PRINSIP PENGURUSAN SITUASI KECEMASAN
Prinsip-prinsip pertolongan cemas.
Menyelamatkan nyawa.
Mengurangkan kesakitan.
Mengelakkan daripada keadaan bertambah
teruk.
Mendapatkan bantuan doctor atau menghantar
pesakit ke hospital.
Peraturan Am Pertolongan Cemas.
Memberi pertolongan kepada mangsa yang
cedera teruk dahulu.
Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar,
terutamanya pernafasan mangsa itu.
Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian
mangsa hanya sekadar melonggarkannya
sahaja yang bertujuan memudahkan
pernafasan mangsa.
Membuat pengerusan segera bagi menghantar
mangsa ke hospital.
Tindakan serta merta pertolongan cemas.
JENIS KECEDERAAN DALAM AKTIVITI
KOKURIKULUM.
Tanda , simptom dan punca kecederaan sukan adalah berbeza mengikut jenis
kecederaan. Jenis kecederaan sukan melibatkan kecederaan pada tisu yang boleh
diklasifikasi sebagai kecederaan akut dan kecederaan kronik. Jenis kecederaan
sukan boleh dikategorikan sebagai kecederaan tisu lembut dan kecederaan tisu
keras.
DEFINISI
Kecederaan Tisu Lembut Kecederaan Tisu Keras
Kecederaan pada bahagian kulit, Kecederaan pada tulang atau gigi
otot, tendon, ligamen, salur darah, yang dikenali sebagai patah atau
saraf, kelenjar dan lapisan-lapisan retak.
lain yang melindungi organ tubuh.
PUNCA
Kecederaan Tisu Lembut Kecederaan Tisu Keras
Punca kecederaan tisu lembut Punca kecederaan tisu keras
berpunca daripada pergerakan luar berlaku apabila terkena tekanan
kawal, jatuh, hentaman dan yang tinggi atau hentakan yang
rentapan kuat pada sendi. kuat.
CONTOH KECEDERAAN TISU LEMBUT
A Sprain.
Kecederaan tisu lembut yang berlaku pada ligament.
Berlaku apabila atlet mengalami sengaja atau tidak sengaja
berlaku regangan pada bahagian sendi sama ada di
bahagian kaki atau tangan secara berlebihan di luar Julat
Pergerakan Sendi ( ROM ) yang menyebabkan terseliuh
atau koyakan pada ligament.
B Kekejangan otot.
Kekejangan otot bermula dengan keadaan muscle spasm
iaitu kontraksi otot yang berterusan menjadikan otot berasa
keras dan sakit. Kekejangan otot berlaku disebabkan
kekurangan vitamin seperti kalium dan magnesium, masalah
peredaran darah, mampatan saraf dan suhu yang sejuk.
Muscle soreness pula akan terjadi selepas keadaan
kekejangan ( cramp ) hilang. Keadaan ini berpunca daripada
kekurangan elektrolit ( garam meniral ) atau dehidrasi (
kehilangan air ).
C Tendonitis.
Radang pada tendon, berpunca daripada tendon yang
diregangkan, secara berlebihan. Simptom tendonitis adalah
rasa sakit serta bengkak di sekeliling tendon dan menjadi
lebih teruk apabila bahagian itu disentuh. Kecederaan ini
biasanya berlaku pada lutut ( tendon patella ), pergelangan
kaki ( tendon Achilles ) dan sendi bahu ( otot suprasinatus ).
D Radang Bursa.
Kecederaan yang berlaku pada sendi bahu, lutut,
pergelanggan kaki, siku dan pinggul. Bursa mengandungi
cecair yang berperanan menghindari gesran secara
keterlaluan. Tekanan yang berulang dan berlebihan pada
sendi akan menyebabkan sendi menjadi bengkak.
E Lebam atau Kontusi.
Lebam atau kontusi berlaku apabila salur darah rosak atau
pecah akibat daripada hentaman yang kuat tetapi tidak
merosakkan bahagian struktur kulit. Lapisan luar kulit akan
bertukar warna biru kehitamanan atau dikenali sebagai
ecchymosis. Perubahan warna kulit adalah disebabkan oleh
pengumpulan darah pada bahagian dalam kulit di kawasan
yang cedera.
F Strain.
