The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by selvadrashni.salavakumar, 2019-09-09 03:50:07

Pengakap KLM36 Buku log Digital IPGKTB

DISEDIAKAN OLEH

SELVADRASHNI A/P N SALAVAKUMAR


PISMP SEM 3, PTSK


MPU3062


KOKURIKULUM (UNIT BERUNIFORM)











Hormat pengakap diberikan selepas penerimaan hadiah
kurniaan dan istiadat mengibarkan bendera. Dalam keadaan

sedia, angkat tangan kanan ke penjuru kening. Tiga jari ini
bermaksud tiga perkara penting dalam persetiaan pengakap,
iaitu: Taat kepada Tuhan, raja dan negara. Menolong orang

pada setiap masa. Menurut undang-undang pengakap, semua
pengakap di dunia memberi hormat tiga jari seperti rajah di
sebelah.















Pentadbiran Persekutuan




Pentadbiran Persekutuan Pengakap



Malaysia





Pentadbiran Majlis Pengakap Negeri






Pentadbiran Majlis Pengakap Daerah





Pentadbiran Kumpulan/Unit


Pengakap







Sambungan Majlis Pengakap Kumpulan Latihan
Malaysia (Negeri)











7. PENTADBIRAN KUMPULAN
































8. JAWATANKUASA 9. TUGAS MAJLIS PEMIMPIN
KUMPULAN

























CARA-CARA MEMBUAT IKATAN DAN

SIMPULAN









Asas Perbarisan

Setiap pengakap boleh melakukan pergerakan asas perbarisan dengan
betul dan serentak. Mereka seharusnya dapat memberi hukuman atau
sebagai ketua perbarisan dalam patrolnya sendiri. Mereka perlu sentiasa
berlatoh melakukan pergerakan asas perbarisan. Di bawah ini, terdapat
beberapa pergerakan dalam asas perbarisan.






Masuk Baris

Biasanya, arahan akan diberikan oleh ketua perbarisan atau lebih
dikenali sebagai jurukawat. Kedudukan ahli pengakap bergantung pada
arahan yang diberikan oleh jurukawat. Pada kebiasaannya, semasa
latihan perbarisan, pengakap berada dalam tiga barisan. Apabila masuk
baris, ahli pengakap dikehendaki berada dalam ’sedia’.





Sedia

Berdiri dengan kedua-dua tumit dirapatkan dan hujung kaki dibuka lebih
kurang 12 cm hingga 15 cm. Kedua-dua paha hendaklah dirapatkan,
genggaman tangan diletakkan ke penjahit seluar, buka dada, dagu
didongakkan ke atas supaya dapat memandang ke hadapan.






Senang Diri


Keadaan dada dan kepala pengakap semasa kedudukan ’senang diri’
adalah sama seperti kedudukan ’sedia’. Letakkan tangan kanan di atas
tangan kiri, ibu jari bersilang dan pastikan jari-jari rapat dan lurus.
Tangan diletakkan ke paras punggung dan pastikan lengan rapat ke
tubuh.

Rehatkan Diri

Kedudukannya sama seperti ’senang diri’. Perbezaannya adalah tangan

diletakkan di paras pinggang dan pastikan siku tidak bersentuh dengan

tubuh.






Ke Kanan Lurus dan Pandang Hadapan

Penanda barisan, iaitu pengakap yang berada di barisan hadapan kanan
sekali tidak perlu melakukan pergerakan. Apabila arahan diberikan,
semua pengakap yang berada di barisan hadapan, kecuali ’penanda’
keluarkan kaki kiri ke hadapan, angkat sedikit ke atas dan hentak kaki
ke tanah. Diikuti kaki kanan diangkat ke hadapan dan dihentak ke tanah
di sebelah kaki kiri. Pastikan kedua-dua kaki rapat. Pandang muka ke
kanan, dan dalam masa yang sama angkat genggaman tangan kanan
supaya menyentuh bahu orang di sebelah kanan. Betulkan barisan
dengan cara menggerakkan kaki sehingga barisan menjadi lurus. Pada
masa yang sama, pengakap yang berada di barisan tengah dan barisan
belakang perlu mengikut menggerakkan kaki supaya kedudukannya
yang selari dengan pengakap yang berada di sebelah kanan dan
hadapan masing-masing sambil muka ditolehkan ke kanan. Apabila
barisan sudah menjadi lurus, hentikan pergerakan kaki dan berada
dalam keadaan diam. Apabila mendengar arahan ’pandang depan’,
jatuhkan tangan kanan dan dengan serentak palingkan muka ke
hadapan. Kedudukan ini mesti dalam keadaan ’sedia’.







Ke Kanan Pusing

Pengakap berada dalam kedudukan ’sedia’. Apabila mendengar
hukuman ke kanan pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kanan
sebanyak 90° ke kanan. Angkat kaki kiri dan hentak kaki kiri di sebelah
kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan
dengan menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri.

Ke Kiri Pusing

Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman

ke kiri pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kiri sebanyak 90° ke
kiri. Angkat kaki kanan dan hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri
supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan
menggunakan tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan.






Ke Belakang Pusing

Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman
ke belakang pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kanan
sebanyak 180° ke belakang mengikut arah pusingan jam. Angkat kaki kiri
dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan
sedia. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kanan dan
hujung kaki kiri.





