The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by LEE YEN LOO Moe, 2022-07-06 05:57:15

POLISI KESELAMATAN SEKOLAH

SJKC CHUNG HWA TAMPARULI

1

POLISI KESELAMATAN DI DALAM KAWASAN SEKOLAH
SJKC CHUNG HWA TAMPARULI

1.0 PENGENALAN

Keselamatan di sekolah adalah penting bagi melahirkan individu yang siht dan selamat untuk merangsang kecemerlangan
pembelajaran murid. Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menekankn aspek jasmani, emosi, rohani dan
intelek murid tersebut.

Sekolah merupakan institusi yang berpotensi untuk menggalakkan perkembangan psikologikal yang sihat dan selamat bagi
peringkat awal kanak-kanak. Oleh itu, keselamatan di sekolah amatlah penting dikekalkan.

2.0 MATLAMAT

Mewujudkan budaya selamat di dalam kawasan secara berterusan dengan kerjasama semua warga SJKC Chung Hwa
Tamparuli dn sokongan daripada keluarga khasnya dan masyarakat setempat umumnya.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mewujudkan persekitaran sihat, selamat dan ceria di dalam kawasan sekolah.
3.2 Mewujudkan persekitaran yang sihat dan selamat dari segi mental, fizikal, emosi dan social.
3.3 Memastikan hak individu/warga SJKC Chung Hwa Tamparuli selamat, dihormati dan dijaga.
3.4 Meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
3.5 Memastikan tatacara untuk setiap tindakan yang perlu diambil.
3.6 Meningkatkan tahap penumpuan terhadap akademik, ko-kurikulum dan aktviti lain.
3.7 Melaksanakan dan mengikut semua polisi keselamatan dan tatacara tindakan dengan efisien, efektif dan

sistematik.
3.8 Meningktkan kesedaran, kefahaman dan penghayatan untuk bersedia menghadapi sebarang isu keselamatan,

kecemasan, kemalangan dan malapetaka.
3.9 Melahirkan rasa tanggungjawab, keikhlasan dan rela di kalangan warga sekolah untuk menyumbang secara

positif kepada sekolah.
3.10 Meningktkan kesedaran, kefahaman dan penghayatan terhadap kepentingan keselamatan dalam perancangan

dan pelaksanaan aktiviti sekolah.

4.0 RASIONAL

4.1 Keupayaan pihak sekolah dalam menangani isu keselamatan amat terhad, tanpa keprihatinan, sokongan keluarga
dan masyarakat setempat.

4.2 Kurang kerjasama dan sifat sensitif daripada keluarga dan masyarakat setempat dengan institusi
pendidikan/sekolah dari segi keselamatan.

4.3 Isu keselamatan kurang diberi perhatian dan dijadikan asas utama pertimbangan sebelum merancang atau
menjalankan aktiviti sekolah.

4.4 Masyarakat kurang peka terhadap isu keselamatan di dalam kawasan seolah.
4.5 Warga sekolah kini terdedah dengan isu keselamatan fizikal, mental, emosi, sosial dan teknikal di sekolah.

5.0 ASPEK KESELAMATAN

5.1 Keselamatan diri
5.2 Keselamatan fizikal sekolah dan warganya
5.3 Keselamatan emosi
5.4 Keselamatan sosial
5.5 Keselamatan kesihatan

6.0 POLISI KESELAMATAN DAN TATACARA TINDAKAN:
6.1 Di Dalam Kelas

Merujuk kepada:
A. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 7/1995 – Tatacara mengenakan tindakan & hukuman terhadap pelajar sekolah
B. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 4/1996 – Pelaksanaan kuasa disiplin & hukuman di sekolah
C. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 16/1998 – Menangani kegiatan gengster di sekolah
D. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 18/1998 – Penggunaan budi bicara ketika mengambil tindakan

