MODUL
PEMBELAJARAN
AKSES KENDIRI
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
Terbitan 2022
© Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam sebarang bentuk dan dengan cara
apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4, 6 – 8, Blok E9, Parcel E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, MALAYSIA.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
MODUL PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI
ISBN 978-967-420-666-6
1. Science-Study and teaching (Preschool).
2. Education, Preschool.
3. Govenment publication--Malaysia
I. Malaysia. Kementerian Pendidikan. Bahagian Pembangunan Kurikulum. 507.1
PENYELARAS:
DR. NORINA MELATI BINTI MOHD YUSOFF
ABDUL BASITH MUHAMMAD BIN A. WAHID
Unit Projek Khas dan Inovasi
Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum
KHIDMAT GRAFIK:
MOHD SHYAKIR BIN MOKHTAR
SMK Kajang Utama, Selangor
DICETAK OLEH:
Unit Percetakan, Bahagian Pembangunan Kurikulum
PENGHARGAAN
PENASIHAT
HAJI AZMAN BIN HAJI ADNAN
Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
PENGERUSI
DR. AZWAN BIN ABD AZIZ
Timbalan Pengarah
Sektor Teknologi Maklumat dan Reka Bentuk Teknologi
PANEL PENULIS
HASNEEDA BINTI MOHD SARIP Sektor Teknologi Maklumat dan Reka Bentuk Teknologi
DAYANG NOR ASHIKIN BINTI HARUN Sektor Bahasa dan Kesusasteraan
NUR MURIZA BINTI MUSA Sektor Kesenian dan Kesihatan
AIDA FARZLINA BINTI ROSLY Sektor Pendidikan Khas
DR. CHIANG KOK WEI Sektor Sains dan Matematik
RAFIZAWATI@NAZRAH BINTI MAAMUN Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum
MARIA ULFAH BINTI ABDULLAH SAUD Sektor Prasekolah
SUTHAGAR A/L PERIANNAN Sektor Prasekolah
PAKAR RUJUK
PROF. MADYA DR. ZAINUDDIN BIN IBRAHIM Universiti Teknologi Mara, Selangor
TURUT MEMBANTU
ZAHARIMAH BINTI SUBAINI PPD Petaling Perdana, Selangor
HAMIR BIN HABEED MOHD ABDUL SETTAR Sekolah Seri Puteri, Selangor
RUSILAWATI BINTI MOIN Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
SAPTUYAH BINTI LATIP SMK Putrajaya Presint 11 (1), Putrajaya
MUHAMMAD FIRDAUS BIN YUSUP SMK Desa Serdang, Selangor
DR. MOHD YUSRI BIN KAMARUDDIN SK Cherana Puteh, Melaka
NORMASAYU BINTI MAT RESID SK Putrajaya Presint 11 (1), Putrajaya
NOOR AZLINDA BINTI SHUHAIMI SK RTB Bukit Changgang, Selangor
CHUAH JOON MING SJKC Pei Eng, Kedah
IRENE JEBAMALAR A/P THUMBARAYAN SJKT Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor
ISI KANDUNGAN
RUKUN NEGARA .....................................................................................................vii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN .............................................................. viii
DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN ....................................................................ix
KATA ALU-ALUAN.....................................................................................................xi
PRAKATA ................................................................................................................ xiii
PENGENALAN........................................................................................................... 1
LATAR BELAKANG ................................................................................................... 2
DEFINISI .................................................................................................................... 2
MATLAMAT................................................................................................................ 3
OBJEKTIF .................................................................................................................. 3
PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI .......................................................................... 5
Prinsip Asas dalam Pembelajaran Akses Kendiri ............................................ 6
Ciri-ciri Pembelajaran Akses Kendiri................................................................ 9
Kepentingan Pembelajaran Akses Kendiri..................................................... 10
Mengapakah Pembelajaran Akses Kendiri Diperlukan? ................................ 11
Bahan Pembelajaran Akses Kendiri .............................................................. 13
PROSES PELAKSANAAN PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI ............................. 15
Persediaan Murid........................................................................................... 16
Ruang Pembelajaran Akses Kendiri .............................................................. 17
Mengenal Pasti Gaya Pembelajaran Pembelajaran ...................................... 19
Kemahiran Belajar (Belajar Cara Belajar) ...................................................... 22
Penilaiaan Kendiri.......................................................................................... 26
PERANAN GURU, IBU BAPA DAN MURID DALAM PEMBELAJARAN
AKSES KENDIRI...................................................................................................... 29
CONTOH AKTIVITI PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI ........................................ 33
BIBLIOGRAFI........................................................................................................... 49
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak;
mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik;
mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan
yang kaya dan pelbagai corak; dan
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains
dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
vii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”
Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
viii
x
x
x
x
x
DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN
x
x
3. Kurikulum Kebangsaan
x
(1) Kurikulum Kebangsaan ialah satu program pendidikan
yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi
semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan
dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid
dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta
untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini
dan untuk menyampaikan pengetahuan.
