The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ABDUL RASHID BIN KEFELE, 2024-03-20 22:16:33

Panduan Pengurusan Dokumen Rasmi

Dokumen rasmi JPN Selangor

83 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n 7.2 Penggunaan Bahasa dalam Penulisan Surat Rasmi dan Memo Menurut Asmah (2016), bahasa dalam surat-menyurat lebih banyak menggunakan kata atau ungkapan-ungkapan tertentu berbanding dengan kata-kata atau ungkapan-ungkapan yang lain. Perkataan seperti memohon, makluman, dimaklumkan, diarahkan, disahkan, dinyatakan, dihargai, difahamkan dan sebagainya kerap ditemui dalam surat rasmi. Selain itu, dalam surat rasmi juga terdapat penggunaan ungkapan-ungkapan yang menunjukkan perkaitan fikiran yang dengan sendirinya membayangkan perkaitan peristiwa-peristiwa yang berlaku. Ungkapan-ungkapan ini dikenali sebagai penanda wacana. Menurut Asmah (2016) lagi, penanda-penanda wacana ini boleh dibahagikan menurut jenis makna dan kata yang ditimbulkannya, seperti yang berikut: a) Penanda rujukan Antara ungkapan yang kerap digunakan sebagai penanda rujukan adalah seperti yang berikut: i. Merujuk kepada perkara yang tersebut di atas... ii. Berhubung dengan perkara tersebut... iii. Sehubungan dengan perkara itu... iv. Berdasarkan maklumat yang disampaikan... v. Menurut laporan yang diterima... vi. Perkara di atas dirujuk. b) Penanda penyertaan Penanda ini diungkapkan seperti yang berikut: i. Bersama-sama ini kami sertakan... ii. Dengan ini dilampirkan... iii. Pihak kami lampirkan di sini salinan surat... c) Penanda makluman Ungkapan-ungkapan yang menunjukkan adanya pemakluman yang dibuat, seperti: i. Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa... ii. Seperti yang tuan/puan sedia maklum... iii. Sukacita dimaklumkan bahawa... iv. Dukacita dimaklumkan bahawa... d) Penanda sebab-musabab Ungkapan-ungkapan yang menunjukkan perkaitan sebab-musabab antara sesuatu peristiwa dengan peristiwa yang lain, antaranya: i. Berhubung dengan perkara tersebut, jabatan ini... ii. Atas kesilapan yang tidak disengajakan itu, kami... iii. Oleh sebab saya hendak pergi ke majlis itu, saya ingin mencadangkan supaya ...


84 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n e) Penanda perintah Ungkapan-ungkapan yang menunjukkan perintah atau arahan diberikan seperti: i. Tuan diminta mengemukakan ... ii. Dengan ini tuan diarahkan ... iii. Pihak tuan dikehendaki ... f) Penanda matlamat Penanda jenis ini menunjukkan adanya matlamat atau tujuan yang hendak dicapai dalam surat tersebut. Antara ungkapan yang digunakan bagi menggambarkan perkara tersebut ialah: i. Bagi tujuan tersebut ... ii. Untuk pengetahuan tuan, surat ini bertujuan untuk ... iii. Untuk makluman tuan, program tersebut diadakan bagi ... g) Penanda perwakilan Penanda jenis ini menggambarkan wujudnya perwakilan atau pelaksanaan sesuatu tugas bagi pihak individu tertentu, seperti: i. Bagi pihak jabatan ini, saya ... ii. Saya bagi pihak majlis ingin ... iii. Bagi pihak rakan-rakan sejawat, saya ... h) Penanda pendapat Penanda ini digambarkan dengan adanya perkataan pendapat, fikiran, hemat atau pandangan, sepertI: i. Pada pendapat saya, cadangan tuan itu boleh dilaksanakan. ii. Pada pandangan kami, perkara itu boleh ... iii. Dalam hal ini, kami berpendapat bahawa ... i) Penanda sambungan Antara ungkapan yang menunjukkan penanda sambungan ialah: i. Merujuk percakapan telefon antara ... ii. Sebagai lanjutan daripada surat saya yang bertarikh ... iii. Sebagai susulan daripada pertemuan ... j) Penanda sikap Penanda sikap wujud hasil penggunaan kata-kata bersifat emotif yang menggambarkan perasaan yang boleh bersifat positif atau negatif. Contoh ayat-ayat yang bersifat positif ialah: i. Pihak kami mengucapkan terima kasih atas segala bantuan yang pihak tuan berikan. ii. Atas kerjasama tuan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. iii. Sukacita diberitahu bahawa tuan telah dipilih untuk mewakili jabatan ke majlis tersebut.


85 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n Contoh ayat-ayat yang menunjukkan sikap negatif ialah: i. Dukacita dimaklumkan bahawa tuan tidak berjaya dalam temu duga pemilihan calon bagi jawatan tersebut. ii. Saya memandang berat terhadap kejadian itu. iii. Kami keberatan menerima cadangan tuan ... k) Penanda antisipasi Ungkapan yang digunakan untuk menunjukan adanya antisipasi ialah dahului dan didahului. Misalnya: i. Atas kerjasama tuan itu, saya dahului dengan ucapan terima kasih. ii. Atas segala kerjasama tuan, kami dahului dengan ucapan terima kasih. iii. Segala pehatian dan keperihatinan tuan dalam perkara ini sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. l) Penanda penamat Penanda penamat menunjukkan bahawa surat tersebut akan berakhir. Sebagai contoh: i. Sekian, terima kasih. ii. Sekian untuk perhatian dan makluman tuan. iii. Sekian dimaklumkan. m) Penanda harapan Ungkapan-ungkapan yang menggambarkan harapan yang diluahkan oleh penulis surat terhadap penerima. Contohnya: i. Besarlah harapan kami ... ii. Sudilah kiranya tuan ... iii. Harap dalam penerimaan dan perhatian tuan. n) Penanda nasihat Ungkapan-ungkapan yang menunjukkan penulis ingin menyampaikan nasihat menerusi surat tersebut, seperti: i. Tuan dinasihatkan supaya hadir .. ii. Tuan dinasihatkan supaya menjelaskan ... iii. Tuan diingatkan supaya mematuhi segala ... o) Penanda permohonan Ungkapan-ungkapan yang menggambarkan permohonan daripada penulis surat, seperti: a) Kami memohon kerjasama tuan untuk ... b) Tuan diminta supaya ... c) Jasa baik tuan dimohon bagi ... p)Penanda penegas Ungkapan-ungkapan yang digunakan bagi menegaskan lagi tentang sesuatu perkara. Sebagai contohnya:


86 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n i. Tuan/puan diwajibkan hadir .. ii. Tuan dikehendaki menjelaskan ... iii. Tuan telah didapati ... 7.3 Penggunaan Ayat Pasif dalam Surat-menyurat Ayat-ayat pasif lebih kerap digunakan dalam surat-surat rasmi kerana ayat-ayat seperti ini akan menimbulkan suasana tak peribadian dan tak bersahaja berbanding penggunaan ayat aktif. Dengan tidak menyebut pelaku, khususnya dalam ayat pasif akan menjadikan surat tersebut bersifat tak peribadian. Ayat-ayat pasif ini boleh mengurangkan sifat mengarah terutama dalam suasana memberi perintah. Situasi ini sedikit sebanyak boleh meredakan emosi penerima arahan tersebut. Dalam ayat pasif, objek dipentingkan atau diutamakan bukannya pelaku. Keadaan ini akan memperlihatkan kepentingan objek atau penerima surat tersebut. Ayat contoh: a) Sehubungan dengan itu, tuan dimohon hadir ke pejabat ini dengan segera. (ayat pasif) b) Sehubungan dengan itu, saya memohon tuan hadir ke pejabat ini dengan segera. (ayat aktif) Ayat (a) bersifat tak peribadian berbanding ayat (b) dan kurang memperlihatkan sifat mengarah. Keadaan ini lebih mesra kepada penerima surat yang terpaksa melaksanakan tugasan atau arahan tertentu. 7.4 Kesalahan Tatabahasa dalam Surat Rasmi dan Memo Penggunaan tatabahasa yang betul dalam penulisan surat rasmi dan memo perlu diambil berat oleh pemimpin pendidikan. Penggunaan tatabahasa yang salah boleh memberikan gambaran serta imej yang negatif penerima terhadap pengirim. Walau bagaimanapun, terdapat pemimpin pendidikan yang tidak mengambil berat tentang penggunaan tatabahasa ketika menulis surat rasmi dan memo. Sebagai pemimpin bagi sesebuah organisasi, amatlah tidak wajar dan mendukacitakan jika amalan penggunaan Bahasa Melayu yang salah dalam penulisan surat rasmi dan memo dilakukan secara berterusan tanpa rasa kesal atau bersalah. Di sini, disertakan secara ringkas mengenai kesalahan umum dalam aspek tatabahasa yang sering dilakukan dalam penulisan surat rasmi dan memo. a) Penggunaan Kata Pemeri Seperti yang sedia maklum bahawa dalam Bahasa Melayu, terdapat dua kata pemeri iaitu ialah dan adalah. Menurut Kamus Dewan, kata pemeri ialah menjadi pemeri hal


87 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Sering kali terdapat penulis surat rasmi dan memo melakukan kesalahan dalam penggunaan kata pemeri khususnya kata pemeri adalah. Berikut beberapa contoh penggunaan kata pemeri yang salah: Adalah dimaklumkan… Tuan adalah dimaklumkan… Adalah saya merujuk surat tuan… Menurut Tatabahasa Dewan (2009), kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan kata kerja. Contohnya: …adalah dirujuk (salah). b) Penggunaan Kata “di” Kesalahan penggunaan kata “di” juga sering ditemui dalam surat rasmi dan memo. Walaupun nampak mudah tetapi ramai juga masih keliru tentang penggunaan kata “di” dan kesalahan ini dilakukan secara berterusan. Dalam Bahasa Melayu, penggunaan kata “di” digunakan dalam dua keadaan iaitu “di” yang dijarakkan dari perkataan berikutnya dan kata “di” yang digunakan atau ditulis rapat dengan perkataan berikutnya. Kata “di” yang berfungsi sebagai kata depan ditulis dengan jarak dan kata “di” yang berfungsi sebagai imbuhan ditulis rapat. Sebagai contoh di sekolah (dijarakkan) dan dimakan (dirapatkan). Menurut Tatabahasa Dewan, (2009), kata “di” dapat dibahagikan kepada dua fungsi. Fungsi pertama sebagai kata depan dan fungsi kedua sebagai imbuhan. Kata “di” yang dieja atau ditulis rapat merujuk kepada perbuatan, manakala “di” yang dieja atau ditulis jarak merujuk kepada tempat. Contoh yang tepat: Menunjukkan perbuatan Menunjukkan lokasi dimakan, diminum, ditulis, dimaklumkan, diingatkan, dipapah, dimandikan, dihantar dan sebagainya. di sekolah, di kedai, di pantai, di dalam hutan, di pejabat, di universiti, di lautan dan sebagainya. Semasa menulis surat rasmi dan memo, perlu dipastikan bahawa penggunaan kata depan “di” ditulis dengan betul. Berikut beberapa contoh penggunaan “di” yang salah. Bil Salah penggunaan Sepatutnya 1 Di maklumkan bahawa jawatankuasa … Dimaklumkan bahawa jawatankuasa … 2 Dimajlis tersebut tuan hendaklah… Di majlis tersebut tuan hendaklah… 3 Hadiah akan di sampaikan oleh YBhg. Datuk Azmi… Hadiah akan disampaikan oleh YBhg. Datuk Azmi…


