SASTERA KLASIK HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [TOPIK-TOPIK PERBINCANGAN] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 1 TOPIK-TOPIK PERBINCANGAN HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN ISI KANDUNGAN 1 LATAR (i) LATAR TEMPAT (ii) LATAR MASYARAKAT (iii) LATAR PERALATAN 2 PLOT 3 TEMA 4 PERSOALAN 5 NILAI MURNI 6 PENGAJARAN 7 UNSUR KESAKTIAN (i) KESAKTIAN WATAK [PADA WATAK TERTENTU] (ii) KESAKTIAN BENDA / PERALATAN 8 UNSUR PENYAMARAN / PENJELMAAN DALAM HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN 9 PENGEMBARAAN (i) PENGEMBARAAN KALI -1 (ii) PENGEMBARAAN KALI KE-2 (iii) PENGEMBARAAN KALI KE-3 10 UNSUR PENGARUH (i) HINDU (ii) ISLAM (iii) TEMPATAN 11 TEKNIK PENCERITAAN (i) TEKNIK PENGUCAPAN [Dialog & Monolog] (ii) SUDUT PANDANGAN PENCERITA (iii) HURAIAN PENCERITA [DESKRIPTIF] (iv) PENDAPAT PENCERITA [EKSPRESIF] (v) IMBAS KEMBALI (vi) IMBAS MUKA
SASTERA KLASIK HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [TOPIK-TOPIK PERBINCANGAN] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 2 1) LATAR [Isi latar boleh dikembangkan melalui menceritakan beberapa kejadian penting/peristiwa penting yang berlaku di tempat tersebut] (i) LATAR TEMPAT Latar tempat ialah tempat berlakunya sesuatu peristiwa itu terjadi. Dalam hikayat ini terbahagi kepada 2 latar tempat yang besar, iaitu di Negeri Timur dan di Negeri Jawa. LATAR TEMPAT – NEGERI TIMUR Istana Besar di Bukit Sinarubai Di sinilah tempat tinggal Lamang Labai bersama Dang Kasuma sehinggalah mereka mempunyai anak-anak yang bernama Awang Kamaruddin dan Dang Kumala. Di sinilah juga tempat tinggal kedua-dua isteri Awang Kamaruddin, iaitu Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa dan Dang Siti Noralam. Malahan, Awang Kamaruddin juga membawa kedua-dua adiknya, Sultan Bongsu dan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa yang baru selesai bertapa untuk tinggal bersama mereka. Antara peristiwa yang berlaku di tempat ini ialah Awang Kamaruddin telah meminta izin daripada ibunya, Dang Kasuma untuk berangkat ke Negeri Jawa bagi mendapatkan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa. Pada mulanya Dang Kasuma melarangnya untuk pergi memandangkan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa sudah bertunang dengan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti dan tidak lama lagi akan melangsungkan perkahwinan mereka. Namun, Awang Kamaruddin tetap berkeras kerana menurutnya orang yang bertunanglah yang hendak direbutinya Selain itu, dia memang berniat untuk beradu tenaga dengan tunang Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa iaitu Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Awang Kamaruddin juga selalu mengarahkan adiknya, Dang Kumala untuk membuatkannya bekalan, iaitu sirih pinang sekapur dan sigup bergulung jika dia ingin ke mana-mana. Dia akan menemui Dang Kumala dulu di istana besar mereka. Contohnya ketika dia hendak belayar ke Negeri Jawa bagi mendapatkan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa dan ketika hendak pergi berangkat ke tepi laut iaitu untuk mendapatkan pertapaan kedua-dua orang adiknya (Sultan Bongsu dan Tuan Puteri Kumala Bongsu) yang berada di dalam Buah Pinang Si Gangga Wari. Awang Kamaruddin juga pernah menemui ibunya, Dang Kasuma di istana besar untuk bertanyakan sama ada dia mempunyai adik-beradik yang lain selain Dang Kumala. Dang Kasuma mengiyakannya dan mengatakan yang Awang Kamaruddin mempunyai dua orang adik lagi tetapi berlainan ibu. Mereka ialah Sultan Bongsu dan Tuan Puteri Kumala Bongsu yang telah ditapakan oleh ayah mereka, iaitu Lamang Labai. Mereka ditapakan sejak kecil lagi dan pertapaan mereka ini dijangka bongkas pada hari itu juga. Oleh itu, Dang Kasuma mengarahkan Awang Kamaruddin untuk membongkas / membuka pertapaan tersebut bagi meramairamaikan lagi majlis perkahwinannya seperti yang telah diwasiatkan oleh Lamang Labai.
SASTERA KLASIK HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [TOPIK-TOPIK PERBINCANGAN] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 3 Awang Kamaruddin juga melangsungkan majlis perkahwinannya bersama Dang Siti Noralam dengan meriah di istana besar ini. Sebelum majlis bersanding, kedua-dua pengantin dihias. Awang Kamaruddin dihiasi oleh Awang Sukaim, manakala Dang Siti Noralam dihiasi oleh dayang-dayang istana. Ramai rakyat jelata yang hadir, iaitu seramai tujuh buah kampong dan tujuh buah negeri. Majlis perkahwinan mereka itu disambut selama 40 hari 40 malam dengan hidangan 40 ekor kerbau siang dan 40 ekor sapi pada waktu malam Istana Besar Kampong Bukit Surau Istana di Bukit Surau merupakan tempat tinggal Dang Kasuma Mata bersama-sama dua orang anaknya, iaitu Awang Sukaim dan Dang Siti Noralam. Awang Kamaruddin selalu menyuruh hambanya, Si Timbul untuk memanggil Awang Sukaim apabila Awang Kamaruddin hendak mengembara. Awang Kamaruddin juga menyuruh Awang Abdul Mumin dan Awang Mutaram untuk meminang Dang Siti Noralam di istana Bukit Surau akan tetapi Dang Siti Noralam telah melarikan diri kerana merajuk. Awang Abdul Mumin dan Awang Mutaram menemui Dang Kasuma Mata, ibu kepada Dang Siti Noralam di Istana Besar Kampong Bukit Surau untuk menyampaikan hasrat Awang Kamaruddin untuk meminang Dang Siti Noralam. Dang Kasuma Mata tidak ada bantahan. Namun menurutnya dia perlu meminta persetujuan daripada Dang Siti Noralam terlebih dahulu sebelum menyatakan persetujuannya. Malangnya, Dang Siti Noralam tidak ada di sana. Dang Siti Noralam lari merajuk ke Bukit Si Guntang-Guntang Negeri Jawa kerana berjauh hati dengan kata-kata Awang Kamaruddin sewaktu mereka dijodohkan ketika mereka kecil dahulu (Awang Kamaruddin pernah mengata bahawa wajahnya hodoh dan hitam, hidungnya berhingus dan rambutnya nipis seperti janggut bubuk). Kampong Bukit Sinarubai Lamang Labai rajin mengusahakan kebun buah-buahan dan padi bukitnya. Banyak buah yang ditanamnya seperti buah biabas, pisang, jambu, kelapa, biaksa dan sebagainya. Lamang Labai pernah menyembunyikan Dang Kasuma yang diculiknya di sini. Pada mulanya, Dang Kasuma marah dan benci kepadanya akan tetapi akhirnya Dang Kasuma menjadi suka dan sayang kepadanya setelah dibacakan dengan ilmu pemikatnya (ilmu penuduh burung). Di sinilah, Dang Kasuma pernah membuatkan sirih pinang sekapur dan sigup bergulung sebagai bekalan Lamang Labai ketika berperang dengan Anggayan Damit. Orang-orang tua juga pernah menemui Lamang Labai di sini untuk berunding. Mereka meminta Lamang Labai untuk menyerahkan Dang Kasuma kepada mereka memandangkan Dang Kasuma sudah bertunang dengan Anggayan Damit. Namun, Lamang Labai enggan diajak berunding. Dia enggan menyerahkan Dang Kasuma kepada Anggayan Damit memandangkan dia sudah terpikat dengan kecantikan Dang Kasuma. Dia juga hendak menjadikan Dang Kasuma isterinya. Gunung Batu di Bukit Si Guntang Tempat Raja Jin Tujuh Seperadian tinggal. Mereka ini mengajarkan ilmu kepada anak didik mereka. Antaranya ialah Lamang Labai. Banyak ilmu yang diajarkan seperti ilmu pemikat, ilmu kesaktian, ilmu kebal, ilmu alat senjata, ilmu persilatan dan sebagainya. Raja Jin Tujuh Seperadian juga mengajarkan ilmu-ilmu mereka ini kepada anak-anak Lamang Labai iaitu Awang Kamaruddin dan Dang Kumala apabila anak-anak Lamang Labai ini meningkat dewasa. Namun, ilmu
SASTERA KLASIK HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [TOPIK-TOPIK PERBINCANGAN] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 4 yang diajarkan kepada Dang Kumala lebih sepatah daripada ilmu yang diajarkan kepada Awang Kamaruddin. Sewaktu kedua-duanya berguru di sini, kedua-duanya membawa bekal sebentuk cincin permata “Mutika Bumi” untuk ditunjukkan kepada Raja Jin Tujuh Seperadian sebagai bukti bahawa mereka merupakan anak kepada Lamang Labai. Tepi Laut (Buah Pinang Si Gangga Wari) Lamang Labai telah menempatkan pertapaan kedua-dua orang anaknya (buah pinang Si Gangga Wari) di sini semenjak mereka lahir lagi. Mereka yang dimaksudkan tersebut ialah Sultan Bongsu dan Tuan Puteri Kumala Bongsu. Mereka ini hanya tinggal dengan sebiji ketupat sahaja lagi sebagai bekalan makanan mereka. Pada hari bongkasnya pertapaan mereka, Awang Kamaruddin telah menjelma menjadi lalat kuning untuk mendapatkan mereka. Dengan menggunakan kesaktiannya, Awang Kamaruddin telah membuka rambat/rantai kesaktian yang ada pada pertapaan tersebut. Apabila rambat/rantai kesaktian tersebut dapat dibuka, Awang Kamaruddin lalu membawa pertapaan mereka terbang ke Istana Besar Bukit Sinarubai. Tamu Pengkalan Tunan Tamu ini merupakan tempat seluruh penduduk kampong bertamu termasuk penduduk-penduduk kampong dari kampong Dang Kasuma. Banyak barang dagangan yang dijual antaranya ialah seperti hasil-hasil pertanian (buah-buahan dan sayur-sayuran). Mereka biasanya membawa barang dagangan mereka dengan menggunakan takiding. Dang Kasuma dan kawan-kawannya (seramai 6 orang) pernah hendak pergi ke tamu ini tetapi tidak sempat menjualkan barang dagangan mereka kerana Dang Kasuma diculik oleh Lamang Labai. Hujung Titian Jalan Setapak Lamang Labai telah mengintai Dang Kasuma subuh-subuh lagi di hujung titian Jalan Setapak ini di sebalik semak samun. Sambil menantikan kedatangan Dang Kasuma, dia melukis pelbagai lukisan pada atas tanah dengan membaca ilmu pemikatnya (Ilmu Penuduh Burung). Dang Kasuma melintasi titian ini untuk menuju ke tamu. Apabila tiba di hujung titian, Dang Kasuma terpandang dengan lukisan yang dilukis oleh Lamang Labai. Dia terlalu asyik memerhatikannya. Disebabkan kecantikannya, Lamang Labai nekad untuk membawanya lari ke rumahnya di Kampung Bukit Sinarubai. Luagan Tetanam Luagan Tetanam merupakan tempat orang bertanam padi dan terletak bersebelahan dengan Kampong Bukit Sinarubai. Lamang Labai pernah menataki hutan di tempat ini dan semenjak balik dari hutan ini, Lamang Labai demam dan akhirnya meninggal dunia. Hulu Banjarmasin Hulu Banjarmasin terdapat sebuah danau. Danau ini dikelilingi oleh hutan umpul-umpul. Di danau inilah tempat Awang Kamaruddin bertapa ketika usia tuanya dengan menggunakan pedang Sulindayannya. Kuala Sungai Baram Kuala Sungai Baram terdapat sepohon pokok bernama Pulayi Manang. Dang Kumala bertapa di atas pokok ini apabila usinya sudah tua.
SASTERA KLASIK HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [TOPIK-TOPIK PERBINCANGAN] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 5 LATAR TEMPAT – NEGERI JAWA Istana Besar Negeri Jawa Awang Kamaruddin tiba di istana ini sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa dengan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Malam sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan tersebut, Awang Kamaruddin telah mengambil kesempatan untuk duduk bermesra-mesraan atau berdua-duaan dengan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa sehingga lewat malam. Dia telah membaca ilmu pemikatnya, iaitu ilmu penuduh burung agar Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa terpikat dan jatuh hati kepadanya walaupun sebenarnya dia adalah tunang orang. Selain itu, di istana ini juga berlakunya acara mandi berlangir yang dilakukan oleh Raja Muda Indera Bongsu dan Awang Kamaruddin ke atas Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa sebelum berlangsungnya majlis perkahwinannya. Ketika memandikan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa, Awang Kamaruddin telah menggunakan langir pertapaan kepunyaan ayahnya (Lamang Labai) yang telah ditapakan selama 9 tahun 9 bulan 9 hari. Ketika memerah air langir ke atas kepala tuan puteri, Awang Kamaruddin mengambil kesempatan untuk membaca ilmu pemikatnya agar kasih tuan puteri berpaling kepadanya. Di istana ini juga berlangsungnya majlis persandingan di antara Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa dan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Sebelum majlis persandingan, Awang Kamaruddin diarahkan oleh Raja Muda Indera Bongsu untuk melakukan acara penapakan. Awang Kamaruddin pun menapakkan tangan pengantin lelaki ke atas ubun-ubun pengantin perempuan. Akan tetapi, apabila tangan pengantin lelaki sampai ke atas ubun-ubun pengantin perempuan, Awang Kamaruddin segeria melapiskannya dengan jari manisnya dengan tujuan agar ia yang berkahwin dengan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa dan bukannya Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Awang Kamaruddin juga telah mendudukkan pengantin lelaki di sebelah kiri pengantin perempuan, sedangkan dia sendiri duduk di sebelah kanan pengantin perempuan. Pengantin lelaki mensyaki Awang Kamaruddin hendak merampas tunangannya. Awang Kamaruddin mengaku berbuat demikian. Hal ini menyebabkan pengantin lelaki marah dan mengeluarkan kata-kata kesat sehingga membawa pada peperangan di antara keduanya. Bukit Si Guntang-Guntang Hulu Negeri Jawa Bukit Si Guntang-Guntang adalah tempat tinggal Tuan Puteri Si Raksasa dan tempat pertapaan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Salah satu peristiwanya ialah tentang Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti yang merasakan ada sesuatu perkara buruk akan berlaku. Pada ketika itu dia sedang bertapa dan merasakan ulu hati dan jantungnya terasa pedih sehingga mencucuk-cucuk dan terasa hendak pecah kepalanya. Apabila dia mendapat alamat/firasat ini lalu dia melihat melalui kesaktiannya dan nampak yang tunangnya, iaitu Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa sedang diganggu oleh lelaki lain. Hal ini memaksa Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti untuk keluar dari pertapaannya walaupun pertapaannya hanya tinggal 7 hari sahaja lagi.
SASTERA KLASIK HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [TOPIK-TOPIK PERBINCANGAN] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 6 Di tempat ini juga, Dang Kumala beserta sepupunya Dang Bongsu (yang pada ketika itu masing-masing menjelma menjadi angin dan hujan) telah mencuri anak batu pertapaan kepunyaan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Pada ketika itu, Tuan Puteri Si Raksasa sedang tidur dengan nyenyaknya. Dang Siti Noralam juga pernah lari ke Bukit Si Guntang-Guntang ini. Dia meminta dirinya ditelan oleh Tuan Puteri Si Raksasa kerana berasa berjauh hati dengan penghinaan Awang Kamaruddin sebelum ini. Awang Kamaruddin pernah menghina rupa parasnya yang hitam, hidungnya yang berhingus dan rambutnya yang pendek macam janggut udang). Pada mulanya, Tuan Puteri Si Raksasa enggan, namun terpaksa akur dengan permintaan Dang Siti Noralam. Di tempat ini juga, Awang Kamaruddin telah memenggal tubuh Tuan Puteri Si Raksasa menjadi dua apabila mendapati Tuan Puteri Si Raksasa menyembunyikan Dang Siti Noralam. Sepenggal disungkit di darat menjadi harimau yang paling garang di Negeri Jawa, manakala sepenggal lagi disungkit di laut menjadi naga berkepala tujuh. Awang Kamaruddin menghidupkan kembali Dang Siti Noralam (yang dijumpai menjadi tompok-tompok putih di dalam bangsi) dengan menggunakan minyak si lompat pagar tujuh serantai dengan air mawar. Apabila Dang Siti Noralam dihidupkan semula, dia berasa terkejut dan marah-marah kepada Awang Kamaruddin. Awang Kamaruddin lalu membacakan ilmu pelembut hati. Apabila berbuat demikian, Dang Siti Noralam tidak berasa marah lagi. Istana Besar Negeri Jawa Istana Besar Negeri Jawa merupakan tempat tinggal Tuan Puteri Permaisuri Intan Mas Surai bersama Raja Jawa serta anak-anak mereka, Raja Muda Indera Bongsu dan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa. Di Negeri Jawa ini berlaku peperangan antara Awang Kamaruddin dengan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti yang berlaku di halaman istana kemudian berpindah di Bukit Perhentian lalu berpindah ke Gunung Mega Berangkat selepas itu berpindah ke Bukit Tunan dan akhir sekali di Gunung Maha Biru. Di Gunung Maha Biru inilah tempat Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti menemui ajalnya dan dihidupkan semula oleh Awang Kamaruddin. Istana di Hulu Negeri Jawa Istana di Hulu Negeri Jawa ialah tempat tinggal Tuan Puteri Si Raksasa, ibu angkat kepada Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Dalam bab 6, Dang Kumala dan Dang Bongsu pergi ke Hulu Negeri Jawa untuk mengambil anak batu pertapaan milik Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti di mana nyawanya disimpan. Bahkan dalam bab 8, Awang Kamaruddin, Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa, Awang Sukaim dan Awang Bujang Laila Bongsu pergi mendapatkan Dang Siti Noralam yang dikatakan melarikan diri ke istana Hulu Negeri Jawa kerana merajuk. Peperangan berlaku antara Awang Kamaruddin dengan Tuan Puteri Si Raksasa apabila berjaya dibunuh oleh Awang Kamaruddin setelah menelan tunangnya, Dang Siti Noralam dengan memenggalnya kepada dua bahagian, satu bahagian dibuang ke laut menjadi Naga Berkepala Tujuh dan satu bahagian dibuang ke darat menjadi harimau yang garang/ganas.
