The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bahasa Melayu Komunikasi Pendidikan Khas Tingkatan 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ahmad Mishkat, 2020-12-01 03:59:13

Bahasa Melayu Komunikasi Pendidikan Khas Tingkatan 1

Bahasa Melayu Komunikasi Pendidikan Khas Tingkatan 1

UNIT

16 Kelebihan Pengangkutan Awam

Perjalanan ke Butterworth

Baca dan ceritakan dialog di bawah.
Nurul dan bapa saudaranya menaiki tren ETS dari KL Sentral ke Butterworth
untuk bertemu dengan ibu dan neneknya yang berada di Seberang Jaya.

Selesa sungguh Ya, memang selesa dan
keadaan dalam tren ini. kelihatan bersih. Bolehlah

Pukul berapa kita berehat.
kita akan sampai
di Butterworth? Kita akan sampai pada pukul
5:00 petang. Kita akan menaiki
6 Tidak sabar rasanya
hendak berjumpa dengan teksi ke rumah nenek.
ibu dan nenek.
Terasa rindu dan tidak sabar
hendak berjumpa mereka.

Kebaikan menggunakan
pengangkutan awam:

• menjimatkan masa
• mengurangkan kos
• mengurangkan pencemaran udara
• mengurangkan kesesakan lalu lintas

•  Murid menyampaikan maklumat dalam bentuk pendapat atau ucapan ringkas secara

beradab.

KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis Nilai: Menghargai, Kasih sayang, Prihatin

92 1.4.2 KB: Menghubungkaitkan EMK: Ilmu – Pendidikan Moral

BCB: Mendengar dengan berkesan

Perkhidmatan Pengangkutan Awam

Pengangkutan awam ialah perkhidmatan berbayar yang digunakan untuk 6
bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi lain. Sesetengah pengangkutan
awam menyediakan tiket sebagai resit bukti pembayaran. Sistem pengangkutan
awam yang sistematik mampu menjamin keselamatan dan keselesaan
pengguna.

Perkhidmatan pengangkutan awam ini merangkumi perkhidmatan
pengangkutan darat, udara dan air. Pengangkutan awam ini bertujuan untuk
memudahkan sistem perhubungan masyarakat di seluruh negara. Perkhidmatan
ini adalah alternatif bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.

Penggunaan perkhidmatan ini juga turut membantu mengurangkan
pencemaran udara. Contohnya, perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT),
komuter, monorel, perkhidmatan kereta api elektrik (ETS) dan Rangkaian Kereta
Api Ekspres (ERL). Perkhidmatan pengangkutan awam dapat menjimatkan masa
dan memudahkan pengguna.

  Aktiviti

1. Senaraikan jenis perkhidmatan awam yang terdapat di Malaysia.
2. Jelaskan kebaikan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.
3. Mengapakah perkhidmatan komuter, monorel, LRT, ETS dan ERL
diperkenalkan di bandar?

Nota Guru •  Murid menerangkan isi tersurat. Nilai: Bertanggungjawab, Berdikari, Berhati-hati
2.2.2 KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis EMK: TMK

KB: Mengkategorikan 93
BCB: Membaca dengan lancar

Jenis-jenis Pengangkutan Awam

Pengangkutan Awam Bermotor

Tren Elektrik ialah pengangkutan awam yang menggunakan motor elektrik
dan tenaga elektrik untuk menggerakkannya.

komuter monorel ETS

Kenderaan Awam Berenjin

Kenderaan Awam Berenjin ialah pengangkutan awam yang menggunakan
minyak petrol atau diesel untuk menggerakkannya.

6

kapal terbang bas

feri teksi

  Aktiviti
Bina ayat mudah berdasarkan gambar.

•  Membina ayat mudah dengan mengunakan kata nama secara lengkap.

KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis Nilai: Bertanggungjawab, Berdikari

KB: Menjanakan idea EMK: TMK, Kreativiti dan Inovasi

94 3.3.1 BCB: Menulis secara mekanis

A. Perihalkan gambar. Pengangkutan moden
Pengangkutan lama

6

95

B. Buat buku skrap bergambar tentang pengangkutan awam darat, udara
dan air.
Pengangkutan Awam

6 Nama:
Tingkatan:

96

UNIT

17 Lancar Menuju Destinasi

ETS Ekspres

Baca dan fahami petikan berita di bawah.

KUALA LUMPUR: 11 Julai – Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dari Kuala Lumpur ke 6
Padang Besar dan Padang Besar ke Kuala Lumpur yang bermula hari ini akan
berhenti di 15 hentian. Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad dalam satu sidang
media hari ini berkata, 15 hentian itu ialah KL Sentral, Tanjung Malim, Tapah
Road, Kampar, Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Parit Buntar, Bukit Mertajam,
Butterworth, Sungai Petani, Alor Setar, Arau dan Padang Besar.

Harga tiket sehala dari Kuala Lumpur ke Padang Besar atau Padang Besar
ke Kuala Lumpur ialah RM80.00. Tren dari Kuala Lumpur ke Padang Besar akan
berlepas pada pukul 9:30 pagi dan tiba pada pukul 3:00 petang, manakala dari
Padang Besar ke Kuala Lumpur pada pukul 4:00 petang dan tiba pada pukul
9:15 malam. Bagi perkhidmatan tren ETS transit Ipoh – Butterworth – Padang
Besar dan sebaliknya yang telah bermula pada 10 Julai lepas akan berhenti
di kesemua 24 stesen.

Sepuluh stesen hentian baharu diperkenalkan, iaitu Anak Bukit, Bukit Ketri,
Bukit Tengah, Kamunting, Kobah, Kodiang, Padang Rengas, Simpang Ampat,
Tasek dan Tasek Gelugor. Tiket tren Ipoh ke Butterworth ialah RM23.00 manakala
Butterworth ke Padang Besar ialah RM21.00. Waktu laluan ke Ipoh – Butterworth
adalah pada pukul 5:00 pagi dan tiba pada pukul 6:50 pagi. Perjalanan ke
Butterworth – Padang Besar (7:30 pagi – 9:15 pagi), Padang Besar – Butterworth
(2:00 petang – 3:45 petang) dan Butterworth – Ipoh (5:00 petang – 6:50 petang).

