K u a s a M a g n e t S u a m i I s t e r i M e l a l u i P e l a b u r a n H a r t a n a h | 100
c)Kategori Tahu Dan Nampak Tapi Tidak Bertindak;
Golongan ini adalah yang paling bahaya, iaitu memberi pelbagai
alasan, batasan yang dicipta bagi menghalang kita merebut peluang
yang ada. Contohnya,‘nantilah dulu, nak beli rumah tak da modal lagi’,
‘malas lah nak berniaga kalau rugi nanti macam mana?’ dan pelbagai
lagi alasan yang dicipta oleh diri sendiri supaya matlamat tersebut
tidak dicapai menyebabkan golongan ini akan kecundang di tasik
madu.
{Kita mahu BERSARA JUTAWAN kerana MATI KAYA LEBIH BAIK
daripada MATI MISKIN}.
Carta 10 Kondo Paling Mahal di Kuala Lumpur
Sumber ini dipetik daripada (link), berikut 10 kondo paling mahal di Kuala
Lumpur :-
1. One KL
2. The Troika
3. K Residence
4. The Meritz
5. Marc Residence
6. The Avare
7. Park Seven
8. Pavilion Residence
9. Idaman Residence
10. Ampersand @ Kia Peng
1. One KL
Fardain Properties Sdn Bhd
K u a s a M a g n e t S u a m i I s t e r i M e l a l u i P e l a b u r a n H a r t a n a h | 101
Dengan konsep "94 apartment 95 kolam renang", ia adalah sebuah
bangunan berbentuk segitiga dengan senibina arkitek yang ringkas dan
moden. Terletak berhampiran KLCC, dekat-dekat area jalan P Ramlee.
Harga bermula dari : RM7.25 juta (update 2009)
2. The Troika
Bangunan ini mempunyai 3 menara dan akan menjadi kediaman tertinggi
di Malaysia dengan tingkat tertinggi adalah tingkat 55 di salah sebuah
menara tersebut. Lokasinya menghadap ke arah KLCC Park, ia menjanjikan
pemandangan yang amat cantik.
Fardain Properties Sdn Bhd
K u a s a M a g n e t S u a m i I s t e r i M e l a l u i P e l a b u r a n H a r t a n a h | 102
Harga bermula dari : RM3.68 juta (update 2009)
3. K Residence
Lokasinya bersebelahan KLCC, bangunan ini mempunyai 2 menara dengan
ketinggian hampir sama dengan The Troika. Pengurusan bangunan ini amat
menitik beratkan kemudahan utiliti seperti tekanan air dan lain-lain. Di
Fardain Properties Sdn Bhd
K u a s a M a g n e t S u a m i I s t e r i M e l a l u i P e l a b u r a n H a r t a n a h | 103
bahagian aras bawah terdapat kedai-kedai dan parking bawah tanah
kepada pemilik rumah.
Harga bermula dari : RM2.32 juta (update 2009)
4. The Meritz
Seperti K Residence, bangunan ini juga terletak di Jalan Ampang
berhampiran KLCC dan kemudahan pengangkutan transit aliran ringan.
Pemandangannya agak terlindung dari KLCC oleh beberapa bangunan
Fardain Properties Sdn Bhd
K u a s a M a g n e t S u a m i I s t e r i M e l a l u i P e l a b u r a n H a r t a n a h | 104
pejabat lain di sekitarnya dan dikatakan rupa pembinaannya tidak secantik
pandangan yang digambarkan oleh artis.
Harga bermula dari :RM2 juta (update 2009)
5. Marc Residence
Mempunyai dua menara yang boleh dihubungkan, binaan bangunan ini
sangat elegan dan mempunyai taman berbumbung dan juga penanaman
pokok di keseluruhan menara.
Fardain Properties Sdn Bhd
K u a s a M a g n e t S u a m i I s t e r i M e l a l u i P e l a b u r a n H a r t a n a h | 105
Harga bermula dari : RM720,000 (update 2009)
6. The Avare
Direka oleh arkitek David John Clarke, bangunan ini dengan rekabentuk
yang sangat bergaya diinspirasikan daripada bentuk rama-rama.Dengan
pemandangannya menghala ke arah KLCC Park dan Kelab Golf Diraja
Selangor, kediaman ini merupakan kediaman yang amat sempurna untuk
dimiliki.
