BMMB 1074
SEJARAH
PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU
ALIA MAISARA BINTI
ABU ZAHRIN
ISI KANDUNGAN 1.0 SEJARAH
PERKEMBANGAN TULISAN
Hari ini kita akan DALAM BAHASA MELAYU
belajar tentang....
2.0 SEJARAH
PERKEMBANGAN BAHASA
MELAYU PRAMERDEKA
DAN PASCAMERDEKA
3.0 CABARAN DAN
MASA DEPAN BAHASA
MELAYU
1.0 SISTEM PERKEMBANGAN
TULISAN DALAM BAHASA MELAYU
ALIA MAISARA
1. SISTEM TULISAN PALLAWA
2. SISTEM TULISAN KAWI
3. SISTEM JAWI
4. SISTEM EJAAN ZA'BA
5. SISTEM EJAAN RUMI KONGRES
SISTEM TULISAN
PALLAWA
Menurut Nik Safiah (2010), tulisan ini berasal dari India dan telah dibawa oleh
orang Hindu semasa mereka tiba di kawasan Melayu seperti Srivijaya dan
Palembang .
Selain itu, tulisan ini banyak menerima pengaruh bahasa Sanskrit di mana
ketika itu bahasa Sanskrit menjadi bahasa pentadbiran dan ilmu pengetahuan.
Penyebaran tulisan ini terhad dalam kalangan golongan istana sahaja
disebabkan oleh tiada kemudahan asas untuk mengajar orang kebanyakan
membaca dan menulis.
BUKTI
Penemuan awal tulisan ini pada tiang batu
persembahan (Yupa) di daerah Muara Kaman iaitu
pertemuan antara Sungai Mahakam dan Kedang
Kepala. Seterusnya,Yupa tersebut dijumpai oleh
pekerja topografi Belanda dalam tahun 1879. Kini,Yupa
tersebut disimpan di Muzium Nasional Jakarta.
Gambar 1.1 : Contoh Yupa
SISTEM TULISAN KAWI
Merupakan sistem tulisan selepas Pallawa dan turunan daripada
sistem Pali. Perkataan Kawi berasal daripada perkataan Sanskrit yang
bermaksud penyair.
Seterusnya, tulisan ini dikatakan berasal daripada huruf Vangki
(Wenggi), iaitu huruf yang dibawa oleh orang India dari Coromandel.
Selain itu, tulisan ini juga digunakan untuk menulis dalam bahasa
Kawi yang dituturkan oleh orang Jawa ketika itu.
Pada peringkat awal tulisan Kawi ini ditulis pada daun lontar dan
kemudian telah diubah suai serta ditulis pada batu bersurat.
bukti
Melalui inskripsi yang dijumpai di Joreng, Tapanuli,
Sumatera Utara.
Menurut Nik Safiah (2010), sistem tulisan Kawi telah
menurunkan pelbagai bahasa daerah seperti Batak, Rejang,
Lampung, Kerinci, dan lain-lain.
Seterusnya, tulisan Kawi ini juga dikatakan lenyap pada
tahun 1400 Masihi dengan runtuhnya kerajaan Majapahit.
Gambar 1.2 : Tulisan Kawi
SISTEM TULISAN JAWI
Wujud sejak sekitar tahun 1300 M di Kepulauan Melayu. Perkembangannya berhubung
kait dengan ketibaan Islam, khususnya daripada orang Parsi. Abjad Arab yang diperkenalkan
telah diubah suai agar sesuai dengan bahasa Melayu klasik lisan. Tulisan ini ditulis dari
kanan ke kiri, dan ditokok dengan 6 huruf yang tiada dalam bahasa Arab, iaitu ca, pa, ga,
nga, va dan nya.
Tulisan Jawi berasal daripada kesusasteraan Arab yang diperkenalkan oleh orang Parsi
kepada Kerajaan Melayu Jambi yang terletak di utara Palembang, Sumatera, Indonesia, dan
bertutur dalam bahasa Melayu klasik. Orang yang memeluk agama Islam memilih untuk
menulis dalam abjad Jawi kerana ia berhubungkait rapat dengan kebudayaan Islam
berbanding menggunakan tulisan Jawa yang diterbitkan daripada sistem-sistem tulisan yang
digunakan di kawasan-kawasan beragama Hindu atau Buddha di Asia Selatan.
