KAWAT PANDUAN BRIGED PUTERA MALAYSIA TINGKAT ASAS
PENERBIT BRIGED PUTERA MALAYSIA MAJLIS NEGERI SABAH PERTERJEMAHAN DARIPADA BUKU ASAL “The Boys’ Brigade in Malaysia Drill Manual” 1986 Dibukukan dan diterbitkan oleh Francis Chiong, Field Officer Majlis Negeri Sabah untuk Pengerusi Kawat Kebangsaan Briged Putera Malaysia The Boys’ Brigade in Malaysia Perterjemahan Versi I – 2004 Perterjamahan Versi II - 2005
Pendahuluan “Buku Panduan Kawat” ini diterjemahkan daripada buku asal “Drill Manual” yang diterbitkan pada tahun 1986 oleh Encik David C.K. Liew, Pengerusi Kawat Kebangsaan Briged Putera Malaysia. Buku ini diterbitkan terutamanya untuk kegunaan ahli-ahli Briged Putera Malaysia yang berbahasa Melayu. Buku Panduan Kawat yang diterbitkan dalam bahasa Melayu ini pertama sekali saya gunakan dalam kelas Kawat Peringkat 1 untuk Kompeni Ke-4 Kota Kinabalu Briged Putera Malaysia pada bulan November 1994. Di sini saya mendapati pelajar-pelajar saya dapat memahami dan menghayati pelajaran teori dengan lebih mudah dan cepat dan hasilnya ialah kandungan pelajaran dapat dihabiskan dalam masa yang lebih pendek, kualiti pemahaman yang lebih baik dan penjimatan masa dalam memberi penerangan dalam bahasa ibunda daripada bahasa Inggeris. Perancangan Program Kawat dalam buku ini meliputi Peringkat 1 dan justeru melayakkan seseorang ahli menerima lencana “Kawat Peringkat 1” atau “Drill Stage 1”. Untuk faedah pelatih-pelatih kawat, buku ini memberatkan kualiti dan ketepatan pergerakan asas kawat kerana segala kualiti pergerakan lanjutan yang akan dipelajari pada masa akan datang adalah berdasarkan padanya. Program Kawat haruslah progresif dan sistematik supaya hasilnya dapat dicapai pada tahap yang memuaskan. Setiap kompeni haruslah melaksakan Pertandingan Kawat antara Skuad, Kompeni atau Batalion sekurang-kurangnya setahun sekali untuk memelihara dan memajukan standard kawat, seterusnya ini akan memberikan Pegawai Tidak Bertauliah dan Pemimpin Skuad melatih dan membangunkan kepimpinan mereka. Setiap Kompeni haruslah sedar kepentingan Kawat sebagai salah satu latihan dalam Briged Putera, kerana disiplin merupakan salah satu daripada 2 tunggak tiang Briged (Twin Pillars) dan disiplin boleh diperolehi daripada kawat. Saya berharap buku panduan ini akan membawa faedah kepada kompeni yang lebih cenderung kepada penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam pembelajaran dan pengajaran. PENGERUSI KAWAT KEBANGSAAN BRIGED PUTERA MALAYSIA
KANDUNGAN Mukasurat Bab 1 Tujuan dan Kedudukan Kawat dalam Briged Putera 1 Bab 2 Definisi 3 Bab 3 Petua-Petua untuk Pelatih 5 a) Pelatih b) Petua-Petua Kepada Pelatih c) Program Kawat Kompeni d) Kawat Teori Mudah e) Kata-Kata Hukuman Bab 4 Kawat Asas 1 16 Pergerakan Asas 1. Sedia 2. Senang Diri 3. Rehatkan Diri 4. Senang Diri daripada Rehatkan Diri 5. Sedia daripada Senang Diri 6. Senang Diri daripada Sedia 7. Rehatkan Diri daripada Senang Diri Pembarisan Dan Menutup 20 1. Ke kanan lurus & Padang –Depan Berpusing Dan Berpusing Separuh 21 2. Ke kanan pusing, ke kiri pusing, ke belakang pusing, separuh ke kiri pusing, separuh ke kanan pusing & Keluar baris Hentak kaki - masa cepat, perlahan, lari, berhenti & maju Melangkah ke tepi, hadapan & belakang Berkawat Dan Berhenti 26 3. Cepat Jalan & Berhenti, Perlahan Jalan & Berhenti, Cepat Lari & Berhenti Berjalan daripada Hentak Kaki - Maju (masa cepat) Hentak Kaki daripada Berjalan - Hentak kaki - Hentak (masa cepat) Berjalan lalu daripada Hentak kaki (masa perlahan) Hentak kaki daripada Perlahan Jalan (masa perlahan) Perlahan Jalan daripada Cepat Jalan Cepat Jalan daripada Perlahan Jalan Masa berganda daripada Masa Cepat - “Tukar langkah cepat, Cepat - Lari” Masa cepat daripada masa berganda - “Tukar langkah jalan cepat, Jalan” Tukar langkah 29 4. Dalam masa cepat & dalam masa perlahan Berpusing Dan Separuh Pusing Semasa Berjalan 30 5. Berpusing ke kiri & kanan Separuh ke kanan & kiri pusing Menukar haluan semasa skuad berkolum tiga
Bab 5 Kawat Asas 2 34 1. Kawat Skuad 1.1 Masuk Baris 34 1.2 Membahagikan Skuad 36 1.3 Buka Barisan - Tutup Barisan 37 1.4 Menukar haluan semasa skuad dalam satu barisan lurus 38 1.5 Menubuhkan Skuad 40 1.6 Berkawat dalam Barisan Tunggal 41 1.7 Menubuhkan Semula 42 Bab 6 Memberi Hormat 43 1. Hormat ke Hadapan 2. Hormat Semasa Berkawat 3. Pandang Kekanan/kiri 4. Berjalan Lalu 5. Bersurai Bab 7 Pembarisan Kompeni 49 Appendiks Appendiks A Sukatan Pelajaran Kawat Rekrut Appendiks B Perancangan Program Kawat Kompeni Appendiks C Kata-Kata Hukuman Semasa Berjalan Appendiks D Masa dan Jarak Appendiks E Kertas Penilaian
1 BAB 1 TUJUAN DAN KEDUDUKAN KAWAT DALAM BRIGED PUTERA Adalah menjadi satu tanggungjawab yang penting bagi semua pegawai Briged Putera untuk mengetahui matalamat berkawat. Selain daripada Pendidikan Agama dan aktiviti Kompeni yang lain, berkawat juga dapat mencapai Tujuan Briged Putera. (BB Object) Walau bagaimanapun, nilai-nilai berkawat tidak harus diketepikan atau dikurangkan dalam Briged Putera. TUJUAN Berkawat pada dasarnya mempunyai tiga tujuan utama: 1. Menggalakkan tabiat 1.1 Kepatuhan dan disiplin. Tabiat-tabiat ini adalah penting dalam latihan di kalangan ahli- ahli, dan ia dapat diperolehi tanpa disedari melalui latihan kawat yang baik. 1.2 Menghormati diri. Ini adalah penting dalam pelbagai cara. Berkawat dan uniform adalah satu kaedah yang terbaik menggalakkan tabiat menghormati diri sendiri. 1.3 Kuasa Mengawal diri. Seseorang dapat mengawal pergerakkan mata, tangan dan kaki, justeru seluruh badan, fikiran dan rohnya melalui kawat. 1.4 Penumpuan. Perkawatan yang baik memerlukan tumpuan yang sepenuhnya, dan ia memberi banyak faedah di dalam hidup yang akan datang. 1.5 Pergerakan Fizikal. Selain daripada aktiviti Pendidikan Fizikal dan Rekreasi, kawat juga dapat membantu pertumbuhan fizikal yang sempurna. 2. Membangunkan Kepimpinan. 2.1 Seseorang NCO baru, biasanya menghadapi kesukaran menggunakan kepimpinannya dan mendapatkan kehormatan daripada orang lain. Walau bagaimanapun, kepimpinan semulajadi dapat digalakkan dalam latihan berkawat dengan cara memberi peluang kepada seorang NCO untuk memimpin sebagai Pasukan Komander, dan pada masa yang sama latihan disiplin bertambah mudah. 2.2 Berkawat juga boleh memberi peluang keemasan kepada seorang Staff-Sergeant atau seorang pegawai berlatih dan memajukan kepimpinannya, jikalau peluang tersebut di- gunakan dengan cara yang baik dan bijak. 3. Menggalakkan Kerjasama Kumpulan 3.1 Ia dapat didefinisikan sebagai “Kebanggaan di dalam sebuah unit, menyebabkan seseorang ahli malu membawa sebarang nama buruk kepadanya, dan menyebabkannya sanggup berkorban untuk unit tersebut”. Berkawat dapat membantu membangunkan semangat ini. Ia bukanlah aktiviti individu, di mana seseorang ahli tidak akan mendapat kepujian untuk dirinya sendiri melalui berkawat, tetapi sebaliknya seseorang individu dapat, malangnya, boleh merosakkan seluruh unit tersebut. 3.2 Di dalam kawat, seseorang ahli tidak akan memperolehi kepuasan diri sendiri kecuali ia mengetahui bahawa ia telah mencuba sedaya upaya memberi sumbangan kepada unitnya - dan itu sudah mencukupi. KESAN TERHADAP SEORANG AHLI Apabila kawat disampaikan dan dijalankan dengan baik, kawat boleh menjadi satu daya penarik kepada seorang ahli. Beliau akan mendapatinya menarik, tetapi apabila beliau mencapai umur yang lebih tua, minatnya akan berkurangan sedikit. Walau bagaimanapun beliau tetap sanggup dan bersedia melakukan sesuatu yang mungkin tidak hendak dilakukannya, demi untuk kebaikan kompeni. Akan tetapi, kita mesti mengetahui bahawa seseorang ahli menghadiri latihan berkawat adalah bertujuan untuk dikawat, dan keputusan ini tidak akan dapat diperolehi dengan cara berkawat disekeliling dewan, atau dengan berlengah-lengah dan tidak bersistematik.
2 KEPUTUSAN Telah menjadi satu kebenaran bahawa sesebuah kompeni yang baik dalam kawat biasanya baik dalam kebanyakan perkara yang lain. Keputusan tersebut biasanya dapat dirasai di dalam semua aktiviti kompeni, keadaan keseluruhan dan semangat kompeni,dan juga disiplin keseluruhan kompeni. Keputusan juga dapat dilihat di dalam kelas Pendidikan Kristian, dan kehadiran di dalam Kelas Pendidikan Kristian biasanya ber tambah baik bersama-sama dengan kehadiran dan standard latihan kawat. KEPENTINGAN BERKAWAT DALAM KOMPENI Kita haruslah sedar bahawa kejayaan sesebuah kompeni tidak hanya bergantung kepada Latihan Berkawat. Ini adalah kerana kebanyakan kompeni hanya berhimpun sekali atau dua kali seminggu, dan juga terdapat aktivitiaktiviti yang lain yang mesti dimasukkan, dan jumlah masa yang digunakan untuk berkawat mungkin akan berkurangan berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Oleh yang demikian, kualiti latihan kawat dan keupayaan dan keminatan seseorang pelatih adalah sangat penting. Kawat yang baik menggalakkan tabiat-tabiat yang telah diterangkan di dalam tujuan Briged Putera, kesetiaan kepada kompeni dan kepada pegawai sebagai seorang pemimpin. Kesetiaan ini akan ditunjukkan melalui tabiat hormat, digalakkan di dalam kelas Pendidikan Kristian, seterusnya ke arah Sifat Kristian yang benar, dan kemajuan Kerajaan Kristus.