SASTERA KLASIK HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [TOPIK-TOPIK PERBINCANGAN] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 7 (ii) LATAR MASYARAKAT Latar masyarakat bermaksud keadaan/suasana masyarakat yang digambarkan di dalam sesebuah karya sastera. Ia menyentuh tentang sosial, ekonomi, agama/kepercayaaan, pendidikan dan kebudayaan sesebuah masyarakat. Latar Sosial Hikayat Awang Kamaruddin berlatarkan masyarakat kedayan yang terdiri daripada dua golongan, iaitu golongan rakyat biasa dan golongan masyarakat atasan. Golongan rakyat biasa hidup sebagai petani seperti Lamang Labai yang bekerja bertanam padi dan buah-buahan dan berniaga seperti Dang Kasuma daripada golongan raja, permaisuri, putera dan puteri raja. Mereka ini tinggal di dalam istana. Contohnya watak-watak seperti Awang Kamaruddin merupakan raja di Negeri Timur. Tuan Puteri Permaisuri Intan Mas Surai pula merupakan permaisuri di Negeri Jawa. Manakala, Raja Muda Indera Bongsu pula merupakan putera raja di Negeri Jawa (anak kepada Raja Pemagat). Latar ekonomi Secara umumnya, masyarakat biasa digambarkan mempunyai ekonomi yang sederhana. Kebanyakan mereka hidup sebagai petani. Contohnya Lamang Labai mengusahakan padi bukit dan bertanam buah-buahan seperti pisang, ubi, biaksa, biabas, gelagah, jambu dan kelapa. Selain itu, terdapat juga di antara mereka yang berniaga. Contohnya Dang Kasuma beserta enam orang rakan-rakannya menjual hasil-hasil tani (buahbuahan dan sayur-sayuran) di Tamu Pengkalan Tunan. Manakala, masyarakat golongan atasan pula digambarkan hidup dalam keadaan mewah. Mereka menggunakan peralatan-peralatan yang serba serbinya diperbuat daripada emas seperti cincin emas, antinganting emas, gelang emas, sanggul emas dan sikat emas. Peralatan-peralatan ini biasa digunakan oleh mereka ketika berlangsungnya majlis perkahwinan. Contohnya Dang Siti Noralam memakai peralatanperalatan ini sebagai hiasan pengantinnya ketika ia melangsungkan perkahwinan dengan Awang Kamaruddin. Latar Agama/Kepercayaan Dari segi agama atau kepercayaan, masyarakat yang digambarkan dalam Hikayat Awang Kamaruddin adalah masyarakat Islam. Ini terbukti apabila kata “bismillah” diucapkan oleh watak penting dalam hikayat ini. Contohnya kata “bismillah” diucapkan oleh Dang Kasuma sewaktu mengambil baju, seluar dan senjata untuk Awang Kamaruddin pergi ke Negeri Jawa. Begitu juga kata “bismillah” telah diucapkan oleh Awang Kamaruddin ketika hendak pergi memerah langir di atas kepala Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa dan ketika menapakkan tangan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti ke ubun-ubun Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa di istiadat persandingan mereka. Di samping menganut agama Islam, mereka juga mengamalkan perbuatan syirik iaitu meminta sesuatu daripada kuasa ghaib seperti Sang Dewata. Contohnya Awang Kamaruddin memohon kepada dewata untuk menukarkan dirinya menjadi manusia semula. Peristiwa ini terjadi sewaktu dia hendak mendapatkan adikadiknya di dalam Buah Pinang Si Gangga Wari.
SASTERA KLASIK HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [TOPIK-TOPIK PERBINCANGAN] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 8 Latar Pendidikan Dari segi pendidikan, dapatlah dikatakan yang watak utamanya mendapat pendidikan formal. Contohnya Awang Kamaruddin dan adiknya Dang Kumala telah dihantar berguru, menuntut ilmu daripada Raja Jin Tujuh Seperadian di Gadung Batu di Bukit Si Guntang. Ilmu yang mereka pelajari adalah berkenaan dengan ilmu mempertahankan diri. Contohnya ilmu silat, kebal, sakti, cara menggunakan senjata dan sebagainya. Tujuan mereka menuntut ilmu adalah untuk kelangsungan hidup dan kekuasaan. Contohnya kejayaan Awang Kamaruddin menewaskan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti adalah sebagai penentu hak, iaitu Awang Kamaruddin berhak memiliki Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa disamping keikhlasan pihak yang tewas untuk menyerahkan tunang mereka. Selain pendidikan secara formal, watak-watak dalam Hikayat Awang Kamaruddin juga mempelajari atau mempunyai ilmu yang tidak formal, iaitu ilmu yang diwarisi daripada nenek moyang mereka seperti ilmu bertanam padi, berkebun, berjual beli, cara memandikan pengantin dan sebagainya. Selain itu, pendidikan secara tidak formal juga boleh dilihat pada watak Dang Kasuma. Dia mendidik anakanakya dengan cara memberi nasihat dan teguran yang membina. Contohnya dia menasihati Awang Kamaruddin agar tidak pergi ke Negeri Jawa untuk merampas tunangan orang (Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa) kerana ditakuti akan menimbulkan sebarang pergaduhan (peperangan). Dia juga mendidik anaknya agar mengamalkan sikap hormat-menghormati di antara satu dengan yang lain di dalam kehidupan berkeluarga. Contohnya dia akan sentiasa mengarahkan Awang Kamaruddin untuk pergi menemui adiknya Dang Kumala terlebih dahulu sebelum hendak ke mana-mana. Suasana Majlis Perkahwinan Suasana majlis perkahwinan bolehlah dikatakan meriah. Terdapat dua majlis perkahwinan iaitu pertama, perkahwinan antara Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti dengan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa. Kedua, majlis perkahwinan boleh dibuktikan apabila seluruh rakyat dari 7 buah kampong dan 7 buah negeri datang berhimpun di dalam istana untuk menyaksikan majlis perkahwinan tersebut. Selain itu, ia diadakan selama 40 hari 40 malam dengan hidangan 40 ekor sapi pada waktu siang dan 40 ekor kerbau pada waktu malam. Kemeriahan suasana majlis perkahwinan juga boleh dibuktikan apabila keadaan riuh rendah dan alatalat muzik dan bunyi-bunyian seperti bunyi gendang, adab kecapi, serunai, anding dan sebagainya. Adat Dari segi adat, masyarakat dalam Hikayat Awang Kamaruddin mempunyai adat-adat tertentu. Ada berkabung boleh dilihat apabila Anggayan Damit dan Dang Kumala meninggal dunia. Setelah jenazah semuanya disempurnakan, Lamang Labai dan suku katanya pun berkabung selama 40 hari. Begitu juga suku sakat Anggayan Damit. Adat mandi berlangir sewaktu upacara perkahwinan pula boleh dilihat apabila Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa hendak melangsungkan perkahwinan. Ketika mandi berlangir, abang Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa (Raja Muda Indera Bongsu) yang mesti memulakan upacara memandikan tersebut.
SASTERA KLASIK HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [TOPIK-TOPIK PERBINCANGAN] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 9 (iii) LATAR PERALATAN Latar peralatan ialah alat-alat yang digunakan dalam kehidupan watak. Secara keseluruhannya, apabila membincangkan latar peralatan secara tidak langsung juga melihat fungsi peralatan tersebut. Terdapat beberapa alatan yang digunakan oleh watak-watak di dalam Hikayat Awang Kamaruddin ini. Di antara peralatan tersebut adalah seperti berikut: Cincin Permata Mutika Bumi Keterangan: sebentuk cincin pemberian Raja Jin Tujuh Seperadian kepada Lamang Labai semasa Lamang Labai menuntut di Gadung Batu di Bukit Si Guntang. Kemudian cincin ini diwariskannya kepada anak-anaknya. Cincin ini merupakan cincin yang bernilai tinggi ditamsilkan berharga sebanyak tujuh buah negeri. Mempunyai kesaktian yang hebat iaitu dapat melihat sembilan buah kampung. Cincin ini di bawa oleh Awang Kamaruddin dan Dang Kumala sewaktu mahu berguru dengan Raja Jin Tujuh Seperadian untuk membuktikan yang mereka adalah anak kepada Lamang Labai. Fungsi: Cincin ini dibawa sebagai bekalan / tanda oleh Awang Kamaruddin dan Dang Kumala sewaktu hendak berguru dengan Raja Jin Tujuh Seperadian untuk membuktikan yang mereka adalah anak kepada Lamang Labai. Kapal / Ajung Si Lancang Kuning Si Naga Sakti Keterangan: Nama lain bagi kapal ini ialah Ajung Si Cakap Si Perkasa. Kapal ini kepunyaan Dang Kasuma untuk disimpan di dalam papatan bantal. Asalnya, kapal ini bersaiz kecil, tetapi berubah saiz menjadi besar setelah dibacakan dengan ilmu kesaktian. Ia juga boleh terbang dengan pantas melintasi laut yang luas terbentang setelah dibacakan dengan mentera kesaktian. Fungsi: Kapal ini digunakan oleh Awang Kamaruddin untuk berangkat ke Negeri Jawa bersama-sama dengan Awang Sukaim dan Si Bujang Laila Bongsu. Mereka juga mempunyai alat-alat muzik bersama-sama dengan mereka seperti gendang, gong dan sebagainya. Kapal ini juga digunakan oleh Awang Kamaruddin dan sepupusepupunya beserta isterinya Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa untuk pergi mendapatkan dan memujuk Dang Siti Noralam yang lari merajuk ke Bukit Si Guntang-guntang. Langir Warisan Keterangan: Langir kepunyaan Lamang Labai yang ditapakan selama 9 tahun 9 bulan 9 hari. Langir ini mempunyai kuasa luar biasa. Ia dwariskan oleh Lamang Labai kepada anaknya, Awang Kamaruddin.
SASTERA KLASIK HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [TOPIK-TOPIK PERBINCANGAN] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 10 Fungsi: Langir ini digunakan oleh Awang Kamaruddin untuk mandi sebelum ia berangkat ke Negeri Jawa dengan membaca segala ilmu kesaktian yang dipelajarinya. Langir ini juga digunakan oleh Awang Kamaruddin untuk memandikan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa yang akan melangsungkan majlis perkahwinannya dengan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Awang Kamaruddin telah membaca segala ilmu kesaktian yang dipelajarinya ketika memerah langir ke atas kepala Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa dengan tujuan agar kasih Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa berpaling kepadanya. Setelah dititikkan air langir, Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa menggigil kesejukan. Pokok Pinang Si Gangga Wari Keterangan: Pokok ini terletak tinggi di tepi laut. Pohon pinang ini kelihatan tinggi dan digambarkan akan mengenai laut dan gunung jika ditiup angin. Di luarnya terdapat rantai / rambat kesaktian. Pada harinya bongkas, rantai / rambat kesaktian ini dapat dibuka oleh Awang Kamaruddin (yang ketika itu menjadi lalat kuning) dengan menggunakan ilmu kesaktiannya. Fungsi: Pokok pinang Si Gangga Wari merupakan tempat Sultan Bongsu dan Tuan Puteri Kumala Bongsu ditapakan oleh ayah mereka Lamang Labai iaitu dalam buah pinang Si Gangga Wari. Anak Batu Pertapaan Keterangan: Anak Batu Pertapaan ini dimiliki oleh Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Ia disimpan / dijaga rapi oleh Tuan Puteri Si Raksasa Anak Hantu yang tinggal di Hulu Negeri Jawa. Anak Batu Pertapaan ini sangat luar biasa boleh diandaikan sebagai pusat nyawa Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Dengan batu inilah yang dapat membantu Awang Kamaruddin mengalahkan Tuan Pemegat Bongsu Baginda Indera Sakti. Batu itu digunakan untuk mengasah mata keris Aluk Sembilan Awang Kamaruddin. Fungsi: Dikatakan Anak Batu Pertapaan ini umpama satu alat yang boleh melemahkan dan menembusi kekebalan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Contohnya, apabila cara senjata keris aluk sembilan Awang Kamaruddin telah diasah / digilir dengan Anak Batu Pertapaan ini, Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti telah mendapat gerak alamat ajalnya akan sampai dan akhirnya Awang Kamaruddin berjaya menewaskannya. Aying Mawal Keterangan: Aing mawal ini dimiliki oleh Awang Kamaruddin Digunakan oleh Awang Kamaruddin untuk menghidupkan Dang Siti Noralam yang telah ditelan oleh Tuan Puteri Si Raksasa sehingga menjadi serbuk putih di dalam bangsi di papatan bantal. Ia juga digunakan oleh Awang Kamaruddin ketika membuka tapaan adik-adiknya Sultan Bongsu dan Tuan Puteri Kumala Bongsu yang ditapakan oleh ayah mereka, Lamang Labai pada Buah Pinang Si Gangga Wari sejak mereka dilahirkan.
SASTERA KLASIK HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [TOPIK-TOPIK PERBINCANGAN] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 11 Fungsi: Aing Mawal ini mempunyai kuasa luar biasa dapat menghidupkan dan menjelmakan kepada bentuk sediakala. Apabila Aying Mawal dititikan sekali akan timbullah bentuk manusia. Titik kedua menjadi manusia bernyawa dan titik ketiga baharulah menjadi manusia yang sebenarnya. Kain Si Lubang Bangsi Keterangan: Kain ini pernah dipakai oleh 3 orang iaitu, Awang Kamaruddin, Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa, Dang Siti Noralam. Awang Kamaruddin memakainya semasa di Negeri Jawa ketika mahu ke Panggau Gading Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa. Manakala Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa dan Dang Siti Noralam menggunakannya ketika mereka bersanding. Kain ini bercorak awan larat yang dinamakan Awan Berlari dan berwarna kebiru-biruan serta berlipat-lipat semacam berombak-ombak. Kain ini juga punya kuasa ajaib dikatakan terlalu panjang dan lebar (sebesar alam) dan apabila digulung boleh menjadi kecil sebesar jarum. Fungsi: Kain ini berfungsi sebagai kain samping (sinjang atau rancung). Keris Aluk Sembilan Keterangan: Merupakan keris warisan Lamang Labai kepada Awang Kamaruddin. Keris inilah yang melukakan tubuh Anggayan Damit dan menyebabkan dia mendapat maut. Keris ini juga diguanakan oleh Awang Kamaruddin dapat menjelmakan sebuah kolam yang airnya hanya beberapa titis sahaja dapat diminum oleh Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti (TPBBIS) di atas daun irik (nyirik). Fungsi: Keris ini mempunyai kesaktian boleh membuat kolam. Kolam itu teletak di Puncak Gunung Mahabiru. Untuk meminum airnya terpaksa digayong dengan sehelai daun irik. Keris ini juga dikatakan umpama menjilat-jilat untuk mengganggu dan tidak membenarkan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti minum air kolam buatan itu. Selain itu ia juga merupakan senjata sakti bila dicabut daripada sarungnya akan nampak cahaya yang terpancar-pancar daripada keris itu. Keris ini juga telah digunakan untuk membunuh Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Pedang Sulindayan Keterangan: Pedang ini mempunyai kelebihan apabila Awang Kamaruddin duduk di hujung mata pedang Sulindayannya ketika bertapa di wasai tujuh tingkat di hulu Banjarmasin. Pedang ini juga digunakan untuk memenggal badan Tuan Puteri si Raksasa lalu sebahagian badannya disungkit ke laut menjadi naga tberkepala tujuh dan ia di darat menjadi harimau jantan yang garang. Fungsi: Sebagai senjata yang digunakan oleh Awang Kamaruddin yang digunakan untuk memenggal badan Tuan Puteri Si Raksasa.
