The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bpkk.ptta, 2022-07-24 03:43:15

7. Pameran Maya Sambutan Kemerdekaan & Hari Malaysia MOF - Merdeka 1Malaysia 1.9.2021

MASUK

MERDEKA















1MALAYSIA

Sewajarnya kita sebagai rakyat Malaysia mensyukuri nikmat yang dimiliki dan keamanan

yang dikecapi, biarpun perjalanan mempertahankan kemerdekaan menempuh liku-liku

suka dan duka. Namun kesatuan hati dengan tekad menghadapi dugaan dan rintangan


bersama, kini kita masih lagi terus dapat meraikan kemerdekaan Negara dalam suasana

yang aman sejahtera.




Justeru bagi mengharungi hari-hari mendatang dalam memandu hala tuju untuk

mencapai aspirasi Negara iaitu Wawasan 2020, Program Transformasi Kerajaan (GTP)


dengan berprinsipkan 1Malaysia, “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”

dirangka bagi mengatasi segala yang menghalang. Konsep 1Malaysia menuntut seluruh

rakyat berfikir dan bertindak sebagai satu bangsa yakni bangsa Malaysia dalam mencapai

matlamat yang sama iaitu membina sebuah Negara yang lebih aman, maju, selamat dan

makmur serta mampu bersaing di persada dunia.





Gagasan 1Malaysia menggariskan perpaduan sebagai pra-syarat dalam merealisasikan

aspirasi Negara untuk mencapai status Negara maju menjelang tahun 2020.

Sememangnya sejak kemerdekaan dicapai, perpaduan telah membentuk teras utama


dalam hala tuju Negara menuju kecemerlangan.

2009





Sambutan Hari Kebangsaan Ke-52 jatuh dalam Kontinjen pelambai antaranya terdiri

bulan Ramadan. Pada tahun lepas sambutan ini daripada pelatih Program Latihan

pada mulanya telah dijadualkan untuk diadakan Khidmat Negara (PLKN) (210 orang),

di Stadium Nasional Bukit Jalil tetapi telah Kementerian dan Agensi Kerajaan (300),

diubah ke perkarangan Bangunan Parlimen 28 kontinjen Badan-badan Berkanun

dengan skala majlis yang lebih kecil. Tema Hari (300), kontinjen swasta (992), kontinjen

Kebangsaan ini adalah ’1Malaysia: Rakyat pelatih Institut Perguruan seluruh

Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Malaysia (3,500) dan kontinjen khalayak

kelolaan Kementerian Penerangan

Ketibaan tetamu kehormat disambut lambaian Komunikasi dan Kebudayaan (5,000).

dan sorakan kira-kira 10,000 kontinjen pelambai

yang berbaris di sepanjang jalan kira-kira

1.38km, bermula daripada Bulatan Bank Negara

Malaysia (BNM) sehingga ke perkarangan

Dataran Parlimen.

Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri diiringi Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri
Mahiaddin Md Yasin melancarkan kempen 'Kibar Jalur Gemilang' bersempena sambutan Hari
Kemerdekaan Malaysia ke-52 di Pusat Maritim, Putrajaya pada 12 Ogos 2009

Kontinjen pelambai yang berbaris sepanjang jalan ke Parlimen
semasa sambutan Hari Kebangsaan Ke-52 pada 31 Ogos 2009

Sambutan kali ini turut diserikan dengan nyanyian koir daripada Badan Amal dan Kebajikan

Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) yang mendendangkan lagu patriotik

"Malaysia Tanah Airku". Sebagai persembahan penutup, nyanyian koir Suara Warisan

(KOSWA), TLDM, Lumut menyemarakkan lagi Jalur Gemilang dan 1Malaysia bagi mengiringi

persembahan 200 peserta persembahan rakyat yang menampilkan pelbagai gerak tari budaya.




