter yang telah banyak belajar

budi bicara orang-orang Islam melalui peristiwa yang menimpa suaminya dulu telah rela hati memeluk
agama yang suci itu.

KHALID
Perwatakan Luaran:
 Ayah angkat kepada Azmil dan suami kepada Faridah serta ayah saudara kepada Siti Nur.
 Dia menemani Azmil menjalani pembedahan di Singapura selama sebulan.

121

SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]

Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu

 Bekas guru Bahasa Melayu kepada Faisal dan Siti Nur ketika mereka menuntut di kelas menengah
atas.

 Khalid bercadang untuk mendirikan bisnes

Perwatakan Dalaman:
 Seorang guru yang masih mengingati anak-anak didiknya. Contohnya, Khalid masih lagi ingat tentang

Faisal yang merupakan seorang pelajar yang cerdas sekali.

 Seorang yang memahami. Contohnya, Khalid meminta diri untuk pulang kepada Faisal dan Siti Nur
kerana hari sudah larut malam dan melihat Siti Nur yang keletihan.

PENGAJARAN

 Sebagai hamba Allah kita hendaklah menerima bahawa kematian tidak mengira usia.
Contohnya,Siti Nur meninggal di usia 30 tahun disebabkan menghidap penyakit kanser ovari tetapi dia
menerimanya dengan redha malah mengisi masa hayatnya dengan beribadat.

NILAI MURNI

 Nilai Kasih sayang
Contohnya, Faisal tetap mengahwini Siti Nur walaupun ia mengetahui Siti Nur menghidap penyakit
kanser ovari yang tidak boleh diubati lagi. Kerana sayangnya kepada isterinya, ia telah membantu
isterinya di tempat kerana khuatir dengan keselamatan isterinya itu.

LATAR TEMPAT

Rumah Faisal
 Tempat Khalid, Faridah dan Azmil serta saudara mara yang datang menjenguk untuk mengambil

berkat orang pulang dari haji. Ibu bapa Faisal yang mengurukan rumah ini semasa ketiadaan Faisal.

Rumah Marof
 Zul dan Marina telah diamanahkan oleh Marof untuk melihat-lihatkan rumah dan tanah TOL sepanjang

mereka menunaikan fardhu haji.

Rumah Tumpangan Siti Nur Bandar Seri Begawan.
 Tempat berlangsungnya majlis pernikahan antara Siti Nur dan Faisal yang dibuat secara sederhana.

Rumah Sakit Besar, Kerajaan Bandar Seri Begawan.
 Tempat ini merupakan tempat Siti Nur dan Faisal bekerja merawat pesakit-pesakit mereka. Faisal

senang membantu Siti Nur dalam merwat kanak-kanak jika dia tidak diperlukan di bilik bedah dan
kliniknya.

122

SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]

Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu

SOALAN KEFAHAMAN BAB 2 BAHAGIAN 7

1) Siapakah Siti Nur dan Faisal dalam cerita NP bab 2 bhg 7 ini dan apakah hubungan mereka?
 Dr Siti Nur ialahanak kepada Marof dan Fatimah. [1m] Dia merupakan seorang doktor yang bertugas di

rumah sakit Bandar Seri Begawan[1m]Manakala Faisal ialah anak kepada Peter (Ismail) dan Nyonya
Peter (Aisah) [1m], seorang doktor yang bertugas di rumah sakit Bandar Seri Begawan.[1m]Hubungan
mereka ialah suami isteri. [1m]

2) Apakah perkara yang dibincangkan oleh Faisal dan Dr Siti Nur pada waktu malam itu?
 Perkara yang mereka bincangkan ialah Siti Nur menyatakan kepada Faisal bahawa dia tidak dapat

memenuhi tugasnya sebagai seorang isteri zahir dan batin. [1m] Selain itu, Siti Nur mahu Faisal
berkahwin lagi [1m] bila dia sudah tidak ada nanti (meninggal dunia) [1m]kerana Siti Nur mahu Faisal
menjalani kehidupan berumahtangga yang sempurna dan Siti Nur meminta Faisal untuk berjanji. [1m]

3) Pada pendapat kamu, buktikan bahawa Faisal sangat menyintai Siti Nur dan rela berkorban apa
saja demi kebahagiaan isterinya.