(Diubah suai daripada Bernama 11 Julai 2015)

 Aktiviti
Nyatakan harga tiket yang terdapat dalam petikan.

•  Menyampaikan maklumat dalam bentuk pendapat menggunakan ayat lengkap.

KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Kerajinan, Kesyukuran

KB: Menyenaraikan, Menghubungkaitkan EMK: TMK

1.4.1 BCB: Mendengar dengan berkesan 97

Pengalaman Menaiki ETS

Baca catatan diari Rika di bawah.

Rika berasa sangat gembira kerana dapat menyertai lawatan ke Alor Setar
dengan menaiki ETS. Dia telah membuat catatan lawatan tersebut.

Rabu, 7 Oktober 2015 – Lawatan ke Alor Setar menaiki ETS.

2:30 petang – Berkumpul di tapak perhimpunan sekolah untuk menaiki bas.
Guru pengiring, Cikgu Eda dan Cikgu Saiful memeriksa
kehadiran murid.

3:00 petang – Menaiki bas ke Stesen Kereta Api KL Sentral.
3:30 petang – Tiba di Stesen Kereta Api KL Sentral. Berkumpul di sini untuk

menaiki ETS. Pertama kali saya mengikuti lawatan sambil
belajar ke Alor Setar. Semasa menunggu ketibaan ETS,

6 perasaan saya bercampur baur antara gembira, gementar
dan bimbang. Saya tidak pernah menaiki ETS.
4:00 petang – Kami menaiki ETS dengan penuh teruja. Saya duduk di tepi
tingkap. Sungguh selesa. Saya sungguh gembira.
4:15 petang – ETS bertolak ke Alor Setar. Perasaan takut dan gementar hilang.
Dalam perjalanan ke Alor Setar, ETS telah berhenti di beberapa
buah stesen.
9:30 malam – Tiba di Stesen Kereta Api Alor Setar. Sebuah bas menunggu
untuk membawa kami ke tempat penginapan.

  Aktiviti

1. Nyatakan maksud perkataan yang berhuruf tebal.
2. Berapa lamakah masa yang diambil untuk sampai ke Alor Setar dari KL

Sentral dengan menaiki ETS?
3. Secara ringkas, gambarkan perasaan Rika sebelum, semasa dan selepas

menaiki ETS.

•  Murid menjawab soalan daripada teks yang dibaca secara beradab.

KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis Nilai: Menghargai, Berdikari, Bekerjasama

KB: Menjanakan idea EMK: Ilmu – Pendidikan Moral, Matematik

98 2.2.1 BCB: Membaca dengan berkesan

Membeli e-Tiket ETS

Baca dan fahami dialog di bawah.

Pada cuti penggal pertama, Cikgu Saiful merancang untuk mengadakan
lawatan sambil belajar ke Ipoh dengan menaiki ETS. Pijut, Daren, Cheah dan
Mili berminat untuk mengetahui cara membeli tiket ETS.

Cikgu Saiful: Pada cuti penggal pertama nanti, cikgu merancang untuk 6
mengadakan lawatan ke Ipoh. Kita akan menaiki ETS.

Pijut: Wah, seronoknya! Saya belum pernah lagi menaiki ETS.

Daren: Cikgu, bagaimanakah cara untuk kita mendapatkan tiket ETS?

Cikgu Saiful: Banyak cara yang boleh kita gunakan untuk membeli tiket ETS.

Cheah: Bukankah kita hanya perlu ke stesen kereta api dan membeli
tiket?

Cikgu Saiful: Betul. Selain itu, kita juga boleh membeli tiket melalui e-tiket,
tempahan e-mel, tempahan telefon dan di semua kaunter tiket
KTM antara bandar.

Mili: Oh, rupanya banyak cara untuk kita membeli tiket ETS!

Cikgu Saiful: Terdapat juga beberapa kaunter yang menerima kad kredit
sekiranya harga tiket melebihi RM50.

Pijut: Cikgu, bagaimanakah pula kita hendak membeli tiket ETS?

Cikgu Saiful: Kita akan membeli tiket melalui e-tiket. Hari ini cikgu akan
mengajar kamu cara menempah e-tiket.

Daren: Cikgu, marilah kita tempah sekarang.

Cikgu Saiful: Baiklah.

 Aktiviti

1. Senaraikan kata nama yang terdapat dalam dialog di atas.
2. Terangkan cara untuk membeli tiket ETS.

•  Murid menyampaikan maklumat dalam bentuk pendapat atau ucapan ringkas.

KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Bertanggungjawab, Bekerjasama, Menghormati

KB: Menjanakan idea EMK: TMK

1.4.2/ BCB: Mendengar dan menulis dengan berkesan 99
3.3.2

A. Perihalkan laluan ETS dengan menggunakan ayat yang lengkap.

6

Laluan ETS
100

B. Bina ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah.
1. 2.

kafe dapur kafe
3. 4.

tempat duduk penumpang tempat simpan barang 6
5.
6.

tandas surau
7. 8.

televisyen mesra OKU

101

C. Sampaikan maklumat yang terdapat dalam carta alir di bawah.

Keretapi Tanah Melayu jadual perjalanan

6 membeli tiket di kaunter tiket ETS

ETS ETS menuju ke destinasi
102 tiba di destinasi

UNIT

18 Kerjaya Pemandu

Cekap Memandu

Cikgu Saiful hendak menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur. Dengan
berpandukan peta laluan di bawah, bantu pemandu teksi untuk menuju ke
tempat penginapan Cikgu Saiful di Hotel Seri Vila.

Stesen teksi

Teksi

Pejabat pos

6

Hospital

Masjid Hotel
Seri Mesra

Medan Selera

Hotel
Seri Vila

•  Murid memberikan tindak balas lisan secara beradab kepada guru dan rakan.

KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis Nilai: Tolong-menolong, Berdikari, Menghormati

KB: Menjanakan idea EMK: TMK

1.1.2 BCB: Mendengar dengan berkesan 103

Salim Pemandu Teksi

Baca dialog di bawah.

Cikgu Jeya menaiki sebuah teksi untuk pergi ke rumah sahabatnya di Jalan Ipoh.

Cikgu Jeya: Selamat sejahtera, encik.
Salim: Selamat sejahtera. Encik hendak ke mana?
Cikgu Jeya: Tolong hantarkan saya ke alamat ini.
Salim: Baiklah. Tempat ini tidak jauh dari sini.
Cikgu Jeya: Terima kasih.
Salim: Sama-sama.
Cikgu Jeya: Sudah berapa lamakah encik menjadi pemandu teksi?
Salim: Saya menjadi pemandu teksi sejak lima tahun lalu, sebaik saja

pencen daripada tentera.
Cikgu Jeya: Encik memang berasal dari Kuala Lumpur?
Salim: Saya berasal dari Taiping, Perak. Saya menetap di Gombak.
Cikgu Jeya: Apakah cabaran yang encik hadapi sepanjang menjadi pemandu

teksi?
Salim: Sepanjang menjadi pemandu teksi, saya berhadapan dengan

pelbagai kerenah penumpang. Dalam kalangan penumpang
saya, ada yang bersopan dan ada juga yang kurang beradab.
Semua itu menguji kesabaran saya.
Cikgu Jeya: Rupa-rupanya, menjadi seorang pemandu teksi juga memerlukan
kesabaran yang tinggi.
Salim: Ya, encik! Encik kerja apa?
Cikgu Jeya: Saya seorang guru.
Salim: Tugas seorang guru memerlukan kesabaran yang lebih tinggi.
Cikgu Jeya: Apa-apa kerja sekalipun memerlukan kesabaran.
Salim: Pemandu teksi pun perlu banyak bersabar dengan kerenah
penumpang.
Cikgu Jeya: Betul. Saya setuju.

  Aktiviti

1. Berikan maksud perkataan yang berhuruf tebal.
2. Mengapakah kita harus menghormati orang lain?

•  Murid menjelaskan maksud perkataan yang dibaca dengan betulnya.

KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Bersopan santun, Berdikari

104 KB: Menjanakan idea EMK: Keusahawanan

2.1.2 BCB: Membaca dengan berkesan

Pemandu Pengangkutan Awam
Bina ayat yang lengkap menggunakan pola FN + FN berdasarkan gambar.

pemandu van pemandu bas

kapten ETS juruterbang

pemandu teksi jurumudi feri

•  Membina ayat mengikut pola ayat dasar FN+FN dengan betulnya.

KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis Nilai: Kerajinan, Berdikari, Kesyukuran

KB: Menjanakan idea EMK: Keusahawanan

3.4.3 BCB: Mendengar dengan berkesan 105

A.  Perihalkan isi kandungan iklan di bawah.
   Iklan Jawatan Kosong

6 Nama Jawatan:

106 PEMANDU BAS

Keterangan Kekosongan:

• Mempunyai lesen memandu bas
• Sihat tubuh badan
• Boleh membawa bas jarak yang jauh
• Bekerja lebih masa 
• Tempat kerja: Johor
• Waktu Bekerja: Syif
• Gaji ditawarkan: RM1500.00

Kelayakan:

• Pengalaman berkaitan diperlukan: 12 bulan
• Status jawatan kosong: Kontrak
• Bilangan kekosongan: 3
• Jenis lesen diperlukan: E

Keistimewaan dan Kemudahan:

• Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
• Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
• Elaun lebih masa

Cara Memohon:

Hantarkan permohonan dan profil diri anda:

[email protected] 
  

Nombor Telefon: 015-8503160
Tarikh Tutup Permohonan: 10 Jun 20

B.  Baca maklumat di bawah dan berikan ulasan.
Ciri-ciri Pemandu yang Baik

6

Antara ciri pemandu yang baik ialah:
1. menepati masa.
2. berpakaian bersih dan kemas.
3. bersedia membantu penumpang.
4. sentiasa mematuhi peraturan jalan raya.
5. memandu dengan berhati-hati dan berhemah.
6. sentiasa senyum dan menghormati penumpang.
7. sentiasa mengutamakan keselamatan penumpang.
8. sentiasa mengutamakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
9. mempunyai integriti yang tinggi, bermotivasi tinggi, cergas dan komited.
10. sentiasa memastikan kenderaan dalam keadaan selamat untuk dipandu.

107

C. Deklamasikan sajak di bawah.

Tenang dalam Kesesakan

Tiap masa sepanjang hari
jalan-jalan di kota ini
menerima kehadiran tetamu
yang gopoh dalam perjalanan
lemas dalam kesesakan.

Dalam hati
kesabaran menghilang
keangkuhan menguasai setiap ruang
Mampat dengan emosi
bosan menguasai diri.

Namun,
Sewaktu di perjalanan
ketenangan penghuni kota ini

6 masih lagi di hati
yang pasti cuma perlumbaan dan harapan
agar jalan-jalan kota ini tetap teguh berdiri
kesantunan tetap terlukis di hati
kemanusiaan masih terukir dalam diri.

Nukilan.
Subai810

  Aktiviti
1. Berikan pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas.
2. Bina ayat penyata berdasarkan perkataan dan frasa yang berikut.

sepanjang hari keangkuhan

kehadiran tetamu kesopanan

kesabaran semakin sepi

108

TEMA ALAM SEKITAR
7

109

UNIT

19 Indahnya Alam Kita

Berikan pendapat kamu tentang keunikan Malaysia.
Malaysiaku Permai

Tahukah kamu mengapa Malaysia terkenal sebagai destinasi pelancongan?
Ramai pelancong datang ke Malaysia untuk menikmati keindahan alam semula
jadi seperti kawasan tanah tinggi, pulau, pantai dan taman rekreasi.