x
x
Sumber: Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997
[PU(A)531/97.]
ix
“ Pelaksanaan kurikulum yang harmoni dan berkesan mencakupi
aspek kandungan, pedagogi dan pentaksiran yang berlaku di dalam
dan di luar bilik darjah untuk melahirkan insan yang seimbang.”
KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.
Penerbitan Siri Bahan Sokongan Bahagian Pembangunan Kurikulum 2022 (BSBPK
2022) merupakan satu usaha pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk
memastikan pelaksanaan kurikulum persekolahan dilaksanakan dengan lebih efektif.
Pembangunan kurikulum bukan sahaja melibatkan aspek kandungan dan pentaksiran
sesuatu bidang disiplin ilmu malah juga merangkumi aspek pedagogi iaitu cara
kandungan kurikulum diterjemah dan dilaksanakan oleh guru.
Pembelajaran murid di sekolah akan lebih bermakna apabila dipacu dengan
pengajaran dan pentaksiran yang berkesan serta disokong oleh kepimpinan yang
berkaliber. Penerbitan Siri BSBPK 2022 adalah bertepatan dalam memastikan
kelancaran pelaksanaan kurikulum oleh guru di dalam dan di luar bilik darjah seperti
yang termaktub dalam definisi Kurikulum Kebangsaan. Setiap modul dalam siri ini
mengandungi pelbagai panduan dalam bentuk contoh aktiviti pengajaran dan
pembelajaran serta situasi pragmatik yang boleh diadaptasi oleh guru mengikut
kesesuaian sekolah masing-masing.
Tahniah saya ucapkan kepada Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) atas
penerbitan siri BSBPK 2022 ini. Terima kasih dan syabas juga kepada semua pihak
yang telah menjayakan penerbitan siri ini. Semoga Siri BSBPK 2022 dapat
dimanfaatkan oleh semua guru dan warga KPM dalam menjayakan pelaksanaan
kurikulum kebangsaan di sekolah.
Datuk Hajah Nor Zamani Abdol Hamid
“ Pendekatan pedagogi yang bersesuaian dengan keperluan murid dapat
memastikan pengajaran dan pembelajaran yang bermakna berlaku.”
Prakata
PENGARAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah membangunkan pelbagai bahan
sokongan kurikulum yang terdiri daripada beberapa modul pengajaran dan
pembelajaran (PdP) serta modul penerangan am berkaitan pengurusan dan
pelaksanaan kurikulum sebagai rujukan guru dan warga Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM). Siri Bahan Sokongan BPK (BSBPK) 2022 kali ini merupakan
kompilasi modul pedagogi terbitan 2001 yang telah ditambah baik dan beberapa
modul baharu berkonsepkan mesra pengguna bagi menyokong serta memudahkan
pelaksanaan kurikulum di sekolah.
Siri BSBPK 2022 terdiri daripada lima bahan sokongan PdP dan dua bahan
penerangan am. Bahan sokongan PdP tersebut ialah: Modul Pedagogi Terbeza;
Modul Pembelajaran Masteri; Modul Pembelajaran Teradun; Modul Pembelajaran
Berasaskan Projek; dan Modul Kecerdasan Pelbagai. Bahan sokongan PdP yang
dirangka merangkumi konsep, strategi dan contoh aktiviti PdP bermula dari peringkat
prasekolah hingga ke peringkat sekolah menengah. Contoh aktiviti PdP dalam bahan
sokongan ini juga disertakan dengan panduan pelaksanaan pentaksiran dalam bilik
darjah.