Gambar 1.3 : Abjad Jawi
BUKTI
Penemuan Batu Bersurat Terengganu pada 22 Februari 1303 Masihi. Menurut Adi
Yasran sistem ejaan Jawi pada Batu Bersurat tersebut sudah hampir kepada
kesempurnaan dengan sistemnya yang tersendiri. Tata ejaan dan rupa khatnya
merupakan huruf Jawi yang tertua di dunia.
Seterusnya, Syair Bidasari tulisan yang ditulis sekitar 1300 Masihi hingga 1399
Masihi yang telah ditemui di Sumatera.
Gambar 1.4 : Batu Gambar 1.5 : Syair Bidasari
Bersurat Terengganu
SISTEM EJAAN ZA'BA
Zainal Abidin bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Za'ba, Gambar 1.6 :
merupakan seorang pakar bahasa, pejuang dan pencinta tulisan Jawi Pendeta Za'ba
yang gigih dan pemikir Melayu yang terulung. Beliau terlibat dalam
bidang bahasa dan menghasilkan beberapa buah karya mengenai
Jawi.
Za’ba mula mengumpul perkataan Melayu sejak tahun 1918,
bagi menyusun sebuah kamus Melayu yang besar dan lengkap.
Kemudian pada tahun 1931,beliau telah menerbitkan sebuah buku
yang berjudul “Rahsia Tulisan Jawi”
Seterusnya, pada tahun 1938 beliau telah siap menyusun buku
“Daftar Ejaan Melayu: Jawi-Rumi, namun disebabkan kekangan masa,
sebelas tahun kemudiannya barulah ia diterbitkan (1949).
Za'ba membahagikan
sistem ejaan kepada
dua bahagian
EJAAN PADA PERKATAAN ASAL EJAAN PADA PERKATAAN BERTAMBAH
Terbahagi kepada lapan bahagian kecil Terbahagi kepada tiga pecahan kecil
seperti ejaan dua bunyi sejenis, dua bunyi iaitu memasukkan penambah di
berlainan, bunyi di atas berpadu, bunyi pangkal, di hujung dan kedua-duanya
berkait, alif, wau dan ya saksi berjumpa sekali. Kedua-dua sistem ejaan Jawi ini
dengan alif, wau dan ya yang bukan saksi, mempunyai undang-undangnya yang
ejaan tua, perkataan yang dipinjam tersendiri.
daripada Arab dan memakai jenis tanda.
PERBANDINGAN SISTEM EJAAN BAHARU DAN SISTEM
EJAAN LAMA (EJAAN ZA'BA)
Gambar 1.7 : Jadual Perubahan Sistem Ejaan Baharu
dan Sistem Ejaan Za'ba
SISTEM EJAAN RUMI
KONGRES
Sistem Ejaan Kongres (1957) telah dicapai apabila pembentangan dua kertas kerja telah
dibentangkan oleh Angkatan Sasterawan Lima Puluh dan Persatuan Bahasa Melayu Universiti
Malaya di Kongres Persuratan dan Bahasa Melayu Malaya III di Singapura pada 16 hingga 21
September 1956.
Seterusnya, keputusan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu II di Seremban pada 1 dan 2
Januari 1954. Kongres II ini memutuskan untuk menerima ejaan Rumi sebagai ejaan rasmi
bahasa Melayu setelah diadakan satu kajian yang panjang semenjak keputusan Kongres I pada
tahun 1952 dulu.
Dengan keputusan Kongres II itu, usaha menyeragamkan ejaan dibincangkan di dalam
Kongres III yang telah dinyatakan tadi.
Merupakan Sistem Ejaan Rumi bahasa Melayu yang dipersetujui oleh Kongres Bahasa dan
Persuratan Melayu yang ketiga pada tahun 1956.
