The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU LOG BSMM 2024 NUR AMIRAH NADIAH BINTI MD FAUZI_IPGMKBA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR AMIRAH NADIAH BINTI MD FAUZI IPG-Pelajar, 2024-03-11 05:56:52

MPU3451a Kokurikulum Unit Beruniform - BUKU LOG BSMM

BUKU LOG BSMM 2024 NUR AMIRAH NADIAH BINTI MD FAUZI_IPGMKBA

Keywords: buku log,bsmm,ipgkba,ipgm,ipg

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA MALAYSIA RED CRESCENT BUKU LOG UNIT BERUNIFORM NAMA : NUR AMIRAH NADIAH BINTI MD FAUZI AMBILAN : PISMP TESL A JUN 2021-2026 KOMPENI : ALPHA ANGKA GILIRAN : 2021212350147 KOD DAN NAMA KURSUS : MPU3451a KOKURIKULUM UNIT BERUNIFORM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA 1 NAMA PENSYARAH : CIK IKHA NADIA BINTI MD IDRIS INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA 59200, KUALA LUMPUR


I S I K A N D U N G A N 1.0 PENGENALAN Biodata Guru pelatih. 2.0 PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN BULAN SABIT MERAH Prinsip-prinsip. Perlembagaan Pertubuhan. Lambang, Logo, dan Cogankata BSMM. Ikrar dan Lagu BSMM. 3.0 SEJARAH PENDIDIKAN PALANG MERAH/BULAN SABIT MERAH Sejarah Ringkas Peringkat Antarabangsa. Ringkasan Penubuhan BSMM di Malaysia. Tujuan Penubuhan BSMM. Istiadat-istiadat Rasmi BSMM. 4.0 STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN UNIT BSMM Pengurusan dan struktur organisasi Pertubuhan Palang Merah / Bulan Sabit Merah Antarabangsa dan Kebangsaan. Pengurusan dan struktur organisasi Bulan Sabit Merah Malaysia Peringkat Cawangan. Pengurusan dan struktur organisasi Bulan Sabit Merah Malaysia Peringkat IPG. Pengurusan dan struktur organisasi Bulan Sabit Merah Malaysia Peringkat Sekolah. 5.0 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN Pendaftaran Ahli dan Kumpulan. Kuasa Penganjur. Struktur Unit. Tanggungjawab Pemimpin. Pakaian Seragam Ahli dan Pemimpin. 6.0 ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH RENDAH Rancangan Tahunan Program Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) di Sekolah Rendah.


NAMA NUR AMIRAH NADIAH BINTI MD FAUZI NO KAD PENGENALAN 030315-03-0296 ANGKA GILIRAN 2021212350147 AMBILAN DAN KURSUS PISMP TESL JUN 2021-2026 KELAS TESL A (KOMPENI ALPHA) MENTOR DR. PREMALATHA A/P BHASKARAN NAIR TARIKH LAHIR 15 MAC 2003 ALAMAT LOT 2528, KAMPUNG TERAP (HUJUNG) BANGGU, 16150 KOTA BHARU, KELANTAN NO. TELEFON 013-9735420 EMAIL [email protected] 1.0 PENGENALAN 1.1 Biodata Guru Pelatih.


2.0 PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN BULAN SABIT MERAH 2.1 Prinsip-prinsip Asas BSMM KEMANUSIAAN Berusaha mencegah dan meringankan kesengsaraan serta memupuk persefahaman, persahabatan, kerjasama, dan kedamaian antara manusia. KESAKSAMAAN Memberi bantuan tanpa membezakan bangsa, kaum, agama, darjat, atau perbezaan politik. BERKECUALI Tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian bercorak politik, perkauaman, agama atau ideologi. SUKARELA Satu badan sukarela yang bertindak tanpa memikirkan keuntungan. KESEJAGATAN Gerakan yang meliputi seluruh dunia, semua mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama serta saling membantu antara satu sama lain. KETUNGGALAN Hanya terdapat satu BSMM atau Palang Merah di dalam sesebuah negara. Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktiviti meliputi seluruh negara. KEBEBASAN Menjaga kebebasan dalam segala tindakan yang berasaskan perikemanusiaan.