2

TINDAKAN MURID

A. Sentiasa mematuhi arahan guru pada setiap masa
B. Sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni
C. Menjaga kebersihan kelas (menyapu lantai, membersih tingkap, membuang sampah dan menyusun kerusi &

meja di dalam kelas) setiap hari
D. Memastikan suis kipas dan lampu ditutup sebelum meninggalkan kelas
E. Dilarang memanjat/mendaki tembok kaki lima (beranda) di tingkat atas bangunan sekolah
F. Tidak bermain dengan alatan yang boleh mencederakan diri murid seperti penyapu, cermin tingkap dan

lain-lain
G. Tidak membawa senjata tajam, barang kemas, telefon bimbit, bahan lucah, buku komik dan lain-lain barang

yang tidak dibenarkan mengikut peraturan sekolah.
H. Tidak menggunakan kata kesat, menghina, merendahkan seseorang sehingga menyinggung perasaan dan

membangkitkan isu perkauman
I. Tidak bermain di dalam kelas atau mengganggu murid lain
J. Tidak melakukan sebarang salah laku yang melanggar peraturan orang lain sekolah seperti vandalisme,

membuli, peras ugut, mencederakan orang lain, merokok, berjudi dan sebagainya
K. Melaporkan sebarang kerosakan, pergaduhan dan kegitan salah laku murid kepada guru dengan segera
L. Murid SJKC Chung Hwa Tamparuli dilarang membabitkan orang luar untuk menyelesaikan masalah yang

timbul dalam kawasan sekolah

TINDAKAN GURU/PENTADBIR

A. Memaklumkan dan menjelaskan kepada murid tentang peraturan keselamatan
B. Menguatkan peraturan keselamatan sekolah
C. Mengambil tindakan segera di atas sebarang salah laku murid
D. Memastikan keadaan kelas sentiasa kemas, bersih dan teratur
E. Memastikan inventori kelas dalam keadaan selamat
F. Guru yang mengajar di waktu pengajaran terakhir (last period) pada hari itu hendaklah memastikan murid

keluar dalam keadaan tertib

6.2 Bila Tiada Guru Di Dalam Kelas
Menggalak murid untuk menelaah pelajaran atau menyelesaikan kerja sekolah yang diberikan semasa ketiadaan
guru di dalam kelas dan sentiasa mematuhi peraturan dalam kelas yang terkandung di dalam peraturan sekolah.

Tindakan Murid:

A. Murid digalakkan membaca buku untuk Program Nilam atau membuat latihan yang telah diberikan
oleh guru melalui persediaan latihan terancang.

B. Ketua Kelas mencatatkan dan melaporkan murid yang menimbulkan masalah di dalam kelas.
C. Sekiranya guru tidak masuk ke kelas selepas 15 minit, ketua kelas dikehendaki memanggil guru mata

pelajaran tersebut. Sekiranya guru tidak hadir, periksa jadual guru ganti (sit-in).
D. Sekiranya tiada guru ganti disebabkan urusan penting atau kecemasan, ketua kelas dan penolong ketua

kelas bertanggungjawab memastikan keadaan kelas sentiasa terkawal dan selamat.

Tindakan Guru/Pentadbir:

Guru mestilah menyediakan kerja rumah terancang/latihan untuk diberikan kepada kelas, memantau dan
memastikan kelas tersebut sentiasa terkawal dan selamat.

6.3 Waktu Rehat

A. Semua murid mesti berada di luar kelas, di kantin atau di ruang legar semasa waktu rehat. Murid dilarang
berada di dalam kelas.

B. Mengelakkan kecederaan, kemalangan dan kesesakan di kantin.
C. Memastikan keadaan sekitar sentiasa selesa, terkawal dan selamat untuk murid.
D. Menggalakkan murid menggunakan waktu rehat dengan cara yang bijak tetapi menyeronokkan.

3

E. Murid boleh berada di pondok rehat atau membaca bahan maklumat di papan notis.
F. Murid tidak dibenarkan berlari dan bermain sehingga badan berpeluh dan berbau menyebabkan murid

kurang selesa semasa sesi pembelajaran diteruskan.

