The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CIKGU CHEETALAKCHUMY BALU, 2022-04-25 23:29:54

KOLEKSI TATABAHASA BM

KOLEKSI TATABAHASA BM

MODUL BAHASA MELAYU
MORFOLOGI

KOLEKSI
TATABAHASA

Disediakan oleh :
Cik Cheetalakchumy Balu

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHEETALAKCHUMY BALU

SENARAI KANDUNGAN

BIL. TAJUK HALAMAN CATATAN
1 KATA NAMA
4
- KATA NAMA AM 5
- KATA NAMA KHAS 5
- KATA NAMA ARAH 6
- KATA GANTI NAMA 9
- KATA NAMA BILANGAN 9
2 KATA KERJA 16
3 TANDA BACA 18
4 KATA TUGAS 19
5 KATA ADJEKTIF 22
6 KATA BANTU 23
7 KATA PENGUAT 23
8 KATA PENEGAS 24
9 KATA NAFI 24
10 KATA PEMERI 25
11 KATA PEMBENAR 25
12 KATA KETERANGAN 26
13 PENANDAWACANA 27
14 KATA HUBUNG 31
15 KATA TANYA 32
16 KATA SENDI NAMA

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHEETALAKCHUMY BALU

17 KATA SERU 35
18 KATA PERINTAH 36
19 KATA PANGKAL AYAT 36
20 KATA GANDA 37
21 KATA MAJMUK 43
22 KATA AKRONIM 46
23 BUNYI BAHASA
47
- DIFTONG 47
- VOKAL BERGANDING 48
- DIGRAF 48
- KONSONAN BERGABUNG 49
24 IMBUHAN 69
25 JENIS AYAT 70
26 PELUASAN SUBJEK 71
27 PEMBINA AYAT 73
28 CAKAP AJUK & CAKAP PINDAH 75
29 PENJODOH BILANGAN
30 PERIBAHASA 83
- SIMPULAN BAHASA 93
- PERUMPAMAAN 97
- BIDALAN 99
- PEPATAH 101
- BANDINGAN SEMACAM 106
- KATA-KATA HIKMAT 107
31 SINONIM & ANTONIM 137
32 PERBENDAHARAN KATA

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHEETALAKCHUMY BALU

1. KATA NAMA

• Kata nama ialah kata yang merujuk kepada nama sesuatu benda, manusia,
haiwan, tumbuhan dan konsep.

• Kata nama terbahagi kepada :
(i) kata nama am;
(ii) kata nama khas;
(iii) kata nama arah;
(iv) kata ganti nama;
(v) kata bilangan.

Kata Nama Am
• Kata nama am ialah kata nama yang merujuk kepada nama sesuatu benda yang
bersifat umum seperti:
(i) nama benda yang bernyawa, iaitu manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan;
(ii) nama benda yang tidak bernyawa, iaitu benda dan tempat.
• Ditulis dengan huruf kecil di pangkal kata kecuali pada permulaan ayat.

Manusia ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll

binatang ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll

tumbuh- tumbuhan pokok, betik, rumput, lalang dll

benda pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll

tempat pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll

• Terdapat 2 kategori iaitu kata nama am hidup dan kata nama am tak hidup

Hidup Tak Hidup

Manusia Bukan Manusia Institusi Konkrit

Merujuk Benda-benda Dikenal pasti Dikenal pasti

manusia iaitu jenis hidup melalui kepada melalui ke dan dari

bersifat hidup selain manusia dan daripada

guru, bayi, bunga, burung, - Sumbangan telah - Kebanyakan murid

nelayan, bidadari, gajah, diserahkan berbasikal ke

jutawan, ibu pokok kepada sekolah. sekolah.

bapa - Pengiktirafan - Tempat

daripada universiti penginapannya

diperlukan untuk tidak jauh dari

jawatan itu. universiti.

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHEETALAKCHUMY BALU

Kata Nama Khas
• Kata nama khas ialah kata nama yang khasnya digunakan untuk menyebut nama

sesuatu benda yang bernyawa dan benda yang tidak bernyawa.
• Kata nama khas hendaklah ditulis dengan huruf besar pada huruf pertamanya.

