46 3. Pandang ke kanan/kiri Skuad yang berjalan lalu di hadapan seorang pegawai akan dimestikan “Pandang kanan” atau “Pandang kiri” sebagai satu tanda hormat. 3.1 “Pandang - KANAN/KIRI” (i) Hukuman diberikan pada kaki kiri mencapai tanah. (ii) Ambil satu langkah awasan dengan kaki kanan (iii) Pada langkah yang seterusnya, pusing kepala ke kanan (atau kiri). Terus berjalan sambil menghayun kedua-dua lengan. (kecuali dalam masa perlahan) 3.2 “Pandang ke - HADAPAN” (i) Hukuman diberikan sebaik sahaja kaki kiri mencapai tanah. (ii) Ambil satu langkah awasan dengan kaki kiri. (iii) Pusing kepala ke hadapan pada langkah yang seterusnya. Kesalahan Biasa : (a) Barisan mula membengkok (b) Lengan tidak dihayun dengan sempurna. NOTA: Penanda (Orang yang di hadapan sisi kanan) tidak akan memusing kepalanya. Ia akan memelihara haluan. Pegawai yang bertugas akan hormat. Jika skuad memberi hormat pada sisi luar, sisi kanan akan ditukar dengan memberi arahan “Dari Kanan” or “Dari kiri”. 4. Berjalan lalu Ia dilakukan pada masa cepat dan perlahan. Hukuman “Pandang kanan” (atau kiri) akan diberikan pada masa yang sesuai. Arahan mestilah diberikan 3 langkah sebelum atau selepas pentas hormat. 5. Bersurai Apabila pembarisan tamat, skuad akan disuraikan. Ahli-ahli akan hormat kepada pegawai dan beliau akan hormat kembali. Sebelum bersurai, komander atau pelatih akan memberitahu skuad samada hormat atau tidak. “BERSU-RAI” Skuad akan bertindak seperti yang berikut (i) Pusing ke kanan (ii) Hormat (iii) Jalan tiga langkah ke hadapan dan bersurai. Pergerakan (i) ke (iii) akan dilaksanakan di antara perhentian sementara yang betul. NOTA: Jikalau hormat dikecualikan, skuad akan bertindak seperti dalam keluar baris.
47 6. CAPS OFF Menyimpan topi di dalam poket kanan seluar panjang dengan lencana topi di luar. Memegang topi dengan tangan kanan dan meletakkan topi di atas bahu kiri semasa berdoa. Hukuman : “Buka Topi” Kira Langkah 1 : Mengambil topi dengan tangan kanan SATU, dua-tiga Langkah 2 : Turunkan topi ke tepi seluar anda SATU, dua-tiga Langkah 3 : Angkat topi ke atas bahu kiri dan tunduk kepala SATU *Lencana topi ditutup oleh bahu. Memakai topi selepas doa: Selepas Pegawai bertugas memakai topinya, yang lain akan diikuti seterusnya. Tiada hukuman diperlukan untuk pergerakan memakai topi. Tindakan : Turunkan topi dari atas bahu kiri ke tepi seluar kanan sebelum memakai. Selepas itu lengan diletakkan di tepi kaki. Tangan memegang topi Turunkan topi ke tepi seluar Angkat topi ke atas baru kiri dan tundukkan kepala. Memakai topi selepas doa
48 Peraturan-peraturan Berhormat (Jiakalau seseorang beruniform sepenuhnya dengan topi dipakai seperti yang telah ditetapkan oleh peraturan Briged Putera) 1. Semua ahli dalam uniform mesti hormat kepada pegawai, samada pegawai beruniform atau tidak Pegawai yang beruniform haruslah hormat kembali. 2. Pegawai yang beruniform haruslah hormat kepada pegawai yang berpangkat lebih tinggi dan akan hormat kembali jikalau beliau beruniform. 3. Hanya ahli yang paling tua di dalam satu kumpulan perlu berhormat. (Kecuali di no. 9) Ahli-ahli yang lain hanya berdiri dalam keadaan sedia. Di dalam sekumpulan pegawai, hanya pegawai yang berpangkat paling tinggi akan hormat kembali. 4. Ahli-ahli hanya hormat kepada pegawai sekali di dalam satu perjumpaan atau pembarisan. 