6.4 Di Kantin

Tindakan murid:
A. Mematuhi peraturan am di dalam kawasan sekolah.
B. Mematuhi peraturan am di kantin.
C. Beratur, tertib dan berdisiplin semasa membeli makanan dari kantin sekolah.
D. Membuang sisa makanan dan bungkusan ke dalam tong sampah yang disediakan.

Tatacara Tindakan Jawatankuasa Kantin

Merujuk kepada:

A. Surat pekeliling ikhtisas bil 5/1995 – Keracunan makanan di sekolah-sekolah.
B. Surat pekeliling ikhtisas bil 6/1998 – Menjaga kesihatan pelajar sekolah.

Tindakan Jawatankuasa Kantin

A. Memantau dan memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan Pekeliling Kementerian Pendidikan
dan kesihatan.

B. Memastikan makanan dan minuman yang dijual mengikut syarat perjanjian. Senarai harga hendaklah
dipamerkan.

C. Memastikan peralatan yang digunakan bersih, selamat serta penjual menggunakan penyepit untuk
mengambil makanan.

D. Memastikan pengusaha menyediakan keadaan persekitaran dalaman dan luaran kantin sentiasa bersih,
kemas dan ceria.

E. Memastikan semua pekerja kantin ada menjalani pemeriksaan kesihatan dan memiliki kad kesihatan yang
sah.

F. Memastikan semua makanan ditutup dengan rapi.
G. Memastikan makanan yang disediakan untuk harian mencukupi.
H. Memastikan murid dan guru mempunyai tempat duduk yang mencukupi, selamat dan selesa.
I. Membuat laporan mingguan dalam buku laporan kantin.
J. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kantin 3 kali setahun dan perbincangan dari semasa ke semasa.
K. Memastikan pekerja kantin menggunakan pakaian yang bersesuaian, kemas dan bersih seperti alas kepala,

apron dan lain-lain.
L. Memastikan pengusaha kantin mengikuti kursus pengendalian makanan anjuran Majlis Bandaraya Miri.
M. Memastikan lawatan pemantauan kantin dan dapur sekolah oleh Inspektor Kesihatan atau Majlis Bandaraya

Miri sekurang-kurangnya dua kali setahun.

6.5 Di Dalam Kelas

A. Jangan menconteng dan melakukan vandalisme di dalam tandas.
B. Pastikan semua pili paip ditutup selepas digunakan.
C. Curahkan tandas selepas digunakan.
D. Cuci tangan sebelum keluar tandas.
E. Jangan bergurau dan merokok di dalam tandas.
F. Jangan melakukan perbuatan yang tidak senonoh.
G. Jangan mengintai.
H. Jangan menjerit atau berteriak.
I. Jangan membuang sampah di dalam tandas.
J. Bekerjasama untuk menjaga kebersihan tandas.

4

6.6 Di Luar Kelas

Tindakan Murid:

A. Sentiasa mematuhi peraturan sekolah.
B. Sentiasa mempratikkan nilai-nilai murni seperti memberi salam, menghormati guru dan orang lain,

bersopan-santun, menepati masa dan lain-lain.
C. Tidak membuat bising dan menjerit-jerit.
D. Tidak berlari, berkejaran dan merayau-rayau di kawasan sekolah semasa waktu pembelajaran.
E. Tidak melepak dan makan di setiap tangga blok.
F. Tidak merokok.
G. Tidak membuli dan memeras ugut murid lain.
H. Tidak makan di kantin semasa waktu pembelajaran sedang berjalan.
I. Tidak merosakkan tanaman dan pokok-pokok.
J. Tidak menggunakan kata-kata kesat, menghina, mengejek dan merendahkan orang lain.
K. Melaporkan kepada guru atau pihak pentadbir sekiranya ada sebarang salah laku disiplin di kawasan

sekolah.