(i) Hidup manusia : Ismail, Puan Aliah, Raja Iskandar, Profesor Ali.
(ii) Hidup bukan manusia : Comot (kucing), Pak Belang (harimau), Hibiscus

(bunga raya), Jalak (ayam).
(b) Tak Hidup : Seremban, Malaysia, Proton, Universiti Kebangsaan,

Menara Condong.
Kata Nama Arah
• Kata arah merupakan kata yang hadir sebelum frasa nama dan biasanya sesudah

kata sendi nama.
• Kata arah menunjukkan hala dan jurusan.

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHEETALAKCHUMY BALU

Kata Ganti Nama
• Kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti.
• Kata ganti nama terbahagi kepada:

(i) kata ganti diri
(ii) kata ganti diri singkat;
(v) kata ganti tunjuk
(vi) kata ganti tak tentu.
Kata Ganti Nama Diri Pertama - menggantikan diri orang yang bercakap.

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHEETALAKCHUMY BALU

Kata Ganti Nama Diri Kedua - merujuk kepada diri orang hadapan.
Kata Ganti Nama Diri Ketiga - merujuk kepada orang ketiga ketika bercakap.
DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHEETALAKCHUMY BALU

Kata Ganti Nama Diri Singkat

• Kata ganti nama diri boleh disingkatkan seperti berikut:

(i) aku menjadi ku (ii) engkau menjadi kau

(iii) kamu menjadi mu (iv) dia atau ia menjadi nya.

• Apabila ditulis, kata ganti nama diri singkat ini hendaklah dicantumkan dengan

kata lain yang menyertainya seolah-olah sebagai imbuhan.

• Kata ganti nama diri singkat mempunyai makna yang sama dengan kata ganti

nama diri yang penuh.

• Yang berikut adalah contoh kata ganti nama diri singkat dan penggunaanya

dalam ayat:

(i) Di awal kata:

(a) Surat itu hendaklah kauposkan segera.

(ii) Di awal dan akhir kata:

(a) Makanan itu sudah kuhidangkan.

(b) Kereta Proton Iswara itu adalah milik ayahku.

(iii) Di akhir kata

(a) Dia mencari-cari kasutnya yang hilang itu.

• Kata ganti nama diri singkat tidak boleh digunakan pada permulaan ayat.

Kata Ganti Nama Tunjuk

• Kata ganti nama tunjuk digunakan untuk menunjukkan manusia,

haiwan dan tempat.

• Dua kata ganti nama tunjuk adalah ini dan itu.

• Fungsi kata ganti tunjuk adalah sebagai:

(i) Subjek dan letaknya di hadapan kata nama:

(a) Ini sekolah kami. (b) Itu anak Encik Ramasamy.

(ii) Penentu dan letaknya di belakang kata nama:

(a) Hari ini hari Khamis. (b) Saya yang membawa buku itu.

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHEETALAKCHUMY BALU

Kata Ganti Nama Tak Tentu
• Kata ganti nama tak tentu menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak

tentu.
• Yang berikut adalah contoh kata ganti nama tak tentu serta penggunaanya:

(i) apa-apa - digunakan untuk benda atau hal yang tidak tentu.
(ii) mana-mana - digunakan untuk tempat atau benda yang tidak tentu.
(iii) siapa-siapa/sesiapa - untuk menggantikan orang yang tidak tentu.
(iv) bila-bila - digunakan untuk menggantikan masa yang tidak tentu.

KESALAHAN DAN PEMBETULAN

Kata Bilangan
• Kata yang digunakan untuk menghitung sesuatu / menyatakan bilangan sesuatu.
• Kata bilangan terbahagi kepada tujuh jenis:

(i) kata bilangan tentu - satu, dua, tiga
(ii) Kata bilangan tak tentu - beberapa, para, seluruh, setengah-setengah
(iii) Kata bilangan pecahan - suku, setengah, separuh, dua pertiga
(iv) Kata bilangan pisahan - masing-masing, setiap, tiap-tiap
(v) Kata bilangan himpunan - berbulan-bulan, beratus-ratus, jutaan, kedua-dua,
(vi) Kata bilangan tingkat - pertama, kedua, ketiga
(vii) Kata bilangan tanya - berapa.

2. KATA KERJA

• Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan perbuatan yang
dilakukan oleh manusia, binatang atau benda.