Bahan penerangan am pula menerangkan konsep dan amalan berkaitan dengan
pengurusan kurikulum dan PdP di sekolah. Bahan penerangan am tersebut ialah:
Modul Kepimpinan dan Pengurusan Kurikulum di Sekolah dan Modul Pembelajaran
Akses Kendiri.
Semoga dengan penerbitan Siri BSBPK 2022 ini dapat menjadi panduan yang
bermanfaat kepada guru untuk melaksanakan PdP dan Pentaksiran Bilik Darjah
dengan lebih berkesan. BPK mengucapkan terima kasih dan merakamkan
penghargaan atas kerjasama dan sumbangan semua pihak yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam menghasilkan Siri BSBPK 2022 ini.
Haji Azman bin Haji Adnan
Siri BSBPK 2022 boleh digunakan untuk pelaksanaan kurikulum
di dalam dan di luar bilik darjah sebagaimana yang termaktub
dalam definisi Kurikulum Kebangsaan.
Kurikulum Kebangsaan
Kurikulum Kokurikulum
Segala rancangan pendidikan Apa-apa kegiatan yang
yang dikendalikan oleh dirancang selain daripada
sesebuah sekolah atau institusi proses PdP di dalam bilik darjah
pendidikan untuk mencapai (kurikulum).
matlamat pendidikan.
Pelaksanaan kurikulum yang harmoni dan berkesan mencakupi aspek
kandungan, pedagogi dan pentaksiran yang berlaku di dalam dan di luar
bilik darjah untuk melahirkan insan yang seimbang.
“Pendidikan bukanlah persiapan untuk hidup.
Pendidikan adalah hidup itu sendiri.”
- John Dewey -
“ADA hadnya untuk seseorang mengajar, namun tiada had bagi
seseorang itu untuk maju melalui pembelajaran kendiri.”
- Pengasas Pusat Pembelajaran Lepas Sekolah Terkemuka Di Dunia, Toru Kumon -
PENGENALAN
Modul Pembelajaran Akses Kendiri
LATAR BELAKANG
Program Pembelajaran Akses Kendiri (PAK) diperkenalkan oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum di Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) secara rintis di sekolah rendah pada tahun 1990 dan di sekolah
menengah pada tahun 1995 bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris. Selari
dengan perkembangan semasa, Pembelajaran Akses Kendiri dimurnikan
dan dijenamakan semula sebagai PeAK.
DEFINISI
PeAK merujuk kepada pendekatan yang membolehkan murid
bertanggungjawab ke atas pembelajarannya sendiri. Murid secara aktif
mengawal proses pembelajaran mereka dengan memilih bahan
pembelajaran dan aktiviti yang bersesuaian. Seterusnya mereka akan
menilai hasil kerja serta memantau tahap kemajuan sendiri untuk
mencapai matlamat yang diinginkan oleh mereka.
02
Modul Pembelajaran Akses Kendiri
MATLAMAT MODUL
Modul ini merupakan satu panduan dan rujukan untuk guru dalam
melaksanakan PeAK secara kreatif mengikut keperluan masing-masing
supaya suasana pembelajaran murid dapat dioptimumkan.
Murid akan memperoleh pengetahuan dan kemahiran untuk belajar
mengikut keperluan serta gaya pembelajaran mereka sendiri. Murid
juga akan dapat membuat penilaian kendiri untuk tindakan selanjutnya.
OBJEKTIF MODUL
Objektif modul PeAK ini adalah bertujuan untuk:
Menerangkan peranan guru, ibu Melaksanakan PeAK
bapa dan murid dalam dalam PdP.
pelaksaan PeAK.
Menjelaskan proses
Menyatakan prinsip dan pelaksanaan PeAK.
ciri-ciri PeAK.
03
PEMBELAJARAN
AKSES KENDIRI
Modul Pembelajaran Akses Kendiri
PRINSIP ASAS DALAM PEMBELAJARAN KENDIRI
Pada asasnya dua model gaya pembelajaran yang dibincang dalam
modul ini ialah:
Model Gaya Pembelajaran VAKOG
Model VAKOG (Visual-Auditori-Kinestetik-Olfaktori-Gustatori) digunakan
oleh guru untuk mengenal pasti kecenderungan dan keupayaan
seseorang murid sebelum melaksanakan PeAK.
Model VAKOG
Visual Auditori
Melihat dan membaca Mendengar.
