Masjid Zaid bin Haritsah PELAN HALA TUJU MZBH 2023-2026
َلس م َع ا ْك َیل َلاُ م و ُ م َ َرح ُ َة ْ َ ِ3 و َر َ ا ُ َك ب ھ ُ ات MASJID ZAID BIN HARITSAH PUSAT IBADAH & KEILMUAN, MESRA JEMAAH DAN KANAK-KANAK
MASJID ZAID BIN HARITSAH
KATA-KATA ALUAN PENGERUSI Masjid Zaid bin Harisah, Jalan Gombak, Kuala Lumpur “ Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh Menjadi inspirasi kami untuk mengerakkan MZBH secara positif menerusi tiga teras utama dalam menerajui aktiviti & proses pengimarahan serta menjayakan beberapa aspek masjid mesra alam. Bagi merealisasikan matlamat Pelan Hala Tuju MZBH ini, pelbagai perancangan telah direncanakan semasa program SKT untuk mengembeling segala sumber. Ini penting bagi menarik minat semua wargakerja dan anak kariah dalam menjaya visi dan misi masjid bagi tempoh tiga tahun akan datang. Salam hormat, salam muhibbah pada semua para jemaah. Hj. Mohd Aizul Adnan Pengerusi MZBH ” 1
KATA PENGANTAR NAQIB MASJID Masjid Zaid bin Harisah, Jalan Gombak, Kuala Lumpur Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh “ Selaras dengan matlamat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang mentadbir institusi masjid-masjid di Kuala Lumpur ini sebaiknya, kami di MZBH akan berusaha semampu mungkin untuk memberikan perkhidmatan pengurusan yang terbaik dalam bersama meninggikan syiar Islam di kariah ini. Sebagai institusi agama Islam yang tertinggi di kariah ini, MZBH sentiasa berusaha menyediakan tempat beribadah yang baik dan serta membantu masyarakat setempat memahami agama untuk dipraktiskan dalam kehidupan dengan lebih baik. ”Ustaz Hasan Basri Soidin Naqib/Setiausaha MZBH 2
PENGENALAN RINGKASAN EKSEKUTIF MZBH Pelan Hala Tuju MZBH merupakan dokumen yang menggariskan perancangan polisi dan hala tuju pengimarahan dan pembangunan masjid bagi tempoh tiga (3) tahun bermula 2023 hingga 2026. Pembangunan pelan ini hasil daripada kajian semula sasaran kerja tahunan MZBH 2020-2022 yang lalu. MZBH mengambil inisiatif untuk mendokumen hala tuju ini demi mencapai matlamat menjadikan masjid ini sebagai sebuah pusat ibadah yang berfungsi baik dalam membangunkan jiwa dan rohani masyarakat menerusi penglibatan sosial dan pendidikan bagi komuniti setempat. Masjid ini berusaha dan komited dalam menjayakan aktiviti pembangunan dan pengoperasiannya menerusi amalan teknologi hijau demi menjadikan masjid ini sebagai masjid mesra alam. Semoga pelan ini mampu diterjemahkan dengan baik oleh semua pemegang taruh MZBH. Anda adalah pemegang taruh masjid ini “ ” Dr. Fairus Hamdan Timbalan Pengerusi MZBH 3
LATAR BELAKANG MZBH MZBH merupakan sebuah masjid yang bernaung di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang dahulu dikenali sebagai Masjid Jamek Sungai Mulia, merupakan institusi tertinggi komuniti dalam hal perkembangan syiar Islam di kariah ini. Alhamdulillah, perkara ini masih dikekalkan sehingga sekarang yang diteruskan oleh Jawatankuasa Pentadbir Masjid Zaid Bin Haritsah (MZBH). Mengikut rekod mesyuarat jawatankuasa masjid yang bertarikh 29 September 1985 semasa penyediaan kertas kerja pembinaan masjid yang baharu, telah dinyatakan di dalam bahagian pertama latar belakang kertas kerja tersebut bahawa masjid ini telah didirikan sekitar