Contoh Jawaban: satu novel Berdasarkan novel yang dipelajari, Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor, terdapat beberapa peristiwa yang menimbulkan rasa keinsafan kepada pembaca. Kelahiran Farisha hasil daripada hubungan luar nikah antara Karl dan Marilyn telah menimbulkan rasa keinsafan kepada pembaca. Pembaca berasa insaf kerana hubungan luar nikah ini akan menimbulkan pelbagai isu sosial dan menjejaskan institusi keluarga. Keadaan ini akan memberikan impak negatif ke atas anak, iaitu perpisahan ibu bapa menyebabkan anak hilang kasih sayang. Selain itu, peristiwa Shida dijadikan bahan eksperimen menggantikan Farisha juga menimbulkan keinsafan kepada pembaca. Shida menjadi tidak siuman seperti kucing gila akibat eksperimen tersebut. Pembaca berasa insaf kerana manusia tidak patut dijadikan alat dan bahan yang dikorbankan semata-mata untuk mengejar kejayaan dan kemajuan dalam bidang Sains dan Teknologi. Pembaca insaf kerana manusia perlu dilayan sama rata kerana manusia ialah ciptaan Tuhan. 2 Isi + 2 Huraian ( 4 markah) Bahasa ( 2 markah)
Bahagian C (Rumusan - 30 markah) Masa Dicadangkan : 45 minit
1. Baca arahan dengan teliti dan patuhi jumlah perkataan dalam penulisan rumusan, iaitu tidak melebihi 120 patah perkataan. 2. Baca petikan dan bahan yang diberi. 3. Kenal pasti tema petikan dan bahan 4. Kenal pasti SEMUA FOKUS yang terdapat dalam SEMUA BAHAN kerana tugasan tidak dinyatakan dalam arahan. 5. Sekurang-kurangnya ada dua bahan dan dua fokus. Fokus: Sebab/faktor/ penyebab/punca Langkah/usaha/cara/inisiatif/strategi/kaedah Kesan/implikasi Kesan negatif/bahaya/keburukan Kesan positif/ faedah/manfaat Kekangan/masalah/halangan/rintangan Ciri-ciri/ sifat-sifat Tanggungjawab/peranan/tugas Kriteria/ syarat
Langkah-langkah Garisi isi-isi mengikut fokus-fokus dalam semua bahan. Pilih mana-mana 8 isi penting yang merangkumi semua bahan dan semua fokus. Ini bermaksud semua fokus dalam setiap bahan hendaklah disenaraikan Jumlah isi = 8 Isi Formula Pengenalan: Rumusan membincangkan [FOKUS 1] + [ FOKUS2] +[TEMA] – 1 perenggan Tuliskan semua isi bagi fokus 1 daripada semua bahan dalam satu perenggan. Tulis semua isi bagi fokus 2 daripada semua bahan dalam satu perenggan Penutup: Kesimpulannya, [TEMA] +[Keterangan kesan – agar/supaya/demi/untuk] –ditulis dalam ayat pasif Jumlah: 4 perenggan 1 isi ditulis dalam 1 ayat @ gabung 2 isi yang setara dengan ‘dan’ Isi yang setara: [KN] dan [KN]/ [KK] dan [KK]/ [KA] dan [KA] Penanda wacana tidak wajib
Contoh Item Rumusan Baca petikan dan sajak di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan sajak. Bahan 1 – Petikan Permainan tradisional dikenali juga sebagai permainan rakyat yang dipusakai daripada generasi terdahulu. Bentuk permainan rakyat yang berseni ini merupakan salah satu daripada identiti negara yang patut dipelihara demi kepentingan generasi pada masa hadapan. Contoh permainan tradisional ialah permain guli, batu seremban, congkak, kaki gajah dan galah panjang. Antara permainan tersebut, congkak merupakan permainan tradisional yang paling popular. (F1;I1)Walau bagaimanapun, perubahan teknologi telah mencipta pelbagai jenis permainan digital yang menjejaskan minat generasi baharu terhadap permainan tradisional, termasuklah permainan congkak. [ Fokus 1: Sebab permainan congkak dipinggirkan]