Kinestetik Olfaktori
Pengalaman dan Bau
kombinasi rangsangan
Gustatori
Rasa
06
Modul Pembelajaran Akses Kendiri
Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn
Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn digunakan oleh guru untuk
mengenal pasti gaya pembelajaran terbaik yang boleh digunakan
dalam pembelajaran murid.
Terdapat lima jenis rangsangan yang menyumbang kepada
persekitaran pembelajaran untuk membezakan gaya pembelajaran
murid iaitu unsur persekitaran, emosi, sosiologi, fisiologi dan psikologi.
Persekitaran
Persekitaran merujuk kepada suasana
pembelajaran seperti lokasi, bunyi,
pencahayaan dan suhu.
Emosi
Emosi merujuk kepada motivasi, kegigihan,
tanggungjawab dan keutamaan tugasan.
Sosiologi
Sosiologi merujuk kepada keutamaan
persekitaran sosial pembelajaran seperti belajar
sendiri, berpasangan dengan rakan sebaya atau
secara berkumpulan.
Fisiologi
Fisiologi merujuk kepada tindak balas tubuh
badan terhadap situasi pembelajaran.
Psikologi
Psikologi merujuk kepada cara murid memproses
dan bertindak balas kepada maklumat dan idea.
07
Modul Pembelajaran Akses Kendiri
Proses Pelakasanaan Pembelajaran Akses Kendiri Yang Efektif
Pembelajaran dan pengajaran PeAK akan menjadi efektif apabila guru
dapat mengenal pasti kebolehan dan keupayaan seseorang murid
kemudian menyesuaikannya mengikut gaya dan persekitaran
pembelajaran yang sesuai dengan mereka.
Kenal pasti gaya pembelajaran
(Model Gaya Pembelajaran VAKOG)
Sediakan bahan PeAK mengikut
gaya pembelajaran sesuai
Sediakan persekitaran pembelajaran yang sesuai
(Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn)
08
Modul Pembelajaran Akses Kendiri
CIRI-CIRI PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI
Boleh belajar secara Boleh belajar secara
bersendirian atau luwes dan selesa
berkumpulan. tanpa tekanan.
Boleh belajar Boleh membuat
mengikut kadar penilaian kendiri.
dan kemampuan
individu.
Boleh memilih
bahan dan aktiviti
pembelajaran
bebas dan meluas.
09
Modul Pembelajaran Akses Kendiri
KEPENTINGAN PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI
Murid dapat:
menambah pengetahuan selain dari perkara yang
dipelajari dalam kelas.
merancang dan menetapkan tempo pembelajaran
mengikut keupayaan mereka.
meningkatkan tahap pembelajaran mengikut
kemampuan dan minat.
menggunakan keluwesan untuk belajar mengikut
kesesuaian masa dan tempat.
membuat penetapan minda dalam menentukan
gaya pembelajaran.
merangsang pemikiran kritikal dalam
penyelesaian masalah.
membina disiplin diri dalam pembelajaran.
mengekalkan ingatan dengan lebih lama terhadap
perkara yang telah dipelajari berbanding belajar
secara pasif.
10
Modul Pembelajaran Akses Kendiri
MENGAPAKAH PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI
DIRPERLUKAN?
PeAK diperlukan oleh guru untuk:
Memotivasikan murid belajar Menyediakan aktiviti
sendiri dalam mencari pemulihan, pengukuhan dan
maklumat atau rujukan dalam pengayaan dalam
pembelajaran mereka. pembelajaran murid.
Menyediakan aktiviti Persediaan pelbagai situasi
pembelajaran semasa guru seperti pandemik, endemik,
tiada di sekolah. bencana alam dan
sebagainya.
11
Modul Pembelajaran Akses Kendiri
PeAK diperlukan oleh murid untuk:
Mengakses sumber maklumat Menyediakan tugasan dan
seperti buku-buku, bahan slaid persembahan
bercetak atau bahan digital berkaitan dengan
yang berkaitan. pembelajaran mereka.
Berkomunikasi dengan guru Berkolaborasi dengan murid
dan murid lain secara lain tentang pembelajaran
bersemuka atau dalam talian. mereka.