88 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n 4 Ibu bapa perlu makan didalam bilik yang telah disediakan. Ibu bapa perlu makan di dalam bilik yang telah disediakan. 5 Permohonan tuan telah di proses sejak dua minggu yang lalu. Permohonan tuan telah diproses sejak dua minggu yang lalu. c) Penggunaan Kata Majmuk Masalah penggunaan kata majmuk juga sering ditemui dalam penulisan surat rasmi dan memo. Kadang-kadang didapati bahawa pemimpin pendidikan tidak mengambil berat akan hal ini dan kesalahan dalam penggunaan kata majmuk terus diulang tanpa rasa kesal. Kata majmuk merupakan kata atau perkataan yang terhasil melalui proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Dalam Bahasa Melayu, 15 perkataan majmuk dikategorikan sebagai mantap dan kata majmuk mantap dieja sebagai satu perkataan. Berikut merupakan kata majmuk mantap: antarabangsa beritahu bumiputera jawatankuasa kakitangan olahraga kerjasama matahari setiausaha sukarela suruhanjaya tandatangan warganegara pesuruhjaya tanggungjawab Selain kata majmuk mantap, ia dieja secara berasingan atau dieja dalam dua perkataan, iaitu seperti yang berikut: mata pelajaran reka bentuk atur cara urus setia darah panas segi tiga tengah hari bandar raya jalan raya alat tulis


89 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n Berikut disertakan beberapa contoh penggunaan kata majmuk dalam surat rasmi dan memo: Bil. Kesalahan Contoh: Sepatutnya 1 Jawatan kuasa sambutan telah menyediakan gimik sambutan yang menarik. Jawatankuasa sambutan telah menyediakan gimik sambutan yang menarik. 2 Berikut dinyatakan aturcara pada hari tersebut. Berikut dinyatakan atur cara pada pada hari tersebut. 3 Jamuan tengahari diadakan di dalam dewan besar. Jamuan tengah hari diadakan di dalam dewan besar. 4 Matapelajaran Bahasa Melayu mencatat keputusan yang cemerlang dalam SPM tahun lalu. Mata pelajaran Bahasa Melayu mencatat keputusan yang cemerlang dalam SPM tahun lalu. Berikut dinyatakan pula kata tunggal lazim yang dieja bercantum: sukacita dukacita daripada manakala bagaimana kepada peribadi dinihari hulubalang apabila barangkali peribahasa kadangkala Selain aspek tatabahasa yang telah dibincangkan di atas, terdapat juga beberapa aspek lain yang kerap salah penggunaannya yang dilakukan oleh pemimpin pendidikan. Walaupun mungkin tidak seserius yang dibincangkan di atas, tetapi tetap tidak boleh dianggap remeh. Antara aspek yang dimaksudkan ialah: i. ejaan; ii. penggunaan Imbuhan; iii. struktur ayat; iv. penggunaan tanda baca; dan v. penggunaan huruf besar dan huruf kecil.


90 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n 7.5 Kesalahan Lazim dalam Penulisan Surat Rasmi Antara kesalahan bahasa (perkataan/frasa yang dihitamkan) yang sering ditemukan dalam surat kiriman rasmi adalah seperti yang berikut: Bil. Kesalahan Contoh: Sepatutnya a) Dengan hormatnya surat kami bilangan 77 dalam siri yang sama, bertarikh 8 Oktober 2001 adalah dirujuk. (dirujuk) b) Adalah diharapkan pihak YBhg. Datuk/Tuan dapat memanjangkan maklumat ini kepada peserta dari Jabatan YBhg. Datuk/Tuan. (Pihak kami berharap…) c) Di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan, kami ucapkan terima kasih. (Atas sokongan…) d) Merujuk perkara di atas... (Perkara di atas dirujuk) e) Tuan juga dijemput untuk hadir pada sesi bengkel yang akan diadakan pada... (diundang) f) Sehubungan itu, besarlah harapan kami sekiranya saudara dapat mengisi borang yang dilampirkan bersama-sama surat ini. (Sehubungan dengan itu) g) Segala perhatian dan kerjasama saudara berhubung dengan perkara ini didahului dengan ucapan berbanyak terima kasih. (terima kasih) h) Agenda mesyuarat adalah seperti berikut: (seperti ketetapan yang berikut) i) Sehubungan itu, YBhg. Datin/tuan/puan adalah diharap untuk menghantar seorang guru... (Sehubungan dengan itu, … dimohon untuk) j) Perlantikan tuan/puan dan tugas pemeriksaan adalah SULIT di bawah peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972. (Pelantikan) k) Sehubungan dengan perkara tersebut, tuan adalah dengan segala hormatnya dilantik sebagai... (… tuan dilantik sebagai …..) l) Kehadiran tuan ke mesyuarat ini sangat dialu-alukan dan pihak urusetia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas kehadiran tuan. (urus setia … merakamkan penghargaan … atas) m) Adalah diharapkan jemputan ini dapat perhatian dan kebenaran dari pihak pentadbiran untuk dilepaskan dari sekolah pada waktu seminar itu diadakan. (Kami berharap undangan ini dapat … daripada) n) Berikut ialah butir-butir mengenai program tersebut: (Yang berikut ialah butirbutir tentang…) o) Jika pihak tuan ada apa-apa masalah, bolehlah pihak tuan berhubung dengan... (Sebarang pertanyaan, sila hubungi…) p) Tuan adalah dikehendaki untuk membawa bahanbahan berikut. (Tuan dimohon membawa bahan yang berikut.)


91 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n Bil. Kesalahan Contoh: Sepatutnya q) Jika sekiranya pihak tuan menghadapi sebarang masalah, pihak tuan... (Jika/Sekiranya..) r) Pihak tuan boleh menghubungi pegawai meja di talian 013-3690000. (melalui talian) s) Sudilah apa kiranya pihak tuan menerima jemputan kami. (Pihak kami berharap… undangan) 7.6 Kesalahan Penggunaan Kata Antara kesalahan penggunaan kata yang kerap berlaku ialah; a) Kesalahan Penggunaan Kata Ganti Diri Bagi kesalahan kata ganti diri, kesalahan yang kerap dikemukakan ialah ketidaktepatan penggunaan kata ganti diri dalam situasi ayat. Kesalahan Contoh: Sepatutnya 1. Pencuri itu diberkas ketika beliau cuba mencuri wang Encik Madzlan. 2. Mereka-mereka telah berkhemah di pinggir hutan itu selama tiga hari. 3. Kerbau-kerbau itu terpaksa dibunuh kerana ianya dijangkiti penyakit berjangkit. 1. Pencuri itu ditangkap ketika dia cuba mencuri wang Encik Madzlan. 2. Mereka telah berkhemah di pinggir hutan itu selama tiga hari. 3. Kerbau-kerbau itu terpaksa dibunuh kerana dijangkiti penyakit berjangkit. Ulasan Ringkas: - Kata ‘beliau’ hanya digunakan untuk orang yang dihormati sahaja. - Kata ‘mereka’ tidak boleh digandakan kerana telah menunjukkan maksud jamak. - Kata ‘ianya’ perlu digugurkan kerana kedua-dua kata ganti nama diri tersebut tidak boleh digabungkan. Kata ganti nama diri ‘ia’ juga tidak boleh digunakan untuk menunjukkan kata nama selain manusia. Kata ganti nama diri ‘ia’ merupakan singkatan daripada ‘dia’. b) Kesalahan Penggunaan Kata Bilangan Kesalahan penggunaan kata bilangan merupakan bentuk yang paling kerap dikemukakan dan merangkumi kesemua bentuk kata bilangan. Kesalahan Contoh: Sepatutnya 1. Tiap pelajar perlu mendisiplinkan diri untuk menjadi warganegara yang berguna. 2. Para-para guru perlu berkorban demi masa depan pelajar dan negara. 3. Setengah negara mengenakan hukuman yang berat ke atas pengedarpengedar dadah. 1. Setiap (atau tiap-tiap) pelajar ...... 2. Para guru (atau guru-guru) ...... 3. Sesetengah negara (atau: setengah-setengah negara) .....


92 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n Ulasan Ringkas - Kata ‘Setiap’ atau ‘Tiap-tiap’ tidak boleh disingkatkan sewenang-wenangnya. - Kata ‘para’ telah menunjukkan maksud jamak dan tidak boleh digandakan untuk menunjukkan bilangan kerana bermaksud ‘rak’. Kata ‘setengah’ pula merujuk kepada maksud ‘separuh’ atau ‘satu perdua’ bahagian. c) Kesalahan Penggunaan Kata Kerja Kesalahan yang kerap dikemukakan ialah tidak meletakkan imbuhan pada kata kerja atau menggugurkan awalan MeN... pada kata kerja transitif atau kesalahan meletakkan objek tepat pada kata kerja. Kesalahan Contoh: Sepatutnya esalahan Contoh: 1. Ahmad kerap jalan kaki ke sekolah. 2. Pak Osman sering nasihat anaknya supaya berbuat baik. 3. Tuan hakim telah menjatuhi hukuman penjara selama lima tahun ke atas pencuri itu. 1. ........ berjalan kaki ..... 2. ........ menasihati anaknya ........ 3. ........ menjatuhkan hukuman .... 4. atau ........ menjatuhi pencuri itu... d) Kesalahan Pembentukan Kata Adjektif Sesetengah kata adjektif tidak nyata yang bersifat emotif (perasaan) dapat di perluas dengan menambahkan frasa nama selepas kata adjektif berkenaan. Sekiranya hal ini berlaku, kata adjektif berkenaan perlu menerima kata sendi nama. Kata adjektif berkenaan tidak boleh menerima akhiran ‘kan’ untuk menggantikan kata sendi nama ‘akan’. Kata adjektif berkenaan juga tidak boleh diikuti terus oleh kata nama tanpa kata sendi nama. Kesalahan Contoh: 1. Saya sayang akan negara ini. 2. Mereka suka akan makanan yang tidak mengandungi lemak. 3. Saya percaya bahawa Ahmad akan datang sebentar lagi. e) Kesalahan Penggunaan Kata Ganti Kata ganti tak tentu merupakan kesalahan yang kerap dikemukakan dalam peperiksaan. Kata ganti tak tentu digunakan untuk menggantikan sesuatu sama ada benda (apa-apa), orang (siapa-siapa atau sesiapa), tempat (mana-mana), masa (bila-bila) dan bilangan (beberapa). Penggunaannya mesti digandakan dalam ayat-ayat penyata kerana tanpa penggandaan perkataan berkenaan akan membentuk kata ganti pertanyaan dalam ayat-ayat tanya. Kesalahan Contoh: Sepatutnya 1. Saya tidak pergi ke mana pun semasa cuti persekolahan yang lalu. 2. Kamu boleh datang ke rumah kami bila sahaja kamu suka. 3. Siapa sahaja yang melakukan kesalahan mengedarkan dadah akan dikenakan hukuman gantung sampai mati. 1. .....pergi ke mana-mana pun ..... 2. .....ke rumah kami bila-bila ..... 3. Siapa-siapa/Sesiapa sahaja yang ......


93 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n f) Kesalahan Penggunaan Kata Sendi dan Kata Hubung. Kesalahan yang sering dikesan ialah kesalahan penggunaan kata sendi dan kata hubung yang tidak tepat dengan maksud atau kehendak ayat. Kesalahan Contoh: Sepatutnya 1. Saya baru pulang daripada rumah nenek. 2. Kami akan menghubungi saudara daripada semasa kepada semasa. 3. Kami amat terpesona dengan keindahan pulau itu. 1. ........pulang dari rumah........ 2. ........dari semasa ke semasa........ 3. ........oleh keindahan ... Ulasan ringkas: - rumah nenek menunjukkan tempat dan mesti menerima kata sendiri ‘dari’. - ‘semasa’ menunjukkan masa dan perlu menerima kata sendi dari atau ‘ke’. - Penggunaan kata hubung ‘dengan’ menunjukkan maksud bersama. Contohnya; Dia datang dengan Maisarah. g) Kesalahan Penggunaan Kata yang Tidak Tepat Dengan Maksud Ayat. Kesalahan yang kerap dikemukakan ialah penggunaan kata yang tidak tepat dalam ayat terutamanya pada kata kerja dan kata adjektif yang hampir sama maksud. Kesalahan Contoh: Sepatutnya 1. Dia menangis tersipu-sipu kerana sedih dengan kejadian itu. 2. Banyak kawasan pendalaman di negara ini telah dimajukan. 3. Mail selalu merengek kerana kerap dibebani tugas yang berat oleh ketuanya. 1. ........menangis tersedu-sedu...... 2. ........kawasan pedalaman........ 3. ........selalu merungut kerana...... Ulasan Ringkas: - Kata ‘tersipu-sipu’ hanya digunakan bagi maksud perasaan malu. - Kata ‘pendalaman’ menunjukkan maksud menerangkan kata kerja mendalamkan. Maksud ayat ialah kawasan. - Kata ‘merengek’ menunjukkan maksud meminta-minta dengan suara manja. h) Kesalahan Penggunaan Penjodoh Bilangan. Kerapkali kesalahan yang dikemukakan ialah meletakkan penjodoh bilangan pada kata nama abstrak ataupun pada kata bilangan tak tentu. Kesalahan Contoh: Sepatutnya 1. Dia mempunyai sebuah impian untuk menjadi seorang angkasawan. 2. Semua orang pelajar dikehendaki mematuhi peraturan sekolah. 3. Kebakaran itu telah memusnahkan seluruh buah bangunan itu. 1. ........mempunyai impian....... 2. Semua pelajar........ 3. ........memusnahkan seluruh bangunan........


