B. Teliti gambar di bawah.
3
Aktiviti
1. Perihalkan gambar di atas.
2. Pada pendapat kamu, mengapakah kucing perlu dirawat?
3. Pada pendapat kamu, mengapakah kita perlu menyayangi kucing?
42
8UNIT Sarang Burung Layang-layang
Khasiat Sarang Burung Layang-layang
Nenek, jemputlah Sup sarang burung ini
minum sup sarang melambatkan proses
burung yang banyak
penuaan.
khasiat ini.
Betul, sup ini boleh
Sup ini juga menyembuhkan batuk
memberikan tenaga
dan mengurangkan
dan melancarkan kahak.
aliran darah.
3
Kulit kita pun akan
bertambah muda,
lembut, licin dan
halus.
Aktiviti
Nyatakan khasiat sarang burung layang-layang.
• Mengenal pasti maklumat yang disampaikan.
KBT: KP: Verbal-linguistik, Interpersonal Nilai: Kerajinan, Kasih sayang, Menghormati
KB: Menghubungkaitkan EMK: TMK, Ilmu – Pendidikan Moral
1.4.2 BCB: Mendengar secara aktif 43
Penternakan Burung Layang-layang Gua
Baca dan fahami petikan di bawah.
Tahukah kamu burung layang-layang gua? Burung layang-layang gua ialah
spesies burung yang berhabitat di dalam gua. Burung ini akan membina
sarang di dinding-dinding gua. Sarangnya dibina dengan menggunakan air
liurnya. Burung ini membiak dengan cara bertelur. Dua biji telur dihasilkan setiap
musim. Burung ini mengambil masa selama 23 hingga 28 hari untuk mengeram
telurnya. Jangka hayat burung ini adalah dalam lingkungan 15 tahun. Selepas
tiga hingga empat bulan burung
bertelur dan menetas, sarang burung
ini sudah boleh dituai. Sarang burung
layang-layang gua sangat berkhasiat
kepada manusia.
Oleh sebab itu, sarang burung ini
mendapat permintaan yang sangat
3 tinggi daripada penggemarnya. Hal ini
menyebabkan pengusaha membina
bangunan-bangunan batu yang
mempunyai persamaan dengan gua.
Kebiasaannya, bangunan ini dibina
di kawasan bendang atau di ladang
kelapa sawit. Bagi menarik perhatian
burung ini untuk membuat sarang,
pita rakaman bunyi burung akan
dimainkan. Sarang burung layang-
layang gua disahkan sebagai bersih
dan selamat untuk dimakan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia.
Aktiviti
1. Bagaimanakah sarang burung layang-layang gua dihasilkan?
2. Mengapakah bangunan batu buatan dibina di kawasan yang jauh daripada
kawasan penempatan manusia?
• Murid membaca petikan dengan sebutan yang betul dan jelas.
KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Kerajinan, Menghargai, Kesungguhan
KB: Menjanakan idea EMK: Keusahawanan, Sains dan Teknologi
44 2.2.2 BCB: Membaca secara mekanis
Bina ayat berdasarkan gambar yang diberikan.
1. 2.
3. 4. 3
5. 6.
• Murid membina ayat mengikut pola ayat dasar FN+FN, FN+FK dengan betulnya.
KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Kerajinan, Berdikari, Kesyukuran
KB: Menjanakan idea EMK: Keusahawanan
3.4.2 BCB: Menulis secara mekanis 45
A. Teliti gambar di bawah. Sebutkan produk yang dihasilkan daripada sarang
burung layang-layang.
sup keropok minuman sabun
12
3
34
46
B. Proses membersihkan sarang burung layang-layang.
Cara Membersihkan Sarang Burung Layang-layang
1. Rendam sarang burung dalam air sejuk atau air panas selama 45 hingga
60 minit.
3
2. Bersihkan kotoran yang masih tertinggal dengan menggunakan penyepit.
3. Ganti air rendaman sehingga sarang burung layang-layang betul-betul
bersih.
Aktiviti
Terangkan proses pembersihan sarang burung layang-layang dengan
menggunakan ayat sendiri.
47
C. Susun gambar mengikut urutan yang betul.
1
2
33
4
48
UNIT
9 Kerjaya Veterinar
Terima Kasih, Doktor
Dengar dengan teliti dialog yang dibaca.
Doktor Amar: Selamat pagi, boleh saya bantu? 3
Kok Leong: Selamat pagi, doktor. Arnab saya tidak
mahu makan dan tidak aktif seperti biasa.
Saya dapati najisnya lembik.
Doktor Amar: Marisayaperiksa.Arnabawakmengalami
cirit-birit atau diarea.
Kok Leong: Bagaimanakah arnab boleh mengalami
cirit-birit, doktor?
Doktor Amar: Masalah ini berpunca daripada sistem
penghadaman yang lemah dalam badan
arnab. Apabila badan lemah, arnab tidak
boleh menghadam makanannya.
Kok Leong: Mengapakah makanan tidak boleh hadam?
Doktor Amar: Sistem penghadaman arnab ini masih muda. Arnab yang
berumur kurang daripada lapan minggu masih memerlukan
susu ibunya. Susu ibu boleh menguatkan sistem penghadaman
dan daya tahan anak arnab.
Kok Leong: Bagaimanakah cara untuk merawatnya, doktor?