12
Modul Pembelajaran Akses Kendiri
BAHAN PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI
Bahan PeAK berupa pelbagai jenis bahan bercetak, bukan bercetak,
bahan digital/multimedia, hasil kerja murid dan boneka bagi memenuhi
keperluan murid yang mempunyai pelbagai cara pembelajaran dan
tahap penguasaan. Bahan-bahan ini terdiri daripada pelbagai aras iaitu
aras rendah, sederhana dan sukar.
Bahan bercetak Bahan bukan bercetak
lembaran kerja model
buku realia
surat khabar bahan maujud
majalah permainan
poster
brosur Hasil kerja murid
graf tulisan
peta esei
papan permainan puisi
Bahan digital/multimedia kajian ringkas
lukisan
media sosial
aplikasi pembelajaran kraf tangan
perisian pembelajaran
video/audio Boneka
teks digital
realiti terimbuh (AR) boneka
model permainan digital pentas boneka
diorama
13
PROSES PELAKSANAAN
PEMBELAJARAN
AKSES KENDIRI
Modul Pembelajaran Akses Kendiri
PERSEDIAAN MURID
Persediaan murid ialah proses menyediakan
murid supaya mereka dapat belajar secara
berdikari sebelum melaksanakan PeAK. Semasa
proses ini, murid dibimbing untuk ‘belajar cara
belajar’ dan belajar secara berdikari bersama
atau tanpa bantuan guru. Murid dilatih untuk
belajar menggunakan bahan akses kendiri dan
seterusnya menjalankan penilaian kendiri. Oleh
itu, persediaan murid perlu dijalankan secara
sistematik.
Aktiviti Persediaan
Menjalankan Aktiviti Orientasi
Guru memperkenalkan kepada murid sumber dan bahan
sokongan PeAK serta kaedah merekod dan memantau
kemajuan pencapaian mereka.
Melatih Kemahiran Belajar
Guru melatih murid ‘belajar cara belajar’ supaya dapat
menjalankan tugasan di ruang PeAK secara berdikari,
berkeyakinan dan produktif.
Menentu Aras
Guru menentukan aras pengetahuan dan kemahiran murid
melalui pelbagai jenis penilaian supaya bahan PeAK yang
sesuai dapat dipilih.
Memantau Perkembangan Murid
Guru membantu murid memahami gaya pembelajaran mereka
berpandukan kepada rekod kemajuan dan pencapaian murid.
16
Modul Pembelajaran Akses Kendiri
RUANG PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI
Ruang PeAK membolehkan murid mencari dan memilih sumber
pembelajaran. Ruang PeAK seperti berikut boleh disediakan.
Sudut pembelajaran di dalam bilik darjah.
(contoh: sudut bacaan, papan kenyataan)
Sudut pembelajaran di kawasan luar bilik darjah
(contoh: ruang legar, taman, kantin).
Sudut pembelajaran secara maya.
(contoh: laman sesawang, DELIMa, Google Meet)
Sudut pembelajaran di luar sekolah.
(contoh: bilik bacaan di rumah, perpuskataan
awam, pusat komuniti)
17
Modul Pembelajaran Akses Kendiri
Tujuan Ruang PeAK disediakan adalah untuk :
menyimpan pelbagai jenis bahan PeAK
secara sistematik yang boleh diakses di
dalam atau di luar waktu pembelajaran.
memberi peluang murid untuk mengakses
kepada pelbagai mata pelajaran tanpa
penyeliaan guru.
menggalakkan murid memilih bahan PeAK
yang bersesuaian dengan gaya
pembelajaran mereka.
memberi ruang kepada murid untuk belajar
secara individu, berpasangan atau
berkumpulan.
18
Modul Pembelajaran Akses Kendiri
MENGENAL PASTI GAYA PEMBELAJARAN
Gaya pembelajaran ialah pendekatan
atau cara seseorang itu belajar. Gaya
pembelajaran yang dipilih adalah
bergantung kepada murid tersebut. Oleh
itu, guru harus memberi tumpuan
kepada keberkesanan cara seseorang
murid itu belajar.
Kajian menunjukkan bahawa prestasi
murid yang diajar mengikut gaya
pembelajaran yang bersesuaian
adalah lebih baik daripada murid
menggunakan gaya pembelajaran
yang tidak sesuai dengan mereka.
