The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CG SUZILAH HMO, 2024-06-29 03:04:31

8] TOPIK-TOPIK PERBINCANGAN HAK

8] TOPIK-TOPIK PERBINCANGAN HAK

SASTERA KLASIK HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN [TOPIK-TOPIK PERBINCANGAN] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 51 …Awang Sukaim terkidum-kidum. Ia tahu adinya itu sudah lari kerana jauh hati. Dahulu Awang kamaruddin ada menatap akan babunya, adinya itu beripil, rambutnya buntak macam janggut bubuk, hinda ada bisai. (Hikayat Awang Kamaruddin, hlm 74) Marah Dang Siti Noralam ini berludah “Iya kau anjing binatang! Apa gunanya aku dihaga? Apa gunanya aku diturut akan?” katanya, “Aku nda ada kegunaan! Aku nda ada kepedulian! Aku hitam! Aku lanjak keulahan, lagi aku beripil! (Hikayat Awang Kamaruddin, hlm 82) (vi) TEKNIK IMBAS MUKA Teknik ini merupakan satu teknik plot yang digunakan untuk memberikan bayangan awal tentang sesuatu peristiwa atau perkara yang akan berlaku lagi. Bayangan tersebut mungkin berpunca daripada sesuatu aksi watak atau aksi watak-watak yang lain atau perkara-perkara yang lain. Teknik ini merupakan satu cara lagi pengarang memberikan bayangan awal terhadap sesuatu peristiwa yang akan berlaku berikutnya dalam cerita. Teknik imbas muka pula boleh menolong pengarang menimbulkan rasa ketegangan. Dari teknik ini pengarang dapat menyediakan pembaca supaya mahu menerima penyelesaian terhadap satu-satu konflik. Contoh: Peristiwa semasa Dang Kasuma melarang Awang Kamaruddin pergi ke Negeri Jawa untuk merebut Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa kerana tuan puteri tersebut sudah bertunang. Larangan tersebut adalah di dasari atas pertimbangan keselamatan anaknya yang mungkin terjebak dengan peperangan dan akhirnya membawa kematian. “Awang! Payah kau. Dayangku di sana itu bertandak sedari dikandung, bertunang sedari damit. Tunangnya enam orang. Orang sakti. Mahu-mahu jua kau berperang dengannya.” “Payah kau awang! Tunangnya itu besar-besar di pertapaan dengan tebuninya. Sudahnya akan berpengantin baharu bongkas. Tempatnya bertapa di Bukit Si Guntang-guntang, arah Tuan Puteri Si Raksasa. Tuan Puteri Si Raksasa Anak Hantu, kedua-dua matanya melintang. Kakaknya Tuan Puteri Si Raksasa mengambil tunangnya itu sedari damit, dipeliharanya besar-besar di pertapaan dengan tebuninya.” (Hikayat Awang Kamaruddin, hlm 23) SELESAI


Click to View FlipBook Version