SASTERA KLASIK HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [TOPIK-TOPIK PERBINCANGAN] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 12 Lembing Tujuh Sekembaran Keterangan: Mata lembing itu berlumuran dengan darah yang berbuyah-buyah. Fungsi: Sebagai senjata yang digunakan oleh Awang Kamaruddin. Kolam Buatan Awang Kamaruddin Keterangan: Kolam ini dibuat oleh Awang Kamaruddin menggunakan keris aluk sembilan kepunyaannya. Kolam ini dibuat di tengah-tengah puncak Gunung Mahabiru. Fungsi: Airnya diminum oleh Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti untuk menghilangkan kehausan. Setelah meminum air kolam ini Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti kembali segar dan bertenaga. Langir Warisan Keterangan: Langir ini kepunyaan Lamang Labai dan diwariskannya kepada Awang Kamaruddin. Langir ini mempunyai kuasa luar biasa kerana telah ditapakan selama 9 tahun 9 bulan 9 hari. Fungsi: Digunakan untuk mandi kerana mempunyai kuasa boleh memberikan kecantikan. Selain itu, digunakan juga kepada Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa ketika Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa ketika upacara mandi berlangir semasa hendak berkahwin sehingga menyebabkan badannya seram sejuk terketar-ketar. Reaksi langir tersebut menyebabkan Raja Muda Indera Bongsu mengetahui hajat Awang Kamaruddin untuk merebut adiknya. Digunakan juga oleh Awang Kamaruddin bagi memandikan adik-adiknya iaitu Sultan Bongsu dan Tuan Puteri Kumala Bongsu setelah berjaya mengambil dan membuka tapaan mereka yang berlainan ibu. Setelah dimandikan dengan langir itu, mereka akan kelihatan segak dan bertenaga dan lebih berseri-seri Minyak Si Lompat Pagar Tujuh Serantai Keterangan: Minyak ini mempunyai kuasa luar biasa dan dipunyai oleh Awang Kamaruddin. Ia digunakan untuk menghidupkan dan menjelmakan Dang Siti Noralam setelah ditelan oleh Tuan Puteri Si Raksasa serta untuk membuka tapaan adik-adiknya berlainan ibu di dalam buah Pinang Si Gangga Wari. Fungsi: Minyak ini berfungsi boleh menghidupkan dan menjelmakan kepada bentuk manusia seperti sediakala.
SASTERA KLASIK HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [TOPIK-TOPIK PERBINCANGAN] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 13 Pinang Sekapur Sigup Bergulung Keterangan: Pinang Sekapur Sigup Bergulung dibuat oleh Dang Kasuma. Ia dimakan oleh Lamang Labai ketika berbualbual sebelum memulakan perkelahian dengan Anggayan Damit agar musuhnya itu terkenang kepada Dang Kasuma (tunangnya yang dirampas) agar menambahkan kemarahan Anggayan Damit. Selain itu ia jiga dibuat oleh Dang Kumala untuk bekalan Awang Kamaruddin ketika hendak pergi ke Negeri Jawa untuk menemui Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa. Fungsi: Sebagai bekal Lamang Labai dan Awang Kamaruddin. Buah Pinang Si Gangga Wari Keterangan: Pohonya sangat tinggi yang terletak di tepi laut. Jika ditiup angin timur pokok ini akan bergoyang dan melentik sehingga mencecah laut dan kalau ditiup angin barat pula akan bergoyang dan melentur-lentur ke puncak gunung (mengarah ke gunung yang kebetulan di bahagian barat). Di dalam, buah pinang ini adik sebapa Awang kamaruddin iaitu Sultan Bongsu dan Tuan Puteri Kumala Bongsu ditapakan didalam sejak kecil lagi. Awang Kamaruddin diamanahkan membuka tapaan tersebut dan dia berjaya membuka tapaan tersebut dan membawa balik adi-beradiknya itu ke negeri Timur. Fungsi: Sebagai tempat pertapaan Tempat pertapaan Sultan Bongsu dan Tuan Puteri Kumala Bongsu sejak mereka lahir lagi. Ilmu Penuduh Burung / Pengasih dan pemanis Keterangan: Ilum ini dimiliki oleh Lamang Labai, Awang Kamaruddin dan Raja Muda Indera Bongsu. Fungsi: Ia berfungsi sebagai ilmu guna-guna iaitu ilmu untuk menurut kata. Ilmu ini digunakan oleh Lamang Labai untuk melembutkan hati Dang Kasuma. Awang Kamaruddin juga berbuat demikian kepada Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa. Akhirnya kedua gadis tersebut jatuh kasih kepada kedua-dua lelaki yang merebut mereka daripada tunangan masing-masing. Selain itu, ia juga digunakan oleh Raja Muda Indera Bongsu ketika memandikan adiknya, Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa.
SASTERA KLASIK HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [TOPIK-TOPIK PERBINCANGAN] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 14 2) PLOT PLOT HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN Plot Hikayat Awang Kamaruddin boleh dibahagikan kepada tiga bahagian yang penting, iaitu: (i) Bahagian Awal [Permulaan] (ii) Bahagian Tengah [Pertengahan] (iii) Bahagian Akhir [Pengakhiran] Contoh : Rajah Plot Hikayat Awang Kamaruddin A B C B2 C2 A2 B3 C1 A3 B1 A1 C3 Permulaan (Bab 1) Pertengahan (Bab 2 – 7) Pengakhiran (Bab 8 – 11) PERMULAAN: Bahagian awal mengisahkan tentang kehidupan ayah Awang Kamaruddin, Lamang Labai yang hidup sederhana hasil bercucuk tanam. Lamang Labai diceritakan telah berguru kepada Raja Jin Tujuh Seperadian di Gadung Batu, di Bukit Si Guntang dan mendapat pelbagai ilmu dan kesaktian dari gurunya. Lamang Labai mendengar cerita kecantikan Dang kasuma dan teringin sangat untuk meyaksikan sendiri kecantikan Dang Kasuma. Lamang Labai berusaha mahu melihat kecantikan Dang Kasuma dan apabila melihatnya dia terpikat lalu melarikan Dang Kasuma. Perbuatan Lamang Labai ini telah mencetuskan permusuhannya dengan Anggayan Damit sehingga berlaku peperangan yang bertujuan merebut Dang Kasuma. Dalam peperangan tersebut Lamang Labai berjaya mengalahkan dan membunuh Anggayan Damit. Lamang Labai mengahwini Dang Kasuma dan memperolehi dua orang anak, anak yang lelaki dinamakan Awang Kamaruddin dan anak perempuan dinamakan Dang Kumala. Lamang Labai Jatuh sakit perpanjangan selepas menataki satu kawasan di Luagan Tetanam dan akhirnya meninggal dunia.
SASTERA KLASIK HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [TOPIK-TOPIK PERBINCANGAN] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 15 PERTENGAHAN: Bahagian Tengah mengisahkan kehidupan Awang Kamaruddin. Awang Kamaruddin (AK) yang setelah dewasa berguru kepada Raja Jin Tujuh Seperadian sebagai memenuhi wasiat ayahnya, Lamang Labai. AK berhajat pergi ke negeri Jawa tetapi Dang Kasuma (ibu AK) melarang Awang Kamaruddin pergi kerana dia tahu hajat sebenar AK mahu mendapatkan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa (TPBKJ). AK menjelaskan memang niatnya mahu merampas tunang TPBBIS supaya beradu tenaga dengan TPBBIS yang terkenal handal lagi sakti di negeri Jawa. Di negeri Jawa, AK telah menggunakan kesaktiannya sehingga TPBKJ menyukai dan mengasihinya. AK menggunakan ilmu Penuduh Burung untuk menawan hati TPBKJ. Semasa majlis menapakan pengantin, AK membuat muslihat berpura-pura menapakkan tangan TPBBIS ke ubun-ubun TPBKJ tetapi sebenarnya, jari manisnya melapisi tapak tangan TPBBIS. Semasa majlis pesandingan pula AK juga dengan sengaja telah mendudukkan TPBBIS ditempat yang salah iaitu di sebelah kiri TPBKJ lalu TPBBIS menuduh AK hendak merebut isterinya. AK mengakui kebenaran tuduhan TPBBIS tersebut lalu terjadilah peperangan antara mereka. Peperangan antara AK dan TPBBIS memakan masa yang agak panjang tanpa ada pihak yang menang ataupun kalah. Akhirnya, AK meminta bantuan dari adiknya Dang Kumala di Negeri Timur. Dang Kumala berserta 13 orang sepupunya datang memberi bantuan dan berjaya membunuh semua pengikut TPBBIS. Semantara itu, Dang Bongsu dan Dang Kumala pergi ke Bukit Si Guntang-Guntang mengambil Anak Batu Pertapaan TPBBIS. Dang Kumala mengasah keris AK dengan Anak Batu Pertapaan tersebut dan setelah itu barulah AK berjaya membunuh TPBBIS. Akhirnya, AK berjaya mengahwini TPBKJ dan kemudiannya membawa pulang TPBKJ pulang ke Bukit Sinarubai. RMIB turut serta rombongan AK tersebut kerana hendak meminang Dang Kumala. PENGAKHIRAN: Bahagian akhir ini mengisahkan keinginan AK hendak mengahwini Dang Siti Noralam (DSN) untuk memenuhi hasrat ibunya yang teringin sangat bermenantukan DSN. AK pun meminta persetujuan ibunya dan keizinan daripada isterinya. Ibu dan isteri AK mempersetujui hasratnya tersebut. DSN telah melarikan diri ke hulu Negeri Jawa kerana merajuk dan berjauh hati dengan sikap AK yang selalu menghina dan mengatanya semasa kecil dahulu. AK meminta bantuan Awang Sukaim dan Awang Bujang Laila Bongsu untuk menemaninya ke hulu Negeri Jawa mencari DSN. Tujuan DSN ke hulu negeri Jawa ialah meminta telan kepada Tuan Puteri Si Raksasa (TPSR). Apabila bertemu dengan TPSR, AK bertanyakan sama ada dia mengetahui di mana DSN berada tetapi TPSR menafikan mengetahuinya. AK mengetahui TPSR berbohong lalu membunuhnya. Awang Sukaim berjaya menemui DSN dan dijelmakan seperi manusia sediakala oleh AK. setelah itu mereka pun pulang kembali ke Bukit Sinarubai.
SASTERA KLASIK HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [TOPIK-TOPIK PERBINCANGAN] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 16 Dang Kasuma memberitahu bahawa AK ada mempunyai adik lagi (berlainan ibu) yang ditapakan oleh ayah mereka di dalam buah Pinang Si Gangga Wari yang terletak di tepi laut dan secara kebetulan tempoh pertapaan mereka itu selesai pada hari itu juga. AK telah diwasiatkan untuk membuka tapaan tersebut. AK berjaya membuka tapaan ayahnya dan membawa balik adik-beradiknya ke bukit Sinarubai. Berlangsungnya majlis persandingan besar-besaran antara AK dengan DSN di Panggau Penganggunan. Hasil perkongsian hidup AK dengan TPBKJ mereka telah dikurniai seorang anak lelaki yang dinamakannya Awang Amir Shamsu. Di akhir cerita diceritakan bahawa AK bertapa di wasai tujuh tingkat di hulu Banjarmasin. Manakala adiknya Dang Kumala bertapa di sepohon pokok Pulayi Manang di Kuala Sungai Baram.
SASTERA KLASIK HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [TOPIK-TOPIK PERBINCANGAN] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 17 3) TEMA TEMA HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN Individu berilmu pengetahuan, bersikap berani dan berkeyakinan tinggi serta mendapat sokongan daripada ahli keluarga atau saudara mara dapat mencapai cita-cita yang diimpikan. Tema ini bersesuaian dengan cerita Hikayat Awang Kamaruddin. Tema ini dapat dibuktikan dan dilihat melalui watak Awang Kamaruddin bahawa dia ialah seorang yang berilmu pengetahuan, berani dan berkeyakinan tinggi serta mendapat sokongan daripada ahli keluarganya / sepupu-sepupunya yang sekaligus melancarkan apa jua urusan dan akhirnya dia dapat mencapai apa yang diimpikannya. Pembuktian boleh dibuat seperti berikut: Berilmu Pengetahuan Awang Kamaruddin seorang yang berilmu pengetahuan. Dia telah memenuhi wasiat ayahnya dengan belajar serta berguru kepada Raja Jin Tujuh Seperadian di Gadung Batu di Bukit Si Guntang. Hasil dari berguru itu dia memiliki pelbagai ilmu seperti ilmu kesaktian, ilmu pemanis dan pengasih, ilmu kebal dan kuat, ilmu persilatan, ilmu besi-besian dan alat senjata. Berdasarkan ilmu yang dimilikinya itulah banyak memberi keyakinan kepada AK untuk berlawan atau beperang bagi tujuan mencuba ilmu yang dimiliki atau telah dipelajarinya. Secara keseluruhan ilmunya ini banyak mambantunya melancarkan segala urusan dan mencapai apa yang dihajatinya. Bersikap Berani dan berkeyakinan tinggi Awang Kamaruddin juga mempunyai sikap berani dan gagah. Keberanian Awang Kamaruddin boleh dilihat apabila dia berani pergi ke Negeri Jawa untuk merampas Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa walaupun dia sudah dilarang berbuat demikian oleh ibunya kerana mengetahui bahawa Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa itu sudah bertunang dan akan berkahwin dengan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti, seorang yang terkenal gagah lagi sakti di negeri Jawa namun Awang Kamaruddin tetap berkeras dengan keputusannya malah dia dengan berani sangup menghadapi atau menerima akibat buruk daripada tindakannya. Hal ini menunjukkan bahawa AK sememangnya mewarisi keberanian yang dimiliki oleh ayahnya Lamang Labai yang juga bertindak berani merampas Dang Kasuma yang ketika itu sudah menjadi tunangan kepada Anggayan Damit. Sewaktu di Negeri Jawa, Awang Kamaruddin juga telah bertindak berani masuk ke dalam Panggau Gading 9 Ringkat Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa dengan muslihatnya menyamar suara Raja Muda Indera Bongsu. Dia telah mengenakan ilmu pengasih kepada Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa sehingga Tuan Puteri Bongsu menyukai dan mengasihi Awang Kamaruddin. Sewaktu adat mandi berlangir, Awang Kamaruddin memandikan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa dengan menggunakan langir warisan kepunyaannya dan dia bertindak berani dalam upacara itu mengenakan ilmu penuduh burung kepada Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa dengan tujuan agar cinta dan kasih Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa berpaling kepadanya.
SASTERA KLASIK HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [TOPIK-TOPIK PERBINCANGAN] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 18 Sewaktu berlangsungnya adat bersanding antara Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti dengan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa pula Awang Kamaruddin dengan berani melakukan muslihat dalam upacara menapakkan pengantin tersebut. Awang Kamaruddin dengan berani berani melapis menggunakan jari manisnya di bawah tapak tangan pengantin lelaki dengan meniatkan yang berkahwin dengan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa itu adalah dirinya dan bukannya dengan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Awang Kamaruddin dengan berani secara terang-terangan mendudukkan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti (pengantin lelaki) di sebelah kiri Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa (pengantin perempuan), sedangkan dia sendiri duduk di sebelah kanan pengantin perempuan seolah-olah dia yang bersanding. Perbuatannya ini telah menimbulkan kemarahan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti dan menuduh Awang kamaruddin sengaja mahu merampas isterinya. Awang Kamaruddin juga dengan berani mengaku dia memang senghaja berbuat demikian kerana ingin merampas Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa dari Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti dan peristiwa ini menyebabkan berlakunya peperangan di antara mereka berdua. Ternyata sikap berani dan keyakin tinggi Awang Kamaruddin memainkan peranan penting menggerakan Awang Kamaruddin untuk bertindak mengikut apa yang dimahukannya dan hakikatnya memang benar dia berjaya melaksanakannya. Pertolongan Ahli Keluarga dan Saudara Mara. Hasrat AK untuk memperisteri TPBKJ tidak akan terlaksana tanpa sokongan daripada saudara-saudaranya. Dalam peperangannya menentang TPBBIS, ternyata AK tidak dapat menewaskan TPBBIS sendirian walaupun telah berperang begitu lama. Awang Kamaruddin terpaksa menghantar gerak isyarat meminta bantuan daripada adiknya Dang Kumala. Dang Kumala pula tidak terus pergi tetapi telah mengumpul 13 orang sepupunya untuk sama-sama memberi pertolongan dan membantu Awang Kamaruddin yang sedang berperang tersebut sehingga mereka beroleh kejayaan. Kejadian ini memperlihatkan tanpa adanya bantuan adik AK, iaitu Dang Kumala dan saudara maranya yang lain sudah tentu AK tidak dapat mengalahkan TPBBIS dan seterusnya mencapai impiannya memperisterikan TPBKJ. Selain itu, ketika Awang Kamaruddin hendak meminang Dang Siti Noralam untuk memenuhi hasrat ibunya yang teringin sangat bermenantukan Dang Siti Noralam. Sebelum berjaya berkahwin diceritakan Dang Siti Noralam sebenarnya telah melarikan diri ke hulu Negeri Jawa kerana merajuk dengan sikap Awang Kamaruddin yang pernah menghina dan mengatanya semasa kecil dahulu. Untuk mencari Dang Siti Noralam, Awang Kamaruddin meminta pertolongan Awang Sukaim dan Awang Bujang Laila Bongsu menemaninya ke hulu Negeri Jawa mencari Dang Siti Noralam di tempat Tuan Puteri Si Raksasa. Usaha pencarian mereka ini berjaya sehingga dapat menemui Dang Siti Noralam dan membawanya balik ke bukit Sinarubai. Dengan huraian yang dipaparkan ternyata kejayaan AK untuk mencapai apa yang dihajati atau dicitacitakannya adalah tergantung kepada keberanian, ilmu dan kesaktian yang dimilikinya dan yang penting sekali mendapat sokongan dari keluarga dan saudara mara. Gabungan ketiga eleman inilah yang banyak membantu dan seterusnya menghasilkan kejayaan Awang Kamaruddin untuk mencapai apa yang dihajatinya.