Mengenal gaya pembelajaran murid yang bersesuaian adalah penting
agar murid:
dapat belajar mengikut
keselesaan dan kesesuaian
sendiri.
dapat belajar dengan lebih
berkesan dan bermakna.
lebih fokus terhadap perkara
yang dipelajari
19
Modul Pembelajaran Akses Kendiri
Gaya Pembelajaran Visual
Gaya pembelajaran visual adalah
kecenderungan kepada penerokaan
melalui deria penglihatan seperti
melihat sesuatu teks, gambar rajah
atau objek. Murid lebih mudah
mengingati, memahami arahan dan
penerangan menerusi pembacaan
teks, gambar rajah, peta dan lain-lain.
Contoh aktiviti: Bercerita
Murid menceritakan situasi yang dilihat
dalam gambar.
Gaya Pembelajaran Auditori
Gaya pembelajaran auditori banyak bergantung kepada deria
pendengaran. Murid boleh mengingati penerangan melalui bacaan kuat
atau menggerakkan bibir ketika membaca. Murid dapat mengukuhkan
ingatan dengan mendengar semula rakaman pita audio, mengajar
murid lain dan berbincang dengan guru. Murid auditori adalah murid
yang cenderung secara semula jadi suka mendengar muzik, bercakap
lebih cepat, mencondong kepala mereka pada satu sudut untuk
mendengar dengan lebih baik dan sering menggunakan corak bahasa
selaras dengan pendengaran.
Contoh aktiviti: Perbincangan
Murid berbincang mengenai sesuatu topik atau mencari jalan
penyelesaian sesuatu masalah.
20
Modul Pembelajaran Akses Kendiri
Gaya Pembelajaran Kinestetik
Gaya pembelajaran kinestetik adalah
kecenderungan kepada pembelajaran
secara hands-on untuk memproses
maklumat secara fizikal melalui
pergerakan tangan, badan dan ekspresi.
Murid sesuai belajar dengan mencatat
nota, berinteraksi dengan komputer
berbanding dengan membaca atau
mendengar. Murid kinestetik dapat
memahami dan mengingati bahan
pembelajaran sekiranya mereka belajar
secara aktif seperti melukis, membina
model, bersukan, menari dan
menjalankan eksperimen.
Contoh aktiviti: Melukis
Murid melukis peta alir berkaitan proses pemejalwapan dalam mata
pelajaran Sains.
Gaya Pembelajaran Olfaktori
Gaya pembelajaran olfaktori banyak bergantung
kepada deria bau. Melalui perkaitan yang dipelajari,
bau boleh membantu murid belajar dengan lebih
berkesan. Contohnya, murid mengenal pasti pelbagai
bahan yang mempunyai bau yang berbeza.
Contoh: Eksperimen
Murid meneka buah-buahan dengan bau atau mengingati
bahan yang digunakan untuk sesuatu masakan melalui
deria bau.
Gaya Pembelajaran Gustatori
Gaya pembelajaran gustatori banyak bergantung
kepada deria rasa. Murid belajar mengesan rasa
manis, pahit, masam, masin dan *umami.
Contoh aktiviti: Eksperimen
Murid mengenal makanan melalui deria rasa.
* Umami: rasa berlauk, gurih atau savori yang merupakan satu daripada lima rasa asas
21
Modul Pembelajaran Akses Kendiri
KEMAHIRAN BELAJAR
Kemahiran belajar perlu dikembangkan kepada semua murid supaya
mereka peka dengan teknik-teknik pembelajaran yang berkesan.
Dengan kemahiran ini juga, murid dapat mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan dalam proses belajar mereka dan seterusnya mereka boleh
mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memperbaiki
sesuatu kelemahan.
Berikut adalah beberapa kemahiran belajar yang perlu dipelajari oleh
murid:
22
Modul Pembelajaran Akses Kendiri
Belajar Cara Belajar
Belajar Cara Belajar (BCB) ialah proses atau teknik belajar sama ada
belajar bersama guru atau tanpa guru. BCB dapat membantu murid
mengenal pasti kelemahan dan kekuatan dalam proses pembelajaran di
dalam atau di luar bilik darjah untuk memaksimumkan pencapaian
dalam pelajaran.
Rasional memperkenalkan BCB adalah seperti berikut:
Murid perlu belajar untuk memperoleh maklumat
tambahan di luar waktu persekolahan.
Murid perlu bertanggungjawab terhadap pembelajaran
mereka.