5. Seorang pegawai haruslah dipanggil “Sir” atau “Tuan” dan Pegawai Tidak Bertauliah (Non- commissioned Officer) dipanggil mengikut pangkatnya. 6. Ahli-ahli yang hendak berucap atau diucap oleh orang yang berpangkat lebih tinggi haruslah berdiri dalam keadaan sedia. 7. Seorang ahli hendak berhubung dengan pegawainya, haruslah berjalan ke hadapan dan hormat Sebelum beredar, ahli tersebut sekali lagi hormat, ke belakang pusing dan berjalan lalu. (lihat “Hormat Semasa Berkawat - ke HADAPAN”) 8. Skuad yang berjalan lalu seorang pegawai haruslah “Pandang kanan” (atau kiri) kecuali komander adalah seorang pegawai yang berpangkat lebih tinggi daripada pegawai yang terdahulu. Seorang pegawai yang dihormat akan hormat jikalau beliau beruniform. 9. Semasa skuad berjalan lalu, semua pegawai akan hormat. Pegawai tidak bertauliah hanya akan hormat jikalau ia bertugas. 10. Skuad akan haruslah hormat dengan cara yang sama apabila berjalan lalu Panji-panji Negara, Briged atau kompeni, semasa upacara pengkebumian atau upacara peringatan. 11. Apabila seorang pegawai masuk ke dalam bilik, semua ahli haruslah berdiri dalam keadaan sedia (ahli yang paling tua atau wakil haruslah memanggil “Skuad - SEDIA”) kecuali terdapat seorang pegawai yang ada di dalam bilik tersebut yang berpangkat lebih tinggi daripada yang masuk tadi. 12. Apabila seorang pegawai mendekati skuad di dalam pembarisan, komander akan memberi hukuman kepada skuad untuk berdiri dalam keadaan sedia dan ia seorang sahaja yang hormat, kecuali terdapat seorang pegawai yang hadir berpangkat lebih tinggi daripada pegawai yang terdahulu. 13. Seorang ahli yang hormat kepada seorang pegawai akan terus hormat sehingga pegawai tersebut membalas hormatnya. Jikalau beliau membalas hormatnya, kedua-dua orang akan mengembalikan lengan mereka ke tepi badan. 14. Seorang ahli yang cedera di bahagian lengan kanan akan hormat dengan lengan kiri. 15. Seorang ahli yang tidak berupaya hormat dengan kedua-dua lengan (contoh semasa sedang mengangkat barang) akan hormat dengan berdiri dalam keadaan sedia atau, semasa berjalan, akan pandang ke kanan atau kiri. 16. Apabila Lagu Kebangsaan, Retreat, Last Post atau Reveille dimainkan, ahli-ahli haruslah berdiri dalam keadaan sedia. Pegawai dalam uniform akan hormat.
49 BAB 7 PEMBARISAN KOMPENI Prosedur yang tepat untuk upacara pembukaan bagi Pembarisan Kompeni tentu sekali berlainan daripada sebuah kompeni ke sebuah kompeni yang lain, tetapi adalah sangat penting, standard yang tinggi haruslah ditetapkan dan dikekalkan dari permulaan ke akhir pembarisan. Berikut adalah prosedur yang diikuti oleh kebanyakan kompeni, dan diberikan sebagai panduan untuk diikuti jika keadaan di kompeni mengizinkan. Pada masa tersebut, kompeni akan berhimpun di sebelah kiri, menghadap ke dalam, ahli-ahli berdiri dalam keadaan senang diri hampir bertentangan di mana skuad mereka akan berdiri. Pendahuluan biasanya dilakukan oleh pegawai, Staf-Sarjan atau Pegawai tidak bertauliah bertindak sebagai Sarjan-Mejar. Istilah “Sarjan-Mejar” akan digunakan pada keseluruhan butir-butir berikut yang bermaksud sebagai orang yang bertanggunjawab di dalam satu perhimpunan. Skuad yang bertugas haruslah menyediakan tempat pembarisan sekurang-kurangnya setengah jam sebelum masa pembarisan dan juga bertanggungjawab untuk memastikan tempat pembarisan adalah bersih selepas pembarisan. Masuk baris haruslah dilaksanakan dengan