MINGGU AKTIVITI CADANGAN 1 Mesyuarat Agung Perlantikan AJK 2 Lagu Negaraku, Lagu Negeri, Lagu BSMM dan Ikrar BSMM Salin lirik dan hafal 3 Sejarah dan prinsip BSMM Menyalin nota 4 Bendera, Logo dan Pakaian Rasmi Menyalin nota 5 Peti Pertolongan Cemas Menyalin nota 6 Asas Pertolongan Cemas dan Bantu Mula Menyalin nota 7 Panduan Rawatan Kecemasan Teori dan praktikal 8 Cara pemasangan khemah Belajar cara-cara mendirikan khemah dengan betul 9 Penyediaan makanan Membuat sandwich dengan betul 6.1 Rancangan Tahunan Program Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) di Sekolah Rendah. Contoh Perancangan Aktiviti Tahunan BSMM di Sekolah Kebangsaan
MINGGU AKTIVITI CADANGAN 10 Kem Kraf Belajar membuat gajet dengan menggunakan ikatan yang sesuai dan betul. 11 Asas Kawad Kaki Belajar asas kawad kaki statik dengan betul. 12 Ikatan Anduh dan Balutan Belajar cara-cara ikatan dan balutan. 13 Jenis-jenis penyakit Menyalin nota dan belajar tentang jenisjenis penyakit. 14 Ubat-ubatan Menyalin nota dan belajar mengenai ubatubatan yang sesuai untuk digunakan bagi merawat pesakit. 15 Khidmat Kemasyarakatan Penyayang Gotong-royong di kawasan sekolah. 16 Disiplin dan Kebersihan diri Belajar peraturan dalam Unit BSMM (menghormati pegawai pemimpin, cara memberi dan membalas tabik, pengurusan masa dan tatacara berpakaian) Mencuci tangan dan Membersihkan diri dengan betul. 17 Ceramah Ceramah kesihatan. 18 Majlis penutup. Contoh Perancangan Aktiviti Tahunan BSMM di Sekolah Kebangsaan
6.1. 2 Contoh Aktiviti-aktiviti Unit BSMM di Sekolah 1.Mendirikan Khemah Murid-murid didedahkan dengan cara-cara mendirikan khemah dengan betul melalui tunjuk ajar daripada guru. Murid-murid diberi penerangan tentang jenis-jenis khemah serta alatan-alatan yang diperlukan semasa perkhemahan. Kebiasaannya, satu perkhemahan unit beruniform akan diadakan melibatkan murid-murid tahun 4, 5, dan 6 di sekolah rendah.
2. Kawad kaki Murid-murid mempelajari asas kawad kaki, serta bahasa hukuman dalam kawad kaki. Contoh Aktiviti Kawad Kaki
3. Ikatan dan Simpulan Murid melaksanakan aktiviti ikatan dan simpulan asas menggunakan tali dengan tunjuk ajar daripada guru. Terdapat 7 ikatan asas yang biasa digunakan dalam rekreasi dan proses menyelamat. Antaranya ialah: - Ikatan Buku Sila / Reef Knot - Ikatan Bunga Geti / Common Bend - Simpulan Tindih Kasih / Bowline - Ikatan Simpul Manok / Clove Hitch - Ikatan Pengail / Fisherman’s Knot - Simpulan Angka 8 / Figure of 8
4. Asas Pertolongan Cemas Murid-murid didedahkan dengan kemahiran-kemahiran membantu ketika berlakunya ketika berlakunya kecemasan seperti Cardiopulmonary Resuscitation (CPR). Murid-murid mempraktikkan teori-teori asas pertolongan cemas dan bantu mula. Murid-murid menjalankan aktiviti pertolongan cemas dalam kumpulan dan penilaian individu akan dilaksanakan.
5. Kem Kraf Murid-murid belajar membuat gajet dengan bimbingan dan tunjuk ajar oleh guru.
RUJUKAN