• Kata kerja boleh dibahagikan kepada:
(i) Kata kerja transitif
(ii) Kata kerja tak transitif
(iii) Kata kerja pasif

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHEETALAKCHUMY BALU

Kata Kerja Transitif
• Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti mempunyai objek yang terdiri

daripada kata nama atau frasa nama.
• Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men-, men…..i, men…..kan, memper-

, memper…..i, memper…..kan.
• Kata kerja transitif tidak boleh berdiri sendiri.

Kata Kerja Tak Transitif
• Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri dalam ayat yakni

tidak memerlukan objek.
• Kata kerja tak transitif terbahagi kepada :

(i) Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
(ii) Kata kerja tak transitif berpelengkap

Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap
• Kata kerja tak transitif ini boleh berdiri sendiri tanpa perlu disertai objek

selepasnya.
Contoh : Kami asyik bermain.

• Kata kerja tak transitif ini boleh diikuti unsur keterangan selepas kata kerja.
Contoh : Kami asyik bermain di belakang rumah.

• Walaupun demikian, unsur keterangan tidak boleh terdiri daripada kata nama atau
frasa nama.

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHEETALAKCHUMY BALU

Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
• Kata kerja tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh

pelengkap untuk menyempurnakan ayat.
• Oleh itu, kata kerja tak transitif berpelengkap tidak boleh berdiri sendiri.
• Pelengkap adalah berbeza dengan objek. Ayat yang mempunyai pelengkap tidak

boleh dipasifkan.

• Unsur pelengkap terdiri daripada berikut :
(i) Pelengkap kata nama (imbuhan ber-…kan, , menjadi dan ada)
(ii) Pelengkap kata adjektif
(iii) Pelengkap sendi nama (bermakna tempat)

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHEETALAKCHUMY BALU

Kata Kerja Pasif
• Kata kerja pasif ialah kata kerja yang terbentuk daripada perubahan ayat aktif

kepada ayat pasif. ( Hanya kata kerja transitif sahaja yang boleh dipasifkan )
• Kata kerja pasif yang disetai kata ganti diri pertama dikenali sebagai frasa kerja

pasif diri pertama. Contohnya : aku baca, saya tanami, kami perakui dan
sebagainya.
• Kata kerja pasif yag disertai kata ganti diri kedua dikenali sebagai frasa kerja pasif
diri kedua. Contohnya : anda lihat, awak tatapi, engkau musnahkan, kau
permainkan dan sebagainya.
• Kata kerja pasif yang disertai awalan di -, diper-, di-…kan, di-…i, diper-…kan dan
diper-…i dikenali sebagai kata kerja pasif diri ketiga. Contohnya : dibaca,
diperalat, diadakan, digemari, dipersembahkan, diperingati dan sebagainya.
• Kata kerja pasif juga terdapat dalam bentuk-bentuk berikut :

(i) Kata kerja pasif berimbuhan ber- : berasal, bercukur, bertanak dan
sebagainya.

(ii) Kata kerja pasif berimbuhan ter- : terambil, terangkat dan sebagainya.
(iii) Kata kerja pasif yang berapitan ke-…an : kecurian, kemasukan, ketinggalan

KESALAHAN DAN PEMBETULAN

Kata Kerja Melibatkan kaki
1. melonjak – melompat ke atas
2. menaiki – memanjat atau mendaki
3. menghentak – memijak dengan kuat
4. menguis – mengais-mengais untuk mencari makanan ( ayam )
5. terjunam – kepala jatuh dahulu
6. tersadung – terlanggar dengan kaki
7. terseliuh – tergeliat, terpelecok

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHEETALAKCHUMY BALU

Kata Kerja Melibatkan Mulut
1. meleleh – mengalir perlahan-lahan ( air mata dan lain –lain )
2. memamah – menghancurkan makanan dalam mulut dengan gigi
3. membisik – mendesis
4. membebel – berleter
5. mendeklamasi – menyampaikan sajak
6. mendendangkan – menyanyikan lagu dengan tujuan menghiburkan hati
7. menelan – memasukkan makanan melalii kerongkong
8. menganga – memuka mulut luas- luas
9. menghirup – menyedut atau menelan benda air
10. menghukum – mendenda
11. menjawab – membalas pertanyaan
Kata Kerja Melibatkan Tangan

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHEETALAKCHUMY BALU

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHEETALAKCHUMY BALU

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHEETALAKCHUMY BALU

3. TANDA BACA

Tanda Penggunaan Contoh Ayat

baca

Tanda -Pada akhir ayat penyata -Bapa Ali bekerja di Kuala Lumpur.
noktah -Singkatan bagi gelaran, pangkat, -Y.B. Dato’ Karim akan melawat

( . ) jawatan dan sebagainya sekolah kami.