Perkara ini dirumuskan atas empat dasar pengejaan bahasa Melayu dengan huruf Rumi iaitu:
Ejaan di Malaysia Permatuudraanhemjaaaknahseisntdeamklah Pengejaan Kata-kata dari bahasa-
ddiashnaetnIundkdaaoknnlaaehtsaiau fosnisotleomji dyiatenrgimleabsihebbaaigkai kshaeeekndadataahkmylaaehnngtgesitkaautptu hendbaakhlaahsadiassuisnugnkan
disamakan. dadnarsipaatudafosnisotmemhefnodnaektilkah dan semacam hpueknugmej-aMhauneklnauyymaudfoennoglaonji
dighaamnybaasrkaatun hduernugfan
Untuk menyesuaikan FAKTOR-FAKTOR YANG Untuk memperbaiki
sistem ejaan sekarang MEMPENGARUHI sistem yang sedia ada,
dengan perkembangan
PERUBAHAN SISTEM dengan mengubah
semasa yang pesat EJAAN RUMI BAHASA beberapa cara
membangun.
MELAYU penggunaan tanda baca
dan ejaan supaya lebih
mantap dan mudah
Pendidikan amat penting
untuk kemajuan negara,
maka terdapat langkah
untuk menyamakan
sistem ejaan Rumi bahasa
Melayu Malaysia dan
Indonesia
2.0 SEJARAH
PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU
PRAMERDEKA DAN
PASCAMERDEKA
ALIA MAISARA
PEJABAT KARANG
MENGARANG
Pertubuhan ini merupakan ilham O. T. Dussek. Beliau berhasrat akan
mewujudkan Balai Pustaka di Tanah Melayu sebagaimana di Indonesia. Ia
ditubuhkan di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1942 yang kini
dikenali sebagai Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI). O. T. Dussek juga
merupakan pengetua maktab tersebut.
Seterusnya, Za’ba telah dilantik sebagai Ketua Pengarang dan Penterjemah
Kanan Pejabat Karang Mengarang manakala R. O. Winstedt dan O. T. Dussek
sebagai penasihat.
Gambar 2.1 : Pejabat Karang Mengarang
PERANAN PEJABAT KARANG
MENGARANG
Menghasilkan penerbitan Membuka peluang kepada warga
ilmiah dalam bahasa akademik menyebarluaskan
Melayu dan Inggeris pMeneyneelridbiikt
kaannwhaarsgila
kepakaran mereka dalam bidang akademik dalam bentuk
yang diceburi dan mengimarahkan buku, jurnal dan sebagainya.
budaya penulisan dalam kalangan
warga universiti.
Menganjurkan bengkel-
Memperbanyakkan bahan bengkel penulisan serta
rujukan kepada semua kursus penterjemahan.
golongan masyarakat.
SUMBANGAN
1 2 34
Membina asa Membina asas ilmu Menyumbang Memajukan
pengetahuan Bahasa karang - mengarang perkembangan bahasa pendidikan orang
dalam kalangan orang dan persuratan Melayu
Melayu Melayu
Melayu
PAKATAN
BELAJAR-MENGAJAR
PENGETAHUAN BAHASA
Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBmPB @Pakatan) telah ditubuhkan pada tahun
1888 di Johor Bahru oleh Dato Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak dan Dato Muhammad Ibrahim
Munshi.
Pertubuhan ini merupakan suatu perhimpunan belajar-mengajar dalam pengetahuan dan
peraturan bahasa melayu seperti persoalan ejaan dan perkataan. Pada akhir abad ke-19, kegiatan
pakatan agak perlahan kerana kurang mendapat sambutan dan menghadapi masalah kewangan.
Pada tahun1935, pertubuhan ini diberi gelaran "Diraja" oleh sultan Johor. Nama pertubuhan ini
ditukar menjadi Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (PBmPBD)
Gambar 2.2 : Gambar 2.3 :
Abdul Rahman Andak Muhammad Ibrahim
Munshi
Tujuannya untuk memelihara,memperlengkap dan memodenkan bahasa Melayu.
