Orang ramai menyaksikan perarakan kontinjen segmen kenegaraan sempena sambutan Hari
Kebangsaan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2016
1
3
31 Ogos 2016 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
1. Rejimen Askar Melayu Diraja melepaskan 14 das tembakan ketika nyanyian lagu Negaraku selepas ketibaan Yang di-Pertuan Agong Tuanku
Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah di Hari Kebangsaan 2016
2. Helikopter ATM melakukan lintas hormat pada Hari Kebangsaan 2016
3. Pertunjukan udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat lintas hormat pada sambutan Hari Kebangsaan 2016
2
Sebahagian peserta mengadakan persembahan bertemakan ‘Sehati Sejiwa’ di sambutan Hari Kebangsaan
2016 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2016
Kontinjen atlet ke Sukan Olimpik RIO turut menyertai sambutan Hari Kebangsaan 2016 di
Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2016
2017 Umpama menyelak helaian buku sejarah
bermula daripada kemerdekaan 31 Ogos
Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2017 1957, sejarah laluan 60 tahun Negara
disambut meriah dan gilang gemilang dan kira- yang menakjubkan disajikan secara
kira 50,000 rakyat membanjiri Dataran Merdeka. amat istimewa dan penuh nostalgia
Orang ramai sudah mula membanjiri Dataran pada sambutan Hari Kebangsan 2017 di
dan mengambil tempat seawal pukul 6.30 pagi Dataran Merdeka hari ini.
lagi.
Disaksikan ribuan hadirin di Dataran
Pelbagai pengisian acara perbarisan dan bersejarah dan rakyat Malaysia melalui
perarakan dipersembahkan menjurus ke arah siaran secara langsung oleh stesen
tema sambutan Hari Kebangsaan iaitu, utama televisyen tempatan,
“Negaraku Sehati Sejiwa”. Majlis dimulakan persembahan tahun ini mengembalikan
setelah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka detik bagaimana tanah air dibina hasil
Baginda Yang di-Pertuan Sultan Muhammad V kepayahan yang diatasi secara
sampai tepat pukul 8.10 pagi. kebersamaan dan perkongsian kuasa
oleh anak Malaysia.
Acara disusuli dengan Leftenan
Komander Sharif Kalam dan Pegawai
Waran 1 Bintara Oliver Culvelt Samuel
serta 3 anggota TLDM menaikkan
bendera Jalur Gemilang. Kemudian 14
das tembakan meriam diikuti lagu
kebangsaan dan disusuli bacaan ikrar
oleh pembaca ikrar dari Pasukan
Maktab Tentera Diraja.
Memandangkan sambutan kali ini
adalah ke-60, pengisian sambutan
digarap selari dengan konsep
menghidupkan kembali penghayatan
dan semangat Merdeka di Stadium
Merdeka pada 31 Ogos 1957 dengan
gema laungan merdeka sebanyak tujuh
kali oleh Perdana Menteri Dato’ Seri
Mohd Najib Tun Razak.
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi serta Menteri-menteri Kabinet melafazkan bacaan ikrar semasa sambutan Hari
Kebangsaan 2017 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2017
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bersama Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk
Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyaksikan lintas hormat kontinjen atlet Sukan SEA KL
2017 Negara semasa sambutan Hari Kebangsaan 2017 di Dataran Merdeka, Kuala
Lumpur pada 31 Ogos 2017
Pasukan pesawat akrobatik Negara membuat bentuk 60 sebagai tanda 60 tahun Merdeka semasa
lintas lansung sambutan Hari Kebangsaan 2017 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31
Ogos 2017
Lintas hormat helikopter TUDM semasa sambutan Hari Kebangsaan 2017 di Dataran Merdeka,
Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2017
Acara padang pula, tema
sambutan “Negaraku Sehati
Sejiwa” diterjemahkan dalam
bentuk persembahan khas yang
berteraskan sebuah penceritaan
dari proses mencapai
kemerdekaan, kegemilangan dan
Pembangunan Malaysia dari 1957
hingga masa kini berlandaskan
perpaduan dengan pergerakan
yang melambangkan perpaduan
dalam keluarga, pembangunan
ekonomi, peningkatan teknologi
terkini. Persembahan itu disokong
dengan penglibatan ribuan pelajar
sekolah dan diikuti sesi bacaan
ikrar yang akan dipimpin oleh 3 Acara persembahan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2017 yang bertemakan `Negaraku Sehati Sejiwa' di Dataran
generasi dari Angkatan Tentera Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2017
Malaysia (darat, laut dan udara)
yang terpilih.