Doktor Amar: Berikan antibiotik dalam dos dan waktu yang ditetapkan.
Jangan berikan makanan terlalu banyak. Berikan minuman air
bersih yang banyak. Sentiasa menjaga kebersihan arnab.
Kok Leong: Terima kasih, doktor.
Doktor Amar: Sama-sama.
Aktiviti
Berdasarkan dialog di atas, sampaikan maklumat tentang cara memelihara
arnab yang mengalami diarea secara ringkas.
• Murid mengenal pasti maklumat yang disampaikan.
KBT: KP: Verbal-linguistik, Kontekstual Nilai: Kasih sayang, Kebersihan fizikal dan mental
KB: Menghubungkaitkan EMK: Keusahawanan, Ilmu - Sains
1.4.2 BCB: Mendengar secara mekanis 49
Klinik Veterinar
Baca dan fahami petikan di bawah.
3
Klinik veterinar menyediakan perkhidmatan rawatan dan pengurusan haiwan
peliharaan. Aktiviti yang dijalankan di klinik haiwan ialah rawatan, kemudahan
tumpangan, pembedahan kecil, iaitu pemandulan dan pencegahan
penyakit. Sekiranya terdapat penyakit yang agak berbahaya, ujian perlu
dilakukan untuk mengenal pasti penyakit tersebut. Haiwan yang benar-benar
memerlukan penjagaan rapi sahaja yang akan dikuarantin.
Pihak klinik akan memberikan khidmat nasihat tentang cara penjagaan
dan pemeliharaan haiwan yang betul. Selain itu, khidmat nasihat tentang
pemakanan selepas rawatan dan cara pemberian ubatan turut diberikan.
Aktiviti
1. Jelaskan maksud perkataan yang berhuruf tebal.
2. Mengapakah haiwan yang sakit perlu dikuarantin di klinik haiwan?
• Murid membaca petikan dengan betulnya dan jelasnya.
KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis Nilai: Prihatin, Kasih sayang
KB: Membuat hipotesis EMK: Ilmu – Sains, Sejarah
50 2.2.1 BCB: Membaca secara mekanis
Tugas Veterinar
Isi tempat kosong dengan frasa nama dan frasa kerja yang sesuai.
haiwan mendiagnosis menyuntik Aku mencapai
memeriksa pembedahan rakan Keluarga merawat
Aku bercita-cita hendak menjadi doktor veterinar. Apakah keistimewaan kerjaya 3
doktor veterinar? Doktor veterinar perlu mempunyai minat dan keprihatinan
yang tinggi terhadap............................. . Tugas doktor veterinar adalah seperti
........................................ penyakit yang dihidapi oleh haiwan. Doktor veterinar
juga ................................ kecederaan haiwan.
Selain itu, ............................. haiwan juga turut
dilakukan sekiranya perlu. Doktor veterinar juga
memerlukan kesabaran yang tinggi. Aku juga
tahu, doktor veterinar perlu ...............................
vaksin kepada haiwan untuk mencegah
penyakit berjangkit. Selain merawat
haiwan peliharaan, doktor veterinar
juga perlu ............................... haiwan
ternakan.
Walaupun sangat mencabar,
aku tetap bercita-cita untuk menjadi
doktor veterinar. ...............................
dan ........................................
sentiasa menyokong cita-citaku
untuk menjadi doktor veterinar.
............................... akan belajar
bersungguh-sungguh untuk
............................... cita-citaku.
• Murid membina pola ayat dasar FN+FN dan FN+FK.
KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Bertanggungjawab, Berdikari, Menghargai
KB: Menjanakan idea EMK: Keusahawanan, Ilmu – Sains
3.4.3 BCB: Menulis secara mekanis 51
A. Senaraikan haiwan yang terdapat dalam seni kata lagu di bawah. Nyanyikan
mengikut rentak lagu “Bangau Oh Bangau”.
KAWAN OH KAWAN
Kawan oh kawan, Kawan oh kawan,
Mari kita bernyanyi. Kenapa burung terbang?
Kenapa kita bernyanyi?
Untuk menghibur hati. Burung ada sayap,
terbanglah tinggi-tinggi.
Kawan oh kawan, Kawan oh kawan,
Kenapa ikan berenang?
3 Kenapa kucing mengiau?
Kucing memang mengiau Ikan berenang riang,
sebab kucing lapar. sebab siripnya ada.
Kawan oh kawan, Kawan oh kawan,
Kenapa zirafah tinggi? Kenapa katak melompat?
Zirafah sangatlah tinggi,
senang nak makan pucuk. Katak tidak berjalan,
sebab itu katak melompat.
Kawan oh kawan,
Kenapa ayam cakar tanah?
Ayam cakar tanah,
sebab cari makanan.
52
B. Fahami pantun di bawah. 3
Anak helang anak sepat,
Anak ungka di pokok kelapa;
Badannya berbelang berkaki empat,
Cuba teka binatang apa?
Saat melihat sekuntum bunga,
Lilin terpadam hilang cahaya;
Semasa berehat mulut ternganga,
Suka berendam tidaklah bahaya,
Bawa keranjang sambil mendaki,
Kaki tercalar berdarah pula;
Badannya panjang tidak berkaki,
Suka menjalar membelit pula.
Buah nangka di dalam guni,
Dibawa Si Bujang ke pekan Kajang;
Cuba teka binatang ini,
Kakinya panjang lehernya jenjang.
