The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sebuah pelan terpenting dalam memaparkan dengan jelas hala tuju jawatankuasa dan anak kariah dalam mencapai matlamat dan seterusnya menyumbang kepada pencapaian agenda meningkatkan syiar Islam dalam kariah.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Masjid Zaid bin Haritsah, 2024-02-03 23:17:59

Pelan Strategik MZBH 2023-2026

Sebuah pelan terpenting dalam memaparkan dengan jelas hala tuju jawatankuasa dan anak kariah dalam mencapai matlamat dan seterusnya menyumbang kepada pencapaian agenda meningkatkan syiar Islam dalam kariah.

Keywords: Pelan Strategik,MZBH

PELAN STRATEGIK 2023-2026 & PENDANAAN MASJID ZAID BIN HARITSAH


PELAN STRATEGIK 2023-2026 MASJID ZAID BIN HARITSAH


MASJID ZAID BIN HARTISAH


Kandungan Kata-Kata Aluan Pengerusi Kata Pengantar Naqib Pengenalan Ringkasan Eksekutif Latar Belakang MZBH Carta Organisasi Teras MZBH Para Pegawai MZBH Rakan Strategik Perkembangan Masjid Isu dan Cabaran MZBH Team Sokongan MZBH Santai Bersama MZBH Hala Tuju Strategik Visi Misi Objektif Moto Dasar Kualiti Iltizam MZBH 2 3 4 4 5 6 7 8 9 12 17 20 21 24 25 25 25 25 26 26 Teras Strategik MZBH Teras 1: Teraju Aktiviti Pengimarahan 1.1 Aktiviti Pengimarahan 1 1.2 Aktiviti Pengimarahan 2 1.3 Aktiviti Pengimarahan 3 Teras 2: Proses Pengimarahan 2.1 Alam Sekitar | Environment 2.2 Sosial | Social 2.3 Tadbir Urus | Governance Teras 3: Amalan Masjid Mesra Alam Guna Tenaga Hijau Urus Sisa Pengurusan Air Landskap Hijau Guna Bahan Binaan Mampan Kualiti Pengudaraan Dalaman Kepimpinan Amalan Hijau Rumah Ibadah Hijau Pendanaan Masa Depan Penutup 28 29 30 31 32 33 33 33 34 35 35 35 35 36 36 36 39 41 46 50 Strategik MZBH 1 2023-2026 Pelan


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI Masjid Zaid bin Harisah, Jalan Gombak, Kuala Lumpur Strategik 2 MZBH 2023-2026 “ Pelan Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh Selamat Sejahtera dan Salam Muhibbah Perkembangan dan perubahan masa telah membawa Masjid Zaid bin Haritsah untuk bersama anak-anak kariahnya melangkah ke satu persekitaran yang lebih positif. MZBH perlu digerakkan secara positif demi memastikan masjid ini dapat mengerakkan tiga strastegik utama yang digariskan iaitu teraju aktiviti pengimarahan masjid; teraju proses pengimarahan masjid; serta teraju aspek amalan masjid mesra alam. Bagi merealisasikan matlamat ini, Pelan Strategik MZBH 2023-2026 ini direncanakan untuk menjelaskan dan menarik minat serta fokus ke semua wargakerja dan anak kariah kepada polisi masjid untuk tempoh tiga tahun akan datang. Pelan ini penting bagi mengariskan hala tuju MZBH dalam memastikan impak pelaksanaan program pengimarahan masjid secara positif kepada masyarakat setempat. Pelan strategik ini dibangunkan selari dengan komitmen wargakerja masjid untuk memakmurkan kariah ini berdasarkan maklum balas jemaah yang mahukan kemakmuran berpanjangan selari dengan tuntutan agama yang berlandaskan kepada maksud Islam itu sendiri iaitu sejahtera. InsyaAllah, berdasarkan kepada tiga (3) teras strategik bersama pecahan kecilnya telah dirangka untuk wargakerja MZBH laksanakan. Kami komited merealisasikan secara bersama dengan anak kariah secara konsisten hingga memberikan impak positif kepada semua. Akhir kalam, semoga pelan strategik ini mampu diterjemahkan dengan baik hasil daripada usaha yang dimainkan semua pihak untuk memastikan masjid berfungsi dengan sebaiknya dalam meninggikan lagi syiar Islam di kariah ini. Semoga usaha ini diberkati Allah SWT. Sekian. Salam hormat daripada MZBH. Hj. Mohd Aizul bin Adnan Pengerusi MZBH ”


KATA PENGANTAR NAQIB MASJID Masjid Zaid bin Harisah, Jalan Gombak, Kuala Lumpur Strategik MZBH 3 2023-2026 Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh Selamat Sejahtera dan Salam daripada Masjid Zaid bin Haritsah Bersyukur ke Hadrat Allah SWT atas limpah kurnianya maka Pelan Strategik MZBH 2023 – 2026 ini dapat dihasilkan dalam melakar agenda perancangan MZBH untuk tiga tahun akan datang untuk mencapai visi, misi dan objektif untuk menguruskan masjid secara efektif berasaskan nilai-nilai murni dan berintegriti. “ Pelan Selaras dengan matlamat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang mentadbir institusi masjid-masjid di Kuala Lumpur ini, kami di MZBH akan berusaha semampu mungkin untuk memberikan perkhidmatan pengurusan yang terbaik dalam menyebarkan syiar Islam di kariah ini. Sebagai institusi agama Islam yang tertinggi di kariah ini, MZBH sentiasa berusaha menyediakan tempat ibadah solat yang baik dan serta membantu masyarakat memahami agama untuk dipraktiskan dalam kehidupan dengan lebih baik. Pelbagai aktiviti penerapan ilmu dan pengetahuan menerusi ceramah perdana, kuliah maghrib, kelas pengajian al-Quran muslimin, muslimat dan kanak-kanak, aktiviti nikah kahwin, serta pelbagai aktiviti kemasyarakatan setempat yang menjurus kepada mewujudkan suasana harmoni dalam kariah. Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada semua wargakerja MZBH yang telah bersama memberikan input pandangan kepada penghasilan Pelan Strategik MZBH 2023- 2026 ini. Bersama kita realisasikan pelan strategik ini untuk mencapai tahap kepuasan jemaah dalam proses pengibadatan mereka seharian dalam membangunkan masyarakat yang beragama di kariah ini. Sekian, terima kasih. Ustaz Hasan Basri bin Soidin Naqib/Setiausaha MZBH ”


