The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sharifahaini abdulhalim, 2021-08-03 21:53:28

BUKU MEMBACA

EXRA BACAAN

Modul Bacaan 1-7 ©Rohayati Haroun & Mohamed Amin Embi

fid - Afid
jid - masjid Majid
kid - orkid
lid - jilid Walid
mid - Hamid
rid - murid
sid - asid Siddiq

ud
hud - burung Hud Hud
jud - sujud wujud
lud - Maulud Nabi
rud - zamrud
sud - maksud

ISBN 983-2446-47-3 251

Modul Bacaan 1-7 ©Rohayati Haroun & Mohamed Amin Embi

ed - Ed Osmera
jed - batu jed
ked - arked
med - Mohamed

od
kod - ikan kod

aud – Daud
aid – Said
iod – fiod diod

Bapa Samad terkena asid.
Bapa Samad sakit tenat. Bapa
Samad dimasukkan ke dalam
wad. Bapa Samad dirawat di

ISBN 983-2446-47-3 252

Modul Bacaan 1-7 ©Rohayati Haroun & Mohamed Amin Embi

wad kecemasan. Doktor

merawat bapa Samad hingga

pulih kembali. Semasa

menziarahi bapanya, ibu Samad

membawa sejambak bunga orkid

segar manakala Samad dan

abangnya pula memberi kad

kepada bapanya berbunyi

“Semoga ayah cepat sembuh.”

Bapa Samad sangat gembira

mendapat kad ucapan “Selamat

Sembuh” dari Samad dan

abangnya serta bunga orkid

segar dari ibu mereka.

Selepas menziarahi ayahnya,

Samad ke masjid bersama-

ISBN 983-2446-47-3 253

Modul Bacaan 1-7 ©Rohayati Haroun & Mohamed Amin Embi

sama abangnya. Samad suka

bersolat di masjid. Samad

mahu doakan bapanya supaya

cepat sembuh. Selepas solat

Samad mendoakan agar

bapanya cepat sembuh. Di

masjid Samad dapat lihat ada

orang yang sedang qiyam, ada

yang sedang rukuk dan ada

yang sedang bersujud.

Ada juga yang membaca kitab,

ada yang membaca Al-Qur’an

dan ada yang sedang berdoa.

Suasana di masjid penuh

dengan ketenangan. “Bila masuk

masjid Samad mestilah

ISBN 983-2446-47-3 254

Modul Bacaan 1-7 ©Rohayati Haroun & Mohamed Amin Embi

mengikut adab-adab dan tertib
memasuki masjid,” pesan
abangnya. Samad yakin doanya
untuk ayahnya di masjid pada
hari itu pasti dikabulkan Allah.
Selepas beberapa minggu
kemudian, bapa Samad telah
pun pulih dan izinkan keluar
dari wad. Samad dan keluarga
berasa sungguh gembira.
Samad amat sayangkan ayah
dan ibunya. Samad berharap
pada suatu hari nanti dia dapat
membalas jasa kedua orang
tuanya.

ISBN 983-2446-47-3 255

Modul Bacaan 1-7 ©Rohayati Haroun & Mohamed Amin Embi

PANDUAN MENGAJAR

Peringkat umur yang sesuai
Kaedah e-Xra boleh diperkenalkan kepada kanak-kanak berusia empat tahun
ke atas tetapi sekiranya ibubapa yang telah mengenalpasti potensi
kecerdasan anaknya, e-Xra boleh dimulakan seawal tiga tahun. Alat bantu
mengajar seperti “flash cards”, permainan huruf dan sebagainya mungkin
diperlukan. Anda perlu mengajar anak-anak anda mengikut tahap kecerdasan
mereka :

Tahap 1 - tahap kecerdasan cemerlang (above average)
- boleh membaca dalam jangkamasa yang sangat singkat.

Tahap 2 – tahap kecerdasan yang sederhana (average)
-boleh membaca dalam jangkamasa yang sederhana singkat.

Tahap 3 – tahap kecerdasan agak rendah (below average)
- boleh membaca tetapi mengambil masa yang agak lama.