 Buktinya ialah, Faisal menyayangi dan mencintai Siti Nur sehingga dia sanggup mengahwin Siti Nur
walaupun, Siti Nur menghidap ketumbuhan di sebelah kanan ovari Siti Nur dan dia juga mengetahui
jangka hayatnya tidak Panjang. [1m]

 Kedua, Faisal sering menemani Siti Nur membuat buku rujukan buku-buku setiap petang dan hujung
minggu seta hari-hari kelepasan awam bagi menghasilkan buku yang sedang ditulisnya [1m]

 Ketiga, Faisal juga telah setia menemani Siti Nur serta keluarganya untuk menunaikan fardhu Haji ke
Mekah pada bulan Zulhijjah bagi menunaikan Hasrat siti Nur. [1m]

 Keempat, Faisal juga setia menemani Siti Nur berehat sambal memicit-micit badan isterinya yang sakit,
setelah menerima kunjungan dari sanak saudara setelah mereka pulang dari menunaikan haji dan
setelah Siti Nur tertidur dibelainya rambut isterinyta yang ikal mayang, didakapnya badan isterinya yang
kian kurus sambil hatinya menangis melihat isterinya yang tercinta. [1m].

123

SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]

Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu

NOVEL PENGABDIAN PENUTUP

SINOPSIS

Bab Penutup mengisahkan tentang hari yang bersejarah bagi Brunei Darussalam merayakan hari
kebangsaan yang ulung berikutan dengan kemerdekaan yang telah dicapai. Upacara perbarisan raksasa
tanggal 23 Februari di stadium besar negara. Faisal, ayah dan ibu mertua Siti Nur dan Hannah terlibat dalam
acara perbarisan. Siti Nur hanya duduk menghadap kaca televisyen dengan dikelilingi oleh ahli-ahli
keluarganya iaitu Zain, Hadi, Zamri yang balik ke Brunei untuk menyaksikan acara yang gemilang tersebut
walaupun hanya melalui kaca televisyen. Dia cuba mencari-cari wajah suaminya di kaca TV. Faisal
sebenarnya keberatan untuk meninggalkan Siti Nur tetapi didesak oleh Siti Nur untuk pergi memenuhi
undangan di majlis perbarisan pagi itu. Hannah juga pergi ke majlis tersebut. Siti Nur rasa senang dikelilingi
oleh keluraganya di saat-saat gemilang seperti hari tersebut. Ibunya, Fatimah telah menetap sepenuh masa
dirumahnya. Buku berjudul ‘Kanak-Kanak dan Penyakit’ juga telah selesai dan hanya tinggal untuk ditaip
sahaja lagi dan ini akan diuruskan oleh suaminya. Faisal telah membawanya ke tepi laut untuk merayakan
kejayaannya itu.

Pada waktu tengah hari sebelum para jemputan pulang dari perbarisan, Siti Nur tiba-tiba pening dan sempit
bernafas tetapi keluarganya lega kerana tidak berapa lama kemudian dia dapat bernafas seperti sediakala.
Faisal yang mengetahui perkara tersebut langsung tidak mahu lagi berenggang dari sisi isterinya sehingga
dia tidak lalu untuk makan. Tepat pada pukul dua belas tengah malam, 24 Februari 1984 Siti Nur
menghembuskan nafasnya yang terakhir dipangkuan suaminya. Pada acara pengebumian kesokan harinya
ramai orang telah datang memberi penghormatan terakhir kepadanya dan ini termasuklah para doktor dan
para pesakit. Selesai acara pengebumian, Faisal adalah orang yang terakhir meninggalkan tanah
perkuburan. Walaupun Siti Nur telah tiada, tetapi Faisal sering melawat kubur Siti Nur dengan membawa
bunga mawar merah. Dia juga telah menguruskan pencetakan dan penjualan buku arwah isterinya dan
hasilnya didermakannya ke tabung anak-anak yatim. Dia juga telah membina yayasan yang diberi nama
‘YAYASAN SITI NUR’, iaitu sebagai lambang kasihnya kepada arwah isterinya yang bercita-cita membantu
orang-orang yang kurang bernasib baik.

PERISTIWA - PERISTIWA PENTING

1. Adik beradik Siti Nur iaitu Hadi, Zain dan Zamri telah pulang dari United Kingdom semata-mata kerana
ingin bersama keluarga menyambut hari kemerdekaan.

2. Hannah telah awal pagi pergi ke acara sambutan hari kemerdekaan di stadium ditugaskan menjadi
penyambut tetamu bersama Faisal.

3. Siti Nur semakin tenat tetapi dia sempat menyiapkan buku berjudul “Kanak-kanak dan Penyakit”.
4. Siti Nur meninggal dunia tepat pada jam dua belas tengah malam. 24 Fenruari 1984.
5. Faisal telah mendirikan satu yayasanatas bantuan orang tuanya dan diberi nama “Yayasan Siti Nur” dan

hasil penjualan buku Siti Nur didermakan ke tabung anak-anak yatim.