PENGENALAN RINGKASAN EKSEKUTIF MZBH Strategik 4 MZBH 2023-2026 Pelan Pelan Strategik MZBH merupakan dokumen yang menggariskan perancangan polisi dan hala tuju pengimarahan dan pembangunan masjid bagi tempoh tiga (3) tahun bermula 2023 hingga 2026. Pembangunan pelan ini hasil daripada kajian semula sasaran kerja tahunan MZBH 2020- 2022 yang lalu. MZBH mengambil inisiatif untuk mendokumen hala tuju ini demi mencapai matlamat menjadikan masjid ini sebagai sebuah pusat ibadah yang berfungsi baik dalam membangunkan jiwa dan rohani masyarakat menerusi penglibatan sosial dan pendidikan bagi komuniti setempat. Masjid ini berusaha dan komited dalam menjayakan aktiviti pembangunan dan pengoperasiannya menerusi amalan teknologi hijau demi menjadikan masjid ini sebagai masjid mesra alam. Semoga pelan strategik ini mampu diterjemahkan dengan baik oleh semua pemegang taruh MZBH. Anda adalah pemegang taruh masjid ini “ ” Dr. Fairus Hamdan Timbalan Pengerusi MZBH


LATAR BELAKANG MZBH Strategik MZBH 5 2023-2026 Pelan MZBH merupakan sebuah masjid yang bernaung di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang dahulu dikenali sebagai Masjid Jamek Sungai Mulia, merupakan institusi tertinggi komuniti dalam hal perkembangan syiar Islam di kariah ini. Alhamdulillah, perkara ini masih dikekalkan sehingga sekarang yang diteruskan oleh Jawatankuasa Pentadbir Masjid Zaid Bin Haritsah (MZBH). Mengikut rekod mesyuarat jawatankuasa masjid yang bertarikh 29 September 1985 semasa penyediaan kertas kerja pembinaan masjid yang baharu, telah dinyatakan di dalam bahagian pertama latar belakang kertas kerja tersebut bahawa masjid ini telah didirikan sekitar pada tahun 1910. Maka, berdasarkan rekod itu menjadi asas kepada kami bahawa tapak yang ada sekarang ini telah ditetapkan oleh pendahulu Kampung Sungai Mulia ini sebagai kawasan masjid. Hal ini telah dibuktikan dengan pencarian rekod tanah di Pejabat Tanah dan Galian, Kuala Lumpur pada tahun 2020. Hasil mendapati bahawa tanah ini telah digazetkan oleh kerajaan Selangor pada 31 Mei 1933 sebagai tapak masjid dan kekal sebagai tanah bagi kegunaan masjid. Melalui rekod ini, dapat disahkan persempadanan tanah yang ada kini sebagai tapak masjid. Ini bagi membolehkan pengimarahan masjid dapat dijalankan dengan baik. MZBH berusaha untuk memberikan pengurusan dan pelaporan kewangan masjid terbaik kepada semua “ ” Ustaz Hj. Amir Hamzah Mohd Yusoff Imam & Bendahari


PENGERUSI Hj. Mohd Aizul Adnan TIMBALAN PENGERUSI Dr. Fairus Hamdan SETIAUSAHA Ustaz Hasan Basri Soidin BENDAHARI Ustaz Hj. Amir Hamzah Mohd Yusof AHLI JAWATANKUASA AJK KESELAMATAN & PENGURUSAN ASET Hj. Basir Rasyid AJK DAKWAH & PENDIDIKAN Ustaz Fazrul Zulkifli AJK HAL EHWAL MUSLIMAT Hjh. Zaikiah Buyong AJK KEBAJIKAN & EKONOMI Pn. Jamiah Abdul Rahman AJK PENDANAAN & KORPORAT Hj. Ahmad Lutfi Abdul Mutalip AJK PEMBANGUNAN Ir. Hj. Azman Abu Bakar AJK BELIA & RIADAH AJK BELIAWANIS En, Mohd Firdaus Mohd Sufian Pn. Fatimah Abdul Razak AJK PENERBITAN & IT AJK KEBERSIHAN & KECERIAAN En. Zaim Muzhafar Abu Hasan Cpt. Mohd Fakhzan Othman CARTA ORGANISASI MASJID ZAID BIN HARITSAH 2023 - 2026 Strategik 6 MZBH 2023-2026 Pelan


Strategik MZBH 7 2023-2026 Pelan TERAS PERTAMA MZBH sebagai tempat ibadah kepada Allah SWT MZBH sebagai hub pendidikan MZBH sebagai pusat aktiviti masyarakat TERAS KEDUA Fokus kepada pengurusan Sosial (Social) Fokus kepada pengurusan Alam Sekitar (Environmental) Fokus kepada pengurusan Tadbir Urus (Governance) TERAS KETIGA Tujuh (7) Amalan Masjid Mesra Alam 1. Guna Tenaga Hijau 2. Urus Sisa Buangan 3. Cekap Guna Air 4. Landskap Hijau 5. Penggunaan Bahan Binaan Mampan 6. Kualiti Udara Dalam Bangunan 7. Kepimpinan Amalan Hijau