pada tahun 1910. Maka, berdasarkan rekod itu menjadi asas kepada kami bahawa tapak yang ada sekarang ini telah ditetapkan oleh pendahulu Kampung Sungai Mulia ini sebagai kawasan masjid. Hal ini telah dibuktikan dengan pencarian rekod tanah di Pejabat Tanah dan Galian, Kuala Lumpur pada tahun 2020. Hasil mendapati bahawa tanah ini telah digazetkan oleh kerajaan Selangor pada 31 Mei 1933 sebagai tapak masjid dan kekal sebagai tanah bagi kegunaan masjid. Melalui rekod ini, dapat disahkan persempadanan tanah yang ada kini sebagai tapak masjid. Ini bagi membolehkan pengimarahan masjid dapat dijalankan dengan baik. MZBH berusaha untuk memberikan pengurusan dan pelaporan kewangan masjid terbaik kepada semua “ ” Ustaz Hj. Amir Hamzah Mohd Yusoff Imam & Bendahari 4
TERAS PERTAMA: Aktiviti Pengimarahan MZBH sebagai tempat ibadah kepada Allah SWT MZBH sebagai hub pendidikan sokongan MZBH sebagai pusat aktiviti masyarakat TERAS KEDUA: Proses Pengimarahan Fokus pada pengurusan sosial (Social) Fokus pada pengurusan Alam Sekitar (Environmental) Fokus pada Kecekapan Tadbir Urus (Governance) Tiga Asas Pelan Hala Tuju MZBH MASJID ZAID BIN HARITSAH 2023 - 2026 5
TERAS KETIGA: Amalan Masjid Mesra Alam Tujuh (7) Amalan dalam aspek Rumah Ibadah Hijau 1. Guna Tenaga Hijau 2. Urus Sisa Buangan 3. Cekap Guna Air 4. Landskap Hijau 5. Penggunaan Bahan Binaan Mampan 6. Kualiti Udara Dalam Bangunan 7. Kepimpinan Amalan Hijau “ ” Proses penyampaian diperkasakan melalui pelbagai medium akan menjadi pemangkin kepada hubungan yang lebih mesra antara pihak masjid dan para jemaah dan anak kariah MZBH En. Zaim Muzaffar Abu Hasan Biro Multimedia dan IT …adalah penting untuk memastikan libat urus muslimat pada setiap aktiviti di masjid… “ ” Hjh. Zaikiyah Buyong Biro Hal Ehwal Muslimat 6
Bilal Syafiq Ketua Bilal & Juru Nikah PARA PEGAWAI MASJID MASJID ZAID BIN HARITSAH Imam Hj. Zul Muhammad Imam Ratib Imam Mohd Fadzli Mohd Yusof Imam Ratib Imam Hasan Basri Soidin Naqib, Setiausaha, Ketua Imam & Juru Nikah Ustaz Adnan Abd Rahman Imam Ratib Ustaz Fazrul Zulkifli Imam Ratib Bilal Hj. Ariffin Jaafar Bilal Rakyat Bilal Hamizan Bilal Rakyat Bilal Ramzi Bilal Rakyat Imam Amir Hamzah Mohd Yusoff Imam & Bendahari 7
RAKAN STRATEGIK Memberikan sokongan kewangan kepada waris dalam mengurusan jenazah ahli & tanggungan serta mengadakan aktiviti kebajikan yang berkaitan. Menarik lebih ramai muslimat ke majlis ilmu di masjid dengan matlamat memperkasa kaum ibu sebagai tenaga pengajar pertama dalam institusi keluarga, serta membentuk keluarga dengan nilai murni seperti hormat menghormati, bergotong royong, demi untuk memajukan diri, keluarga & anak kariah. Kelab pertanian setempat bagi anak kariah mendapatkan pendidikan dan melibatkan diri dalam aktiviti kebun dalam bandar. 8
RAKAN STRATEGIK Platfom perkongsian maklumat berkenaan aktiviti perekonomian anak kariah MZBH dalam menjana ekonomi keluarga dan komuniti. Ditubuhkan kelab riadah ini bagi mengukukan ukhuwah anak kariah MZBH di Kampung Sungai Mulia menerusi aktiviti berbasikal & kerja-kerja Community Social Responsibility. Perkumpulan belia kariah Masjid Zaid bin Haritsah untuk terlibat sama dalam aktiviti masjid, serta menjadikan masjid sebagai tempat permulaan menjalankan aktiviti riadah belia serta aktiviti kemasyarakatan. 9