3 BAB 2 DEFINISI 1. Susunan Garisan Satu garisan lurus yang ditubuhkan atau akan ditubuhkan oleh sekumpulan orang. X X 2. Susunan Barisan Bilangan orang yang berdiri sebelah menyebelah dalam satu barisan. ∇ ∇ ∇ ∇ ∇ ∇ 3. Ruang Bahagian sisi di antara orang sebelah menyebelah di dalam satu garisan yang sama. 4. Berbaris Membariskan dalam satu barisan yang lurus 5. Keseluruhan Bahagian hadapan Takat keseluruhan tanah yang diliputi oleh sekumpulan orang dalam satu barisan sebelah menyebelah di antara satu sama lain. 6. Barisan Tunggal Satu barisan orang yang berbelok ke sisi 7. Jarak Jarak di antara barisan-barisan di dalam satu unit, diukur daripada tumit satu barisan ke satu barisan yang lain. 8. Skuad Dalam Satu Barisan Lurus Tiga susunan barisan orang, hadapan, tengah dan belakang dengan jarak satu langkah diantara satu susunan barisan.
4 9. Satu Barisan Satu barisan orang terletak di belakang antara satu sama lain, contohnya bahagian susunan barisan hadapan, tengah dan belakang. 10. Barisan Kosong Satu barisan tanpa seorang di barisan tengah atau tanpa dua orang di barisan tengah dan belakang. Ia selalu terletak di barisan yang kedua di bahagian kiri. 11. Menutup Tindakan seorang meletakkan dan menutupkan dirinya di belakang seorang yang di hadapan. 12. Kedalaman Tanah yang diliputi oleh sekumpulan orang daripada hadapan ke belakang. 13. Penanda Seorang terletak di sisi kanan yang bertanggungjawab memastikan langkah, haluan dan jarak yang betul. Sisi Kanan Penanda Sisi Luar 14. Sisi Kanan Sisi di mana sesebuah unit berkawat atau meluruskan barisan 15. Sisi Luar Sisi di mana ia bukan sisi kanan
5 16. Skuad dalam Jajaran (kolum) Bertiga-tiga Skuad dalam satu barisan lurus berpusing ke sisi kanan contohnya bertiga-tiga terletak di belakang di antara satu sama lain.
6 BAB 3 PETUA-PETUA UNTUK PELATIH 1. MENGAJAR BERKAWAT 1.1 PELATIH Semua Kompeni Briged Putera menggunakan Buku Berkawat yang sama. Sebarang perbezaan dalam aspek standard, keminatan, dll, adalah disebabkan oleh pelbagai pelatih dan juga cara latihan yang berbeza yang disampaikan. Untuk menjadi seorang pelatih yang baik, berikut adalah nota yang harus diingati selalu: (a) Percaya terhadap nilai dan kebaikan kawat di dalam Briged Putera. (b) Yakin. Ini hanya boleh diperolehi melalui pengetahuan. Oleh yang demikian anda haruslah mempelajarinya dan betul-betul mengetahui kandungan Buku Kawat. (c) Bersedia. Anda haruslah menyediakan setiap latihan kawat dengan teliti. (d) Minat. Minat terhadap kawat akan memudahkan pembelajaran dan menaikkan minat dan semangat pelajar. (e) Kemas. Pelajar akan mengikuti teladan anda. (f) Menarik. Jadikan latihan kawat anda progresif dan menarik. (g) Bersimpati. Ingatlah! peranan utama anda ialah mengajar pelajar, dan yang kedua mengajar berkawat. Fahamilah pendapat mereka. 1.2 PETUA-PETUA KEPADA PELATIH (a) Anda haruslah mengikuti segala butir-butir penting (contohnya Kata-kata arahan) di dalam Buku Kawat. Dalam keterangan am contohnya, sampaikan pengajaran dengan menggunakan kata-kata anda sendiri dan terangkan istilah-istilah standard dalam kawat kepada mereka. (b) Gunakan susunan yang berturutan semasa mengajar kawat: PENERANGAN Terangkan dengan ringkas dan jelas apa yang hendak dilakukan. DEMONSTRASI Tunjukkan bagaimana ia dilakukan PERLAKSANAAN Arahkan mereka untuk melakukannya LATIHAN Arahkan mereka melakukannya berkali-kali sehingga mereka yakin dan pasti dengan pergerakkan tersebut. Penerangan dan Tunjukkan biasanya dilakukan bersama-sama, tetapi selalu ingat kepentingan demonstrasi: “Seseorang pelajar mempelajari sesuatu dengan lebih mudah dengan melihat daripada mendengar”. Teruskan dengan secepat mungkin ke “Perlaksanaan” sebelum seseorang pelajar lupa dan menjadi bosan. Anda boleh membenarkan masa soal-jawab selepas demonstrasi jikalau terdapat keraguan atau ketidak pastian. Walau bagaimana- pun, mereka biasanya berdiam diri.
7 (c) Semasa peringkat awal, gunakan formasi (susunan) pengajaran yang mudah, contohnya: (d) Semasa memberi keterangan atau melakukan demonstrasi sebarang pergerakan, Skuad haruslah berdiri dalam keadaan “Senang Diri”, dan dalam peringkat ini anda bolehlah dalam keadaan yang informal, tanpa melupakan gaya fizikal atau kedudukan pangkat anda. (e) Semasa mengajar Kawat Asas, galakkan pelajar-pelajar anda mengira masa tersebut. Beberapa contoh akan diberikan; yang lain anda boleh kenalkannya atas bijaksana anda. (f) Gunakan susunan yang progresif, berikan daripada yang paling mudah ke kaedah yang paling sukar dalam pergerakan. Contohnya (i) Pusing ke kanan dan berhenti Penerangan dan demonstrasi pergerakan yang lengkap. (a) Pusing ke kanan dengan nombor. (b) Pusing ke kanan, dengan mengira masa (c) Pusing ke kanan, dengan menganggar masa (ii) Menukar haluan semasa dalam satu barisan (a) Daripada Berhenti ke Berhenti (b) Daripada Berhenti ke Bergerak (c) Daripada Bergerak ke Berhenti (d) Daripada Bergerak ke Bergerak (iii) Pergerakan semasa berkawat (a) Masa perlahan akan digunakan sehingga pelajar berupaya melaksanakan pergerakkan kaki yang betul, diikuti oleh perlaksanaan masa cepat.
8 (g) Gunakan kedua-dua sisi kalau boleh, contohnya Menukar Haluan dalam satu barisan boleh dilakukan dalam 4 cara: (i) Susunan Barisan Hadapan di hadapan. Menukar haluan ke kanan. (ii) Susunan Barisan Hadapan di hadapan. Menukar haluan ke kiri. (iii) Susunan Barisan Belakang di hadapan. Menukar haluan ke kanan. (iv) Susunan Barisan Belakang di hadapan. Menukar haluan ke kiri. Pelbagai cara digunakan untuk pelajar di lokasi yang penting dan memberi peluang kepada mereka untuk mendapatkan pengalaman dan keyakinan. (h) Pada semua peringkat, daripada sesi kawat yang pertama untuk rekrut, selalu meneliti, dan membetulkan kesalahan, kalau tidak pergerakan yang salah akan menjadi satu tabiat yang buruk, dan ini adalah sukar diubah. Dengan cara ini, standard am akan dapat ditingkatkan, dan perasaan mencapai sesuatu akan dapat dicapai. (i) Kebanyakan kursus latihan kawat dijalankan di peringkat tempatan dan kebangsaan, dan daya usaha haruslah dilakukan untuk menghadiri salah satu daripadanya. PROGRAM KAWAT KOMPENI Sebelum bermulanya setiap sesi, program kawat haruslah dirancang dengan teliti. Setiap sesi yang baru mempunyai ahli-ahli baru, dan latihan kawat adalah aspek yang penting dalam latihan mereka. Setiap ahli baru tidak harus diajar dengan tergesa-gesa dalam Asas Kawat, dan seterusnya dipindahkan ke kompeni terlalu awal. Malahan di dalam kompeni yang kecil, ahli-ahli tahun pertama mestilah diasingkan selama 3 bulan, dan dalam kebanyakan kes, sesi yang penuh, iaitu setahun. Ini membolehkan mereka memahami dan berkebolehan dalam Kawat Asas mereka sebelum mengikuti peringkat yang lebih tinggi dan pergerakan gabungan yang dilakukan oleh ahli-ahli yang lebih tua. Untuk ahli-ahli baru, Kawat Asas dalam nota ini haruslah dilakukan pada jadual selama 3 bulan, dan seminar, pertandingan, kuiz, dll dimasukkan untuk memelihara minat mereka terhadap kawat. Masa kawat selama 30 minit seminggu adalah mencukupi jikalau latihan diajar dengan sempurna dan betul. Setiap sesi haruslah mempunyai 3 bahagian: (a) Ulangkaji pergerakan yang dipelajari pada sesi yang lalu (b) Mengajar bahan-bahan baru (c) Berlatih, menyelaras bahan-bahan baru dan yang lama. Semua kompeni haruslah menjalankan latihan Kawat Asas, dan haruslah diberi masa yang cukup untuk mencapai standard yang tinggi. Kompeni haruslah mencuba sedaya upaya untuk meningkatkan standard mereka ke kawat yang lebih tinggi sebaik sahaja prinsip Kawat Asas difahami dan dikuasai oleh ahli-ahli. KAWAT LANJUTAN Kursus ini merupakan lanjutan yang progresif daripada kursus asas, dan tidaklah begitu sukar seperti yang disangkakan. Selain daripada menjadikannya sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran tambahan untuk mengelakkan kawat menjadi jemu, kebaikan utama kursus kawat lanjutan ialah ia melibatkan NCO yang lebih ramai di dalam memberi arahan dalam bahagian-bahagian yang dibahagikan daripada kompeni. Bukan semua pergerakan mesti diajar dalam satu sesi. Beberapa pergerakan mudah dipilih dan diperkenalkan dalam tahun pertama, dan yang lain ditambahkan pada tahun-tahun yang akan datang, maka ini akan menambahkan minat dan memastikan pengajaran dan pembelajaran yang progresif.