53
C. Berdasarkan gambar di bawah bina ayat dengan menggunakan pola ayat
dasar FN + FN.
1
2
3
3
4
54
TEMA SEKOLAH IMPIAN
4
55
10UNIT Sekolahku Syurgaku
Kempen Sayangi Sekolah
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Indah sedang berucap
dalam majlis perasmian “Kempen Sayangi Sekolah”.
Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi,
Marilah kita melafazkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana diberikan
kesempatan untuk berhimpun pada pagi ini. Hari ini kita akan melancarkan
“Kempen Sayangi Sekolah”. Kita bertuah kerana sekolah kita lengkap dengan
segala kemudahan. “Kempen Sayangi Sekolah” adalah bertepatan dengan
harapan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membina modal insan minda
kelas pertama. Hal ini selaras dengan usaha kerajaan menuju status negara
maju menjelang tahun 2020.
4 Warga sekolah yang dihormati,
Sesungguhnya kita ialah sebuah keluarga yang besar. Konsep satu keluarga
dan konsep sekolah terbuka menjadi amalan sekolah ini. Warga sekolah ini juga
mengamalkan budaya murni 5S1H, iaitu salam, senyum, sayang, sopan, santun
dan hormat. Pihak kami bersedia untuk menerima cadangan dan pandangan
yang membina demi meningkatkan prestasi murid. Saya pasti sudah tentu
perasaan sayang terhadap sekolah bukanlah bermusim, tetapi sepanjang
masa. Maka, besarlah harapan saya agar pelancaran “Kempen Sayangi
Sekolah” pada pagi ini bakal mencapai matlamat. Marilah kita bersama-sama
menyayangi sekolah kita dengan sepenuh jiwa dan raga tanpa berbelah
bahagi.
Sekian sahaja ucapan saya. Dengan ini, saya melancarkan “Kempen
Sayangi Sekolah”.
Aktiviti
1. Berikan maksud perkataan dan rangkai kata yang berhuruf tebal.
2. Nyatakan nilai yang boleh diamalkan untuk menjayakan “Kempen Sayangi
Sekolah”.
• Memberikan tindak balas lisan dengan beradab kepada guru dan rakan.
KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis Nilai: Bekerjasama, Prihatin, Kesyukuran
KB: Menjanakan idea EMK: Kreativiti dan Inovasi
56 1.1.2 BCB: Mendengar dengan berkesan
Baca petikan di bawah. 4
Guru Kesayangan Saya
Saya bersekolah di Sekolah
Menengah Kebangsaan Mutiara
Indah. Cikgu Rahmah baru
berpindah ke sekolah saya.
Beliau mengajar mata pelajaran
Bahasa Melayu. Cikgu Rahmah
seorang yang tegas tetapi baik
hati. Beliau juga seorang yang
mudah mesra. Beliau selalu
memberikan nasihat tentang
masa depan dan kerjaya
sewaktu di dalam kelas.
Cikgu Rahmah seorang
guru yang komited. Beliau
sentiasa berusaha untuk
meningkatkan prestasi anak
didiknya. Saya suka akan cara
beliau memberikan penerangan
sewaktu mengajar. Sekiranya
terdapat keraguan sewaktu
menyelesaikan latihan, beliau
sedia membantu.
Cikgu Rahmah sanggup
meluangkan masa membantu saya dan rakan-rakan untuk menyelesaikan
apa-apa jua masalah. Kami amat menghormati beliau. Benarlah kata
pujangga guru ibarat lilin yang sanggup membakar diri untuk menerangi
orang lain.
Aktiviti
1. Berikan maksud perkataan yang berhuruf tebal.
2. Senaraikan ciri positif yang dimiliki oleh Cikgu Rahmah.
• Murid menjelaskan maksud perkataan yang dibaca dengan penuh keyakinan.
KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Kasih sayang, Prihatin, Menghormati
BCB: Membaca dengan berkesan EMK: Ilmu – Pendidikan Moral
2.1.2 KB: Menjanakan idea 57
Hari Usahawan Muda
Koperasi Sekolah Menengah Mutiara Indah telah mengadakan Hari Usahawan
Muda. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti jualan, pameran dan permainan
minda. Hari Usahawan Muda ini telah menarik ramai pengunjung untuk
4 memeriahkan program tersebut.
Manjit: Wah, meriah sungguh hari ini!
Asyraf: Ya, Manjit! Saya tidak menyangka sekolah kita mampu menganjurkan
Hari Usahawan Muda semeriah ini.
Manjit: Kita mesti yakin bahawa warga sekolah kita mampu bekerjasama
dalam melaksanakan aktiviti yang dirancang.
Asyraf: Saya bersetuju dengan awak. Tanpa sokongan dan kerjasama warga
sekolah, kita tidak mungkin dapat merasai pengalaman seperti ini.
Manjit: Oleh itu, sebagai murid, kita harus berasa bangga dengan pencapaian
sekolah kita.
Asyraf: Saya setuju. Manjit, mari kita ke gerai yang menjual makanan.
Aktiviti
1. Bina ayat untuk mengucapkan tahniah kepada sahabat kamu kerana
berjaya mengadakan gerai jualan sempena Hari Usahawan Muda sekolah.