Berdasarkan Akta Pendaftaran Penubuhan, persatuan yang ditubuhkan di luar institusi pendidikan diwajibkan untuk mendaftar secara rasmi dengan pendaftar penubuhan parti politik dan persatuan belia. Bulan Sabit Merah Malaysia, Persekutuan Pengakap Malaysia, Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan St. John Ambulans merupakan persatuan yang ditubuhkan di bawah akta parlimen. Secara dasarnya, setiap persatuan yang ditubuhkan perlulah mempunyai perlembagaan atau undang-undang tersendiri. Antara fungsi perlembagaan ialah : 1) Garis panduan dalam menggerakkan persatuan terutamanya dalam pelaksanaan aktiviti sepanjang tahun. 2) Melicinkan perjalanan persatuan kerana mempunyai penetapan bidang tugas dan hak jawatankuasa serta ahli BSMM. 3) Menjadi rujukan pertama apabila berlakunya masalah dalaman seperti perjalanan aktiviti BSMM dan salah guna kuasa. 2.2 PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN BSMM OBJEKTIF PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN


PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN BSMM PERLEMBAGAAN BSMM Di bawah peruntukan Akta Perbadanan, objektif BSMM: "Dalam masa aman atau peperangan, memberi bantuan sukarela kepada orang sakit dan cedera samada dari angkatan tentera atau pihak yang tidak berperang, kepada orang tawanan perang, dan orang awam yang menderita akibat peperangan, mengikut semangat dan waad-waad Konvensyen Geneve dan menjalankan segala kewajipan ke atas sesuatu Persatuan Kebangsaan oleh tiaptiap negara yang telah menjadi suatu pihak kepada Konvensyen Geneva." Perlembagaan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) adalah sebuah badan korporat yang ditubuhkan di bawah Seksyen 3 dalam Akta (Guest, t.t). Berikut merupakan peraturan-peraturan Perlembagaan BSMM: Peraturan 1 : Peraturan 2 : Peraturan 3 : Peraturan 4 : Peraturan 5 : Peraturan 6 : Peraturan 7 : Peraturan 8 : Peraturan 9 : Peraturan 10 : Peraturan 11 : Peraturan 12 : Peraturan 13 : Peraturan 14 : Peraturan 15 : Nama dan alamat Matlamat Objektif Keahlian Guru Penasihat Ahli jawatankuasa Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa Kewangan Penyertaan Aktiviti Peraturan-peraturan Pindaan perlembagaan Pembubaran persatuan Tindakan disiplin Hal-hal lain Perkara-perkara lain yang ditambah ke dalam perlembagaan ialah: Lencana/logo persatuan Cogan kata/moto persatuan Tugas persatuan di peringkat institusi pendidikan, cawangan, daerah, dan negeri Pendaftaran persatuan Jawatankuasa kecil


2.3 LAMBANG, LOGO, DAN COGAN KATA 2.3.1 Lambang BSMM Logo rasmi pada laman sesawang BSMM. 2.3.2 Logo BSMM Logo rasmi yang dilekatkan pada pakaian seragam. Emblem berbentuk bulan sabit yang berwarna merah digunakan sebagai lambang BSMM rasmi selaras dengan Akta 162, Malaysian Red Cross Society (change of name) ACt 1975.


2.3.3 Cogan Kata BSMM “CERGAS PADA MASA AMAN DAN PERANG”


2.3.4 IKRAR DAN LAGU BSMM IKRAR BSMM Bahawa kami Ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia berikrar Taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung Dan pemerintah-pemerintah di negara kami Berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara. Bahawa kami berikrar Akan sentiasa patuh pada perlembagaan Dan undang-undang Serta arahan persatuan walau di mana kami berada. Bahawa kami berikrar Akan sentiasa memberi khidmat sukarela kami Kepada mereka yang sakit dan menderita Di waktu aman atau bencana Berdasarkan prinsip Bulan Sabit Merah seperti berikut: 1. Kemanusiaan 2. Kesaksamaan 3. Keberkecualian 4. Kebebasan 5. Khidmat Sukarela 6. Ketunggalan 7. Kesejagatan