9 AKTIVITI KHAS Berbagai-bagai cara boleh dijalankan di dalam kawat Briged Putera, dan kadang kala apabila ia digunakan boleh membantu mengiatkan minat di kalangan ahli-ahli, dan seterusnya memelihara standard kawat setinggi yang boleh. Seorang pelatih kawat berupaya memikirkan idea-idea untuk mereka sendiri, dan segala yang boleh menambahkan minat di kalangan ahli-ahli, dan keupayaan untuk mencungkil bakat mereka daripada kawat, tanpa mengurangkan bahan-bahan asas yang terkandung di dalam buku kawat ini adalah patut dimasukkan. Berikut adalah contoh-contoh yang mungkin akan membawa minat untuk dilakukan. (a) Pertandingan Kawat di antara Skuad Untuk diperkenalkan sekali atau dua kali setahun. NCO akan dibenarkan menyediakan skuad mereka sekurang-kurangnya dua atau tiga minggu sebelum hari pertandingan. Pada hari pertandingan, Kawat Skuad mudah (contohnya susunan barisan tunggal) akan dilaksanakan oleh setiap skuad, dan seorang pegawai dari kompeni yang berhampiran mungkin dijemput untuk mengadili pertandingan tersebut. (b) Kawat Turutan Skuad tersebut akan menyediakan satu turutan pergerakan, dihafal oleh setiap ahli, dan dilaksanakan tanpa diberi arahan oleh komander. KAWAT TEORI ASAS Seperti juga dengan pelajaran yang lain, sebelum aspek praktikal boleh di hargai, teori asas haruslah di fahami. Berikut haruslah dipelajari dengan teliti oleh seorang pelatih sebelum beliau mengajar kawat di sebarang peringkat, dan teori asas ini haruslah diperkenalkan sedikit demi sedikit kepada pelajar-pelajar. DASAR ASAS KAWAT Terdapat 2 hukum-hukum asas mengenai pergerakan kawat: FORMASI Susunan tertentu sekumpulan orang di dalam skuad HALUAN Cara bagaimana skuad tersebut berhadapan (a) FORMASI Terdapat dua formasi asas di dalam Kawat Skuad: (i) Baris (ii) Kolum Bertiga-tiga
10 (b) Haluan Sesebuah skuad boleh bergerak dalam 4 haluan: (i) “SKUAD AKAN MARA, Dari Kanan, CEPAT-JALAN” (SQUAD WILL ADVANCE, always followed by- By the right, QUICK-MARCH) (ii) “SKUAD AKAN MENGHADAP KEBELAKANG, kebelakang-PUSING, Dari kiri, CEPAT-JALAN” (SQUAD WILL RETIRE, About-TURN, always followed by-By the left, QUICK- MARCH) (iii) “BERGERAK KE KANAN BERTIGA-TIGA, kekiri-PUSING. Dari kanan, CEPAT- JALAN” (MOVE TO THE LEFT IN COLUMN OF THREES, left-TURN, always followed by - By the right, Quick-MARCH) Nota. Haluan sisi yang sesuai haruslah selalui diberikan dengan serta-merta sebelum hukuman “CEPAT-JALAN” (Quick-March) Hukuman Cepat-Jalan selalu digunakan tidak kira apakah bentuk formasi skuad yang ditubuhkan. Seseorang pelajar haruslah diajar bahawa bahagian pertama dalam arahan (Amaran Awal) adalah cuma untuk memberi amaran kepada mereka arah manakah yang akan mereka berpusing. Semua kawat adalah berdasarkan kepada dua dasar, dan pelatih dan pelajar-pelajar haruslah sentiasa sedar akan formasi dan haluannya. Berkawat adalah terdiri daripada memelihara atau mengubah keduadua dasar kawat, yakni formasi dan haluan. Ini dapat dilihat daripada contoh-contoh yang berikut. (i) Memelihara Formasi, Memelihara Haluan Permulaan Tamat “SKUAD AKAN MARA, dari kanan, CEPAT-JALAN” (Squad will advance, By the right, Quick-March)
11 (ii) Memelihara Formasi, Menukar Haluan Permulaan Tamat “TUKAR HALUAN KE KANAN dan BERHENTI - TUKAR” (Change direction right, at the halt, Right-Form) (iii) Menukar Formasi, Memelihara Haluan Permulaan Penghabisan “DAN BERHENTI DI SEBELAH KIRI, JADIKAN - SKUAD” (At the halt, on the left, form - Squad) (iv) Menukar Formasi, Menukar Haluan Permulaan Tamat “BERGERAK KE KANAN BERTIGA-TIGA, KE KANAN - PUSING” (Turn to the right, right - turn)
12 SISI KANAN Sisi kanan - “ Sisi di mana unit berkawat atau meluruskan barisan” - biasanya ditentukan oleh penanda (No. 1 di hadapan susunan barisan), dan adalah penting untuk seorang pelatih mengetahui yang mana satukah orang yang terletak di posisi tersebut. Berikut adalah gambarajah yang menunjukkan berbagai-bagai alternatif (pilihan): DI SEBELAH KANAN DISEBELAH KIRI DISEBELAH KIRI DISEBELAH KANAN Semasa pergerakan kawat, perubahan yang kerap mungkin akan berlaku pada sisi kanan, dan kata-kata, “DARI KIRI (atau KANAN)” (By the left (or right) mestilah dimasukkan di dalam arahan, supaya pelajar-pelajar tahu yang mana satu sisi yang mereka harus berbaris. Peraturan ini hanya dikecualikan apabila menukar haluan ke sisi luar, iaitu semasa menukar sisi kanan ke sisi luar untuk sementara waktu, contohnya (i) “DARI KANAN, TUKAR HALUAN KEKANAN, KEKANAN - BELOK” (By the right, change direction right, Right-wheel) (ii) “DARI KIRI TUKAR HALUAN KEKIRI, DAN BERHENTI - TUKAR” (By the left, change direction left, at the halt, Left-form) Nota: Di dalam semua kes, sebaik sahaja pergerakan yang tertentu dilaksanakan, sisi kanan yang biasa telah dipulihkan.
13 ‘DARI KANAN (atau KIRI) (By the right (or left)’ KATA-KATA HUKUMAN Kawat yang baik adalah tidak mungkin tanpa kata-kata yang jelas dan betul diberikan. 1. Semasa memberi penerangan, kaedah yang tidak formal mungkin digunakan, tetapi apabila kita memberi hukuman, posisi dalam keadaan sedia haruslah sentiasa digunakan. 2. Hukuman haruslah diberikan dengan jelas dan cukup kuat. Adalah tidak perlu untuk kita meneriak atau memberi arahan sekuat hati yang kita boleh. 3. Semua Kata-kata Hukuman terdiri daripada 3 bahagian: (i) PERMULAAN (PENGENALAN) untuk menyediakan skuad menjalankan pergerakan yang hendak dilakukan. (ii) AMARAN untuk memberi tanda kepada skuad apa yang hendak dilakukan. (iii) PERLAKSANAAN untuk memberitahu skuad bilakah ia harus dilakukan Contohnya Kanan pusing PERMULAAN “BERGERAK KEKANAN BERTIGA-TIGA” (Move to the righ in Column of threes) AMARAH “KEKANAN.....” (Right........) PERLAKSANAAN “............PUSING” (.........Turn) Amaran haruslah diberikan dengan perlahan-lahan dan jelas. Perlaksanaan haruslah diberikan dalam nada yang pendek untuk mendorong respons yang kemas dan serta-merta. Nada yang lebih tinggi harus juga digunakan dalam perlaksanaan. 4. Ada diantara Satu-kata Hukuman seperti “SEDIA”, “GERAK”, “PUSING”, “MAJU” “JALAN”, “BERHENTI” DAN “BILANG” adalah tanpa tanda sempang (hyphenated) dan haruslah diberikan seperti ia adalah satu sukukata. 5. “SKUAD” (Squad) - Perlaksanaan hukuman “SKUAD” harus hanya digunakan untuk Skuad di dalam posisi senang diri ke posisi sedia dan berhenti. Ia mestilah tidak disalahgunakan sebagai amaran sebelum setiap hukuman: adalah salah jikalau hukuman diberikan seperti berikut: “SKUAD” - Dari kanan - BILANG atau “SKUAD” - Senang - DIRI atau “SKUAD” - Cepat - JALAN 6. “SEMULA” (As you were) - Arahan ini membolehkan Skuad balik ke posisi asalnya apabila hukuman yang diberikan salah dilaksanakan.
14 7. Standard ukuran penghentian sebentar haruslah selalu dilakukan di antara penghabisan amaran dan perlaksanaan. Ukuran penghentian sebentar haruslah : Semasa berhenti atau semasa cepat masa - satu langkah dalam masa cepat Dalam masa perlahan - satu langkah dalam masa perlahan Berikut adalah contoh-contoh arahan yang diberikan dalam cepat masa: MASA KIRI KANAN KIRI KANAN 1. A PUSING KE KANAN (HENTI) PUSING 2. R TUKAR LANGKAH JALAN CEPAT (PAUSE) CEPAT (HENTI) JALAN 3. A SKUAD (HENTI) BERHENTI 4. H TUKAR HALUAN KE KIRI (PAUSE) TUKAR 5. A DI SEBELAH KANAN (HENTI) JADIKAN (HENTI) SKUAD 6. N PANDANG (HENTI) KANAN 7. TUKAR LANGKAH MASA BERJALAN (HENTI) TUKAR LANGKAH Semua hukuman dalam masa berjalan mestilah diberikan pada kaki langkah yang betul contohnya pelajar berhenti dengan kaki kanan (masa hentak), oleh itu arahan tersebut juga diberikan pada kaki yang sama. Semua hukuman adalah mengikuti cara ini contohnya menukar haluan semasa dalam skuad dalam susunan barisan. Butir-butir lengkap langkah kaki dilakukan oleh pelajar-pelajar dalam skuad bermula dengan berpusing ke kanan atau separuh ke kanan, dan hukuman “KEKANAN - TUKAR” (Right-form) adalah diberikan pada langkah kaki yang sama seperti hukuman yang diberikan untuk berpusing ke kanan contohnya langkah kaki kiri. 8. Langkah Awasan (The Check Pace - Apabila hukuman diberikan semasa Skuad sedang berjalan (atau dalammasa hentak), Skuad tersebut akan mengambil langkah tambahan sebelum meneruskan pergerakan yang baru. Langkah tambahan ini dipanggil “Langkah Awasan” dan ia bertujuan untuk menyediakan Skuad untuk pergerakan yang seterusnya. Apabila mengajar rekrut, penerangan mengenai berhenti pada langkah awasan akan membantu pemahaman contohnya memberhentikan mereka pada langkah awasan sebelum meneruskannya ke pergerakan yang baru. Kesedaran langkah awasan adalah penting bagi rekrut kerana langkah ini akan membolehkan kita meneruskan ke pergerakan yang baru apabila hukuman yang seterusnya diberikan. Semua arahan bagi masa perlahan adalah tanpa langkah awasan. 9. Mengangkat kaki dan menghentak - Menghentak adalah perlu di dalam kebanyakan pergerakan kawat contohnya Berbaris, Mengambil langkah ke tepi, berhenti, tukar langkah dll. Ini dilakukan dengan mengangkat kaki (kanan atau kiri, bergantung kepada jenis pergerakan) sehingga paha selari dengan tanah, dengan kaki hujung mengarah ke bawah dan jari kaki terletak di bawah lutut, dengan membiarkan anggota badan yang lain lurus seperti dalam posisi sedia. Kaki tersebut seterusnya akan dihentak ke tanah, di mana tumit dan jari kaki menghentak ke tanah pada masa yang sama. Kedua-dua pergerakan tidak seharusnya mempunyai perhentian sementara (pause in between) di antara mengangkat kaki dan menghentak kaki ke tanah. Ia adalah dilakukan pada satu kira masa. (satu tepukan masa)
15 10. Masa dan Perhentian Sementara - Di antara setiap pergerakan, biasanya mempunyai perhentian sementara selama 3 kira masa. Iaitu, setiap pergerakan terdiri daripada 4 kira masa, yang pertama ialah pada perlaksanaan pergerakan tersebut. SATU DUA TIGA EMPAT SATU Perlaksanaan Henti Henti Henti Perlaksanaan (pergerakan yang pertama) (Pergerakan yang kedua) CONTOHNYA: Berpusing ke kanan SATU DUA TIGA EMPAT SATU PUSING HENTI HENTI HENTI HENTAK dengan kaki kiri (Satu) (Senyap) (Dua) (Tiga) (Satu) 11. Masa mengira - Masa mengira untuk perhentian sementara akan menghasilkan 40 pergerakan (160 pengiraan) dalam seminit. 12. Hentak kaki tidak mempunyai pergerakan berpusing ke kanan, kiri atau ke belakang.