2. Secara berkumpulan, senaraikan manfaat yang diperoleh melalui program
Hari Usahawan Muda.
• Murid membina ayat ucapan.
KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis Nilai: Bekerjasama, Prihatin, Menghargai
EMK: Keusahawanan
58 3.5.1 KB: Menjanakan idea
BCB: Menulis dengan berkesan
A. Lengkapkan belon kata di bawah. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk
“Sekolahku Syurgaku”.
Saya suka sekolah saya kerana
sekolah saya bersih dan cantik.
Saya suka sekolah saya
kerana ... .
Saya suka sekolah
saya kerana ... .
4
59
B. Buat perbandingan gambar yang berikut. Bina ayat yang lengkap
berdasarkan gambar.
1
2
4
3
60
UNIT
11 Sekolah dalam Taman
Sekolahku Bersih dan Ceria
Saya berasa seronok Memang betul. Sekolah
belajar di sini. Selain ini juga mempunyai taman
selamat, sekolah ini bersih
yang indah.
dan cantik.
4
Saya setuju. Pengetua Saya sokong kata-kata
juga mementingkan aspek kalian. Kita hendaklah
kebersihan, keceriaan dan berdisiplin dan menjaga
keselamatan. kebersihan.
Aktiviti
1. Nyatakan nilai murni yang terdapat dalam dialog tersebut.
2. Mengapakah kita perlu menjaga kebersihan?
• Murid menyampaikan pendapat dengan beradab kepada guru dan rakan.
KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis Nilai: Kasih sayang, Kebersihan, Kesyukuran
KB: Menghubungkaitkan EMK: Ilmu – Pendidikan Moral
1.2.1 BCB: Mendengar dengan berkesan 61
Hijaukan Sekolah Kita
Baca dan fahami petikan di bawah. Jawab soalan yang diberikan.
4 Sekolah ialah tempat kita belajar dan menimba ilmu. Persekitaran sekolah yang
kondusif akan mempengaruhi murid belajar. Sebagai murid, kita seharusnya
menjaga kebersihan dan keindahan sekolah. Setiap murid akan berasa
selesa jika persekitaran sekolahnya bersih dan ceria. Bak kata peribahasa,
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Oleh itu, pihak sekolah perlu
mengaturkan strategi yang dominan untuk menceriakan kawasan sekolah.
“Program Sekolah dalam Taman” patut diadakan dengan menanam pokok
bunga dan tumbuhan yang menghijau di kawasan sekolah. Tujuannya supaya
persekitaran sekolah lebih nyaman dan udara lebih segar. Murid digalakkan
membawa pokok bunga dari rumah untuk ditanam di kawasan sekolah.
Landskap yang cantik perlu mempunyai kolam ikan, air terjun buatan, pondok
bacaan dan wakaf. Oleh hal yang demikian, murid akan lebih selesa dan
berminat untuk menuntut ilmu.
Aktiviti
1. Jelaskan maksud hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
2. Bagaimanakah cara untuk mengindahkan kawasan sekolah kita?
• Murid menjawab soalan daripada teks yang dibaca dengan beradab.
KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis Nilai: Kerajinan, Bertanggungjawab, Kesyukuran
KB: Menghubungkaitkan EMK: Kreativiti dan Inovasi
62 2.2.1 BCB: Membaca dengan berkesan
Ringan Sama Dijinjing
Daren dan kawan-kawan telah mengadakan aktiviti gotong-royong menceriakan
kawasan sekolah.
4
Aktiviti
1. Perihalkan gambar di atas dan bina ayat yang lengkap.
2. Hasilkan kad ucapan tahniah kepada rakan kamu kerana berjaya
melaksanakan aktiviti gotong-royong di sekolah.
• Murid membina ayat ucapan dengan menggunakan frasa yang sesuai.
KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis Nilai: Kerjasama, Kerajinan, Kebersihan
KB: Menjanakan idea EMK: Kreativiti dan Inovasi
3.5.1 BCB: Menulis secara mekanis 63
A. Teliti gambar di bawah dan bina lima ayat berdasarkan gambar.
4
64
Kad Ucapan Terima Kasih
B. Berpandukan maklumat yang diberikan, hasilkan sekeping kad ucapan
terima kasih kepada bapa kamu kerana telah memberikan kerjasama
dalam aktiviti gotong-royong sekolah.
Terima kasih Terima 4
diucapkan kasih
kepada ayah kerana
telah memberikan
kerjasama dalam
aktiviti
gotong-royong
di sekolah kami.
Saya berasa bangga
dan sangat gembira.
Daripada anakmu,
Daren
65
C. Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai berdasarkan maklumat
di bawah.
Jom Gotong-royong
JOM GOTONG-ROYONG
Tarikh: 8 April 20
Masa: 8:30 pagi -12:30 tengah hari
Tempat: Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Indah
SEMUA IBU BAPA DAN PENJAGA DIJEMPUT HADIR
Aktiviti:
• mencantas dahan pokok
• menanam pokok di sekitar kawasan kolam dan taman
• menyusun batu bata di laluan kolam hiasan
• mengecat garisan laluan dan di tepi kolam
4 • membaik pulih landskap
• melukis mural
Semua peralatan untuk gotong-royong
disediakan oleh pihak sekolah.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta Persatuan Bekas Murid Sekolah Menengah
Kebangsaan Mutiara Indah akan mengadakan program .................................. .