PBS Gombak Maahad tahfiz diwujudkan bagi memberi peluang kepada anakanak kariah dan seluruh negara untuk mengikuti program hafazan dan bacaan al-Quran. Perkumpulan jemaah muslimat kariah MZBH di Kg. Sungai Mulia dan kawasan sekitarnya dalam mengadakan aktiviti seperti aktiviti bacaan surah Yasin, doa selamat dan bacaan barzanji dan marhaban dalam program pengimarahan kariah. Badan beruniform yang sering berkolaborasi dalam aktiviti masjid serta sokongan kepada misi bantuan bencana MZBH ke kawasan-kawasan yang memerlukan. Dalam menjaga kebajikan anak kariah, bukan sekadar pihak masjid sahaja yang perlu bekorban masa dan tenaga, malahan setiap anak kariah perlu melibatkan diri sama demi menjayakannya “ ”Pn. Jamiah Abdul Rahman Biro Kebajikan, Sosial & Ekonomi 10
PERKEMBANGAN MZBH MASJID ZAID BIN HARITSAH
SEJARAH MASJID • Bertempat di KM 8, Jalan Gombak, 53000 KL. • 1910 – Masjid pertama kali dibina atas tapak ini yang diwakafkan oleh pendahulu kami. • 1933 – Tanah dirizabkan sebagai tanah masjid oleh Kerajaan Selangor + pentadbir Inggeris. • 1974 – Pengistiharan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan >>> pengurusan masjid di bawah pentadbiran MAWIP & JAWI. • Dahulunya dikenali sebagai Masjid Jamek Sungai Mulia. • 1991 – Masjid dengan struktur terkini dibuka pada orang ramai. • Seni binaan utamanya adalah pintu gerbang besar bercirikan masjid timur tengah dengan 2 kubah bercirikan payung. • tt – nama baharu: Masjid Zaid Bin Haritsah (MZBH) 12 https://mzbh.weebly.com/sejarah.html
PERKEMBANGAN MASJID Dengan matlamat masjid lebih indah dan selesa. Suasana sebelum ubahsuai tahun 2020 “Biro Pembangunan komited untuk memastikan jemaah menikmati fasiliti terbaik semasa di masjid ” Ir. Hj. Azman Abu Bakar AJK Pembangunan Suasana masjid selapas ubah suai, (suasana selepas Isyak) Suasana hujan dan hampir Maghrib 13
PERKEMBANGAN MASJID Program rumah ibadah hijau Pencahayaan: • Menukar semua lampu kalimantang lama kepada lampu LED. • Menggunakan mentol cekap tenaga pada lampu baru yang dipasang. • Usaha untuk memasang sumber tenaga solar tidak mampu diteruskan kerana bangunan masjid dilindungi bangunan apartment bersebelahan. “ Biro Dakwah berusaha meningkatkan kualiti setiap program penitisan ilmu yang dirangka merangkumi aspek duniawi dan ukhrawi demi memastikan setiap muslim memanfaatkan program pengajian yang direncanakan ” Ustaz Fazrul Zulkifl AJK Dakwah & Pendidikan 14
PERKEMBANGAN MASJID Dengan matlamat masjid lebih indah dan selesa. Pengudaraan: Mengekalkan lubang-lubang angin pada setiap dinding masjid untuk mengekalkan aliran udara yang baik dalam masjid. Amalan rumah ibadah hijau di MZBH yang mempunyai ciri pengaliran udara baik bagi keselesaan kepada setiap jemaah menerusi pemasangan kipas gergasi. Memaksimumkan pengudaraan biasa semasa solat, minimum air-cond “Selain daripada sedekah dan infaq para jemaah, MZBH memerlukan sokangan kewangan terutama daripada korporat dan industri ” Hj. Ahmad Lutfi Abdul Mutalip AJK Pendanaan & Jaringan Korporat 15 Kurang guna aircond