SASTERA KLASIK HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [TOPIK-TOPIK PERBINCANGAN] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 19 4) PERSOALAN PERSOALAN-PERSOALAN DALAM HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN 1) MENUNTUT ILMU Huraian: Persoalan ilmu dibicarakan di awal bahagian Hikayat Awang Kamaruddin, iaitu Lamang Labai dikatakan menuntut ilmu kepada Raja Jin Tujuh Seperadian. Lamang Labai telah mempelajari berbagai-bagai ilmu contohnya ilmu kebal, ilmu besi, ilmu bini-bini dan sebagainya. Ilmu ini juga telah digunakannya untuk bertempur atau berperang dengan Anggayan Damit. Lamang Labai juga mewasiatkan agar anaknya Awang Kamaruddin dan Dang Kumala menuntut ilmu kepada Raja Jin Tujuh Seperadian daripada pengenalan cincin Permata Mutika Bumi mata sembilan. Awang Kamaruddin juga telah menggunakan ilmunya untuk berperang dengan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti dan Tuan Puteri si Raksasa . Ilmu yang dipelajarinya itu juga digunakan untuk membuka tapaan adik-adiknya, iaitu Sultan Bongsu dan Tuan Puteri Kumala Bongsu yang tinggal di dalam buah pinang si Gangga Wari. Dang Kumala juga menggunakan ilmu yang dipelajarinya untuk membantu abangnya ketika berperang dengan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti juga telah menuntut ilmu dan bertapa pada Tuan Puteri Si Raksasa sejak ia lahir lagi. 2) MEREBUT/ MERAMPAS HAK ORANG LAIN. Huraian: Persoalan merebut hak orang lain adalah punca peperangan. Contohnya, Lamang Labai telah merampas Dang Kasuma daripada Anggayan Damit sehingga Anggayan Damit meninggal dunia semata-mata untuk mempertahankan haknya. Hal ini menyebabkan Dang Kumala, iaitu adik kepada Anggayan Damit juga mengambil keputusan untuk mati sahaja kerana dia tidak dapat hidup tanpa abangnya. Contoh kedua ialah Awang Kamaruddin merampas Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa daripada tunangnya Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti menyebabkan peperangan besar di antara kedua watak sehingga mengorbankan nyawa Tuan Pemagat dan pengikut-pengikutnya. 3) KESETIAAN Huraian: Persoalan kesetiaan juga banyak dibicarakan dalam Hikayat Awang Kamaruddin. Contohnya Dang Kasuma yang setia kepada tunangnya sehingga Lamang Labai terpaksa menggunakan Penuduh Burung agar Dang Kasuma menyukai dirinya. Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa juga menunjukkan kesetiaanya apabila membenarkan Awang Kamaruddin berkahwin dengan Dang Siti Noralam . Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa juga telah menunjukkan kesetiaan kepada Awang Kamaruddin apabila ikut serta mencari Dang Siti Noralam yang lari merajuk ke Bukit Si Guntang-Guntang. Kesetiaan Awang Sukaim dan Si Bujang Laila Bongsu yang sentiasa ikut Awang Kamaruddin pergi ke Negeri Jawa untuk berperang dan mencari Dang Siti Noralam. Sepupu-sepupu Awang Kamaruddin seramai 13 orang juga menunjukkan kesetiaan apabila turut turun berperang dengan pengikut-pengikut Tuan Pemagat untuk menolong Awang Kamaruddin.
SASTERA KLASIK HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [TOPIK-TOPIK PERBINCANGAN] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 20 4) KEKELUARGAAN Huraian: Dalam Hikayat Awang Kamaruddin, semua watak mempunyai hubungan keluarga di antara satu dengan yang lain. Contohnya, Dang Kasuma mempunyai adik beradik yang lain tetapi tinggal berlainan negeri. Ikatan kekeluarga semakin rapat apabila anak-anak mereka berkahwin. Tuan Puteri Permaisuri Intan Mas Surai juga tidak menyuruh Awang Kamaruddin membunuh Tuan Pemagat kerana mereka mempunyai pertalian kekeluargaan. Awang Kamaruddin juga seorang yang mementingkan keluarga contohnya selalu meminta izin daripada ibunya dan adiknya apabila melakukan sesuatu perkara. Awang Kamaruddin jug pentingkan tali persaudaraan apabila dia bertanya kepada Dang Kasuma untuk mengetahui adakah dia mempunyai adik beradik lain selain Dang Kumala. Dia terus mencari adiknya yang berlainan ibu ditapakan oleh Lamang Labai di dalam buah Pinang Si Gangga Wari. Dia juga membuka tapaan adiknya itu agar mereka dapat menghadirkan diri semasa perkahwinan Awang Kamaruddin dan Dang Siti Noralam. 5) KESAKTIAN Huraian: Persoalan kesaktian juga banyak dibicarakan dalam Hikayat Awang Kamaruddin. Kesaktian itu bukan sahaja digunakan oleh satu watak malah digunakan oleh watak-watak yang lain. Contohnya unsur kesaktian dari segi jelmaan Lalat Kuning yang dilakukan oleh Tuan Pemagat Bongsu Indera Sakti ketika hendak balik ke Tanjong Keinderaan . Awang Kamaruddin menjelma menjadi lalat kuning untuk pergi ke tepi laut, iaitu tempat letaknya pohon buah pinang Si Gangga Wari. Watak Awang Kamaruddin juga mempunyai kesaktian dapat melihat suasana peristiwa yang berlaku di tempat yang jauh, iaitu melihat melalui kesaktian. Awang Kamaruddin juga dapat meniru suara raja Muda Indera Bongsu untuk memperdayakan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa. 6) HORMAT KEPADA KELUARGA Huraian: Persoalan hormat-menghormati banyak ditonjolkan dalam Hikayat Awang Kamaruddin contohnya Awang Kamaruddin meminta izin daripada Dang Kasuma dan Dang Kumala apabila membuat sesuatu perkara. Awang Kamaruddin meminta izin daripada Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa untuk berkahwin dengan Dang Siti Noralam. Awang Kamaruddin juga meminta izin daripada Tuan Puteri Permaisuri Intan Mas Surai untuk membawa balik Tuan Puteri Bungsu Kumala Jawa dan Raja Muda Indera Bongsu balik ke negeri Timur. Dang Kumala menunjukkan kasih sayang kepada abangnya apabila dia membekalkan pinang sekapur untuk bekalan abangnya. 7) PERIKEMANUSIAAN Huraian: Dang Bongsu dan Dang Kumala mempunyai sifat perikemanusiaan apabila meminta Awang Kamaruddin menghidupkan semula Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Lamang Labai tidak sanggup membunuh Dang Kumala tetapi akhirnya mengalah dan memenuhi permintaan Dang Kumala itu setelah abangnya, Anggayan Damit tewas dalam pertarungan. Awang Kamaruddin juga menghidupkan kembali pengikut-pengikut Tuan Pemagat seramai tujuh buah kampung tujuh buah negeri yang telah mati dan pulang ke negeri mereka.
SASTERA KLASIK HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [TOPIK-TOPIK PERBINCANGAN] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 21 8) KEJUJURAN DAN MENEPATI JANJI Huraian: Anggayan Damit menunaikan janjinya menyerahkan Dang kasuma kepada Lamang Labai. Lamang Labai juga menepati janji dengan menunaikan wasiat Anggayan Damit, iaitu memberikan nama Awang Kamaruddin dan Dang Kumala kepada anak-anak Lamang Labai. Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti juga mengaku kalah dan menyerahkan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa kepada Awang Kamaruddin setelah tewas dalam peperangan.
SASTERA KLASIK HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [TOPIK-TOPIK PERBINCANGAN] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 22 5) NILAI MURNI NILAI-NILAI MURNI YANG TERDAPAT DALAM HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN 1) NILAI TOLONG MENOLONG Huraian: Lamang Labai menolong penduduk kampung menataki hutan-hutan, antaranya hutan di Luagan Tetanam yang baru dibuka untuk dijadikan sawah/huma. Awang Sukaim dan Si Bujang Laila Bongsu pula membantu Awang Kamaruddin untuk memujuk Dang Siti Noralam yang lari merajuk ke Bukit Si Guntang-Guntang di tempat Tuan Puteri Si Raksasa anak Hantu. Dang Kumala pula mengumpulkan sepupu-sepupunya seramai 13 orang untuk membantu Awang Kamaruddin yang sedang berperang dengan musuh di Gunung Mahabiru setelah mendapat isyarat “kesusahan” daripada Awang Kamaruddin. Mereka lalu terbang ke Gunung Mahabiru dengan menjelma pelbagai jenis burung (burung Si Marak Jantan, burung Si Marak Nuri dan burung Si Jamba Wali) sebelum sampai ke sana. 2) NILAI HORMAT-MENGHORMATI Huraian: Awang Kamaruddin sentiasa menemui ibunya Dang Kasuma dan adiknya Dang Kumala terlebih dahulu sebelum ia hendak ke mana-mana sebagai tanda menghormati mereka. Contohnya, ketika ia hendak pergi ke Negeri Jawa bagi mendapatkan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa dan ketika hendak mendapatkan pertapaan adik-adiknya iaitu Sultan Bongsu dan Tuan Puteri Bongsu di dalam buah pinang Si Gangga Wari di tepi laut. Nilai hormat-menghormati ini juga boleh dilihat apabila Awang Kamaruddin dan Dang Siti Noralam berziarah atau bersalam-salaman dengan ibu dan makcik mereka sewaktu berlangsungnya majlis perkahwinan di antara keduanya. Dang Siti Noralam juga menghormati madunya. Ia telah mendapatkan madunya di Panggau Gading Tujuh Ringkat untuk berziarah atau bersalam-salaman selepas istiadat persandingannya dengan Awang Kamaruddin sebagai tanda mereka bersatu hati dan bermaaf-maafan. 3) NILAI MEMENTINGKAN PERSAUDARAAN Huraian: Awang Kamaruddin meminta izin daripada ibunya untuk mendapatkan pertapaan adik-adiknya (Sultan Bongsu dan Tuan Puteri Kumala Bongsu) di dalam buah pinang Si Gangga Wari setelah mendapat tahu daripada ibunya yang ia mempunyai adik-beradik yang lain lagi selain Dang Kumala. Ia lalu menjelma menjadi lalat kuning dan terbang ke tepi laut mendapatkan pertapaan tersebut untuk dibongkas/dibuka agar mereka dapat meramai-ramaikan lagi majlis perkahwinannya nanti bersama dengan Dang Siti Noralam.
SASTERA KLASIK HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [TOPIK-TOPIK PERBINCANGAN] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 23 4) NILAI MENUNAIKAN WASIAT Huraian: Lamang Labai telah menunaikan wasiat Anggayan Damit dengan menamakan anak lelakinya Awang Kamaruddin dan anak perempuannya Dang Kumala jika ia berkahwin dengan Dang Kasuma. Wasiat Anggayan Damit ini disampaikan kepada Lamang Labai sebelum ia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dang Kasuma juga telah menunaikan wasiat suaminya, Lamang Labai dengan menyuruh anak-anaknya iaitu Awang Kamaruddin dan Dang Kumala berguru dengan Raja Jin Tujuh Beradik di Gadung Batu di Bukit Si Guntang dengan berbekalkan sebentuk cincin permata yang bernama Mutika Bumi. 5) NILAI KEJUJURAN DAN MENEPATI JANJI Huraian: Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti berjanji untuk menyerahkan tunangannya kepada Awang Kamaruddin jika ia terkorban di dalam peperangannya bersama Awang Kamaruddin. Apabila dia tewas dan dihidupkan semula oleh Awang Kamaruddin, ia lalu menyerahkan tunangnya kepada Awang Kamaruddin seperti yang telah dijanjikan. Awang Kamaruddin juga telah menunaikan janji ibunya yang mana dia telah dituunangkan dengan Dang Siti Noralam semenjak kecil lagi iaitu dengan mendapatkan Dang Siti Noralam. Dang Siti Noralam telah merajuk ke Bukit Si Guntang-guntang untuk menjadi isterinya. 6) NILAI RAJIN DALAM MELAKUKAN SESUATU PERKARA Huraian: Sikap rajin ini boleh dilihat pada watak Lamang Labai. Walaupun kehidupannya sederhana, ia tetap rajin mengusahakan padi bukitnya dan kebun buah-buahannya yang luas. Banyak buah-buahan yang ditanamnya seperti buah pisang, kelapa, jambu dan biabas. Disebabkan kerajinannya juga, ia pernah diminta oleh orang-orang kampung menjadi ketua semasa membuka tempat berpadi di hutan Luagan Tetanam. 7) NILAI UNSUR PERIKEMANUSIAAN Huraian: Dang Kumala dan Dang Bongsu memohon simpati daripada Awang Kamaruddin supaya menghidupkan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti yang tewas/terkorban di dalam peperangannya bersama Awang Kamaruddin. Awang Kamaruddin bersetuju lalu menghidupkan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti dan pengikut-pengikutnya dengan menggunakan segala ilmu kesaktiannya. 8) NILAI UNSUR PENYESALAN DAN KEINSAFAN Huraian: Lamang Labai menyesali tindakannya melarikan Dang Kasuma, yang dianggapnya menjadi penyebab terjadinya pergaduhan dan kematian Anggayan Damit. Disebabkan rasa menyesal dan insafnya, ia telah menguruskan upacara pengkebumian Anggayan Damit sehingga selesai. Dia bersama suku-sakatnya juga telah berkabung selama 40 hari 40 malam sebagai tanda menghormati kematian Anggayan Damit.
SASTERA KLASIK HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [TOPIK-TOPIK PERBINCANGAN] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 24 9) NILAI UNSUR KEBERANIAN Huraian: Sikap berani ini terpancar dari watak-watak utama, khususnya Lamang Labai dan Awang Kamaruddin. Tanpa keberanian, tidaklah berguna ilmu dan kesaktian yang dipelajari. Dengan keberanian, Awang Kamaruddin dan Lamang Labai berjaya menumpaskan lawan masing-masing sewaktu berlangsungnya peperangan. Mereka juga telah berjaya memiliki apa-apa yang dihajati (isteri yang cantik). 10) NILAI PERMUAFAKATAN Huraian: Beberapa orang tua di kampung Dang Kasuma datang menemui Lamang Labai agar menyerahkan tunangnya Dang Kasuma semula dengan cara terhormat untuk mengelakkan berlakunya pertumpahan darah. Namun, hal ini tidak diendahkan oleh Lamang Labai. 11) NILAI KETEGASAN Huraian: Sikap ketegasan ini boleh dilihat pada watak Anggayan Damit dan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Mereka tidak ingin melepaskan tunang dengan begitu sahaja apabila diminta untuk berbuat demikian oleh pihak musuh. Mereka dengan tegas membuat keputusan untuk beradu tenaga. Siapasiapa yang menang akan memiliki gadis yang menjadi rebutan (Dang Kasuma dan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa).
