MASA DEPAN MZBH Memandang ke hadapan MZBH diharap dapat merealisasikan matlamat dalam menjadikan masjid sebagai pusat ibadah setempat, hub pendidikan dan pusat aktiviti masyarakat. Seterusnya mampu memenuhi teras kedua yang menumpukan kepada ESG; dan ketiganya mampu menerjemahkan dan mengekalkan 7 amalan masjid mesra alam menjelang tahun 2025. Usaha berterusan ini penting bagi membolehkan Wargakerja MZBH dapat meningkatkan kemampanan kewangan dan kecekapan pengurusan masjid ini. InsyaAllah, melalui perancangan dan pelaksanaan aktiviti secara terancang dan bersama, semua pelan strategik yang dirancangkan sejajar dengan pelan induk utama yang disediakan oleh pihak JAWI menerusi Pelan Pengimarahan Masjid-Masjid Wilayah Persekutuan 2020-2024. Menjelang 2026, MZBH diharap akan berupaya untuk melonjak ke tahap berikut: Menjadi institusi ibadah yang utama oleh anak kariah bagi tujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Menjadi pusat kecemerlangan syiar Islam dan pengetahuan dalam pelbagai aspek kehidupan Strategik MZBH 2023-2026 Pelan 48
Penutup MASJID ZAID BIN HARITSAH
Penutup Pelan strategik dan pendanaan ini merupakan dokumen penting kepada warga kerja MZBH serta anak kariahnya untuk dijadikan panduan dan hala tuju bersama dalam mengimarahkan masjid ini. Pelan ini digunakan untuk mentadbir masjid ini secara sistematik, berkesan dan memastikan jawatankuasa yang terpilih terus relevan dengan senario semasa. Pelan Strategik 2023-2026 dan Pendanaan ini disediakan untuk mengurus program dan projek secara bersepadu bagi tempoh tiga (3) tahun akan datang bermula 2023 dengan memberi fokus setiap aktiviti yang dijalankan diniatkan untuk beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Pelan ini dijadikan rujukan asas bagi Sasaran Kerja Tahunan MZBH bagi membolehkan semua kertas kerja, pelan tindakan dan inisiatif yang dirancang dapat mencapai sasaran yang ditetapkan dan memberikan impak positif kepada agama, bangsa dan kariah. Sokogan kewangan dan komitmen oleh para jemaah, anak kariah, serta pengurusan tertinggi masjid-masjid di Wilayah Persekutuan iaitu Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dapat menjadikan masjid ini sentiasa kehadapan dalam isu memperkasakan institusi tertinggi umat Islam. Strategik MZBH 2023-2026 Pelan 50 Sekian. Terima Kasih