PENDANAAN PROJEK MZBH Projek #4 Naik Taraf Sistem Tuai Air Hujan Anggaran bagi tiga (3) set tangki lengkap & upah pemasangan : RM 15,000 Jangkaan siap: Tahun 2024 Sasaran pembiaya: Sumbangan awam: Anak kariah & Jemaah, syarikat korporat & NGO Penggunaan di Masjid 1. Kegunaan Tandas 2. Kerja-kerja Pembersihan Lantai 3. Pengairan Tanaman Lanskap 4. Penggunaan Tandas Asrama 47
PENDANAAN PROJEK MZBH Projek #5 Naik taraf ruang seminar Anggaran: RM 150,000 Jangkaan Siap: Tahun 2026 Disediakan untuk majlis penitisan ilmu & keramaian: 1. Seminar & kelas Iqra’ 2. Seminar & kelas al-Quran 3. Seminar IPTA-Industri @Masjid 4. Majls keramaian 5. Indoor Camp Muslim Kids 48
PENDANAAN PROJEK MZBH Projek #6 Naik taraf kebun bandar Lamantani MZBH sedang menjayakan program Rumah Ibadah Hijau. Hub pertanian dan perikanan air tawar ini akan berfungsi sebagai projek bersama dalam memasyarakatkan pertanian bandar. Kita sasar untuk lahirkan usahawan: Penyedia Kanvas, Pembekal makanan ikan, Penternakan & Pemasaran Anggaran: RM 300,000 Jangkaan Siap: Tahun 2025 49
PENUTUP MASJID ZAID BIN HARITSAH
Penutup Pelan Hala Tuju 2023-2026 dan Pendanaan ini merupakan dokumen penting kepada warga kerja MZBH serta anak kariahnya untuk dijadikan panduan bersama dalam mengimarahkan masjid ini. Pelan Hala Tuju 2023-2026 dan Pendanaan ini disediakan untuk mengurus program dan projek secara bersepadu bagi tempoh tiga (3) tahun akan datang bermula 2023 dengan memberi fokus setiap aktiviti yang dijalankan diniatkan untuk beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. 51
Sokogan kewangan dan komitmen oleh para jemaah, anak kariah, Agensi, Badan Korporat, Syarikat IKS, NGO serta pengurusan tertinggi masjid-masjid di Wilayah Persekutuan iaitu Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dapat menjadikan masjid ini sentiasa kehadapan dalam isu memperkasakan institusi tertinggi umat Islam. Jazakallah Khair atas sokongan dan dokongan yang anda semua berikan. 52
Sekian. Terima Kasih