PARA PEGAWAI MASJID MASJID ZAID BIN HARITSAH Strategik MZBH 8 2023-2026 Pelan Hj. Zul Muhammad Imam Ratib Ustaz Mohd Fadzli Mohd Yusof Imam Ratib Ustaz Adnan Abd Rahman Imam Ratib Ustaz Syafiq Ketua Bilal & Juru Nikah Ustaz Hasan Basri Soidin Naqib, Setiausaha, Ketua Imam & Juru Nikah Ustaz Hj Amir Hamzah Mohd Yusoff Imam & Bendahari Ustaz Fazrul Zulkifli Imam Ratib Hj. Ariffin Jaafar Bilal Rakyat Hamizan Bilal Rakyat Cikgu Ramzi Bilal Rakyat


Strategik 9 MZBH 2023-2026 Pelan RAKAN STRATEGIK Memberikan sokongan kewangan kepada waris dalam mengurusan jenazah ahli & tanggungan serta mengadakan aktiviti kebajikan yang berkaitan. Platfom perkongsian maklumat berkenaan aktiviti perekonomian anak kariah MZBH dalam menjana ekonomi keluarga dan komuniti. Menarik lebih ramai muslimat ke majlis ilmu di masjid dengan matlamat memperkasa kaum ibu sebagai tenaga pengajar wahid institusi keluarga, serta membentuk muslimat dengan nilai murni seperti bergotong royong, demi untuk memajukan diri & anak kariah. Kelab pertanian setempat bagi anak kariah mendapatkan pendidikan dan melibatkan diri dalam aktiviti kebun dalam bandar. Ditubuhkan kelab riadah ini bagi mengukukan ukhuwah anak kariah MZBH di Kampung Sungai Mulia menerusi aktiviti berbasikal & kerja-kerja Community Social Responsibility. …adalah penting untuk memastikan libat urus muslimat pada setiap aktiviti di masjid… “ ” Hjh. Zaikiyah Buyong Biro Hal Ehwal Muslimat


Strategik MZBH 10 2023-2026 Pelan PBS Gombak Maahad tahfiz diwujudkan bagi memberi peluang kepada anak-anak kariah dan seluruh negara untuk mengikuti program hafazan dan bacaan alQuran. Perkumpulan belia kariah Masjid Zaid bin Haritsah untuk mencebur diri dalam aktiviti masjid, serta menjadikan masjid sebagai tempat permulaan menjalankan aktiviti riadah belia serta aktiviti kemasyarakatan. Perkumpulan jemaah muslimat kariah MZBH di Kg. Sungai Mulia dan kawasan sekitarnya dalam mengadakan aktiviti seperti aktiviti bacaan surah Yasin, doa selamat dan bacaan barzanji dan marhaban dalam program pengimarahan kariah. Badan beruniform yang sering berkolaborasi dalam aktiviti masjid serta sokongan kepada Misi Bantuan Bencana MZBH ke kawasan-kawasan yang memerlukan. Dalam menjaga kebajikan anak kariah, bukan sekadar pihak masjid sahaja yang perlu bekorban masa dan tenaga, malahan setiap anak kariah perlu melibatkan diri sama demi menjayakannya “ ” Pn. Jamiah Abdul Rahman Biro Kebajikan, Sosial & Ekonomi


PERKEMBANGAN MZBH MASJID ZAID BIN HARITSAH


SEJARAH MASJID Strategik MZBH 2023-2026 Pelan Bertempat di KM 8, Jalan Gombak, KL. 1910 – Masjid pertama kali dibina di sini. 1933 – Tanah dirizabkan sebagai tanah masjid oleh Kerajaan Selangor. 1974 – Diisytihar di dalam K.Lumpur, pengurusan masjid di bawah pentadbiran MAWIP & JAWI. Dahulunya dikenali sebagai Masjid Jamek Sungai Mulia. 1991 – Masjid Zaid bin Haritsah dengan struktur terkini dirasmikan. Seni binaan utamanya adalah pintu gerbang besar di hadapan dengan 2 kubah bercirikan payung. 12


PERKEMBANGAN MASJID Dengan matlamat masjid lebih indah dan selesa. Strategik MZBH 13 2023-2026 Pelan Penambahan anjung hadapan struktur besi ruang terbuka bumbung lutsinar. Penambahan anjung hadapan struktur besi ruang terbuka dengan bumbung lutsinar – MZBH memilih besi sebagai bahan binaan utama. #masjidtiangemas PENGGUNAAN BESI SEBAGAI BAHAN BINAAN UTAMA KELEBIHAN KEKURANGAN 1. 100% boleh dikitar semula tanpa pengurangan kualiti (tidak seperti plastik.) 1. MZBH perlu menyediakan struktur lebih kukuh untuk projek solar pada masa hadapan 1. Memerlukan sumber mineral besi yang banyak semasa proses perlombongan pada awal.


Penambahan anjung hadapan struktur besi ruang terbuka bumbung lutsinar, membantu pencahayaan; kipas gergasi memberikan selesa; serta ruang ekstra untuk aktiviti & berteduh dari hujan oleh rider & para jemaah PERKEMBANGAN MASJID Dengan matlamat masjid lebih indah dan selesa. !"#$#%#&$'(')"*&"(#+$"#,&-#+"%&././ “ Biro Pembangunan komited untuk memastikan jemaah menikmati fasiliti terbaik semasa di masjid Ir. Azman Abu Bakar AJk Pembangunan ” !"#$#%#&0#1#&2#3-"&$,#%4 !"#$#%#&05645#*&$')'0#$&&7$8#3 !"#$#%#&+"9#%&1#%&+#*0,5&:#4+5,( Strategik MZBH 2023-2026 Pelan 14