Kecederaan ini disebabkan oleh regangan yang berlebihan
pada otot dan tendon. Kecederaan ini dikelaskan kepada 3
gred, iaitu gred pertama, gred kedua dang red ketiga yang
bergantung kepada intensiti dan regangan yang berlaku.
Tanda-tanda strain adalah otot atau tendon merasa sakit,
bengkok dan otot kekejangan.
G Dislokasi.
Berlaku apabila tulang terkeluar daripada cuaran sendi
akibat tekenan yang diberikan pada kawasan tersebut.
Sebagai contoh apabila atlet terjatuh, tulang humerus akan
terkeluar daripada cuaran dan menyebabkan diskolasi bahu.
Dislokasi perlu dirawat segera kerana jika tidak dirawat akan
menyebabkan kerosakan pada ligament, saraf atau salur
darah.
Jenis Kecederaan Sukan Tisu Lembut
A Abrasi ( Lelasan ).
Melelas pada kulit yang biasanya disebabkan geselan
pada permukaan yang kasar.
B Melepuh (blister).
Bahagian kulit yang mengelembung dan berair.
Luka dan Pendarahan.
LUKA DAN PENDARAHAN
Luka-luka terjadi disebabkan pecahnya di bahagian dalam kulit selepas sesuatu
kecederaan. Luka terbahagi kepada dua iaitu:
LUKA TERBUKA
Pengaliran darah daripada luka melalui kulit.
A Luka Terhiris
- Darah keluar terlalu banyak kerana saluran pembuluh darah
telah terpotong dan amat sukar untuk bercantum semula.
B Luka Terkoyak.
- Aliran darah kurang kerana saluran pembuluh darah terkoyak
dan akan lebih cepat bercantum. Darah beku akan kelihatan
mengenangi pinggir-pinggir luka yang tercarik dan senang
tercemar.
C Luka Tusukan
- Luka dalaman yang serius. Senang terdedah kepada jangkitan
kerana kuman yang terbawa bersama kedalaman luka itu.
D Calar Balar
- Kelihatan biru kehitaman kerana darah terkumpul di bawah
kulit. Hanya saluran bawah kulit telah pecah disebabkan
terjatuh, tergelincir, hentakan atau berlaga. Kehitaman
mata/lebam juga termasuk calar balar.
KLA SIFIKASI KECEDERAAN
KECEDERAAN RINGAN.
Kecederaan ringan dengan koyakan mikroskopik.
Gejala – rasa tidak selesa yang minima dan tidak mempengaruhi
pencapaian ahli sukan.
Contoh kecederaan – luka abrasi, kontusi (lebam), mild sprain.
Bantuan Kecemasan Luka Terbuka
Bagi luka yang tidak banyak pendarahan dan tidak memerlukan luka dijahit, lakukan
teknik 2C iaitu :-
i) Clean ( Bersihkan ) – Bersihkan luka dari sebarang kekotoran.
ii) Caver ( Tutup ) – Tutup luka dengan gauze atau kain yang bersih.
Bantuan Kecemasan Luka Tertutup
Berikakan tuaman sejuk untuk menghentikan pendarahan yang berlaku di bawah
kulit.
Luka tertutup yang serius ialah yang menyebabkan berlakunya pendarahan dalaman
seperti di otak, paru-paru, perut dan lain-lain bahagian anggot adalaman.
KECEDERAAN SEDERHANA
Kecederaan yang menyebabkan kerosakan tisu yang ketara.
Tanda & gejala – luka, sakit, bengkak, kemerahan atau panas.
Menyebabkan hilang fungsi dan mempengaruhi pencapaian ahli sukan.
Contoh kecederaan – Hematoma, muscle tear atau sprain, ligament tear
atau sprain.
KECEDERAAN TERUK
Kecederaan otot atau ligament – koyakan hampir putus atau putus
keseluruhannya.
Kepatahan tulang.
Ahli sukan perlu berehat sepenuhnya, rawatan perubatan intensif dan
pembedahan.
KECEDERAAN SUKAN AKUT
Kecederaan yang tiba-tiba, disebabkan oleh overstress atau over-exertion.
Jangkamasa kecederaan kurang daripada seminggu.
KECEDERAAN SUKAN KRONIK
Kecederaan akibat pergerakan yang berulang-ulang, berlebihan dan teknik
tak betul.
Gejala – sakit sikit-sikit atau lenguh dan berulang-ulang.
Jangkamasa kecederaan atau gejala mungkin beberapa minggu bulan atau
tahun.