ISU DAN CABARAN MASJID Program & Projek dalam memakmurkan masjid Antara isu dan cabaran yang umum dihadapi oleh MZBH: Pendanaan: Terkini masjid berhadapan cabaran pengumpulan dana yang mengalami tren menurun. Walaubagaimana pun, MZBH sangat komited meneruskan setiap program demi memartabatkan syiar Islam dalam kariah Penglibatan belia. Usaha melibatkan belia dalam program masjid memerlukan sentuhan yang unik. Keperluan untuk masjid mempunyai pasukan khusus dalam merencana program belia yang mampu digerakkan sendiri. 16
ISU DAN CABARAN MASJID Program & Projek dalam memakmurkan masjid Positive vibe tok alim. Kepelbagaian jemaah yang mempunyai minat pada agama secara berbeza bergantung kepada pendekatan, kepribadian dan ilmu para ilmuan yang lebih mesra jemaah. Menyemarakkan kembali fungsi tok imam atau bilal yang menjaga anak kariah perlu diusahakan semula. Pengurusan konflik. Cetuhan emosi jemaah, ahli kariah dan jawatankuasa mampu berlaku sekiranya hal ini tidak ditangani dengan baik. Mengatasi perbezaan pendapat dan konflik menerusi jalan damai dan membangun adalah kunci menjaga keharmonian kariah dan masjid. “Program membudayakan masjid perlu direncanakan dan diteruskan sehingga saf dalam masjid diisi dan diimarahkan oleh Belia kariah ” En. Firdaus Mohd Supian AJK Belia & Riadah 17
ISU DAN CABARAN MASJID Program & Projek dalam memakmurkan masjid Keharmonian. Membangunkan dan mengekalkan keharmonian antara jemaah dengan berlatarbelakang prinsip yang berbeza, serta pemahaman terhadap pedekatan kehidupan yang beragam mampu menjadi isu dan cabaran. Penglibatan Muslimat. Pengurusan sesebuah program muslimat perlu dimulakan dengan niat yang murni dan bersama untuk tidak berbalah antara satu sama yang lain. Kerukunan perlu dipupuk bagi mendorong penyertaan aktif mereka dalam pelbagai aspek dan aktiviti masjid. Status terkini, Muslimat MZBH komited dan positif dalam program pengimarahan masjid. “ Beliawanis bukan sekadar menjadi kumpulan sokongan malahan digerakkan bagi menjayakan matlamat masjid sebagai pusat aktiviti masyarakat”Pn. Fatimah Abdul Razak Beliawanis MZBH 18
TEAM SOKONGAN KHAS MZBH En. Omar Baharon Majlis Keraian Hjh Ina Halim Tugas-Tugas Khas Nurul Nordin Tugas-Tugas Khas Pn. Rosnah Mohd Zain Eksekutif Jualan Danishah Zulkiffli Keselamatan Lalulintas Ustaz Abdullah Guru Al-Quran, Iqra’ & Tahfiz Ustaz Uzlan Guru Al-Quran & Tahfiz Baharuddin Majlis Keraian Khalili Mohd Ramli Keselamatan Kopral Rahimi Pegawai Perhubungan PDRM-MZBH Hj. Mansur Taher Pegawai Kebajikan & Pengurusan Jenazah Alif Aizul Tugas-Tugas Khas 19
SANTAI BERSAMA MZBH Program & Projek dalam memakmurkan masjid MZBH melancarkan pelbagai aktiviti yang menjurus kepada membangunkan keharmonian disulam dengan penerapan ilmu agama, disatukan masyarakat dalam menjalankan aktiviti gotong royong, kenduri kendara, sukaneka demi untuk memupuk budaya kebersamaan muhibbah dan nilai murni untuk dipupuk dalam kalangan anak kariah. “ ”Hj. Basir Rasyid AJK Keselamatan & Pengurusan Aset Kami memantau dan memastikan keselamatan masjid dan aset-aset diurus dengan baik untuk digunakan oleh jemaah 20