PERKEMBANGAN MASJID Program rumah ibadah hijau Strategik MZBH 15 2023-2026 Pelan Pencahayaan: • Menukar semua lampu kalimantang lama kepada lampu LED. • Menggunakan mentol cekap tenaga pada lampu-lampu baru yang dipasang. • Usaha untuk memasang sumber tenaga solar tidak mampu diteruskan kerana bangunan masjid dilindungi bangunan apartment bersebelahan. “ Biro Dakwah berusaha meningkatkan kualiti setiap program penitisan ilmu yang dirangka merangkumi aspek duniawi dan ukhrawi demi memastikan setiap muslim memanfaatkan program pengajian yang direncanakan ” Ustaz Fazrul Zulkifl AJK Dakwah & Pendidikan


PERKEMBANGAN MASJID Dengan matlamat masjid lebih indah dan selesa. Pengudaraan: • Mengekalkan lubang-lubang angin pada setiap dinding masjid bagi mengekalkan aliran udara yang baik dalam masjid. • Amalan rumah ibadah hijau di MZBH yang mempunyai ciri pengaliran udara baik bagi keselesaan kepada setiap jemaah. • Program infaq kipas gergasi diteruskan bagi menggalakkan pengudaraan yang baik seterusnya menyediakan masjid yang selesa. Strategik MZBH 2023-2026 Pelan 16 Memaksimumkan pengudaraan biasa semasa solat tanpa aircond “ Selain daripada sedekah dan infaq para jemaah, MZBH memerlukan sokangan kewangan terutama daripada korporat dan industri”Hj. Lutfi Abd Talib AJK Pendanaan & Jaringan Korporat


ISU DAN CABARAN MASJID Program & Projek dalam memakmurkan masjid Strategik MZBH 17 2023-2026 Pelan Kta maklum tentang masjid berfungsi sebagai pusat ibadah dan sosial tidak terlepas dalam berhadapan dengan isu dan cabaran yang perlu diatasi bagi memastikan masjid berfungsi dengan baik. Antara isu dan cabaran yang umum dihadapi oleh MZBH: Pendanaan: Terkini masjid berhadapan cabaran pengumpulan dana yang mengalami tren menurun. Walau bagaimanapun, MZBH sangat komited meneruskan setiap program kemasyarakatan dan pendidikan demi memastikan kelangsungan syiar Islam dalam kariah diteruskan mengikut sumber yang ada. Penglibatan belia. Usaha melibatkan belia dalam program masjid memerlukan sentuhan yang unik. Masjid berhadapan dengan anak belia kariah yang mungkin kurang keinginan kepada mempraktiskan agama dalam kehidupan. Keperluan untuk masjid mempunyai pasukan khusus dalam merencana program belia yang mampu digerakan sendiri


ISU DAN CABARAN MASJID Program & Projek dalam memakmurkan masjid tetapi selari dengan matlamat mendukung syiar agama yang mampu menjadi amalan mereka dalam kehidupan. Positive vibe tok alim. Kepelbagaian jemaah yang mempunyai minat pada agama secara berbeza bergantung kepada pendekatan, kepribadian dan ilmu para ilmuan yang lebih mesra jemaah. Menyemarakkan kembali fungsi tok imam atau bilal yang menjaga anak kariah perlu diusahakan semula. Pengurusan konflik. Cetuhan emosi jemaah, ahli kariah dan jawatankuasa mampu berlaku sekiranya hal ini tidak ditangani dengan baik. Mengatasi perbezaan pendapat dan konflik menerusi jalan damai dan membangun adalah kunci menjaga keharmonian masjid. Strategik MZBH 2023-2026 Pelan 18 “ Program membudayakan masjid perlu direncanakan dan diteruskan sehingga saf dalam masjid diisi dan diimarahkan oleh Belia kariah ” Firdaus Mohd Supian AJK Belia & Riadah


ISU DAN CABARAN MASJID Program & Projek dalam memakmurkan masjid Strategik MZBH 19 2023-2026 Pelan Keharmonian. Membangunkan dan mengekalkan keharmonian antara jemaah dengan berlatarbelakang prinsip yang berbeza, serta pemahaman agama yang beragam mampu menjadi isu dan cabaran. Justeru, setiap pebalahan perlu dihentikan, dengan memberikan fokus pada nilai-nilai persaudaraan dan meraikan perbedaan adalah penting dalam Islam. Penglibatan Muslimat. Pengurusan sesebuah program muslimat perlu dimulakan dengan niat yang murni dan bersama untuk tidak berbalah antara satu sama yang lain. Kerukunan perlu dipupuk bagi mendorong penyertaan aktif mereka dalam pelbagai aspek dan aktiviti masjid. Status terkini, Muslimat MZBH komited dan positif dalam program pengimarahan masjid. “ Beliawanis bukan sekadar menjadi kumpulan sokongan malahan digerakkan bagi menjayakan matlamat masjid sebagai pusat aktiviti masyarakat ” Pn. Fatimah Abdul Razak Beliawanis MZBH


TEAM SOKONGAN MZBH Strategik MZBH 2023-2026 Pelan 20 Hj. Mansur Taher Pegawai Kebajikan & Pengurusan Jenazah Hjh Ina Halim Tugas-Tugas Khas Nurul Nordin Tugas-Tugas Khas Omar Baharon Majlis Keraian Danishah Zulkiffli Keselamatan Lalulintas Ustaz Abdullah Guru Al-Quran, Iqra’ & Tahfiz Ustaz Uzlan Guru Al-Quran & Tahfiz Rosnah Mohd Zain Eksekutif Jualan Baharuddin Majlis Keraian Khalili Mohd Ramli Keselamatan Kopral Rahimi Pegawai Perhubungan PDRM-MZBH