KECEDERAAN ACUTE-ON-CHRONIC
Kecederaan sukan kronik yang mengalami kecederaan baru akibat
penggunaan otot yang berlebihan (overstress).
KECEDERAAN EKSTRINSIK
Kecederaan akibat berlanggar atau kontek fizikal dengan atlet lain atau
benda.
CARA MERAWAT DAN MENGHENTIKAN PENDARAHAN
S.O.P SEMASA BANTU MULA KECEDERAAN
PRINSIP DAN PROSEDUR BANTU MULA KECEDERAAN
TOTAPS
1 T alk - Bercakap dengan mangsa
2 O bserve - Perhati & pastikan darjah
kecederaan
3 T ouch - Cuba sentuh bahagian tercedera
4 A ctive movement - Perhatikan mangsa
melakukan pergerakan aktif
5 P assive movement - Membantu mangsa
menggerakkan bahagian tercedera
6 S kill - Menguji malakukan kemahiran
mudah
RICER
REST
Rehatkan bahagian yang terlibat dan
buat dressing jika ada luka. Tujuan
merehatkan atau immobilisasi adalah
untuk mengelakkan kecederaan semakin
teruk dan mengurangkan inflamasi.
ICE PACK
Demah sejuk dengan menggunakan ais
pada bahagian terlibat selama 15 – 30
minit. Ulang setiap 2 – 3 jam jika perlu.
Compress
Balut bahagian terlibat dengan
bandage(crepe) terutama jika ada
pendarahan atau bengkak.
Elevate
Tinggikan anggota yang tercedera
melebihi paras jantung untuk
mengurangkan kongesi darah dan
mencegah berlakunya venous pooling
oleh gravitI.
RUJUK PAKAR DAN REHABILITASI.
Jika didapati kecederaan yang dialami
perlu rujuk kepada pakar perubatan,
maka perlu hantar pelajar ke hospital.
Selepas itu pelajar perlu melalui dan
melakukan program rehabilitasi untuk
pulih denghan kadar yang segera.
TUJUAN RICE
Menghentikan pendarahan atau mengurangkan bengkak.
Mengurangkan sakit.
Mengelakkan kecederaan menjadi lebih teruk.
Mengurangkan inflamasi.
Menghentikan pendarahan atau mengurangkan bengkak.
Mengurangkan sakit.
Mengelakkan kecederaan menjadi lebih teruk.
Mengurangkan inflamasi.
DANGER
Periksa kawasan persekitaran sama ada
selamat dan anda boleh menyelamat,
gunakan peralatan keselamatan diri dan
pastikan tiada sebarang bahaya yang boleh
mencederakan diri anda ataupun mangsa.
Alihkan mangsa ke tempat rata dan keras.
RESPONSE
Tepuk bahu mangsa untuk mengenal pasti
tahap kesedaran mangsa, panggil nama (jika
tahu) atau “Encik …encik kenapa ni ?”. Jika
tiada reaksi aktifkan “EMS” untuk mangsa.
COMPRESSIONS ( Tekanan )
Jika tiada nadi mulakan tekanan di atas dada
dengan menggunakan kedua-dua tangan.
Kekuatan tekanan adalah melalui bahu.
Memberi tekanan yang kuat dan pantas
terhadap kedudukan di bahagian tengah
jantung. Ulangi 30 tekanan tersebut secara
berterusan.
AIRWAYS
Guna kaedah “ HEAD TILT CHIN LEFT “. Angkat
dagu donggakkan kepala bagi membuka
saluran pernafasan.
Gunakan kaedah “ JAW TRUST “. Bagi mangsa
kemalangan yang teruk.
L : Look (melihat) Pergerakan turun naik dada
L : Listen (mendengar) Dengusan mangsa
F : Feel (merasa) Merasa hembusan dari mulut
BREATHING
Jika mangsa tak bernafas, berikan 2
hembusan pernafasan dari mulut ke mulut.
Jika dada tak naik posisikan semula kepala
mangsa.
Pastikan hidung dipicit semasa membuat
hembusan dan lepaskan picitan ketika selang
hembusan.
Periksa nadi mangsa dengan meletakkan 2 jari
pada nadi karotid selama 5 saat.
RECOVERY POSITION
Jika mangsa tersedar atau menunjukkan
tanda-tanda pernafasan telah pulih, alihkan
mangsa pada posisi pemulihan.