SASTERA KLASIK HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [TOPIK-TOPIK PERBINCANGAN] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 25 6) PENGAJARAN PENGAJARAN YANG TERDAPAT DALAM HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN Pengajaran bermaksud peringatan, pesanan atau nasihat yang boleh dijadikan iktibar oleh pembaca. Pengajaran ini biasanya disampaikan dalam bentuk tersirat atau halus. 1) Janganlah kita merampas hak milik orang lain kerana ia pasti akan menimbulkan persengketaan dan kematian. Contoh, Lamang Labai melarikan Dang Kasuma, tunang Anggayan Damit sehingga menyebabkan berlakunya peperangan di antara kedua-dua pihak sehingga Anggayan Damit terbunuh. Begitu juga halnya dengan Awang Kamaruddin yang merampas tunangan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti juga membawa permusuhan hingga terjadinya peperangan dan kematian Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. 2) Kita mestilah menunaikan wasiat yang telah diberikan oleh seseorang kerana ia merupakan amanah yang perlu dilaksanakan Contoh, Anggayan Damit sebelum meninggal dunia setelah tewas (dalam merebutkan Dang Kasuma) ditikam oleh Lamang Labai mewasiatkan kepada Lamang Labai untuk menamakan anak mereka jika Lamang Labai dan Dang Kasuma memperolehi anak namakan anak mereka Awang Kamaruddin sempena nama timangtimangannya dan jika anak perempuan dinamakan Dang Kumala, sempena nama adiknya. Contoh lain, Lamang Labai mewasiatkan melalui Dang Kasuma supaya anaknya, Awang Kamaruddin dan Dang Kumala untuk mempelajari ilmu dan berguru dengan Raja Jin Tujuh Seperadian. 3) Janganlah kita bertindak secara melulu atau bertindak mengikut perasaan tanpa pertimbangan akal /fikiran kerana ditakuti akan membawa penyesalan. Contohnya, Lamang Labai merasa menyesal membunuh Anggayan Damit ketika mereka berperang untuk merebuti Dang Kasuma (tunang Anggayan Damit). Lamang Labai mendapati Anggayan Damit mempunyai seorang adik perempuan yang sama cantik dengan Dang Kasuma. Jika ia tahu Anggayan Damit mempunyai adik perempuan yang cantik, ia pasti tidak akan merampas tunang Anggayan Damit. 4) Unsur pengajaran yang lain ialah janganlah kita suka menghina dan merendah-rendahkan fizikal/ keperibadian orang lain kerana ia sudah setentunya akan menimbulkan perasaan benci, sakit hati dan dendam kepada orang yang dihina. Contohnya, sewaktu kecil Awang Kamaruddin pernah menghina wajah Dang Siti Noralam dengan mengatakan mukanya hitam, hidungnya berhingus dan rambutnya pendek seperti janggut bubuk (udang kecil). Hal ini menimbulkan rasa sakit hati dan dendam Dang Siti Noralam kepada Awang Kamaruddin sehingga ia bertindak untuk melarikan diri ke Bukit Si Guntang-Guntang untuk menemui Tuan Puteri Si Raksasa apabila ia mendapat khabar yang rombongan Awang Kamaruddin datang untuk meminangnya.
SASTERA KLASIK HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [TOPIK-TOPIK PERBINCANGAN] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 26 5) Kita mestilah sentiasa mengeratkan hubungan silatiurrahim/ persaudaraan apalagi dengan keluarga terdekat agar hubungan silaturahim dan kekeluargaan itu tidak terputus. Contohnya, Awang Sukaim (sepupu Awang Kamaruddin sebelah ibu) dan Si Bujang Laila Bongsu (sepupu Awang Kamaruddin sebelah bapa) sentiasa mengiringi Awang Kamaruddin ke mana saja Awang Kamaruddin mengembara. Begitu juga dengan hubungan silatirrahim Dang Kumala dengan 13 sepupu sehingga mereka sudi menolong Awang Kamaruddin untuk berperang dengan pengikut-pengikut Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti.
SASTERA KLASIK HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [TOPIK-TOPIK PERBINCANGAN] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 27 7) UNSUR KESAKTIAN DALAM HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN Kesaktian bermaksud kuasa diluar kemampuan manusia biasa iaitu seseorang atau sesuatu yang memiliki kuasa luar biasa. Kesaktian dalam Hikayat Awang Kamaruddin dapat dibahagikan kepada dua iaitu ilmu kesaktian [pada watak tertentu] dan kesaktian pada benda / peralatan. (i) UNSUR KESAKTIAN [PADA WATAK TERTENTU] 1) ILMU PENUDUH BURUNG Watak Lamang Labai Huraian: Lamang Labai ingin tahu kebenaran khabar tersebut lalu dia pun memasang perangkap untuk Dang Kasuma, iaitu dia membacakan ilmu Penuduh Burung dan melukis sesuatu di tanah. Ini menyebabkan Dang Kasuma terlalai kerana baginya lukisan tersebut sangat cantik. Watak Awang Kamaruddin Huraian: Awang Kamaruddin telah berjaya menghidupkan kembali Dang Siti Nuralam, Dang Siti Nuralam merajuk dan marah tetapi dengan ilmu bini-bini untuk melembutkan hati, Awang Kamaruddin berjaya memujuknya sehingga Dang Siti Nuralam duduk berpangku dalam pelayaran balik ke Negeri Timur. 2) BERTAPA & MENAPAKAN Watak Lamang Labai Huraian: Lamang Labai telah menapakan anak-anaknya dengan isterinya yang lain, iaitu Sultan Bongsu dan Tuan Puteri Kumala Bongsu dalam buah Pinang Si Gangga Wari di tepi laut. Watak Awang Kamaruddin Huraian: Di akhir cerita, dikatakan bahawa Awang Kamaruddin tidak mati tetapi bertapa di sebuah danau di Hulu Banjarmasin. Dia duduk di atas pedang Sulindayannya. Dia akan bangkit jika diperlukan untuk menentang orang-orang kafir. Watak Dang Kumala Huraian: Dang Kumala juga diceritakan bertapa di sepohon Pulayi Manang di Kuala Sungai Baram.
SASTERA KLASIK HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [TOPIK-TOPIK PERBINCANGAN] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 28 Watak Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti Huraian: Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti sedang bertapa di Bukit Si Guntang-Guntang, di tempat Tuan Puteri Si Raksasa, dengan duduk bersila di puncak kerisnya, keris senjata aluk sembilan 3) ILMU KEBAL Watak Lamang Labai Huraian: Lamang Labai sewaktu melarikan Dang Kasuma telah ditetak beberapa kali oleh Dang Kasuma dengan Pisau Pempaginya tetapi tidak ada garit luka malah bunyi melangking apabila kulitnya ditetak. Kulitnya itu tidak masuk ditetak, digigit dan dikakai. Dalam perang tandingnya dengan Anggayan Damit, semua senjata Anggayan Damit yang mengenai tubuh Lamang Labai semua rosak kerana tidak masuk ke badan Lamang Labai. Hujung mata lembing berlipat dua, tumpul berlipat mata pedang Sulindayannya bagaikan menetak belahan ipang yang keras dan apabila terkena badan Lamang Labai berlipat hujung keris Anggayan Damit. Watak Awang Kamaruddin Huraian: Dalam perang tanding antara Awang Kamaruddin dengan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti, Tuan pemagat menghayun empat kali berjurut menikam Awang Kamaruddin dengan Keris Senjata Aluk Sembilannya lalu kena sekali tetapi tidak memberi apa-apa kesan kepada Awang Kamaruddin. 4) MENERIMA GERAK Watak Dang Kumala Huraian: Dang Kumala menerima gerak panggilan daripada abangnya, Awang Kamaruddin yang memerlukan bantuan kerana sedang berperang dengan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Watak Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti Huraian: Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti sedang bertapa yang hanya tinggal 7 hari saja lagi. Dia terasa bahawa tunangnya telah diganggu oleh seorang lelaki sehingga dia dapat merasakan kesakitan yang amat sangat pada indung batisnya sebelah kanan sehingga pedih hulu hati dan jantungnya lalu terasa atas kepalanya hendak terbelah. Semasa peperangannya dengan Awang Kamaruddin, Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti terasa bahawa ajalnya akan tiba apabila dia dapat merasakan kesakitan yang amat sangat pada indung batisnya sebelah kanan sehingga naik ke tulang belakangnya lalu pedih tangkai hati dan jantungnya dan naik ke bumbunannya.
SASTERA KLASIK HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [TOPIK-TOPIK PERBINCANGAN] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 29 5) PENJELMAAN / PENYAMARAN Watak Dang Kumala dan 13 sepupunya Huraian: Dang Kumala dan 13 orang sepupunya menjelma menjadi berbagai-bagai jenis burung seperti Burung Si Marak Jantan, Burung Si Marak Nuri dan Burung Si Jambak Wali terbang menuju ke Gunung Maha Biru untuk membantu Awang Kamaruddin berperang dengan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Dang Kumala menjelma menjadi angin (DK) untuk mengambil anak batu pertapaan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti yang berada dalam jagaan Tuan Puteri Si Raksasa di Bukit Si GuntangGuntang, untuk mendamaikan / memberhentikan peperangan tersebut. Watak Dang Bongsu Huraian: Dang Bongsu menjelma menjadi hujan (DB) untuk mengambil anak batu pertapaan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti yang berada dalam jagaan Tuan Puteri Si Raksasa di Bukit Si GuntangGuntang, untuk mendamaikan / memberhentikan peperangan tersebut. Watak Awang Kamaruddin Huraian: Awang Kamaruddin menukarkan dirinya menjadi Lalat Kuning supaya cepat sampai ke tepi laut untuk mengambil buah Pinang Si Gangga Wari (tempat adik-adiknya berlainan ibu ditapakan). Dia membaca mantera untuk menukarkan dirinya menjadi Lalat Kuning. Selepas mendapatkan buah Pinang Si Gangga Wari, dia pun menukarkan dirinya semula menjadi manusia. Watak Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti Huraian: Dia menggunakan kesaktian ini supaya cepat balik ke Negeri Tanjung Keinderaan untuk membuat persediaan perkahwinannya. Dia membacakan mantera lalu menukarkan dirinya menjadi Lalat Kuning. Watak Tuan Puteri Si Raksasa Huraian: Selepas memakan Dang Siti Noralam, wajah Tuan Puteri Si Raksasa pun berubah (seperti dituang disalin dengan Dang Siti Noralam – serupa dengan wajah Dang Siti Noralam) Tuan Puteri Si Raksasa telah dicabar oleh Awang Kamaruddin selepas Awang Kamaruddin mengetahui Tuan Puteri Si Raksasa telah menipunya. Tuan Puteri Si Raksasa pun membesarkan dan mengecilkan badannya atas permintaan Awang Kamaruddin. Selepas dia mengecilkan badannya itulah, badan Tuan Puteri Si Raksasa pun dipenggal dua oleh Awang Kamaruddin.
SASTERA KLASIK HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [TOPIK-TOPIK PERBINCANGAN] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 30 Selepas badannya dipenggal, Awang Kamaruddin membuang separuh ke laut dan menjelma menjadi Naga Berkepala Tujuh dan separuh lagi ke darat dan menjadi harimau yang ganas dipanggil Harimau Jantan. 6) MENILIK MELALUI KESAKTIAN Watak Awang Kamaruddin Huraian: Awang Kamaruddin dapat melihat Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa di dalam Panggau Gading 9 Ringkat di Negeri Jawa sedang bersiap-siap untuk perkahwinannya dengan tunangnya, Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Awang Kamaruddin melihat adiknya hanya tinggal satu ketupat saja lagi dalam pertapaannya di dalam Pinang Si Gangga Wari. Watak Dang Kumala Huraian: Setelah mendapat gerak panggilan, Dang Kumala pun melihat melalui kesaktiannya. Dia melihat abangnya sedang berperang. Tuan Pemagat Bongsu baginda Indera Sakti Huraian: Dia pun melihat melalui kesaktiannya yang tunangnya, Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa sedang duduk berdua-duaan dalam Panggau Gading Sembilan Ringkat dengan seorang lelaki. 7) MEMANGGIL DARI JARAK JAUH Watak Awang Kamaruddin Huraian: Awang Kamaruddin sedang berperang dengan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti di Gunung Maha Biru. Awang Kamaruddin memanggil adiknya, Dang Kumala, untuk membantunya dengan menghentakkan kakinya sebanyak 3 kali dan berteriak. Selepas dia berteriak, meruntuhkan tujuh rambian Gunung Maha Biru . 8) ILMU KESAKTIAN MEMBUAT KOLAM MENGGUNAKAN KERIS ALUK SEMBILAN Watak Awang Kamaruddin Huraian: Awang Kamaruddin dapat membuat kolam di Gunung Maha Biru dengan menggunakan kesaktian kerisnya, iaitu Keris Aluk Sembilan. Air kolam itu untuk diminum oleh Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti ketika kehausan sewaktu berperang terlalu lama dengan Awang Kamaruddin. Airnya terpaksa diambil dengan sehelai daun irik. Ketika Tuan Pemagat hendak minum air tersebut, keris Awang Kamaruddin cuba menikamnya (jilat-jilat keris Awang Kamaruddin dalam tempisung). Tuan Pemagat hanya dapat menjilat air yang melekat pada daun irik tersebut.
SASTERA KLASIK HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [TOPIK-TOPIK PERBINCANGAN] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 31 9) ILMU KESAKTIAN MENGHIDUPKAN Watak Awang Kamaruddin Huraian: Dang Kumala memujuk Awang Kamaruddin untuk menghidupkan semula Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti yang telah dibunuh oleh Awang Kamaruddin. Awang Kamaruddin menghidupkan Tuan Pemagat dengan meniup tangkai hatinya. Manakala tentera-tentera Tuan Pemagat pula dihidupkan dengan cara menghentakkan kaki sebanyak 3 kali dan berteriak. Awang Kamaruddin menghidupkan Dang Siti Noralam setelah ditelan oleh Tuan Puteri Si Raksasa yang bertukar menjadi tompok-tompok putih dengan menggunakan Minyak Si Lompat Pagar dan Aying Mawal sebanyak 3 titik. Awang Kamuddin juga menghidupkan atau menjelmakan adik-adiknya berlainan ibu (Sultan Bongsu dan Tuan Puteri Kumala Bongsu) yang ditapakan dalam buah pinang Si Gangga Wari. Dia menghidupkan adik-adiknya dengan menitikkan aing mawal dan Minyak Si Lompat Pagar sebanyak 3 kali. (ii) KESAKTIAN PADA BENDA / PERALATAN 1) AJUNG SI LANCANG KUNING SI NAGA SAKTI Mempunyai kesaktian boleh berubah saiz menjadi kecil dan besar dan boleh terbang Huraian: Ajung ini pada mulanya besarnya hanya seperti ludang piasau tetapi setelah dibacakan mentera berubah saiz menjadi besar. Boleh bergerak sendiri setelah dibacakan mentera oleh Awang Kamaruddin. Ajung Si Lancang Kuning ini terbang tinggi hingga ke awan, kelajuannya umpama burung yang terbang. Ajung ini juga boleh bergerak di lautan tetapi tidak mencecah air laut. 2) AYING MAWAL DAN MINYAK SI LOMPAT PAGAR TUJUH SERANTAI Alat yang digunakan untuk menjelamakan kepada bentuk sediakala dan menghidupkan manusia. Huraian: Awang Kamaruddin menggunakan Minyak Si Lompat Pagar untuk menjelmakan bentuk sediakala dan menghidupkan Dang Siti Nuralam dan adik-adiknya dari pertapaan pinang Si Gangga Wari. Kemudian Awang Kamaruddin menitikkan Aying Mawal sebanyak tiga titik iaitu titik pertama timbul aluk manusia, titik kedua bernyawa dan titik ketiga terpondoklah Dang Siti Nuralam dan adik-adiknya. 3) PINANG SI GANGGA WARI Tempat pertapaan Huraian: Awang Kamaruddin melihat dengan kesaktiannya memang benar adiknya ada di dalam pinang Si Gangga Wari sedang bertapa dan hanya tinggal sebiji ketupat. Pinang ini terletak sangat tinggi dan berambat dengan kesaktian di tepi laut
SASTERA KLASIK HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [TOPIK-TOPIK PERBINCANGAN] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 32 4) PEDANG SULINDAYAN Pedang yang mempunyai kuasa luarbiasa Huraian: Pedang ini digunakan oleh Awang Kamaruddin dalam pertapaannya sebagai tempat duduk. Awang Kamaruddin dikatakan duduk bersila-sila panggung di hujung Sulindayannya dan pedang ini juga dikatakan bernanang-nanang ke sana-sini di dalam danau. 5) LEMBING TUJUH SEKEMBARAN Senjata yang boleh terbang sendiri menuju mangsanya Huraian: Dalam perang tanding antara Lamang Labai dan Anggayan Damit, lembing ini digunakan dan dikatakan demi dilepaskan lembing macam hidup bernyawa, selajur menghalu-halu apabila Lamang Labai menyilat ke kiri dihaganya ke kiri dan apabila Lamang Labai menyilat ke kanan dihaganya ke kanan. 6) LANGIR PERTAPAAN Benda yang boleh merubah seseorang menjadi bertambah cantik Huraian: Langir pertapaan ini telah ditapakan selama sembilan tahun, sembilan bulan dan sembilan hari. Apabila digunakan, dititikkan tiga titik sehingga menumbung-numbung buyahnya selumih pun tiada pecah dan cacat-celanya. Setelah selesai dimandikan, orang tersebut akan digambarkan menjadi bertambah bercahaya dan cantik rupa parasnya. 7) ANAK BATU PERTAPAAN Tempat menyimpan kelemahan atau nyawa Huraian: Anak Batu Pertapaan ini dikatakan disimpan (dikandung) oleh Tuan Puteri Si Raksasa tetapi telah diambil oleh Dang Bongsu dan Dang Kumala sewaktu perang tanding antara Awang Kamaruddin dan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Dang Kumala telah mengambil keris Awang Kamaruddin dan digilirnya pada Anak Batu Pertapaan. Kesan dari perbuatan ini menyebabkan Tuan Pemagat terasa dingin sehingga berdiri bulu romanya dan kemudiannya kedatangan gerak umurnya. Dari sini dapat disimpulkan bahawa Anak Batu Pertapaan adalah kelemahan Tuan Pemagat sehingga dengan beberapa tindakan tertentu menembusi kekebalan Tuan pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti.