Bulan Sabit Merah Di Malaysia Giat Berjasa Untuk Negara Tidak Kira Kaum Dan Agama Waktu Aman Atau Bahaya Di Mana Jua Adanya Sengsara Di Sana Ada Kita Di Darat Dan Laut Kita Bersedia Walaupun Diancam Bahaya Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia Membantu Semua Yang Menderita Badan Sukarela Berkhidmat Dengan Tabah Dan Bersemangat LAGU BSMM


3.0 SEJARAH PENDIDIKAN PALANG MERAH/BULAN SABIT MERAH 3.1 Sejarah Ringkas Peringkat Antarabangsa Palang Merah (Red Cross) yang berpangkalan di Switzerland diasaskan oleh seorang ahli perniagaan iaitu Jean Henry Dunant yang lahir pada 8 Mei 1828 di Geneva. Semasa meningkat dewasa, beliau banyak menyertai persatuan-persatuan yang berunsurkan kemanusiaan seperti League of Alms yang bermatlamat untuk membantu golongan miskin dan menderita. Pergerakan Palang Merah ditubuhkan pada 24 Jun 1859 kerana beliau terkesan melihat mangsa-mangsa yang terdiri daripada tentera dan orang awam yang telah tercedera ketika tercetusnya Perang Solferino antara Perancis dan Itali dengan tentera Austria di Solferino, Itali Utara. Beliau telah bertindak membantu mangsa-mangsa yang tercedera dengan membawa mereka ke sebuah gereja yang berdekatan. Segala yang berlaku semasa beliau berada di kawasan peperangan itu telah dicatatkan lalu diterbitkan sebagai sebuah buku yang bertajuk "A Memory of Solferino." Henry memikirkan bahawa kesengsaraan yang dilalui mangsa-mangsa Perang Solferino perlulah diberikan perhatian. Dalam penulisannya, beliau telah mencadangkan dua perkara untuk diambil perhatian. Pertama Membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu tentera dan orang awam yang tercedera semasa peperangan. Kedua Mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang tercedera daripada mana-mana pasukan perlulah dibantu. Tindakan beliau telah membuahkan hasil apabila pada tahun 1864, jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) telah dibentuk serta termeterainya Konvensyen Geneva. Namun begitu, penubuhan ICRC dilakukan tanpa kehadiran Henry ekoran beliau dikatakan terlalu idealis.


3.2 Ringkasan Penubuhan BSMM di Malaysia Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (kini Bulan Sabit Merah Malaysia) ialah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan pada tahun 1948. Selepas 9 tahun penubuhannya, persatuan ini akhirnya diiktiraf oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan juga mendapat pengiktirafan daripada Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963. Sejarah penubuhan PBSM bermula apabila tertubuhnya cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak sekitar tahun 1948. Seterusnya, kegiatan PBSM mula diluaskan di negerinegeri lain di Malaysia melalui penubuhan cawangan-cawangan PBSM. Negeri Pulau Pinang menjadi negeri terawal di Semenanjung Malaysia yang mempunyai cawangan PBSM iaitu pada tahun 1950. Setelah kemerdekaan dicapai pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan ini seterusnya menerima pengiktirafan daripada Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tanggal 4 Julai 1963 lalu menjadi ahli badan antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963. Susulan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, Akta Persatuan Palang Merah di Malaysia (Penswastaan) telah digubal pada 17 September 1963. Akta 1965 telah bertindak menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangan Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak di bawah Persatuan Palang Merah Malaysia. Ianya dibentangkan di Parlimen dan seterusnya digazetkan pada tarikh 5 September 1975. Sejarah penubuhan PBSM diteruskan dengan penukaran nama Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Persatuan Bulan Sabit Malaysia sejajar dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Akta 1975 oleh Parlimen Malaysia.