efisien kerana ia menentukan kejayaan dan kegagalan aktiviti kompeni yang seterusnya. Kompeni haruslah yakin semasa dalam pembarisan dan setiap pergerakan haruslah dilaksanakan dengan kemas. Sarjan-Mejar Penanda (Squad Leaders) (2 to 5 are the *remainder) Penanda – BERATUR 1. PENANDA-SEDIA Komander Skuad akan mengambil 15 langkah, beratur di dalam satu barisan yang lurus mengikut turutan nombor skuad, berbaris dan senang diri 2 langkah di hadapan Sarjan-Mejar 2. BERDERET DALAM TIGA LANGKAH, DARI KANAN, KELUAR - PUSING Nombor 1 pusing ke kanan, skuad komander yang lain pusing ke kiri. 3. CEPAT - JALAN Semua komander kecuali komander nombor 1 berjalan. Nombor 2 mengambil dua langkah ke hadapan dan berhenti, nombor 3 empat langkah dan berhenti, nombor 4 enam langkah dan seterusnya. Apabila skuad komander yang terakhir berhenti, mereka semua akan pusing ke belakang. 4. PENANDA - DIAM Sarjan-Mejar akan berdiri 4 langkah di hadapan skuad komander nombor 1, periksa penutupan mereka dan kemudian memberi hukuman senang diri. Kemudian ia akan memeriksa jarak di antara skuad dengan mengambil setiap dua langkah yang betul di antara setiap skuad. Pada masa yang sama, ia akan memberikan Buku Pendaftaran Kehadiran Skuad kepada Komander Skuad. 5. KOMPENI, MASUK - BARIS
50 Semua orang termasuk semua komander skuad dalam keadaan sedia dan selepas perhentian sementara (pause) dalam 2 langkah masa cepat jalan, mereka akan berjalan 15 langkah ke hadapan, henti di hadapan skuad komander masing-masing, kemudian pusing ke kiri dan beratur dalam separuh jarak. 6. PANGGIL NAMA Semua komander skuad akan sedia, mengambil satu langkah ke hadapan dan pusing ke kiri dan memberi hukuman kepada skuadnya senang diri. Mereka akan memanggil nama dan pangkat ahliahli skuad mereka masing-masing dan mereka yang hadir dan dipanggil nama akan berdiri dalam keadaan sedia, dan menjawab “Hadir” atau “Here” dan senang diri. Selepas memeriksa senarai daftar kehadiran, Komander skuad pada skuad yang di belakang sekali akan memanggil “Hop”,dan seterusnya semua komander skuad akan berpusing ke kiri, ambil satu langkah ke hadapan, pusing ke belakang dan senang diri. Semua pergerakan di atas haruslah di lakukan bersama-sama. 7. PENANDA - SEDIA & KE HADAPAN, CEPAT - JALAN. Komander skuad akan berjalan ke hadapan, bermula dengan komander skuad 1 dan diikuti dengan yang lain sehinggalah semua sampai ke hadapan Sarjan-Mejar dan sedang dalam masa hentak. 8. PENANDA - HENTI & KE KANAN - PUSING Sarjan-Mejar memberikan hukuman di atas dan selepas hukuman “Ke kanan - PUSING” semua komander skuad akan berdiri di hadapan Sarjan-Mejar. Buku Daftar Kehadiran dan bayaran keahlian dikumpulkan. 9. PENANDA - SEDIA, KE KANAN PUSING, KE SKUAD SENDIRI CEPAT - JALAN Komander skuad akan kembali ke skuad masing-masing. Apabila skuad komander yang terakhir sampai ke skuadnya, semua skuad komander akan ke belakang pusing bersama-sama dan berdiri dalam keadaan seperti dengan ahli-ahli lain. 10. KOMPENI - SEDIA atau BARIS - SEDIA (i) Pada masa ini, pegawai atau Sarjan-Mejar yang berkenaan akan memberi hukuman kepada kompeni untuk berdiri dalam keadaan sedia, ke kanan pusing dan berjalan ke arah Kapten yang berdiri di luar sebelah kiri kompeni tetapi sebaris dengan pegawai atau Sarjan-Mejar yang bertugas pada hari itu. (ii) Selepas bertukaran hormat, beliau akan melaporkan jumlah