124

SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]

Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu

WATAK DAN PERWATAKAN

SITI NUR
Perwatakan Luaran:
 Siti Nur ialah anak sulung kepada Marof dan Fatimah. Dia mempunyai 5 orang adik iaitu Zul, Hadi, Zain,

Zamri dan Hannah. Dia juga mempunyai seorang pembantu rumah bernama Hindon.
 Dia berkahwin dengan Faisal (setelah memeluk agama Islam) yang sebelumnya bernama Samuel dan

suaminya juga bekerja sebagai doktor.
 Dia menghasilkan buku bertajuk “Kanak –kanak dan Penyakit” yang setebal lebih tiga ratus muka surat

dalam masa yang begitu singkat.
 Berat badannya ialah 40 kilo
 Siti Nur meninggal dunia tepat pada pukul 12 tengah malam, 24 Februari 1984 pada sambutan Hari

Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.

Perwatakan Dalaman:
 Dia seorang yang berjiwa patriotik. Contohnya, Siti Nur menyuruh Suaminya Faisal menghadiri majlis

perbarisan itu sendiri supaya Faisal merasai sendiri uniknya perasaan menjadi anak peribumi sebuah
negara yang merdeka. Siti Nur juga mahu adik-beradiknya, iaitu Zain, Zamri dan Hadi akan menjadi
perwira bangsa yang tahu tanggungjawabnya.

 Dia seorang yang berdedikasi. Contohnya, Siti Nur akhirnya selesai menyiapkan penulisan buku ilmiah
berjudul ‘Kanak-Kanak dan Penyakit’ yang didedikasikannya untuk kanak-kanak di tanah Darussalam
yang setebal lebih 300 muka surat lengkap dengan gambar-gambar dan rajah-rajah.

FAISAL
Perwatakan Luaran:
 Faisal ialah suami kepada Siti Nur dan anak tunggal kepada Ismail (Peter) dan Aisah (Nyonya Peter).
 Dia adalah seorang doktor pakar bedah berketurunan Tionghua di hospital kerajaan.
 Faisal bertanggungjawab mengendalikan penjualan buku Siti Nur berjudul “Kanak-kanak dan penyakit”

dan hasil jualan tersebut didermakannya kepada anak-anak yatim di Negara Brunei Darussalam.
 Setelah isterinya Siti Nur meninggal dunia setiap petang dia akan menziarahi pusara isterinya dan

meninggalkan beberapa kuntum bunga mawar merah yang masih segar.

Perwatakan Dalaman:
 Dia terlalu mencintai isterinya Siti Nur. Contohnya, Faisal membawa Siti Nur ke tepi pantai sempena

kejayaan menyiapkan buku dan tidak mahu berenggang daripada isterinya sehinggalah Siti Nur
mengembuskan nafas di ribanya. Selain itu, Faisal juga membina sebuah Yayasan Siti Nur demi tugu
kasih untuk isterinya dan hasil penjualan buku tersebut telah didermakan ke tabung anak-anak yatim.

FATIMAH
Perwatakan Luaran:
 Semasa Siti Nur semakin tenat, dia selalu menemani dan tinggal di flat Siti Nur.

125

SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]

Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu

Perwatakan Dalaman:
 Dia seorang ibu yang prihatin. Contohnya, semasa Siti Nur pening dan sesak nafas setelah mereka

sekeluarga menonton rancangan sambutan Hari Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam di kaca
televisyen dia telah mengurut dada anaknya sehingga Siti Nur dapat bernafas semula.

PENGAJARAN

 Hendaklah kita menghargai jasa dan pengorbanan seseorang kerana ia sebagai tanda
penghormatan kita atas usahanya.
Contohnya, Siti Nur telah berkorban menyiapkan buku tentang penyakit kanak-kanak yang bertajuk
“Kanak-kanak dan Penyakit” walaupun dia menghidap penyakit kanser Ovari, dia masih sempat
menyaipkan buku tersebut. Pengorbanannya telah dihargai oleh banyak pihak terutama suaminya Faisal
sehingga menubuhkan yayasan sempena namanya iaitu “Yayasan Siti Nur”.

NILAI MURNI

 Nilai tolong – menolong
Contohnya, Faisal telah menolong untuk mengadakan jualan buku isterinya Siti Nur berjudul “Kanak-
kanak dan Penyakit” dan hasil jualan tersebut didermakan untuk menolong keperluan anak-anak yatim
di Negara Brunei Darussalam.