1948 1950-1952 1961 1962 1963 1965 1975 Persatuan Palang Merah ditubuhkan di Tanah Melayu sebagai satu cawangan Palang Merah British. Ditubuhkan di Pulau Pinang (1950), Perak, Terengganu, Selangor (1951), Melaka, Johor, Pahang (1952). 1 Mei 1961, Rang Undangundang Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu (Perbadanan) telah dibacakan di Parlimen. 16 April 1962, Akta Persatuan Palang Merah Malaysia Persekutuan Tanah Melayu (Perbadanan) Akta 1961 (No.4 tahun 1962) telah berkuatkuasa. 4 Julai 1963, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) menerima pengiktirafan dengan rasmi sebagai satu Persekutuan Palang Merah. Selaras dengan penubuhan Malaysia, Parlimen telah meluluskan Akta Persatuan Palang Merah (Akta No.47 tahun 1965) 21 Ogos, nama Palang Merah ditukarkan kepada Bulan Sabit Merah dan diwartakan pada 4 September 1975. BSMM DI MALAYSIA


3.3 Tujuan Penubuhan BSMM Penubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) bukanlah merupakan satu penubuhan persatuan yang dilakukan secara spontan. Sebaliknya, ianya ditubuhkan atas tujuan-tujuan tertentu seperti: Pertubuhan terbuka tanpa membezakan agama, bangsa atau politik kepada semua orang untuk melakukan segala hal yang ditakrifkan oleh pertubuhan atau majlisnya berfaedah untuk mencapai tujuan tersebut. Menjalankan usaha membaiki taraf kesihatan, mencegah penyakit dan meringankan penderitaan-penderitaan di seluruh dunia dalam masa aman atau perang. Memberikan bantuan sukarela kepada orang cedera sama ada daripada angkatan tentera atau pihak yang menderita akibat peperangan. Menjalankan segala kewajipan yang dipertanggunggjawabkan ke atas sesuatu persatuan kebangsaan oleh tiap-tiap negara yang merupakan salah satu pihak kepada konvensyen tersebut. Mengesan perkembangan dan penguasaan ahli-ahli secara menyeluruh dalam aspek pengetahuan intelek, rohani, jasmani, emosi, bakt, akhlak dan sosial selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara.


Ketua pasukan melaporkan keahliah kepada komander. Bacaan doa oleh ahli bertugas Nyanyian lagu sekolah, lagu negeri dan lagu Negaraku. Laporan dari komander kepada guru penasihat. Arahan komander supaya membuka barisan Pemeriksaan barisan oleh guru besar diiringi oleh guru penasihat den komander. Guru penasihat menjemput guru besar untuk menyampaikan ucapan. Arahan komander untuk tutup barisan. Keluar baris. 3.4 Istiadat-istiadat Rasmi BSMM Ketua pasukan dan ketua kumpulan berdiri dalam bentuk bulatan. Guru penasihat memberi arahan dan menerangkan dengan ringkas tujuan istiadat ini diadakan. Ahli BSMM yang meningkat naik dipanggil kehadapan guru penasihat yang akan mengucapkan terima kasih semasa berada di dalam keahlian. Berjabat tangan dengan kawan-kawan. Ahli lain memberi satu sorakan. Guru penasihat memberi arahan menutup bulatan dan bersurai. ISTIADAT PERHIMPUNAN ISTIADAT MENINGKAT NAIK


Apabila seorang pelajar telah menyatakan kebersediaan beliau untuk menjadi seorang ahli BSMM, beliau perlu disahkan keahliannya melalui satu istiadat. Secara dasarnya, istiadat ini merupakan satu istiadat yang akan memberikan kesan kepada ahli baru sebagai satu kenangan dan juga kepada ahli-ahli BSMM yang lain kerana menerima kehadiran ahli baru. Istiadat diadakan secara: - Perkataan dan upacara ringkas dan mudah - Dengan ikhlas - Dengan khusyuk dan syahdu Prosedur - Diadakan di tempat lapang - Diadakan di peringkat awal tahun - Semua ahli yang terlibat harus dalam peranan masing-masing - Guru penasihat dan ketua pasukan hendaklah menghebahkan istiadat ini pada perhimpunan sebelumnya - Semua keperluan disediakan Upacara perlantikan ahli baru BSMM - Ahli yang mengambil bahagian perlu membuat satu bulatan besar (kecuali ahli baru). Ketua komander berdiri di tengah bulatan. penolonh ketua komander berdiri di luar bulatan. - Ahli baru yang berada di luar bulatan dipanggil masuk ke dalam bulatan dan berdiri di hadapan ketua komander. - Penolong ketua komander masuk ke dalam bulatan bersama dengan lencana keahlian BSMM dan berdiri di sebelahn Ketua Komander. - Ketua pasukan melafazkan ikrar diikuti oleh ahli baru. - Ketua komander berjabat tangan dengan ahli abru dan mengingatkan beliau sudah menjadi ahli BSMM. - Ketua Koamnder menyematkan lencana keahlian kepada ahli BSMM tersebut. - Ahli BSMM itu memberi tabik hormat kepada Ketua Komander. Ahli tersebut masuk ke dalam bulatan. ISTIADAT MELANTIK