Program ini diadakan pada ............................................... . Program ini
bermula pada pukul 8.30 pagi dan dijangka tamat pada pukul .......................... .
Program ini melibatkan semua ibu bapa, penjaga, bekas murid dan warga
Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Indah. Terdapat pelbagai aktiviti yang
telah dirancang pada hari tersebut. Antaranya adalah ...................................... .
dahan pokok, menanam pokok di sekitar kawasan ...................................... dan
........................................ , menyusun ......................................... di laluan kolam
hiasan, membaik pulih ................................. dan juga ........................ mural pada
dinding bangunan.
Pihak sekolah menyediakan .................................................... untuk aktiviti
gotong-royong ini. Semoga program Jom Gotong-royong ini dapat mengeratkan
lagi hubungan silaturahim antara pihak sekolah dengan ibu bapa.
66
UNIT
12 Pusat Sumber Cemerlang
Membaca Jambatan Ilmu 4
Ikan kelisa di balang kaca,
Cantik dilihat pandang tak jemu;
Jadilah bangsa suka membaca,
Buku ibarat lautan ilmu.
Makan dalca bersama roti,
Roti ditambah dalam hidangan;
Budaya membaca semat di hati,
Ilmu bertambah jadi sanjungan.
Masak ikan di rumah Pak Mamat,
Untuk hidangan dalam jamuan;
Buku menyimpan banyak maklumat,
Menjadi rujukan para ilmuan.
Buah duku di atas meja,
Di pinggan kaca untuk tetamu;
Bacalah buku di mana saja,
Kerana membaca jambatan ilmu.
Aktiviti
1. Berikan maksud rangkap kedua pantun.
2. Berikan pendapat kamu tentang kepentingan membaca.
• Menyampaikan pendapat dengan beradab kepada guru dan murid.
KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis Nilai: Kerajinan, Bertanggungjawab, Menghargai
KB: Menjanakan idea EMK: Kreativiti dan Inovasi 67
1.2.2 BCB: Mendengar dengan berkesan
Kepentingan Pusat Sumber
Baca petikan di bawah dan jawab soalan yang diberikan.
4
Setiap sekolah dilengkapi dengan sebuah pusat sumber untuk kegunaan
warganya. Pusat sumber ialah tempat untuk memperoleh pelbagai maklumat
dan pengetahuan. Pengunaan pusat sumber yang optimum menjadikan tahap
pembelajaran murid lebih meningkat. Pusat sumber menyediakan tempat
membaca yang kondusif.
Lazimnya pusat sumber sekolah menyediakan ruang belajar secara
berkumpulan. Selain itu, terdapat juga ruang rehat yang santai dan selesa.
Pusat sumber juga membentuk disiplin pembelajaran murid. Mereka akan
belajar menjaga buku yang dipinjam dan memulangkannya pada masa yang
ditetapkan. Murid perlu mematuhi peraturan semasa berada di pusat sumber.
Aktiviti
1. Berikan maksud perkataan yang berhuruf tebal.
2. Mengapakah pusat sumber penting?
• Menjawab soalan daripada teks yang dibaca dengan beradab.
KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Bertanggungjawab, Prihatin, Kejujuran
KB: Menjanakan idea EMK: Ilmu – Pendidikan Moral
68 2.2.2 BCB: Membaca dengan berkesan
Mari Menjadi Ahli Pusat Sumber
Baca dialog di bawah.
Nurul, Mili dan Manjit hendak menjadi ahli pusat sumber sekolah. Loges
memberitahu mereka tentang cara untuk menjadi ahli pusat sumber sekolah.
Bagaimanakah cara untuk menjadi Saya juga belum
ahli pusat sumber sekolah? Saya belum menjadi ahli. Saya sukar hendak
meminjam buku rujukan di pusat
menjadi ahli pusat sumber sekolah.
sumber sekolah kita.
Mudah sahaja. Kamu
boleh mengisi borang Marilah
keahlian melalui laman sama-sama
mengisi borang
sesawang sekolah. keahlian supaya
kita boleh 4
meminjam
buku.
Aktiviti
Isikan maklumat peribadi kamu dalam borang yang
diberikan oleh guru.
• Melengkapkan borang biodata dengan maklumat diri yang betul.
KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Tolong-menolong, Prihatin, Bertanggungjawab
KB: Menjanakan idea EMK: TMK
3.1.1 BCB: Menulis secara mekanis 69
A. Padankan gambar dengan aktiviti di pusat sumber dengan betulnya.
1.
Murid sedang mengulang kaji
pelajaran secara berkumpulan.
2.
Pengawas Pusat Sumber sedang
menyusun buku di rak buku.
4 3. Kita dilarang berbuat bising
di dalam pusat sumber.
4.
5. Pustakawan sedang memilih
70 dan melabelkan buku.
Seorang murid sedang
meminjam buku.
B. Bina lima ayat yang lengkap berpandukan gambar di bawah.
4
71
C. Peraturan Pusat Sumber di sekolah.
1. Tolong senyap semasa berada
di pusat sumber.
2. Sila beratur semasa meminjam
atau memulangkan buku.
3. Dilarang makan, minum atau
tidur di dalam pusat sumber.
4. Letakkan semula buku yang
telah digunakan ke tempat asal.