MASA DEPAN MZBH Program & Projek dalam memakmurkan masjid Umum mengetahui bahawa masjid merupakan tempat ibadah kepada orang Islam setempat. Kini, MZBH ingin lebih dikenali sebagai tempat sebagai pusat ibadah, berfungsi sebagai hub pendidikan serta pusat yang menjalankan pelbagai aktiviti masyarakat. Seperti mana masjid telah berfungsi dengan baiknya bermula dari zaman Rasulullah SAW serta para sahabat dan ahli keluarganya hinggalah kini, masjid merupakan tempat masyarakat berhimpun dan berpadu. Justeru itu MZBH telah melancarkan pelbagai aktiviti yang menjurus kepada membangunkan keharmonian disulam dengan penerapan ilmu agama, disatukan masyarakat kepada aktiviti gotong royong, kenduri kendara, sukaneka demi untuk memupuk budaya dan nilai murni yang baik dalam kalangan anak kariah. Strategik MZBH 2023-2026 Pelan 21 “ ” Hj. Basir Rasyid AJK Keselamatan & Pengurusan Aset Kami memantau dan memastikan keselamatan masjid dan aset-aset diurus dengan baik untuk digunakan oleh jemaah


SANTAI BERSAMA MZBH Program & Projek dalam memakmurkan masjid Strategik MZBH 22 2023-2026 Pelan MZBH sentiasa mengembeling usaha dalam memastikan segala aktiviti yang diadakan mendapat penglibatan ramai anak kariah bagi menjayakan semua aktiviti dalam memupuk semangat muhibbah dalam kalangan anak kariah. Pelbagai aktiviti direncana dan dijalankan demi meningkatkan jemaah datang ke masjid untuk solat berjemaah, menggalakkan masyarakat menyumbang dalam kepada masjid. Antara manfaat sumbangan diterjemahkan melalui pembangunan semula masjid dan pembinaan ruang atas dan bawah masjid, penyediaan fasiliti tahfiz, tandas kegunaan jemaah, karpet serta menampung perbelanjaan harian dan bulanan masjid. Selain itu masjid berusaha mengekalkan estetika masjid pada kos minima dan mengadaptasi Green Technology. “ ” Keperluan memastikan setiap sudut masjid suci dan bersih merupakan hal yang penting bagi Biro Kebersihan demi memastikan jemaah berasa selesa semasa beribadah di MZBH Mohd Fakhzan Othman Biro Kebersihan & Keceriaan


SANTAI BERSAMA MZBH Program & Projek dalam memakmurkan masjid Sebagai institusi tertinggi di dalam kariah ini, MZBH perlu bertindak selari dengan misi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dalam menterjemahkan hal memperkasa pengurusan hal ehwal Islam melalui penyampaian perkhidmatan yang komprehensif ke arah kesejahteraan anak kariah. Maka MZBH perlu memastikan pengurusan dan pentadbiran masjid mengikut panduan dan standard pengurusan baik yang diperakui jabatan. Melalui strategi-strategi yang akan dilaksanakan dan kerjasama pelbagai pihak, adalah diharapkan MZBH terus kehadapan dalam menyediakan fungsinya sebagai pusat ibadah, hub pendidikan dan berfungsi sebagai pusat kegiatan masyarakat setempat. Strategik MZBH 2023-2026 Pelan 23 “ ” Proses penyampaian diperkasakan melalui pelbagai medium akan menjadi pemangkin kepada hubungan yang lebih mesra antara pihak masjid dan para Zaim Muzaffar Abu Hasan jemaah dan anak kariah MZBH Biro Multimedia dan IT


HALA TUJU STRATEGIK MASJID ZAID BIN HARITSAH


HALA TUJU STRATEGIK MZBH Memakmurkan masjid VISI Menjadikan MZBH Contoh Pembangunan Masjid Mampan MISI Mengoptimumkan Fungsi Masjid sebagai Pusat Kecemerlangan Setempat melalui Program Pengimarahan Efektif yang Menterjemahkan Nilai-nilai Murni dan Kemanusiaan. Objektif Meneroka peluang masa hadapan menerusi sumber, manfaat dan nilai tambah yang diperoleh daripada kecekapan jawatankuasa dan kesatuan jamaah dalam kalangan anak kariah dengan mengadaptasi RIH, ESG dan SDG. Moto Pusat Ibadah & Keilmuan. Mesra Jemaah & Kanak-kanak Strategik MZBH 2023-2026 Pelan 25


ILTIZAM MZBH DASAR KUALITI MZBH komited untuk memastikan pentadbiran organisasi masjid dan pengurusan kewangannya menepati amalan pengurusan baik yang akan dipaparkan secara telus kepada jemaah serta sentiasa secara berterusan untuk meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan yang terbaik kepada para jemaah. MZBH komited untuk menguruskan masjid ini bagi memastikan para jemaahnya selesa semasa menjalankan ibadah solat, zikir dan penitisan ilmu menerusi kelas pengajian dan ceramah dengan pendekatan yang berkesan. InsyaAllah kami beriltizam untuk: Meningkatkan tahap amalan Teknologi Hijau Rumah Ibadah Hijau atau mengekalkan dua (2) Diamond RIH Meningkatkan tempoh pengurusan nikah kahwin pasangan yang berdaftar dalam masa dua (2) minggu Memberi maklum balas anak kariah atas rungutan dalam masa 7 hari bekerja Meningkatkan tahap keselesaan masjid untuk jemaah beribadah sehingga tahap 5 bintang ukuran JAWI 1 1 1 1 Mengekalkan pendekatan sebaran ilmu secara bersemuka dan menerusi capaian dalam talian 1 Strategik MZBH 26 2023-2026 Pelan