6.7 Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di
Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah

Merujuk kepada:

Surat pekeliling ikhtisas bil 1/1995 – Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah.

Tindakan Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan:

A. Menjaga keselamatan murid dengan rapi semasa di dalam atau di luar bilik darjah.
B. Bertanggungjawab untuk mengeluar, mengguna dan menyimpan alat-alat sukan, walaupun boleh dibantu

oleh murid.

Tindakan Guru Kokurikulum dan Sukan:

A. Mengawasi dan peka terhadap keselamatan murid-murid yang melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti
kokurikulum dan sukan.

B. Memastikan semua alat sukan berada dalam keadaan baik dan selamat sebelum digunakan.

Tindakan murid:

A. Semua murid mestilah mematuhi setiap arahan guru dengan sepenuhnya semasa mengikuti pelajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan atau gerak kerja kokurikulum dan sukan.

B. Murid-murid yang tidak dapat mengikuti pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan hendaklah bersama
guru.

Cuaca/Musim:
Guru hendaklah menggunakan budi bicara supaya keadaan cuaca/musim tidak membahayakan murid sewaktu
melaksanakan aktiviti.

Laporan Kemalangan atau Kecederaan:
Sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku hendaklah disiasat dan dilaporkan kepada guru besar
dengan segera.

5

6.8 Pengusiran Bangunan

A. Membunyikan isyarat kebakaran
B. Mengosongkan bangunan.
C. Memanggil bomba
D. Berkumpul di gelanggang bola keranjang.
E. Panggilan baris dan memadamkan kebakaran.
F. Kawad kebakaran dilakukan 2 kali setahun.

Tindakan murid:

A. Apabila terdengar isyarat loceng, berdiri di sisi meja dan ikut arahan guru.
B. Bergerak dalam satu barisan mengikut lorong dan tangga yang diarahkan oleh guru.
C. Jangan membuat bising dan bermain.
D. Jangan memasuki bangunan semula untuk mengambil barang yang tertinggal.
E. Berkumpul di gelanggang dalam barisan (seperti waktu perhimpunan) mengikut kelas.
F. Ketua Kelas memastikan bilangan murid mencukupi dan memaklumkan kepada guru kelas dengan serta-

merta sekiranya ada murid yang tiada di dalam barisan.

Tindakan Guru/Pihak Pentadbir:

A. Memberi arahan kepada murid untuk keluar mengikut lorong dan tangga yang selamat.
B. Mengawal keselamatan dan disiplin murid.
C. Tidak membenarkan murid masuk semula ke kawasan kebakaran.
D. Memastikan semua murid ada dengan mengambil kehadiran.
E. Mengesan murid yang tidak dalam kumpulan dengan serta merta.
F. Melaporkan kepada Guru Besar keadaan semua murid di bawah jagaan.
G. Pihak sekolah perlu menghubungi pihak bomba dan memberi laporan tentang kejadian supaya lebih mudah

bagi mereka bertindak.

6.9 Semasa Aktiviti Kecerian & Kerja Kumpulan

Tindakan murid:

A. Mematuhi peraturan am sekolah.
B. Sentiasa mematuhi arahan guru.
C. Mengutamakan keselamatan semasa menggunakan peralatan.
D. Mengambil peralatan dari stor dan memulangkan semua peralatan yang telah digunakan.
E. Tidak bermain dan bergurau semasa menggunakan peralatan yang boleh menyebabkan kecederaan atau

kemalangan.
F. Melaporkan segera kepada guru sekiranya berlaku kecederaan/kemalangan.

Tindakan Guru/Pihak Pentadbir:

A. Mengagihkn tugas dan merekodkan kehadiran pelajar.
B. Memastikan peralatan selamat untuk digunakan.
C. Memantau dan memastikan murid tidak bermain di mana-mana kawasan sekolah yang tiada kaitan dengan

aktiviti yang sedang dijalankan.
D. Memastikan semua peralatan dikembalikan ke dalam stor dan tidak ditinggalkan di kawasan sekolah.
E. Bertindak segera sekiranya berlaku kecemasan, kecederaan atau kemalangan.
F. Meronda dan memastikan aktiviti telah dijalankan dengan sempurna.

