The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nazifahhassan, 2022-04-03 00:50:37

BULETIN RAMADHAN siri 1

BULETIN RAMADHAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PADANG ENGGANG

‫بولتين رمضان‬

SIRI 1

DITERBITKAN SEMINGGU SEKALI SEPANJANG BULAN RAMADHAN

Anjuran :
Panitia Pendidikan Islam SMKPE

RAMADHAN

Ramadan (bahasa Arab: ,‫رمضان‬transliterasi: Ramaḍān,
terjemahan harfiah: "panas terik") (biasa digelar "Ramadan
al-Mubarak") ialah bulan yang ke-9 dan bulan yang
dianggap paling suci dalam kalendar Islam. Seperti bulan
Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari. Dalam
bulan ini, umat Islam ini diwajibkan berpuasa seperti yang
termaktub dalam al-Quran yang bermaksud:

Bulan Ramadan, yang dalamnya diturunkan al-Quran
sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan
yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan
(antara yang benar dan salah). Oleh itu, barang siapa
antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia
berpuasa pada bulan itu...

MENJAGA KESUCIAN BULAN RAMADHAN.
Berbicara mengenai puasa, tentunya kita akan dapat
merasai perbezaan antara berpuasa sunat dengan
puasa Ramadan. Berpuasa pada bulan Ramadan
bukan sahaja menuntut kita untuk menahan diri
daripada lapar dan dahaga, malah kita juga dituntut
untuk menjaga kesucian bulannya agar tidak dicemari
dengan perkara-perkara maksiat. Ini adalah kerana,
bulan Ramadan adalah bulan yang paling agung dan
istimewa berbanding dengan bulan-bulan yang lain
kerana pada bulan inilah Al-Quran diturunkan. Allah
SWT berfirman yang bermaksud:

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan
Ramadhan, bulan yang padanya diturunkan Al Quran
menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi
keterangan-keterangan yang menjelaskan
petunjuk dan menjelaskan perbezaan (antara yang
benar dengan yang salah).”
(Surah Al Baqarah ayat 185)

‫ُر َّب َصائٍِم لَْي َس َلهُ ِم ْن ِصيَاِمِه ِإلّاَ اْْلُوعُ َوُر َّب قَائٍِم لَْي َس لَهُ ِم ْن ِقَياِمِه إِلّاَ ال َّسَهُر‬
“Betapa ramai orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan

betapa ramai orang yang berqiyam tidak mendapat apa-apa daripada qiyamnya kecuali hanya
berjaga malam..”

– Riwayat Ibnu Majah

LUNASI HUTANG PUASA TAHUN LALU.

Puasa di bulan Ramadhan tidak diwajibkan bagi
orang muslim yang memiliki halangan. Misalnya,
mereka yang sakit, bepergian jauh, atau haid.
Tetapi, mereka harus menggantinya dengan pua-
sa sejumlah hari yang sama di bulan lain.

Jika ada yang merasa dirinya termasuk orang
yang berhalangan tadi dan memiliki hutang pua-
sa di tahun sebelumnya, pastikan bahwa
semuanya sudah dibayarkan. Hal ini penting ka-
rena puasa yang tidak dilaksanakan pada tahun
sebelumnya wajib diganti.


Click to View FlipBook Version