TERAS STRATEGIK PERTAMA MASJID ZAID BIN HARITSAH


TERAS STRATEGIK PERTAMA MZBH TERAS 1: TERAJU AKTIVITI PENGIMARAHAN KARIAH Berfungsi sebagai tempat ibadah kepada Allah SWT Matlamat: Menyediakan aktiviti berterusan dalam memastikan amalan ibadah fardhu ain dan kifayah terlaksana demi mencari keredhaan Allah SWT 1.1 Berfungsi sebagai hub pendidikan Matlamat: Memaksimumkan fasiliti Masjid bagi menjayakan program penitisan ilmu untuk anak kariah yang meliputi masyarakat awam, komuniti profesional dan industri 1.2 Berfungsi sebagai pusat aktiviti masyarakat Matlamat: Memaksimumkan fasiliti Masjid bagi menjayakan program masyarakat setempat dalam pelbagai aktiviti yang menterjemahkan nilai-nilai murni dan kemanusiaan. 1.3 HASIL YANG DIINGINI Anak kariah menjadikan MZBH sebagai pilihan utama dalam menjalankan aktiviti pengibadatan, penerimaan pendidikan sokongan dan menjalankan aktiviti kemasyarakatan. MZBH telah memainkan peranan penting bukan sahaja tempat solat malahan sedang berusaha untuk melahirkan komuniti muslim yang berkualiti bertaraf antarabangsa tetapi juga menjadi enjin kemajuan dan pembangunan duniawi dan ukhrawi. Walau bagaimanapun, untuk memastikan komuniti ini mempunyai persekitaran sosial yang baik, masyarakat perlu didedahkan nilai-nilai murni untuk dipraktiskan dalam sesebuah komuniti dan mereka perlu mempunyai perancangan untuk terlibat sama dalam setiap aktiviti yang dirancang. Pelan strategik pertama boleh dicapai melalui Pelan Tindakan tersebut melalui pelbagai aktiviti kemasyarakatan menerusi aktiviti solat secara berjemaah; kelas pengajian asas al-Quran untuk setiap lapisan; pusat tahfiz; program gotong royong, kuliah harian dan perdana, hub kaloborasi pendidikan tinggi dan profesional, serta mengamal dan mempromosikan amalan rumah ibadah hijau dalam pentadbiran dan pengurusan masjid. Strategik MZBH 28 2023-2026 Pelan


TERAS STRATEGIK PERTAMA MZBH TERAS 1: TERAJU AKTIVITI PENGIMARAHAN KARIAH Berfungsi sebagai tempat ibadah kepada Allah SWT Matlamat: Menyediakan aktiviti berterusan dalam memastikan amalan ibadah fardhu ain dan kifayah terlaksana demi mencari keredhaan Allah SWT 1.1 Program Keberhasilan Sasaran Meningkatkan bilangan jemaah bagi solat Maghrib, Isyak dan Subuh Peningkatan kesedaran tetang kepentingan solat berjemaah dan perkaitannya dengan kesatuan hati & kemakmuran kariah Anak Kariah MZBH - Kg Sg Mulia - Taman Setapak - Jalan Gombak Ceramah Jemputan Ikon agama Ceramah Perdana Ceramah harian & Jumaat Jemaah MZBH Anak Kariah MZBH Iftar Perdana Ramadhan Nisfu Syaaban Jemaah MZBH Anak kariah MZBH Selawat Perdana Maulid Nabi SAW Bacaan Qasidah & Barzanji Anak kariah MZBH - Marhaban Muslimah - Marhaban Muslimin - Anak Tahfiz Zikir Munajat Bacaan tahlil malam Jumaat Bacaan al-Waqiaah Anak Kariah MZBH Jemaah Isyak Jemaah Subuh Solat Sunat Galakan amalan - Solat Sunat Tahiyatul Masjid - Sunat Sunat Rowatib - Sunat Sunat Hari Raya - Sunat Gerhana - Sunat Istisqa’ Jemaah MZBH Anak Kariah MZBH Infaq & Sedekah Harian, mingguan & program Jemaah MZBH VIP, NGO, & Korporat Pengurusan Jenazah Mewujudkan persekitaran sokongan pengurusan mayat Waris Wargakerja Strategik MZBH 2023-2026 Pelan 29


TERAS STRATEGIK PERTAMA MZBH TERAS 1: TERAJU AKTIVITI PENGIMARAHAN KARIAH Berfungsi sebagai hub pendidikan Matlamat: Memaksimumkan fasiliti Masjid bagi menjayakan program penitisan ilmu untuk anak kariah yang meliputi masyarakat awam, komuniti profesional dan industri 1.2 Program Keberhasilan Sasaran Menyediakan program penitisan kefahaman agama Islam Meningkatkan bilangan program berkualiti yang berpandukan kitab dan penyampaian ilmiah daripada tokoh ilmuan - Ceramah - Kuliah Maghrib - Tazkirah Jumaat - Kuliah Subuh - Kuliah Dhuha - Kelas Al-Quran - Muslimat - Muslimin - Remaja & Kanakkanak Anak Kariah MZBH - Kg Sg Mulia - Taman Setapak - Jalan Gombak Menyediakan program pemerkasaan komuniti Menyediakan platform jaringan kerjasama antara komuniti dalam program perkongsian ilmu antara industri-universiti-pertubuhan - Seminar & Bengkel - Wacana keilmuan Komuniti & Jawatankuasa - Anak Kariah - Persatuan & NGO - Syarikat / Industri - Universiti Strategik MZBH 30 2023-2026 Pelan


TERAS STRATEGIK PERTAMA MZBH TERAS 1: TERAJU AKTIVITI PENGIMARAHAN KARIAH Berfungsi sebagai pusat aktiviti masyarakat Matlamat: Memaksimumkan fasiliti Masjid bagi menjayakan program masyarakat setempat dalam pelbagai aktiviti yang menterjemahkan nilai-nilai murni dan kemanusiaan. 1.3 Program Keberhasilan Sasaran Menyediakan platform perkumpulan aktiviti utama anak kariah Mengadakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan demi memupuk persefahaman - Program Gotong Royong - Berbasikal - Sukaneka - Perkhemahan Anak Kariah MZBH - Kg Sg Mulia - Taman Setapak - Jalan Gombak Persatuan & NGO Mengadakan aktiviti yang membesarkan hari-hari kebesaran Islam: - Maal Hijrah - Maulidur Rasul - Israk Mikraj - Nisfu Syaban - Ihya’ Ramadhan - Korban - Aqiqah Perdana Mengadakan aktiviti pengembangan syiar Islam - Sambutan Tahun Baru Cina - Agihan bantuan anak kariah Strategik MZBH 2023-2026 Pelan 31