Sambutan yang berlangsung kira-kira 40 minit itu hanya memperlihatkan elemen penting

seperti perbarisan dan persembahan rakyat tanpa perarakan besar-besaran dan penglibatan

kontinjen kanak-kanak sekolah seperti tahun-tahun sebelum ini, berikutan kebimbangan

penularan wabak influenza A(H1N1) dan bagi menghormati bulan Ramadan.




Perayaan Hari Malaysia juga termasuk di dalam sambutan Kemerdekaan. Hari Malaysia yang

jatuh pada 16 September telah diumumkan sebagai hari cuti umum mulai tahun 2010.

Peserta yang menyertai persembahan "Rakyat Bersepadu" sempena sambutan Kemerdekaan ke-52 di Dataran Parlimen, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2009

Pertandingan Rakitan Mega Perpaduan yang diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke -52 pada 31 Ogos 2009

Ceria dengan hiasan bendera Malaysia yang unik sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-52 di Negeri Terengganu

2010







Sambutan Hari Kebangsaan Ke-53 peringkat nasional buat pertama kalinya diadakan di

ruang tertutup di Stadium Putra di Bukit Jalil bagi menghormati kemuliaan bulan Ramadan.

Bertemakan "1Malaysia : Menjana Transformasi", sambutan kali ini memuatkan pengisian

agenda yang berbeza yang mana tiada acara perbarisan dan perarakan bagi menghormati

bulan puasa.




Persembahan Khas 1Malaysia yang mengandungi lapan segmen ditampilkan dalam bentuk

penceritaan menerusi elemen penataan cahaya, kumpulan koir, kumpulan bicara berirama,

penggunaan laser di lantai serta pergerakan formasi unik dan kreatif oleh kumpulan

persembahan arena yang membentuk mesej 1Malaysia. Bermatlamatkan mengimbau

kembali perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan terdahulu, segmen pertama iaitu Gagasan

1Malaysia membawa tetamu kehormat dan orang ramai menonton antaranya potret bapa

kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra, Yang di-Pertuan Agong pertama hingga ke-13

serta Perdana Menteri pertama hingga kini menerusi paparan visual yang disediakan.

Arena (ruang tengah) stadium kemudian mula dibanjiri seramai 1,640 peserta terdiri

daripada kumpulan persembahan yang membentuk pergerakan formasi penceritaan, juga

dibantu kumpulan bicara berirama serta kumpulan koir menerusi segmen kedua iaitu

Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). Segmen itu mengenai RMK-10 yang antara lain

menekankan bidang pendidikan sebagai satu daripada agenda utama ke arah

membangunkan insan bertaraf dunia. Keasyikan penonton semakin terasa menerusi

segmen seperti Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Kreatif dan Inovatif, Model

Baru Ekonomi, Kejayaan Negara dan Kepantasan Bertindak di mana pengisiannya bukan

saja bermesejkan 1Malaysia malah menjelaskan rancangan dan transformasi kerajaan

berdasarkan pada pergerakan formasi manusia, visual, kumpulan koir dan kumpulan

bicara berirama yang dipersembahkan.




Paling mencuri tumpuan ialah drama aksi terjunan dari Unit Lawan Keganasan yang cuba

menyelamatkan tebusan menerusi segmen Kepantasan Bertindak. Dalam segmen tersebut

turut dipersembahkan Tempur Tanpa Senjata, Gerak Para, Kawad Senyap dan Aksi

Komando dari pasukan anggota keselamatan Negara.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur
Zahirah, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Kabinet
berserta isteri bersama-sama dalam sambutan Hari Kebangsaan Ke-53 di Stadium Bukit Jalil, Kuala
Lumpur pada 31 Ogos 2010








Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin memeriksa perbarisan kawalan kehormatan
ketika berangkat ke majlis sambutan Hari Kebangsaan Ke-53 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
pada 31 Ogos 2010

Persembahan Tempur Tanpa Senjata, Gerak Para, Kawad Senyap dan Aksi
Komando dari pasukan anggota keselamatan Negara di sambutan Hari
Kebangsaan 2010 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2010