kehadiran, Ketidak hadiran dan Alasan kepada kapten. Sementara pegawai-pegawai yang lain akan mengambil tempat dan berdiri di sebelah kiri kompeni dan berdiri dalam keadaan senang diri. (iii) Selepas selesainya laporan diberikan, kapten akan berjalan ke dalam dan berhenti di tengah kompeni dan berpusing ke kanan dan berhadapan dengan seluruh kompeni. (iv) Pada masa yang sama Sarjan-Mejar akan berjalan dan mengambil tempat di sebelah kiri kompeni yang bertempat di Skuad 1. Ia haruslah berdiri pada jarak 3 langkah daripada ahli yang terakhir mengikut skuad yang mempunyai bilangan ahli yang terbanyak. (v) Jikalau yang bertugas ialah seorang pegawai, beliau akan mengambil tempatnya di sebelah kanan sekali skuadnya. 11. PEGAWAI, MASUK - BARIS Selepas kapten selesai melakukan pergerakan no. 10 (iii), beliau akan memberi hukuman kepada pegawai-pegawai yang berdiri di sebelah kiri luar kompeni untuk berdiri dalam keadaan sedia dan hormat. Ini diikuti dengan pegawai-pegawai berpusing ke kiri, berjalan ke hadapan sehingga ia sebaris dengan skuad 1 dan belok ke kanan dan belok kekiri apabila mereka sampai ke bahagian kanan sekali pada skuad 1 dan berhenti di skuad mereka masing-masing bermula dengan skuad 1 dan seterusnya.
51 Seterusnya, doa bagi permulaan pembarisan, di mana arahan “BUKA - TOPI” diberikan. Tangan kanan memegang topi tersebut dan meletakkannya ke sebelah bahu kiri dan berdiri dalam keadaan sedia. Petunjuk Company Captain Lieutenant, Warrant Officer, Commander, Instructor Staff Sergeant, Color Sergeant Major Duty NCO Members in the front rank, or a general (non-specific) rank Kapten di hadapan berhadapan dengan kompeni. Pegawai-pegawai di sebelah sisi kanan, dan Staf-Sarjan di sebelah kiri. Pemeriksaan uniform kemudian dijalankan dan diikuti dengan program yang lain.
52 PERHATIAN: Angota-angota Junior dan Pre-Junior tidak ikut serta dalam pembarisan kompeni yang wajib dilakukan oleh angota-angota Senior. Contohnya, formasi yang diberikan di bawah adalah hanya satu petunjuk sahaja – di mana Senior Section akan masuk baris dahulu, dan kemudiannya diikuti oleh Junior dan Pre-Junior dimana mereka dipimpin ke posisi oleh Pegawai-pegawai. Formasi 1 Formasi 2 Formasi 3
53 Pada penghujung program, kompeni akan ke upacara pembarisan untuk bersurai. Pergerakan akan sama seperti yang di atas dari nombor 1 hingga 11 kecuali laporan kehadiran. Berikut adalah upacara yang seterusnya selepas doa penutupan di lakukan: 12. PEGAWAI, KELUAR - BARIS & PEGAWAI - BERSU-RAI Pegawai-pegawai akan berjalan dari skuad mereka masing-masing ke hadapan seperti yang dilakukan oleh skuad komander di nombor 7 kecuali hentak kaki. Mereka akan berhenti di hadapan kapten dengan persendirian. Seterusnya kapten akan memberi hukuman “Pegawai Bersurai” dan pegawai-pegawai akan berpusing ke kanan dan hormat ke hadapan. Selepas itu mereka akan berjalan 2 langkah ke hadapan dan berhenti, berpusing ke belakang dan berdiri setengah langkah di belakang kapten berhadapan dengan kompeni. 