4.0 STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN UNIT BSMM 4.1 Pengurusan dan Struktur Organisasi BSMM Peringkat Antarabangsa dan Kebangsaan Bulan Sabit Merah Antarabangsa terdiri daripada tiga badan berasingan iaitu : 1) Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah - The International Committee of the Red Cross (ICRC) 2) Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah - International Federation of Red Cross and Red Crescent Socities (IFRC) 3) Persatuan-persatuan Palang Merah/ Bulan Sabit Merah Kebangsaan STRUKTUR DAN ORGANISASI BULAN SABIT MERAH PERINGKAT ANTARABANGSA


STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT KEBANGSAAN


STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT CAWANGAN Senat BSMM Majlis Kebangsaan Lembaga Eksekutif Kebangsaan Cawangan Cabang Unit-unit Pasukan Bantuan Sukarela, Pasukan Kumpulan Kebajikan Kanak-kanak Daerah Daerah Kecil Sekretariat Kebangsaan Sekretariat Cawangan Sekretariat Cabang


STRUKTUR DAN ORGANISASI BSMM PERINGKAT IPG


STRUKTUR DAN ORGANISASI BSMM PERINGKAT SEKOLAH Guru Besar Guru Penasihat (P.K. Kokurikulum) Pengerusi (Pelajar) Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari AJK Naib Setiausaha Naib Bendahari


Keahlian BSMM terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa, agama, jantina dan politik. Ahli dan sukarelawan yang daripada pelbagai golongan dapat memberikan sumbangan perkhidmatan bagi mewujudkan hasrat dan prinsip persatuan. 5.0 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 5.1 Pendaftaran Ahli dan Kumpulan Keahlian Terbuka Komposisi Keahlian Ahli kanak-kanak: 9 hingga 12 tahun Ahli Belia: 13 hingga 18 tahun Ahli Bantuan Sukarela Berpakaian Seragam / Tidak Berpakaian Seragam / Ahli Seumur Hidup : 18 tahun ke atas Ahli Kehormat Seumur Hidup : Anugerah kepada individu yang memberikan sumbangan


1 2 3 4 5 Bayaran yuran ialah RM2.00 setahun, namun digalakkan untuk membayar yuran sekali gus untuk 5 tahun. JENISJENIS AHLI AHLI BIASA Yuran tahunan RM2.00 setahun Bayaran dijelaskan kepada Setiausaha Cawangan atau Cabang. Resit pembayaran akan dikeluarkan oleh Setiausaha Cawangan atau Cabang. Tidak melebihi 12 tahun dan berdaftar di unit Bulan Sabit Kanak-kanak Tidak melebihi 18 tahun dan berdaftar di unit Bulan Sabit Muda Tidak melebihi 25 tahun dan berdaftar di unit Pasukan Sukarela (Voluntary Aid Detachment - VAD) Ahli kenamaan yang dilantik oleh Jawatankuasa Anugerah Kebangsaan. Anugerah Ahli Kehormat Seumur Hidup diberikan tidak lebih daripada 4 orang setiap tahun. AHLI SEUMUR HIDUP Permohonan adalah di atas budi bicara dan kelulusan Cawangan Bayaran yuran ialah RM500 PASUKAN BANTUAN SUKARELA AHLI KEHORMAT SEUMUR HIDUP AHLI BELIA (Permohonan akan diluluskan oleh Jawatankuasa Cawangan) 5.1.1