7 Pantai Cherating, Pahang

Pulau Langkawi, Kedah

Tanah Tinggi Cameron, Pahang Tasik Kenyir, Terengganu

  Aktiviti
Nyatakan tempat-tempat lain di Malaysia yang menjadi tumpuan pelancong.

•  Murid menyampaikan pendapat menggunakan perkataan sendiri.

KBT: Kontekstual Nilai: Kebersihan fizikal dan mental, Kesyukuran

KP: Verbal-linguistik, Naturalis EMK: Ilmu – Pendidikan Alam Sekitar
110 1.2.2 KB: Menjanakan idea

BCB: Mendengar dengan berkesan

Baca dan fahami. 7

Destinasi Pelancongan

Ramai pelancong memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan. Mereka
tertarik akan keindahan alam semula jadi seperti Hutan Belum di Perak, Taman
Negara Endau – Rompin di Pahang, Gunung Kinabalu di Sabah dan Gua Niah
di Sarawak.

Malaysia mempunyai hutan hujan khatulistiwa yang berusia lebih dua juta
tahun. Di kawasan ini, pelancong dapat menjalankan pelbagai aktiviti riadah
sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Selain itu, hidupan di hutan
hujan ini menjadi tarikan pencinta alam dan pengkaji untuk membuat kajian.

Malaysia juga mempunyai pantai dan pulau yang menarik. Antara pantai
dan pulau yang menarik untuk dikunjungi ialah Pulau Sipadan di Sabah, Pulau
Tioman di Pahang, Pulau Perhentian di Terengganu dan Pantai Batu Ferringhi di
Pulau Pinang. Tasik Kenyir di Terengganu dan Empangan Temenggor di Perak
pula merupakan destinasi yang sesuai untuk kaki pancing.

Malaysia juga memiliki kawasan rekreasi di tanah tinggi yang mempunyai
suhu sejuk seperti Tanah Tinggi Cameron dan Bukit Fraser di Pahang, dan Bukit
Larut di Perak. Selain dapat menghayati keindahan alam semula jadi, para
pelancong juga dapat mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga.

  Aktiviti

Pilih satu tempat yang hendak kamu lawati. Bincangkan.

•  Murid membaca bahan cerita dengan sebutan yang betul.

KBT: Kontekstual Nilai: Kesyukuran, Kasih sayang

KP: Naturalis EMK: Ilmu – Pendidikan Alam Sekitar

2.2.1 KB: Menghubungkaitkan 111
BCB: Membaca secara mekanis

Senaraikan kata nama yang terdapat dalam petikan.

Pulau Tioman

Pulau Tioman terletak di negeri Pahang Darul Makmur. Pulau ini diiktiraf
antara 10 pulau tercantik di dunia. Terdapat beberapa buah kampung di sekitar
pesisir pantai Pulau Tioman seperti Salang, Tekek, Genting, Paya dan Juara.
Setiap kampung mempunyai tarikan yang berbeza dan unik. Keindahan alam
pulau ini menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.

Pengunjung ke Pulau Tioman boleh menggunakan bot dari Mersing di Johor
atau Tanjung Gemok di Pahang. Selain itu, mereka juga boleh menaiki kapal
terbang yang beroperasi setiap hari dari Kuala Lumpur.

Pelbagai aktiviti di laut dan pantai seperti memancing, menyelam dan
bersnorkel menjadi tarikan pengunjung ke pulau ini. Mereka tidak akan
melepaskan peluang untuk menikmati keindahan dasar laut terutamanya
hidupan laut dan batu karang yang hidup subur di Laut China Selatan. Di sini,
terdapat pelbagai spesies ikan seperti buntal, bayan, dengkis, seriding, kerapu

7 bara, bagong, betok dan becuk.

  Aktiviti
Nyatakan aktiviti pelancongan di Pulau Tioman.

•  Murid menyenaraikan kata nama.

KBT: Kontekstual Nilai: Menghargai, Kesyukuran

KP: Naturalis EMK: Pendidikan Alam Sekitar
KB: Mengelaskan
112 3.3.1

BCB: Menulis secara mekanis

A. Asyraf dan keluarganya telah pergi bercuti di Tanah Tinggi Cameron.
Sepanjang percutian mereka ke pusat peranginan itu, banyak tempat
menarik yang telah dilawati.

Kota Bharu

Tanah Merah Ladang
Machang
Ladang Lebah
Gua Musang
Ladang Orkid Kebun
Ros
Rama-rama

Kampung
Raja

Gunung Gunung 7
Perdah Brinchang
Air Terjun
Kebun Parit
Tomato
Air Terjun
Tol Perkampungan Robinson
Simpang Orang Asli

Pulai

Tol Gunung
Gopeng Jasar

Tol
Tapah

  Aktiviti
Senaraikan 10 tempat yang dilawati oleh Asyraf dan keluarganya.

113

B. Perihalkan gambar.

7

  Aktiviti
Bincangkan pelbagai cara memelihara alam sekitar.
114

UNIT

20 KELAB ALAM SEKITAR

Bina soalan berpandukan maklumat di bawah.

Kelab Alam Sekitar

Kelab Alam Sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Indah akan
mengadakan Minggu Alam Sekitar di sekolah mereka. Nurul telah menyediakan
brosur untuk diedarkan kepada warga sekolah.

MINGGU ALAM SEKITAR

SMK MUTIARA INDAH

Pengenalan Tema: 7
Melestarikan Alam Sekitar
Kesedaran tentang pentingnya menghargai
alam sekitar perlu diterapkan dalam kalangan Tarikh:
murid sekolah. Sekolah ialah tempat paling tepat 5 Julai 20
untuk membentuk generasi masa hadapan yang
menghargai alam sekitar. Ini kerana hanya di Tempat:
sekolah, keperibadian dan persepsi terhadap Dewan SMK Mutiara Indah
alam sekitar dapat dibentuk atau dicorakkan.
Perasmian Penutupan:
Objektif: Pegawai Pendidikan Daerah

Program ini diadakan bertujuan untuk: Aktiviti:
1. Meningkatkan kesedaran alam sekitar dalam - keceriaan kelas dan persekitaran
- mengutip sampah dan menceriakan
kalangan murid.
2. Memupuk nilai murni alam sekitar dalam kelas
- pertandingan mewarna dan melukis
kalangan warga sekolah.
3. Meningkatkan kerjasama antara sekolah poster
- kitar semula
dengan masyarakat dalam menjayakan - Program 1Keluarga 1Pokok
Pendidikan Alam Sekitar. - pameran bahan dan maklumat
4. Meningkatkan tahap kesedaran warga
sekolah mengenai kepentingan menjaga dan Pendidikan Alam Sekitar
memulihara alam sekitar.