Antara peranan Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBmPBD) ialah:-
Menyeragamkan Mencipta Menyediakan
ejaan perkataan daftar kata
(gugus kata)
baharu
Memelihara Menerbit buku
ejaan Jawi
Membentuk Mengadakan Mengadakan
istilah majlis perbincangan
ceramah
SUMBANGAN
Menyumbang Menghasilkan Tahun 1935 hingga 1947,
makalah dalam jurnal buku-buku untuk berjaya menerbitkan 34
PBmPBD diterbitkan buah buku. 16 buah
tentang ilmu bahasa
Melayu dan selebihnya
tentang maklumat
PBmPBD
ANGKATAN
SASTERAWAN 50
(ASAS 50)
DEFINISI ASAS 50
Pergerakan penulis-penulis Singapura 50
(Angkatan Sasterawan 50) atau lebih dikenali
sebagai Asas 50 merupakan persatuan sastera
yang pertama dan tertua di Tanah Melayu selepas
perang. Ia ditubuhkan pada 6 Ogos 1950 untuk
mewakili suara masyarakat dan menggunakan
sastera sebagai teras yang ideal ke
arah kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957
Memperluas dan PERANAN Memajukan dan
mempertinggikan mutu ASAS 50 memperbaiki bahasa
Melayu dalam penghasilan
Sastera Melayu
karya sastera
Melindungi hak-hak dan
kepentingan para Mengubah, mencipta,
penulis membasmi dan membina
perkataan-perkataan untuk
Mengadakan memperkayakan bahasa dan
pembaharuan dalam
sastera
sastera tanpa
melenyakan yang lama Memberi hak-hak
perlindungan seluruh
ahli
BAHASA MELAYU DALAM
SISTEM PENDIDIKAN
LAPORAN BARNES (1951)
Dipengerusikan oleh L.J Barnes yang merupakan
Pengarah Latihan Sosial Universiti Oxford ketika itu.
Objektif : Mengkaji & memperbaiki pendidikan orang
melayu
Menubuhkan Sekolah Bahasa melayu Pendidikan
sekolah vernakular atau bahasa secara percuma
dibubarkan selama enam
kebangsaan kepada Sekolah inggeris sebagai
yang Kebangsaan bahasa pengantar tahun
merangkumi
di sekolah
kepelbagaian kebangsaan
kaum
CADANGAN LAPORAN BARNES
LAPORAN FENN-WU
(1951)
Ditubuhkan di bawah pimpinan Dr. W. P. Fenn yang
merupakan seorang pakar pendidikan dan Dr. Wu Teh Yao ialah
pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Diterbitkan kerana mendapat tentangan daripada masyarakat
Cina.Tujuannya adalah untuk mengkaji potensi sekolah cina.
KANDUNGAN LAPORAN
Orang Cina Menyokong sistem Memperkasakan Mencadangkan
menentang usaha persekolahan sekolah-sekolah untuk
penurunan taraf vokasional dan
bahasa Cina ke majmuk dikekalkan menyediakan buku menghapuskan
peringkat lebih dan memberi pengaruh politik
pengiktirafan teks yang serta campur tangan
rendah. menggambarkan masyarakat dalam
terhadap bahasa kecintaan kepada pentadbiran sekolah
Cina. Tanah Melayu.
ORDINAN PELAJARAN (1952)
Ordinan ini diluluskan pada September, 1951, hasil dari Laporan
Barnes dan Laporan Fenn-Wu, kerajaan British mencadangkan :
Penubuhan dua jenis sistem persekolahan, iaitu menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar .
Kemudahan pelajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil jika terdapat
permintaan dari ibu bapa dengan bilangan murid 15 orang sebagai
Pelajar .
Bahasa Inggeris diwajibkan bagi sekolah Melayu manakala bahasa
Melayu akan menjadi pelajaran wajib bagi sekolah Inggeris.
HALANGAN DAN MASALAH CADANGAN JAWATANKUASA
KHAS
Kekurangan guru Tentangan dari Penggunaan Pengunaan tiga
terlatih untuk kaum bahasa Melayu dan bahasa di sekolah
sekolah
kebangsaan Cina dan India bahasa Inggeris Cina dan Tamil
terhadap bahasa dijalankan secara secara beransuran
Kekurangan pengantar kerana
kewangan bagi mahukan bahasa beransuran
pembiayan ibunda mereka Menghadkan
rancangan sendiri bilangan murid
masuk ke sekolah
Penubuhan sekolah
Inggeris menengah
vokasional
Pada bulan September 1952, satu jawatankuasa Penasihat Pusat ditubuhkan bagi
mengkaji Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu. Jawatankuasa ini mengesyorkan
beberapa cadangan yang kemudian diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran1952.
Antara cadangannya ialah:
Penubuhan 2 jenis Sekolah Cina dan Tamil
sekolah yang tidak termasuk dalam
konsep sistem sekolah
menggunakan Bahasa kebangsaan
Inggeris dan Bahasa
Sekolah kebangsaan
Melayu sebagai ’ yang dicadangkan
bahasa pengantar oleh Barnes
dilaksanakan.