Murid perlu belajar untuk memperoleh maklumat
tambahan di luar waktu persekolahan.
Murid perlu meningkatkan keupayaan mereka untuk
mempelajari sesuatu.
Murid perlu diberi peluang menggunakan pelbagai alat
dan pelantar teknologi (nota dalam talian, pembuat
graf, media sosial, dan aplikasi mudah alih) supaya
pembelajaran lebih mudah.
Kemahiran BCB sejajar dengan matlamat pendidikan
untuk menyemai kemahiran belajar seumur hidup di
kalangan murid.
23
Modul Pembelajaran Akses Kendiri
Strategi Belajar Cara Belajar
Sela Masa Pembelajaran
Murid merancang dan membuat jadual belajar
setiap hari. Masa belajar yang diagihkan kepada
beberapa hari adalah lebih baik daripada belajar
secara berterusan dalam sehari.
Interleaving
Murid menggabungkan pelbagai mata pelajaran
atau tajuk semasa belajar untuk meningkatkan
pengetahuan mereka. Hal ini dapat membantu
murid mengintegrasi pelbagai disiplin ilmu untuk
pembelajaran yang mendalam.
Mengingati Semula
Murid mengimbas perkara yang dipelajari dengan
menulis nota.
24
Modul Pembelajaran Akses Kendiri
Memberi Contoh Konkrit
Guru boleh memberi contoh yang jelas untuk
membantu murid memahami idea abstrak. Murid
akan mencipta contoh konkrit dan menerangkan
kepada rakan untuk memperkukuh pembelajaran.
Membuat Huraian
Murid membuat huraian perkara yang dipelajari
dengan merujuk pelbagai sumber untuk membantu
mereka memahami sesuatu konsep dengan jelas.
Strategi ini boleh dilakukan secara bersendirian
atau berpasangan.
Menggunakan Pengekodan Dual(Dual coding)
Pengekodan dual adalah strategi yang
menggabungkan maklumat lisan dan visual untuk
membantu murid belajar. Contohnya, murid boleh
menerangkan sesuatu maklumat melalui bahan
visual atau secara lisan.
25
Modul Pembelajaran Akses Kendiri
PENILAIAN KENDIRI
Murid merupakan penilai terbaik terhadap pembelajaran mereka.
Modul ini memberi penekanan kepada pelaksanaan penilaian kendiri
yang membolehkan murid :
menilai dan membuat refleksi
terhadap pembelajarannya.
mengurangkan kebergantungan
kepada guru.
merancang pembelajaran
seterusnya.
berfikir secara kritis.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) boleh digunakan untuk
mengukur tahap penguasaan pengetahuan, kemahiran dan sikap
murid berbanding kriteria yang ditetapkan. Murid boleh mendapatkan
maklum balas mengenai pencapaian dan kemajuan mereka dan
membuat refleksi tentang pembelajaran mereka sendiri.
26
Modul Pembelajaran Akses Kendiri
Instrumen
Penilaian kendiri boleh dilaksanakan
dengan menggunakan pelbagai
instrumen. Contohnya: senarai semak,
borang jurnal, refleksi, soal selidik,
perbincangan yang berstruktur.
Contoh senarai semak penilaian
kendiri:
Rubrik
Rubrik ialah suatu alat yang distrukturkan oleh guru bagi membantu
murid mengenal pasti tahap pencapaiannya. Guru juga boleh membina
rubrik bersama murid secara kolaboratif. Kemahiran yang hendak
dinilai menggunakan rubrik hendaklah berdasarkan objektif
pembelajaran.
Contoh Rubrik Penentuan Tahap Pencapaian Pendidikan Seni Visual
Aktiviti Menggambar Selepas Penggunaan Abjad
27
PERANAN GURU, IBU BAPA
DAN MURID DALAM
PEMBELAJARAN
AKSES KENDIRI
Modul Pembelajaran Akses Kendiri
PERANAN GURU
Bertanggungjawab terhadap
pembelajaran.
Mengenali dan mengetahui tahap
penguasaan dan gaya pembelajaran
murid.
Menyesuaikan pengajaran dengan
gaya pembelajaran murid.
Membimbing murid untuk
melaksanakan PeAK.
Merancang dan menyediakan bahan
PeAK yang bersesuaian.
Memantau perkembangan murid.
30