Penyatuan dan kegembiraan menyambut kemerdekaan dikongsi bersama rakyat Malaysia
menerusi persembahan yang ditonjolkan dalam sambutan Hari Kebangsaan Ke-53 pada 31
Ogos 2010 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Persembahan kumpulan pergerakan formasi
penceritaan dan kumpulan bicara berirama menerusi
segmen iaitu Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-
10) di Hari Kebangsaan Ke-53 di Stadium Bukit Jalil,
Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2010

Peserta membuat persembahan sempena Kebangsaan Ke-53 yang melibatkan generasi muda di Stadium
Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2010












Orang ramai mengibarkan Jalur Gemilang ketika lagu patrotik dimainkan sempena
sambutan Hari Hari Kebangsaan Ke-53 di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada
31 Ogos 2010

2011





Sambutan Hari Kebangsaan Ke-54 ditunda kepada 16 September 2012 serentak dengan

sambutan Hari Malaysia berikutan Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada 30-31 Ogos 2011.

Tema Hari Kebangsaan pada tahun ini adalah ‘1Malaysia : Transformasi Berjaya Rakyat

Sejahtera’.




Program Keceriaan Bulan Kemerdekaan memfokuskan aktiviti pengibaran Jalur Gemilang di

kawasan bangunan dan premis dengan menggunakan daya kreativiti untuk membantu

meningkatkan penghayatan orang ramai terhadap erti kemerdekaan. Tujuh (7) kategori

dipertandingkan iaitu bangunan Kerajaan, bangunan swasta, kampung (tradisi, kampung

baru cina, kawasan estet, felda), sekolah (menengah, kebangsaan, jenis kebangsaan), taman

perumahan, individu dan pintu gerbang.




Sambutan Hari Kebangsaan Ke-54 dan Hari Malaysia Tahun 2011 disambut serentak pada

hari Jumaat dan diraikan dengan penuh gilang-gemilang dan warna-warni di Dataran

Merdeka, Kuala Lumpur sebagai lokasi utamanya. Kira-kira 10,000 peserta daripada pelbagai

peringkat iaitu pelajar sekolah, guru, polis, tentera, kakitangan kerajaan dan swasta yang

mengambil bahagian dalam acara sambutan ini.



Ketibaan tetamu kehormat disambut dengan

lambaian dan sorakan penonton yang berbaris

di sepanjang jalan, bermula dari Jalan Raja Laut

hingga persimpangan Jalan Sultan Ismail.

Sebaik tiba, Tuanku Mizan mengambil tabik

hormat sebelum lagu Negaraku dimainkan oleh

pancaragam Pusat Regimen Askar Melayu

Diraja.




Pada masa yang sama, tujuh helikopter Tentera

Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat lintas

hormat dengan membawa Jalur Gemilang,

bendera Angkatan Tentera Malaysia (ATM),

Tentera Darat, Tentera Udara Diraja Malaysia

(TUDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM),

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi

Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).




Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin; Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah;
Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Kabinet menerima
takbik hormat perbarisan dalam sambutan Hari Kebangsaan Ke-54 di Stadium Bukit Jalil, Kuala
Lumpur pada 31 Ogos 2011

Menambah keindahan warna-warni

sambutan adalah perarakan 32 kereta

berhias yang menterjemahkan kejayaan

Pelan Transformasi Kerajaan dan Pelan

Transformasi Ekonomi.




Persembahan yang berlangsung kira-

kira 1 jam 37 minit itu diakhiri dengan

gabungan suara 5,541 peserta yang

menyanyikan rangkaian lagu patriotik

seperti Transformasi Berjaya Rakyat

Sejahtera, Gemuruh, Jalur Gemilang,

Tanggal 31 dan 1Malaysia Inspirasiku,

dengan disertai barisan artis tempatan

dan diiringi dengan pertunjukan luncur

udara Jalur Gemilang.