-Dr. Kamariah terkenal di hospital

itu.

Tanda -Mengasingkan sesuatu yang sama -Emak pergi ke pasar membeli

koma jenis dalam ayat. buah oren, epal, tembikai dan

( , ) -Selepas kata seru betik.

-Sebelum tanda pembuka kata ( “ ) -Wah, cantiknya kasut kamu!

atau penutup kata ( “ ) -Ali berkata, “saya tidak datang

kerana hujan lebat.”

- “Kita akan bertolak sebentar

lagi,”kata Cikgu Anita kepada

murid-muridnya.

Tanda Pada akhir ayat tanya Berapakah harga beg itu?

Tanya

(?)

Tanda -Pada akhir ayat seruan -Aduh, sakitnya kaki saya!

seru -Untuk menunjukkan perasaan -Awaklah yang menyusahkan

( ! ) marah,sedih,suka dan sebagainya. kami semua!

Tanda -Memisahkan kata-kata dalam kata -Murid-murid sedang bermain bola

sempang ganda keranjang.

( - ) - Merangkaikan imbuhan ke- dengan -Pasukan bola sepak sekolah

angka kami telah mendapat tempat ke – 3

Tanda Pada awal dan akhir ayat cakap dalam kejohanan itu.
“ Saya suka makan laksa ” kata

pengikat ajuk. Siti.

kata
( “.......” )

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHEETALAKCHUMY BALU

Tanda -Untuk penerangan lanjut tentang -Butir-butir tentang konsert adalah
noktah sesuatu seperti berikut :
bertindih -Tulis masa -Kami dijangka sampai di sana
(:) -Dalam dialog pada pukul 2:00 petang.
Ali: Sudah lamakah kamu sampai?
Garis -Untuk menggantikan dan atau dan Siti : Tidak, saya baru sampai.
condong per -Tuan / puan
(/) -Digunakan dalam nombor rujukan dikehendaki mengembalikan
surat borang jawapan secepat mungkin.
Tanda -Surat tuan yang bernombor
kurung Untuk penjelasan tambahan rujukan Sek/01/01 telah saya
() terima.
Huruf -Huruf pertama pada awal ayat Kakak saya akan menduduki
Besar -Huruf pertama sesuatu tajuk kecuali peperiksaan Sijil Pelajaran
kata hubung dan kata sendi nama Malaysia ( SPM ) tahun ini.
-Kata Nama Khas ( nama, jenama, -Orang tua itu tinggal di Taman
tempat, bulan, pangkat ) Indah, Petaling Jaya, Selangor
- Pada awal kata ajuk Darul Ehsan.
- Akronim / Singkatan -Pen Parker ini dibelinya dari Kerai
- Selepas tanda tanya dan tanda Jam Tangan Megah pada bulan
seru Ogos yang lalu.

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHEETALAKCHUMY BALU

4. KATA TUGAS
• Kata tugas ialah perkataan yang hadir dalam ayat, klausa atau frasa yang
berperanan sebagai penghubung, penerang, penguat, pembantu, penegas, pemeri
dan sebagainya.

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHEETALAKCHUMY BALU

5. KATA ADJEKTIF ( Kata Sifat )
• Kata adjektif ialah kata yang digunakan untuk menerangkan keadaan sesuatu

benda, orang, tempat dan sebagainya.
• Kata adjektif boleh ditambah dengan kata penguat seperti ter-, se-, amat, paling,

sangat, sekali, sungguh dan terlalu.
• Kata adjektif juga boleh disertai dengan kata bantu seperti masih, belum, dapat

dan sebagainya.
• Kata penguat dan kata bantu juga boleh hadir secara serentak.