6.10 Kawalan Keselamatan 24 jam

A. Kawalan keselamatan 24 jam diadakan setiap hari dan sekurang-kurangnya seorang pengawal akan bertugas
di pondok pengawal mengawasi pintu pagar keluar masuk untuk keselamatan warga SJKC Chung Hwa
Tamparuli.

6

B. Pengawal bertugas juga dikehendaki menutup pintu pagar sekolah sewaktu masa persekolahan.
C. Pengawal memastikan setiap pelawat melaporkan diri sebelum memasuki kawasan sekolah.
D. Pihak pengawal keselamatan ditugaskan untuk membuat rondaan dari semasa ke semasa di sekitar kawasan

sekolah untuk menjaga keselamatan dan mengelak daripada perkara yang tidak diingini berlaku dan
melaporkan sebarang kes luar biasa dengan segera kepada Guru Besar/pihak pentadbir sekolah.

E. Pengawal keselamatan hendaklah memakai pakaian seragam semasa bertugs agar mudah dikenal pasti oleh
murid, ibu bapa dan kakitangan sekolah.

7.0 POLISI KESELAMATAN DAN TATACARA TINDAKAN DI DALAM BILIK KHAS:

7.1 Pejabat Am

A. Semua pelawat dikehendaki melaporkan diri di pejabat dahulu sebelum menemui guru/murid.
B. Ibu bapa yang hendak membawa anaknya pulang mestilah mendapat kebenaran daripada Guru Besar/Pk1/

PK Hem dan mengisi borang yang disediakan.
C. Sebarang alat yang dipinjam mestilah mendapat kebenaran, dicatatkan dalam buku rekod pinjaman barang

pejabat dan dipulangkan seperti keadaan asal.
D. Segala dokumen seperti fail dan dokumen pejabat tidak dibenarkan dibawa keluar tanpa kebenaran.
E. Sila pastikan kipas, lampu, radio, komputer, sistem siaraya dan semua peralatan elektrik ditutup sebelum

meninggalkan pejabat.
F. Sila jimatkan penggunaan elektrik.
G. Tidak dibenarkan membuat bising dalam pejabat.
H. Pelawat hendaklah dilayan dengan cekap dan mesra.
I. Murid tidak dibenarkan masuk ke pejabat tanpa sebarang urusan penting.
J. Hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan sesuai.
K. Sila berhubung dengan kakitangan di pejabat am sebelum berjumpa dengan Guru Besar/PK1/PK HEM.

7.2 Bilik Guru

A. Murid tidak dibenarkan masuk ke bilik guru tanpa kebenaran.
B. Guru memastikan semua suis peralatan elektrik dimatikan sebelum meninggalkan bilik guru.
C. Jaga kebersihan tandas dengan menarik ‘flush’ setelah digunakan.
D. Murid mesti sentiasa bersopan santun semasa di bilik guru.
E. Murid hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan sesuai.
F. Pelawat/Ibu bapa hendaklah dilayan dengan hormat, cepat dan mesra.
G. Semua guru hendaklah bekerjasama menjaga keadaan bilik guru supaya sentiasa bersih, kemas dan ceria.

7.3 Bilik Sains

A. Sentiasa mematuhi tatacara keselamatan di dalam Bilik Sains dan arahan guru.
B. Murid tidak dibenarkan masuk ke dalam Bilik Sains tanpa kebenaran.
C. Murid mesti beratur dan senyap semasa masuk ke Bilik Sains.
D. Murid yang berambut panjang mesti mengikatnya dan yang bertudung mestilah dipinkan kepada baju