SASTERA KLASIK HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [TOPIK-TOPIK PERBINCANGAN] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 33 8) KERIS ALUK SEMBILAN Membuat kolam Huraian: Dalam peristiwa perang tanding antara Awang Kamaruddin dengan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti, di Gunung Maha Biru, Awang Kamaruddin membuat kolam dengan kerisnya untuk memperdayakan Tuan Pemagat yang kesusahan mencari air. Setelah Tuan Pemagat menjumpai kolam tersebut dia hanya menjilat sedikit air tersebut dan badanya kembali segar dan bertenaga. 9) RAMBAT KESAKTIAN Huraian: Melindungi / menjaga benda dan tempat dari sebarang gangguan. Rambat kesaktian ini ada disebutkan sewaktu Awang Kamaruddin hendak masuk ke dalam panggau Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa. Setelah diizinkan masuk oleh Tuan Puteri, Awang Kamaruddin menggunakan ilmunya sehingga terbuka dan tersiah sedikit rambat kesaktian dan ini membolehkan dirinya masuk. Awang Kamaruddin berjaya lagi membuka rambat kesaktian yang melindungi Pinang Si Gangga Wari dengan ilmu dan kepandaiannya.
SASTERA KLASIK HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [TOPIK-TOPIK PERBINCANGAN] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 34 8) UNSUR PENYAMARAN / PENJELMAAN UNSUR PENYAMARAN / PENJELMAAN YANG TERDAPAT DALAM HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN DEFINISI PENYAMARAN PENJELMAAN MENYAMAR – Mengubah rupa (tidak memperlihatkan keadaan yang sebenarnya supaya tidak dikenali orang); menjadikan diri sebagai MENJELMA – Mewujudkan diri dalam bentuk (rupa dsb) yang lain; berubah menjadi makhluk (benda) yang lain. MENJELMAKAN – Menukarkan diri menjadi sesuatu bentuk (rupa) yang lain. Penyamaran dan penjelmaan adalah perihal satu watak yang mengubah dirinya sama ada dari rupa atau suara. watak berkebolehan merubah bentuk nya kepada bentuk atau benda lain dengan tujuan-tujuan tertentu. Dalam hikayat ini memang terdapat watak-watak yang menyamar dan menjelma. 1) MENIRU SUARA Awang Kamaruddin Huraian: Awang Kamaruddin dapat mengubah suaranya menjadi suara Raja Muda Indera Bongsu menggunakan ilmu kesaktiannya. Peristiwa ini berlaku ketika Awang Kamaruddin hendak masuk ke dalam bilik Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa sebelum hari perkahwinannya dengan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Dengan meniru suara Raja Muda Indera Bongsu, Awang Kamaruddin dapat masuk ke bilik Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa sehingga menyebabkan Tuan Puteri tersebut terkejut dan malu lalu pengsan. 2) MENJELMA MENJADI LALAT KUNING Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti Huraian: Penyamaran Tuan Pemagat menjadi lalat kuning bertujuan untuk pulang ke Tanjung Keinderaan di Jawa setelah dia melihat dalam kesaktiannya bahawa tunangnya didatangi oleh Awang Kamaruddin dalam biliknya.
SASTERA KLASIK HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [TOPIK-TOPIK PERBINCANGAN] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 35 Awang Kamaruddin Huraian: Awg Kamaruddin dapat mengubah bentuk dirinya menjadi seekor lalat kuning. Peristiwa ini berlaku ketika Awg Kamaruddin hendak ke tepi laut untuk mengambil kedua orang adiknya yang ditapakan oleh Lamang Labai di dalam buah pinang yang dikenali Pinang Si Gangga Wari. Adiknya itu bernama Sultan Bongsu dan Tuan Puteri Kunala Bongsu. Apabila Awang Kamaruddin berada di Tabuk Rancangan di hamparan istana, dia berdiri di sana dan mengingati kesaktiannya lalu membacakan sebuah mentera untuk menjelma menjadi lalat kuning. 3) MENJELMA MENJADI BURUNG SI MARAK NURI, SI MARAK JANTAN DAN SI JAMBA WALI Dang Kumala bersama 13 sepupu Huraian: Peristiwa ini berlaku semasa mereka hendak pergi ke Gunong Mahabiru untuk menolong Awang Kamaruddin yang sedang berperang dengan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Mereka bertukar menjadi pelbagai jenis burung agar cepat sampai ke destinasi yang dituju. 4) MENJELMA MENJADI ANGIN DAN HUJAN Dang Kumala dan Dang Bongsu Huraian: Peristiwa ini berlaku semasa mereka hendak mengambil anak batu pertapaan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti yang dijaga oleh Tuan Puteri Si Raksasa Anak Hantu di Bukit Si Gunatng-Guntang. Dang Kumala bertukar menjadi angin manakala Dang Bongsu menjadi hujan agar tidak diketahui atau dikesan kehadiran mereka oleh Tuan Puteri Si Raksasa Anak Hantu. Semasa itu Tuan Puteri Si Raksasa Anak Hantu sedang tidur dan mereka berjaya mengambil anak batu pertapaan tersebut. 5) MENYERUPAI WAJAH ORANG LAIN Tuan Puteri Si Raksasa Huraian: Peristiwa ini berlaku semasa Awang Kamaruddin menjumpai Tuan Puteri Si Raksasa untuk tujuan mencari Dang Siti Noralam yang melarikan diri. Setelah berkali-kali Awang Kamaruddin bertanya kepada Tuan Puteri Si Raksasa tentang keberadaan Dang Siti Nuralam, Awang Kamaruddin terlihat wajah Tuan Puteri Si Raksasa berubah menyerupai wajah Dang Siti Noralam akibat telah menelan Dang Siti Noralam. 6) DIJELMAKAN MENJADI HARIMAU JANTAN DAN NAGA BERKEPALA TUJUH Tuan Puteri Si Raksasa Huraian: Peristiwa ini berlaku semasa Awang Kamaruddin memenggal badan Tuan Puteri Si Raksasa menjadi dua. Sepenggal dibuang ke laut lalu menjadi seekor Naga Kepala Tujuh dan sepenggal lagi dibuang ke darat lalu menjadi seekor Harimau Jantan yang garang. Awang Kamaruddin membuat helah dengan mencabar Tuan Puteri Si Raksasa untuk membesar dan mengecilkan badannya lalu sewaktu dia mengecilkan badannya Awang Kamaruddin terus memenggal badannya menjadi dua kerana Awang Kamaruddin tahu bahawa Tuan Puteri Si Raksasa telah menelan Dang Siti Noralam.
SASTERA KLASIK HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [TOPIK-TOPIK PERBINCANGAN] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 36 7) MENJADI TOMPOK-TOMPOK PUTIH Dang Siti Noralam Peristiwa ini berlaku semasa Awang Kamaruddin pergi mencari Dang Siti Noralam. Dang Siti Noralam telah ditelan oleh Tuan Puteri Si Raksasa atas kehendaknya sendiri. Setelah Tuan Puteri Si Raksasa berjaya dibunuh, Awang Sukaim menjumpai bangsi di papatan bantal Tuan Puteri Si Raksasa, dia cuba meniupnya tetapi tiada bunyi keluar lalu memberitahu kepada Awang Kamaruddin setelah memeriksa adanya tompok-tompok putih di dalamnya. Awang Sukaim mengeluarkan tompok-tompok putih itu ke tangan Awang Kamaruddin dan setelah menyeluk minyak Si Lompat Pagar Tujuh Serantai, Awang Kamaruddin lantas yakin yang tompok-tompok putih itu adalah Dang Siti Noralam lalu menghidupnya dengan kesaktiannya.
SASTERA KLASIK HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [TOPIK-TOPIK PERBINCANGAN] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 37 9) PENGEMBARAAN (i) PENGEMBARAAN AWANG KAMARUDDIN KALI PERTAMA: MEREBUT / MERAMPAS TUAN PUTERI BONGSU KUMALA JAWA Kisah pengembaraan Awang Kamaruddin mahu pergi ke negeri Jawa bermula apabila Awang Kamaruddin melihat melalui kesaktiannya, dia dapat menilik kecantikan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa yang sedang bersiap-siap hendak melangsungkan perkahwinanannya. Lalu Awang Kamaruddin terpikat dengan kecantikannya dan berhasrat untuk merebut untuk dijadikan isterinya. Untuk pergi ke Negeri Jawa Awang Kamaruddin tidak berterus terang menyatakan hasratnya, tetapi Awang Kamaruddin beralasan hendak mencuba kepandaian dan ilmu yang dimilikinya dengan cara beradu tenaga dengan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti yang terkenal handal lagi sakti di Negeri Jawa. Lalu Awang Kamaruddin meminta kebenaran kepada ibunya, Dang Kasuma untuk pergi ke Negeri Jawa. Walaupun pada awalnya, Dang Kasuma melarang akan tetapi Awang Kamaruddin tetap bekeras untuk pergi juga dan akhirnya terpaksa juga Dang Kasuma membenarkannya. Awang Kamaruddin pergi ke Negeri Jawa dengan ditemani oleh dua orang sepupunya iaitu, Awang Sukaim dan Awang Bujang Laila Bongsu. Awang Kamaruddin pergi ke sana dengan menggunakan Anjung Si Lancang Kuning Si Naga Sakti. Setelah Awang Kamaruddin sampai di Istana Besar Negeri Jawa, Awang Kamaruddin disambut mesra oleh Raja Muda Indera Bongsu. Di Negeri Jawa, Awang Kamaruddin bertindak berani masuk ke dalam bilik Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa dengan meniru suara Raja Muda Indera Bongsu. Setelah berjaya masuk ke bilik Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa, Awang Kamaruddin menggunakan ilmu penuduh burung kepada Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa menyebabkannya terus menyukai Awang Kamaruddin. Kejadian tersebut dapat diketahui oleh Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti yang sedang bertapa. Lalu dia bertindak nekad sanggup keluar dari pertapaannya yang tinggal tujuh hari sahaja lagi akan tamat setelah menerima gerak hati bahawa tunangnya telah diganggu dan akan dirampas orang dan dia berharap dapat mempertahankan haknya (tunangnya) tersebut. Selain itu, semasa upacara memandikan pengantin perempuan, Awang Kamaruddin juga telah mengambil kesempatan dengan memandikan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa menggunakan Langir Warisan peninggalan ayahnya Lamang Labai yang mempunyai kuasa luar biasa sehingga menyebabkan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa terketar-ketar kedinginan dan berjaya membuat Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa bertambah suka dan sayang lagi kepada Awang Kamaruddin. Ini juga bertujuan agar Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa akan mudah jatuh ketangannya. Ketika dalam majlis persandingan antara Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti dengan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa pula, semasa upacara menapakkan pengantin, Awang Kamaruddin sendiri dengan sengaja telah melapis tapak tangan TPBBIS dengan jari manisnya menjadikan jari manis Awang Kamaruddin yang sampai (mencecah) ke atas ubun-ubun Tuan Puteri bukannya jari Tuan Pemagat. Bahkan, Awang Kamaruddin juga mempermain-mainkan TPBBIS semasa upacara mendudukan pengantin, iaitu dengan
SASTERA KLASIK HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [TOPIK-TOPIK PERBINCANGAN] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 38 sengaja menyuruh Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti duduk di sebelah kiri sedangkan Awang Kamaruddin sendiri duduk sebelah kanan, seolah-olah Awang Kamaruddin yang bersanding dengan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa. Peristiwa-peristiwa ini menyebabkan TPBBIS berasa sangat marah ditambah lagi apabila mengetahui maksud sebenar Awang Kamaruddin mahu merampas Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa daripadanya. Akhirnya, perkelahian pun terjadi di antara mereka yang bermula di Panggau Penggangunan, setelah itu berpindah ke Bukit Perhentian lalu berpindah lagi ke Gunong Mega Berangkat selama 3 hari 3 malam, kemudian berpindah lagi ke Bukit Tunan selama 7 hari dan terakhir di Gunong Maha Biru. Di Gunong Maha Biru inilah, Awang Kamaruddin terpaksa meminta pertolongan adik dan 13 orang sepupu-sepupunya. Disebabkan antara Awang Kamaruddin dan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti tidak ada yang mahu mengalah dan sukar untuk ditewaskan, akhirnya Dang Bongsu membongkar rahsia kelemahan Tuan Pemagat yang terletak di dalam anak batu pertapaan yang disimpan oleh ibu angkat dan guru pertapaannya, Tuan Puteri Si Raksasa. Setelah Dang Kumala dan Dang Bongsu berjaya mencuri anak pertapaan itu lalu Dang Kumala mengilirkan keris Awang Kamaruddin dengan Anak Batu pertapaan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti, akhirnya keris Awang Kamaruddin dapat menembusi kekebalan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti sekaligus menewaskannya. Walau bagaimanapun, atas permintaan Dang Kumala dan Dang Bongsu, Awang Kamaruddin menghidupkan semula Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti dan para pengikutnya. Akhirnya, Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti pun bersetuju menyerahkan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa kepada Awang Kamaruddin. Awang Kamaruddin pun berkahwin dengan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa dan hidup bahagia bersamanya.
SASTERA KLASIK HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [TOPIK-TOPIK PERBINCANGAN] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 39 (ii) PENGEMBARAAN AWANG KAMARUDDIN KALI KEDUA: MENCARI / MENYELAMATKAN DANG SITI NORALAM Kisah yang menimbulkan pengembaraan Awang Kamaruddin kali kedua ini bermula dari Awang Kamaruddin berhasrat ingin memenuhi impian / keinginan ibunya yang teringin sangat hendak bermenantukan Dang Siti Noralam, iaitu tunang Awang Kamaruddin semasa kecil. Hasrat itu disuarakannya kepada ibu dan isterinya dan mereka membenarkannya. Lalu Dang Kasuma mengarahkan Awang Abdul Mumin dan Awang Si Mutaram pergi ke bukit Surau bertemu Dang Kasuma Mata untuk meminang Dang Siti Noralam. Apabila tiba di bukit Surau, rombongan meminang terus menemui Dang Kasuma Mata untuk menyampaikan hasrat AK tersebut tetapi Dang Kasuma Mata tidak dapat memutuskannya / menerima pinangan tersebut dan menyuruh mereka sendiri menemui Dang Siti Noralam untuk mendapatkan jawapannya. Ketika hendak pergi ke panggau Dang Siti Noralam, mereka terjumpa abang Dang Siti Noralam iaitu Awang Sukaim yang memberitahu bahawa Dang Siti Noralam tiada di situ kerana telah melarikan diri ke hulu negeri Jawa, di tempat Tuan Puteri Si Raksasa. Dang Siti Noralam berbuat demikian kerana berjauh hati dan merajuk dengan sikap Awang Kamaruddin yang sering menghina dan mengatanya sewaktu kecil dahulu,dan dia juga berkecil hati kerana Awang Kamaruddin telah berkahwin dengan orang lain lalu dia bertindak nekad mengambil hendak membunuh diri dengan meminta telan kepada Tuan Puteri Si Raksasa. Rombongan meminang kembali ke bukit Sinarubai dan berita itu disampaikan kepengetahuan Dang Kasuma lalu dia meminta Awang Kamaruddin menyusul pemergian Dang Siti Noralam tersebut. Awang Kamaruddin seperti biasa meminta bantuan daripada Awang Sukaim dan Awang Bujang Laila Bongsu untuk menemaninya pergi mencari Dang Siti Noralam ke hulu negeri Jawa. Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa juga ikut serta dalam pencarian tersebut. Mereka terus pergi ketempat Tuan Puteri Si Raksasa dengan menggunakan ajung Si Lancang Kuning Si Naga Sakti kepunyaan Awang Kamaruddin. Apabila tiba ditempat Tuan Puteri Si Raksasa, Awang Kamaruddin terus menemui Tuan Puteri Si Raksasa dan bertanya kepada Tuan Puteri Si Raksasa sama ada Dang Siti Noralam ada datang ke sana. Tuan Puteri Si Raksasa menafikan kedatangan Dang Siti Noralam dan seterusnya menafikan juga mengetahui di mana Dang Siti Noralam berada. Awang Kamaruddin mengetahui Tuan Puteri Si Raksasa berbohong kerana ketika itu wajah Tuan Puteri Si Raksasa menyerupai wajah Dang Siti Noralam disebabkan dia sudah menelan Dang Siti Noralam. Awang Kamaruddin mengertak akan membunuh Tuan Puteri Si Raksasa jika dia tidak memberitahu perkara sebenar. Tetapi Tuan Puteri Si Raksasa terus menafikan mengetahui di mana Dang Siti Noralam berada dan akhirnya Awang Kamaruddin bertindak membunuh Tuan Puteri Si Raksasa dengan memenggal dua badan Tuan Puteri Si Raksasa menggunakan pedang sulindayannya. Awang Kamaruddin berjaya membunuh Tuan Puteri Si Raksasa menggunakan tipu muslihatnya. Sewaktu Awang Sukaim sedang berbaring di tempat tidur Tuan Puteri Si Raksasa, Awang Sukaim terlihat satu bangsi di papatan bantal Tuan Puteri Si Raksasa lalu ditiupnya tetapi tidak berbunyi kerana di dalam bangsi itu ada tumpuk-tumpuk putih. Lalu benda putih itu dikeluarkan dan diletakkan ditapak tangan Awang Kamaruddin. Awang Sukaim menyangka dan berpendapat bahawa benda putih tersebut adalah Dang Siti Noralam. Pendapat / sangkaan ini disokong oleh Awang Kamaruddin. Oleh yang demikian, Awang
SASTERA KLASIK HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [TOPIK-TOPIK PERBINCANGAN] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 40 Kamaruddin berusaha menghidupkan dan menjelmakan semula Dang Siti Noralam. Pada mulanya dia menggunakan minyak Si Lompat Pagar 7 serantai dan ilmu asal menghidupkan manusia, setelah itu di menggunakan aing mawal sebanyak 3 titis. Usaha Awang Kamaruddin tersebut berjaya dan apabila Dang Siti Noralam hidup dan menjelma semula menjadi manusia ternyata Dang Siti Noralam masih marah dan menaruh rasa benci terhadap Awang Kamaruddin. Tetapi Awang Kamaruddin berjaya melembutkan hati Dang Siti Noralam dengan ilmu penuduh burung ( ilmu pengasih) menyebabkan Dang Siti Noralam menyukai Awang Kamaruddin serta bersetuju mengikutnya balik ke negeri Timur. Akhirnya Dang Siti Noralam berkahwin dengan Awang Kamaruddin dan hidup bahagia tinggal di bukit Sinarubai.