SANTAI BERSAMA MZBH Program & Projek dalam memakmurkan masjid Antara manfaat sumbangan diterjemahkan melalui pembangunan semula masjid dan pembinaan ruang atas dan bawah masjid, penyediaan fasiliti tahfiz, tandas kegunaan jemaah, karpet serta menampung perbelanjaan harian dan bulanan masjid. Selain itu masjid berusaha mengekalkan estetika masjid pada kos minima dan mengadaptasi Green Technology. “ ” Keperluan memastikan setiap sudut masjid suci dan bersih merupakan hal yang penting bagi Biro Kebersihan demi memastikan jemaah berasa selesa semasa beribadah di MZBH Capt Mohd Fakhzan Othman Biro Kebersihan & Keceriaan Anda Semua Dijemput Hadir SABTU | 18 NOVEMBER 2023 FUN MZBH RUN 2023 Serta kerjasama rakan strategik masjid YANG BERBAHAGIA TS. SHAMSUL BAHAR MOHD NOR KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN, MALAYSIAN GREEN TECHNOLOGY AND CLIMATE CHANGE CORPORATION oleh: Flag-off 7:30 pagi oleh Ustaz Mohd Nasir Abdullah PTAZ 2, JAWI, KL PBS GOMBAK 21
HALA TUJU STRATEGIK MASJID ZAID BIN HARITSAH
FALSAFAH ORGANISASI Memakmurkan masjid dan kariah ini menerusi VISI Menjadikan MZBH contoh pembangunan masjid mampan. MISI Meningkatkan fungsi masjid sebagai pusat memartabatkan syiar Islam dalam kariah melalui program pengimarahan berkesan yang menterjemahkan nilai-nilai murni dan kemanusiaan. 23
FALSAFAH ORGANISASI Memakmurkan masjid dan kariah ini menerusi Objektif Meneroka peluang menerusi sumber, manfaat dan nilai tambah hasil daripada kecekapan jawatankuasa dan kesatuan jemaah dalam kalangan anak kariah dengan mengadaptasi elemen RIH, ESG dan SDG. Moto Pusat Ibadah dan Keilmuan, Mesra Jemaah dan Kanak-kanak. 24
TERAS STRATEGIK PERTAMA MASJID ZAID BIN HARITSAH
TERAS STRATEGIK PERTAMA MZBH TERAS 1: TERAJU AKTIVITI PENGIMARAHAN KARIAH Berfungsi sebagai tempat ibadah kepada Allah SWT Matlamat: Menyediakan aktiviti berterusan dalam memastikan amalan ibadah fardhu ain dan kifayah terlaksana demi mencari keredhaan Allah SWT. 1.1 Matlamat: Memaksimumkan fasiliti Masjid bagi menjayakan program penitisan ilmu untuk anak kariah yang meliputi masyarakat awam, komuniti profesional dan industri. 1.2 Berfungsi sebagai pusat aktiviti masyarakat Matlamat: Memaksimumkan fasiliti Masjid bagi menjayakan program masyarakat setempat dalam pelbagai aktiviti yang menterjemahkan nilai-nilai murni dan kemanusiaan. 1.3 Berfungsi sebagai Hub Pendidikan Sokongan 26
TERAS STRATEGIK PERTAMA MZBH HASIL YANG DIINGINI Anak kariah menjadikan MZBH sebagai pilihan utama dalam menjalankan (i) aktiviti pengibadatan, (ii) penerimaan pendidikan sokongan dan (iii) menjalankan aktiviti kemasyarakatan. Teras strategik pertama boleh dicapai melalui Pelan Tindakan tersebut melalui pelbagai aktiviti pengibadatan menerusi aktiviti solat secara berjemaah; kelas pengajian asas al-Quran untuk setiap lapisan; pusat tahfiz; program gotong royong, kuliah harian dan perdana, hub kaloborasi pendidikan tinggi dan profesional, serta mengamal dan mempromosikan amalan rumah ibadah hijau dalam pentadbiran dan pengurusan masjid. 27
TERAS 1: Teraju Aktiviti Pengimarah Masjid Pelan Tindakan >>>> Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Program Keberhasilan Sasaran Meningkatkan bilangan jemaah bagi setiap solat berjemaah contohnya pada solat Isyak dan Subuh Peningkatan kesedaran tetang kepentingan solat berjemaah dan perkaitannya dengan kesatuan hati & kemakmuran kariah Anak Kariah MZBH - Kg Sg Mulia - Taman Setapak - Jalan Gombak Ceramah Jemputan Ikon agama Ceramah Perdana Ceramah harian & Jumaat Jemaah MZBH Anak Kariah MZBH Iftar Perdana Ramadhan Nisfu Syaaban Jemaah MZBH Anak kariah MZBH Selawat Perdana Maulid Nabi SAW Selawat & Berzanji Bacaan Qasidah & Barzanji Anak kariah MZBH Marhaban Muslimat Anak Tahfiz 28