94 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n Ulasan Ringkas: Penjodoh bilangan tidak boleh digunakan bersama kata nama abstrak dan kata bilangan tak tentu kecuali kata bilangan tak tentu ‘beberapa’. i) Kesalahan Penggunaan Imbuhan Kesalahan yang kerap dikemukakan ialah penggunaan imbuhan yang tidak tepat dengan maksud ayat atau menyalahi hukum pembentukan imbuhan. Kesalahan Contoh: Sepatutnya 1. Ahli politik itu cuba memperluaskan pengaruhnya ke seluruh negara. 2. Malaysia telah mengalami penumbuhan ekonomi yang pesat. 3. Kami telah menemui mayat itu di bawah pokok bakau. 1. ........memperluas pengaruhnya..... 2. ........mengalami pertumbuhan ekonomi........ 3. ........telah menemukan mayat itu... Ulasan Ringkas: - Kata adjektif ‘luas’ tidak boleh menerima imbuhan ‘Memper...kan’ – hanya menerima ‘MeN... kan/i’ atau ‘Memper...’ - Kata ‘penumbuhan’ terbit daripada kata kerja menumbuhkan sedangkan maksud ayat menunjukkan ber.... - Kata ‘menemui’ menunjukkan maksud bertemu atau berjumpa dengan seseorang. 7.8 Kesalahan Penggunaan Frasa Antara kesalahan dari segi frasa yang kerap dilakukan ialah: a) Kesalahan Frasa Nama Kesalahan yang kerap ialah kesalahan penggunaan bentuk jamak ataupun kata bilangan, kata nama majmuk, rangkai kata setara dan hukum DM. Kesalahan Contoh: Sepatutnya 1. Kesemua peserta-peserta seminar itu dihadiahi cenderamata sebagai kenangkenangan. 2. Kami akan membincangkan lain-lain hal dalam mesyuarat tersebut. 3. Alat tulis-alat tulis itu kami beli dari kedai buku berhampiran. 4. Ibu-ibu bapa pelajar sekolah itu diwajibkan hadir ke majlis penyerahan keputusan peperiksaan anak-anak mereka. 5. Para-para guru diseru oleh Menteri Pendidikan agar sentiasa peka dengan perkembangan teknologi maklumat. 1. Kesemua peserta (atau pesertapeserta) seminar itu....... 2. ......membincangkan hal-hal lain dalam mesyuarat...... 3. Alat-alat tulis (atau semua alat tulis) itu kami beli...... 4. Para ibu bapa pelajar sekolah itu..... 5. Para guru (atau guru-guru) diseru......


95 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n Ulasan ringkas: - Kata nama yang telah digandakan dan menunjukkan bilangan tidak boleh menerima kata bilangan lagi. Namun kata nama yang digandakan tetapi tidak menunjukan bilangan perlu menerima kata bilangan seperti ‘semua kanakkanak’ atau ‘semua rama-rama’. - Perkataan ‘hal’ harus mendahului perkataan ‘lain’ dan digandakan untuk menunjukkan hal yang banyak, bukannya lain yang banyak. - Kata majmuk ‘alat tulis’ tidak boleh digandakan keseluruhannya, memadai digandakan perkataan pertama sahaja atau menerima kata bilangan. - Perkataan ‘ibu bapa’ merupakan rangkai kata setara yang boleh diselitkan perkataan ‘dan’ ataupun ‘atau’ dan tidak boleh digandakan langsung, sebaliknya hanya menerima kata bilangan untuk menunjukkan jumlah. - Sama sebagaimana dalam ayat (1). b) Kesalahan Frasa Kerja Pasif Kesalahan yang kerap dikemukan ialah pembentukan frasa kerja pasif kata ganti diri pertama dan kedua yang tidak tepat atau menyisipkan apa-apa perkataan sama ada kata bantu atau kata sendiri antara pelaku dan kata kerja pasif diri pertama dan kedua. Selain itu kesalahan pembentukan frasa kerja pasif ialah kata ganti diri ketiga yang tidak tepat iaitu mengikut bentuk ayat pasif kata ganti nama diri pertama atau kata ganti nama diri kedua. Selain itu juga terdapat ayat pasif kata ganti nama diri ketiga yang menerima keterangan selepas kata kerja yang menggugurkan kata sendi nama ‘oleh’. Kesalahan Contoh: Sepatutnya 1. Bahan-bahan buangan itu mereka kumpulkan sebelum dilupuskan di tapak pelupusan. 2. Bahan-bahan buangan itu dikumpulkan oleh kami sebelum dilupuskan di tapak pelupusan. 3. Alat tulis itu kami akan beli pada minggu depan. 4. Alat tulis itu perlu kamu membeli dengan secepat mungkin. 5. Ceramah kerjaya itu akan disampaikan pada hari esok seorang pakar motivasi. 1. ........ dikumpulkan (oleh) mereka ..... 2. ........ kami kumpulkan ........ 3. ........ akan kami beli ........ 4. ........ perlu kamu beli ........ 5. ........ disampaikan pada hari esok oleh seorang pakar motivasi. Ulasan ringkas: Proses pembentukan ayat pasif perlu difahami sebelum pelajar dapat menguasai apakah yang dikatakan ayat pasif. Ayat pasif merupakan ayat yang meletakkan ‘benda yang kena’ oleh perbuatan sebagai ‘subjek’ ayat. Dalam ayat 1 hingga 5 semua subjeknya ‘bahan buangan’, ‘alat tulis’ dan ‘ceramah’ merupakan benda yang kena oleh perbuatan. - ‘Mereka’ merupakan kata ganti nama diri ketiga yang perlu mengikut bentuk pasif yang betul iaitu didahului kata ganti nama diri baru kata kerja berimbuhan ‘di...kan’. Kata hubung ‘oleh’ merupakan unsur pilihan iaitu boleh wujud atau tidak wujud kerana selepas kata kerja pasif ‘dikumpulkan’ tiada sebarang keterangan.


96 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n - Ayat (1), (2) dan (3) mengandungi kata ganti nama diri pertama (kami) dan kata ganti nama diri kedua (kamu) yang meletakkan pelaku baru diikuti kata kerja pasif tanpa imbuhan awalan. Antara pelaku dan kata kerja juga tidak boleh ada kata bantu (akan, perlu). Kata bantu aspek atau kata bantu ragam perlu sebelum pelaku. - Ayat (5) memerlukan kata hubung ‘oleh’ disebabkan selepas kata kerja pasif ‘disampaikan’ merupakan keterangan masa baru diikuti pelaku (pakar motivasi). Tanpa kata hubung ‘oleh’ ayat tersebut merupakan ayat tergantung. d) Kesalahan Frasa Kerja Transitif dan Tak Transitif Kesalahan yang kerap dikemukakan merupakan kesalahan pembentukan frasa dan penggunaan imbuhan yang membentuk frasa kerja. Kesalahan Contoh: Sepatutnya 1. Kami akan menerangkan tentang perkara itu kepada mereka. 2. Aminah tidak mahu memulangkan semula buku itu kepada abangnya. 3. Mereka tidak dapat terima keputusan perlawanan itu lalu menarik diri daripada pertandingan. 4. Badrul berharap Ahmad akan menghubunginya sebaik sahaja sampai di Pulau Pinang. 5. Salleh berfikir kejadian itu tidak akan menjejaskan hubungannya dengan Kamil. 1. ..... akan menerangkan perkara itu ..... 2. ..... tidak mahu memulangkan buku itu semula ........ 3. ..... tidak dapar menerima keputusan ......... 4. ..... berharap agar Ahmad akan ........ 5. ..... berfikir bahawa kejadian itu........ Ulasan ringkas: - Pembentukan frasa kerja transitif dalam ayat (1) dan (2) memerlukan kata nama atau frasa nama sebagai pelengkap atau penyambut ataupun objek. Perkataan ‘menerangkan’ dan ‘memulangkan’ merupakan kata kerja transitif yang harus menerima ‘perkara itu’ dan ‘buku’ sebagai penyambut. Secara ringkas, selepas kata kerja transitif diikuti ‘apakah’ benda yang kena oleh perbuatan. - Ayat 3 memerlukan imbuhan ‘MeN’ (me, men, meN..i, meN...kan, meng, meny, menge) bagi membentuk frasa kerja transitif. - Ayat (4) dan ayat (5) membentuk frasa kerja tak transitif yang memerlukan kata sendi nama ataupun kata hubung ‘agar’ dan ‘bahawa’ sebagai penyambung kepada keterangan. Tanpa kata sendi nama ataupun kata hubung ayat tersebut membentuk kesalahan frasa.


97 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n e) Kesalahan Frasa Adjektif. Kesalahan yang kerap dikemukakan bagi kesalahan frasa adjektif ialah kesalahan dari segi pembentukannya dan penggunaan kata penguat yang tidak tepat. Kesalahan Contoh: Sepatutnya 1. Harris merupakan pelajar yang terpintar sekali di dalam kelasnya. 2. Mereka berpakaian begitu kemas benar untuk ke majlis tersebut. 3. Cikgu Adnin sering menjadi guru yang paling terawal sampai di sekolah pada setiap hari. 4. Pemuda itu menjadi begitu terkenal sekali setelah memenangi pingat emas di peringkat Sukan Olimpik. 5. Bangunan itulah yang paling tinggi sekali di Kuala Lumpur. 6. Saya sungguh benci kelakuan buruknya. 1. ........pelajar yang terpintar di dalam kelasnya. (atau) ...... pintar sekali di dalam kelasnya. 2. ........berpakaian begitu kemas untuk ......(atau) ........berpakaian kemas sekali untuk ...... 3. ........guru yang paling awal sampai......(atau)........guru yang terawal sampai ......... 4. ........menjadi begitu terkenal setelah .......(atau) .......menjadi terkenal sekali setelah....... 5. ........yang paling tinggi di Kuala Lumpur. (atau) ........yang tinggi sekali di Kuala Lumpur. 6. ........sungguh benci akan kelakuan buruknya. Ulasan ringkas: Dua kata penguat dalam frasa adjektif tidak boleh digunakan dalam satu adjekti kecuali kata penguat bebas (sungguh, sangat dan amat). Begitu juga dengan imbuhan ‘ter’ yang mendukung maksud darjah penghabisan tidak boleh menerima kata penguat kecuali kata-kata penguat bebas. Selain itu, kata adjektif perasaan juga memerlukan kata sendi nama untuk dihubungkan dengan keterangan (lihat ayat 6). Contoh dua kata penguat yang BOLEH digunakan dalam frasa adjektif ialah: ➢ amat cantik sekali ➢ sungguh besar sekali. ➢ sangat baik benar. ➢ teramat pandai. ➢ tersangat masyhur. Dua kata penguat bebas (sangat, sungguh dan amat) boleh digunakan bersama atau digabungkan dengan satu lagi penguat (biasanya kata penguat ‘sekali’) dalam satu adjektif seandainya salah satunya merupakan kata penguat bebas. f) Kesalahan Frasa Sendi Kesalahan yang kerap dikemukakan ialah pengguguran frasa sendi antara kata kerja transitif dan kata nama. Selain itu penggunaan kata sendi nama yang tidak tepat juga merupakan kesalahan lazim yang kerap dikemukakan dalam penulisan. Kesalahan Contoh: Sepatutnya 1. Mereka berasal dari sebuah keluarga yang besar. 1. ........berasal daripada sebuah keluarga...... 2. ........keluar dari hutan........