  Aktiviti
Berikan jawapan pada soalan yang dibina.

•  Murid membina soalan-soalan untuk mendapatkan maklumat.

•  Murid memberikan pendapat dengan betulnya.

KBT: KB: Menjanakan idea Nilai: Hemah tinggi, Bekerjasama 115

1.3.1 BCB: Mendengar dengan berkesan EMK: Pendidikan Alam Sekitar

Baca dan fahami.

Hargai Alam Kita

Kelab Alam Sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Indah menjemput
penceramah bersempena dengan program menghargai alam sekitar.

Saudara dan saudari yang saya kasihi,

Apabila menyebut perkataan alam, sudah tentu kita terbayang akan
segala makhluk di muka bumi ini. Kesemuanya anugerah Tuhan yang tidak
ternilai harganya. Kita semua selaku penghuni alam perlu mencintai alam
sekitar dengan memainkan peranan tertentu.

Tanggungjawab menjaga alam sekitar bermula daripada diri kita sendiri.
Walau di mana kita berada pastikan persekitaran kita bersih. Amalkan sikap
menjaga kebersihan dengan tidak membuang sampah di merata-rata tempat.
Elakkan daripada melakukan pembakaran terbuka. Kesedaran tentang perkara
ini amat penting bagi memastikan alam sekitar bebas daripada sebarang

7 pencemaran.
Kita bertanggungjawab untuk memastikan alam sekitar bersih dan
sentiasa terpulihara. Penanaman tumbuhan hijau memberikan suasana
yang sejuk dan nyaman. Negara kita kaya dengan hutan hujan yang dipenuhi
dengan tumbuhan hijau. Tumbuhan ini membekalkan oksigen dan karbon
dioksida dalam atmosfera. Hutan juga boleh mengawal hakisan dan banjir.
Penebangan hutan secara haram yang berleluasa dan pencerobohan hutan
simpan boleh merosakkan alam sekitar.
Sesungguhnya penjagaan alam sekitar adalah tanggungjawab kita semua.
Sekiranya alam sekitar tercemar, setiap hidupan lebih-lebih lagi manusia akan
berhadapan dengan pelbagai risiko terutamanya serangan penyakit. Ingatlah
pesanan daripada peribahasa, ingat sebelum kena, jimat sebelum habis dan
jangan sudah terhantuk baru terngadah.
Sekian, terima kasih.

  Aktiviti
Bina ayat menggunakan perkataan berhuruf tebal.

•  Murid membaca dan memahami makna perkataan.

KBT: Kontekstual Nilai: Menghargai, Bertanggungjawab

KB: Menghubungkaitkan EMK: Pendidikan Alam Sekitar

116 2.1.1 BCB: Membaca secara mekanis

Lengkapkan borang berikut.
Rakan Alam Sekitar

Daren melayari laman sesawang https://ras.doe.gov.my/borang/pendaftaran-
add.php untuk mendapatkan maklumat tentang Rakan Alam Sekitar (RAS). Dia
tertarik dengan program yang dijalankan oleh RAS. Oleh itu, dia telah mengisi
borang keahlian secara dalam talian di laman sesawang tersebut.

7

•  Murid mengisikan maklumat peribadi ke dalam borang biodata diri.

KBT: Kontekstual Nilai: Kesungguhan, Keberanian, Kejujuran

KB: Menghubungkaitkan EMK: TMK

3.1.2 BCB: Menulis secara mekanis 117

A. Terangkan cara-cara menghias bingkai cermin daripada bekas telur
berdasarkan gambar di bawah.

12

3 4

7

  Aktiviti
Hasilkan projek kitar semula mengikut kreativiti berdasarkan bahan yang berikut.

118

B. Bina soalan berdasarkan pernyataan yang diberikan.

Program 1Keluarga 1Pokok

Pada 10 September, bahagian Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah Kebangsaan
Mutiara Indah telah melancarkan Program 1Keluarga 1Pokok. Majlis pelancaran
disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah.

Tujuan program ini adalah untuk mewujudkan persekitaran sekolah
yang bersih, cantik dan ceria. Program ini melibatkan ibu bapa serta warga
sekolah. Mereka dikehendaki menyumbang pokok bunga atau pokok hiasan.
Pihak sekolah juga mengalu-alukan sumbangan benih pokok daripada orang
ramai. Penyumbang boleh menghantar terus pokok-pokok tersebut ke sekolah.

Acara kemuncak Program 1Keluarga 1Pokok ialah aktiviti menanam
pokok oleh Pegawai Pendidikan Daerah dengan diiringi oleh Pengetua Sekolah
Menengah Kebangsaan Mutiara Indah.

1. ______________________________________________________________ 7


Program 1Keluarga 1Pokok telah diadakan pada 10 September.

2. ______________________________________________________________


Perasmian program tersebut disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan
Daerah.

3. ______________________________________________________________


Program tersebut diadakan adalah untuk mewujudkan persekitaran sekolah
yang bersih, cantik dan ceria.

4. ______________________________________________________________

Ibu bapa dan warga sekolah diminta menyumbangkan satu pokok kepada
pihak sekolah.

119

C. Rakan Alam Sekitar akan mengadakan pelbagai aktiviti bersempena
dengan Minggu Alam Sekitar. Kamu diminta membuat poster yang
berkaitan dengan maklumat berikut.