supaya tidak ditiup angin.
E. Jangan bising dan bermain.
F. Jangan makan dan minum di dalam Bilik Sains.
G. Jangan menjalankan sesuatu aktiviti tanpa kebenaran guru.
H. Baca label pada botol bahan kimia dengan teliti sebelum memulakan eksperimen.
I. Jangan berebut-rebut untuk mendapatkan bahan kimia.
J. Jangan membazirkan bahan kimia, gas, air dan tenaga elektrik.
K. Jangan membawa sebarang bahan kimia atau radas keluar dari Bilik Sains tanpa kebenaran guru.
L. Bersihkan radas atau bahan selepas digunakan dan letakkan pada tempat asal.
M. Bersihkan papan tulis, sinki, meja dan letakkan bangku di atas meja serta tutup semua sui elektrik dan paip

air sebelum meninggalkan Bilik Sains.
N. Buangkan semua sampah ke dalam tong sampah.
O. Melaporkan sebarang kemalangan atau kecederaan kepada guru dengan segera.

7

7.4 Perpustakaan

Tindakan Murid:

A. Peraturan am sekolah hendaklah sentiasa dipatuhi.
B. Sentiasa mematuhi arahan guru bertugas.
C. Semasa waktu persekolahan, murid tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran dan pengawasan guru. Kelas

hanya dibenarkan masuk mengikut jadual waktu perpustakaan yang telah ditetapkan.
D. Murid tidak dibenarkan masuk sekiranya tiada guru atau pustakawan.
E. Murid sentiasa berpakaian kemas dan sopan.
F. Murid tidak dibenarkan membawa sebarang buku masuk kecuali mendapat kebenaran daripada pihak-pihak

berkenaan.
G. Murid menyerahkan semua bahan bacaan kepada pustakawan untuk pemeriksaan.
H. Sentiasa berada dalam keadaan senyap dan tertib.
I. Murid tidak dibenarkan merosakkan peralatan di dalam perpustakaan.
J. Memastikan perpustakaan sentiasa kemas, bersih dan teratur.
K. Memastikan tingkap, kipas dan suis elektrik ditutup sebelum keluar dari bilik. Pastikan juga pintu ditutup

dan dikunci setelah meninggalkan bilik.

7.5 Bilik Skim Pinjaman Buku Teks/BOSS

Tindakan Murid:

A. Peraturan am sekolah hendaklah dipatuhi.
B. Murid tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran ataupun pengawasan guru.
C. Murid tidak boleh membawa masuk beg atau sebarang peralatan kecuali dengan kebenaran guru.
D. Murid tidak dibenarkan makan dan minum di bilik ini.
E. Murid tidak dibenarkan membuat bising ataupun bermain di dalam bilik tersebut.
F. Murid tidak boleh membawa sebarang bahan keluar tanpa kebenaran guru.
G. Merekodkan sebarang pinjaman mengikut prosedur yang ditetapkan atas arahan guru SPBT.
H. Memastikan tingkap, suis elektrik dan pintu bilik ditutup sebelum keluar meninggalkan bilik.

7.6 Bilik Bimbingan dan Kaunseling

Tindakan murid:

A. Peraturan am sekolah haruslah dipatuhi.
B. Murid tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran dan kehadiran guru Bimbingn dan Kaunseling.
C. Beg dan alatan lain tidak dibenarkan dibawa masuk tanpa kebenaran guru.
D. Murid dikehendaki menanggalkan kasut dan meletakkannya di tempat yang dikhaskan sebelum masuk.
E. Murid tidak boleh boleh membawa makanan dan minuman ke dalam bilik.
F. Murid tidak boleh membawa sebarang bahan keluar daripada bilik tanpa kebenaran guru.
G. Murid tidak dibenarkn bising dan sentiasa tertib.
H. Memastikan bilik dalam keadaan bersih dan kemas sepanjang masa.
I. Memastikan tingkap, kipas dan suis elektrik ditutup sebelum keluar dari bilik. Pastikan jugg pintu dan

pagar gril ditutup dan dikunci setelah meninggalkan bilik.
J. Sentiasa menjaga kebersihan bilik Bimbingan dan Kaunseling.