Pendaftaran Berkumpulan Pendaftaran bagi Pasukan Kanak-kanak/ Belia Pendaftaran bagi Pasukan Bantuan Sukarela Pendaftaran bagi Pasukan Belia Terbuka Setiap sekolah hanya dibenarkan untuk menubuhkan satu pasukan BSMM. Bilangan minimum ahli lalah 15 orang bagi satu pasukan. Pihak sekolah menghantar borang pendaftaran kepada Setiausaha Cabang dan disemak oleh pihak Cabang. Permohonan kemudiannya akan diusulkan kepada Setiausaha Cawangan. Ditubuhkan di kawasan yang disyorkan oleh Cabang. Bilangan minimum ahli ialah seramai 15 orang. Langkah pendaftaran adalah sama seperti pendaftaran Pasukan Kanak-kanak/ Belia. Ditubuhkan di kawasan yang diberikan kelulusan oleh belia Cabang sahaja. Bilangan minimum ahli lalah seramal 15 orang. Borang pendaftaran perlu dihantar kepada Cabang sebelum dihantar kepada Ibu Pejabat Kebangsaan untuk disemak dan dikeluarkan Sijil Pendaftaran Pasukan. 5.1.2


Meluluskan pendaftaran tahunan unit BSMM dengan ibu pejabat BSMM. Penganjur merupakan salah seorang daripada dua penurun tandatangan rasmi (official signatories) dan seorang lagi ialah pemimipin kumpulan bagi akaun simpanan atau semasa untuk BSMM tersebut. Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan oleh pemimpin BSMM. Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unit BSMM apabila diperlukan. Meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktiviti luaran seperti rombongan, kembara dan perkhemahan untuk ahli-ahli BSMM. Menyelia dan mengawal kemajuan unit BSMM di sesebuah institusi. Menganjur kursus-kursus sijil lencana kecekapan dan sijil peperiksaan. Memberikan khidmat nasihat tentang BSMM kepada waga institusi. 5.2 Kuasa Penganjur


5.3 Struktur Unit Struktur unit terdiri daripada: Kanak-kanak (Link). Belia (Youth) - Pasukan Bantuan Sukarela. Ahli-ahli Belia (Youth) dan Kanak-kanak (Link) membentuk sekurang-kurangnya 80% ahli Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM). Setiap unit ini mempunyai pegawai masing-masing. Bagi Unit Belia, Pegawai Belia ialah guru penasihat BSMM yang dilantik oleh pengetua. Bagi Unit Kanak-kanak pula, Pegawai Kanak-kanak ialah guru penasihat BSMM yang dilantik oleh guru besar. Setiap unit yang berdaftar mempunyai nombor unit yang khas, yang menunjukkan unit itu dari cabang mana dan dari bahagian apa. Contoh: Unit PK(Y)118 menunjukkan unit ini dari Cabang Perak (ditunjukkan oleh huruf ‘PK’), merupakan unit Youth atau Belia dan nombor 118 menunjukkan ia unit ke-118 didaftarkan.


Pemimpin dalam badan beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) seperti Guru Penasihat, Ketua Komander dan Ketua Pasukan memainkan peranan yang penting dalam mengendalikan persatuan. Antara tanggungjawab pemimpin ialah: Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa (AJK) persatuan. Memastikan adanya perlembagaan dan persatuan. Memastikan aktiviti yang dijalankan adalah selaras dengan objektif institusi pendidikan. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar. Memastikan bahawa pasukan yang dianggotai oleh pemimpin adalah berdaftar dan mendapat kelulusan daripada pihak pentadbir. Mengurus penyertaan ahli sama ada di peringkat sekolah, daerah, bahagian, atau peringkat yang lebih tinggi. Memohon kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga pelajar melalui pengurusan institusi pendidikan jika khidmat atau kepakaran pelajar diperlukan di luar institusi. Menyatakan kebersediaan untuk menjadi guru pengiring bagi sebarang penyertaan tanpa mengira peringkat pertandingan, penyeliaan, anjuran, projek, dan sebagainya. 5.4 Tanggungjawab Pemimpin