7

120

UNIT

21 HARI ALAM SEKITAR

Baca petikan dan perhatikan gambar.
Hargai Alam Sekitar

Hari Alam Sekitar Sedunia disambut pada 5 Jun setiap tahun. Oleh itu, Jabatan
Alam Sekitar telah melaksanakan Program Pendidikan dan Kesedaran Alam
Sekitar. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan kesedaran
kepada orang ramai tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan
pencemaran alam.

7

  Aktiviti
Berikan pendapat kamu tentang cara menjaga alam sekitar.

•  Murid memberikan pendapat dengan betulnya.

KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis Nilai: Kerajinan, Kebersihan fizikal dan

KB: Menjanakan idea mental, Menghargai

1.2.2 BCB: Mendengar dengan berkesan EMK: TMK, Pendidikan Alam Sekitar 121

Baca dan fahami puisi.

Alamku

Alamku
sudah tidak seperti dahulu
pepohon hijau kini berubah rupa
satu demi satu tubuhmu
menyembah bumi.

Anak sungai yang mengalir jernih
kini kering tidak berpenghuni
habitat yang dahulu berseri, kini telah sepi
bagai mimpi semuanya telah pergi
yang tinggal hanya mimpi-mimpi ngeri
kemusnahanmu mengundang tragedi.

7 Ayuh sahabat fikirkan manfaat
alam ini anugerah Yang Maha Kuasa
jangan biarkan rosak binasa
jangan biarkan bumi kepanasan
jangan biarkan semuanya tinggal kenangan.

Anak cucu sekalian
jangan siakan khazanah alam
biarlah kehijauan alam jadi warisan.

Nukilan,
Atazai05

  Aktiviti
Nyatakan maksud perkataan yang berhuruf tebal.

•  Murid menyatakan maksud perkataan dengan betulnya.

KBT: Kontekstual Nilai: Menghargai, Tanggungjawab, Amanah

KB: Menghubungkaitkan EMK: Ilmu – Pendidikan Alam Sekitar

122 2.1.2 BCB: Membaca secara mekanis

Kenal pasti frasa nama dan frasa kerja dalam petikan.

Melawat ke Pulau Langkawi 7

Pada cuti sekolah yang lalu, aku sekeluarga berpeluang bercuti ke Pulau
Langkawi yang bersejarah. Aku berasa sangat seronok kerana itulah kali
pertama aku ke sana. Kami menaiki kereta ke jeti Kuala Kedah. Kemudian,
kami menggunakan feri untuk ke Pulau Langkawi.

Kami menginap di sebuah hotel yang terletak di Pekan Kuah. Tempat
pertama yang kami lawati ialah Makam Mahsuri. Pelbagai maklumat tentang
sejarah Mahsuri yang kami peroleh sepanjang berada di sana.

Kemudian, kami menaiki kereta
kabel di Gunung Mat Cincang. Kami
sangat seronok kerana pertama kali
menaiki kereta kabel. Kami dapat
melihat pemandangan di seluruh
Pulau Langkawi. Kami sangat gembira
kerana dapat menghirup udara yang
segar dan nyaman di sini.

Pada keesokan hari, kami pergi
ke kilang gamat. Kami melihat cara
membuat ubat tradisional berasaskan
gamat. Selepas itu, kami pergi ke
kilang batik yang terletak berdekatan
dengan kilang gamat. Di situ, kami
telah ditunjukkan teknik melukis dan
mencanting batik. Kami juga dapat
membeli kain batik dengan harga
istimewa sebagai buah tangan untuk
dibawa pulang.

  Aktiviti
Senaraikan frasa nama dan frasa kerja yang terdapat dalam petikan di atas.

•  Murid menulis ayat untuk mengenal pasti frasa nama dan frasa kerja.

KBT: Kontekstual Nilai: Menghargai, Kesyukuran, Kasih sayang

KB: Mengelaskan, Mengkategorikan EMK: TMK

3.4.1 BCB: Menulis secara mekanis 123
3.4.2

A. Senaraikan Tema Minggu Alam Sekitar Sedunia mengikut tahun. Layari
laman sesawang https://ras.doe.gov.my untuk mendapatkan jawapan.

Tahun Tema

2008 Pemuliharaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama

2009

2010

2011

2012

2013

7 2014

2015

2016

2017

  Aktiviti
Apakah tema Minggu Alam Sekitar Malaysia pada tahun ini?

124

B. Nyatakan frasa nama dan frasa kerja yang dapat dihasilkan daripada gambar
di bawah.

7

  Aktiviti
Bina ayat yang lengkap dengan menggunakan frasa nama dan frasa kerja
tersebut.

125

C. Tulis laporan program.

Program
Hari Alam Sekitar

Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Indah

7
Tarikh : 5 Julai 20
Hari : Rabu
Tempat: Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan
Mutiara Indah

Atur Cara Program:

Masa Aktiviti

7.30 pagi – Pendaftaran peserta

8.15 pagi – Senaman berirama

9.00 pagi – Pelepasan peserta merentas desa

9.15 pagi – Pertandingan mewarna/melukis poster/

reka cipta bahan buangan

11.00 pagi – Kuiz Alam Sekitar

12.30 tengah hari – Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah

126

TEMA HIDUP BERMASYARAKAT
8

127

UNIT

22 Kenali Jiran

Bincangkan.

Salam Perkenalan

Hai, adakah encik jiran baharu kami? Nama Ya, kami ialah jiran baharu awak. Nama saya
saya Rama dan ini keluarga saya. Ahmad. Jemputlah masuk ke rumah kami.

Saya Sheta. Ini anak Helo, saya Aminah. Ini
saya, Rena dan Manjit. anak saya, Airil dan Aini.

8 Inilah rumah saya, Encik Rama.
Saya baru berpindah dari Ipoh.

Harap kita boleh
menjadi kawan baik.

Mereka pun meluangkan masa
untuk beramah mesra.

•  Murid membina soalan untuk mencungkil pendapat.