LATAR TEMPAT

Di Stadium
 Tempat ini merupakan acara perarakan sambutan hari Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam yang

dihadiri oleh Faisal dan Hannah bertugas sebagai penyambut tetamu.

Di flat Tumpangan Siti Nur
 Tempat semua ahli keluarganya menyaksikan sambutan hari Kemerdekaan di kaca televisyen kecuali

Hannah dan Faisal yang menghadiri acara sambutan tersebut di stadium.

Di bilik tidur, Rumah Tumpangan Siti Nur
 Tempat Siti Nur merasa pening dan sesak nafas tetapi Fatimah telah mengurut dada Siti Nur sehingga

dia dapat bernafas semula. Faisal juga meletakkan isiternya Siti Nur diribanya dan tepat jam 12 tengah
malam Siti Nur meninggal dunia.

Di pusara
 Tempat Siti Nur dikuburkan dengan berbatu nisan yang bertulis Dayang Siti Nur binti Marof, 1372 –

1404 Hijrah bersamaan 1952 – 1984 Masihi. Ramai yang menghadiri di antaranya Doktor Douglas dan
rakan-rakan sejawatnya, ibu angkat Udin, Shamsul dan ayahnya, Junaidah dan orang tuanya, Syukri,
Khalid, Faridah, Azmil dan saudara mara serta rakan-rakan. Di sini juga setiap petang Faisal akan
menziarahi pusara isterinya dan meninggalkan beberapa kuntum bunga mawar.

126

SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]

Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu

SOALAN KEFAHAMAN BAB PENUTUP

1) Huraikan apa yang terjadi semasa sambutan Hari Kemerdekaan? (4 markah)
 Fatimah, Marof, datuk Siti Nur dan adik-adiknya serta Makcik Hindon sedang menumpukan perhatian

kepada sambutan perayaan Hari Kemerdekaan di kaca televisyen [1m]. Hadi, Zain dan Zamri telah
pulang dari United Kingdom untuk bersama keluarga menyambut hari Kemerdekaan [1m]. Faisal dan
Hannah menyertai sambutan Hari Kemerdekaan dan Hannah bertugas sebagai penyambut tetamu [1m].
Siti Nur berasa pening dan sesak nafas lalu, Hadi terus menghantar kakaknya Siti Nur ke bilik tidurnya
dan ibunya Fatmah mengurut dadanya sehingga dia dapat bernafas semula [1m].

2) Jawab soalan-soalan berikut:
i. Apakah buku yang telah dihasilkan oleh Siti Nur?
Buku yang dihasilkan oleh Siti Nur ialah berjudul “ Kanak-kanak dan Penyakit”. [1m]

ii. Bilakah Siti Nur meninggal dunia?
Siti Nur meninggal dunia tepat pada pukul 12 tengah malam, 24 Februari 1984 pada Hari
Kebangsaan Negara Brunei Darussalam. [1m]

iii. Apakah nama yayasan yang didirikan Faisal untuk isterinya?
Nama yayasan yang didirikan Faisal untuk isterinya Siti Nur ialah “Yayasan Siti Nur”.[1m]

iv. Siapakah yang membantu Faisal mendirikan yayasan tersebut?
Faisal telah dibantu dari segi kewangan oleh ayahnya Ismail (Peter) dan Aisah (Nyonya Peter)
untuk mendirikan “Yayasan Siti Nur”.[1m]

3) Pada pendapat kamu wajarkah Siti Nur disayangi dan pengorbanannya dihargai? (KBAT) (4
markah)

 Pada pendapat saya Siti Nur wajar disayangi dan dihargai kerana semua ahli keluarganya berada di
sampingnya dan menjaganya dengan baik. [1m]Dia juga telah menyumbangkan buku berjudul “Kanak-
kanak dan Penyakit” untuk rujukan dan hasil jualan telah didermakan kepada anak-anak yatim. [1m]Dia
juga sangat dihargai dan disayangi apabila terlalu ramai orang yang menghadiri pengebumiannya
termasuk semua pesakit-pesakit yang pernah dirawatnya.[1m]Dia wajar dihargai dan disayangi kerana
pengorbanannya merawat pesakit dengan ikhlas dan membantu keluarganya serta sanak saudaranya
oleh itu didirikan yayasan sempena namanya iaitu “Yayasan Siti Nur” oleh suaminya Faisal dan
mertuanya. [1m]

SELESAI

127

SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [KAJIAN KESELURUHAN SETIAP BAB : BAB 1 – BAB 2]

Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources -2020
Subject Based Comittee : Kesusasteraan Melayu

128


Click to View FlipBook Version