7.7 Stor Peralatan Sukan

Tindakan Murid:

K. Peraturan am sekolah mestilah dipatuhi.
L. Murid tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran guru bertugas.
M. Murid tidak dibenarkan membawa keluar sebarang peralatan sukan tanpa kebenaran guru.
N. Sebarang peralatan yang dipinjam mestilah direkod di dalam buku keluar masuk alatan.
O. Murid mesti sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga/berhati-hati ketika menggunakan peralatan sukan.
P. Semua peralatan hendaklah dibersihkan dan dikembalikan ke tempat asal di dalam bilik stor.

8

Q. Murid perlu memastikan bilik stor sentiasa bersih dan peralatan sukan disusun dengan teratur setelah
digunakan.

R. Melaporkan sebarang kerosakan, kecederaan dan kemalangan semasa bersukan kepada guru yang
bertanggungjawab.

S. Pastikan semua suis lampu dan kipas, tingkap, pintu dan grill telah dikunci selepas digunakan.

8.0 POLISI KESELAMATAN DAN TATACARA TINDAKAN UNTUK SEMUA BILIK KHAS:

➢ Memastikan kunci-kunci bilik khas dipulangkan kepada guru yang bertanggungjawab ke atas bilik-bilik
tersebut.

➢ Guru perlu membuat inventori bagi semua bahan dan peralatan di bawah tanggungannya.
➢ Memastikan semua bahan dilabel dan diletak di tempat yang dikhaskan.
➢ Semasa cuti persekolahan, kunci-kunci bilik tersebut hendaklah diserahkan kepada pihak pentadbiran dan

disimpan di pejabat am.
➢ Memantau aktiviti murid di dalam bilik khas secara aktif.
➢ Memastikan disiplin dan keselamatan murid terkawal.
➢ Memastikan semua suis elektrik, pintu, tingkap dan grill telah ditutup selepas selesai menggunakan bilik khas.
➢ Memaklumkan kepada pihak pentadbir sekiranya terdapat sebarang kekurangan atau masalah untuk diambil

tindakan segera.

9.0 POLISI KESELAMATAN DISIPLIN DAN TATACARA TINDAKAN GURU/PIHAK PENTADBIR

➢ Memaklumkan peraturan sekolah kepada murid semasa perhimpunan oleh Guru Besar/PK 1/PK HEM di dalam
kelas oleh semu guru kelas dan guru mata pelajaran.

➢ Menguatkuasakan peraturan sekolah dengan menjalankan pemeriksaan disiplin semasa perhimpunan dan dari
semasa ke semasa mengikut keperluan sekolah.

➢ Melaksanakan sebarang siasatan mengikut prosedur terhadap tindakan disiplin yang telah ditetapkan oleh
peraturan sekolah.

➢ Menjemput pihak polis atau pihak yang berkenaan untuk menjalankan pemeriksaan air kecing, beg dan fizikal
murid secara mengejut.

➢ Menjalankan hukuman disipin sekiranya diarahkan oleh Guru Besar.
➢ Bertindak sebagai pegawai perhubungan di antara pihak sekolah dengan ibu bapa/penjaga khasnya yang

berkaitan dengan masalah disiplin murid.

10.0 POLISI KESELAMATAN JALAN RAYA PERGI & BALIK DARI SEKOLAH:

Polisi ini harus dibaca bersama:

A. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 8/1999 – Pelaksanaan Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok Bagi Semua
Murid Sekolah Kerajaan & Bantuan Kerajaan.

B. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 8/1999 – Keselamatan Diri Murid Dalam Perjalanan Pergi & Balik Dari Sekolah

10.1 Objeftif

A. Membekalkan maklumat kepada warga sekolah tentang undang-undang dan penggunaan jalan raya.
B. Mengenal pasti masalah berkaitan penggunaaan jalan raya di dalam dan di luar kawasan sekolah.
C. Meningkatkan kesedaran tentang prosedur keselamatan jalan raya.
D. Membimbing & menekankan tatacara selamat kepada pejalan kaki.
E. Menyediakan maklumat yang jelas tentang polisi keselamatan jalan raya kepada warga sekolah.