5.5 Pakaian Seragam Ahli dan Pemimpin Senarai Warga Kementerian Pendidikan Malaysia dan Pemakaian Uniform Berkenaan


Senarai Jawatan BSMM dan Pangkat yang Berkenaan Untuk Warga KPM


Penggunaan pakaian seragam ini hendaklah dipakai semasa menjalankan tugas rasmi Bulan Sabit Merah Malaysia atau dalam situasi tertentu di mana penggunaan pakaian seragam ini adalah wajar. Acara yang memerlukan penggunaan pakaian seragam ini adalah seperti berikut: Menjalankan tugas sebagai pegawai yang bertanggungjawab; Memberi sebarang kenyataan akhbar atau wawancara; Penyampaian upacara bunga pada Hari Peringatan/Hari Pahlawan (Peringkat Negeri); Menghadiri perarakan pengebumian anggota Bulan Sabit Merah Malaysia; Menghadiri acara perbarisan di mana OR1 – NCO3 anggota perbarisan memakai pakaian seragam No. 4; Memberi kunjungan atau lawatan rasmi kepada tokoh-tokoh utama negeri atau negara dan pejabat mereka seperti Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, DYMM Sultan, TYT Yang di-Pertua Negeri, Perdana Menteri, Menteri-menteri dan Ketua Menteri Negeri; Dalam semua bentuk lawatan rasmi; Sebagai guru pengiring atau mengiring tetamu dalam lawatan; Sebarang perarakan atau upacara lain yang mewajarkan penggunaan pakaian seragam ini seperti yang diarahkan. FUNGSI PAKAIAN


Penggunaan pakaian seragam ini hendaklah dipakai semasa menjalankan tugas harian atau pakaian pejabat yang tidak membentuk sebarang operasi atau latihan fizikal. Acara yang memerlukan penggunaan pakaian seragam ini adalah seperti berikut: Menghadiri mana-mana latihan berasaskan bilik darjah Bulan Sabit Merah Malaysia; Untuk dipakai semasa sebarang aktiviti perkhemahan belia atau sukarelawan untuk tujuan rasmi; Sebarang perarakan atau upacara lain yang mewajarkan penggunaan pakaian seragam ini seperti yang diarahkan. FUNGSI PAKAIAN


SUSUNAN PEMAKAIAN LENCANA UNTUK PEGAWAI AHLI BELIA/ KADET / MUDA DAN AHLI BELIA


Penggunaan baju korporat ini hendaklah dipakai oleh Kakitangan/Sukarelawan/Jurulatih semasa menjalankan sebarang operasi, perkhidmatan atau acara mengikut 7 Prinsip Asas. Ia juga boleh dipakai seperti yang diarahkan atau untuk latihan simulasi. Acara yang memerlukan penggunaan pakaian seragam ini adalah seperti berikut: Sesi pertolongan cemas awam. Mesyuarat peringkat rendah luar atau peringkat jabatan. Aktiviti perkhemahan. Aktiviti mengumpul dana. Menerima lawatan pertukaran antarabangsa daripada rakan Persatuan Kebangsaan. Latihan, bengkel, forum anjuran Bulan Sabit Merah Malaysia. Sambutan, perhimpunan atau pameran dalam mempromosikan karya Bulan Sabit Merah Malaysia. Sebarang acara lain yang mewajarkan penggunaan pakaian seragam ini seperti yang diarahkan. FUNGSI PAKAIAN


Penggunaan baju kemeja Polo ini hendaklah dipakai oleh Kakitangan/Sukarelawan semasa menjalankan sebarang operasi, perkhidmatan atau acara mengikut 7 Prinsip Asas. Ia juga boleh dipakai seperti yang diarahkan atau untuk latihan simulasi. Acara yang memerlukan penggunaan pakaian seragam ini adalah seperti berikut: Penyebaran semasa sebarang peristiwa tindak balas bencana. Latihan berkala untuk kakitangan dan sukarelawan mengenai tindak balas bencana atau bidang khusus yang relatif. Aktiviti perkhemahan. Aktiviti mengumpul dana. Menerima lawatan pertukaran antarabangsa daripada rakan Persatuan Kebangsaan. Latihan, bengkel, forum anjuran Bulan Sabit Merah Malaysia. Sambutan, perhimpunan atau pameran dalam mempromosikan karya Bulan Sabit Merah Malaysia. Sebarang acara lain yang mewajarkan penggunaan pakaian seragam ini seperti yang diarahkan. FUNGSI PAKAIAN