Kereta Berhias daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sempena Sambutan Hari
Kebangsaan Ke-54 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2011

Peserta perarakan dan pelajar sekolah mengibarkan Jalur Gemilang sempena Sambutan
Hari Kebangsaan Ke-54 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2011

2012





Sambutan Hari Kebangsaan Ke-55 bertemakan "55 Tahun Merdeka : Janji Ditepati“

diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Ianya disambut penuh meriah dengan

kehadiran kira-kira hampir 20,000 pengunjung dalam dan luar Negara yang mula

membanjiri perkarangan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur seawal jam 7 pagi.




Acara dimulakan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul

Halim Mu'adzam Shah memeriksa perbarisan kontinjen kawalan kehormat utama yang

terdiri daripada 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja. Tuanku Abdul

Halim mengambil tabik hormat sebelum lagu Negaraku dimainkan oleh pancaragam Pusat

Regimen Askar Melayu Diraja.




Pada masa sama, tujuh helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat lintas

hormat dengan membawa Jalur Gemilang, bendera Angkatan Tentera Malaysia (ATM),

Tentera Darat, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM),

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Sambutan Hari Kemerdekaan yang

bertemakan '55 Tahun Merdeka :

Janji Ditepati' itu disusuli dengan

persembahan Kumpulan Drumline

dan perarakan kontinjen yang

mengambil bahagian.




Antara yang mengambil bahagian,

Pasukan Ketenteraman Awam dan

Sukarelawan, Kontinjen Pewira

Veteran, Kontinjen Infrastruktur

Komunikasi dan Kontinjen

Transformasi Pertanian sekali gus

menyaksikan pembabitan 29

kontinjen meliputi 14,464 peserta

dan tujuh pancaragam.

Pada malam 30 Ogos 2012 telah

diadakan ‘Himpunan 55 Tahun

Merdeka: Janji Ditepati’ yang

berlangsung dengan semangat

kecintaan kepada Negara di

Stadium Nasional Bukit Jalil,

Kuala Lumpur. Himpunan ini

dihadiri oleh tetamu Dato’ Seri

Mohd Najib Tun Razak, Perdana

Menteri, barisan Menteri-Menteri

Kabinet dan isteri-isteri.




Sambutan ini dimeriahkan oleh

8,500 peserta antaranya menerusi

persembahan bertenaga dan

hebat generasi Y dengan lagu

'Gemuruh Suara'.





Sebahagian Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet beramah mesra dan duduk bersama-sama dengan peserta yang
mengambil bahagian dalam persembahan di Himpunan 55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati pada malam 30 Ogos 2012 di
Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Selain itu, pengunjung disajikan tarian 'flash mob' 1Malaysia, Dikir 1Malaysia, Go Malaysia

Go, Lagu Patriotik - Nadi Rakyat dan persembahan Kumpulan Soka Gakkai Malaysia. Tweet

Up Merdeka juga berjaya mencapai matlamat rekod dunia Perhimpunan Pengguna Twitter

Terbesar Dunia dengan 10,128 pengguna Twitter dan menempa rekod dalam Malaysia Book

of Records sebagai Jumlah Tweet Terbanyak Dalam Tempoh Satu Jam dengan 3,611,323

tweet.




Sempena himpunan itu, Najib menyampaikan hadiah kepada empat pemenang Rangka Kerja

Abad Ke-21, empat Anugerah Desa Sejahtera dan Anugerah Pencapaian Cemerlang kepada

lapan ikon. Acara diakhiri dengan persembahan penutup diiringi percikan bunga api antara

yang paling menarik pernah disaksikan.