Pelajaran selama 6
tahun dengan Bahasa
Inggeris dan Bahasa
Melayu sebagai bahasa
pengantar di sekolah
rendah.
LAPORAN RAZAK (1956)
Pilihan raya tahun 1955, Parti Perikatan terdiri daripada UMNO,MCA DAN MIC
telah dipilih untuk memerintah negara. Jawatankuasa Pendidikan 1956 telah
dipengerusikan oleh Dato' Abdul Razak Hussien, Menteri Pelajaran. Laporan ini juga
dikenali sebagai Penyata Razak 1956. Selain itu, laporan ini telah mengemukakan dua
elemen penting dalam dasar pendidikan yang dapat menyuburkan semangat perpaduan
negara.
Sistem Penyeragaman
persekolahan yang kurikulum yang
sama bagi semua
bercorak
penduduk kebangsaan
Penyata Razak 1956 1. Persamaan sukatan pelajaran untuk semua sekolah di Tanah
mengemukakan 17 Melayu.
cadangan dengan
mengambil kira bahasa 2.Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar utama.
kebangsaan sebagai 3.Mewajibkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di semua
bahasa pengantar utama.
Antara cadangannya :- sekolah rendah dan menengah.
4.Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan
dan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Namun begitu, Sekolah Jenis Kebangsaan boleh menggunakan
bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar.
5.Penubuhan satu jenis sekolah sahaja untuk semua kaum.
6.Guru-guru sekolah rendah dan menengah yang berkelayakan
sahaja.
7.Semua guru diletak di bawah perkhidmatan profesional dan
penubuhan Jemaah Nazir Persekutuan.
8.Sekolah-sekolah dikelolakan oleh Penguasa Pelajaran tempatan.
9.Sistem persekolahan peringkat menengah terdapat tiga
bahagian:-
- Sekolah Menengah Rendah (SMR)
- Sekolah Menengah Atas (SMA)
- Prauniversiti (Pra-U)
PENGENALAN BAHASA
MELAYU MODEN
Zaman bahasa Melayu moden dikatakan bermula pada abad ke-19 dengan
kemunculan karya Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi. Pembaharuan bahasa yang
digunakan oleh beliau pada masa itu telah mempengaruhi oleh corak perkembangan
bahasa Melayu. Pembaharuan yang dinyatakan adalah hasil daripada pertembungan
kebudayaan antara Timur dengan Barat. Walau bagaimanapun, zaman Abdullah
hanyalah zaman peralihan bahasa Melayu klasik kepada bahasa Melayu moden.
Tahap sebenar bahasa Melayu telah bermula pada abad ke-20.
SUMBANGAN
TOKOH
TEMPATAN
Gambar 2.4 : Abdullah Abdul Kadir Munsyi merupakan tokoh bahasa Melayu Moden yang tersohor
Abdullah Abdul Kadir Munsyi pada abad ke-20. Beliau dilahirkan pada bulan Ogos tahun 1796 di Kampung Pali, Melaka.
Gelaran Munsyi diberikan ketika beliau berusia 11 tahun kerana beliau mengajarkan pendidikan
agama Islam kepada askar-askar Melayu di Melaka. Beliau bertugas sebagai penyalin dokumen
kepada Sir Stamford Raffles.
Pergaulan beliau yang luas dengan pegawai Inggeris menyebabkan pemikiran beliau
dipengaruhi oleh bangsa Inggeris. Penulisan beliau tentang sejarah Singapura menjadi rujukan
para pengkaji sejarah.
Beliau juga menggunakan gaya bahasa tersendiri dengan menggunakan bahasa perbualan
harian dan mudah difahami tetapi masih terpengaruh oleh bahasa Melayu Klasik.
Menurut Safian Hussain, Mohd. Thani Ahmad dan Johan Jaafar (2006), Abdullah Munsyi
telah menghasilkan karya-karya yang bertolak pada dirinya.
Antara karya yang telah dihasilkan oleh beliau adalah Hikayat Kalilah Wa Daminah
(terjemahan Tamil 1835), Kitab Adat Segala Raja-raja Melayu dalam Segala Negeri (1837),
Dawai-Kulub (1838), Syair Singapura Terbakar (1843) dan Kisah Pelayaran Abdullah ke
Jeddah (1854).
Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1854 di Jeddah ketika ingin menunaikan haji di
Makkah. Menurut Kartini Anwar (2017), Abdullah Munsyi telah mendapat gelaran " Bapa
Sastera Melayu Moden. Cerita beliau semuanya jelas,tidak berkisar cerita istana,tidak
mengandungi mitos dan lagenda,bukan cerita khayalan dan tidak mengagungkan golongan
istana.
Gambar 2.5 : Raja Ali Haji Raja Ahmad berasal dari keturunan bangsawan Bugis. Beliau
Raja Ali Haji Raja Ahmad dilahirkan di Pulau Penyengat pada tahun 1808. Beliau seorang yang berbakat
dalam bidang persuratan Melayu.
Antara teks terawal beliau ialah Syair Sultan Abdul Muluk dan Gurindam Dua
Belas yang dicetak di Singapura dan diterbitkan di Betawi. Selain itu, karya
terpenting beliau iaitu Bustanul Katibin,Lissubyanil-muta'alimin yang mempunyai dua
bahagian, iaitu penulisan bahasa Melayu dan tatabahasa Arab. Beliau juga cuba
menerapkan sistem bahasa Arab dalam struktur bahasa Melayu.
Kitab Pengetahuan Bahasa yang dihasilkan oleh beliau tergolong dalam
kategori kamus yang terbahagi kepada dua bahagian, iaitu tatabahasa dan kamus.
Karya ini juga merupakan usaha pertama orang Melayu dalam penyusunan kamus.
Raja Ali Haji dianggap sebagai pencatat sejarah Nusantara yang pertama.
Karya-karya beliau meletakkan asas pembinaan dan pembakuan bahasa Melayu.
Dua kitab sejarah penting beliau ialah Kitab Salasilah Melayu Bugis dan
Tuhfat al-Nafis.
Sumbangan beliau dalam bidang kesusasteraan tertumpu kepada
gurindam,puisi dan syair. Antara syair yang dihasilkan ialah Syair Taman Permata
dan Syair Hukum Nikah. Gurindam yang terkenal iaitu Gurindam Dua Belas pada
tahun 1847 yang menjelaskan nilai ilmu dalam masyarakat di Pulau Penyengat.
Menurut Arba'iyah Mohd Noor dan Mohd Hanafi Ibrahim (2015), gurindam
tersebut merupakan sebuah puisi yang berupa nasihat dan petunjuk serta tentang
ciri-ciri kepimpinan yang harus ada pada diri seorang pemimpin. Raja Ali Haji telah
meninggal dunia pada tahun 1870 di Pulau Penyengat.
SUMBANGAN
TOKOH ASING
Gambar 2.6 : William Marsden telah dilahirkan pada 16 November 1754 di Verval,
William Marsden Ireland. Beliau berkhidmat sebagai pegawai British di Bengkulu, Sumatera Barat
sehingga tahun 1779.
Pada tahun 1783, beliau menghasilkan buku yang berjudul History of
Sumatera. Buku tersebut mengandungi maklumat adat istiadat dan cara hidup
penduduk tempatan serta sejarah perjuangan rakyat Acheh menentang
kerajaan Portugis di Melaka.
W. Marsden telah mendalami pengetahuan bahasa Melayu. Dalam catatan
Hikayat Abdullah, beliau mempelajari bahasa Melayu daripada Syeikh Abdul
Kadir melalui pergaulan dengan penduduk tempatan. Oleh hal yang demikian,
beliau dapat mengumpul banyak maklumat serta kosa kata bahasa Melayu.
W. Marsden menyatakan bahawa induk kepada bahasa-bahasa ialah
Austronesia. Beliau menyatakan bahawa bahasa Melayu termasuk dalam
keluarga Nusantara.
Pada tahun 1812, beliau menerbitkan dua buah buku iaitu A Grammar of
The Malayan Language dan A Dictionary of The Malayan Language yang berkaitan
dengan bahasa Melayu.
W. Marsden merupakan sarjana Inggeris yang banyak melakukan
penyelidikan terhadap bahasa Melayu dan memberi sumbangan dalam proses
pembakuan bahasa Melayu.
PERANAN DEWAN BAHASA DAN
PUSTAKA (DBP)
Pada 22 Jun 1956, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah diwujudkan di Johor Bharu,
Johor. Nama asalnya ialah Balai Pustaka. Pada asalnya, DBP hanyalah salah satu jabatan kecil di
bawah Kementerian Pelajaran. Kemudian, kerajaan menerima cadangan Kongres Bahasa dan
Persuratan Melayu Ketiga untuk menamakan Balai Pustaka dengan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Seterusnya, pada tahun 1959, DBP telah dinaikkan taraf menjadi sebuah badan berkanun
melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dewan Bahasa dan Pustaka berperanan sebagai mencetak dan menerbitkan atau membantu
dalam penerbitan buku, majalah, dan bentuk kesusasteraan lain. Selain itu, DBP juga berperanan
membakukan ejaan dan sedutan bahasa Melayu serta menggalakkan penggunaan bahasa
kebangsaan yang betul mengikut undang-undang yang berkuatkuasa.
Gambar 2.7 : Dewan Bahasa dan Pustaka
KERJASAMA SERANTAU DAN
PENGANTARABANGSAAN
Pelbagai jalinan kerjasama dijalankan di peringkat serantau untuk memperkukuhkan bahasa
Melayu. Antaranya ialah penubuhan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) yang dilancarkan
penubuhannya pada 21 Ogos 2000. Majlis ini bermatlamat untuk menyelaraskan aktiviti yang
menjurus pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa. Menurut Awang
Sariyan (2013), MABM menganjurkan program seperti pertukaran tenaga pengajar dan pelajar serta
pelbagai pertandingan dan peraduan dilaksanakan.
Selain itu, Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) merupakan
gabungan pengembangan bahasa dari negara Brunei,Malaysia dan Indonesia. Majlis ini telah dibentuk
pada 4 November 1985. MABBIM menjadi tapak langsung kerjasama kebahasaan pada peringkat
ASEAN, khusus dalam bidang penyelarasan peristilahan.
Seterusnya, Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) ialah majlis yang ditubuhkan untuk
merancang dan memantau perkembangan sastera pada peringkat nasional. MASTERA ini diwujudkan
demi membina dan mengembangkan sastera bahasa Melayu/Indonesia, mengenal pasti karya sastera
bermutu tinggi untuk diterjemah dalam bahasa negara anggota dan negara pemerhati. Di samping itu,
untuk memberikan pengiktirafan kepada hasil karya sastera yang bermutu tinggi.
James T. Collins (1999) menegaskan bahawa bahasa Melayu sudah bersifat antarabangsa sejak
wujudnya kerajaan Srivijaya. Bahasa Melayu telah diantarabangsakan dari sudut kandungan bahasa
tersebut sebagai bahasa diplomasi. Proses pengantarabangsaan ini bermula apabila bahasa itu diajar di
universiti seluruh dunia. Sehingga hari ini, kira-kira 130 pusat pengajian tinggi telah menawarkan
pengajian bahasa Melayu merentasi benua Amerika menganjur ke Asia Timur Jauh hingga Australia dan
New Zealand.
Keupayaan perancangan dan pengembangan bahasa Melayu ke peringkat serantau dan
antarabangsa yang dikongsi wawasan pelaksanaannya oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DPB)
Malaysia semasa pimpinan Dato’ Haji A. Aziz Deraman, DBP Brunei di bawah pimpinan Dato Paduka
Haji Alidin bin Haji Othman dan Pusat Bahasa Indonesia yang diketuai oleh Dr Hassan Alwi, telah
dilakukan dengan jayanya. Kerjasama ketiga-tiga institusi dengan pelbagai pihak, kerajaan dan agensi-
agensi lain yang berkaitan, maka telah timbul suatu keyakinan dan komitmen bahawa bahasa Melayu
mampu dibangun dan dikembangkan menjadi bahasa yang berwibawa sama ada di peringkat nasional,
serantau mahupun antarabangsa.
Bahasa Melayu telah bekembang di seluruh dunia. Antaranya di Universiti Leiden,Belanda.
Seterusnya, di Amerika Syarikat, Jerman, Perancis, Australia, Jepun dan China.
3.0 CABARAN
DAN MASA DEPAN
BAHASA MELAYU
ALIA MAISARA