16 BAB 4 KAWAT ASAS 1 1. Sedia Seseorang dikehendaki berdiri dalam posisi berikut: 1.1 Kepala menjenguk ke atas sedikit atau di atas sedikit daripada paras mata. 1.2 Bahu haruslah lurus ke belakang tetapi selari dengan badan 1.3 kedua-dua belah tangan terletak di tepi badan sementara hujung tangan terletak pada tepi garisan seluar dan jari-jari tangan mestilah dikatup rapat-rapat dengan jari ibu dan jari telunjuk dirapatkah serta mengarah ke bawah tanah. 1.4 Kedua-dua belah kaki dirapatkan dengan hujung kaki dibuka sebanyak 30 darjah. Kesalahan Biasa: (a) Pergerakan pada anggota badan (b) Kepala dan bahu mengarah ke bawah serta ke hadapan (c) Kaki tidak dirapatkan dengan sempurna (d) hujung kaki tidak dibuka dengan sempurna Ibu jari menunjuk lurus ke hadapan dengan jari telujunk selari dengan ibu jari diikuti dengan jari telunjuk membengkok kehadapan ibu jari. Pandangan luar Pandangan dalam
17 2. Senang Diri Seseorang akan berdiri dalam posisi berikut: 2.1 Kepala pada paras mata. 2.2 Bahu haruslah lurus ke belakang tetapi selari dengan badan. 2.3 Kedua-dua belah tangan diletakkan di belakang dan di atas tali pinggang dengan tapak tangan kanan diletakkan di atas tapak tangan kiri dan jari ibu kanan di atas jari ibu kiri. 2.4 Kedua-dua belah kaki dipisahkan pada jarak lebih kurang 30cm. Kesalahan Biasa: (a) Pergerakan pada anggota badan. (b) Kepala dan bahu mengarah ke bawah serta ke hadapan (c) Tangan, tapak tangan dan ibu jari tidak diletakkan pada tempat yang betul. (d) Kaki tidak dipisahkan dengan sempurna. 3. Rehatkan Diri 3.1 Posisi adalah hampir sama dengan posisi senang diri dengan pengecualian di mana siku sekarang dibenarkan dibengkokkan supaya kedua-dua belah tangan dapat mencapai tali pinggang. Kesalahan Biasa: (a) Kemungkinan terlalu relaks (longgar) dan lembik dan tidak cergas. (b) berpusing-pusing, mengaturkan uniform, dll tanpa diarahkan. Senang-DIRI (hadapan) Senang-DIRI (belakang)
18 (c) mengerakkan kaki. NOTA: Posisi “Rehatkan diri” adalah untuk seseorang beristirehat tetapi masih berkeadaan kemas dan mantap.Seseorang hanya dibenarkan mengerakkan tangan, mengaturkan uniform, dll dengan arahan dan kebenaran daripada pelatih atau komander, tetapi mereka tidak dibenarkan mengerakkan kaki mereka. Ini adalah untuk mengelakkan daripada terkeluar baris. 4. Senang Diri daripada Rehatkan Diri “Skuad” 4.1 Kedua-dua belah tangan akan diluruskan apabila arahan “Skuad” diberikan. Kesalahan Biasa : (a) Kegagalan meluruskan tangan dengan cepat dan kemas (b) pergerakan pada anggota badan yang lain selain daripada kedua-dua belah tangan. 5. Sedia daripada Senang Diri 5.1 Dengan nombor (i) “Sedia dengan nombor - SATU” (Attention by number- ONE) Kaki kiri diangkat sehingga paha selari dengan tanah. Kaki diarahkan ke bawah dengan kaki jari terletak tegak di bawah lutut. Pada masa yang sama, tangan akan digerakkan ke tepi badan melalui jalan yang paling dekat dan hujung jari tangan dikatupkan. Badan sekarang terletak pada posisi sedia kecuali kaki kiri. (ii) “Skuad - DUA” (Squad - TWO) Letakkan kaki kiri ke atas tanah, jari kaki dan tumit akan mencapai tanah pada masa yang sama untuk melengkapkan posisi sedia. 5.2 Dalam masa cepat “Skuad - SEDIA” (Squad Attention) Kedua-dua pergerakan di atas dilakukan pada masa cepat tanpa perhentian sementara di antaranya. Rehatkan-DIRI (hadapan) Rehatkan-DIRI (belakang)
19 Kesalahan Biasa: (a) membengkokkan tangan (b) tangan tidak digerakkan pada jalan yang paling pendek maka ia digerakkan seperti berkibaran. (c) membengkokkan badan semasa bergerak (d) mengangkat kaki yang salah. (e) menendang ke belakang semasa kaki kiri diangkat. (f) kegagalan mengangkat kaki kiri ke paras yang betul. 6. Senang Diri daripada Sedia “Senang - DIRI” (Stand at - EASE) 6.1 Pergerakan ini adalah sama dengan Senang diri ke Sedia, tetapi kali ini kaki kiri diangkat ke paras di mana paha selari dengan tanah dan kemudian dipisahkan apabila kaki kiri mencapai tanah dengan jarak 30cm dipisahkan daripada kaki kanan. Sementara pada masa yang sama kedua-dua belah tangan digerakkan pada jalan yang terdekat lalu ke belakang atas tali pinggang. Kesalahan Biasa : (a) seperti juga dengan “Sedia daripada Senang Diri” (b) Kaki tidak terletak pada jarak dan sudut yang betul. (c) pergerakan tangan tidak dilakukan dengan cepat dan kemas. 7. Rehatkan Diri daripada Senang Diri “Rehatkan - DIRI” (Stand - EASY) 7.1 Gerakkan kedua-dua belah tangan ke atas tali pinggang, seterusnya membengkokkan siku pada pengiraan masa yang ke-4 contohnya SATU, DUA, TIGA EMPAT (REHAT) Kesalahan Biasa : (a) tidak mengerakkan tangan dengan cepat dan kemas. (b) pergerakkan anggota badan yang lain. NOTA: Arahan ini bermaksud ia dibenarkan oleh pelatih atau komander untuk berehat, dan ini akan menyebabkan berkemungkinan kelalaian. Ini tidak semestinya berlaku, kerana arahan tersebut seperti juga dengan arahan yang lain mestilah diberikan dengan betul dan kemas. PENYEDIAAN PEMBARISAN Sebelum bermulanya pergerakan, skuad akan ditubuhkan kepada 3 susunan barisan, senang diri dan berhadapan ke arah di mana skuad itu ditubuhkan untuk pembarisan. Orang yang di sebelah kanan di bahagian barisan susunan hadapan bertanggungjawab sebagai penanda. “Tanda- Penanda” (Marker) Skuad akan berada pada posisi “Senang Diri” pada hukuman ‘Penanda’. Pada arahan ‘Penanda’, penanda di sebelah kanan akan bersedia, berjalan ke 15 langkah ke hadapan, berhenti dan ke posisi senang diri.
20 “Masuk-BARIS” (Get on - PARADE) Skuad dan penanda, bergerak ke posisi sedia. Skuad kemudian berjalan 15 langkah ke hadapan, henti, dan pandang ke kanan untuk berbaris. Semua pergerakan akan dilakukan dengan perhentian sementara di antara pergerakan di atas. Selepas barisan diluruskan, mereka akan memusingkan kepala ke hadapan dan berdiri pada posisi senang diri satu persatu bermula daripada kanan ke orang yang terakhir di sebelah kiri. Ruang di antara satu sama lain mestilah pada jarak satu lengan (dengan tangan terkatup) dan jarak di antara susunan barisan juga haruslah pada jarak satu lengan atau 30 inci (diukur daripada tumit susunan ke tumit susunan barisan yang lain). NOTA: Jikalau ruang tidak mencukupi untuk skuad berjalan 15 langkah, langkah tersebut bolehlah dikurangkan. 1. PEMBARISAN DAN MENUTUP 1.1 Ke kanan lurus (Dengan Nombor) “Lurus dengan nombor, kekanan lurus - SATU” (i) Orang yang di sebelah kanan sekali di setiap susunan barisan tidak bergerak. Manakala yang lain akan memandang ke kanan. Pada masa yang sama, susunan barisan hadapan (kecuali penanda) mengangkat tangan mereka, dengan jari tangan terkatup dan tangan belakang terletak ke atas. Lengan haruslah mendatar dan buku jari mencapai bahu orang yang disebelah kanan. Lurus, Ke Kanan – LURUS Lurus, Separuh Ke Kanan – LURUS (ii) Orang yang di sebelah kanan sekali pada susunan barisan tengah dan belakang mengangkat lengan mereka dengan cara yang sama tetapi ke hadapan, buku jari hampir mencapai bahu orang yang di depan. 1.2 “Skuad - DUA” (i) Orang yang di sebelah kanan sekali pada susunan barisan hadapan tidak bergerak. Yang lain akan mengangkat kaki kiri mereka sehingga paha selari dengan tanah dan selepas itu kaki kiri menhentak ke tanah dan diikuti oleh kaki kanan dengan cara yang sama. Kemudian mengambil barisan lurus dengan langkah pendek yang cepat.
21 (ii) Seseorang adalah dalam satu barisan yang lurus dengan yang lain jikalau ia sebaris dengan orang yang di hadapan. Ini dipanggil “Menutup” dan ia dilakukan dengan memandang sepintas lalu, melalui tepi matanya, ke hadapan semasa sedang berbaris. NOTA: Jikalau berbaris pada arah kiri, kaki kanan akan diangkat dahulu diikuti oleh kaki kiri dengan cara yang sama. Kemudian betulkan barisan dengan langkah pendek yang cepat. Pangilan Masa: ‘SATU DUA TIGA SATU DUA’ HENTI Kesalahan Biasa (a) Badan tidak tegak dan menjenguk ke hadapan (b) Lengan menbengkok dan tidak mendatar, tidak sebaris dengan badan. (c) Mengocok (shuffling) dan pergerakan yang tidak memerlukan. 1.3 “Pandang - DEPAN” (I) Pusing kepala ke hadapan dengan kemas dan cepat dan pada masa yang sama turunkan lengan ke tepi badan. Kesalahan biasa (a) Memusingkan kepala dan menurunkan lengan dengan perlahan. (b) Menampar ke tepi paha apabila menurunkan lengan. 1.4 Menganggar Masa (i) Pergerakan 1 & 2 dilakukan dengan perhentian sementara yang betul di antara kata-kata arahan. “Ke kanan - LURUS” (ii) Pergerakan 3 hanya digunakan pada hukuman yang kedua: 1.5 “Pandang - DEPAN” NOTA: Jikalau sebelum perlaksanaan “Berbaris”, ruang di antara pelajar-pelajar adalah kurang daripada jarak satu lengan, orang yang berbaris di susunan barisan hadapan akan mengangkat lengan ke belakang badan orang yang di sebelah kanannya dan kemudian membetulkan ruang pada pergerakan yang kedua. Lengan harus tidak bengkok pada setiap masa apabila pergerakan berbaris dilaksanakan. Skuad mungkin akan berbaris pada ruang separuh lengan jikalau ruang tidak mengizinkan perlaksanaan jarak sepenuh lengan, di mana orang yang berbaris di susunan barisan hadapan akan membengkokkan lengan mereka di siku, dan meletakkan buku lima mereka di pangkal paha dan berbaris seperti biasa. Lengan yang dibengkokkan haruslah selari dengan badan dan siku hampir mencapai lengan orang yang di sebelah. Berbaris juga boleh dilakukan di sebelah kiri dan tengah, tetapi lengan kanan akan dinaikkan dan kepala berpusing ke kanan atau ke kiri. Selain daripada memberi hukuman “Pandang- kehadapan”, setiap orang dalam barisan juga boleh memusing kepala mereka sendiri ke hadapan mengikut turutan daripada sisi di mana squad tersebut berbaris.