Tarian 'flash mob' 1Malaysia, Dikir 1Malaysia, Go Malaysia Go, Lagu Patriotik - Nadi
Rakyat dan persembahan Kumpulan Soka Gakkai Malaysia di Himpunan 55 Tahun
Merdeka: Janji Ditepati pada malam 30 Ogos 2012 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah
Haminah; Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri; barisan Menteri-Menteri Kabinet berserta
isteri-isteri bersama-sama dalam sambutan Hari Kebangsaan Ke-55 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31
Ogos 2012

1










3




31 Ogos 2012 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
1. Kontingen Pembasmian Kemiskinan daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan, JPM turut serta dalam
perbarisan Hari Kebangsaan Ke-55
2. Sebahagian kontigen pelajar sekolah mengibarkan Jalur Gemilang semasa sambutan Hari Kebangsaan
Ke-55
3. Kontingen Perarakan Pasukan Berkuda semarakan sambutan Hari Kebangsaan ke-55









3

1 3











31 Ogos 2012 di Dataran Merdeka, Kuala
Lumpur
1. Kontingen perbarisan daripada
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
dengan memaparkan menu sehat dalam
sambutan Hari Kebangsaan Ke-55
2. Kontingen 55 buah Teksi 1Malaysia turut
sama dalam perarakan sambutan Hari
Kebangsaan Ke-55
3&4.Penyertaan Kontinjen Merakyatkan
Perkhidmatan Awam buat julung
kalinya yang diketuai oleh Dato’ Seri
Dr.Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara
2 4 dalam perarakan sambutan Hari
Kebangsaan Ke-55

Ucapan Amanat Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri dan isteri
bersama-sama rakyat di di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2012
sebelum tamat sambutan Hari Kebangsaan Ke-55

2013





Tema Hari Kebangsan ke-56 Tahun 2013 adalah “Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya

Darahku”. Tema ini lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan

kesatuan Negara bangsa. Tema ini adalah untuk mengingatkan rakyat akan kepentingan

bersatu mempertahankan Negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan

cintakan tanah air. Selaras dengan pendekatan tema ini, konsep sambutan pada tahun ini

akan lebih menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan

keselamatan Negara. Insiden pencerobohan Lahad Datu dan Semporna menjadi iktibar

terbaik dalam memperbaiki teras utama dalam bidang ketenteraan.




Satu pertandingan logo kemerdekaan turut diadakan selama 10 hari dan dibuka kepada

rakyat Malaysia sempena pemilihan tema ini dan dimenangi oleh Noor Hishammudin Omar.

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan, beberapa acara telah diadakan seperti Majlis

Pelancaran Kibar Jalur Gemilang pada 16 Ogos di Sungai Petani, Kedah; Sambutan Ambang

Merdeka pada 30 Ogos di Pusat Maritim Putrajaya; Acara Perbarisan dan Perarakan Hari

Kemerdekaan Ke-56 pada 31 Ogos.

Sambutan Ambang Merdeka yang berlangsung di Pusat Maritim, Putrajaya pada 30 Ogos 2013 dihadiri oleh
Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Kabinet dengan pengisian kibaran
Jalur Gemilang dan persembahan bunga api

Perbarisan dan petunjukan ketangkasan Pasukan VAT 69 Commando Malaysia dalam sambutan Hari
Kebangsaan ke-56 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2013










Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah
Haminah; Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Kabinet
menerima takbik hormat perbarisan dalam sambutan Hari Kebangsaan Ke-56 di Dataran Merdeka,
Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2013

1











2



31 Ogos 2013 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
1&2. Kontingen perbarisan Pasukan Beruniform dalam sambutan Hari Kebangsaan Ke-56
3. Kontingen perbarisan PUSPANITA Kebangsaan dalam sambutan Hari Kebangsaan ke-56









3

2014






Hari Kebangsaan ke-57 disambut meriah di Seramai 14,220 peserta daripada 23

Dataran Merdeka oleh pelbagai lapisan kontinjen menyertai persembahan yang

masyarakat dengan penuh semangat patriotik membabitkan empat komponen iaitu

selaras temanya `Malaysia... Di Sini Lahirnya Ketibaan Rasmi Pembesar Negara, Jejak

Sebuah Cinta’. Acara sambutan dimulakan Gemilang Merdeka, Warisan Pemimpin

dengan nyanyian lagu Negaraku diiringi 14 das dan Keberangkatan Pulang.

tembakan meriam oleh Rejimen Alteleri Diraja.