TERAS 1: Teraju Aktiviti Pengimarah Masjid Pelan Tindakan >>>> Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Program Keberhasilan Sasaran Zikir Munajat Bacaan Istighfar & zikir Bacaan tahlil malam Jumaat Bacaan surah al-Mulk Anak Kariah MZBH Jemaah Solat Fardhu Jemaah Subuh & Isyak Solat Sunat Galakan dalam amalan - Solat Sunat Tahiyatul Masjid - Sunat Sunat Rowatib - Sunat Sunat Hari Raya - Sunat Gerhana - Sunat Istisqa’ Jemaah MZBH VIP, NGO, & IKS, Korporat Waris Wargakerja Infaq & Sedekah Harian, mingguan & program Pengurusan Jenazah Mewujudkan persekitaran sokongan pengurusan mayat 29
TERAS 1: Teraju Aktiviti Pengimarah Masjid Pelan Tindakan >>>> Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Program Keberhasilan Sasaran Menyediakan platform perkumpulan aktiviti utama anak kariah Mengadakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan demi memupuk persefahaman & muhibbah - Program Gotong Royong, - Berbasikal - Sukaneka - Perkhemahan Anak Kariah MZBH - Kg Sg Mulia - Taman Setapak - Jalan Gombak Persatuan & NGO Mengadakan aktiviti yang membesarkan hari-hari kebesaran Islam: - Maal Hijrah - Maulidur Rasul - Israk Mikraj - Nisfu Syaban - Ihya’ Ramadhan - Ibadah Korban - Aqiqah Perdana Sktiviti pengembangan syiar Islam - Sambutan Tahun Baru Cina Muslim - Agihan bantuan anak kariah 30
TERAS STRATEGIK KEDUA MASJID ZAID BIN HARITSAH
TERAS STRATEGIK KEDUA MZBH TERAS 2: MENGIMPLEMENTASI PELAN TINDAKAN ESG Memberi fokus kepada pengurusan Alam Sekitar Environment: Melindungi, memelihara, memulihara dan menambah baik persekitaran menerusi inisiatif Rumah Ibadah Hijau. 2.1 Social: Pembinaan nilai murni, kualiti dan keselamatan dalam kalangan jemaah dan penglibatan serius anak kariah. 2.2 Memberi fokus kepada kecekapan Tadbir Urus Governance: Membangunkan pentadbiran dan pengurusan kewangan yang berintegriti, adil dan telus. 2.3 Memberi fokus kepada pengurusan Sosial 31
TERAS STRATEGIK KEDUA MZBH HASIL YANG DIINGINI Pelan Strategik Kedua boleh dicapai melalui Pelan Tindakan ESG berikut: Alam Sekitar [ Environment ] 1. Mempromosikan aktiviti dan idea tentang pemuliharaan alam. 2. Menggalakkan penggunaan dan amalan kitar semula. Sosial [ Social ] 1. Mengacu program peningkatan nilai murni dalam masyarakat. 2. Meneraju program dakwah Islam kepada semua anak kariah dalam menjaga alam sekitar 3. Galakkan anak kariah & asnaf terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan Tadbir Urus [ Governance ] 1. Mempraktiskan amalan urus tadbir baik dalam organisasi. 2. Memastikan setiap standard pengurusan dipatuhi 3. Mempromosikan pengurusan risiko dalam organisasi masjid 32