22 2. BERPUSING DAN BERPUSING SEPARUH 2.1 Pusing ke kanan dengan nombor : “Berpusing dengan nombor, kekanan pusing - SATU” Pusing ke kanan, melalui sudut 90 darjah di sebelah tumit kanan dan hujung kaki kiri, lutut haruslah lurus dan berat badan bercondong ke kaki kanan. Badan berada pada posisi lurus dan lengan pada tepi seperti pada posisi sedia. Tapak kaki kanan seharusnya mendatar di atas tanah dan tumit kaki kiri dinaikkan sedikit dan kaki kiri terletak di belakang kaki kanan. Kesalahan Biasa: (a) Badan tidak lurus dan mengarah ke arah yang lain. (b) Berat badan tidak terletak pada kaki kanan. (c) menghayun lengan Ke Kanan - PUSING (d) Kaki kanan tidak terletak pada posisi yang sesuai semasa kaki kiri dihentak dan dirapatkan lalu sudut yang dibentukkan kurang daripada 30 darjah. (e) Badan tidak stabil semasa memusing ke sisi. 2.2 “Skuad - DUA” Kaki kiri dinaikkan sehingga paha selari dengan tanah dan kaki kiri seterusnya dihentak ke tanah supaya posisi sedia dikekalkan pada arah yang baru. Kesalahan Biasa : (a) Badan dibengkokkan semasa memusing (b) Tidak menaikkan kaki kiri cukup tinggi (c) Tapak kaki tidak terletak di posisi yang betul. (d) Pusingan kurang daripada 90 darjah. 2.3 Menganggarkan Masa “Ke kanan - PUSING Kedua-dua pergerakan dilakukan bersama dengan perhentian sementara yang betul di antara kata arahan. 2.4 “Ke kiri - PUSING” Pergerakan adalah sama seperti ke kanan pusing yang telah diterangkan di atas, kecuali sebaliknya, kali 90 darjah ke kiri pada tumit kiri dan jari kaki kanan, dan hentak dengan kaki kanan.
23 2.5 “Ke belakang - PUSING” Pusing seperti “Ke kanan pusing” mengikut arah jarum jam, tetapi kali ini pada sudut 180 darjah. Perhentian sementara diantara pergerakan kekal sama seperti pergerakan pusing yang lain. Kesalahan Biasa : (a) Berpusing ke arah lawan jarum jam. (b) Badan tidak lurus semasa memusing (c) Tidak stabil semasa memusing (d) Kaki kiri tidak diangkat sehingga paha selari dengan tanah. Ke Belakang – PUSING 2.6 “Separuh ke kanan/kiri - PUSING” Berpusing ke sudut 45 darjah sama seperti dengan cara Ke kanan pusing atau ke kiri pusing. NOTA: Sebelum mencuba “ke belakang pusing” dan “separuh pusing” dengan menganggar masa, skuad tersebut haruslah dilatih dengan menggunakan nombor dahulu seperti mana yang berlaku dengan “ke kanan pusing”. Di dalam kes susunan barisan tengah dan belakang, posisi barisan “separuh ke kanan pusing” adalah berkeadaan seperti berikut: (i) Bahu kanan setiap orang adalah terletak di belakang tengah orang yang di belakang yang pada mulanya adalah orang yang terletak di sebelah kanannya. (ii) Sementara Bahu kiri setiap orang adalah terletak di tengah belakang orang yang pada mulanya terletak di hadapan. 2.7 “Keluar - BARIS” Skuad akan berpusing ke kanan dan berjalan sebanyak 3 langkah, dan keluar baris. Pergerakan -pergerakan (tiga pergerakan dalam kes ini: berpusing, hentak dan berjalan) dilakukan dengan perhentian sementara yang betul di antara pergerakan keluar baris. NOTA: Arahan ini menunjukkan berakhirnya pembarisan dan bukan berakhirnya perhimpunan kompeni. Skuad tidak seharusnya meninggalkan tempat perhimpunan dan seharusnya menunggu hukuman yang seterusnya.
24 2.8 “Hentak kaki cepat - Hentak” (i) Daripada posisi sedia, angkat kaki kiri sehingga paha selari dengan tanah, hujung kaki mengarah ke bawah tanah dengan jari kaki terletak di bawah lutut. (ii) Kemudian turunkan kaki ke tanah, jari kaki dahulu tanpa menghentak, dan angkat kaki kanan dengan cara yang sama seperti dengan kaki kiri yang telah diterangkan di atas. (iii) Terus hentak kaki tanpa menghayun tangan atau mengerakkan anggota badan yang lain. (iv) Apabila skuad tersebut dihentikan, posisi asal seharusnya tidak berubah. Kesalahan Biasa: (a) Badan tidak tegak dan stabil. (b) Menghentak (c) Bergerak ke hadapan dan kebelakang semasa berhentak. (d) Hentak masa bertambah cepat. (e) Melihat ke bawah. 2.9 “Hentak kaki perlahan - HENTAK” Sama seperti dengan hentak kaki dalam masa cepat tetapi dilakukan dalam masa perlahan. 2.10 “Hentak kaki berlari - HENTAK” Sama seperti dengan hentak kaki dalam masa cepat tetapi dilakukan dalam masa yang lebih cepat. Kedua-dua belah tangan diletakkan di hadapan dada seperti dengan kawat cepat. 2.11 “Skuad - BERHENTI” Diberikan sebaik sahaja kaki kanan hentak ke tanah. Berhenti selepas langkah awasan pada kaki kiri turun ke tanah, di mana kaki kanan dinaikkan dan seterusnya dihentak ke tanah dan balik ke posisi sedia yang asal. Masa: HENTI CHECK HENTI kanan kiri kanan Menukar langkah hentak semasa hentak kaki Lakukan dua kali hentak pada kaki yang sama dan seterusnya balik ke hentak yang asal. NOTA: Apabila memberi hukuman “MAJU”, hukuman untuk sisi yang bertanggugjawab akan arah mestilah diberikan, iaitu: “MAJU............dari kanan” Untuk masa berganda dua (Double time), prosedur adalah sama. Kedua-dua belah tangan diletakkan di depan dada.
25 “Masa Hentak” membolehkan skuad kekal di tempat yang sama tanpa berhenti dan tidak seharusnya digunakan sebagai hukuman untuk skuad. 2.12 Melangkah ke tepi, hadapan dan belakang Pergerakan ini membolehkan skuad bergerak 8 langkah maksimun ke tepi, hadapan dan belakang tanpa berkawat. Ke Tepi: “ langkah ke sebelah kanan - GERAK” Angkat kaki kanan sehingga paha selari dengan tanah dan hentak ke bawah 12 inci ke kanan dan diikuti dengan kaki kiri dinaikkan seperti kaki kanan tadi. Seterusnya kaki kiri dihentak ke bawah dan dirapatkan di sebelah kaki kanan sekali lagi, masih pada sudut 30 darjah. Pergerakan ini diulang bergantung kepada bilangan langkah yang diberikan oleh komander. Ulang sebanyak mana yang diarahkan. Masa: SATU DUA DUA TIGA SATU DUA kanan kiri (henti) (henti) kanan kiri Untuk bergerak ke kiri, prosedur yang sama juga digunakan, tetapi kali ini kaki kiri akan dibawa ke kiri dan kaki kanan dirapatkan kemudian. 22 Ke hadapan atau ke belakang “ langkah ke hadapan/belakang - GERAK” Ambil langkah yang diperlukan ke hadapan (atau belakang) tanpa menghayun kedua-dua belah lengan, setiap langkah adalah 30 inci. Kemudian lakukan seperti yang berikut: (i) Untuk langkah nombor ganjil : Habiskan bilangan langkah yang diberikan. Kemudian angkat kaki kanan dan hentak ke posisi sedia. (ii) Untuk langkah nombor genap : Angkat kaki kiri dan hentak ke posisi sedia. Kesalahan Biasa : (a) Melihat ke bawah (b) Badan tidak tegak. (c) Menghayun lengan (d) Tidak menangkat kaki sehingga paha selari dengan tanah sebelum menghentak. NOTA: Jarak langkah mungkin akan dipendekkan kalau perlu. Jikalau hanya satu langkah hadapan, ia haruslah 15 inci dengan menaikkan kaki kiri sehingga paha selari dengan tanah dan menghentak ke bawah dan 15 inci ke hadapan diikuti dengan kaki kanan dengan cara yang sama seperti kaki kiri tadi untuk balik ke posisi asal iaitu sedia.
26 3. BERKAWAT DAN BERHENTI 3.1 “Cepat - JALAN” (i) Bermula dengan kaki kiri, ambil langkah ke hadapan pada jarak 27 inci (daripada tumit ke tumit), membengkokkan sedikit lutut kiri supaya membolehkan kaki tersebut beredar daripada tanah. Pada masa yang sama, hayun lengan kanan ke hadapan sehingga ia selari dengan tanah, ibu jari ke atas, dan lengan kiri dihayun seberapa belakang yang boleh, tanpa membengkokan siku dan pengelangan tangan.Kuatkan lutut kanan. Kaki kiri diturunkan ke tanah dengan tumit mencapai tanah dahulu. (ii) Dengan serta-merta bawa kaki kanan ke hadapandengan cara yang sama, kali ini hayun lengan kiri ke hadapan dan lengan kanan kebelakang. Teruskan dengan kaki kiri sekali lagi, kemudian kanan, dan seterusnya. Kesalahan Biasa : (a) Badan tidak tegak (b) Lengan bengkok di siku dan pergelangan tangan. (c) Tidak menghayun lengan dengan tegak ke hadapan dan belakang. (d) Melihat ke bawah semasa berkawat. (e) Tidak menurunkan tumit kaki dahalu ke tanah. (berjalan dengan menyeret kaki) NOTA: Jarak 27 inci munking dikurangkan kepada 23 atau 24 inci semasa berkawat untuk ahli-ahli yang lebih muda. Semasa melatih rekrut, adalah dinasihatkan setiap pergerakan diajar berperingkat-peringkat, dengan memanggil “KIRI”, kemudian “KANAN”, kemudian “KIRI” berkali-kali, dll dan periksa setiap kali pergerakan mereka. Dengan nombor - “Berjalan dengan nombor, cepat jalan - SATU” “Skuad - DUA” 3.2 Berhenti pada masa cepat “Skuad - BERHENTI” Dengan nombor - “Berhenti dengan nombor, Berhenti - SATU” “Skuad - DUA” “Skuad - TIGA” Hukuman diberikan apabila kaki kiri mencapai tanah. Untuk langkah yang seterusnya, bertindaklah seperti yang berikut: KANAN- Ambil langkah awasan 27 inci dengan kaki kanan, tumit kiri dinaikkan sedikit, hayun kedua-dua belah tangan.