• Terdapat 9 Jenis Kata Adjektif :

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHEETALAKCHUMY BALU

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHEETALAKCHUMY BALU

• Terdapat 4 Tahap Kata Adjektif :
DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHEETALAKCHUMY BALU

6. KATA BANTU
• Kata bantu ialah kata yang berperanan untuk menimbulkan makna-makna tambah

dari segi aspek waktu dan ragam.
• Kata Bantu terbahagi kepada dua jenis, iaitu :

(i) Kata Bantu Aspek - untuk menunjukkan perbezaan masa, iaitu masa lampau,
masa kini dan masa hadapan.

(ii) Kata Bantu Ragam - untuk menunjukkan perasaan yang berkaitan
dengan perbuatan.

KB Aspek hadir secara serentak KB Ragam hadir secara serentak dengan KB Aspek.

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHEETALAKCHUMY BALU

7. KATA PENGUAT

8. KATA PENEGAS ( Partikel )
• Kata penegas memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam

ayat.

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHEETALAKCHUMY BALU

9. KATA NAFI
• Kata nafi ialah kata yang menafikan atau menidakkan sesuatu,

iaitu bukan dan tidak.
• Kata nafi bukan boleh menjadi unsur frasa nama dan frasa sendi nama.
• Kata nafi tidak ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif.

10. KATA PEMERI
• Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja.

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHEETALAKCHUMY BALU

11. KATA PEMBENAR
• Kata pembenar ialah kata yang mengesahkan sesuatu pertanyaan yang

dikemukakan.

12. KATA KETERANGAN ( menerangkan kata kerja dan kata adjektif )

Contoh : (i) Saya sudah membaca buku itu.
( Kata keterangan : Sudah menerangkan kata kerja membaca.)

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHEETALAKCHUMY BALU

13. PENANDA WACANA – Perangkai Kata
• Penanda wacana ialah rangkai kata yang digunakan untuk menghasilkan

karangan yang baik dan teratur.
• Penanda wacana digunakan antara satu ayat dengan satu ayat, isi dengan isi,

idea dengan idea lain yang saling berkaitan dan juga apabila memulakan
perenggan baru.
• Apabila dua ayat digabungkan dengan penanda wacana yang sesuai, ayat itu
akan menjadi lebih baik, lengkap dan mempunyai peraliran idea.
(i) Untuk menimbulkan maksud yang menandakan pertentangan maklumat.

(ii) Untuk menimbulkan maksud sesuatu yang kian bertambah.

(iii) Untuk menimbulkan maksud sesuatu yang menunjukkan akibat atau kesimpulan.

(iv) Untuk menimbulkan maksud sesuatu yang berikutnya.

(v) Untuk menimbulkan maksud dalam masa yang sama atau pada masa itu.

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHEETALAKCHUMY BALU

14. KATA HUBUNG

• Kata hubung digunakan untuk menggabungkan dua atau lebih kata,frasa, klausa

dan ayat.

• Kata hubung terbahagi kepada yang berikut :

(i) Kata hubung tunggal (ii) Kata hubung gabungan

(iii) Kata hubung pancangan (iv) Kata hubung berpasangan.

Kata Hubung Tunggal

Contoh Ayat Contoh

agar Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera.

apabila Mukanya pucat apabila disoal.

atau Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana.

bahawa Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.

dan Leela dan Siu Lan berjiran.

hingga Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam.

Jika Saya berpayung jika hujan.

Jikalau Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan.

kecuali Semua murid Nadir kecuali Gopal.

kerana Aini menangis kerana terlalu sedih.

lalu Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon.

manakala Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor.

sambil Zalifah bernyanyi sambil menari.

serta Zahid serta abangnya menonton wayang.

semenjak Saya berkawan dengannya semenjak kecil.

sementara Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.

sungguhpun Sungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari.

supaya Belajarlah bersungguh-sungguh supaya pandai.

walaupun Walaupun letih, diselesaikannya jugs kerja ItU.

tetapi Badannya besar tetapi penakut.

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHEETALAKCHUMY BALU

Kata Hubung Gabungan

Kata Hubung Pancangan
DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHEETALAKCHUMY BALU

Kata Hubung Berpasangan

Contoh Ayat Contoh
Baik- baik Baik Daud balk adiknya sama-sama pintar.
Sama ada – Guru Besar meminta sama ada bapa ataupun ibu murid
ataupun hadir ke Sekolah.