98 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n Kesalahan Contoh: Sepatutnya 2. Kami tidak menyangka bahawa mereka akan keluar daripada hutan itu secepat ini. 3. Mangsa-mangsa yang terlibat di dalam kebakaran itu akan ditempatkan di rumah panjang. 4. Dia melemparkan buku tersebut ke Azhar kerana terlalu marah. 5. Mereka memulakan kerja pembersihan itu daripada sudut kanan kawasan itu. 3. ........yang terlibat dalam kebakaran........ 4. ........melemparkan buku tersebut kepada Azhar........ 5. ........kerja pembersihan itu dari sudut kanan........ Ulasan ringkas: - Pembentukan frasa sendi perlu mengikut tujuan pembentukannya yang tepat. Sesuatu kata sendi yang membentuk frasa sendi tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya walaupun dalam keadaan biasa diterima dan difahami maksud frasa berkenaan. - Misalnya kata sendi ‘dari’ perlu digunakan untuk menunjukkan arah, tempat dan masa. Dalam ayat (3) frasa ‘di dalam kebakaran’ tidak boleh diterima sebagai betul kerana ‘kebakaran’ tidak menunjukkan maksud tempat sebaliknya bermaksud keadaan sesuatu atau hal. Maka kata sendi nama ‘di’ perlu digugurkan dan hanya menggunakan ‘dalam’. - Dalam ayat (4) ‘Azhar’ menunjukkan maksud ‘manusia’ yang perlu menggunakan kata sendi nama ‘kepada’ bagi membentuk hukum penggunaan kata sendi nama yang betul. Ayat (5) ‘sudut kanan’ bermaksud tempat, maka kata sendi nama ‘dari’ perlu digunakan untuk membentuk frasa sendi yang betul. 7.9 Kesalahan Dalam Ayat Terdapat beberapa jenis kesalahan dalam pembentukan ayat. Antaranya ialah kesalahan ayat tergantung, kesalahan struktur ataupun susunan ayat, kesalahan dalam ayat majmuk pancangan sama ada relatif, komplemen ataupun keterangan dan kesalahan dalam ayat majmuk gabungan. a) Kesalahan Ayat Tergantung Secara lazimnya ayat terdiri daripada subjek (benda/perkara yang diperkatakan) dan predikat (cerita). Dalam susunan biasa subjek terletak di hadapan predikat kecuali dalam susunan songsang dalam ayat inti. Kesalahan lazim dalam ayat-ayat tergantung ialah bentuk-bentuk ayat yang tidak mengandungi subjek atau predikat. Kesalahan Contoh: Sepatutnya Di seluruh dunia mengalami peperangan yang tiada penamatnya sejak dahulu. Ketiga-tiga ayat dalam ruangan sebelah tidak mengandungi subjek. Ayat (1) tidak diketahui atau tidak dinyatakan berlaku peperangan kerana fasa ‘di seluruh dunia’ tidak merupakan subjek sebaliknya berfungsi sebagai keterangan yang terdiri dari frasa sendi. *Seluruh dunia mengalami peperangan yang tiada penamatnya sejak dahulu.


99 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n Kesalahan Contoh: Sepatutnya Kemalasan yang menyebabkan pelajarpelajar sering gagal dalam peperiksaan. Ayat (2) pula tidak mengandungi predikat. Keseluruhan ayat berkenaan membentuk frasa yang bertugas sebagai subjek yang mengandungi keterangan dengan menggunakan ‘yang’. Pengguguran kata ‘yang’ akan mengubah perkataan ‘kemalasan’ menjadi subjek kerana kata hubung ‘yang’ berfungsi sebagai penyambung keterangan telah memisahkan ‘kemalasan’ menjadi subjek. *Kemalasan menyebabkan pelajar-pelajar sering gagal dalam peperiksaan. Untuk memastikan gejala melepak di kalangan remaja dapat dibendung. Ayat (3) pula tidak mengandungi subjek dan predikat ayat kerana tidak dinyatakan ‘apa’ atau ‘siapa’ yang membolehkan gejala melepak dapat dibendung. Ayat berkenaan dapat dibetulkan dengan meletakkan ‘subjek’ ayat. *Peranan ibu bapa perlu bagi memastikan gejala melepak di kalangan remaja dapat dibendung. atau *Peranan ibu bapa amat penting untuk memastikan gejala melepak di kalangan remaja dapat dibendung. Teliti beberapa contoh kesalahan yang lain dan ayat yang sepatutnya. Kesalahan Contoh: Sepatutnya 1. Dengan kehadiran tuan dan puan akan memeriahkan majlis kami. 2. Tindakan tegas yang dapat mengawal disiplin di kalangan pelajar pada masa kini. 3. Siapakah tidak hadir pada hari ini? 4. Apakah menyebabkan kejadian kemalangan di lorong itu? 5. Dengan pembabitan yang aktif dalam kokurikulum membantu pelajar mencapai kecemerlangan. 1. Kehadiran tuan dan puan (subjek) akan memeriahkan majlis kami. (predikat) 2. Tindakan yang tegas (subjek) dapat mengawal disiplin di kalangan pelajar pada masa kini. (predikat) 3. Siapakah (subjek) yang tidak hadir pada hari ini? (predikat) 4. Apakah (subjek) yang menyebabkan kejadian kemalangan di lorong itu? (predikat) 5. Pembabitan yang aktif dalam kokurikulum (subjek) membantu pelajar mencapai kecemerlangan. (predikat) b) Kesalahan Dalam Struktur Ayat


100 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n Kesalahan dalam struktur ayat atau susunan ayat lazimnya menyebabkan maksud ayat menjadi kabur dan agak sukar untuk difahami maksudnya. Kesalahan lazimnya terdapat dalam ayat-ayat tanya yang tidak betul strukturnya. Kesalahan Contoh: Sepatutnya 1. Ibu kamu dari pasar sudah pulangkah? 2. Kamu tidak datang ke sekolah semalam mengapakah? 3. Keadaan mereka yang terlibat dalam kemalangan itu bagaimanakah? 4. Mereka akan mengikuti rombongan ke Melaka selama berapa harikah? 5. Binatang yang memakan ayam-ayam kamu malam tadi jenis apakah? 1. Sudah pulangkah ibu kamu dari pasar? 2. Mengapakah kamu tidak hadir ke sekolah semalam? 3. Bagaimanakah keadaan mereka yang terlibat dalam kemalangan itu? 4. Selama berapa harikah mereka akan mengikuti rombongan ke Melaka? 5. Apakah binatang yang memakan ayam-ayam kamu malam tadi? Ulasan: Ayat-ayat di atas mesti disongsangkan iaitu predikatnya diletakkan di hadapan subjek. Jika tidak disongsangkan partikel ‘kah’ mesti digugurkan. Ini disebabkan penggunaan partikel ‘kah’ tidak boleh diletakkan di hujung ayat sebagaimana kesalahan dalam ayat-ayat di atas. Secara lazim ayat tanya boleh berbentuk biasa iaitu subjek di depan diikuti oleh predikat ataupun disusun dalam susunan songsang. Apabila sesuatu predikat didahulukan dalam ayat songsang, partikel ‘kah’ mesti digunakan dalam ayat berkenaan. Satu lagi kesalahan lazim dalam struktur ayat ialah susunan ayat yang tidak tepat sehingga maksudnya kabur dan tidak dapat difahami. Walaupun ayat-ayat berkenaan mempunyai subjek dan predikat namun susunan subjek dan predikatnya tidak mengikut susunan yang tepat. Kesalahan Contoh: Sepatutnya 1. Kami yang perlu diberi oleh Cikgu Sulaiman secepat mungkin menyiapkan kerja. 2. Pelajar-pelajar perlu memakai pada waktu pendidikan jasmani pakaian senaman. 3. Mereka di kawasan rekreasi itu selama tiga hari tiga malam berkhemah. 4. Orang kaya itu setelah berjaya menjadi sombong dalam perniagaannya. 5. Dengan wujudnya antara pihak sekolah dan ibu bapa kerjasama dapat diatasi masalah disiplin di kalangan pelajar. 1. Kami perlu menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh Cikgu Sulaiman secepat mungkin. 2. Pelajar-pelajar perlu memakai pakaian senaman pada waktu pendidikan jasmani. 3. Mereka berkhemah di kawasan rekreasi itu selama tiga hari tiga malam. 4. Orang kaya itu menjadi sombong setelah berjaya dalam perniagaannya. 5. Dengan wujudnya kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa masalah disiplin di kalangan pelajar dapat diatasi. Ulasan: Ayat-ayat di atas salah dari segi susunan ataupun strukturnya kerana memisahkan antara subjek dan predikat dengan meletakkan keterangan di antara kedua-


101 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n duanya. Seharusnya antara subjek tidak boleh dipisahkan dengan apa-apa keterangan ayat yang sepatutnya diletakkan pada awal atau hujung ayat kecuali keterangan yang menerangkan subjek yang harus diletakkan selepas subjek ayat. Ini bermakna subjek dan predikat mesti membentuk satu komponen ayat yang lengkap. Teliti ayat-ayat berikut yang telah dibetulkan strukturnya. c) Kesalahan Dalam Ayat Majmuk Pancangan Ayat majmuk pancangan merupakan ayat-ayat yang mengandungi satu ayat induk dan satu atau lebih ayat kecil ataupun juga dikenali sebagai ayat yang mengandungi klausa bebas (boleh berdiri sendiri sebagai satu ayat) dan klausa tak bebas (tidak boleh berdiri sendiri sebagai satu ayat dan memerlukan klausa bebas bagi membentuk maksud). Susunan kedua-dua ayat ini tidak tetap. Klausa bebas (ayat induk) boleh diletakkan di hadapan ataupun selepas klausa tak bebas (ayat kecil). Bagi menghubungkan klausa bebas dan klausa tak bebas, kata hubung digunakan untuk menghubungkan kedua-dua ayat berkenaan. Sekiranya klausa tak bebas diletakkan di hadapan klausa bebas, ayat berkenaan ditandai dengan tanda baca koma untuk membezakan klausa tak bebas dengan klausa bebas. Sebaliknya jika klausa bebas diletakkan di hadapan, tanda baca koma tidak perlu digunakan kerana penggunaan kata hubung telah memisahkan kedua-duanya. Terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan iaitu: i. Ayat majmuk pancangan relatif yang menggunakan kata hubung ‘yang’ untuk menerangkan subjek atau predikat ayat daripada diulang. ii. Ayat majmuk pancangan komplemen yang menggunakan kata hubung ‘bahawa’ dan ‘untuk’. iii. Ayat majmuk pancangan keterangan yang menggunakan kata hubung tertentu bergantung kepada jenis kata hubung dan maksud yang terkandung dalam ayat sama ada keterangan sebab (kerana, oleh sebab, lantaran), akibat (hingga, sehingga), syarat (sekiranya, jika, andai, kalau, jikalau), waktu (setelah, sementara, tatkala, ketika), pertentangan (sungguhpun, meskipun, kendatipun, sekalipun, sedangkan), harapan (agar, supaya, kalau-kalau), cara (dengan), tujuan (untuk, demi, bagi) dan perbandingan (seperti, bagai, macam, seakan-akan, seolah-olah). Kesalahan yang lazim berlaku ialah menggugurkan kata hubung di hadapan klausa tak bebas. Kesalahan ini lazim dilakukan apabila klausa tak bebas mendahului klausa bebas dan tidak begitu ketara kesalahannya. Namun jika klausa tak bebas diletakkan selepas klausa bebas kesalahan yang dilakukan lebih ketara. Kesalahan Contoh: Sepatutnya 1. Mengetahui berita yang menyedihkan itu, kami bergegas pulang ke kampung. 2. Kami bergegas pulang ke kampung mengetahui berita yang menyedihkan itu. 1. Setelah (apabila) mengetahui berita yang menyedihkan itu, kami bergegas pulang ke kampung. 2. Kami bergegas pulang ke kampung setelah (apabila) mengetahui berita yang menyedihkan itu.