13. KOMPENI, BERSU-RAI atau BARIS BERSU-RAI Ahli-ahli akan bersurai seperti dalam Kawat Asas, Kapten akan hormat ke hadapan dan mengucapkan selamat tinggal dan kompeni akan membalas ucapan dan hormat kapten. Pegawai -pegawai tidak perlu hormat atau berucap kecuali hanya berdiri dalam keadaan sedia dan diam. Selepas itu ahli-ahli dan kapten akan menurunkan tangan mereka bersama-sama dan ahli-ahli akan memusing kepala ke hadapan semula dan berjalan lalu seperti dalam pergerakan keluar baris. (Hormat hanya dilakukan apabila seseorang beruniform penuh dengan topi di atas kepala) PEMERIKSAAN UNIFORM Untuk memastikan standard yang tinggi dan dipelihara dan kebersihan, pemeliharaan dan pemakain uniform di kalangan ahli-ahli, pemeriksaan yang tegas haruslah dijalankan dengan teliti sekurang-kurangnya 2 kali sebulan semasa pembarisan kompeni. Pertandingan Kebersihan Uniform antara skuad mungkin boleh dijadikan sebagai satu insentif yang efektif untuk meningkat standard tersebut di kalangan ahli. Biasanya pemeriksaan di jalankan oleh pegawai-pegawai yang memeriksa skuad bergilir-gilir, setiap orang mengambil satu skuad dalam sebulan. Apablia Pegawai Pemeriksa mendekati skuad tersebut, Komander skuad akan memanggil skuad untuk berdiri dalam keadaan sedia, ambil satu langkah ke hadapan dan hormat kepada pegawai tersebut dan melaporkan diri seperti yang berikut: “TUAN, SKUAD 1 (atau yang lain) SEDIA UNTUK DIPERIKSA OLEH TUAN, MINTA KEBENARAN UNTUK DIJALANKAN. TERIMA KASIH TUAN” Pegawai akan memeriksa dari seorang ke seorang. Selepas pemeriksaan selesai dilakukan ke atas komander skuad, ia akan keluar pusing dan mengikut bersama dengan pegawai untuk memeriksa ahli-ahli skuadnya yang lain. Selepas selesai pemeriksaan dilakukan, balik ke posisinya dan hormat kepada pegawai dan melaporkan seperti yang berikut: (Semasa pemeriksaan dijalankan semua ahli haruslah berdiri dalam keadaan sedia.) “TERIMA KASIH TUAN” Selepas itu ia akan balik ke posisinya dan memberi arahan kepada skuadnya untuk berdiri dalam keadaan senang diri. PETUA-PETUA UNTUK PEGAWAI PEMERIKSA Nombor yang mungkin diperolehi oleh setiap skuad haruslah mencukupi untuk ditolak. Pegawai Pemeriksa haruslah memastikan uniform ahli adalah bersih dan kemas dan uniform mereka dicuci dengan sempurna dan diseterika, dipakai dengan betul dan dikilatkan.
54 Pemeriksaan Am (a) Skuad haruslah berdiri dalam keadaan sedia dan tidak dibenarkan bergerak. (b) Skuad haruslah diatur dengan betul, dari paling tinggi di kanan ke paling rendah di kiri. Beliau seterusnya akan melihat setiap ahli untuk memastikan yang berikut: (a) Ahli tersebut haruslah bersih dan kemas (b) Ia haruslah berdiri dengan betul dan tidak berdiri seperti seorang yang malas. (c) Uniformnya haruslah dibersihkan dan diseterika. Ia mestilah tidak terlalu besar untuk badannya. Pemeriksaan yang Terperinci (a) Kepala Topi haruslah dipakai dengan betul dan memadan kepalanya. Ia haruslah di -gosok dan dibersihkan. Lencana topi mestilah dikilatkan dan dipakai pada posisi yang betul. Rambutnya mestilah kemas dan tidak panjang. (b) Badan Uniformnya haruslah padan dengan saiz badan. Baju haruslah dimasukkan ke dalam seluar. Poket baju haruslah tidak mempunyai barang-barang yang besar. Semua butang poket mestilah dibutangkan. (c) Haversack Haversack mestilah dikanjikan jika ia adalah kain. Ia haruslah bersih dan ketat. Semua bahagian besi mestilah dikilatkan. (d) Tali pinggang Tali pinggang haruslah cukup ketat dan kepala tali pinggang mestilah di tengah badan. Kepala tali pinggang dan kulitnya mestilah dikilatkan juga. (e) Kasut Kasut atau but mestilah dikilatkan dan tidak koyak. Tali kasut juga mestilah diikat cukup ketat. Sarung kaki mestilah dipakai dan dilipat di bawah lutut kaki.
