The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

2024 FLIP BOOK OF ABSTRACT KONVENSYEN PDF KURANG 40 PAGES

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by masturalmohamed, 2024-06-03 03:41:07

2024 FLIP BOOK OF ABSTRACT KONVENSYEN PDF KURANG 40 PAGES

2024 FLIP BOOK OF ABSTRACT KONVENSYEN PDF KURANG 40 PAGES

PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI, PEJABAT KESIHATAN DAERAH BESUT KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 Untuk review abstrak, Sila scan Kod QR atau melalui https://anyflip.com/yqbmv/zema/


PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI, PEJABAT KESIHATAN DAERAH BESUT KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 A. SENARAI KUMPULAN INOVASI BIL NAMA JAWATAN TEMPAT BERTUGAS NAMA KUMPULAN KATEGORI/TAJUK PROJEK KUMPULAN 1 1 DR RAIHAN BINTI HASSAN FMS KKKB OSCA GO Kategori: Proses TAJUK: R Asisst 2 DR MOHD HAFZAN SHAMSUDDIN MO 3 MOHD YUSRI YUSOF PPP 4 MOHD FAIZAL DAUD PPP 5 SITI AIDA SAPIEI JK 6 NORLI BINTI HUSIN JM 7 KHAIRUL ANUAR ABD RAHMAN PPK KUMPULAN 2 1 DR AINA MARDHIAH ABDUL AZIZ MO KKKP TEEN SQUAD Kategori: Teknologi Tajuk: Excellent Teen 2 DR SILAWATI ABDUL RASHID MO 3 WAN MOHD HAFIZZULKHAIRIE BIN WAN ANUAR PPP 4 WAN NUR SYAHIRAH WAN AZMI OT 5 MUHAMMAD HAFIZ BIN JALIL KAUNSELOR KUMPULAN 3 1 DR ENGKU ZAINAL ABIDIN AFIF BIN ENGKU ZAIN PEGAWAI PERUBATAN (MO) KKPL THE SECRET AGENTS XXY Kategori: Proses Tajuk: MyTrax-Files 2 MUHAMMAD HAZWAN HASSAN PPP 3 NOR ZANARIAH HASAN JK 4 ZUAIDAH YASIN JM


PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI, PEJABAT KESIHATAN DAERAH BESUT KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 5 NOR AZURA ABDULLAH PPK 6 MOHD ROSHAIZAN MUSTAFAR PA KUMPULAN 4 1 DR WAN FIKRY HIZRI WAN JUSOH MO KKPP ARCHIPELAGO Kategori: Produk Tajuk: Flottation Nest Zone (FloNez) 2 AHMAD ZAHID KAMARUL ZAMAN PPP 3 NOR AZLINA NAWANG JM KUMPULAN 5 1 DR HAMIDI MAT NAWI MO KKPA FASTMAX Kategori: Produk Tajuk: Q scale 2 NOR ZANARIAH AHMAD JK 3 SITI NORINA MOHAMAD JK 4 NURUL HUDA MOHD ZABRI JK 5 AHMAD ZARIF SUHAIMI PKB KUMPULAN 6 1 DR SITI FATIMAH BINTI SAMSURY PPKA UNIT PENDIDIKAN KESIHATAN SEVEN WONDERS Kategori: Produk Tajuk: Power Board 2 DR AHMAD RIZDUAN BIN AZAHARI PKE 3 MOHD SAFWAN BIN MOHD ROSDI PPKP 4 SIM CHONG AIK PPKP 5 MUHAMMAD NASRUL MUHAIMIN BIN MOHD YATIM JAV KUMPULAN 7 1 DR HAFIZUDDIN AWANG PKD PENGURUSAN UT BEST Kategori: Proses Tajuk: Act Now (Kit Tatatertib Tuntas) 2 AINI RADHIAH ABDUL RAHMAN PPT 3 SURIATI SOBRI PTK 4 ROHANI ABD LATIF PTK


PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI, PEJABAT KESIHATAN DAERAH BESUT KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 5 NURHIFZAN ABDUL RAHMAN PTK 6 CHE SURIA CHE AZIZ PT KUMPULAN 8 1 LINA HUSNIYAH MOHAMMAD KKPL PEMAKANAN NUTRIINNOVATHON Kategori: Proses Tajuk: Easy Go Card 2 NADIY ISA KKKB 3 UMI KALSOM BINTI ABD MAJID KKPL KUMPULAN 9 1 DR NIK ILYA BT NIK ADLIN MHO KKJB SMART JABI Kategori: Produk Tajuk: Black Box 2 NORHAFIZZA MOHD RASHED JKA 3 ATIKAH BT ZAKARIA JM 4 YUSNIZAR BT ALI JK 5 MOHD REDZUAN BIN GHAZALI PPP


PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI, PEJABAT KESIHATAN DAERAH BESUT KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 ABSTRAK INOVASI TAJUK PROJEK: R ASISST Pendahuluan: Ujian Saringan Keterlibatan Alkohol, Merokok Dadah(ASSIST V 3.1 ) bertujuan untuk menentukan tahap ketagihan seseorang dan seterusnya intervensi ringkas dapat dilakukan kepada klien dengan menggunakan helaian booklet yang banyak dan memakan masa yang lama untuk disiapkan. Penjelasan Penyertaan kategori Inovasi : Inovasi kategori process Masalah Sebelum Projek Inovasi: Booklet ASSIST digunakan dimana ia mempunyai banyak helaian untuk diselesaikan serta memerlukan masa yang lama untuk disiapkan. Pesakit menjadi cepat bosan, tidak fokus dan boleh berlaku ralat semasa saringan. Keadaan Sebelum Inovasi: klien yang hadir akan disaring menggunakan booklet ASSIST dan ianya memakan masa untuk diselesaikan. Tidak mampu melaksanakan banyak saringan ASISST keatas klien osca yang berbeza pada satu satu masa Penerangan Projek Inovasi: R ASISST menggunakan sehelai kertas yang mengandungi kesemua soalan yang sama seperti booklet ASISST dalam bahasa yang lebih ringkas dan mudah difahami.


PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI, PEJABAT KESIHATAN DAERAH BESUT KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 Keadaan Selepas Inovasi: R ASISST telah digunakan bagi semua pesakit . Ia memudahkan saringan keatas klien serta ramai klien dapat disaring pada satu satu masa Faedah-faedah Pelaksanaan Inovasi: Mengurangkan tempoh masa penilaian daripada 30minit kebiasaan kepada15 minit seorang klien Mengurangkan kos bahan cetak daripada RM 7.50(satu booklet) kepada Rm 0.10 sekeping Memudahkan penyimpanan saringan ASISST di dalam file pesakit. Anggaran Kos: Kos cetak untuk R Asists RM 0.10 sekeping.


PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI, PEJABAT KESIHATAN DAERAH BESUT KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 ABSTRAK INOVASI TAJUK PROJEK: EXCELLENT TEEN (APLIKASI TEMUJANJI MESRA REMAJA) Pendahuluan: Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja di KK Kota Putera bermula pada 1 Julai 2022 dengan hanya kehadiran 9 pesakit remaja sahaja direkodkan. Bagi meningkatkan jumlah dan kehadiran pesakit, pada 10 April 2023 pangkalan data bersepadu KMR-ONE telah dihasilkan dan kehadiran remaja ditingkatkan kepada 35 % seterusnya penghasilan aplikasi Excellent Teen pada 1 Oktober 2023, kehadiran melonjak kepada 87%. Penjelasan Penyertaan Kategori Inovasi: Kategori Inovasi Teknologi dalam mewujudkan sistem temujanji bersepadu dan efektif kepada pesakit dan anggota kesihatan. Masalah Sebelum Projek Inovasi: Ketidakpatuhan pesakit terhadap temujanji dan kesukaran memantau perjalanan pesakit dalam mendapatkan rawatan. Keadaan Sebelum Inovasi: Penggunaan buku temujanji pelbagai unit menyebabkan sistem temujanji kurang efektif, menyukarkan pemantauan perjalanan temujanji dan menimbulkan kekeliruan kepada pesakit. Selain itu, kos percetakan buku temujanji dan borang saringan serta penambahan beban tenaga kerja amat membebankan. Penerangan Projek Inovasi: Excellent Teen merangkumi sistem temujanji bersepadu bagi pesakit remaja berumur 10 hingga 19 tahun, saringan kesihatan kendiri (BSSK & pengiraan BMI) serta informatif kesihatan. Ianya berkonsepkan dari remaja untuk remaja, dibangunkan dengan usahasama rakan strategik inovasi iaitu pelajar Tahap1 Digital Innovative Programme (DIP) Pusat PERMATA@Pintar Negara


PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI, PEJABAT KESIHATAN DAERAH BESUT KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berumur 15 dan 16 tahun. Excellent Teen juga berkolaborasi bersama Dr Muhammad Firdaus bin Ujang, Ketua Sektor Kesihatan Remaja, BPKK, Kementerian Kesihatan Malaysia. Keadaan Selepas Inovasi: Sistem temujanji teratur meningkatkan kehadiran pesakit dengan lonjakan kehadiran sebanyak 87% setelah penggunaan aplikasi Excellent Teen. Tambahan juga, saringan kesihatan kendiri dan info kesihatan remaja meningkatkan kesedaran serta keyakinan remaja dalam penjagaan kesihatan secara optimum. Faedah-faedah Pelaksanaan Inovasi: Aplikasi ini memudahkan serta menjimatkan masa sehingga 82% dan tenaga pesakit serta anggota kesihatan. Selain itu, dapat menjimatkan kos percetakan (borang saringan, poster infografik dan buku temujanji) sebanyak 100%. Anggaran Kos: Tiada kos


PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI, PEJABAT KESIHATAN DAERAH BESUT KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 ABSTRAK INOVASI TAJUK PROJEK: MYTRAX-FILES Pendahuluan: Klinik Kesihatan Padang Luas merupakan klinik kesihatan Kelas 3 yang mula beroperasi pada April 2013. Klinik ini menyediakan perkhidmatan kesihatan yang komprehensif meliputi aspek promotif, pencegahan, rawatan penyakit akut/kronik dan penyakit berjangkit/tidak berjangkit serta rehabilitasi yang berkesan untuk meningkatkan tahap kesihatan rakyat. Penjelasan Penyertaan kategori Inovasi : Perkhidmatan pesakit luar di klinik kesihatan merupakan peringkat temu pertama bagi individu untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan. Perkhidmatan diberikan mengikut keperluan kesihatan pelanggan yang dikenalpasti dan dikendalikan secara komprehensif. Masalah Sebelum Projek Inovasi: Sebelum inovasi dijalankan, pergerakan rekod rawatan pesakit tidak dikawal dengan sempurna. Apabila pesakit selesai menerima rawatan, rekod rawatan pesakit bergerak ke beberapa kaunter dan ia tidak dikembalikan ke bilik penyimpanan rekod dalam masa yang sepatutnya. Pencarian kad oleh PPK di pelbagai tempat yang mengambil masa yang lama menyebabkan berlaku ketidapuashatian pesakit melalui aduan. Sepanjang Sept 2023, sebanyak 2 aduan Facebook dan 36 aduan secara lisan berkenaan perkara ini. Keadaan Sebelum Inovasi: Perkhidmatan kesihatan yang diberikan terganggu disebabkan oleh pengesanan kad yang tidak dijumpai memakan masa yang lama. Selain itu, tiada flow untuk peminjaman rekod pesakit, tiada kawalan pengeluaran


PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI, PEJABAT KESIHATAN DAERAH BESUT KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 kad sementara oleh MOIC, penyusunan semula kad sementara yang banyak mengambil masa 1 bulan. Penerangan Projek Inovasi: Satu sistem direkacipta untuk memudahkan pengesanan pergerakan rekod pesakit di luar bilik penyimpanan rekod pesakit. Sistem ini merupakan penambahbaikan dan dibangunkan daripada Google Site yang boleh diakses oleh anggota secara real time di mana sahaja berada untuk kegunaan anggota. Keadaan Selepas Inovasi: Perkhidmatan kesihatan yang diberikan lebih lancar. Pengesanan kad yang tidak dijumpai di bilik rekod lebih mudah dan flow peminjaman rekod melalui laman sesawang MYTraX-Files. Selain itu, kawalan pengeluaran kad sementara oleh MOIC sekaligus mengurangkan kad sementara dan memendekkan masa penyusunan semula kad. Faedah-faedah Pelaksanaan Inovasi: MYTraX-Files merupakan sistem yang membantu pengurusan kad rawatan pesakit yang lebih sistematik dan efisien kepada pesakit dan juga anggota. Laman sesawang MYTraX-Files yang senang dicapai oleh anggota dan dikawal sekuriti siber yang tinggi melalui MYGOVUC 3.0. Penghasilan sistem ini bukan sahaja mengurangkan masa menunggu, meningkatkan produktiviti anggota kesihatan, ia turut mengawal penyimpanan kad rawatan oleh anggota. Anggaran Kos: RM 0


PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI, PEJABAT KESIHATAN DAERAH BESUT KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 ABSTRAK INOVASI TAJUK PROJEK: FLOTTATION NEST ZONE (FLO-NEZ) Pendahuluan: Di Klinik Kesihatan Pulau Perhentian, penghantaran kes rujukan ke hospital melalui boat ambulans dimana data rujukan bayi (dibawah 1 tahun) pada tahun 2022 dan 2023 adalah sebanyak 60% setiap bulan. Kes-kes rujukan adalah terdiri daripada kes “respiratory distress” dan kes ‘poor oral intake’ yang memerlukan bantuan oksigen dan “intravenous drip”. Penjelasan Penyertaan Kategori Inovasi: Inovasi produk iaitu baju keselamatan bayi pelbagai fungsi diberi nama : FLOTATION NEST - ZONE (FLO-NEZ) Masalah Sebelum Projek Inovasi: Ketika penghantaran kes, bayi didukung oleh penjaga dan berisiko untuk terjatuh. Tangki oksigen dan botol “intravenous drip” pula dibawa oleh Petugas Kesihatan secara berasingan juga berisiko untuk tercabut pada sambungan yang boleh menyebabkan pendarahan pada “cannula insertion site” dan terputus penerimaan rawatan. Bekalan oksigen yang dipakai bayi berisiko tercabut menyebabkan bayi tidak mendapat oksigen yang cukup dan mengalami kegagalan pernafasan “respiratory failure”. Keadaan semakin rumit apabila lebih dari seorang bayi yang dirujuk pada satu masa yang sama berbanding petugas kesihatan yang bertugas seorang sahaja. Keadaan Sebelum Inovasi: Penghantaran kes rujukan kanak-kanak bawah 9kg hanya dengan pemakaian jaket keselematan ibu sambil mendukung bayi, manakala tangki oksigen dan


PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI, PEJABAT KESIHATAN DAERAH BESUT KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 botol titisan intravena yang di sambung kepada bayi di bawa oleh petugas kesihatan. Baju keselamatan dipakai selepas pesakit dan penjaga berada di dalam boat. Penerangan Projek Inovasi: FLO-NEZ merupakan baju keselamatan bayi multifungsi pertama dengan ciri-ciri pengusung bayi, pemikul tangki oksigen, dan poket botol “intravenous drip”. Ia memudahkan pemindahan pesakit berumur 1 tahun ke bawah ke dalam bot, menjamin keselamatan bayi dan keselesaan ibu serta mesra pengguna. Keadaan Selepas Inovasi: Dengan pemakaian FLO-NEZ, bayi yang dirujuk, tangki oksigen, dan botol cecair intravena dapat diletakkan bersama ibu. Tiada risiko untuk sambungan oksigen dan intravena untuk tercabut. Pemakaian di FLO – NEZ dilaksanakan semasa pesakit berada di dalam klinik. Faedah-faedah Pelaksanaan Inovasi: 1. Kos produk keseluruhan berjaya di kurangkan sebanyak 13%. 2. Survey kepuasan pelanggan menunjukkan peningkatan skor sebanyak 80% untuk kemudahan produk, 83% keselamatan pengguna 77% untuk keselesaan pengguna, 77% untuk penyelesaian masalah pengguna, dan 80% keinginan penggunaan semula.


PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI, PEJABAT KESIHATAN DAERAH BESUT KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 3. Survey kepuasan petugas kesihatan juga menunjukkan peningkatan skor sebanyak 75% untuk kemudahan produk, 63% keselamatan pengguna 88% untuk keselesaan pengguna, 75% untuk penyelesaian masalah pengguna, dan 88% keinginan penggunaan semula. 4. Insiden rawatan terputus semasa proses penghantaran dapat dikurangkan sebanyak 97%. 5. Produk ini boleh digunakan ketika menyelematkan mangsa banjir. Anggaran Kos: RM 365.00


PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI, PEJABAT KESIHATAN DAERAH BESUT KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 ABSTRAK INOVASI TAJUK PROJEK: Q SCALE Pendahuluan: Lawatan ke rumah oleh Jururawat bagi kes postnatal adalah wajib dijalankan di semua Klinik Desa. Jururawat melakukan pemeriksaan bayi secara menyeluruh seperti bacaan berat badan, suhu, mata, kulit dan pusat bayi. Pemeriksaan berat badan bayi baru lahir sangat penting bagi mengesan sebarang risiko-risiko awal masalah kesihatan bayi terutamanya masalah penurunan berat badan yang ketara dalam kalangan bayi pra matang dan seterusnya dapat memberikan rawatan awal ke klinik kesihatan dan hospital. Penjelasan Penyertaan Kategori Inovasi: Inovasi produk iaitu sebuah penimbang digital yang memberikan bacaan berat badan bayi yang lebih tepat digunakan semasa lawatan ke rumah pesakit yang diberi nama : Q Scale. Masalah Sebelum Projek Inovasi: Jururawat Klinik Desa masih menggunakan penimbang jenis spring yang memerlukan bayi digantung di dalam kain yang diikat seperti buai. Julat skala pada penimbang spring menggunakan julat yang besar (100 gm), penyediaan kain lampin mengambil masa yang lama, ralat bacaan disebabkan ‘human error’ dan ‘operator dependent’. Keadaan Sebelum Inovasi: Proses mengambil bacaan berat bayi menjadi sukar kerana penunjuk spring yang bergerak-gerak semasa digantung dan jururawat perlu menahan beban berat bayi


PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI, PEJABAT KESIHATAN DAERAH BESUT KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 untuk mengambil bacaan berat mengakibatkan risiko bacaan kurang tepat dan juga risiko bayi jatuh. Penerangan Projek Inovasi: Q Scale sebuah alat penimbang digital yang boleh mengambil bacaan bermula 0.01kg. Jururawat hanya perlu meletakkan alat penimbang di atas permukaan lantai dan terus boleh mengambil bacaan berat bayi (digital). Keadaan Selepas Inovasi: Proses timbang bayi sangat mudah dan digunakan disemua lawatan rumah oleh jururawat. Prosedur ini terjamin keselamatan bayi, mengurangkan risiko kemalangan bayi jatuh dan mewujudkan persepsi positif ibubapa terhadap anggota Kesihatan. Q scale ini diperkembangkan dan diperkenalkan ke klinik-klinik di daerah besut dan Kelantan. Faedah-faedah Pelaksanaan Inovasi: 1- Penjimatan masa semasa prosedur dilakukan iaitu dikurangkan sebanyak 50% berbanding penimbang spring. 2- 90% ibubapa berpuas hati terhadap prosedur timbangan bayi. 3- 80% meningkatkan hasil kerja produktiviti anggotan Kesihatan 4- 80% mengurangkan kadar kes rujukan bayi ke klnik Kesihatan disebabkan bacaan berat yang dirujuk tidak relevan. Anggaran Kos: RM96.50


PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI, PEJABAT KESIHATAN DAERAH BESUT KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 ABSTRAK INOVASI TAJUK PROJEK: POWER BOARD Pendahuluan: Inovasi dalam papan pameran memperkukuhkan keberkesanan pameran kesihatan melalui penyampaian maklumat yang padat dan sistematik kepada pengunjung, sementara sumber rujukan yang teratur meningkatkan keyakinan dalam penyampaian maklumat oleh petugas pameran kepada pengunjung, menyumbang kepada pengalaman pameran yang lebih berkesan Penjelasan Penyertaan kategori Inovasi: Power Board adalah inovasi produk yang menambahbaik papan pameran sedia ada dengan ciri ciri seperti pameran yang lebih sistematik,ringkas tapi padat ,mempuyai ketahanan yang lebih baik terhadap cuaca dan sekeliling serta peningkatan keselamatan kepada pengunjung. Inovasi produk ini juga memperbaiki kualiti pameran kepada Masyarakat. Power Board ini juga dilengkapkan dengan STOR PENYIMPANAN MAYA UPK PKD BESUT (Google Drive) untuk meningkatkan sistem penyampaian pameran kesihatan di daerah ini. Masalah Sebelum Projek Inovasi: 1. Papan pameran lama mempunyai ciri-ciri yang membahayakan seperti kecenderungan untuk rosak dengan mudah, penggunaan paku atau stapler yang boleh menyebabkan kecederaan terutamanya kanak-kanak. 2. Bahan pameran tiada susunan yang sistematik


PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI, PEJABAT KESIHATAN DAERAH BESUT KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 3. Petugas pameran di semua unit tidak mempunyai tempat rujukan setempat yang sentiasa dikemaskini dengan maklumat terkini. Ini menyebabkan masalah dalam mendapatkan maklumat terkini yang berkaitan dengan tugas mereka, serta mempengaruhi keyakinan dalam penyampaian maklumat dan keberkesanan pameran keseluruhan. Keadaan Sebelum Inovasi: Papan dan bahan pameran 1. Persembahan pameran yang dilakukan oleh unit tidak sistematik dan tidak lancar 2. Poster pameran terlalu padat 3. Poster pameran mudah rosak seperti terkoyak akibat penggunaan paku tekan atau stapler 4. Poster pameran hanya boleh digunakan 5 kali saja kerana sudah tidak cantik untuk di pamerkan akibat penggunaan paku tekan atau stapler ke atas bahan pameran itu 5. Poster atau banting mudah tertanggal jika terkena angin yang kuat 6. Board akan berpotensi mengalami kerosakan kerana terlalu kerap penggunaan stapler ke atas board tersebut atau di tebuk lubang 7. bahaya kepada pengunjung khususnya kanakkanak yang berkemungkinan menarik poster dan paku atau stapler


PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI, PEJABAT KESIHATAN DAERAH BESUT KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 Petugas pameran 1. Anggota kesihatan kurang berkeyakinan sewaktu menjaga pameran yang dilaksanakan 8. Anggota kesihatan kurang persediaan dan ilmu pengetahuan berkenaan pameran yang dibuat Penerangan Projek Inovasi: Penyertaan dalam kategori Inovasi melibatkan dua bahagian. Bahagian utama adalah inovasi papan pameran lama kepada Power Board.Power Board merupakan papan pameran yang lebih sistematik,ringkas tapi padat ,mempuyai ketahanan yang lebih baik terhadap cuaca dan sekeliling serta peningkatan keselamatan kepada pengunjung. Inovasi produk ini juga memperbaiki kualiti pameran kepada masyarakat Bahagian kedua adalah penyediaan pautan bahan pameran dan rujukan terkini melalui Google Drive untuk petugas Kesihatan tambahan untuk memastikan Power Board lebih berkesan dan memberi akses mudah kepada maklumat terkini yang berkaitan dengan tugas mereka. Bahan pameran dan bahan rujukan yang terkini yang lebih tersusun dan mudah diakses, disediakan dengan menyediakan pautan kepada bahan rujukan terkini melalui Google Drive kepada petugas setiap unit sebelum pameran, memastikan mereka mempunyai akses kepada maklumat terkini yang berkaitan dengan tugas mereka.


PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI, PEJABAT KESIHATAN DAERAH BESUT KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 Keadaan Selepas Inovasi: 1. Petugas pameran di semua unit mempunyai rujukan setempat iaitu STOR PENYIMPANAN MAYA UPK PKD BESUT 2. Papan pameran yang tahan lama, selamat dan senang untuk digunakan 3. Bahan pameran yang lebih tersusun ,padat dan mempunyai flow penceritaan mudah difahami kepada pengunjung Faedah-faedah Pelaksanaan Inovasi: 1. Meningkatkan kualiti pameran Kesihatan Pejabat Daerah Besut dari segi: i. Persembahan pameran yang dilakukan oleh unit-unit lebih sistemetik dan tersusun ii. Poster pameran kekal bertahan untuk tempoh yang lama dan tidak mudah rosak iii. Poster pameran boleh digunakan lebih dari 5 kali iv. Poster pamaren tidak akan mudah tercabut dari board yang disediakan v. Kerosakan yang boleh berlaku ke atas board pameran akan dikurangkan vi. Mengelakkan bahaya kepada pengunjung khususnya kanak-kanak yang berkemungkinan menarik poster dan paku atau stapler vii. Pameran boleh menggantikan banting yang terlalu ringan dan mudah tercabut viii. Petugas pameran Anggota lebih berkeyakinan sewaktu menjaga pameran ix. Petugas pameran lebih bersedia untuk menjaga pameran


PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI, PEJABAT KESIHATAN DAERAH BESUT KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 x. Ilmu pengetahuan anggota petugas pameran lebih bertambah 2. Papan pameran yang lebih selamat 3. Menjimatkan kos pada masa panjang Anggaran Kos: RM935


PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI, PEJABAT KESIHATAN DAERAH BESUT KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 ABSTRAK INOVASI TAJUK PROJEK: ACT NOW (KIT TATATERTIB TUNTAS) Pendahuluan: Bertindak Segera (Act NOW) merupakan Kit Tatatertib Tuntas di dalam bentuk Flipchart yang dilaksanakan melalui kaedah imbasan kod QR. Ia merupakan satu panduan yang lebih komprehensif untuk digunakan oleh Penyelia bagi meningkatkan kefahaman dalam pengurusan terhadap tindakan pelaporan tatatertib tatakelakuan pegawai serta dapat dilaksanakan dengan cepat, seragam dan teratur. Penjelasan Penyertaan kategori Inovasi : Kategori inovasi proses ini dipilih bertujuan untuk meningkatkan kefahaman penyelia terhadap tatacara penyeliaan, pelaporan awal yang lengkap serta membolehkan tindakan tatatertib dilakukan dengan kadar segera dan meningkatkan kecekapan pengurusan tatatertib bagi mengelakkan timbulnya unsur condonation (pemaafan) terhadap sesuatu kes yang mengambil masa terlalu lama untuk diambil tindakan. Masalah Sebelum Projek Inovasi: Kurang pemahaman serta mengambil masa tempoh yang lama dalam penyediaan pelaporan terhadap kesalahan tatakelakuan pegawai awam. Keadaan Sebelum Inovasi: Tindakan pelaporan terhadap sesuatu kes mengambil masa yang terlalu lama disebabkan kurangnya pengetahuan serta kefahaman tentang tindakan pelaporan awal serta kurang pengetahuan tentang Penubuhan Lembaga Tatatertib (LTT) dalam


PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI, PEJABAT KESIHATAN DAERAH BESUT KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 menguruskan Kertas Pertimbangan sesuatu kes. Penerangan Projek Inovasi: Melalui flipchart yang disediakan, terdapat komponen utama bagi setiap bab dan kesalahan peraturan yang dapat menjelaskan carta alir pengurusan kes yang membolehkan tindakan awal dan langkah pertama yang perlu disediakan. Dengan penggunaan flipchart ini, secara langsung penyeliaan amalan kerja yang berintegriti di kalangan anggota akan dapat diperkasakan, sekaligus menyumbang kepada Pembangunan tenaga kerja yang lebih berdisiplin dan berintegriti. Keadaan Selepas Inovasi: Penyelia mudah mengambil tindakan dengan mendapatkan template laporan dan menyediakan maklumat yang diperlukan terus ke dalam template yang disediakan. Faedah-faedah Pelaksanaan Inovasi: Peningkatan pengetahuan dan kesedaran anggota, memudahcara penyeliaan, menjimatkan masa, menjamin akauntabiliti penyelia, menjamin keharmonian tempat kerja dan menjamin kecemerlangan jabatan. Anggaran Kos: RM30.00 seunit


PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI, PEJABAT KESIHATAN DAERAH BESUT KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 ABSTRAK INOVASI TAJUK PROJEK: EASY GO CARD Pendahuluan: Unit Pemakanan Pejabat Kesihatan Daerah Besut bertanggungjawab untuk memantau penjualan makanan dan minuman di kantin sekolah pada setiap tahun. Ia merupakan salah satu KPI Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia di mana 60% sekolah perlu dipantau dan 50% sekolah adalah patuh. Penjelasan Penyertaan Kategori Inovasi : Kategori Inovasi proses. Inovasi ini memudahkan proses pemantauan dan penyebaran maklumat berkaitan penjualan makanan dan minuman di kantin sekolah serta dalam kawasan sekolah. Masalah Sebelum Projek Inovasi: 1.Sesetengah pihak sekolah dan kantin sekolah tidak mempunyai maklumat terkini tentang garis panduan penjualan makanan dan minuman di kantin sekolah. 2.Tiada penyampaian maklumat yang lengkap kepada pihak sekolah, pengusaha kantin, ibu bapa dan pelajar sekolah. 3.Tidak mampu memenuhi kesemua program pemakanan sihat di sekolah disebabkan kekangan masa dan anggota. 4.Sesi perjumpaan Pegawai Sains Pemakanan bersama pihak sekolah dan pengusaha kantin sukar dijalankan kerana kekangan masa dan tugas. Keadaan Sebelum Inovasi: 1. Sesetengah pihak sekolah dan kantin masih kurang pengetahuan tentang panduan penjualan makanan dan minuman di kantin sekolah dan dalam kawasan sekolah Masih terdapat 29% kantin sekolah yang tidak mematuhi penjualan makanan dan minuman pada tahun 2023 kerana tidak memahami garis panduan. 2. Kekurangan Pegawai Sains Pemakanan menyebabkan tidak semua kantin sekolah boleh dipantau dan dibimbing pada setiap tahun. 3. Maklumat berkaitan pemakanan tidak dapat disebarkan secara berterusan.


PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI, PEJABAT KESIHATAN DAERAH BESUT KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 4. Kesukaran untuk menyampaikan maklumat kepada semua pihak sekolah dan kantin sekolah. Penerangan Projek Inovasi: Easy-Go-Card datang dalam 2 bentuk iaitu kad fizikal dan kad digital yang boleh diakses menggunakan kod QR. Komponen aplikasi ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu garis panduan penjualan makanan dan minuman di kantin sekolah, poster dan video makanan dan minuman yang bolehdan tidak boleh dijual, poster pemakanan sihat dan maklumat pemakanan terkini. Unit Pemakanan berkolaborasi dengan Pejabat Pendidikan Daerah Besut untuk menyebarkan aplikasi ini kepada pihak sekolah, pengusaha kantin, ibu bapa dan pelajar. Projek ini juga disebarkan melalui platform media sosial seperti Facebook Pusat Maklumat Pemakanan Terengganu. Keadaan Selepas Inovasi: 1. Peningkatan pengetahuan berkenaan penjualan makanan dan minuman di kantin sekolah dalam kalangan kategori pelajar sekolah dan pihak sekolah. 2. Semua kumpulan sasaran memberitahu Easy-Go-Card membantu mmengetahui makanan dan minuman yang BOLEH dan TIDAK BOLEH dijual di kantin sekolah dan dalam kawasan sekolah. 3. Terdapat banyak maklumbalas positif daripada pihak sekolah, pihak pengusaha sekolah, ibubapa dan pelajar berkenaan inovasi EASY-GO-CARD ini. Faedah-faedah Pelaksanaan Inovasi: 1.Tempoh masa pemantauan singkat. 2.Penyebaran maklumat lebih mudah dan cepat kepada semua peringkat sebelum pemantauan dijalankan. 3.Meningkatkan pengetahuan pihak sekolah, pengusaha kantin, ibu bapa dan pelajar. 4.Mewujudkan persekitaran pemakanan yang sihat di dalam kawasan sekolah.


PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI, PEJABAT KESIHATAN DAERAH BESUT KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 5. Mencegah masalah kesihatan dan penyakit tidak berjangkit dalam kalangan pelajar sekolah dengan mengamalkan pemakanan sihat. Anggaran Kos: Sebelum inovasi : Kos cetakan bunting kalori makanan dan minuman serta senarai makanan dan minuman yang boleh dijual kepada setiap sekolah iaitu: RM30 x 75 sekolah= Rm 2250.00. Selepas inovasi : Kos mencetak kad fizikal adalah tiada kerana menggunakan printer Unit Pemakanan yang mana dakwat boleh didapatkan daripada PKD Besut dan kemasan laminasi juga boleh dilakukan oleh PKD Besut.


PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI, PEJABAT KESIHATAN DAERAH BESUT KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 ABSTRAK INOVASI TAJUK PROJEK: BLACK BOX Pendahuluan: Unit Kesihatan Ibu dan Anak Pejabat Kesihatan Daerah Besut merupakan salah satu unit di bawah Perkhidmatan Kesihatan Keluarga. Perkhidmatan kesihatan ibu dan anak merujuk kepada penjagaan yang memberi tumpuan kepada mencegah penyakit/komplikasi disamping meningkatkan taraf kesihatan yang optima. Aktiviti perkhidmatan kesihatan ibu dan anak di klinik kesihatan turut dilaksanakan oleh pegawai perubatan ke atas bayi berusia 1 bulan iaitu pemeriksaan Red Reflex. Masalah Sebelum Projek Inovasi: Pemeriksaan Red reflex tidak dilakukan atau diabaikan oleh sesetengah Pegawai Perubatan disebabkan oleh kesukaran Pegawai Perubatan mencari persekitaran gelap dan berkongsi bilik. Keadaan Sebelum Inovasi: Pemeriksaan Red reflex dilakukan dalam keadaan cahaya lampu yang terang. Penerangan Projek Inovasi: Inovasi ini merupakan penambahbaikan dalam proses pemeriksaan red reflex dalam kalangan bayi berusia 1 bulan. Perkataan The Black Box ini diberi berdasarkan kepada bentuk rekaan kotak yang bersifat legap bagi menghasilkan persekitaran gelap untuk pemeriksaan red reflex.


PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI, PEJABAT KESIHATAN DAERAH BESUT KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 The Black Box ini merupakan dicipta sebagai alat bantuan untuk menjalankan prosedur red reflex di kalangan bayi berumur 1 bulan. Kotak ini berbentuk kiub dan dibuat daripada plastik acrylic yang kukuh dan legap bagi menghasilkan persekitaran yang gelap. Keadaan Selepas Inovasi: Pemeriksaan red reflex dapat dilakukan secara lebih mudah dan berkesan. Faedah-faedah Pelaksanaan Inovasi: Pegawai Perubatan bersetuju produk yang dihasilkan dapat menjimatkan masa pemeriksaan red reflex, daripada 90% pengguna yang membuat pemeriksaan red reflex lebih daripada 5 minit ke 67 % sahaja selepas penggunaan black box. Ia juga selamat, dan mesra pengguna. Pengguna bersetuju agar produk ini digunakan untuk proses pemeriksaan Red Reflex di klinik kesihatan yang lain. Anggaran Kos: RM 100


PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI, PEJABAT KESIHATAN DAERAH BESUT KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 B)SENARAI KUMPULAN KIK BIL NAMA JAWATAN TEMPAT BERTUGA S NAMA KUMPULAN KATEGORI/TAJUK PROJEK KUMPULAN 1 1 SITI MAIZATUL AKMAM MOHAMMAD YUSOF OT KKKB FORERUNNE R TAJUK: SARICAKE 2 ZAFIRAH OMAR @ IDRIS 3 AHMAD TURMIZIE ZUL KKPL 4 SYAFIQAH RAMLI KKPA 5 ATIKAH MUHAMAD KUMPULAN 2 6 HAJI MAZLAN BIN DRAHMAN KPPKPK VEKTOR MACULATUS TAJUK: VECTOR SMART PIPET (VSP) 7 MOHD YUSOFF OTHMAN PPKP 8 NUR FATEN KHAIRUNISSA BINTI ABDULLAH PPKP 9 EMYSYAZIE SHAFFIE PKA 10 11 AZMI AHMAD PRA KUMPULAN 3 12 DR WAN ANIS WAN LOKMAN MHO KKJ FUEGO-G TAJUK: SMART V LIGHT 13 NORHAYATI DAUD JK 14 ROSLINDA IBRAHIM 15 NORHASNIE MUZRIKA


PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI, PEJABAT KESIHATAN DAERAH BESUT KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 16 NORFARIZANA MAT NAWI JM KUMPULAN 4 17 SITI FIRDAUS BINTI MOHD MOKHDI AKS UNIT ENTOMOL OGI DAN PEST ENTOPEST TAJUK: STICKY LIGHT TRAP (SLT) 18 MOHD AMIN B ISMAIL PKA 19 MOHD SUHAIMI BIN MOHD RASHID PA 20 NOAZLIROSLAN BIN CHE HAAT PA 21 ENCEK SHARIK BIN CHE HAMID PKB


PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI, PEJABAT KESIHATAN DAERAH BESUT KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 ABSTRAK KIK TAJUK PROJEK: SARICAKE Pengenalan/ Pendahuluan SariCake ialah alat penilaian kognitif dalam Perkhidmatan Terapi Pemulihan Carakerja. Masalah kognitif terbahagi kepada beberapa komponen spesifik seperti Orientation, Visual-spatial, motor-praxis, thinking operation dan visuomotor organizations Pemilihan Projek Tempoh penilaian kefungsian kognitif menggunakan alatan standard mengambil masa yang lama bagi kes yang dirujuk ke Perkhidmatan Terapi Cara Kerja di PKD Besut. Penjelasan Mengenai Projek Tarikh Projek Dimulakan 21 OGOS 2023 Tarikh Projek dipersembahkan kepada Pengurusan 3 MAC 2024 Tempoh pelaksanaan projek 10 BULAN Huraian Ringkas Masalah/ Projek Penilaian standard mengambil masa sehingga 3 sesi penilaian menyebabkan perawatan lambat dapat dimulakan. Punca-punca utama masalah Penggunaan kaedah konvensyenal yang tidak standard dalam melaksanakan penilaian masalah kefungsian kognitif.


PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI, PEJABAT KESIHATAN DAERAH BESUT KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 Cadangan Penyelesaian Mewujudkan satu inovasi alat penilaian saringan pengkelasan awal untuk memudahkan proses penilaian Penggunaan Kaedah Kaedah yang digunakan termasuklah pemilihan tajuk menggunakan brainstomimg dan SMART,kaedah penyelesaian menggunakan DESIGN THINKING serta Teknik SMART, BRAINSTORMING, SWOT dan 5W1H Tindakan Pembetulan/ Penambahbaikan dan pelaksanaan Projek ini telah diuji cuba dan prototype telah dibina bagi penambahbaikan untuk menyelaraskan penggunaan SariCake. Pencapaian Hasil Projek/ Sumbangan Projek kepada Objektif Kementerian/ Kerajaan Meningkatakan keberkesanan penilaian intervensi dan pesakit neurological di terapi carkerja. Faedah Projek Pengurusan Kos Operasi RM109.00 Penjimatan Masa Penjimatan masa sebanyak 68.75% Peningkatan Hasil Kerja Peningkatan produktiviti dan terapis dapat dilihat menerusi peningkatan jumlah penilaian dan beban kerja terapis. Pesakit juga menunjukkan peningkatan dalam keberdikarian dalam aktiviti harian. Peningkatan Tahap Kepuasan Hati Pelanggan Dapat dibuktikan dengan peningkatan tahap kepuasan pesakit dan terapis


PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI, PEJABAT KESIHATAN DAERAH BESUT KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 Faedah-faedah Lain -Peningkatan peratus tahap kefungsian pesakit untuk kembali bekerja. -Kos perbelanjaan pesakit untuk berulang ke klinik berkurang Tindakan Penyeragaman Digunakan di semua fasiliti kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Besut. Kesimpulan SariCake telah memberi impak yang positif dalam menaikkan imej jabatan serta meningkatkan keyakinan pesakit dengan memberi perspektif positif terhadap perkhidmatan yang disediakan agensi kerajaan.


PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI, PEJABAT KESIHATAN DAERAH BESUT KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 ABSTRAK KIK TAJUK PROJEK: VECTOR SMART PIPET (VSP) Pengenalan/ Pendahuluan VSP (Vektor Smart Pipet) adalah satu produk inovasi dari usaha ahli kumpulan Maculatus bagi mengatasi masalah yang timbul semasa proses pengambilan sampel larva dalam aktiviti pemeriksaan tempat pembiakan (PTP) bertujuan mengawal penularan kes demam denggi. Kompenen VSP dilengkapi motor yang bertindak untuk menyedut larva yang dipungut terus kedalam botol sampel. Pemilihan Projek Outcome dan impak produk inovasi ini adalah : i. Keselamatan anggota dari bahaya mikrorganisma patogenik yang terinfeksi semasa prosedur pengambilan sampel larva. ii. Keselamatan anggota dari pendedahan bahan kimia semasa pengambilan sampel larva. iii. Mengurangkan jumlah percubaan yang diperlukan bagi mendapatkan sampel yang secukupnya. iv. Memudahkan proses pengambilan sampel larva di lapangan terutama ditempat yang sukar untuk di ekses. iv. Menjimatkan masa proses kerja pengambilan sampel larva di lapangan. VSP mampu untuk dikembangkan serta dikomersialkan disemua fasiliti kesihatan di seluruh Malaysia. Berdasarkan kepada fungsi, faedah dan impak produk ini , secara tidak langsung mampu meningkatkan tahap keberkesanan aktiviti pencegahan dalam pengawalan penularan kes denggi di Malaysia ini. Seiiring dengan konsep Malaysia


PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI, PEJABAT KESIHATAN DAERAH BESUT KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 madani Rukun Daya Cipta iaitu pembaharuan reka cipta dan reka baharu. Penjelasan Mengenai Projek Tarikh Projek Dimulakan 12 Julai 2023 Tarikh Projek dipersembahkan kepada Pengurusan 17 November 2023 Tempoh pelaksanaan projek 7 bulan Huraian Ringkas Masalah/ Projek Kesukaran pengambilan sampel larva nyamuk menggunakan pipet pakai buang. Punca-punca utama masalah Pipet pakai buang bersaiz kecil, sukar untuk proses pemungutan larva aedes yang boleh mengagalkan prose tindakan perundangan dan pemusnahan tempat pembiakan. Risiko penularan kes denggi akan meningkat sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan sempurna. Cadangan Penyelesaian Vektor Smart Pipet (VSP) satu produk inovasi yang menggunakan mekanikal pam bermotor dan dilengkapiinstrumen berkaitan bagi menangani masalah yang timbul dari amalan biasa yang menggunakan pipet pakai buang. Penggunaan Kaedah Pasukan dibekalkan dengan VSP yang digunakan semasa proses pengambilan sampel larva dari bekas yang berpotensi pembiakan aedes. Tindakan Pembetulan/ Penambahbaikan dan pelaksanaan Tindakan pembetulan yang dijalankan adalah menukarkan kaedah sedia ada iaitu pipet pakai buang dengan mengantikan peralatan yang dinamakan vector smart pipet (VSP) yang dilengkapi pam bermotor dan kelengkapan lain yang membantu memudahkan kerja-kerja di lapangan.


PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI, PEJABAT KESIHATAN DAERAH BESUT KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 Pencapaian Hasil Projek/ Sumbangan Projek kepada Objektif Kementerian/ Kerajaan Inovasi ini boleh memberi impak kepada kualiti dan kuantiti pemeriksaan tempat pembiakan aedes dan mencegah daripada risiko penularan kejadian kes denggi. Faedah Projek Pengurusan Kos Operasi Penjimatan kos dan masa berbanding dengan kaedah biasa yang menggunakan pipet pakai buang. Penjimatan Masa Penjimatan masa pengambilan larva yang mana memberi ruang untuk meningkatakan kuantiti premis diperiksa dan pemusnahan bekas berpotensi pembiakan aedes. Peningkatan Hasil Kerja Meningkatkan hasil kerja dari segi pencapaian liputan pemeriksaan dan pemusnahan temapt pembiakan aedes. Peningkatan Tahap Kepuasan Hati Pelanggan Anggota bertugas berpuashatidengan penggunaan VSP dan membantu anggota mengelak dari risiko bahaya bakteria phatogenic, bahaya fizikal dan kimia. Faedah-faedah Lain Meningkatkan imej jabatan. Tindakan Penyeragaman Tindakan penyeragaman di Unit Vektor Daerah Besut. Kesimpulan Inovasi ini telah mencapai objektif unit dalam program kawalan dan pencegahan penularan kes demam denggi di daerah Besut.


PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI, PEJABAT KESIHATAN DAERAH BESUT KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 ABSTRAK KIK TAJUK PROJEK: SMART V LIGHT Pengenalan/ Pendahuluan Kanser serviks merupakan kanser ke-ketiga tertinggi dalam golongan Wanita dilaporkan dan meningkat tahun demi tahun menjadikannya antara ancaman terhadap Wanita di Malaysia. Kanser serviks direkodkan antara tertinggi di Malaysia dan ia dihidapi 7.6 per 100,000 populasi wanita berumur 15-44 tahun yang dijangkiti virus ‘Human Papilloma’ HPV. Dijangka menjelang tahun 2040, jumlah kanser akan meningkat 2 kali ganda. 40% pesakit hanya menyedari mempunyai kanser apabila mencapai tahap tiga atau empat iaitu apabila mulai timbul gejalagejala yang signifikan dan sel kanser mulai merebak ke organ lain. Oleh itu, saringan awal seperti pengambilan sampel papsmear untuk golongan wanita berisiko sangatlah penting bagi mengesan kes kanser serviks dikalangan Wanita. Papsmear atau ujian PAPANICOLOU telah diperkenalkan oleh Dr George Papanicolou pada tahun 1940-an. Ujian pap smear ini adalah untuk memeriksa selsel yang disampel daripada bahagian serviks. Ia digunakan untuk mengesan perubahan dalam sel serviks yang menunjukkan kanser serviks. Ujian ini dapat membantu sama ada anda mempunyai sel serviks yang tidak normal (tidak sihat) atau sel kanser.


PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI, PEJABAT KESIHATAN DAERAH BESUT KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 Pemilihan Projek Kesukaran untuk melaksanakan procedur dan mendapatkan pencahayaan yang optimum untuk mendapatkan sampel paps smear yang baik. Penjelasan Mengenai Projek Tarikh Projek Dimulakan 1 Oktober 2023 Tarikh Projek dipersembahkan kepada Pengurusan 24 April 2024 Tempoh pelaksanaan projek 7 bulan Huraian Ringkas Masalah/ Projek Risiko sampel papsmear yang tidak memuaskan atau absen apabila tidak mendapat pencahayaan yang optimum Ketika prosedur pengambilan sampel dijalankan. Punca-punca utama masalah Penggunaan lampu porch lamp atau “examination lamp” yang digunakan dipremis kesihatan sekarang yang tidak praktikal dan menghalang pencahayaan yang optimum kerana kedudukan lampu yang membelakangi anggota kesihatan ketika prosedur pengambilan sampel papsmear dijalankan sehingga memerlukan anggota kesihatan lain bagi membantu menghalakan lampu ke arah serviks. Cadangan Penyelesaian Menciptakan satu alat inovasi yang boleh memudahkan anggota kesihatan mendapatkan pencahayaan yang optimum semasa melakukan prosedur pengambilan sampel papsmear. SMART V- LIGHT (SVL) Penggunaan Kaedah Penggunaan kaedah DESIGN THINKING serta Teknik SMART, BRAIN STORMING, SWOT dan 5W1H


PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI, PEJABAT KESIHATAN DAERAH BESUT KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 Tindakan Pembetulan/ Penambahbaikan dan pelaksanaan Projek ini telah diuji cuba sebanyak 2 kali prototype dan penambahbaikan saiz ukuran produk dan pencahayaan telah dilakukan. Pencapaian Hasil Projek/ Sumbangan Projek kepada Objektif Kementerian/ Kerajaan Meningkatkan imej korporat jabatan. Faedah Projek Pengurusan Kos Operasi Kos produk SVL meningkat selaras dengan peningkatan kualiti perkhidmatan prosedur pengambilan papsmear. Penjimatan Masa Penjimatan masa dengan mengurangkan tempoh pengambilan sampel papsmear sebanyak 50% Peningkatan Hasil Kerja Hasil kerja lebih efisien dalam mendapatkan pencahayaan yang optimum dan pengurangan jumlah sampel papsmear tidak memuaskan atau absen yang signifikan. Peningkatan Tahap Kepuasan Hati Pelanggan Melalui kaji selidik pelanggan, tahap kepuasan pelanggan dalam memberikan maklum balas sangat baik meningkat sebanyak 70%. Faedah-faedah Lain Menjayakan objektif Unit Kesihatan Keluarga dengan menyediakan perkhidmatan yang lebih efisien. Tindakan Penyeragaman Digunakan oleh anggota kesihatan di 3 buah fasiliti kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Besut. Kesimpulan Smart V-Light membantu memudahkan proseudr dijalankan dengan memberikan pecahayaan yang


PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI, PEJABAT KESIHATAN DAERAH BESUT KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 optimum, disamping menjimatkan tenaga kerja, masa dan meningkatkan sampel yang memuaskan.


PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI, PEJABAT KESIHATAN DAERAH BESUT KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 ABSTRAK KIK TAJUK PROJEK: STICKY LIGHT TRAP (SLT) Pengenalan/ Pendahuluan Unit Entomologi&Pest PKD Besut sering menerima aduan serangan serangga daripada sekolah berasrama dan juga Institusi awam terutama semasa musim menuai padi di daerah Besut (11 fasiliti). Selepas siasatan dijalankan, serangga ini menyebabkan paederus dermatitis dikalangan pelajar. Spesies serangga yang menyebabkan paederus dermatitis adalah Paederus fuscipes atau lebih dikenali sebagai Charlie atau Rove beetle. Kumbang Charlie tidak menggigit dan menyengat tetapi akan mengeluarkan cecair paederin jika badannya dileset/dilenyet. Kawalan yang sering dilakukan oleh PKD adalah dengan melakukan semburan ruang thermal (SRT/fogging). Kumpulan ENTOPEST telah mencipta satu perangkap untuk mengurangkan density kumbang Charlie seterusnya mengurangkan masalah paederus dermatitis di kalangan penghuni asrama Pemilihan Projek Densiti Charlie yang tinggi menyebabkan paederus dermatitis dikalangan penghuni asrama terutama semasa musim menuai padi Penjelasan Mengenai Projek Tarikh Projek Dimulakan 04/08/2024 Tarikh Projek dipersembahkan kepada Pengurusan 25/04/2024 Tempoh pelaksanaan projek 7 bulan


KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 June 5, 2024 PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI PKD BESUT [email protected] Huraian Ringkas Masalah/ Projek Aduan yang kerap diterima daripada sekolah berasrama dan institusi awam tentang gangguan kumbang Charlie yang menyebabkan masalah paederus dermatitis dikalangan pelajar asrama telah mencetus kepada penciptaan perangkap Sticky Light Trap (SLT) Punca-punca utama masalah Semasa musim menuai padi, aduan gangguan kumbang Charlie menjadi semakin meningkat. Ini kerana habitat asal (sawah padi) kumbang Charlie telah musnah. Kumbang Charlie ini mencari habitat baru dengan terbang ke kawasan yang terang iaitu sekolah/institusi berasrama. Kumbang Charlie merupakan serangga nocturnal yang tertarik kepada cahaya lampu daripada sekolah berasrama dan institusi awam (tidak menutup lampu pada waktu malam). Cadangan Penyelesaian Menghasilkan perangkap yang mempunyai pelekat dan lampu yang dapat memerangkap kumbang Charlie Penggunaan Kaedah Design Thinking. Tindakan Pembetulan/ Penambahbaikan dan pelaksanaan Prototype 1 : Besar dan sukar diletakkan pada kawasan berpotensi Prototype 2: Dapat memerangkap kumbang Charlie tetapi perlu diletakkan pada kawasan berlampu Prototype 3: Dapat memerangkap kumbang Charlie dengan penambahbaikan pemasangan lampu LED dan sensor pada prototype ke 3 Pencapaian Hasil Projek/ Sumbangan Projek kepada Objektif Kementerian/ Kerajaan Meningkatkan imej korporat jabatan dari segi perkhidmatan Faedah Projek Pengurusan Kos Operasi Penjimatan kos operasi daripada RM18,260 (kos racun dan upah pekerja) kepada RM RM10,120 (110 unit SLT) di 11 fasiliti


KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 June 5, 2024 PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI PKD BESUT [email protected] Penjimatan Masa Penjimatan masa dengan mengurangkan tempoh masa melaksanakan SRT/fogging iaitu 30 minit kepada hanya kurang 5 minit untuk pemasangan Sticky Light Trap (SLT) Peningkatan Hasil Kerja Hasil kerja lebih efisian,cepat dan mudah digunakan oleh pengguna Sticky Light Trap (SLT) Peningkatan Tahap Kepuasan Hati Pelanggan Pengadu yakin dan percaya Sticky Light Trap (SLT) dapat mengurangkan densiti kumbang Charlie sekaligus mengurangkan masalah paederus dermatitis. Pengadu juga tidak perlu menunggu pihak kesihatan untuk datang membuat kawalan Faedah-faedah Lain Dapat mengurangkan gangguan serangga lain terutama serangga yang mempunyai tabiat berehat/merayap di dinding Tindakan Penyeragaman Digunakan oleh semua sekolah berasrama, rumah orang awam dan Institusi awam yang bermasalah dengan kumbang Charlie terutama yang berdekatan dengan sawah padi Kesimpulan Sticky Light Trap (SLT) dapat mengurangkan densiti kumbang Charlie sekaligus mengurangkan masalah paederus dermatitis


KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 June 5, 2024 PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI PKD BESUT [email protected] C)SENARAI KUMPULAN QA BIL NAMA JAWATAN TEMPAT BERTUGAS NAMA KUMPULAN KATEGORI/TAJUK PROJEK KUMPULAN 1 1 DR NOR SYAHIRAH WAN MUSTAPHA MHO KKSM GALAXY Meningkatkan Peratus Booking Awal Sebelum 12 Minggu Dalam Kalangan Ibu Hamil Berisiko Di Daerah Besut 2 ZAWIAH BINTI ZAKARIA KJK 3 ZURAINI ZAKARIA JK 4 ROSMAZURAIDA HARUN JM 5 ABDUL RAZAK BIN KHALID PPK KUMPULAN 2 6 SAIFUL BAHRI MUSTAFAR JPF KKKB PTWD Meningkatkan Peratus Pesakit Pre Diabetes Menerima Intervensi Non Pharmacological Dalam Tempoh Enam Bulan Selepas Didaftarkan Di Pejabat Kesihatan Daerah Besut 7 WAN AHMAD KHAIRI WAN ABD RAHMAN KKPA 8 MUHAMMAD NAJMI SYAZWAN ABD AZIZ KKKB 9 UMMI NADIAH SANI KKKB 10 NUR SYAHIDA SUHAIDI KKPA KUMPULAN 3 11 WAN NORSHAJIHAH BINTI WAN SHAMSUDDIN PF KKPL PHARMRAN GERS Mengurangkan Peratus Ubat-ubatan Sistem Pendispensan ubatubatan Bersepadu (SPUB) yang tidak dituntut oleh Pesakit di Unit Farmasi PKD Besut 12 MUHAMAD AZLAN AHMAD SUHAIRUN KKPA 13 NUR AMANINA CHE DERAMAN KKJT 14 MUHAMMAD ZAKI ABDULLAH KKKB 15 NOORUL ATIQAH RAMLI KKSM 16 NURUL SAKINAH AZMAN KKJB


KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 June 5, 2024 PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI PKD BESUT [email protected] KUMPULAN 4 18 CHE JULEYNAWANI JALIL PJK MCH PINK WARRIORS Meningkatkan Peratus Penggunaan Perancang Keluarga Kod 1 Dikalangan Wanita Berisiko Umur Reproduktif 19 NORHASMA DOLLAH 20 ANITA JAAFAR 21 NIK ANIEZA NIK MAN 22 MASLINA AWANG 22 HARIDA ATHDZAR JTMP KKKB LAB LADIES Meningkatkan peratus pengambilan sputum AFB pesakit yang berkualiti di Pejabat Kesihatan Daerah Besut 23 SHAMILA BINTI CHE JOHAN 24 SITI FARHANAH BINTI ISMAIL KKJB 25 SITI SUHAILA BINTI DAUD KKJ 26 SITI HAZIRAH BINTI FITRI KKPL


KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 June 5, 2024 PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI PKD BESUT [email protected] ABSTRAK QA TAJUK PROJEK: Meningkatkan Peratus Booking Awal Sebelum 12 Minggu Dalam Kalangan Ibu Hamil Berisiko Di Daerah Besut Selection of Opportunities for Improvement : Pemilihan Peluang untuk penambahbaikan / penyataan masalah Pencapaian peratus booking awal dalam kalangan ibu hamil berisiko di Daerah Besut pada tahun 2022, hanya 80.9% sahaja berbanding sasaran yang KPI JKNT sebanyak 100%. Kajian ini bertujuan mengenalpasti faktor penyumbang dan melaksanakan intervensi untuk meningkatkan peratusan booking awal dalam kalangan ibu hamil berisiko di daerah Besut. *Key Measures for Improvement : Pengukuran Utama Penambahbaikan : Kajian ini mengukur peratus kedatangan kes antenatal baru berisiko sebelum 12 minggu dengan standard 100% berdasarkan KPI JKNT. Process of Gathering Information : Proses Pengumpulan Maklumat Projek ini menggunakan kaedah kajian penambahbaikan kualiti yang melibatkan 3 fasa. Fasa pertama adalah kajian verifikasi diambil dari buku daftar dari tahun 2022. Fasa kedua melalui kajian soal selidik ke atas anggota kesihatan dan wanita usia reproduktifyang dijalankan dari bulan Oktober hingga November 2022. Kajian faktor-faktor penyumbang ibu hamil berisiko booking lewat diperolehi daripada kajian soal selidik terhadap pelanggan dan anggota kesihatan. Fasa terakhir adalah kajian penilaian semula selepas langkah penambahbaikan dibuat melalui kajian soal selidik. Kajian penambahbaikan diimplementasikan untuk 2 kitaran. Kitaran pertama dari Jan 2023 sehingga Mac 2023 manakala kitaran


KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 June 5, 2024 PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI PKD BESUT [email protected] kedua dari Ogos 2023 sehingga Mac 2024. Analysis and Interpretation: Analisis dan Interpretasi : Kajian pra-intervensi menunjukkan 80.9 % wanita hamil berisiko booking lewat pada tahun 2022. Antara faktor penyebab adalah perlaksanaan penjagaan pra kehamilan yang kurang berjaya 34%, proses booking yang lama bagi kes bukan temujanji 30%, kurang pengetahuan ibu hamil tentang risiko tinggi kehamilan berisiko serta kepentingan booking awal 22% dan kurang kesedaran ibu hamil untuk booking lebih awal 14%. Strategy for Change : Strategi Penambahbaikan : Strategi penambahbaikan bagi faktor 1 dengan mewujudkan Linktree yang mengandungi info berkaitan perlaksanaan PPC di Klini. Strategi penambahbaikan bagi faktor 2 dengan mewujudkan kolaborasi dengan klinik-klinik swasta dalam mempromosikan penggunaan QR code untuk mendapatkan temujanji di Klinik Kesihatan di Daerah Besut. Strategi penambahbaikan bagi faktor 3 dengan meningkatkan lagi aktiviti-aktiviti Pendidikan di peringkat klinik, komuniti dan sosial media secara berterusan. Strategi penambahbaikan bagi faktor 4 dengan mewujudkan kolaborasi dengan klinik-klinik swasta dalam mempromosikan penggunaan Linktree yang mengandungi info berkaitan kepentingan booking awal. Strategi 2 dengan menyediakan banting berkaitan info kepentingan booking awal di setiap klinik kesihatan di Daerah Besut dan dipamerkan di ruangan menunggu MCH di klinik. Effects of Change : Peratus kedatangan meningkat daripada 10% (Februari - Penilaian semula mendapati peratusan


KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 June 5, 2024 PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI PKD BESUT [email protected] Kesan Penambahbaikan : kedatangan wanita hamil berisiko kurang daripada 12 minggu adalah meningkat daripada 80.9% kepada 91.2% pada kitaran pertama dan meningkat kepada 94.6% pada kitaran kedua. ABNA menunjukkan penurunan sebanyak 10.3% iaitu dari 19.1% kepada 8.8% pada kitaran pertama dan penurunan sebanyak 13.7% iaitu 19.1% kepada 5.4% . The Next Step : Langkah Seterusnya : Kolaborasi dengan klinik-klinik swasta di Dearah Besut dalam mempromosikan info kepentingan booking awal dan QR code temujanji booking awal hendaklah diteruskan. Antara limitasi dalam mencapai sasaran 100% adalah kes bukan warganegara. Antara pendekatan yang dirancang untuk kes bukan warganegara adalah untuk membuat ceramah secara berkelompok untuk pesakit bukan warganegara di tempat tinggal mereka.


KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 June 5, 2024 PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI PKD BESUT [email protected] ABSTRAK QA TAJUK PROJEK: Meningkatkan Peratus Pesakit Pre Diabetes Menerima Intervensi Non Pharmacological Dalam Tempoh Enam Bulan Selepas Didaftarkan Di Pejabat Kesihatan Daerah Besut Selection of Opportunities for Improvement : Pemilihan Peluang untuk penambahbaikan / penyataan masalah Peratus pesakit pre diabetes yang menerima intervensi non pharmalogical dalam tempoh enam bulan selepas didaftarkan di unit NCD Pejabat Kesihatan Daerah Besut adalah kurang. Ini akan menyebabkan berlaku peningkatan risiko pesakit pre diabetes bertukar status daripada pre diabetes kepada diabetes. Keadaan ini dipengaruhi oleh faktor anggota kesihatan, pesakit dan waris serta pengurusan temujanji di unit fisioterapi dan unit dietetik Pejabat Kesihatan Daerah Besut. Langkah penambaikan yang bersesuaian perlulah dijalankan dan dinilai semula bagi memastikan strategi penambahbaikan yang dijalankan mencapai objektif kajian iaitu meningkatkan peratusan pesakit pre diabetes yang menerima intervensi non pharmalogical di PKD Besut. *Key Measures for Improvement : Pengukuran Utama Penambahbaikan : Pre Diabetes merupakan gangguan pada komponen metabolik disebabkan oleh peningkatan kadar gula dalam darah tetapi tidak cukup tinggi untuk dikategorikan sebagai diabetes. Intervensi non pharmalogical ( bukan ubat) merupakan kaunseling /intervensi awal yang diberikan kepada pesakit pre diabetes dalam pengawalan gula dalam darah. Berdasarkan pelan tindakan NCD JKNT 2023 yang telah ditambahbaik menyatakan, perkara 3.1.1(3) iaitu memberi dua intervensi non pharmalogical terhadap kes Pre DM dalam masa 6 bulan selepas didaftarkan.


KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 June 5, 2024 PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI PKD BESUT [email protected] Intervensi berkenaan adalah: 1- Intervensi senaman dan aktiviti fizikal oleh ahli fisioterapi 2- Intervensi diet dan pemakanan oleh pegawai dietetik Exercise training, often in combination with other lifestyle strategies, has beneficial effectsonpreventing the onset of T2DM and improving glycaemic control in those withprediabetes(Hordern et al , 2011) Process of Gathering Information : Proses Pengumpulan Maklumat Kajian dijalankan dengan menggunakan carta buih (Problem Analysis Chart) bagi mengenalpasti faktor penyumbang yang terlibat. Kajian verifikasi secara retrospektif telah dijalankan bagi mengetahui peratusan kes pre diabetes yang menerima intervensi non pharmalogical dalam tempoh 6 bulan di PKD Besut. Kajian verifikasi faktor penyumbang secara hirisan lintang juga telah dilakukan bagi meneliti faktor berikut: 1- Anggota kesihatan yang kurang kompeten 2- Kurang pemahaman dan pendedahan dikalangan pesakit dan penjaga 3- Pengurusan temujanji yang kurang effisien di Unit Fisioterapi dan Dietetik PKD Besut Analysis and Interpretation: Analisis dan Interpretasi : Hasil kajian yang dijalankan hanya 36.5 peratus pesakit pre diabetes yang menerima intervensi non pharmalogical dalam tempoh 6 bulan selepas didaftarkan dalam tempoh verifikasi dijalankan manakala bakinya (63.5) melebihi tempoh 6 bulan. Kajian verifikasi faktor penyumbang juga telah mengenalpasti faktor penyumbang utama yang mempengaruhi peratusan pesakit pre diabetes yang menerima intervensi non pharmalogical yang rendah di PKD Besut. Faktor berkenaan adalah: 1- Kurang rujukan daripada perawat


KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 June 5, 2024 PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI PKD BESUT [email protected] 2- Kurang promosi berkenaan intervensi kepada pesakit dan penjaga 3- Kekurangan staf yang menjalankan pengurusan temujanji di unit fisioterapi dan unit dietetik PKD Besut Strategy for Change : Strategi Penambahbaikan : Bagi melengkapkan kajian ini, konsep remedial yang ditekankan ialah pemantapan pengetahuan anggota dan penambahbaikan proses kerja serta pendidikan kesihatan kepada masyarakat awam. Oleh yang demikian,strategi penambahbaikan yang dirancang dan dijalankan adalah: 1- Memberi latihan / taklimat berkenaan dengan intervensi non pharmalogical kepada pesakit pre diabetes 2- Menjalankan kempen kesedaran berkenaan pre diabetes kepada pesakit dan keluarga 3- Menyediakan bahan pendidikan berkenaan dengan pre diabetes 4- Mengemaskini carta alir pengurusan pesakit pre diabetes Penambaikan ini diteruskan pada kitaran kedua dengan melakukan beberapa strategi lain iaitu: 1- Melakukan intervensi tele-konsultasi 2- Menyediakan bahan pendidikan berbentuk video senaman 3- Mengemaskini cara alir pengurusan pesakit pre diabetes bersama unit NCD 4- Mengemaskinikan jadual lawatan ke klinik kesihatan bagi tahun 2024 Effects of Change : Kesan Penambahbaikan : Hasil daripada intervensi strategi yang dijalankan telah menunjukan peningkatan peratusan pesakit pre diabetes yang menerima intervensi non pharmalogical iaitu sebanyak 55.5% pada kitaran pertama dimana ABNA telah dikurangkan sebanyak 14.5% berbanding standard yang ditetapkan iaitu 70%. Pada kitaran kedua, peratusan pesakit pre diabetes yang menerima intervensi non pharmalogical mencapai 81%


Click to View FlipBook Version