Penggunaan pakaian seragam ini hendaklah dipakai semasa menjalankan tugas harian atau pakaian pejabat yang tidak membentuk sebarang operasi atau latihan fizikal. Acara yang memerlukan penggunaan pakaian seragam ini adalah seperti berikut: Menghadiri mana-mana latihan berasaskan bilik darjah Bulan Sabit Merah Malaysia; Untuk dipakai semasa sebarang aktiviti perkhemahan belia atau sukarelawan untuk tujuan rasmi; Sebarang perarakan atau upacara lain yang mewajarkan penggunaan pakaian seragam ini seperti yang diarahkan. FUNGSI PAKAIAN


SUSUNAN PEMAKAIAN LENCANA KECEKAPAN KADET SUSUNAN PEMAKAIAN LENCANA PADA LENGAN UNTUK KADET


Penggunaan pakaian seragam ini hendaklah dipakai semasa menjalankan tugas tertentu yang tidak membentuk sebarang operasi atau latihan fizikal. Acara yang memerlukan penggunaan pakaian seragam ini adalah seperti berikut: Platun pengawal kehormatan untuk perarakan khas; Kawalan kehormat semasa sebarang majlis atau acara rasmi yang memberi penghormatan dan mengalu-alukan VIP; Mana-mana peringkat pertandingan kawad kaki; Sebarang perarakan atau upacara lain yang mewajarkan penggunaan pakaian seragam ini seperti yang diarahkan. FUNGSI PAKAIAN


Penggunaan baju kemeja Polo dan uniform ini hendaklah dipakai oleh Ahli Muda (10 – 12 tahun) untuk aktiviti harian mereka semasa menjalankan sebarang operasi, perkhidmatan atau acara mengikut 7 Prinsip Asas. Ia juga boleh dipakai seperti yang diarahkan atau untuk latihan simulasi. Acara yang memerlukan penggunaan pakaian seragam ini adalah seperti berikut: Pakaian harian sekolah untuk aktiviti kokurikulum. Latihan berkala mengenai lencana kemahiran atau bidang khusus junior belia relatif. Tugas pertolongan cemas. Aktiviti perkhemahan. Aktiviti mengumpul dana. Menerima lawatan pertukaran antarabangsa daripada rakan Persatuan Kebangsaan. Latihan, bengkel, forum anjuran Bulan Sabit Merah Malaysia. Sambutan, perhimpunan atau pameran dalam mempromosikan karya Bulan Sabit Merah Malaysia. Sebarang acara lain yang mewajarkan penggunaan pakaian seragam ini seperti yang diarahkan. FUNGSI PAKAIAN


SUSUNAN PEMAKAIAN LENCANA KECEKAPAN MUDA


Penggunaan baju kemeja Polo ini hendaklah dipakai oleh Sukarelawan Belia (antara 18 – 30 tahun) semasa menjalankan sebarang operasi, perkhidmatan atau acara mengikut 7 Prinsip Asas. Ia juga boleh dipakai seperti yang diarahkan atau untuk latihan simulasi. Acara yang memerlukan penggunaan pakaian seragam ini adalah seperti berikut: Bertugas semasa sebarang peristiwa tindak balas bencana. Latihan berkala untuk kakitangan dan sukarelawan mengenai tindak balas bencana atau bidang khusus yang relatif. Aktiviti perkhemahan. Aktiviti mengumpul dana. Menerima lawatan pertukaran antarabangsa daripada rakan Persatuan Kebangsaan. Latihan, bengkel, forum anjuran Bulan Sabit Merah Malaysia. Sambutan, perhimpunan atau pameran dalam mempromosikan karya Bulan Sabit Merah Malaysia. Sebarang acara lain yang mewajarkan penggunaan pakaian seragam ini seperti yang diarahkan. FUNGSI PAKAIAN


6.0 ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH RENDAH Unit beruniform diperkenalkan kepada murid-murid tahun 4, 5 dan 6. Antara unit beruniform yang selalunya ada di sekolah rendah adalah Kadet Remaja Sekolah, Pengakap, Pandu Puteri, Kadet Polis, Bulan Sabit Merah Malaysia. Kredit: Laman Web Buletin SK Bukit Changgang BULETIN SK CHANGGANG


Click to View FlipBook Version