27 KIRI - Ambil separuh langkah (15 inci) dengan kaki kiri, beredar daripada tanah dan masih hayun kedua-dua belah tangan. KANAN- Henti dengan menaikkan kaki kiri dan diikuti dengan kaki kanan sehingga paha selari dengan tanah dan hentak ke posisi sedia, pada masa yang sama bawa kedua-dua lengan ke tepi. Pergerakan di atas bolehlah dilakukan dengan nombor. Dalam masa cepat, ia dilakukan pada 116-120 langkah seminit. Kesalahan Biasa: (a) Tidak menghayun kedua-dua lengan ke paras yang betul. (b) Tidak menaikkan kaki kanan dengan cukup tinggi. (c) Langkah terakhir dengan kaki kanan tidak dilakukan dengan masa yang betul. (d) Membengkokkan badan semasa berhenti. (e) Berat badan tidak seimbang pada kedua-dua kaki pada pergerakan akhir. 3.3 Berkawat pada masa perlahan “Perlahan - JALAN” (i) Kaki kiri dibawa ke hadapan sekurang-kurangnya setengah langkah pada sudut yang sama seperti pada posisi sedia, jari kaki mengarah ke bawah dan di atas tanah. (ii) Langkah penuh 27 inci dilengkapkan dengan kaki diturunkan ke tanah, tumit dahulu, pada langkah jarak yang betul. Berat badan sekarang bercondong ke kaki kiri. Lutut kanan dibengkokkan dan tumit dinaikkan sedikit daripada atas tanah. (iii) Kaki kanan kemudiannya di bawa ke hadapan dengan cara yang sama. Proses ini berterusan dengan kanan, kemudian kiri, dan seterusnya. Lengan tidak dihayun dan diletakkan di tepi badan seperti pada posisi sedia. Kesalahan Biasa: (a) Melihat ke bawa (b) Menyandar ke belakang (c) Jari kaki mencapai tanah dahulu. (d) Kaki menyeret tanah. 3.4 Berhenti dalam masa perlahan “Skuad - BERHENTI” Dengan nombor - “Berhenti dengan nombor, berhenti - SATU” “Skuad - DUA” Hukuman diberikan sebaik sahaja kaki kanan mencapai tanah dan pergerakan yang seterusnya adalah sama seperti dalam masa cepat, dengan mengangkat kaki kiri sehingga paha selari dengan tanah (dalam masa perlahan) dan hentak ke bawah dalam masa cepat diikuti dengan kaki kanan untuk ke posisi sedia. contohnya : SATU DUA (KIRI KANAN)
28 Kesalahan Biasa: (a) Sama seperti “Berhenti dalam masa cepat” (b) Tidak berhenti seperti dalam masa cepat. 3.5 Berjalan dan Berhenti dalam Masa Berganda (180 langkah seminit) “Cepat - LARI” (i) Letakkan kedua-dua belah tangandi hadapan dada, katup tangan dengan ibu jari mengarah ke atas, membengkokkan siku, dan lari, bermula dengan kaki kiri sambil mengambil langkah yang besar sepanjang 40 inci. (ii) Berhenti adalah sama dengan henti masa cepat dan perlahan dengan lengan diturunkan ke tepi badan dengan serta-merta. 3.6 Berjalan daripada Hentak kaki masa cepat. “Maju” Hukuman diberikan sebaik sahaja kaki kiri mencapai tanah. Hentak dengan kaki kanan dengan bahagian belakang kaki kanan (right foot instep) terletak di tepi belakang tumit kaki kiri. Ambil satu langkah ke hadapan dengan kaki kiri dan terus berjalan sambil menghayun lengan. 3.7 Hentak kaki daripada Berjalan masa cepat “Hentak kaki - HENTAK” Hukuman diberikan sebaik sahaja kaki kanan mencapai ke tanah. Ambil satu langkah awasan dengan kaki kiri. Ambil satu lagi langkah dengan kaki kanan 6 inci ke hadapan kaki kiri. Pada masa yang sama, turunkan kedua-dua lengan dengan kemas ke tepi badan. Masa: “CHECK” “MASUK” KIRI” “KANAN” “KIRI” 3.8 Berjalan lalu daripada Hentak kaki masa perlahan Sama seperti dengan masa cepat, kecuali perlahan jalan lengan adalah tidak perlu dihayun. 3.9 Hentak kaki daripada Perlahan jalan Sama seperti masa cepat tetapi kali ini kaki kanan dibawa ke tepi kaki kiri (bukan 6 inci ke hadapan seperti dalam masa cepat) dan hentak kaki terus dilaksanakan seterusnya. 3.10 Perlahan jalan daripada Cepat jalan. “Tukar langkah Jalan perlahan - PERLAHAN - JALAN” Hukuman diberikan sebaik sahaja kaki kiri mencapai tanah. (i) Ambil satu langkah awasan dengan kaki kanan. (ii) Kemudian angkat kaki kiri dan hentak ke bawah 6 inci ke hadapan kaki kanan diikuti dengan kaki kanan diangkat dan dihentak ke bawah sebaris dengan kaki kiri. Pada masa yang sama bawa keduadua lengan ke tepi badan. 1 & 2 dilakukan pada masa cepat. (iii) Mula berjalan dalam masa perlahan dengan langkah yang seterusnya contohnya kiri.
29 Timing: Dua-Tiga (1) Kiri, Dua-Tiga (1) (1) Kanan, DuaTiga (1) (1) Kiri, Dua-Tiga (1) (1) Footing: Left foot out Right foot out Left foot out Right foot out Movement: 3.11 Cepat jalan daripada perlahan jalan. “Tukar langkah jalan cepat - CEPAT - JALAN” Hukuman diberikan sebaik sahaja kaki kanan mencapai tanah. Ambil satu langkah awasan dengan kaki kiri pada masa cepat, seterusnya kedua-dua lengan mula dihayun. 3.12 Masa berganda daripada masa cepat “Tukar langkah cepat, CEPAT - LARI” Hukuman diberikan sebaik sahaja kaki kanan mencapai tanah. Kemudian ambil satu langkah 40 inci sambil membengkokkan lutut. Pada masa yang sama, angkat kedua-dua belah tangan ke dada seperti dalam masa lari. 3.13 Masa cepat daripada masa berganda “Tukar langkah jalan cepat - JALAN” Hukuman diberikan sebaik sahaja kaki kanan mencapai tanah. Ambil dua lagi langkah dalam masa berganda. Pada langkah yang kedua, bawa kedua-dua lengan ke tepi badan. Mula berjalan dalam masa cepat dengan langkah yang seterusnya, contohnya kiri dengan kedua-dua lengan mula dihayun semula. NOTA: Skuad tidak seharusnya diarahkan untuk melakukan masa berganda daripada masa perlahan, atau sebaliknya. 4. TUKAR LANGKAH “Tukar langkah” membolehkan skuad atau seseorang membetulkan langkahnya yang salah. 4.1 Dalam Masa Cepat. “Tukar langkah masa berjalan - TUKAR LANGKAH” Hukuman diberikan sebaik sahaja kaki kanan mencapai tanah. (i) Angkat kaki kiri dan hentak ke bawah 6 inci ke hadapan kaki kanan, kedua-dua lengan masih dihayun. (ii) Angkat kaki kanan sehingga paha selari dengan tanah dan hentak kaki kanan ke sebelah tumit kaki kiri. Kembalikan kedua-dua lengan ke tepi badan. Dengan serta- merta ambil langkah sepenuhnya dengan kaki kiri ke hadapan sekali lagi dan menghayun kedua-dua lengan. (iii) Teruskan berjalan ke hadapan. NOTA: Tukar langkah boleh dilakukan 3 kali berturut-turut. MASA: “CHECK UP” Kiri kanan
30 Kesalahan Biasa : (a) Tidak mengembalikan kedua-dua lengan ke tepi badan. (Rujuk ke No. 2) 4.2 Dalam Masa Perlahan Hukuman diberikan sebaik sahaja kaki kanan mencapai ke tanah dan kaedah menukar langkah adalah sama seperti masa cepat, dengan mengangkat kaki kiri sehingga paha selari dengan tanah dan menghentak ke bawah dalam masa cepat diikuti dengan kaki kanan dan kemudian terus berjalan dalam masa perlahan. Kedua-dua lengan tidak seharusnya dihayun. NOTA: MASA : “KIRI KANAN” Kesalahan Biasa: (a) Tidak menghentak ke bawah dengan kaki kiri dan kanan dan menolak keluar kaki k iri pada jarak penuh seperti dalam masa cepat. 5. BERPUSING DAN SEPARUH PUSING SEMASA BERJALAN 5.1 Berpusing ke kiri “Ke kiri - PUSING” Hukuman diberikan sebaik sahaja kaki kanan mencapai tanah. (i) Ambil satu langkah awasan dengan kaki kiri. (ii) Angkat kaki kanan sehingga paha selari dengan tanah dan hentak kaki kanan ke tanah pada arah yang baru. Pada masa yang sama, bawa kedua-dua lengan ke tepi badan dan pusing seluruh badan pada sudut 90 darjah ke kiri. (iii) Ambil satu langkah ke hadapan dengan kaki kiri pada arah yang baru sambil menghayun kedua-dua lengan sekali lagi. Pergerakan : (i), (ii) dan (iii) adalah dilakukan pada satu langkah masa. NOTA: Dalam MASA PERLAHAN, menghentak kaki dan menghayun lengan adalah tidak dibenarkan. 5.2 Berpusing ke kanan. “Kekanan - PUSING” Hukuman diberikan pada kaki kiri mencapai tanah. Yang lain adalah sama seperti ke kiri pusing, kecuali ia dilakukan bertentangan: (i) Ambil langkah awasan dengan kaki kanan. (ii) Hentak dengan kaki kiri. (iii) Berjalan lalu, bermula dengan kaki kanan.
31 5.3 Ke belakang pusing. “Ke belakang - PUSING” Hukuman diberikan sebaik sahaja kaki kanan mencapai tanah. (i) Ambil langkah awasan dengan kaki kiri. (ii) Ambil satu langkah lagi dengan kaki kanan dengan cara membawa kaki kanan tersebut ke tumit kaki kiri. Kembalikan kedua-dua lengan ke tepi badan. (iii) Pusing badan ke penjuru kanan. Pada masa yang sama, angkat kaki kiri sehingga paha selari dengan tanah dan hentak kaki ke bawah pada arah 90 darjah ke kanan. (iv) Pusing badan sebanyak 90 darjah lagi ke kanan; angkat kaki kanan dan hentak ke bawah supaya kaki kanan belakang (instep) terletak di belakang tumit kaki kiri. (v) Angkat kaki kiri dan hentak pada posisi sedia supaya kaki belakang adalah di belakang tumit kaki kanan. (vi) Keluarkan kaki kanan dengan kemas dan tajam sambil menghayun kedua-dua lengan dan mula berjalan. Semasa panggilan masa, setiap pergerakan dari 3.1 hingga 3.6 adalah dilakukan dalam satu langkah masa: Timing: CHECK IN SATU (1) DUA (2) TIGA (3) MAJU Footing: Left Right Left Right Left Right Movements: NOTA: Dalam MASA PERLAHAN, arahan diberikan sebaik sahaja kaki kanan mencapai tanah kemudian mengangkat dan menghentak kaki dalam masa cepat di antara penghentian sementara (pauses) yang betul seperti: Timing: “ – PUSING” SATU - DIAM DUA - DIAM TIGA - DIAM Footing: Right Left Right Left Movements: with right foot out Berjalan lalu dengan kaki kanan dalam masa perlahan. Lengan tidak harus dihayun.
