The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

2024 FLIP BOOK OF ABSTRACT KONVENSYEN PDF KURANG 40 PAGES

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by masturalmohamed, 2024-06-03 03:41:07

2024 FLIP BOOK OF ABSTRACT KONVENSYEN PDF KURANG 40 PAGES

2024 FLIP BOOK OF ABSTRACT KONVENSYEN PDF KURANG 40 PAGES

KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 June 5, 2024 PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI PKD BESUT [email protected] dalam tempoh kajian yang sama (6 bulan) menjadikan ABNA telah mencapai melebihi standard yang ditetapkan. Faktor penyumbang juga telah menunjukan peningkatan yang positif dan sekaligus membantu meningkatkan peratusan pesakit yang menerima intervensi non pharmalogical daripada fisioterapi dan dietetik. The Next Step : Langkah Seterusnya : Langkah penambahbaikan yang berterusan akan terus dijalankan dan dipertingkatkan peratusan ideal iaitu 100% pesakit pre diabetes menerima intervensi non pharmalogical daripada fisioterapi dan dietetik di PKD Besut. Penekanan akan datang adalah berkenaan dengan penurunan kadar HBa1c dikalangan pesakit pre diabetes yang menerima intervensi ini di klinik kesihatan PKD Besut. *Value Added Features: Ciri-ciri Bagi Nilai Tambah Kajian bersifat mesra pengguna kerana melalui intervensi dan strategi yang dijalankan, pesakit dapat melalui sesi kaunseling oleh pegawai fisioterapi dan pegawai dietetik dengan lebih mudah dan cepat. Pesakit yang tidak dapat hadir sesi temujanji juga dapat menerima intervensi secara dalam talian yang lebih mudah.


KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 June 5, 2024 PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI PKD BESUT [email protected] ABSTRAK QA TAJUK PROJEK: Mengurangkan Peratus Ubat-ubatan Sistem Pendispensan ubatubatan Bersepadu (SPUB) yang tidak dituntut oleh Pesakit di Unit Farmasi PKD Besut Selection of Opportunities for Improvement : Pemilihan Peluang untuk penambahbaikan / penyataan masalah Kajian di PKD Besut mendapati ubat-ubatan SPUB tidak dituntut meningkat sebanyak 27% (2021) kepada 35% (2022). Verifikasi data mendapati hanya 45% pesakit sahaja yang datang mengambil ubat. Ini mengakibatkan pembaziran sebanyak RM19,482 (2021) dan RM 25,758 (2022) dengan peningkatan kos sebanyak 33%. Kajian ini bertujuan untuk mengurangkan peratus ubat-ubatan SPUB yang tidak dituntut dan mengenalpasti faktor-faktor masalah ubat tak dituntut. *Key Measures for Improvement : Pengukuran Utama Penambahbaikan : Indikator kajian ini adalah peratus ubat-ubatan SPUB yang tidak dituntut di Farmasi PKD Besut. Standard yang ditetapkan adalah 20% berdasarkan mesyuarat pengurusan dan teknikal farmasi daerah. Process of Gathering Information : Proses Pengumpulan Maklumat Kajian penambahbaikan kualiti telah dijalankan pada Januari 2023 hingga Mac 2024. Data kajian verifikasi diperoleh melalui registri SPUB. Soal selidik kepada staf kesihatan dan pesakit telah diedarkan untuk mengenalpasti faktor-faktor terlibat. Kajian penilaian semula (2 fasa) diukur melalui soal selidik kepada staf kesihatan dan pesakit serta pengumpulan data daripada SPUB-Dynamix. Analysis and Interpretation: Analisis dan Interpretasi : Kajian verifikasi pada Januari – Jun 2023 menunjukkan peratus ubatan tidak dituntut tinggi iaitu 55% (RM 39,168.41). Sebanyak 25% (RM 7, 786.30) dari ubat-ubatan yang tidak dituntut telah luput tarikh. Faktor utama adalah tiada sistem pemantauan ubat SPUB tidak dituntut (92%), pesakit mempunyai lebihan ubat di rumah (75%), pesakit berjumpa semula dengan doktor di fasiliti yang dirujuk untuk


KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 June 5, 2024 PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI PKD BESUT [email protected] mendapatkan bekalan ubat (64%), tiada carta alir pemulangan ubat tidak dituntut (60%) dan rekod indent SPUB tidak sistematik (54%). Strategy for Change : Strategi Penambahbaikan : Sistem pemantauan ubat SPUB (SPUB-Dynamix) secara sistematik telah diwujudkan menggunakan “Advanced Microsoft excel”, mewujudkan carta alir pemulangan ubat SPUB tidak dituntut, mengedarkan risalah SPUB dan memperkasakan penggunaan MyMAAT ketika pendispensan ubat Effects of Change : Kesan Penambahbaikan : Peratusan ubat-ubatan SPUB yang tidak dituntut di unit farmasi PKD Besut berjaya dikurangkan kepada 22% pada fasa 1 dengan pengurangan ABNA 2% dan telah mencapai sasaran ABNA pada fasa 2 iaitu 18% dengan penjimatan kos sebanyak RM32,641.21 (83%). The Next Step : Langkah Seterusnya : Mengadakan kolaborasi dengan hospital yang terlibat serta memperluaskan penggunaan sistem “SPUB-Dynamix” ke negeri-negeri lain.


KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 June 5, 2024 PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI PKD BESUT [email protected] ABSTRAK QA TAJUK PROJEK: Meningkatkan Peratus Penggunaan Perancang Keluarga Kod 1 Dikalangan Wanita Berisiko Umur Reproduktif Selection of Opportunities for Improvement : Pemilihan Peluang untuk penambahbaikan / penyataan masalah Penggunaan Kod 1 bagi wanita berisiko yang berdaftar PPC tidak mencapai sasaran yang ditetapkan *Key Measures for Improvement : Pengukuran Utama Penambahbaikan : Kajian ini mengukur peratus penggunaan perancang keluarga kod 1 bagi wanita berdaftar PPC mengikut sasaran KPI yang ditetapkan oleh PKD Besut iaitu 80%.. Process of Gathering Information : Proses Pengumpulan Maklumat Kajian penambahbaikan kualiti dijalankan dari Jun 2022 sehingga Disember 2023. Penilaian tentang pengetahuan, sikap dan juga praktis ditentukan melalui rekod pencapaian penggunaan kod 1 bagi wanita berisiko berdaftar PPC bagi pencapaian PKD Besut . Kaji selidik dijalankan ke atas klien PPC dan anggota kesihatan. Analysis and Interpretation: Analisis dan Interpretasi : Melalui kajian penggunaan perancang keluarga kod 1 pada tahun 2022 menunjukkan hanya 38.27% sahaja yang memilih kaedah perancang keluarga kod 1.Antara factor penyebab ialah klien tidak mendapat info tentang kepentingan PPC dan keperluan mengamalkan kaedah perancang keluarga yang berkesan. Strategy for Change : Strategi Penambahbaikan : Strategi penambahbaikan dilaksanakan dengan mewujudkan klinik PPC yang lebih bersistematik di setiap klinik kesihatan dibawah PKD Besut. Mewujudkan carta alir yang selaras untuk pemehaman anggota semasa memberi perkhidmatan bagi program PPC. Mencipta satu kaedah untuk Pendidikan kesihatan yang berkesan iaitu Combo PPC. Effects of Change : Kesan Penambahbaikan : Penilaian semula mendapati peratusan penggunaan perancang keluarga Kod 1 meningkat Penilaian semula mendapati peratusan 38.27% sahaja yang mengamalkan perancang keluarga yang berkesan ,tetapi telah berlaku peningkatan sehingga 61.7% dalam fasa kedua .


KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 June 5, 2024 PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI PKD BESUT [email protected] The Next Step : Langkah Seterusnya : Penggunaan Combo PPC secara meluas agar wanita umur reproduktif yang berisiko akan mendapat info yang sepatutnya melalui penggunaan QR Code Pendidikan kesihatan yang dibekalkan dan ianya patut di gunakan disemua fasiliti kesihatan bagi menjayakan Program PPC di seluruh Negeri Terengganu. *Value Added Features: Ciri-ciri Bagi Nilai Tambah Boleh di komersialkan program PPC yang berkesan dengan peningkatan penggunaan perancang keluarga kod 1 disemua fasiliti yang memberi perkhidmatan kesihatan bagi mencapai negara maju dengan mengurangkan kadar mortality dan morbidity ibu dan bayi.


KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 June 5, 2024 PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI PKD BESUT [email protected] ABSTRAK QA TAJUK PROJEK: Meningkatkan peratus pengambilan sputum AFB pesakit yang berkualiti di Pejabat Kesihatan Daerah Besut Selection of Opportunities for Improvement : Pemilihan Peluang untuk penambahbaikan / penyataan masalah Sputum AFB pesakit yang berkualiti amat penting dalam pengesanan penyakit TB. Verifikasi data di PKD Besut mendapati peratus pengambilan sputum AFB yang tidak berkualiti adalah tinggi sebanyak 66.2%. Ini telah mengakibatkan proses pengesanan TB tidak dapat dilakukan dan ujian GENE expert perlu dilakukan dengan menelan kos sebanyak RM85 setiap ujian. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan peratus pengambilan sputum yang berkualiti serta mengenalpasti faktor-faktor penyumbang, *Key Measures for Improvement : Pengukuran Utama Penambahbaikan : Indikator kajian ini adalah peratus pengambilan sputum AFB yang berkualiti PKD Besut. Standard di tetapkan 50% berdasarkan mesyuarat epidemologi di PKD Besut dan cabutan minit mesyuarat epid pada 2022 berpandukan pada kajian verifikasi. Process of Gathering Information : Proses Pengumpulan Maklumat Kajian penambahbaikan kualiti dijalankan pada tahun JanJun 2023 sehingga tahun 2024.Data kajian verifikasi diperolehi daripada reten TB daerah.Bagi kajian faktor dan kajian penilaian semula, borang kaji selidik terhadap pesakit dan anggota kesihatan telah digunakan untuk mengenalpasti pengetahuan, sikap dan juga praktis Analysis and Interpretation: Analisis dan Interpretasi : Kajian verifikasi mendapati peratus pengambilan sputum AFB yang berkualiti sebanyak 33.8% )Strategy for Change : Strategi Penambahbaikan : Strategi penambahbaikan dilaksanakan dengan mengedar pamplet pintar (imbasan QR kod) bagi melihat video dengan lebih jelas berkenaan cara- cara pengambilan kahak yang betul dan berkualiti serta memberi taklimat kesedaran kepada pesakit pemberian risalah dan juga ‘CME’ kepada anggota kesihatan. Effects of Change : Kesan Penambahbaikan : Peratus pengambilan sputum AFB di PKD BESUT berjaya dikurangkan dari 25% sebelum projek dijalankan.Selepas projek bermula (Jan-Jun2023) telah berjaya dicapai sebanyak 55%.ABNA berjaya dikurangkan daripada 30% kepada 2% dan pencapaian telah dicapai pada fasa 1. Peratus pengambilan sampel sputum AFB yang berkualiti dapat menjimatkan kos sebanyak RM7221 dalam


KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 June 5, 2024 PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI PKD BESUT [email protected] penghantaran ujian GENE expert.Selain itu,dapat mengurangkan data analisa GENE expert. The Next Step : Langkah Seterusnya : Strategi penambahbaikan yang dijalankan wajar dilestarikan dan dikembangkan di seluruh Klinik kesihatan di Terengganu bagi meningkatkan lagi peratus pengambilan sputum berkualiti serta pengesanan kes penyakit TB.


KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 June 5, 2024 PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI PKD BESUT [email protected] REFLECTION: “Courage Is Everything, If You Develop Courage, You Don’t Need Most Everything Else To Cope Up With Life, You Develop Courage By Consciously Practising It Every Chance You Get”


KONVENSYEN INOVASI BESUT 2024 June 5, 2024 PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI PKD BESUT [email protected] Penerbitan daripada: Ahli Jawatankuasa Pelaksana Penyelaras QEC Dr Mastural Bt Mohamed Penyelaras Inovasi Pn. Norazli Syarifah Bt Aziz Penyelaras KIK Dr Muhammad Afiq B. Aziz Penyelaras QA Dr Nur Almas Bt Alias


Click to View FlipBook Version