4 5. Buku yang dipinjam hendaklah
dikembalikan pada tarikh yang
telah ditetapkan.
6. Murid haruslah sentiasa
menjaga kebersihan pusat
sumber.
Aktiviti
Pada pendapat kamu, mengapakah peraturan perlu disediakan kepada
pengguna pusat sumber?
72
TEMA KESELAMATAN DI JALAN RAYA
5
73
13UNIT Berhati-hati di Jalan Raya
Lambang Isyarat Lalu Lintas
Teliti dan fahami tanda isyarat lalu lintas di bawah.
1. 2. 3.
P
Dilarang masuk Had laju 30km/j Parkir OKU
4. 5. 6.
5 Dilarang Berhenti di
memotong simpang jalan
Kanak-kanak 8. 9.
melintas
7.
Dilarang Motosikal Dilarang
berpusing dilarang membunyikan
masuk
balik hon
Aktiviti
Secara berkumpulan, cari tanda isyarat lalu lintas yang lain dan nyatakan
maksudnya.
• Menyatakan soalan dan jawapan dalam sesi perbincangan dengan beradab.
KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Bertanggungjawab, Prihatin
KB: Menghubungkaitkan EMK: TMK
74 1.3.1 BCB: Mendengar dengan berkesan
Malang Tidak Berbau
Baca petikan di bawah dan berikan makna perkataan yang berhuruf tebal.
5
Loges dan Manjit sedang berjalan pulang ke rumah selepas bermain bola
di padang. Sewaktu berjalan pulang mereka asyik membaling bola antara
satu sama lain dan bergurau tanpa menghiraukan keselamatan diri. Tiba-tiba,
Manjit tersepak batu lalu terjatuh di atas jalan raya.
Sebuah kereta yang datang dari arah belakang tidak sempat mengelak
lalu terlanggar Manjit. Manjit bernasib baik. Dia hanya cedera ringan. Pemandu
kereta tersebut segera membawa Manjit ke klinik yang berhampiran untuk
mendapatkan rawatan.
Doktor menasihati mereka supaya berhati-hati di jalan raya. Mereka
meminta maaf atas kelalaian tersebut. Loges dan Manjit insaf dan berjanji
tidak akan mengulangi kesilapan mereka.
Aktiviti
Berikan pengajaran yang boleh diambil berdasarkan peristiwa tersebut.
• Murid membaca dan menjelaskan maksud perkataan dengan yakinnya.
KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis Nilai: Bertanggungjawab, Prihatin, Kesyukuran
KB: Menjanakan idea EMK: Ilmu – Pendidikan Moral
2.1.1 BCB: Membaca dengan berkesan 75
Kempen Keselamatan Jalan Raya
Nurul dan kawan-kawan ternampak iklan pertandingan melukis poster di papan
kenyataan. Mereka membaca iklan tersebut dengan teliti.
45 Pertandingan Melukis Poster Keselamatan Jalan Raya
Syarat-syarat Pertandingan
1. Umur 13 hingga 17 tahun.
2. Penyertaan individu.
3. Menggunakan warna air.
4. Poster bersaiz kertas lukisan.
5. Pertandingan akan diadakan pada 21 Ogos 20 bertempat
di Dewan Wawasan Jitra.
6. Masa pertandingan 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari.
7. Hadiah disediakan dari tempat pertama hingga ketiga dan
tiga hadiah saguhati.
8. Keputusan pengadil adalah muktamad.
9. Peserta hendaklah menghantar borang penyertaan, dua hari
sebelum tarikh tutup pertandingan.
Sebarang pertanyaan hubungi: 03-21479556
Borang penyertaan pertandingan melukis poster peringkat daerah
1. Nama:
2. Umur:
3. No. Kad Pengenalan:
4. Jantina:
5. Nama Sekolah:
6. Kebenaran Ibu Bapa:
• Murid melengkapkan borang biodata atau maklumat diri dengan betulnya.
KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Kasih sayang, Prihatin, Kesyukuran
KB: Menjanakan idea EMK: TMK
76 3.1.2 BCB: Mendengar dengan berkesan
Keselamatan Pejalan Kaki
A. Bersoal jawab berpandukan gambar.
12
– lorong pejalan kaki – kiri dan kanan 45
3 4
– menghadap lalu lintas – melintas dengan cepatnya
77
B. Perihalkan gambar yang berikut dan tulis ayat yang lengkap.
1
5 2
3
W 123 W
4
78
UNIT
14 Pandu Cermat Jiwa Selamat
Elakkan Kemalangan
Teliti gambar di bawah dan jawab soalan yang diberikan.
Mili dan keluarganya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bercuti
di Taman Tema. Walaupun letih, mereka berasa sangat seronok. Ayah Mili
memandu kereta dengan berhati-hati. Tiba-tiba kereta ayah Mili terlanggar
sesuatu dan terbabas ke tepi jalan raya. Rupa-rupanya, ayah Mili terlanggar
besi cerucuk jalan dan tayar keretanya pecah. Selepas menukar tayar ganti,
mereka meneruskan perjalanan. Mereka bersyukur kerana tidak mengalami
sebarang kecederaan.
5
Aktiviti
1. Di manakah keluarga Mili pergi bercuti?
2. Mengapakah kereta bapa Mili terbabas?
3. Mengapakah kita perlu merancang perjalanan kita?
4. Berikan slogan yang sesuai dengan peristiwa tersebut.
• Menyatakan soalan dan jawapan dalam sesi perbincangan dengan beradab.
KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis Nilai: Berhati-hati, Bertanggungjawab, Kesyukuran
KB: Menghubungkaitkan EMK: Ilmu – Pendidikan Moral
1.3.2 BCB: Mendengar dengan berkesan 79
Tanggungjawab Kita
Baca dialog di bawah dan lakonkan. Pemandu dan
penumpang kenderaan bukan
Lihat penumpang itu!
Dia membuang sampah dari dalam sahaja perlu berhati-hati di jalan
kenderaan. raya tetapi juga perlu berhemah
dan menjaga kebersihan.
Memang betul.
Sampah yang dibuang
mengganggu pengguna
jalan raya yang lain
dan boleh mengakibatkan
kemalangan.
5
Aktiviti
1. Apakah kesalahan yang dilakukan oleh pemandu dan penumpang kereta?
2. Nyatakan kesan daripada perbuatan tersebut.
3. Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah yang berlaku?
• Murid membaca dan menjelaskan maksud perkataan dengan yakinnya.
KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis Nilai: Kebersihan, Prihatin, Bertanggungjawab
BCB: Membaca dengan berkesan EMK: Ilmu – Pendidikan Moral
80 2.1.1 KB: Menjanakan idea
Berhemah di Jalan Raya
Baca petikan di bawah.
Seorang pegawai polis sedang memberikan ceramah tentang langkah-langkah
untuk mengelakkan kemalangan jalan raya. Program ini bersempena dengan
kempen “Berhemah di Jalan Raya Tanggungjawab Kita”.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pertama sekali bagi pihak polis, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih 5
kepada semua yang sudi melapangkan masa untuk hadir pada hari ini.
Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan menunjukkan sokongan kepada program
keselamatan jalan raya. Program ini bersempena dengan kempen “Berhemah
di Jalan Raya Tanggungjawab Kita”.
Izinkan saya untuk memberikan panduan keselamatan di sepanjang
pemanduan. Pemandu haruslah merancang perjalanan terlebih dahulu dan
sentiasa mematuhi peraturan jalan raya. Selain itu, sekiranya berasa letih,
tangguhkan perjalanan atau berehat sebentar di kawasan rehat dan rawat.
Para pemandu juga dinasihati supaya tidak mencelah-celah di antara
kenderaan dan jangan memotong di selekoh dan garisan berkembar. Elakkan
daripada mengekori kenderaan dalam jarak yang terlalu rapat. Selain itu,
jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan.
Semoga panduan ini menjadikan kita lebih berhemah di jalan raya. Jalan
raya bukanlah tempat untuk berlumba. Berhati-hati di jalan raya.
Sekian, terima kasih.
Aktiviti
Senaraikan peraturan jalan raya yang terdapat dalam teks.
• Menyalin ayat dan peraturan dengan menggunakan perkataan, frasa dan rangkai kata
yang betul.
KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis Nilai: Menghormati, Bertimbang rasa, Prihatin
3.2.1 KB: Menghubungkaitkan EMK: Kreativiti dan Inovasi 81
BCB: Menulis secara mekanis
A. Susun frasa di bawah supaya menjadi ayat yang betul.
1. peraturan jalan raya. sentiasa mematuhi Kita hendaklah
2. adalah tanggungjawab kita bersama. Keselamatan di jalan raya
3. harus berhati-hati Pengguna jalan raya sewaktu melintas jalan.
5 4. di jalan raya Bersopan santun merupakan amalan mulia.
5. selalu memandu kereta Bapa dengan cermatnya.
6. harus mematuhi Setiap pengguna papan tanda di jalan raya.
7. Pemandu akan disaman melebihi had laju. jika memandu
82
B. Cari lapan perkataan tersembunyi yang berkaitan dengan keselamatan
jalan raya.
a s e l ama t p o k i 5
s e b amd t t ma p e
ow f ebh ug j y ed
pun i y i sp l f r x
a h u t j f c e r ma t
n j awaeg n a i t z
a n y awa l gmp u i
beo r aydvee r c
i mk an t u u t nae
noecu i bn i gn t
b e r h ema h h g e g
acebpa i ouu i u
e i t uehpd l n ko
f gap t aya r ap l
a k ema l a n g a n p
Aktiviti
Bina ayat daripada lima perkataan yang tersembunyi.
83
C. Perihalkan gambar yang berikut.
Sebagai pengguna jalan raya kita haruslah sentiasa menjaga keselamatan diri
dan pengguna jalan raya yang lain.
5
84
UNIT
15 Patuhi Peraturan Jalan Raya
Fahami Lampu Isyarat
Baca dan nyatakan maklumat di bawah.
Lampu isyarat ialah sistem yang digunakan untuk melancarkan pergerakan 5
lalu lintas dan lintasan pejalan kaki. Tujuannya adalah untuk memudahkan
pengguna jalan raya. Lampu isyarat disesuaikan dengan kod warna yang
sama di seluruh dunia.
Sistem pengawasan lampu lalu lintas seperti ini pertama kali diperkenalkan
di daerah Westminster, England pada 10 Disember 1868. Lampu isyarat ini
menggunakan lampu gas dan perlu dikendalikan secara manual.