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHEETALAKCHUMY BALU

Kata hubung dalam bentuk Akar

Dan hingga Lalu ketika
tetapi jika
Dengan yang kalau kemudian
walau agar
Kerana serta supaya
andaikata
demikian walhal sedangkan
itupun
atau demi sekali[un
bagaimanapun
Kata hubung dalam bentuk terbitan

semasa sementara seharusnya
sebaliknya
semoga seketika walaupun
meskipun
setelah sesungguhnya jikalau

sewaktu seandainya

mudah-mudahan moga-moga

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHEETALAKCHUMY BALU

15. KATA TANYA ( diakhiri dengan tanda tanya ? )
Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka hendaklah disertai dengan partikel -kah

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHEETALAKCHUMY BALU

16. KATA SENDI NAMA
• Kata sendi nama digunakan untuk menyambung frasa dengan kata atau frasa

dengan frasa.
• Kata sendi memerlukan frasa nama untuk membentuk predikat ayat.

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHEETALAKCHUMY BALU

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHEETALAKCHUMY BALU

KESALAHAN DAN PEMBETULAN
DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHEETALAKCHUMY BALU

17. KATA SERU

• Menyatakan perasaan seseorang seperti marah, hairan, sedih, takut,
terperanjat dan sebagainya.

• Cara penggunaan kata seru disesuaikan dengan intonasi pengucapan, iaitu
dengan nada meninggi atau menurun untuk membentuk ayat seruan.

KATA SERU MAKSUD CONTOH AYAT

bedebah marah Bedebah, berani engkau berkata begitu kepadaku !

alahai menghina Alahai, itu pun awak tak boleh buat !

alamak terkejut Alamak, sudah pukul 8.00 pagi !

ha hairan Ha, budak itu yang menang !

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHEETALAKCHUMY BALU

18. KATA PERINTAH -mematuhi perintah, larangan arahan, silaan atau permintaan.

• Kata perintah usah mempunyai nada yang lebih lembut berbanding dengan kata
perintah jangan.

• Kata perintah sila boleh digunakan dalam pelbagai situasi berbanding dengan
kata perintah jemput yang hanya sesuai digunakan bagi situasi tertentu seperti
masuk ke rumah dan makan.

• Kata perintah tolong lebih sesuai digunakan dalam situasi yang umum manakala
kata perintah harap lebih sesuai digunakan dalam situasi yang lebih sopan.

19. KATA PANGKAL AYAT - hadir pada permulaan ayat.

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHEETALAKCHUMY BALU

20. KATA GANDA - Satu proses pengulangan perkataan.

• Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada

sebahagian atau seluruhnya.

• Kata ganda terdiri daripada:

(a) kata ganda seluruh / penuh; (b) kata ganda separa;

(c) kata ganda berentak /berima; (d) kata ganda menyaling;

(e) kata ganda berimbuhan.

Kata Ganda Seluruh / Penuh

• Kata ganda seluruh ialah bermaksud seluruh kata dasar itu diulang tanpa

mengalami perubahan bunyi atau bentuk sama ada berimbuhan atau tidak.

• Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang (-).

• Penggandaan penuh boleh wujud dalam keadaan berikut:

(i) Seluruh kata dasar - meja-meja, anak-anak, obor-obor.

(ii) Seluruh kata terbitan - bungkusan-bungkusan,soalan-soalan.

(iii) Berimbuhan - biji-bijian,bayang-bayangan.

(iv) Kata majmuk - rumah-rumah teres, guru-guru besar

• Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata

keterangan.

Gandaan kata nama Gandaan Kata kerja Gandaan Adjektif /sifat
buku-buku baring-baring manis-manis
lembu-lembu pandang-pandang besar-besar
murid-murid jalan-jalan awal-awal
kawan-kawan usik-usik bulat-bulat

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHEETALAKCHUMY BALU

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHEETALAKCHUMY BALU

Kata Ganda Separa
• Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata saja yang

digandakan.
• Kata dasar boleh terdiri daripada kata tunggal atau kata terbitan.
• Penggandaan separa boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar.
• Kata ganda separa boleh dikategorikan mengikut maksud seperti berikut:

(i) Kata ganda separa yang melibatkan suku kata pertama dalam kata dasar.
Contohnya: lelangit, sesiku, kekisi- bermaksud kata nama.
(ii) Kata ganda separa yang wujud di belakang dan hadapan kata dasar.
Contohnya: bermain-main, membelek-belek, kejar mengejar, bantu-membantu-

bermaksud kata kerja.
(iii) Kata ganda separa yang sebahagian daripada kata dasarnya diulang.
Contohnya: besar-besaran,kecil-kecilan- bermaksud kata adjektif.
Kata ganda separa suku kata pertama dalam kata dasar.