Fardain Properties Sdn Bhd
K u a s a M a g n e t S u a m i I s t e r i M e l a l u i P e l a b u r a n H a r t a n a h | 106
Harga bermula dari : RM4.56 juta (update 2009)
7. Park Seven
Park Seven dibina dengan ketinggian rendah dengan hanya 20 tingkat
tetapi mempunyai 7 menara.Dengan keluasan tanah yang agak kecil, setiap
menara disusun agak rapat.Hanya terdapat satu unit bagi setiap tingkat,
ianya amat sesuai untuk golongan muda.
Harga bermula dari : RM2.5 juta (update 2009)
Fardain Properties Sdn Bhd
K u a s a M a g n e t S u a m i I s t e r i M e l a l u i P e l a b u r a n H a r t a n a h | 107
8. Pavilion Residence
Pavilion Residence adalah satu lagi pembinaan tinggi selepas Marc
Residence dengan kemudahan kedai-kedai runcit di bahagian bawahnya
dan pejabat-pejabat serta hotel disampingnya.
Harga bermula dari : RM1.24 juta (update 2009)
Fardain Properties Sdn Bhd
K u a s a M a g n e t S u a m i I s t e r i M e l a l u i P e l a b u r a n H a r t a n a h | 108
9. Idaman Residence
Idaman Residence berkonsep kediaman mesra alam dengan konsep
pengudaraan semula jadi di kebanyakan sudut rumahnya (walau
bagaimanapun masih terdapat pengudaraan penghawa dingin).Ia juga
mengandungi 4 taman berbumbung di bahagian atas paras parking kereta.
Harga bermula dari : RM760, 000 (update 2009)
Fardain Properties Sdn Bhd
K u a s a M a g n e t S u a m i I s t e r i M e l a l u i P e l a b u r a n H a r t a n a h | 109
10. Ampersand @ Kia Peng
Rekaan Ampersand @ Kia Peng tidak ke arah bangunan tinggi, hanya
sekitar 7 - 12 tingkat dan setiap unit kediaaman berhampiran dengan
jalanraya. Lokasi kediaman adalah di Jalan Kia Peng di antara KLCC Park
dan Kelab Diraja Selangor, ia menjadi antara kediaman di dalam bandar
yang sungguh moden.
Harga bermula dari : RM2.35 juta (update 2009)
Fardain Properties Sdn Bhd
K u a s a M a g n e t S u a m i I s t e r i M e l a l u i P e l a b u r a n H a r t a n a h | 110
Pesanan Terakhir Jutawan Suami Dan Isteri
Saya dan isteri ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak
kepada semua agar segera membuat pelaburan hartanah, sekiranya tidak
mempunyai ilmu tentang hartanah bolehlah mengikuti mana-mana seminar
atau kursus melalui orang-orang yang telah mengecapi kejayaan di dalam
pelaburan hartanah.Untuk mencapai kejayaan kita haruslah yakin dengan
bidang yang kita ceburi, abaikan masalah-masalah kecil yang boleh
menghakis semangat dan matlamat, ‘fast action, fast result’.
Akhir kata, percayalah kepada ‘Law Of Abundance’(hukum melimpah
ruah), iaitu terdapat lebih daripada cukup kemewahan untuk diagihkan.
Hormatilah hukum alam; Kita menuai apa yang kita semai. Oleh itu, buat
baiklah kepada orang lain sekiranya anda hendak orang lain melakukan
perkara yang sama kepada anda. Perkara yang paling penting
adalah,hayatilah hidup anda dan nikmatilah perjalanan ini
sepenuhnya.Dengan minat dan keghairahan yang sama dalam pelaburan
hartanah, saya dan isteri yakin jalan kita akan bertemu suatu hari nanti.
Saya dan isteri amat mengalu-alukan pertemuan kita pada suatu hari
nanti untuk meneruskan perkongsian bersama,kerana pembelajaran adalah
satu proses yang berterusan, tidak kiralah di mana anda berada bagi
mencapai financial freedom (kebebasan kewangan) dan nikmatilah
perjalanan yang sangat indah ini!.
Sekian, terima kasih.
Ikhlas daripada Penulis Dan PelaburHartanah;
-Faridil Atras bin Abd Rahman.
-Ain Farahati binti Maarof.
Fardain Properties Sdn Bhd