TERAS STRATEGIK KEDUA MASJID ZAID BIN HARITSAH


TERAS STRATEGIK KEDUA MZBH TERAS 2: TERAJU PROSES PENGIMARAHAN KARIAH Memberi fokus kepada pengurusan Alam Sekitar Environment: Melindungi, memelihara, memulihara dan menambah baik persekitaran menerusi inisiatif Rumah Ibadah Hijau 2.1 Memberi fokus kepada pengurusan Sosial Social: Pembinaan nilai murni, kualiti dan keselamatan dalam kalangan jemaah dan penglibatan serius anak kariah 2.2 Memberi fokus kepada kecekapan Tadbir Urus Governance: Membangunkan pentadbiran dan pengurusan kewangan yang berintegriti, adil dan telus 2.3 HASIL YANG DIINGINI Pelan Strategik Kedua boleh dicapai melalui Pelan Tindakan ESG berikut: Alam Sekitar [ Environmental ] 1. Mempromosikan aktiviti dan idea tentang pemuliharaan alam. 2. Menggalakkan penggunaan dan amalan kitar semula. 3. Bersama menyampaikan hal/isu berkaitan perubahan cuaca. Sosial [ Social ] 1. Mengacu program peningkatan nilai murni dalam masyarakat. 2. Memastikan progran berterusan dalam melahirkan Muslim berkualiti. 3. Penerangan tentang isu semasa dalam setiap lapisan masyarakat. 4. Meneraju program dakwah Islam kepada semua anak kariah 5. Syarahan, latihan & sokongan berterusan untuk pemerkasaan 6. Galakkan anak kariah & asnaf terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan Tadbir Urus [ Governance ] 1. Mempraktiskan amalan urus tadbir baik dalam organisasi. 2. Memastikan setiap peraturan dan standard pengurusan dipatuhi 3. Mempromosikan pengurusan risiko dalam organisasi masjid Strategik MZBH 2023-2026 Pelan 33


TERAS STRATEGIK KETIGA MASJID ZAID BIN HARITSAH


Amalan / Practice Pemerhatian/Komen Tindakan masjid 1. Guna Tenaga Hijau (RIH 1) Menggunakan sumber tenaga boleh diperbaharui seperti tenaga matahari atau kuasa angin untuk menjana elektrik dan mengurangkan penggunaan tenaga berasaskan fosil. Penukaran LED √ Cadangan penggunaan kuasa hijau (diperbaharui) pada masa hadapan. - Solar Panel - Kuasa Angin Pendanaan 1 2. Pengurusan Air (RIH 2) Memastikan air digunakan dengan bijak dan membaiki sebarang kebocoran serta memasang peralatan pintar untuk mengurangkan penggunaan air Penggunaan air wudhuk secara bijak oleh semua para jemaah: Bagi mengurangkan kos penggunaan air. Tangki tuaian air hujan Tangki tuaian air-mata-air Pendanaan 2 3. Urus Sisa (RIH 3) Mewujudkan sistem pengurusan sisa yang berkesan dengan kitar semula dan kitar semula bahan untuk mengurangkan pencemaran dan pembaziran. Masjid berfungsi sebagai tempat pengumpulan bahan kitar semula dan menguruskan dengan menyalurkan hasil yang minima tersebut kepada pembantu masjid menjayakan program kitar semula skala nano/mikro sebagai permulaan. Penyertaan Anak Kariah 4. Landskap Hijau (RiH Budaya) Menanam pokok dan memelihara taman di kawasan masjid untuk meningkatkan kualiti udara dan kehijauan sekitar. Pembangunan dan guna tanah kawasan lereng masjid boleh diindahkan & dimanfaarkan Pendanaan 3 TERAS STRATEGIK KETIGA MZBH TERAS 3: TERAJU ASPEK AMALAN RUMAH IBADAH HIJAU Strategik MZBH 35 2023-2026 Pelan


Amalan / Practice Pemerhatian/Komen Tindakan masjid 5. Penggunaan Bahan Binaan Mampan (RIH Budaya & Waqaf) Membina atau mengubahsuai bangunan masjid dengan menggunakan bahan binaan yang mampan dan mesra alam. Bahan binaan seperti batu bata, kayu mampan, dan kaca menjadi pilihan popular bagi bangunan hijau. Pembangunan terkini: penggunaan besi tidak diambil kira, tetapi boleh dijelaskan bahawa keperluan pemasangan panel solar pada masa depan memerlukan sokongan bangunan yg kukuh. Mengekalkan 6. Kualiti Udara Dalam Bangunan (RIH Budaya & Waqaf) Pengurusan udara dalam bangunan adalah penting dalam green building practices. Sistem pengudaraan yang canggih dan peranti kawalan kesihatan udara sering digunakan untuk memastikan sistem pengudaraan (air-circulation) yang baik dan mengurangkan pencemaran dalaman. Pada awal pembangunan masjid MZBH telah menerapkan seni bangunan yang mesra alam. Lubang angin disediakan dan tingkap sliding dipasang bagi pengaliran udara yang baik. Jemaah perlu ditingkatkan kefahaman tentang keperluan masjid menggunakan aircond secara minima Mengekalkan 7. Kepimpinan Amalan Hijau (RIH Budaya & Pendidikan) Aspek penting dalam memastikan semua lapisan AJK dan pegawai faham keperluan memiliki pengetahuan dalam reka bentuk dan pembangunan (design & development) dalam menjayakan amalan masjid mesra alam Keperluan untuk memastikan semua AJK faham mengapa perlu semua anak kariah tahu dan bersama menjayakan - Tutup suis cepat - Tukar lampu lama kepada LED - Kurang guna aircond - Penjimatan air semasa wudhuk - Manfaat tenaga boleh perbaharui - Istiqomah - Taqwa dalam memelihara dan mengimarahkan bumi Jadikan Amalan TERAS STRATEGIK KETIGA MZBH TERAS 3: MENGAPLIKASIKAN 7 ASPEK AMALAN RUMAH IBADAH HIJAU Strategik MZBH 2023-2026 Pelan 36