102 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n Ulasan: Ayat (1) tidak begitu ketara kejanggalannya kerana ditandai dengan tanda baca koma sebelum klausa bebas. Namun ayat (2) nampak seolah-olah klausa ‘kami bergegas pulang ke kampung’ dengan klausa ‘mengetahui berita yang menyedihkan itu’ terpisah dan tiada hubung kaitnya kerana tiada kata hubung yang digunakan. Teliti ayat sepatutnya. Teliti beberapa contoh kesalahan dalam ayat berikut: Kesalahan Contoh: Sepatutnya 1. Budak kecil itu menangis ia kelaparan. 1. Budak kecil itu menangis kerana ia kelaparan. Atau Kerana ia kelaparan, budak kecil itu menangis. 2. Sedang mengelamun sendirian, Ahmad terdengar suara kanakkanak menangis. 2. Ketika sedang mengelamun sendirian, Ahmad terdengar suara kanak-kanak menangis. Atau Ahmad terdengar suara kanak-kanak menangis ketika sedang mengelamun sendirian. 3. Mengenangkan peristiwa yang lucu itu, dia tersenyum. 3. Apabila mengenangkan peristiwa yang lucu itu, dia tersenyum. Atau Dia tersenyum apabila mengenangkan peristiwa yang lucu itu. 4. Pemuda itu melaporkan diri ke pusat latihan mendapat surat tawaran kerja sebagai anggota bomba. 4. Pemuda itu melaporkan diri ke pusat latihan setelah mendapat surat tawaran kerja sebagai anggota bomba. Atau Setelah mendapat tawaran kerja sebagai anggota bomba, pemuda itu melaporkan diri ke pusat latihan. 5. Menggunakan jentera pembajak, dia mengerjakan sawah yang dipusakai daripada bapanya. 5. Dengan menggunakan jentera pembajak, dia mengerjakan sawah yang dipusakai daripada bapanya. Atau Dia mengerjakan sawah yang dipusakai daripada bapanya dengan menggunakan jentera pembajak. d) Kesalahan Dalam Ayat Majmuk Gabungan Berbeza dengan ayat majmuk pancangan yang terdiri daripada satu ayat induk (klausa bebas) dan satu atau lebih ayat kecil (klausa tak bebas), ayat majmuk gabungan terdiri daripada dua atau lebih ayat yang disatukan dengan mencantumkan ayat-ayat berkenaan menggunakan kata hubung tertentu seperti ‘dan’, ‘atau’, ‘tetapi’, ‘sambil’ dan kata hubung lain yang bergantung kepada maksud ayat. Ayat-ayat yang digabungkan sifatnya adalah setaraf dan boleh berdiri sendiri berbanding ayat majmuk pancangan yang ayat kecilnya (klausa tak bebas) tidak boleh berdiri sendiri. Kadangkala pengguguran kata hubung yang digantikan dengan tanda baca ‘koma’ (,) masih membolehkan ayat-ayat berkenaan membentuk maksud yang betul.


103 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n Ayat Majmuk Gabungan Contoh: i. Mereka berdiri sambil memerhatikan sekumpulan kanak-kanak itu bermain bola. ii. Mereka berdiri, memerhatikan sekumpulan kanak-kanak itu bermain bola. • Terbit daripada ayat; - Mereka berdiri. - Mereka memerhatikan sekumpulan kanak-kanak itu bermain. Kesalahan lazim yang berlaku dalam ayat majmuk gabungan ialah ayat-ayat yang tidak sama jenisnya dan bercampur aduk jenisnya. Kesalahan Contoh: i. Dia masuk ke dalam bilik lalu kereta itu melanggar pokok. ii. Bapa saya sedang membasuh kereta dan adik saya belum makan. iii. Emak sedang menanak nasi tetapi ayam itu gemuk betul. iv. Siapakah yang tidak hadir ke sekolah hari ini sambil kanak-kanak itu sedang menangis. v. Saya selalu menziarahi Pak Cik Ahmad tetapi kambing itu sedang makan rumput. Ulasan: Kelima-lima ayat di atas tidak mempunyai hubungan makna walaupun dihubungkan dengan kata hubung kerana sifat atau jenisnya tidak setaraf. Maka ayat-ayat berkenaan tidak boleh digabungkan dalam satu ayat yang dianggap tidak gramatis. Ayat-ayat berkenaan harus digabungkan dengan ayat yang mempunyai pertalian makna atau sama taraf antara kedua-duanya. 7.10 Penggunaan Kata Sendi Nama Terdapat beberapa jenis kata sendi nama yang sering dikelirukan penggunaannya kerana kebiasaan dalam perbualan seharian. Malah dalam sesetengah keadaan ‘media massa’ turut menggunakan kata sendi nama yang silap. Antara kata sendi nama yang kerap disalahgunakan dan menimbulkan kekeliruan ialah: a) Penggunaan kata sendi ‘dari’ dan ‘daripada’ b) Penggunaan kata sendi ‘pada’ dan ‘di’ c) Penggunaan kata sendi ‘ke’ dan ‘kepada’ d) Penggunaan kata sendi ‘dalam’ dan ‘di dalam’ e) Penggunaan kata sendi ‘di’ dan ‘ke’ f) Penggunaan kata ‘tentang’ sebagai kata sendi dalam ayat transitif g) Penggunaan kata sendi dalam ayat berlapis h) Penggunaan kata sendi dalam kata kerja tak transitif dan adjektif bentuk emotif a) Penggunaan Kata Sendi ‘Dari’ dan ‘Daripada’ i. Kata Sendi ‘Dari’ Kata sendi ‘dari’ digunakan khusus pada kata nama yang menunjukkan tempat, masa, waktu, zaman dan arah. Namun hal ini kerap dikelirukan dengan penggunaan kata sendi ‘daripada’.


104 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n Kesalahan Contoh: Sepatutnya 1. Angin ribut dijangka bertiup daripada pantai timur. 2. Mereka mengecat rumah itu daripada bahagian tepi. 3. Kami sedang membahaskan isu itu daripada aspek ekonomi. 4. Pelajar itu menangis sejak daripada pagi lagi. 1. Angin ribut dijangka bertiup dari pantai timur. 2. Mereka mengecat rumah itu dari bahagian tepi. 3. Kami sedang membahaskan isu itu dari aspek ekonomi. 4. Pelajar itu menangis sejak dari pagi lagi. Ulasan Ringkas: ➢ Dalam ayat 1, kata ‘pantai timur’ menunjukkan maksud tempat. ➢ Dalam ayat 2, kata ‘bahagian tepi’ menunjukkan maksud tempat. ➢ Dalam ayat 3, kata ‘aspek ekonomi’ menunjukkan maksud tempat. ➢ Dalam ayat 4, kata ‘pagi’ menunjukkan maksud tempat. ii. Kata Sendi ‘Daripada’ Kata sendi ‘daripada’ khusus digunakan untuk menunjukkan punca bagi manusia, haiwan, benda atau unsur mujarad, asal kejadian dan perbandingan antara dua benda. Kekeliruan kerap timbul apabila penggunaannya dicampuradukkan dengan kata sendi ‘dari’. K = Kejadian A = Asal/Sumber B = Bandingan O = Orang S = Sumber Dari Pejabat PPD Sabak Bernam (SB) = Tempat Surat diterima daripada Pejabat PPD SB = Sumber Kain itu diperbuat daripada sutera = Sumber Kesalahan Contoh: Sepatutnya 1. Baju sejuknya diperbuat dari kulit harimau. 2. Kita perlu mengelakkan diri dari terlibat dengan unsur dadah. 3. Sumbangan dari rakyat penting untuk mengukuhkan ekonomi negara. 4. Ahmad lebih besar dari abangnya. 1. Baju sejuknya diperbuat daripada kulit harimau. 2. Kita perlu mengelakkan diri daripada terlibat dengan unsur dadah. 3. Sumbangan daripada rakyat penting untuk mengukuhkan ekonomi negara. 4. Ahmad lebih besar daripada abangnya. Ulasan ringkas: ➢ Ayat 1 menunjukkan maksud asal kejadian. ➢ Ayat 2 menunjukkan maksud unsur mujarad. ➢ Ayat 3 menunjukkan maksud manusia. ➢ Ayat 4 menunjukkan maksud perbandingan. b) Penggunaan Kata Sendi ‘Pada’ Dan ‘Di’ i. Kata Sendi ‘Pada’


105 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n Kata sendi nama ‘pada’ digunakan untuk menunjukkan keterangan waktu, tempat dan menunjukkan gabungan ‘ada pada’ manusia atau haiwan dalam situasi tertentu. Kesalahan sendi ‘pada’ kurang ketara jika dibandingkan dengan kesalahan kata sendi ‘di’ yang lebih mengelirukan penggunaannya. ii. Kata Sendi ‘Di’ Kata sendi ‘di’ digunakan khusus untuk maksud tempat. Namun kerap digunakan untuk menunjukkan masa, waktu atau zaman. Kesalahan Contoh: Sepatutnya 1. Dia tiada di ketika kami sampai di sana 2. Di saat ini, Ali masih terkenang akan ibunya yang sudah lama meninggal dunia. 3. Dia sering memburu ayam hutan di waktu malam. 4. Malaysia bakal menjadi negara maju di kurun ke-21. 1. Dia tiada pada ketika kami sampai di sana 2. Pada saat ini, Ali masih terkenang akan ibunya yang sudah lama meninggal dunia. 3. Dia sering memburu ayam hutan pada waktu malam. 4. Malaysia bakal menjadi negara maju pada kurun ke-21. Ulasan ringkas: ➢ Dalam ayat 1, kata ‘ketika’ menunjukkan masa/waktu. ➢ Dalam ayat 2, kata ‘saat’ menunjukkan masa/waktu. ➢ Dalam ayat 3, kata ‘malam’ menunjukkan masa/waktu. ➢ Dalam ayat 4, kata ‘kurun’ menunjukkan zaman. c) Penggunaan Kata Sendi ‘Ke’, ‘Di’ Dan ‘Kepada’ i. Kata Sendi ‘Ke’ Kata sendi ‘ke’ menunjukkan arah yang dituju, tempat dan masa. ii. Kata Sendi ‘Di’ Kata sendi ‘di’ menunjukkan kata nama tempat atau ‘ada’ di sesuatu tempat. iii. Kata Sendi ‘Kepada’ Kata sendi ‘kepada’ merujuk kepada manusia, haiwan, unsur mujarad, pecahan dan perubahan keadaan. Kesalahan Contoh: Sepatutnya 1. Dia sampai ke Pulau Pinang pada petang semalam. 2. Dia akan bertolak di Singapura sebentar lagi. 3. Bapanya telah berhijrah di England sejak remaja lagi. 4. Abang telah menyerahkan wang yang dijumpainya ke pihak polis. 5. Dia akan balik kepada rumah ibunya pada setiap hujung minggu. 1. Dia sampai di Pulau Pinang pada petang semalam. 2. Dia akan bertolak ke Singapura sebentar lagi. 3. Bapanya telah berhijrah ke England sejak remaja lagi. 4. Abang telah menyerahkan wang yang dijumpainya kepada pihak polis. 5. Dia akan balik ke rumah ibunya pada setiap hujung minggu.