TERAS 2: Proses Pengimarah Masjid Pelan Tindakan >>>> Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Program Keberhasilan Sasaran Alam Sekitar (Environment) Mengadakan kempen Jaga Sungai Mengadakan kempen guna baja organik Kelab Basikal MZBH Penduduk sepanjang Sg. Gombak & Bolongkong Sosial (Social) Mengadakan aktiviti kebajikan, khidmat masyarakat dan riadah Bersama menjayakan Kebun Bandar program pemerkasaan insan dengan IPT Awam & Swasta serta Agensi Jemaah MZBH Anak Kariah MZBH Profesional dan pelajar Univerisiti Agensi dan NGO Tadbir Urus (Governance) Mengurus aktiviti pentadbiran mengukut spesifikasi JAWI Melengkapkan dukumen berkaitan program dan projek bagi memudahkan kerja-kerja audit dalaman dan luaran. Pentadbiran & Pengurusan MZBH 33
TERAS STRATEGIK KETIGA MASJID ZAID BIN HARITSAH
Amalan / Practice Pemerhatian/Komen Tindakan masjid 1. Guna Tenaga Hijau (RIH 1) Menggunakan sumber tenaga boleh diperbaharui seperti tenaga matahari atau kuasa angin untuk menjana elektrik dan mengurangkan penggunaan tenaga berasaskan fosil. Penukaran LED √ Cadangan penggunaan kuasa hijau (diperbaharui) pada masa hadapan. - Solar Panel - Kuasa Angin Pendanaan 1 2. Pengurusan Air (RIH 2) Memastikan air digunakan dengan bijak dan membaiki sebarang kebocoran serta memasang peralatan pintar untuk mengurangkan penggunaan air Penggunaan air wudhuk secara bijak oleh semua para jemaah: Bagi mengurangkan kos penggunaan air. Tangki tuaian air hujan Tangki tuaian air-mata-air Pendanaan 2 TERAS STRATEGIK KETIGA MZBH TERAS 3: BERUSAHA MENTERJEMAHKAN ELEMEN AMALAN RUMAH IBADAH HIJAU (RIH) 35
Amalan / Practice Pemerhatian/Komen Tindakan masjid 3. Urus Sisa (RIH 3) Mewujudkan sistem pengurusan sisa yang berkesan dengan kitar semula dan kitar semula bahan untuk mengurangkan pencemaran dan pembaziran. Masjid berfungsi sebagai tempat pengumpulan bahan kitar semula dan menguruskan dengan menyalurkan hasil yang minima tersebut kepada pembantu masjid menjayakan program kitar semula skala nano/mikro sebagai permulaan. Penyertaan Anak Kariah 4. Landskap Hijau (RiH Budaya) Menanam pokok dan memelihara taman di kawasan kariah masjid untuk meningkatkan kualiti udara dan kehijauan sekitar. Pembangunan dan guna tanah kawasan lereng masjid boleh diindahkan & dimanfaarkan Pendanaan 3 TERAS 3: Terjemah Elemen RIH TERAS 3: BERUSAHA MENTERJEMAHKAN ELEMEN AMALAN RUMAH IBADAH HIJAU (RIH) 36
Amalan / Practice Pemerhatian/Komen Tindakan masjid 5. Penggunaan Bahan Binaan Mampan (RIH Budaya & Waqaf) Membina atau mengubahsuai bangunan masjid dengan menggunakan bahan binaan yang mampan dan mesra alam. Bahan binaan seperti batu bata, kayu mampan, dan kaca menjadi pilihan popular bagi bangunan hijau. Pembangunan terkini: penggunaan besi tidak diambil kira, tetapi boleh dijelaskan bahawa keperluan pemasangan panel solar pada masa depan memerlukan sokongan bangunan yg kukuh. Mengekalkan TERAS STRATEGIK KETIGA MZBH TERAS 3: BERUSAHA MENTERJEMAHKAN ELEMEN AMALAN RUMAH IBADAH HIJAU (RIH) 37
Amalan / Practice Pemerhatian/Komen Tindakan masjid 6. Kualiti Udara Dalam Bangunan (RIH Budaya & Waqaf) Pengurusan udara dalam bangunan adalah penting dalam green building practices. Sistem pengudaraan yang canggih dan peranti kawalan kesihatan udara sering digunakan untuk memastikan sistem pengudaraan (aircirculation) yang baik dan mengurangkan pencemaran dalaman. Pada awal pembangunan masjid MZBH telah menerapkan seni bangunan yang mesra alam. Lubang angin disediakan dan tingkap sliding dipasang bagi pengaliran udara yang baik. Jemaah perlu ditingkatkan kefahaman tentang keperluan masjid menggunakan aircond secara minima Mengekalkan TERAS STRATEGIK KETIGA MZBH TERAS 3: BERUSAHA MENTERJEMAHKAN ELEMEN AMALAN RUMAH IBADAH HIJAU (RIH) 38