10.2 Pelaksanaan Prosedur Keselamatan

Jawatankuasa Keselamatan adalah bertanggungjawab untuk:

A. Menyemai kesedaran kepada warga sekolah tentang keselamatan di jalan raya.
B. Meningkatkan taraf kesedaran penggunaan jalan raya dari semasa ke semasa.
C. Memanfaatkan sepenuhnya kerjasama erat antara Jawatankuasa Keselamatan Jalan Raya Sekolah dan

agensi luar dan merancang serta melaksanakan langkah-langkah keselamtan jalan raya.

9

D. Mempamerkan poster/peraturan tentang keselamatan jalan raya bagi meningkatkan kepekaan warga sekolah
tentang pentingnya amalan dan sikap sentiasa berhati-hati dan berwaspada.

E. Menggunakan pelbagai saluran dan peluang (perhimpunan, makluman guru darjah, mesyuarat staf dan
sebagainya) untuk meningkatkan kesedaran kepentingan keselamatan di jalan raya.

F. Memastikan semua warga sekolah sentiasa peka tentang kemungkinan berlakunya kemalangan dalam
perjalanan pergi dan balik dari sekolah.

G. Mewujudkan tatacara yang jelas tentang cara membuat pelaporan kes-kes keselamatan jalan raya.
H. Mengimplementasikan, memantau dan menyemak dan menyemak semula polisi dan prosedur pelaksanaan

keselamatan jalan raya dari semasa ke semasa.

10.3 Tatacara Pengurusan /Guru

A. Kehadiran guru adalah seperti berikut:

6.30 am – 1.00 pm

B. Kenderaan guru/staf haruslah diletakkan di zon yang telah ditetapkan.
C. Memasukkan unsur-unsur keselamatan jalan raya dalam pdpc di dalam kelas.
D. Menasihati murid agar melaporkan semua kes kemalangan jalan raya sama ada di dalam atau di luar

kawasan sekolah yang berkaitan dengan murid.
E. Peka dan mengambil tindakan segera terhadap makluman yang diterima tentang keselamatan murid sekoah.

10.4 Tatacara Murid

A. Sekiranya berlaku kecemasan, sila dapatkan kebenaran untuk balik atau ke hospital dari PK 1, PK HEM
atau guru bertugas harian.

B. Wajib menunggu ibu bapa atau bas sekolah dalam kawasan sekolah.
C. Terus pulang ke rumah masing-masing.
D. Jangan sekali-kali menumpang orang yang tidak dikenali atau tanpa kebenaran ibu bapa/penjaga.

10.5 Tatacara ibu bapa/penjaga

A. Memastikan anak dihantar sehingga ke pagar sekolah dengan selamat.
B. Kenderaan ibu bapa/penjga tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah.
C. Ibu bapa/penjaga hanya dibenarkan menghantar/mengambil/ menunggu anak jagaan mereka di luar pagar

sekolah.
D. Mengingatkan / menasihati anak supaya sentiasa berwaspada dengan orang yang tidak dikenali dan berhati-

hati semasa pergi dan balik dari sekolah.
E. Menghatar dan mengambil anak yang terlibat dalam Ko-Kurikulum / kelas bimbingan.

10.6 Tatacara Pelawat

A. Pelawat tidak dibenarkan membawa masuk kenderaan ke kawasan sekolah kecuali atas urusan rasmi.
B. Pada hari persekolahan, para pelawat mestilah mendapat kebenaran daripada pihak sekolah sebelum

berjumpa dengan mana-mana warga sekolah.
C. Mendaftarkan diri di pondok pengawal.
D. Mematuhi peraturan keluar masuk sekolah.

10


Click to View FlipBook Version