106 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n Ulasan Ringkas: ➢ Ayat 1 menunjukkan maksud tiba bukan menuju. ➢ Ayat 2 menunjukkan maksud menuju ke arah. ➢ Ayat 3 menunjukkan maksud menuju atau pergi ke sesuatu tempat. ➢ Ayat 4 menunjukkan maksud manusia. ➢ Ayat 5 menunjukkan maksud tempat. d) Penggunaan Kata Sendi ‘Dalam’ Dan ‘Di Dalam Penggunaan kata ‘dalam’ dan ‘di dalam’ sering menimbulkan kekeliruan dan kerap tersilap penggunaan. Sebenarnya penggunaannya mudah difahami jika diteliti secara mendalam. Kata ‘dalam’ digunakan pada kata nama abstrak. Contoh: ...dalam masyarakat. ...dalam perjuangan. Kata ‘di dalam’ digunakan pada perkataan tempat. Contoh: ...di dalam bilik. ...di dalam poket bajunya. Perkara yang menyebabkan kekeliruan ialah kerana kesilapan penggunaannya yang tidak begitu ketara. Kesalahan Contoh: Sepatutnya 1. Di dalam masyarakat yang serba maju, manusia sering berlumbalumba. 2. Dia berada dalam bilik itu sejak semalam. 3. Di dalam perjuangan menuntut kemerdekaan, kita memerlukan pengorbanan yang banyak. 4. Sinarmaya sering tidur dalam kelas semasa guru mengajar. 1. Dalam masyarakat yang serba maju, manusia sering berlumba-lumba. 2. Dia berada di dalam bilik itu sejak semalam. 3. Dalam perjuangan menuntut kemerdekaan, kita memerlukan pengorbanan yang banyak. 4. Sinarmaya sering tidur di dalam kelas semasa guru mengajar. Ulasan ringkas: ➢ Dalam ayat 1, ‘masyarakat’ menunjukkan kata nama abstrak. ➢ Dalam ayat 2, ‘bilik’ menunjukkan maksud ruang/tempat. ➢ Dalam ayat 3, ‘perjuangan’ menunjukkan kata nama abstrak. ➢ Dalam ayat 4, ‘kelas’ menunjukkan maksud tempat. e) Penggunaan ‘Tentang’ sebagai Kata Sendi Sendi nama ‘tentang’ digunakan sebagai unsur yang menunjukkan maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum. Kata ‘tentang’ juga digunakan dalam ayat kata kerja tak transitif. Namun kesalahan yang kerap mengelirukan pelajar ialah penggunaannya dalam ayat-ayat kata kerja transitif, iaitu diletakkan sebagai penghubung antara kata kerja dan pelengkap. Ingat, dalam kata kerja transitif selepas kata kerja mesti diikuti oleh objek atau pelengkap kata kerja. Perkataan-


107 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n perkataan lain tidak boleh kecuali kata nama bilangan ataupun kata penjodoh bilangan. Kesalahan Contoh: Sepatutnya 1. Kami akan membincangkan tentang perkara ini dengan secepat mungkin. 2. Dia memberitahu tentang kejadian itu kepada kami. 3. Kerajaan akan menghebahkan tentang kenaikan harga barang selepas hari raya. 1. Kami akan membincangkan perkara ini dengan secepat mungkin. 2. Dia memberitahu kami tentang kejadian itu. 3. Kerajaan akan menghebahkan kenaikan harga barang selepas hari raya Ulasan ringkas: ➢ Semua ayat di atas merupakan kata kerja transitif yang memerlukan objek sebagai pelengkap. ➢ Penggunaan kata ‘tentang’ kadangkala dapat digantikan dengan kata ‘mengenai’ khususnya dalam ayat aktif intransitif. Walaupun pada dasarnya kata ‘mengenai’ membentuk kata kerja transitif yang bermaksud ‘kena pada’ (lihat contoh) namun boleh juga digunakan untuk menggantikan kata ‘tentang’ dalam ayat-ayat intransitif. Ayat Contoh: • Tendangannya tepat mengenai badan penjaga gol pasukan lawan. • Kami tidak tahu mengenai kejadian itu. • Aduannya mengenai perkata itu akan kami siasat. • Mereka tidak pasti mengenai kebenaran beritu itu. f) Penggunaan Frasa Sendi dalam Ayat Berlapis Kesalahan frasa sendi dalam ayat berlapis kerap dikemukakan dalam soalan membetulkan sebahagian ayat yang bergaris jika mengandungi kesalahan. Kerap kali dalam ayat berlapis predikat kedua yang terdiri daripada kata nama tidak menerima kata sendi kerana pelajar-pelajar dan kebanyakan pengguna Bahasa Melayu menganggap dan membuat andaian bahawa kata sendi pada predikat pertama sudah memadai untuk mewakili kata sendi pada kedua-dua predikat. Hal inilah yang mengelirukan dan kerap menjerat pelajar dalam memilih jawapan yang betul kerana kesalahannya tidak menampakkan perbezaan ataupun kelainan dari segi maksud ayat dan tidak menjejaskan maksud ayat secara keseluruhan. Kesalahan Contoh: Sepatutnya 1. Abang saya akan pulang dari Singapura pada bulan ini atau bulan depan. 2. Ahmad memandang budak itu ke atas dan bawah sebelum menyoalnya. 3. Kami akan bertolak ke Muar dan Melaka pada malam esok. 1. Abang saya akan pulang dari Singapura pada bulan ini atau pada bulan depan. 2. Ahmad memandang budak itu ke atas dan ke bawah sebelum menyoalnya. 3. Kami akan bertolak ke Muar dan ke Melaka pada malam esok.


108 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n Kesalahan Contoh: Sepatutnya 4. Sudin dan kakaknya sering membeli hadiah untuk Aminah dan Amin. 4. Sudin dan kakaknya sering membeli hadiah untuk Aminah dan untuk Amin. Ulasan ringkas: ➢ Semua ayat dia atas merupakan ayat berlapis yang mengandungi dua predikat atau keterangan yang terdiri daripada frasa sendri. Pengguguran salah satu kata sendri dalam frasa yang membentuk predikat atau keterangan akan menyalahi hukum pembentukan ayat dalam Bahasa Melayu. g) Penggunaan Kata Sendi Dalam Kata Kerja Tak Transitif dan Adjektif Emotif Kebanyakan pelajar keliru dengan pengunaan kata sendri yang kerap diabaikan atau ditinggalkan selepas kata kerja tak transitif yang tidak mengandungi imbuhan (contoh: balik, datang, ingat, tahu, lalu, pulang, lupa, sampai, kenal, pergi dan sebagainya). Setiap kata kerja tak transitif perlu diikuti oleh kata sendri jika diperluaskan dengan keterangan. Tanpa kata sendi selepas kata kerja, ayat tersebut membentuk kesalahan frasa kerja. Hal yang sama berlaku pada kata adjektif yang bersifat emotif (contoh: benci, suka, sayang, marah, percaya, kasih, cinta, takut, yakin dan sebagainya). Sekiranya kata adjektif ini diperluaskan dengan keterangan, ayat perlu menerima kata sendi selepas kata adjektif berkenaan. Teliti contoh-contoh kesalahan berikut. Kesalahan Contoh: Sepatutnya Ingat perkara itu ingat akan perkara itu Kenal ibunya kenal akan ibunya Suka kuih itu suka akan kuih itu Pergi sekolah pergi ke sekolah Lupa namanya lupa akan namanya Balik kampung balik ke kampung Tahu rahsianya tahu akan rahsianya Percaya kata-katanya percaya dengan kata-katanya Cinta tanah airnya cinta akan tanah airnya Takut gurunya takut dengan gurunya Kebanyakan pengguna Bahasa Melayu sekali lagi terkeliru dengan pengunaan dalam pertuturan seharian dengan menganggap bahawa bahasa pertuturan yang digunakan sebagai betul. Hakikatnya, kita perlu mengetahui dan mendalami hukum-hukum penggunaan kata sendi nama dengan betul kerana bahasa persuratan dan bahasa pertuturan adalah dua perkara yang berbeza. 7.11 Kata Pemeri Dan Kata Nafi Penggunaan kata pemeri dalam Bahasa Melayu yang berfungsi sebagai pemeri hal atau perangkai antara subjek ayat dengan frasa utama dalam predikat bukanlah sesuatu yang wajib sebagaimana penggunaan ‘is’, ‘are’ ataupun ‘a’ dalam struktur Bahasa Inggeris.


109 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n Penggunaanya agak terbatas dan kurang digalakkan dalam pembentukan ayat-ayat Bahasa Melayu. Namun demikian terdapat kecenderungan pengunaanya dalam pembentukan ayat-ayat yang salah ataupun tidak gramatis khususnya apabila digunakan pada awal ayat di hadapan frasa kerja ataupun kata kerja. Kesalahan Contoh: Sepatutnya 1. Adalah diberitahu bahawa mesyuarat PIBG tersebut akan ditangguhkan ke minggu depan. 2. Adalah dengan ini diisytiharkan bahawa anak bulan Syawal tidak kelihatan. 3. TIngkah lakunya yang sombong itu adalah menyebabkan orang ramai benci kepadanya. Ayat-ayat di sebelah seharusnya menggugurkan kata pemeri ‘adalah’ bagi membentuk ayat-ayat yang betul dan gramatis. Terdapat dua kata pemeri yang digunakan sebagai pemeri hal dalam Bahasa Melayu iaitu ‘ialah’ dan ‘adalah’. a) Penggunaan Kata Pemeri ‘Ialah’ Kata pemeri ini digunakan di hadapan frasa nama ataupun kata nama untuk menunjukkan pertalian antara subjek dan predikat ayat ataupun dengan kata lain untuk memerihalkan subjek ayat. Contoh ayat: i. Yang turut hadir dalam majlis hari jadinya ialah beberapa orang guru. ii. Antara sebab utama pelajar melepak ialah pengrauh daripada rakan-rakan sebaya. iii. Pekara yang paling penting sekarang ialah pemulihan ekonomi negara. Kesalahan Contoh: Sepatutnya 1. Mereka ialah bukan pelajar sekolah tersebut 2. Pelajar-pelajar itu didenda kerena ialah tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut-turut. 1. Mereka bukan pelajar sekolah tersebut. 2. Pelajar-pelajar itu didenda kerena tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut-turut. Kesalahan Penggunaan Kata Pemeri ‘Ialah’ Kesalahan yang biasa dilakukan semasa pengunaan kata pemeri ‘ialah’ merupakan penggabungannya dengan kata nafi ‘bukan’ dan ‘tidak’. Satu lagi kesalahan pengunaan ‘ialah’ berlaku apabila digabungkan dengan kata kerja ataupun kata adjektif. Sepatutnya ‘ialah’ digunakan bersama-sama dengan kata nama sahaja. Kesalahan Contoh: Sepatutnya 1. Mereka ialah memberitahu kami tentang kejadian tersebut. 2. Orang tua itu ialah terjatuh ke dalam longkang ketika menunggang basikal. 1. Mereka yang memberitahu kami tentang kejadian itu. 2. Orang tua itu terjatuh ke dalam longkang ketika menunggang basikal. Ulasan ringkas:


110 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n Dalam keempat-empat contoh kesalahan di atas, disebabkan penggunaan kata pemeri yang tidak perlu, kata kata pemeri yang digunakan perlu digugurkan. b) Penggunaan Kata Pemeri ‘Adalah’ Kata pemeri ‘adalah’ boleh digunakan secara lebih meluas berbanding kata pemeri ‘ialah’. Kata pemeri ini dapat digunakan di hadapan kata adjektif, frasa sendi nama dan dapat hadir bersama binaan kata nafi ‘tidak’ yang digabungkan dengan kata adjektif (adalah + kata nafi ‘tidak’ + adjektif). Ayat Contoh: i. Tawaran biasiswa tersebut adalah khusus untuk pelajar bumiputera sahaja. ii. Kenyataan yang diberikannya adalah tidak benar. iii. Buku-buku itu adalah hasil daripada pengalamannya semasa menjadi tentera. iv. Tindakannya ketika menyelesaikan masalah itu adalah tidak wajar. Kesalahan ayat: Kata pemeri ‘adalah’ tidak boleh digunakan bersama kata nafi ‘bukan’ dan dalam binaan frasa kerja. Kesalahan Contoh: Sepatutnya 1. Buku-buku itu adalah bukan untuk kamu. 2. Kegagalannya adalah disebabkan oleh kemalasannya mengulang kaji pelajaran. 3. Adalah dimaklumkan bahawa ujian Bahasa Melayu akan diadakan pada hari esok. 4. Tuan-tuan adalah dimaklumkan bahawa kerja gotong-royong itu akan dibatalkan. 1. Buku-buku itu bukan untuk kamu. 2. Kegagalannya disebabkan oleh kemalasannya mengulang kaji pelajaran. 3. Dengan ini dimaklumkan bahawa ujian Bahasa Melayu akan diadakan pada hari esok. 4. Tuan-tuan dimaklumkan bahawa kerja gotong-royong itu akan dibatalkan. Ulasan ringkas: Penggunaan kata pemeri dalam contoh kesalahan ayat di atas tidak perlu dan mesti digugurkan. Secara ringkasnya, penggunaan kata pemeri bukanlah sesuatu yang amat perlu dalam ayat-ayat Bahasa Melayu sebagaimana struktur ayat Bahasa Inggeris. Penggugurannya dalam ayat-ayat tertentu tidak menjejaskan makna ayat. c) Penggunaan Kata Nafi ‘Bukan’ dan ‘Tidak’ Secara umum terdapat dua perkataan kata nafi dalam Bahasa Melayu iaitu ‘bukan’ dan ‘tidak’. Kata nafi ‘bukan’ digunakan dalam binaan Frasa Nama dan Frasa Sendi Nama. Ayat Contoh: i. Itu bukan sekolah saya. (Frasa nama) ii. Orang tua itu bukan bapa saya. (Frasa nama) iii. Hadiah itu bukan untuk kami. (Frasa sendi nama) iv. Dia bukan orang kampung kami. (Frasa nama) Kata nafi ‘tidak’ pula digunakan dalam binaan Frasa kerja dan Frasa Adjektif


112 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n Ayat Contoh: Bapa saya tidak tidur semalaman kerana menunggu kepulangan kakak. (Frasa kerja) Kami tidak menjemputnya hadir dalam majlis itu. (Frasa Kerja) Pemergiannya ke kota tidak direstui oleh ibunya yang sudah tua. (Frasa kerja) Dia merasakan bahawa pembahagian harta pusaka bapanya tidak adil. (Frasa adjektif) Kesalahan umum yang kerap dilakukan dalam binaan kata nafi ialah penggunaannya pada frasa yang tidak tepat. Dengan kata-kata lain disalahgunakan pada frasa yang tidak seharusnya digunakan kata nafi berkenaan. Kesalahan Contoh: Sepatutnya 1. Buku ini tidak untuk pelajar tingkatan tiga. 2. Orang tua itu tidak dari kampung kami. 3. Wang yang diperolehnya tidak daripada rezeki yang halal. 4. Dia marah kerana anaknya bukan mendengar nasihat yang diberikannya. 5. Tindakannya bukan wajar semasa menangani masalah itu. 1. Buku itu bukan untuk pelajar tingkatan tiga. 2. Orang tua itu bukan dari kampung kami. 3. Wang yang diperolehnya bukan daripada rezeki yang halal. 4. Dia marah kerana anaknya tidak mendengar nasihat yang diberikannya. 5. Tindakannya tidak wajar semasa menangani masalah itu. Ulasan ringkas: Kata nafi ‘bukan’ boleh digunakan pada frasa kerja dan frasa adjektif jika menunjukkan maksud bertentangan, namun harus digunakan bersama kata hubung ‘tetapi’. Ayat Contoh: i. Dia bukan hendak belajar tetapi hendak bermain-main sahaja. ii. Mereka bukan hendak memukul kamu tetapi hendak membantu kamu. iii. Kata-katanya bukan membawa kebaikan tetapi hanya membawa keburukan. iv. Dia bukan sahaja malas tetapi nakal juga. 7.12 Lembar Bahasa – Terbitan DBP BIL. SALAH BETUL 1 1800an 1800-an 2 50 an 50-an 3 75% dari kadar sebenar 75% daripada kadar sebenar 4 80% daripada pengundipengundi 80% daripada pengundi 5 acapkali acap kali 6 ada pun adapun 7 adakala ada kala 8 adik beradik adik-beradik 9 agreget agregat


113 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n BIL. SALAH BETUL 10 aked arked 11 akitek arkitek 12 aljebra algebra / aljabar 13 ambil-alih ambil alih 14 ampangan empangan 15 anak beranak anak-beranak 16 andai pun andaipun 17 anggerek/anggrik anggerik 18 Antara maklumat-maklumat Antara maklumat 19 anti agama antiagama 20 anti dadah antidadah 21 anti Israel anti-Israel 22 anti kapal selam antikapal selam 23 anti komunis antikomunis 24 anti lelaki antilelaki 25 anti nuklear antinuklear 26 anti perang antiperang 27 anti periuk api antiperiuk api 28 anti sosial antisosial 29 anti-aparteid antiaparteid 30 anti-dadah antidadah 31 anti-jenayah antijenayah 32 anti-kerajaan antikerajaan 33 antiRusia anti-Rusia 34 apa kala / apa-kala apakala 35 apa tah apatah 36 apa-bila apabila 37 apa-tah apatah 38 arithmetik aritmetik 39 artifek artifak 40 atlit atlet 41 audien audiens 42 audit pantomim 43 automatif automotif 44 awan gemawan awan-gemawan 45 bagai mana pun / bagaimana pun bagaimanapun 46 bah-kan bahkan 47 baikpulih baik pulih 48 bantu membantu bantu-membantu


114 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n BIL. SALAH BETUL 49 Banyak organisasi-organisasi Banyak organisasi 50 Banyak perkara-perkara Banyak perkara 51 banyak premis-premis banyak premis 52 barang kali barangkali 53 Barisan pelatih-pelatih Barisan pelatih 54 baucer baucar 55 Beberapa orang peminatpeminat Beberapa orang peminat 56 Beberapa orang peminatpeminat Beberapa orang peminat 57 begitu pun begitupun 58 beli belah beli-belah 59 belumpun belum pun 60 benci membenci benci-membenci 61 berbagai berbagai-bagai 62 Berbagai isu-isu Berbagai-bagai isu 63 berbanyak terima kasih berbanyak-banyak terima kasih 64 bergantung kepada... bergantung pada... 65 bermacam bermacam-macam 67 bersesak bersesak-sesak 68 bertungkus lumus bertungkus-lumus 69 beserta berserta 70 bharu/bahru baharu/baru 71 biar pun biarpun 72 bihun mihun 73 bilangan pekerja-pekerja bilangan pekerja 74 binte binti 75 bistari bestari 76 buffet bufet 77 buroh buruh 78 busjeket busjaket 79 cahayamata cahaya mata 80 calun calon 81 campurtangan campur tangan 82 catitan catatan 83 cendera mata cenderamata 84 cendikiawan cendekiawan 85 cocok (tusuk) cucuk 86 cokelat coklat 87 cop (tera) cap 88 cucuk (sesuai) cocok


115 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n BIL. SALAH BETUL 89 dahulukala dahulu kala 90 dailog dialog 91 dalam kawasan di dalam kawasan 92 dari Tuan Haji Jamaluddin daripada Tuan Haji Jamaluddin 93 deligasi delegasi 94 demi untuk demi/untuk 95 depoh depot 96 deraf draf 97 Deretan kedai-kedai Deretan kedai 98 di alaf pada alaf 99 di beri diberi 100 di berikan diberikan 101 di daftarkan didaftarkan 102 di dalam usaha dalam usaha 103 di hempap dihempap 104 di jangka (masa) dijangka 105 di kategorikan dikategorikan 106 di kurniakan dikurniakan 107 di masa-masa pada masa-masa 108 di masukkan dimasukkan 109 di pelajari dipelajari 110 di pelihara dipelihara 111 di perolehi diperoleh 112 di persalahkan dipersalahkan 113 Di Raja Diraja 114 di syorkan disyorkan 115 di tahun pada tahun 116 di tubuhkan ditubuhkan 117 di zaman pada zaman 118 diapun dia pun 119 diatas di atas 120 dibahu di bahu 121 dibawah di bawah 122 didalam bangunan di dalam bangunan 123 dikawasan di kawasan 124 dikenalpasti dikenal pasti 125 dikiri di kiri 126 dilipatganda dilipatgandakan 127 dinamis dinamik 128 dipelan di pelan


116 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n BIL. SALAH BETUL 129 dipebuat dari... diperbuat daripada... 130 direstoran di restoran 131 dirumah di rumah 132 disamping di samping 133 disebelah di sebelah 134 disekitar di sekitar 135 disel diesel 136 ditempat di tempat 137 ditunjukan ditunjukkan 138 diubah suai diubahsuai 139 durhaka derhaka 140 dwi bahasa dwibahasa 141 dwi budaya dwibudaya 142 dwi bulanan dwibulanan 143 dwi cabang dwicabang 144 dwi cara dwicara 145 dwi fokus dwifokus 146 dwi fungsi dwifungsi 147 dwi guna dwiguna 148 dwi huruf dwihuruf 149 dwi jalur dwijalur 150 dwi lambang dwilambang 151 dwi logam dwilogam 152 dwi standard dwistandard 153 dwi tahunan dwitahunan 154 dwi-arah dwiarah 155 dwi-bentuk dwibentuk 156 ejensi agensi 157 eka atom ekaatom 158 eka bahasa ekabahasa 159 eka fungsi ekafungsi 160 eka suku kata ekasuku kata 161 eka-warna ekawarna 162 ekspress ekspres 163 e-mail e-mel 164 emel e-mel 165 empat salinan dokumendokumen empat salinan dokumen 166 Empat unsur-unsur yang berikut... Empat unsur yang berikut 167 empatbelas empat belas


117 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n BIL. SALAH BETUL 168 engkar ingkar 169 faksimili faksimile 170 fax faks 171 forklift forklif 172 fotostet fotostat 173 Gabungan persatuan-persatuan Gabungan persatuan 174 gambarajah gambar rajah 175 gantirugi ganti rugi 176 garispanduan garis panduan 177 garuda hipotesis 178 gelak-ketawa gelak ketawa 179 gembeling gembleng 180 geraf graf 181 gilang gemilang gilang-gemilang 182 gotong royong gotong-royong 183 Gugusan pulau-pulau Gugusan pulau 184 gulong gulung 185 gunatanah guna tanah 186 hajjah hajah 187 hakmilik hak milik 188 hamba Mu (ketuhanan) hamba-Mu (ketuhanan) 189 hambaMu hamba-Mu 190 hapuskira hapus kira 191 hasut menghasut hasut-menghasut 192 hati ku hatiku 193 Himpunan cerpen-cerpen Himpunan cerpen 194 hipotitis hipotesis 195 hirarki hierarki 196 hormat menghormati hormat-menghormati 197 hurmat hormat 198 ia-itu iaitu 199 ianya ia 200 ibu mu ibumu 201 ibubapa ibu bapa 202 ibupejabat ibu pejabat 203 ibusawat ibu sawat 204 idap hidap 205 ide idea 206 iktizam iltizam 207 illustrasi ilustrasi


118 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n BIL. SALAH BETUL 208 inipun ini pun 209 injin enjin 210 inspekter inspektor 211 insuran insurans 212 intipati inti pati 213 ipar duai ipar-duai 214 isipadu isi padu 215 istihar isytihar 216 isya isyak 217 itupun itu pun 218 janakuasa jana kuasa 219 jasabaik jasa baik 220 jawaban jawapan 221 jawatan kuasa jawatankuasa 222 jeket jaket 223 jiwa-mu jiwamu 224 Johor Bharu Johor Bahru 225 jualbeli jual beli 226 jurukur juruukur 227 justru justeru 228 juwita juita 229 kadang kala kadangkala 230 kadhi kadi 231 kakilima kaki lima 232 kalau pun kalaupun 233 kampong kampung 234 kapitalisma kapitalisme 235 kaptain kapten 236 karenah (ragam) kerenah 237 kasih ku kasihku 238 kastad kastard 239 katrij kartrij 240 katun kartun 241 kawalselia kawal selia 242 ke2 ke-2 243 kearah ke arah 244 keatas ke atas 245 Kebanyakan pekerja-pekerja Kebanyakan pekerja 246 ke-dua kedua 247 kedua ibu bapa kedua-dua ibu bapa