APPENDIKS A SUKATAN PELAJARAN KAWAT REKRUT Berikut adalah Jadual dan Pelajaran-pelajaran yang diajar kepada Rekrut. Minggu 1: (a) Tujuan dan Sasaran (i) Pengetahuan Am mengenai Kawai Briged Putera (b) Posisi Asas (i) Sedia (ii) Senang diri daripada Sedia (iii) Rehatkan diri daripada Senang Diri (c) Berbaris (i) Masuk Baris, Berbaris (kanan & kiri) & Pandang Depan Minggu 2: (a) Berpusing dan Separuh Berpusing (Tidak Bergerak) Ke kanan dan ke kiri Pusing (i) Dengan nombor (ii) Mengira masa (iii) Menganggar masa Ke belakang Pusing (i) Dengan nombor (ii) Mengira masa (iii) Menganggar masa Separuh ke kanan dan ke kiri Pusing (i) Dengan nombor (ii) Mengira masa (iii) Menganggar masa Keluar Baris (i) Kelluar Baris & Bersurai Minggu 3: (a) Masa Hentak (i) Hentak masa cepat henti & tukar langkah (ii) Hentak masa perlahan henti & tukar langkah (b) Melangkah ke tepi, hadapan dan belakang (i) Ke kanan (ii) Ke kiri (iii) ..........langkah ke hadapan atau belakang Minggu 4 (a) Berjalan dan Berhenti (i) Cepat Jalan & Berhenti (ii) Perlahan Jalan & Berhenti (iii) Tukar langkah (iv) Hentak kaki daripada berjalan (v) Cepat jalan daripada Hentak kaki
Minggu 5: (a) Berpusing semasa Berjalan (i) Ke kanan pusing & ke kiri pusing (ii) Ke belakang pusing 1. Dengan nombor 2. Mengira masa 3. Menganggar masa (b) Menukar haluan dengan membelok Minggu 6: (a) Kawat Asas - Pembarisan (i) Berjalan dalam kolum bertiga-tiga dan dalam barisan 1. Maju dan Keluar Baris 2. Separuh ke kanan dan ke kiri (b) Hormat (i) Hormat ke hadapan (henti/dalam masa berjalan) 1. Dengan nombor 2. Mengira masa 3. Menganggar masa (ii) Hormat ke tepi (Berjalan/henti) (iii) Pandang kanan dan hadapan (dalam masa berjalan) (iv) Bersurai (v) Memberi Hormat Minggu 7: (a) Menukar Haluan & Menukar Formasi (i) Menukar Haluan (ii) Menukar Formasi 1. Henti ke Henti 2. Henti ke Bergerak 3. Bergerak ke Henti 4. Bergerak ke Bergerak NOTA: 1. Bergerak dalam masa perlahan daripada masa cepat 2. Bergerak dalam masa cepat daripada masa perlahan 3. Buka baris dan Tutup Baris 4. Membahagikan skuad 5. Menukar langkah Pergerakan di atas diajar di kompeni dan Pertandingan Kawat di antara skuad.