Persembahan pentomin oleh pasukan keselamatan semasa zaman darurat menentang komunis
semasa sambutan Hari Kebangsaan 2017 yang bertemakan `Negaraku Sehati Sejiwa' di Dataran
Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2017
Sebahagian dari veteran tentera dari dalam dan luar Negara yang hadir sambutan Hari
Kebangsaan 2017 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2017
Segmen perarakan menampilkan lapan kontinjen utama iaitu Kenegaraan, Perpaduan,
Animasi & Industri Kreatif, Sukan SEA dan Para ASEAN, Kontinjen Transformasi
Nasional (TN50), Ketenteraman Awam, Keselamatan Negara yang terdiri daripada Polis
Diraja Malaysia, ATM dan aset serta pertunjukan udara dan akhirnya Komponen Rakyat
Bersepadu. Pada acara perbarisan hari ini, lapan segmen dengan jumlah kontinjen
18,076 orang dan 311 aset dan 80 haiwan dalam perkhidmatan. Kemunculan Kontinjen
Sukan SEA yang berjaya menggondol 145 emas pada temasya dwi tahunan ke-29 kali ini
menerima ‘standing oviation’ hadirin serta kanak-kanak.
Sebagai merakyatkan acara sambutan merdeka di Dataran Merdeka kali ini, teres tempat
duduk manusia di sepanjang laluan dari Dataran Merdeka sehingga sepanjang Jalan
Raja Laut dan ke pusat beli-belah Sogo dengan kapasiti 6,000 orang. Malah untuk
memudahkan orang ramai melihat acara perbarisan, skrin LED sepanjang 200 meter dan
sembilan meter tinggi turut disediakan. Perbarisan secara rasminya tamat pukul 10.30
pagi dengan disusuli Lagu Negaraku dan keberangkatan pulang Sultan Muhammad V
pukul 10.40 pagi.
Peserta Kontinjen Grafik Kuala Lumpur membuat persembahan pada sambutan Hari
Kebangsaan 2017 yang bertemakan 'Negaraku Sehati Sejiwa' di Dataran Merdeka, Kuala
Lumpur pada 31 Ogos 2017
Pertunjukan perarakan anggota RELA pada sambutan Hari Kebangsaan 2017 di Dataran
Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2017
Persembahan pasukan ATM semasa sambutan Hari Kebangsaan 2017 di Dataran Merdeka,
Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2017
Watak siri animasi Ejen Ali turut menyertai perbarisan sempena sambutan
Hari Kebangsaan 2017 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2017
Sebahagian peserta yang menyertai Sambutan Hari Kebangsaan 2017 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31
Ogos 2017
“Tugas kita hari ini sebagai generasi baru Malaysia yang mewarisi
watan daripada generasi terdahulu teramat berat, kita dipanggil
semboyan pertiwi bagi meneruskan tugas mulia membina negara
bangsa Malaysia. Kita berdiri di atas bahu para patriot Negara, bahu-
bahu generasi para bapa pengasas Malaysia. Kita berhadapan dengan
amanah dan cabaran bagaimana membina di atas kejayaan sedia ada di
samping meneruskan proses perubahan dan pembaharuan Nasional”.
“Suara anak muda yang cintakan keamanan, kestabilan dan kemajuan
untuk masa depan yang lebih hebat diperlukan dan bukannya suara
yang mahukan huru-hara dan kerosakan “.
Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak