The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Saya Alia Maisara Binti Abu Zahrin dari unit Bahasa Melayu 3, PPISMP Ambilan Jun 2021.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aliamaisara1411, 2021-11-16 21:51:25

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Saya Alia Maisara Binti Abu Zahrin dari unit Bahasa Melayu 3, PPISMP Ambilan Jun 2021.

PENDIDIKAN

Usaha pengembangan bahasa kebangsaan dalam bidang pendidikan berhadapan dengan persaingan yang hebat
daripada bahasa Inggeris. Hal ini kerana walaupun sudah mendapat kemerdekaan tetapi sistem sekolah menengah dan
universiti masih meletakkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sama taraf kedudukannya. Hal ini berkait rapat dengan
wujudnya peruntukan dalam Fasal 152 Perlembagaan 1957 yang menyatakan bahawa Parlimen akan menentukan
kedudukan bahasa Inggeris sepuluh tahun selepas kemerdekaan. Hal ini sudah tentu menambahkan kekuatan kedudukan
bahasa Inggeris dalam pelbagai lapangan ilmuan seterusnya menyukarkan lagi perkembangan bahasa kebangsaan.

Antara cabaran yang wujud adalah masalah kekurangan guru dan buku-buku teks. Kekurangan guru-guru yang mahir
dan cekap dalam mengajar bahasa Melayu dijadikan alasan kukuh untuk memperlambatkan penggunaan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar di sekolah. Manakala kekurangan buku-buku teks dalam bahasa Melayu pula menjadi faktor
kukuh yang menyebabkan kebanyakan mata pelajaran terpaksa diajar dalam bahasa Inggeris. Menteri Pelajaran ketika itu
iaitu Dato' Abdul Razak telah mengadakan ceramah bagi mencari jalan untuk melaksanakan penggunaan bahasa
kebangsaan di sekolah menengah, universiti dan pejabat kerajaan.

Seterusnya, pada tahun 1960, kaum bukan Melayu menyuarakan bahawa Dasar Pelajaran Razak hanya
menguntungkan kaum Melayu sahaja dan merugikan kaum lain. Golongan ini menganggap bahawa Dasar Pelajaran Razak
akan menghapuskan sekolah aliran bahasa Cina dan sekolah aliran bahasa Tamil. Disebabkan wujudnya rasa kurang
berpuas hati dengan Ordinan Pelajaran 1957, Khir Johari selaku Menteri Pelajaran ketika itu menyatakan bahawa kerajaan
Perikatan bersetuju untuk mengkaji semula Ordinan Pelajaran tersebut selepas pilihan raya kedua yang akan diadakan pada
tahun 1959.

PENTADBIRAN KERAJAAN

Negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum akan berhadapan dengan masalah untuk mencapai
perpaduan. Hal ini disebabkan oleh perbezaan latar budaya, bahasa, kepercayaan dan lain-lain yang begitu ketara.
Walau bagaimanapun, menyedari kepentingan perpaduan dalam memastikan pembangunan negara maka bahasa
Melayu difikirkan salah satu medium yang akan dapat mencapai perpaduan tersebut. Namun begitu, sudah tentu
terdapat isu dan cabaran yang terpaksa dihadapi dan ditangani dalam usaha untuk melaksanakan pengembangan
bahasa kebangsaan.

Dalam tempoh masa hampir sepuluh tahun negara merdeka, perlembagaan telah membuat peruntukan yang telah
menyamatarafkan kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Keadaan ini telah menimbulkan kesukaran terhadap
usaha mengembangkan dan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa
rasmi bagi negara ini. Melalui peruntukan ini jelas bahawa bahasa kebangsaan akan disaingi hebat oleh bahasa
Inggeris yang masih mendapat kedudukan yang tinggi. Hal ini menyebabkan terdapat golongan yang tidak
berkeyakinan terhadap kemampuan bahasa Melayu untuk menggantikan peranan bahasa Inggeris sehingga
menimbulkan kesulitan dalam melaksanakan bahasa kebangsaan.

Antara sebab lain yang menimbulkan kesukaran untuk memperluaskan penggunaan bahasa kebangsaan adalah
kerana sikap dan tindakan kurang tegas kerajaan serta para pemimpin. Pegawai-pegawai pentadbiran kerajaan
dikatakan enggan menggunakan bahasa kebangsaan dalam urusan surat-menyurat dengan alasan ketiadaan kerani
Melayu

Semoga berjumpa
lagi !!

SEKIAN
TERIMA KASIH

SENARAI RUJUKAN

Abdul Hamid, F. F., & Abdul Latif, F. (2014). SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN JAWI: ANALISIS MENGENAI TEORI
KANG KYOUNG SEOK (Historical Development of Jawi Script: Analysis to Theory of Kang Kyoung Seok). Journal of
Al-Tamaddun, 9(2), 1–15.https://ejournal.um.edu.my/index.php/JAT/article/view/8673

Majalah Guru, Jilid 35, 31 Januari 1959.

Mimbar Kata. (2014). Pejabat Karang Mengarang.
https://mimbarkata.blogspot.com/2014/02/pejabat-karangmengarang.html

Mior Jamaluddin, M. K. A. (2011). Sistem pendidikan di Malaysia: Dasar, cabaran, dan pelaksanaan ke arah perpaduan
nasional.Sosiohumanika, 4(1). https://scholar.google.com.my/scholar q=cabaran+dan+masa+depan+bahasa
+melayu&hl=en&as_sdt=0&as _vis=1&oi=scholart

Mohd Naim Daipi. (1991). Perkembangan ejaan rumi bahasa Melayu: Bahagian II. Sekata, 9(1), 28-48.
https://repository.nie.edu.sg/bitstream/10497/18303/1/Sekata-9-1-28.pdf

Munir, N. (2014). Pengantarabangsaan Bahasa Melayu.
https://www.academia.edu/9579200/Pengantarabangsaan_Bahasa_Melayu

Nawi, S. A., Dollah, S. & Yussoff, Z. (2020). Pengenalan sejarah perkembangan bahasa Melayu.
Nusamas.

Shamsul Aizuwani. (2020). BAHASA MELAYU KUNO : SUATU PENGENALAN.
https://www.academia.edu/40864838/BAHASA_MELAYU_KUNO_SUATU_PENGENALAN

Sharif Adam, S. D. (2014). Cabaran Dan Reaksi Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan Dalam Bidang
Pentadbiran Dan Pendidikan di Malaysia, 1957–1966. Procedia - Social and Behavioral
Sciences, 134, 305-315. https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2014.04.253.

SK (1) Gombak. (2016). Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu. Pencari.
https://pencaritanpasudah.blogspot.com/2016/06/sejarah-perkembangan-bahasa-melayu.html

Tulisan Jawi. (t.t.). Dalam Wikipedia. Diperoleh pada September 17,2021, daripada
https://ms.wikipedia.org/wiki/Tulisan_Jawi

Utusan Melayu, 11 Ogos 1959.


Click to View FlipBook Version