KBT: KP: Interpersonal Nilai: Kejujuran, Semangat bermasyarakat

128 KB: Menjanakan idea EMK: TMK

1.3.1 BCB: Mendengar dengan berkesan

Baca dan fahami dialog di bawah.
Jiran Baharuku

Manjit: Selamat petang. Nama saya Manjit. 8

Airil: Selamat petang. Nama saya Airil.

Manjit: Awak baru berpindah ke sini?

Airil: Ya, kami berpindah ke sini minggu lepas. Kami sedang sibuk
mengemas dan menyusun barang-barang.

Manjit: Boleh saya bantu awak? Lagipun kita berjiran. Kita mestilah saling
menolong antara satu sama lain.

Airil: Boleh. Jemputlah masuk. Kamu boleh tolong saya menyusun
buku-buku di rak itu.

Manjit: Baiklah. Awak belajar di sekolah mana dan dalam tingkatan
berapa?

Airil: Saya belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Indah,
dalam Tingkatan Satu Anugerah.

Manjit: Oh, kita sebaya rupanya! Saya murid Tingkatan Satu Bestari di situ.
Bolehlah nanti kita pergi ke sekolah bersama-sama.

Airil: Elok juga cadangan kamu.

Manjit: Apakah yang awak lakukan pada masa lapang?

Airil: Saya akan membaca buku.

Manjit: Wah, bagusnya hobi awak!

Airil: Membaca buku dapat menambah pengetahuan.

Manjit: Betul.

  Aktiviti

1. Siapakah nama jiran baharu Manjit?
2. Berapakah umur Manjit?
3. Apakah bantuan yang diberikan oleh Manjit?
4. Ceritakan perihal jiran baharu kamu.

•  Murid bersoal jawab tentang cerita.

KBT: KP: Interpersonal Nilai: Menghargai, Semangat bermasyarakat

KB: Menghubungkaitkan EMK: Ilmu – Pendidikan Moral

2.2.2 BCB: Membaca secara mekanis 129

Bina ayat ucapan berdasarkan situasi yang berikut.
Menghargai Jiran

Sambutan ulang tahun kelahiran Menziarah orang sakit di hospital

8

Menghadiri majlis perkahwinan Sambutan Tahun Baharu Cina

  Aktiviti
Lafazkan ucapan dengan intonasi yang betul.

•  Murid membina ayat ucapan menggunakan perkataan dan frasa yang sesuai.

KBT: Kontekstual Nilai: Kejujuran, Menghargai, Kasih sayang

130 KB: Menjanakan idea EMK: TMK

3.5.1 BCB: Menulis secara mekanis

A. Berikan pendapat kamu tentang gambar di bawah.

  Aktiviti 8
Nyatakan ciri jiran yang baik.
131

B. Perihalkan gambar.

8

  Aktiviti
1. Bina soalan berdasarkan situasi di atas.
2. Tuliskan sebuah cerita pendek.

132

UNIT

23 Semangat Kejiranan

Ceritakan gambar di bawah.
Hidup Berjiran

Program Gotong-royong Majlis Rumah Terbuka 8

Rukun Tetangga

  Aktiviti
Nyatakan nilai murni yang terdapat dalam gambar di atas.

•  Murid menyatakan jawapan yang sesuai dengan situasi.

KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Bekerjasama, Kejujuran, Bertanggungjawab

KB: Menjanakan idea EMK: Ilmu – Pendidikan Moral

1.3.2 BCB: Mendengar dengan berkesan 133

Baca dan fahami.

Kebaikan Hidup Berjiran

Mengapakah semangat kejiranan perlu ada dalam masyarakat? Jiran umpama
saudara-mara kita. Tatkala kita berada dalam kesusahan, merekalah tempat
mengadu. Ketika mengadakan majlis keramaian, biasanya jiran yang akan
membantu. Hal ini demikian kerana jiran merupakan orang yang paling hampir
dengan kita.

Rakyat negara kita terdiri daripada berbilang bangsa. Semangat kejiranan
wajar dipupuk untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Oleh itu,
setiap individu perlu memiliki semangat kejiranan yang tinggi tanpa mengira
bangsa, agama dan adat resam. Kita boleh berkunjung ke rumah jiran pada
musim perayaan. Kunjungan kita ke rumah mereka dapat mengeratkan
semangat kejiranan.

Semangat kejiranan juga dapat mewujudkan masyarakat yang prihatin.
Hubungan yang terjalin akan
memudahkan kita untuk meminta

8 bantuan ketika dalam kesusahan.
Apabila jiran tiada di rumah,
kita boleh memerhatikan rumah
mereka. Begitu juga jika jiran kita
menghadapi saat-saat kesusahan
dan kecemasan, kita hendaklah
bersedia menghulurkan bantuan.
Kesimpulannya, kita mestilah
berbuat baik kepada jiran tetangga
agar hubungan kita sentiasa
aman dan harmoni. Ibarat kata
pepatah, jiran sepakat membawa
berkat.

  Aktiviti

Buat rumusan petikan di atas dengan menggunakan peta pemikiran yang
sesuai.

•  Murid membaca bahan cerita dengan sebutan yang betul.

KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Prihatin, Semangat bermasyarakat

KB: Menghubungkaitkan EMK: Ilmu – Pendidikan Moral

134 2.2.1 BCB: Membaca secara mekanis

Sekeping Kad Buatmu

Keluarga Mili akan berpindah ke Sarawak. Cikgu Saiful meminta murid-muridnya
mereka cipta kad ucapan untuk Mili.

Contoh kad ucapan:

Mili,

Salam Selamat maju jaya, 8
Perpisahan semoga cemerlang
di tempat baharu.
Kalau ada sumur di ladang,
Jangan lupakan   Boleh kita menumpang mandi;
kami di sini. Kalau ada umur yang panjang,
  Boleh kita berjumpa lagi.

Daripada,
Rakan-rakan

sekelas

  Aktiviti

Buat kad ucapan yang sesuai berdasarkan situasi di bawah.

1. Ucapan Selamat
2. Ucapan Tahniah
3. Ucapan Takziah

•  Murid menulis dan mencipta kad ucapan mengikut kreativiti.