119 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n BIL. SALAH BETUL 248 kefeteria kafeteria 249 kejar mengejar kejar-mengejar 250 Kelompok industri-industri Kelompok industri 251 kemaskini kemas kini 252 kendati pun kendatipun 253 keramahtamahan keramah-tamahan 254 kerapkali kerap kali 255 keredhaan keredaan 256 kerjatanah kerja tanah 256 kerjatanah kerja tanah 257 kertaskerja kertas kerja 258 Kesatuan pengusahapengusaha industri Kesatuan pengusaha industri 259 Keseluruhan peserta-peserta Keseluruhan peserta 260 Kesemua agenda-agenda Kesemua agenda 261 Kesemua agenda-agenda Kesemua agenda 262 ketahap ke tahap 263 ketawapun ketawa pun 264 keunikkan keunikan 265 ke-v v 266 kewajiban kewajipan 267 ke-X X (Tidak perlu ada tanda sempang sebelum huruf roman). Contoh: Sukan SEA X 268 kimoterapi kemoterapi 269 kobis kubis 270 Koleksi lagu-lagu Koleksi lagu 271 kolestrol kolesterol 272 komidi komedi 273 komisyen komisen 274 kondaktor konduktor 275 konsotium konsortium 276 kontingen kontinjen 277 kontrek kontrak 278 korum kuorum 279 Kota Bahru Kota Bharu 280 kraftangan kraf tangan 281 kraton keraton 282 kuartza kuarza 283 kuatkuasa kuat kuasa 284 Kumpulan pelabur-pelabur Kumpulan pelabur 285 lagi pun lagipun


120 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n BIL. SALAH BETUL 286 lain-lain arahan arahan-arahan lain 287 lain-lain bangunan bangunan-bangunan lain 288 lain-lain cadangan cadangan-cadangan lain 289 lain-lain cara cara-cara lain 290 lain-lain faktor faktor-faktor lain 291 lain-lain hal hal-hal lain 292 lain-lain kehendak kehendak-kehendak lain 293 lain-lain konsep konsep-konsep lain 294 lain-lain mesyuarat mesyuarat mesyuarat lain 295 lain-lain sumber sumber-sumber lain 296 lain-lain syarat syarat-syarat lain 297 lain-lain usul usul-usul lain 298 lakun lakon 299 lalulintas lalu lintas 300 lama kelamaan lama-kelamaan 301 lanskap landskap 302 lapuran laporan 303 latarbelakang latar belakang 304 lebel label 305 lebuhraya lebuh raya 306 lembab lembap 307 lencungan lencongan 308 letrik elektrik 309 leukimia leukemia 310 liberalisma liberalisme 311 Lima peratus (5%) daripada pembeli-pembeli Lima peratus (5%) daripada pembeli 312 lojik logik 313 lojistik logistik 314 Longgokan kayu-kayu Longgokan kayu 315 mahu pun mahupun 316 manafaat manfaat 317 mana-kala manakala 318 mandi manda mandi-manda 319 margasatwa mergastua 320 marhain marhaen 321 mastika/mustika mestika 322 membasoh membasuh 323 membolakbalikkan membolak-balikkan 324 mempamirkan mempamerkan


121 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n BIL. SALAH BETUL 325 memperolehi memperoleh 326 memporakperandakan memporak-perandakan 327 menaik-tarafkan menaiktarafkan 328 menakibatkan mengakibatkan 329 menantu menantunya menantu-menantunya 330 mencatit mencatat 331 mengambilkira mengambil kira 332 menggembargemburkan menggembar-gemburkan 333 menghuruharakan menghuru-harakan 334 mengikut kepada alamat mengikut alamat 335 mengkucarkacirkan mengucar-ngacirkan 336 mengujudkan (mengadakan) mewujudkan 337 mentera mantera 338 menukarguna menukar guna 339 merbahaya berbahaya 340 merekapun mereka pun 341 meski pun meskipun 342 minima minimum 343 mundar mandir mundar-mandir 344 munshi munsyi 345 murtabak martabak 346 nasionalisma nasionalisme 347 negara ku negaraku 348 odit audit 349 olih kerana oleh sebab 350 olih oleh 351 organisme organisma 352 pantomin pantomim 353 papantanda papan tanda 354 pasca ijazah pascaijazah 355 pasca merdeka pascamerdeka 356 pasca mesyuarat pascamesyuarat 357 pasca modenisme pascamodenisme 358 pasca penerbitan pascapenerbitan 359 pasca projek pascaprojek 360 pekej pakej 361 pelancung (pelawat) manfaat 362 Pelbagai kuih-muih Pelbagai kuih 363 Pelbagai rancangan-rancangan Pelbagai rancangan 364 pemerosesan pemprosesan


122 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n BIL. SALAH BETUL 365 pemilekan pemilikan 366 Penambahan jumlah anak-anak Penambahan jumlah anak 367 pendita pendeta 368 pengembala penggembala 369 pengemblengan penggemblengan 370 penghawa dingin penyaman udara 371 penguatkuasa penguat kuasa 372 pengubahmilik pengubah milik 373 pengwartaan pewartaan 374 perabut perabot 375 pergerakkan pergerakan 376 Perhimpunan pekerja-pekerja Perhimpunan pekerja 377 perlabelan pelabelan 378 perlesenan pelesenan 379 Persatuan peniaga-peniaga Persatuan peniaga 380 persona pesona 381 personal personel 382 pertunjukkan pertunjukan 383 pesaka pusaka 384 petroliam petroleum 385 petrolium petroleum 386 pilihanraya pilihan raya 387 pindahmilik pindah milik 388 pinggan mangkok pinggan mangkuk 389 plan pelan 390 plan pelan 391 platfom platform 392 pra kata prakata 393 pra Olimpik pra-Olimpik 394 pra sejarah prasejarah 395 pra wacana prawacana 396 pra-moden pramoden 397 pra-sekolah prasekolah 398 pra-siswazah prasiswazah 399 pra-syarat prasyarat 400 pro Barat pro-Barat 401 pro kemerdekaan prokemerdekaan 402 pro Malaysia pro-Malaysia 403 proAmerika pro-Amerika 404 profail profil


123 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n BIL. SALAH BETUL 405 profession profesion 406 profesyenal profesional 407 pro-kerajaan prokerajaan 408 proMalaysia pro-Malaysia 409 pro-pembangkang propembangkang 410 prosidur prosedur 411 protin protein 412 radin (gelaran) raden 413 rahmat Nya (ketuhanan) rahmat-Nya (ketuhanan) 414 raksaksa raksasa 415 ramah tamah ramah-tamah 416 Ramai pelajar-pelajar Ramai pelajar 417 Ramai pengguna-pengguna Ramai pengguna 418 Rangkaian syarikat-syarikat Rangkaian syarikat 419 rebet rebat 420 rekabina reka bina 421 reket raket 422 renik (rendah) renek 423 Rentetan peristiwa-peristiwa Rentetan peristiwa 424 Rombongan pendudukpenduduk Rombongan penduduk 425 ruangniaga ruang niaga 426 sabsidi subsidi 427 sabung menyabung sabung-menyabung 428 sanwic sandwic 429 satria/kesatria sateria/kesateria 430 sayugia seyogia 431 Sebahagian daripada peneroka-peneroka Sebahagian daripada peneroka 432 sebutharga sebut harga 433 sediada sedia ada 434 sediakala sedia kala 435 Sedikit sahaja daripada ulasanulasan Sebahagian sahaja daripada ualasan 436 segala aduan-aduan segala aduan 437 Segala bukti-bukti Segala bukti 438 segala butir-butir segala butir 439 Segala maklumat-maklumat Segala maklumat 440 segala syarat-syarat segala syarat 441 segalanya segala-galanya 442 Segelintir daripada pemohonpemohon Segelintir daripada pemohon


124 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n BIL. SALAH BETUL 443 Segerombolan pengganaspengganas Segerombolan pengganas 444 segitiga segi tiga 445 sekala skala 446 sekaligus sekali gus 447 Sekawan bunga-bungaan Sejambak bunga 448 sekelian sekalian 449 sekim skim 450 selangseli selang-seli 451 selinder silinder 452 semalaysia se-Malaysia 453 Semua ilmu-ilmu dan panduanpanduan Semua ilmu dan panduan 454 semua kerja-kerja semua kerja 455 Semua surat-surat Semua surat 456 semua taman-taman semua taman 457 senarai barang-barang senarai barang 458 senireka seni reka 459 sepertimana seperti/yang 460 seringkali sering kali 461 serta merta serta-merta 462 sesungguh-nya sesungguhnya 463 setor stor 464 siapa-tah siapatah 465 siarkaki siar kaki 466 simpang perenang simpang-perenang 467 skima skema 468 snoker snuker 469 snooker snuker 470 spagetti spageti 471 spesis spesies 472 stem setem 473 stensel stensil 474 stesyen stesen 475 sub menu submenu 476 sub tajuk subtajuk 477 sub-judul subjudul 478 sub-kelas subkelas 479 sub-kontraktor subkontraktor 480 sub-kumpulan subkumpulan 481 sub-sektor subsektor


125 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n BIL. SALAH BETUL 482 sub-sistem subsistem 483 sub-standard substandard 484 sub-seksyen subseksyen 485 sudahpun sudah pun 486 sulong sulung 487 sungguh pun sungguhpun 488 surat dari pihak... surat daripada pihak... 489 surat menyurat surat-menyurat 490 suratcara surat cara 491 Susunan fail-fail Susunan fail 492 susunatur susun atur 493 susup sasap susup-sasap 494 susutnilai susut nilai 495 tak berlampu tidak berlampu 496 tali temali tali-temali 497 talipon telefon 498 tari menari tari-menari 499 tata nama tatanama 500 tata rias tatarias 501 tata susila tatasusila 502 tata tertib tatatertib 503 tata urusan tataurusan 504 tata usaha tatausaha 505 tata-tertib tatatertib 506 tatatur tataatur 507 tatatur/tata atur tataatur 508 taugeh tauge 509 taukeh tauke 510 tauladan teladan 511 tegur menegur tegur-menegur 512 telahpun telah pun 513 telor ayam telur ayam 514 tembak menembak tembak-menembak 515 temuduga temu duga 516 terdiri dari 14 orang terdiri daripada 14 orang 517 terlepas dari tindakan terlepas daripada tindakan 518 tertumpu kepada tertumpu pada 519 tiada didiami tidak didiami 520 Tiga orang daripada penjenayapenjenayah Tiga orang daripada penjenayah


126 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n BIL. SALAH BETUL 521 Timbunan sepuluh karungkarung beras Timbunan sepuluh karung beras 522 tolong menolong tolong-menolong 523 tuanpunya tuan punya 524 tuanrumah tuan rumah 525 tukarsyarat tukar syarat 526 tulin tulen 527 ulang alik ulang-alik 528 urusetia urus setia 529 usahasama usaha sama 530 usek usik 531 vokasyenal vokasional 532 walau pun walaupun 533 walaubagaimanapun walau bagaimanapun 534 yaitu iaitu 535 Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Yang Dipertua Majlis Perbandaran 536 yang mana bersalahan yang bersalahan 537 yunit unit 538 zohor zuhur


127 | R u j u k a n Sumber Rujukan Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Panduan Penulisan Surat Rasmi dan Memo untuk Pemimpin Pendidikan. Bandar Enstek. Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. (2011). Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2011: Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam. Putrajaya Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. (2020). Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2020: Pemerkasaan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam. Mohd Ashrof Zaki Yaakob, Ahmad Zaki Abd Latiff & Mohammad Mahyuddin Khalid. (2013). Buku Panduan Penulisan Kertas Kerja & Pembentangan. Universiti Teknologi MARA. UPENA. Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. (https://prpm.dbp.gov.my/) Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri. (2014). Panduan Penulisan Surat Rasmi, Memo, dan E-Mel Bilangan 5 Tahun 2014. Putrajaya. Jabatan Perdana Menteri. Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri. (2018). Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bil. 2 Tahun 2018. Mymesyuarat: Ekosistem Pengurusan Mesyuarat Era Digital.


Click to View FlipBook Version