Amalan / Practice Pemerhatian/Komen Tindakan masjid 7. Kepimpinan Amalan Hijau (RIH Budaya & Pendidikan) Aspek penting dalam memastikan semua lapisan AJK dan pegawai faham keperluan memiliki pengetahuan dalam reka bentuk dan pembangunan (design & development) dalam menjayakan amalan masjid mesra alam Keperluan untuk memastikan semua AJK faham mengapa perlu semua anak kariah tahu dan bersama menjayakan - Tutup suis cepat - Kurang guna aircond - Penjimatan air semasa wudhuk - Manfaat tenaga boleh perbaharui - Istiqomah & Taqwa dalam memelihara dan mengimarahkan bumi Jadikan Amalan TERAS STRATEGIK KETIGA MZBH TERAS 3: BERUSAHA MENTERJEMAHKAN ELEMEN AMALAN RUMAH IBADAH HIJAU (RIH) Suhu tanpa pokok Suhu ada pokok 39
RUMAH IBADAH HIJAU (RIH) MASJID ZAID BIN HARITSAH
RUMAH IBADAH HIJAU MZBH Program Malaysian Green Technology and Climate Change (MGTC) di bawah Kementerian Sumber Alam dan Perubahan Iklim https://www.mgtc.gov.my GREEN TECHNOLOGY MZBH berusaha untuk menjayakan matlamat MGTC dalam mempromosikan dan mengamalkan Gaya Hidup Hijau. Justeru semua anak kariah perlu tahu apakah itu: 41
PENDANAAN MASJID ZAID BIN HARITSAH
PENDANAAN PROJEK MZBH Merealisasikan program Amalan Masjid Mesra Alam MATLAMAT Projek #1 Sistem Solar @Lamantani MZBH Projek #2 Program Smart Masjid Projek #3 Landskap Hijau Langgak MZBH Projek #4 Naik Taraf Sistem Tuai Hujan Projek #5 Naik Taraf Bilik Seminar Projek #6 Naik Taraf Kebun Bandar 43
PENDANAAN PROJEK MZBH Merealisasikan program Amalan Masjid Mesra Alam (AMMA) Projek #1 RE: Panel Solar Matlamat untuk meningkat kecekapan guna tenaga elektrik bagi pencahayaan dan pembekalan tenaga ke kawasan Lamantani MZBH. Solar memerlukan kawasan terima cahaya yang luas, justeru kawasan tanah waqaf, Lamantani MZBH adalah sesuai untuk menjayakan projek RE ini. Anggaran untuk dua (2) unit 20K Kw Package: RM 35,000 (+kos pemasangan + tempat). Jangkaan Mula: Tahun 2024-2025 Sasaran pembiaya: Agensi, Korporat & NGO 44
PENDANAAN PROJEK MZBH Projek #2 Projek Smart Masjid Usaha menjadikan masjid pintar dengan memiliki peralatan pintar seperti al-Quran digital bagi kegunaan kelas mengaji, tadabur al-Quran dan solat tarawih; penggunaan Interactive board, smart switch dalam mengingkatkan kecekapan tok-siak, dan tele-prompter khutbah. Jumlah keseluruhan: RM 29,700 Jangkaan Mula: Tahun 2024-2025 Sasaran pembiaya: Sumbangan awam dan peserta kelas mengaji, badan korporat & NGO 45
PENDANAAN PROJEK MZBH Projek #3 Lanskap Cerun MZBH Lanskap merupakan ciri penting dalam merealisasikan kriteria Green Building Index. Lanskap terbuka perlu dibangunkan bukan sekadar mencantikkan tetapi memberikan manfaat kepada para jemaah masjid bagi tujuan riadah pemandangan mahupun ketenangan minda. Anggaran: RM 250,000 Jangkaan Siap: Tahun 2026 Mini Geopark + Telaga Mata Air Masjid Zaid bin Haritsah - Ujian Sample pH air - Kawasan rekreasi aktiviti perkhemahan tahunan kanak2 (MZBH Indoor Camp Programme) Sasaran pembiaya: Sumbangan Agensi, awam, badan korporat & NGO 46