Kesalahan dan Pembetulan

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHEETALAKCHUMY BALU

Kata ganda separa di belakang dan hadapan kata dasar.

Kata ganda separa sebahagian daripada kata dasar yang diulang.

Kata Ganda Berentak/ Berima
• Kata ganda berentak atau berima ialah kata ganda yang mengalami persamaan

atau penyesuaian bunyi (rima) di pangkal, di hujung, atau seluruhnya apabila
digandakan.
(a) persamaan bunyi di pangkal: lalu-lalang, beli-belah, batu-batan
(b) persamaan bunyi di hujung: karut-marut, cerai-berai, calar-balar
(c) penyesuaian bunyi seluruhnya: compang-camping, dolak-dalik, huyung-hayang
• Kata ganda berima terbahagi kepada tiga kategori, iaitu:

(i) Vokal serupa konsonan berbeza: Sayur-mayur,kuih-muih,lauk-pauk
(ii) Vokal berbeza konsonan berbeza: gunung-ganang, suku-sakat, kayu-kayan
(iii) Bebas: saudara-mara, ulang alik, rempah ratus
DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHEETALAKCHUMY BALU

Kata Ganda Menyalin

1. Gandaan Menyalin dibina dengan mengekalkan kata dasarnya tetapi diikuti
dengan kata berimbuhan.
2. Perkataan keduanya ditambah me ( N )

tahu-menahu tolong-menolong jahit-menjahit sulam-menyulam rampas-merampas
kata-mengata tawar-menawar tarik-menarik sepak-menyepak karang-mengarang
tari-menari tangis-menangis kejar-mengejar tumbuk-menumbuk simpan-menyimpan

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHEETALAKCHUMY BALU

Kata Ganda Berimbuhan
• Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang diberi imbuhan.
• Imbuhan pada kata ganda boleh terletak:

(i) di awal
(ii) di akhir
(iii) di awal dan di akhir sebagai apitan
(iv) di tengah sebagai sisipan
• Kata ganda berimbuhan boleh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata
kerja dan kata keterangan.
Awalan

Akhiran

Apitan

Sisipan

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHEETALAKCHUMY BALU

21. KATA MAJMUK
• Kata majmuk ialah kata yang terbentuk daripada dua atau lebih daripada dua

patah kata dasar yang digabungkan menjadi suku kata baru yang padu.
• Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya sendiri.
• Ada juga kata majmuk yag terbentuk daripada dua patah kata yang berbeza tetapi

maknanya sama atau hampir-hampir sama seperti cantik jelita, hancur lebur
• dan sunyi sepi.
• Bentuk kata majmuk terbahagi kepada dua, iaitu :

• Kata majmuk yang dieja bercantum terbahagi kepada tiga,iaitu:
(i) Kata majmuk yang sudah mantap penggunaanya.

(ii) Kata majmuk yang dieja bercantum dengan partikel pun.

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHEETALAKCHUMY BALU

(iii) Kata majmuk daripada golongan kata tertentu yang secara lazimnya dieja
bercantum.
• Kata majmuk yang dieja terpisah terbahagi kepada tiga,iaitu:
(i) Kata majmuk rangkai kata bebas.

(ii) Kata majmuk istilah khusus.

(ii) Kata majmuk kiasan.

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHEETALAKCHUMY BALU

Penggandaan Kata Majmuk
1. Hanya perkataan hadapan yang boleh digandakan bagi kata majmuk.

2. Bagi kata majmuk kiasan, penggandaan dilakukan seluruhnya.
Pengimbuhan Kata Majmuk
Kata majmuk boleh menerima imbuhan seperti berikut:

(i) Imbuhan awalan

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHEETALAKCHUMY BALU

(ii) Imbuhan akhiran

(iii) Imbuhan apitan
Ejaan kata majmuk dirapatkan apabila ada imbuhan di hadapan dan di belakang

Kesalahan dan Pembetulan

22. KATA AKRONIM

• Kata yang dibentuk dengan cara menggabungkan bahagian-bahagian daripada

beberapa perkataan sehingga menjadi satu perkataan baharu.