32 5.4 Separuh ke kanan dan kiri pusing. “Berjalan menyerong, Separuh ke kanan/kiri - PUSING” Kaedah ini adalah sama seperti berpusing ke kanan dengan sepenuhnya kecuali skuad kali ini berpusing melalui sudut 45 darjah. 5.5 Menukar haluan semasa Skuad berkolum tiga (Squad in Column of threes) “Ke kanan - BELOK” Hukuman boleh diberikan pada langkah kiri atau kanan. Setiap barisan (file), atau susunan barisan (rank), akan membelok berturut-turut mengikut titik yang sama. Orang yang di dalam akan membelok melalui 90 darjah pada suku bulatan berjejari 24 inci. Ia mesti memendekkan langkahnya (tetapi tidak mengurangkan masa berjalannya) dan orang yang di luar memanjang -kan langkahnya supaya barisan akan dapat dikekalkan. Lengan mestilah dihayun seperti biasa kecuali dalam masa perlahan dan masa berganda. Kesalahan Biasa: (a) Tidak membelok pada titik yang sama. (b) Sisi dalam tidak menghayun lengan dengan sepenuhnya. (c) Memusing kepala ke sisi untuk mendapatkan barisan NOTA: (i) Jikalau skuad berhenti sebelum pergerakan membelok selesai, orang yang belum mem- (ii) belok akan dengan serta-merta menutup mereka yang membelok. (iii) Untuk membelok lebih daripada 90 darjah, hukuman membelok akan diulangi. (iv) Untuk membeolk kurang daripada 90 darjah, hukuman ‘MAJU” akan diberikan. Semasa membelok ke sisi luar, iaitu bertentangan dengan sisi kanan (directing flank), arahan “Dari Kanan” atau “Dari kiri” akan mendahului kata-kata hukuman yang diberikan “Tukar haluan ke kanan/kiri”. MEMBELOK “Dari kanan – Tukar haluan ke kanan, ke kanan BELOK”
33 PROSES PEMBENTUKAN “Dari kanan - Tukar haluan ke kanan dan berhenti - TUKAR” Sebelum Pergerakan ♦ ∇ ∇ ∇ ∇ ∇ Semasa Pergerakan Selepas Pergerakan < < < < < <
34 BAB 5 Kawat Asas 2 1. KAWAT SKUAD 1.1 Masuk Baris Sebelum Selepas 1.1.1 Mengatur Terdapat 2 cara untuk mengatur squad yang bersusunan 3 baris: (i) Yang tinggi sekali di kanan, rendah sekali di tengah (a) SKUAD Skuad akan berdiri dalam posisi Senang Diri. (b) TANDA PENANDA Orang yang paling tinggi di sebelah kanan sekali akan berdiri dalam keadaan sedia dan selepas mengira 2 langkah masa cepat perhentian sementara, ia terus berjalan keluar dan berhenti pada 2 langkah di hadapan Komander. (c) YANG TINGGI KE KANAN, RENDAH KE KIRI, DALAM SATU BARISAN PARAS Orang lain dalam skuad bersedia, dan selepas mengira 2 langkah masa cepat perhentian sementara, akan terus berjalan 15 langkah ke arah penanda, dan seterusnya mengatur mengikut saiz, dalam satu susunan barisan, yang tinggi ke kanan, rendah sekali di kiri. Berbaris di dalam formasi dekat (tidak beruangan) dari bahagian kanan dan posisi sedia dikekalkan. Selepas barisan diatur, semua orang kecuali yang paling kanan sekali akan pandang ke hadapan secara berturut-turutan bermula dengan orang yang kedua di sebelah kanan sehingga ke orang yang terakhir di sebelah kiri.
35 (d) SKUAD - NOMBOR Nombor akan dipanggil dengan kuat dan jelas pada masa dan nada yang sama dari kanan ke kiri, bemula dengan orang yang paling kanan sekali akan memanggil “SATU”, diikuti dengan “TIGA” dan seterusnya. Kepala dan mata kekal dan mengarah ke hadapan. Hukuman Alternatif DARI KANAN, BERDUA-BILANG Skuad akan memanggil dengan cara yang sama tetapi dalam berduaan contohnya “SATU”, “DUA”, “SATU”, “DUA”. Ini adalah lebih mudah dan cepat berbanding dengan yang di atas. NOTA: Jikalau ia salah dipanggil atau dikira, hukuman “SEMULA” diberikan, dan nombor akhir yang betul akan diberikan oleh komander. Orang yang mempunyai nombor tersebut akan memanggil nombornya semula lagi, dan nombor yang seterus nya akan diikuti. (e) NOMBOR GANJIL, SATU LANGKAH KE HADAPAN, NOMBOR GENAP SATU LANGKAH KE BELAKANG-GERAK Nombor ganjil mengambil satu langkah ke hadapang dan nombor genap akan mengambil satu langkah ke belakang. (f) ORANG YANG DI SEBELAH KANAN SEKALI DIAM, NOMBOR GANJIL KE KANAN, NOMBOR GENAP KE KIRI, BARISAN, KANAN DAN KIRI - PUSING. Nombor ganjil, kecuali nombor 1, pusing ke kanan, nombor genap pusing ke kiri. (g) JADIKAN TIGA BARISAN, CEPAT - JALAN. Semua orang, kecuali nombor 1 berjalan, orang yang bernombor genap akan membelok 180 darjah sambil mengikuti nombor ganjil orang yang di belakang sekali. Nombor 3 berhenti satu langkah di belakang nombor 1, nombor 5 satu langkah di belakang nombor 3, nombor 7 berhenti di sebelah kiri nombor 1, nombor 9 satu langkah di belakang nombor 7 dan seterusnya. Semasa setiap orang masuk ke posisinya, ia akan berhenti dan ber- hadapan di sisi kanan, berhenti sebentar dan pusing ke hadapan. Barisan yang kosong selalu di barisan yang kedua dari sebelah kiri. (h) LURUS, KE KANAN - LURUS Orang yang di sebelah kanan pada barisan susunan tengah dan belakang akan mengangkat tangan kanan ke hadapan, dengan tangan terkatup, dan mengatur penutupan (covering) dan jarak dan buku lima mereka hampir mengena bahu pada orang yang di hadapan. Pada masa yang sama, semua kecuali orang yang di sebelah barisan kanan akan memusing kepala mereka ke kanan: orang yang berada di barisan susunan hadapan mengangkat tangan mereka dengan mendatar, dan tangan terkatup dan lengan dinaikkan pada paras bahu. ATAU Ruang seterusnya diatur sehingga jari telunjuk dan jari ibu hampir mengena bahu kiri orang yang di sebelah kanan. Orang yang di barisan susunan tengah dan belakang akan menutup mereka masing-masing pada orang yang di bahagian barisan susunan hadapan.
36 Selepas barisan diatur, komander akan memberi hukuman “PANDANG DEPAN”. Semua kepala kecuali barisan pertama akan memusing kepala mereka ke hadapan bersama-sama. NOTA: Skuad boleh diatur di sebelah kiri, maka mereka mestilah memandang ke kiri, dan mengangkat lengan kiri mereka. Dalam masa berjalan dan masa hentak kaki, aturan dan menutup dibetulkan secara automatik tanpa diberi arahan dan tanpa lengan dinaikkan. Selepas hukuman “BERHENTI” diberi, barulah aturan dilakukan mengikut kata-kata arahan yang sesuai. (ii) Yang tinggi sekali di kanan, yang rendah sekali di kiri Pergerakan adalah sama dari (a) hingga (d). (a) ORANG YANG DI SEBELAH KANAN SEKALI DIAM, YANG LAIN KE KANAN-PUSING Orang yang lain kecuali penanda, pusing ke kanan dalam satu barisan tunggal. (b) JADIKAN TIGA BARISAN, CEPAT - JALAN Skuad akan bergerak dengan cara yang sama, tetapi kali ini, nombor 2 bergerak ke posisi di belakang nombor 1, nombor 3 di belakang nombor 2, nombor 4 di sebelah kiri nombor 1 dan seterusnya. Skuad sekarang ditubuhkan dalam 3 susunan barisan dengan orang yang lebih tinggi di bahagian kanan dan yang lebih rendah di sebelah kiri, bertentangan dengan kaedah yang pertama, di mana yang lebih orang yang lebih tinggi di sisi kanan dan luar dan yang lebih rendah terletak di tengah. 1.2 Membahagikan Skuad 1.2.1 Skuad yang besar boleh dibahagikan kepada dua bahagian. (a) DARI KANAN - BILANG Hanya orang yang di susunan barisan hadapan akan mengira bermula dari orang yang di sebelah kanan sekali. Orang yang di susunan barisan tengah dan belakang akan memastikan mereka ingatkan nombor yang telah dipanggil oleh orang yang di susunan barisan hadapan di barisan mereka. (b) NOMBOR ENAM Orang yang di sebelah kiri daripada bahagian kanan skuad akan di- panggil: (i) Apabila ia dipanggil, ia akan mengangkat lengan hadapan, sehingga ia selari dengan tanah, tanpa mengerakkan siku di sebelah tepi badannya. Jari-jari tangan kirinya diarah ke hadapan. (c) NOMBOR ENAM, KIRI DARIPADA SEBELAH KANAN SKUAD, YANG LAIN KIRI SKUAD Pada hukuman “SKUAD”, orang yang di sebelah kiri yang dipanggil tadi akan menurunkan tangannya kembali, mengatup tangannya semula. (d) Kiri skuad, enam langkah ke sebelah kiri – GERAK Kiri Skuad mengambil 6 langkah ke kiri, dengan mengangkat kaki kiri sehingga paha selari dengan lantai dan hentak 12 inci ke kiri, kemudian diikuti dengan cara yang sama sehingga langkat ke enam.
37 (e) Lurus ke dalam – LURUS. Pandang - DEPAN Perhatian: Kiri Skuad selalunya skuad yang kurang jikalau terdapat ruang kosong atau terdapat nombor ganjil pada satu baris.. Pergerakan yang lain akan dijelaskan di tajuk Kawat Kawalan Kehormatan Rasmi 1.3 Buka Barisan - Tutup Barisan 1.3.1 Skuad selalu diperiksa dalam formasi “Buka Baris”. Jarak di antara susunan barisan hadapan dan belakang ialah 180 inci. (a) BUKA BARISAN - GERAK Orang yang di bahagian susunan barisan hadapan akan mengambil dua langkah ke hadapan (2 x 30 inci = 60 inci) dan susunan di bela- kang juga mengambil dua langkah tetapi bermula dengan 15 inci pada kaki kiri tanpa membengkokkan lutut kiri dan pada langkah 30 inci pada kaki kanan dan 15 inci lagi ke belakang dengan kaki kiri selepas ia diangkat dan dihentak diikuti dengan menghentak kaki kanan. Pergerakkan di atas tidak memerlukan lengan dihayun. Orang yang di bahagian susunan barisan tengah diam. (b) TUTUP BARISAN - GERAK Pergerakan yang sebalik di atas pula dilakukan. Semua langkah ke hadapan atau ke belakang akan bermula dengan kaki kiri dahulu. Pada penghabisan, jarak di antara susunan barisan sekali lagi pada jarak satu lengan atau 30 inci. Masa: KIRI KANAN KIRI KANAN 15" 30" 15" Halt kaki kiri kaki kanan angkat kaki kiri angkat kaki kanan Kesalahan Biasa : (a) Perbuatan membengkokkan lutut kiri (b) melihat ke bawah atau ke tepi (c) menghayun kedua-dua lengan NOTA: Jikalau skuad hanya mempunyai dua susunan barisan, maka hanya bahagian susunan barisan belakang sahaja melaksana- kan arahan buka barisan dan tutup barisan.
38 1.4 Menukar haluan semasa skuad dalam satu barisan lurus. Dari Henti ke Henti (a) TUKAR HALUAN KE KANAN DAN BERHENTI -TUKAR Orang yang di sebelah kanan (penanda) pada susunan barisan hadapan akan pusing ke kanan. Sementara yang lain memusing separuh ke kanan kecuali orang yang di susunan barisan tengah dan belakang diam. (b) CEPAT - JALAN atau PERLAHAN - JALAN Orang yang di sebelah barisan kanan sekali (barisan pertama) akan: (i) Orang yang terletak di susunan barisan hadapan berjalan tiga langkah dan berhenti. (ii) Orang yang terletak di susunan barisan tengah akan berjalan masuk ke posisi pada satu langkah di belakang orang yang di susunan barisan hadapan. Semasa ia berjalan masuk, dua kali separuh kanan akan dila -kukan sehingga ia berhadapan dengan arah yang baru. (iii) Orang yang di susunan barisan belakang berjalan masuk ke posisi satu langkah di belakang orang yang di susunan barisan tengah. Orang yang lain di bahagian susunan barisan hadapan berjalan masuk ke posisi sebaris dengan Penanda pada ruang yang betul dengan mengambil jalan yang paling dekat. Orang yang lain dalam skuad berjalan masuk ke posisi pada jarak yang betul daripada susunan barisan hadapan dengan jalan yang paling dekat. Skuad akan berhenti dan berbaris ke kanan tanpa diberi arahan, tanpa menaik -kan lengan, dan memusing kepala ke hadapan berturut-turut bermula dengan di sebelah kanan. Menukar haluan ke kiri sama seperti di atas kecuali dilakukan pada sebaliknya, Penanda adalah orang yang di sebelah kiri pada baris yang pertama dan berbaris dilakukan pada bahagian kiri. NOTA: Pergerakan haruslah dilakukan pada masa perlahan dahulu. Dari Henti ke Bergerak (a) TUKAR HALUAN KE KANAN - TUKAR Skuad melakukan dengan cara yang sama seperti di atas kecuali skuad mesti hentak kaki pada penghujung pergerakan. Semasa hentak kaki, kepala akan mengarah ke kanan sehinggalah hukuman “MAJU” atau :BERHENTI” diberikan di mana mereka akan memusing kepala ke hadapan pada langkah awasan.