Buka Barisan


Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap yang berada dalam barisan
hadapan dan barisan belakang sahaja. Pengakap dalam barisan tengah
tidak melakukan sebarang pergerakkan. Pengakap berada dalam
keadaan sedia. Apabila mendengar hukuman, Pengakap di barisan
hadapan bergerak dua langkah ke hadapan dan pengakap di barisan
belakang bergerak dua langkah ke belakang. Seterusnya hentak kaki kiri
disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak kaki kanan supaya berada
dalam keadaan sedia semula.






Tutup Barisan

Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap dalam barisan hadapan dan
belakang. Pengakap yang berada di barisan tengah tidak melakukan
sebarang pergerakkan. Pengakap berada dalam kedudukan ’sedia’.
Apibila mendengar hukuman tutup barisan, Pengakap di barisan hadapan
bergerak dua langkah ke belakang manakala di barisan belakang
bergerak dua langkah ke hadapan. Seterusnya, hentak kaki kiri
disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak kaki kanan supaya berada
dalam keadaan sedia semula.

Langkah Ke Sebelah


Hukuman langkah ke sebelah boleh diberikan dalam dua pergerakkan,
iaitu langkah ke sebelah kanan dan langkah ke sebelah kiri. Pengakap


berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman langkah
ke sebelah kanan, Pengakap dikehendaki mengangkat dan meletakkan
kaki kanan di sebelah kanan kira-kira 20 inci. Seterusnya, angkat kaki kiri
dan hentak di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia.
Apabila mendengar hukuman langkah ke sebelah kiri, Pengakap
dikehandaki mengangkat dan meletakkan kaki kiri disebelah kiri kira-
kira 20 inci. Seterusnya, angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri
supaya dalam kedudukan sedia.

Paras

Tujuan arahan paras diberikan supaya barisan dibentuk adalah menarik
dan senang membuat pergerakkan. Bentuk paras bergantung kepada
jurukawat dan jenis pertandingan yang ingin dilaksanakan. Empat jenis
paras yang boleh diberikan iaitu:-


Paras ahli tinggi di tengah;

Paras ahli rendah ditengah;

Paras ahli tinggi di kiri; dan


Paras ahli rendah di kiri.



Keluar Baris

Arahan ini diberikan bertujuan untuk memberi masa rehat untuk
melakukan aktiviti seterusnya. Apabila hukuman diberikan, Pengakap
hendaklah berpusing ke kanan, bergerak 3 langkah ke hadapan dengan
kaki kiri bergerak dahulu dan akhirnya berpecah.


Bersurai

Arahan ini diberikan apabila semua aktiviti hari tersebut selesai atau
tamat. Apabila hukuman diberikan, Pengakap hendaklah berpusing ke
kanan, memberi hormat pengakap, bergerak 3 langkah ke hadapan
denga kaki kiri bergerak dahulu dan akhirnya berpecah.

HUKUMAN KAWAD






1. Baris, baris sedia…


2. Baris, senang diri….


3. Rehatkan diri…..


4. Scout….


1. Luruskan barisan,


2. Scout,


3. Buka barisan, Gerak…,


1. Ke kanan lurus,

2.Pandang depan….,


1. Bergerak ke kanan, kanan sing..,


2. Menghadap kehadapan, kiri Sing…,


1. Bergerak ke kiri, kiri Sing…,


2. Menghadap kehadapan, kanan Sing…,


1. Menghadap kebelakang, belakang sing…,


2. Menghadap ke hadapan, belakang sing…,


1. Dua langkah ke kiri, Gerak…,


1. Tutup barisan, Gerak…,


2. Keluar……….Baris.



Bantuan kecemasan ialah bantuan
awal atau pertolongan serta-
merta yang diberikan kepada
pelajar / atlet / orang yang sakit
atau yang mengalami
kecederaan (dipanggil pesakit)
sebelum ketibaan ambulans atau
pakar perubatan yang
berkelayakan.









 Untuk menyelamatkan nyawa dari ganguan saluran
pernafasan, gangguan pernafasan dan gangguan
sirkulasi..

 Jika tidak sedarkan diri (pengsan) pastikan bahawa
saluran udaranya tidak terganggu.

 Mengurangkan kesemua pergerakan mangsa dan
bahagian yang tercedera.

 Mengurangkan kesakitan yang dialami mangsa.

 Hentikan pendarahan dan mencegah keadaan

bengkak menjadi lebih serius.
 Bantuan kecemasan kepada lain-lain kecederaan

mengikut keutamaan.

UNTUK MENGELAKKAN KECEDERAAN MENJADI BERTAMBAH TERUK

 Alihkan pesakit sekiranya keadaan membahayakan dan elakkan sebarang

kecederaan daripada berlanjutan.
 Berikan lindungan kepada mangsa daripada kesejukkan, berikan

kehangatan sekiranya pesakit dalam kesejukan (basah atau lembap).



MENDAPAT BANTUAN KECEMASAN

 Dapatkan bantuan seseorang untuk memanggil ambulans dengan kadar

segera yang boleh.

 Pastikan anda sentiasa di sisi mangsa sehingga bantuan sampai.


SIKAP YANG PERLU ADA PADA PEMBERI PERTOLONGAN CEMAS

 Berpengetahuan.

 Tenang.

 Berkeyakinan.
 Lemah lembut.

 Tajam pengamatan.

 Bertanggungjawab.
 Pantas bertindak.

 Amanah.


Click to View FlipBook Version