SASTERA KLASIK HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [TOPIK-TOPIK PERBINCANGAN] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 41 (iii) PENGEMBARAAN AWANG KAMARUDDIN KALI KETIGA: MEMBUKA TAPAAN ADIK BERADIKNYA BERLAIN IBU DI POHON PINANG SI GANGGA WARI Kisah pengembaraan Awang Kamaruddin kali ketiga ini bermula apabila sebelum berkahwin dengan Dang Siti Noralam, Awang Kamaruddin telah menemui ibunya di panggau Gading Tujuh Ringkat dan bertanyakan kepada ibunya sama ada dia mempunyai adik-beradik lain lagi. Dang Kasuma menyatakan memang Awang Kamaruddin mempunyai adik-beradik lagi yang berlainan ibu di negeri lain yang sedari lahir ditinggalkan ayah mereka, Lamang Labai. Adik-beradik Awang Kamaruddin itu ditapakan dalam buah Pinang Si Gangga Wari dan secara kebetulan semasa Awang Kamaruddin bertanya kepada ibunya itu adalah hari terakhir pertapaan adik-beradiknya yang hanya tinggal dengan sibiji Ketupat sahaja lagi. Lalu Awang Kamaruddin melihat dalam kesaktiannya dan nampak kedua-dua adiknya itu iaitu Sultan Bongsu dan Tuan Puteri Kumala Bongsu di dalam buah Pinang Si Gangga Wari yang tumbuh tinggi di tepi laut. Dikatakan tempat itu sangat sukar dan berbahaya untuk didatangi. Lalu Awang Kamaruddin meminta kebenaran ibunya untuk pergi membuka tapaan adik-beradiknya pada hari itu juga dengan harapan mereka dapat hadir dan memeriahkan lagi majlis perkahwinannya dengan Dang Siti Noralam. Ibunya membenarkannya, tambahan lagi memang menjadi wasiat Lamang Labai agar Awang Kamaruddin membuka tapaan tersebut. Sebelum bertolak, Awang Kamaruddin menemui adiknya Dang Kumala terlebih dahulu untuk memberitahu pemergiannya dan meminta buatkan pinang sekapur sigup bergulung sebagai bekalannya diperjalanan. Dang Kumala juga memperingatkan Awang Kamaruddin agar mempersiapkan diri sebaik-baiknya sebelum memulakan perjalanannya kerana tempat yang hendak dituju itu berbahaya. Selepas itu, Awang Kamaruddin menuju ke tabuk rancangan dan menukarkan dirinya menjadi lalat kuning dan terus terbang menuju pohon pinang Si Gangga Wari. Setelah sampai ketempat yang dituju, Awang Kamaruddin dapat melihat pohon pinang Si Gangga Wari yang diperkatakan oleh ibunya. Ternyata buah pinang itu terkawal rapi oleh kuasa kesaktian ayahnya Lamang Labai. Lalu dengan kesaktian yang ada Awang Kamaruddin pun berusaha membuka kawalan kesaktian tersebut dan Awang Kamaruddin dapat membuka sedikit sahaja kawalan kesaktian tersebut lalu dengan cepat dia terus mengambil buah pinang tersebut dan membawanya pulang secepat mungkin. Ketika tiba di Tabuk Rancangan, baharulah Awang Kamaruddin menukarkan dirinya menjadi manusia seperti sediakala. Dengan menggunakan ilmu kesaktiannya dan tiga titis minyak Si Lompat Pagar Tujuh Serantai pula Awang Kamaruddin berjaya membuka tapaan buah pinang Si Gangga Wari tersebut dengan seterusnya menjelmakannya menjadi bentuk manusia seperti sediakala iaitu Sultan Bongsu dan Tuan Puteri Kumala Bongsu. Setelah itu Awang Kamaruddin juga menggunakan Aying Mawal bertujuan memulihkan tenaga agar adik-adiknya itu segar dan sihat kembali. Kemudian, kedua-dua adiknya itu di bawa ke Pasu Gadong untuk dimandikan dengan langir warisan peninggalan ayah mereka yang mempunyai kuasa luar biasa. Setelah selesai dimandikan, baharulah terserlah rupa kedua-dua adik Awang Kamaruddin tersebut yang ternyata segak dan cantik. Mereka kemudiannya diberi persalinan oleh Awang Kamaruddin dan terus dibawa berjumpa dengan ibu Awang Kamaruddin, Dang Kasuma untuk di tangas.
SASTERA KLASIK HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [TOPIK-TOPIK PERBINCANGAN] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 42 10) UNSUR PENGARUH DALAM HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN Terdapat 3 unsur pengaruh besar yang terdapat dalam penceritaan Hikayat Awang Kamaruddin, iaitu: (i) Pengaruh Hindu (ii) Pengaruh Islam (iii) Pengaruh Tempatan (i) PENGARUH HINDU Hindu merupakan agama yang terdapat di India. Ia bercirikan penyembahan banyak dewa, sistem kasta dan kepercayaan pada penjelmaan semula. Hikayat Awang Kamaruddin mempunyai banyak unsur pengaruh hindu. Unsur-unsur tersebut adalah seperti berikut: Unsur Penjelmaan. Huraian: Penjelmaan bermaksud perubahan bentuk daripada sesuatu. Contohnya, Awang Kamaruddin dan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti menjelma menjadi lalat kuning setelah memohon kepada dewata. Awang Kamaruddin menjadi lalat kuning dengan tujuan untuk mendapatkan pertapaan adik-adiknya di dalam buah pinang Si Gangga Wari di tepi laut. Manakala, Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti pula menjadi lalat kuning dengan tujuan untuk balik ke Negeri Tanjung Keinderaan. Contoh seterusnya ialah penjelmaan Dang Kumala menjadi angin dan Dang Bongsu menjadi hujan. Mereka menjelma menjadi angin dan hujan ketika mereka pergi mencuri anak batu pertapaan kepunyaan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti di Bukit Si Guntang-guntang. Selain itu, Dang Kumala berserta 13 orang sepupu-sepupunya juga pernah menjelma menjadi pelbagai jenis burung seperti burung Si Marak Jantan, Si Marak Nuri dan Si Jamba Wali ketika hendak pergi ke Negeri Jawa untuk membantu Awang Kamaruddin yang sedang berperang dengan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Unsur Pertapaan. Huraian: Pertapaan bermaksud usaha untuk membersihkan jiwa atau untuk mencapai sesuatu dengan cara mengasingkan diri. Contohnya, Awang Kamaruddin dan Dang Kumala. Di akhir hayat, mereka bertapa di sesuatu tempat. Awang Kamaruddin bertapa di danau di Hulu Banjarmasin. Manakala, Dang Kumala bertapa di atas sepohon pokok bernama Pulayi Manang di Kuala Sungai Baram. Selain itu, Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti juga bertapa. Ia bertapa di Bukit Si Guntang-guntang semenjak lahirnya dan berguru dengan Tuan Puteri Si Raksasa Anak Hantu.
SASTERA KLASIK HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [TOPIK-TOPIK PERBINCANGAN] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 43 Unsur Pengembaraan. Huraian: Pengembaraan bermaksud pergi ke mana-mana atau menjelajahi sesuatu tempat. Contohnya, pengembaraan Awang Kamaruddin ke Negeri Jawa untuk merampas Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa dari tangan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Selain itu, Awang Kamaruddin juga pernah mengembara ke Bukit Si Guntang-guntang di tempat Tuan Puteri Si Raksasa Anak Hantu untuk memujuk dan mendapatkan Dang Siti Noralam yang telah lari kerana merajuk. Pengembaraan terakhir ialah pengembaraan Awang Kamaruddin ke tepi laut dengan tujuan untuk mendapatkan pertapaan adik-adiknya Sultan Bongsu dan Tuan Puteri Kumala Bongsu di dalam buah pinang Si Gangga Wari. Unsur Kesaktian Huraian: Kesaktian bermaksud kuasa di luar kemampuan manusia. Salah satu contoh kesaktian boleh dilihat pada watak Awang Kamaruddin. Ia boleh melihat sesuatu dari jauh dengan menggunakan kesaktiannya. Contohnya, ia boleh melihat bahawa rakyat jelata di Negeri Jawa sedang sibuk mengadakan persiapan majlis perkahwinan di antara Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa dan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Selain watak Awang Kamaruddin, watak Dang Kasuma juga mempunyai kesaktian. Ia boleh memperbesarkan saiz kapal/ajung Si Lancang Kuning Si Naga Sakti yang pada mulanya bersaiz kecil. Kapal ini digunakan oleh Awang Kamaruddin untuk pergi ke Negeri Jawa. Selain itu, watak Dang Kumala juga mempunyai kesaktian. Ia boleh menerima isyarat daripada Awang Kamaruddin di Negeri Jawa (yang pada itu berada di dalam kesusahan) walaupun pada ketika itu ia berada di Negeri Timur. Setelah menerima isyarat, ia membawa sepupu-sepupunya pergi ke Negeri Jawa untuk membantu Awang Kamaruddin. Unsur Peperangan. Huraian: Peperangan bermaksud perkelahian (pertempuran) yang berlaku dengan menggunakan senjata.Contohnya, Lamang Labai berperang dengan Anggayan Damit untuk merebut Dang Kasuma dari tangan Anggayan Damit. Lamang Labai bernasib baik kerana dapat menewaskan Anggayan Damit setelah Anggayan Damit menerima tikaman keris Lamang Labai. Selain itu, Awang Kamaruddin dan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti juga berperang. Peperangan berlaku apabila Awang Kamaruddin membuat kacau pada hari persandingan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti merasa marah, lalu berlakulah peperangan di antara mereka berdua selama beberapa hari. Di dalam peperangan tersebut, Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti tertewas akhirnya. Peperangan seterusnya berlaku di antara Awang Kamaruddin dengan Tuan Puteri Si Raksasa. Peperangan berlaku apabila Tuan Puteri Si Raksasa enggan mengaku yang Dang Siti Noralam ada di tempatnya, padahal, Dang Siti Noralam sudah ditelannya. Awang Kamaruddin memenggal tubuh Tuan Puteri Si Raksasa menjadi dua, sepenggal di darat menjadi harimau yang paling garang di Tanah Jawah dan sepenggal lagi di laut menjadi naga berkepala tujuh.
SASTERA KLASIK HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [TOPIK-TOPIK PERBINCANGAN] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 44 Unsur Hindu Dari Segi Nama-Nama Watak. Huraian: Contohnya, “Indera” (yang terdapat pada nama Raja Muda Indera Bongsu dan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti), “Kumala” (yang terdapat pada nama Dang Kumala, Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa dan Tuan Puteri Kumala Bongsu), “Raksasa” (yang terdapat pada nama Tuan Puteri Si Raksasa Anak Hantu), “Si Gangga” (nama buah pinang iaitu buah pinang Si Gangga Wari) dan sebagainya. Unsur Kepercayaan Adanya Kuasa Dewa/Dewata. Huraian: Contohnya, Awang Kamaruddin dan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti telah memohon pada dewata dengan membaca mantera kesaktian agar mereka dapat berubah bentuk menjadi seekor lalat kuning. Mereka juga telah memohon kepada dewata apabila mereka hendak menjelmakan diri mereka menjadi manusia semula seperti yang dilakukan oleh Awang Kamaruddin apabila selesai membawa pertapaan adikadiknya. Unsur Adanya Kekuasaan Sesuatu Objek. Huraian: Contohnya, kekuasaan yang terdapat pada kapal/ajung Si Lancang Kuning Si Naga Sakti. Kapal ini dapat terbang dengan pantasnya dari Negeri Timur menuju ke Negeri Jawa sewaktu Awang Kamaruddin hendak merebut Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa. Selain itu, senjata-senjata kepunyaan Awang Kamaruddin juga mempunyai kekuasaan luar biasa. Senjata-senjata yang dimaksudkan itu ialah seperti Lembing Tujuh Sekembaran, Keris Panjang Aluk Sembilan dan Pedang Sulindayan. Kekuasaan senjata ini boleh dilihat apabila ia mengeluarkan darah berbuyah-buyah dari bumi apabila mata senjata-senjata tersebut disentak oleh Awang Kamaruddin ke bumi. Darah berbuyah-buyah ini merupakan simbol berlakunya pertumpahan darah di Negeri Jawa jika Awang Kamaruddin pergi ke sana. Selain senjata, cincin permata “Mutika Bumi” yang diturunkan kepada Awang Kamaruddin dan Dang Kumala juga mempunyai kekuasaan. Ia boleh melihat 9 buah kampung (berbayang-bayang sembilan kampung). Unsur Hindu Dalam Adat Istiadat Perkahwinan Huraian: Contohnya, adat mandi langir yang dilakukan oleh Raja Muda Indera Bongsu dan Awang Kamaruddin ke atas Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa sebelum majlis perkahwinan, upacara menapak tangan pengantin lelaki ke atas ubun-ubun pengantin perempuan yang dilakukan oleh Awang Kamaruddin dan upacara bersanding di atas pelamin. Di dalam Hikayat Awang Kamaruddin, Awang Kamaruddin dan Dang Siti Noralam bersanding di atas pelamin yang panggil dengan nama Panggau Penganggunan.
SASTERA KLASIK HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [TOPIK-TOPIK PERBINCANGAN] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 45 (ii) PENGARUH ISLAM Islam merupakan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. Terdapat beberapa unsur Islam di dalam Hikayat Awang Kamaruddin ini. Unsur-unsur tersebut adalah seperti berikut: Unsur Penggunaan Perkataan Arab. Huraian: Contohnya, perkataan “Bismillah”. Perkataan ini diucapkan oleh Dang Kasuma, ibu Awang Kamaruddin sewaktu mengambil baju, seluar dan senjata untuk Awang Kamaruddin pergi ke Negeri Jawa. Begitu juga kata “Bismillah” telah diucap oleh Awang Kamaruddin ketika hendak pergi memerah langir di atas kepala Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa dan ketika menapakkan tangan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti ke ubun-ubun Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa di istiadat persandingan mereka. Unsur Kepentingan Menuntut Ilmu. Huraian: Agama Islam mewajibkan setiap umatnya tidak kira lelaki mahupun perempuan untuk menuntut ilmu. Contohnya, Lamang Labai telah mewasiatkan kepada isterinya, Dang Kasuma agar menghantar kedua-dua anaknya yang lelaki (Awang Kamaruddin) dan yang perempuan (Dang Kumala) untuk menuntut ilmu atau berguru daripada Raja Jin Tujuh Beradik di Gadung Batu di Bukit Si Guntang. Tujuannya berbuat demikian ialah agar anak-anaknya bersedia dalam menghadapi apa jua dugaan dan cabaran kehidupan di dunia ini. Seperti yang diarahkan, kedua-dua anaknya ini pun menuntut pelbagai jenis ilmu daripada Raja Jin Tujuh Beradik apabila mereka sudah dewasa. Antara ilmu-ilmu yang dituntut ialah seperti ilmu kesaktian, ilmu persilatan, ilmu kebal, ilmu alat senjata dan sebagainya. Ilmu-ilmu ini dituntut sesuai dengan keadaan zaman dan masyarakat pada ketika itu. Unsur Beristeri Lebih Dari Seorang. Huraian: juga merupakan salah satu unsur Islam. Islam tidak melarang umatnya untuk beristeri lebih daripada satu iaitu dua, tiga atau empat orang. Contohnya, Lamang Labai dan Awang Kamaruddin masing-masing mempunyai dua orang isteri. Isteri pertama Lamang Labai ialah Dang Kasuma, manakala, isteri keduanya tidak dinyatakannya namanya tetapi merupakan ibu kepada Sultan Bongsu dan Tuan Puteri Kumala Bongsu. Sementara itu, isteri pertama Awang Kamaruddin pula ialah Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa, manakala, isteri keduanya pula bernama Dang Siti Noralam. Unsur Nama Tempat Yang Mengandungi Unsur Islam. Huraian: Contohnya, Kampong Bukit Surau tempat tinggal Dang Siti Noralam. ‘Surau’ merupakan salah satu tempat bagi orang-orang Islam mengerjakan ibadah sembahyang. Unsur Keinsafan. Huraian: Islam memang menggalakkan agar umatnya insaf dan bertaubat. Contohnya, di akhir hayatnya, Awang Kamaruddin merasa insaf dengan apa yang terjadi sebelumnya (ketika mudanya) dengan cara bertapa di sebuah danau di Hulu Banjarmasin dengan tujuan untuk memerangi segala kejahatan/kekafiran.