KBT: KP: Kontekstual Nilai: Kerajinan, Kasih sayang, Kesyukuran

KB: Mereka cipta EMK: TMK, Kreativiti dan Inovasi

3.5.2 BCB: Menulis secara mekanis 135

A. Susun dan salin ayat-ayat di bawah mengikut urutan yang betul.
Menziarahi Jiran

12

3 4

8

Asyraf menghadiahkan sejambak bunga itu kepada Puan Saripah.
Mereka ingin melawat Puan Saripah di rumahnya.
Asyraf dan ibunya ke kedai bunga untuk membeli sejambak bunga.
Puan Saripah mengucapkan terima kasih kerana datang melawatnya.
136

B. Jiran kamu akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Cipta kad ucapan yang
sesuai dengan perayaan tersebut.

8

  Aktiviti
1. Tuliskan cara-cara membuat kad ucapan perayaan berdasarkan

kreativiti sendiri.
2. Tuliskan ucapan yang sesuai dengan perayaan tersebut.

137

C. Hasilkan kad ucapan gergasi sempena Hari Guru.
Kad Ucapan Gergasi

8

Syarat Pertandingan:
1. Pertandingan ini dijalankan secara berkumpulan. Setiap kumpulan terdiri

daripada tiga orang murid.
2. Peserta dibenarkan menggunakan pelbagai medium mengikut kreativiti

masing-masing.
3. Peserta dikehendaki menulis sajak, pantun atau kata-kata puitis untuk

mengenang jasa guru dalam kad yang dihasilkan.
4. Kad gergasi yang dihasilkan haruslah mengikut tema.
5. Peserta dibenarkan menggunakan perisian komputer dalam menghasilkan

kad gergasi.
6. Tarikh tutup pertandingan adalah pada 12 Mei 20 .

138

24UNIT Seperti Aur dengan Tebing

Sebut semula maklumat di bawah.
Khidmat Masyarakat di Pusat Pemulihan dalam Komuniti

Persatuan Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Indah
telah menjalankan khidmat masyarakat Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK).
Pijut dan rakan-rakannya telah menyertai program tersebut.

8

  Aktiviti
Ceritakan pengalaman kamu menyertai aktiviti khidmat masyarakat.

•  Murid menyatakan maklumat berpandukan gambar.

KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Menghargai, Kasih sayang, Bekerjasama

KB: Menjanakan idea EMK: Ilmu - Pendidikan Moral

1.2.1 BCB: Mendengar dengan berkesan 139

Baca dan fahami cerita.

Berat Sama Dipikul

Jambatan kayu di kampung telah
runtuh akibat dihanyutkan air
semasa banjir. Oleh itu, penduduk
kampung bergotong-royong untuk
membaiki jambatan tersebut.
Daren mengajak beberapa orang
kawannya membantu orang
kampung. Daren bertemu dengan
Pak Cik Mat.

Daren: Bolehkah saya
bantu, pak cik?

Pak Cik Mat: Boleh, kamu tolong angkat kayu itu dan susunkan di sini.

8 Daren: Manjit, mari kita angkat bersama-sama. Saya tidak terdaya
mengangkatnya seorang diri.
Manjit: Betul kata awak, Daren. Mari kita mulakan.
Asyraf: Hati-hati, kawan. Pegang kuat-kuat. Kayu itu berat.
Yoges: Asyraf, mari kita susunkan kayu-kayu ini dekat dengan
Pak Cik Mat.
Ketua Kampung: Rajinnya kamu bekerja. Apabila jambatan siap, budak-budak
dapatlah ke sekolah.
Pak Cik Mat: Kita hendak ke pekan pun mudah.
Ketua Kampung: Betul, Mat. Dengan berganding bahu begini, kerja sukar
menjadi mudah.
Pak Cik Mat: Terima kasih kami ucapkan kepada kamu semua.
Daren: Sama-sama, pak cik.

  Aktiviti
Nyatakan aktiviti lain yang boleh membantu mangsa banjir.

•  Murid menerangkan isi tersurat dalam cerita.

KBT: KP: Kontekstual Nilai: Keyakinan, Berdikari, Kesyukuran

KB: Menghubungkaitkan EMK: Ilmu – Pendidikan Moral

140 2.2.2 BCB: Membaca secara mekanis

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

Rukun Tetangga

Rukun Tetangga ialah pasukan sukarela yang ditubuhkan untuk membantu
menjaga keselamatan penduduk setempat.

motosikal logo lampu suluh

jaket kayu Bilik

jadual penduduk perumahan

Rukun tetangga diwujudkan di setiap tempat tinggal seperti kawasan 8
__________________ . Anggotanya terdiri daripada semua _______________.
Mereka mengawal tempat tinggal secara bergilir-gilir mengikut _____________
yang disediakan.

Setiap kawasan atau sektor rukun tetangga yang mengendalikan Skim
Rondaan Sukarela perlu mempunyai sebuah pusat rondaan sebagai pusat
operasi. _____________ rukun tetangga atau dewan orang ramai biasanya
dijadikan pusat rondaan.

Anggota rukun tetangga membawa peralatan seperti set walkie-talkie,
____________________ dan _________________ semasa pergi meronda.
Mereka juga perlu memakai _________________ keselamatan yang
menggunakan _____________ rukun tetangga.

Tugas rondaan terbahagi kepada dua kategori, iaitu rondaan berjalan kaki
dan rondaan berkenderaan. Rondaan berkenderaan boleh dilaksanakan sama
ada menggunakan kereta, __________________ atau basikal.

  Aktiviti
Bina ayat menggunakan kata nama berdasarkan pilihan jawapan.

•  Murid melengkapkan ayat menggunakan kata nama yang sesuai dan tepat.

KBT: KP: Kontekstual Nilai: Bekerjasama, Semangat bermasyarakat

KB: Menjanakan idea EMK: Ilmu – Pendidikan Moral

3.3.2 BCB: Menulis secara mekanis 141


Click to View FlipBook Version