RUMAH IBADAH HIJAU MASJID ZAID BIN HARITSAH


RUMAH IBADAH HIJAU MZBH Program Malaysian Green Technology and Climate Change (MGTC) di bawah Kementerian Sumber Alam dan Perubahan Iklim https://www.mgtc.gov.my GREEN TECHNOLOGY Kami di Masjid Zaid bin Haritsah berusaha untuk menjayakan matlamat MGTC dalam mempromosikan dan mengamalkan Gaya Hidup Hijau. Justeru semua anak kariah perlu tahu apakah itu: Strategik MZBH 2023-2026 Pelan 38


PENDANAAN MASJID ZAID BIN HARITSAH


PENDANAAN PROJEK MZBH Merealisasikan program Amalan Masjid Mesra Alam (AMMA) MATLAMAT Projek #1 Sistem Solar @Lamantani MZBH Projek #2 Program Smart Masjid Projek #3 Landskap Hijau Langgak MZBH Projek #4 Naik Taraf Sistem Tuai Hujan Projek #5 Naik Taraf Bilik Seminar Projek #6 Naik Taraf Kebun Bandar Strategik MZBH 2023-2026 Pelan 40


Strategik MZBH 41 2023-2026 Pelan PENDANAAN PROJEK MZBH Merealisasikan program Amalan Masjid Mesra Alam (AMMA) Projek #1 RE: Panel Solar Matlamat untuk meningkat kecekapan guna tenaga elektrik bagi pencahayaan dan pembekalan tenaga ke kawasan Lamantani MZBH. Solar memerlukan kawasan terima cahaya yang luas, justeru kawasan tanah waqaf, Lamantani MZBH adalah sesuai untuk menjayakan projek RE ini. Anggaran untuk dua (2) unit 20K Kw Package: RM 35,000** Jangkaan Mula: Tahun 2024-2025 ** Anggaran termasuk kos pemasangan, penyediaan tempat/bilik simpanan bateri & sistem


PENDANAAN PROJEK MZBH Projek #2 Projek Smart Masjid Usaha menjadikan masjid pintar dengan memiliki peralatan pintar seperti al-Quran digital bagi kegunaan kelas mengaji, tadabur alQuran dan solat tarawih; penggunaan Interactive board, smart switch dalam mengingkatkan kecekapan Noja, dan teleprompter khutbah. Jumlah keseluruhan : RM 29,700 Strategik MZBH 2023-2026 Pelan 42


Strategik MZBH 43 2023-2026 Pelan PENDANAAN PROJEK MZBH Projek #3 Lanskap Cerun MZBH Lanskap merupakan ciri penting dalam merealisasikan kriteria Green Building Index. Lanskap terbuka perlu dibangunkan bukan sekadar mencantikkan tetapi memberikan manfaat kepada para jemaah masjid bagi tujuan riadah pemandangan mahupun ketenangan minda. Anggaran: RM 250,000 Jangkaan Siap: Tahun 2026 Mini Geopark + Telaga Mata Air Masjid Zaid bin Haritsah - Ujian Sample pH air - Kawasan rekreasi aktiviti perkhemahan tahunan kanak2 (MZBH Indoor Camp Programme)


PENDANAAN PROJEK MZBH Projek #4 Naik Taraf Sistem Tuai Air Hujan Anggaran bagi tiga (3) set tangki lengkap & upah pemasangan : RM 15,000 Jangkaan siap: Tahun 2024 Penggunaan di Masjid 1. Kegunaan Tandas 2. Kerja-kerja Pembersihan Lantai 3. Pengairan Tanaman Lanskap 4. Penggunaan Tandas Asrama Strategik MZBH 2023-2026 Pelan 44


PENDANAAN PROJEK MZBH Projek #5 Naik taraf ruang seminar Anggaran: RM 150,000 Jangkaan Siap: Tahun 2024 Disediakan untuk majlis penitisan ilmu & keramaian: 1. Seminar & kelas Iqra’ 2. Seminar & kelas al-Quran 3. Seminar IPTA-Industri @Masjid 4. Majls keramaian 5. Indoor Camp Muslim Kids Strategik MZBH 45 2023-2026 Pelan


PENDANAAN PROJEK MZBH Projek #6 Naik taraf kebun bandar Lamantani MZBH sedang menjayakan program Rumah Ibadah Hijau. Hub pertanian dan perikanan air tawar ini akan berfungsi sebagai projek perintis dalam memasyarakatkan pertanian bandar. Objektif untuk mendidik masyarakat tentang pentingnya pengambilan sayuaran dalam diet tetapi organik bebas racun perosak dan kimia serta membekalkan ikan air tawar menerusi usahawan asnaf. Projek melahirkan usahawan asnaf dan kominuti ini penting bagi meningkatkan tahap kemerlangan anak kariah. Proses makanan ikan, penternakan & Pemasaran Anggaran: RM 300,000 Jangkaan Siap: Tahun 2023 Strategik MZBH 2023-2026 Pelan 46


MASA DEPAN MASJID ZAID BIN HARITSAH


Click to View FlipBook Version