Susunan lampu isyarat ini terdiri daripada tiga warna, iaitu merah, kuning
dan hijau. Namun begitu, lampu merah mempunyai warna jingga di dalamnya.
Lampu hijau pula mempunyai warna biru. Keadaan ini untuk membantu orang
yang buta warna mengenali warna merah dan hijau.
(Diubah suai daripada: Utusan Malaysia Online, 27 Februari 2014.)
Lampu merah – berhenti.
Lampu kuning – bersedia untuk berhenti.
Lampu hijau – meneruskan perjalanan.
Aktiviti
Nyatakan kepentingan lampu isyarat kepada pengguna jalan raya.
• Murid menyampaikan maklumat dalam bentuk pendapat atau ucapan ringkas.
KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Bertanggungjawab, Prihatin, Berhati-hati
KB: Menjanakan idea EMK: TMK
1.4.1 BCB: Mendengar dengan berkesan 85
Berdisiplin di Jalan Raya
Baca dan fahami dialog yang berikut.
Nurul bersama-sama ibu, bapa dan adiknya melintas jalan semasa lampu
isyarat pejalan kaki berwarna hijau.
Ayah, berjasa sungguh lampu Memang betul, Aiman. Dengan
isyarat ini. mematuhi lampu isyarat,
kemalangan dapat dielakkan.
Tetapi ayah, masih terdapat Sebab itulah, saman dikenakan
pemandu yang tidak mematuhi kepada pemandu yang tidak
mematuhi lampu isyarat.
lampu isyarat.
5 Berapakah bayaran
saman itu, ayah?
Denda minimum RM300 dan
perlu dibayar dalam tempoh
masa yang ditetapkan.
Aktiviti
1. Mengapakah saman dikenakan kepada pemandu?
2. Berapakah denda yang perlu dibayar oleh pemandu yang tidak mematuhi
lampu isyarat?
• Murid membaca dan menjelaskan maksud perkataan dengan yakinnya.
KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis Nilai: Bertimbang rasa, Prihatin, Menghormati
KB: Menjanakan idea EMK: Ilmu – Pendidikan Moral
86 2.2.2 BCB: Membaca dengan berkesan
Melintas dengan Selamat
Lengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai.
laluan lintasan belang berhati-hati berdisiplin
melintas berwarna hijau jejantas selamat
WRS 6494
5
1. Kita haruslah ____________ sewaktu melintas jalan raya dan sentiasa
____________ .
2. Sebelum ____________ jalan raya, pastikan lampu isyarat pejalan kaki
____________ .
3. Pemandu kenderaan harus memberikan ____________ kepada pejalan
kaki di ____________ .
4. Penggunaan ____________ ialah cara yang ____________ untuk melintas
jalan raya.
• Murid melengkapkan ayat dengan menggunakan frasa nama yang sesuai.
KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis Nilai: Kasih sayang, Prihatin, Kesyukuran
BCB: Menulis secara mekanis EMK: Kreativiti dan Inovasi
3.2.2 KB: Menjanakan idea 87
Keselamatan Pejalan Kaki
A. Baca dan padankan peraturan pejalan kaki dengan keterangan yang
sesuai.
1. Peraturan Keterangan
5 Memakai Lintasan pejalan kaki
pakaian cerah dan jejantas.
2.
Jangan Berjalan menghadap
membelakangkan lalu lintas, gunakan laluan
kenderaan pejalan kaki.
3. Gunakan kemudahan Jaket keselamatan
untuk melintas dengan pemantul cahaya
supaya mudah dilihat oleh
4. Berhati-hati sewaktu
melintas jalan kenderaan lain.
5. Sentiasa awasi Pimpin anak-anak semasa
anak-anak hendak melintas jalan.
Pastikan keadaan adalah
benar-benar selamat sebelum
melintas.
88
B. Baca dan fahami maklumat di bawah.
Topi Keledar
5
Topi keledar ialah sejenis topi keselamatan yang digunakan oleh penunggang
dan pembonceng motosikal. Matlamat utama topi keledar adalah untuk
melindungi kepala penunggang daripada hentakan jika berlaku kemalangan.
Kesemua jenis topi keledar mempunyai pengikat dagu. Sekiranya pengikat dagu
tidak dikenakan dengan betul, perlindungan daripada kecederaan di kepala
amat rendah. Memakai topi keledar sewaktu menunggang dan membonceng
motosikal dapat mengurangkan kecederaan di kepala akibat kemalangan.
Aktiviti
1. Ceritakan perihal topi keledar yang pernah kamu lihat.
2. Pada pendapat kamu, mengapakah penunggang dan pembonceng
motosikal diwajibkan memakai topi keledar?
89
C. Bina ayat dengan menggunakan frasa yang diberikan.
1. memakai tali pinggang keledar
K...it.a...h..e..n..d..a..k..la..h...m...e..m...a..k..a..i.t.a..l.i..p..in..g..g..a..n..g..
.k.e..l.e..d..a..r..s.e..m...a..s..a...m...e..m...a..n..d..u..s..e..b..a..g..a..i.....
.la..n..g..k..a..h...k.e..s..e..la..m...a...ta..n.............................
2.
memakai topi keledar
3. mematuhi lampu isyarat
5
menggunakan jejantas
4.
5.
menggunakan lintasan belang
90
TEMA PENGANGKUTAN AWAM DI MALAYSIA
6
91