APPENDIKS B PERANCANGAN PROGRAM KAWAT KOMPENI 1. Objektif Untuk menanam 3 Tujuan Kawat utama kepada ahli-ahli, contohnya Mengalakkan tabiat mematuh, menghormati diri sendiri, Kuasa mengawal diri sendiri, konsentrasi dan Pergerakan Fizikal yang sempurna; Membangunkan Sifat Kepimpinan di kalangan pegawai tidak bertauliah dan pegawai-pegawai; mengalakkan Kerjasam Kumpulan. 2. Program yang Progresif Kawat Asas; Kawat Lanjutan, Kawat Turutan, Pertandingan Kawat antara Skuad. 3. Kawat Pembarisan Kompeni Seorang Pegawai dan Pegawai tidak bertauliah bertanggung jawab terhadap program kawat dalam kompeni. (i) Latihan Kawat Asas Mac ke Jun (13 minggu) (ii) Latihan Kawat Skuad Julai (3 minggu) (iii) Pertandingan Kawat antara Skuad minggu ke-4 bulan Julai (iv) Latihan Kawat Lanjutan Ogos ke October (10 minggu) (v) Raptai untuk Hari Terbuka Kompeni November (4 minggu)
PROGRAM KAWAT KOMPENI 1. Kawat Asas 1.1 Minggu 1 (a) Memberi Penerangan - Tujuan dan Sasaran yang hendak dicapai (b) Sedia, Senand Diri, Rehatkan Diri, Masuk Baris, Beratur (kanan/kiri) Pandang Depan 1.2 Minggu 2 (a) Berpusing dan Separuh Pusing, Keluar Baris dan Bersurai (Tidak Bergerak) kanan/kiri/belakang 1.3 Minggu 3 (a) Hentak kaki dan Berhenti - Masa Cepat & Perlahan & Tukar Langkah (b) Melangkah ke tepi, hadapan & Belakang 1.4 Minggu 4 (a) Berjalan & Berhenti (dalam kolum bertiga-tiga) - Masa Cepat & Perlahan, Tukar langkah, Hentak kaki daripada Berjalan & Maju daripada hentak kaki. 1.5 Minggu 5 (a) Berpusing semasa berjalan - (kanan/kiri/belakang) (b) Membelok 1.6 Minggu 6 (a) Beratur (b) Berjalan di dalam kolum Bertiga-tiga (Maju, Keluar Baris & Separuh pusing) Masa cepat dan Perlahan 1.7 Minggu 7 (a) Berjalan dalam Satu Barisan Lurus (Masa Cepat & Perlahan) 1.8 Minggu 8 (a) Hormat - Ke hadapan & Tepi (Tidak Bergerak & Berjalan) - Pandan kanan dan hadapan (Berjalan) - Bersurai 1.9 Minggu 9 (a) Tukar Haluan 1.10 Minggu 10 (a) Masa Perlahan daripada Masa Cepat (b) Masa Cepat daripada Masa Perlahan 1.11 Minggu 11 (a) Jadikan dua dan tiga barisan (b) Buka Barisan dan Tutup Barisan (c) Membahagikan Skuad 1.12 Minggu 12 (a) Berjalan dalam Barisan Tunggal
Berikan tiga minggu kepada setiap skuad untuk berlatih dan diikuti Pertandingan Kawat di antara Skuad. 2. Kawat Lanjutan 2.1 Minggu 1 (a) Pengenalan (b) Masuk Baris (c) Definisi 2.2 Minggu 2 (a) Posisi dan Tanggung jawab Bahagian Komander 2.3 Minggu 3 Kompeni bertindak sebagai satu unit (a) Kompeni dalam Satu Barisan Lurus maju dan keluar baris (b) Kompeni dalam Satu Barisan Lurus ke sisi (c) Kompeni dalam Satu Barisan Lurus Menukar Haluan 2.4 Minggu 4 (a) Kompeni dalam Kolum Bertiga-tiga bergerak ke sisi dalam Satu Barisan Lurus (b) Kompeni dalam Kolum Bertiga-tiga menubuhkan Satu Barisan Lurus menghadap haluan yang sama. 2.5 Minggu 5 Bahagian bertindak Persendirian (a) Kompeni dalam bahagian-bahagian berkolum tiga menubuhkan satu barisan lurus menghadap haluan yang sama. (b) Kompeni dalam bahagian-bahagian satu barisan lurus menghadap haluan yang sama. 2.6 Minggu 6 (a) Kompeni dalam satu barisan lurus menubuhkan bahagian-bahagian kolum bertiga-tiga menghadap sisi. (b) Kompeni dalam bahagian-bahagian kolum bertiga menubuhkan satu barisan lurus menghadap sisi. 2.7 Minggu 7 (a) Kompeni dalam satu barisan lurus maju dalam bahagian-bahagian berkolum tiga 2.8 Minggu 8 (a) Kompeni dalam bahagian-bahagian kolum bertiga-tiga bergerak ke sisi dalam kolum bertiga-tiga. (b) Kompeni dalam kolum bertiga-tiga menubuhkan bahagian-bahagian kolum bertiga-tiga menghadap haluan yang sama. 2.9 Minggu 9 (a) Kompeni bergerak dalam kolum bertiga-tiga menubuhkan bahagian-bahagian berkolum menghadap ke sisi. 2.10 Minggu 10 (a) Kompeni bergerak dalam kolum bertiga-tiga bergerak ke sisi dalam bahagian bahagian kolum bertiga-tiga. (b) Kompeni bergerak dalam bahagian-bahagian kolum bertiga-tiga menukar haluan.