39 Dari Bergerak ke Berhenti dan Bergerak ke Bergerak Ke kanan (i) Arahan diberikan apabila kaki kiri mencapai tanah. (ii) Penanda akan memusing ke kanan dan berjalan tiga langkah ke hadapan. (iii) Orang yang lain pada susunan barisan hadapan akan berjalan ke arah separuh ke kanan dengan mengambil jalan yang paling dekat. (tidak perlu hentak untuk memusing) (iv) Susunan barisan yang lain juga berjalan dengan mengambil jalan yang paling dekat ke dalam posisi pada arah yang baru. (v) Jikalau hukuman “BERHENTI” dimasukkan, skuad akan berhenti pada penghujung pergerakan; jika tidak, skuad akan hentak kaki dan kepala memandang ke kanan. Ke kiri (i) Hukuman diberikan apabila kaki kanan mencapai tanah. (ii) Skuad bergerak seperti yang di atas kecuali pada arah yang sebaliknya. NOTA: Semasa menukar haluan ke sisi yang bertentangan dengan sisi kanan, hukuman “DARI KANAN” atau “DARI KIRI” akan diberikan sebelum kata-kata hukuman yang lain diberikan, di mana sisi kanan ditukar untuk sementara apabila skuad ditubuhkan pada arah yang baru. Semasa menukar haluan, baris pertama haruslah tidak boleh tanpa seseorang. Semasa keluar baris, jikalau skuad mempunyai barisan kosong (blank file), orang yang di bahagian susunan hadapan akan berjalan dua langkah ke bela -kang selepas ke belakang pusing. Semasa menukar haluan ke kanan, baris akan diatur dari sebelah kanan, apa -bila skuad menukar haluan ke kiri, baris akan diatur dari sebelah kiri. *The three (3) members of the right hand file
40 CONTOHNYA: “Dari Kanan. Tukar haluan Ke kanan, dan berhenti –TUKAR!” Before movement During movement After movement 1.5 Menubuhkan Skuad Pergerakan ini akan membolehkan skuad menukar formasi daripada kolum bertiga-tiga ke skuad dalam satu barisan tanpa menukarkan haluan. Dari Henti ke Henti (a) DAN BERHENTI, DI SEBELAH KANAN, JADIKAN - SKUAD (i) Orang yang di sebelah kanan pada barisan pertama diam - Pemimpin (ii) Yang lain separuh ke kanan pusing. (b) CEPAT - JALAN Pemimpin tersebut akan melakukan yang berikut: [Rujuk (a)] (i) ia akan berjalan tiga langkah ke hadapan. (ii) Orang yang di tengah akan berjalan ke belakang Pemimpin. (iii) Orang yang di sebelah kiri akan berjalan ke posisi di belakang orang yang di tengah. Yang lain berjalan dengan jalan yang paling dekat ke posisi di sebelah kanan Pemimpin. Skuad akan berhenti pada penghujung pergerakan, beratur dengan sendiri ke kiri tanpa menaikkan lengan, dan memusing kepala ke hadapan berturut-turut bermula dari kiri. Menubuhkan skuad di sebelah kiri juga dilakukan dengan cara yang sama seperti di atas kecuali pada arah yang sebaliknya di mana orang yang di sebelah kiri pada barisan pertama akan menjadi Pemimpin dan aturan dilakukan dari kanan. Dari Berhenti ke Bergerak (a) DI SEBELAH KANAN, JADIKAN - SKUAD Skuad akan bergerak seperti yang di atas, hentak kaki pada penghujung per
41 -gerakkan dan kepala mengarah ke kanan untuk aturan, sehingga arahan berjalan lalu atau berhenti diberikan kepala akan berpusing ke hadapan pada langkah awasan. Dari Bergerak ke Berhenti dan Bergerak ke Bergerak Ke kanan (i) Hukuman diberikan apabila kaki kiri mencapai tanah. (ii) Skuad, kecuali Pemimpin, berpusing separuh ke kanan. Pemimpin tersebut akan mengambil langkah yang sama seperti dengan yang lain, kemudian ber -jalan 3 langkah lagi. (Tidak menghentak semasa berjalan) (iii) Orang yang lain dalam skuad akan berjalan ke dalam posisi dengan jalan yang paling dekat, dan beratur dari sebelah kiri. (iv) Jika hukuman “BERHENTI” dimasukkan, skuad akan berhenti pada penghujung pergerakan; jika tidak skuad akan menghentak kaki. Ke kiri (i) Hukuman diberikan apabila kaki kanan mencapai tanah. (ii) Skuad kecuali Pemimpin akan berpusing separuh ke kiri dan melakukan seperti yang di atas. (iii) Aturan akan dilakukan dari sebelah kanan. CONTOHNYA: “Dan berhenti di sebelah kiri, jadikan – SKUAD” Before movement During movement After movement 1.6 Berkawat dalam Barisan Tunggal Jika skuad diperlukan berkawat melalui ruang yang sempit, skuad boleh dibahagikan kepada barisan untuk berjalan. Sebelum ini dilakukan, skuad haruslah dalam formasi kolum bertiga-tiga. Dari berhenti (a) BARISAN DEPAN CEPAT - JALAN Orang yang di bahagian susunan barisan hadapan akan berjalan dalam satu barisan tunggal.
42 (b) BARISAN TENGAH, CEPAT- JALAN Hukuman diberikan sebaik sahaja kaki kanan pada setiap orang di susunan barisan hadapan mencapai tanah. Susunan barisan tengah akan berjalan selangkah dengan susunan barisan hadapan, dan kemudian mengikuti orang yang di belakang sekali pada susunan barisan hadapan. (c) BARISAN BELAKANG, CEPAT - JALAN Hukuman diberikan seperti di (b). Susunan barisan belakang bergerak seperti yang di atas. Dari Bergerak (a) JADIKAN SATU BARISAN, BARISAN TENGAH DAN BELAKANG, HENTAK - KAKI Susunan barisan hadapan akan terus berjalan. Susunan barisan tengah dan belakang akan menghentak kaki. (b) BARISAN TENGAH - MAJU Susunan barisan tengah akan mengikuti orang yang di belakang sekali pada susunan barisan hadapan. (c) BARISAN BELAKANG - MAJU Susunan barisan belakang mengikuti orang yang di belakang sekali pada susunan barisan tengah. 1.7 Menubuhkan Semula (a) JADIKAN TIGA BARISAN KEPADA BARISAN HADAPAN DAN BERHENTI, BARISAN HADAPAN - BERHENTI Susunan barisan hadapan akan berhenti. Susunan barisan tengah dan belakang akan berjalan ke posisi masing-masing untuk menubuhkan tiga susunan barisan. (b) BARISAN TENGAH- BERHENTI BARISAN BELAKANG - BERHENTI Setiap hukuman diberikan pada masa yang betul supaya kedua-dua susunan barisan akan berhenti pada tempat yang sama. Jikalau skuad berhenti dalam barisan tunggal sebelum ia ditubuhkan semula, kaedah yang berikut akan dilaksanakn.: (a) JADIKAN TIGA BARISAN KEPADA BARISAN HADAPAN, BARISAN TENGAH DAN BELAKANG, CEPAT - JALAN Susunan barisan hadapan diam. Susunan barisan tengah dan belakang berjalan ke posisi mereka masing-masing. (b) BARISAN TENGAH - BERHENTI BARISAN BELAKANG - BERHENTI Hukuman diberikan pada masa yang betul supaya kedua-dua susunan barisan akan berhenti pada tempat mereka masing-masing. NOTA: Selain daripada berhenti, skuad boleh diarahkan menghentak kaki, dimana
43 hukuman “BERHENTI” digantikan dengan “HENTAK - KAKI”. Untuk kaedah yang pertama iaitu 1.7 (a), arahan “DAN BERHENTI” akan dimansuhkan. CONTOHNYA: Menubuh semula apabila barisan belakang memimpin satu barisan
44 BAB 6 MEMBERI HORMAT 1. Hormat ke hadapan 1.1 Dengan nombor (i) “Hormat dengan nombor - ke hadapan hormat - SATU” Angkat lengan hadapan sehingga ia selari dengan tanah; jari-jari ditegakkan dirapatkan, kekalkan anggota badan yang lain dalam posisi sedia. (ii) “Skuad - DUA” Naikkan lengan ke posisi hormat sehingga hujung jari telunjuk di hadapan hujung kanan buku kening dengan tapak tangan mengarah ke tanah. Kesalahan Biasa : (a) Perbuatan membengkokkan pengelangan tangan (b) Jari-jari tidak dirapatkan (c) Lengan kanan tidak sebaris dengan badan, contohnya membawa siku ke hadapan. (iii) “Skuad - TIGA” Turunkan siku ke bawah dengan lengan masih dibengkokkan dan ke tepi dan pada masa yang sama mengenggam buku lima. (iv) “Skuad - EMPAT” Balik ke posisi sedia dengan menurunkan lengan ke hadapan pada jalan yang dekat sekali. 1.2 Menggangar masa (i) “Hormat ke hadapan - HORMAT” Pergerakan (i) dan (ii) dilaksanakan dalam satu kira masa dan pergerakan (iii) selepas perhentian sementara yang betul: SATU DUA TIGA EMPAT SATU Hormat (naik) Henti Henti Henti Turun NOTA: Semasa mengajar rekrut, skuad haruslah dalam formasi “Buka Baris” dan separuh ke kanan atau ke kiri pusing.
45 2. Hormat semasa berkawat Ke kanan atau ke kiri “Hormat ke kanan - HORMAT” 2.1 Dengan nombor (i) “Hormat dengan nombor, ke kanan hormat - SATU” Hukuman diberikan sebaik sahaja kaki kiri mencapai tanah. Ambil satu langkah awasan dengan kaki kanan dan kemudian lakukan seperti yang berikut: KIRI Hormat dengan tangan kanan, pusing kepala ke kanan. Pada masa yang sama, bawa tangan kiri ke tepi badan. Bahu haruslah lurus ke hadapan dengan badan dan lengan kanan juga haruslah sebaris dengan badan . KANAN Terus berjalan dan hormat, dengan lengan kiri di tepi badan pada 2 & KIRI langkah yang seterusnya. KANAN Pusing kepala ke hadapan dan kembali lengan kanan ke tepi badan; lengan kiri masih di tepi badan juga. KIRI Terus berjalan dan mula menghayun kedua-dua lengan. NOTA: Latihan ini boleh diajar dengan menyuruh rekrut mengira langkah berikut: “CHECK” “UP” (HORMAT) “DUA” “TIGA” “POTONG” LENGAN” “Hormat ke kiri - HORMAT” 2.2 Prosedur adalah sama kecuali kali ini kepala pusing ke kiri. Bahu akan dikekalkan lurus ke hadapan. “Hormat ke hadapan - HORMAT” 2.3 Hukuman diberikan seperti dengan berhenti (contohnya pada langkah kiri) Ikut seperti yang berikut: (i) Henti (ii) Hormat ke hadapan (2x) (iii) Ke belakang pusing (iv) Berjalan lalu Pergerakan (i) hingga (iv) akan dilaksanakan di antara perhentian sementara yang betul.