SASTERA KLASIK HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [TOPIK-TOPIK PERBINCANGAN] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 46 (iii) PENGARUH TEMPATAN Terdapat beberapa unsur tempatan di dalam Hikayat Awang Kamaruddin ini. Unsur tempatan bermaksud unsur setempat yang mempunyai ciri-ciri kemelayuan (khususnya yang terdapat di Brunei). Unsur Dari Segi Nama-Nama Watak. Huraian: Contohnya, “Awang” (yang terdapat pada nama Awang Kamaruddin, Awang Sukaim, Awang Mutaram, Awang Abdul Mumin, Awang Kaim dan sebagainya) dan “Dang” (yang terdapat pada nama Dang Kasuma, Dang Kumala dan Dang Siti Noralam). Selain itu, terdapat juga nama-nama watak yang mempunyai cirii-ciri Melayu Tradisional seperti Lamang Labai, Anggayan Damit, Si Timbul, Si Kabul dan Si Bujang Laila Bongsu. Unsur Penggunaan Bahasa / Dialek Tempatan. Huraian: Kebanyakan bahasa yang digunakan di dalam hikayat ini adalah bahasa Melayu dialek Kedayan sama ada yang digunakan pada dialog atau bukan dialog. Contohnya seperti petikan dialog: “Yang banarnya deh dangsanak. Siapa deh berbuat lukisan ini? Mun setuntut macam jalamanya bisai jua gayanya yang berbuat” dan bukan dialog “ Maka sekajap lagi adalah benar bunyi gawah-gawah orang melintas akan ke tamu. Maka melintas sekawan orang muda-muda. Maka disubuk-subuknya, diperiksa-periksanya dari tempatnya bertapuk”. Berdasarkan contoh petikan tadi, perkataan-perkataan seperti “banarnya”, “dangsanak”, “mun”, “setuntut”, “jalamanya”, “bisai”, “gawah-gawah”, “disubuk-subuk” dan “bertapuk” merupakan kata-kata tempatan (bahasa Melayu Brunei). Unsur Pekerjaan Watak. Huraian: Contohnya, terdapat watak yang bekerja sebagai petani seperti Lamang Labai yang berpadi bukit dan berkebun buah-buahan seperti buah pisang, kelapa, biabas, biaksa dan sebagainya. Selain petani, terdapat juga watak yang berniaga secara kecil-kecilan seperti menjual hasil tanam-tanaman (sayur-sayuran dan buahbuahan) di tamu seperti yang dilakukan oleh orang-orang kampung di kampung Dang Kasuma. Dang Kasuma sendiri dan kawan-kawannya pernah pergi ke tamu untuk menjual hasil-hasil tanamannya di Tamu Pengkalan Tunan. Unsur Mempunyai Adik-Beradik Yang Ramai Dan Ahli Keluarga Yang Besar. Huraian: Contohnya, Dang Kasuma (iaitu ibu kepada Awang Kamaruddin) dikatakan mempunyai adik-beradik yang ramai . Adik-beradiknya ialah seperti Dang Kasuma Mata (ibu Dang Siti Noralam), Tuan Puteri Permaisuri Intan Mas Surai (ibu Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa), Dang Ratnasari, Dang Tengah dan Dang Sari. Unsur Nama Tempat Huraian: Contohnya, Kampong Bukit Sinarubai tempat tinggal Lamang Labai sekeluarga dan Pulau Bedukang Damit di Muara iaitu tempat perlintasan ajung/kapal Si Lancang Kuning Si Naga Sakti kepunyaan Awang Kamaruddin sebelum sampai ke Negeri Jawa.
SASTERA KLASIK HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [TOPIK-TOPIK PERBINCANGAN] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 47 11) TEKNIK PENCERITAAN (i) TEKNIK PENGUCAPAN a) DIALOG Dialog bermaksud pertuturan atau percakapan sekurang-kurangnya antara dua watak atau lebih. Pengarang menggunakan teknik ini untuk menggerakkan atau mengembangkan cerita selanjutnya. Melalui dialog, pengarang dapat memaparkan atau mengambarkan pendapat atau pemikiran berkenaan dengan tema atau persoalan dalam novel tersebut. Watak-watak dalam cerita kerap kali bercakap. Percakapan atau pertuturan itu kita namakan dialog. Dialog dan dialek dapat menghidupkan watak dan mendedahkan sesuatu tentangnya Di samping menceritakan pergerakan manusia, novel juga memaparkan dialog atau percakapan yang berlaku antara watak-watak dalam cerita. Dari percakapan ini tergambar fikiran, sikap dan pendirian hidup watak-watak. 1) Contoh: Awang Kamaruddin adalah anak Lamang Labai dengan Dang Kasuma. Nama Awang Kamaruddin diberikan berdasarkan wasiat Anggayan Damit (tunang Dang Kasuma) sebelum ia meninggal dunia, di bunuh Lamang Labai. “Anu…,anu…, bila…, bila… kau beranak laki dangansanak, namai anakmu itu nama Awang Kamaruddin. Awang Kamaruddin itu iatah nama timang-timanganku masaku kakal dalam menuntut berguru dahulunya.” Kata Anggayan Damit lagi. (Hikayat Awang Kamaruddin, hlm 10) 2) Contoh: Awang Kamaruddin mempunyai sifat menghormati ibu dan adiknya. Hal ini dapat dlihat daripada tindakan Awang Kamaruddin meminta izin atau memberitahu keluarganya terlebih dahulu mengenai hasratnya untuk berangkat ke Negeri Jawa. “Awang, apa hajatmu?” “Aku babu, akan meminta peruntungan kedikita.” “Peruntungan apa wang?” “Aduh? Ada jua peninggalan ayahku,” katanya. “Ilang. Aku kan merantau ke negeri orang, akan bedudun di tanah subarang, ke arah dangansanak.” (Hikayat Awang Kamaruddin, hlm 22)
SASTERA KLASIK HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [TOPIK-TOPIK PERBINCANGAN] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 48 b) MONOLOG DALAMAN Teknik ini merujuk kepada pengucapan atau tutur kata sesuatu watak secara persendirian. Dengan perkataan lain, teknik monolog bermaksud sesuatu watak itu akan bercakap seorang diri. Kadangkala, monolog itu juga mungkin berupa doa,rungutan, keluh-kesah ataupun ratapan. Percakapan yang agak panjang oleh seorang penutur sahaja, biasanya menafikan kesempatan orang lain untuk bercakap atau mengeluarkan pendapatnya. 1) Contoh: Watak Lamang Labai merasa menyesal atas perbuatannya iaitu membunuh Anggayan Damit dan menyedari bahawa Anggayan Damit mempunyai seorang adik perempuan yang sangat cantik paras wajahnya malah wajahnya hampir sama dengan Dengan Dang Kasuma. Ini terbukti melalui teknik penceritaan jenis monolog dalam watak Lamang Labai: Maka Lamang Labai pun bersesal. Bersesal perasaannya Munku tahu, hindaku mengambil Dang Kasuma itu, biarku ke arahnya, ke arah adinya Dang Kumala; ini apa boleh buat, apa boleh buat sudah kejadian, hinda ada nampak-nampak di luar, sentiasa saja ada di rumah, katanya dalam hati. (Hikayat Awang Kamaruddin, hlm 10) 2) Contoh: Watak Dang Kumala (adik Awang Kamaruddin) seorang gadis yang cantik dan rupa parasnya hampir sama dengan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa. Dang Kumala seorang perempuan yang sakti hasil menuntut ilmu daripada Raja Jin Tujuh Seperadian di Gadung Batu di Bukit Si Guntang seperti yang diwasiatkan oleh ayahnya, Lamang Labai. Dang Kumala diajar oleh gurunya kesemua ilmu yang menyebabkan Dang Kumala mempunyai ilmu yang lebih sedikit daripada ilmu yang diperolehi oleh Awang Kamaruddin. Salah satu bukti kesaktian Dang Kumala ialah ia dapat melihat kakaknya (Awang Kamaruddin) berperang, ia dapat merasakan gerak panggilan kakaknya yang perlukan pertolongan di medan peperangan. Munku inda salah dengar nda salah rasa, suara kakakku datang memanggil, katanya dalam hati. Maka tuluilah dilihatnya dalam kesaktiannya serta keghaibannya. Nampaklah kakaknya bermain perang (Hikayat Awang Kamaruddin, hlm 66) (ii) SUDUT PANDANGAN PENCERITA Hikayat Awang Kamaruddin mempunyai satu sudut pandangan iaitu sudut pandangan manusia yang menjadi tumpuan pandangan pencerita, yang menggunakan ganti nama orang ketiga iaitu “ia”. Pencerita serba tahu dan berkuasa. Misalnya pencerita tahu Awang Kamaruddin pernah berguru dengan Raja Jin Tujuh Speradian, tahu Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti adalah seorang sakti yang sejak kecil menjalani pertapaan, dan sebagainya. Sudut pandangan Hikayat Awang Kamaruddin boleh saja dianggap sebagi sudut pandangan pencerita dan penyusun sahaja.
SASTERA KLASIK HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [TOPIK-TOPIK PERBINCANGAN] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 49 Cerita Hikayat Awang Kamaruddin mempunyai dua sudut pandangan iaitu sudut pandangan kosong dan sudut pandangan tunggal. Contohnya melalui petikan di bawah : Maka tersebut kisah Lamang Labai. Ia ini hinda jua berapa kaya tapi sadang-sadang. Selain dari berpadi bukit pada bilang tahun, ia juga berkebun-kebunan seperti pisang, ubi-ubian, buah biaksa serta biabas. Gelagahnya kuning-kuning. Jambu merah-merah sahaja. Piasau karingnya yang gugur bertindih berpangkat hinda habis dipungut. Dahulu-hulunya masanya lagi muda Lamang Labai ini seorang yang penuntutan, seorang yang gagah, seorang yang berilmu benar-benar. Dalam petikan di atas, kita dapat membaca fikiran pencerita dan satu lagi bukan fikiran pencerita yang dikenali sebagai sudut pandangan kosong. Fikiran pencerita yang dikenali sebagai sudut pandangan tunggal dalam petikan di atas adalah: “Ia ini hinda jua berapa kaya tapi sadang-sadang”, dan “Dahulu-hulunya masanya lagi muda Lamang Labai ini seorang yang penuntutan, seorang yang gagah, seorang yang berilmu benar-benar.” Ayat-ayat lain bolehlah dianggap sebagai sudut pandangan kosong iaitu tiada fikiran sesiapa kita baca. (iii) HURAIAN PENCERITA (DESKRIPTIF) Deskriptif ialah Penceritaan dari sudut pandangan pengarang secara penghuraian dan peluasan cerita/ watak. Penerangan dan penghuraian dibuat dalam bentuk ayat-ayat pernyataan yang memang banyak terutama bagi mendedahkan perwatakan dan peranannya secara langsung oleh pengarang. Contohnya penerangan tentang watak Lamang Labai dan Dang Kasuma diceritakan bagaimana ia mendapatkan Dang Kasuma dan menculiknya, penerangan tentang Awang Kamaruddin, pendidikan Awang Kamaruddin dan Dang Kumala berguru dengan Raja Jin Tujuh Seperadian dan sebagainya. Contohnya melalui petikan di bawah : Lamang Labai itu kebilanganlah dengan kerjanya berpadi bukit. Padi bukitnya ladang luas bertanjungtanjung. Tempatnya berpadi bukit itu berpindah-randah pada bilang tahun. Apabila membuka hutan baharu akan tempat berpadi bukit ia sering diminta orang-orang kampung menjadi ketua. Akhir hayatnya ialah selepas ia menataki hutan tanah lanah di kawasan Luagan Tetanam. Ia pun demam selajur sakit. Lama benar sakitnya, hinda bongkar-bongkar. Maka ia pun mati ajalullah. (iv) PENDAPAT PENCERITA (EKSPRESIF) Ekspresif ialah jenis kalimat yang di dalamnya menggambarkan perasaan dan keadaan. Dalam cerita Hikayat Awang Kamaruddin ada menceritakan perasaan melalui watak. Contohnya watak Awang Kamaruddin bagaimana ia meluahkan perasaan. Contohnya ekspresif tentang kecantikkan wajah paras rupa. Contohnya seperti petikan di bawah ini : Maka Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa pun sudah mandi berlangir. Maka makinlah baik rupanya. Panaunya di pipi nampak macam diatur, nampak macam diperbuat : Mengempuput bunga melur, Sepantas kepuput bunga melur Baharu kembang, Putih macam kapas digusur.
SASTERA KLASIK HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [TOPIK-TOPIK PERBINCANGAN] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 50 (v) TEKNIK IMBAS KEMBALI Teknik ini merupakan satu teknik plot yang digunakan pengarang untuk menceritakan sesuatu peristiwa yang sudah berlaku sebelum peristiwa itu. Pegarang menggambarkan melalui ingatan, kenangan, lintasan atau imbasan sesuatu watak terhadap sesuatu peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Pengarang bukan sahaja memilih peristiwa-peristiwa yang sesuai dan penting, tetapi juga menyusun hal-hal itu dalam satu urutan yang berkesan. Pengarang mungkin mengisahkan sesebuah cerita mengikut susunan masa atau kronologi, iaitu segala peristiwa diceritakan mengikut tertib dari mula berlaku sampai ke akhirnya. Pengarang mungkin pula mematahkan urutan cerita untuk kembali kepada masa lampau, dengan maksud menceritakan peristiwa-peristiwa yang terjadi lebih awal. Cara ini dinamakan lintasan kembali atau teknik imbas kembali Teknik ini membolehkan pengarang menambahkan keterangan yang boleh menjadikan bahagian eksposisi agak panjang. Selalunya peristiwa-peristiwa terdahulu yang mahu diceritakan kembali secara teknik ini, dikemukakan melalui ingatan atau kenangan watak-watak tertentu. 1) Contoh: Watak Dang Kasuma, asalnya tunang Anggayan Damit tetapi menjadi isteri Lamang Labai setelah ia dirampas dari Anggayan Damit. Peristiwa ini terjadi lagi apabila Awang Kamaruddin anak kepada Lamang Labai dan Dang Kasuma ingin merampas Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa iaitu tunangan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Maka lantaslah Dang Kasuma terkenang akan hari mulanya, kisahnya lagi muda-muda dahulu, tatkala dirinya menjadi tunangan Anggayan Damit. Tiba-tiba Lamang Labai datang merebutnya. Tunangnya Anggayan Damit sirna di tangan Lamang Labai dalam perang tanding. Maka sambilnya terkenangkan hari mulanya itu, terkenanglah jua ia akan adinya yang kelima, Dang Kumala Bongsu, yang menjadi isteri Raja Pemagat di Tanjung Keinderaan, Kayangan bergelar Tuan Puteri Permaisuri Kumala Bongsu; beranakkan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti dengan Tuan Puteri Kumala Bongsu. Maka terkenanglah ia jua ia lagi akan adinya yang kedua, Dang Intan Mas Surai; beranakkan Raja Muda Indera Bongsu dengan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa. (Hikayat Awang Kamaruddin, hlm 24) 2) Contoh: Peristiwa ini terjadi semasa Awang Kamaruddin pulang dari Negeri Jawa dan ingin memperisterikan Dang Siti Noralam. Dang Siti Noralam adalah anak Dang Kasuma Mata iaitu adik Dang Kasuma dan sepupu sekali Awang Kamaruddin. Dang Siti Noralam adalah ulungan ibunya sejak kecil untuk dijodohkan dengan Awang Kamaruddin. Walau bagaimanapun Dang Siti Noralam mengambil keputusan untuk melarikan diri apabila terkenangkan ejekan Awang Kamaruddin semasa kecil yang mengatakan ianya berhingus, hitam dan sebagainya.