APPENDIKS C Kata-kata Hukuman Semasa Berjalan HUKUMAN HUKUMAN DIBERIKAN PADA KAKI Skuad - BERHENTI (semasa berjalan) KIRI MAJU KIRI Ke kanan - PUSING KIRI Separuh ke kanan - PUSING KIRI Tukar haluan ke kanan - TUKAR KIRI Di sebelah kanan, jadikan - SKUAD KIRI Hormat ke kanan - HORMAT KIRI Hormat ke kiri - HORMAT KIRI Hormat ke hadapan - HORMAT KIRI Pandang - KANAN KIRI Pandang - KIRI KIRI Pandang - DEPAN KIRI Ke kiri - PUSING (Perlahan Jalan) KIRI Tukar langkah jalan perlahan, perlahan - JALAN KIRI Skuad - BERHENTI (Hentak kaki) KANAN Skuad - BERHENTI (Perlahan jalan) KANAN Tukar langkah jalan cepat, cepat - JALAN KANAN Tukar langkah berlari - LARI KANAN
HUKUMAN HUKUMAN DIBERIKAN PADA KAKI Tukar langkah masa berjalan, TUKAR - LANGKAH KANAN Hentak - KAKI (Daripada berjalan) KANAN Ke kiri - PUSING KANAN Ke belakang - PUSING KANAN Separuh ke kiri - PUSING KANAN Tukar haluan ke kiri - TUKAR KANAN Di sebelah kiri, Jadikan - SKUAD KANAN Ke kanan - PUSING (Perlahan jalan) KANAN Tukar langkah cepat, cepat - LARI KANAN
APPENDIKS D Masa dan Jarak Masa Cepat - 116-120 langkah seminit Masa Perlahan - 65 langkah seminit Masa Berganda - 180 langkah seminit Rekrut - 140 langkah seminit Jarak Langkah: Cepat Jalan - 27 inci (Langkah pendek - 21”) Perlahan Jalan - 27 nci Jalan Berganda - 40 inci Langkah ke hadapan - 30 inci Langkah ke belakang - 30 inci Langkah ke Tepi - 12 inci Setengah Langkah - 15 inci Langkah maximun ke tepi, belakang dan hadapan - 8 langkah
APENDIKS E KERTAS PENILAIAN NAME PELATIH : JENIS PERGERAKAN : Pergerakan diberikan oleh : Pangkat: 1. Permulaan : 2. Turutan : Penerangan Kepala ke Kaki Demonstrasi Kaki ke Kepala Perlaksanaan Latihan 3. Penyampaian : tidak baik Memuaskan Baik Sangat Baik 4. Suara dan Pengucapan : tidak baik Memuaskan Baik Sangat Baik 5. Perbendaharaan kata : tidak baik Memuaskan Baik Sangat Baik 6. “Eye-contact” : tidak baik Memuaskan Baik Sangat Baik 7. Kata-kata Hukuman : tidak baik Memuaskan Baik Sangat Baik 8. Gaya Diri : tidak baik Memuaskan Baik Sangat Baik 9. Mendorong Penglibatan : tidak baik Memuaskan Baik Sangat Baik 10. Kerja Rumah : tidak baik Memuaskan Baik Sangat Baik Komen No. 1 : Komen No. 2 : Komen No. 3 : Komen No. 4 : Komen No. 5 : Komen No. 6 : Komen No. 7 : Komen No. 8 : Komen No. 9 : Komen No. 10 :