Tahap konsentrasi
Anak-anak anda perlulah diajar mengikut tahap kecerdasan dan daya
konsentrasi masing-masing. Pastikan anda bersedia meluangkan masa
sekurang-kurangnya 10-20 minit sehari. Pada permulaannya, anda hanya perlu
meluangkan masa selama 5-10 minit sahaja. Bagi kanak-kanak yang tahap
konsentrasi mereka sangat singkat, memadailah mengajar selama lima minit
sahaja. Tambahkanlah jangkamasa mengajar sedikit demi sedikit mengikut
minat anak-anak anda. Anda perlulah faham bahawa tahap konsentrasi kanak-
kanak sangat singkat iaitu 5-10 minit bagi kanak-kanak yang berumur dalam
lingkungan 4 tahun. Justeru, anda perlu mengajar mereka mengikut tahap
konsentrasi masing-masing. Misalnya, setelah lima minit mengajar, anda
dapati anak anda mulai menoleh pandangan ke tempat lain, pastikan anda tidak
memaksanya untuk terus membaca, sebaliknya hendaklah berhentikan
pengajaran anda dengan kata-kata puji-pujian atau motivasi seperti “pandai
anak umi baca, nanti petang kita baca lagi o.k!” Dengan cara ini anda akan
dapati anak-anak anda pasti berminat untuk membaca.

ISBN 983-2446-47-3 256

Modul Bacaan 1-7 ©Rohayati Haroun & Mohamed Amin Embi

Jangkamasa yang disyorkan
Sekirannya anda mempunyai masa yang lebih, anda boleh memujuk anak-anak
anda membaca 2-3 kali dalam sehari; misalnya, 5 minit pada waktu pagi, 5
minit pada awal petang (diantara pukul 2-5 petang) dan 5 minit lagi pada
waktu malam. Dengan cara ini, anak anda akan dapat membaca dengan lebih
cepat dan efisien dalam masa yang sangat singkat. Ada diantara ibubapa yang
mendapati anak-anak mereka dapat membaca dalam masa sesingkat 2 bulan
sahaja. Anak anda mungkin juga berkebolehan seperti anak-anak yang telah
berjaya dengan kaedah e-Xra !

Fahami psikologi kanak-kanak
Anda perlu juga faham serba sedikit tentang psikologi kanak-kanak di bawah
umur 7 tahun. Adalah difahamkan bahawa kanak-kanak yang berumur 7 tahun
ke bawah amat memerlukan kasih sayang dan belaian dari kedua ibubapa
mereka. Oleh itu, ketika kita mengajar berilah mereka sepenuh kasih sayang,
belaian, sentuhan dan perhatian yang sewajarnya. Anak anda pasti akan lebih
mudah belajar dalam suasana kasih sayang. Contohnya, anda boleh meriba
anak anda ketika mengajar dan tidak mengambil tindakan memarahi atau
memukul mereka sekiranya mereka tersilap sebut atau enggan belajar.
Kesabaran merupakan ciri yang sangat penting ketika mengajar anak anda.

Kordinasi sensori tangan-mata
Kajian menunjukkan kanak-kanak lebih cepat belajar melalui kordinasi sensori
tangan-mata. Anda akan mendapati bahawa aktiviti-aktiviti seperti permainan
sukukata, aktiviti menulis, “flash cards” dan lain-lain akan memberangsangkan
keinginan mereka untuk terus membaca. Perlulah ditekankan di sini bahawa
anda mestilah pastikan anak anda menggunakan jari telunjuk mereka untuk
menunjuk pada setiap sukukata dan pada setiap tahap yang sedang mereka
pelajari kerana dengan teknik ini dapat meningkatkan kordinasi sensori
tangan-mata mereka sekaligus membolehkan mereka memahami konsep e-Xra
dengan mudah. Semoga anda dan anak anda berjaya menggunakan kaedah
e-Xra ini!

ISBN 983-2446-47-3 257


Click to View FlipBook Version