Sekiranya diperhalusi, permainan congkak yang menetapkan dua orang pemain dalam satu (F2; I4)permainan membolehkan semangat setia kawan dizahirkan yang menjadi asas kepada kerukunan hidup bermasyarakat. [Fokus 2: Faedah permainan congkak] (F2; I5)Di samping itu, permainan congkak dalam kalangan masyarakat terdahulu berupaya mencerdaskan ketajaman akal. [Fokus 2: Faedah] Hal ini berkaitan dengan perkataan congkak itu sendiri membawa maksud pengiraan. Kemahiran pengiraan ditekankan melalui mengira mata membuktikan bahawa generasi dahulu sudah didedahkan dengan ilmu matematik. (F2; I6)Permainan congkak juga mampu dijadikan sebagai riadah yang menyeronokkan. [Fokus 2: Faedah] (F2; I7) Permainan ini boleh mengelakkan seseorang itu daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. [Fokus 2: Faedah]
Selain itu, permainan congkak yang mempunyai tujuh lubang sebaris dan dua lubang ibu yang dipanggil “kampung” terletak di hujung papan. Lubang ibu tersebut mestilah diisi dengan buah sebanyak mungkin untuk mencapai kemenangan. Secara tidak langsung, permainan congkak menekankan nilai kejujuran apabila pemain mematuhi peraturan permainan tanpa melakukan penipuan walaupun berkeinginan untuk memenangi pertandingan tersebut. [ Fokus 2: Faedah] (F1; I2)Kegagalan generasi muda memahami falsafah ini dalam permainan congkak menyebabkan minat mereka semakin hilang. [ Fokus 1: Sebab permainan congkak dipinggirkan]. Tambahan pula, (F1;I3)sesetengah ibu bapa pada hari ini menganggap bahawa setiap permainan tradisional termasuk congkak boleh menjejaskan masa belajar anak-anak mereka.[ Fokus 1: Sebab permainan tradisional dipinggirkan]. Alangkah ruginya jika warisan dan budaya tinggalan nenek moyang tidak lagi dihargai sehingga hilang dalam arus peredaran masa.
Fokus 2 : Faedah: memupuk nilai ketekunan, semangat kesukanan Fokus 2 : Melestarikan seni budaya nenek moyang untuk menjaga maruah.
Rumusan ini membincangkan sebab-sebab permainan congkak dipinggirkan dan faedah permainan congkak kepada masyarakat. Sebab-sebab permainan congkak dipinggirkan termasuklah terciptanya permainan digital dan kegagalan memahami falsafah dalam permainan congkak menjejaskan minat generasi baharu terhadap permainan ini. Sesetengah ibu bapa beranggapan permainan congkak menjejaskan masa belajar anak-anak. Faedah permainan congkak kepada masyarakat termasuklah permainan ini membolehkan semangat setia kawan dizahirkan dan menekankan nilai kejujuran apabila pemain mematuhi peraturan permainan tanpa melakukan penipuan. Permainan congkak dijadikan sebagai riadah yang menyeronokkan dan boleh mengelakkan seseorang itu daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Permainan congkak dapat memupuk semangat kesukanan dan melestasikan seni budaya nenek moyang. Kesimpulannya, permainan tradisional hendaklah dilestarikan supaya seni budaya ini tidak hilang ditelan zaman. 1.[113 patah perkataan] Fokus Tema 3 isi Fokus Sebab 5 isi Fokus Faedah Penanda Wacana Kata Keterangan (kesan)
SEHARI SELEMBAR BENANG, LAMA-LAMA MENJADI KAIN SEHARI SENASKAH LATIHAN, LAMA-LAMA MENJADI PANDAI