Ianya disusuli laungan ikrar oleh 57 anak muda

pelbagai kaum dan agensi diketuai Pelajar

Sekolah Menengah Alam Shah, Putrajaya,

Ahmad Amsah Ahmad Afendi sebelum laungan

'Merdeka' sebanyak tujuh kali.




Selesai bacaan ikrar, hadirin dan tetamu

kenamaan senyap seketika pada sesi doa dan

bertafakur bagi mengenang perwira Negara

yang berjuang mempertahankan tanah air.

2




1




31 Ogos 2014 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
1. Semangat patriotik tetap bersemarak di seluruh pelusuk Negara biarpun sambutan Hari
Kebangsaan Ke-57 diadakan secara sederhana bagi menghormati tragedi pesawat Malaysia
Airlines (MAS) Penerbangan MH17 dan kehilangan pesawat MH370
2&3. Sebahagian pelajar sedang membuat formasi kemuncak perbarisan dan perarakan Hari
Kebangsaan Ke-57








3

2





1









31 Ogos 2014 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
1. Sebahagian dari kontingen anggota wanita dari Polis Diraja Malaysia yang turut serta dalam Hari
Kebangsaan Ke-57 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2014
2. Kontingen Anggota Polis dari Unit Rondaan Bersepadu menaiki motosikal sempena Sambutan
Hari Kebangsaan ke-57
3. Orang ramai berpeluang melihat aset ketenteraan Negara sempena perarakan Sambutan Hari
Kebangsaan ke-57

3

Sambutan dimeriahkan lagi dengan persembahan multimedia diketuai dua ikon animasi

Negara, Upin dan Ipin yang dipancarkan menerusi skrin gergasi. Selesai persembahan
nyanyian, acara perbarisan sambutan dimulakan dengan perarakan masuk kontinjen

membawa Jalur Gemilang oleh pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) diikuti

pasukan pancaragam.



Perbarisan dimulakan dengan persembahan seni mempertahankan diri dan tempur tanpa

senjata oleh pasukan VAT69. Sepanjang majlis perarakan itu, sebuah zeppelin dengan

imej Bapa Kemerdekaan Malaysia, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, serta
empat dron berlegar di ruang udara Dataran Merdeka. Zeppelin itu dipasang dengan

kamera berteknologi tinggi yang memancarkan visual pandangan dari udara terus ke

skrin gergasi yang dipasang di Dataran Merdeka untuk tatapan pengunjung dan
disalurkan terus ke stesen televisyen untuk siaran langsung acara itu.




Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berangkat meninggalkan majlis pada
jam 10.15 pagi.

Ikon animasi Negara, Upin dan Ipin dalam sambutan Hari Kebangsaan Ke-57 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2014

Gambar ikonik Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, mengangkat tangan melaungkan ayat keramat 'Merdeka' pada 31 Ogos 1957,
dilekatkan pada Zeppelin (belon udara) bersama tema Hari Kebangsaan Ke-57 'Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' yang berada di ruang udara pada
acara sambutan Hari Kebangsaan Ke-57 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2014

2015





Hari Kebangsaan Malaysia dirayakan pada hari

Isnin, 31 Ogos 2015. Tema #sehatisejiwa dipilih

sebagai tema Hari Kebangsaan 2015 kerana ia

mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman,

kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di Negara

ini. Buat pertama kalinya bermula tahun 2015 ini,

sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tidak

lagi disebut berdasarkan ulang tahun namun

sebaliknya mengikut tahun.