• Ditulis dan dilafazkan sebagai satu perkataan dan tergolong dalam kata tunggal.

Gabungan Huruf Awal IPGM Institut Pendidikan Guru Malaysia

ABIM Angkatan Belia Islam Malaysia

Gabungan beberapa Perhilitan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara

suku kata tadika taman didikan kanak-kanak

berdikari berdiri di atas kaki sendiri

Gabungan suku kata hartanah harta tanah

dengan perkataan penuh jentolak jentera tolak

Gabungan bahagian- Petronas Petroleum Nasional

bahagian kata secara cerpen cerita pendek

bebas SUARAM Suara Rakyat Malaysia

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHEETALAKCHUMY BALU

23. BUNYI BAHASA

Diftong

• Apabila wujud dua huruf vokal (a,e,i,o,u) yang duduk bersebelahan dalam
perkataan dan disebut dalam satu suku kata atau satu sebutan bunyi.

ai, au, oi DEFINISI
ai - gabungan dua bunyi vokal yang dilafazkan dalam satu hembusan nafas
au
CONTOH
oi Aidiladha, Aidilfitri,
baiduri
landai, aising, zaitun,tapai, pantai, petai, kucai, serai, tupai
aurat, autograf, auditorium
tauge, tauhu, taucu,
tauliah, saujana, maujud
lampau, imbau, kemarau, kerbau, kalau
boikot
amboi, kaloi, tampoi, konvoi, ngongoi

Vokal berganding

• Apabila wujud dua huruf vokal (a,e,i,o,u) yang duduk bersebelahan dalam
perkataan, tetapi terpisah sebutan bunyinya dalam suku kata.

DEFINISI
-ia, -uu, -ai, - membentuk suku kata yang berlainan [su-ka-i]
ua, io, ia - urutan dua vokal penuh

- setiap vokal merupakan vokal penuh yang tersendiri
Dalam daun, misalnya ada au ialah dua vokal penuh dan perkataan ini
terdiri daripada dua suku kata iaitu : da dan un

CONTOH
saat, kain,sains,buah, buaya, biola, piano

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHEETALAKCHUMY BALU

Digraf

• Apabila wujud dua huruf konsonan (selain a,e,i,o,u) yang duduk bersebelahan
dalam perkataan seperti ng, ny dan sy.

ng, kh, DEFINISI
sy, ny - dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi, dwihuruf, dwilambang

ng CONTOH
kh ladang, pisang, balang, tolong,
sy khabar
ny syif, syabas, syarikat
nyanyi, nyonya

Konsonan Bergabung

• Apabila terdapat dua atau lebih konsonan yang duduk berturutan dalam satu
perkataan.

DEFINISI
kr, st, bl, - dua huruf konsonan hadir berturut-turut dan mewakili satu bunyi
dr,br,…

CONTOH
kr aiskrim
st stor, stesen
bl blok
dr draf
br brek

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHEETALAKCHUMY BALU

24. IMBUHAN

• Pengimbuhan ialah proses menerbitkan kata dengan mencantumkan imbuhan

dengan kata dasar.

• Pengimbuhan akan menghasilkan kata terbitan.

• Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu :

(i) Awalan (ii) Akhiran

(iii) Apitan (iv) Sisipan

• Selain itu, terdapat juga imbuhan yang dipinjamkan daripada bahasa lain.

Imbuhan Awalan

1. Imbuhan awalan ialah imbuhan yang hadir di hadapan sesuatu kata dasar.

Awalan beR-

1. Imbuhan beR- terdiri daripada tiga bentuk, iaitu be-, bel-, dan ber-
2. Imbuhan beR- boleh bercantum dengan sebarang kata dasar.
3. Apabila imbuhan ber- bercantum dengan kata dasar yang bermula dengan huruf r,

satu daripada huruf r tersebut akan digugurkan.

4. Imbuhan bel- hanya digunakan untuk kata ajar. Kata ajar apabila ditambah
imbuhan beR- menjadi belajar dan bukannya berajar.

5. Imbuhan awalan beR- membawa beberapa fungsi atau maksud.

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHEETALAKCHUMY BALU

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHEETALAKCHUMY BALU


Click to View FlipBook Version