Tema #sehatisejiwa dilihat sebagai prinsip

kesamarataan antara Semenanjung serta Sabah dan

Sarawak kerana penggabungan Malaysia yang

sebenarnya adalah pada 16 September dan 31 Ogos

merupakan tarikh kemerdekaan Semenanjung

daripada jajahan pentadbiran British.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah; Datuk Seri Najib Razak, Perdana
Menteri dan barisan Menteri-Menteri Kabinet mengibarkan Jalur Gemilang semasa sambutan Hari
Kebangsaan 2015 yang diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos 2015

Kontingen Pasukan Beruniform di
Hari Kebangsaan 2015 yang diadakan
di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
pada 31 Ogos 2015





























Kontingen Anggota Unit Beruniform daripada Pasukan Tentera Darat dan Udara sedang berkawat di
hadapan orang ramai sempena sambutan Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada
31 Ogos 2015

Pelbagai kontingen daripada Agensi
Kerajaan, swasta dan Negeri turut sama
terlibat dalam perbarisan sempena
sambutan Hari Kebangsaan 2015 di Dataran
Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2015

Sukarelawan mengibarkan bendera kebangsaan (Jalur Gemilang) semasa perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2015 yang berlangsung di Dataran Merdeka,
Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2015

2016






Tema sambutan Hari Kebangsaan 2016 sama seperti tahun 2015 iaitu “Sehati Sejiwa”. Tema

ini perlunya memupuk semangat bersatu padu yang telah lama menjadi amalan dalam

kalangan rakyat Malaysia.




Seperti biasa, acara utama yang dinanti-nantikan adalah menjelang detik 12 malam

menandakan tibanya tarikh keramat 31 Ogos yang merupakan hari kemerdekaan Negara.

Sambutan di ibu Negara yang tertumpu di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) meriah

dengan percikan bunga api di persekitaran mercu tanda Negara itu yang turut bergema

dengan laungan "Merdeka" dan nyanyian lagu Negaraku.




Di ibu negara, kibaran bendera Malaysia dan pelbagai aktiviti selingan, termasuk nyanyian

berunsur patriotik mewarnai kemeriahan sambutan ‘Ambang Merdeka’ di Dewan Merdeka,

Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Kehangatan menyambut detik jam 12 tengah malam

di PWTC turut diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selain

artis, atlet, cendekiawan, ahli politik, mahasiswa, budayawan dan ahli badan beruniform

daripada pelbagai institusi pendidikan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana
Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama hadirin mengibarkan Jalur Gemilang selepas ucapan
Amanat Merdeka 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 30 Ogos 2016







Hadirin mengibarkan Jalur Gemilang semasa ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak pada Amanat Merdeka 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 30 Ogos
2016

Pada pagi 31 Ogos 2016, lautan manusia Penonton khususnya kanak-kanak

termasuk pelancong asing mengambil peluang turut ceria menyaksikan pelbagai

menghayati sambutan kemerdekaan dengan maskot daripada watak-watak utama

menampilkan semangat patriotisme yang animasi terbitan syarikat tempatan

diserikan melalui persembahan bertenaga dan antaranya BoboiBoy, Keluang Man dan

perbarisan oleh hampir 15,000 peserta pelbagai 'Didi and Friends' yang menyertai

kontinjen termasuk daripada sektor awam dan kontinjen animasi.

swasta, pelajar serta anggota pasukan

keselamatan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Antara yang turut menarik perhatian

orang ramai ialah perbarisan aset milik

Segmen membabitkan perbarisan dan perarakan pasukan keselamatan Negara termasuk

yang menampilkan 10 segmen utama daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang

Komponen Kenegaraan, Perkhidmatan Awam, menampilkan 157 buah pelbagai jenis

Ekonomi, Animasi, Sukan, Jati Diri, Ketenteraan kenderaan yang dimiliki PDRM sejak

Awam, Keselamatan Negara, Pertunjukan Udara 1950 hingga kini.

Dan Komponen Rakyat Bersatu.

Turut mendapat perhatian adalah

kehadiran wira dan wirawati negara

Sukan Olimpik Rio 2016 yang diarak

menaiki bas Hop On Hop Off.

1 2







31 Ogos 2016 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
1. DYMM Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memeriksa perbarisan kehormatan sempena sambutan
Hari Kebangsaan 2016
2. DYMM di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan
Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyanyikan lagu Negaraku di sambutan Hari Kebangsaan 2016
3. Perarakan kontinjen melintasi pentas kenamaan pada sambutan Hari Kebangsaan 2016





3


Click to View FlipBook Version